Nota
buat cempaka
Mana
mungkinkan doktor Luqman Harith jatuh cinta pada staff nurse Cempaka Elina?”
‘Luqman cinta itu bukan untuk di
nyatakan tetapi cinta itu untuk dirasai.Perlukah ada pengakuan tentang cinta
sedangkan kamu mampu merasakannya?’
Aduh hati berhentilah berlari….
“Luqman…saya berdiri dicermin.Melihat diri saya dan awak
dibelakang.Walaupun saya Nampak awak dalam cermin tapi hakikatnya awak jauh
dengan saya.”………….Cempaka Elina
RINDU ITU TERLALU PAYAH UNTUK DILUAHKAN........
CINTA ITU TERLALU INDAH UNTUK DITAFSIRKAN...
“Sedetik yang berlalu meninggalkan
sejarah sepanjang hidup”
Nota
buat Cempaka mengisahkan Cempaka Elina seorang jururawat yang bertunang dengan
doktor Luqman Harith.Cempaka sentiasa merasakan bahawa dia bukanlah isteri
pilihan Luqman.Sehingga beberapa bulan sebelum berkahwin mereka dipertemukan di
hospital besar Ipoh bila Cempaka memulakan tugasnya disana sedangkan Luqman
adalah doktor pakar di wad tersebut.Pelbagai insiden pahit manis dilalui
Cempaka sebelum berkahwin.Kemudian dimadukan tanpa alasan yang munasabah.Kerana
apa perkahwinan kedua Luqman berlaku?Semuanya menjadi tanda Tanya.Cempaka
membawa diri menyertai sukarelawan di Lubnan tanpa pengetahuan Luqman.hanya
ditinggalkan selembar surat.Setahun berada disana hubungan suami isteri antara
mereka masih belum ada titik nokhtah.Kehadiran doktor Mathew,kemunculan Razif
menambahkan konflik diantara Cempaka dan Luqman Harith.Kenapa ada perkahwinan
Luqman dan Siti Khadija?Bersatukah mereka sepertimana Adam dan Hawa?Nota buat
Cempaka ada jawapannya.
‘Saya merindui awak sepertimana kerinduan
Siti hawa pada Adam sebelum pertemuan di Arafah,merindui awak sepertimana Siti
Hajar rindukan Nabi Ibrahim di bawah teriknya sahara.”
KALAU PADI KATA PADI
TIDAK SAYA TERTAMPI-TAMPI
KALAU SUDI KATA SUDI
TIDAK SAYA NANTI TERUS MENANTI
Bab
1
Tahun
2007…
“Cempaka….Apa
termenung lagi tu?Orang dah sampai dia termenung lagi?Mandi pun tidak.Hish buat
malu je lah budak ni.”Cempaka mencebikkan bibirnya.Pantas diambil tuala yang
tersangkut diletakkan dibahu.Ialah semalam Cepaka tidur lewat sangat.Berbual
tentang masa depan nya dengan Haikal.Tambahan pula Ann tidur sini semalam.
“Hai anak dara ni..baru nak
mandi?”Dia pandang kak Senah jiran sebelah rumah.
‘Sibuk
je lah dia ni.’Cempaka senyum sumbing.Apa lagi yang dia boleh buat selain
tersenyum.Cuma mahu menyedapkan hati yang gelisah.Gelisah dengan seribu satu
rasa.
“Ye
lah….orang dah ramai macam ni baru nak mandi.”Satu suara menyampuk.Cempaka
menjeling kak Peah, terasa dia dengan teguran pedas yang diajukan oleh jiranya
itu.Di kampong biasalah kalau tak ada yang bergosip,yang sibuk jaga tepi kain
orang memang tak meriah.tapi kalau dah melampau sangat sengaja cari pasal lah
tu.Lagipun bukan nya Cempaka tak kenal kak Peah itu.Dia kan memang kaki kepoh
kat kampong ini.Apa sahaja cerita jiran tetangga yang dia tak tahu.Masalah nya
bila dah tahu sibuk bercerita dengan orang lain.
‘Betullah
peah gossip.’Lantas tanpa memperdulikan mata-mata yang memerhati cempaka terus
masuk ke bilik air.
Cempaka
sengaja berlama-lama di dalam bilik air.Sehingga ketukan kali kedua baru dia
keluar.
“Kamu
ni kenapa?”Ibunya separuh berbisik.Mungkin bimbang didengar tetamu yang
lain.beberapa orang wanita sesekali mengerling kearah mereka.Yang selebihnya
masih ralit mengupas bawang dan timun untuk dibuat acar.
“Mandilah…tadi
mak juga suruh orang mandi.”Salmah menarik nafas.Geram dengan perangai
cempaka.Kalau tak ada orang di dalam rumahnya itu, mahu dicubitnya pipi Cempaka
geram dengan jawapan ringkas anaknya.
Salmah tahu anak perempuannya bagai
rela dalam terpaksa menerima pertunangan yang dirancangkan bersama suaminya
kini.Cempaka sendiri tidak pernah mengenali dengan bakal tunang nya.Tapi dia
sudah puas berbincang dengan suami nya tentang apa yang mereka rancangkan untuk
anak perempuannya itu. Bagi Abdul Rahman ini lah yang terbaik buat Cempaka dan mereka dah carikan lelaki dari
keluarga yang baik-baik serta mereka tahu asal usul keturunan bakal menantunya.
Ibu
bapa mana yang tidak mahu anak-anak hidup bahagia.Walaupun Salmah tahu Abdul
Rahman masih marah pada Cempaka tapi suami nya pasti mahukan yang terbaik untuk
anak itu.Seperti dia juga tidak mahu Cempaka terus hidup dalam kesedihan yang
berpanjangan.Mereka mahu Cempaka rasa bahagia.Kebahagiaan yang dia dan Abdul
Rahman kecapi selama lebih 30 tahun.
‘Kasihan
cempaka…moga-moga ini yang terbaik buat diri nya.’
“Ish
mak ni termenung jauh pula.”Salmah tersedar bila di cuit Cempaka.
“Sudah
pergi naik atas siap cepat.”Salmah meninggalkan Cempaka dipintu bilik air.Dia
bergegas keluar rumah melihat orang kampung yang sedang menanak nasi.Gulai
daging dan ubi kentang sudah pun masak seketika tadi.Begitu juga dengan ayam
masak merah.Di pangkin kaum wanita sedang menyiapkan kerabu pucuk paku campur
perut dan taugeh.
Semalam Abdul Rahman tumbang kan
seekor lembu.Mula nya dia membantah kerana ini hanya majlis pertunangan.Cukup
lah kalau daging nya di beli sahaja.Tapi Salmah tahu Abdul Rahman sebenar nya
amat gembira.Melihat dua buah khemah terpasang di tengah halaman,dia tahu suami
nya mengharapkan yang terbaik buat anak-anak mereka.
BAB
2
“senyumlah sikit.”Cempaka membuang
pandang ke luar tingkap.Kurung hijau pucuk pisang tersarung ditubuhnya saat
ini.Biliknya dihias cantik, permaidani kuning yang baru Salmah beli semalam
dihampar ditepi katil.Ada bunga-bunga dikarang cantik diatas katil semuanya
kelihatan lengkap bagi sebuah majlis perkahwinan. Padahal hanya majlis
bertunang sahaja, tak perlulah dihias cantik sebegini rupa.Apa yang ada
difikiran ayah dan ibunya itu Cempaka tidak dapat selami dia hanya mengikut
kata sebagai seorang anak yang taat, hendak membantah pertunangan ini, dia rasa
tidak cukup kuat.
“Kau macam tak suka je Cem?”Ann merapati
Cempaka yang di lihat nya asyik termenung jauh.
“Malaslah aku nak fikir.Aku ni kenal
pun tidak alih-alih nak bertunang.Kau tak rasa apa aku rasa.”Tapi siapa lah dia
untuk membantah, apatah lagi dengan peristiwa dulu.Terkenang peristiwa yang
mahu sahaja di buang ke tujuh lautan oleh keluarganya.
“Habis tu kenapa hang tak bantah
je?”
“Macamana aku nak bantah?Bukan kau
tak tahu apa yang jadi dulu.Sejak tu mana family aku bagi aku kawan dengan
mana-mana lelaki dah.So bila ada orang masuk meminang mak dengan ayah aku terus
terima.Diorang tak nak apa yang berlaku dulu berulang balik.Aku nak buat macam
mana,dah memang salah aku masa tu.”Suara Cempaka marah berbaur kesal.Marah
dengan peristiwa yang berlaku dulu.Kesal kerana peristiwa itu ibu dan ayah
memperjudikan hidup nya dengan orang yang tidak pernah dia kenal seumur hidup.
“Tapi
macamana diorang boleh pinang hang?”
“Mak
lelaki itu kenal dengan mak cik aku.So,mak cik aku lah yang punya kerja ni.” Memang
Cempaka terkejut bila Mak cik Silah bagitahu ada keluarga yang nak datang hendak
merisiknya.Mak cik Silah dia yang membuka cerita perihal Cempaka pada keluarga bakal
tunangnya itu. Secara kebetulan mak cik Silah kenal baik dengan doctor Maria, yelah
ibu saudara Cempaka itu kan bekerja sebagai ketua jururawat di hospital yang sama
dengan bakal mertuanya berkhimat.
“Hang anggap je lah yang baik-baik,
lagipun aku rasa pilihan ibu bapa ni lebih bagus dari kita.Diorang nak yang
terbaik untuk hang, sebagai anak hang kenalah menerima seadanya.”Cempaka cuba
menerima kata-kata Ann.Mungkin kedua ibu bapanya ada sebab kenapa mereka terima
pinangan ini.
‘Rela kah aku?Atau Aku hanya redha
dan pasrah?’
“Sabarlah Cempaka….aku harap
semuanya ok, anggap lah ini satu pengorbanan hang buat keluarga.”Cempaka
angguk.Dia berharap apa yang diperkata oleh Ann meresap kedalam akal fikirannya.
Cempaka berdoa agar tunang nya ini jauh
lebih baik dari Fikri.Mudah -mudahan tunang nya bukan seperti lelaki yang hanya
pendai berbahasa seperti Fikri yang pandai mengayatnya sehingga dia tertipu
dengan janji–janji manis lelaki itu.
Rombongan
peminangan dari pihak lelaki masih diluar.Baru seketika tadi jari manisnya
disarungkan dengan sebentuk cincin oleh bakal mertuanya.Cantik cincin itu dan pasti
mahal harga nya.Cempaka mencongak sendiri, dia dapat rasakan keluarga tunangnya
ni dari kalangan orang berada. Tapi dia tidak memikirkan itu semua, semoga
Allah merahmati apa yg telah di lakukan ini.
“Assalamualakum….”Cempaka pandang
wanita yang cantik dalam kurung Pahang birunya.
‘Cantik
nya dia.’Desis hati kecil Cempaka.
“Akak kak Zah, kakak kepada Luqman.”Darizah
bersalaman dengan Cempaka dan Ann.
“Luqman ada kat luar, tadi Kak Zah dah
ajak dia masuk mungkin dia segan agaknya.”Cempaka tersenyum, Senang dengan
keramahan yang ditunjukkan Darizah.Wajah Darizah tidak macam orang melayu
kelihatan wajah nya lebih kepada orang arab berhidung mancung. Tambahan pula cantik
apabila bertudung, mesti mereka dari keluarga campuran.
Luqman
tak nak masuk?Cempaka merasa sangat lega tanpa kehadiran tunangnya, kerana dia
masih belum bersedia lagi untuk bertentang mata dengan Luqman.
“Cempaka lama lagi ke nak habis
training?” Tangan nya dipegang lembut oleh
Darizah, seakan cuba meredakan hati nya yang gelisah saat ini.
“Tak
lama dah kak, dalam lapan bulan dan lagi dua minggu last
practical.”Kalau Darizah ramah apa salahnya Cempaka juga begitu.Cempaka senang
dengan keramahan bakal kakak iparnya.
“Baguslah.Tadi diorang berbincang
nak satukan cempaka dengan Luqman cuti pertengahan sekolah tahun depan.”
Terkejut
Cempaka dengan berita yang tidak di duga ini.Terus berubah air mukanya, hari
itu kan Cempaka sudah berbincang dengan keluarga nya agar tempoh pertunangan
dipanjangkan sehingga dua tahun.Alih-alih tahun hadapan cepat nya, dia belum
bersedia untuk mejadi seorang isteri dalam masa terdekat ni.
“Tahun
depan kak?Cepatnya?”Cempaka sedikit mengeluh.
“Kenapa?Cempaka
tak nak ke?”
“Er
bukan macam tu kak.Cuma kalau pertengahan tahun hadapan tu saya baru
kerja.Takut tak sempat nak kumpul duit untuk kahwin.”Cempaka berterus terang.Takkan
majlis perkahwinan nya nak harapkan duit ibu bapanya sahaja.
“Yang tu Cempaka jangan risau sebab
family kak Zah akan tanggung semuanya.”
“Mana
boleh macam tu kak.”Darizah Cuma tersenyum.
“Tapi
tunang lama-lamapun tak elok tau.Banyak dugaannya.”Cempaka cuba tersenyum
walaupun payah.Tidak tertelan apa yang Darizah baru katakan seketika tadi.
“Cempaka jangan risau sebab akak
tahu Luqman dan Cempaka inshaa Allah akan bahagia.”Cempaka cuba tersenyum.
Mudah
nya Darizah berkata-kata sedangkan hati Cempaka dan Luqman tiada siapa yang
tahu bagaimana.Bahagia hanya di mata?Sampai bila agak nya Cempaka nak berlakon
bahagia kalau Luqman bukan seperti yang di impikan.Susah lah Cempaka kalau
Luqman juga tidak rela dengan ikatan ini.Kalau nak ikut logik akal mana ada orang
zaman sekarang yang perkahwinan nya di atur keluarga.Tambah-tambah lagi Luqman
orang yang terpelajar. Sudah tentu Luqman punya pilihan hati sendiri.Rasa nya
Luqman juga seperti Cempaka.Cuma menurut kata orang tua.
“Terima
kasih kak Zah.”
Darizah
senyum.Hati nya juga dapat merasakan Cempaka lah wanita yang paling sesuai
untuk adik lelakinya Luqman.
BAB
3
Sewaktu
menghantar keluarga tunangnya mata Cempaka menangkap kelibat seorang lelaki
yang sedang berbual dengan ayahnya.Lelaki itu memakai baju melayu sedondon
dengan warna yang dia pakai sekarang.Lama dia perhatikan lelaki itu, dan
tiba-tiba mata lelaki itu menangkap anak matanya.Cempaka cepat-cepat alihkan
pandangannya ke arah lain.Cempaka dapat rasakan debaran dada nya deras seperti
baru berlari 5 kilometer.Kenapa ye ada debaran yang menggila saat mata lelaki
itu memandang nya?
‘Diakah lelaki itu?Yang melamar aku
sebagai tunangannya?’
“Itulah
Luqman Harith.”Bahu Cempaka dicuit Darizah, Cempaka hanya mampu tersenyum
menutup segala gundah gulana yang sedang berperang didalam hatinya. Darizah
sudah menjawab persoalan yang baru berlegar-legar di benak nya seketika tadi.
“Cempaka..mummy balik dulu.Nanti
kalau datang kl jangan lupa datang rumah mummy.Tak pun call je Luqman suruh dia
datang jemput.”Cempaka hanya mengangguk.Belum
apa-apa Doktor Maria sudah membahasakan Mummy dengannya.Alhamdulillah kalau dia
diterima dalam keluarga itu.Tapi tunangnya?
‘Call
Luqman?Nombor telefon dia pun Cempaka tak ada macamana nak call.’Lelaki yang
bernama Luqman Harith datang merapati mereka macam tau-tau sahaja apa yang
bermain didalam fikiran cempaka.Cempaka nampak karisma yang ada pada lelaki ini,
tentu dia berpelajaran tinggi kenapa aku yang dia pilih tak ada wanita lain kah
yang menjadi pilihan hatinya.
“Ha
Man..dah ambil contact number Cempaka?”
Luqman
menghulurkan telefon blackberry nya kepada Cempaka.Cempaka sedikit
terpinga-pinga dengan huluran telefon ke tangannya.
“Boleh
masukkan nombor telefon?”
Cempaka
mengangguk, diambilnya telefon dari tangan Luqman.Ditekannya nombor telefonnya
dan disimpan sebagai Cempaka.Sesudah itu telefon dikembalikan kepada
Luqman.Hanya itu sahaja bicara Luqman.Kemudian lelaki itu senyap tak terkata.Cempaka
juga kelu untuk berbicara.
“Kami balik dulu.”Cempaka bersalaman
dengan semua orang kecuali Luqman Harith.Luqman juga tidak menunjukkan minat
untuk bertemu Cempaka.Terus masuk kereta.Cuma Darizah Doktor Maria dan Doktor
Iskandar berjumpa Cempaka.
Mungkin
nak ambil hati Cempaka.
“Nanti Mummy datang ambil Cempaka
sebagai menantu Mummy ok.”Cempaka angguk.Baiknya bakal ibu mertua nya ini.
‘Tapi sebaik itu jugakah Luqman
harith nanti?’
Selesai
majlis semalam Cempaka bergegas menyiapkan barang untuk kembali keasrama
jururawat di Taiping.
“Kak
Yang..”Cempaka pandang Abdul Rahman yang sedang duduk di kerusi.
“Ada
apa bah?”
“Abah
nak pesan sikit.Kak Yang dah jadi tunang orang.Ingat jaga nama baik keluarga
dan bakal mertua kak yang diorang bukan orang sebarang.”Cempaka tarik nafas
panjang.
‘Bukan
orang sebarang?Habis tu darah diorang kuning ke?Hijau ke?Alah bah..darah sama
je merahnya.Anak cucu Nabi Adam juga.’Hatinya mengomel sendiri.
“Kak
yang tahu bah.InsyaAllah kak yang tahu nak jaga diri.”Dia bersalaman dengan
semua orang sebelum masuk ke perut kereta abangnya.
“Ada tunang kak yang call?”Cempaka
menggeleng.
“Tunggulah
nanti dia call lah tu”
“Kak
Yang malaslah nak fikir along.Lagi Kak yang fikir lagi berserabut kepala kak
yang.”
“Masa
bertunang ni lah kak Yang nak kenal hati budi dia.Jangan sebab mak dan abah hukum
kak Yang pasal hal dulu kak Yang nak korbankan hidup kak Yang terima orang yang
kak yang tak sayang.”
Cempaka
Elina mula teringat kisah dua tahun sudah.Waktu itu dia beria-ia memberitahu
keluarganya Fikri akan datang bersama keluarga lelaki itu untuk meminangnya. Keluarganya
sudah melakukan persiapan untuk Majlis
kenduri kecil diadakan.Cempaka pula ketika itu siap didandan untuk disarungkan
cincin pertunangan.Tapi sehingga lepas asar bayangan mereka langsung tidak
kelihatan, abah mula merah muka menahan malu dek kerana pertanyaan dari jiran
tetangga.Berkali-kali dihubungi telefon bimbit Fikri tapi hanya mesin yang
menjawab.
Sehingga
lepas isya’ bila tetamu juga sudah pulang kesemuanya dia menerima kiriman sms
dari Fikri.
_i’m
so sorry Lin…dah try pujuk my family tapi diorang tak nak pergi.They want I
married with someone else.So sorry.
Senangnya
Fikri memohon maaf sedangkan dia dan keluarga yang menanggung malu.
Cempaka
menangis tapi untuk apa lagi, semuanya telah terjadi.Sejak itu dia dan Abdul rahman
bagaikan orang asing.Marah benar abahnya dengan dirinya.Apabila keluarga Luqman
yang dia tak kenal langsung itu datang meminang Abdul Rahman terus setuju.Dia
mahu membantah tapi mengenangkan dia pernah memalukan dan melukakan ibu bapanya
dia akhirnya pasrah.
“Hujung
bulan ni along tak balik.Kalau kak yang nak balik nanti along belikan tiket
bas.”Cempaka mengangguk.Mujur dia dapat kursus di Taiping.Sekurang-kurangnya
dekat dengan Haikal abang sulungnya.Haikal bekerja di pejabat daerah Selama.tak
sampai 45 minit ke tempatnya.
“Malaslah
kak Yang nak balik.Nak mengadap abah yang muka macam tu.Ngeri kak yang.”Haikal
ketawa kecil.
“Hish
tak baik cakap macam tu.Dia kan abah kita juga.”Cempaka juga ketawa.
‘Tak
patut aku cakap macam tu kat abah.Maafkan kak Yang ye abah.Kak Yang sayang
abah.’Sejauh mana pun marah Abdul Rahman pada diri nya Cempaka tahu jauh di
sudut hati abah nya tetap sayang kan seperti mana Haikal dan Khairul.
“Kak
Yang kena ingat abah buat macam ni pun sebab sayangkan kak yang.Tak nak kak
Yang kecewa lagi.Abah pernah cakap soal malu tu abah letak ketepi dulu.Abah nak
anak-anak dia bahagia.Itu yang sebenarnya.”
“Habis
tu kalau kak yang kahwin dengan Luqman tu comfirm ke kak yang bahagia?Dah lah
kerja pun kak yang tak tahu kerja apa.Agaknya penjenayah kot.”Sekali lagi
Haikal ketawa.
“Tak
baiklah kak yang ni.Soal bahagiakan urusan Tuhan.”
“Minta-mintalah
dia bukan penjenayah bersiri.”Haikal geleng kepala.Dia pun bukannya kenal
dengan tunang Cempaka.Cuma dia harap ibu bapanya buat pilihan yang betul untuk
Cempaka.
Cempaka termenung di bilik asrama jururawat Taiping.Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran nya.Cempaka menghitung hari.Sudah lebih empat bulan dia menjadi tunangan Luqman.
Cempaka
teringat mesej nya dengan Darizah lewat malam semalam melalui akaun facebook.
Darizah:Luqman
masih belum telefon.
Elina:Tak
ada kak Zah.Sibuk agak nya.
Apalah
yang disibuk kan sangat Luqman sampai kan nak telefon bertanya khabar dalam
seminit pun tak boleh.
Darizah:Kak
Zah minta maaf bagi pihak Luqman,Cempaka.
Elina:tak
pe kak Zah.Cempaka faham.Lagipun Cempaka dengan Luqman pun tak pernah kenal
satu sama lain.Mungkin ambil masa sikit kami nak kenal, lagipun mungkin dia
sibuk dengan kerjanya.
Darizah:Kak
Zah harap sangat Luqman dengan Cempaka boleh get along.Masa kak Zah jumpa
Cempaka kak Zah tahu you’re the right lady for him.
Elina:Tak
berani Cempaka nak cakap kak Zah.Takut lain yang diharap lain yang jadi.Cuma
Cempaka pun harap kan yang terbaik juga untuk hubungan ini.
Darizah:Kak
Zah sentiasa doakan untuk Cempaka dan Luqman.amin.
“Termenung
sahaja?”
Nani
tersenyum pada Cempaka.
“tak
ada lah.”
“Kenapa
kau tak call dia je?”
Disini
hanya Nani yang tahu kisah Cempaka yang dipaksa bertunang.
“Nak
call?Macam lah aku ada nombor dia Nani.”
“Pelik
aku Cempaka.Orang lain bertunang dah bergayut sakan kat telefon.Tapi kau macam
tak ada apa-apa saja.”
“Habis
tu aku nak buat macamana?Kalau dia tak terima aku takkan pula aku
terhegeh-hegeh nak pergi cari dia.”
Jatuh
simpati Nani pada Cempaka Elina.Kasihan nya bila Cempaka terpaksa hadapi
perkara sebegini.Sudah lah kena paksa bertunang.Tunang pula tak ambil kisah
langsung.Jangan kata nak telefon nak hantar mesej pun tak pernah.Kalau Nani
jadi Cempaka tak tahu lah macamana.Harus dia minta putus tunang.Tapi Nani tahu
Cempaka buat macam ini sebab nak tebus kesilapan dia.
“Sabar
lah Cempaka.Aku yakin semua ini ada hikmah nya.Hikmah itu kalau bukan hari ini
nanti pasti muncul juga.Bersabar ye.”
“Inshaa
Allah Nani selagi boleh bersabar aku tetap bersabar.”
Cempaka
merenung langit kelam.Bagai merenung harapan nya yang kosong di situ. Dia
berharap dia mempunyai kesabaran yang Nani titipkan buatnya tadi. Kadang kala
dia terfikir adakah Luqman serius bertunang dengannya, nampaknya Luqman juga
seperti Fikri yang suka menguris perasaan hati wanitanya. Demi menjaga maruah
keluarga dia terpaksa meneruskan pertunangan ini. ‘Ahhh…apa nak jadi, jadilah
aku dah malas memikirkan semua ini.’
Traningnya
disini bakal berakhir tak lama lagi, sekarang menunggu surat yang bakal
menentukan dimana dia harus posting untuk meneruskan kerjaya sebagai nurse.
Cempaka rasa dia tidak perlu memikirkan segala hal yang akan menjejaskan
keharmonian yang dia kecapi. Biar la dia menunggu apa yang akan berlaku
dikemudian hari. Mungkin takdir telah tersurat buatnya, tetapi tak mustahir
benda sebaliknya akan terjadi padanya. Dia hanya berserah kepada yang maha Esa
bagi melengkapkan kehidupannya.
BAB
4
Cempaka
gembira menunjukkan surat posting kepada ibunya.Hampir dua bulan juga dia
menunggu surat penempatan itu.Alhamdulillah akhirnya dapat juga.
Sekejap
je masa berlalu.Pejam celik dah selesai kursus kejururawatan dia.Sekarang masa
untuk pegang gaji sendiri.Cempaka sudah senyum-senyum.
“Dapat
mana?”
“Dapat
hospital Ipoh mak.Minggu depan lapor.”Dia tersenyum.Semalam lagi kawan-kawannya
bertanya kemana dia dapat.Tapi dia belum terima apa-apa surat.Hari ini dia
boleh bagitahu semua orang dia dah dapat kerja.Mujur ada juga kawan-kawannya
yang dapat hospital yang sama.Dan dia akan duduk di asrama jururawat dekat
dengan hospital.
“Hospital
ipoh?Em..baguslah dekat sikit.”
Cempaka
kerut kening.Tak faham apa yang emak cuba sampai kan.
“Dekat
sikit apa mak?”
“Tak
ada apa-apalah.Dah bagitahu kat Luqman?”
Bila
nama Luqman disebut Cempaka sedikit terkejut.Selama ini hanya dia seorang
sahaja yang tahu Luqman tak pernah telefon dia sekalipun apa lagi nak berjumpa
dengannya.Tapi setiap kali ibu atau bapanya bertanya dia akan jawab Luqman
selalu telefon dia.Biarlah dia menipu asalkan mak dan abah tidak lagi bersedih
dengan jawapan yang akan diberikan. Baginya, biar lah dia merasa sengsara yang
penting jangan melibatkan kedua ibubapanya.
Cempaka
dah tak nak tengok mak dan abah sedih-sedih lagi macam dulu.Apalah sangat
setakat berpura-pura nak bagi mak dan abah gembira berbanding sengsara yang
pernah diorang rasa dahulu.
“Kejap
lagi kak Yang bagitahu dia.”Memikirkan perkahwinannya yang hanya enam bulan
sahaja lagi Cempaka mula susah hati, dia takut kejadian yang sama akan berulang.
Susah
hati takut Luqman lari macam Fikri ye Cempaka?
‘Macamana
aku nak kahwin dengan dia.Jumpa pun tak.call lagilah.Agaknya dia pun macam aku
kahwin sebab terpaksa.’
Pelbagai
persoalan ,mula menular di benak Cempaka.Susah mahu dirungkaikan satu persatu,
peristiwa pertunangannya terlayar dikepala dari saat dirinya disarungkan cincin
oleh bakal mertua sehingga tamat majlis tersebut.
Tapi
kan dari apa yang Cempaka tahu dari emaknya, keluarga Luqman meminang Cempaka
atas persetujuan Luqman sendiri.Lagipun tak kan lah Luqman kena paksa dengan
keluarga dia sedangkan mereka semua dikalangan keluarga yang educated.Mana ada
kes kahwin paksa macam dalam novel tu.
Tapi
kalau Luqman sendiri setuju kenapa aku ni macam tak wujud je dalam dirinya. Bukan
dia tak ada nombor telefon Cempaka.Kalau susah sangat pun Add saja lah dalam
facebook.Cari je nama Cempaka Elina mesti ada punya.Tapi Luqman tu ada ke
facebook Cempaka?Entahlah. Cempaka tak pernah bertanyakan pada kak zah pun
pasal hal ini.
Alah
orang sekarang ini semua nya ada.Facebook lah…twitter lah instagram lah..takkan
Luqman tak ada benda-benda tu kot.
Tapi
mana tahu kalau Luqman memang tak ada benda ini semua. Orang yang sentiasa
sibuk tak melayan benda-benda yang mengarut macam ni agaknya.
Sekalipun
Luqman ada tapi kalau dia memang tak nak berhubung dengan Cempaka pun tak guna
juga kan?
Sudah
lah Cempaka malas nak fikir pasal Luqman lagi. Setiap kali memikirkan perihal
Luqman, membuatkan dia rasa sedih dan tertekan, nasib baik dia ada kawan yang
baik seperti Sandra.
Cempaka
teringat dengan kata-kata Sandra, kawannya yang sekarang menetap di Itali. Dia
kenal Sandra melaui laman sesawang sedikit masa dahulu.Selalu juga Sandra mengajarnya
bahasa Itali.
‘i'amore non è somethingn che
trovi, ma l'amore è qualcosa che trovarti.
Cempaka
setuju..cinta bukan sesuatu yang kita perlu cari tapi cinta akan akan datang
cari kita.Kata-kata Sandra sama macam kata-kata penyair Loreeta Young
‘Love
isn’t something that you find but love is something that find you.’
Semoga
dia dapat mengikuti segala kata-kata semangat yang telah Sanda berikan
kepadanya. Esok pasti bahagia bakal menjelma..
Hari
pertama melapor diri di Hospital, Cempaka sedikit kekok.Walaupun sebelum ini
dia pernah praktikal di beberapa buah hospital namun masih ada gementar
nya.Dahulu dia dan kawan-kawan di iringi pegawai kolej.Tapi sekarang dia hanya
sendiri.Kawan-kawan nya ramai dapat di daerah lain.Tapi Cempaka bersyukur juga
sebab dapat di sini.Lagipun tak jauh sangat kalau sesekali dia nak balik ke
Pulau Pinang.
Hari
pertama Cempaka dan beberapa jururawat yang baru melapor di beri taklimat oleh
Matron Susane di bilik mesyuarat.Kata Matron Susane,
“Perwatakan yang
diperlukan dalam kerjaya kejururawatan
ialah penyayang, cergas, sopan,
penyabar, jujur, prihatin.berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai
sikap yang positif.
6Kerjaya Jururawat di
KKM
Selain dari itu,
anggota kejururawatan perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
Matron Susane
menunjukkan apa yang ditulis di appan putih.
• Sentiasa meningkatkan
diri dengan pengetahuan
dan kemahiran
jagaan perawatan dan
perubatan terkini seiring dengan kemajuan
dan perkembangan
teknologi perubatan semasa;
• Sentiasa mematuhi
etika kerja bagi
mencapai taraf kerja
yang
cemerlang;
• Berfikiran kritis, sentiasa kreatif,
inovatif, dedikasi, komited dalam
tugas, mempunyai
ciri-ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran
dalam bidang perawatan
kepakaran tertentu; dan
• Berdisiplin, bekerja berpasukan dan
mematuhi peraturan pada setiap
masa.
Cempaka
dan yang lain-lain menyalin apa yang diterangkan Matron Susane kedalam nota
catitan.Kemudian dia dan jururawat yang lain di bawa ke setiap bilik dan tempat
di hospital.
Untuk
minggu pertama Cempak diletakkan di klinik pesakit luar diberi tugas untuk membantu
pegawai perubatan yang bertugas.Menurut kata Matron Susane Cempaka akan
ditempat kan di wad pada minggu kedua dia mula bekerja.
Cempaka
merasa seronok semasa bertugas di Unit
pesakit luar.Macam-macam kerenah orang yang Cempaka jumpa dan dia hadapi.Di
klinik kanak-kanak Cempaka berasa kasihan melihat anak-anak yang kecil sedang
megalami kesakitan.Kebanyakan mereka menghadapi sakit demam, batuk dan selsema.Musim
panas dan hujan yang berpanjangan membuatkan klinik kanak-kanak penuh dengan
pesakit yang ingin menerima rawatan.Kasihan melihat anak-anak ini tak boleh
hadir ke sekolah.
Cempaka tersenyum sendiri kerana
teringatkan kerja-kerja yang telah dilalukan pada hari ini tanpa disangka ada
mata yang memandangnya, sewaktu dia melalui Klinik pakar perubatan untuk balik
ke asrama kediaman.Entah kenapa Cempaka merasa macam ada seseorang yang sedang
pandang-pandang kearahnya.Cempaka kalih kiri kanan, tiba-tiba Cempaka perasan
ada seseorang dari tingkat 3 sedang merenung Cempaka.Cempaka jalan cepat-cepat
takut benda yang tak sepatutnya dilihat, iyalah kawasan hospital lebih-lebih
lagi dekat dengan bilik mayat seram rasanya.
Bila Cempaka teringat ketika dia
berjalan seorang tadi, dia tak perasan sangat siapa yang berdiri di balkoni
tingkat 3 itu, malas Cempaka hendak mendongak lama-lama buat sakit leher saja,
lagi pun dia merasa seram jadi Cempaka terus berlalu ke asrama untuk balik
merehatkan diri.
Esok Cempaka akan mulakan tugas di
wad, ditempatkan pula di wad bersalin.Berdebar-debar sudah terasa didada
Cempaka ini.Berhadapan dengan tugas baru dan suasana kerja baru namun Cempaka
harap semua nya akan berjalan lancar.
Cempaka
ditugaskan di wad Melur tiga.Wad bersalin.Ngeri juga mulanya bila melihat
ibu-ibu yang bertarung nyawa sewaktu melahirkan anak.Yelah dahulu dia belajar
teori sekarang praktikal.Susah sebenar nya seorang ibu nak melahirkan
anak.Sebab itu pihak hospital selalu minta suami teman kan isteri mereka di wad
bersalin.Agak nya nak suruh si suami tahu bagaimana perit nya isteri itu.Jadi
suami tak boleh lah lepas tangan saja.Bukan Cempaka tak pernah dengar ramai
suami di luar sana buat tidak kisah saja dengan isteri yang terpaksa buat kerja
rumah,jaga anak lagi.Sepatut nya kena bantu lah.Isteri dah berkorban nyawa
lahirkan zuriat suami.Kena lah sama-sama bekerjasama.
Memang
Cempaka sedikit takut pada mula nya.Walau ada dia membantu staff nurse masa
buat praktikal dulu.Tapi masa itu ada penyelia sekali.Tidak lah risau
sangat.Sekarang ini memang tugas dia.Cempaka ingat cerita seorang jururawat
swasta yang dapat kerja di hospital Riyadh.Malang nya dia tertukar bayi sewaktu
menyambut kelahiran.Kasihan dia akhirnya diambil tindakan mahkamah.Walaupun bayi
tersebut dikembalikan kepada ibu bapa sebenar…tapi jururawat itu kena bayar
ganti rugi RM 40 000.Itulah yang Cempaka takut kan.Takut kalau melakukan
kesilapan.Mana boleh buat sebarang
kesilapan.Kita berhadapan dengan nyawa orang walaupun ajal maut tu kat
tangan Tuhan.Cempaka dah berikrar nak jadi jururawat terbaik.Mana tahu kalau
nanti Cempaka dapat anugerah nurse of the year.Banyak nya Cempaka berangan hari
ini.
Cempaka
dan seorang temannya sedang menguruskan uri yang baru ditarik keluar dari Rahim
seorang wanita muda.Anak yang dilahirkan lelaki dan sedang
dibersihkan.Tiba-tiba dia terdengar perbualan dua orang staff nurse yang sedang
menguruskan si ibu.
“Doktor
Luqman tu handsome kan?”Cempaka kerling seketika pada staff nurse yang masih
muda.Rasanya mungkin baru posting kot.Lebih kurang sebaya dia sahaja.Yelah baru
hari ini Cempaka kena satu syif dengan Staf Nurse Marlia ini.Sebelum ni dia
Syif petang dengan kak Zubaidah.Ok je akak tu.
“Manalah
doktor nak pandang kita ni dik oi.Jangan dok beranganlah.”Staff nurse Norita
menyampuk.
“Alah
kak Ita orang nak berangan sikitpun tak bolehlah.”
“Berangan
tu boleh Mar..tapi berangan yang tak kesampaian buat sakit hati je.”keduanya
tersenyum.Si ibu cempaka lihat sedang menahan kesakitan setiap kali di
jahit.Ngeri juga Cempaka.Bila dah siap kak Norita panggil cempaka.
“Uri
dah balut dah?”
Cempaka
angguk.
“Kak
dah siap.”
Staff
Nurse Norita tersenyum.Ok nanti letak bawah baby court.Nanti suami Puan datang
bagitahu uri dekat bawah baby court ye.”
Si
ibu mengangguk.Tergambar perasaan lega di wajah nya.Agak nya sakit bersalin
hilang bila tengok wajah comel bayi di pangkuan
“Nak
buat apa-apa lagi ke?”Cempaka bertanya.Dia tahu orang baru seperti nya kena
banyak bertanya.Malu bertanya sesat jalan.Cempaka tidak mahu dikatakan bodoh
sombong.Apa yang dia tak tahu dia akan bertanya.Tak rugi pun.
“Em..tak
ada dah.Cempaka pergi kaunter
depan.Semak kalau-kalau keputusan darah patient dah sampai belum dari lab.”
Cempaka
angguk.Dia pantas mencuit Nani untuk ke kaunter.Nasib baik ada Nani teman satu
kursus dengan dia dahulu.Sekurang-kurangnya dia tak lah macam rusa masuk
kampung.Bersyukur nya Cempaka bila dapat satu hospital dengan
Nani.Sekurang-kurang nya Cempaka tidak keseorangan.
“Habis
dah?”Keduanya mengangguk pada Dahlia.Dari tadi Dahlia menguruskan mengambil
tekanan darah dan suhu badan ibu-ibu yang sudah dan belum melahirkan.Dahlia
sudah agak lama disini.Kata kak Zubaidah JM Dahlia sudah hampir sepuluh tahun
disini.Memandangkan ini hospital besar petugas memang ramai berbanding hospital
biasa.
Cempaka
sibuk melekatkan keputusan darah yang baru sampai dari lab ke dalam rekod
pesakit.hari ini sahaja ada 25 kelahiran sejak pagi tadi.Malah sewaktu bertukar
syif petang tadi dia sudah diberitahu ada lima orang pesakit yang sedang
menanti kelahiran.Malah ada tiga orang yang sudah dihantar ke bilik bersalin
bila pintu rahim sudah terbuka hampir 7 cm.Baru sekejap tadi cempaka melakukan
pemeriksaan pada seorang ibu muda.Pintu rahimnya baru sahaja terbuka 4 cm.Tapi
dia sudah menjerit.Akhirnya dia dibawa ke bilik bersalin bimbang sesuatu yang
buruk berlaku.
Doktor-doktor pelatih sibuk keluar
masuk bilik bersalin bersama doktor Joseph dan doktor Harlina.Cempaka hanya
membantu di wad.Pukul 12.30 malam wad mula lengang.Hanya ada beberapa doktor
bertugas dan jururawat yang bekerja syif malam.Kebanyakan doktor ini adalah
doktor praktikal.Ada seorang dua pegawai perubatan dan seorang doktor pakar
sahaja bertugas selepas waktu pejabat.
Cempaka sedang ralit mencatit
tekanan darah dan suhu badan pesakit ke dalam rekod.Itupun staf nurse Marlia
yang suruh.Cempaka perasan Marlia seakan meminggirkan dia dan nani.Mungkin
mereka orang baru disini.Tapi tidak patut Marlia pinggirkan dia dan nani.Lagi
pun apa salah nya kalau mereka orang baru pun.Dahulu pun Marlia macam Cempaka
dan nani juga.
Lehernya
sudah lenguh.Bukan dia tak biasa berjaga malam.Tapi inilah pengalaman
pertamanya bekerja syif malam.Beberapa kali Cempaka menguap.Menahan mengantuk
yang semakin menular di mata nya.
“Cempaka
tolong kak Norita dalam dewan bersalin sekarang.”
Cempaka
mengangguk.Mengikuti arahan JM Dahlia.Matanya ditawan rasa mengantuk.namun
digagahkan juga ke dewan bersalin.Di dalam sebuah bilik kak Norita sedang cuba
menenangkan pesakit.Cempaka tengok pesakit itu masih muda benar.Mungkin dalam
belasan tahun.Dia sedang menjerit menyebut nama ‘mak’.Beberapa doktor pelatih
dan seorang doktor lelaki yang memakai mask muka masih cuba mengeluarkan
bayi.Tiba-tiba Cempaka perasan mata doktor itu sesekali memerhatikannya.Mungkin
sebab dia baru disini.
Agak-agak
lah doktor ini kalau nak tengok orang sekali pun.
‘Em..tengok
orang macam nak telan lah doktor ni.’
“Ok dik bila akak kata teran…terus
push.”kak Norita masih cuba menguatkan semangat si ibu.Cempaka membantu mana
yang patut.Cempaka sudah Nampak kepala bayi.Cuma perlu kekuatan si ibu untuk
meneran.Selang beberapa minit kemudian bayi lelaki Berjaya dikeluarkan.Cempaka
tersenyum melihat si ibu yang menarik nafas lega.Dia membantu kak Norita dan
beberapa jururawat lain menguruskan ibu muda.
Usai semuanya Cempaka tengok jam
sudah pukul 3.30 pagi.rupanya tiga jam dia di dewan bersalin tadi.Cempaka
Nampak ada beberapa anggota polis wanita di pintu luar tadi.Lupa dia bertanya
pada kak Norita.
“Mengantuk ke?”Cempaka tersenyum
pada Dahlia.
“Mengantuk
lah juga kak.First time lama-lama esok ok lah ni.”Dahlia senyum.
“Akak
dulu pun macam kamu juga.tapi dah sepuluh tahun oklah dah.Yang paling tak
bestnya bila tak dapat balik cuti raya.”
Cempaka
angguk.Yelah kalau dia pun tak dapat balik cuti raya mahu menangis
tersedu-sedu.
“Kenapa
ada polis kak?”
“Akak
dengar ibu yang baru bersalin tadi dibawah umur.Bapa dia buat laporan polis
bila tahu anak dia nak bersalin.Sebab itu ada polis kat sini.”
“Belum
kahwin?”Norita menggeleng.
‘Astaghfirullahalzim….mudah-mudahan
KAU jauhkan aku dari fitnah dan dosa.’
“Hai kak dahlia.”
Cempaka
pandang Marlia.
“Dah
habis dah kerja kamu?”Marlia angguk.
“Best
lah kak..doktor handsome tu ada kat dewan bersalin tadi.Handsome betullah kak.”
“Masuk
kamu ni dah berapa orang dah yang dok bercerita pasal doktor tu.Masalahnya
Marlia doktor tu tak pandang jururawat macam kita ni.Sudah 3 tahun doktor
Luqman tu kat sini mana pernah dia pandang jururawat macam kita ini.”
“Alah
kak belum cuba belum tahulah..mana tahu kalau doktor Luqman tu suka kat saya?”Cempaka
tengok Dahlia menggeleng kepalanya.mungkin tidak suka dengan sikap yang
ditunjukkan Marlia.
‘Luqman?Luqman
Cempaka kah?Tapi masakan Luqman Cempaka seorang doktor.Luqman Cempaka?Em..sejak
bila pula Luqman jadi hak milik Cempaka ini?Cempaka senyum sendiri.
“Eh ni siapa yang masukkan blood test dalam
rekod ni?”Cempaka tersentak mendengar suara Marlia yang sedikit meninggi.Angan-anagn
nya tentang Luqman terputus terus.
“Saya
kak.”
“Ni
nama siapa masuk rekod siapa?Tak tengok dulu ke nama patient?”
Cempaka
pantas mengambil rekod pesakit dari tangan Marlia.Ya memang silap dia.Salah
memasukkan blood test ke pesakit lain.
“Maaf
kak.Saya tak sengaja.”Marlia menjeling.
“Lain
kali tengoklah betul-betul.Buat kerja tu elok—elok.Nanti –nanti kami yang
senior ni juga yang kena marah.”Cempaka cepat-cepat membetulkan kesalahan dia.
‘Senior?Alah
Marlia baru saja dua tahun bertugas dah senior sangat ke?’
“Sudahlah
tu.Dia tersilap.Lagipun dia kan baru lagi”
“Yelah
baru kak.Tapi mana boleh buat silap macam ni.Dia tak belajar ke dulu?”Cempaka
menahan hati.Yelah memang silap dia.tapi dia dah mengaku salah.Kenapa Marlia
masih nak marah-marah?
Nani
yang sedang membantu seorang pesakit ke bilik air terhenti seketika.Dia kasihan
pada Cempaka.Tapi nak buat macamana mereka orang baru.Banyak lagi yang perlu
belajar.Dia juga tidak suka pada Marlia yang sedikit berlagak.Setahu Nani
marlia baru sahaja dua tahun menjadi jururawat terlatih.Tapi lagaknya
mengalahkan kak dahlia yang sudah sepuluh tahun berkhidmat.
Cempaka
pandang Nani.Dia tahu Nani bersimpati padanya.
Tapi
minggu hadapan Nani akan bertukar ke wad Otopedik.Tinggallah Cempaka sahaja
disini.
Mesti
Cempaka sedih lagi.
Bab
5
Minggu
ini Cempaka sedikit gembira bila dapat satu syif dengan kak Dahlia dan kak
Zubaidah walaupun Marlia tetap ada.Sekurang-kurangnya keduanya selalu berbual
dengan dia.Hari ini dia syif pagi sehingga petang menggantikan seorang staff
nurse yang cuti kecemasan.Mujur hari ini tidak ramai yang menunggu untuk
melahirkan anak.
Cempaka
mula seronok bertugas di sini.
Pukul
9 pagi doktor melakukan lawatan seperti biasa.Cempaka meneruskan kerjanya tidak
memperdulikan kumpulan doktor yang majoritinya doktor pelatih.Doktor pelatih
akan memberi penerangan pada pegawai perubatan dan pegawai perubatan pula akan
buat laporan pada doktor pakar.Biasa nya doktor pakar datang lewat sikit.
Dia
sibuk membetulkan iv drip seorang ibu yang akan di bedah tengahari nanti.Kak Zubaidah
sudah ikut rombongan doktor melawat pesakit ambil mencatit apa-apa yang perlu.Bertugas
di hospital besar lain sedikit dari hospital daerah atau klinik biasa.Di sini
pesakit nya ramai.Memang lah penat sedikit.Tapi Cempaka suka.Ini salah satu
cara dia berbakti pada masyarakat.Walaupun dia di bayar gaji tapi semua nya
bergantung pada keikhlasan dalam menjalan kan tugas.
“Jangan
takut kak ye.Selawat banyak-banyak doa semuanya selamat.”Cempaka tersenyum.Dia
tahu pasti wanita itu sedikit gementar untuk menjalani pembedahan pertama kali
ini.Anak nya masih dalam kedudukan songsang.Air ketuban sudah pecah sejak malam
tadi.Doktor buat keputusan untuk melakukan pembedahan.
“Risau
juga dik.Orang kata sakit bedah ni.”
Cempaka
faham kalau wanita ini sedikit risau.Kalau Cempaka sendiri pun mesti risau
juga.
“Tak
ada lah kak.Sama je bersalin normal ke caeser ke.Cuma caeser ni lepas ubat bius
habis baru sakit sikit.Tapi akak jangan risaulah.”
Wanita
itu tersenyum.Baik nya jururawat ini.
“Itulah
akak ni kahwin lambat.sekarang dah berusia baru nak beranak.”
Cempaka
senyum lagi.
“tak
pe kak janji semuanya selamat.Rezeki Allah nak bagi.”Dia membetulkan selimut
wanita itu.
“Akak
rehat dulu.Nanti kita bagitahu masa nak pergi dewan bedah.”Dia angguk.Senang
hati Cempaka dapat tenangkan wanita ini.Cempaka membawa alatan yang tidak
digunakan keluar.
Cempaka
baru berkira-kira nak ke dewan bersalin bila satu suara menegur nya dari belakang.
“Cempaka
Elina?”Namanya dipanggil seseorang.Cempaka berpaling.Seorang lelaki berkemeja
biru dan di lapisi uniform doktor sedang memandangnya.Lama Cempaka mengamati
lelaki kacak dihadapannya ini.Rasanya dia pernah jumpa tapi dia ingat-ingat
lupa.
‘Doktor
dalam bilik bersalin tadi kah?Tapi..
“Tak
kenal saya?”Cempaka geleng.Sukar untuk dia ingat siapa lelaki ini.Dia keliru
sekejap.
“Betul
tak ingat atau sengaja tak ingat?”Sinis doktor di hadapan nya ini bertanya.
‘Ish
dia ni memang Cempaka tak ingat pun.’
“Takkan
tak ingat tunang sendiri?”
Cempaka
terkejut.’Tunang?Maknanya yang berdiri dihadapannya ini..
“Luqman
Harith?”Luqman angguk.Ada senyuman di bibir doctor muda ini.
Manalah
Cempaka nak ingat.Jumpa pun beberapa minit sahaja itupun bukan berhadapan.Waktu
itu Luqman tak pakai cermin mata.Lepas tu Cempaka tak ada langsung gambar
Luqman.Luqman pun tak pernah hubungi Cempaka.
‘Luqman
harith seorang doktor?’Kenapalah Cempaka tak pernah bertanya pada mak dan abah
dia pasal Luqman.Punya tak nak ambil tahu sampai tunang kerja apa.Nasib baik
Cempaka masih ingat nama lagi.Haru juga kalau nama tunang pun Cempaka lupa.
Luqman
menghampiri Cempaka.Cempaka sudah rasa macam nak lari menyorok dah ini.
“Sejak
bila kat sini?”
Aduh
suara Luqman boleh buat Cempaka kena tekanan darah rendah.
“Er…dah
dekat sebulan posting kat sini.”
Luqman
angguk.Dia duduk di birai katil kosong sedang cempaka masih berdiri dengan
wayar drip ditangan.Cempaka tak tahu nak buat apa.Nak pergi dari sini ke atau
nak tunggu.Akhirnya Cempaka hanya berdiri di situ.
“Saya
pun bertugas kat sini juga.”
Cempaka
mati akal.Hilang bicara berhadapan dengan Luqman.Kehadiran Luqman buatkan dia
resah dan gelisah.Pertemuan dengan Luqman buatkan Cempaka bagai mahu rebah.Pertemuan
yang tidak di rancang?Tapi Cempaka kan Allah yang rancang semua ini.Macam kata
Nani hari itu kalau Allah tak tunjukkan hikmah nya hari ini pasti nanti tetap
ada.
‘Kenapalah
aku mesti bertemunya disini?’Dia tak pernah mengimpikan untuk bertemu Luqman
sebelum perkahwinan mereka.Kalau dulu dia sedikit terasa bila tiada langsung
panggilan dari Luqman tapi sekarang dia seakan sudah tidak kisah langsung
tentang lelaki bernama Luqman harith ini.Sehingga dua bulan lalu dia menukar
nombor telefon bimbitnya.Sebab dia tahu dia tak akan pernah terima panggilan
dari Luqman Harith tunangnya.
“Cempaka
sihat?”
Cempaka
angguk.Kelu lidah untuk bersuara.Bibir Cempaka bagai ada gam gajah saat
ini.Walaupun hakikat nya banyak sangat persoalan yang dia simpan untuk
Luqman.tapi kenapa ye bila sudah bertemu lidah nya jadi kelu.
‘Dah
dekat setahun baru nak Tanya cempaka sihat ke tidak.Itu ke namanya tunang?Tak
ambil berat langsung.’
“Duduk
kat mana?”
Cempaka
menghalakan telunjuknya ke arah belakang wad bersalin.
Kenapa
ye tiba-tiba lidahnya jadi bisu.
“Asrama
jururawat?”
Cempaka
angguk lagi.Kedengaran Luqman ketawa kecil.Cempaka kerut kening.Cempaka tak
buat kelakar pun kenapa Luqman ketawa pula.
“Em…”Cempaka
hilang suara.Luqman masih memandang nya.Sukar menafsirkan apa sebenar nya
pandangan Luqman itu.
“Man.”
Perbualan
Luqman dan Cempaka terhenti dengan kedatangan doktor Syamsul.Cempaka
cepat-cepat pergi dari situ.Dia tarik nafas lega.Seketika tadi rasa hatinya
lemas sangat.Pertemuan dengan Luqman yang langsung tak diduga.
‘Terima
kasih doktor Syamsul menyelamat kan keadaan.’
‘Macam
baru lepas masuk marathon.’Dia mengurut dada nya seketika.
“Don’t
tell me kau nak pikat budak tu.”Syamsul pandang Luqman yang masih tersenyum.
“Kenapa?Is
that wrong?”
“Takkan
kau tak dengar Man ada member kita dah berkenan kat staf nurse Cempaka tu.”
Luqman
kerut kening.
‘menarik
ni.’
“Siapa?”
“Mathew.Doktor
Mathew wong.”
“That Chinese
doktor?”Syamsul angguk.
Masakan
Luqman tidak kenal dengan doktor Mathew.Doktor Mathew lebih lama di sini dari
diri nya.Tapi cerita Mathew berkenan kan Cempaka sesuatu yang baru.Tidak pernah
dia dengar gossip pasal Mathew sebelum ini.Tapi bila Syamsul cakap Mathew jatuh
hati pada Cempaka,Luqman tahu Cempaka bukan macam perempuan lain.
“How do you know?”
“Alah
ada mata pandang ada telinga dengar Man.I
know the way he look at
Cempaka.Tapi Man cempaka tu memang cantik pun.Kalau aku still single pun aku
nak try juga.Manalah tahu nasib badan.”Luqman cuba tersenyum.
“Mana
pula nak letak anak isteri kau ?”
Syamsul
ketawa.
“Siapa
lagi yang berkenan.?”
“Doktor
pelatih tahun .empat pun ada sebut juga nama Cempaka tu.Em..lagipun nama dia
interestingkan.Cempaka.Macam nama orang dulu-dulu.”Doktor Syamsul ini dah macam
pakar gossip kat hospital ini saja.Sudah tak macam doctor pakar sakit puan.
“Well…kau
pun berkenan ke?”Syamsul Cuma jungkit bahu.
Kalau
dia belum kahwin dan ada tiga orang anak mungkin dia pun jatuh hati pada
Cempaka.Comel saja Cempaka itu dimatanya tidak sama dengan perempuan lain yang
pernah dia lihat.
“Eh!
Agak-agak la kau ni Syam, kau ni memang tak boleh tengok perempuan cantik, tapi
aku tak nafikan dia memang comel.”
“Oklah.Aku
kena ke GH.Ada hal sikit.Anyway…Best man win.Good luck bro.”Syamsul tinggalkan
Luqman yang masih di katil pesakit.
Luqman
pandang Cempaka yang tidak tentu arah di kaunter.Lama Cempaka di
pandang.Sesekali mata Cempaka bertembung dengan mata nya.Tapi Cempaka
cepat-cepat larikan anak mata nya ke arah lain.Luqman senyum, pemalu juga
tunangnya ni ya. Dia cuba selami apa yang menarik pada diri cempaka yang menjadi
rebutan semua doktor di sini
‘Cempaka Elina, cantiknya dia
secantik namanya, aku takkan lepas dia kepada orang lain dia hanya akan menjadi
milikku sorang.’
Bab 6
Cempaka
kerap pandang jam, dia jadi tidak selesa bila Luqman turut berada di kaunter.Kerjanya
serba tidak kena, sesekali dia perasan Marlia yang cuba berbual dengan Luqman.Cempaka
pandang jam lagi baru pukul 12 tengahari, bilalah waktu dia bertugas hendak
habis. Sudah ada jururawat lain yang mengambil tekanan darah dan suhu pesakit,
tetapi dia masih di kaunter.Luqman dilihat sedang menyemak rekod ibu-ibu yang
baru melahirkan anak pagi ini.
Luqman
nampak macam biasa sahaja membuat kerja tanpa melihat sekeliling.Cempaka memerhati
Luqman yang sedang menulis di dalam buku pesakit, Ralit nya Cempaka tengok
Luqman tanpa menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan juga.
“Ada
sesuatu ke kat muka saya?”
Cempaka
tersentak.Macamana pula Luqman tahu dia sedang tengok Luqman ini.
Cempaka
cepat-cepat berkalih pandang.Kedengaran Luqman ketawa kecil.
Malu
nya Cempaka.Tertangkap masa tengok anak teruna orang.tapi Luqman kan tunang
Cempaka.Apa salah nya Cempaka tengok Luqman kan?
Cempaka
tahu Marlia sengaja berlengah di kaunter sedangkan tugasnya ketika ini adalah
untuk memberi ubat kepada kepada ibu-ibu yang mempunyai kes darah tinggi.
Cemburu
ye Cempaka?Cempaka cepat-cepat menafikan rasa yang baru melekat di hati nya
sekejap tadi.
“Mar
awak dah bagi katil Sembilan ubat?”
Cempaka
pandang Zubaidah.Disini ramai yang hormatkan Zubaidah yang hampir 20 tahun
dalam bidang ini.Marlia berlalu tanpa berkata apa-apa.
Cempaka
tahu Marlia berang bila ditegur sebegitu dihadapan nya.
“Cempaka
hari ini gantikan staff nurse Adibah sampai petangkan?”Cempaka angguk.
“Kalau
macam tu pergilah rehat dulu.”
“Tak
pelah kak.Cempaka nak buat kerja sikit.”
“Ha
yelah.Akak nak pergi tengok wad kelas dua dulu.”Zubaidah berlalu.Yang tinggal
hanya cempaka dan Luqman di kaunter.
Ada
beberapa jururawat pelatih sedang berbual di katil pesakit.Cempaka perasan bila
mata-mata jururawat pelatih itu sesekali pandang Luqman.
Luqman
berhenti menulis.Dipusingkan kerusinya mengadap cempaka disebelah.Cempaka terus
menyiapkan kerjanya walaupun dia tahu Luqman sedang pandang ke arahnya.Hati nya
berdegup kencang.Haruman yang di pakai Luqman dapat dihidu.Sungguh Cempaka
sangat berdebar.Terasa Luqman begitu hampir dengan diri nya.
“Jom
kita keluar makan.”Serta merta Cempaka mengangkat wajahnya memandang Luqman.
“Er..tak
pelah.Saya tak lapar lagi.”
“Tak
sudi makan dengan saya?”Cempaka serba salah.Apa kata orang lain kalau dia makan
dengan Luqman.Walaupun Luqman tunangnya tapi tiada siapa disini yang tahu.Dia
tidak mahu ada spekulasi yang tidak baik apatah lagi dia masih baru disini.
“Bukan
macam tu.Saya masih ada kerja nak buat.”Cempaka cuba beralasan.
“Oklah
kalau macam tu.Saya pergi makan dulu.”Luqman bangun terus melangkah tanpa
memandang Cempaka lagi.
Cempaka
tarik nafas lega.Cuma hatinya sedikit terkilan.Dinginnya Luqman pada dirinya.
‘Ajak
macam tu je?Sekali je?Tapi apalah yang Cempaka harapkan dari tunang yang dia
tidak pernah kenal isi hatinya.Agaknya Luqman juga sudah ada teman wanita.Sebab
tu langsung tak contact Cempaka.
Cempaka
masih termenung bila sebungkus polisterina diletakkan dihadapannya diatas
kaunter.Cempaka pantas mendongak.Dan Luqman sedang berdiri dihadapannya.Cempaka
pandang kiri kanan.Risau kalau ada mata yang memandang.
‘Kata
nak pergi makan?’
“Makan
dulu.Nanti kalau sakit susah saya nak jawab dengan pak cik Abdul Rahman.”
Luqman
kenyit kan mata nya.
‘Abah
tahu ke Luqman kerja disini?Tapi kenapa abah tak pernah bagitahu Cempaka?Sampai
hati abah.Agaknya abah masih marahkan dia.’
Cempaka
pandang kiri kanan.Dia perasan jelingan Marlia dari katil pesakit.Sesekali juga
kak Zubaidah menoleh.Mungkin hairan kenapa doktor Luqman belikan dia makanan.
“Er..tak
pe.Nanti saya pergi kantin makan.”
Luqman
masih dihadapannya tidak berganjak.Cempaka mula resah.
“Kalau
tak sudi nak ambil buang je dalam tong sampah.Sebab saya tak nak buruk siku
ambil balik benda yang saya dah bagi.”Luqman berlalu.Cempaka serba
salah.Perlahan-lahan kotak polisterina diambil.Tercium bau haruman daun limau
purut.
‘Paprik?Macam
tau je aku suka nasi paprik.’Cempaka senyum.Diletakkan di atas mejanya. Dan tanpa
disedari Cempaka, Luqman sedang asyik
memerhati dia dari sebalik cermin. Kelihatan senyuman cempaka bila dia tidak
berada disampingnya. ‘Kenapa mahal benar senyumanmu padaku cempaka, tetapi
tidak pada orang lain’ rintih hati Luqman.
Bab
7
“Doktor
Luqman belikan?”
Cempaka
angkat muka pandang Zubaidah yang baru masuk ke bilik rehat.Suapannya pada nasi
paprik terhenti seketika.Cempaka serba salah.
“Er..ye
kak.”
Zubaidah
senyum.
“Jangan
salah faham akak Tanya tu.”
Cempaka
tunduk.Dia tidak mahu Zubaidah salah faham dengan dirinya.Zubaidah juga duduk dihadapan
Cempaka membuka bekalan dari rumah.
“Kak..”
Zubaidah
pandang Cempaka.
“Cempaka
minta maaf.Cempaka tak suruh pun dia beli.Dia yang nak beli.”
“Akak
faham.”
‘Tak
Zubaidah tak faham.’
“akak..sebenarnya..sebenarnya…”Cempaka
teragak-agak untuk bercakap.
“Apa
dia?”
“Kalau
Cempaka bagitahu akak jangan bagitahu sesiapa ye?”
Zubaidah
angguk.
‘Tapi
boleh ke Cempaka percaya anggukan Zubaidah?’
“Akak
janji.Apa dia?”Seakan mengerti apa yang ada dalam hati Cempaka Zubaidah
bersuara.
“Sebenarnya
doktor Luqman tu tunang Cempaka.Kami dah dekat setahun bertunang.Tapi Cempaka
memang tak tahu dia kerja kat sini sebab kami tak contact.”
Zubaidah
sedikit terkejut.Cempaka tahu sukar Zubaidah mahu percaya.Mana ada tunang tak
pernah bertemu zaman sekarang ini.
“betul
ke?”
Cempaka
angguk.
“Cempaka
bertunang dengan doktor Luqman sebab keluarga yang terima.Dia pun tak pernah
contact Cempaka.Sebab tu Cempaka terkejut sikit tengok dia ada kat sini.Cempaka
hampir tak kenal dengan dia akak.”
Zubaidah
tak sangka perkara ini terjadi kepada Cempaka.Tapi takkan pula Cempaka nak
mereka-reka cerita.
“Sebab
tu Cempaka macam resah je jumpa doktor Luqman?”
Cempaka
angguk.Memang Zubaidah perasan Cempaka seakan sengaja mahu melarikan diri bila
Luqman ada bersama.
“Tak
pe lah mungkin ada hikmahnya Cempaka kat sini.Moga-moga dapat kukuhkan hubungan
kamu berdua.Bila nak langsung harinya?”
“Kalau
ikut perjanjian lagi enam bulan kak.Tapi entahlah Cempaka pun tak tahu
macamana.Sebab tak kenal sangat dengan dia.”
“Akak
kenal doktor Luqman tu.Dah tiga tahun dia kat sini.Apa yang akak Nampak depan
mata bagus orangnya.Bertuah Cempaka dapat tunang seperti Luqman.”
Tapi
ada sesuatu perkara yang Zubaidah terpaksa rahsiakan dari Cempaka.Dia tidak
mahu Cempaka terguris perasaannya. Baik dia berdiam diri dari menceritakan
perihal itu kepada Cempaka, biarlah Luqman sendiri yang membuka mulut. Hendak
mendengar dari mulutnya dia tidak sanggup.
Cempaka
sudah dengan beg sandangnya untuk pulang ke asrama.dia menanti Nani di lobi
bawah sekali.Bersandar di tepi mesin ATM bersebelahan wad kecemasan.Ambulan
keluar masuk.Sibuk betul hari ini, ramai pula yang masuk ke hospital.
“Dah
nak balik?”
Cempaka
terkejut sedikit.
Huh
dia ni macam halimunan tiba-tiba je muncul.Agak nya doktor Luqman Harith ini
berkawan dengan jin tak?Ish apa lah yang Cempaka merepek ini.
‘Kenapalah
hari ini asyik jumpa je dengan dia ni?’
“Nak
balik dah.Tunggu kawan.”
“Esok
kerja?”Cempaka angguk.
“Sampai
pukul 2 kan?”Angguk lagi.
‘Memanglah
syif pagi sampai pukul dua petang.Habis tu kenapa?’
Tapi
Cempaka hanya jawab dalam hati.
“Lepas
tu saya nak ajak Cempaka keluar.”
Menarik
ini.Pertama kali Luqman ajak dia keluar.Dating pertama ye Cempaka?
Agak
nya dia mimpi apa semalam ye sampai ajak Cempaka keluar hari ini.
Cempaka
masih diam.Tiba-tiba dia Nampak kelibat seseorang sedang memerhatikannya dengan
Luqman dari arah lif.Marlia?Pandangannya sahaja Cempaka tahu penuh rasa
cemburu.Mahu sahaja Cempaka bagitahu Marlia siapa diri nya dengan Luqman.
“Tapi
doktorkan kerja?”
Sukarnya
dia membahasakan nama pada Luqman.Akhirnya terkeluar perkataan doktor.Luqman
ketawa kecil.
“Masih
panggil tunang sendiri doktor?”
Cempaka
senyum.dia menjungkitkan bahunya.Habis tu nak panggil apa.Takkan nak penggil
Luqman saja.Abang?erm..tak kot.
“So,esok
sudi keluar dengan saya?”
“Nak
pergi mana?”
“Tak
tahu lagi.Cempaka ada nak kemana-mana?”Cempaka geleng.
Lagi
pun dia kurang arif dengan jalan-jalan di Ipoh ini.Setakat ini dia hanya tahu
pergi Greentown Mall dan setesen bas.Tidak pernah kemana-mana lagi.
“Cem!”Cempaka
pandang ke arah Nani yang baru sampai.
“Oklah
saya balik dulu.”
Belum
sempat Luqman kata apa-apa Cempaka sudah menarik tangan Nani berjalan keluar.
“Siapa
tu Cem?”
“Doktor
wad bersalin.”Sengaja dia tak sebut nama Luqman.Sebabnya Nani tahu kalau nama
tunangnya Luqman Harith.Lagipun dia tidak mahu nani bertanya lebih lanjut, dia belum
bersedia lagi dia nak buat pengunguman tentang statusnya pada semua disini.
Entah kenapa dia rasa tidak perlu untuk diceritakan kepada semua orang tentang
hubungannya dengan Luqman. Cuma dia rasa terpaksa cerita kepada Kak Zubaidah
setelah melihat Luqman membeli makanan untuknya tempoh hari.
“Kenapa
mak tak bagitahu kak yang awal-awal?”Cempaka pandang syiling.Telefon masih
melekap ditelinga kanannya.
“Bukan
tak nak bagitahu mak sengaja buat macam tu biar kamu kenal dulu tunang kamu.”
“Kak
Yang nyaris-nyaris tak kenal dia tau.”
“Habis
tu kak Yang cakap dia selalu call kak Yang.Macamana kak Yang tak tahu Luqman
kerja kat situ?”
Cempaka
gigit bibir.Penipuannya sudah terbongkar.
Mati
lah kalau mak tahu dia menipu selama ini.
“yelah
tapi mana kak yang pernah Tanya kerja dia.”
Dia
tahu Salmah mula menghidu sesuatu.
“Oklah
mak.Kak Yang mengantuklah.Esok syif pagi.Assalamualaikum.”Cempaka cepat-cepat
tutup telefon.Dia tarik nafas lega.Fikirannya mula menimbang pelawaan Luqman
untuk keluar esok.
‘Kalau
keluar nak cakap apa..pakai baju apa?’Selepas berpisah dengan Fikri dan majlis
pertunangan tak jadi dahulu Cempaka tak pernah lagi keluar dengan mana-mana
lelaki berdua.Apatah lagi mengenangkan amaran Abdul Rahman agar perkara lama
tidak berulang lagi.Hidupnya sentiasa ditemani abangnya, walau hendak
kemana-mana sekalipun.
Lagipun
selepas putus dengan Fikri hatinya tertutup terus untuk bercinta lagi.
Fikri…lama
dia bercinta dengan Fikri, hampir tiga tahun dan terus mengambil keputusan
untuk bertunang.Fikri bukanlah sesetia mana, tetapi Cempaka tak salahkan
Fikri.Dia hanya akur pada keputusan ibu bapanya.Biarlah janji Fikri bahagia,
dia sudah penat memikirkan apa yang telah terjadi antara dia dengan Fikri.
Cukuplah Fikri sudah memalukan dia dan keluarganya.
Berfikir
tentang Luqman buatkan Cempaka susah hati.Sepanjang menjadi tunangan Luqman dia
tidak pernah berfikir tentang lelaki itu.Bagi Cempaka soal lepas kahwin nanti
biarlah Allah yang tentukan perjalananya.
Tapi
Cempaka lupa pertemuan ini juga adalah rencana dari Allah.
Berfikir
tentang Luqman buatkan mengantuk nya hilang sama sekali.Tapi kalau Luqman sudah
tahu dia ada disini kenapa Luqman tak telefon atau sms?
Cempaka
pandang telefon bimbitnya disebelah katil.Sekalipun tiada panggilan masuk dari
tunangnya itu.Cempaka tertanya-tanya sikap Luqman yang sebenar.Ikhlaskah Luqman
melamarnya?Cempaka memusing-musing cincin dijari manisnya.Cincin yang doktor
Maria sarungkan padanya hampir setahun lalu.Cincin yang mengikatnya sebagai
tunangan Luqman.
Berbeza
dengan Luqman, Darizah sesekali ada menghantar mesej kepadanya.Atau sekali
sekala menyapanya saat dia di facebook.Dari Darizah dia tahu doktor Maria dan
doktor Iskandar adalah doktor pakar di kuala Lumpur.Tapi kenapa ye saat berbual
dengan Darizah lewat sms tidak pernah sekalipun dia bertanya perihal Luqman Harith?Ataupun
nama Luqman Harith sememangnya tiada dalam hidupnya?
Persoalan
tentang Luqman harith dibiarkan berlalu bila matanya sudah tidak boleh dibuka
lagi. Biarlah apa yang nak terjadi apa hari esoknya, malas dah memikirkan
tentang Luqman dan dirinya.
Bab
8
“Luqman..boleh
tolong gantikan I tak petang ni?”
Luqman
angkat muka pandang doktor Harlina.
“Gantikan
you?”Harlina mengangguk.
“Acctually
petang ni ada satu kes kat OT.I kena dengan doktor Kelvin.But I ‘m so sorry I got something to do.”Luqman diam sejenak.
“Tak
ada orang lain boleh gantikan you ke?”Harlina geleng.
“I
dah Tanya pada Megat,petang ni dia dia on call di klinik.So,dah tak ada orang
lain.Just you my hope.”
Luqman
diam sejenak.Teringat janjinya dengan Cempaka.Sejak tadi dia sibuk di
klinik.Tak berkesempatan berjumpa Cempaka.Bila dia buat lawatan di wad pagi
tadi Cempaka di dewan bersalin.
‘Tapi
ini tugas dan amanah pada dirinya.’
“Oklah.I
replaced you di OT petang ni.But you owe me one.”
“don’t
worry I will pay tomorrow.After working hours OldTown.Just ask what do you
want.”
Luqman
ketawa kecil.Nampaknya janjinya dengan Cempaka perlu dibatalkan.’Dating pertamanya
dengan tunang sendiri.Cempaka Elina maafkan saya mengecewakan awak hari ini.’
‘Hope
she will fine.’Luqman teruskan kerjanya yang tergendala seketika tadi.Hari
selasa hari rawatan susulan untuk ibu-ibu Hamil.Kebetulan pula hari ini memang
ramai sangat.Dari pagi tadi Luqman tak ada masa nak keluar minum pagi pun.
Itulah rutin sebagai seorang doktor pakar di hospital besar, tiada masa untuk
makan dan minum sesuka hati.
Cempaka
duduk seorang diri di Kantin.Sejak masuk syif pagi tadi dia tertunggu-tunggu
Luqman untuk bagitahu kenapa dia tak muncul semalam.Tapi bayang Luqman langsung
tak kelihatan sehingga habis syifnya pukul dua.Pada fikiran Cempaka, Luqman
mungkin tidak serius dengan kata-katanya tempohari.Cempaka berasa kasihan
kepada dirinya kerana percaya bahawa Luqman betul-betul ajak dia keluar.
‘Aku
je yang letakkan harapan padahal dia saja-saja je.’
“Boleh
saya temankan?”
Cempaka
sedikit terperanjat bila doktor Mathew sudah duduk dihadapannya.Dari awal dia bertugas
dia agak rapat dengan doktor Mathew.Selain doktor Mathew, doktor Faizal adalah doktor
pelatih juga rapat dengan Cempaka.Tapi Cempaka faham sangat bila doctor Faizal
cuba ingin berkawan dengan dia.Doktor Faizal seolah-olah cuba mencuri perhatian
Cempaka.Cempaka tak mahu terikat dengan doctor Faizal.Sebelum doktor Faizal ada
apa-apa perasaan dan letakkan harapan lebih baik Cempaka jauh kan diri terlebih
dahulu. Cempaka cuba hindari dari menyukai mana-mana lelaki yang bekerja di
hospital ini, cukup lah dia berkawan dengan Doktor Mathew sahaja. Dengan Doktor
Mathew, dia rasa bebas untuk meluahkan apa sahaja dan staff di sini tidak akan
pandang serong kerana Doktor Mathew bukan beragama Islam.
“Doktor
dari mana?”Mathew tersenyum.
“Saya
baru balik dari OT.Pagi ini ada operation patient yang kena buang rahim tu.”
Serta
merta ingatan Cempaka menuju kepada seorang wanita yang dimasukkan ke wad
seminggu yang lepas.Kata doktor Rahimnya terpaksa dibuang bila terdapat
jangkitan kuman yang boleh membahayakan nyawanya.Kasihan Cempaka pada wanita
itu, usianya masih muda tetapi sudah kehilangan organ yang penting bagi
seseorang perempuan. Kalau terjadi kepada dirinya mungkin dia tidak dapat
menerimanya.
Tapi
yelah siapalah kita nak lawan takdir Tuhan.Allah kan maha mengetahui
sgala-galanya.
Tapi
bukan kah Allah turunkan ujian itu untuk hamba nya yang boleh menerima ujian.?Setiap
kesakitan yang diberi adalah penghapus dosa-dosa kita.Itulah hebat nya
keagungan Allah swt.
“Cempaka
Elina dah habis syif?”
cempaka
angguk.Jarang ada orang panggilnya dengan nama penuh.Dia senyum sikit.
“Boleh
saya tahu Cempaka orang mana?”
“Saya
orang penang.Doktor pulak?”
Mathew
ketawa kecil.
‘Handsomenya
macam pelakon korea Kim Bum yang berlakon dalam drama popular Boys over flower
tu.’sempat hati Cempaka berbisik halus.
“Saya
orang Ipoh juga.Tapi my parents stayed at
Australia.”
“Habis
doktor duduk dengan siapa kat sini.”
“Alone.But sometimes they come back here.My
mom had breast cancer.Step three.So that’s why my dad bring her to oversea.For
treatment and untuk tenangkan fikiran dia.”Cempaka angguk.
“Kasihannya.Mak
doktor mesti seorang yang tabah kan?”Mathew angguk.
“Yes..and I ‘m really proud of
her.And I really love her.But I rasional.Life and death is in God hand right?”Cempaka
angguk.Dia sendiri kurang pasti agama Mathew.Tapi hari tu Cempaka ada Nampak
patung Jesus Christ dalam kereta Mathew masa dekat parking.Mungkin Mathew
Kristian agaknya.
Cempaka
tengok Mathew begitu berselera menjamah nasi bersama rendang ayam.
“Doktor
suka masakan melayu ke?”
Suapan Mathew terhenti.
Suapan Mathew terhenti.
“Suka
sangat terutama yang paling saya suka asam pedas ikan pari.”Cempaka
tersenyum.Kenapa ye dia senang sangat berbual dengan doktor muda ini.Mungkin
sebab doktor Mathew ramah agaknya.
“Cempaka
Elina..apa maksudnya?”
Tiba-tiba
Mathew bertanya soalan yang tidak langsung Cempaka duga.
“Entah.Tapi
kata mak nama Cempaka tu diambil dari bunga Cempaka.Sebab kata mak saya lagi
masa saya dalam kandungan tiap-tiap hari mak saya kutip bunga Cempaka.”Macam
budak-budak Cempaka bercerita.
“Bunga
cempaka tu yang orang selalu tanam dekat tanah perkuburan tu ye?”Cempaka
ketawa.Dia angguk.
“Ada
orang panggil bunga kemboja.Tapi bunga cempaka pun seakan-akan jugalah.”Mathew
senyum.Hatinya tertarik bila gadis dihadapannya ini ketawa.
“Agak-agak bila Cempaka Elina nak bagi saya bunga
Cempaka?”
“Bunga
Cempaka?Doktor nak buat apa?”Mathew pula ketawa.
“Buat
potpuri..”Kedua-duanya saling ketawa.
Kenapa
ye dengan Mathew Cempaka rasa dia sedang berbual dengan seorang kawan? Tetapi
dengan Luqman dia tidak merasakan perasaan sebegini.
“Boleh
ke?”
Mathew
angguk.Cempaka masih tersenyum.
Cempaka
tidak perasan ada seseorang yang sedang memerhatikannya bersama Mathew dari
arah belakang.
“Ehem..”
“Doktor
Luqman.Come joint us.”
Luqman
terus duduk bila dipelawa Mathew.Cempaka kembali membisu.Setiap kali ada Luqman
jiwanya resah.Setiap kali ada Luqman denyutan nadi nya lebih cepat dari biasa.
“Best
cerita?Cerita apa?”
Matanya
mengerling kepada Cempaka.
“No..she told me about her name.Cempaka.Do
you think that’s interesting name?Jarang dengar nama tu kan?”Cempaka cuba
tersenyum.Sebenarnya dia sedikit marah dengan Luqman.Kelmarin Luqman beria-ia
ajak keluar dan semalam bayang Luqman pun tak kelihatan.Tak ada penjelasan
langsung, telefon atau sms langsung tidak dihantar kepadanya. Kalau iya pun
sibuk sangat, hantarlah pesanan sms ke telefon bimbit cempaka.
“Yes..Cempaka
Elina.Sweet name.”Namanya disebut Luqman.
‘Em…ingat
kan dah tak ingat nama aku dah.’
“Itulah
I bagitahu cik nurse kita ni bila nak bagi I bunga cempaka yang betul.”
“You
suka bunga ke math?”Luqman bertanya kepada doktor Mathew.
“well
kalau yang bagi tu orang secantik Staf nurse Cempaka ni why not?”Cempaka
perasan renungan tajam Luqman Harith.
Cempaka
senyum.
“So
kalau macam tu I pun nak satu.Boleh kan Cempaka?”Cempaka tersentak.
‘Apa
pula kali ini Luqman?’
“Boleh
tapi masalahnya mana saya nak cari bunga Cempaka kat sini.Mana ada orang tanam
bunga Cempaka dah.”Mathew ketawa tetapi Luqman masih merenunginya.
Jantung
Cempaka terus berdegup laju.
“Eh
Math…you kan kena ganti doktor Megat this evening kat scan room?”Mathew
tiba-tiba tersedar dia sudah lama disini.Ralit sangat berbual dengan Cempaka
elina tak sedar masa berlalu.Mathew pun tak tahu kenapa dia senang berbual
dengan Cempaka elina.Hati sudah terpaut ye Math?Mathew belum ada jawapan untuk
soalan itu.
“Alamak.Nasib
you ingatkan.Ok lah..i got to go.Anyway Cempaka thanks for accompany me
today.nanti I bagi bunga Cempaka dekat you.”Mathew mengeyitkan matanya kepada
Cempaka.Luqman hanya memerhati.Perasaan Cempaka jadi tidak tentu arah.
Hilangnya
kelibat Mathew
“saya
minta diri dulu.
“Wait.”
Cempaka
duduk semula bila suara Luqman sedikit tinggi.
“Saya
dah habis makan.”Jawab Cempaka.
“tapi
saya baru nak makan.Kalau cempaka boleh temankan Mathew makan kenapa tidak
saya?Tunang Cempaka?”
Jelas
suara Luqman yang sedang mengawal kemarahannya.Cempaka tidak jadi bangun.Dia
duduk semula dihadapan Luqman.Diam membisu.Lelah dia seketika dengan sikap
Luqman.
“Kenapa
tak ada benda nak cakap?Tadi dengan Mathew bukan main lagi siap boleh bergelak
ketawa.”Cempaka menahan rasa hati disindir sebegitu.
‘Dia
ni kenapa?Sudahlah ini baru jumpa.Nak marah-marah pulak.Agaknya memang perangai
dia macam ni tak?Teruklah aku dapat suami panas baran.Sudah lah semalam mungkir
janji.sepatut nya aku lah yang marah.Bukan nya dia.
“I’m asking you my dear
Cempaka Elina..”Cempaka tersentak sekali lagi.
“Apa
dia?”
Luqman
merenungnya.Cempaka jadi tidak sedap hati bila melihat staff nurse Marlia
sedang menuju ke kantin.
“Nothing.”
Luqman
kembali menghabiskan nasi di pinggan.
‘Dia
ni tak nak bagitahu ke kenapa tak jadi keluar semalam?Macam tak ada rasa
bersalah je.’
“Saya
nak balik dah ni.”
cempaka
akhirnya bersuara bila dilihatnya Luqman sengaja melengah-lengahkan masa.
“Ada
apa nak balik cepat?”
cempaka
tarik nafas dalam-dalam.
“Saya
nak balik berehat penat, lagipun malam ni dah start syif malam.So saya dah tak
ada masa nak rehat.”
Cempaka
kerling jam ditangan.Sudah hampir pukul empat petang.Sudah dua jam dia disini menemankan
doktor-doktor ini.Malam ini pukul 9 dah kena masuk syif malam pula.Bila masanya
dia nak tidur.
“Jom
saya hantar.”
Luqman
sudah bangun.
“Tak
pelah.Asrama belakang ni je.Tak sampai lima minit jalan kaki.Takkan nak hantar
jalan kaki kot?”Luqman diam.
Diam
Luqman membuatkan dia memulakan langkah kaki meninggalkan kantin
itu.Dikepalanya tiada lagi Luqman atau Mathew.Dia hanya Nampak katil bujangnya
dan bantal peluk.
‘Bestnya
dapat tidur.’
Bab
9
“Makan
dengan siapa petang tadi?”
Cempaka
tersentak.Marlia sedang berdiri di kaunter berhadapan dengannya.
“Dengan
doktor Mathew.Lepas tu doktor Luqman joint
sekali.”Rimas Cempaka dengan perangai Marlia.
“Baru
lagi kat sini dah menggatal?Pikat orang sana sini?”
Sinis
nya suara Marlia menusuk ke cuping telinga Cempaka.Cempaka cuba menahan
sabar.Dia tahu pandangan Marlia pada diri nya.
Cempaka
beristighfar dalam hati bila dengar Marlia membuat tuduhan sedemikian.
“Kalau
saya yang gatal saya yang pergi duduk makan dengan diorang.tapi masalahnya
diorang yang datang waktu saya tengah makan.Takkan saya nak halau pula?Lagipun
apa salahnya.Bukan saya buat benda tak elok.Lagi pula dok tor-doktor itu rakan
sekerja kita.So saya tak Nampak mana salah nya.Lain lah kalau saya pergi makan
waktu tengah bertugas.”
Bukan
niat Cempaka untuk sakitkan hati Marlia.Tapi dia tak boleh terima tuduhan yang
Marlia lemparkan pada dirinya.Sakit juga hatinya.Kalau ikut kan hati yang
tengah sakit mahu sahaja dia jerit depan marlia dan bagitahu siapa Luqman
dengan nya.
“Amboi
baru masuk dah pandai menjawab?”Sinis nya suara Marlia.Bukan Cempaka
menjawab.Tapi adil kah bila asyik dia sahaja yang di salah kan.
“Bukan
macam tu.Saya hormat kak marlia orang lama kat sini.Tapi bila saya kena tuduh
saya ada hak untuk jaga maruah saya.Saya bukan perempuan yang macam kak Marlia
cakap tu.”
“Bukan
konon.Jangan ingat orang macam doktor Luqman atau doktor Mathew tu nakkan awak
yang Cuma staff nurse ni je.”
“Alhamdulillah
kalau diorang tak nak saya sebab saya pun tak ada hati dekat diorang.”
Marlia
mula berang bila Cempaka asyik menjawab.
“Hai…”Perbualan
mereka terhenti bila doktor Mathew sudah berada bersama.Dia duduk disebelah
Cempaka.Marlia semakin sakit hati.
“You
know Cempaka tadi I serve internet.Cari bunga cempaka.”Cempaka sedikit
tersentak.Marlia sudah menjeling tajam.
“Buat
apa?”Sengaja Cempaka menlemparkan senyuman pada Mathew.Sengaja Cempaka mahu
Marlia sakit hati.
“Saja
I nak tengok Cempaka asli.”Cempaka ketawa kecil.Marlia terus berlalu dengan
sakit hatinya yang masih membara.
“Habis
tu cantik ke bunga cempaka tu?”
“I
tengok imej cempaka hutan atau dalam bahasa sainsnya Gardenia Carinata.Warna kuning dan putih.Ada lima kelopak yang
panjang.Tapi Cempaka kat sebelah saya ini lebih cantik dari Cempaka dalam
internet tadi.”Cempaka senyum.
“Doktor
ni macam-macam lah.”
Mathew
pula ketawa.Suka dia tengok bila Cempaka senyum.Senyuman Cempaka menawan.Rasa
tenggelam jauh dalam hatinya, membuatkan dia berasa tidak mahu pergi jauh dari
cempaka.Dia sanggup berkampung di hospital demi melihat cempaka berada didepan
matanya setiap masa.
“Sudi
keluar dengan saya?”Cempaka sedikit terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba
Mathew.Tiba-tiba Mathew mengajukan pertanyaan macam itu.
Mathew
ajak keluar?Cempaka tak salah dengar rasa nya.
“Saya?Keluar
dengan doktor?”Mathew angguk.Mata nya masih memandang Cempaka.
“Tak
nak lah nanti satu hospital kata saya nak pikat doktor pula.”Mathew masih
senyum.
“I don’t care.They can talk whatever they
want.”Suara Mathew separuh berbisik.
“Tak
bolehlah doktor.Saya syif malam lagi dua hari.Lepas tu saya nak balik kampung.”
Terdengar
keluhan dari Mathew.Kecewa barangkali bila mendengar jawapan dari mulut cempaka.
“Saya
boleh hantar Cempaka balik kampung.”Mathew bersungguh-sungguh berharap cempaka
menerima pelawaannya.
‘Balik
kampung dengan doktor Mathew?Cari bala namanya.’
Tidak
sanggup Cempaka mahu berhadapan dengan marah Abdul Rahman, cukuplah dengan apa
yg telah dilakukanya dulu. Dia tidak sanggup menguris perasaan
kedua-ibubapanya.
“tak
pe lah doktor.Saya balik sendiri.”Mathew angguk.Menghormati jawapan yang
diberikan Cempaka.
Balik
kampung dengan Mathew.Harus Abdul Rahman halau dia terus dari rumah.Dia masih
ingat dengan pesanan yang ayahnya telah berikan, dulu Abdul rahman dah bagi
amaran….jaga nama baik bakal mertua.Sampai sekarang semua itu harus diikuti,
demi menjadi anak yang mendengar kata dan menantu yang baik.
Cempaka
menutup suis lampu di bilik tiga.Hanya ada tiga orang ibu hamil dibilik ini.Dua
orang sedang mengalami kontraksi dan seorang dimasukkan kerana kencing manis.
“Kak..nanti
kalau ada apa-apa tekan butang panggil nurse ye.”Keduanya mengangguk.Ada
kerutan di wajah salah seorang.Mungkin sedang menahan sakit kontraksi.
Cempaka
kembali ke kaunter.Malam ini dia bersama kak Norita sebagai person incharge.Belum sempat dia duduk Cempaka
Nampak Luqman sedang berbual dengan Marlia.Tiba-tiba ada getaran halus
didadanya.Cempaka tidak pasti getaran apa itu.Cemburukah?
Cempaka
cuba buang jauh-jauh rasa yang mula hadir bertamu di hati nya saat ini.
Cempaka
buat-buat tidak Nampak.Cuma dia pelik kenapa Luqman ada malam ini sedangkan
bukan Luqman yang on call.Lagipun jarang specialist on call datang wad.Selalu
nya medical officer sahaja yang ada di wad.Specialist akan datang bila wad call
saja.
Luqman
rindu agak nya.Sebab itu Luqman datang sini malam ini.
“Kak
saya dah bagi ubat pada patient katil 12.”
Norita
senyum.Dia suka pada keperibadian Cempaka.
“Pergilah
rest dulu.Akak nak siapkan kerja sikit.”Norita senyum pada Cempaka.Dia senang bekerja
dengan Cempaka di wad ini.Lagipun Cempaka seorang yang rajin dan mudah ditegur.
“Nak
Cempaka tolong?”
Cempaka
tahu sesekali Luqman mengerling ke arahnya.
Tapi
Cempaka buat tidak tahu, Sakit hati nya masih berbekas terhadap Luqman, pasal
mungkir janji pun belum baik lagi.Lepas itu di tambah pula dengan kata-katanya waktu
di kantin tempohari.
“Tak
pe sikit je ni.”
Kak
Norita tersenyum pada Cempaka yang mengambil tempat disebelahnya.
“Kak
Norita.”Kesemua mereka memandang staff nurse yong yang tergesa-gesa datang ke
kaunter.
“Ada
apa?”
“Boleh
tolong kat wad bersalin tak?Tak cukup kakitangan ni.Ada tiga orang baru masuk
nak bersalin.”Norita pantas bangun.
“Cempaka
tunggu kaunter ye.Tengok-tengok sama patient 10 dan 11.Takut bersalin atas
katil pula nanti.”Cempaka angguk.Marlia masih rancak bercerita dengan Luqman.Cempaka
tak ambil pusing dengan apa perbualan yang rancak dibual oleh mereka berdua.
Nampak
sangat memang Marlia suka kan doktor muda itu.Doktor muda itu dah bertunang, Tunangnya
ada kat sini saja. Malas melayan keduanya Cempaka memerhati sekitar wad, tengok
pesakit di katil 10 dan 11 yang telah dipesan oleh kak Norita tadi. ‘Baik aku
buat kerja dari duduk melayan sakit hati dengan tunang sendiri.’
“Opss..
I ingat tak ada orang.I beli satu burger je.”
Mathew
masuk dengan satu plastik ditangan.Cempaka buat-buat tak Nampak.
“Burger
untuk siapa Math?”Mathew senyum.
Sudah
gaharu cendana pula ye Luqman.
“Untuk
cik Cempaka Elina.”Cempaka terus angkat wajah bila namanya disebut.
‘Biar
betul doktor cina ni belikan aku burger?’Cempaka pandang Luqman yang juga turut
sama memandang Cempaka.
“Untuk
saya?”Mathew angguk.Diserahkan plastik putih pada Cempaka.Cempaka teragak-agak
untuk ambil.
“Ter.terima
kasih.”Diletakkan plastik burger diatas meja.
“No
worries.Oklah.. I balik dulu.Ok Man..see you.”
Mathew
melangkah dengan senyuman dibibir.
Dan
Cempaka termangu-mangu dengan plastik berisi burger diatas meja.
“Seronok
lah Cempaka yer…ada orang belikan makanan untuk dia, bertuahnya badan kan doktor
Luqman.” Sengaja Marlia bercakap kuat
untuk menyakitkan hati cempaka.
“Saya
tak minta dia belikan makanan untuk saya pun, tapi rezeki jangan ditolak kak
Marlia”. Balas Cempaka geram dengan kata-kata Marlia padanya.
Dalam
masa yang sama hati Luqman terasa sakit dengan kedatangan Doktor Mathew
menghantar makanan buat Cempaka. Dia merasa tergugat dengan kemesraan dan sikap
prihatin yang telah Doktor Mathew berikan pada Cempaka.
Bab
10
DYJA
melihat pergelangan tangannya.Hampir pukul 8.30.Dia gelisah.Resah bagaikan anak
ayam kehilangan ibunya.Sesekali matanya liar memerhati kearah jalanraya yang
mula sibuk dengan kenderaan yang kebanyakannya menuju ke tempat kerja.Dyja
gelisah lagi.Setiap minit dan detik bagaikan menyentap denyutan
jantungnya.Bagai ada sang gergasi sebesar king kong yang akan menghambatnya.Sebentar
dia duduk dan sekejap lagi dia bangun.Masih situasi yang sama,melihat kearah
jalanraya.Tapi betullah kata orang penantian itu satu penyeksaan.Yang ditunggu
belum kunjung tiba.Tubuhnya semakin disirami peluh mentari pagi yang makin
bersinar galak.
“Alah
rilekslah cik adik…gelisah semacam nampak…awai lagi ni…kelam kabut nak pi mana”Dyja
mengerling kearah lelaki disebelahnya.Ada dua orang lelaki yang sedang
tersengih.’Sebiji kerang busuk..’Dyja mengutuk didalam hati.’Dah lah pakai
seluar koyak rabak memang jantan tak ada masa depan.Nak mengorat pun pegi beli
dulu seluar tu…’Dia menjeling tajam.Bosan dengan mat lepak macam tu.Macamlah
tak ada kerja lain nak buat.Ni pagi-pagi buta dah melepak kat bus stop.Dah lah
tu menyakitkan hati orang je.
“Alamak…dia
jelinglah bro…tu lah aku dah habaq kat hang…ni bukan calang-calang
awek..”Kedengaran ketawa dari keduanya.Dyja mendengus geram.Jam pasar malam
dipergelangan dijeling lagi.Lima minit sebelum pukul 9.Dyja hampir mahu
menangis.Pasti dia kena marah lagi.Tiba-tiba pandangan tajamnya menuju kearah
bas berwarna kuning yang sedang menghampiri.Dia bangun kasar.marah pada bas
yang datang lambat dan marah pada kutu lepak disebelahnya ini.
Baju
kurung dibadan dibetulkan agar kelihatan kemas.Pantas tangannya melambai kearah
bas.Sebaik sahaja pintu dibuka dia pantas naik tanpa memperdulikan dua manusia
yang semakin galak mengusiknya di belakang.Panas hatinya dengan bas yang datang
lambat.
Sakit
hatinya bila terpaksa menunggu satu jam untuk bas ini.Rasa macam nak bakar je
bas ni dengan pemandunya sekali.Macam tak boleh nak bawa bas cepat sikit.Dulu
waktu dia mula bekerja,bas ni datang tepat pukul lapan pagi.Tapi waktu itu
pemandunya sudah separuh umur.Ini bila orang muda yang bawa bas jalan macam
kambing patah kaki.
“Georgetown.”Dia
memandang sekilas pada pemandu bas yang berkaca mata hitam.Ada senyuman
dibibirnya.Hati Dyja smakin panas.Dah lah bawa bas lambat…ada hati nak senyum
pulak.Tapi Dyja tak punya masa untuk menambah pahalanya dengan senyumannya.
“2.40
sen.”Pantas Dyja memasukkan duit kedalam tabung dan mendapatkan tiket.Dyja
berdiri ditepi pintu.Bas penuh sesak dengan penumpang.Tubuhnya disandarkan
didinding bas.Menghitung waktu untuk sampai ke pejabat.Lima belas minit kakinya
berdiri didalam bas,akhirnya destinasinya tiba.Pintu bas dibuka.Belum sempat
Dyja turun kedengaran suara pemandu bas.
“Hati-hati
ye…”Dyja menjeling marah.’Dahlah aku lambat sebab kau bawa bas
terhegeh-hegeh.Sebab kau lah aku lambat kali ni.Ada hati nak pesan-pesan.Boleh
jalanlah…’Dia berlari-lari anak ke arah bangunan 20 tingkat yang terletak
bersebelahan bangunan kwsp ini.Hatinya berdebar kencang.
Tiba-tiba
tubuhnya terlanggar seseorang.Dia terdorong kehadapan.
‘Bum…’Kepalanya
terhantuk pada dinding bersebelahan pintu lif.Dyja menggosok-gosok kepalanya
yang sedikit sakit.Tudungnya herot sedikit.Hatinya menyumpah.Dia memandang
tajam pada seorang lelaki yang berseluar jean dan kemeja round neck
dihadapannya.
“Oi pak cik…hang buta ka?Aku pun hang tak
nampak.”Lelaki tersebut sedikit tersentak.
“Sorrylah…tapi
awak yang jalan tak tengok orang.Awak yang langgar saya…nak marah saya
pulak.Awak ni betul ke tidak.”Dyja memandang geram.’Ish mamat ni memang bagi
aku marah.’
“Yang
hang berdiri macam tunggul kayu kat depan lif ni kenapa?”
“Dah
saya nak naik lif…takkan nak tunggu depan pintu rumah awak kot.”Dyja semakin
geram.’Mamat ni buat lawak bangang pulak….tapi sorrylah aku tak rasa nak
gelakpun.’Pintu lif terbuka.Dyja pantas masuk sambil menekan nombor
sembilan.Lelaki itu turut masuk dan menekan tingkat 12.Dyja masih menggosok
dahinya yang masih sakit.Lelaki disebelahnya hanya tersenyum sinis.Sampai
tingkat sembilan Dyja pantas keluar namun telinganya sempat menangkap kata-kata
lelaki itu.
“Oi
mak cik…lain kali jalan bawa tongkat.Saya taulah saya hensem…nak ambil
kesempatanlah tu.”Dyaja berpaling.Belum sempat dia membalas pintu lif tertutup
dengan senyuman sinis lelaki itu tinggalkan di mindanya.
“MISS
Dyja…masuk bilik saya sekarang juga.”Dyja mendongak.Dia menelan liur seketika.
“Masuk
bilik saya sekarang.”Dyja memandang kearah Puan Arfah.Dia bangun.Cukuplah dua
kali Puan Arfah yang tidak ubah bagai Siti Tanjung Perang dalam lagenda bawang
putih bawang merah itu memanggilnya.Suaranya sahaja membuatkan satu pejabat
kecut perut.Beberapa pasang mata memandangnya sinis.Dyja tahu tahu sekejap lagi
pasti ada slot umpat mengumpat.Dia tidak peduli semua itu.Biarlah mereka nak
mengata.Sememangnya sejak hari pertama dia disini lagi dia menjadi bahan
bualan.’Ah biarlah!’Hanya Allah yang tahu niat aku kemari.Mana tidaknya
pekerja-pekerja lain semuanya berpakaian ikut trend.dia tetap dengan baju
kurung kapas.
Setengah
jam kemudian,Dyja keluar dari bilik Puan Arfah.Wajahnya kelat.Rasanya lebih
kelat dari buah ciku yang belum masak.Dia kembali ketempatnya semula.Menarik
nafas panjang’Ambil ijazah dalam bidang ekonomi tapi kerja pembantu akaun
je.’Dia akur pada kesukaran mendapat kerja sekarang ini.Mujur sepupunya terbaca
iklan kerja disyarikat ini.Dia tidak boleh memilih.Apa sahaja jawatan yang
diberi dia perlu terima.Adik-adiknya masih bersekolah.Ayah dah tak larat.Ibu
dah lama meninggal.Hanya dia yang diharapkan membantu keluarga.’Em…susahnya
hidup ini..’
“Kenapa
sedih je ni?”Dyja kembali mendongak.Disini hanya Hanim sahaja yang baik
dengannya.
“Tak
ada apalah kak…”Dia memaniskan wajah.Sebolehnya dia tidak mahu berkongsi
apa-apa masalah pejabat dengan rakan sepejabat.Tersilap kata yang sejengkal
jadi sedepa.
“Kena
marah dengan Puan Arfah lagi?”Bagai tahu apa yang berlaku Hanim bersuara.Dyja
mencebirkan bibirnya.
“Bukan
Sengaja…bas yang lambat.”Hanim mengangguk faham.Dulupun sebelum dia
berkereta,dia juga punya masalah yang sama dengan Dyja.Memang bas ni tak
menentu perjalannya.Kadang-kadang awal sangat,kadang-kadang langsung tak ada.
“Sabarlah
dik…yang penting kerja hang setel.Tok sah dok pikir sangatlah Puan Arfah tu.Kak
dulupun kena macam hang juga.Ada staf lain yang kena lebih teruk tau.”
“Terima
kasih kak.”
“Dah
buat kerja hang sampai siap.Kak nak masuk bilik kak dulu.”Sebagai ketua
kerani,Hanim punya biliknya sendiri.Hilangnya kelibat Hanim Dyja kembali fokus
pada kerja dihadapannya.Sesekali fikirannya memikirkan permintaan adiknya
semalam.
“Kak..kawan-kawan
semua dah beli buku tu.Syikin seorang je tak ada lagi.Cikgu dah bising suruh
beli.”Dyja mendengar rintihan adiknya yang bakal menduduki peperiksaan PMR di
hujung talian.”Nantilah akak akan dapatkan duit yang Syikin nak tu secepat
mungkin, sabarlah yer.” Dia mengeluh.Mana dia hendak cekau 50 ringgit sekarang
ni.Dia hanya boleh berjanji untuk dapatkan duit itu secepat mungkin.
“Kau
ni kenapa?Macam mati bini je?”Ilham memandang wajah dihadapannya.’Kata
orang…dia tu yang baru kena tinggal dengan awek.’Tapi ayat itu hanya bergema
dalam hatinya.Takut sahabatnya ini terasa.Dia tahu Azim baru sahaja berpisah
dengan teman wanitanya yang dikatakan curang.
“Tak
adalah…aku penat je.”Tangannya diletakkan di dahi.Memang dia letih.Seharian
bekerja rehatnya Cuma beberapa jam.Tapi dah ini jalan yang dipilih..terpaksalah
terima.
“Aku
suruh hang tukaq kerja hang tak mau.Aku nak tolong rekemen hang tak nak juga.La
ni…hang tengoklah.Balik rumah je penat.”Azim menggeleng.Sudah sebulan Ilham
tinggal bersamanya.Memang dia kasihan melihat Ilham yang asyik kepenatan bila
habis kerja.Ilham memandang Azim sekali imbas.Dia kenal Azim enam bulan
lepas.Waktu itu secara tak sengaja di gelanggang futsal gelugor.Minat yang sama
membuatkan mereka menjadi kawan baik.Sehinggalah dia menyewa di rumah Azim.
“Aku penat sikit je Zim..”Matanya cuba
dipejamkan.Tapi serentak itu bayangan seorang gadis muncul di mindanya.Gadis
yang memakai baju kurung biru dan tudung putih susu.Ilham tersenyum.Entah
kenapa kata-kata gadis itu dihadapan lif tadi dirasakannya amat lucu.’Ada ke
dia panggil aku pak cik.Buta kot mata dia.’Dan senyuman Ilham dibawa sehingga
ke alam khayalan.
“Orang
penat takdak pi senyum lagu tu, hang ni dah angau ka Ilham. Awek mana yang dok
hang teringat sangat ni, sampai dok senyum-senyum dari tadi.” Sergah Azim bila
melihat keadaan kawan baiknya itu.
“Ishhhh
kau ni Zim..Aku senyum kau bising, aku monyok sebab penat kau pun bising. Dah
macam mak aku pulak dah suka membebel.” Marah Ilham, terus menuju ke biliknya.
‘Lantak
hang la Ilham, tu mesti ada menda yang dia dok fikir dalam kepala dia tu.’ Azim
membiarkan Ilham berlalu masuk kebiliknya. Hendak dikorek rahsia, Nampak
gayanya macam tidak berhasil. Dibiarkan Ilham melayan perasaan dalam biliknya
sorang-sorang.
Dyja teringatkan keluarga dia
mencapai telefon bimbitnya.Sebaik sahaja talian dijawab,Dyja tersenyum.Hilang
rasa penat seharian bekerja.
“Assalamualaikum…ayah
sihat ke?”Tiba-tiba rindunya terdetik pada keluarga jauh dimata.Walaupun jarak
perjalanan dari Pulau Pinang ke Taiping hanya satu jam..tapi dia belum mampu
untuk pulang buat masa ini.Duit dalam dompet hanya cukup-cukup tambang bas dan
makan hingga hujung bulan.Itupun sudah jenuh dia mengikat perut.Duit untuk buku
rujukan Syikin pun belum tentu dia ada lagi.
“Waalaikumusalam
Dyja…Ayah sihat, adik-adik kamu semua sihat. Kamu macam mana pula, dah la jauh
duduk dari ayah. Cukup ke makan kamu kat sana, Sudah-sudah la kamu menghantar
duit buat ayah dan adik-adik kat sini. Pasal duit buku Syikin tu nanti ayah
cuba usahakan.”
“Tak
apa la ayah, Dyja cukup makan disini..ayah jangan risau yer, pasal duit buku Syikin
tu Dyja ada dah..nanti Dyja bagi pada Syikin. Ayah tu tak sihat mana larat nak
buat kerja.” Tipu Dyja supaya ayahnya tidak merasa susah hati.
Sepuluh
minit bercakap di talian,Dyja mengeluh.Baru tadi adiknya Athirah memberitahunya
dia memerlukan sedikit duit untuk kem motivasi UPSR.
“Adui….manalah
akak nak cari duit lagi dik.Dalam bankpun tinggal berapa ringgit je.”Dyja
mengetuk dahinya dengan belakang tangan.Dia mencongak,mengira jika dia boleh
masukkan lima puluh ringgit ke akaun Syikin bagaimana pula duit untuk Athirah.Dalam
akaunnya masih ada beberapa puluh ringgit tetapi rasanya tidak cukup.Tiba-tiba
telefon bimbit nokianya yang sudah bertahun digunakan berdering.Melihat nombor
yang tertera Dyja mengerutkan kening.Nombor ini tiada dalam simpanan telefon
bimbitnya.
“Hello…”Jawabnya
perlahan.
“Hello…man
ada?”
“Man
mana?Tak ada nama Man kat sini.”
“O..ye
ke..ni sapa?”Dyja panas hati.
“Tak
payahlah tahu siapa saya ye…terima kasih.”Lantas talian dimatikan.
“Ja…ada
kerja part time...hang nak tak?”Dyja tiba-tiba teruja mendengar kata-kata Ika
teman serumahnya yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.
“Nak
sangat…kerja apa Ika?”
“Kerja
ni dia bayaq harilah.Hari hang kerja dia bayaq…hang tak kerja dia tak bayaq.Tapi
sabtu dengan ahad je.”Dyja tersenyum.Oklah..sabtu dengan ahad memang aku
cutipun.
“Kerja
apa?”
“Kerja
buat sales kat shoping complex.”Dyja diam seketika.Akhirnya perlahan-lahan dia
mengangguk tanda setuju.
“Waalaikumusalam.”Dyja
menjawab salam sebaik sahaja butang hijau ditelefon ditekan.
“Abang
ganggu ke?”Dyja diam seketika.
“Nak
apa?”Diruang matanya terbayang wajah seorang lelaki kacak disebelah sana
talian.
“Saja
nak Tanya khabar Khadija.Ayah dengan adik-adik sihat.?”
“Sihat.Abang
sihat?”Suaranya kembali dilembutkan.Sebenar nya dia marahkan lelaki itu sebab
berjanji nak telefon petang tapi ini dah hamper tengah malam.
“Alhamdulillah
abang sihat.Sabtu abang ambil Dyja balik kampung.Lagipun dah lama abang tak
lawat ayah.”Khadija diam seketika.
“Abang
tak kerja ke sabtu ni?”
“Tak.Sabtu
abang ambil pukul 12 tengahari ye.”
“Ok.”
“Ok.bye.”Khadija
melatakkan telefon disininya.Terbayang wajah lelaki yang menelefonnya seketika
tadi.
‘Doktor
Luqman Harith.’Khadija akhirnya tersenyum sendiri.
Sekian
lama juga dyja menyimpan perasaan pada Luqman.dulu dia bencikan Luqman.Pada dia
kerana Luqman ibu nya meninggal.Kerana kelewatan Luqman memberikan bantuan,
menyebabkan kematian ibunya. Tapi Dyja tahu kalau sudah sampai ajal ibu nya
untuk meninggalkan mereka, macam mana jenis pertolongan pun belum tentu ibunya akan
kembali sihat seperti sediakala.
Entah
melihatkan kebaikkan yang ditunjukkan Luqman buat dia sekeluarga, membuatkan
Dyja jatuh sayang pada lelaki ni. Dia berharap Luqman pun mempunyai perasaan
yang sama pada dirinya.
Sape dyja ni..
ReplyDeleteBila nk terbit novel ni...
ReplyDeleteBila nk terbit novel ni...
ReplyDeleteDLM NOVEL X DE PART NI....RASANYA...
ReplyDeleteMana lg part cite ni
ReplyDeleteSuke sangatlah👌
ReplyDeleteBest sangat...
ReplyDelete