2
‘Di antara tujuh petala
langit dan tujuh petala bumi ada tujuh petala cinta’
Simbolik gila ayat tu.Masih terbayang-bayang
wajah Hamka bila menuturkan kata-kata itu kepada Attar dan Saidatul Nafisa saat
Hamka melepaskan Saidatul Nafisa pada Ahmad Fakrudin Attar.
Baik betul Hamka tu kan.Lepas kan tunang yang
dia sayang kepada lelaki lain.Tapi Attar pun baik juga.Dia berubah dari jahat
jadi orang baik.Sweet sangat bila Attar cuba berbual dengan
Saidatul Nafisa.Nak memikat cara bertertib.
Itukan filem je Laily.Mana ada lelaki baik macam
Hamka dan Attar tu lagi.Dalam seribu belum tentu satu pun macam diorang.
Kuat betul pengaruh filem 7 petala cinta tu pada
Laily.Sampai siap berangan konon-konon dia lah Saidatul Nafisa.Sudah tu siap
bagitahu kat emak yang dia nak pergi sekolah pondok.Terkejut Hajah Kalsom
dengar permintaan anak dara nya itu.
“Nak buat apa pergi sana?”
“Orang nak cari suami macam Ahmad Fakrudin Attar.”Hajah Kalsom
yang juga sedang menonton filem 7 petala cinta di rangkaian Astro citra terus
ketawa.
“Apahal mak ketawa pulak ni?Orang serius lah.”
“Anak dara berangan tak sudah.Sembahyang pun tak
sempurna mana lagi nak cari lelaki al-hafiz.”
Kata Hajah Kalsom lagi.
“Buta lah budak tahfiz tu kalau nak
memperisterikan perempuan macam Laily ni.”
“Belum cuba belum tahu.Mana tahu kot-kot esok
lusa mak dengan ayah dapat menantu macam imam muda Asyraf tu.”
Hajah Kalsom tersenyum mengejek dengar
angan-angan anak perempuannya ini.
“Kut Imam Mat tu nak kat kamu tak tahu lah mak.”
Laily muncung.Ada ke imam Mat yang dah kahwin dua tu mak nak jadi
kan menantu.
“Assalamualaikum…”
Hampir tercekik biji rambutan di kerongkong Laily.Dia
berpaling.Zarif sudah berdiri dengan senyuman panjang.Hilang terus ingatan dia
pada Ahmad Fakruddin Attar bila David Beckam ada dihadapan mata.Zarif ini ada
iras-iras David Beckam.
“Boleh saya joint?”
Tanpa jawapan dari Laily dia terus duduk di pangkin.
“Makan lah.”Bakul berisi buah rambutan yang merah ranum ditolak ke
sisi Zarif.
“Thanks tapi saya sakit kerongkong.Semalam banyak dah makan.”
Laily mengangguk.
‘Dah tu datang sini buat apa?’
‘Dah tu buat apa kat sini.?’Amboi Laily tak boleh tanya elok-elok
ke?
Zarif tersenyum.
Ish dia ni asyik senyum je.
Laily sedikit kekok.Bukan dia tak biasa dengan lelaki tapi yang
ini lain sikit lah.Cewah lain apa nya Laily…kenal dia ni pun tak sampai 24
jam.Jangan cakap pula ada bunga-bunga dalam hati macam lagu Misha Omar tu.
“Dengar nya setiausaha dulu?”
Laily angkat kepala.Pandang wajah Zarif yang bersahaja.
‘Em..ni mesti Siti tanjung Perak yang bagi information ni.’
“Bekas..”Laily memperbetulkan.Yelah memangpun dia bekas setiausaha
lepas dia hantar surat perletakan jawatan sebulan yang lepas.Dan sekarang dia
penganggur terhormat yang dapat biasiswa pa & ma.Jap ye…tak betul tu.Dia
sedang memperhabiskan duit simpanan nya yang tak banyak mana pun.
“Resign?Kenapa?”
“Saja je.”Dia jawab ringkas.Sudah tentu itu bukan alasan nya.Ialah
dalam keadaan banyak nya pengangguran di kalangan lepasan Ijazah ini boleh pula
Laily suka-suka hati berhenti kerja.Memang tak masuk akal langsung.
Lain lah kalau dia anak Tan Sri ke yang tak payah kerja duduk
rumah pun ada elaun masuk tiap-tiap bulan.Jangan mimpi lah Laily…Haji Nordin
yang pencen guru besar itu nak buka bisnes juta-juta.Lepas tu derma
sana-sini.kemudian dapat pingat Jasa Negara ke…ahli mangku Negara ke….baru lah
boleh dapat gelaran dato atau Tan Sri.Lepas tu baru lah Laily boleh goyang kaki
je kat rumah tak payah kerja.
‘jauh nya berangan Laily.’
“Ada pulak macam tu?Boleh pula nak resign saja-saja.”
Laily pandang Zarif.
Ramah juga mamat ni.
“Dah orang cakap saja tu saja lah.Suka hati orang lah nak bagi
alasan apapun nak resign.”Tidak akan dibuka rahsia kenapa dia berhenti.Tapi
laily yakin yang amat Cik Puan Siti Tanjung Perak dah buka cerita pasal
dia.Kalau tak takkan lah Zarif ni boleh tahu yang dia dulu secreatary.Em..mak
long ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah.
“Habis tu seronok ke tak buat apa-apa sekarang ni?”
Laily pandang Zarif sekejap.
“Em..seronok sangat.Sampai tak tahu nak cakap macamana seronok
nya.Makan tidur lepas tu tengok tv.Bahagia dunia…”
Mulut nya terus disua buah rambutan.
Sekarang ni semua cerita dalam tv tu Laily tahu.Hari jumaat pukul
9.00 malam wajib tonton Sebenarnya saya isteri dia…lepas
tu pukul 7 setiap hari Teduhan Kasih….kalau Astro pula cerita Dahlia.Siap
dia boleh hafal waktu tayangan semua cerita itu.Bukan itu sahaja ‘Oh My
English’ pun dia tak pernah miss’apatah lagi Upin & Ipin setiap
hari jam 6.40 petang.Yang paling penting dia dapat menonton semula cerita
kegemaran dia dulu ‘Pangako Sa Yo’setiap hari pukul 11 pagi.Itulah rutin
harian dia setiap pagi.Mengadap Jericho Rosales dan Christine Hermosa.
“Tengok apa?”
Zarif sedikit tersentak.Rupa nya Laily perasan yang Zarif asyik
melihat ke arah nya.
“Tak ada apa.tengok awak macam tak ada masalah je.”
“Tak ada apa.tengok awak macam tak ada masalah je.”
“Alah masalah sentiasa ada dengan kita.Lagi kita fikir lagi tambah
masalah.Silap hari bulan nanti kita yang bermasalah.”
Zarif ketawa.Dengan Laily hilang protokol nya sewaktu bertemu
perempuan.Tak pernah dia seramah ini dengan mana-mana perempuan.
Sebenarnya hati dia pun berdebar-debar masa nak tegur Laily
tadi.Dari mana dia dapat keberanian dia pun tidak tahu.
Dia dikenali lelaki yang tidak suka dengan perempuan.Tidak sampai
ke tahap Anti.Kawan perempuan nya yang rapat Cuma Michele dan dan Darieka.Teman
nya sewaktu belajar dahulu.Michele pula pembantu peribadi nya sekarang ini.
Tapi kenapa ye dia seberani ini menegur anak saudara ibu angkat
nya ini?Sepupu arwah Iskandar yang tidak pernah di lihat nya walaupun sering
kemari dahulu.
“Lama ke kenal dengan arwah?”
“Lama ke kenal dengan arwah?”
Zarif mengangguk.
“Kenal masa belajar dulu.”
“Dekat Kentucky?”
Zarif angguk lagi.Arwah Iskandar teman sebilik dan serumah nya
dari hari pertama dia sampai ke Negara yang dibangunkan oleh George
Washington itu.Memang dia akrab dengan arwah Iskandar.
Malah Iskandar sudah dianggap sebagai saudara sendiri.
“Roomate dan housemate.”
Laily terangguk-angguk.Dulu masa kecil dia rapat juga lah dengan
Iskandar.Tapi lepas Iskandar ke Amerika dan dia ke universiti Teknologi Mara
keduanya sudah jarang berhubung.Sesekali bertemu bila Iskandar berpeluang
bercuti di tanahair.
“Buat apa datang sini?”
“Saja.Melawat mak dengan abah.”
Cewah…dia ni tak ada mak bapa kandung ke?siap ber mak dan abah
dengan mak long dan pak long.
“Mak bapak sendiri tak ada ke?”Huh direct je Laily tanya.Ye lah
dia bukan nya jenis suka simpan pertanyaan dalam hati.Buat menyemak kepala je.
“Eh dah tentulah ada.Kenapa tak boleh ke saya panggil diorang mak
dengan abah?”
Laily sengih sampai telinga.
“Boleh…boleh je.At least lepas juga lah rindu mak long
dengan pak long pada arwah abang Iskandar.”
“Seronok duduk sini.Tenang,aman.Tak serabut macam kl.”
Oh…orang kuala lumpur rupanya.
“Sini dah sah-sah kampung.Kampung pula tepi sungai.Memang best
lah.”Laily menambah.Kat belakang rumah ni je ada jeram.Tapi memandangkan
sekarang musim hujan Laily tak berani nak ke situ.
“Sebelum jadi penganggur ni kerja kat mana?”
Zarif senyum nipis.
Wah sedap nya kata orang penganggur.Tapi memang betul pun
laily.Dah sebulan dah tanam anggur.Bukan kata berbuah,anak pokok pun tak Nampak
hasil nya.
“Bumi Emas.Kat Johor.”
“Jauh tu.”
Laily angguk.Nak buat macamana dah kat situ yang terima dia kerja
lepas graduate dulu.
“Tak nak cari kerja lain?”
Laily diam sekejap.
Bukan dia tak pernah cuba cari kerja dalam sebulan ni.Tapi tak ada
kekosongan jawatan.
“Cari juga.Tapi susah nak cari kerja sekarang ni.Banyak ambil
semua nya kroni.Anak lah…anak saudara lah..sepupu sepapat.Semuanya nak
mengayakan kroni je.”
“Tapi mesti ada juga company yang tengok kelayakan kan?”
“Nak cari syarikat yang macam tu lah yang susah nya.”Banyak
syarikat yang dia temuduga semuanya tiada kekosongan jawatan.Kalau nak ikutkan
pengalaman dia ada bertahun-tahun pengalaman masa di Bumi emas.Malah dia pernah
jadi setiausaha sulit walaupun sementara.Banyak juga pengalaman yang dia ada.
“Kan best kalau ada adik beradik ke saudara mara
ke yang ada syarikat besar.Boleh juga tumpang tuah kerja kat situ.”
Zarif ketawa kecil.Entah kenapa hati nya senang berbual dengan
Laily.
“Tapi kalau kerja dengan saudara mara pun susah juga.Silap-silap
hari bulan boleh putus saudara kalau tak sekepala.”
Laily angguk mengiayakan kata-kata Zarif.Kenapa ye dia boleh
seramah ini dengan lelaki yang baru sahaja dia kenal ini?
“Betul juga tu.”
“Rancak nya berbual.”Mak long Kamsiah dan Hajah Kalsom sudah
sampai ke pangkin.Baru balik dari merewang untuk kenduri esok.
“Apa yang rancak nya.Sembang kosong je lah mak long.”
“Kenapa tak buat air kat Zarif ni Laily?”Ibu nya mencuit anak dara
yang sedang duduk bersila ini.Sebenarnya lebih kepada amaran.
‘Anak dara duduk lah baik-baik sikit.Ini tak bersila depan orang.’
“Eh tak payah mak cik.Saja ambil angin kat sini je.”
“Ha mak dengar tu.Dia nak ambil angin saja lah.Bukan nya nak
minum.Dah banyak dah angin dia makan tadi.”
“Ish ada je menjawab nya.Macam ni nak kahwin dengan ustaz.Mimpi je
lah Laily oi…”Wah mak pecah lubang.
“Ustaz mana pulak ni?”Mak long Kamsiah bertanya.
“Ini ha..lepas tengok cerita dalam tv semalam berangan nak cari
ustaz.Siap minta nak pergi sekolah pondok lagi.”
“Dia tengok cerita apa sampai nak kahwin dengan ustaz?”
“Tujuh petala cinta.Best tau mak long.Hero dia sweet sangat.Nak
mengurat pun bertertib.”Belum sempat Hajah Kalsom menjawab Laily terlebih
dahulu bersuara.
Pecah ketawa mak long Kamsiah.
“Itulah cakap kat dia….berangan sangat.Ustaz manalah yang nak kat
dia ni.”
“Alah kalau dapat menantu ustaz mak juga bangga nanti.”
“Ada je menjawab nya.”
“La orang cakap benda betul lah.”
Sekali lagi pipi Laily menjadi mangsa cubitan Hajah Kalsom.
“Jadi nak balik esok Zarif?”Mak long kamsiah bertanya.
“Inshaa Allah mak.Lagipun kerja Rif banyak lagi kat ofis.Nanti
senang-senang Rif datang jumpa mak lagi.”
Mak long Kamsiah mengangguk.Senang dengan keramahan dan kebaikan
Zarif.Zarif selalu mengingatkan nya kepada Arwah Iskandar.
Semoga dia sentiasa tenang bersama pencipta NYA.Itu lah sahaja doa
dari seorang ibu.
Mmg brutal laily ni
ReplyDelete