Wednesday, 2 October 2013

nota buat cempaka bab 11-15


Bab 11

Luqman membawa Khadija ke Bandar Taiping.Membeli barangan keperluan dapur dan buku rujukan untuk Athirah dan Syikin.Kemudian mereka berhenti makan di Mcdonalds.
“Macamana kerja Dyja?”
“Bolehlah.Tapi ada seorang ketua Dyja tu macam tak suka je kat Dyja.Selalu nak cari salah Dyja.”
“Biasalah asam garam dalam kerja.Yang penting niat Dyja nak cari rezeki kan?”Dyja angguk.
“Esok abang balik ke?”Luqman pula  angguk.
“Petang esok abang ada janji dengan kawan nak gantikan dia on call.Dia ada hal sikit.”
“Dyja rasa bersalah dengan abang.Banyak sangat abang dah tolong Dyja dengan keluarga.Rasa macam tak terbalas jasa abang pada kami.”
“Jangan cakap macam tu.Abang tolong mana yang abang mampu.”
“Dyja ni nama je dah kerja tapi tak boleh juga nak tolong keluarga.”
“Tak pe lah perlahan-lahan.Stabilkan dulu diri Dyja kat sana.”Khadija mengangguk.
Usai makan mereka ke Nagoya.Membeli kain untuk adik-adik Khadija.Sedang asyik memilih,Pandangan Luqman bersatu dengan pandangan seseorang dari jarak Cuma 100 meter.
Cempaka sedang memandangnya dengan Dyja.
“Abang yang ni cantik tak?”Pandangan keduanya dihalang dengan kain yang Dyja tunjukkan pada Luqman.
“Ok.”Sebaik sahaja kain dijatuhkan wajah Cempaka sudah menghilang.
‘Perasaan aku kah?’Teringat kan wajah itu sehingga ke mari?
“Dah?Kalau dah jom lah.Nanti ayah risau pula.”Dyja angguk.mereka berjalan ke bawah.Mata Luqman tercari-cari bayangan itu lagi.Tapi tiada.Lantas Luqman rasa mungkin itu hanya perasaannya sahaja.
‘Kalau betullah tadi tu Cempaka, apa yang harus aku katakan padanya.’ Luqman memikir sendiri.
“Apa yang abang fikirkan tu?, sampai lupa dimana kita letak kereta tadi.” Tanya Dyja setelah melihat Luqman tercari-cari sesuatu.Dia ingatkan Luqman tercari-cari tempat letak keretanya.
“Abang parking kereta di depan kedai gambar tadi rasanya. Kita menuju kesana lah.” Luqman menutup kegusaran yang hadir dibenak Dyja.





Bab 12
Cempaka termenung di rumah bujang Haikal.Dia rancang nak balik Pulau Pinang tapi akhirnya dia ke rumah haikal.Lagipun Haikal minta tolong untuk beli hantaran pertunangan Haikal nanti.Petang tadi Haikal membawanya ke Bandar Taiping.Jalan-jalan di taman tasik seterusnya membeli sedikit keperluan.
Waktu itulah dia bertembung dengan Luqman.Tapi sebaik sahaja melihat seorang gadis cantik disebelah Luqman hatinya jadi hancur tiba-tiba.
‘Abang?’Dia terdengar panggilan gadis itu pada Luqman.
‘Siapa gadis itu dalam hidup Luqman.Kenapa kak Darizah tidak pernah bercerita tentang perempuan itu kalau Luqman mengenalinya.Tiba-tiba hatinya jadi tawar dengan pertunangan ini.
“Awat termenung?”Cempaka dihampiri Haikal.Sejak dulu memang dia rapat dengan Cempaka berbanding adik-adiknya yang lain.
“Tak ada apa-apa.Abang dah simpan dah semua barang-barang tu?”Haikal angguk.Perkenalannya dengan Ariani selama hampir dua tahun bakal berakhir dijinjang pelamin.
“Esok abang hantar sampai asrama.Esok abang tak ada buat apa-apa.”
“Tak susah abang ke?”
“Bukan jauh sangatpun.Senang sikit hati abang kak Yang sampai elok ke asrama tu.”cempaka tersenyum.Senang dengan keprihatinan Haikal padanya.
Haikal bukan sahaja abang tapi kadang-kadang Haikal boleh jadi kawan baik pada Cempaka.
“Luqman macamana?”Cempaka senyum.
“Ok je abang.”Cuma soal yang satu ini jarang sangat dia nak berkongsi dengan Haikal.Cempaka rasa seolah-olah sudah serik untuk bercerita soal hati dan perasaannya.
Cukuplah pengalamannya dengan Fikri dulu.

Malam itu Cempaka menerima sms kiriman doktor Mathew.Dia tersenyum sendiri.
-How r u Cempaka elina?
+Fine.Sihat.doktor?
-I?Ok je..bored sikit you tak ada dalam wad.:(
+kan ramai lagi kat sana.:)
-Tak sama macam you Cempaka Elina
Cempaka diam.Hilang kata-kata untuk bermesej.
-R u still there Cempaka?
+ye..saya ada ni.
-Oklah tak nak ganggu you.Anyway take care ya.
+thanks doktor.
Cempaka pandang telefonnya.Dia akui dia senang dengan doktor Mathew.Tapi Luqman….
Dia dengan Mathew?Tak mungkin kot.Mathew bukan seagama dan sebangsa.Dan tak mungkin Mathew akan kobankan kepercayaan dia kerana Cempaka.
Tapi Luqman?Dingin nya Luqman pada Cempaka.
Persoalan tentang Luqman sentiasa menjadi persoalan yang tidak terjawab dalam fikiran Cempaka.

Sudah tiga hari Cempaka kerja syif petang dan sudah tiga hari juga dia tidak berjumpa langsung dengan Luqman.Ingin ditanya pada kak Zubaidah Cempaka segan.Semalam Salmah telefon dari kampung mengingatkan Cempaka tentang majlis yang lebih kurang empat bulan sahaja lagi.
Salmah mahu dia berbincang dengan Luqman tentang majlis itu nanti.Mereka mahu Cempaka dan Luqman yang menetapkan dari pakaian hingga ke pelamin.Pagi tadi Darizah dan doktor Maria pula yang bergilir telefon.Bagitahu perkara yang sama.Tapi kenapa mereka tak sampaikan sendiri pada Luqman.Kenapa mesti Cempaka yang bagitahu Luqman semua ini.
Susah sangat ke keluarga dia sendiri nak bercakap dengan Luqman?Kenapa mesti melalui dia?
“Kak..doktor Luqman tak ada ke?”Zubaidah senyum.
“Kenapa?Dah rindu?”Usik Zubaidah.Cempaka jadi malu sendiri.
“Tak adalah kak.Cempaka ada hal nak cakap dengan dia.”
Cempaka tak boleh tangguh-tangguh lagi.Dia mesti bersemuka dengan Luqman.Soal perkahwinan mesti di bincang kan.Berdebar nya Cempaka mengira detik waktu untuk menjadi isteri Luqman.Lagi berdebar-debar bila teringat kan insiden di Nagoya tempohari.Masih tertanya-tanya siapa wanita itu.
‘Dan siapa pula saya pada awak Luqman Harith?’
“Kenapa tak call je?”
“Cempaka tak ada nombor telefon dia kak.”
Cempaka berterus terang.Kalau Luqman tak bagi takkan dia pula yang nak minta.
Nanti Luqman cakap ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.’
Ye lah macam pantun tu
Kalau padi kata padi
Tidak saya tertampi-tampi
Kalau sudi kata sudi
Tidak saya nanti terus menanti….
Entah sudi entah tidak Luqman pada Cempaka.
“Kenapa macam tu pula?”
“Sebenarnya kami bertunang tak kenal pun antara satu sama lain.Keluarga yang atur kan.Cempaka tak pernah minta nombor telefon dia.Tapi dia ada nombor Cempaka.Cuma sekarang Cempaka dah tukar nombor telefon sebab dah setahun dia tak pernah pun telefon Cempaka kak.”
“Dia tak pernah call?”Cempaka geleng.
“Kalau akak tanya sikit Cempaka jangan marah ye.”Cempaka angguk.
“Cempaka yakin ke nak kahwin dengan doktor Luqman?”Cempaka jungkit bahu.
“Cempaka tak tahu isi hati Luqman.Cempaka tak tahu kalau dia sukakan Cempaka atau tak.Cempaka Cuma turut kata mak dan abah.”
“Kenapa?Perkahwinan bukan perkara kecil tau.”
Zubaidah member pendapat.
“Cempaka tahu kak.Tapi biarlah.Andai kata Cempaka tak bahagia nanti diorang tak akan salahkan Cempaka lagi.”Zubaidah diam.Dia teringat dahulu ada seorang wanita kerap kemari bertemu dengan doktor Luqman.Malah beberapa kali Zubaidah pernah terserempak keduanya.Mesra sekali.Sebab itu Zubaidah yakin wanita itu kekasih Doktor Luqman.Cuma dia tidak berani nak bagitahu Cempaka.Takut hatinya terguris.

            “Hi ladies…”Mathew tersenyum pada Zubaidah dan Cempaka.Beberapa staff nurse dan JM berada agak jauh dari mereka berdua.Sister Hamimah sedang memberi penerangan kepada jururawat pelatih dari kolej SEGI.
            Mathew menghulurkan sekuntum bunga Cempaka kuning kepada Cempaka.
“Untuk saya?”Mathew angguk dalam senyumannya yang panjang.
“Untuk apa?”
“Dari Cempaka kepada Cempaka.”
Zubaidah terpinga-pinga.Tidak pernah-pernah doktor cina ini bagi bunga pada staff nurse.Ini mesti kena penangan Cmepaka ini.
“Doktor ambil mana bunga ni?”
“Well… where I get this that’s was my secret.Sudi terima?”
Cempaka ketawa kecil.Mesti lah dia sudi terima.Kan Mathew ikhlas cari kan dia bunga.Bunga Cempaka lagi.
Thanks doktor.”
Mathew masih tersenyum.Suka benar Mathew lihat Cempaka gembira.Senyuman Cempaka seakan meruntun tangkai hati nya.
“Ok.I nak pergi OT.Have a nice day.”Mathew melangkah pergi.Cempaka letakkan bunga cempaka diatas meja.
“So sweet.Macam ada apa-apa je doktor Mathew tu?Siap bagi Cempaka bunga?”Memang Zubaidah perasan Mathew selalu ambil kesempatan berbual dengan Cempaka.Dan Zubaidah juga bukan lah tak tahu kalau Mathew sememang nya suka kan Cempaka Elina.
“Tak adalah kak.Dah beberapa kali Cempaka berbual dengan doktor Mathew.Dia friendly je.Tak macam setengah doktor yang sombong.Doktor Mathew ok.Dia selalu Tanya Cempaka tentang bunga Cempaka ni.Agaknya dia minat sangat kat bunga Cempaka tak?”
“Minat bunga ke minat orang nya?Jangan dia jatuh hati dengan Cempaka sudah.Nanti tak pasal ada WWF kat sini pula.”
“WWF?kenapa pula kak?”Cempaka tidak dapat emnangkap apa yang cuba di katakana Zubaidah.
“Yelah doktor Luqman VS doktor Mathew berebutkan Cempaka Elina kita ni.”
Cempaka ketawa.
“Tak de lah sampai macam tu.Cempaka bukannya cantik pun sampai diorang nak gaduh sebab Cempaka.Lainlah kak marlia tu.”Disini hanya staff nurse Marlia seorang sahaja jururawat Muslim yang tidak memakai tudung.
“Marlia tu?Dia tu gedik sikitlah Cempaka.Tak berkenan akak tengok.”Bukan dia saja nak mengata Marlia tapi memang sikap Marlia menjengkelkan.
            “Kak Zubaidah ni ada patient baru daftar.”Seorang atendan hospital meletakkan rekod dari bahagian kecemasan diatas kaunter.Cempaka lihat ada seorang wanita sedang duduk diatas kerusi roda.Dibelakangnya mungkin suaminya sedang menjinjit beg pakaian.
“Kes apa kak?”Cempaka bertanya bila Zubaidah sudah mula membaca laporan dari A&E.
“Low lying placenta.”Cempaka segera ke arah katil kosong.Dikemaskan sedikit dengan bantuan kak Zaimah atendan yang bertugas di wad ini.Kemudian Cempaka membawa wanita itu ke katil.
“Dah berapa hari turun darah?”
“Dah masuk dua hari nurse.”Cempaka angguk.
“Kenapa tak datang awal?”
“Sebab tak sakit.Tu yang tak datang tu.”
“Lain kali kalau akak turun darah ke air ke kena cepat-cepat datang hospital.Akak dah tujuh bulan ni.Dah lebih 28 minggu.”
“Teruk ke dik?”
“Tak tahu lagi.Nanti kita tengok apa doktor cakap.Biasanya awal kehamilan memang uri di bawah tapi masuk 28 minggu dia akan naik atas juga.Tapi kes akak dah tujuh bulan uri masih dibawah lagi.Lepas tu akak bleeding.Tak pe akak rehat dulu nanti ada doktor datang periksa.Nanti akak Tanya dengan doktor ye.”Cempaka menghadiahkan senyuman.Sekurang-kurangnya menghilangkan sedikit debaran hati wanita itu.
Belum sempat Cempaka kembali ke kaunter Luqman masuk bersama rekod pesakit ditangan.
“Bawakan saya rekod dari A&E.”Cempaka tahu arahan itu diberikan kepadanya.Dia cepat-cepat mengambil rekod dikaunter.Diserahkan kepada Luqman dan setia berdiri disitu.
Luqman menyemak rekod.Sedikit pun tidak berkalih pada Cempaka disebelah.
“Em…kandungan puan dah nak masuk 30 minggu.Bermakna dah hampir lapan bulan.Period regular?”
“Tepat selalunya doktor.”Luqman angguk.Wajah Cempaka merah sedikit.Kalau yang bertanya doktor Mathew atau Megat,mungkin cempaka tak kisah.Tapi ini Luqman Harith tunang dia.Walaupun dia tahu itu memang dah tugas Luqman sebagai doktor pakar sakit puan.
“Kita terpaksa tahan Puan dulu sebab puan ada bleeding.Lagipun still low lying placenta.Maksudnya uri Puan masih dibawah.Ini bahaya sebab puan boleh jadi pendarahan bila-bila sahaja.”
“Berapa lama doktor?”
“Kita tak pasti sehiingga Uri ke atas semula.”
“Habis tu kalau tak pusing juga.?”
“Puan terpaksa duduk diwad sehingga melahirkan.Ini untuk keselamatan Puan sendiri.”Wanita itu diam seketika.
“Saya boleh bersalin normal ke doktor?”
“Kalau keadaan Puan masih macam ni Puan tak boleh bersalin secara normal.Kaedah pembedahan perlu dilakukan.”Luqman menulis sesuatu ke dalam rekod pesakit sebelum menyerahkannya kepada Cempaka.
“Ok Puan rehat dulu.Nanti saya periksa lagi.Staf nurse make sure ada pad chart.Saya nak tengok.”Cempaka angguk.Dia pantas berlalu ke kaunter .
Selesai membuat pemeriksaan Luqman terus keluar dari wad.Cempaka terlepas lagi peluang untuk berbincang.
            Hari ini Cempaka cuti selepas Sembilan hari bekerja di ward.Tak tahu nak kemana-mana dia hanya terperuk dibilik.
Tengahari perutnya berkeroncong.Mahu tak mahu terpaksa juga Cempaka turun ke bawah.
“Cempaka Elina.”Namanya dipanggil seseorang tatkala sedang menilik lauk pauk diatas meja.
Luqman berdiri dengan t-shirt dan jean.
Luqman menghampiri Cempaka.
“Ingat tak turun dah?”Cempaka kerut kening.Luqman tunggu dia kah?Tapi berapa lama?Tapi kenapa?Tak kerja ke?
“Buat apa kat sini?”Cempaka menghampiri Luqman.
“Tunggu tuan puteri turun makan.”Cempaka diam.
“Jom.”
“Nak pergi mana?”Cempaka tengok dirinya.Hanya t-shirt long slip dan slack hitam.Tudung pun sarung je.
“Kita keluar makan.Saya tunggu kat kereta.”Tanpa menunggu balasan jawapan dari Cempaka Luqman terlebih dahulu berjalan ke kereta.
Dia ini tahu nak bagi arahan saja.Mahu tidak mahu terpaksa juga Cempaka melangkah ke kereta Luqman.
Cempaka sedikit terkejut bila Luqman membelokkan keretanya ke arah kiri dari jalan hospital Pantai.
Dia tertanya-tanya kemana mereka sebenarnya.Tapi soalan itu hanya bermain dalam fikiran Cempaka sahaja.
Sangkanya Luqman mahu makan dekat-dekat dengan hospital sahaja.Dengan Cempaka hanya pakai simple macam ini.
Tiba-tiba telefon bimbit Cempaka berdering.Cempaka tahu Luqman mengerling ke arahnya.
“Hello..”Diam.
“Saya keluar makan dengan kawan.”Diam lagi.
“Malam ini?Tak pasti lagi.Nanti apa-apa saya call doktor balik.”Tiba-tiba Luqman brek mengejut.Cempaka terhantuk di dashboard kereta.
“Awak ni kenapa?”Kepala nya digosok seketika.Mahu tidak sakit bertemu dengan dashboard kereta.
“Siapa call?”Cempaka pandang Luqman dengan sikapnya yang pelik.
“Kenapa?”
“Saya Tanya siapa call?Takkan itupun tak boleh jawab?”Cempaka menahan rasa hati.Berang sebenarnya dengan sikap Luqman.
‘Belum jadi suami dah pandai marah-marah.Nasiblah Cempaka.’
“Doktor Mathew.”
“Dah agak dah.Dia tahu Cempaka dah bertunang?”Cempaka geleng.Hubungan dia dengan Mathew bukannya apa-apapun sampai dia nak kena cerita yang dia dah bertunang.nanti apa pula kata Mathew.Agak nya Mathew pun tak ada apa-apa perasaan pada dia.
“Kenapa nak bagitahu pula?”Cempaka jengkel.
“Sebab saya yang suruh.”Cempaka semakin pelik.Kalau dia tak ada apa-apa makna pada Luqman kenapa dia perlu beretrus terang pada Mathew status diri nya saat ini.
“Tapi kenapa?takkanlah nak bagitahu kalau orang tak Tanya.”
Yelah nanti apa pula kata doktor Mathew.Mesti doktor Mathew ingat cempaka ingat doktor Mathew suka pada dia.
“Kenapa tak boleh bagitahu?Oh..tak nak Mathew tahu sebab takut Mathew tinggalkan Cempaka?”
‘Astaghfirullahalazim…dia ni melampaulah.”
“Awak kalau nak bagi saya arahan itu ini better stop kat sini.Saya boleh balik naik bas.”
“Saya nak Cempaka bagitahu Cempaka dah bertunang.Susah sangat ke?”
“Tengoklah nanti.”Cempaka malas mahu bertekak dengan Luqman.






Bab13


Luqman bawa Cempaka ke Mcdonalds Jaya Jusco.Sekadar burger yang jadi alas perut Cempaka tengahari ini.Dia memang nak makan nasi sebab berat sikit.At least malam nanti pula baru dia makan.
“Saya nak minta panjangkan tempoh pertunangan.”Cempaka tiba-tiba bersuara.
Suapan kentang goreng ke mulut Luqman terhenti.Dia pandang cempaka Elina.Cempaka tekad untuk memberitahu Luqman.
“Kenapa?Lagi empat bulan kan?”Cempaka angguk.
Ingat pun.Ingat tak ambil tahu langsung.
“Saya baru kerja.Banyak benda nak kena beli dengan duit.Simpanan saya tak cukup lagi.”
“banyak sangat ke nak beli?Takkan nak buat majlis macam yusry dengan lisa surihani pula?Nak membazir buat apa.?”Suara Luqman sinis.
‘Ya Allah dia ni.Habis tu baju nikah pelamin hantaran semua tu tak pakai duit ke?Nama je doktor tapi benda macam tu pun tak boleh berfikir’
“Sekalipun bukan macam lisa Surihani dan Yusry tapi benda-benda lain pun nak pakai duit juga kan?”Cempaka tidak mahu mengalah.
“No.”Cempaka angkat muka pandang Luqman.
“Kenapa tak boleh pula?”
“Sebab dah itu perjanjiannya.Dulu apasal tak cakap nak bertunang dua tahun ke tiga tahun ke?Kalau sepuluh tahun sekalipun tak kisah tapi ini dah dalam perjanjian.”
Cempaka menahan rasa hati.Akhirnya dia diam terus menelan burger yang mula terasa tawar.
            Usai makan Luqman ajak Cempaka jalan-jalan dalam Jaya jusco.Cempaka sekadar cuci mata.Ialah ini kan tengah bulan.Lagipun Cempaka tak minat sangat nak membeli barang-barang yang tak berfaedah ini.
            Cempaka perasan setiap kali mereka berdua berselisih dengan mana-mana perempuan,Luqman mesti jadi perhatian.Mungkin diorang ingat lelaki ini buta kot pilih Cempaka ini sebagai teman.Luqman kan jejaka idaman Malaya tapi Cempaka biasa-biasa saja.Pakai pun macam ini saja.
“Nak beli apa-apa tak?”Cempaka geleng.Dalam beg duit dia ada RM 30 je.Dalam bank ada lah.Tapi itu untuk simpanan majlis kahwin nanti.
Cempaka geleng.Kekok nya jalan berdua dengan Luqman.Luqman tetap Nampak bergaya walaupun pakai simple je.
Luqman singgah di kedai jual telefom bimbit.Cempaka Cuma berdiri di tepi.Melihat-lihat harga yang di pamirkan Nampak nya bukan untuk Cempaka lah.Lagipun Cempaka tak suka habiskan duit untuk sesuatu yang tak berfaedah.Setakat telefon boleh call dan sms cukup lah.
“Cantik tak?”Luqman membelek Samsung galaxy iv berwarna hitam.
“Cantik.Tapi harga pun cantik juga.”Luqman senyum.
“Nak?”Cempaka terkejut.
“Ish….ada pula tanya saya nak.”
“Yelah saya tanya Cempaka nak ke?”Cempaka geleng.Mana lah dia mampu nak beli telefon tu.
“Kenapa tak nak pula?”Cempaka tarik nafas.
“Ya Allah perlu ada sebab ke?”Luqman angguk.Dia pandang Cempaka.Gadis cina penjual telefon sudah tersenyum-senyum.
“Sebab nya harga dia mahal.Saya tak mampu nak beli.Sebab yang utama memang saya tak minat buat membazir je.”
“Kalau saya nak belikan untuk Cempaka?”
“Subhanallah…tak payah lah awak nak habiskan duit untuk saya Luqman.Bukan seratus dua harga dia.Sudah lah jom pergi tempat lain.”Luqman senyum-senyum.Telefon itu dikembalikan kepada jurujual.
“Sorry tak jadi tunang saya tak nak.”Cempaka yang mendengar kata-kata Luqman tersenyum sendiri.
Kadang-kadang dia cuba untuk menelaah sifat Luqman.Luqman yang panas baran…Luqman yang pendiam dan Luqman yang kadang-kadang bisa mengukirkan senyuman dan ketawa Cempaka.
“Awak nak pergi mana lagi ni?Kaki saya dah lenguh dah.”Luqman dengan bersahaja menarik Cempaka duduk di kerusi di tingkat 3.
Jantung Cempaka sudah berdegup laju.
“Nak saya urut ke?”Cempaka geleng.
‘Ish Luqman ini betul lah buat Cempaka jadi tak menentu.’
            “Nak tengok movie?”Cempaka geleng.
“Habis tu ada nak kemana-mana?Tak nak shopping?”Cempaka geleng lagi.
“Jom masuk jusco.”
“Luqman jom balik.”Luqman kerut kening.
“Awal lagi kan?”Cempaka sengih.
“Saya ada RM 30 je ni.Kalau awak nak shopping awak pergi lah.Saya tunggu kat sini.”Luqman terus terdiam.
“Ok lah.Kita balik.”


Luqman hantar Cempaka sehingga ke asrama jururawat.Belum sempat Cempaka keluar dari kereta telefon bimbit Luqman berdering.
“Assalamualaikum.”Lembut suara Luqman menjawab panggilan.
“Ok.Sekejap lagi abang sampai rumah abang call balik.”Cempaka menjeling.
‘Abang?Setahu Cempaka Luqman mana ada adik.Girlfriend lah tu.’Sudah tahu ada girlfriend putus saja lah tunang.Ingat Cempaka hairan sangat ke?
‘Bukan main lembut lagi bahasa dengan girlfriend.Kalau dengan aku.huh!’
Cempaka terus melangkah tanpa ucapan terima kasih pada Luqman Harith.Sikitpun dia tak pandang Luqman yang masih dengan telefon bimbitnya.
‘Dah ada girlfriend tu cakap lah awal-awal.Aku bukan kisah pun kalau putus tunang.’Hatinya mengomel sendirian.
Setelah selesai becakap dengan dyja ditelefon bimbitnya barulah Luqman menyedari bahawa Cempaka sudah pulang keasrama penginapanya. ‘Dia terdengar ke segala apa yang telah aku bualkan tadi, aku harap dia tak salah faham antara aku dengan Dyja.’ Omel Luqman sendirian. Lalu dengan pantas Luqman memandu kereta menuju kerumahnya.











Bab 14


“Hang call dia lagi ka?”Dyja angguk.Ika duduk bersila dihadapan Dyja.
“Hang ni esok-esok hang juga yang merana.Dia kan dah bertunang Ja.”
“Tapi dia baik sangat Ika.Mula-mula dulu memang aku tak suka dia.Bagi aku sebab dia mak aku  mati.Tapi lama-lama aku dapat rasa ada perasaan halus dalam hati aku ni kat dia.Sifat dia yang penyayang selalu bantu aku dengan keluarga aku.”Terbayang wajah Luqman yang kacak.Sikap dan keperihatinan Luqman pada dia dan keluarga.Semua itu cukup membuktikan Luqman memang lelaki yang terbaik untuk diri nya.
“Dia Cuma ambil berat Ja.”
“Aku tau.Tapi aku suka dia Ika.Hari tu dia mai rumah aku.Bawa aku pergi Bandar Taiping.Belikan macam-macam untuk adik-adik aku.Aku terharu sangat.”Masih terbayang di mata Dyja kemesraan yang ditunjukkan Luqman tempohari.Sampai dia yakin Luqman juga punya perasaan yang sama dengan dia.
“Em..budak yang langgar hang kat lif dulu tu ada call lagi?”Dyja jadi teringat pada Ilham.Selepas insiden mereka terlanggar di lif dulu dia selalu juga bertembung dengan Ilham yang bekerja di tingkat 10 bangunan yang sama.Tapi sejak akhir-akhir ini Ilham kerap menelefon dia.Dari mana Ilham dapat nombor telefon Dyja kurang pasti.
“Ada dia call.”
“Oklah dah orang nak tu janganlah jual mahal Ja.Takkan hang nak tunggu juga Luqman tu sedangkan hang tahu Luqman tu dah nak kahwin.”
“Tapi Ika,abang Luqman sendiri cakap yang dia tak kenal sangat dengan tunangnya.Means diorang tak bercinta pun.”
“Habis tu hang nak buat apa?Nak rampas Luqman dari dia?”Dyja geleng.Dia bukan sekejam dan semurah itu untuk dapatkan Luqman.
“Tak lah.Cuma perasaan aku pada dia je susah nak cakap.Bila dia tak call aku rasa rindu.”
“Kena buanglah semua tu Dyja.Ingat tujuan hang mai sini nak kerja.Nak ubah masa depan keluarga.Jangan nanti sebab cinta hang pada Luqman hidup hang jadi tak tentu hala.”Dyja diam.Dia akui kebenaran kata-kata Ika.Niatnya disini untuk cari rezeki.Sampai bila keluarganya perlu bergantung pada Luqman.Sudah banyak budi yang Luqman taburkan pada dia dan keluarga.Tak terbalas.Tapi perasaan dia pada Luqman?
Dyja ingat pada Ilham.Berkali-kali Ilham cuba mengajaknya keluar.Tapi Dyja buat-buat tidak kisah.Kasihan Ilham kadang-kadang berpanas tunggu dia untuk makan tengahari.Tapi dengan Ilham jantungnya tidak berdegup sekencang dia bersama Luqman Harith.

Cempaka pelik bila ada beg kertas di atas loker nya bila dia amsuk kerja tengahari itu.
“Siapa punya ni kak?”Norita berhenti menulis sekejap.
“Tadi ada budak datang.Dia suruh bagi pada Cempaka.”
”Budak mana kak?”
“Tak tahu lah akak.Budak kedai kot.”Cempaka berfikir sejenak.Diambil nya beg kertas dan dibuka nya.
Cempaka terpandang sehelai blous berwarna biru muda.Ada tali di pinggang.Kemudian mata nya terpandang sebuah kotak di bawah blous tadi.
‘samsung galaxy iv?’Cempaka tarik nafas.Tak perlu berteka teki lagi.Dia tahu Luqman yang kirim.
‘Tak boleh bagi sendiri ke?’Beg kertas bersama barang-barang cepat-cepat Cempaka simpan dalam loker.Tidak mahu ada spekulasi lain pula.
            Cempaka perhati satu demi satu senarai nama doctor di atas meja.
‘Pakar Gynae Doktor Luqman Harith…’Segera di hafal nombor telefon Luqman.
+ thanks but saya tak boleh terima. Butang send ditekan.Cempaka berdebar-debar menunggu balasan Luqman.
-Assalam….y not?
Cempaka gigit bibir.Itulah Cempaka sampai lupa nak bagi salam.Cempaka jawab dalam hati.
+ mahal sangat untuk saya terima.
Nasib baik waktu ini tak sibuk sangat.Waktu melawat.Boleh lah Cempaka berbalas mesej dengan Luqman.Cempaka kat bilik rehat.Mengadap tv yang terpasang tapi langsung dia tak tengok.
-You more expensive than the phone.
Luqman ni bagi malu Cempaka je.
+Thanks….Cempaka menunggu balasan dari Luqman tapi hampa.Mata nya kembali pada siaran Wanita Hari ini di kaca televisyen.
You’re welcome.”Cempaka tersentak.Dia berpaling.Luqman disebelah nya.Wajah Luqman di tepi telinga nya sahaja.Cempaka kaku.Luqman tersenyum melihat wajah terkejut Cempaka.
Cempaka masih kelu bila Luqman sudah duduk dikerusi rehat berhadapan dengannya.’Main mata pulak mamat doctor ni, dia tak ada kerja ke.’ Desis cempaka dalam hati.
“Adui penat nya.”Cempaka lega bila kak Norita turut sama menyertai mereka.Mana tidak nya dari tadi Luqman asyik sangat pandang cempaka.
“Banyak yang delivery hari ini?”Cempaka tahu pertanyaan Luqman pada kak norita.
“Boleh lah doktor.yang tak tahan nya sekali datang dua tiga orang.Musim orang beranak kot bulan ni.”Cempaka ketawa mendengar kata-kata kak Norita.Pandangan nya bersatu dengan Luqman.Cepat-cepat dia berkalih memandang kearah lain.
            “Hai…”Mathew datang duduk di kerusi dekat dengan Cempaka.
            “dari klinik?”Mathew angguk pada luqman.
“Kena replaced Megat di scan room.”
“Doktor Math ni mana ada Cempaka ada je doktor.”Cempaka telan liur.
‘Apa lah kak Norita ni cakap macam tu.Malu lah Cempaka.’
Mathew ketawa kecil.Suka agak nya di gossip kan dengan Cempaka.
“Doa lah kak mudah-mudahan Staff Nurse Cempaka Elina ni nak dekat saya.”Cempaka perasan bila wajah Luqman mula berubah.
“Kalau betul pun apa salah nya kan Cempaka.Bujang sama bujang.”Kak Norita semakin suka memadan kan Cempaka dan Mathew.
“Ish tak ada lah.Pandai je kak Norita ni.”
“Kalau betul pun apa salah nya kan?”Cempaka pandang luqman.Macam tak percaya Luqman cakap macam tu.
“Kalau jadi boleh you jadi pengapit I kan Man?”Cempaka semakin sesak.
“Er..saya keluar dulu.”Dia cepat-cepat tinggalkan bilik rehat.Cempaka tarik nafas dalam-dalam.
Ketika dia duduk di kaunter, tiba-tiba Luqman datang duduk di sebelah nya.
“Cakap dekat Mathew jangan harap dia nak dapat Cempaka.”Cempaka tersentak.Dia pandang Luqman, pelik dengan apa yang Luqman cuba sampaikan.Luqman berbalas pandang pada Cempaka dan dia bangun terus keluar dari wad.
Sekali lagi Cempaka keliru dengan sikap Luqman harith. Apakah maksud dari kata-katanya tadi, adakah dia cemburu pada doctor Mathew. ‘Cemburu tandanya sayang, adakah dia sayang padaku, tak mungkin…siapa pula perempuan yang bercakap ditelefon tempohari, sehingga dia merasa tidak diperdulikan lagi.’ Sempat lagi Cempaka bercakap sendirian.











Bab 15

“Pasal apa mak tengok balik kali ini asyik termenung je?”Cempaka pandang salmah.Tak sangka pula Salmah perasan bila dia asyik termenung.
“Tak ada apa-apalah mak.Saja.Lama tak balik kampung.”
‘Hai cempaka baru bulan lepas balik dah kata lama?’
“Semalam keluarga Luqman telefon.”Cempaka menahan debaran dihati.
“Nak apa mak?”Nak tetapkan hari agaknya.Bukan ke Luqman menolak usulnya untuk dipanjangkan pertunangan mereka?
“Diorang setuju nak panjangkan pertunangan hingga lepas raya ni.Maknanya ada lebih kurang lima enam bulan lagi.”
“Ye ke?Kenapa?”Hati Cempaka berteriak gembira.
“Kata mak mertua Kak Yang semalam,Luqman kena kursus.Takkan Cempaka tak tahu kot?”
“Oh..tahu.”Cempaka tarik nafas lega.
Sumpah dia tidak tahu pun Luqman kena kursus apa.
‘Em..tak lah degil sangat.Boleh juga dibawa berbincang.’Dia tersenyum kemenangan.
“Kak yang naik bas pukul berapa?”
“Pukul 6.30 mak.”
“Sampai Ipoh pukul berapa?Malam-malam tu bahaya tau tak.”
“Dalam 9.30 sampai lah.Sampai nanti kak Yang ambil teksi terus balik asrama.Lagipun asrama tutup 10.30 malam.Mak jangan risaulah.Dah dua tiga kali Kak Yang naik bas seorang.”Salmah senyum.Bukan dia tak percaya.Tapi dengan banyak sangat kes yang berlaku sekarang ni hati seorang  ibu dia jadi tidak tenteram.
Setiap hari dia baca akhbar.Banyak sangat berlaku kes penculikan,jenayah sana sini yang membabitkan anak gadis.Dia risau sendiri.
Selagi Cempaka belum berkahwin hatinya tidak pernah tenteram memikirkan Cempaka yang jauh dimata. Lagipun hanya Cempaka sorang saja anak perempuannya.

“Mengelamun jauh Nampak?”
“Saja…dah lama tak balik.Teringat kenangan dulu-dulu.”
“Itulah cepat je rasanya masa berlalu.”Cempaka sekadar mengangguk.Mengiayakan kata-kata Ann.”
“Rumah kampung yang asal pun dah tak ada dah.Sekarang semuanya rumah batu besar-besar.”Seperti Ann dia juga rindukan rumah kampung yang lama.Bilik air diluar rumah.Beratapkan zink.Tapi dulu cuaca tidak sepanas hari ini.Boleh saja dia tidur waktu tengahari walau tanpa kipas angin.Dulu pokok-pokok sekeliling rumah besar-besar.Redup sahaja.Angin pun kuat.
“Aku pun jarang juga balik sini.Susah kerja shift macam aku ni nak cuti.Tah-tah pulak kerja kat hospital besar.Inipun kira nasib dapat cuti.Hang cuti lama ke?”
Cempaka pandang Ann sekali lagi.Tiba-tiba teringat kenangan balik sekolah.Berjalan kaki sama-sama di atas tanah merah.
Bila panas,debunya sampai melekat dibaju putih yang kusam dan bila hari hujan becaknya mengotorkan kasut sekolah.Itu belum lagi bila melalui jalan pintas belakang rumah mak cik piah,sebab nak cepat sampai kesekolah.
Kadang-kadang habis kotor satu badan.Tapi Sakinah masih ingat lagi setiapkali hujan turun dengan lebat,mereka semua akan bermain hujan sehingga keletihan.waktu itu mana pernah takut dengan kilat atau guruh.Itulah permainan mereka waktu kecil.
“Aku cuti sekejap je.Esok lusa balik la.Aku kerja sendiri.Kalau asyik cuti je bisnes tak jalan.”Balas Ann.
Ann buka kedai kosmetik sendiri di Farlim.Alhamdulillah Berjaya Nampak nay dia.
“Hari tu aku jumpa Fik.”
Ada sembilu menghiris tangkai hati nya saat nama Fikri terbit dari bibir Ann.
“Dia apa khabar?”
“Nampak macam sihat.Dia cakap dia rindu kan hang.”
Apa guna lagi rindu itu Fikri kalau sayang yang di beri hempedu yang di balas.
“Tak pe lah.Bila-bila hang jumpa dia kirim salam aku pada dia.”
Ann mengangguk.
Ann meminta diri untuk pulang.Ibu nya baru sahaja meninggal akibat sakit buah pinggang.Sejak itu dia kerap pulang ke mari menjenguk ayah nya yang tinggal bersama adik bongsu nya.
Kematian..mana pernah menunggu walau sesaat.

Cempaka melarikan diri seketika dari hiruk pikuk rumah dengan suara sepupu-sepupu nya.Mereka ke mari sebab berkelah makan tengahari.
Cempaka duduk bersendirian di atas pangkin dibawah pohon rambutan ini.Pohon rambutan ini sudah condong sedikit akibat ribut satu masa dulu.
Dia ingat lagi waktu ribut itu.Bumbung –bumbung rumah melayang.Waktu ayah melaungkan azan,pokok kekabu yang besar ditepi rumah tumbang.Waktu itu semua orang takut sangat.Tapi mujur akar rambutan ini masih kuat.Kalau tidak pokok rambutan ini juga akan senasib dengan pokok kekabu tepi rumah itu.
Pangkin ini ayah buat lama dulu.Tempat rehat waktu senggang.Bila petang jadi tempat kaum ibu duduk bersembang.Memerhati kan anak-anak seperti nya bermain.Tapi sekarang semuanya dah makin berubah.Ramai yang dah pergi tingalkan dunia ini.Hanya beberapa kerat sahaja orang-orang tua yang masih hidup termasuk mak dan abah.Cepatnya masa berlalu.
Cempaka masih ingat lagi ada seorang temannya masa kecil dulu nama Anilah..Selalunya selepas balik sekolah dia dan Anilah akan panjat pohon rambutan ini dan duduk diatas dahan nya.Bercerita hal-hal sekolah dalam versi kebudak-budakan mereka.
Yang pasti nya setiapkali bercerita baik dia mahu pun Anilah tidak mahu mengalah.Masing-masing nak menang.Tapi waktu dia darjah tiga Anilah berpindah.Sejak itu Sakinah tak lagi mendengar khabar berita dari dirinya.Dan mungkin sahaja Anilah juga tidak mengingati nya lagi.Kenangan waktu kecilnya.
Rindunya  pada kenangan lalu.

3 comments: