sweet nya cinta |
Sweet nya cinta……
Faizul adi & Zahra Kasyah
Bertunang tanpa pernah kenal antara
satu sama lain Faizul Adi dan Zahra menerima dengan hati terbuka.Sebulan
selepas bertunang pertama kali mereka bertemu.Ada cinta sudah mewarna di
hati.Faizul Adi tahu papa nya tidak silap memilih.Kisah cinta di alam
pertunangan yang cukup manis dan indah.Cuma sesekali bertemu tapi mereka tahu
ada rindu dan sayang sudah bertamu di hati.
Walaupun Zahra banyak memendam rasa,menumpang kasih ibu
saudara yang selalu membezakan nya tapi dia tahu satu saat dia pasti bahagia.
Indah nya cinta selalu di duga.kemalangan di saat hari
bahagia bakal menjelma membuat kan Zahra hilang punca.Ingin sahaja di batal kan
acara walau majlis sudah di canang.Dia kini tidak sempurna.Bagiama dengan
Faizul.mampu kah dia memikul beban dan beralih arah kah sayang nya pada
Zahra?Semua nya ada dalam indah nya sayang.
Bab 1
Duduk
tidak kena.Berdiri tidak kena.Dari tadi Faizul Adi asyik berjalan ke depan dan
belakang.Sesekali dia menoleh jam di dinding.Sesekali juga dia menoleh kea rah
anak tangga ke tingkat atas.Ada debaran mengetuk hati nya saat ini.Macam rasa
nak menikah padahal lambat lagi.
“Di..duduk dulu.Kalau dok asyik ke
hulu ke hilir macam ni,akak yang pening.”
Syafinaz kakak isteri abang Faizul
Adi pening kepala melihat adik ipar nya ini.Resah sendiri.
“Kenapa papa lambat sangat kak?Dah
pukul berapa dah ni?”
Syafinaz tersenyum.Dia mengerti
perasaan adik ipar nya ini saat ini.Perasaan yag biasa di lalui semua orang
sebelum ke gerbang perkahwinan.Cuma mungkin ada sedikit berbeza dengan cerita
Faizul Adi.
“Sabar lah.Kan papa cakap sekejap
lagi papa turun.Tengok adik abang seorang ni.”Pantas Syafinaz menarik surat
khabar yang sedang di baca Ahmad Faizal.
Ahmad Faizal pandang sekilas sebelum
kembali ke akhbar di tangan.Syafinaz menggeleng,Faizal dengan surat khabar
memang tak boleh berpisah.Dahulu waktu mula-mula kahwin Syafinaz merungut
juga.Dia rasa Faizal lebih pentingkan surat khabar dari sarapan yang dia
buat.Tapi bila lama-lama Syafinaz rasa tak guna nak merajuk sebab Faizal bukan
nak pujuk pun.Walau pun macam itu Faizal tetap seorang suami yang baik.Syafinaz
bersyukur dengan jodoh yang di tentukan keluarga ini.Punya ayah mertua dan adik
ipar yang cukup menyayanginya.Kata bapa mertua nya Datok Zahari,keluarga ini
tak ada orang perempuan.Mama dah lama meninggal.Hanya ada papa,Faizal dan
Faizul.Bila Syafinaz masuk rumah ini sudah kembali berseri.Syafinaz rasa
seronok di layan seperti keluarga sendiri.Tidak kekok pun walaupun dia datang
dari keluarga biasa-biasa sahaja.Tiada sekelumit pun rasa bangga pada Dato
Zahari semasa meminang nya dahulu.Apa yang lebih penting dia diterima dalam
hidup ahmad faizal.Di layan sebagai isteri dalam erti kata sebenar nya.
Di sini dunia baru Syafinaz.Dia
berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa walaupun rumah ini ada dua
orang pembantu.
“Lah..akak ni dia pula yang
berangan.”
Syafinaz tersenyum.
“Sorry Di tanya apa?”
“Tak..Di macam risau je lah kak.”
Syafinaz tahu kerisauan Faizul
Adi.Ini pertama kali dia akan bertemu tunang nya.Waktu majlis tempohari Faizul
Adi di Christchurh.Menerima pilihan Dato Zahari tanpa banyak soal.Syafinaz suka
melihat keperibadian dua beradik ini yang cukup patuh pada arahan bapa
mereka.Sampai jodoh pun papa yang cari kan.Kata Ahmad faizal selepas mama
meninggal mereka hanya ada papa.Papa berkorban banyak untuk mereka.Papa
langsung tak fikir pasal kahwin sebab tak nak terpisah kasih dari mereka.
“Tak ada apa lah Di.Ini masa nya Dia
nak kenal dengan tunang Di.Masa akak tengok dia hari tu cantik orang nya.Ayu
je.Pakai tudung.Sopan santun.Pandai hormat kan orang tua.Bertuah tau Adi.Walau
pun dia Cuma cikgu sekolah dan Adi Pengurus syarikat tapi akak yakin itu bukan
satu alasan untuk Adi dan Zahra bersama.”
Faizul Adi tersenyum.Dia pernah
lihat gambar Zahra.Papa tunjuk masa papa cakap nak tunang kan dia dengan
Zahra.Dari mana papa kenal Zahra Adi tak tahu.Pertama kali melihat gambar yang
Dato Zahari beri,Faizul Adi sudah terpesona.Dalam gambar tu seorang gadis
bertudung.Bila tengok gambar itu Faizul Adi rasa damai sahaja hati nya.Akhir
nya dia beri persetujuan.
“Ha,dah siap jom lah.Nanti lewat
pula kita sampai.:Dato Zahari menuruni anak tangga dengan beg pakaian di
tangan.”
Syafinaz segera menarik akhbar dari
tangan Faizal.Dia menggeleng.Faizal terpinga-pinga.
“Kalau ya pun abang nak mengeja satu
persatu perkataan dalam surat khabar itu,tak payah lah hari ini ye.Sebab banyak
lagi urusan penting nak buat hari ini selain baca surat khabar.”
Faizul Adi tersenyum melihat kedua
nya.Ahmad Faizal Cuma mengangkat bahu sebelum turut sama membawa beg pakaian
keluar.
Syafinaz menggeleng.Tapi macamana
pun itu lah lelaki yang dia cinta.
BAB 2
Perjalanan ke utara terasa sangat
lambat.Faizul Adi bergilir bawa kereta dengan Ahmad faizal.Dato Zahari dan
Syafinaz sudah lena di belakang.Si kecil Zamir juga sudah di buai mimpi sejak
dari tadi.
“Dah ready nak jumpa dia?”
Faizul Adi menjeling sekilas pada
Faizal yang menutur kan soalan tersebut.Soalan yang sejak dari malam tadi
berlegar dalam kepala nya.Bersediakah dia?Bertemu Zahra setelah bertunang
hampir sebulan.
“Kau dengar tak apa abang cakap?”
“Dengar.”
“Habis tu?”
“Kadang-kadang ready kadang-kadang
tak.”
Pecah ketawa Ahmad Faizal mendengar
jawapan dari adik nya ini.Dari dulu dia dengan Faizul jarang menyimpan
rahsia.Walaupun berlainan pewatakan tapi mereka akrab berdua.Mana tidak nya
dari sekolah lagi mereka hanya berdua.Nak main dengan kawan-kawan atau keluar
jangan harap papa nak bagi.Balik sekolah dunia nya hanya dengan Faizul.Sampai
masing-masing ke luar Negara menyambung pelajaran masih Dato Zahari memilih Negara
yang sama.Cuma dia terlebih dahulu pulang ke Malaysia bila habis belajar.
“Apasal gelak pula?”
Bengang juga Faizul bila di
ketawakan macam itu.
“Tak de lah.Jangan karang kau
pengsan ke lemah lutut sudah lah.”
Faizal ini agak-agak lah nak cakap
pun.Ada ke pula macam itu.Memang lah dia jarang bercakap dengan perempuan.Tapi
bukan nya dia tak ada kawan perempuan.Ramai sahaja kawan perempuan nya di
Universiti dulu.Cuma belum ada yang istimewa.
“Abang agak-agak dia ok tak?”
Faizal menjungkit kan bahu nya.Dari
apa yang dia Nampak Zahra itu macam ok saja.Tak ada yang kurang pun.
“Entah lah abang tengok ok je.”
Debaran di hati Faizul semakin
menggila tatkala kereta sudah memasuki simpang Teluk Senangin.Semakin hampir
dia pada tunang nya Zahra Kasyah.
Zahra resah menanti.Persoalan demi persoalan mula bermain di minda nya.Dia tidak pernah kenal Faizul Adi.Kenapa begitu mudah da menerima pinangan ini?Semua nya kerana seseorang.Dia banyak terhutang budi pada ibu bapa saudara nya selepas kematian orang tua nya.Pada mereka lah dia menumpang kasih walaupun sesekali dia merasa seperti tersisih.Pak long Hamdan cukup baik.Malah kasih sayang yang di berikan pada Zahra kadang-kadang lebih dari anak kandung nya Farhana.Tapi mujur sahaja Farhana tidak pernah ambil hati.Tapi mak long Hanisah?Sukar sekali suara nya di keluar kan pada Zahra.Cuma sesekali sahaja ada senyuman di bibir nya sejak Zahra menjadi penghuni di sini lebih 12 tahun lalu.Tapi Zahra tak pernah ambil hati.Cukup dapat menumpang teduh pun dia sudah bersyukur.Daripada dia merempat menjadi pengemis jalanan.Terima kasih nya pada kedua nya yang membiayai pelajaran nya sehingga ke menara gading sampai dia pegang status seorang guru saat ini.
"Berdebar ye kak?"
Bahu Zahra di singgung seseorang.Zahra berpaling.Farhana tersenyum nakal.
"tak ada lah Ana."
"Sepatut nya diorang dah sampai kan?"Farhana memanjang kan leher nya memerhati di tengah halaman.Kedua ibu bapa nya duduk di atas pangkin.menanti tetamu jauh.
Tidak lama kemudian sebuah pacuan 4 roda Audi kelihatan menuju ke halaman dari jalan utama.
Zahra bagai terkaku seketika sehingga kereta betul-betul berhenti di halaman rumah.
"Diorang dah sampai."Farhana mencuit Zahra yang masih kaku.
Zahra nampak ibu bapa saudara nya riang menyambut tetamu yang mula turun dari kereta.Sekelip mata nya terpandang seseorang yang keluar dari tempat pemandu.
Zahra cepat-cepat masuk ke dalam.Entah kenapa hati nya risau tiba-tiba.Farhana sudah ke bawah menyertai ibu bapa nya.
Faizul Adi tercari-cari gadis yang berdiri di tepi tangga seketika tadi.Tapi si gadis telah tiada.
"Adi...ini papa kenal kan bapa dan mak saudara Zahra.Tunang Adi.Pak cik hamdan ini wali bakal isteri kamu."Faizul Adi tersenyum.Bersalaman dengan kedua nya.
"Eh jom naik ke rumah."
Puan Hanisah mengajak semua nya ke rumah.Dia beriringan denga Syafinaz.
"Zahra tak ada mak cik?"
Faizul Adi buka telinga luas-luas.Ingin mendengar jawapan ibu saudara Zahra.
"Ada.Kat dapur agak nya.Hari ini kan cuti.Lusa baru dia balik ke Ipoh."
Faizul Adi tersenyum sedikit.Dia yakin gadis di tepi tangga tadi itulah Zahra.Zahra yang bakal jadi isteri nya.
Masuk ke ruang tamu rumah dua tingkat milik haji Hamdan sedikit memberikan suasana baru pada Faizul Adi.Bukan dia tidak pernah ke kampung tapi di sini rasa lain nya.Lain sebab ada Zahra kan?
Dan senyuman Faizul Adi semakin melebar.

jgn angau dh lh adi,,,hehe dup dap dup dap...rase nyer yg di dlm nih nk bersua situnang yg pertama kali bertentang mata hehe...permulaan yg menarik dek writer...
ReplyDeleteamboi adi...smpi2 je tnye anak dara org..
ReplyDelete