Sudah Laily agak.Emak
bukan nak kasihan pada Laily tapi jenuh Laily kena bebel.Tapi Laily Hajah
Kalsom tu berleter bersebab.Bukan saja-saja sahaja dia nak bising-bising macam
ini.Mana Hajah Kalsom tak risau dengan kepala berjahit,tangan calar balar boleh
saja Laily bawa kereta daru Kuala Lumpur ke Perak.Kalau jadi apa-apa tengah
jalan macamana?Tapi laily bukan nya nak dengar pendapat orang.
“Orang baru sampai mak dah bising-bising.Bagi lah orang rest dulu.”
Laily ini tak habis-habis nak melawan cakap Hajah Kalsom.
Hajah Kalsom geleng kepala.Bukan dia marah apa.Dia suka Laily
balik ke mari.Tapi dalam keadaan kepala berbalut macam tu baik lah Laily rehat
sahaja dari meredah lebuhraya balik Perak.
“Orang risaukan dia dia boleh buat tak tahu saja.”
Bebelan hajah Kalsom masih belum berhenti rupa nya
“Mak stop bebel dulu boleh tak?Orang lapar gila ni.”Laily
sengih-sengih.
Hajah Kalsom geleng kepala.Apa nak di kata dah perangai laily
memang macam ini.Mahu tidak mahu dia ke dapur juga menyediakan hidangan untuk
anak perempuann nya ini.
Laily ambil
telefon bimbit di dalam beg.
‘Hah 16 misscall.Semua dari Zarif.’Laily gigit bibir.Rasa bersalah
pada Zarif.Agak nya mesti Zarif cari dia di hospital.Salah dia juga tak
bagitahu Zarif yang dia dah boleh keluar.Keluar je hospital dia terus balik
kampong.Tapi masa dia ambil kereta kat parking lot pejabat dia rasa macam
Nampak saja kereta BMW yang pernah Zarif bawa hari itu.Sebab dia nak cepat jadi
Laily malas mahu pergi periksa.
Laily hantar satu pesanan ringkas pada Zarif,
-Salam awak call saya
ke?
Beberapa saat kemudian telefon nya bordering.
‘Mr sweet’ terpampang di skrin.
“Assalamualaikum…”Baik nya Laily.Nak ambil hati Zarif lah tu.
“Waalaikumusalam cik Laily yang cantik menawan.Mana awak pergi
ni?Dah tak reti nak telefon atau sms saya?Tahu tak saya macam orang gila cari
awak?”
Laily senyum sendiri.Kenapa ye walaupun Zarif marah tapi macam
Zarif sedang mengungkapkan kata romantik pada Laily.Ha..ha..Laily tak
sudah-sudah nak berangan.
“Saya dah boleh keluar pagi tadi.ambil kereta terus balik
kampong.Lagipun esok cuti sehari lagi.”
“Kalau ye pun tak boleh ke call saya bagitahu?”
“Saya tak nak kacau awak tengah kerja.Nanti bos awak marah tak
pasal awak kena buang kerja.”
“Setakat jawab satu panggilan dari awak tak ada makna nya saya
kena buang kerja.”
“Alah..saya pun dah selamat kat kampong.Jangan lah marah lagi.”
Baru laily dengar Zarif ketawa.
“Ok lah.Jangan buat saya risau lagi.”
Laily angguk.
“Ok bos.Saya tak buat awak risau dah.”
“Malam ini saya kena outstation.Mungkin seminggu.”
“Ye ke..pergi lah.”
“Em…”Zarif teragak-agak untuk berkata.
“Dah kenapa pula?”
“Seminggu saya tak call awak atau sms tau.”
Kenapa ye macam sweet je bila Zarif cakap macam tu.Macam Laily ini
teman istimewa Zarif pula.Sekali lagi Laily berangan.
“Awak nak pergi mana?Awak nak pergi kahwin dekat Thailand ye?”
“Kalau saya nak pergi kahwin dekat Thailand….dah tentu awak orang
pertama yang saya ajak.”
“Kenapa pulak?Oh awak nak suruh saya jadi pengapit awak?Tak pun
awak nak saya jadi saksi?Alah saya tahu awak nak saya jadi photographer awak je
kan?”Padahal hati laily berdebar sangat bila Zarif cakap macam tu.Macam
Saidatul Nafisa rasa masa Ahmad Fakruddin Attar luah kan isi hati dia.Apalah
Laily ini sikit-sikit nak kaitkan dengan 7 pertala cinta.Ialah kan itu impian
Laily.
“Tak kan lah saya nak suruh awak jadi pengapit saya.Dah tentu lah
saya kena bawa awak sebab…sebab nya….awak kan pengantin saya.”
Kalau lah Zarif boleh tengok wajah Laily yang dah merah menyala
ini.
“Lawak awak tak kelakar lah.”Sekadar menutup rasa debar di hati
Laily cakap macam itu.
Zarif ketawa.
“Tempat yang saya nak pergi ni tak ada line.So tak boleh nak call
awak.”
Zarif terpaksa menipu.ia tidak mahu Laily tahu dia ke Jepun.Kalau
dia tertangkap menipu sudah tentu dia akan kehilangan Laily buat selama-lama
nya.
Zarif belum pergi sudah ada rasa rindu di hati laily.
“Tak pelah awak pergi lah.Itu kan kerja awak.Mana boleh mengelat.”
“Awak tak rindukan saya nanti,?”
Laily diam seketika.
“Itu kena tunggu awak pergi dulu.Tengok macamana nanti.”Zarif
ketawa lagi.
“Tapi saya belum pergi pun dah rindu kat awak.”
Laily gigit bibir bawah.Jantung Laily dah macam kereta Michael
Sheumacer masa race formula 1.
“Kalau rindu saya balik cepat.Ok bye.”
Laily terus tutup telefon.Kenapa lah Laily cakap macam tu.Nanti
Zarif mesti ingat yang Laily suka kat Zarif.
Alahai mr sweet….
+ kalau rindu kat saya nanti ingat muka saya dalam tidur ye.:)
Laily senyum-senyum baca sms Zarif.Kenapalah Zarif ini sweet
sangat.Hakim pun tak pernah buat Laily malu macam ni dulu.
“Oi anak dara berangan tak sudah.Tu nasi kat dapur.Takkan nak
tunggu ada dayang tolong suapkan pula?”Angan-angan Laily di patahkan suara mak
dara dalam filem Ibu Mertua ku.
Hajah Kalsom sudah bercekak pinggang.
“Ye lah…nak pergi makan lah ini.”
Laily turun ke dapur.Tapi kenapa ye dia asyik Nampak Zarif je
sekarang ni?
“Are you ok Rif?”Michele pelik Zarif yang asyik tersenyum sejak
tadi.
“Sorry tak perasan you masuk.Yes I’m ok.A bit happy.”
“Lepas cakap dengan girlfriend lah tu.”Michele duduk dihadapan
Zarif.
Zarif masih tersenyum.
“Ini tiket flight you malam ini.Semua dokumen I dah
sediakan.Johari akan ikut you.”
Zarif belek tiket penerbangan ke Jepun.Kalau tak sebabkan urusan
syarikat dia memang malas nak travel macam ini.Sebenar nya malas nak tinggalkan
Laily ye Zarif?Risau pun ada juga.Mana tahu sepeninggalan nya nanti laily balik
pada hakim.Seribu kemungkinan boleh berlaku dalam hanya sesaat Sahaja.Tidak
berani Zarif nak fikir kan kemungkinan-kemungkinan itu.
“Sepanjang I tak ada seminggu ni I nak you monitor segala
perjalanan syarikat.Pasti kan marketing department buat kerja diorang.I tak nak
jadi macam bulan lepas.Kita hantar buat promosi tapi diorang pergi bercuti.”
“You don’t worry about company.Uruskan urusan dekat sana and I
hope tender tu jadi kita punya.”
“Doa-doa kan I Berjaya ye?”Bukan senang berurusan dengan syarikat
di Jepun.Mereka pentingkan kualiti dan ketepatan masa.
“Ok lah since tadi you tengah dok berangan I keluar dulu.Pagi tadi
girlfriend tak jadi you tanya I you free tak malam ini dia nak ajak you
dinner.”
“You no my answer.Cakap I busy nak flight.”
Michele senyum.Sudah diagak jawapan Zarif.
“Ok bos.I keluar dulu.”
Zarif angguk.
Zarif pandang luar tingkap kaca.Ingatan nya masih pada laily yang
sedang tidur di atas katil di dalam bilik 302.
‘Sweet nya dia…’
Laily masuk kerja hari tu dengan perasaan ceria.Luka di dahi nya
ditutup dengan tudung yang sengaja di ke hadapan kan sedikit.
“Ceria Nampak tiga hari cuti?,”Salmi menegur bila dia Nampak
kelibat Laily masuk pejabat.
“Ceria apa nya kak Salmi.Biasa-biasa saja.”
Laily duduk di meja nya.Baru tiga hari tak masuk kerja dah
bertimbun dokumen nak kena taip.Sejak semalam dia rasa lain macam.
Sebab mr sweet tak call ye Laily.Laily senyum-senyum.Kenapa ye
semenjak dua menjak ini dia dah biasa dengan panggilan Zarif.Rasa lain pulak
bila Zarif tak call.
“Laily apa kabar?”
Laily senyum pada Hakim.
“Alhamdulillah sihat.”
Hakim tak perlu tahu apa yang terjadi pada dia.
Laily buat kerja seperti biasa.Sesekali dia pandang telefon bimbit
di atas meja.
‘Harap kan mr sweet telefon ye Laily.’Laily senyum sendiri.
Hari-hari Laily
lalui tanpa Zarif sedikit sunyi.Kadang-kadang Laily seolah-olah membilang hari
bila Zarif akan kembali.
‘Hati sudah rindu ye Laily.
Zarif masih memandang tugu Hachiko di Shibuya
ini.Tugu yang di bina dari kisah seekor haiwan yang sangat setia pada tuan nya.
Hachiko adalah
seekor anjing jenis Akita yg telah dibela oleh tuannya, Professor Ueno di
Tokyo, Jepun. Professor Ueno menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama
utk beliau berulang-alik ke tempat kerja.
Setiap
hari, Hachiko akan menemani Professor Ueno ke stesen keretapi Shibuya sewaktu
beliau hendak ke tempat kerja dan menanti di hadapan stesen tersebut pada waktu
pulang. Begitulah rutin harian kehidupan mereka berdua sehinggalah pada suatu
hari dlm bulan May 1925, Professor Ueno yg pergi ke pejabatnya seperti biasa,
tidak kembali lagi di stesen berkenaan kerana telah meninggal dunia.
Hachiko
tetap setia menanti tuannya itu pd hari berkenaan... Hachiko kemudiannya
diserahkan kepada penjaga lain tetapi beliau telah lari dari rumah tuan barunya
dan menuju ke kediaman lama Professor Ueno... Selepas menyedari yg kediaman
tersebut telah diduduki oleh org lain, Hachiko kemudiannya kembali ke stesen
Shibuya dan terus menetap di sana dgn harapan tuannya akan kembali bertemu
dgnnya di stesen berkenaan. Hachiko terus dikenali oleh masyarakat di kawasan
stesen berkenaan dan menjadi sangat terkenal di Jepun atas sifat
kesetiaannya...
Hachiko terus menanti tuannya di stesen
berkenaan selama 11 tahun sebelum beliau pergi buat selama-lamanya di stesen
berkenaan. Sebagai tanda penghargaan, Tugu beliau telah didirikan di hadapan
stesen berkenaan... Tugu tersebut telah diwujudkan sewaktu Hachiko masih hidup
lagi. Sehingga hari ini, tugu berkenaan masih wujud di stesen Shibuya, Jepun...
Sebelum ini Zarif hanya dengar kisah
haiwan ini sahaja.Tadi selepas ke Botanical Garden di Osakan dia terus ke
mari.Ingin sekali menyaksikan dengan mata nya tugu yang sering diceritakan
masyarakat Jepun ini.
Zarif duduk di kerusi batu
berhadapan tasik di Shibuya.Bunga-bunga mula luruh menguning menjadi hamparan
di persisiran jalan.Cantik.Bagai salji berwarna kuning yang menghiasi
jalan-jalan di Shibuya ini.Beberapa pasangan muda mudi sedang memadu kasih di
tepi tasik.
Zarif tersenyum sendiri.Minda nya
menerpa kepada seraut wajah yang sangat dirindui.Apa khabar nya agak nya dia
saat ini.Sukar nya dia mahu berterus teang tentang perasaan dan rasa yang
menyambar dalam hati nya saat ini.Berterus terang dengan Laily tapi akibat
nya?Mahu kah Laily menerima penipuan yang dia rencana kan.
Zarif
gagal menafikan hakikat yang hati nya sedang mekar dengan kasih dan sayang pada
laily sepertimana kuntum-kuntum sakura yang sedang mengembang.Rindu nya pada
Laily sudah sarat di dada.Bagai tidak tertanggung rasa nya.
Bunga
Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan?
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan?
17
Hari tu hari sabtu.Kalau ikutkan esok baru Zarif
balik dari out station.Laily tak ada buat apa-apa.Habis kemas bilik dia
menonton televisyen di ruang tamu.Tiba-tiba dia Nampak satu pesanan yang belum
di baca.
‘Mr sweet.’
-Tak bangun dari beradu lagi
ke?Dah tunggu dari tadi ini.Dah macam nak beku kena air-cond kereta.
‘Ha..Zarif ada kat sini?Laily cepat-cepat menejnguk keluar.Ada
kereta proton Saga Zarif di luar.
‘Subahanallah sejak bila Zarif ada kat sini?Sejak bila dia tunggu
Laily bangun?’Memang Laily dah bangun lepas sembahyang subuh.Tapi dia
lepak-lepak atas katil sambil baca novel.Kalau dia tahu Zarif tunggu kat sini
dari tadi dah dia turun.
Laily capai tudung.Bersiap lebih kurang dia keluar mendapat kan
Zarif di kereta.
Cermin kereta di sebelah pemandu diketuk.Dia Nampak Zarif
bersandar sambil pejam mata.
‘Kasihan nya Zarif sampai tertidur tunggu Laily keluar.’
Laily ketuk cermin tingkap pemandu.Zarif tersedar.Dia tersenyum
pada Laily.
‘Sweet nya dia senyum baru bangun tidur.’
Zarif mengisyaratkan tangannya ke sebelah kiri tempat penumpang.Laily
faham.Segera dia masuk ke sebelah.
“Baru 6 hari dah balik?”
Zarif ketawa kecil.
“Kerja habis awal so balik awal lah.Kenapa tak suka ke?”
Laily geleng.Sebenar nya hati dia pun berbunga-bunga bila Zarif
hantar pesanan tadi.
“Nak pergi mana ni?”
Zarif pandang Laily sekilas.
“Pergi breakfast.Lapar gila ni.”
Alahai comel nya bila Zarif buat muka orang lapar.
Laily termenung sejenak.Lama juga dia berfikir sampai Zarif tegur
dengan pantun
“Ehem..kalau padi kata padi,tidak saya tertampi-tampi,kalau sudi
jawab sudi,tidak saya ternanti-nanti.”
Laily sudah pecah ketawa.Apalah Zarif ini.Ada ke pula berpantun
segala.
“Ok.Saya pun belum makan lagi ini.”
Zarif senyum.Kenapa ye Laily rasa macam nak cubit-cubit sahaja
pipi Ahmad Zarif ni.Ha..ha..ingat sikit Laily Zarif tu bukan sesiapa dengan
Laily.
Mereka makan nasi lemak USA di Keramat.Punyalah
banyak nasi dia sampai Laily tak habis makan.
“Lusa dah puasa.Tak boleh nak bawa awak keluar dah malam-malam.”
Laily senyum.
“Memang lah tak boleh.Balik terawikh dah pukul sepuluh lebih.Dah
tentu saya nak rest.Nak gosok baju lagi.”
Suapan timun laju masuk mulut Laily.
“Awak sahur?”
Laily geleng.
“Kalau kat kampong sahur lah sebab ramai family.Kat sini nak sahur
seorang-seorang malaslah.”
“Ada pulak malas.Habis housemate awak?”
“Tak sahur kot.Nanti lah tak plan lagi dengan diorang.”
“Sahur lah sikit nanti tak larat nak pergi kerja.Kalau awak
pengsan sapa nak tolong?Kalau saya ada tak pe lah.Kalau saya tak ada?”
“Hakim kan ada..”
Laily Nampak jelingan tajam Zarif.Suka nya bila buat Zarif marah.
“Awak ni keluar dengan saya tapi sebut nama dia kenapa?”
Laily senyum dalam hati.Dah agak dah Mr sweet mesti marah punya.
“Saya gurau saja lah.Mana pula saya pengsan.Biasa puasa saya
kuat.Mana boleh pengsan.”
Zarif pandang wajah Laily.Dia tengok bibir Laily.Naik ke hidung
dan terus ke mata.
“Zarif boleh tak kalau tak tengok saya macam tu?”
Zarif senyum-senyum.
“Kenapa?Saya buat awak resah ye?”
“Dah tahu awak buat juga kenapa?”
Zarif ketawa.Dia suka Laily macam ini.Muka Laily dah merah.
“Awak ni kenapa?Kena sampuk Jin hutan tempat awak out station tu
ke?”
Kat Jepun manalah ada Jin hutan Laily.Tapi Laily bukan tahu pun
Zarif outstation ke luar Negara.Laily ingat Zarif pergi hujung Malaysia sebab
itu tak ada coverage line.Ialah sekarang mana ada tempat kat Malaysia ini yang
tak ada coverage line.
Zarif pandang Laily lagi.Kenapa ye dia rasa ada rindu yang cukup
sarat di hati nya saat ini?
18
Laily menyinsing lengan bajunya ke separas
siku.Matanya meerenung ke arah enjin kereta yang masih berasap.
“Apa kena pula ni.Dah lah baru je hantar
servis.Takkan rosak pulak kot.'Bebelnya sendirian.Dia hanya memerhati enjin
kereta dan wayar yang berselirat dalam bonet hadapannya. Selama dua tahun dia
memakai kereta ini,tidak pernah walau sekalipun kereta ini rosak.Rasanya baru
lagi abangnya menghantar keretanya ini untuk diservis.Tak kan rosak pulak kot..
“Adui...apa aku nak buat ni?Nak rosakpun
tengah-tengah jalanlah.Tunggulah sampai rumah dulu.”Laily mencapai telefon
bimbitnya cuba menghubungi teman serumah nya.Tapi talian tidak berjawab.
“Aku nak calll siapa ni?”Laily membuka buku
panggilan telefonnya.Tiba-tiba dia nampak nama Choo,dari bengkel yang pernah
dihantar servis dulu.Rasanya bengkel ni dekat-dekat sini aje.Masa mula-mula
sampai kuala lumpur hari itu kereta dia buat perangai juga.Dia hantar kat
bengkel Ah Choo ini lah.
Selepas menghubungi mr Choo,Laily menanti di dalam
keretanya.Sepuluh minit kemudian,seorang lelaki cina datang menaiki sebuah
proton Wira.
“Apasal ni miss?”Ah Choo menghampiri Laily yang
sudah keluar dari keretanya.
“I tak tahulah.Tapi tak boleh nak masuk gear.Then
berhenti sendiri.”
Choo masuk kedalam kereta Laily,cuba menghidupkan
enjin dan memainkan gear.
“O....ni dia punya clutch plate dia dah habislah
miss.”Ujar Ah Choo.
“So macamana nak buat ni?”Laily sudah gelabah.Sudah
lah hari beransur petang.
“Ini kena tarik ke bengkel lah.”
“Kena tarik?Alamak...teruklah macam ni.”
Ah Choo menelefon seseorang.Mungkin menelefon Tow
Car untuk mengangkut keretanya ke bengkel. laily mengeluh perlahan.Dah lah
tempat ni susah nak dapat teksi.
'Patah kakilah aku dua tiga hari ni..'Bisiknya
perlahan.
Sedang Laily ralit bertanyakan Ah Choo pasal
keretanya,muncul sebuah motor berkuasa tinggi disisi Laily dan Ah Choo.Laily
tergamam.Cuba diamati siapa tapi wajahnya terlindung disebalik helmet yang
dipakai. Penunggang motorsikal itu turun menghampiri Laily.Sebaik sahaja
helmetnya dibuka,Laily menarik nafas lega.
Mr sweet ini tahu saja Laily dalam kesusahan
sekarang ini.
“Kenapa ni?”Tanya Zarif.Dia kebetulan melalui jalan
tersebut selepas menghantar rakan nya di Taman Melati.
“Tak tahulah Rif.Tak boleh nak masuk gear.Ah Choo ni
kata,clutch Plate dia habis.” Zarif menghampiri Ah Choo yang masih menilik
enjin kereta Laily.Bercakap seketika dengan lelaki cina itu sebelum kembali
menghampiri Aresha.
“Kena hantar ke bengkel ni.”
“Macam tulah nampak gayanya.”Lailya mengeluarkan
wang sebanyak dua ratus ringgit dari beg duitnya sebagai bayaran deposit kepada
Ah Choo.
“Bila boleh siap?”
“You datang bengkel saya dalam tiga hari lagi.”
“Esok tak boleh ke siap?”laily separuh merayu.
“Kan dia kata lagi tiga hari….makna nya lagi tiga
hari lah.”
Laily menjeling Zarif.Laily tahu lah.Bukan nya Laily
pekak sangat pun.Boleh dengar dengan jelas Ah Choo bagitahu.Tapi masalah nya
macamana Laily nak pergi kerja esok.Malas betul Laily nak naik LRT.
“Tak boleh ma...I kena pergi cari dia punya spare
part lagi.lagipun esok hari ahad, kedai banyak tak buka...”
“Em...tak pelah.Ni I bagi deposit dua ratus dulu.”Laily
menghulurkan wang tersebut kepada Ah Choo.
“Habis tu awak nak balik macamana?”Soal Zarif.Laily
menjungkitkan bahunya.
Zarif sudah senyum-senyum.
“Tak pelah.Saya jalan kat depan sikit, tunggu
teksi.”Laily mengambil beg tangan nya di dalam kereta.
“Er...kalau awak tak kisah,jomlah saya hantarkan.Kebetulan
memang ada dua helmet sebab saya baru lepas hantar member balik tadi kat area
sini.Itupun kalau awak tak kisahlah.Naik motor...”Ujar Zarifl.
Dalam hati Zarif harap sangat Laily setuju.Peluang
dating ye Zarif.
Laily terdiam seketika.'Ish...takkan nak naik motor
dengan Zarifl kot?Ikhlas ke dia?' Hatinya sedikit bimbang.Memang lah dia kenal
dengan Zarif beberapa bulan ini.Tapi risau juga Laily.
“Motor siapa ni?”
Zarif senyum-senyum lagi.Tengah fikir kan alasan ye
Zarif.
“Motor kawan.Kan cakap tadi baru lepas hantar kawan
balik.”
“Habis tu takkan bawa motor dia balik?”
“Erk…tukar.Dia pakai kereta saya.”
Laily diam sejenak.
“Kalau awak risau nak naik motor dengan saya,tak
pelah.Biar saya tolong panggilkan teksi.awak tunggu sini.”Seakan tahu apa yang
bermain dalam hati Laily,Zarifl berkata.Dia pantas menuju ke motorsikalnya.
Merajuk ye Zarif.Laily tak sudi tumpang Zarif.
“Er Rif...”Panggil Laily teragak-agak. Zarif
berpaling kembali ke arah Laily.Zarif sudah senyum dalam hati.
“Jangan bawa laju sangat boleh tak?” laily
memalingkan wajahnya kearah lain.Malu untuk bertentang mata dengan Zarifl.
Zarif tersenyum.Lantas helmet yang diletakkan dibela
kang motor diberikan pada Laily sementara dia tolong memegangkan beg tangan
milik Laily.
Setelah topi keledar dikenakan,Laily memegang bahu Zarif
untuk membonceng di belakang.Terasa dadanya berdebar kencang saat jari
jemarinya menyentuh bahu Zarif walaupun berlapik dengan baju yang dipakai Zarif.
Zarif menghulurkan beg tangan pada Laily.Sebelum itu
jaket yang dipakainya dibuka dan diberikan pada Laily.
Laily menolak
pada mulanya akhirnya menerima bila Zarif berkeras memandangkan angin agak kuat
bertiup petang ini. Dengan teragak-agak Laily menyarung jaket kulit hitam milik
zarif.Haruman yang dikenakan Zarif menyusuk ke hidungnya.Terasa dekat dia
dengan zarif.Tiba-tiba ada rasa bahagia berbunga dihati Laily.
Sesekali Laily terpaksa memegang bahu Zarif bila
lelaki itu menambah kelajuan motorsikalnya.Inilah kali pertama dia menaiki
motorsikal dengan lelaki yang tiada kena mengena dengan dirinya.Dahulu dia
selalu membonceng Akhil pusing keliling kampong.
Zarif bawa motorskal sambil tersenyum..Namun dia ikhlas
ingin menolong Laily.Jantungnya berdegup kencang saat tangan Laily menyentuh bahunya.Zarif tahu dia juga gagal menolak perasaan yang
bertandang dalam dirinya saat ini.
Langit yang tadinya mendung mula menurunkan
rintik-rintik hujan dan seterusnya hujan mulai lebat disertai dengan angin yang
kuat.Laily terpaksa memegang erat pada zarif bila hujan makin mencurah-curah.
Zarif terpaksa mencari tempat
berteduh. Mujur ada sebuah perhentian bas yang tiada orang.Motornya diparking
didalam bus stop tersebut.Laily turun
perlahan-lahan.
Beg tangan diletakkan diatas
bangku.Zarif membuka helmetnya.Bajunya hampir basah.Dia memandang Laily yang
terkial-kial cuba membuka topi keledar.Dia tersenyum lantas menghampiri Laily.
Tanpa suara atau bahasa, Zarif
membantu Laily membuka topi keledar. Nafas Laily bagai terhenti saat topi
keledarnya dibuka,wajah Zarif yang muncul didepan matanya.
“Sorry kita kena berhenti sekejap.Hujan lebat
sangat.Saya tak boleh nak bawa motor.Bahaya.”
Zarif meletakkan helmet yang dipakai Laily ketempat
duduk.Tangannya menyapu air hujan yang membasahi baju t-shirtnya.
Kenapa ye Laily dan Zarif macam kelu sahaja lidah
saat ini.
Laily duduk diatas bangku tanpa suara. Hujan semakin
lebat.Malah langit sudah menjadi kehitaman walaupun baru jam 6.30 petang.
“Sorry sebab saya,awak kena hujan.” Suara Laily
membuatkan Zarif berpaling.Lantas sebuah senyuman diukirkan buat Laily yang
sedang membetulkan tudung nya yang di tiup angin.
Melihat Laily dalam keadaan begitu,hati lelakinya
sedikit terganggu.Namun cepat-cepat dia beristighfar.Dia tidak dapat menafikan Laily
cukup cantik saat ini.
“Its Ok.”
Balas Laily ringkas.Zarif turut melabuhkan
punggungnya disebelah Laily.Mereka hanya dipisahkan oleh beg tangan Laily yang
diletakkan menegak.Laily memeluk tubuhnya yang mula kedinginan.Dia memang alah
pada cuaca sejuk. Terasa sejuknya sampai ke tulang.
“Sejuk?”Tanya Zarif.
Sweet nya bila Zarif menyoal begitu.
Laily hanya mengangguk.Zarif turut memeluk
tubuhnya.T-shirt nipis yang dipakainya juga gagal memberi kehangatan pada
tubuhnya yang basah disirami hujan.T-shirt dan jeans yang dipakai sudah lencun.
Laily melihat Zarifl yang kesejukan. Melihat jaket Zarifi
yang tersarung ditubuhnya rasa bersalahnya menular dihati.Lantas jaket tersebut
dibuka dan diberikan pada Zarifl.Zarif mengerutkan keningnya.
“Its Ok.Awak pakailah.Saya pun memang dah basah.”
“Tak pe.Awak pakailah.Saya tak basah sangat.”
“Its ok.Saya tahu awak sejuk.Saya dah biasa berhujan
macam ni.”Zarif kembali menghulur kan jaketnya untuk dipakai Laily.Mahu tidak
mahu,jaket tersebut disarungkan kembali ke tubuhnya.
Ala-ala lelaki budiman kan Zarif.
“lebatnya hujan ni...”Spontan kata-kata itu terbit
dari bibir Laily.Tangannya digosokkan.Zarif memandangnya sambil tersenyum.
“Hujankan satu rahmat...”Matanya memandang Laily.Sekali
lagi tanpa dirancang mata mereka kembali bertentangan.Dan rasa itu datang lagi
dalam hati keduanya.
“Can you imagine negara macam Afrika dan
gurun Sahara yang amat jarang ALLAH turunkan hujan.”Tiba-tiba kata-kata itu
terbit dari bibir Laily.
Pandangan Zarifl tetap dihalakan pada air hujan yang
semakin mencurah.kemudian dia berpaling kearah Laily.
“Ya...but they still can survive without a
water.To them water just for drink itupun bercatu.”Zarif memberikan
pendapatnya.
“But sometimes I wish I can go there.Teringin
nak pergi sahara.”Zarifl ketawa kecil mendengar ungkapan Laily.
“What for?”dia
senang berbual dengan Laily.Malah mereka mempunyai banyak idea untuk dikongsi
bersama.Sejak peretmuan demi pertemuan yang kadang-kadang di rancang Zarif.Tapi
kali ini bukan rancangan.Semua nya percaturan dari Allah swt.
“Nothing!Padang pasir tukan luas saujana mata
memandang...dan itu juga salah satu dari keindahan yang TUHAN ciptakan untuk
kita nilai.Untuk kita rasakan mungkin begitulah nanti kita dipadang masyar.”Zarifil
memandang seketika pada Laily.gadis terlalu bijak berkata-kata malah setiap
kata-katanya ada maksud yang tersendiri.Alangkah bertuahnya lelaki yang memiliki
Laily nanti.
Guruh yang kuat disertai kilat mengejutkan laily.Dia
terjerit kecil sambil matanya dipejamkan.Spontan tangan Zarifl memeluk bahu Laily
bagi menenangkannya.
“Sorry...”Zarifl cepat-cepat memohon maaf bila mata Laily
menembusi pandangannya.Dia tahu tindakannya salah.Tapi niatnya cuma untuk
menenangkan Laily.
Laily menunduk.Entah kenapa tidak timbul langsung
rasa marah dalam hatinya atas kelakuan Zarifl sebentar tadi.Hatinya berbunga
bahagia walau sekejap cuma.
“sorry...saya takut sikit dengan bunyi guruh.Saya
pernah terbaca yang kilat dan halilintar tu adalah panahan pada Syaitan dan
Iblis.Thats why saya selalu takut bila kilat.Seolah-olah kilat itu akan
mencabut nyawa saya.”
Pandai nya Laily mencipta alasan.
“Tapi dia tak panah orang yang baikkan...”Zarif
mengeyitkan matanya memandang Laily.Laily ketawa kecil.
Hujan yang lebat langsung tidak menunjukkan
tanda-tanda mahu berhenti.Jam sudah menginjak ke angka tujuh.
“Hujan macam ini susah nak berhenti.Awak nak saya
call teksi?”
Laily pandang Zarif.Perlahan-lahan dia
menggeleng.Zarif tersenyum kecil.
.Malah seakan tidak percaya yang dia melalui saat
ini bersama Zarif.Walaupun ada sedikit rasa takut,tapi hatinya menginginkannya.
Zarifl yang melihat gelengan Laily, turut tersenyum
nipis.Sesungguhnya dia tidak mampu menafikan perasaanya pada Laily.Malah dia
juga tidak ingin teksi datang saat ini.Saat paling indah yang pernah dilalui
dalam hidupnya selama 30 tahun dia bernafas didunia ini.
Hujan semakin melampias masuk ke dalam bus stop.Zarifl
terpaksa berkalih sedikit ke arah Laily memandangkan angin bertiup dari arah
tempat duduknya.Terasa kehangatan nafas Zarifl begitu dekat dengan dirinya.Dada
Laily semakin berdebar tidak keruan.Mereka hanya dipisahkan dalam jarak
beberapa inci sahaja.
Tangan Laily diletakkan disisi. Tanpa menyedari
tangan Zarif juga diletakkan disitu. Sekali lagi jari jemari mereka
bersentuhan.Bagai ada arus elektrik yang mengalir dalam tubuhnya Laily menarik
kembali tangannya.Zarifl turut sama merasakan perkara yang sama.Hatinya juga
berdebar dengan sentuhan yang cuma seketika itu.
“How's Hakimi?”
“You mean?Laily tidak
faham apa yang ditanyakan Zarif.Kenapa tiba-tiba pula Zarif sebut nama Hakim di
tengah-tengah hujan lebat ini.
“Yelah...pendapat awak tentang ex-fiancee awak tu?”Matanya dilirikkan memandang Laily di sisi.Lama
Laily terdiam sebelum memberikan jawapannya.
“Nice guy.Loving also caring.”
Aduh kenapa lah Laily
jawab macam itu.Zarif dah rasa sakit hati ini.Tapi Laily memang sengaja bagi
jawapan macam itu.Mahu lihat reaksi Zarif.
“Lagi?”Soalannya lebih kepada provokasi.
“Mana boleh bagitahu.That was my secret .” Terdengar
ketawa dari Zarif dengan jawapan Laily.
“Kenapa awak ketawa?”Pelik dengan sikap Zarif yang
ketawa tiba-tiba.
“Tak delah.Orang selalu cakap selalunya kita tak
tahu kenapa kita jatuh cinta dengan seseorang.Walaupun kita cakap kita jatuh
cinta sebab sikap dia,because he's loving...tapi hakikatnya kita tak
tahu apa sebenarnya yang membuatkan kita jatuh cintakan.”
Laily angguk-angguk dengar jawapan Zarif.Zarif ini
dah macam pakar cinta dah.
“Awak cakap macam ada pengalaman je...”
Zarifl ketawa kecil bila Laily berkata
begitu.'Memangpun.Dan saya sedang melalui pengalaman itu saat ini....'Bisik hati
kecilnya.
“Ada ke?”tanya Laily lagi.
“Ada apa?”Tanya Zarif kembali.Kali ini giliran Laily
pula ketawa.
“Saya tanya tadi,awak ada experience bercinta
ke?”
“Em...Kalau saya tak bagitahu tak pe.?”
“Em,mesti adakan?Thats why tak nak
bagitahu...”Laily pula menduga.
Zarif masih ketawa.Kalaulah Laily tahu apa yang ada
dalam hatinya saat ini.
“Hakim was your first love?”Laily
terdiam lagi.Sukar untuk memberikan jawapan.
“No.”he’s not...'Namun ayat itu hanya bergema
dalam hatinya sahaja.Laily jadi teringat pada seseorang.
“So,siapa lelaki yang bertahta dihati awak dulu.?”
“Someone...”
“Kenapa break off?”
“Banyaknya soalan...”
“Sorry I just want to know.”
“Em….tak ada jodoh kot.”
“Kenapa?”
Laily geleng.Malas mahu di ungkit kenangan lama.
“Kadang-kadang
dalam hidup ini ada perkara yang perlu kita simpan sebagai rahsia hidup demi
untuk orang lain.”Kata Laily.
“Maksud Laily?”
“Yelah kalau luahan cinta saya pada dia akan
menyakitkan hati orang lain,mungkin ada insan yang akan terluka,untuk apa saya
bina kebahagiaan saya kalau ada orang yang menangis. Kadang-kadang dalam hidup
ini kita perlu berkorban.Mungkin itu yang terbaik.Pengorbanan tak bererti kita
kalah.Semuanya ada hikmah yang kita tak nampak.It was hard to explain.”Sekali
lagi kata-kata laily membuatkan Zarif keliru.
“Do you really love Hakim?”
“Boleh tak kalau saya tak jawab...”Dia mengambil
jawapan Zarifl tadi sebagai jawapannya kali ini.Matanya memandang Zarif.Namun
pandangannya kali ini cukup berlainan.Pandangan yang penuh rasa cinta.Zarif
yang turut sama memandang Laily turut merasakan sesuatu.
“Kenapa berkorban kalau awak menyintai dia?Kenapa
tak lawan untuk cinta awak?”
“Apa yang saya cakap tadi,pengorbanan itu sebenarnya
perlu untuk kebaikan semua.Dan rasanya saya tak rugi apa-apa melainkan gagal
dapatkan cinta dia.Tapi saya percaya rasa cinta boleh dipupuk dan disemai dalam
hati kita.Kita tak boleh terlalu selfish.Kalau awak kat tempat
saya...katalah percintaan awak hanya menyakit kan hati orang lain?Keluarga awk
ke?.apa yang awak nak buat?” Walaupun itu soalan contoh...tapi itulah hakikat
yang sebenarnya.
Terdiam Zarif mendengar soalan Laily.
“Entah!Mungkin saya juga perlu berkorban untuk
kebahagiaan orang lain.”Perlahan suara Zarifl. Ada getaran dalam nada suaranya
saat ini.'
“Well...Jadi apa perlunya saya jawab soalan awak
kalau jawapannya adalah sama...”'
“Zarif...”Panggil
Laily lembut.Zarif sedikit tersentak.
“Em...”?Cukup romantis pada pendengaran Laily.
“Hujan dah berhenti ni.Jom..”Katanya sambil
berdiri.Sedar tidak sedar hampir dua jam mereka terperangkap dalam hujan.
Zarif mengambil topi keledar diatas
motorsikalnya.Tiba-tiba dia memakainya pada Laily.Talinya diketatkan.Laily
hanya mampu tertunduk.Gagal memandang wajah Zarif dalam suasana yang dikira
sebagai suasana paling romantis dalam hidupnya.Zarif menghidupkan enjin motor.
Sepanjang perjalanan ke rumah sewa Laily,keduanya
melayani perasaan masing-masing.
19
Hari pertama puasa Laily
pulang ke kampong.Kali ini pulang nya bersama Zarif.Kata Zarif dia nak sambut
puasa di rumah mak long Kamsiah sebab ibu bapa nya tiada sedang buat
umrah.Laily ia kan saja lah bila orang nak ikut.Tapi diorang balik kereta
asing-asing sebab Zarif kena balik pagi-pagi.Zarif cakap dia ada kerja di kuala
lumpur pagi kedua puasa itu.
Seperti biasa kalau setiap kali hari pertama
puasa dua buah keluarga akan bergabung untuk masak buka puasa.Dapur nya di luar
rumah Laily lah.Habis dapur gas Hajah Kalsom dan Mak long Kamsiah diangkut
keluar untuk masak kemudian berbuka sama-sama.Kemudian solat maghrib dan terus
ke masjid untuk terawikh.
Sesekali mata Laily lekat pada Zarif yang sedang
tolong ayah nya mengacau gulai kawah.Bila Zarif pandang dia,cepat-cepat Laily
potong bawang.
Tapi mata hajah Kalsom dan Hajah Kamsiah cepat
saja menangkap keluakan anak dara seorang ini.
Pukul 5 petang semua dah selesai.Laily duduk
atas pangkin.Melepaskan lelah seketika.Tenang saja bila udara dari perbukitan
menyapa tubuh nya.Tapi kalau musim kemarau boleh tahan panas nya.Selalu kalau
musim kemarau Laily akan duduk di sini lah.
“Menung apa?”
“Teringat boyfriend kat kl.”
Zarif jeling tajam.Laily ni memang nak kena.Suka
sangat bagi Zarif marah.
“Tak payah nak ingat yang jauh.Yang kat depan
mata ini pun ada.”
Pecah ketawa Laily.Dag agak dah.Ada saja jawapan
Zarif.
“Nak pergi PARAM?”
Zarif kerut kening.
“PARAM?Apa tu?”
Laily ketawa.Ish kenapa lah Zarif rasa macam nak
tarik dan peluk Laily je bila dengar Laily ketawa macam itu.Kalau dia buat juga
harus dia kena parang dengan Haji Nordin.
“PARAM tu maksud nya pasar Ramadhan.Kalau
singkat kan jadi lah PARAM.”
Zarif ikut ketawa.Macam-macam bahasa sekarang
ni.
“Boleh juga.”
“Ok saya nak pergi mandi dulu.Lepas tu
bersiap.Awak pun pergi lah mandi.Dah bau kari daging dah ni ha.”
“Ok.Saya jumpa awak kat depan dalam 45 minit
lagi ye.”
Laily angguk.Cepat-cepat laily sarung selipar
dan masuk dalam rumah.
Hampir satu jam mereka berdua merayau-rayau di
pasar ramadhan.Laily tengok Zarif beli barang macam nak makan satu
battalion.Ini nanti mesti kena marah dengan mak long Kamsiah sebab membazir.
Laily Nampak juga budak-budak perempuan belasan
tahun pandang-pandang pada David Beckham di sebelah nya ini.
“Boyfriend kamu ke Laily?”
Laily sengih pandang kak Ramlah yang sibuk
memasukkan kuih yang Zarif beli dalam plastic.
“Tak lah.Ini anak angkat mak long.Kawan arwah
abang Iskandar.”
“Oh..akak ingat pakwe kamu tadi.”
“Kenapa kak ramlah?Berkenan ke?”
Laily senyum pandang Zarif.
“Kalau abang Yusof kamu tak ada harus juga aku
berkenan.Nak buat menantu tak ada anak perempuan.”
“Merepek
“Dah?Saya dah penat dah ni.”
“Kejap saya nak beli kuih tu.”Zarif tunjuk sagu
merah dalam talam.Laily geleng kepala tengok Zarif macam ini.
“Ya Allah ni nak makan ke nak melantak?”
Laily agak dah.Mesti mak long marah punya.Zarif
Cuma sengih-sengih.
“Banyak sangat ni rif.”
“Jarang jumpa mak
semua ini.Tu yang beli ini.”Ialah mana lah dia selalu berkesempatan pergi pasar
ramadhan.Selalu ummi saja yang pergi dengan pembantu rumah dan ayah dia.Dia
balik kerja semua sudah terhidang atas meja makan.
“Tak habis suruh dia bungkus bawa balik.”
Hajah Kalsom menjeling pada Laily.
Laily bantu Hajah kalsom dan Hajah Kamsiah menghidangkan lauk pauk
untuk buka puasa.Kali ini panjang saja hidangan nya.Ialah meriah dengan kuih
muih yang dibeli Zarif tadi.
Zarif di luar berbual dengan Haji Nordin dan pak long.
Selesai
sembahyang terawikh laily duduk di anak tangga hadapan rumah sebelum Zarif
muncul dengan baju melayu dan kain pelikat.Songkok di pegang di tangan kanan.
“Duduk lah.”Laily
berganjak sedikit ke tepi.
“Panjang juga ye Imam tadi baca surah?”
“Memang selalu macam tu.Imam tu muda lagi.Al-hafiz.”
Teringat pula Laily pada al-hafiz dalam 7 petala cinta.
Zarif menjeling Laily di sebelah.
‘Sweet nya dia pakai telekung macam ini.Rasa macam nak buat isteri
sekarang juga.”
Laily dan Zarif banayak bercerita pasal kampong sehingga jam 11.30
malam.
“Saya balik rumah mak dulu ye.”
Laily angguk.
“Tak nak ajak saya tidur sini ke?”
Laily ketawa.
“Mana boleh sebab kat rumah Haji Nordin ini sekarang ada anak
dara.Tak manis lah kalau ada pulak anak teruna tidur kat sini.”
“Tapi anak teruna dengan anak dara tu boleh berkongsi bilik kalau
ada hubungan yang sah kan?”
Laily kerut kening.Kurang pasti maksud sebenar Zarif.
“Ye lah kalau anak dara rumah ni disatukan dengan anak teruna anak
angkat rumah sebelah ini mesti anak teruna rumah sebelah ini tak kena halau
malam-malam kan?”
Laily pecah ketawa.
“Dah tak payah nak mengarut.Pergi balik.”
Zarif senyum.Sweet sangat.
“Bye.Bon nuite ya.”
Laily angguk.Tak tahu nak balas macamana.Zarif ini selalu buat
laily tak senang duduk.
5 hari Laily
lalui tanpa panggilan atau sms dari Zarif.Rindu?Ye Laily rindu.Rindu pada
ketawa Zarif yang sweet.Rindu pada marah Zarif dan rindu pada sikap ambil berat
Zarif.Cuma kadang-kadang laily tertanya-tanya siapa Zarif yang sebenar?Laily
teringat perbualan nya dengan Mak long Kamsiah.
“Zarif tu baik
sangat budak nya.Mak long ni dah anggap dia macam anak mak long sendiri dah.”
“Dia kerja apa mak long?”
“Entah mak long pun tak tanya.Tapi dia dengan Iskandar dulu kan ambil
bidang yang sama.Dah tentu lah kerja akauntan juga.”
‘Patut lah pakai kereta besar akauntan.Mesti gaji mahal ni.’
“Yang kamu asyik tanya pasal Zarif kenapa dah berkenan?”
Muka Laily merah lagi.
“Tak de lah mak long.Orang selalu jumpa dia kat kl.Tapi orang tak
tahu dia kerja apa.”
“Bagus lah tak lah mak long dengan mak kamu risau sangat kamu kat
sana.Boleh harap Zarif tengokkan.”
“Alah orang dah besar lah.Tak ada Zarif pun orang boleh hidup
sorang kat sana.”
“Ada je nak menjawab.”
Laily ketawa kecil.
“Jauh berangan?”Laily senyum pandang Salmi.
“Tak de lah.”
“Jom pi bilik mesyarat.Hari ini ada meeting pasal jamuan raya.”
Laily angguk.Di ikut nya Salmi ke bilik mesyuarat.
Macam-macam yang dibincangkan padahal nak buat jamuan raya
sahaja.Semua senarai menu pun nak dibincangkan ke?Laily pandang hakim yang
bersandar di tepi dinding.Bila lagi agak nya Hakim asyik pandang kea rah
Laily.Laily Cuma tersenyum.Tapi senyuman Hakim punya makna yang lain.
“Ok mesyuarat kita habis kat sini.”Encik Fauzi dari jabatan sumber
manusia menangguh kan mesyuarat.
Belum sempat laily keluar tudung nya di tarik seseorang.Laily
terjatuh.Dia berpaling.Farah sedang bercekak pinggang dengan skirt separas
lutut memandang dia.Beberapa orang yang masih ada di bilik mesyuarat
tercengang-cengang.
“Kau ni gila ke apa?”Laily bangun.
“farah you buat apa ni?”Hakim menghampiri mereka berdua.
“Hei perempuan aku nak kau berambus dari sini.Engkau ni memang
[perempuan tak tahu malu.Tak ada maruah.Tunang orang pun kau nak ambil.”Laily
cuba bersabar.
“Farah.”Suara Hakim semakin kuat.
“Sebab kau hakim nak putuskan pertunangan kami.Kau ni kan memang
perempuan sial tahu tak.”
‘Pang.’Satu tamparan hinggap di wajah Farah.Tapi bukan dari
hakim.Laily menggegam jemari nya yang kebas.Perempuan ni memang kurang ajar.
“You tengok hakim.Perempuan macam ni yang you nak.”Telunjuk Farah
sudah di muka Laily.
“Farah stop it.You balik sekarang.”
“Kalau you all semua nak tahu ini lah perempuan tak tahu malu yang
rampas Hakim dari I.Perempuan nil ah yang buatkan pertunangan kami putus.You
all jaga-jaga jangan sampai kena rampas macam I.”
‘Subhanallah.’Laily beristighfar dalam hati.
“Dah habis cakap?”
“Dengar sini ye.Aku pernah jadi tunang Hakim.Tapi satu saat kau
rampas Hakim dari aku.Aku tak seteruk perempuan yang nama nya Farah untuk
rampas hak orang.Kalau kau bagi free sekali pun mamat ni aku tak akan terima
semula.Sebab apa?Sebab aku punya maruah yang tak ada pada diri kau.”Farah
menjeling.Salmi cepat-cepat tarik tangan Laily meninggalkan bilik mesyuarat.
“Ok tak?”Salmi
hulurkan sehelai tisu pada Laily.Mata nya merah menyala.
“Sakit hati saya kak.Kalau Negara kita tak ada undang-undang dah
lama saya roodok dua-dua dengan parang.”
“Sabar lah.Semua orang tahu perangai Farah tu macamana.Tapi pasal
dia putus tunang akak tak tahu pula.Agak nya sebab tu yang marah sangat tak?”
“Dia putus tunang apa kena mengena dengan saya pula?”
“Agak nya dia fikir Hakim nak balik pada Sya.Sebab tu dia serang
Sya tadi.”
“Sakit hati Sya kak.”Saat-saat macam nil ah dia harap kan Zarif ada
kat sini.Rasa macam nak nagis je kat bahu Zarif.
‘Let his shoulder to cry on…’Laily ini tengah sedih-sedih pun
sempat mengada-ngada lagi.
Laily masuk pejabat selepas setengah jam.Banyak mata-mata yang
pandang-pandang.Laily buat-buat tidak tahu.
“Hakim minta maaf tak sangka Farah boleh macam tu.”
Laily jelling tajam.
“Saya ni tak ada kena mengena lagi dalam hidup awak hakim.Tolong
lah jangan buat saya macam ni.Awak cakap dekat Farah tu kalau korang putus ke
sambung ke tak ada kena mengena dengan saya.”
“Saya minta maaf Laily.”
“Sudah lah.Awak pergi lah.Jangan ganggu saya lagi.Kat sini tempat
saya cari rezeki.Bukan tempat saya nak gaduh atau orang tuduh saya
macam-macam.”Laily berlalu ke meja nya.
Hakim ingin ikut tapi hati nya menahan.Biarlah laily tenang dulu.
“Anything
Michele?”
Michele yang sedang tengok youtube terkejut.
“You?Macamana you ada kat sini?”
Zarif sengih.
“I kan David Copperfield.Meeting postpone.I balik flight malam
semalam.Ehem…working hours no facebook no youtube ya.”
Michele tahu dia salah.Tapi dia tengah tak ada kerja.
“Sesekali lah bos.I tengok youtube gempa bumi ni.”
Zarif geleng kepala.
“Banyak lah you punya exuses.”
Michele ikut Zarif ke bilik.
“You know tadi ada staff gaduh di meeting room.”
“Gaduh?Kenapa?”Zarif sangkut kot hitam di kerusi.
“I pun Natrah bagitahu.Farah budak management serang staff
engineering.Staff baru.Tak silap I nama dia Alisya.”
Zarif terhenyak di kerusi.
“Kenapa?”
“Dengar-dengar budak Alisya tu rampas boyfriend dia sampai putus
tunang.Hakim jurutera kita tu.Teruk jugalah.Sampai tarik-tarik dan tampar
menampar.”
“Diorang putus tunang?”
Zarif sudah tidak senang duduk.
Michele angkat bahu.
“Ok you keluar dulu.Nanti apa-apa I panggil.”
Michele akur.Segera dia meninggalkan Zarif.
“Fou.”Lagi sekali perkataan gila keluar dari bibir
Zarif.Diambilnya telefon bimbit segera dihubungi Laily.
Berkali-kali nada dering tapi tak berjawab.Zarif tak senang duduk.Mahu sahaja dia turun tingkat bawah.
Berkali-kali nada dering tapi tak berjawab.Zarif tak senang duduk.Mahu sahaja dia turun tingkat bawah.
“Hello Salmi…Alisya ada?”
“Bos?Kata pergi Jepun bila balik?”
Zarif mengeluh sedikit.Nak tanya khabar pun kejap-kejap lagi lah
ye Salmi.Sekarang saya nak tahu pasal mrs sweet saya.
“Salmi saya nak tahu mana Alisya sekarang?”
“Oh bos dah tahu ke?”
“Dah saya dah tahu dari Michele.”
“Kasihan dia bos.Teruk dia nangis.Memang teruk gila Farah serang
dia.”
“Dia kat mana sekarang?”
“Dia ada kat surau.Mesti tengah nangis tu.”
Zarif picit kepala.
“Saya rasa macam nak pergi je kat dia sekarang ni.Tapi saya belum
bersedia nak bagitahu identity saya lagi.”
“Habis tu macamana bos?”
“Awak tolong pergi tengok dia dulu.Nanti balik saya tunggu dia kat
parking.”
“Orait bos.”
Zarif merenung keluar jendela.Buntu dengan apa yang terjadi.Hakim
putus tunang bukan lah berita yang mengembirakan nya.
‘Apasal lah kau pergi putus tunang Hakim?Putus tunang bermakna
Hakim ada kesempatan untuk dekat dengan Laily dan Zarif tak mengizinkan perkara
itu berlaku.
Cpat la bgtau zarif..lmbt2 nnti lg ssh..
ReplyDeleteP/s : ada typo..nnti cek blk ya..
sabar ye ada 52 bab lagi.yang ini belum di edit
ReplyDelete... Zarif biarlah bagitahu sendiri dari Laily tahu dari orang lain...
ReplyDeleteKak mazni ni novel sweetnyer dia tu ker? Br kuar ?
ReplyDeletedear sis. bila nak ade entry baru . da 3 tahun citer nie bersawang. hhehhhehe.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletedear sis, bila nak sambung ya cite ni???
ke dah di terbitkan (novel)
Penulis hangat taik ayam... ending tiada,buang masa
ReplyDelete