Bab16
Cempaka
pandang ke arah jalan raya yang hitam pekat.Hatinya menahan rasa marah.Hampir
satu jam setengah mereka terkandas di Bukit Merah gara-gara bas rosak.Dia
pandang jam dalam kesamaran lampu.Sudah hampir ke pukul sepuluh malam.Hatinya
sedikit risau.
Cempaka sampai di setesen bas medan
Gopeng bila jarum jam sudah ke angka 11.15 malam dalam hujan lebat yang
menggila.Hentian teksi diluar.Dia duduk dikerusi didalam stesen mencongak-congak
siapa yang perlu dia telefon.
‘Nani?Mana
mungkin sebab asrama dah tutup.takkan Nani boleh keluar.Lagipun nani tak ada
kereta.Akhirnya dia terpaksa buat satu keputusan.
“Hello
Assalamualaikum kak Zah.”
“Waalaikumusalam.Cempaka
kat mana ni?”
“Er..Cempaka
nak minta tolong.Boleh tak kak Zah call Luqman minta tolong ambil Cempaka kat
bus stand Medan Gopeng.Bukan apa tadi bas rosak.cempaka lewat sampai kat
sini.Hujan lebat susah nak dapat teksi.”
“Ya
Allah Cempaka seorang ke?Ok.ok.Jangan pergi mana-mana Kak Zah call Luqman suruh
ambil Cempaka sekarang.Tunggu tau.”
Cempaka
resah.Betul ke tindakan dia minta tolong dengan Luqman?Tak apa ke?Luqman tak
marah ke nanti?Tapi apa pilihan yang dia ada.Orang mulai lengang kat
sini.Takkan dia nak tidur kat sini?Biarlah dia nak marah asal aku selamat
sudah.Dia takut nak call Luqman.Sebab itu dia minta tolong kak Zah.
Setengah
jam berlalu.Bayang Luqman masih belum Nampak.
‘Agaknya
dia tak nak ambil aku kot.’Tapi tadi Darizah hantar mesej Luqman dalam
perjalanan.Cempaka tunduk membaca majalah wanita yang baru dibeli sebentar
tadi.
Tiba-tiba
dia Nampak seorang lelaki yang basah sebahagian t-shirtnya dengan sekaki payung
hitam berdiri dihadapannya.
“Jom.”Luqman
mengangkat beg baju Cempaka.cempaka mengekori dari belakang.Sampai di tepi
bangunan Luqman buka Payung.Ditariknya Cempaka dekat dengan dia.Jantung Cempaka
sudah tidak menentu iramanya.Mereka melangkah dalam hujan ke arah kereta Luqman
yang diparkir ditepi jalan.Luqman bukakan pintu kereta.Cempaka masuk senyap tak
terkata.
Cempaka
terdengar Luqman batuk.
‘Tak
sihat agaknya.’
“Dah
tahu perempuan balik malam-malam kenapa?Kalau jadi apa-apa semua orang
susah.”Cempaka diam.Herdikan Luqman bukanlah sesuatu yang mustahil.Malah dia
sudah menjangka kan dari tadi.
“Maaf
menyusahkan awak.Kalau awak rasa susah saya boleh turun sekarang.”Menyesalnya
kerana minta tolong dari Luqman.Kalau dia tahu Luqman nak marah-marah macam ini
lebih baik dia tidur kat stesen bas sahaja.
“Ha
eloklah tu.Tak tahu ke kat luar tu segala jenis manusia jahat
ada?Pergilah.”Cempaka menahan rasa hati lagi.Dia rasa mahu sahaja menangis saat
ini.
‘Lebih
baik kat luar dari kena herdik kat dalam ni.’
“Manalah
saya nak tahu bas nak rosak.”
“Next
time kalau dah tahu nak balik ambillah bas awal sikit.”cempaka membuang
pandangnya ke arah luar.Malas mahu bertekak dengan Luqman.
Kasihan
dia asyik kena marah sahaja dengan Luqman Harith.
“Nak
kemana ni?”Cempaka jadi tidak sedap hati bila Luqman menghalakan keretanya ke arah
satu kawasan apartment.
“Habis
takkan nak hantar balik asrama.Dah sah-sah pak guard dah tutup pagar.”
“Habis
tu nak pergi mana?Kalau dah tutup pun boleh minta buka kan?”Cempaka mula
gelabah.
‘Yelah
dia bukannya kenal sangat dengan Luqman Harith ini walaupun merangkap
tunangnya.Takut muka je baik perangai tak tahu lagi.
Luqman
diam.Masuk kereta bawah basement.
“Jom.”Dia
keluarkan beg Cempaka dari belakang tempat duduk.Berjalan mendahului Cempaka
kea rah lif.Dalam takut-takut Cempaka ikut Luqman.
“Masuk.”Mahu
tidak mahu Cempaka masuk juga apartment yang terletak di tingkat 12
ini.Tiba-tiaba dia Nampak gambar Luqman sewaktu konvekesyen tergantung diruang
tamu.Tahulah Cempaka ini rumah Luqman.
“Er..boleh
hantar saya ke hotel mana-mana tak?”
“Nak
pergi hotel pula?Saya bawa datang sini pun dah kira nasib baik tau daripada
saya tinggal kat tepi pagar asrama belakang bilik mayat tu.”Cempaka geram.
‘Orang
Tanya elok-elok tak boleh ke cakap elok-elok sikit.’
“Esok
syif apa?”Luqman memberikan sehelai tuala kering.Cempaka balut badan dengan
tuala.Segan juga bila baju nya basah kena air hujan tadi.
“Malam.”Luqman
angguk.
“Sekejap.Saya
bancuh kopi.”Luqman ke dapur.Cempaka tarik nafas lega.Harap-harap iman Luqman
kuatlah.Bukan boleh harap sangat.Ini kalau Abdul Rahman tahu mahu Cempaka
dengan Luqman kena pancung sampai mati.
Luqman
kembali dengan dua cawan kopi.Cempaka hirup sedikit.
‘Ni
mesti kopi 3 in 1 yang siap dah dalam peket tu.tuang air panas bancuh je.’
“Nanti
tidur dalam bilik saya.Jangan risau iman saya kuat lagi.Saya tidur kat luar
ni.”Cempaka hanya diam tidak menjawab.
“Saya
bercakap dengan dinding ke?”Cempaka pandang Luqman akhirnya.Dia senyum sedikit.
“Saya
dengar.”
“Next
time kalau nak balik sini awal lah sikit.Bukan nya nak tahu apa-apa jadi kat
tengah jalan.”Mata cempaka pada siaran National Geographic tapi telinga nya
menagkap bebelan Luqman.
“Dengar
tak?”
“Saya
dengar lah.Yang awak tak habis-habis nak marah saya kenapa?Kalau saya tahu baik
saya tidur je kat bus stand tu.”
“Awak
ni boleh tahan juga degil nya ye?”Cempaka tak pandang luqman langsung.
“Habis
tu takkan saya nak biar je awak marah saya tak bersebab.Ok saya susahkan
awak.kena ambil saya malam-malam macam ni.Kalau tahu awak nak marah macam ni
baik saya call doktor Mathew je.”Cempaka tahu dia dah tersalah cakap.
“Habis
tu kenapa tak call Maths je.Kenapa susah-susah call kak zah suruh saya
ambil?dah macam tak boleh nak call saya sendiri.”
“Ok
saya salah.Saya minta maaf,.Lain kali saya tak susah kan awak lagi.”
“You
know that I’m really worried about you bila kak Zah call bagitahu awak seorang
diri kat stesen?”Cempaka pandang luqman.
Luqman
risau kan diri nya?
Luqman
pandang sekilas sebelum berlalu ke dalam bilik dan keluar semula bersama narita
dan bantal.
Cempaka
bangun.Dia tahu maksud Luqman.Segera dia mengusung beg pakaiannya ke dalam
bilik Luqman.
Sebaik
sahaja melangkah masuk ke dalam bilik matanya dijamu dengan warna hijau muda.
‘Cantik.Sejuk
je mata memandang.’Cempaka duduk dibirai katil.Tiba-tiba matanya terpandang
sekeping gambar berbingkai diatas meja.Gambar Luqman segak berbaju melayu
disamping seorang wanita.Ya Cempaka belum begitu tua lagi untuk melupakan siapa
wanita itu.Wanita yang pernah dia lihat bersama Luqman di Taiping tempohari.
‘Sedihnya
bukannya gambar dia disamping Luqman tapi gambar wanita lain.Mana haknya
sebagai tunang Luqman?’
‘Pedulikanlah
Cempaka kalau benar kau memang tiada makna dalam hidupnya.’
Cempaka
baring.Tapi sudah hampir satu jam berlalu matanya tidak mahu lelap.Tekaknya
terasa haus sekali.Dia bangun.Perlahan-lahan dia membuka tombol pintu dan
keluar.Dari kesamaran lampu dapur Cempaka Nampak Luqman sedang lena di sofa.
Perlahan-lahan
Cempaka tuang air masak.
“Alhamdulillah.”Namun
sebaik sahaja dia berpusing dia Nampak Luqman sedang berdiri memeluk tubuh
betul-betul dibelakangnya.Dia kaku seketika.Kalau dia jalan juga pasti kena
rempuh Luqman.
“Sorry
saya dahaga.”Cempaka mengiringkan badannya melepasi Luqman.
“Mathew
bagi apa hari tu?”Langkah Cempaka terhenti.Dia berpaling pada Luqman.
“Bunga.”Kenapa
pula tiba-tiba Luqman bangkitkan soal bunga pagi-pagi macam ini.
“Bunga
Cempaka?”Cempaka angguk.
“Kenapa?”
“Mana
saya nak tahu.Dah orang nak bagi saya ambillah.”
“Mesti
ada sebab kan?”
“Entah
saya tak Tanya pula sebabnya.”
“Sukalah
tu….”Cempaka terasa dengan sindiran Luqman.
“Kalau
saya sukapun kenapa?Ada masalah dengan awak ke?”Luqman diam.Cempaka kembali
berjalan ke bilik.
‘Huh…soal
mengalahkan polis.Aku tak sibuk hal dia tak payahlah nak sibuk hal aku pula.”
Sekali
lagi Cempaka cuba melelapkan matanya namun gagal.Tapi apa yang cempaka tidak
tahu Luqman juga sedang terkebil-kebil memandang kipas kerana matanya juga
sukar dilelapkan. Memikirkan tentang perangai Cempaka yang kuat melawan Luqman,
terasa bahagia. Bagus juga jika Cempaka memang bergitu, riuhlah rumah tangganya
dengan bebelan Cempaka setiap hari. Susah hati Luqman sekiranya Cempaka berdiam
diri, tak dapat mendengar suaranya membuatkan Luqman penasaran. ‘Mathew…kau tak
kan dapat Cempaka walau apa jua caranya pun, akan aku pertahankan hak aku
selamanya.’
Bab
17
Nasib
baik dia cuti.Kalau tak mana nak cari telekung sembahyang Subuh dekat rumah
Luqman ini.cempaka keluar.Terdengar deruman air dari bilik mandi berhampiran
dapur.
‘tengah
mandi rupanya.’Cempaka duduk disofa.Dari tadi dia sudah bersiap.Beg pakaiannya
diletakkan ditepi kaki.
Luqman
keluar dengan tuala separas pinggang dan t-shirt malam tadi.
“Nak
pergi mana?”
“Nak
balik.”Luqman pandang jam.
“Baru
6.30 pagi.”
“Habis
takkan nak tunggu sampai tengahari.Saya tak nak kahwin free kat sini.”Ternyata
Luqman cuba menyembunyikan senyumannya.
“Kalau
kahwin free pun kenapa?tak salahkan?Alang-alang kita pun memang dah dekat nak
kahwin.Jimat sikit belanja.”Cempaka angkat muka pandang Luqman tepat-tepat.
‘Menyakitkan
hati betu lah cakap dengan dia ini.
“Salah
tetap salah.Malah berdua macam ni pun dah salah.Sekalipun pada awak kahwin free
itu tak salah Luqman Harith tapi saya masih punya keluarga yang perlu saya jaga
maruah dan harga diri mereka.Terima kasih tumpangkan saya disini dan maaf
sekali lagi kerana menyusahkan awak untuk ambil saya semalam.”Cempaka
bangun.dijinjingnya beg pakaian ke muka pintu.
“Tunggu
Cempaka Elina.”Luqman berdiri membelakangkan Cempaka.Langkah Cempaka terkunci
disitu.
“Saya
akan hantarkan Cempaka.”Luqman masuk kebilik.Keluar semula beberapa ketika
kemudian dengan pakaian kemas.
Luqman
duduk seketika di sofa.Berhadapan dengan Cempaka.
‘Ish
dia ini tadi kata nak hantar balik.Ni boleh duduk saja lagi.’
‘Luqman
ini jangan lah pandang macam itu.Buat Cempaka berdebar-debar saja lah.’
“Awak
tunggu apa lagi.Jom lah.”
Luqman
senyum.Hati nakal nya berkata-kata.
‘Saya
tak mahu Cempaka keluar dari sini.Saya nak bawa Cempaka kahwin sekarang juga.’
“Luqman!”Suara
Cempaka sedikit kuat.Luqman kembali ke alam nyata.
“Apa?”
“Apa?”
“Subhanallah..tadi
kata nak hantar saya balik.Jom lah.”
“Jom.”Diangkatnya
beg Cempaka dan terus mendahului Cempaka menuju ke lif.
Cempaka
gagal menyembunyikan senyumannya.
Pagi
mula menampakkan serinya saat kereta Luqman keluar dari basement.
“Breakfast?”Cempaka
menimbang-nimbang seketika.
‘Apa
salahnya kalau dia temankan Luqman makan pagi.’
“Ok.”
Mereka
menikmati sarapan pagi di Mcdonalds.Cempaka ketawa tiba-tiba.
“Ketawa
kenapa?Ada yang kelakar.?”Cempaka geleng.
“Habis
tu?”
“Awak
memang suka makan Mcdonalds?Yelah pagi breakfast dengan Mcdonalds tengahari pun
makan Mcdonalds.”Luqman senyum.
“Nanti
kalau dah kahwin tak lah saya telan burger lagi kan?”Matanya dikenyitkan pada
Cempaka.
‘Duhai
jejaka jangan diuji perasaan aku andai hati kamu jadi milik sepasang jiwa yang
lain.’
Bengang
dengan kata-kata Luqman, lantas Cempaka mejawab.
“Tak
juga doctor Luqman, saya bekerja tak tentu masa belum tentu awak boleh makan
masakan dirumah bila shift kita berbeza.Lainlah jika awak ada pilihan hati yang
boleh masakan untuk awak setiap hari.”
Luqman
terasa disindir, macam mana caranya lagi yang perlu dia tunjukkan supaya
Cempaka tahu dia amat sayangkan Cempaka.
Bab18
Malam
itu Cempaka bekerja seperti biasa.Tapi apa sahaja yang dibuat serba tak
kena.Dia sendiri tidak tahu kenapa.
“Cempaka
ada patient dalam wad bersalin.Pintu rahim dia dah buka dalam 5 cm.Akak nak
Cempaka tunggu kat situ.”Cempaka angguk pada Norita.Dia bergegas ke dewan
bersalin.
Cempaka
lihat ada seorang wanita sedang menahan sakit diatas katil.
“Kak
macamana?contaraction semakin kerap ke?”Tangannya diletakkan di perut wanita
untuk merasai denyutan jantung bayi.
“Sakit
dik.Akak rasa macam nak teran.”Cempaka memeriksa pintu rahim.
“Baru
tujuh cm ni kak.Jangan teran lagi.Sabar.Selawat banyak-banyak.”Walaupun dia
belum merasa sakitnya melahirkan tetapi Cempaka simpati pada ibu-ibu yang
berjuang demi melahirkan seorang khalifah di bumi ini.Kerana itu Allah janjikan
shahid buat mereka.
‘Subhanallah.’Cempaka
selalu melafazkan syukur setiap kali seorang ibu selamat melahirkan seorang
bayi.Melihat kehadiran seorang penghuni didunia maya ini memberi kepuasan pada
Cempaka.
“Hai.”cempaka
senyum pada Mathew.Mathew kelihatan segak malam ini.
“Macamana?”
“7
Cm doktor.Contaraction semakin kerap.”Dua orang jururawat pelatih masuk.Senyum
pada Cempaka dan Mathew.
“Macamana
Cempaka?”Cempaka pandang Norita dan staff nurse Anna yang juga turut sama ada
disitu.
“Baru
7 cm kak.”Tugas Cempaka diambil alih oleh Norita.Cempaka ke meja hadapan bilik.
“You look beautiful tonight
Cempaka.”Suara Mathew perlahan tapi cukup untuk sampai ke telinga Cempaka.
Kenapa
tiba-tiba itu yang Mathew ucapkan?
“Terima
kasih doktor.”Cempaka cuba menarik nafas panjang.Tak tahu kenapa kata-kata
Mathew mengundang debaran menggila.
“Kata-kata
saya buat you resah?”sejak bila Mathew sudah berada disebelah
“doktor
saya…”Ayat Cempaka terhenti bila Lukman dan Syamsul menghampiri.Mata Luqman
tajam memandang Cempaka.Pandangannya silih berganti pada Mathew.
‘Duhai
mata jangan kau sampaikan fitnah itu kepada hati.’Cempaka faham pandangan
Luqman.
‘Luqman
aku bukanlah seperti yang kamu fikirkan.’
“Em..mana
ada staff nurse Cempaka ada sahaja doktor Mathew ye.”Mathew tersenyum pada
Syamsul.
“Pandai
you cari peluang Math..”Cempaka cepat-cepat meminta diri dari situ.Berada
ditengah-tengah antara Mathew dan Luqman menyesakkan dadanya yang kian hilang
deruan nafasnya.
‘Duhai
hati berhentilah berlari.’
‘Duhai
jiwa pergilah resahmu.’
“Kenapa
Cempaka menjadi orang islam?”Cempaka terkedu dengan soalan yang tidak pernah dia
duga keluar dari mulut Mathew.Menerima pelawaan Mathew untuk makan malam bukan
satu keputusan yang mudah.Berkali-kali Cempaka berfikir dan akhirnya dia
mengalah pada permintaan Mathew.
“Kenapa
saya jadi orang islam?”Mathew angguk.
“Saya
menjadi muslim bukan kerana ibu bapa dan keturunan saya beragama islam.Tapi
saya menjadi islam kerana islam itu sendiri.”
“Meaning?”
“Islam
itu agama yang indah.Cukup segala-gala yang kita perlukan.Islam itu satu cara
hidup.”
“Bermakna
agama lain tak elok?”Cempaka diam.Dia bukanlah orang yang bagus untuk berdebat
tentang agama.Tapi tak salah berkongsi apa yang dia tahu.
“Islam
tidak pernah mengajar umatnya memandang rendah pada agama lain.Doktor sendiri
kenapa memilih kristian?”
“Sebab
ibu bapa saya kristian.Sebab saya percaya pada Jesus Christ.Dan kepercayaan
itulah yang dititipkan pada saya since I
was young.”
“Sejauh
mana kepercayaan doktor pada Jesus?”
“Mungkin
sejauh kepercayaan Cempaka pada Nabi Muhammad.”
“Muhammad
adalah rasul yang Allah utuskan melalui perantaraan Jibril untuk menjadi
pemimpin kepada umat manusia.Nabi Muhammad bukan Tuhan.Tapi baginda hanya
utusan dari Tuhan.”
“Jadi
siapa yang Cempaka sembah?”
“Saya
sembah Tuhan saya.Allah swt.Bukan nabi Muhammad.He’s a messenger yang
menyampaikan wahyu dari Allah untuk sekelian manusia.”
“Cempaka
percaya pada Allah?”Cempaka angguk.
“Setiap
manusia yang beriman wajib percaya adanya Allah swt.sebab itu dalam islam ada
rukun iman dan rukun islam.Hidup berpandukan rukun-rukun inilah.”
“Rukun
iman?rukun islam?Whats that?”
“Rukun
atau peraturan yang wajib bagi umat islam.”Jawab Cempaka.
“I
percaya pada Jesus.Kerana itu yang my parents didik sejak I kecil lagi.Percaya
kepada trinity.Percaya bahawa Jesus adalah Tuhan selepas Tuhan bapa.”
“Setiap
orang ada kepercayaan masing-masing.Untuk bercakap soal agama dengan lebih
mendalam saya bukanlah orangnya.Ilmu yang ada pada saya hanya sezarah sahaja
doktor.”Mathew senyum.
“Cempaka
different dengan perempuan-perempuan yang saya pernah jumpa sebelum ini.”
“Maksud
doktor?”
“Susah
nak cakap.Just I know what I said.”
“Saya
sama je doktor.Tak ada beza apapun.”
“Kalau
saya katakan I fall in love dengan Cempaka.Bagaimana?”Cempaka tersentak.soalan
yang tidak pernah diduga akan keluar dari mulut Mathew.
“Doktor
Mathew dengan saya jauhnya bagai langit dan bumi.”
Perlukah
dia berterus terang status dirinya yang sebenar?Mathew hanya pandang wajah
Cempaka tanpa memberi apa-apa jawapan.Dan pandangan itu membuatkan Cempaka
terus tunduk membisu seribu kata.
Pulang
dari makan bersama Mathew,rupanya ada tetamu yang sedang menunggu Cempaka di
asrama.
“Luqman?Buat
apa kat sini?”Luqman Nampak kah dia turun dari kereta Mathew sebentar tadi.
“Cempaka
Elina!”Namanya dipanggil tiba-tiba.Luqman berjalan menghampirinya.Luqman duduk
dikerusi batu berhadapan dengan asrama jururawat.
“Duduk
sini sekejap.”Cempaka akur.Duduk disebelah Luqman.Kedua-duanya hanya membisu.
“Keluar dengan Math?”Cempaka angguk.
“Keluar dengan Math?”Cempaka angguk.
“Its dark here and I cant see your
action.”Cempaka mengerti.
“Ha.Keluar
dengan doktor Mathew.Pergi makan malam.”
“Cempaka
Elina.Just 5 or 6 months only you’ll be my wife.And I become your
husband.”Cempaka tersentak.Kenapa tiba-tiba ye Luqman membicarakan soal
perkahwinan mereka.Sedangkan selama ini Cempaka tertunggu-tunggu untuk Luqman
cakapkan hal ini.Mungkin malam ini Luqman nak bagitahu yang mereka berdua
sebenarnya tidak sepadan dan dia bukanlah gadis yang Luqman cari.Atau Luqman
nak bagitahu yang hatinya sudah dimiliki?
“You don’t want to say anything
about that?”
“Nak
cakap apa?Macam awak cakaplah lagi lima enam bulan saya akan jadi isteri awak
kan?”
“Awak
dah bersedia?”Cempaka melepaskan satu keluhan.
“kenapa
awak mengeluh Cempaka?Atau hati awak bukan pada saya?”
“Apa
maksud awak Luqman?”
“Well…mana
saya tahu kalau-kalau Mathew berada diantara saya dan awak?”Cempaka memusingkan
wajahnya mengadap Luqman.
“Apa
maksud awak Mathew ada antara saya dan awak?Kenapa awak tak cakap je ada gadis
lain dalam hati awak?Kenapa nak libatkan Mathew?”Kedengaran ketawa kecil dari
Luqman.
“Ini
bukan perkara yang awak boleh ketawakan.Ini bukan joke Luqman.Ini soal hidup awak.Soal masa depan saya.”
“Apa
perasaan awak pada saya Cempaka Elina?”Suara Luqman mengendur.
“Entah
saya tak tahu dan tak ada jawapan.”Luqman bergerak sedikit.Tubuhnya dipusingkan
mengadap Cempaka.
“Kenapa
awak tak tahu sedangkan saya tunang awak.Bakal suami awak Cempaka?Kalau awak
tak tahu bagaimana perasaan awak sekarang macamana awak nak kahwin dengan saya?Bagaimana
awak nak hiudup berdua dengan saya?”
“Habis
tu macamana pula perasaan awak pada saya doktor Luqman Harith?”Luqman pandang
Cempaka dalam kesamaran malam.
“Sebagaimana
yang awak mahu.”Senangnya jawapan Luqman.Cempaka ketawa sinis.
“Jadi
kalau saya mahu awak sayangkan saya..then awak akan sayang kan saya.Dan kalau
saya mahu awak membenci saya awak akan benci saya.Begitu?”Luqman ketawa
kecil.Sekali lagi.
“Habis
awak nak yang macamana?”
“Baiklah
Luqman.suka hati awaklah nak berperasaan macamana pun pada saya.”Cempaka
bangun.Niatnya mahu kembali ke bilik.Tapi secepat itu juga tangannya dipegang
Luqman.
Jantung
Cempaka kembali berdegup kencang.Berlari seperti berkilometer jauhnya.
Dia
pandang Luqman.Segera Luqman melepaskan pegangannya.
“Sorry.Tapi
perbincangan kita belum selesai.”
“Apa
lagi yang nak dibincangkan.”Cempaka kembali duduk.
“Semuanya
dah jelas.Perasaan saya..perasaan awak.Tak ada apa yang kita nak bincangkan
lagi.”
Tekan Cempaka.
Tekan Cempaka.
“Cempaka
sayang kan saya.?”Semakin laju degupan jantung Cempaka bila Luqman mengajukan
soalan sebegitu.
‘Aduh
romantisnya kalaulah dia juga punya perasaan pada aku?’
“Biarlah
masa saja yang tentukan.Dah malam Luqman.Pak Guard tu pun asyik tengok je dari
tadi.Saya masuk dulu.Untuk pertanyaan-pertanyaan awak tadi saya memang tak ada
jawapannya sekarang.”
Cempaka
terus melangkah masuk meninggalkan Luqman yang masih ditemani bulan bintang dan
kegepalan malam.
Bab19
“Huh..muka
cantik tapi perangai….”Langkah Cempaka terhenti.Dia pandang Marlia yang duduk
bersama Norita.Kedua-duanya sedang memandang ke arah Cempaka.Cempaka tahu dia
orang yang Marlia maksudkan.
“Apa
maksud kak Marlia?”
“Jangan
nak buat-buat tak tahu.”
“Marlia.”Kak
Norita memberi teguran.
“Biar
kak.Biar dia tahu sikit.Baru kerja kat sini tapi gatalnya bukan main.”
“Kak
Marlia cakap apa ni?”Cempaka hampir hilang sabar.
“Jangan
ingat orang tak tahu.Keluar dengan doktor Mathew kemudian dating pula dengan
doktor Luqman.Dah macam perempuan…”
“Perempuan
apa kak?Perempuan tepi jalan?Itu yang kak Marlia nak cakap?”Cempaka menahan
sabar.
“Huh..faham-faham
sendirilah.”
“Sabar
Cempaka…Betul ke apa orang cerita Cempaka pikat dua-dua doktor tu?”Norita
berdiplomasi.
‘Orang
cerita atau marlia saja yang bercerita?’
“Kak
kalau saya pikat diorang,diorang nak ke dengan saya?Saya ni staff nurse je
kak.Diorang tu doktor.Lebih baik diorang pikat staff nurse yang lebih cantik
dari saya macam kak Marlia ni.”Mahu sahaja dia bagitahu siapa dia dengan
Luqman.tapi tak terluah.
“Habis
tu yang kau keluar dengan doktor Mathew tu?”
“Doktor
Mathew ajak saya keluar.Dah berkali-kali.Tak salah rasanya sebagai rakan
sekerja saya dengan doktor Mathew hanya keluar makan.Itupun sekali sahaja.Dan
tak ada pun dalam undang-undang hospital jururawat tak boleh keluar makan
dengan doktor.”
“Doktor
Luqman?kau ingat aku tak Nampak kau berdua dengan doktor Luqman semalam?”
“Kak
Marlia antara saya dengan doktor Luqman itu urusan peribadi saya.Selagi saya
tak masukkan dalam urusan kerja saya saya rasa tak ada masalahkan?”
“Tak
ada masalah?Masalahnya orang macam kau ni lah yang merosakkan nama baik kami
semua.”
“Marlia…”
“Apa
yang saya buat?Ok lah kalau kak marlia cemburukan saya apa kata kalau kak
marlia sahaja yang pikat kedua doktor tu.”
“Kau
cabar aku?”
“Bukan
cabar kak.Tapi saya dah tak kuasa bila kak marlia asyik tuduh saya yang
bukan-bukan.”
“Hei…aku
bukan macam kau tahu.Ambil kesempatan.Pikat doktor-doktor kat sini.Nak kerja tu
buatlah cara nak kerja.Tapi kalau nak menggatal sini bukan tempatnya.”
‘Astaghfirullahalazim..”Cempaka
cuba menahan sabar.Marlia terus ke wad sebelah.
“Apa
salah saya kak?”Norita simpati.
“Sudahlah
Cempaka.Biarlah Marlia tu memang macam tu.”
“Bukan
saya yang call doktor Mathew ajak keluar.Saya tak pernah pun bagi nombor
telefon saya kat dia.Dia yang beria-ia ajak saya keluar.Pasal doktor
Luqman,sayapun tak tahu dia datang asrama nak jumpa saya kak.”Setitis airmata
Cempaka mengalir.
“Sudahlah.Biarlah
apa orang nak kata.Yang penting Cempaka tahu apa Cempaka buat.”
“Saya
tak nak orang pandang saya murah sangat kak.Saya baru kerja kat sini.Perjalanan
saya baru saja lagi.Sampai hati diorang kak.”
“Marlia
seorang je.Yang lain tu tak ada pun.”Norita menggosok-gosok belakang Cempaka
memujuk.Cempaka tunduk.Mengesat airmata yang mudah benar tumpahnya.
“Ada
filem sedih ke kat sini?”Tiba-tiba suara dihadapan kaunter membuatkan Cempaka
dan Norita mendongak.Luqman sedang berdiri dengan rekod pesakit
ditangan.Cempaka cepat-cepat kesat airmatanya.
“Tak
ada apa-apa doktor.Hal orang perempuan je.”
“Em..kak
Norita,ni ada kes baru.Tempatkan patient kat katil dulu.Nanti saya
tengok.”Norita ambil rekod dari tangan Luqman.Seorang wanita berdiri disebelah
Luqman dibawanya ke wad.
Cempaka
jadi tak tentu arah bila Luqman mengambil tempat Norita disebelahnya.
“You look sad.Anything
nak cerita dengan saya?”Luqman terus memeriksa rekod pesakit.
“Tak
ada apa-apa.Saya ok je.”
Kerja
Luqman terhenti.Dia pandang Cempaka Elina.Berpeluk tubuh.
“Kenapa
susah sangat ke nak bagitahu saya apa yang ada dalam hati awak cik Cempaka
Elina?”
“Saya
ok kalau itu yang doktor nak tahu.”
“Doktor?Mana
pergi Luqman yang Cempaka panggil saya
semalam?”
“Kat
sini hospital doktor.You’re doktor.So memang saya kena panggil doktor kan?”
‘Nak
panggil Luqman?Cempaka sudah malas nak kena fitnah lagi walaupun mereka tak
tahu apa sebenarnya.’
“Bukan
tunang Cempaka?”
“Doktor
nak saya buat apa?Panggil doktor Luqman je?Dan undang lagi fitnah pada saya?”
“Fitnah?Maksud
Cempaka?Oh..sebab tu Cempaka menangis?Then kenapa tak bagitahu je semua orang
Cempaka tunang saya?habis cerita.”Cempaka diam.
‘Senangnya
lelaki ini bercakap.Kalau dia bagitahu Luqman tunangnya tiba-tiba Luqman kata
bukan.Macamana?Ini soal maruah dia.’
“Kenapa
doktor je yang tak bagitahu?”Sengaja Cempaka menduga.Luqman pandang Cempaka
dalam-dalam.Tapi pandangan tajam Luqman menusuk terus ke jiwa Cempaka.Terasa
mahu rebah disaat itu juga.
“Rasanya
mulai detik ini saya perlu lebih mengenali siapa Cempaka Elina.”Cempaka pandang
Luqman.entah kenapa airmatanya mengalir tiba-tiba.
“Kenapa
menangis?”Cempaka geleng.Ditundukkan wajahnya memandang lantai.
“Ehem..”Luqman
kembali ke kedudukan asalnya bila Marlia sudah terpacak didepan kaunter.Cempaka
cepat-cepat bangun terus menuju ke wad dua.
“Doktor
dah makan?”Luqman hanya mengangguk pada Marlia.Seketika kemudian Syamsul datang
menyertai mereka.
Dan
tanpa sesiapa menyedari Luqman dan Cempaka berbalas pandangan melaui cermin.
Bab20
Zubaidah
perasan bila dilihatnya Luqman seakan-akan tercari-cari seseorang.Dia tahu
Luqman cari Cempaka.
‘Dah
rindu lah tu.’
“Kak
Zubaidah Staff nurse Cempaka tak datang ke?”Zubaidah dan Luqman sama-sama
memandang ke arah Mathew.Ada riak tidak senang di wajah Luqman dengan
pertanyaan Mathew.
“Staff
nurse Cempaka EL.Dia balik penang.”
“Kenapa?”Serentak
pertanyaan itu datang dari kedua-dua doktor dihadapan Zubaidah.Zubaidah sedikit
terkejut.
Betul
lah dua-dua doktor ini angau dengan Cempaka Elina.Zubaidah sudah senyum-senyum.
“Bapa
dia accident.Sister Ani cakap kat hospital sekarang.”
“Oh
my God.Man boleh you replaced I on call tak hari ini?”
“You
kenapa?”Luqman mula jengkel.
‘Nak
pergi Penang lah tu.Maths…yang accident tu bakal mertua aku.Aku lah yang kena
pergi.’
“I
nak pergi Penang.”
“You
nak tengok Cempaka or her father?”
“Both.Boleh
tak?”
“Sorry
Math.I betul-betul ada hal.”Luqman cuba berlagak selamba walaupun hatinya
menyumpah Mathew.
“Tak
pelah.”
“Sorry
math.”Luqman terus keluar.
“Abah macamana mak?”Cempaka tiba
bersama Haikal tengahari itu di wad B2 Hospital besar Pulau Pinang.Wajah sugul
Salmah menyambut kedatangan mereka.Turut ada disitu seorang bapa saudara
Cempaka dan adik Cempaka yang baru lepas SPM.
“Doktor
kata abah tak sedar lagi.Cuma keadaan abah dah stabil sikit.”
“Macamana
boleh kena mak?”Giliran Haikal bertanya.
“Tak
tau lah.Tapi memang pagi tadi dia mengadu sakit kepala.Semalam pi check darah
tinggi dia naik.Mak dah cakap tak payah pergi Kebun sayur.Abah degil.Nak pi
juga.Tengok-tengok terbabas masuk parit besar kat kebun sayur Ali.”
Lemah
jantung Salmah bila dikhabar kan suami nya kemalangan dan sudah dibawa ke
hospital.
“Sabarlah
mak.Kita doa abah tak apa-apa.”Cempaka cuba menenangkan salmah.Mereka bergilir-gilir
masuk ke dalam wad melihat keadaan Abdul Rahman.Cempaka menarik nafas lega bila
doktor mengkhabarkan sudah ada perkembangan positif.
Sedih
nya dia tengok keadaan abah.Dulu dia rapat dengan abah.Tetapi selepas kes
tunang tak jadi dia macam takut-takut jumpa abah.
‘Abah..maaf
kan Kak Yang ye.Kak Yang banyak buat salah dan dosa dengan abah.’
Hampir
terlepas cawan kertas di tangan Cempaka bila dia kembali dihadapan wad selepas
membeli kopi.Luqman sedang berbual dengan Haikal.
‘Bila
pula dia ini ada kat sini?’
‘Aku
tak salah tengok ke ni?’
“Ha
Kak Yang.Luqman sampai dah ni.”Cempaka pandang Luqman tanpa suara.Diserahkan
cawan berisi kopi kepada ibunya.
Luqman
seakan tidak memperdulikan Cempaka.Terus berbual dengan Haikal.Bagai Cempaka
tak wujud pun di sini.
‘Kalau
dah memang sombong tak payah nak tunjuk baik kat sini.’
‘Siapa
yang cakap aku kat sini?’Cempaka duduk disebelah Salmah.
“Mak
nak balik dulu tak?Kalau nak balik along hantar.Kak yang boleh tunggu abah
sat?Sat gi abang mai kita tukar pula?”Cempaka angguk.
“Mak
baliklah.Kak Yang tunggu abah.”
“Tak
pe ke?”Cempaka angguk.Meyakinkan Salmah untuk balik berehat.
“Luqman
nak pi rumah mak cik?”Luqman tersenyum menghampiri Salmah.
“Tak
pe mak cik.Lagipun sekejap lagi saya nak jumpa dengan doktor kat sini.Tanya
macamana keadaan pak cik.”Salmah angguk.Senang dengan keprihatinan bakal
menantu.
“Kak
Yang nak apa-apa tak?Sat gi along bawa.”
“Tak
ada apa kot.Along balik lah rehat dulu.Kak yang tak pe kat sini.”Haikal angguk
membawa Salmah dan yang lain pulang dahulu pulang ke Teluk kumbar.
Hilangnya
kelibat mereka,Luqman duduk diatas kerusi disebelah Cempaka.Menyandar di
kerusi.Cempaka bangun tiba-tiba.Ke ruang bawah sebelum kembali dengan secawan
kopi.Dihulurkan pada Luqman.Luqman memandangnya seketika sebelum mengambilnya
dari tangan Cempaka.Ada senyuman di bibir Luqman harith.
“Macamana
boleh datang sini?”
“Kenapa?Tengah
tunggu kedatangan orang lain ke?”
‘Baik
tak payah Tanya.Menyakitkan hati je.Cempaka terus diam.’
“Saya
solat jap.”Telefon bimbit dan kunci kereta diletakkan disebelah kerusi
Cempaka.Cempaka faham kalau dia kena jaga barang Luqman.
Lima
minit berlalu selepas Luqman pergi telefon bimbit Luqman berbunyi.Cempaka
tengok.
Mesej
diterima from Dyja.
Tertanya-tanya
siapa Dyja tanpa sedar Cempaka tertekan butang read.
Abang dah sampai penang ke?nanti
nak jumpa call dyja dulu ye.
‘Dyja?Siapa
Dyja?Gadis hari itu kah?’Perasaan Cempaka mula bercelaru.
Telefon
bimbit Luqman diletakkan semula di kerusi sebelah.Luqman selesai solat.Kembali
duduk disebalah Cempaka.
“Balik
Ipoh hari ni ke?”Cempaka memecahkan kesunyian diantara mereka berdua.
“Kenapa
tak suka saya kat sini?”Cempaka geleng.Tak tahu kenapa hatinya sedikit berbunga
bila Luqman di sini.
“Ada
Mathew call?”Cempaka angguk.
Memang
sewaktu perjalanan kemari tadi Mathew menelefonnya sekadar meluah rasa simpati
diatas apa yang terjadi pada Abdul Rahman.
“Saya
tengok abah sekejap.”Cempaka bengun.Namun entah macamana kasutnya
tergelincir.Cempaka hampir jatuh sebelum tangannya dipegang Luqman.
“Hati-hati.”Wajahnya
hampir sekali dengan Luqman Harith.Hatinya berirama kencang.
“Thanks…”Hampir
tak terucap perkataan dari mulut Cempaka.Perlahan-lahan tangan Cempaka
dilepaskan.Cempaka cepat-cepat masuk ke dalam wad.Dan Luqman sedang tersenyum
di kerusi.
asyik bertekak sj la luqman dgn cempaka ni
ReplyDeleteSambungan please
ReplyDeleteSambungn plzzz
ReplyDeleteKapan akurnya
ReplyDeleteSuke sangatlah👌
ReplyDeleteLanjut...
ReplyDeletenice story..next ep. please
ReplyDeleteEpisodenya berurut donk di YouTube biar enak ntnnya, please
ReplyDelete