Sunday 24 November 2013

Hanya Untuk Dia bahagian 2


AIN membuka komputer ribanya diatas katil.Ada beberapa mesej dari Naruto.Dia membuka ruangan chating.Dan nasibnya selalu baik bila Naruto berada dihadapan komputer.
KERORO:Hi Naruto.Buat apa?
NARUTO:Hi pengantin baru.tengah chat dengan keroro lah.Macamana lepas kahwin?
KERORO:Bad luck.orang yang saya benci jadi suami saya.i'm very unlucky woman in the world.
NARUTO:Explain....tak faham
KERORO:Orang yang pinang saya pensyarah yang paling saya benci di alam maya ini.
NARUTO:betul ke?mungkin dia benar menyintai awak.
KERORO:Tak.dia cuma rasa berslaah atas apa yang terjadi.Dia kahwin dengan saya sebab nak guna kuasa sebagai suami untuk saya balik semula ke kuliah.
NARUTO:Mungkin dia ikhlas.....
KERORO:tak ada mananya ikhlas.dia cuma tahu menyakitkan hati saya.baru sehari kahwin dia dah suruh saya buat sarapan.
NARUTO:Itukan kewajipan seorang isteri....
KERORO:Saya bencilah....yang penting saya tak perlu tidur bersma dia.
NARUTO:Awak memang keras hati.tapi saya tahu dia lelaki yang bertuah.awak seorang yang baik dan dia akan menyesal kalau dia sia-siakan awak
.KERORO:Hanya awaklah seorang hamba Allah yang memuji saya.Thanks naruto.
NARUTO:What ever.Ada apa-apa bagitahu ok!
            “Chat dengan siapa?”Zharan sudah masuk kebilik.Ain menutup komputer ribanya.
            “Dengan kawan internet.”Kata Ain lantas ditarik selimut menyelimuti tubuhnya.















BAB 12
DUA HARI BERIKUTNYA....
AIN NURAINA menadah tangannya lama,memohon keberkatan dari yang maha kuasa agar diberikan kekuatan untuk dia menempuhi semua ini.
Zhafran memandang Ain Nuraina yang lama berteleku di sejadah.Memanjatkan syukur didalam hati kerana isteri yang dipilih mengikut perintah agama.hari ini kuliahnya bermula lapan setengah pagi.Kelas Ain Nuraina.
Ain Nuraina melipat telekung yang dipakainya dan disidai diampaian bilik.Tanpa memperdulikan Zhafran,dia keluar dari bilik.Semenjak malam pertama,dia dan Zhafran tetap sebilik tapi berasingan tempat tidur.Itu adalah permintaannya sendiri.Dan Zhafran akur dengan kehendaknya.
Ain Nuraina menumbuk cili padi dan bawang merah untuk dijadikan rencah nasi goreng.Kuali dipanaskan bersama dua sudu minyak.Bau tumisan bawang menaikkan seleranya.Nasi sejuk dicampurkan bersama hirisan daging dan sayur.Setelah semuanya siap,dia menghidangkan nya diatas meja kecil diruang tamu.Kemudian dia masuk ke bilik.Sewaktu dia masuk,Zhafran sedang menggosok baju kerjanya.
“Tinggalkanlah kat situ.Biar saya gosok.”Zhafran memandang Ain Nuraina,perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.Ain Nuraina buat-buat tidak nampak lantas membuka alamri mencari pakaian yang akan dipakai ke kelas.
Dia akhirnya memilih sepasang baju kurung berwarna pink yang amat jarang dipakainya sebelum ini.Mungkin teman-temannya akan merasa hairan...tapi biarlah.
“Saya dah siapkan nasi goreng, pergilah makan.”Katanya sambil mengambil tempat Zhafran untuk menggosok baju.Kemeja biru Zhafran digosok penuh cermat.
            “Tak pelah...saya tunggu Ain.Kita breakfast sama.”Ain meneruskan gosokannya.
            “Saya puasa hari ni.”
            “Puasa?”
            “Puasa ganti.”Jawab Ain.
            “O...tapi Ain bersahur ke semalam?”Soal Zhafran lagi.
            “Dah biasa tak sahur.Dah lah pergilah makan.”Zhafran berlalu dari situ.
Menikmati sarapan pagi hasil tangan isteri sendiri amat menyelerakan Zhafran.Siapa sangka Ain juga tukang masak yang baik.Malah semalam Ain sendiri yang menyediakan makanan tengahari dan malam mereka berdua.
Selesai membasuh pinggan di sinki,Zhafran masuk ke bilik.Tapi langkahnya bagai terpasak di bumi waktu melihat Ain Nuraina sedang menyisir rambutnya di meja solek.Berbaju kurung berwarna pink,keayuannya benar-benar terserlah.
“Jarang Ain pakai baju kurung ke Kuliah...”katanya sambil mengambil baju kemejanya yang sudah disangkutkan Ain di tepi almari.
            “Kenapa?Tak boleh ke?”Tanya Ain pelik.
            “Tak delah...ok.Cantik.Macam wanita melayu terakhir.”Ain mencebirkan bibirnya.Zhafran menyarung kemejanya membelakangi Ain.
“Kita pergi sama ye.Ain yang sudah mengikat rambutnya menjadi satu memandang kearah Zhafran.
“Tak payahlah.Saya pergi sendiri.Lagi satu...habis kelas Profesor Hamdan nanti,saya terus ke Bukit jambul.”
            “Buat apa?”Tanya Zhafran pelik.
            “Kerja la...buat apa lagi.”
“Kan saya tak bagi Ain buat part time lagi.Kenapa dengan Ain ni?”Zhafran berang bila Ain mahu terus bekerja selepas waktu kuliah.
            “Kenapa tak boleh pulak?Bukannya saya enjoy.Saya kerja.”
“Saya cakap tak boleh...tak bolehlah .Ain kena dengar cakap saya.”Ain Nuraina memandang wajah Zhafran.
“Buatlah apa yang Dr nak buat.Saya dah malas nak bertekak.Semuanya Dr je yang betul.Saya semuanya salah.”Beg sandangnya dicapai dan terus melangkah keluar.
“Ain...nanti dulu.”Namun panggilan Zhafran tidak diendahkan.Zhafran mengeluh seketika.
            'Cakap salah...tak cakap salah...' Bebelnya sendirian.

“AIN.....”Manusia pertama yang menyambut kedatangannya tentulah Asmiza yang menjerit kegembiraan kedatangan Ain hari ini.
“Macam nilah member...kenapa kau tukar fikiran?”Tanya Asmiza.Lagi sepuluh minit kelas akan bermula.
            “Saja...lagipun kau juga yang nak aku masuk kuliah balikkan.So,apa masalahnya?”Soal Ain.
“Best lah kau Ain.Macam ni lah member aku.Eh yang kau tiba-tiba pakai baju kurung ni apahal?”
“Saja nak tukar selera.Kenapa tak boleh ke?”Belum sempat Asmiza menjawab,belakangnya sudah ditepuk Hisyam.
            “Welcome back Ain...”Ain hanya tersenyum pada Hisyam.
“Engkau cutelah pakai macam ni Ain.Berseri-seri:”Hakim yang duduk disebelah Hisyam pula menyampuk.
“Terima kasih....”Balas Ain ringkas. Matanya sempat menangkap riak cemburu dari Irma bila beberapa rakan lelakinya memuji dirinya.
            “Betullah Ain..hang pakai minyak guna-guna ke...berseri lain macam je...”Ain membulatkan matanya memandang Hisyam.
            “Kepala hotak hang....”Mereka sama-sama ketawa mendengar reaksi Ain.
            “Ni siap berinai ni...tak pernah hang macam ni.”Ain terkedu dengan soalan Hisyam.
            “Ni sepupu aku kahwin hari tu.Aku tumpang sekaki je lah.”
            “Good morning class...”Zhafran menagmbil tempat di meja pensyarah dihadapan kelas.
“Good Morning Sir...”Ain turut sama menjawab.hatinya tiba-tiba berdebar kencang .Dihadapannya kini bukan lagi sekadar seorang pensyarah,tetapi telah menjadi suaminya.Wajahnya ditundukkan,sukar untuk bertentangan dengan Zhafran.Sesekali dia perasan mata Zhafran mencuri pandang kearahnya.
“Ok...hari ini saya nak bagi markah dan kertas assigment yang awak semua hantar pada saya sebelum cuti semester dulu.”Seorang demi seorang nama dipanggil ke hadapan.Ada yang melonjak gembira dan tak kurang ada yang mengeluh.Mungkin markah mereka tak seperti yang dijangka.Sampailah giliran Ain Nuraina.
“Ain Nuraina...”Lantang suara Zhafran memanggil pelajar yang kini telah menjadi isterinya.Ain Nuraina bangun melangkah ke hadapan.Kedengaran siulan dari pelajar lelaki terhadap dirinya.
“Wau...cun gile la kau Ain...”Zhafran memandang Zaril yang menuturkan kata-kata itu.Sebagai suami hatinya sedikit tersentak bila kata-kata itu ditujukan pada isterinya.Tanpa memperdulikan Zaril,Ain menagmbil kertas di tangan Zhafran“
            “Terima kasih Dr.katanya bersahaja.
'Kasih diterima...'Tapi jawapan iu hanya bergema dalam hati Zhafran.Dia ketawa didalam hati.Pengajaran hari itu diteruskan.Namun kali ini,nama Ain langsung tidak kedengaran keluar dari bibir Zhafran.Menimbulkan sedikit rasa pelik dikalangan rakan-rakan sekelasnya.
Selesai kelas kimia,mereka punya masa sehingga pukul dua untuk latihan amali dengan Profesor hamdan di makmal.Ain duduk di kerusi bawah pokok bersama Hisyam dan Asmiza.Malah Hakim turut bersama mereka.Sedang rancak berbual,telefon bimbit Ain berbunyi menandakan ada mesej masuk.

+Jumpa saya kat blk skrng.

            'Apa lagilah yang dia ni nak...'Ain bangun tiba-tiba.
            “Kau nak pergi mana?”Asmiza bertanya pelik.
            “A..aku nak pi ofis jap.Pasal surat yang aku hantar kat Dekan hari tulah...”Ain berdalih.
            “Aku ikut...”
“Eh tak payahlah.Lagipun korang nak pergi makan kan.Aku puasa hari ni.Dah settle karang aku jumpa korang kat kafe ok!”
“Ok!”Ain melangkah ke arah pejabat yang terletak selang satu blok dari fakulti.Sebaik sahaja tiba di bilik Zhafran dia terdengar satu suara wanita yang cukup dikenalinya.Dia melangkah ke arah pintu.Pintu yang terbuka memudahkan dengan jelas dia melihat Irma dan Zhafran sedang duduk di sofa bersebelahan meja Zhafran.Zhafran yang perasan kehadiran Ain segera memanggil Ain.
            “Ain...masuklah.”Dengan selamba seolah-olah tidak merasakan apa-apa,Ain melangkah masuk.
“Ada apa Dr nak jumpa saya?”Matanya dipandang kearah Irma.Hatinya semakin sakit bila melihat senyuman Irma.
            “Irma...saya ada hal nak bercakap dengan Ain Nuraina.Boleh awak keluar dulu?”
“Tapi macamana dengan apa yang saya tak faham tadi?”Katanya merengek manja.Ain semakin menyampah.
“Tak pelah...Dr setltelah dulu masalah Irma ni,lain kalilah Dr jumpa saya okMasalah si Irma ni lagi penting..”Dia cuba menyindir.
“Ain...saya nak jumpa awak sekarang.Irma nanti saya akan terangkan kali kedua apa yang awak tak faham ni dalam kelas.”Irma mengemaskan kertas yang berselerak diatas meja.
“Oklah Sir Zhafran.Saya minta diri dulu.Anyway thanks coklat tadi...”Hati Ain semakin berbulu dengan tingkah Irma.Tapi dia berlagak selamba.Sempat Irma menjelingnya sebelum keluar dari bilik Zhafran.Ain Nuraina duduk dia ats sofa sementara Zhafran bangun menutup pintu.
            “Sorry...saya tak tahu Irma nak datang bertanya soalan yang dia tak faham...”
“Nak sorry apa pulak bukan ke sebelum ni dia memang selalu jumpa Dr kat sini?hai siap share coklat lagi.She's your favorite student kan.”
            “Ain...dah dia nak coklat atas meja saya,takkan nak kata tak boleh pulak.lagipun chewing gum je tak ada mananya favorite student..”
            “Yelah...Dr memang baik hatikan.”
            “Yang Ain nak marah ni kenapa?Atau Ain cemburu tak?”
“Tak kuasa saya.Kenapa Dr nak jumpa saya ni?”Soalnya.Bimbang lama-lama disini akan menimbulkan gosip pula walaupun dia bertemu suaminya sendiri.
            “Ain buat apa tadi?”
            “Saja borak dengan As,Syam dan Hakim kat bawah pokok tu.Kenapa?”
            “Tak ada apa-apa.Saja nak tahu.”
            “Ada apa Dr nak jumpa saya?”
“Saya nak minta maaf pasal pagi tadi.Saya tak patut cakap macam tu pada Ain.”Ain Nuraina memandang lantai.Kemudian kepalanya diangkat kembali.
            “Tak pe...Dr ada hak sebagai suami saya.Saya faham.”
“Bukan saya tak bagi Ain kerja,tapi sekarang Ain dah ada saya.Saya dah janji pada ayah Cik dan abang Ikram untuk jaga Ain.Saya yang akan tanggung Ain.”
“Saya pun patut mintak maaf sebab tinggikan suara pada Dr pagi tadi.Tapi saya tak nak menyusahkan Dr.Saya tak nak Dr anggap mengahwini saya satu beban.Saya nak Dr biarkan saya buat part time.”
            “Maksud Ain?”
            “Yelah...beban kerana terpaksa tanggung saya.Dr jangan risau,saya ada PTPTN.”
“Baiklah saya izinkan Ain kerja tapi tak lebih dari sebelas malam.”Zhafran cuba berkompromi.
            “Thanks.”Balas Ain.
“Ain...sekarang apapun bayaran yang Ain kena bayar,Ain perlu beritahu saya.”Ain Nuraina hanya mendiamkan dirinya.Kata-kata Zhafran bagai satu arahan.Cuma dia tidak bercadang untuk mematuhinya walaupun dia tahu dosanya.
“Ain nak makan apa berbuka nanti?” Ain Nuraina mengangkat wajahnya memandang Zhafran
            “Nanti saya beli burger je.”
“Burger je?Kenyang ke?Tak pelah nanti kita pergi makan dekat lapangan terbang.dengar kata kat situ sedap.tak pun saya nak bawa Ain pergi Sungai Ara.Ada medan ikan bakar kat situ.”
“Tak yah lah.Buat apa nak buka puasa pergi jauh-jauh macam tu.Membazir je.”Zhafran ketawa kecil.Lesung pipitnya jelas kelihatan.
            “Ain...Ain...”Ain mengerutkan keningnya.
            “Kenapa?”
            “Nothing....”Zhafran terus ketawa.Ain Nuraina semakin pelik.
“Oklah Dr..Member saya tengah tunggu tu.So,see you at home.”Zhafran mengangguk dengan senyuman dibibirnya.Menghantar Ain Nuraina sehingga ke pintu.
“Jangan lupa balik rumah.”Pesanan dari Zhafran dibalas dengan senyuman oleh ain nuraina.Zhafran turut tersenyum memerhati langkah Ain Nuraina mnghilang.
            Disatu penjuru Irma memerhati dengan penuh rasa cemburu.Fikirannya merencana sesuatu.
SELESAI BERBUKA puasa,Ain mengucapkan syukur atas rezeki yang ALLAH swt limpahkan pada dirinya.
            “Kenapa Dr pandang saya macam tu?”Pelik dengan renungan Zhafran,dia bertanya.
            “Tak ada apa.Sikit je Ain makan?”
“Berbuka sekadar mengalas perut. Makan banyak-banyak tak larat pulak nak solat karang.”Dia bangun membawa pinggan ke dapur.Hajat Zhafran untuk membawanya berbuka diluar ditolak Ain.
Petang tadi sewaktu Zhafran belum pulang dari Universiti,Ain ke kedai membeli barangan dapur.Balik rumah,terus dimasaknya untuk berbuka.Zhafran yang baru pulang dari Universiti cuba untuk membantunya tapi ditolak Ain.
“Oklah...saya pi sembahyang dulu.” Zhafran mengangguk.Mulanya dia mengajak Ain untuk sama-sama berjemaah,tapi Ain menolaknya.

MALAM ITU....
“Kenapa?Boring?Nak keluar?Kita pergi Queensbay nak?”Zhafran bertanya bila dilihatnya Ain termenung di hadapan televisyen.
Ain Nuraina mengelengkan kepalanya. Zhafran tersenyum.Perhatiannya kembali kepada kerja-kerjanya memeriksa kertas peperiksaan pelajar tahun dua.
“Best ke jadi lecturer?”Tiba-tiba muncul pertanyaan itu dari bibir Ain Nuraina.Ain memandang Zhafran.Zhafran mengangkat wajahnya memandang Ain.
“Nak cakap best sangatpun tak juga nak cakap tak best pun tak juga.Dah kerjaya ni yang saya pilih,so kenalah suka.Kenapa?Ain nak jadi pensyarah ke?”
“Ish...tak minatlah nak mengajar ni.Balik-balik buat benda yang sama.”Zhafran ketawa kecil.
            “Habis Ain nak jadi apa nanti?”Ain menjungkitkan bahunya dengan pertanyaan Zhafran.
            “Entahlah.Saya terima apa sahaja kerja yang ada.”
            “Ain ada cita-cita lain?”
            “Banyak sangat.”
            “Antaranya?”Zhafran terus bertanya.
            “Saya nak kumpul duit banyak-banyak... lepas tu saya nak pergi satu tempat.eh...dua tempat sebenarnya...”
            “Mana tu?”
“First saya nak pergi Mesir.Nak tengok semua piramid depan mata saya then saya nak pergi India nak tengok keagungan cinta manusia...Taj Mahal.”
            “Kenapa nak pergi Taj Mahal?”
“Bagi saya tak ada cinta dalam dunia ni seteguh cinta Shah Jehan.Bagi saya Shah Jehan adalah lambang kasih sayang seorang suami pada isterinya.Malah makam yang dibinanya adalah bayangan syurga yang diambil dari Al-Quran.Amazingkan...”
“Mana Ain tahu tak ada lagi cinta seagung Shah Jehan dalam dunia ni?”Ain memandang Zhafran sebelum menjawab.
            “Mana ada lagi?Cuba cakap suami mana?”
“Mana tahu saya kot yang boleh jadi macam Shah Jehan tu...”Ain ketawa mengejek mendengar jawapan Zhafran.
“Dr nak jadi Shah Jehan?Em...jauh panggang dari api.Dah lah saya mengantuk nak tidur...”Ain bangun menuju kebiliknya.Langkah diekori dengan pandangan mata oleh Zhafran.Tiba-tiba dia tersenyum sendirian.

AIN NURAINA mengetuk pintu bilik Zhafran dengan perlahan.
            “Ain...masuklah”Kata Zhafran.Ain masuk dan duduk berhadapan dengan Zhafran.
            “Ada apa ni?Jarang Ain nak datang sini?”Dia memandang Ain dihadapannya.
            “Tak acctually nak minta permission.”
            “Permission?Pasal apa?”
            “Em...”Ain kelu untuk bersuara.
            “Ada apa ni Ain?”Zhafran kembali bertanya bila Ain kelihatan teragak-agak.
            “Saya nak minta izin nak join kelab kembara ke gunung Brinchang.”Zhafran terdiam seketika.
            “Bila nak pergi?”
            “Jumaat ni.”
            “Ok.Nanti kita pergi beli barang-barang untuk Ain bawa.”
            “Boleh ke saya pergi?”Zhafran hanya mengangguk.
            “Kenapa tak boleh pula?”
            “Thanks.....”
            “Thanks je...?Ain merenung Zhafran pelik.
            “Yelah...habis nak cakap apa lagi?”
            “Cakaplah I love You ke...I miss you ke..”Ain membulatkan matanya
            “Sorry..saya gurau je.”
            “Sayapun tahu Dr tak serius.”
            “Kalau saya serius?”Zhafran cuba menduga.Ain Nuraina terdiam.Tak ada jawapan pada soalan Zhafran.
            “Kita makan tengahari sama ye....”Pinta Zhafran.
            “Tak naklah.Apa pula kata orang nanti.”
            “Apa orang nak kata biarlah.yang penting kita tahu siapa kitakan.Lagipun Ain tak kesian saya makan seorang je.”
            “Nanti timbul gosip.Tak pasal-pasal jatuh saham Dr.Dr kan ramai peminat...”
            “Habis tu Ain tak minat saya?”Ain berfikir sejenak sebelum menjawab.
            “Em...belum lagi kot...”
            “Belum lagi tu maksudnya ada harapanlah..”
            “Dah lah merepek je.”
            “Ain...”
            “Em...?”Zhafran merenung wajah dihadapannya.
“Malam ni saya nak bawa Ain pergi satu tempat.Nak tak?”Sememangnya dia sudah merencana untuk membawa Ain Nuraina makan malam di satu tempat yang istimewa malam ini.
            “Pergi mana?”
            “Adalah...”
“Tak bolehlah Dr.Malam ni saya dah janji dengan member-member ada study group kat library.”Zhafran tersenyum cuba menyembunyikan kekecewaannya.
“.Nampaknya saya makan seorang lagilah malam ni.”Sudah beberapa malam Ain menghabiskan malamnya bersama rakan-rakan mengulangkaji dan membuat perbincangan.Malah kalau tidak,dia akan berada di coffee bean untuk part time.
            “Sorry...”
            “Tak pe...”Tiba-tiba ada ketukan di pintu bilik.
“Masuk”Jerit Zhafran dari dalam. Kelihatan Profesor Hamdan terjengul dipintu.
“Prof...”Ain memberi hormat.
“Ain...sampai hati kahwin tak jemput saya..”Ain memnadng Profesor Hamdan sebelum matanya dialihkan pada Zhafran.Melihat anggukan Zhafran meyakinkan Ain untuk berterus terang.
            “Kahwin mengejut Prof.”
“Tak kisahlah.Yang penting awak bertuah dapat Dr Zhafran ni.Dahlah handsome.. .penyayang pulak tu.”
“Yelah tu Prof.Anyway Thanks Prof.Oklah Prof...Dr...saya pergi dulu
“Hai takkan masih panggil suami dr kot Ain...”
“Dekat sini he's still my lecturer... .assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam...jawab keduanya serentak.
Menghilangnya kelibat Ain,Profesor hamdan mengambil alih tempat duduk Ain




BAB 13
ZHAFRAN menikmati makan tengaharinya seorang diri di cafeteria.Dia masih punya kelas satu jam lagi.Selalunya kalau tak ada kelas,dia akan membeli nasi bungkus dan kalau kebetulan Ain juga tak ada kelas,mereka akan makan bersama di apartment.Dia mula terasa nikmatnya bergelar seorang suami.Malah sedikitpun tidak terdetik rasa kesalnya memilih Ain Nuraina sebagai isteri.
“Hai...Sir,boleh saya duduk sini.”Irma telah ada dihadapannya bersama sepinggan nasi dan air..Zhafran serba salah.Dia tidak mahu ada yang salah sangka apatah lagi Ain.mahu tidak mahu terpaksa diizinkan Irma duduk dihadapannya.
“Sir Zhafran seorang je ke?”Irma mula memainkan peranannya.Sejak hari pertama Zhafran disini lagi,dia sudah jatuh hati pada pensyarah muda yang kacak ini.Malah dia tahu ramai lagi pelajar wanita yang meminati Zhafran.
“Seorang je.Kawan-kawan awak mana?” Terasa ingin cepat-cepat dihabiskan makanan dipinggan.Bukan dia tidak perasan beberapa pelajarnya yang turut berada disitu memandang-mandang kearah mereka berdua.Dia tidak mahu ada gosip yang boleh menyusahkan dia.
“Alah...diorang tu semuanya ada boyfriend.Pergi makan dengan boyfriend dioranglah tu.”Zhafran hanya mendiamkan diri selepas itu,membiarkan Irma sahaja yang berceloteh.

PANGGILAN TELEFON yang baru diterima sebentar tadi menggusarkan Ain Nuraina.Pantas nombor telefon Zhafran didail namun hanya mesin yang menjawab.Tadi dia ke bilik Zhafran tapi lelaki itu tidak ada.Mungkin keluar makan.
'Kat mana pulak aku nak cari mamat ni...'Dia bukanlah seorang penyabar yang sanggup tunggu lama-lama di pejabat Zhafran.Lantas dia buat keputusan untuk mencari Zhafran di sekitar cafeteria.

“HAI AIN...joint us?”Irma bersuara mengejek.Zhafran yang mendengar nama Ain disebut segera berpusing ke arah belakang.Ain Nuraina sedang berdiri memerhatikan dia dan Irma.Ain cuba tersenyum walaupun hatinya sedang menyumpah dua manusia dihadapannya ini.
            “Its..ok.Enjoy yourself.Aku baru lepas makan.”Zhafran gelisah.
            “Ain...”Panggil Zhafran perlahan.
            “Meh la Ain.Joint kitorang.”pelawaan yang dirasakan Ain adalah pelawaan yang amat tidak ikhlas dialam maya ini oleh seorang perempuan yang terhegeh-hegeh.
“Tak pelah.Aku nak jumpa Dr Zhafran jap.Boleh saya jumpa Dr jap?”Zhafran lantas bangun mengekori Ain ke etmpat jauh sedikit dari Irma.
            “Ain...”
            “Sorrylah ganggu Dr tengah dating.”
            “Apa Ain cakap ni?”Nada Zhafran marah.
“Dah lah.Malas nak perang mulut. Tadi your mom call,mama nak datang sini petang ni. Dr tunggu dekat bridge.”Ain ingin berlalu sebelum Zhafran bersuara.
            “Mama nak datang.Tak bagitahu saya pun.”
“Nak bagitahu macamana?Kan Dr offkan Phone.Almaklumlah tak nak diganggu tengah berdatingkan.”
            “Ain...apa Ain cakap ni.
“Dah lah.Pergilah.Tu mak cik tu dah semacam tengok saya.Karang ada yang bergaduh pulak.Susah pulak Dr nak pujuk.”
            “Ain...”
“Saya nak balik dulu.”Katanya pantas meninggalkan Zhafran.Zhafran memandang langkah Ain Nuraiana.Dia kembali ke meja makan.namun seleranya telah mati.Dia tahu Ain telah salah sangka terhadap dirinya.
            “Kenapa Ain nak jumpa Dr?”Irma bertanya cemburu.
            “Nothing dia bagitahu Dekan cari saya tadi.”Katanya berdalih.
“Oklah...saya nak balik ofis dulu.”Dia meneguk air tembikai seteguk dua sebelum meninggalkan Irma keseorangan.
Zhafran tidak ke pejabat sebaliknya dia terus pulang kerumah.Sempat dia menelefon Dr Rashid memintanya menggantikan kuliahnya petang ini.Sampai di basement,dia melihat kancil biru Ain sudah ada di tempat parkir.
Masuk sahaja ke bilik,Ain sedang bersolat zohor.Dia duduk dibirai katil,menantikan Ain selesai solat.
Ain membuka telekung dan disangkutkan diampaian.Sedikitpun dia tidak memandang ke arah Zgafran yang sedang memerhatikannya.
            “Ain...can we talk?”Zhafran memulakan bicara.
            “Nak cakap apa?”Kata Ain bersahaja bagai tiada apa yang berlaku.
“Pasal petang tadi.It was coincident.Saya tengah makan,Irma yang datang tiba-tiba.”Ain menyandarkan tubuhnya ke almari pakaian.
            “Kenapa Dr nak bagitahu saya pulak.”
            “Saya tahu Ain salah sangka pada saya dan Irma.”
“La...nak slaah sangka apa pulak.Kalau betul pun Dr ada apa-apa dengan dia,saya siapa nak marah.”Katanya bersahaja.
“Tak kan tak ada perasaan marah langsung dalam hati Ain?”Ain menggeleng.Zhafran bangun menghampiri Ain.Ain Nuraina rasa gelisah tiba-tiba.
“Dr...”Katanya perlahan bila tubuh Zhafran semakin mendekati nya.Haruman yang masih melekat pada tubuh Zhafran turut menyesakkan nafasnya.
Zhafran berdiri beberapa inci dihadapan Ain.Mata Ain direnung tepat.Ain cuba melarikan pandangannya.Tiba-tiba pecah ketawa dari Zhafran.Ain terpinga-pinga.
            “Saya tahu Ain cemburukan...” Katanya lantas berlalu.
“Tak guna...”Ain memnadng Zhafran yang menghilang dlaam bilik air.Dia menarik nafas panjang.Tadi Zhafran terlalu dekat dengannya. jantungnya berlari kencang.Seakan terasa nafasnya terhenti seketika.

PETANG itu,Ain menantikan kedatangan kedua mertuanya.Sejak pukul tiga lagi,Zhafran telah menunggu di jambatan Pulau Pinang kerana mertuanya tidak pernah datang ke mari.Selepas sahaja Zhafran pergi,rumahnya dikemaskan sebaik mungkin.
Bilik tetamu dibersihkan dan diletakkan cadar yang baru dibeli di SunShine tadi.Malah Ain Nuraina telah siap menyediakan hidangan petang berupa mee kari dan puding laici.Kali kedua berhadapan dengan mertuanya dia amat berdebar.Tidak mahu dipandang menantu yang tidak pandai menjaga hati.
Sesekali matanya melihat melihat penampilan dirinya di cermin.Jarang dia memakai blous.Blous kuning yang juga baru dibeli tadi dipadankan dengan seluar slack hitam yang juga baru dibeli.Selama ini dia hanya mempunyai koleksi t-shirt dan jeans.manalah dia pandai nak pakai semua ini.Walaupun sedikit rimas,namun cuba disabarkan hatinya.

JAM 3.45 PETANG,
ASSALAMUALAIKUM...”Ain tersenyum manis menyambut kedatangan kedua mertuanya.Disalami dan dia dihadiahkan sebuah pelukan dan ciuman oleh ibu mertuanya.
“Masuklah...mama,abah.”Gugup Ain tatkala panggilan itu muncul dari bibirnya.Panggilan yang sudah bertahun tidak disebutnya.Zhafran yang sedang membawa beg ibu bapanya melepaskan syukur didalam hati bila Ain mampu membawa wataknya.
“Kenapa tak pernah balik KL?”Puan Zulaikha bertanya tatkala sudah bersila diatas tikar buluh diruang tamu.
“Bukan tak nak balik ma... tapi busy sikit.Semesterkan baru je mula.”Puan Zulaikha tersenyum mendengar penerangan anak lelakinya.
            “Mama duduklah dulu.Ran nak tengok Ain kat dapur pulak.”
            “Yelah...”Balas Puan Zulaikha.
“Apasal kelam kabut ni?” Zhafran tersnyum melihat Ain tidak tentu arah menyusun gelas didalam talam.
            This is my first experient.Of courselah clumsy sikit.”Jawabnya perlahan.
“Alah...mama dengan abah tu ok.jangan risaulah.”Zhafran membantu Ain menyenduk kari ayam didalma periuk.Aromanya sahaja sudah membangkitkan seleranya.
“Mama...abah...jemputlah makan.”Ain menyenduk mee ke dalam mangkuk buat mertuanya.Zhafran senang hati dengan layanan yang ditunjukkan Ain dihadapan ibu bapanya.
            “Em,ni baupun dah sedap.”Tuan Zulkifly memuji menantu barunya.
“Alah...abah belum rasa lagi.janganlah puji dulu.Karang tak sedap karang.”Ain cuba berlucu.Ain kemudiannya menyenduk mee untuk Zhafran.
“Thanks...”Zhafran sempat mengeyit kan matanya.Ain menyumpah didalam hati.mahu tidak mahu dia terpaksa duduk disebelah Zhafran. kedudukan meja yang kecil,menyebakan kaki keduanya bertemu.
Melihat kedua mertuanya penuh berselera menikmati maskaannya,Ain tersenyum puas.Ujian pertamanya berjaya.hatinya melonjak gembira.
            “Macamana Ran layan Ain... baik tak?”Tanya Puan Zulaikha.
            “Alhamdulillah ma...”
            “Ran ni mana nak pandai layan perempuan.”Tuan Zulkifly pula menyempuk.
“Alah pandailah abah ni.Mama dengan abah berapa lama kat sini?kalau boleh tinggallah lama sikit.”Tanya Zhafran.
            “Pagi esok kami dah nak balik.”
            “Cepatnya?Kenapa?”Kali ini Ain pula bersuara.
            “Mama ni sebenarnya dari Kulim.Anak kawan abah kahwin.Tu yang terlanjur datang sini tu.”
“Kamu berdua ni tak pergi berbulan madu ke?”Ain meneguk liurnya mendengar pertanyaan ibu mertuanya.Ain memandang wajah Zhafran.Meminta lelaki itu untuk menjawab.
            “Tengoklah kalau ada cuti nanti,kitorang pergilah ma.”jawab Zhafran.
“Betul tu mama.Lagipun Ain sibuk sikit.Lagipun final exam dah tak berapa lama lagi.Abang Zhafran pun sibuk dengan kelas dia.”Zhafran memandang wajah Ain.Tidak disangka perkataan itu muncul dari bibir Ain Nuraina.Hatinya tersenyum sendiri.
“Menantu mama seorang ni banyak sanagt halnya.Tapi jangan kamu berdua merancang untuk anak sudah.Mama ni dah tak sabar nak dapat cucu tau.
            “Anak?”Sekali lagi Ain Nuraina menelan liurnya.

MALAM itu,...di bilik Zhafran.
            “Thanks sebab Ain layan mama dengan abah dengan baik.”Zhafran memandang Ain yang sedang membaca buku 100 keajaiaban Dunia diatas katil.Ain meletakkan buku tersebut disisinya.
“Dah mak mertua saya.Kenalah layan dengan baik.”katanya sambil menjeling kearah Zhafran.
            “Ain masih marahkan saya?”Dia duduk di birai katil.
            “Nak marah apa pulak?”Ain pura-pura tidak faham.
            “Saya tahu Ain marahkan pasal hal Irma tadikan.Saya tak ada apa-apa dengan dia.Percayalah.”
            “Dr tak perlu nak yakiinkan saya.Saya tak marahpun.”
            “Kalau tak marah kenapa Ain sindir saya?”
            “Bila masa saya sindir Dr?Saya cakap kenyataan.Bukannya saya buat gosip ke apa ke?”
            “Ain...benda tu tak seperti Ain fikirkan...”
            “Lelaki Dr,tak ada isteri temankan...carilah yang lain.”
            “Ya AllAH...saya bukan macam tu lah...cik Ain.”Ain memandang wjaha Zhafran.Tiba-tiba ketawanya tercetus.
            “Kenapa Ain ketawa?”Zhafran mengerutkan keningnya.
            “Nothing...Oklah nak tidur dulu,good night.”Gebar ditarik menutupi kepalanya.
            Zhafran tersenyum sendiri.

AIN, aku tengok hang sekarang ni berseri semacam je?Apasal ha?”Ain memandang wajah Ikmal.
            “Nak berseri apa pulak...aku biasa je lah.Apsal kau ingat aku ada pakai ubat guna-guna ke?”
            “Dak la...mana nak tau kot-kot hang baru cucuk susuk ke...”Ain membulatkan matanya pada Hisyam.
“Kepala hotak kau Syam.Kau ingat aku tak takut nak mati ke pakai susuk ni.”Ain memandang Asmiza yang sedang sibuk mencatat hasil eksperimen mereka diatas kertas.
“Dapat tak nilainya?”Ain memerhatikan kertas ph diatas meja.Kertas berwarna putih itu telahpun bertukar ke warna merah.Cuma dia tidak pasti nilai bacaannya.
“Hang tengok jap Syam.”Ain memanggil Hisyam.Hisyam menghampirinya.Melihat sesuatu dibawah mikroskop.Kemudian,dia mencatit sesuatu diatas kertas.
“Ada masalah ke?”Suara sergahan dari arah belakng benar-benar memeranjatkan Ain.Dia mengurut dadanya yang gemuruh melihat Zhafran yang tersenyum dibelakangnya.
“Ok semua Sir.Tak ada masalah.Kami kan pakar Kimia...”Zhafran tersenyum pada Hisyam.Memang tidak dinafikan kumpulan Ain selalu berada ditempat teratas didalam kelas.
            Ain hanya merenung bikar kaca diatas penunu bunsen.
“Ain...are you ok?Boleh buat?”Pertanyaan Zhafran hanya dijawab dengan anggukan oleh Ain.Zhafran memamndang seketika pada Ain sebelum berlalu ke meja pelajarnya yang lain.
“Wei Ain,betui ka apa aku dengar ni?Macamana Dr Zhafran buleh baik snagat dengan Hang?Kalau tak ada je yang tak kena.”Hisyam duduk diatas kerusi mengadap Ain.
            “La..tu pun kau nak hairan.Biasalah tu.Dia mana berani nak marah aku sangat.”
            “Hang pancit tayar kereta dia ke Ain?”Ikmal pula memberi pendapat.
“kau ingat aku ni jahat snagat ke Mal?Aku pun tak tahulah pasal apa dia berubah angin macam tu.Dah lah malas aku nak cakap lagi.Boringlah...buang masa je.”Dia sebolehnya tidak mah hal Zhafran dipanjangkan.Dia tidak mahu andai tersilap kata kisah dia dan Zhafran diketahui semua orang.

'AIN.........”Ain Nuraina berpaling kearah suara yang memanggil namanya.Lama wajah itu ditatapnya sebelum...
“Hamidi?”Terkejutnya bila bertemu dengan hamidi sekali disini.Hamidi menghampiri Ain Nuraina.
“Hai...Ain.Apa khabar?”Hamidi menghulur kan salam.Ain menyambutnya kaget.
            “You buat apa kat sini?”Soalnya kembali.
“Acctually I bawa student I.Diorang ada perlawanan Rugby dengan Sekolah Menengah Sg Nibong.Dah terlanjur,terus datang sini.Lamakan kita tak jumpa..”
            “Dah dekat setahun.You apa khabar? Makin sihat I tengok.”
“Alhamdulillah...Er..Ain,boleh kita pergi minum?”Ain Nuraina berfiir seketika sebelum menyetujui rancangan Hamidi untuk minum di cafe Universiti.Rasanya tak salah kalau dia cuma menemani hamidi minum di cafe.
            Lama mereka berdua berbual.
            “I always remember You Ain.Tak boleh nak lupa...”
            “Ham...apa yang berlaku dulu dah lama berlaku.Sepatutnya You dah buang I dari hati You.
            But I can't.Kenapa You tinggalkan I Ain?Apa salah I?”
            “You tak salah apa-apa.You baik sangat.I tak layak untuk You Ham.Antara kita dah tak ada apa-apa.”
“Tapi Ain.....I rindukan You.”Ain Nuraina memandang wajah hamidi yang penuh mengharap dihadapannya.Simpatinya datang pada hamidi.

“Eh,tu Ain kan?”Zhafran memandang ke arah ditunjukkan Hisyam.Kelihatan Ain bersama seorang lelaki sedang minum di cafe.Tapi dia tak pernahpun melihat lelaki itu sebelum ini.
            “La...tu bukan hamidi ke?”Zarul menyampuk.
            “Ye la...Hamidi la tu.Dia buat apa kat sini?”
“Siapa hamidi?”Zhafran bertanya.Tadi dia sengaja mempelawa kedua-dua pelajarnya ini untuk bersamanya minum di cafe.
“Hamidi tu ex-boyfriend Ain.Dah lama dah diorang berkawan.Rasanya sejak tahun dua lagi.Hamidi tu dah jadi cikgu sekarang ni.Hai takkan diorang sambung balik kot.”Zarul menyiku Hisyam.kata-kata Zarul mengundang resah dalam diri Zhafran.
“Tak tau lah aku.Ain tak dak ceritapun.Tapi dulu memang hamidi tu dok pujuk dia sambung balik.Tapi Ain tak mau.Tak tau lah sekarang kalau hati Ain dah terbuka balik kat hamidi.Tapi Ain tu hang taulah...kalau dia dah kata tu..tu lah.”Tambah hisyam.
“Lama ke diorang bercinta?”Zhafran mencungkil rahsia sedangkan hatinya sudah tidak keruan.
“Setahun je kot.”Balas Hisyam. Zhafran sudah tidak mendengar kata-kata Hisyam lagi.Seluruh tumpuannya kini hanya pada pasangan yang duduk di penghujung cafe.
            “Ain...fikirkanlah apa yang I cakap ni.I ikhlas menyayangi you.”
            “Ham..tolonglah faham.I tak boleh menyintai You.”
“I bagi you masa untuk berfikir.I tunggu jawapan You Ain.”kata hamidi.Ain memicit kepalanya selepas hamidi meninggalkannya di cafe.Dia bangun mencapai beg sandangnya dan terus meunju kekeretanya.
ZHAFRAN membuka pintu  menggunakan kunci pendua.Di ruang tamu Ain Nuraina sedang lena bersama pakaian yang dipakai sewaktu kuliah tadi.Beberapa helai kertas berselerakan disebelahnya.Zhafran meletakkan begnya di atas meja.
Kertas-kertas yang bertaburan dikutip dan diletakkan diatas fail Ain.Dia memandang wajah Ain nuraina.Wajah itu kelihatan amat letih.Ain Nuraina lebih banyak tidur sekarang ini.Katanya dia cepat letih.Bunyi telefon bimbit Ain Nuraina mengejutkan Zhafran.
            One message received.Melihat Ain yang masih tidur Zhafran membuka mesej tersebut.Dari hamidi.
+Ain...you're part of my life.I miss u.tlglah balik pd I
Entah kenapa mesej itu bagai mengundang kemarahan yang maha hebat dalam hati Zhafran.Mahu sahaja telefon bimbit itu dibaling keluar tapi akalnya masih waras.Telefon itu diletakkan kembali disisi Ain setelah mesej dari hamidi tadi dipadam.Dia bangun mahu menuju ke bilik..
            “Dr...”Kelembutan suara Ain memanggil namanya membuatkan kemarahannya reda.
            “Ain letih ke?”Ain hanya mengangguk dalam mata yang separuh terbuka.
            “Ain rehatlah.saya nak mandi dulu.”Mata Ain kembali terpejam.Dia terlena lagi.
            Zhafran mengejutkan Ain untuk sembahyang maghrib.
            “Ain...Ain...”Panggilnya kuat.tapi Ain Nuraina langsung tidak bergerak.
            “Ain...digoncangnya tubuh Ain perlahan. Namun tubuh Ain terasa panas.Sah lah Ain demam!
“Ain...Ain demam ni.”Ain membuka sedikit kelopak matanya.Kepalanya terasa begitu berat. Zhafran pantas berlari ke bilik dan keluar semula bersama sehelai selimut.
“Ain...kita pergi klinik ye.”Tangannya memicit-micit kepala Ain.Ain menggeleng.Tanda dia tidak mahu ke klinik.
            “Tapi Ain demam ni.”
            “Tak pelah...Ain dah makan panadol tadi.”Jawab Ain lemah.
“Saya buatkan bubur ye...”Ain Nuraina menggeleng.Tekaknya tidak berselera untuk makan.Sakit di kepalanya begitu kuat.Malah semua sarafnya terasa kejang.
            “Habis Ain nak makan apa?Perut tu kosong.”
“Tak ada selera.”Jawabnya perlahan. Zhafran membasahkan tuala kecil dan diletakkan diatas dahi Ain.
            “Kita tidur dalam bilik ye...”
“Ain tak larat....”Zhafran tersedar Ain tidak lagi menggunakan perkataan saya sebaliknya membahasakan dirinya sebagai 'Ain.'Dia tersenyum kecil.
“Saya angkat Ain ye...”Ain hanya membiarkan tangan sasa Zhafran mengangkat tubuhnya ke dalam bilik.Dia benar-benar tidak berdaya.Ain dibaringkan diatas katil.
            “Ain nak tukar baju?”
            “Tak pelah.Nanti Ain buat sendiri.
            “Macamana boleh demam ni?”Tanya Zhafran.
            “Dah nak demam manalah nak tahu macamana boleh kena.Apa punya soalan la...”Ain masih menjawab walaupun matanya terpejam rapat.Zhafran ketawa kecil.
            “Ain...Ain...tak berubah.”
Malam itu buat pertama kalinya Zhafran tidur bersebelahan Ain Nuraina diatas satu katil.Dia risau bila panas Ain semakin kuat.Ain sudah lena disebelahnya setelah menelan dua biji panadol tadi.Wajah Ain yang sedang lena ditatap sepuas hatinya.'Bukan senang nak dapat peluang macam ni...fikirnya sendiri.'
Zhafran kembali berbaring disisi Sesekali dia beristighfar...jauhkan godaan dari dirinya.Walaupun kadang-kadang imannya turut goyah.Dia bukan malaikat.Ain tetap halal pada dirinya.Tapi dia tak akan melakukan sesuatu yang akan mengundang kemarahan Ain...Akhirnya dia turut sama terlena.
            Zhafran terjaga ditengah malam itu ketika terrdengar Ain menjerit.
            “Ain...”Panggilnya perlahan.
            “Ibu....jangan tinggalkan kak yang.kakYang nak ikut ibu...ibu tunggu kak yang...”matanya masih terpejam.Sah lah Ain sedang bermimpi.
            “Ain...tubuh Ain digoncang perlahan. Ain terjaga dari tidur,lantas tubuh Zhafran dipeluk kuat.Zhafran terkedu seketika.
            “Ain...”Dia memandang wajah Ain yang keletihan.Ada airmata bergenang di matanya.
            “Ain...mimpi ibu.Dia datang pada Ain.Ain nak ikut ibu.Ain rindukan ibu...”Ain Nuraina teresak-esak seperti anak kecil.
“Syy...itukan mimpi je.Ain tidur ye.”Zhafran membaringkan Ain kembali diatas katil.Kepala Ain diusap perlahan.Ain Nuraina mengangguk seketika sebelum tertidur semula. Hatinya menjadi belas pada Ain.Betapa dia tak pernah menyelami apa yang ada didalam hati isterinya itu.Pelukan dari Ain sebentar tadi benar-benar menggegarkan imannya.Dia tersenyum sendiri.

KEESOKANNYA....
            “DR tak ada kuliah ke hari ni?”Ain bertanya bila dia sedar tengahari itu dan melihat Zhafran masih ada di ruang tamu.Demamnya hampir kebah.Cuma sakit kepalanya masih terasa.Zhafran tersenyum memandang Ain Nuraina.
            “Isteri saya demam,macamana saya nak pergi mengajar.”Ain membaringkan dirinya dihadapan televisyen.Selimut yang dibawa ditarik ke paras dada.
            “Ain nak makan?”Ain menggeleng.
            “Kesian Dr,pasal saya Dr tak pergi kerja.”
            “Tak pe...Ain lagi penting pada saya.”Ain memandang televisyen yang sedang menyiarkan berita gempa bumi di Indonesia.
            “Panas badan dah kurang?” Zhafran bertanya.
            “Dah kurang sikit.Sakit kepala je belum hilang.”Tiba-tiba telefon bimbit Ain berderimng.
            “Hello...waalaikumusalam..ayah cik.”Ain terjerit kecil bila yang menelefonnya adalah ayah ciknya.
            “Kak Yang sihat...Zhafran  pun sihat.” Entah kenapa Zhafran terasa ada satu perasaan halus bila namanya meniti dibibir Ain.
            “Ye ke?Bila?InsyaAllah kalau tak ada apa-apa nanti kak Yang balik dengan abang Zhafran.”Sekali lagi kata-kata Ain mnyentak hati Zhafran.Alangkah baiknya kalau kata-kata itu diteruskan Ain.
            “Ok...kirim salam kat semua ye.Bye.”Ain mematikan telefon bimbitnya.
            “Kenapa ayah cik call?”Ain tersenyum memandang Zhafran.
            “Ayah Cik suruh kita balik. Yuna nak bertunang 26 haribulan ni.”
            “Ain nak balik?”Zhafran bertanya.
            “Mestilah.Kalau Dr tak nak balik pun tak pelah.Saya boleh balik seorang..”Zhafran ketawa kecil.
            “Ada ke saya kata tak nak balik?Ok kita balik sana,tapi lepas tu kita balik rumah mama kat KL kejap ye.”Ain terdiam seketika.Balik rumah mak mertua?
            “Kenapa?Ain tak nak balik?”Giliran Ain pula tersenyum.
            “Ada ke saya cakap tak nak balik?Tu kan rumah mak mertua saya juga...”Zhafran tanpa sengaja menarik hidung Ain Nuraina.Ain Nuraina tersentak. Seketika masing-maisng memnadng ke arah lain.

















BAB 14
PERTAMA kali melangkah masuk ke rumah mertuanya di Subang jaya,Ain bagaikan bermimpi.Ternyata Zhafran bukan anak orang sebarangan.Dia sendiri tidak pernah tahu kalau ayah mertuanya mempunyai syarikat pembianaan sendiri yang kini diuruskan oleh anak sulungnya,abang Zhafran iaitu Zakuan.Ain seronok disini bila semua keluarga mertuanya melayani dirinya dengan baik.malah sedikitpun dia tidak merasa kekok berada disini.
Memasuki bilik yang selama ini menjadi peraduan Zhafran,dia sedikit kagum.Melihat deretan bubu-buku di almari,dia semakin mengerti kegemaran Zhafran yang suka membaca.Katil peraduan Zhafran dihias indah bagai katil pengantin.Mungkin ibu mertuanya yang lakukan bila mengetahui mereka akan pulang.
Disatu sudut didinding,kelihatan dua buah gambar berbingkai emas sepanjang satu kaki.Dia membaca tulisan di bawah gambar tersebut.Gambar tersebut adalah gambar sewaktu Zhafran menerima konvokesyen ijazahnya di Universiti Malaya dan Ijazah kedoktorannya di Universiti Of Kent,England.Segak berjubah.
Seketika Ain membayangkan saat dirinya menyarung jubah konvokesyen nanti.Hari yang dinantikan itu akan tiba juga suatu hari nanti.Cuma yang dikesalkan,ayah dan ibu tidak dapat bersmanay.Malah abang Ikram juga pasti tidak bersmanaya.Hatinya sedikit sedih.
“Lama tengok?Dah berkenan ke?” Tanpa disedari Zhafran sudahpun masuk ke bilik.
“Tak ada maknanya nak berkenan.”Ain kembali duduk dibirai katil.Zhafran turut sama disebelahnya.Dia tersenyum pada Ain.
            “Ain nak mandi pergilah dulu.”Ain menggeleng.
“Kejap lagilah.”Sebenarnya dia sentiasa segan bila berduaan dengan Zhafran didalam bilik.Apatah lagi dalam bilik yang bagai bilik pengantin ini.
            “Ain..”Ain berpaling pada Zhafran. Mata mereka bertentangan.
            “Ada apa?”
“Nothing.Saya nak mandi dulu.”Zhafran mencapai tuala dan lantas berlalu.Ain menarik nafas sebaik sahaja Zhafran menghilang.Kadang-kadang sikap Zhafran membuatkannya keliru sendiri.
Keluarga besar Zhafran memang meriah dengan senda gurau dikalangan adik beradiknya .Bagaikan berjanji semua ahli keluarga berkumpul malam tu.
“Em,kak Ain,abang Ran layan kak Ain ok tak?”Zana adik Zhafran yang seusianya bertanya tatkala semuanya berkumpul diruang tamu selepas makan malam.Ain memandang seketika pada Zhafran disebelahnya.
            “Ok.First class layanan.”Ain perasan bila mata Zhafran mengerling kearahnya.
“Ran tu bukan apa Ain.Orang tak pernah ada awek.Kitorang dulu masa mula dia cakap nak kahwin,gabra juga.Bukan apa Ain,tak pernah dengarpun bercinta alih-alih nak kahwin.”Zhafran membaling bantal kecil kearah Zakuan.Ain turut sama ketawa.
“Pandailah along tu.”Balas Zhafran.Ain menyandarkan tubuhnya ke sofa tanpa menyadari Zhafran melatakkan tangannya dibelakang.Saat kepalanya menyentuh lengan Zhafran,dia sedikit terkedu.namun dibiarkan sahaja.
“Betul kata along tu Ain.mama masa dia suruh pergi minang Ain,berkali-kali tanya dia balik.Pasti ke nak kahwin ni?Boleh ke jaga anak dara orang.”Ibu mertuanya menambah apa yang dikatakan abang Zakuan sebentar tadi.
“Ni akak nak tanya sikitlah.Macamana korang boleh bercinta ni?Agaknya tengah mengajar tu sempat lagi main mata.”Zarith kakak kedua Zhafran pula bertanya.
“Yang tu kak Zarith kena tanya orang sebelah ni.Dia yang meminang Ain,bukan ain pinang dia...”Zhafran tersenyum mendengar jawapan Ain.Ada rasa bahagia bila Ain boleh bercampur bersama ahli keluarganya.
Ain tersentak bila tangan Zhafran berada di jemarinya.Ada debaran menggila didadanya.Ingin direntap tangannya tapi dia perlu menjaga maruah Zhafran.
“Nak buat macamana dah jodoh.Kan Ain?”Zhafran memandang Ain.Ain hanya menjungkitkan bahumya.Tangan mereka masih bertaut.Dan Zhafran membawa jemari Ain ke bibirnya dihadapan ahli keluarganya.Wajah Ain kemerahan menahan malu.
“Yelah takkan baru dua bulan mengajar kat situ dah saling terpikat.Lepas tu nak kahwin tak sempat-sempat.”Bidas Zana dalam nada bergurau.
“Entah!Ain tak pernahpun pikat dia.Kalau Zana nak tahu,abang Zhafran ni dalam kelas selalu marah kan Ain.Ada je salah Ain yang dia cari.”
            “Alah...cinta tak kenal siapa.Betul tak papa?”Zhafran mengejukan soalan pada bapanya.
“Betul tu.Masa papa dengan mama kahwin dulupun,kitorang tak pernah berjumpa apatah lagi nak bercinta.Sebenarnya bercinta lepas kahwin ni lagi seronok.Nak buat apapun tak ada sapa yang marahNak pegang sikit ke,pegang banyak ke....”Semua keluarga ketawa mendengar bicara Datuk Zulkifly.
Sepanjang waktu berbual Zhafran langsung tidak melepaskan jemari Ain.Ain sedikit rimas.Cuba dilonggarkan pegangan namun pagangan Zhafran semakin kejap.Akhirnya Ain hanya membiarkannya sahaja.Pakej tiga hari dua malam dirumah mertua sesuatu yang mengembirakan hati Ain.Malah Zhafran turut berterima kasih padanya kerana mampu menerima keluarganya.mereka akhirnya kembali semula ke Pulau Pinang.

HARI KETIGA BELAS DI RUMAH ZHAFRAN...
            Ain menghentikan kerjanya.Dia memandang Zhafran yang asyik menonton filem Forbidden Kingdom lakonan jackie Chan dan Jet Li dari dvd yang di beli petang tadi.Dia bangun dan duduk bersila di sebelah Zhafran yang sedang berbaring.Zhafran yang menyedari kehadiran Ain disisinya memandang wajah Ain.Dia tersenyum.
            “Dah siap kerja Ain?”
“Belum.Lain kali bagilah kerja yang senang sikit.”Komennya pada Zhafran.Zhafran ketawa kecil.
“Kalau nak kerja senang,itu bukan belajar namanya.Apa yang Ain tak faham...nak saya terangkan?”
            “Tak payahlah.”
            “Betul ni?”Ain hanya mengangguk menandakan dia mampu selesaikan tanpa bantuan Zhafran.
“Esok saya dah nak balik rumah.” Konsentrasi Zhafran pada pertarungan di kaca tv terhenti. Matanya memandang Ain.
            “Maksud Ain?”
“Esokkan Nina dah balik.Jadi saya kena balik rumah saya lah.Kat depan ni.”Zhafran terdiam seketika.Dia hampir terlupa yang Ain cuma menumpang disini sementara menunggu Nina balik dari Bali.
            “Kalau Ain terus duduk kat sinipun,tak salahkan.”
            “Apa Dr cakap ni?”
            “Ainkan isteri saya.Kenapa kita perlu tinggal asing-asing?” katanya perlahan.
            “Dr...saya rasa kita dah bincangkan hal inikan.Jadi buat apa nak ungkit lagi.”
“Dah itu keputusan Ain...saya tak mampu nak halang.”Ain menarik nafas perlahan.Dia bangun semula ke tempat kerjanya.Tapi fikirannya gagal ditumpukan pada tugasan.Sesekali dia memandang Zhafran yang kelihatan begitu kusyuk menonton.lantas dikemaskan semua barangnya dan dia masuk kebilik.
Sebaik sahaja Ain meninggalkannya diruang tamu,Zhafran menekup wajahnya.Dua minggu dia tinggal sebumbung dengan Ain Nuraina.Fikirnya Ain akan mula menerimanya sebagai suami.Tapi rupanya Ain Nuraina bukanlah seperti difikirkannya.Hatinya keras membuat keputusan.Dia tidak mampu menghalang kalau itu kehendak Ain Nuraina.

SEKEMBALINYA Nina dari Bali, bermula episod baru pada Ain.Bila Nina bertanya dimana dia tinggal sebelum ini,katanya menumpang seketika dirumah sewa As.
            “Ni aku belikan cenderamata dari bali.”Nina menghulurkan bungkusan kertas yang tertulis VISIT BALI kepadanya.Ain menyambutnya dengan senang hati.
            “Apa ni?”Sebuah arca yang diperbuat dari kayu jati berbentuk hati dikeluarkan dari dalam beg kertas.
            'Wow...cantiknya.Pandai kau pilih untuk aku.Thanks Nina..”
            You're welcome.”
            “Best tak Bali?”Soal Ain lagi.
“Best sangat.nanti kalau aku kahwin,aku nak ajak husband aku honeymoon kat sana.Romantiklah tempat dia..Ain!”Ain tersenyum melihat gelagat Nina.
            “Hai kopaklah duit nazrul...”
“Eh,dia nak kahwin dengan aku,kenalah sedia duit banyak-banyak.”Ain menggeleng kepalanya.
            “Kau ni betullah Nina...”
            “Ain...aku laparlah.Jom kita keluar makan.Aku belanja.”
            “Aku malaslah.Kau je lah keluar.”
“Alah...jom lah Ain.”Tangan Ain ditarik Nina.Mahu tidak mahu terpaksa diturut Mereka ke padang Kota menjamu selera.Tiba-tiba kenangan sebelum dia berkahwin dnegan Zhafran dulu disini datang kembali.
            “Sedap betullah makanan kat sinikan Ain?”Nina mengelap mulutnya dengan sehelai tisu.Ain tersentak dari lamunannya.
“Kau ni macam tak makan sebulan.”Komen Ain bila dilihatnya Nina begitu berselera.Tiba-tiba dia teringatkan Zhafran.'Sudah makan ke lelaki itu?Selama dua minggu,dialah yang menguruskan makan minum Zhafran.Alah...dulupun dia seorang diri juga...'
            “Dah..jomlah balik.”
            “Ok”nina memanggil pelayan bagi menjelaskan bayaran makan malam mereka.
“Eh Ain,kau drop aku kat CC je lah.AKu lupa pulak aku ada janji dengan Nazrul nak jumpa dia malam ni.”Ain memandang kearah Nina.
            “Habis tu kau balik macamana?”
            “Its ok.Nazrul hantar aku nanti.
            “Jangan lewat sangat balik.”Ain mengingatkan.
“Ok.Aku tahulah.”Ain membelok keretanya berhadapan cybercafe berhampiran apartment mereka.
“Jangan balik lambat.”Ain menginagtkan Nina sekali lagi.Nina kalau dah jumpa buah hati memang tak ingat rumah dah.apatah lagi dua minggu tak bersua.Tapi Ain tahu Nina pandai menjaga kehormatan dirinya.
“Ok”Selepas Nina masuk ke dalam CC,Ain memandu pulang.Tapi entah kenapa fikirannya melayang kepada Zhafran.

NASI BUNGKUS yang sudah habis dimakan,dibuang didalam tong sampah.Sebaik sahaja meneguk air,kedengaran loceng pintu berbunyi.
            'Mesti Ain.'Zhafran dengan pantas membuka pintu.namun....
“Irma?Apa awak buat kat sini?Malam-malam ni?Macamana awak tahu rumah saya?”Melihat Irma yang datang bersama bungkusan KFC,Zhafran menjadi pelik.
“Saya pergi rumah sepupu saya kat tingkat satu tadi.Dah terlanjur teruslah datang sini.Ni saya ada bawa KFC untuk Sir Zhafran.”Tangannya mengangkat bungkusan KFC dihadapan Zhafran.
            “Tapi saya baru lepas makan.”
“Alah..takkan tak sudi kot Sir.Penat tau saya beli nak hantar dekat Sir Zhafran.Ambillah.”Zhafran mengeluh kasar.
            “Thanks....”
            “Sir tak nak jemput saya masuk ke?”Manja suara Irma meminta.
            “Saya tinggal seorang Irma.Tak elok kalau orang tengok.
            “Ok...Tak pe.”Tiba-tiba...
            “Ehem...ehem....”
“Eh Ain,kau buat apa kat sini?”Zhafran turut memandnag Ain/'Alamak.. .masalah lagi....'
“Aku?Apasal kau nak tanya aku pulak?Dah ni rumah aku.Nak balik rumah lah!Yang kau buat apa kat sini?Kau menyewa kat sini juga ke?”soalnya bagai tiada berperasaan.
“Aku datang hantar makanan kat Dr Zhafran.Lagipun Dr Zhafran tinggal seorang.Tak ada orang yang nak tolong masak.So,aku hantarlah.”
“baiknya hati kau.Bertuah Dr,calon isteri pilihan.Prihatin sungguh.”Zhafran cuba mencelah,tapi sempat dipotong Ain.
“Aku masuk dululah.!”Ain membuka kunci rumahnya.namun telinganya sempat menangkap suara Zhafran pada Irma.
            “Awak baliklah dulu.”
            “Ok.Bye sir...”Irma melambai kan tangannya pada Zhafran.
Setelah Irma menghilang kedalam Lif,Zhafran meletakkan bungkusan KFC di atas meja.Telefon diambil dan satu mesej dihantar kepada Ain.
+Datang sini sekejap.
            Beberapa saat kemudian dia menerima balasan mesej dari Ain.
+penat...nak tidur.Selamat malam.
Zhafran tidak puas hati.lantas dia ke rumah Ain.kuat pintu di ketuk.lama kemudian,baru Ain membukanya.
            “Ada apa?”
            “Ain...saya nak cakap sikit dengan Ain.Masuk rumah kejap.”
            “Saya penatlah.Mengantuk.nak tidur. Nak cakap apa-apa esok je lah.”Ain ingin menutup pintu,tapi dihalang oleh Zhafran.
            “Apa yang Ain nampak tu tak macam yang Ain fikirkan.”
            “Apa yang saya nampak dan apa yang saya fikirkan?”Soalnya kembali.
            “Saya pun tak tahu macamana Irma boleh datang rumah saya.”
“Baguslah dia datang.Ada orang yang boleh jaga makan minum Dr kan.”Tanpa sempat dihadang,Ain cepat-cepat menutup pintu rumah.Ketukan Zhafran tidak diendahkan lagi.Dia menutup telinganya dengan bantal.
Ain memandang bungkusan nasi kandar yang dibeli buat Zhafran tadi.sangkanya Zhafran masih belum makan.Tapi apa yang berlaku sebentar tadi...amat meyakinkan dirinya.,Zhafran tidak ikhlas mengahwininya.Memang betul kata teman-temannya Irma memang menaruh hati pada Zhafran.Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
+Irma tdk pnh ada dlm hdup sy.percayalah...Ain Nuraina.
Sedikitpun kata-kata dalam mesej tersebut tidak menyentuh hatinya.Bagi dia Zhafran pandai berpura-pura.baik dihadapannya hakikatnya....dia membiarkan mesej Zhafran tanpa balasan.
            Komputer ribanya berbunyi.Dipaparan email,Naruto baru sahaja menghantar mesej.
NARUTO:Hi Keroro,buat apa?
Ain tersenyum.Sekurang-kurangnya sakit hatinya sedikit menghilang dengan mesej dari Naruto.
KERORO:Baru balik makan.Naruto dah makan?
NARUTO:Baru lepas.Macamana hari ini?Ada apa-apa yang berlaku?
KERORO:memang bad day.awak tahu tadi saya belikan suami saya nasi bungkus rupanya dia tengah syok berdating dengna kawan saya.siap perempuan tu bawa KFC untuk dia lagi.Sia-sia saya risau kononnya dia tak makan lagi.memang menyakitkan hatilah...
NARUTO:Ha 3X.janganlah berprasangka buruk.mungkin dia ada alasan sendiri.jangan-jangan awak cemburu tak?
KERORO:Cemburu?Tak ada maknanya.meluat adalah.
NARUTO:Ok kalau perkara itu menyakitkan hati,kenapa tak lupakan.jangan ingat lagi dan beri perhatian pada perkara lain.
KERORO:Thanks Naruto.tadi abang saya hantar email.dia cakap tak lama lagi dia nak balik bercuti.tak sabar nak jumpa dia.
NARUTO:Saya happy kalau awak happy.
Ain terus berbicara dengan Naruto dalam dunia maya mereka.Ain tidak menafikan kehadiran Naruto selama dua tahun ini banyak membantunya.Naruto seorang kawan yang baik.selalu memberi nasihat dan sentiasa menyokongnya.

SEBULAN KEMUDIAN...
SUDAH SEMINGGU Zhafran tidak bertemu Ain Nuraina kerana berkursus di Langkawi.Rantaian mesej yang dihantar kepada Ain langsung tiada balasan.malah panggilan telefonnya pun tidak berjawab.Rindunya mula menjelma dan baru dia tahu betapa sakitnya rindu itu.
Zhafran memerhatikan  tiga kuntum bunga Kristal yang dibeli di langkawi sebagai tanda mata buat Ain Nuraina.Esok,akan diberi sendiri pada Ain di kampus.Zhafran tersenyum sendiri. Esok rindunya akan terubat.

GOOD MORNING CLASS....” Zhafran memulakan hari tu dengan masuk ke dewan kuliah.
“Good Morning Sir.”Matanya memeriksa kedatangan yang diletakkan diatas mejanya.Namun sesaat matanya mencari kelibat Ain Nuraina.Namanya kosong menandakan Ain Nuraina tidak hadir ke Kuliah hari itu.satu demi satu wajah didalam kelas itu diperhatikan namun, bayangan Ain langsung tidak kelihatan.Dia gusar.Ain berhenti lagi ke?Takkanlah sebab peristiwa Irma menghantarnya makanan Ain nak berhenti.Memang tidak masuk akal.
            Pen marker diambil dan dia mula menulis.Saat pelajarnya sedang asyik menyalin nota di whiteboard,dia menghantar sms kepada Ain.
+Whr r u?Knp x msk kelas?
            Butang send ditekan.namun masih tiada balasan dari Ain.
            Selesai sesi pembelajaran, Zhafran mendapatkan Asmiza.
            “As,awak tahu Ain kat mana sekarang?”Wajah Asmiza keruh.
            “Sir Zhafran belum tahu?”
            “Tahu?Tahu apa?Ain berhenti lagi ke?”Asmiza menggeleng.
            “Sir...Ain kat hospital sekarang.Dah lima hari dia kat sana.”Terjatuh pen marker yang dipegang Zhafran.'Hospital?'perkataan itu bergema di telinganya.
            “.Kenapa?”
            “Dia demam panas.Suhunya mencecah sampai 40 darjah.Saya dengan Syam yang hantar dia ke hospital.Kesian dia sampai nak bangun pun tak larat.Housemate dia call saya pukul 2.00 pagi.Ain muntah teruk.”Zhafran memejamkan matanya rapat-rapat.Kesal kerana berada jauh dari Ain saat dia dia diperlukan.
            “Sir...”Asmiza teragak-agak untuk bercakap.
            “Ada apa As?”
            “Maaflah saya..bukan nak masuk campur hal Sir dan Ain.Tapi sebagai kawan....”Asmiza teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
            “Saya rasa awak tahu apa yang berlaku kan As.”Asmiza mengangguk.
            “Tapi Ain tak sengaja cerita pada saya.waktu saya tolong dia kemaskan barang-barang saya terjumpa kad Nikah dia dan Sir Zhafran.Dia terpaksa ceritakan pada saya agar saya tak slaah sangka.”
            “Its ok.Saya pun tak kisah kalau orang tahu.Cuma Ain yang minta saya rahsiakan.kalau ikutkan saya,saya nak satu universiti tahu hubungan saya dan Ain.”Zhafran mengeluh seketika.
            “Ain tu baik sangat Sir. Kadang-kadang apa yang keluar dari mulut dia,tak sama apa yang ada dalam hati dia.”
            “Saya tahu Asmiza.Saya dah mengenali siapa sebenarnya Ain Nuraina.As...dia kat hospital mana?”
            “Hospital besar.Wad 8-B.Sir pergilah tengok dia.Lepas habis kuliah nanti saya dan syam pergi.”Zhafran mengangguk.Dia ingin segera bertemu Ain.

HOSPITAL BESAR PULAU PINANG....
            “YE Encik,ada apa saya boleh tolong?”seorang jururawat yang bertugas di kaunter wad 8-B menyoal Zhafran.
            “Saya nak lawat isteri saya.”Jawab Zhafran.
            “Nama isteri encik?”Soal jururawat tersebut kembali.
            “Ain Nuraina bt Ismail.”Jururawat bernama Aisyah itu menyemak senarai nama pesakit di wad tersebut.
            “Isteri encik ada di katil 23.Bilik perseorangan.Kat depan tu”Zhafran mengikuti arah yang ditunjukkan Jururawat tersebut.Dikiri kanan katil dipenuhi pesakit.
            Masuk sahaja dipintu,sebujur tubuh sedang terbaring lesu.Kedua-dua lengan Ain dicucuk drip untuk dimasukkan air.Zhafran duduk dikerusi ditepi katil.Wajah Ain dipandang dengan penuh perasaan.hati lelakinya tersentuh.
            Tiba-tiba masuk seorang doktor menghampiri Zhafran.
            “Ran?”Zhafran menoleh.
            “Man??Tanpa diduga sahabat lamanya bertugas disini.Keduanya berjabat salam.
            “Kau buat apa kat sini?”Luqman juga terkejut sahabat seuniversitinya berada disini.
            “Aku lecturer kat USM.Dan ini wife aku.”Matanya dialihkan pada Ain.
            “O...Your wife?Kahwin tak jemputpun.”Zhafran tersenyum sedikit.
            “Majlis kecil je man.lagipun mana aku ada contact number kau.”
            “So,Ain ni wife kau lah?Tapi aku tak pernahpun nampak kau sebelum ni kat sini.”
            “Akupun tak tahu dia masuk hospital.Aku kursus kat langkawi.So,macamana keadaan dia Man?”Luqman menjalankan pemeriksaan rutin pada Ain.Catatan jururawat disemak satu demi satu.Beginilah rutinnya setiap hari di hospital.
            “Demamnya masih tinggi.Kami dah buat beberapa ujian,tapi ada ujian-ujian tu perlu menunggu sedikit masa untuk dapat keputusan.Dia masuk ke sini kerana demam yang tinggi dan muntah yang teruk.Aku dah cek pasal denggi,nampaknya ok.”
            “Habis tu apa maslaahnya Man? Kenapa demam dia tak kebah?”
            “Pernah tak dia demam atau mengalami tanda-tanda seperti ini dahulu?”Soal Luqman lagi.
            “Lepas kahwin hari tu,adalah dia demam.Tapi dua hari je.Tak ada lah sampai muntah-muntah.”
            “Acctually kami masih menunggu laporan perubatannya dari Hospital Ipoh.Menurut your wife,dia mendapatkan rawatan dari pakar perubatan sana.Jadi kita kena tunggu.”Ain sakit?Tapi Ain sakit apa?'
            “Aku faham.”
            “Oklah...aku nak tengok pesakit lain.kalau boleh jangan ganggu dia sangat.”
            “Ok man.”Zhafran kembali duduk disisi Ain.Tiba-tiba mata Ain berkedip.
            “Ain...”Panggil Zhafran perlahan.
            Ain yang terdengar namanya dipanggil,membuka matanya perlahan-lahan.Wajah Zhafran yang mulanya kabur akhirnya jelas dimata Ain.
            “Dr...”panggilnya perlahan.Cuba tersenyum pada Zhafran.
            “Saya ada kat sini Ain.Maafkan saya tak ada masa Ain sakit.”
            “Tak pe.Bila Dr balik?”
            “Semlam.Cari Ain kat kuliah, tapi Ain tak ada.Asmiza yang bagitahu saya Ain kat sini.Ain macamana sekarang?”
            “Baik sikit.Panas pun dah makin kurang.”
            “Ain rehat dulu ok.Jangan banyak bercakap.”Ain mengangguk seketika.Dia kembali memejamkan matanya.Dia tertidur kembali.Zhafran menyelimuti Ain.Diletakkan tangannya diatas kepala Ain.Masih terasa panas.

SELAMA dua hari Zhafran berulang alik ke hospital. Menurut Luqman,Ain semakin sihat dan dibenarkan keluar dari wad petang ini.Zhafran melafazkan rasa syukur.Malah Ain sudah mahu menjamah makanan yang disediakan hospital.Namun pagi itu sewaktu Zhafran tiba membawa makanan,ada seorang lelaki didalam bilik Ain.Dia tidak jadi masuk, bersembunyi disebalik pintu.
            “Macamana Ham tahu Ain masuk hospital ni?”Suara Ain begitu jelas ditelinganya berbicara pada insan yang dipanggil Ham.
            “Ham pergi fakulti Ain.Hisyam bagitahu Ain masuk wad.”Zhafran masih membatu disebalik pintu.
            Thanks for coming.”
            “Ain...kenapa tak bagitahu Ham Ain sakit.Ham risau sangat.”
            “Ain tak nak menyusah kan sesiapa.”
“Ain...Ain...dari dulu sampai sekarang Ain memang tak pernah susahkan Ham.Ain ingat tak masa kita bersama dulu?”Zhafran semakin mendekatkan telinganya dipintu.
            “Ham...antara kita dulu dah berakhir.”
“Tapi apa salahnya kalau kita cuba sambung balik hubungan kita dulu.Lagipun bukan I yang tinggalkan You,Ain yang jauhkan diri dari I.I tahu Ain masih ada lagi perasaan pada Ham kan.”Zhafran melangkah keluar. Hatinya membara tapi dia tahu Ain tak mungkin menyintainya.

ASSALAMUALAIKUM....”Zhafran muncul dipintu dengan sebuah senyuman.petang itu.Didalam bilik kelihatan Nina dan As sedang menemani Ain berbual.
“Wow....pensyarah handsome lawat kau lah Ain...”Nina berbisik ditelinga Ain.Ain lantas mencubit lengan Nina.Asmiza memberi ruang untuk Zhafran duduk disisi Ain.
            “Ain macamana?”
“Alhamdulillah...”Ain tersenyum sedikit.Luqman masuk membawa sebungkus ubat ditangannya.
“Puan Ain...you boleh discharge hari ni.”Perkhabaran gembira itu disambut dengan senang hati oleh Ain.Senyumannya meleret dibibir.
“Betul ke Doktor? Bestnya.” Zhafran turut tersenyum melihat kegembiraan Ain Nuraina.Cuba ditutup luka dihatinya pagi tadi.
“So,Ran...ini ubat yang wife kau perlu ambil.Makesure dia ambil semua ubat ni mengikut aturan dan jangan lupa bawa isteri kau untuk jalani pemeriksaan pada tarikh yang ditetapkan.
“Wife?”Tiba-tiba kedengaran jeritan dari mulut Nina.Ain mengetap bibirnya perlahan .Nampaknya dia perlu berterus terang.
            “I tell you later...”janjinya pada Nina.Zhafran tersenyum pada Nina.
Waktu Zhafran ke kaunter menyelesaikan bayaran hospital,Ain mengmbil kesempatan bercerita pada Nina semuanya. Tercengang Nina mendengar berita yang tidak pernah disangka itu.Namun Ain memohon agar cerita ini menjadi rahsia Nina.
“Kau ni macam tak kenal aku.Jangan risaulah rahsia kau selamat dengan aku.”Ain tersenyum pada Nina dan As yang banyak membantunya selama ini.
            “Dah...jom!”Zhafran mengambil beg baju Ain.Gembiranya dia bila Ain dibenarkan keluar dari wad.

ATAS nasihat Asmiza dan Nina,Ain kembali tinggal bersama Zhafran.Tapi Zhafran berjanji pada Nina,dia tetap akan bayar duit sewa Ain sehingga mereka ada pengganti Ain.Nina senang hati melepaskan Ain pergi katanya...
“Alah...bukan jauh sangat. Depan pintu je.Esok-esok kalau kau gaduh,kau larilah tidur dengan aku.” Ain menyiku Nina bila kata-katanya didengari Zhafran.Zhafran hanya tersenyum.

KEMBALI semula ke apartment Zhafran,bagai sesuatu yang baru pada Ain.
            “Ain pergi rehat dulu ok.”Ain hanya mengangguk.
            “Dr....”Zhafran berpaling.
            “Thanks....”
            “Tak perlu berterima kasih Ain...Ain tanggungjawab saya.”
            Selepas makan malam,mereka berdua berbual di balkoni.
            “Esok saya nak ke kuliah semula.”Kata Ain.
“Ain dah sihat betul ke?Kalau belum rehatlah dulu.Nanti saya tolong copykan semua nota kuliah.”
            “Dah.Dah sihat dah.”Dia meyakinkan Zhafran yang dia telah cukup sihat untuk ke kuliah.
            “Ain...boleh saya tanya sikit?”Ain memandang Zhafran.Dia mengangguk.
            “Ain ada sembunyikan apa-apa ke dari saya?”Ain mengerutkan keningnya.
            “Maksud Dr?”
            “Yelah...mungkin saya tak tahu kalau-kalau Ain ada sakit lain?”Ain hanya mendiamkan diri.Tidak mahu menjawab soalan Zhafran.
            “Ain...saya tanya ni.”Namun Ain tetap diam.
            “Kalau Ain diam,macamana kita nak selesaikan maslaah.”Barulah Ain bersuara.
            “Saya sihat.Dr jangan risau.” Zhafran tahu Ain Nuraina menyimpan sesuatu dari dirinya.Namun dia tidak mahu memaksa.
            “Banyak kelas yang saya tinggal waktu kat Hospital.Entah boleh cover ke tak...tak tahulah.”
“Jangan risau,nanti saya tolong apa yang patut.”Ain tersenyum pada Zhafran.Entah kenapa,bagai ada perasaan halus yang mula bertapak dalam hatinya.Malah perasaan itu kerap hadir bila Zhafran mula menemani di Hospital.Sikap prihatin Zhafran amat terkesan dihati Ain.Tapi dia tahu Zhafran buat begitu kerana tanggungjawab seperti yang selalu disebutnya sebelum ini.

AIN seorang diri didalam bilik.Zhafran masih di luar menyiapkan kerja-kerjanya yang tertangguh dalam dua hari ini.Majalah Wanita ditepi katil diambil dan diselak helaian demi helaian tapi satupun yang dibaca tidak masuk ke kepala.Majalah ditutup. Fikirannya teringat perkara-perkara yang berlaku dua tiga hari ini.Dari mula dia dimasukkan ke Hospital sehinggalah hari dia dibenarkan keluar.

MALAM ITU.....
            AIN tidak lena tidur.Tubuhnya bagaikan ada api yang membakar.Dia berkalih ke kiri dan ke kanan.Tuala kecil yang telah dibasahkan diletakkan diatas dahi tapi panasnya tetap tidak berkurang.Tekaknya terasa loya.Dia cuba bangun untuk ke bilik air tapi dia tidak berdaya.
            “Nina...”Panggilnya pada Nina .Ain cuba berpaut pada dinding tapi langkahnya lemah.Akhirnya dia terjelepuk dilantai.
            “Ain...kenapa ni?”Nina yang baru sedar mendapatkan Ain yang sudah terbaring di atas lantai.
            “Ya Allah...panasnya badan kau Ain...”Nina kelam kabut.Dicapainya telefon.tapi dia tak tahu untuk menelefon siapa.Akhirnya nama nombor Asmiza didail.
            Dia tidak sedar bila masanya Asmiza dan Hisyam datang.Dia mula sedar pagi esoknya bila ada seorang doktor sedang merawatnya.Asmiza menasihatinya agar memberitahu hal ini pada Zhafran tapi Ain menolaknya.Dia tidak mahu terus membenani Zhafran.
            Ain meletakkan majalah wanita disisi katil.Dia bangun keluar dari bilik.Zhafran masih tekun dihadapan komputer ribanya..Sesekali dia meneliti buku rujukan.Tidak mahu menganggu Zhafran,dia ke arah balkoni.Duduk diatas kerusi mengadap keluar.Matanya memandang langit hitam.Bintang-bintang berkerlipan diangkasaraya.Dia memandang sebutir bintang yang bersinar terang.kata orang itu bintang kejora ataupun bintang timur.Bintang yang selalu menjadi penunjuk arah kepada pengembara-pengembara yang sesat.Dia sendiri tidak tahu betapa luasnya dunia ciptaan Tuhan ini.Alam semesta yang masih belum habis diteroka.
            Ain teringatkan arwah ibunya.Satu waktu dulu,arwah ibunya selalu bercerita tentang kisah nabi dan para sahabat.Malah ibunya kerap bercerita tentang hidup dan mati.Ain masih ingat tiga hari sebelum ibu dan ayahnya terkorban dalam kemalangan,ibunya berubah sikap.Selalunya ibu selalu bercakap denagnnya sebelum masuk tidur tapi hari itu,ibunya hanya mendiamkan diri.Begitu juga ayahnya.Malah lambaian tangan mereka buat terakhir kali sebelum ke Surau,petang itu adalah kenangan yang tak mungkin dilupakan seumur hidup.Beberapa minit slepas mereka pergi,Ain dikejutkan dengan berita ayah dan ibunya meninggal dunia selepas dilanggar dengan lori disimpang jalan.Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaanya.beberapa kali dia pengsan.malah ketika jenazah keduanya ingin dikebumikan dia seolah-olah histeria.Bukan senang untuk dia menerima hakikat kematian yang sukar dijelaskan.
            Ain menyapu airmatanya yang mengalir dipipi.
            “Are you cry?”Zhafran berdiri dibelakangnya.Ain menggeleng.
            “Saya ingat arwah ibu dan ayah.”Dia menarik nafas panjang.Zhafran simpati.
            “Setiap yang hidup pasti akan mati.Kita kena redha.”Bisik Zhafran perlahan.
            “Saya tahu.saya dah lama meredhainya. Cuma..kadang-kadang kenanagn tu mengusik jiwa.”
            “Sabar ok.”Ain mengangguk.Zhafran kembali menyiapkan kerjanya membiarkan Ain masih disitu mengutip kenangan silamnya.

            “DR ZHAFRAN,saya kenalkan ini pensyarah baru Dr Dania.”Zhafran menyambut salam yang dihulurkan Dr Dania yang rasanya lebih muda dari dirinya.
            “Dr Dania ni pensyarah Matematik yang baru.”Zhafran hanya mengangguk.
            “Welcome.”katanya perlahan.
            “Thanks.”Profesor Hamdan meninggal kan mereka berdua di ruang pejabat ini.
            “You dah lama ke kerja kat sini?”Dr Dania bersuara.
            “Dah hampir tujuh bulan.”Dr Dania mengangguk.Zhafran tidak betah bila diperhatikan sedemikian oleh wanita ini.Lantas...
“Oklah...I ada kelas ni.See you later.”Dania memerhatikan langkah Zhafran meninggalkannya.'Wow...handsomenya.'Hatinya mula tertarik pada pandangan pertama pada Zhafran.

            SELEAI KULIAH, Zhafran mecari-cari kelibat Ain.Namun ain terlebih awal meninggalkan dewan kuliah.Lantas dia menghantar satu pesanan ringkas ke telefon bimbit Ain.dua puluh saat kemudian,dia menerima balasan sms dari Ain.
+Saya dekat CIMB bank.tengah keluarkan duit.Then sy nak pergi desasiswa sekejap.Sy blk lewat kot.
Zhafran mengeluh.Semalam salah seorang pensyarah yang mengajar di kelas Ain riuh di pejabat kerana ada pelajarnya yang masih belum membeli buku rujukan yang disuruh.Dan Zhafran sedikit tersentak bila nama Ain turut keluar dari mulut Profesor Albert.Dia kesal kerana ain tidak memberitahunya tentang buku rujukan tersebut.Zhafran tahu buku tersebut agak mahal dan amat terhad.Dia bercadang untuk mengajak Ain mencari buku tersebut hari ini.

AMACAM masuk dah ke?”Dengan rasa tidak sabar,Ain menyoal Hisyam.Melihat gelengan kepala Hisyam,Ain hampa.Ternyata duit pinjaman PTPTN mereka untuk semester terakhir ini masih belum masuk.
“Adui..matilah aku.Mana nak cari duit ni?Dah lah banyak benda nak kena beli tahun ni.”Ain memandang pula pada Ikmal yang menepuk dahinya.Sebagai anak seorang peneroka,Ikmal sepertinya dan pelajar yang lain tetap mengharapkan duit pinjaman untuk meneruskan pengajian dan menampung hidup di kampus.
“Gaji hang tak masuk lagi ka?”Ikmal memandang Hisyam.Mungkin antara mereka berempat,Hisyam lebih beruntung kerana ibu bapanya adalah doktor pakar yang bertugas di Hospital Pantai Mutiara disini.Malah bukan sahaja Ikmal,tetapi Ain dan Asmza sendiri kerap meminjam dari Hisyam bila kesempitan.Mujurlah Hisyam tidak pernah berkira.Mungkin sukar untuk mencari teman sebaik Hisyam.
            “Duit gaji aku dah labur untuk projek final.Nak kena call parents aku jugalah.”Ikmal mengeluh sendiri.
            “Hari tu hang cakap ayah hang tak sihat.”
“Memanglah.Tu yang aku susah hati ni.Serba salah aku nak minta.Lagipun ayah aku baru je bayar yuran STPM adik aku.”Ada kesedihan diwajah Hisyam.Ain simpati.Tapi dia juga tidak mampu untuk membantu.Malah dia sendiri masih memikirkan bagaimana nak cari duit untuk buku rujukan dan projek final nanti.
            “Tak pa lah.Hang pakailah duit aku dulu....”Hisyam menepuk bahu Ikmal.
            “Ish..aku ni dah seganlah dengan hang Syam.Yang aku pinjam seratus dulupun aku tak bayar lagi.”Hisyam tersenyum.
            “Kalau hang ada duit,hang bayar.Kalau tak aku halal dunia akhirat.”
“Thanks Syam.Hang la member aku dunia akhirat.”Ain dan Asmiza tersenyum melihat dua sahabat mereka saling berpelukan.
            “Dah lah.Jom kita pi Plaza Ivory pekena apa-apa yang patut.”Ketiga-tiga mereka memandang wajah hisyam.
“Tu aku setuju snagat.”Balsa Asmiza.Ain mengekori langkah ketiga sahabatnya meninggalakn perkarangan bangunan yang menempatkan bank didalam Universiti ni.Tujuan mereka ke Plaza Ivory dihadapan Universiti yang menjadi medan santai pelajar-pelajar USM.Bersebelahan dengan apartment tempat tinggal pelajar yang lain.
Sewaktu kereta Hisyam membuat pusingan di bulatan berhadapan bangunan bank,mereka bertembung dengan kereta Zhafran yang baru keluar dari fakulti.Dari dalam kereta,Ain memandang Zhafran yang turut melemparkan pandangannya pada Ain.Ain hanya tersenyum sedikit sebelum kereta Hisyam melepasi kereta Zhafran.

ZHAFRAN duduk diatas kerusi di dalam stadium.Matanya ralit memerhatikan langkah Ain yang lincah di padang.Mulanya bila diberitahu,Ain aktif dalam hoki,dia agak keberatan memandangkan kesihatan Ain semakin teruk sejak kebelakangan ini.tapi bila dia tahu itulah minat Ain,dia terpaksa akur.Kadang-kadang dia mencuri masa,datang ke satadium. Memerhatikan dari jauh isterinya bermain.
            “Hai Ran.”Satu suara menegurnya dari arah tepi..Zhafran tersenyum pada Dr Dania yang lengkap berpakaian sukan.
            “You buat apa kat sini?”Ramah Dania bertanya.Dia sudah mengambil tempat bersebelahan Zhafran.
            “Saja.You pulak buat apa kat sini?”
            “Tu...”Telunjuk dania menunjuk kearah sekumpulan pelajar wanita yang sedang bermain bola jaring.”Zhafran mengangguk.
            “Ran...”Zhafran berpaling.Dania tersenyum sebelum menyambung.
            “Boleh tak kalau You bawa I jalan-jalan kat penang ni?Lagipun I tak tahu snagatlah jalan kat sini.”Pinta Dania.
            'Ish...apahhal pulak ni.'Zhafran segera mencari alasan.
            “Er nantilah kalau I tak sibuk.”Dalih Zhafran.
            “Ok.I tunggu.tapi You janji ye..”Dania bangun kembali ke padang.Zhafran menarik nafas lega.Perhatiannya kembali ke padang hoki.Tanpa diduga,Ain sedang memerhatikannya.Dia mengetap bibir.Dia tidak mahu Ain tersalah sangka lagi.
            “Eh Ain,tak payahlah kau nak takle Dr Zhafran tu.Kau tengoklah...Dr Dania tu pun nakkan dia tau tak.Untuk pengetahuan kau...semalam Dr Zhafran datang sambutan birthday aku dekat restoran menora,batu Feringgi..Jangan cemburu ok..”Ain memandang Irma dengan perasan meluat.namun hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata Irma sebentar tadi.Patutlah Zhafran lewat pulang malam tadi.'Ah aku peduli apa...Irma ke Dania ke...lantak dialah.”
Permainan diteruskan.Namun kali ini semangatnya semakin kurang.Entah kerana cerita Irma atau kerana Dania dan Zhafran tadi atau kerana hal lain dia tidak tahu.sejak akhir-akhir ini dia kerap mendengar gosip antara Zhafran dan Dania.Walaupun dia cuba untuk buat tidak peduli,tetapi kadang-kadang hati kecilnya marah.
            “Kau kenapa?Ada maslaah ke”Asmiza bertanya selepas sesi perlawanan selesai.Mereka berdua duduk diatas rumput.Melepaskan lelah masing-masing.
            “Aku ok.Cuma meluat tengok Ima tu.”Mulutnya dimuncungkan kearah Irma.
            “Alah dia tu biasalah.Perasan je lebih.Bukan kau tak tahu perangai dia macamana.”
            “Malas aku nak layan perempuan sewel macam tu.”Asmiza dan Ain sama-sama ketawa.
            “Eh,Ain laki kau datanglah.”Asmiza menyiku Ain bila Dr Zhafran semakin menghampiri mereka.
            “Kau cakap pelanlah sikit.Kau nak semua. orang tahu ke?”
            “Alah biarlah orang tahu.At least tak delah si Irma tu terhegeh-hegeh nak kan Dr Zhafran kau tu.”Ain menggeleng.Baginya belum masanya lagi untuk semua orang tahu hubungannya dengan Zhafran.
            Zhafran tersenyum menghampiri Ain Nuraina.Ain turut membalasnya.Namun senyumannya hambar.
            “Dah habis?”Ain hanya mengangguk.
            “Jom..”Ain mengemaskan beg sandangnya.Memang tadi dia menumpang kereta Zhafran memnadang keretanya dihantar untuk servis.Entah apa yang rosak diapun tidak tahu.Mengira-ngira berapa pula jumlah yang perlu dilaburkan pada kancil peninggalan arwah ayahnya itu.
            “Ok As...aku pergi dulu.”
            “Ok.”Mereka beriringan keluar dari padang.Tanpa disedari ada dua pasang mata yang sedang memerhati.
            “As....Ain nak pergi mana dengan Dr Zhafran?”Irma menjerit kearah Asmiza.
            “Diorang nak pi manapun...kau peduli apa.Lantak dioranglah.Minah sibuk betullah kau ni Irma.”
            “Amboi...sedapnya mulut kau.”Irma bercekak pinggang.
            “Eh..kau jaga hal kau dah lah.Tak payah nak jaga hal orang lain.”Asmiza mengangkat begnya.Berlalu meninggalkan Irma dengan rasa tidak puas hatinya.Kalau diturutkan mahu sahaja dia menyingkap kebenaran dihadapan Irma,tetapi mengenangkan janjinya pada Ain,dicuba sabarkan dirinya.
            Di satu sudut Dr Dania turut memandang Zhafran dan Ain beriringan meninggalkan stadium.Hatinya tiba-tiba terdetik rasa cemburu.










BAB 15
             PENAT?”Soalan pertama dari Zhafran ketika mereka berdua di dalam kereta.Ain hanya mengangguk.
            “Kalau penat berhentilah.tak payah main lagi.”Sambung Zhafran.
            “Mana boleh,game dah dekat.”Balas Ain.Zhafran hanya tersenyum meneruskan pemanduannya.Dia tahu hujung bulan ini,Ain ada perlawanan dengan Universiti-Universiti lain.Dan sudah dua tahun berturut-turut pasukan USM menang.
            Sebaik tiba di apartment,Ain terus ke bilik air membersihkan diri.Selesai solat,dia terus menukar baju untuk ke tempat kerja.
            “Ain nak pergi kerja ke malam ni?”Ain hanya mengangguk.Zhafran perasan yang Ain kurang berbual dengannya hari ini.Bagai ada sesuatu yang tidak kena padanya.
            “Ain ni kenapa?Tak sihat ke?”Ain menggeleng.
            “Habis tu dengan sayapun tak nak bercakap.”Ain memandang Zhafran yang duduk dibirai katil.
            “Nothing!”Tangannya mencapai topi di tepi katil dan dia melangkah keluar.Tapi belum sempat keluar dia berhenti dipintu bilik,
            “Balik cepat.Hati-hati bawa kereta.”Ain hanya memandang Zhafran dengan pandangan sepi sebelum terus keluar.

MARRY COFFEE BEAN,12.30 MALAM.
            Ain masih duduk di meja kosong.Waktu kerjanya sudah tamat.Tapi dia masih belum mahu pulang.Sudah berkali-kali telefon bimbitnya berbunyi.Semuanya panggilan dari Zhafran.Malah mesej Zhafran bertanyakan dimana dia berada juga tidak dijawabnya.Dia pun tidak tahu kenapa atau apa yang mendorongnya bertindak sedemikian.Dia tahu zhafran pasti risau tentang dirinya.
“You tunggu apa lagi Ain?”Jean datang merapatinya.Waktu begini masih ramai orang yang mengunjungi coffee bean milik Jean ini.
            “I malaslah nak balik rumah.Kejap lagilah.I nak duduk sini kejap.”Jean menggeleng kepalanya.
            “Apasal ni.You ada masalah ka?”Ain ketawa kecil.Senang dengan sikap prihatin yang ditunjukkan Jean.
            “Tak ada apalah.”
            “Oklah...You duduklah.Nak minum pi ambil sendiri ya..”Jean mengusik.Sekali lagi satu mesej masuk ke telefon bimbitnya.

+kt mn ni?dh tgh mlm.Ain membaca sekali imbas mesej yang dihantar ZhafranAkhirnya dia membalas.
-Stll dekat cfe bean.Butang send ditekan.Beberapa saat kemudian dia menerima balasan dari Zhafran.
+habs 2 nk blk pkl berapa?nak tdr kt situ.knp x angkut bantal n tilam sekali?
            Ain menutup telefon bimbitnya.Membiarkan mesej dari Zhafran berlalu.Dia tahu Zhafran marah.Wajahnya detekup diatas meja.Tanpa diduga dia tertidur sebentar.

3.00PAGI.
            AIN tiba dihadapan pintu apartment.Suasana gelap meneylubungi rumah.Kunci dimasukkan namun pintu dikunci dari arah dalam.Puas diketuk,namun masih belum dibuka.'Takkanlah dia tak dengar kot.'
Didailnya nombor telefon Zhafran.Ada nada dering tetapi kemudian,talian diputuskan secara sengaja.Hati Ain panas.Zhafran sengaja tidak membenarkannya masuk.Beg sandangnya dibuka .Mencari kunci pendua bagi rumah sewa lamanya .Sejambak kunci dikeluarkan.Ain tersenyum puas. Mujurlah Nina tiada malam ni.Semalam Nina pulang ke akampungnya di Kedah.Ain meloloskan tubuhnya ke dalam rumah.Kasutnya diambil dan diletakkan didalam.Pintu kembali dikunci.Dia benar-benar keletihan.Dia sudah tidak mahu memikirkan pasal Zhafran.Sebiji bantal diambil dari bilik Nina dan akhirnya dia terlena di hadapan televisyen.

ZHAFRAN membuka selak pintu bila tiada lagi kedengaran ketukan.Dia tahu Ain masih diluar.Memang dia sengaja mengunci pintu.Dia marah dengan Ain sebenarnya yang pulang lewat dan langsung tidak memebritahunya.Sedangkan dia sudah menetapkan syarata bahawa ain hanya boleh bekerja sehingga jam sebelas malam sahaja.
Dia mahu merubah kedegilan Ain.Sebaik pintu dibuka,tiada sesiapa disitu.Zhafran keluar memerhati sekeliling.Malah pintu rumah Nina juga masih bermangga dan gelap gelita.Hati Zhafran diburu kebimbangan.Lantas nombor Ain didail.Tapi talian dimatikan.Dia bergegas turun ke basement.Tapi kereta Ain masih ada di parking.
Zhafran kembali keatas.Pintu sengaja tidak dikuncinya.Dia menunggu diruang tamu.namun sehingga jam menginjak ke angka lima,bayang Ain masih belum muncul.Dia resah.Bimbang keselamatan Ain walaupun dia tahu Ain mampu menjaga dirinya sendiri.namun sehingga azan subuh kedengaran,Ain masih belum muncul.
Tiba-tiba terdetik rasa kesal dihatinya atas perbuatannya tadi.Bukan dia tak dengar Ain mengetuk pintu,malah sengaja dimatikan talian telefonnya bila dia tahu Ain yang memanggilnya.Sengaja ingin mendera Ain buat seketika.

ZHAFRAN bersiap untuk kekelas .Sebaik sahaja diluar,matanya masih memerhati kelibat Ain Nuraina.Tapi dia hampa.Ain masih belum muncul.Lantas dia buat keputusan untuk terus ke kuliah.Mungkin dia akan bertemu Ain di kelas nanti.Kelas Ain pada pukul 11.00 pagi.Dia akan sabar hingga ke saat itu.
            “Hai Ran.”Zhafran menarik nafas kasar bila terserempak dengan Dr dania pagi itu sewaktu dia menuju ke kelas Ain.
            “You tak ada kelas ke Dania?”Sekadar berbahasa dia bertanya.Sejak sebulan lalu,dia seakan tidak betah bila bertemu dania.Dania seolah-olah sengaja mencuri perhatiannya.
            “I nak pergi kelas lah ni.Ran..Boleh kita lunch sama tak?”
            “Em,tengoklah kalau I tak sibuk.” Mereka seiringan melangkah kearah fakulti.Tiba-tiba..
“Aduh...”Tangan dania sudah merangkul lengan Zhafran.Dia hampir terjatuh ke dalam longkang kecil di korodor fakulti.Zhafran cuba membantu Dania.Tangan dania masih melekat pada lenngannya.
“Thanks ran”Dania tersenyum manis. Zhafran hanya mengangguk.namun sebaik sahaja pandangannya dihalakan kearah depan,matanya terus memandang sepasanag mata yang sedang menyaksikan insiden sebentar tadi.'Ain...'Bsiknya perlahan.
Renungan redup Ain membuatkannya resah. Dia tidak mahu Ain tersalah sangka apatah lagi beberapa hari ini hebat gosip dikalangan pelajar tentang dirinya dan Dr Dania.Dan pastinya Ain turut sama mendnegar khabar angin itu.Semuanya gara-gara dia menghantar Dania pulang selepas kereta dania rosak dua hari lepas..
Ain terus melangkah masuk ke dewan kuliah.Perasaanya kosong.tadi selepas dia tahu Zhafran telah ke Universiti,dia mengambil kesempatan untuk mengemaskan semua barang nya dirumah Zhafran dan kembali semula ke rumah sewa lamanya.
Nekadnya hanya satu,mahu menjauhkan diri dari Zhafran.Dia tahu Zhafran sudah punya pilihan hati sendiri.Malah perkara yang terjadi malam tadi semakin meyakinkan dirinya bahawa           Zhafran sudah tidak memerlukannya lagi.
Zhafran mengajar hari itu dengan hati yang tidak tenang.Sewaktu pelajarnya sedang menyalin nota kuliah,dia menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit Ain Nuraina.maminta isterinya bertemu dengannya selepas habis kuliah.Tapi Ain hanya membaca sekali lalu dan kembali menumpukan perhatian pada nota di papan putih.
Zhafran mengeluh.Rasa bersalahnya mula menebal.Dia duduk diatas kerusi namun matanya memerhatikan Ain yang sedang menulis.Matanya terus ralit memerhatikan Ain.
“Ain...husband kau pandang kaulah.”Ain memandang seketika pada Zhafran sebelum mengalihkan perhatiannya.
“Biarlah dia.Mata dia.Peduli apa aku.”Bisiknya pada Asmiza.Asmiza ketawa kecil.hairan dengan sikap Ain.Orang lain berebut naakan Dr Zhafran,tapi Ain yang dah sah jadi isterinyapun masih jual mahal.
Tamat waktu kuliah,Ain bergegas keluar dari dewan.waktu itu Zhafran sedang sibuk melayani pertanyaan pelajarnya yang kurang pasti dengan apa yang diajar sebentar tadi.Dia cuba memanggil Ain Nuraiana,tetapi langkah Ain lebih pantas meninggalkannya.
            “Hello.”Ain mejawab panggilan telefon bimbitnya.melihat nombor yang tertera,dia tahu panggilan itu pasti dari Ipoh.Kedengaran suara Syikin resah di hujung talian.
            “Kak Yang...Syikin Ni.”
            “Ada apa Syikin?”tanya Ain.
            “Ayah masuk hospital.Sesak nafas semalam.”Yasmin terkejut.
            “Ayah cik masuk hospital?Kenapa baru hari ni bagitahu kak yang?Ok...karang kak yang balik.”Sebaik talian dimatikan,dia berlari anak ke pejabat Zhafran.Walaupun masih marah,tapi dia perlu memberitahu Zhafran berita tersebut.Namun sebaik sahaja dia tiba,pandangannya menjamah satu adegan yang cukup menyakitkan hati.Zhafran sedang menjamu selera dengan Dr Dania didalam biliknya.
Zhafran yang perasan dengan kehadiran Ain segera keluar mendapatkan Ain.Dania hanya memandang dengan curiga berbaur cemburu.Sejak beberapa hari,dia melihat Zhafran kerap bersama pelajarnya itu.Terdetik dihatinya ada sesuatu yang berlaku diantara Zhafran dan pelajar wanita itu.
AIN...”Perkataan pertama yang keluar dari mulut Zhafran.Tanpa sebaris senyumna,Ain nuraina memberitah yang dia akan pulang ke Ipoh hari itu juga.
“Nak tengok ayah cik.Ayah Cik masuk hospital.”Itu sahaja jawapan yang diberi sebelum dia melangkah pergi.Zhafran cuba memanggil namun sedikitpun tidak diendahkan Ain.Kakinya laju menghala ke arah kancilnya.
Zhafran mengeluh seketika sebelum kembali semula ke pejabat..Dia tahu Ain sudah mula mencurigai dirinya namun semuanya tidak seperti yang difikirkan.Dia juga sebenarnya terkejut bila Dr Dania muncul di biliknya dengan nasi bungkus.
Mahu ditolak nanti dikata tidak beradab.sesak nafasnya bila berduaan dengan Dania.Mohonnya agar perkara ini tidak samapi ke pengetahuan Ain namun apa yang berlaku sebaliknya.Teringat kata-kata Ain sebentar tadi,dia juga terkejut.Malah kalau boleh dia ingin sama pulang ke Ipoh tapi petang ini dia mempunyai kelas penting yang tidak boleh ditinggalkan apatah lagi pelajarnya semakin menghampiri peperiksaan.
            Dania mula perasan perubahan Zhafran selepas kehadiran pelajarnya sebentar tadi.
            “Student You nak apa?”Cuba dikawal intonasinya.
            “Nothing.”Ringkas jawapan Zhafran. Sebaik sahaja Dania keluar,dia mendail talian Ain,tapi talian dimatikan.Lantas nombor yuna didail.Sebentar kemudian,talian berjawab.
            “Hello,Yuna..ni Abang Ran.Ayah Cik macamana?”
            “Ayah kat hospital lagi.Abang Ran dengan kak yang nak balik ke?”Suara Yuna sayup dihujung talian.
            “Kak yang dah balik.Abang Ran mungkin lewat sikit sebab ada kelas penting ni.habis kelas InsyaAllah...abang ran balik.nanti kirim salam kat semua ye.satu lagi kalau kak Yang sampai nanti suruh dia call abang Ran balik.”Zhafran menitipkan pesan.
            “Ok.”Balas Yuna sebelum talian diputuskan.Zhafran menyandar ke dinding sebaik sahaaja buatang end ditekan.memicit-micit kepalanya yang agak runsing.rasa berslaah pada Ain sejak semalam menganggu dirinya.Dia tidak tahu dimana isterinya itu tidur semalam.
            Melihat pada pakaian yang dipakai pagi tadi,Zhafran tahu Ain sudah pulang ke rumah.Dia ingin bercakap dengan Ain,dia ingin memohon maaf.Memang semalam dia terlalu marah pada Ain.Ain tidak sepatutnya pulang lewat setelah dia diberi kebebasan.tapi mungkin Ain ada alasannya tersendiri.Buntu Zhafran memikirkan masalah rumahtangganya.


BAB 16
HOSPITAL TUANKU BAINUN
            KAKI Ain melangkah laju ke wad 8-A yang menempatkan bapa saudaranya.Sebaik sahaja dia tiba di wad,kelihatan ibu saudara dan sepupunya sedang mengelilingi katil yang menempatkan Hamdan.Ain menyalami semua yang ada.matanya kini beralih kepada ayah ciknya yang sedang terbaring.Wajah tua itu kelihatan tidak bermaya tetapi masih mampu tersenyum padanya.
            “Ayah Cik macamana sekarang ni?”Ain memulakan pertanyaan.Dia duduk dikerusi setelah Syikin bangun memberi ruang kepadanya.
            “Legalah sikit.Zhafran mana?”Ain cuba tersenyum.Menyembunyikan apa yang dirasakannya.
            “Zhafran ada kerja sikit.”Namun belum sempat dia menerangkan dengan lebih jelas,Yuna terlebih dahulu bersuara.
            “Tadi abang Ran call Yuna.Dia cakap kalau tak petang ni,pagi esok dia sampai.Dia suruh kak Yang call dia bila sampai Ipoh.”Ain mengerutkan wajahnya.'Zhafran call Yuna? Mungkin dia tak dapat call aku sebab tu dia call Yuna. Ah,biarlah.'
            “Nanti kak Yang call dia balik.Doktor cakap apa ni ayah cik?”Malas dia memenajangkan cerita tentang Zhafran.Hamdan tersenyum pada anak saudaranya itu.
            “InsyaAllah kalau makin baik sehari dua lagi bolehlah keluar.Susahkan kak yang je nak balik sini.”
            “La..nak susah apa pulak ayah cik.lagipun kuliah dah habis.esok dengan lusa tak ada kuliah.”hampir dua jam dia menghabiskan masa dihospital sebelum pulang ke kampung.

MALAM ITU...
            AIN bersendirian di dalam biliknya.Terasa begitu sunyi dan sepi sekali.Di luar kedengaran suara cengkerik dan burung hantu saling bersahutan.Jam hampir ke angka sebelas.Dia teringatkan Zhafran. Hampir lima bulan bergelar suami isteri,dia masih belum dapat menerima Zhafran sepenuhnya.Dia kecewa dengan Zhafran.'Kenapa jadikan aku sebagai isteri kalau hatinya pada yang lain.'Teringat dua malam sebelumnya.Dia menunggu Zhafran pulang makan malam.
Namun bayang Zhafran tidak kelihatan.Bila Zhafran pulang,katanya dia ada kelas perbincangan dengan pelajarnya.Tapi berita yang dia tahu keesokannya,heboh memperkatakan tentang Zhafran dan Dr Dania yang kononnya sedang bercinta.
Malah Hisyam sendiri melihat Dania dalam kereta Zhafran malam itu.Segala-galanya membuatkan Ain keliru.Dia tidak cintakan Zhafran tapi kenapa hatinya marah bila berita itu sampai kepengetahuannya.Malas mahu memikirkan soal Zhafran,dia terus merebahkan dirinya diatas katil.Tiba-tiba kenangan lama antara dia dan ibunya menjelma di ingatan.dari lahir sehinggalah dewasa dirumah inilah dia membesar.Walaupun arwah ayahnya hanya seorang guru,namun mereka tetap cuba memenuhi segala keinginannya.Cuma dia dan Ikram sdah diajar sejak kecil lagi untuk bersederhana.Arwah ibu terlalu memementingkan soal pelajaran.Bagi ibu pelajaran adalah aset segala-galaya.Ain masih ingat segala gurau senda semasa keduanya masih hidup.Segala-galanya bagai baru sahaja berlaku.Dia rindukan ibunya.Dia rindu belaian ibu dan dia rindu gurauan ayahnya.Namun semua itu cuma tinggal kenangan.Ayah dan ibu meninggalkannya bersama Ikram.
Mungkin antara dia dan Ikram,dia lebih beruntung kerana diizinkan bersama jenazah keduanya sehingga ke liang lahat.Ikram tidak sempat pulang.Dia hanya pulang selepas tiga hari keduanya selamat disemadikan.Dia masih ada Ikram tapi Ikram terlalau jauh untuk mendengar ceritanya.Dia juga rindukan Ikram.
            “Abang....banyak sangat benda yang kak Yang nak cerita pada abang.Nantilah bila abang balik sini,kak Yang nak bagitahu segala-galanya.”Ain bercakap sendirian seolah-olah Ikram ada dihadapannya.Dan entah bila waktunya dia akhirnya terlelap.

            SELESAI mngerjakan solat subuh,Ain mengenakan seluar track dan t-shirt.Sehelai tuala kecil dililitkan ditengkuk .Menyarung kasut sukan jenama NIKE dan topi dari jenama yang smaa.Udara pagi dihirup perlahan dan dilepaskan.Terasa begitu segar,jauh dari debu kota.Sudah lama dia tidak beriadah.Selepas mengunci pintu,Ain mula berlari anak ke simpang jalan.Dia terus berlari menuju ke kawasan perkelahan Ulu Chepor.
            Sesekali dia mengesat peluh yang mula keluar.Bertembung dengan teman-teman sekampung,hatinya senang. Hampir 45 minit kemudian,Ain tiba di Ulu Chepor.Pagi-pagi lagi sudah ada pengunjung yang datang.Mungkin untuk berkelah,mandi manda atau berbarbeque.Sudah lama dia tidak datang kemari.Air sungainya tetap jernih dengan batu-batu besar yang menghiasi.Di seberang sungai ada sekumpulan pelajar sekolah sedang menjalani aktiviti perkhemahan.Dahulu sewaktu masih bersekolah,dia juga kerap berkhemah disini.Ain berlari anak ke atas sedikit.Lantas dia melepaskan penat di atas sebuah batu besar Terasa begitu sejuk mencengkam bila jari jemarinya terkena air sungai.
            Dulu dia pernah berangan untuk membina sebuah rumah berhampiran sungai.Bila diberitahu pada ikram angan-angannya Ikram dengan bergurau berkata,sekali kepala air lalu dengan dia sekali hanyut ke muara.'Disinilah tempat dia dan Ikram menghabiskan zaman kanak-kanak.Malah disini jugalah menyaksikan bagiamana dia menangis bila Ikram dihanyutkan air pasang.Mujur Ikram masih sempat berpaut pada akar pokok besar yang tumbuh ditebing.Sejak hari itu amaran keras dikeluarkan ibu,mereka tidak boleh kesini lagi tanpa ditemani ibu dan ayah.
            Tapi kedegilannya dan Ikram tetap melanggar janjinya pada ibu.Tanpa pengetahuan ibu dia,Ikram dan Yuna curi-curi datang ke sini.Ain tersenyum sendirian.Indahnya kenangan manisnya impian. Telefon bimbit yang diletakkan didlam poket seluarnya berdering.
            “Hello.”Terdengar suara Syikin.
            “Kak Yang kat Ulu Chepor.Baru lepas jogging.Kenapa?”Dia terdiam seketika.
            “Syikin sarapanlah dulu.Jangan tunggu kak yang.nanti kak yang singgah kat kedai Pak Din.kak yang sarapan kat situ je.”
            “Ok bye.”Telefon dimasukkan kembali kedalam poket.Kasutnya dibuka dan diletakkan ditepi atas tanah.Seluar tracknya ditarik ke paras betis.Kakinya direndamkan kedalam sungai. Sejuknya air sunngai hingga mencengkam tulang temulangnya.Topi dibuka.Rambutnya yang kini mencecah separas bahu diikat kemas.Dia tersenyum pada dua orang remaja yang sedang membasuh pinggan berhampiran tempatnya duduk.
            “Berkhemah ke dik?”Ramah dia menegur. Kedua-dua remaja perempuan itu tersenyum pada Ain.
            “Khemah pengakap kak.”Ain mengangguk.
            “Dari sekolah mana?”Tanya lagi.
            “Sekolah Tasik damai.”
            “O..dekat je lah.”Kedua-duanya meminta diri setelah tugas mereka selesai.Ain hanya memerhatikan langkah berhati-hati keduanya menyusuri sungai yang berbatu.Memang seronok kalau sesekali berkhemah macam ini.
            Kelihatan unggun api masih berbara dari arah tapak khemah.Zaman sekolah memang sesuatu yang menyeronokkan.Betullah kata orang,indahnya kenangan manisnya impian.
            Tiba-tiba dia terasa bahunya ditepuk dari arah belakang.Lantas dia menoleh.Dan alangkah terkejutnya bila melihat Zhafran sedang tersenyum kearahnya.Ain mengalihkan pandangannya semula ke arah perkhemahan tadi.
            Tidak perlu dia tanya dari mana Zhafran tahu dia berada disini.Pasti Syikin yang memberitahu malah ajakan sarapan tadi hanya lah sekadar untuk tahu dimana dia berada.Namun dia tidak menyalahkan Syikin.Pasti Zhafran yang memintanya merahsiakan kedatangannya.
            Zhafran duduk diatas batu besar bersebelahan dengan Ain.Matanya memandang wajah Ain.
            “Ain jogging ke?”Soalan pertama yang keluar dari mulut Zhafran.
            “Habis takkan pakai macam ni nak pergi night club kot.”Zhafran ketawa kecil mendengar jawpan Ain.Ain tetap Ain,keras kepalanya sukar dilentur.
            “Manalah tahu kot dah berubah fesyen..”Ain menjeling seketika.
            “Bila sampai?”Soalnya pada Zhafran.
            “Malam  tadi.Tengok rumah dah gelap,mak cik suruh tidur rumah dia.Kenapa tak call sampai semalam?”Soal Zhafran.
            “Lupa.”
            “Lupa?Macam tak logik je alasan tu.”Kali ini Ain memandang Zhafran.'Tak logik?'
            “Suka hati Dr lah nak fikir logik ke tidak ke.”Malas dia mahu berbahas.
            “Mana semua barang-barang Ain kat rumah?”Nada Zhafran bertukar serius.
            “Saya nak tinggal balik dengan Nina.Kenapa?”Dia memberanikan diri bertentangan dengan Zhafran.
            “Kenapa?Ain tanya kenapa?Saya yang sepatutnya tanya Ain kenapa nak tinggal dengan Nina.Nina tu siapa dan saya siapa?Dengan siapa Ain wajib tinggal?Mana tanggungjawab Ain?”Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Zhafran.
            “Tanggungjawab?Kenapa tanggung jawab yang menjadi persoalan sekarang ni?Dr tak ingat apa yang Dr buat dua tiga hari lepas?Nasib baik saya masih simpan kunci rumah sewa.Itu Dr cakap tanggungjawab.Biarkan isteri sendiri duduk kat luar.Memang bertanggungjawab sungguh.” Zhafran mengeluh seketika.
            “Saya minta maaf.Memang saya salah.Tapi Ain pun salah juga.Kenapa Ain balik lewat?Ain pergi mana?Kan saya dah bagi kebenaran kerja sampai pukul sebelas je.Tapi hari tu pukul berapa Ain balik?Dekat pukul tiga pagi.Ain tahu tak betapa risaunya saya bila Ain lewat balik.Macam-macam dalam fikiran saya.”
            “Jadi Dr hukum saya dengan mengunci pintuMacam tu Dr kata risau?.”Sinis Ain.
            “Saya buka lepas tu.Tapi Ain dah tak ada.”Jelas Zhafran.
            “Habis tu takkan Dr nak suruh saya tidur kat koridor?Saya lewat balik,tapi saya bagitahu saya kat mana.Bukannya saya menipu.Pergi tempat lain tapi cakap ada kat tempat lain.”Sindir Ain.Zhafran terasa Ain menyindirnya.
            “So,Ain dah tahu....”Ain hanya menjungkitkan bahunya.
            “Ok saya salah.Memang malam tu Dania minta saya tolong dia sebab kereta dia rosak.Saya cuma tolong hantar dia balik je.tapi sebelum tu saya memang ada kelas perbincangan dengan student saya.Saya tak bagitahu Ain sebab saya tak nak Ain tersalah sangka.”Jelas Zhafran.
            “Apa pulak nak salah sangka.Biarlah Dr nak buat apa sekalipun.Saya kisah apa.Dr nak berdating ke...dengan Dr dania ke,dengan si Irma ke...tak ada kena mengena dengan saya.”Zhafran memandang ke arah Ain.Wajahnya hanya biasa tanpa sebarang reaksi.Memang terlalu sukar untuk dia membuat tafsiran tentang Ain Nuraina.Malah amat sukar meneylami isi hati gadis ini.
            “Tak ada kena mengena?Habis tu Ain siapa dengan saya?Ain tak cemburu?”Ain ketawa kecil memandang Zhafran.
            “Cemburu?Tak ada sebab saya nak cemburu.”
            “Sikitpun tak ada?”Ain merenung wajah Zhafran.Namun sesaat dua matanya memandang kearah lain.
            “Tak!”Zhafran menarik nafas panjang. Susah memahami diri Ain Nuraina.Tapi dia tahu kata-kata Ain tadi bukan sahaja dalam perasaan marah,tapi sedikit cemburu.
            “Saya nak balik.”Kasut sukan diambil dan dipakainya semula.Topi NIKE dipegang.Ain bangun menuju keatas.Langkahnya diikuti Zhafran.Keretanya diparkir dibawah sedikit.Dia cuba beriringan langkah dengan Ain.Namun langkah Ain masih laju.Remote kereta ditekan.Mahu tidak mahu terpaksa Ain menaiki kereta Zhafran. Keduanya hanya sepi saat kereta bergerak meninggalkan hutan lipur Ulu Chepor.Sampai di satu simpang memisahkan jalan besar dan kampung Ain,Ain meminta zHafran untuk berhenti.
            “Saya lapar.Kita makan dulu.”Ain menunjukkan ke arah gerai yang kelihatna beberapa orang sedang menikmati minuman dan sarapan pagi.Zhafran mengekori langkah Ain menuju ke arah gerai yang hanya beratap zink.
            Ain dan Zhafran mengambil tempat berhampiran beberapa orang lelaki tua yang sedang rancak berbual.Sesekali kedengaran soal politik tanahair dibincangkan.Memang itulah yang kerap berlaku dimana sahaja saat ini.
            “Amboi...pak Mail kalau dah berborak sampai tak nampak orang keliling.”Ain mengusik seorang daripada lelaki disebelah meja mereka.Lelaki tua yang masih berkopiah dan berkain pelkat itu memandang kearah Ain.MAtanya dikecilkan dan kemudian.
            “Lailahailallah....kamu rupanya kak yang.Pak Mail ingat sape tadi.Dari mane kamu ni?Ni laki kamu ke?”Tanya pak Mail dalam loghat peraknya.
            “Habis tu...kot la nak makan dengan orang lain kot.Ini suami kak yang lah.Abang....ni Pak mail.”gugup suara Ain membahasakan Zhafran sebagai abang.Zhafran tersenyum.Menyambut slaam yang dihulurkan pak Mail dan seorang lagi lelaki seusianya.
            “Ini Zhafran...suami kak yang.”
            “Lawa budaknya.”Pak Mail memuji kekacakan Zhafran.Ain hanya tersenyum.Dia sempat memesan dua pinggan nasi lemak dan the tarik pada pak Din.
            “Dengor kata ayah ciknya masuk hospital.Ape ceritenye?”pak Mail terus bertanya.
            “Ayah cik sesak nafas.Tak tahulah kata doktor tak hari ni esok keluarlah kot.”Jawab Ain.
            “Mana tak sesak nafasnye....malam tu sampei dua pinggan pulut dihadapnya masa kenduri rumah si rashid.Aku dah ngabokan jangan makan banyak...degilnye juge.Itu yang sampei masuk hospital.Nengoklah kot kalau tak keluor lagi petang karang aku pegi lah jenguknye kat hospital.”Nasi lemak yang dipesan Ain telah tiba.Dia menolak sepinggan kepada Zhafran.
            “Makan pak mail...”Ain berbahasa.
            “Makanlah kamu dulu.Aku ni dari tadi dah kat sini.Karang bising pulak mak cik Timah kamu kat rumah.Nasi lemak yang dipesannye tak sampei-sampei.Pak Mail balik balik dululah kak yang...ni sape suami kamu ni,lupe aku namanye.Payah beno nah nyebutnya.”
            “Zhafran pak cik.”Zhafran menjawab.
            “Ha...jemputlah kerumah.”Pak Mail bangun.Ain hanya tersenyum.Zhafran hanya menjawab InsyaAllah pada ajakan pak mail sebentar tadi.
            Sebaik sahaja pak Mail meninggalkan mereka,Zhafran memandang Ain.
            “Faham ke apa dia cakap tadi?”Soal Ain.Zhafran ketawa kecil.
            “Em...fahamlah sikit-sikit.Er..semua orang kat sini memang panggil Ain kak yang ke?”Zhafran ingatkan hanay keluarganya sahaja yang memanggil Ain Kak Yang.
            “Memang dari kecil lagi semua orang panggil kak yang.dah biasa.kalau sebut Ain Nuraina ada yang tak kenal.”
            “Kat sekolahpun panggil kak yang juga ke?”Ain menggeleng.
            “Tak semua panggil kak Yang.Yang rapat dan satu kampung je.yang lain panggil Ain atau Aina.”Zhafran mengangguk.menganalisis maklumat terbaru mengenai Ain.
            “Ain sekolah mana dulu?”Ain meletakkan sudu didalam pinggan.
            “Saya sekolah kat ACS,Ipoh.Arwah ayah mengajar kat situ.So,pergi dengan ayah balikpun dengan ayah.tapi kalau ayah ada meeting...saya balik naik bas.Abang Ikram pulak duduk asrama kat sekolah Anderson.”Berbicara tentang arwh ayahnya hati Ain sedikit sebak.
            “Jauh ke?”Ain menggeleng.
            “Kat Bandar ipoh.dekat dengan bus stand medan kitt.Adalah dalam dua puluh minit kalau tak jam”Jelas Ain.Hampir setenagh jam kemudian,mereka sama-sama tiba dirumah Ain Nuraina.








No comments:

Post a Comment