Sunday 24 November 2013

Hanya Untuk Dia bahagian 3


BAB 17
            ZHAFRAN sedang asyik menonton televisyen di ruang tamu sedangkan Ain Nuraina diluar menjemur kain yang baru sahaja dibasuh sebentar tadi.Habis semua cadar dan sarung bantal dibuka dan dicuci.Sudah berbulan semuanya tidak berbasuh.
            Selesai menjemur,Ain mengambil kunci motor arwah ayahnya.
            “Dr...saya nak ke kedai.Beli barang dapur.”Zhafran mengalihkan perhatiannya pada Ain yang memakai seluar jean dan t-shirt berkolar.Rambutnya ditocang menjadi satu.
            “Ok..jom kita pergi.”Remote diambil untuk mematikan siaran tapi belum sempat Zhafran berbuat demikian,Ain terlebih dahulu bersuara.
            “Tak pelah.Saya pergi naik motor je.Lagipun bukan jauh sangat.Depan tu je.”
            “Naik motor?Ain tunggu Kejap saya ambil duit.”
            “Er...tak yah lah.Saya ada duit.Baru dapat gaji kelmarin.”Ain menunjukkan beg duitnya pada Zhafran.
            “Ain...kan tu tanggungjawab saya.”
            “Tak pe...saya tak kisah.”Katanya lantas berlalu.Seketika kemudian,kedengaran deruman enjin motorsikal meninggalkan perkarangan rumah.Zhafran hanya menggeleng.Ain..Ain...' keluhnya sendirian.
            Ain riang bila tadi Yuna memberitahunya ayah cik sudah boleh keluar.Ain menawarkan diri untuk ke hospital mengambil ayak ciknya tapi Yuna menolak.
             Selepas makan tengahari,Ain mengupas dua biji mangga muda dan dipotong kecil-kecil.Cili padi ditumbuk bersama belacan dan gula.Selepas itu dibubuh sedikit kicap.Terliur dia melihat mangga muda yang bakal menjadi santapannya sebentar lagi..Ain membuka pintu belakang rumah.Dibawah pohon rambutan,ada sebuah pangkin yang dibuat dari buluh Pangkin yang dibina arwah ayahnya masa dia masih bersekolah lagi.
            “Buat apa tu?”Zhafran sudah berdiri dihadapan pintu.Dahinya dikerutkan memandang Ain yang berkain batik dan baju kurung kedah.Sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sejak menjadi suami Ain.Ain masih punya sifat kewanitaan disebalik kekasarannya dan kedegilannya.Dia cuba menyembunyikan senyumannya.
            “Menyicah.Meh lah.”Ain mengangkat sedikit mangga muda ke arah Zhafran.
            “Tak masam ke?”Soal Zhafran bila melihat Ain menguyah mangga tersebut.
            “Tak adalah masam sanagt.Kira oklah ni.tak nak cuba ke?”Ain mengunjukkan sepotong mangga kepada Zhafran.Zhafran mengambilnya .namun sebaik sahaja mangga tersebut masuk kedalm mulutnya,dia kembali membuangnya.Ain ketawa melihat gelagat Zhafran.
            “Kenapa?”Ketawanya masih bersisa.
            “Tak masam kata Ain?”Zhafran mengesat mulutnya dengan tangan.Ain dengan selamba terus mengambil satu demi satu mangga dan dimakannya.Dia ketawa melihat wajah Zhafran yang berkerut menahan masam.memang dia sudah biasa makan mangga muda dari dulu lagi.
            “Bila Dr nak balik penang?”Soal Ain.Dia sudahpun bersila diatas pangkin.Kain batik dan baju yang dipakainya ini adalah milik arwah ibunya.Memang dia jarang berkain batik,tapi pagi tadi sewaktu dia mengemas bilik arwah ibunya dia terasa ingin memakai kain yang selalu dipakai arwah semasa hayatnya.kebanyakan baju arwah ibu dan ayahnya sudah disedekahkan kepada orang ramai.Cuma tinggal beberapa helai sahaja lagi ditinggalkan sebagai tanda ingatan dan kenangan kepada keduanya.
            “Kenapa?Ain tak suka saya kat sini?”matanya redup memandang Ain.Kaca matanya jarang dipakai jika tiada kuliah ataupun kalau bukan waktu kerja.Kata orang matanya macam pelakon terkenal korea Fei Yong Jun.
            “Tak adalah tak suka.tapi Dr kan banyak kerja.Lama-lama kat sini menganggu pulak kerja Dr.”Pertanyaan Ain tidak dijawab sebaliknya dia pula bertanya soalan yang sama pada Ain.
            “Tengoklah,petang esok saya baliklah. lagipun esok ada kenduri kat rumah member saya.Dia kahwin.”Teringat kawan sekolah yang akan melangsungkan perkahwinan nya esok.
            “Kat mana?”Soal Zhafran.
            “Dekat je.Dekat Taman Bertuah.Nak ikut?Dia ada ajak Dr sekali.”
            “Boleh juga.Lepas tu kita terus balik penang ye.”Ain hanya diam tidak menjawab.
            “Ain...balik rumah kita ye.”Ain Nuraina menggeleng.
            'Biarlah saya duduk dengan Nina.”
            “Tapi kenapa Ain?saya tahu Ain marahkan saya.Ataupun biar saya je yang duduk kat tempat lain.”
            “Pasal apa pulak?Tu kan rumah Dr.Kenapa Dr pulak yang nak pindah.”
            “Kalau macam tu balik rumah ye....”Ain masih sepi tanpa jawapan.
ESOKNYA
            HABIS mengemas rumah,Ain mula bersiap.Almari baju dibuka.Dia terpandang sehelai kebaya jarang berwarna biru yang dipakai bersama korset hitam dipadankan dengan kain batik lepas juga berwarna biru.baju itu hanya menjadi hiasan dalam almarinya..baju itu hadiah dari ibu mertuanya semasa dia berkahwin dulu...Seumur hidupnya dia tidak pernah memakai kebaya apatah lagi kebaya jarang seperti ini.Baju tersebut diambil dipadankan dengan tubuhnya dihadapan cermin.Memang sesuai dengan tubuhnya yang tinggi dan langsing.Lantas dia mengunci pintu bilik.

            ZHAFRAN mundar mandir diruang tamu.Sesekali dia mengerling kearah jam diatangan.Hampir sebelas pagi.Mungkin masih terlalu awal untuk ke majlis kenduri.Penat berdiri dia duduk di sofa.hatinya semakin tertarik disini.Dengan segala apa yang ada disini.Tenang.
            “Dr...”Suara halus Ain mengalihkan perhatiannya.Zhafran membuka kaca matanya bagai tidak percaya melihat Ain Nuraina yang sedang berdiri dihadapannya saat ini.
            “Ain...”Hanya itu yang terlafaz dari bibirnya.Sungguh dia terkedu.Melihat Ain saat ini bagi melihat seorang puteri yang baru turun dari kayangan.Dia terkhayal seketika.Ain tak ubah bagai cinderella melayu.Rambutnya diilepas lurus.kebaya biru jarang bersulam begitu cantik dikenakan bersama korset hitam dan kain batik lepas.Baju yang dipilih sendiri sebagai salah satu barang hantaran dulu.sungguh saat ini hatinya memuji kecantikan Ain Nuraina.Tanpa solekan tebal,Ain bagaikan gadis melayu terakhir.Wajahnyanya yang bujur sireh,bibirnya yang comel kemerahan hanya dicalit sedikit lipstik dari warna yang tidak terlalu menyerlah.Menampakkan keaslian wajahnya.
            Merah padam wajah Ain bila Zhafran asyik memrhatikannya.'Adui...menyesalnya aku pakai macam ni..'
            “Dr...”Keras suara Ain mematikan khayalan Zhafran.
            Zhafran bagai tersedar dari mimpi saat namanya dipanggil sekali lagi oleh Ain.kali ini suara Ain kuat dan kasar.Dia cuba menyembunyikan senyumannya.
            “Tengok orang macam nak telan...”Zhafran ketawa kecil mendengar bebelan Ain.Dia tahu Ain malu pada renungannya sebentar tadi.
            “Biarlah kalau saya nak telan Ain pun.”Kunci kereta dicapai lantas dia keluar.Ain menarik nafas lega.Setelah pintu dikunci dia menuju kearah Zhafran yang sedang menunggu dikereta.
            “Wow..kak Yang cun gile lah..”Syikin menjerit dari arah ampaian.Ain mencekak pinggangnya.
            “Kak yang nak pergi mana?”Syikin sudah berada dihadapan keduanya.Zhafran tersenyum pada Syikin.
            “Hari ni kak Sya kahwin.kak Yang nak pergi sana lah ni.”
            “Tak pernah-pernah kak Yang pakai macam ni.Ini kalau kak Yang belum kahwin sure ramai yang tunggu minta nombor telefon.Abang ran jangan tak tahu,kak Yang ni walaupun kasar ramai peminat ni.”Becok mulut Syikin bercerita.
            “Pandailah syikin tu.Dah lah kak yang nak pergi dulu.nanti cakap kat ayah Cik sebelum balik karang kak yang pi rumah.”
            “Ok”Jawab Syikin.Ain meloloskan dirinya kedalam kereta.
            Perjalanan ke Taman Bertuah hanya mengambil masa lima belas minit.Sesekali semasa pemanduannya Zhafran mengerling kearah Ain.Ain seolah-olah tidak selesa dengan pakaian tersebut.Sesekali dia membetulkan bajunya agar lebih selesa.kain batik lepas yang terbelah selisih juga membuatkan Ain kurang selesa.Hadiah buat temannya diletakkan diatas riba.Petang semalam ketika Zhafran sedang tidur,dia mengajak Syikin ke Tesco.membeli sesuatu buat hadiah perkahwinan Sya.
            Zhafran berdehem.Hilang bicaranya melihat Ain yang begitu ayu.kelu lidahnya untuk berkata.Dan sekarang baru dia tahu betapa beruntungnya dia memiliki seorang gadis bernama Ain Nuraina sebagai isteri.
            “Kita dah sampai.”Ucap Ain perlahan. Sekali lagi dia membetulkan pakaiannya.
“dah cantik dah tu.”Ain menjeling Zhafran.Kelihatan dua buah kanopi dipasang diatas jalan.Ramai tetamu sudah tiba.Meja makan dipenuhi tetamu yang sedang menjamu selera.Makanan disediakan dalam bentuk buffet.Ain seiringan bersama Zhafran kerumah pengantin.Sesekali dia terpaksa berhenti.kasut tumit tinggi yang dipakai menyukarkannya berjalan.Zhafran tersenyum dengan gelagat Ain.Dia tahu Ain tidak selesa.
            Ain berslam dengan ibu dan ayah Sya.Diikuti Zhafran kemudiannya.
            “Masuk Ain..Sya ada kat dalam. Tengah bersiap.”Ain melangkah masuk kedalam rumah bersama Zhafran.
            “Er..Dr tunggu kat sini kejap ye.Saya nak jumpa Sya.Bilik pengantin perempuan,tak bolehlah masuk.”Zhafran mengangguk.Dia tersenyum.Dia duduk bersila diruang tamu yang sudah dilapangkan.
            “Ain...!”Satu suara menjengah telinga Ain.Ain berpusing.Langkah ke bilik dihentikan.
            “Wei..Ros.Bila kau sampai?”Bertemu sahabat lama memang sesuatu yang mengembirakan.
            “Lawanya kau.Aku dengar kau dah kahwin.Sikitpun tak jemput aku.”Ain tersenyum .Menyembunyikan rasa berslaahnya.
            “Alah majlis kecik je.Ni husband aku.Dr Zhafran merangkap pensyarah aku.Ni kawan saya Ros.Satu kelas dulu.”Ain memperkenalkan Zhafran pada ros.
            “Ini mesti kes kau ngorat pensyarah sendiri....kan.”
            “Kepala hotak kau.Tanyalah dia siapa yang ngorat siapa?Dah lah.jom masuk jumpa Sya.”Ain menarik tangan Ros menuju ke bilik pengantin di tingkat atas.Zhafran hanya memandang langkah Ain ketingkat atas.Dia tersenyum sendiri.Malah hatinya sedikit bangga bila diperkenalkan sebagai suami Ain.
            Hampir setengah jam kemudian,Ain sudah menjamu selera bersama-sama Zhafran dan beberapa rakannya yang lain.masing-masing sudah bekerja dan masih lagi belajar seperti dirinya.Dan ada seorang dua yang sudah berkahwin termasuk dirinya.Hampir jam tiga petang,Ain meminta diri untuk pulang ke rumah dengan alasan mereka perlu pulang ke Pulau Pinang petang itu juga.Sedikit sedih bila berpisah dengan teman-teman lamanya yang begitu jarang bertemu.









BAB 18
            ZHAFRAN terpaksa akur bila Ain berkeras untuk tinggal sementara dirumah lamanya.Sukar dia memujuk lagi bila Ain tetap dengan keputusannya.Tadi sewakttu mereka berhenti di Bukit merah,dia menerima panggilan dari Dania.Dia bingung bila dania berterusan mengajaknya keluar.Dia cuba menghindari pensyarah wanita itu.Dania seakan selalu mencuri perhatiannya.Ada sahaja yang dia lakukan untuk membolehkannya berada bersama Zhafran.Malah dia turut sama mehu mengikuti study trip ke Taman Negara Pahang oleh kelas Ain walaupun dia bukan pensyarah yang mengajar kelas tersebut.
            Zhafran menyelesaikan sesuatu di pejabatnya.Dari Ipoh tadi dia terus kemari.Tapi Ain terus pulang kerumah.Selesai semua kerjanya barulah dia pulang ke apartment.Melihat kancil Ain di basement,hatinya lapang.Dia melangkah ke lif.
            Ada sesuatu yang pelik bila dia tiba dihadapan apartmentnya.Dari bawah pintu ada cahaya terang.'Aku lupa nak tutup lampu ke hari tu?'NAmun belum sempat kunci dimasukkan,pintu sudah dibuka dari dalam.
            Ain hanya bersahaja membuka pintu buat Zhafran.Zhafran agak kaget melihat Ain didalam.Beg pakaiannya diambil dan dibawa masuk.Tanpa sepatah kata,Ain kembali mengadap komputer ribanya Assigment perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan walaupun pemeriksanya adalah suaminya sendiri.Berbekalkan secawan nescafe,dia mula menaip.
            Zhafran menyembunyikan senyuman nya sebelum masuk kedalam bilik.Di satu sudut,kelihatan buku-buku Ain tersusun diatas rak.Zhafran membuka almari,baju-baju Ain sudah tergantung didalamnya.Dia tersenyum lebar.Tuala dicapai dan dia ke bilik air membersihkan diri.Lama Zhafran dibawah pancuran air.

            “TAK habis lagi kerja Ain?”Zhafran duduk disebelah Ain.Memerhatikan isterinya yang sedang menyiapkan tugasan yang diberi.Assigment ini merupakan salah satu penyumbang markah dalam pepriksaan akhir tidak lama lagi.
            Ain memandang Zhafran.Sikitpun Zhafran tidak membuka bicara tentang dia yang kembali ke sini.walaupun tadi dia berkeras untuk tinggal bersama Nina,tapi kata-kata ayah ciknya merubah fikirannya.Dia tahu berdosa sebagi isteri mengingkari suami.Lagipun kalau ayah cik tahu dia tinggal berasingan pasti ayah cik sedih.
            “Ada sikit lagi.Saya tak faham pasal soalan ni.”Ain menunjukkan sehelai kertas pada Zhafran.Zhafran mendekatkan dirinya pada Ain.Kedudukan mereka terlalu rapat.Haruman minyak wangi yang dipakai Ain menggetarkan iman Zhafran.
            “Soalan ini Ain kena kemukakan lima bukti kukuh.nanti sekejap saya rasa saya ada rujukan tentang soalan ini.”Zhafran berlari anak ke biliknya.Keluar semula dengan sebuah buku tebal ditangan.Dia kembali duduk disisi Ain.Tangannya pantas menyelak helaian demi helaian sehinggalah berjumpa dengan apa yang dicari.Saat Zhafran menerangkan secara terperinci,Ain mengambil kesempatan memerhatikan wajah Zhafran.memang Zhafran tiada tandinagnnya dengan lelaki lain.Memang wajah Zhafran saling tak tumpah macam Lee Min Ho,pelakon Korea yang popular dengan drama Boys Over Flower itu.Malah Ain sendiri berulang kali menotonnya.
            “Ain faham?”Soal Zhafran kembali .Ain bagai baru tersedar.Lantas dengan cepat dia mengangguk.Buku ditangan Zhafran dicapai .Matanya kembali ke skrin.
            Deringan telefon bimbit Zhafran yang diletakkan disebelah Ain mengejutkan kedua mereka.Ain mengambilnya untuk diberi kepada Zhafran.Sempat matanya menjamah nama yang tertera.'Dania.'
            Zhafran mengeluh saat nama dania tertera di skrin.Dia memandang sekilas pada Ain yang seakan kusyuk menyiapkan tugasannya.
            “Hello.”Ain menjeling sekilas.
            “I kat rumah.Ada apa?”Terdiam seketika.Mungkin sedang mendengar kata-kata dania.
            “Tak pelah nanti kita diskus masa meeting.Bye.”Talian segera dimatikan.Zhafran melihat Ain Nuraina.Ain masih asyik menaip bagaikan tidak mendengar bicaranya dan Dania seketika tadi.
            “Tadi abang Ikram call.Dia kirim salam.”Kata Ain tiba-tiba.
            “Waalaikumusalam.Abang Ikram sihat?” Walaupun abang iparnya itu lebih muda dari dirinya,tapi dia tetap menggunakan istilah abang.Baginya adat tetap adat.
            “Sihat.Dia cakap kalau tak ada apa-apa lepas raya dia balik bercuti.”Ain membawa tetikus ke arah kotak save di komputer.Kemudian dia menutup komputer ribanya.Jari jemarinya dipatahkan bagi menghilangkan lenguh.kertas-kertas yang bertaburan diatas meja dikutip dan disusun elok.
            “Penat?”soalan itulah yang selalu diajukan zhafran dari dulu.
            “Sikit.Dr ikut ke trip ke national park nanti?”Ain menongkat wajahnya dengan tangan. Rambutnya dilepas bebas.Zhafran duduk dihadapannya.
            “Jadilah.Kenapa?Ain tak bagi saya ikut?”Ain menggeleng.
            “Kenapa pulak tak bagi?Merepeklah Dr ni.”
            “Bayaran trip tu nanti saya bayarkan.!”Kata Zhafran.
            “Cop..cop...Dr nak bayar.Saya baru je bayar dekat Zakir minggu lepas.”
            “Kenapa Ain bayar?dua ratus lima puluh bukannya sikit.nanti ambil balik.Biar saya yang bayar.”Ain menerutkan keningnya.'Takkan nak ambil balik.Gilalah dia ni.'
            “Mana boleh ambil balik.Alah biarlah saya bayar.Dari dulupun memang saya yang bayar semua benda.lagipun kalau Dr bayar apa pulak kata orang lain.Lagipun duit pinjaman baru masuk dua hari lepas”
            “Sampai bila Ain nak kept this secret?
            “Habis Dr nak saya bagitahu semua orang yang saya dah kahwin dengan Dr?Sorry saya takkan bagitahu.Dr...Dr tak takut ke kalau saham Dr jatuh pulak kalau orang tahu Dr dah ada isteri.Dr kan the most eligeble bachelor kat U ni.Er..Dr..”Zhafran memandang wajah Ain.Ain serba salah untuk berbicara.Takut apa reaksi Zhafran nanti.
            “Ada apa?”Lembut suara Zhafran bertanya.
            I think we should end of our marriage.”Zhafran membulatkan matanya saat kata-kata itu terkeluar dari mulut Ain.
            “Ain cakap apa ni?”
            “Saya cakap benda betul.Kita tak boleh teruskan perkahwinan ni.saya tak cintakan Dr dan Dr pun tak menyintai saya.Saya dah rimas.Saya bosan hidup macam ni.Apa yang saya nak buat semuanya serba tak kena.Karang kalau saya nak bergurau lebih-lebih dengan member lelaki,rasa lain macam je.Saya boringlah...”Ain mengeluh.Zhafran tersenyum kecil.
            “Ok Ain tak cintakan saya.Saya boleh terima.tapi kalau Ain kata saya tak cintakan Ain...itu susah saya nak cakap.”
            “Dr berterus terang je lah.Saya tahu hubungan Dr dengan Dr Dania.saya tahu Dr cintakan dia.So,kenapa kita terus berpura-pura macam ni.Saya letihlah Dr.Balik Kl,kena berlakon.Balik Ipohpun kena berlakon.Payahlah saya nak cakap macamana...Dr fikir la sendiri.Saya rasa dr lagi bijak dari sayakan.saya pun boring juga bila orang asyik cakap Dr dengan Dr Dania.Memanglah saya tak cintakan Dr.tapi Dr suami saya.Sedikit sebanyak saya terasa juga.”Ain berterus terang.
            “Saya dengan dania tak ada apa-apa Ain.Kalau benarpun dia ada perasan pada saya,tapi saya tak ada.Cukuplah saya dah ada seorang isteri.Saya nak Ain jadi isteri saya dunia akhirat.”
            “Dr tak pelik ke tengok perkahwinan kita?Yelah tidur asing-asing.Tak macam suami isteri yang lainkan.”Ain bermain-main dengan jari jemarinya.diatas meja.
            “Ain nak kita tidur sekali?”Zhafran mengusik.Ain mencebirkan bibirnya.
            “Bukanlah macam tu maksud saya.Tapi....Dr tengoklah kita macamana.Susahlah saya nak explain.”
            “Macamana apa?Biarlah kita macam ni.Bukan ada orang tahu pun.”
            “Tapi Allah tahu.Saya takut banyak tanggung dosa kalau terus macam ni.Dosa yang adapun saya tak tertanggung.”
            “Ain berdosa kalau saya tak redha.Tapi saya tak pernah cakappun yang saya tak redha segala perbuatan Ainkan.Saya tahu Ain perlukan masa...Cuma setiap kebebasan tu mesti ada batasannya.Itu je yang saya minta Ain faham.Seronok juga macam ni...mana ada isteri yang panggil suaminya Dr kan..kan unik tu”
            “E...susahlah cakap dengan Dr ni.Orang serius dia main-main pulak.”Ain menjeling tajam.Sedang Zhafran ketawa.
            “Apa pulak main-mainnya.Ok kita serius.Cuba bagi satu sebab yang kukuh kenapa Ain nak saya tinggalkan Ain.”Zhafran memnadang anak mata Ain.
            “Sebab...sebab...sebab kita tak sepadan.Dulu kita selalu gaduh.Tiba-tiba Dr jadi husband saya.Macamana saya nak terima.kalau dulu Dr suka kutuk saya.Depan orang pulak tu.”Rajuk Ain.
            “Sampai buat keputusan berhenti belajar?”Ain mengangguk.Mangiayakan apa yang dikatakan Zhafran.
            “Yelah mana saya tahan.Asyik-asyik saya je yang kena.First day saya masuk kelas pun dah kena halau.Malu saya tahu tak.”Zhafran tersenyum .Kenangan itu walaupun pahit tapi bila dikenang ada manisnya.
            “Kalau Ain tahu kenapa saya buat macam tu...mesti Ain tak percaya.”Ain mengerutkan keningnya.
            “Ok..Dr Zhafran Haikal...kenapa Dr buat macam tu?Kalau bukan tujuan untuk sakitkan hati saya?Takkanlah sesi perkenalan kot....”
            “Ain masih marah pasal hal tu?”Soalan Ain tidak dijawab sebaliknya dia pula menyoal.
            “Entahlah.Nak kata marah sangat tu tak adalah.Tapi kalau ingat memang sure punya sakit hati.”
            “Masa tu mesti Ain kutuk saya habis-habisan ye tak...”Ain mengangguk.Dia tersenyum kecil.
            “Memang pun.kalau Dr nak tahu masa tu saya rasa macam nak pancit tayar kereta Dr.Nasib baiklah saya tak buat....”
            “Kalau Ain pancitpun saya terima.”
            “Yelah tu...”Sejenak masing-masing terdiam.Sebelum Ain kembali bersuara.
            “Sebelum ni Dr tak ada special girlfriend ke?”Zhafran menggeleng.
            “Sebab saya tak ada aweklah saya kahwin dnegan Ain.”
            “O...saya ni kiranya macam kata orang tak dapat jerung...bilispun jadilah ye..”Zhafran ketawa.Lesung pipitnya jelas kelihatan.
            “Tak adalah sampai macam tu.apalah Ain ni.Saya dah fikir semasak-masaknya sebelum saya ambil keputusan menikahi Ain.Saya yakin pada kata hati saya.”
            “Now mesti dr menyesal sebab saya bukanlah isteri idaman Dr kan.”
            “Ain...saya tak minta kesempurnaan. Saya hanya minta Ain terus jadi isteri saya.Itu sahaja.Biarlah Ain menolak saya,tapi saya tetap nak jadi suami Ain.”
            “Dr ni peliklah.”Ain menarik nafas panjang.
            “Pelik?Apa yang peliknya?”Ain memandang Zhafran.Tiba-tiba ketawanya meletus.
            “Saya mengantuk...saya tidur dulu ye..”Ain bangun.Bibirnya masih mengukir senyuman.
            “Nak saya temankan?”Ain menjengilkan matanya kearah Zhafran.Dia tahu Zhafran bergurau.Lantas kakinya terus melangkah ke bilik.







BAB 19
            ATAS  permintaan  Zhafran,Ain menemaninya membeli keperluan mereka untuk ke Gunung Tahan.Zhafran membeli beberpa keperluannya dan Ain.Ketika Zhafran sibuk memilih sandal,dibahagian kasut Ain mengambil kesempatan ke tempat baju.Dia melihat t-shirt yang tergantung.Ada satu dua yang berkenan dihatinya.Dia sebenarnya ingin membeli pakaian dalamanya tapi dia segan dengan Zhafran.
            “Ambillah kalau Ain nak.”Zhafran sudah tiba disisinya dengan sebuah troli.Ain mengeleng kepalanya.Lantas diajak Zhafran ke tempat rak makanan ringan.Diambilnya beberapa bungkus biskut dan sebungkus besar Twisties dan dimasukkan kedalam troli.
            “Nanti saya bayar balik ye.”Zhafran yang sedang memasukkan barangan kedlaam bonet kereta terhenti seketika.
            “Boleh tak kalau Ain tak cakap macam tu lagi.Berapa kali saya nak bagitahu Ain...ini semua tanggungjawab saya.Pleaselah...dont say that words again and again..”Ain memuncungkan mulutnya dan terus masuk kedalam kereta.
            Zhafran memandu keluar dari pasaraya TESCO.EXTRA di Sg Dua.Ain disebelah sedang enak menguyah Mr Potatoes.
            “Ain duduk dengan siapa nanti kat sana?”Ain yang sedang menghayati lagu Unbreak my heart nyanyian el-divo menoleh kearah Zhafran.
            “Dengan siapa lagi dengan As lah.Kan satu chalet dua orang.Kenapa Dr nak tumpang sekali ke?”gurau Ain.
            “Em,kalau boleh memanglah nak.Tapi As nak letak mana pulak...Alang-alang boleh kita bulan madu terus..”Ain ketawa.Mustahil dia akan berkongsi chalet dengan Zhafran.Tak boleh dia bayangkan kalau rakan sekelasnya tahu dia isteri Zhafran.harus ada yang melalak terutama nya Irma yang sememangnya ada hati pada Zhafran.
            Malah  masih Ain ingat betapa seronoknya Irma bila Dr Faridah memberitahu Zhafran juga akan bersama mereka ke Taman negara.Siap tempah tempat dalam bas dengan Zhafran lagi.tapi Dr Faridah tidak benarkan.Malah kerlingan Dr Faridah pada Ain memberitahunya supaya tidak risau tentang hal itu.Selain Profesor Hamdan,Dr Faridah dan beberapa lagi pensyarahnya memang mengetahui hubungannya dengan Zhafran.
            Malah  mereka begitu sporting bila diminta zhafran agar tidak dihebahkan.Masih Ain ingat dua minggu lepas bila dia diminta Zhafran untuk masak mee kari.Dia sendiri pada mulanya agak terkejut dengan barang yang dibeli Zhafran.Bagikan nak makan sepuluh orang.Tapi segala-galanya terjawab malam itu apabila beberapa pensyarahnya dan teman Zhafran termasuk doktor Luqman mengunjungi apartment mereka.
            Betapa malunya dia dihadapan Dr Faridah,Profesor hamdan,Dr Chia dan semuanya yang datang malam itu.Dan malam itu jugalah dia bertekak dengan Zhafran sehingga pukul dua pagi gara-gara tidak puas hatinya bila Zhafran menjemput tetamu tanpa pengetahuannya.Berbagai alasan diberikan Zhafran walaupun kadang-kadang alasan yang tidak masuk akal.

            AIN sibuk memasukkan barangnya ke dalam tempat menyimpan barang didalam bas.Dia memakai seluar jean dan t-shirt serta kasut sukan jenama NIKE.
            Baju sejuk diikat dipinggang.Mereka akan mula bergerak jam lapan malam nanti.Disatu sudut Zhafran sedang berbual dengan beberapa pensyarah yang lain.Sesekali matanya memerhatikan Ain.
            “Ain kau nak makan dulu tak?”Asmiza menghampiri Ain Nuraina.Ain mengeleng.Tadi sebelum kemari dia sudah makan bersama Zhafran.
            “Ok kami pi dulu.”Dia hanya melihat langkah Hisyam,Asmiza dan beberapa lagi temannya menuju ke tempat makan.Ain melangkah duduk ke di tepi tembok.Kepalanya tiba-tiba terasa pening.Dia memegang kepalanya.memicit-micit perlahan.Zip poch bagnya dibuka
            .Sebotol ubat diambilnya.Dua biji pil dkeluarkan dari botol ubat tersebut.Dengan lafaz bismillah...ubat tersebut ditelan bersama air mineral.Tanpa diduga kelakuannya diperhatikan Zhafran,lantas kakinya dibawa menuju kearah Ain.
            “Ain...ok?”Ain cepat-cepat memasuk kan kembali botol ubat tersebut kedalam beg.Dia mengangguk.
            “Pening sikit.Telan panadol.” Dalihnya. Dia cepat-cepat bangun menuju kearah bas.Membiarkan Zhafran disitu.Zhafran mula curiga dengan sikap Ain.'Takkan panadol letak dalam botol?'
            “Hai Ran...”Zhafran memnadang bosan wanita yang muncul dihadapannya saat ini.Namun wajahnya tetap dimaniskan.
            “Hai...”.Dania yang berbaju sejuk biru mendapatkan Zhafran.
            “I duduk dengan You ye dalam bas nanti.”
            “Eh...tak bolehlah.Lagipun tempat duduk dah ditentukan.Apa pulak kata diorang nanti.”Zhafran cuba beralasan.
            “Alah...you kan pensyarah.Apa salahnya.apasal diorang nak marah pulak?”
            “Er..dania,I nak jumpa Dr faridah dulu.Jumpa lagi ye.”Zhafran cepat-cepat berlalu kearah Dr Faridah yang sedang berbual dengan Dr Chia.

8.30Malam
            BAS mula bergerak meninggalkan perkarangan Universiti.Ain mengambil tempat disebelah tingkap.Dia duduk bersama Asmiza sedangkan Zhafran duduk dikerusi belakang bersama Hisyam.Riuh rendah bas dengan suara pelajar.Ain hanya mendiamkan diri.Rakan-rakannya sibuk bermain teka-teki.
            “Ok...aku ada satu teka teki.Dalam banyak-banyak bas...bas apa yang tak bergerak?”Zakir memulakan aktiviti.Seorang demi seorang memberikan jawapannya namun semuanya salah.
            “Aku tau...jawapannya bas tak ada pemandu.”Ikmal menjawab.
            “Semua salah.hang pa ni memang tak pandai la...jawapannya bus stand.”
            “Piirah...bus stand mana boleh berjalan.Hang ni teka-teki apa tah.”jerit Hisyam dari belakang As.
            “Nama pun teka teki.Apalah hang ni.”ain hanya tersenyum melihat gelagat teman-temannya.Permainan diteruskan lagi.Hampir dua jam perjalanan,bas berhenti di hentian rehat.Ramai yang mengambil kesempatan untuk ke tandas termasuk Ain sendiri.Dia bertembung dengan Zhafran diluar tandas.Mereka sekadar berbalas senyuman.
            Setenagh jam kemudian,perjalanan diteruskan.Sudah ada yang lena.Ain mengenakan baju sejuk yang sejak tadi dililit dipinggangnya.
            “Ain..aku ada hal lah sikitlah dengan Syam.Aku pi belakang sat.”Ain memandang Asmiza sebelum mengangguk.
            “Dr...boleh tukar tempat sat tak?Saya ada hal sikitlah dengan Syam.”Zhafran hanya menagngguk sebelum bangun memberi ruang pada Asmiza untuk duduk.Dia beralih ke kerusi Asmiza dihadapan.Irma dan dania saling memrhatikan Zhafran.Cemburunya membuak bila melihat Asmiza bertukar tempat dengan Zhafran.
            Zhafran mengambil tempat disebelah Ain.Ain sudah lena dikerusinya.Zhafran menurunkan sedikit kerusinya agar lebih selesa.Dia berpeluk tubuh.lampu didalam bas dimatikan termasuk siaran televisyen.Dalam kesamaran, Zhafran memandang kearah Ain.Sesekali kelihatan Ain memeluk tubuhnya dengan erat.Mungkin sejuk.Zhafran cuba memejamkan matanya tapi tidak mahu terlena.Pemandu bas memasang radio Sinar yang mendendangkan lagu-lagu retro.Zhafran mengambil baju sejuknya dan diletakkan diatas badannya.Tiba-tiba dia terasa ada bebanan diatas bahunya.Kepala Ain kini bersandar dibahunya.Zhafran membetulkan letak kepala Ain dibahunya agar lebih selesa.Saat tangannya diturunkan,dia terpegang tangan Ain.Perlahan-lahan,jari jemari Ain digenggam erat disebalik baju sejuknya.
            Ain yang terasa ada tangan memegang jemarinya terus terjaga.dan alangkah terkejutnya bila dilihatnya Zhafran sedang duduk disebelah memerhatikannya.
            “Dr...”Bisiknya perlahan.Zhafran meletak kan jari telunjuknya ke bibir Ain Nuraian.
            “Syy..tidurlah.”Bisiknya ditelinga Ain.Ain kembali menyandar kan tubuhnya ke kerusi sedang tangannya masih digenggam erat Zhafran.Wajahnya begitu dekat dengan Zhafran.Malah tubuh keduanya saling bersentuhan.Zhafran membuka kaca matanya dimasukkan ke dalamn poket baju sejuk.Ain tidak mampu melelpakan matanya.Dia memandang kearah luar disebalik langsir.
            “Sejuk?”Bisikan itu mengegarkan sanubari nya.Ain menggeleng perlahan.Wajahnya dipaling mengadap Memang dia sejuk,tapi tubuh Zhafran seolah memberi sedikit kehangatan padanya.Zhafran.Hanya beberapa inci memisahkan keduanya.Akhirnya Ain menunduk .Gagal menahan panahan mata Zhafran dalam kesamaran malam.Perlahan-lahan tanagan sasa Zhafran mengambil kepalanya dan kembali diletakkan diatas bahunya.Ain hanya menurut.Memang dia rasa ada perasaan bahagia yang sedang bertandang dalam hatinya saat ini.
            “Tidurlah....”Zhafran berbisik lagi.Dan Ain kembali melelapkan matanya semula,sambil tangannya masih digenggam erat suaminya.








BAB 20
MEREKA tiba di kuantan bila waktu subuh hampir tiba.Zhafran yang terlelap turut terjaga.Wajahnya digosok beberapa kali.Ain masih lena disebelah.Kerusinya dinaikkan sedikit.Beberapa jam duduk didalam bas,pinggangnya mula sakit.Cermin matanya kembali dikenakan.Dia memandang Ain.Melihat Ain yang lena,dia tersenyum sendiri.Perlahan-lahan tangannya melepaskan genggaman tangan Ain.Zhafran melihat jam ditangan.Hampir pukul 5.pagi.Suasana diluar masih gelap.Perjalanan diteruskan ke Jerantut.
Mungkin mengambil masa lebih kurang lagi dua jam.Ain kembali memeluk tubuhnya yang kesejukan.Zhafran mengambil baju sejuknya dan diselimutkan keatas Ain.Dia meneliti wajah Ain dalam kesamaran.
            'Kalaulah Ain tahu apa sebenarnya yang berlaku....'Zhafran berbisik perlahan.
            Seketika kemudian,Ain turut tersedar dari lenanya.Matanay berkalih kearah Zhafran yang sedang menulis sesuatu dalam PDAnya.Dia turut menaikkan kerusi sama paras dengan Zhafran.
            “Dah bangun?penat?”Bisik Zhafran. Ain hanya tersenyum.Kalimah itu sering meniti dibibir Zhafran.Dia melihat sekeliling.Rakan-rakannya semuanya sedang lena.Air mineral di poket tempat duduk diambil.Selepas membaca kalimah Allah,dia meneguk perlahan.
            “Dr nak air?”Ain turut berbisik. Bimbang didengari teman—temannya. Zhafran mengambil air ditangan Ain dan diteguk perlahan.Ain tersenyum.Zhafran turut tersenyum.
            “Kita dah samapi mana ni?”Soal Ain perlahan.MAtanya liar memerhati keluar bas.
            “Dah sampai Kuantan.lagi dua jam kita sampai kuala tembeling.”Ain menarik nafas panjang.Pinggangnya mula terasa kebas kerana terlalu lama duduk diatas kerusi.Tangannya mengurut perlahan pinggangnya yang lenguh.
            “Dr tulis apa tadi?”
            “Nothing.”Ain kembali diam.Rambutnya yang sedikit terurai dibetulkan.Diikat kemas kembali.Baju sejuk yang dipakai dizipkan hingga keleher.
            “Sejuk...pakailah.”Ain menghulurkan baju sejuk kepunyaan Zhafran.Zhafran menyambutnya dan turut memakainya kembali.Ain mengeliat sedikit. Membetulkan urat dipinggangnya.
            “Penat?”Kata-kata itu lagi.Ain ketawa kecil.
            “Kenapa?”Tanya Zhafran pelik.
            “Nothing.”Ain kembali menghalakan pandangannya kearah luar.Memerhatikan kegelapan pagi yang sekejap lagi pasti disinari mentari pagi.Senyumannya cuba disembunyikan.Dan sekali lagi dadanya berdebar kencang saat Zhafran menggenggam jemarinya.Dan debarannya kian menggila bila jemarinya dibawa kebibir Zhafran.

KUALA TEMBELING 9.00 PAGI
            PELAJAR-pelajar dari jurusan Chemical Engineering mula bersarapan pagi di sebuah gerai yang terletak ditepi sungai.Ain kembali bersama teman-temannya manakala Zhafran bersama pensyarah yang lain.Sementara menunggu bot tiba,mereka berjalan-jalan disekitar kawasan tersebut.
            “Hi Sir..bila Sir Zhafran nak belanja kitorang?”Suara manja Irma menampar gegendang telinga Ain.Meluatnya dia.Asmiza menyiku Ain disebelahnya.Ain hanya menjuihkan bibirnya.
            Zhafran hanya tersenyum pada Irma dan kumpulannya.Dia sebenarnya semakin rimas dengan Dania yang asyik mengekorinya.
            Dua buah bot tiba tidak lama kemudian.setiap seorang dimestikan memakai jaket keselamatan.Ain mengambil tempat bersama Asmiza.Matanya tiba-tiba terpandang Dr dania sedang memegang tangan Zhafran dan mereka berdua duduk betul-betul dihadapannya.Malah jelas dia dapat melihat Dr Dania sengaja bermesra dengan Zhafran.Walaupun Zhafran tidak melayaninya,tapi hati Ain tetap sakit.Dia kemudian membuang pandang kearah sungai yang luas terbentang.kata pemandu bot mereka akan mengharungi perjalanan selama tiga jam setengah kalau air tidak surut.Kalau tidak mereka terpaksa turun dipertengahan jalan untuk sama-sama menolak bot.Kawan-kawannya bersorak gembira.Satu pengalaman baru menolak bot didalam sungai.
            Ain memrhatikan perkampunagn disepanjang sungai.Ada beberapa perkampunagn orang asli dan ada yang sedang menjala ikan.Tak kurang juga ada yang sedang membasuh di pelantar yang didirikan di tebing sungai.Kelihatan juga beberapa orang kanak-kanak orang asli sedang mandi manda.
            “Ran.you tengok tu.”Dr Dania menunjuk sesuatu ditengah sungai kepada Zhafran.Ain hanya pekakkan telinga.namun kata-kata Dania seterusnya membuatkan Ain semakin menyampah.
            “Next week,my parents nak datang penang.Diorang nak jumpa You.You jangan mengelak ye Ran.”Ain menjeling seketika.Zhafran mengeling kearah Ain.Wajah Ain tidak menunjukkan sebarang reaksi.
            “Buat apa?”Balas Zhafran.Kurang senang dengan apa yang diungkapkan Dania.
            “La..mestilah diorang nak jumpa.I selalu cerita pasal You kat diorang.Diorang teringin sangat nak jumpa You.Alah apa salahnya...”Rengekan dania membuatkan Ain dan Asmiza naik menyampah.
            “I busy la...”Zhafran beralasan.Matanya memandang kearah Ain.Tapi Ain sengaja melemparkan pandangannya kearah lain.
            “Kita set lah hari You tak busy.lagipun diorang seminggu kat sini.”Dania masih meminta.
            “Tengoklah.”Hanya itu sahaja jawapan Zhafran agar dania tidak lagi memanjangkan perkara tersebut.
            Mereka tiba di Ulu tembeling.taman Negara tepat jam satu tengahari.Semuanya menjamu selera di restoran resort sebelum diserahkan kunci chalet.
            “Ok..kita semua rest dulu.Hari ini tak ada aktiviti.Malam ni kita buat barbeque.Esok pagi kita start kita punya aktiviti ke Bukit terisek,kita pi canopy walk way lepas tu kita ada aktiviti kenu dengan ahli kelab pencinta alam Utara.Clear semua?Ada apa-apa soalan,tanya sekarang.”Zakir selaku ketua ekspedisi memberi taklimat.
            “Ok,kalau tak ada semua boleh balik chalet dan rehat.”
            “Jom...”Ain menyiku Asmiza untuk ke Chalet.”
            “Ain,As...sat lagi kita pi jalan nak?”Ain dan Asmiza mengangguk.Menyetujui rancangan Hisyam dan hakim.
            Alangkah leganya dapat merebahkan diri atas tilam.Walaupun chalet ini tidak sebesar mana,namun sudah cukup menghilangkan letih Ain.Dia mencapai telefon bimbitnya.'Em...tak ada coverage lah kat sini.'Dia merungut sendirian.
            “Wei..Ain,kau tak bengang ke dengan Dr Dania tadi?Dah lah menumpang berlagak nak mampus pulak tu.aku rasa dia sengaja buat mengada-ngada dengan laki kau.Engkau tak geram ke dengan dia Ain?”Asmiza merapati Ain.
            “Biasalah tu.nak geram apa pulak.Malaslah aku nak cakap pasal hal tu.”Kalau ikutkan geram,memang dia marah.Tapi memikirkan hubungannya dengan Zhafran,dia tiada hak untuk marah.Kadang-kadang memikirkan hal dia dengan Zhafran,membuatkannya semakin runsing.

            ZHAFRAN berbaring diatas katil.Ingatannya tetap pada Ain.
            “Apasal You tak duduk dengan wife You sekali Ran?”Zhafran memandang Profesor Hamdan.
            “Macamanalah nak duduk sekali Dan,perkahwinan kami pun dia nak rahsiakan.Susahlah aku nak cakap.”Profesor Hamdan tergelak kecil melihat Zhafran.
            “Itulah masalahnya.Kalau tak dah boleh dah You honeymoon kat sini sekaligus.”Kali ini Zhafran pula yang ketawa.
            “Nak honeymoon you kata.?Dengan I pun masih lagi dipanggil Dr.”Profesor Hamdan yang tahu serba sedikit sejarah perkahwinan Zhafran tersenyum.
            “I rasa Ain tu taklah degil sangat.I kenal dia sejak dia tahun satu lagi.Cuma mungkin cara you yang tak kena kot.”Zhafran memandang Profesor Hamdan yang lapan tahun lebih tua darinya.
            “Cara macamana lagi Dan?You suruh I berlembut,I dah berlembut.Malah I tak pernah halang apa yang dia nak buat.So,I nak buat macamana lagi?”
            “Pernah You cakap yang You sayangkan dia?”Zhafran menggeleng.
            “Ha dah tu....mestilah dia still sangsi lagi dengan perasaan you pada dia.”Zhafran berfikir.Em,ada kebenaran juga dengan kata-kata Hamdan ni.
            “Oklah I nak pergi mandi dulu.Teruskanlah berangan You tu.”Zhafarn hanya mengekori langkah Profesor Hamdan meninggalaknanya..

ESOKNYA....
            PAGI-pagi lagi mereka sudah berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran chalet.Ain mengenakan t-shirt dan seluar track serta kasut sukan.Rambutnya disanggul dan dilindung sebalik topi NIKE.Baju sejuk dililitkan di pinggang manakala sebuah beg sandang kecil disandang di kedua bahunya.
            “Ain,hang bawa air tak?”Hisyam menghampiri Ain.
            “Ada dalam beg aku.”Ain tersenyum pada Hisyam,hakim dan Zarul yang satu kumpulan dengannya dan Asmiza.Memang dia memilih untuk satu kumpulan dengan ketiganya kerana dari tahun satu lagi mereka berlima memang rapat dan satu kepala.Tiba-tiba pandangan Ain terhala ke arah Zhafran yang baru menyertai perhimpunan mereka.Segak berbaju t-shirt tanpa kolar dan seluar track.Zhafran turut memakai topi.Malah lebih segak tanpa cermin matanya.Ain tersenyum seketika pada Zhafran.Zhafran turut membalas senyuman isterinya.
            “Ok semua.Dengar sini.”Zakir bersuara menggunakan pembesar suara.Semua memberikan perhatian pada zakir.Disebelah Zakir terdapat sekumpulan lelaki dalam lingkungan lima belas orang.Menurut Zakir mereka adalah ahli kumpulan kelab pencinta alam Utara yang akan menyertai mereka mendaki bukit terisek dan beberapa aktiviti lain.Menurut Zakir lagi kumpulan tersebut sudah banyak kali mendaki gunung tahan yang merupakan gunung tertinggi di semenajung.Jadi mereka pastinya sudah faham segala selok belok di Taman Negara ini.
            “Ok kalau semua dah ready.kita gerak sekarang.”Ain tersenyum pada Asmiza.Matanya dikenyitkan.Dah lama dia tidak mendaki.Peluang ini tidak akan dilepaskan.
            Mereka perlu berjalan kedalam hutan sejauh tiga kilometer sebelum sampai di kaki bukit terisek.Mana yang tidak pernah mendaki, terdengar keluhan dan rengekan.Malah baru dua kilometer ada pelajar yang sudah kejang kakinya.Akibatnya mereka kerap berhenti di pertengahan jalan.Sesekali mata Ain mencari kelibat Zhafran.sakit matanya melihat Dr Dania yang langsung tidak berenggang dengan Zhafran.
            “Ain...”Ain menoleh kebelakang.Waktu itu mereka sedang berhenti rehat di Jeram Landak.
            “Hamidi?”Ain terjerit kecil melihat Hamidi yang tersenyum mendapatkannya.
            “You buat apa kat sini?”
            “I ahli kelab kembara Utara.Tak sangka jumpa You kat sini.”Hamidi berslaamn dengan teman-teman Ain yang lain.
            “Baguih la.Lama tak jumpa hang.Hang ok ka?”Hisyam ramah bertanya.Ain masih terkejut dnegan kehadiran hamidi.
            “Ok.You all macamana.?”Soal Hamidi kemudiannya.
            “Kitorang ok.Dekat nak final esok tak ok lah...”Taman-temannya ketawa dengan jawapan yang diberikan Zarul.
            “Oklah since hang ada kat sini,kami tak mau kacaulah majlis reunion hang pa dua orang.Ain,kami sana dulu ye.”Hisyam menunjuk kearah tempat lain.Ain tersenyum dan mengangguk.Hamidi duduk diatas batu berhadapan denagn Ain.
            “Ain sihat?”Ain hanya mengangguk.
            “Kenapa You tak jawab all my calls?Sms pun tak balas?”Ain menarik nafas panjang.Selepas pertemuan di Universiti dulu dan kehadiran Hamidi di hospital dia cuba mengelak dari berhubung denagn Hamidi.Bukan dia sombong, cuma dia rasa janggal bila dia kini bukan lagi seorang gadis macam dulu.Dia kini adalah seorang isteri.
            “Sorry ham.Bukan Ain tak nak jawab your calls.Tapi Ain tak nak You letak harapan pada Ain.Theres nothing between us.I nak you faham.”Ain cuba meyakinkan Hamidi.
            “Tak..I tak faham Ain.Apa kurangnya I?I tak pernah menduakan You.I tak pernah marahkan You.I tak pernah menyakitkan hati You.”Ain memandang sekeliling.Beberapa pasang mata memerhatikan mereka.
            Bagi teman-temannya yang lain,mungkin mereka tidak kisah kerana sejak dulu lagi mereka tahu hubungan Ain dengan hamidi.Matanya tepandang Zhafran yang sedang asyik memerhati.tapi demi melihat Dr Dania disebelah Zhafran hatinya kembali skait.Lantas dia mengalihkan perhatian pada Hamidi semula.
            “Ain tak nafikan You memang seorang lelaki yang baik.Malah kebaikan You buatkan I rasa bersalah.I tak layak untuk You Ham.”
            “But why Ain?”Hamidi masih belum berpuas hati.Baginya tiada alsan kukuh untuk Ain menolak dirinya.Belum sempat Ain memberikan jawapan,Zakir terlebih dahulu memberitahu, perjalanan akan diteruskan.Ain memandang Hamidi.
            “Jom.”Hamidi tersenyum seketika sebelum turut beriringan dengan Ain ke tempat teman-temannya yang lain.
            “Kita jalan sama ye?”Ain melemparkan senyuman dengan satu anggukan.Menyeetujui rancangan Hamidi.Mereka beriringan mengikuti langkah yang lain.Mendaki bukit terisek.pada mulanya rancangan asal adalah untuk mendaki gunung tahan,tapi menurut kata pihak PERHILITAN sekaramg musim hujan,kurang sesuai untuk mendaki.Malah dua tiga hari lepas seorang pendaki telah tergelincir kedalam gaung.Mujur dia hanya cedera biasa.
            Sepanjang perjanan,Ain dan Hamidi bercerita kisah silam mereka.Sesekali mereka ketawa bila ada peristiwa lucu yang di ungkit.Ain tidak menafikan hatinya sedikit gembira bila bertemu semula dengan Hamidi.Perasaanya kembali lapang.Walaupun dia perasan Zhafran kerap melemparkan pandangan tajam kearah mereka berdua.Tapi Ain buat-buat tidak nampak.Zhafran tidak berhak marahkannya sedangkan dia juga bersama Dania dari tadi.Jadi tak timbul soal curang atau tidak.Lagipun bukan dia bertemu Hamidi secara sengaja.

ZHAFRAN menahan marah didada.dia masih ingat pada lelaki yang bersama Ain saat ini.Lelaki yang pernah ditemuinya sewaktu di Universiti tempohari.Hamidi!Lelaki itulah yang diberitahu Hisyam adalah bekas teman lelaki Ain.Cuma dia hairan bagaimana lelaki itu boleh berada disini hari ini.
            “Ran...You ni kenapa?”Bahunya disinggung Dania.Zharan hanya menggeleng.
            “Dari tadi I tengok You macam tak bersemangat je.”Dania mengambil tempat disebelah Zhafran.Waktu ini mereka sedang menunggu giliran untuk melalui laluan kanopi yang tergantung diatas pohon-pohon besar.
            “I tak ada apa-apalah.”Jawab Zhafran.
            “Oklah kalau You dah cakap macam tu.Em..Ran,esok boleh You temankan I pergi jalan-jalan kat seberang tak?I dengar kat situ banayak kedai cenderamata.”Zhafran memandang sekilas pada Dania.Dia tidak berminat dengan ajakan Dania.Fikirannya hanya pada Ain.Sekali lagi pandangannya menjamah wajah Ain Nuraina.Hatinya semakin sakit bial melihat ketawa Ain dengan Hamidi.
            “Ran...dah sampai turn group kita.Jom lah.”Dania menarik lengan Zhafran.
            “You pergilah dulu.”Dania mengerutkan keningnya.Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Zhafran.Namun Dr Chia yang perasaan perubahan Zhafran segera berkata.
            “Jom lah Dania,kita pi dulu.Nanti Zhafran dari ikut dari belakang.”Pensyarah wanita berketurunan baba dan nyonya ini cuba menjauhkan Dania dari Zhafran.Dania terpaksa menurut.
            Zhafran memerhatikan langkah Ain dan Hamidi yang beriringan ke titian kanopi.Malah panas hatinya melihat Hamidi yang memegang tangan Ain cuba membantu isterinya untuk menaiki anak tangga di atas titian.
            Dia bangun dan mula berjalan kearah titian.Malah dia berjalan betul-betul dibelakang Ain sedangkan Hamidi berada empat meter dihadapan Ain.Zhafran cuba berjalan untuk menyaingi langkah Ain awlaupun telah diberitahu tadi mereka perlu menjarakkan diri sejauh empat meter setiap orang.Tapi dia tidak peduli.
            “Ain..”Ain terkejut melihat Zhafran yang betul-betul berada dibelakangnya.
            “Dr...”Katanya perlahan.
            “Ain dengan siapa tadi?”Ain faham apa yang dimaksudkan Zhafran.
            “Kawan lama.Kebetulan dia ahli kelab kembara Utara.Kenapa?”
            “Kawan lama ke kekasih lama Ain?” Langkah Ain terhenti dengan kata-kata Zafran.Sah lah.Zhafran sudah mengetahui siapa Hamidi.
            “Kalau ye pun kenapa?Dr marah?”Sinis Ain.
            “Of course saya ada hak untuk itu.You're my wife.Salah ke kalau saya marah?”Langkah mereka kembali diteruskan.
            “O...kalau saya Dr cakap ada hak nak marah.Yang Dr dok bercekerama dengan Dr Dania tu,saya tak cakap apapun.Jadi kenapa timbul soal suami atau isteri kat sini?”
            “Ain juga punya hak pada saya.Ain boleh marah saya kalau Ain tak suka saya dan Dania.Tapi bukan saya yang mencari Dania.dia yang mengejar saya.Antara saya dan Dania,kami tak ada apa-apa.Tapi antara Ain dengan lelaki tu,saya tak tahu.”Ain ketawa sinis.
            “Tak ada apa-apa konon.Siap nak bawa berjumpa bakal mertua lagi next week.Itu yang Dr cakap tak ada apa-apa.saya bukannya budak kecil yang Dr boleh nak tipu.”
            “Ain...saya tak tahu menahu langsung rancangan Dania tu.Yang Ain nak cakap macam ni kenapa?Ain nak sangat saya dengan Dania?Ain dah rela nak bermadu ke?”Ain menggenggam kuat besi ditepinya.lantas tubuhnya dipusing menbgadap Zhafran dibelakang.
            “Dr nak kahwin ke...nak apa ke...saya peduli apa!Nak kahwin sangat dengan Dania tu?Ha..kahwinlah.Dr ingat saya hairan?Saya tak matilah kalau tak hidup dengan Dr.jadi memang betullah Dr memang ada hubungan dengan perempuan tu kan!So,go on jelah.”Ain kembali berpusing kehadapan.Kali ini langkahnya semakin laju.Dia meninggalkan Zhafran.Menayingi langkah Hamidi dihadapan.
            Zhafran manarik nafas kasar.Bingung dengan sikap Ain Nuraina.Namun dia tahu,disebalik kemarahan Ain,terselit perasaan cemburu.

MALAM ITU....                            
            HAMIDI hanya memerhatikan Ain.Kata-kata Ain siang tadi membuatkannya resah.Ternyata Ain sudah terlalu jauh darinya.Malah Ain terus terang menolak nya kembali.Dia terpaksa juga melepaskan Ain walau hatinya tidak rela.
            Zhafran hanya memerhati pandangan tajam Hamidi kearah Ain.Dia tahu apa yang sedang bermain didalam fikiran hamidi.Memikirkannya hati dia sakit.apatah lagi mengingati insiden petang tadi antara Hamidi dan Ain.Melihat kemesraaan keduanya seperti membakar hatinya.
            Hamidi menghampiri Ain yang sedang menikmati ikan bakar bersama Asmiza.
            “Ain...boleh kita cakap sekejap?”Ain memnadang hamidi sebelum mengangguk.Mereka berdua beriringan ke pelantar ditepi sungai.
            “Ada apa ham?”Hamidi duduk bersebelahan Ain.
            “Ham tahu Ham sudah tiada peluang untuk rebut hati Ain balik.”Ain simpati dengan Hamidi.Tapi dia juga tidak mampu untuk melakukan apa-apa.
            I'm sorry Ham.Ain tak meksud nak buat You sakit hati.Anggaplah apa yang berlaku sebagai takdir yang ditetapkan ke atas kita.”Hamidi cuba tersenyum walaupun dirasakannya amat payah.
            “I cuma nak you terima ni sebagai kenagan terakhir dari I.Pagi esok I dah nak balik.”Hamidi menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Ain.Ain mengambil dan membukanya.Sebuah rantai kunci terukir nama Ain Nuraina didalamnya.
            “Thanks Ham.I tak ada apa-apa nak bagi pada You.”
            “Its ok.I tak nak apa-apa.I cuma nak You bahagia.”Ain menghulurkan senyumannya pada Hamidi.Berterima kasih kerana Hamidi akhirnya memahami dirinya.
            Disatu sudut Zhafran masih terus memerhati.

            AIN memusing tubuhnya mengadap ke dinding.Asmiza masih belum pulang walau jam sudah ke angka dua belas.Dia teringat tadi bagaimana Zhafran berduet dengan Dr Dania di resort mendendangkan lagu 25 minutes too late.malah melihat Dr Dania yang sengaja memegang tangan Zhafran membuatkannya sakit hati.
            Ain tetap tidak berganjak bila Asmiza pulang malam itu.Wajahnya dihadapkan ke dinding.
            “Ain...”Bukan suara Asmiza.Ain berpusing dan alangkah terkejutnya dia bila melihat Zhafran yang sudah duduk diatas katil.
            “Dr..what are you doing here?And macamana Dr masuk?”Zhafran tersenyum sambil mengangkat kunci bilik dalam genggamannya.
            “Mana As?”
            “Dia kat bilik Dr Faridah.Dia tidur kat situ malam ni.”Jawapan Zhafran membuatkan Ain benar-benar terkejut.
            “Apa Dr nak?”Soalnya kasar.
            “Saya nak Ain...”Mata Zhafran menikam ke anak mata Ain.Ain gagal menepisnya.
            “Dr kan dah ada Dr dania...”Ujarnya perlahan.
            “Ain cemburukan!Ain sendiripun dah ada hamidikan!” Ain menggeleng. Tapi tidak bersungguh.
            “Saya dah malas dah nak gaduh dengan Dr.Penat tahu tak?”Bentaknya kasar.
            “Ain penat?”Balik-balik soalan yang sama.
            “Oklah.Dr nak apa Dr cakap sekarang.Saya mengantuk nak tidur.”
            “Ain...”Bisik Zhafran perlahan.Ain mengangkat wajahnya.Zhafran sudah berada dihadapannya.Ain segera bangun.Dia berpeluk tubuh mengadap dinding.Tiba-tiba ada tangan kasar memegang pergelangan tangannya.
            “Pandang saya Ain...”Zhafran menarik tubuh Ain rapat ke tubuhnya.Perlahan-lahan tanagnnya melingkari pinggang Ain.Ain hanya menurut.Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan.Ingin sekali dia menolak tubuh Zhafran jauh darinya tapi nalurinya membantah.
            “Look at me!”Zhafran mengangkat dagu Ain agar memandang wajahnya.Ain memberanikan diri memandang zhafran.
            “Cakap pada saya yang Ain langsung tak ada perasaan cemburu pada Dania.”mata Ain mula berkaca.Dia sedar kini memang dia cemburukan dania.Tapi hatinya cuba menafikannya.Zhafran mengesat air mata yang mula menuruni pipi Ain.
            “Saya tahu Ain cemburu saya dan dr daniakan sepertimana saya cemburu melihat Ain dan hamidi.susah sangat ke Ain nak mengaku yang Ain sayangkan saya?”Ain masih berdiri tegak.Membiarkan tangan Zhafran terus merangkul pinggangnya.Perlahan-lahan wajahnya disembam kan kedada Zhafran.Zhafran memperkemaskan pelukannya.
            “Saya sayangkan Ain...”Bisik Zhafran ditelinga Ain.Ain kembali mengangkat wajahnya.Cuba mencari kebenaran disebalik kata-kata Zhafran seketika tadi.Zhafran mengangguk. Mengiayakan segala kata-katanya.
            “Tapi Dr bencikan saya.”Bisik Ain.
            “Siapa cakap?Saya tak pernah membenci Ain.Ain sahaja yang selalu menganggap begitu.”Zhafran menarik tangan Ain dan didudukkan diatas katil.
            “Tapi....”Belum sempat Ain menghabiskan katanya,jari Zhafran sudah berada dibibirnya.Perlahan-lahan dia mengucup dahi Ain.Ain terpana seketika.
            “Saya tahu Ain membenci saya tapi saya juga tahu Ain menyayangi sayakan.”Ain terdiam.
            “Saya....saya tak tahu samada saya menyayangi Dr.”
            “Tanya sedalamnya pada diri Ain,dan Ain akan dapat jawapannya.”Sekali lagi bibirnya mengucup dahi Ain sebelum berakhir dibibir mulus Ain.Lama bibir mereka bertaup.Ain seolah hanya merelakan.
            “Saya tetap tunggu sampai Ain bersedia menerima saya sebagai suami Ain dalam erti kata yang sebenar.”Serentak dengan itu Zhafran bangun keluar dari chalet.Bagai baru tersedar dari mimpi,Ain menarik nafas panjang.Masih terasa ciuman Zhafran seketika tadi di bibirnya.

            AIN duduk berseorangan di jeti tebing sungai.Memerhatikan beberapa pengunjung yang sedang bersiap-siap,mungkin untuk mendaki gunung tahan.Dia teringat kejadian malam tadi.Semuanya berlaku begitu pantas.Kehadiran Zhafran,dan ciuman itu,hatinya diulit bahagia.
            “Ain...awal Ain bangun?”Ain tersenyum pada Zhafran yang sedang menghampirinya.
            “Tak boleh tidur?”Ain menggeleng.
            “Dr pun bangun awal?Kenpa?” Zhafran cuba menyembunyikan senyumannya.
            ”Tak boleh tidur.”Jawabnya perlahan .Senyumnannya cuba disembunyikan.Kehangatan semalam masih terasa.
            “Ain..apa yang berlaku malam tadi....”Zhafran terdiam.
            “Sudahlah.Jangan cakp hal tu lagi.”Dia sebenarnya masih segan dengan apa yang berlaku.Pertama kali dalam hidupnya.
            Ain melihat ufuk timur,sebentar lagi mentari pagi akan muncul.Ain tahu sebnetar lagi pasti teman-temannya akan muncul.Dia tidak mahu ada yang membuat spekulasi melihatnya bersama Zhafran
            “Dr pergilah dulu.Saya tak nak ada yang buat cerita pulak kalau ada yang nampak saya dnegan Dr kat sini.”
            “Ain,sampai bila kita nak berahsia.Saya rasa dah sampai masanya semua orang tahu siapa kita sebenarnya.”Ain menggeleng kepalanya.Bukan dia tidak mahu bercerita pada orang statusnya sebagai isteri Zhafran tetapi dia sendiri masih belum pasti perasaan dan hati Zhafran kepadanya.
            “Ain fikirlah....”Zhafran menjamah wajah Ain seketika sebelum berlalu.

            AIN baru sahaja selesai bersarapan bila dia dipanggil seseorang.Sebelum itu sempat dia mengucapkan selamat jalan pada Hamidi dan kumpulannya yang telah menaiki bot seawal pagi lagi.Malah dia gembira bila Hamidi mampu menerima apa yang dikatakannya.
            “Ada apa Dr?”Dia memandang kearah Dania yang sedang berdiri dihadapannya.
            “Apa awak buat dengan Dr Zhafran tepi sungai pagi tadi?”Sinis Dania bertanya.
            “Apa yang saya buat dengan Dr Zhafran saya rasa tak ada kena mengena dengan Dr.jadi kenapa saya perlu buat laporan pada Dr?”Bukan niat dia untuk kurang ajar,tapi baginya Dania tiada hak untuk masuk campur dalam hidupnya dan Zhafran.
            “Tak ada kena mengena?Kalau perkara itu ada kaitan dengan Dr Zhafran,of course ada kena mengena dengan saya.”Angkuhnya Dania berbicara bagai Zhafran haknya yang mutlak.
            “Cop...cop...Dr dania siapa dengan dr Zhafran?Nak kata isteri tak kot...nak kata awek,tak ada pun.Dr Zhafran tu abang Dr ke?Atau bakal suami tak jadi?”
            “Awak jangan nak kurang ajar dengan saya.Hormat sikit saya.”Dania berang bila Ain mula menyindirnya.
            “Kurang ajar?Saya hanya akan bersopan dengan orang yang bersopan dengan saya.Is that clear enough?Lagipun Dr Dania bukan pensyarah saya.Tak ada sebab saya nak hormatkan Dr.Ain ketawa sinis.
            “Awak ingat awak cantik sangat sampai Zhafran akan tergoda dengan awak?Awak jangan nak beranganlah nak dekat dengan Zhafran.He's mine.”Ain ketawa sinis.
            “Dia belum jadi hak Dr selagi dia belum jadi suami Dr.Atau .....Dr nak tunjukkan surat nikah Dr dengan Dr Zhafran?Nak juga saya tengok.At least ada kad jepmputan perkahwinan ke,masa tu baru Dr boleh warning saya untuk jauh dari Dr Zhafran.”
            “Zhafran kepunyaan saya.Jangan berangan kalau awak nak rebut dia dari saya.”Suara Dania seakan mengejek.Hati Ain semakin panas namun cuba disabarkan.
            “Apa bukti Dr Zhafran kepunyaan Dr?Atau Dr ni je yang perasan tak?Syok sendiri....”Ain ketawa sinis.
            “You..”Dania mengangkat jari telunjuknya kearah wajah Ain.
            “Ada apa ni?”Zhafran muncul tiba-tiba.Dari tadi dia hanya memerhati keduanya seperti sedang bertengkar.
            “Ni student you ni kurang ajar dengan I.”Dania menunjuk kearah wajah Ain.Zhafran memandang Ain.hati Ain semakin panas.
            “Exuse me...Dr yang menghalang jalan saya,Dr yang warning saya,Dr yang sakitkan hati saya...so salah ke kalau saya kurang ajar?”Sakit hatinya dengan tuduhan Dania.
            “Ain..kenapa ni?”Ain memandang geram pada Zhafran.Seolah-olah dia pula yang salah.
            “Ok...saya salah.Saya yang kurang ajar.Cik Dania dengar sini ye....kalau Dr Dania nak sangat dekat Dr Zhafran ni,tak payah nak bagi amaran dekat saya.Korang pergi nikah je lah...saya peduli apa!!!”Kasar Ain berbahasa sebelum langkahnya dibuka meninggalkan keduanya.
            “Ain..”Zhafran menjerit memanggil Ain Nuraina.Ain hanya menjeling sebelum berjalan laju kearah Asmiza.
            “Ada apa ni dania?”kepala Zhafran semakin runsing dengan apa yang baru sahaja berlaku.
            “Tak delah I tanya dia elok-elok apa yang dia buat dengan You pagi tadi kat jeti.Yang dia nak kurang ajar dengan I apahal?Budak tu memang tak ada budi bahasa langsung.Memang malanglah siapa yang dapat dia.”
            “Dah lah!I tak nak dengar semua ni.”
            “Ran..tunggulah.”Dania mengejar Zharan yang meninggalkannya.

            “APAHAL tadi tu?”Asmiza menghulurkan sebotol mineral pada Ain.Ain menyambutnya kasar.Marah pada Dania dan Zhafran masih berbaki dihati.Dia betul-betul kesal atas apa yang terjadi malam tadi.Malah apa yang lebih dikesalkan adalah Zhafran.Kalaulah dia tahu Zhafran dan Dania ada hubungan,dia akan menolak Zhafran.
            “Entah perempuan sewel.Anak dara tua kalau tak laku macam tu lah.Dah orang tak nak dia yang terhegeh-hegeh mencari.Macamlah cantik sangat.Harap make-up je tebal.”Asmiza memandang wajah Ain yang sudah kemerahan.
            “Alah kau buat tak tahu sudahlah.Dah perangai perempuan tu macam tu.Dia nak kat laki kau ye...”Ain menjeling Asmiza.Benci dia pada perkataan itu.
            “Kau tahu tak siap bagi warning kat aku lagi.Macamlah bagus sangat.Ingat aku heran sangat ke kalau dia nak bercinta dengan zhafran sekalipun.Aku tak hairanlah.”Ain melepaskan rasa marahnya.
            “Ain...”Ain mematikan dirinya.Tidak mahu menoleh ke arah suara itu.Asmiza bangun memberi ruang untuk Zhafran berbincang dengan Ain.Teman-teman lain masih menjalani aktiviti di resort.Ada yang bergambar,bermain takraw tidak kurang ada yang masih makan.
            Zhafran mengmabil tempat yang ditinggalkan Asmiza sebentar tadi.
            “Apa yang Dania cakap pada Ain?”
            “Entah!Dr tanyalah dia sendiri.Malas lah saya nak cakap pasal perempuan sewel tu.”Dia menguis-nguis tanah dengan sebatang kayu kecil.
            I'm sorry on her behalf.Just forget what she say.”Ain memandang Zhafran.namun hanya seketika sebelum matanya kembali pada pohon-pohon dihadapannya.
            “Dr tolong cakap pada dia,saya tak kisahpun kalau dia nak Dr.Yang dia pandai-pandai nak warning saya apahal?”Nada Ain hanya biasa.sememangnya dia sudah rimas dengan keadaan ini.Tadi hampir sahaja dia mahu memberitahu Dania hubungan sebenarnya dengan Zhafran.
            “Ain...”Zhafran tidak menghabiskan kata-katanya.Dia memandang Ain sekilas sebelum terus berlalu.















BAB 21
            “AKU dengar kau kena warning dengan Dr Dania?Apasal?Ni mesti pasal Dr Zhafrankan!Itulah aku dah bagitahu dari dulu,jangan cuba nak pikat orang yang tak sepadan dengan kau.Dr Zhafran tu layak untuk orang macam aku ni je tau.So,kau tak yah nak beranganlah Ain...”Suhu kemarahan Ain sudah mencapai tahap maksima.'Ada juga yang makan penampar dengan aku karang.'
            “Kau kalau cakap berlapik sikit boleh tak?Aku ni dah lama dah bersabar dengan kau.Ada juga yang nak merasa penampar aku ni.Silap-silap aku tenyeh mulut kau dengan cili.”Irma mencebirkan bibirnya.
            “Apasal?Kau ingat aku takut dengan kau.Balik cermin dululah muka kau tu.Tak usah beranganlah nak kan Dr Zhafran...”
            “Kau ni kurang ajarlah Irma...”Ain mengangkat tangannya namun sempat ditenangkan Asmiza.
            “Kau ni kenapa Irma?Yang tak habis-habis nak sakit hati dengan Ain ni.Kau ingat Dr Zhafran tu nak kat kau?Kau tu yang patutnya cermin diri tu dulu.”
            “Tengoklah nanti siapa yang Dr Zhafran pilih.Aku berani kerat jarilah Dr Zhafran tu takkan pandang orang macam Ain ni.”Angkuh Irma berbicara.
            “Kau jangan cakap besar Irma.Jangan esok kau telan balik kata-kata kau.....”
            “Dah lah.Malaslah aku nak layan orang macam korang ni.”Irma pergi dengan lenggok mengada-ngadanya.
            'Sabar je lah Ain.Yang penting kau tahu kau siapa kau dengan Dr Zhafran.”Asmiza menenangkan Ain.Memang jelas kemarahan terpancar di wajahnya.
            'Aku nak balik chalet.”Asmiza hanya mampu memandang langkah Ain meninggalkannya.Dia tahu hati Ain sakit dengan tindakan Irma.Rasanya mahu sahaja dia memberitahu semua yang ada hubungan sebenar Ain dan Dr Zhafran.Kalau bukan kerana janjinya dengan Ain,sudah pasti rahsia tersebut dibongkarnya.


            “AS...mana Ain?”Zhafran perasan Ain tidak kelihatan sejak tadi.Ketika rakan-rakannya yang lain sibuk menjalani aktiviti,Ain menghlangkan diri.
            “Ain balik chalet.Tadi dia gaduh dengan Irma.
            “Gaduh dengan Irma?Kenpa?”hati Zhafran sedikit bimbang.
            “Mana Ain tak bengang.Irma cakap Ain terhegeh-hegeh nakkan Sir Zhafran.Then dia cakap lagi Ain tu tak layak untuk Sir.Sir takkan pandang orang macam Ain.Dia siap ejek Ain lagi sebab kena warning dengan Dr Dania.”Zhafran menepuk dahinya.
            “Saya rasa lebih baik Sir bagitahu semua orang siapa Sir dengan Ain tu.Kesian dia Sir jadi mangsa orang-orang nak dekat sir macam Irma denagn Dr Dania tu.”Azmiza mengeluarkan pedapat.Zhafan melepaskan satu keluhan.
            “Kalau ikutkan hati saya As,memang saya nak bagitahu semua orang.Tapi awak tahukan Ain yang minta benda ni dirahsiakan.Saya pun buntu nak buat macamana.”
            “Betul kata Asmiza tu Ran.” Kemunculan tiba-tiba Profesor Hamdan mengejutkan Zhafran dan Asmiza.Profesor Hamdan menepuk perlahan nahu Zhafran.
            I think you should tell everyone siapa Ain dengan you.Kalau tak sampai bilapun masalah ni tak selesai.”Zhafran memandang Profesor Hamdan sebelum matanya kembali pada Asmiza.Dengan profesor Hamdan dia bnayak bercerita.Cuba menimbangkan apa yang diberitahu keduanya sebentar tadi.Memberitahu semua orang siapa dia dan Ain bakal mengundang kemarahan Ain.Tapi sampai bila dia harus berahsia?Zhafran buntu memikirkannya.

MALAM TERAKHIR...
            “Ain...meh lah nyanyi satu lagu...”Zakir menjerit kepada Ain Nuraina.Tadi beberapa temannya mengambil giliran berkaraoke.
            “Malaslah.”Balsa Ain.
            “Alah..sportinglah sikit Ain.Bukan senang nak dengar suara hang.”Ikmal pula menambah bicara.Ain tetap menggeleng.
            Pi lah Ain.Bukan selalu kita nak enjoy macam ni.”Giat Asmiza.
            “Tak maulah...”Ain tetap berkeras.
            “Hang ni tak syok lah Ain.Orang lain semua dah nyanyi.Mai la..”Ikmal terus bersuara dengan menggunakan mikrofon.Mahu tidak mahu Ain bengun ke hadapan dan diiringi tepukan oleh teman-temannya kecuali Irma dan Dr Dania.
            “Nak nyanyi lagu apa?”Sememangnya tidak banyak lagu yang dihafalnya.Cuma ada satu atau dua buah lagu yang dihafal sepenuhnya.
            “Memandangkan hang selalu nyanyi lagu ni,aku pasang cd ni ok.”Ain tersenyum melihat Ikmal yang sedang memasang Cd karaoke penyanyi Indonesia Rossa.Memang dia selalu menyanyikanlagu-lagu Rossa semasa mereka sedang buat perbincangan.Mata Zhafran bagai ralit memerhatikan Ain.
            “Ok kawan-kawan terimalah lagu dari penaynyi kita,cik Ain Nuraina dengan lagunya ayat-ayat cinta.”Sekali lagi kedengaran tepukan gemuruh.Ain menumpukan perhatiannya di kaca tv.Dan tatkala dia mula menyanyi,semuanya mendiamkan diri.
Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku diantara
cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin kujaga
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu.
Bila bahagia mulai menyentuh
seakan kubisa hidup lebih lama
namun harus kutinggalkan cinta
ketika ke bersujud.
            Mata Zhafran bagai terpaku melihat Ain dihadapan.Lagu ayat-ayat cinta yang diambil dari novel terkenal Indonesia bagai bercerita kisahnya dan Ain.Terperangkap dalam cinta yang rumit.Zhafran terus ralit memerhatikan Ain tanpa menyedari kelakuannya diperhatikan Dania.Suara Ain seakan menengelamkan dia dalam khayalan.
            Bagai tersedar dari mimpi Zhafran hanya tersedar bila tepukan bergema.Ain sudah kembali ketempatnya semula.Kemudian seorang lagi pelajarnya mengambil tempat berkaraoke.
            “Ok,dengar kata Dr Zhafran pandai main gitar.Apa kata kalau kita minta Dr Zhafran untuk menyanyi sebuah lagu dengan gitar ni.”Ikmal bangun menyerah kan sebuah gitar pada Zhafran.Zhafran tersenyum menyambutnya.Dania lah orang yang paling gembira sekali.
            “Ok..lagu ni saya dedicated buat seseorang yang turut berada disini malam ini.”Senyuman Dania semakin melebar bagaikan dialah insan yang dikatakan Zhafran.Ain hanya bersahaja kerana dia tahu dia bukanlah orangnya.
            “Siapa Dr?Bagitaulah...”Kedengaran beberapa pelajarnya menjerit .Meminta Zhafran mengumumkan siapa gadis tersebut.
            “Awak ni biarlah Dr Zhafran nyanyi dulu.kalau tak,tak surpriselah.”Kata-kata Dr Faridah disambut sorakan oleh pelajarnya.Sempat Dr Faridah mengerling kearah Ain disisi Asmiza dan Hisyam.
            Zhafran tersenyum.Tali gitar mula dipetik serentak dengan sebuah lagu.matanya terarah kepada Ain Nuraina
Aku rela hidup dengamu demi bahagia
hanya tuhan bisa memisahkan kita
jaga dan lena kukuntum kerinduanku
untuk mempersembah sayang padamu
haruman bunga tak seharumnya cintaku
istimewa untuk sunting jiwamu
bermula pandang pertama
kau utuskan senyum mesra
aku ingin seribu tahun lagi bersamamu
kubinakan mu istana
aku rendakan bahagia
dengan niat suci kaulah permaisuri
sambutlah cinta abadi
genggam dan semai dihati
manisnya asmara kekal selamanya....
            Sememangnya lagu Permaisuri tersebut ditujukan khas buat Ain yang kini adalah permaisuri hatinya.Pelajar-pelajarnya bertepuk tangan sebaik sahaja Zhafran selesai mendendangkan lagu tersebut.
            “Wow..romantilah suara Sir Zhafran.” Zhafran memandang Irma sebelum pandangannya kembali pada Ain.
            “Ok rasanya semua orang nak tau pada siapa lagu tadi ditujukan.”Zhafran memandang Zakir yang menuntut janjinya.Pelajar-pelajarnya mula riuh meminta Zhafran mengumumkan.Ain hanya membuang pandangnya kearah teman-temannya.Sebentar lagi dia akan dengar kisah cinta Zhafran dan Dania.Dan dia akan terima hakikat itu.Dia tahu lagu tadi Zhafran tujukan buat Dania.
            “Cepatlah Sir...”Beberapa orang sedang menggiat.Zhafran menarik nafas.Biarlah malam ini diumumkan perkara ini.Sudah tidak sanggup untuk dia merahsiakannya.
            “Ok...saya akan umumkan lagu tadi untuk siapa.”Zhafran memandang Ain.Dania masih tersenyum.Zhafran bangun dan menghampiri Ain.dania terkejut.
            “Ain...”Zhafran menghulurkan tangan nya pada Ain.Ain masih membatu.Seketika pandangannya bertemu dengan pandnagan Dr Faridah.Melihat anggukan dari Dr Faridah,barulah Ain menyambut huluran Zhafran.Semuanya bertambah terkejut dengan tindakan Zhafran dan reaksi Ain kecuali Asmiza dan pensyarahnya yang lain.Irma dan Dr Dania sudah terkedu.Tiada lagi senyuman dibibir keduanya.
            “Lagu tadi saya khaskan buat isteri saya....Ain Nuraina.”Serentak dengan itu semua yang ada disini tercengang.Siapa sangka pensyarah yang menjadi kegilaan ramai telahpun berkahwin dan mempunayi isteri.Malah lebih mengejutkan isteri Zhafran adalah Ain teman sekuliah mereka.Zhafran menggenggam erat tangan Ain.dadanya terasa lapang.Bagai ada satu bebanan yang telah dikeluarkan dari hatinya.
            “Betul ke ni Ain?”suara Hasyimah memecah ketenangan.
            “Entah...kau tanyalah Dr Zhafran.” Balas Ain.Zhafran ketawa kecil.
            “Betul ke Sir?Bila Sir kahwin dengan Ain?Kena tangkap basah ke?”Ain membulatkan matanya kearah Zarul.'Celupar punya mulut.'Sumpah Ain dalam hati.Mereka kini menjadi perhatian semua orang.
            “Kau ingat muka ni muka tangkap khalwat ke?”Ain menyoal.Zarul tersengih.
            “Merepeklah awak ni Zarul.Saya dengan Ain memang dah kahwin dah hampir lapan bulan.”Sekali lagi semuanya terkedu dengan cerita Zhafran.Dan selepas itu pelbagai soalan diajukan teman-temannya.Ain hanya diam.Membiarkan Zhafran yang menjawab segalanya.Sempat dia memandang kearah Irma dan Dania yang sudah menunduk.Ain jadi simpati pada keduanya.Dia tidak berdendam.Jauh sekali merasakan kemenangan.jari jemarinya masih digenggam erat Zhafran.dan malam itu sepanjang malam dia berbicara dengan Zhafran di pelantar berhampiran chalet.











BAB 22
            AIN berteleku dihadapan komputer ribanya.Zhafran sedang tekun menyiapkan kertas-kertas untuk dibentangkan kepada pelajarnya esok. Sesekali matanya memerhatikan Ain yang sedang termenung.Lantas ditinggalkan kerjanya dan menghampiri Ain.
            “Kenapa ni?Macam ada masalah je?”Dia duduk bersebelahan Ain.
            “Tak de...pasal ni.Susahlah.” Ain menunjuk pada skrin komputer dengan sebatang pensel.
            “Em...saya pun tak tahu sangat subjek ni.Bila nak hantar?”
            “Next week.Ni final assigment.Nak tentukan pointer.”Ain seakan mengeluh.Gagal menyiapkan isi assigment yang diminta Dr Faridah.
            “Tak pelah...nanti abang cuba dapatkan rujukan kat Dr Faridah.”Ain memandang wajah Zhafran'Abang?'Biar betul dia ni.Zhafran yang menyedari dirinya tersasul segera membetulkan keadaan.
            “Er..maksud saya nanti saya tanyakan pada Dr faridah.”Katanya lantas bengun menuju ke tempat kerjanya sebentar tadi.
            Ain Nuraina memandang Zhafran namun Zhafran hanya menunduk mengadap kerja-kerjanya.Kembali mengadap skrin lap top,Ain Nuraina tersenyum sendiri.
            'Alamak...malunya aku.' Zhafran menyumpah didalam hati keterlanjurannya.
            Untuk meredakan suasana,Ain bangun kedapur.Dibancuhnya dua gelas Nescafe dan dibawanya ke tempat Zhafran.
            “Nescafe.”Dihulurkan gelas pada Zhafran. Zhafran tersenyum mengambil gelas dari tangan Nuraina.
            “Thanks...”Ain memandang Zhafran yang sedang meneguk minumannya.
            “Em...Dr....I think I should called you with that calling...”Ain membetulkan suaranya yang tenggelam. Zhafran yang sedang minum,memandang tepat pada Ain.
            “Maksud Ain?”
            You're my husband.Dan saya tak patut terus menerus panggil suami saya...dengan panggilan Dr....”
            “So,Ain nak panggil saya apa?”Zhafran mengecilkan matanya.Wajah Ain sudah kemerahan menahan malu.
            “Panggil yang tu lah...” Katanya sambil mengawangkan tangannya.
            “Panggilan apa?Yang tu yang mana?”Kata Zhafran pura-pura tidak faham.Sedangkan hatinya sedang ketawa gembira.
            “Em tak ada apa-apa lah!”Ain bangun ingin kembali ke tempatnya tapi tangannya segera ditarik Zhafran dan dia terduduk kembali.Tangannya masih dipegang Zhafran.
            “Saya lah manusia yang paling gembira sekali kalau perkataan itu keluar dari bibir Ain untuk saya.”Bisiknya perlahan.Ain memandang wajah Zhafran yang hanya beberapa inci sahaja dari wajahnya.Dengan satu senyuman dia bangun dan berlalu dari situ.Zhafran tersenyum senang.'Mudah-mudahan ini permulaan yang baik.'

            AIN bersendirian didlam bilik.Jam sudah hampir ke satu pagi.Zhafran masih diluar.Malam ini Ain resah.Tidak tahu apa sebabnya.Tapi hatinya berdebar.Dia berkalih ke kiri dan kanan,namun matanya gagal dilelapkan.Ain memandang kearah pintu bila pintu dibuka dari luar.Zhafran tersenyum memandang dirinya.Ain membalas senyuman itu.Dia bangun bersila diatas katil.
            “Tak tidur lagi?”Ain menggeleng .Zhafran duduk bersebelahan Ain dibirai katil.
            “Ain...”Panggil Zhafran perlahan.
            “Em?”Hanya itu yang keluar dari bibirnya.
            “Boleh saya temankan Ain malam ni?”zhafran meminta.
            “Tapi .......”Ain tahu Zhafran meminta haknya sebagi suami.Dia resah.Zhafran tersenyum.
            “Saya takkan paksa Ain...”Bisik Zhafran.Tangannya memegang jari jemari Ain dan dibawa kebibirnya.Ain mememjamkan matanya.Dia keliru dan buntu.Zhafran begitu romantik malam ini.Seolah-olah menghalang Ain dari berkasar.
            “Saya tak akan buat apa-apa.Kita tidur ye.Ain penatkan?”Ain hanya mampu mengangguk. Gagal bersuara. Lidahnya terus kelu untuk berkata.Zhafran memadam suis lampu.Direbahkan badannya bersebelahan Ain.Sesaat dua masing-masing hanya diam membisu.Tiba-tiba Zhafran merasa ada tangan melingkari pinggangnya.
            “Ain....”Zhafran membalas pelukan Ain.
            “Maafkan saya selama ini .Saya banyak buat dosa.”Zhafran mengusap lembut wajah Ain dalam kesamaran malam.sekali lagi bibirnya mengena dahi Ain sebelum berakhir dibibir mulus Ain.Ain berdebar mengharungi saat pertama kali dalam hidupnya.
            “Saya sayangkan Ain...percayalah.” Bibir Zhafran kembali dibenamkan dileher jinjang Ain Nuraina.Akhirnya Ain dibawa ke satu tempat yang cukup indah.Terasa dalam dunia ini hanya dia dan Zhafran sahaja yang wujud.
            Ain membuka matanya.Zhafran sedang merenung kearahnya dengan meniarap.Wajah Ain diusap lagi.Ain menarik gebar menyelimuti tubuhnya yang mula kedinginan.Dia malu untuk bertentang mata dengan Zhafran.Zhafran mengambil jari jemari Ain dan dikucup lembut.
            “Thanks Ain.....kerana menerima saya dalam hidup Ain.Saya bahagia sangat.”Ain membuka matanya.
            “Dr takkan tinggalkan saya?”Zhafran tersenyum.
            “Saya takkan tinggalkan Ain seumur hdup saya.”Tangan Ain melingkari pinggang Zhafran sekali lagi.Sehinggalah keduanya kembali terlena.









BAB 23
            ZHAFRAN terjaga tatkala subuh menjelma.Sekelilingnya masih gelap gelita.Dia memusingkan tubuhnya mengadap Ain.Namun dia pelik,Ain tiada disisinya.Dipandangnya ke sekeliling,Namun bayang Ain masih tiada kelihatan.Zhafran bangun dan duduk diatas katil.Wajahnya diraup berkali-kali.Lampu tidur dipasang.Baju nya yang terletak dibirai katil diambil dan kembali dikenakan di tubuh.Kemudian Zhafran ke bilik air.Membersihkan wajah.
            “Ain....”Zhafran menjerit kecil.'mana Ain ni?'Hatinya bertanya sendiri.Dia duduk dibirai katil.Teringat kisah semalam.Dia tersenyum sendiri.Malam yang pertama kalinya dikongsi dengan Ain Nuraina setelah lapan bulan menjadi suami isteri.
            Zhafran keluar dari bilik.Dia memerhatikan sekeliling mencari kelibat Ain.Dia berjalan ke arah ruang tamu..Tiba-tiba dia ternampak Ain sedang duduk diatas kerusi dengan kedua lututnya ditekap kedada.Ain seakan sedang berkhayal.Pantas kakinya berjalan mendekati Ain.di balkoni.
            “Ain......”Ain berpaling bila namanya dipanggil.Dia melihat Zhafran menghampirin ya.Namun hanya seketika sebelum dia kembali memandang kearah lampu yang berkerlipan. .Beberapa gerai bawah apartment sudah mula beroperasi untuk para pengunjung.
            “Ain,kenapa duduk sini seorang diri?”Zhafran duduk disebelah Ain.
            “Dr...apa yang berlaku semalam tak sepatutnya berlaku.I was not myself yesterday.I'm sorry.”Zhafran benar-benar terkejut bila kata-kata itu keluar dari mulut Ain.
            “Ain,Ain menyesal dengan apa yang terjadi semalam?Ain nak kata apa yang kita kongsi semalam satu kesilapan?”Ain mengangguk .Mengiayakan kata-kata Zhafran.
            “Saya...saya tak patut goda Dr.”
            “Ain!!Saya mendatangi Ain bukan kerana godaan Ain.Tapi kerana saya menyayangi Ain.”
            “Tapi perkara tu tak sepatutnya berlaku.....”Ain membentak kasar.
            “Kalau Ain tak rela kenapa Ain membiarkannya berlaku?Saya tak pernah memaksa Ain.”Suara Zhafran meninggi.Mungkin dia sedang mengawal api kemarahannya.
            “Bukan soal rela atau terpaksa.”
            “Then what?Saya tak faham dengan Ain.Apa lagi yang Ain nak saya buat untuk meyakinkan Ain....”
            “Saya tak mahu kerana peristiwa semalam mengikat Dr untuk terus bersma saya sedangkan hakikatnya hati Dr milik orang lain.”
            “Ain...what are you talking about?Ain tahu ke apa yang Ain cakap?Ain tahu tak tak ada orang lain dalam hati saya.Baiklah kalau Ain nak,saya takkan sentuh Ain lagi.Ain buatlah apa yang Ain nak,saya takkan halang.”Diufuk Timur,sang mentari sedang melebarkan sayapnya
            “I need a time.Please...”Ain meminta.Zhafran melepaskan keluhan berat. Ternyata dia silap membuat tafsiran.Sangkanya Ain akan menerima dirinya selepas apa yang mereka kongsi bersama.Tapi Ain terlalu keras.sukar dilentur walau kebenaran telah diungkap.Malah Ain tetap memanggilnya Dr walaupun semalam Ain cuba mengubah panggilan tersebut.
            “Terpulanglah pada Ain.Buatlah apa yang Ain fikir terbaik untuk Ain.”Serentak dengan itu Zhafran melangkah pergi.maninggalkan Ain seorang diri.Ain memandang langkah Zhafran meninggalaknanya.Air matanya kembali menuruni pipi.
            “Maafkan saya Dr....saya tak layak untuk cinta Dr...”Ain merintih sendirian.

            TIGA MINGGU sudah berlalu sejak peristiwa malam itu.Ain dan Zhafran kembali bagai orang asing.Malah sejak kebelakangan ini,Zhafran jarang berada dirumah.Dia banyak menghabiskan masanya di universiti.Kadang-kadang bila hari telah larut baru dia pulang.
            Kadang-kadang waktu Ain baru bangun tidur,Zhafran sudah ke Universiti dan ketika Ain tidur baru Zhafran pulang.Walaupun sedikit terasa dengan sikap Zhafran,namun Ain tidak terlalu mengikut perasaan.Dibiarkan kelakuan Zhafran.Zhafran bagai hilang bicara bila bersama Ain.
            Peperiksaan akhir bakal tiba.Ain menyibukkan dirinya mengulangkaji pelajaran.Sejak akhir-akhir ini kesihatannya semakin terganggu. Batuknya sejak lima hari lalu masih belum hilang.Malah dia kerap sakit dikepala.Namun semua itu disabarkan demi peperiksaan.
            Malam itu Zhafran pulang awal.Ain tersenyum memandang Zhafran.tapi Zhafran hanya berlagak biasa.Dia terus ke bilik.Ain segera ke dapur menyiapkan makan malam.Sudah lama sebenarnya dia tidak makan bersama Zhafran.
            Sebaik sahaja selesai menghidang makanan dia mengetuk bilik Zhafran.Zhafran yang sudah selesa berbaju tidur membuka pintu.
            “Ada apa?:Soalnya bersahaja.Ain hanya menahan perasaan.Dipaksakan bibirnya untuk tersenyum.
            “Saya dah siapkan makan malam .Jomlah makan.”
            “Saya dah kenyang.Dah makan kat pejabat tadi.Ain pergilah makan.”Zhafran menolak ajakan Ain.
            “Tapi dah lama kita tak makan sama.”
            “Ain tak faham ke?Kan saya dah cakap saya tak nak makan!Ain tak faham bahasa melayu.”Ain menarik nafas.Sakit dikepalanya semakin terasa.Tapi dia tidak mahu bertengkar dengan Zhafran.
            “Jomlah.Saya dah masak banyak tu.”Tangannya memegang tangan Zhafran.
            “Ain ni kenapa ha?Saya cakap tak nak...tak naklah.!”Zhafran merentap pegangan Ain.Tapi malangnya rentapan itu menghumban Ain ke dinding.Ain gagal mengimbangi dirinya,dan serentak dengan itu dia tersungkur kehadapan.Lebih malang bila pinggangnya terhentak ke rak tv.Ain memegang pinggangnya yang mula menyucuk.pandanganya berpinar dan dia terus rebah tidak sedarkan diri.
            “Ain...”Zhafran segera memangku Ain yang sudah tidak bergerak.Berkali-kali cuba dibangunkan Ain,tapi Ain tetap kaku.Ada darah merah mula mengalir dari hidung Ain.
            “Ya Allah..apa aku dah buat ni?Ain..maafkan saya Ain..maafkan saya.”Tanpa membuang masa tubuh Ain dicempung dan kunci kereta dicapai.

            SEBAIK sahaja tiba di hospital besar,tubuh ain diletakkan diatas katil diwad kecemasan.Beberapa petugas menghalang Zhafran dari masuk ke wad.Kemunculan Dr Luqman meredakan sedikit gelisah Zhafran.
            “Ada apa ni Ran?Kenapa dengan wife you?”Luqman bertanya.
            “Ain..dia jatuh.Kemudian terus pengsan.”Luqman segera ke wad kecemasan.Zhafran memegang kepalanya.Rasa menyesal datang bertimpa-timpa.Memang dia marahkan Ain kerana Ain tidak pernah memberi peluang kepadanya untuk dia menjadi seorang suami.Malah malam itu bila Ain sendiri kata yang dia menyesal atas apa yang berlaku pada mereka berdua,dia semakin marah.
            Baginya Ain tidak pernah menghargai keikhlasannya.Kerana itu dia cuba menjauhkan diri dari Ain.Memang dia sendiri merasa bersalah atas apa yang dilakukannya.Tapi dia cuma mahu Ain sedar kalau dia sememangnya ikhlas pada Ain.
            Hampir satu jam kemudia Luqman keluar bersama beberapa orang jururawat,Zhafran pantas menerpa.
            “What happened man?”Soal Zhafran tidak sabar.
            “I have bad news.Dan aku harap kau sabar.”Jantung Zhafran berdenyut laju.
            “Tell me Man.What happened?”
            “Aku terpaksa tahan your wife lebih lama kat sini.Aku perlu membuat pemeriksaan rapi.Dan satu lagi berita buruknya....I'm sorry aku tak dapat selamatkan kandungan Ain.Hentakan pada pinggangnya menyebabkan dia mengalami keguguran.”Pandangan Zhafran sudah berpinar dengan apa yang baru sahaja diberitahu sebenar tadi.'Ain mengandung?'
            “Apa...apa maksud kau man?Shes pragnent?”
            “Kau tak tahu?She almost 4 weeks.Kandungannya masih baru sebab itu dia mudah gugur.”Zhafran meraup wajahnya.Siapa sangka hanya sekali itu mereka bersama tapi Tuhan sudah mencambahkan benihnya didalam rahim Ain.'Ya Allah apa yang aku buat?'
            “Sabarlah Ran.Sekejap lagi bila Ain dah pindah bilik,kau boleh temankan dia.”Luqman menepuk bahu Zhafran sebelum berlalu.

            AIN tersedar dari tidurnya malam itu.Dipandanganya kesekeliling.Cuba mengingati sesuatu.Dia cuma teringat Zhafran menolaknya sehingga jatuh.Kemudian dia sudah tidak ingat apa-apa lagi.
            Pinggangnya terasa begitu sakit.Dia cuba bangun tetapi tubuhnya lemah.Tiba-tiba ada seorang jururawat masuk kebiliknya.Jururawat wanita itu tersenyum pada dirinya.
            “Puan rasa macamna sekarang?”
            “Kenapa dengan saya nurse?Saya rasa sakit sangat pada pinggang.”Ain melihat lengannya yang dicucuk drip untuk dimasukkan air.
            “Ubat kebas tu dah habis agaknya sebab tu Puan rasa sakit.Puan jangan risau,itu cuma sementara sahaja.”Jururawat tersebut mula memeriksanya .Denyutan nadinya diambil.
            “Kenapa dengan saya ?”Ain terus bertanya.
            “Puan baru sahaja buat D&C.Puan keguguran.”
            “Keguguran?Saya mengandung?”tanya Ain perlahan.
            “Mungkin Puan tak tahu sebab kandungan Puan baru empat minggu.Mungkin belum ada alahan lagi.Tapi kandungan tu masih baru,sebab itu mudah gugur.”Ain memejamkan matanya rapat.Kebenaran yang baru sahaja didengarinya menyesakkan fikirannya.'Ni semua Zhafran punya pasal.Dia bunuh anak aku.'
            Hatinya mula mendedami Zhafran.Walaupun tidak pernah terlintas untuk mengandung,tetapi dia tidak mahu menolak kehadiran anak itu.Namun hanya sejenak bila dia akur semua itu sememamngnya sudah disuratkan oleh Ilahi.
            “Puan rehat dulu ok.Sekarang baru pukul lima pagi.Pagi esok doktor datang tengok Puan.”Ain turut mengangguk pada jururawat itu.Setitis airmatanya tumpah juaTiba-tiba kenangan tiga tahun lalu kembali diingatannya.
            Ain memerhatikan tiub-tiub yang disambung dipergelangan tangannya.Sebotol air dan satu pain darah jenis B positif sedang dialirkan masuk kedalam sarafnya.Badannya begitu lemah.Kaki,tangan dan wajahnya menjadi bengkak.Dia hanya dibenarkan makan bubur oleh pihak hospital.
            Seorang doktor dan seorang jururawat mendapatkan nya yang sedang terbaring.
            "Hai...macamana hari ni?"Dr Kelvin menyapanya mesra.Ain cuba tersenyum.
             "Better.Bila boleh discharge doktor?"Dr Kelvin tersenyum.
            “Not yet.”Ain akur akhirnya untuk sekali lagi menjadi penghuni wad ini.









BAB 24
            AIN..macamana hari ini?”Luqman menjalankan rutinnya memeriksa Ain.
            “Better.”
            “Ain saya terpaksa tahan buat sementara waktu untuk pemeriksaan lanjutan.Boleh saya becakap dengan Ain sekejap?”Ain hanya mengangguk .Luqman mengarahkan jururawat meninggalkanya bersama Ain.Luqman mengambil kerusi dan dia duduk bersebelahan Ain.
            “Saya minta Ain jujur dengan saya.Jangan sembunyikan apa-apa.”Ain mngerutkan keningnya.namun seakan dia dapat baca apa yang ada dalam fikiran Luqman.
            “Macam ni Ain.Ingat tak masa Ain demam panas dulu?”Ain hanya mengangguk. Ternyata telahannya benar.
            “Waktu  itu pihak hospital ada buat pemeriksaan.Dan kami ada minta laporan perubatan Ain dari Hospital besar Ipoh.Dan laporan tu ada ditangan saya sekarang.”Luqman menunjukkan satu fail berwarna coklat pada Ain.Ain menunduk.Dia tahu Luqman sudah tahu segala rahsia yang disembunyikan dari pengetahuan semua orang selama ini.
            “Kenapa Ain tak bagitahu saya sejarah perubatan Ain?Dan kenapa Ain tidak lagi datang menjalani rawatan seperti yang saya catatkan dalam kad rawatan?”Memang dia akui,dia tia datang semasa temujanji nya dengan doktor.namun dia punya alasan sendiri.
            “Maafkan saya doktor.Saya dah jemu untuk berubat.Sebab saya tahu saya dah tak punya harapan.”Ain memandang pada doktor Luqman.
            “Siapa cakap?Ain tahu tak masih ada rawatan yang boleh selamatkan Ain.Dah berapa lama Ain mengidap sakit ni?”
            “Sejak umur saya 18 tahun.”
            “Zhafran  tahu?”Ain menggeleng .Malah tiada seorangpun ahli keluarganya yang tahu termasuk abangnya sendiri.
            “Saya minta doktor rahsiakan dari Zhafran.”
            “He's your husband.Dia patut tahu semua ni Ain.”Ain sekali menggelengkan kepalanya.Baginya Zhafran tidak perlu tahu.Dia tidak perlukan simpati sesiapa.
            “Sebagai pesakit,saya punya hak untuk minta doktor rahsiakan.”Tegas Ain.
            “Tapi sebagai doktor saya bertanggung jawab atas kesihatan Ain.Oklah.Saya tak nak banayk ganggu Ain.Tapi saya harap Ain takkan putus harapan.Setiap penyakit ada ubatnya.Dan menurut laporan ini,sebelah lagi buah pinggang Ain sudah dijangkiti kuman.Kita perlu jalani rawatan secepatnya.Tak ada penyakit yang tak ada ubat Ain.”Ain berjanji pada luqman yang dia akan meneruskan rawatan tapi mohon semuanya dirahsiakan dari Zhafran.

            ZHAFRAN datang pagi itu dengan sebuah beg keperluan Ain.Rasa bersalahnya membuatkannya malu bertemu muka dengan Ain.
            “Ain...”Ain hanya memandang sekilas pada Zhafran.Tadi dia ke bilik air dengan bantuan dari jururawat.Zhafran duduk disebelah Ain yang sedang terbaring.
            “Ain,saya minta maaf atas apa yang berlaku semalam.Saya tak maksud nak sakitkan Ain.Saya tak sengaja.”Ain masih diam membatu.Sedikitpun dia tidak menjawab.
            'Ain,please say something.Jangan buat saya macam ni.Ain masih membisu.Dia memejamkan matanya.Zhafran meraup wajahnya.Akhirnya dia hanya mendiamkan diri.Memerhatikan Ain yang terus memejamkan matanya.

PETANG ITU........
            AIN dikunjungi keluarga mertuanya dan keluarga pak udanya.Dia cuba tersenyum pada mereka yang melawatnya.
            “Macamana boleh jadi macam ni Ain?”Ibu mertuanya mengusap lembut rambut Ain.
            “Dah nak jadi mama.Ain pun tak tahu.”Dia memandang wajah tua dihadapannya.Wajah itu menggambarkan kerisauan.
            “Mak uda pun terkejut bila Zhafran call bagitahu kak Yang gugur.sabarla kak yang tak ada rezeki.Nak buat macamana.”Ain beralih memnadng ibu saudaranya.
            “Kak Yang ok mak uda.Jangan risau ye.”
            “Tadi ayah cik call.Dia nak datang tapi dia kena pergi hospital.Ni dia cakap kalau kak Yang dah keluar wad,dia suruh Zhafran hantar kak yang balik Ipoh.Senang ada orang boleh jaga.”
            “Tak pelah pak Uda.kak yang tak ada apa.”Ain kembali tersenyum.
            “Apa pula tak ada apanya.nanti duduk je dengan mama.Orang gugur ni kena pantang macam orang beranak juga.Biar mama je yang jaga.”
            “Tak pelah ma.lagipun minggu depan Ain ada final exam.”
            “Kalau macam tu kak yang duduk je dengan mak uda.Bukan jauh snagat nak berulang.”Sejak dari dulu dia memang tidak suka menyusahkan orang.
            “Tak pe ma.Ran boleh jaga Ain.”Zhafran yang hanya memerhati sejak tadi berkata.
            “Yelah ran tu.Ni sebab pandai sangat jagalah sampai Ain boleh gugur.”Bebel ibu mertuanya.
            “Abang Zhafran tak salah ma.Ain yang tak pandai jaga diri.”Zhafran memandang Ain.Lagilah dia rasa berslah.
            “Lepas  ini mama nak Ain rehat banyak-banyak.Tak payah mengandung lagi.Tunggu sampai rahim tu kuat sikit.”Ain hanya mengangguk.Dia tahu seluruh keluarga Zhafran menyayaginya.

            DUA hari kemudian,Ain sudah dibenarkan keluar dengan syarat dia harus bertemu pakar perubatan.Zhafran menjemput Ain petang itu.Sejak dari dimasukkan kehospital satu patah perkataanpun tidak dikeluarkan buatZhafran.
            Ain hanya berbaring dibilik sambil membaca nota-nota kuliahnya.Lusa peperiksaan akan bermula.Dia masih dalam tempoh berpantang.Setiap hari ibu mertuanya akan menelefon bertanyakan keadaannya.Itu tidak termasuk lagi pangilan-panggilan dari Ipoh.Ain tahu mereka semuanya sayangkan dia.Penat menelaah,dia membuka emailnya.Seperti biasa pasti ada email dari Naruto.
KERORO:Hi Naruto.....
beberapa minit dia mennunggu baru ada balasan dari Naruto.
NARUTO:Hi...lama tak hantar email....
KERORO:Saya masuk hospital.4 hari tiga malam.Good package kan!
NARUTO:Why?Awak sakit lagi ke?kenapa tak bagitahu?hari tu demam,kali ni sakit apa pulak?
KERORO:Saya keguguran sebab suami saya.
NARUTO:Maksudnya......
KERORO:Dia tolak saya jatuh.Dah lah tak nak cerita lagi.em...lusa final exam saya.saya gentar sikitlah.
NARUTO:How?Rasanya boleh catch up tak?But to me awak seorang yang bijak.
KERORO:yelah awak tu.Lepas habis exam saya nak balik Ipoh.Nak cari kerja sementara konvo.
NARUTO:NAk kerja apa?
KERORO:Apa-apa aje.asalkan ada gaji.kerja kat pasarayapun ok juga.tengoklah macamna nanti.kita ni asyik cerita pasal saya je.ceritalah pasal awak pulak.
NARUTO: pasal saya?Saya tak ada benda menarik nak cerita.Takut awak boring pulak nanti.
KERORO:Awak ni berahsia sangatlah.dah lama kita kenal tapi awak tak pernah cakap awak siapa.saya dah bagitahu nama saya,tapi nama awak langsung saya tak tahu.tak adillah.
NARUTO:Dah dua tahun awak kenal saya sebagai Naruto,biarlah kita terus macam ni.naruto dan Keroro.Rasanya kita lebih bebas bercerita macam ni kan.
KERORO:Oklah.saya terima kata-kata awak. Naruto,saya kena study balik ni.nanti kalau saya dah habis exam,kita chat lagi ye.
NARUTO:Ok...good luck!!!
            Ain kembali mengambil nota kuliahnya.Sesekali dia menyemak buku rujukan.Penat menelaah,dia berbaring seketika.
            Zhafran masuk ke dalam bilik.Dia menghampiri Ain.
            “Ain dah makan ubat?”Ain hanya mengangguk.
            “Ain...saya tahu saya salah.Tapi tak boleh ke maafkan saya?Saya mengaku saya ketepikan Ain.Tapi saya buat macam tu sebab Ain seolah-olah tak hargai langsung saya sebagai suami Ain.Saya.........”Belum sempat Zhafran meneruskan Ain mencelah.
            “Dr Zhafran Haikal.Saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi isteri Dr apatah lagi menerima layanan dari Dr.Jadi kenapa saya perlu marah kalau Dr tidak mengendahkan.Dr rasa bersalah saya keguguran?Saya anggap tu semua sebagai takdir dan saya tak slaahkan sesiapa.Apatah lagi untuk menuding kesalahan pada Dr.”Ain meletakkkan buku rujukannya diatas katil.
            “Jadi Ain maafkan saya.Tapi kenapa Ain masih membisu?Ain macam orang asing...”
            “Dr...”Ain memegang tangan Zhafran.
            “Saya berterima kasih atas semua yang Dr lakukan untuk saya selama ini.Saya tidak pernah mendendami Dr.Saya suka sikap prihatin Dr pada saya selama menjadi suami saya.Tapi...saya dah tak mampu teruskan perkahwinan ini.Saya minta Dr lepaskan saya secara baik.Saya minta kita berpisah.”Suara Ain hampir tidak kedengaran.
            “Ain!!!Ain nak kita berpisah?Ain sedar tak apa Ain cakap ni?”Ain cuba tersenyum.
            “Saya cakap apa yang betul Dr.Kita gagal sebenarnya untuk bina rumahtangga kita.Ini permintaan saya.”
            “Ain memang semuanya silap saya.tapi bukan ini caranya untuk kita buat keputusan.”
            “Dr...tolong kasihankan saya.saya merayu...”Zhafran terkedu.Permintaaan Ain bukanlah seseuatu yang mudah untuk ditunaikan.
           
            HARI ini berakhirlah segala derita mereka sebagai pelajar.Hari ini tamatnya peperiksaan.Ain terpaksa menolak ajakan teman-temannya untuk meraikan hari terakhir mereka sebagai student U di sebuah restoran.Keadaan dirinya tidak mengizinkan dia untuk bersama mereka semua.Dia pulang ke apartment sebaik sahaja selesai peperiksaan akhir.

            AIN mengemaskan semua barang-barangnya ke dalam kotak.Pakaiannya dimasukkan semua kedalam beg.Dia nekad untuk pergi dari sini hari ini juga.
            “Ain...”Zhafran berdiri dipintu bilik.Ain memandang Zhafran yang semakin mendekatinya.Dia duduk disebelah Ain yang sedang melipat kain.
            “Kita duduk kat balkoni kejap.”Ain akur dengan permintaan Zhafran.Namun bila sahaja dia keluar suasana diluar gelap.Ain memandang kearah balkoni.Diatas meja bulat,ada dua batang lilin berwarna merah,dua gelas air dan dua pinggan spagheti.Ain tercengang dengan semua yang ada.
            “Jom...”Zhafran menarik tangan Ain kearah balkoni.Dia menarik kerusi dan didudukan Ain.Zhafran mengambil tempat bedekatan dengan Ain.
            “Apa semua ni Dr?”Ain pelik.
            For...for last day you here and for a last day you're my ...wife.”Hampir tak terkeluar bicara Zhafran.Air mata Ain mula menitik.Semalam mereka berbincang lagi.Zhafran akhirnya akur pada kehendak Ain.
            “Ain...”Zhafran memegang lembut tangan Ain.
            “Saya hormati permintaan Ain.Saya akan turuti kemahuan Ain.Saya akan lepaskan Ain.”Ain kembali sebak.kalaulah Zhafran tahu kenapa dia inginkan perpisahan.
            “Dr...maafkan saya.Saya tak bermaksud nak lukakan perasaan Dr..Saya,...”Ain gagal meneruskan bicaranya.Kolam matanya digenangi air.Dia gagal menahan sebak.
            “Ain...saya tak salahkan Ain.Dari mula memang saya yang salah.Ain isteri yang baik pada saya.Saya..saya cuma nak Ain tahu saya memang ikhlas menyayangi Ain.Saya tak minta Ain balas.”Ain mengambil tangan Zhafran dan dibawa kebibirnya.
            “Saya minta ampun Dr.”Zhafran mengusap lembut wajah Ain.
            “Sudi tak Ain makan malam dengan saya malam ni?Untuk terakhir kali mungkin...”Ain mengangguk.
            Selesai makan malam,dia tetap di balkoni bersama Zhafran.Mengingati segala kenangan yang pernah berlaku diantara mereka.Esok dia dan Zhafran akan ke mahkamah syariah.Dan esok juga dia akan meninggalkan Zhafran buat selama-lamanya.Zhafran menyerahlkan sesuatu buat Ain.Ain membuka kotak tersebut.Sebuah keronsang dibuat dari kristal berbentuk bintang berwarna biru.Cukup cantik.Bersinar bila disimbah cahaya dari lilin.Dan pastinya ia kristal tulen.
            It so expensive.”Ain sukar menerima hadiah semahal itu dari Zhafran.
            “Biarlah for my wife.I want you kept that.Its from me.and now it yours....”Ain memasukkan kembali keronsang kristal itu kedalam kotak.
            “Ain kalau lepas ni saya tak berpeluang lagi jumpa Ain,saya nak Ain tahu saya bahagia bergelar suami Ain walaupun dalam tempoh yang singkat.”Ain kelu.ingin sahaja diberitahu kebenarannya pada Zhafran.Tapi dia tidak mahu Zhafran bersimpati padanya.Dia tidak mahu terus membebani Zhafran.Cukuplah pegorbanan Zhafran selama ini pada dirinya.

            ESOKNYA,mereka sama-sama tiba di mahkamah syariah Ipoh tepat jam tiga petang.Dan bersaksikan dua orang saksi Zhafran melafazkan talak satu pada Ain Nuraina.Ain Nuraina gagal menahan tangisannya.Dia benar-benar menangis.
            Ain dan Zhafran bertemu buat kali terakhir diluar mahkamah.
            “Ain....”Zhafran juga gagal menahan sebak.Beberapa titis airmatanya tumpah juga.
            “Saya bukan lagi suami Ain.Tapi saya nak Ain tahu Ain akan selalu berada dalam hati saya buat selamanya....”Ain sudah teresak.
            “Dr...”Ain memanggil Zhafran.
            “Dr.....Ain tak pernah membenci Dr.Tapi Ain tak boleh hidup dengan Dr.Ain doakan Dr akan bertemu dengan orang yang lebih baik dari Ain.Ain nak Dr bahagia sebab Ain tahu Dr seorang yang baik dan...Ain sebenarnya bahagia hidup dengan Dr.Ain akan ingat Dr selagi hayat Ain ada.Ain minta maaf Dr...”Ain mengambil tangan Zhafran,disalami dan diciumnya.Cincin pernikahan mereka ditanggalkan .Dia menyerahkannya kembali pada Zhafran.Zhafran mengambilnya dan sekali lagi disarungkan kembali pada Ain.Dia memberikan senyumannya pada Ain.
            “Cincin ni kepunyaan Ain dan selamanya akan menjadi milik Ain.Saya tak berhak ambilnya kembali.Saya nak Ain simpan sekalipun Ain tak nak pakai.Sebagai ingatan dari Saya...”Mereka berpisah petang itu dengan membawa hati yang lara.Ain kembali kerumah lamanya sementara Zhafran kembali meneruskan tugasnya di Pulau Pinang.