Wednesday, 11 September 2013

SD bab 10


10






“Berdating balik pukul berapa semalam?”
Belum sempat dia menarik kerusi Salmi sudah menyergah nya dari belakang.Laily perasan Hakim turut sama melemparkan pandangan ke arah nya bila Salmi berkata demikian.
“Tak ada makna nya dating kak.”
“Siapa semalam tu?”Salmi masih belum yakin kalau Laily tidak tahu bahawa Zarif itu sebenar nya CEO disini.
“La kan dah cakap itu anak angkat mak long Resha.”
“Kak Salmi…”Belum sempat Salmi bertanya lebih lanjut Jessica memanggil.
“Ada apa Jes?”
“Bos nak jumpa you up stair.”
“Ha tu bos nak jumpa akak.Boleh lah akak pandang wajah handsome bos tu lama-lama.Saya juga lah yang mati beragan tak dapat jumpa big bos.”
Salmi senyum.Betullah Laily tidak tahu siapa sebenar nya Zarif.

Salmi ke tingkat 8.”
“Puan Salmi…bos nak jumpa you sekarang.”Michele membawa Salmi ke bilik Zarif.
“Ok you boleh keluar Michele.”
Michele angguk sebelum melangkah keluar.
“Have a seat.”Zarif bangun menuju ke sofa berangkai tiga.Duduk di tempat kegemaran nya mengadap Salmi.
“Saya rasa awak tahu kenapa awak di panggil kesini hari ini.”
“Saya boleh agak kenapa.”
Zarif senyum.
Its about Laily..sorry..Alisya.”
“Kenapa dengan Resha bos?”
Zarif diam sejenak.Sejak semalam dia jadi tak sedap hati.Takut semua nya terbongkar dihadapan Laily.Dia belum bersedia memberitahu Laily kebenaran.Apatah lagi meluah kan rasa hati nya yang semakin menyayangi gadis itu.
“Saya tidak mahu awak dedah kan siapa saya sebenarnya pada Alisya.”
“Maksud nya Sya tak tahu yang dia keluar dengan bos dia?”
Zarif menggeleng.
“Saya kenal Alisya sebagai Zarif.Bukan CEO Metro Group.”
“Nanti-nanti dia tahu juga bos.Lagipun bos kerja satu bangunan dengan dia.”
“Itu saya akan handle nanti.Buat masa ini saya tak mahu bagitahu dia kebenaran lagi.”
“Tapi kenapa bos?Kan senang kalau bos bagitahu je bos siapa?”
“Belum masanya lagi Salmi.One day…One second dia akan tahu.”
“Bos suka kan Sya ke?”
Zarif senyum.Salmi tahu dia sudah dapat jawapan dari soalan nya.
“Is she’s ok?”
“Dia ok.Cuma bos tahu ke pasal Hakim.?”
Zarif angguk.
“Dia masih ganggu Alisya?”
Salmi angguk.
“Tiap-tiap hari bos.Kasihan saya tengok Sya.Bos dah cakap ke bos suka kat dia?”
Zarif geleng.Terkesan juga di hati dia kalau kata Hakim pujuk Laily balik pada ellaki itu.
“Baik bos cepat.Sebab hakim tu tengah dok pujuk Alisya balik pada dia.”
Zarif tahu tentang itu.
“Kalau dah jodoh tak kemana kan?”
Suka nya Salmi tengok bos yang seorang ini senyum.
‘Bertuah nya Alisya jadi Victoria Beckam lah lepas ni.’




            Laily terima satu pesanan ringkas dari Zarif tengahari itu.Dia pandang jam di tangan sebelum ke atas meja.Laily mengeluh seketika.
Mesej Zarif di baca sekali lagi.
+salam tuan puteri.Nak ajak pergi lunch ni.Jangan kata tak boleh pula ye.Yang mengharap sangat-sangat ini.
Laily balas mesej zarif.Dia tahu pasti Zarif hampa.
-Wasalam.Maaf Zarif.Tak dapat keluar tengahari.Kerja banyak sangat.Kalau keluar juga alamat nya kerja saya tak siap.
+Kerja apa yang banyak sangat sampai tak boleh nak berhenti makan tengahari?”
-Saya kena siap kan laporan.Sekejap lagi ada meeting dengan CEO.Diorang nak report before 2.Awak makan seorang ye.Jangan risaukan saya.
+Dah tak payah buat report tu.Tinggal kan saja.
Laily senyum.Zarif ini cakap acam lah dia pengarah urusan kat sini.Suka-suka hati je cakap tak payah siap kan kerja.
-Ahmad Zarif…awak ini macam lah awak CEO sini suka-suka hati tak bagi saya buat kerja.Nanti kalau report tak siap saya  juga yang kena.Saya ini kalau boleh tak nak naik atas jumpa CEO tu.Tak pasal-pasal saya kena buang kerja pulak nanti.
+so tak boleh temankan saya lunch lah hari ini?
-Soryy nanti-nanti kalau saya tak busy saya terima jemputan awak ye.:(
+Ok.take care.
Laily senyum-senyum.Seronok berkawan dengan Zarif.sentiasa memahami apa yang rasa.
            Jam 1.45 tengahari sewaktu Laily bersiap-siap nak ke surau menunaikan solat Zuhur seorang budak penghantar Pizza muncul.
“Nak cari siapa dik?”
“Cik Laily.”
Laily sedikit terkejut.Bila masa pula dia order pizza?
“Akak Laily.Tapi akak tak order pun.”
“Tadi ada abang tu dia makan pizza.Lepas tu dia order suruh delivery kat akak.”
Laily terima juga.Hati dia dah syak sesuatu.Tak lain tak bukan mamat sweet itu lah punya kerja ini.
“Ok.Terima kasih.”Laily letak kotak Hawaian Pizza atas meja.Dia perlu solat dahulu.Sewaktu dalam perjalanan ke surau sempat ditipkan satu mesej pada Zarif.
+Tak payah lah susah-susah nak hantar makan tengahari kat saya.Apapun saya hargai sangat.Thanks ya.:)
-Mana ada saya hantar apa-apa.
-Tak pe lah tak payah berlakon.Saya tahu pizza tu dari awak.
+J Saya risau awak tak makan.Makan dulu ye baru buat kerja.
-Terima kasih Zarif.Saya nak solat dulu.Nanti mesej lagi ye.
+Sama-sama.Ingat saya dalam doa Laily ye.
Zarif selalu buat Laily gembira.Zarif selalu mengukirkan senyuman di bibir Laily.Laily suka sangat.















No comments:

Post a Comment