Tuesday 30 July 2013

hanya untuk dia


Hanya untuk dia
dengarkan matahariku...suara tangisan itu
ku bersedih kerana panah cinta menusuk jantungku....
..















MAZNI DARWISYA....2009




PERLUKAH DIA TERUS MEMENDAM RASA ITU YANG SEMAKIN KUAT MENGISI JIWA DAN HATINYA?DIA TAHU ADA CINTA DALAM HATINYA BUAT LELAKI YANG KINI ADALAH SUAMINYA NAMUN AIN NURAINA TERLALU BANYAK RAHSIA YANG DIPENDAMKAN SEORANG DIRI.WALAU PUAS DICUBA MEMENANGI HATI AIN NURAINA NAMUN PERPISAHAN JUGA YANG DIMINTA DARI ZHAFRAN HAIKAL.PERPISAHAN ITU PERIT NAMUN MASIH ADA HIKMAHNYA.DIA CEKAL,TABAH DAN PUNYA SEMANGAT YANG TINGGI WALAUPUN MENGHARUNGI PENYAKIT YANG SERIUS..KISAH HIDUP SUAMI ISTERI AIN NURAINA DAN ZHAFRAN HAIKAL,BEGITU RUMIT.BAGAIKAN CERITA DRAMA.PENUH RAHSIA DAN TANDA TANYA.MEREKA AKHIRNYA BERPISAH SETELAH AIN TAMAT PENGAJIAN.MENGIKUTI HALUAN MASING-MASING WALAU ADA RINDU TERPENDAM.AKHIRNYA SEKALI LAGI DIPERTEMUKAN.MASIH ADA CINTAKAH DALAM HATI ZHAFRAN DAN AIN?SIAPA NATASYA,NAIM DAN GADIS KECIL BERNAMA AISHA AL-ZAHRA YANG MENJADI PENYEBAB TERTAUTNYA KEMBALI DUA HATI YANG SALING MERINDUI.

AKAN KUTEMUIKAH KEBAHAGIAAN SAAT KEMATIAN BAKAL MENJEMPUT?









TIGA TAHUN YANG LEPAS...

Kata orang bila masuk universiti ini bermulalah fasa baru dalam kehidupan kita.Kalau dulu kita dikenali sebagai budak sekolah, sekarang 'Student U'.Kira-kira naiklah sikit taraf tu.Waktu pertama kali menjejakkan kaki di tangga Universiti Sains Malaysia ni,rasa bangga tu susah sangat nak cerita.Rasa teruja, seronok,sedih dan sedikit gementar. Tapi bila pandang sekeliling,rasanya semua orang yang berdaftar hari ini,semuanya mempunyai perasaan dan persepsi yang sama.
Macam-macam gelagat orang ada.Ada yang seronok terlampau dan ada yang menangis teresak-esak bila berpisah dengan keluarga.Rasa seronok tu sekejap saja sehinggalah minggu orientasi bermula.Yang tak tahannya tu bila kena buli dengan senior yang sememangnya menyusahkan. Yang paling best bila kena suruh kira pasir dalam pasu bunga.Sampai matipun tak boleh nak kira.Inilah idea orang yang kononnya terpelajar bila masuk universiti tapi perangai macam budak sekolah rendah.
Apapun kenangan minggu orientasi tetap terpahat teguh dalam ingatan buat selama-lamanya.Menyusuri hidup sebagai seorang siswi pada mulanya agak sukar.Dengan jadual kuliah yang tidak menentu dan persekitaran yang baru agak menyukar kan sedikit.perjalanan harian. namun kata orang 'Alah bisa tegal biasa.'
Habis semester pertama di kampus,Ain Nuraina sudah mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran Universiti.Kawan pun dah semakin bertambah.Member sebilikpun satu kepala dengan nya walaupun berlainan jurusan.
Kadang-kadang ada juga ponteng kelas bila Ain Nuraina banyak libatkan diri dengan aktiviti luar kampus.Biarpun dah masuk universiti,tapi Ain Nuraina masih belum dapat tinggalkan segala aktiviti lasak yang menjadi hobinya sejak di bangku sekolah lagi.Tapi mungkin nasib dia masih baik kerana tidak pernah walau sekalipun kena panggil dengan pensyarah kerana tidak hadir ke kuliah.Ponteng memonteng dan tipu menipu ni semuanya dia belajar dari senior-senior yang lain.Kata diorang.' Jangan sampai kau kantoi sudah.'
Habis tahun pertama pengajian,ain Nuraina bertemu Hamidi.Pelajar tahun ketiga jurusan Sains pendidikan.Kira-kiranya bakal cikgulah nanti.Lepas kenal beberapa bulan,dia Ain iktiraf sebagai special boyfriend.mulanya Ain rasa dia lelaki yang ok,tapi bila hampir setahun bersama,Ain rasa banyak sangat yang tak kena pada hubungan mereka berdua.ibarat kata orang....positif vs negatif.
Tak tahu siapa positif siapa negatif.Hamidi seorang yang baik,cuma dia terlalu mengikut kata Ain.Kadang-kadang Ain rasa tak patut bila dia menyuruh Hamidi menyiapkan assigment dia bila semakin kerap menjalani aktiviti yang kurang berfaedah. akhirnya Hamidi Ain tinggalkan kerana lelaki itu tidak sesuai dengan jiwanya.Masih Ain ingat bagaimana Hamidi merayu,memohon supaya kembali padanya.
Tapi maaf,Ain Nuraina bukan perempuan yang akan berpatah balik bila membuat keputusan.Selepas hari itu,Ain menjalani kehidupan seperti dahulu sewaktu belum bertemu Hamidi. pernah beberapa kali Hamidi menunggu Ain di luar dewan kuliah,untuk terus memujuk Ain supaya kembali kepada dirinya.Namun Ain tetap Ain.Rayulah bagaimana sekalipun atau dengan cara apapun hati Ain telah tetap dengan keputusan yang Ain buat.Nama Hamidi Ain padam terus dari hidupnya.
Berlalunya perhubungan Ain dengan hamidi,Ain melangkah ke tahun akhir di Universiti.Bila dah masuk tahun akhir,lebih banyak aktiviti luar yang Ain sertai.22 januari 2006,Ain mengikuti trip ke Gunung Angsi,Ulu Bendul negeri sembilan darul Khusus.
Trip selama 4 hari 3 malam itu sekali lagi membuatkan Ain tidak menghadiri kuliah kimia selama dua kali.dan disinilah bermula segala-segalanya... kisah gadis bernama Ain Nuraina...Dia dan segalanya

"Dumm...."Ain Nuraina terkejut mendengar bunyi dentuman.Dia menumbuk stereng kancilnya.'Dah lah aku nak cepat...ada je yang halang.'Dia turun dari kereta.lampu belakang kancilnya pecah.Ain mencekak pinggangnya.Wajah lelaki dihadapan direnungnya tajam.
"Oi...pandai bawa motor ke tidak?"Lelaki cina itu hanya terseengih-sengih.Dia tahu dia bersalah.
"Sorrylah moi...saya mahu cepatlah...."
"Kepala hotak kau nak cepat.Habis tu kau ingat kalau kau nak cepat...suka-suka hati kau je boleh tibai kancil aku."
"Oklah saya salah.Tapi benda sudah jadi ma...apa mau bising."Hati Ain semakin panas.'Cina ni memang cari pasal betullah.
"Habis tu...lu nak setel kat balai polis ke lu nak setel kat sini."
"Berapa?"Nampaknya lelaki cina itu juga tidak mahu terus-terusan berperang mulut dengan Ain Nuraina disini.Keadaan mereka menjadi perhatian orang ramai.Ain Nuraina tersenyum sendiri.
"Seratus lima puluh.Cash!"Lelaki cina itu membuka beg duitnya dengan mulut mengomel sendirian dalam bahasa cina.
‘Dia ni agak-agak lah.Nak mengutuk aku lah tu.’
"Oi apek...lu jangan ingat gua tak tau bahasa lu ye.Oh...lu kutuk gua ye."Padahal sepatah haram pun apa yang lelaki itu katakan Ain tidak tahu.
"Wa..jangan panggil gua apeklah Moi.Gua belum kahwin tau."Tiga keping not lima puluh ringgit bertukar tangan.Kemudian,Ain kembali meneruskan perjalannanhya yang ternyata memang sudah terlewat.Namun dia tidak kisah kerana tuan punya coffee bean tempat dia 'part time' itu memang seorang yang baik dan bertimbang rasa.








2


Ain...bangunlah.Kau ni tidur mati ke apa?” Keriuhan mulut murai Nina mengejut kan Ain Nuraina yang asyik dibuai mimpi bersama hero pujaan nya Tom Cruise.
“Ain....kau tak ada kuliah ke hari ini?”Mulut murai tu lagi.. .memanglah tak boleh tengok orang senang.Dengan rasa malas yang teramat sangat,Ain membuka kedua kelopak mata yang ditawan rasa mengantuk. Wajah Nina di lihat dalam kesamaran cahaya mentari pagi yang menembusi masuk dicelahan tingkap bilik yang separuh terbuka.Penatnya dia sehingga terlajak solat subuh.Nak harapkan Nina kejut,dia pun jarang dapat bersolat subuh.
“Dah pukul berapa sekarang ni?”Ain menyoal dalam suara yang serak.Mengantuknya masih menguasai diri.
“Dah dekat pukul sembilan. Lagi sepuluh minit.Aku dah nak pergi kuliah ni.”Jawapan dari Nina membuat kan Ain melompat dari katil.
“Dah dekat pukul sembilan? Alamak matilah aku.Kuliah pukul sembilan.”Dengan pantas tuala ditepi katil Ain capai dan tanpa memperduli kan Nina yang sedang asyik membetulkan tudungnya,Ain berlari sepantas mungkin ke bilik air.Mandinya hanya ala kadar.
PERJALANAN yang hanya mengambil masa sepuluh minit dari apartment sewaan ke Universiti menjadi lima belas minit akibat ada sebuah kereta yang rosak betul-betul berhadapan lampu isyarat simpang empat.Sesekali matanya liar memandang jam di pergelangan tangan.Dalam hati Ain menyumpah-nyumpah kereta yang rosak sebentar tadi. Dia tidak mahu terlewat kali ini.Sudah dua kali dia tidak hadir ke kelas Kimia.
“Alamak...dah lewat lima belas minit ni.”Sebaik sahaja kereta selamat di parking,kakinya pantas bergegas ke dewan Kuliah.25 pasang mata yang menghadiri kelas kimia memandang ke arah Ain Nuraina yang tiba-tiba muncul di muka pintu dewan.
Dengan perasaan malu yang cuba dikawal,dia melangkah ke arah tempat duduk bersebelahan dengan As.Namun belum sempat punggungnya mencecah kerusi terdengar satu suara yang cukup asing dari hadapan Dewan.dan ternyata suara itu adalah suara pensyarah kimia yang baru.
Miss Ain Nuraina....please get out from my class.Sergahan dan kata-kata itu cukup meleraikan jantungnya.matanya pantas memandang ke arah pensyarah yang tidak pernah di lihat sebelum ini.Sesaat dua mata mereka bertentangan.Ain memberanikan dirinya bertentangan mata dengan pensyarah trsebut.Namun Ain cepat-cepat tersedar bila tangannya disiku As.
‘Ain agak-agak lah nak tengok pun.Tahulah pensyarah ini hendsome gile…’
Er...i'm sorry sir...I...Lidah nya kelu untuk terus memberi alasan.Tidak tahu kenapa.Mungkin sebab kali pertama dia disergah,atau kali pertama bertemu dengan pensyarah baru atau kemungkinan lidah Ain Nuraina kelu kerana kali pertama ditangkap lewat dan dihalau dihadapan semua teman-teman yang ada disini.Malunya tidak tahu macamana nak cakap.
No excuses.I said...you now get out from my class.”Suaranya dilantangkan.Ain Nuraina benar-benar rasa tercabar.Bukan dia tidak pernah datang lewat ke kelas ini.Tapi dengan Encik Mikhail dulu,tidak pernah sekalipun dihalau macam ni.'Ni yang buat aku nak marah ni.'
But sir...i'm just late 15 minutes.”Ain Nuraina masih terus mempertahankan diri walau rasa malu sudah menguasai diri.
I don't want listen it!This is my class and i have my right to chase you out.”Kata putus dari pensyarah muda itu membuatkan Ain menjadi geram dan sakit hati yang teramat sangat.Inilah pertama kali dia dihalau dengan cara yang dirasakan paling tak patut.Dengan satu jelingan maut,beg galas dicapai kembali.
Thank You SIR!”suaranya sengaja dikuatkan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya atas hukuman yang dikenakan.Pintu dewan di hempas sekuat hati.Biar dia rasa.'Dah lah baru mengajar kat sini,nak tunjuk lagak pulak.Dia ingat aku kempunan sangat nak dengar dia mengajar. Lecturer gila.Tak ada sivik.Berlagak nak mampus.Macamlah aku akan failed kalau tak masuk kuliah dia.
Buku nota di conteng sepuas hati..Melepaskan geram dan marah pada pensyarah yang telah memalukannya sebentar tadi.Apa yang paling dikesalkan bila ada gelak ketawa sindiran dari rakan-rakan sekuliahnya termasuklah dari musuh ketatnya,Irma yang sengaja mengejeknya dengan ketawa yang dibuat-buat.
Dendamnya pada pensyarah yang tidak diketahui namanya itu seakan baru bermula.
“Kau tengoklah nanti...kalau aku tak pancitkan tayar kereta kau...aku bukan Ain Nurainalah!!!” Dalam diam dia menyimpan nekad.
















DUA


AIN NURAINA duduk bersendirian di kerusi berhampiran dewan kuliah.Cuba membaca nota-nota kuliahnya terdahulu,tapi satupun tidak masuk ke dalam otaknya.Fikirannya hanya memikirkan kejadian didalam dewan pagi tadi.
Hatinya masih menyumpah pensyarah yang tidak diketahui namanya itu.walaupun diakui itu memang kesalahannya,tapi pensyarah itu tidak patut menghalaunya dihadapan teman-teman yang lain.
Seolah-olah pensyarah itu mehu menunjukkan kuasa yang dia ada terhadap pelajar-pelajarnya.Tiba-tiba dengan tidak semena-mena ingatannya melayang pada peristiwa lama.Waktu itu hari keempat puluh kedua arwah ibu bapanya selamat disemadikan.
"Kak Yang rasa kak Yang tak nak continue study lah abang."hatinya masih sebak dengan kejadian yang tidak pernah diduga dalam hidupnya.Kehilangan kedua-dua orang yang dia sayang sekaligus.
"Ikram memandang adiknya.Dia tahu apa yang bersarang dihati kecil Ain Nuraina.
"Kenapa kak yang cakap macam tu?Kak Yang tak ingat apa pesan ibu dengan ayah.?"
"Kak Yang tahu abang.Tapi...."
"Kak Yang fikir pasal perbelanjaan?Kak Yang tak payah risau.Duit pencen arwah abah,kak Yang pakailah sepenuhnya.Lagipun kak Yang pun belum terima PTPTN lagi.Pasal abang...abang ada biasiswa.Lagipun abang buat part time kat sana."Ain memandang wajah Ikram.Dia serba salah.Antara dia dan Ikram...pasti Ikram lebih memerlukan wang.Tinggal dan belajar di Negara asing sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.
            Kalau dia pakai semua duit pencen arwah abah dia tidak adil pada Ikram.Abah tinggalkan harta itu  untuk dia dan Ikram berkongsi.
"Tapi kan abang lebih memerlukan duit tu."Ikram cuba tersenyum.Terlalu payah meyakinkan adiknya yang seorang ini.
"Kak Yang....apa yang penting sekarang ni kak Yang kena ingat pesan arwah ibu dan ayah.Sekalipun mereka tak berkesempatan untuk lihat kita di majlis konvokesyen tapi abang yakin mereka pasti gembira jika kita berjaya."Air mata Ain Nuraina mengalir lagi.Kata-kata Ikram amat meruntun jiwanya.
Sedih nya Ain mak.Kalau lah mak dan abah tahu betapa baik nya hati abang Ikram.Tapi kak Yang tahu mak dengan abah mesti tak sedih tinggalkan kak Yang sebab abang sentiasa jaga kak Yang.
"Sekarang ni janji dengan abang walau apapun kak Yang kena habiskan study kak Yang ok.Kita cuma dua beradik je.Abang akui sukar untuk abang tinggalkan kak Yang seorang diri kat sini,tapi pelajaran abang kat sana."
"Abang jangan risau.Kak Yang akan jaga diri kak Yang kat sini baik-baik dan kak Yang akan teruskan pelajaran kak Yang sampai grad."Ikram menahan sebak yang mula bertandang dijiwanya.
` Lamunan dan ingatan Ain dipintas oleh bunyi hon sebuah kereta di jalan utama Universiti.Air mata yang mengalir sedikit dikesat perlahan.sedar tidak sedar kelas kimia sudahpun berakhir.Dia hanya memerhatikan satu demi satu teman-temannya keluar dari dewan kuliah untuk ke makmal bagi latihan amali dengan Dr faridah.
Ain Nuraina langsung tidak berniat untuk menghadiri latihan tersebut memandangkan hatinya masih sakit.'Alang-alang dah tak masuk kelas hari ini,baik tak payah masuk langsung.'Dengan Dr Faridah, pensyarah wanita itu masih boleh berkrompomi asal sahaja tugasan yang diberi disiapkan mengikut tarikh yang ditentukan.Malah Dr Faridah tidak pernah memarahi pelajarnya dengan cara yang kasar.Mungkin sebab itulah dia menjadi pensyarah pilihan dikalangan pelajar.
Berhenti berfikir soal Dr Faridah, dia kembali menumpukan perhatian pada nota di meja.Seminit dua,nota ditutup kembali.Dia mengeluh perlahan.
“Ain Nuraina....”Namanya dipanggil seseorang.Pandangannya dihalakan kearah suara tersebut.Bulat matanya memandang kearah pensyarah yang telah menghalaunya sekaligus memalukannya sejam yang lepas. Pandangan redup dari pensyarah itu tidak langsung menyejukkan hati Ain Nuraina.
Apahal pulak dia ni panggil-panggil aku.Tadi bukan main menghalau nya.
Selangkah kaki pensyarah itu mendekati dirinya,seribu langkah dibuka menuju ke kereta.Saat ini dia mengisytiharkan perang ke atas lelaki itu yang sekarang telahpun diiktiraf sebagai musuh ketatnya.Dia sudah tidak peduli kalau terpaksa tambah setahun lagi kalau dia gagal subjek kimia.Baginya harga diri dia lebih penting dari semuanya.
Suka-suka hati dia je nak jatuhkan maruah orang.boleh blah lah…’hati nya masih mengomel sendirian.
“Yang kau ni pun satu...dah tiga kali kau tak datang kuliah dia... mengamuklah.Kau ingat suruh aku tolong tandatangan....boleh lepas.Kau tahu tak,dia bukan macam Encik Mikhail yang mengajar kat depan je.Dia ni jenis soal balik apa yang dia ajar.Kau tahu tak?
Bila dia tengok nama dan panggil nama kau,tapi orangnya tak ada.dah tentulah dia syak.”Panjang lebar Asmiza meleteri sikap sambil lewa Ain Nuraina berkenaan dengan ponteng kelas.Walaupun dia tahu Ain bukan sengaja.
Asmiza ini memang lah macam mak nenek kalau membebel.
“Alah manalah aku nak tahu ada pensyarah baru.Aku ingat Encik Mikhail lagi.”Jus limau disedut rakus.Sengaja dia menunggu teman-temannya di Cafe ini sehingga tamat latihan makmal.
'Kau pi mana semalam sampai lewat balik?”Hisyam anak jati Pulau Pinang berketurunan mami pula menyampuk.
“Pi mana?Aku semalam sampai sini dah pukul sebelas malam.Kau tahulah kalau hari minggu.bridge jam teruk.Berapa puluh minit aku atas jambatan semalam.Lepas tu sibuk siapkan assigment Dr Faridah lagi.Sedar-sedar pagi ni dah dekat pukul sembilan.Aku lewatpun bukannya lama sangat.Lima belas minit je.”
Dah salah tu masih tak nak emngaku ye Ain Nuraina…
“Memanglah hang lewat lima belas minit.Tu yang hang tak datang kelas dia sampai dua kali ,tu yang dia marah sangat tu.Nama ada...bila panggil orang tak dak.”Ain memandang wajah Hisyam dihadapannya.'Alah anak mami ni macamlah dia tak pernah ponteng kelas sebelum ni.'
“Yelah kau ni Ain.Cubalah ubah sikap tu sikit.”As pula menyampuk menyokong kata-kata Hisyam sebentar tadi.
“Yelah...salah aku.tapi tak patutlah dia halau aku dari kelas macam tu je.jatuhlah maruah aku.Ni mesti si Irma tu kutuk sakan kat aku.”
“Eh cakap pasal Irmakan...aku rasa la...dia tu macam nak ayat lecturer baru tu je.Tengoklah masa dalam kelas banyaklah pulak soalan dia.Dengan Encik Mikhail dulu tak macam tu pun.Nak dengar suara dalam kelas pun tak ada.”Kata-kata As mrmbuatkan Ain ketawa kuat.Memang dia faham sikap Irma yang gemar menggoda lelaki kacak sejak mereka di tahun pertama lagi.
Padan sangat lah minah gedik dengan pensyarah tak ada perasaan.
“Alah..hang bukan tak tahu Irma tu,bangla tepi jalanpun dia nak takle.Silap-silap kalau hang offer orang Somalia yang kurus kering tu pun dia sanggup buat pakwe.”Kata-kata Hisyam sekali lagi membuatkan Ain Nuraina memuntah kan tawanya.
“Tapi lecturer baru memang handsome pun kan.”Ain menjeling tajam kearah As.
“Mata kau dah buta kot As.Orang macam tu bagi Free pun aku tak nak.Orang macam tu ada otak tapi tak ada akal.”
 “Ya lah...mana nak tau,esok-esok hang pulak yang jatuh hati dengan dia.Baru hang tau...”
“Tolong sikit....macamlah dah tak dak jantan dalam dunia ni.Eh...sekalipun dah tak ada lelaki dalam dunia...dia tu tak ada langsung dalam senarai darurat aku.Tau tak!”
Bencinya pada pensyarah muda yang sedang diperkatakan semakin meningkat. Apatah lagi mendengar pujian dari teman-temannya mengenai kekacakan pensyarah tersebut.
“Hang ni kan Ain...aku tak tau lah sapa yang boleh tahan dengan hang.Dulu elok-elok Hamidi tu,punyalah baik...caring... loving...hang pi tinggaikan dia.Hang nak cari orang macamana lagi?hang tok sah dok mimpi lah kalau nak yang macam Tom Cruse tu.”Hisyam menggeleng kepalanya.Dia tahu dari dulu,Ain memang susah nak berdamping dengan lelaki.
“Aku bukannya nak memilih... tapi kalau orang yang tak ada budi bahasa macam tu,jangan haraplah nak ada tempat dalam hati aku.”
Teman-temannya hanya ketawa melihat gelagat Ain.Mereka sedia maklum Ain memang seorang pendendam dan dia akan buat apa yang difikirkannya tanpa memperdulikan akibatnya. Sedang mereka bertiga rancak berbual,satu suara memberi salam dari belakang Ain Nuraina.
“Assalamualaikum...rancaknya berbual.Boleh saya joint?”Melihat kedua temannya terdiam,Ain memusingkan kepalanya. hampir dia terjerit bila melihat manusia yang sedang mereka bertiga perkatakan,betul-betul berada di belakang dia.
Wah dia invisible man ke.Tiba-tiba je muncul macam ni.
“Er...jemputlah duduk Sir.” Ain menjengilkan matanya kearah As yang ramah mesra menjemput orang yang menyakitkan hatinya pagi tadi duduk semeja dengan meraka.
As buat-buat tak faham dengan isyarat Ain.
Pensyarah muda itu mengambil tempat dihadapan Ain setelah As menukar tempatnya bersebelahan dengan Ain.Ain Nuraina mula tidak selesa dengan situasi ini.Jus limau disedut sehingga habis.Sakit hatinya tidak dapat dikawal lagi apatah lagi duduk bertentangan dengan lelaki ini.
“You all ada kelas lagi ke?”Entah kenapa suara garau itu seakan pisau yang membelah telinga Ain.Bencinya dia pada suara tersebut.
“Dah habis dah.saja duduk-duduk minum.Sir pulak dari mana?” Hisyam kembali bertanya.
“Saya dari office tadi.” mata Ain hanya memandang kiub-kiub ais didalam gelas.
“So,macamana dengan kuliah saya?Awak semua boleh tangkap tak apa yang saya ajar?”Hati Ain Nuraina semakin sakit dengan pertanyaan yang baginya bagaikan sindiran sinis.
Datang-datag nak menyindir pula.Cari pasal betul lah dia ini.
“Setakat ni ok.Alhamdulillah boleh tangkaplah juga.Tak lah macam encik Mikhail dulu,asyik berceramah je,tak tanya langsung kami faham ke tidak.”Ain menjeling As yang semakin ramah menjawab dengan panjang lebar.konon-konon nak ambil hatilah tu.
Ain sudah tidak betah berlama-lama disitu lantas...
“Oklah..aku balik dulu. Syam... nota kuliah pagi tadi aku pinjam dulu.Nak buat macamana aku tak masuk kelas pagi tadi...kenalah pinjam dari kau.Dah siap nanti aku bagi balik.Oklah aku balik dulu,nak tidur awal takut esok lambat pulak masuk kelas.kena halau lagi...”
Matanya sempat menjeling kearah Pensyarah muda yang rupanya sedang memerhatikan dirinya.Sengaja dia berkata begitu pada hisyam...untuk menyakitkan hati manusia dihadapannya ini.
Hisyam dan As saling memandang. Tidak diduga Ain seberani itu menghamburkan kata-kata sedemikian.Mereka hanya mampu menelan liur melihat Ain melangkah kasar menuju ke keretanya yang di parking di bawah Cafe.
“Er...sorry sir...Ain tu memang kepala angin sikit.”As cuba mententeramkan keadaan.
“Its ok.I understand.” Zhafran, pensyarah muda yang baru seminggu bertugas di universiti ini memberikan sebaris senyuman. Matanya turut sama membuang pandang ke arah kereta Ain Nuraina yang sedang bergerak keluar dari kawasan Universiti.
So,both of you ni orang mana?”Sekadar berbahasa,Zhafran bertanya. As tersenyum-senyum. Membiarkan Hisyam menjawab.
“Saya memang anak jati penang.Asal Balik Pulau.Asmiza ni pulak...orang Merlimau, Melaka.”
“Sir Zhafran pulak orang mana?” Zhafran tersenyum mendengar pertanyaan Asmiza.
“Saya asal orang Johor,tapi family dah lama menetap Kuala Lumpur.
“Sebelum ni sir Zhafran bertugas kat mana?”Asmiza semakin ramah bertanya.Alang-alang dah ada peluang berbual dengan pensyarah handsome,baik dia cungkil habis-habisan.'Ni kalau Irma tengok mesti menangis tak berlagu ni.'Bisiknya sendirian.
“Sebelum buat Phd,saya jadi lecturer di Private College.Then saya sambung buat Phd dengan Universiti Of Kent,lepas tu terus dapat offer jadi pensyarah kat sini.”
“Sir tinggai kat mana?” Hisyam pula menyampuk.
“Saya menyewa dekat-dekat sini juga.Em...Yang tadi Ain Nuraina kan?”Soal Zhafran kemudian.
“Memang dialah Sir.Yang Sir halau pagi tadi.Dia tu kepala angin sikit.Sir jangan ambik hati dah lah...”Jawab Hisyam.Zhafran mengangguk sedikit.
I think she's really mad at me sebab tak bagi dia masuk kelas pagi tadi.Saya cuma tak nak dia terus bersikap macam tu.Dia juga yang akan rugi nanti.”
“Alah tak dak apa-apalah Sir.Ain tu sekejap je.Perangai dia je kasar sikit,tapi hati dia baik.Saya ni dari tahun satu lagi berkawan dengan dia.dah faham sangat perangai dia macamana.” Asmiza membela.
Zhafran tersenyum mendengar cerita Asmiza.
Dari cerita mengenai Ain Nuraina sehinggalah membawa kepada cerita-cerita mengenai Universiti, mereka terus berbual.Di satu sudut Cafe,kelihatan Irma bersama teman-temannya sedang memerhatikan pensyarah kacak itu berbual dengan rancak bersama musuhnya Asmiza.hatinya mula berdetik rasa cemburu.











TIGA



ZHAFRAN ingin masuk kekeretanya bila terdengar namanya dipanggil.
“Yes....anything?”Irma tersenyum penuh menggoda pada zhafran yang kembali menyandar dipintu kereta.
“Saya cuma nak tanya Sir Zhafran pasal soalan ni.Saya tak berapa faham la..”Irma meletakkan sehelai kertas yang mengandungi soalan Kimia di atas bonet kereta Zhafran.
“Kenapa tak tanya masa kelas tadi?”Memang dia tidak suka berkoomunikasi dengan pelajarnya selepas habis kelas terutama dengan pelajar wanita.Bimbang disalah tafsir oleh orang lain.
“Alah...tadi saya seganlah. ” Suaranya sengaja dimanjakan.
“Yang mana awak tak faham?”
“Yang ini...”Tangannya menunjuk kan pada soalan nombor dua. Zhafran menarik nafas seketika sebelum menerangkan terperinci jawapan tersebut pada Irma.tiba-tiba...
“Nak bercekerama pun carilah tempat lain...”Ain ketawa kecil sambil berlalu dengan kancilnya.Zhafran memandang Ke arah kereta Ain Nuraina.
“Alah sir...Ain tu memang macam tu.Perangai tah macam apa-apa tah... menyampah tengoknya...”Zhafran memandang Irma.
“Oklah kalau awak dah faham, saya balik dulu.
“Er...”Zhafran lantas melolos kan dirinya kedalam kereta sebelum berlalu meninggalkan Irma ditempat parkir.
“Bukannya nak tumpangkan aku!”Irma membentak kasar.Memang niat dia bukan nak tanya soalan sangat pun.Manalah tahu kalau-kalau Zhafran boleh tumpangkan dia balik.Tapi Zhafran ni Nampak sahaja macam ini tapi susah lah nak masuk jarum.Irma mengetap bibir nya.Manahan geram.









EMPAT


“Black monday betullah hari ni.”Ain Nuraina menghempaskan beg galasnya dihadapan televisyen.Nina yang sedang menelan maggi mee terkejut dengan tindakan Ain.
“Em...mesti ada yang tak kenalah tu.”Maggi mee perisa Tom yam terus disumbat kedalam mulutnya.Selalunya hujung-hujung bulan macam ni inilah menu wajib yang menjadi santapan pelajar Universiti macam dia dan Ain.
Tambahan pula dengan harga barang yang semakin meningkat.nasib baiklah ada kiriman wang dari keluarga.Kalau nak harapkan duit PTPTN sahaja memang tak pernah cukup.Yelah sewa rumah je dan 600.00 ringgit.Nasiblah mereka sewa berlima. Bolehlah tahan sikit.Itupun tak termasuk duit api dan air lagi.Kadang-kadang bila fikir balik,tak sabar rasanya nak kerja.dapat pegang duit sendiri,dapat beli apa yang diidamkan.
“Mana aku tak bengang.Dah lah pensyarah baru,nak tunjuk macam dia best pulak.Ada ke dia halau aku sebab lambat lima belas minit je.”Mangkuk maggi dihadapan Nina diangkat.Dan sesudu dua maggi mee masuk ke kerongkongnya.
“Itulah kau...lain kali dah tahu ada kuliah bangunlah awal sikit.”
“Alah bukannya selalu aku lewat masuk kelas.Dulu Encik Mikhail tak pernah pun nak marah aku.Ni baru je mengajar dah nak tunjuk lagak.macamlah bagus sangat.”Ain Nuraina masih terus merungut.
MAsalah nya kau membebel bukan pensyarah tu yang dengar aku ni yang kena tahan telinga.       
“Dah lah.Kau lupakan sekejap hal tu.Ni aku ada cerita lagi best nak cakap.”Nina meneguk air sirap didalam gelas.
“Cerita apa?”
“Kau tahu tak ada mamat handsome dah sewa depan rumah kita ni.Aku pun terkejut juga mulanya sebab handsome sangat.”Ain tahu apartment dihadapan rumah mereka ini sememmangnya kosong sejak dua bulan lalu setelah keluarga Puan Nelly berpindah kerana suaminya bertukar ke Jabatan Polis Bukit Aman.Bagi Ain walau siapa pun yang ambil alih rumah itu,dia tidak pernah kisah.
“Alah kalau handsome sekali pun,bukannya dia nak kat kau.Entah-entah dah ada bini.”Baginya cerita tentang penyewa itu tidak penting.
“Kau tak tengok lagi Ain,kau dah tengok...silap-silap kau yang jatuh hati dengan dia.Percayalah cakap aku...”Nina terus bercerita.
“Kau tak payahlah nak promosi kat aku Nina,banyak lagi benda yang aku nak fikir selain dari perkara tak berfaedah tu.”
“Suka hati kau lah Ain.Eh,aku dah nak keluar ni,kau nak kirim apa-apa tak?”
“Tak payahlah,akupun nak keluar gak kejap lagi.”
“Ok,aku cau dulu.Ni pintu jangan lupa kunci.Dahlah tak da orang ni.”Nina mengingatkan orang lagi rakan mereka adalah junior yang kini menjalani latihan praktikal di tempat masing-masing.Cuma tinggal dia Ain sahaja.Tambahan pula sekarang ini banyak kes pecah masuk rumah.Sesekali bila difikirkan,ngeri juga kalau terkena pada mereka berdua.
Ain Nuraina kembali mengadap televisyen.Dan entah bila waktunya matanya telahpun terpejam lena.

TERJAGA dari tidur hari sudah semakin merangkak ke malam hari.Suasana gelap menyelubungi apartment..Hanya cahaya dari televisyen yang masih terpasang.
Selesai mandi,perutnya terasa lapar minta diisi.Buka peti ais yang ada hanya telur mentah.Muak asyik makan telur mata kerbau dengan nasi putih,Ain Nuraina membuat keputusan untuk ke Mc donalds.
Lagipun Mcdonalds malam-malam macam ini ada set dinner yang murah.Ok lah setakat sebiji burger dengan air pepsi dah cukup dah kenyang.
Selesai mengunci pintu,dia menekan punat lif.Lama dia menunggu, barulah lif terbuka.Namun sebaik sahaja kakinya ingin melangkah ke dalam,muncul wajah yang cukup menyakitkan hatinya.
'Ya Allah...apa mamat ni buat kat sini?'Soalnya sendirian.
Zhafran yang ingin melangkah keluar juga kaget bila wajah Ain Nuraina muncul dipintu lif.Beberapa detik,mereka hanya bertentangan.
Sebaik sahaja Zhafran melangkah keluar,kaki Ain Nuraina cepat-cepat masuk dan tangannya pantas menekan butang G.
“Mana-mana pergi ada je muka dia.Meluat aku.”mulutnya terus membebel sehinggalah enjin kereta dihidupkan dan dipandu ke arah Pantai seagate.Terus dilupakan niatnya untuk ke MC Donalds. Pertembungannya dengan pensyarah kimia di apartment tadi seakan mematikan seleranya.
Di pantai seagate,kelihatan ramai anak muda sedang memadu kasih.memang inilah fenomena yang selalu berlaku disini.Melepaskan rindu dendam tanpa mengira pahala dan dosa.Sampai kadang-kadang kena tangkap khalwat.
Malah ada juga mereka ni di kalangan pelajar sekolah dan pelajar Universiti. Entahlah... manusia ni bila belum dapat,semuanya baik.Nanti bila dah kahwin semuanya berubah.Malah baru-baru ini dia dengar ada dua orang pelajar sekolah ditanahan sedang memadu asmara di dalam kedai kosong dalam kompleks Bukit Jambul.
Dengan berbekalkan sebungkus rojak dan air oren,dia duduk diatas batu besar mengadap laut.Terasa dingin bila disapa bayu laut.Rojak didalam bekas polistrina dicucuk satu demi satu dan disuapkan kedalam mulut.Tanpa disedari ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari sebuah kereta di atas tembok.Kereta yang sejak tadi mengekorinya dari apartment.mata itu terus ralit memerhatikan sebujur wajah yang sedang termenung panjang.












LIMA

ZHAFRAN termenung di balkoni apartmentnya mengadap ke arah jalan raya.Sudah hampir dua minggu dia disini.Di negeri yang satu ketika dahulu tempat dia menimba ilmu dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima.
Terlalu banyak kenangan dia dan teman-temannya cipta sewaktu sekolah dulu.Dan kini dia kembali lagi tapi bukan sebagai pelajar.Dua tahun dulu dia berada di England menyambung pengajiannya dalam bidang sains Kimia dan akhirnya dia berjaya merangkul gelaran Dr Phd.Semuanya adalah pemberian dari yang maha kuasa kepada dirinya yang lemah.Dan dia bersyukur untuk itu.
Tiba-tiba bayangan seorang gadis melintasi benaknya.Gadis yang dihalau keluar dari kelas pagi tadi.Gadis yang menyindirnya bersama Irma di tempat parkir dan gadis yang berbicara lepas...tiba-tiba Zhafran tersenyum sendiri.Ain Nuraina...nama itu bergema dalam fikirannya.
AIN membuka emailnya.Ada beberapa email yang belum dibaca.Kebanyakannya dari kenalan internetnya sejak dua tahun lalu.Dia sendiri tidak tahu siapa gerangan yang memakai nick name Naruto itu.Namun dia senang berbicara dengan Naruto.Banyak yang dikongsi bersama.Ain kemudian ke laman chat.Mudah-mudahan Naruto sedang melayari internet juga.Ain menggunakan nick name Keroro.
KERORO:Hai...Naruto,awak tengah chat ke?
NARUTO:baru hari ni awak chat.pergi mana?lama tak dengar berita?
KERORO:Ada.busy sikit.banyak problem.
NARUTO:Problem apa?Nak share?
KERORO:Problem dengan pensyarah gile yang sewel.
NARUTO:HA ha ha.Dia buat apa sampai awak label dia macam tu?
KERORO:dia halau saya dan malukan saya dalam kelas.
Agak lama barulah NARUTO membalas nya.
NARUTO:Mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu.
KERORO:Alah sebab saya lewat masuk kelas.Tapi tak sengaja.
Ain tersenyum sendirian.Dia seronok bila berbicara dnegan naruto.Bagai selesai semua maalahnya.Sudah berkali-kali dia minta Naruto mengirimkan gambar tetapi kata Naruto biarlah persahabatan mereka hanya dalam dunia maya.Lebih senang untuk mereka bercerita jka masing-masing tak kenal.
Ain menutup lap topnya setelah hampir 45 minit berbual bersa Naruto.rasa bebanan dikepalanya terlerai juga.

PAGI itu Ain cuti.Dari pagi dia sudah mula buat part time de kedai Jean.
“Ramainya orang hari ni...penatnya.”Ain sudah bersandar dkerusi.Jean ketawa melihat tingkah Ain.
“Ni kan hari cuti umum.Memang ramailah.Don't worry ma...nanti saya bagi gaji ekstra sama you...”
“Alah bukan pasal gajilah Jean.”
“I tengok you macam tak sihat je..you sakit ka?”Ain memandang Jean.Walaupun berbangsa cina,tapi ada juga loghat penang dalam percakapannya.
“tak dak lah.Bannyak kerja lah.Assigment banyak nak kena hantar.I tak cukup tidurlah.”Jean menepuk-nepuk bahu Ain sebelum kembali kebahagian dapur.
Habis waktu kerja,Ain terasa mahu menikmati laksa di batu feringgi.Jadi keretanya terus dipandu kesana.Petang-petang macam ni orang memang ramai.Ain mengambil tempat agak hujung di sebuah kedai yang dibina dibawah pohon yang besar.Dia memesan laksa penang dan milo ais.Melihat laksa yang masih berasap,menikkan seleranya.Topi dibuka dan diletak diatas meja.
Tiba-tiba Ain teringatkan laksa yang di buat arwah ibu nya.Setiap minggu ibu nya akan memasak makanan kegemaran dia dan Ikram itu.Sedih nya Ain tak dapat lagi dah rasa laksa mak.
Dengan lafaz kalimah Allah,laksa disudukan kedalam mulut.Merecik peluh di dahi Ain dengan kuah laksa yang panas dan pedas.Sesekali disulamkan dengan milo ais disisi.Tidak sampai lima belas minit habis semangkuk laksa dihadapnya.
Huh laksa kat sini memang terangkat betul lah.sedap sangat.
Sebaik sahaja wajahnya didongakkan,sepasang mata yang sedang asyik memerhatikannya dipandang.'Ya AllAH..apalah mamat ni buat kat sini.Boring betul aku..kat mana-mana ada je dia.”Ain membuang pandang kearah lain.Sakit hatinya bertentangan mata dengan Zhafran yang turut di Kedai tersebut bersama seorang temannya.
Milo ais disedut rakus.Ain mahu cepat-cepat pergi dari sini.Tadi hajat hatinya ingin memesan semangkuk lagi tapi seleranya putus sebaik sahaja memandang Zhafran.
“Kak...kira ni.”Ain melaung memanggil pelayan kedai.Suara yang kuat membuatkan Zhafran tetap memandangnya.Seorang pelayan menghampiri Ain.
“Semua sekali empat ringgit setengah.”Ain menyeluk saku seluarnya. Dikeluarkan not lima ringgit.Setelah baki dipulangkan, dia terus berlalu.Hajat dihati ingin bersantai sektika ditepi pantai dibatalkan.Meluatnya pada Zhafran mematahkan niatnya.
“Dia ni macam tak ada tempat lain nak pergi.mana aku pergi ada je.Dia yang ikut atau aku yang ikut dia...tak tahulah.”Ain mengomel sendirian.
DUA BULAN BERLALU....

SUDAH hampir dua bulan peristiwa dia dihalau dari dewan berlalu.Malah sekarang Ain Nuraina tidak pernah lagi ponteng kuliah dan tutorial.Tapi setiap kali subjek kimia,dia akan membatukan diri.Malah tidak langsung wajahnya dialihkan kepada pensyarah yang sedang mengajar dihadapan.
Bukan dia tidak perasan dirinya diperhatikan oleh Zhafran tapi sengaja tidak diendahkannya.Dia hanya menumpukan sepenuh perhatiannya di whiteboard.Walaupun selepas waktu kuliah ada teman-teman yang mengajaknya bertemu Dr Zhafran bagi bertanyakan perkara yang mereka tidak faham,namun dia tidak pernah ikut.Dia akan merujuk pada Hisyam apabila sesuatu yang dia tidak faham.
‘Nak jumpa mamat perasan hebat tu minta maaf lah.
Ish tak baik lah Ain dia kan guru Ain.
Ah kalau dah perangai suka jatuhkan maruah orang baik tak payah.
Berbeza pula dengan Zhafran, setiapkali dia mengajar setiap kali itulah Ain Nuraina menjadi mangsa pertanyaannya. malah dia cukup bertegas dengan Ain Nuraina berbanding pelajarnya yang lain.
“Awak dengar tak kuliah saya minggu lepas Ain Nuraina?perkara ini saya dah ajar berulang kali.Takkan itupun awak tak boleh nak buat.!”Berdesing telinga Ain Nuraina bila Zhafran menjerit ditelinganya.
Dia berdiri kaku di hadapan whiteboard dengan marker di tangan.Bukan dia tidak boleh menyelesaikan soalan tetapi ego nya membatasi segala-galanya.Dibiarkan dia diherdik oleh Zhafran.
“Dah saya tak tahu...nak buat macamana?Kalau Dr Zhafran suruh saya berdiri kat sini sepanjang haripun, saya memang tak boleh selesai kan.Terpulanglah pada Dr.Saya tak kisah berdiri lama-lama kat sini sebab saya dah biasa berdiri atas bas...”
Selamba jawapan yang keluar dari mulut Ain Nuraina.Teman-teman sekuliahnya tercengang-cengang dengan kebiadapan Ain Nuraina menghamburkan kata-kata itu pada pensyarah mereka. Malah Ain memanggil Zhafran dengan panggilan Dr tidak Sir sepertimana mereka semua memanggilnya.
‘Ain ni berani betul lah.KAntoi subjek ini nanti tak pasal nak kena repeat.’Hisyam berbisik sendiri.
Zhafran merenung wajah dihadapannya.
“Ok.You berdiri kat sini sampai habis waktu kuliah then saya nak you siapkan jawapannya dalam kertas selepas sahaja kuliah saya tamat.Saya yang akan tunggu awak di sini.”Nah!terimalah hukuman diatas kebiadapan kau Ain Nuraina.
Ain Nuraina sedikitpun tidak tersinggung.Malah dia masih sempat tersenyum sinis pada lelaki yang kembali meneruskan pengajarannya.
Zhafran memanggil Irma bagi menyelesaikan masalah di whiteboard. Dengan langkah dan senyuman menggoda,Irma dengan cepat memberi jawapan sambil tersenyum sinis memandang Ain Nuraina yang berdiri disebelah meja pensyarah.
“Ok ini yang kita nak...beri tumpuan dalam kelas dan awak akan dapat menjawab dengan betul.Dan bukan bila masuk kelas,tapi fikiran melayang ke lain.Saya tak suka orang berangan dalam kelas saya.Faham Cik Ain Nuraina?Thanks Irma..you boleh ke tempat you semula.Cik Ain Nuraina... tolong salin jawapan yang Irma bagi ni selepas habis kuliah ni.Understand!” Pujian pada Irma sedikit pun tidak menggugat perasaan Ain Nuraina.Malah dia dengan selamba menyelak helaian demi helaian kertas yang ada diatas meja pensyarah tanpa memperdulikan Zhafran yang terus mengajar.namun kata-kata sinis itu tetap merobek hatinya.Semakin kuat dendamnya pada Zhafran.
Pengajaran diteruskan.Ain Nuraina langsung tidak memberikan perhatian.malah tangannya bermain-main dengan barang-barang yang ada diatas meja pensyarah.Sesekali dia bermain mata dan memek muka dengan Hisyam dan Asmiza.Tanpa sedar waktu kuliah selama satu jam sudahpun selesai.

Didalam dewan kuliah yang tinggal kini hanya Ain Nuraiana dan Zhafran.
“Ok Ain...saya nak awak salin semua jawapan ni dalam lima salinan.”Lembut suara Zhafran seakan berbisik ditelinga Ain Nuraina.
Ain Nuraiana tidak menjawab namun tangannya pantas mencapai pemadam. Dipadamnya semua jawapan yang ditulis Irma sebentar tadi.Zhafran hanya memandang perbuatan Ain Nuraina.Dia duduk di kisi meja.
Kemeja lengan panjang berwarna biru yang dipakai sudah dilipat ke paras siku.cermin matanya dibuka dan diletakkan diatas meja.Matanya tajam memerhatikan Ain Nuraina yang sedang memadam whiteboard.
Selesai semuanya dipadamkan, Ain berlalu ke mejanya.Tanpa memperdulikan Zhafran yang sedang memerhatikannya,dia terus menulis. Sebenarnya semua soalan yang Zhafran berikan,dia tahu.Cuma dia tetap ingin pertahankan egonya dihadapan teman-temannya.
Zhafran terus memerhatikan Ain Nuraina yang tekun menulis jawapan.Sedari tadi,dia tahu Ain Nuraina tahu semua jawapannya cuma sengaja tidak mahu menulisnya.
Suasana didalam dewan kuliah terasa sepi.Hanya deruan penghawa dingin yang kedengaran.
LIMA BELAS MINIT BERLALU....
Ain Nuraina memasukkan semua buku dan peralatan menulis kedalam beg galasnya dan disandang ke bahu.Lima helai kertas jawapan disusun elok.
Tanpa sepatah kata,kertas jawapan diletakkan diatas meja Zhafran dan dia terus berlalu.Zhafran hanya memandang tingkah Ain Nuraina.
Diluar hujan sedang menggila disertai dengan angin kuat.Ain Nuraina jadi gelisah.
“Alamak...aku dah lah tak bawa kereta hari ini.Adui...macamana ni..” Matanya dipandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang boleh ditumpangnya.Pagi tadi dia menumpang motor Asmiza.
Ain Nuraiana mengambil keputusan untuk duduk di tepi longkang sementara menunggu hujan reda.Tiba-tiba...
“Hujan ni...jom lah saya tumpangkan.”wajahnya didongakkan memandang tuan empunya suara.Zhafran bersama dengan sekaki payung sedang memandang wajahnya.
'Dah lah pasal kau aku lewat balik.Sekarang baik hati pulak nak tumpangkan aku.Orang macam kau ni memang tak boleh nak buat baik.'Matanya kembali memandang hujan.
“Tak pelah Dr Zhafran.Terima kasihlah atas budi baik Dr tu pada saya.Tapi saya tak perlukan pertolongan dari orang macam Dr.Tak payah Dr nak tunjuk baik kat sini.Rasanya tak mati kalau saya tunggu kat sini.Nak buat amal jariah pun pilihlah orang lain.”
“Em,suka hati awaklah.Saya balik dulu.Duduklah tunggu sampai hujan ni berhenti.
”Ain hanya memandang sinis Zhafran yang berlalu kekeretanya.Dan sebaik sahaja Toyota Vios itu berlalu,dia mengambil seketul batu dan membalingnya seoalh-olah Zhafran ada di hadapannya.


SEJAK hari itu ada sahaja perbuatan Ain Nuraina yang menjadi teguran Zhafran.Sampai kadang-kadang dia dimalukan dihadapan teman-temannya yang lain.Sakit hatinya pada Zhafran bagai gunung berapi yang hampir meletus.
Malah lebih menyakitkan hatinya bila melihat Irma yang selalu bersama Zhafran selepas waktu kuliah.Ada sahaja pengajaran dan soalan yang dia tidak faham.masa dalam kelas tak nak pun tanya.Semakin sakit jiwanya bila teman-teman perempuannya mula berbicara kekacakan Zhafran.Macamlah hanya lelaki itu sahaja yang kacak dalam dunia ini.Perit telinganya setiap kali nama Zhafran disebut.

‘Zhafran…Zhafran…Zhafran macam dia seorang manusia kat dalam dunia ini.’











ENAM
“Ain kau tak nak mandi laut ke?”Asmiza menjerit memanggil nama Ain yang duduk diatas pasir ditepi pantai Pasir Bogak ini.Ain hanya duduk memerhatikan teman-temannya sedang bersuka ria.Kegembiraanya dicalarkan dengan kehadiran Zhafran disini.
“Sir Zhafran...marilah mandi..”,Hampir termuntah dia bila Irma melaung memanggil Zhafran di tepi pantai.Dia memandang seketika pada Zhafran yang menggeleng kepala.
“Muka tak tahu malu.”Ejeknya sendiri. Tidak jauh dari tempatnya duduk,Zhafran turut sama diatas pantai memerhatikan para pelajarnya.
“Boring betul lah.Bilalah nak balik ni?”Ain mengomel sendirian.Dia melukis sesuatu diatas pasir di tepi pantai.Saat wajahnya didongakkan,matanya terpandang Zhafran yang sedang asyik memerhatikannya.Lantas Ain Nuraina bangun dan terus berlalu.Bencinya pada pandangan dari Zhafran tadi.

LAWATAN ke pulau Pangkor merubah segala-galanya dalam hidup Ain Nuraina. Segala-galanya bermula pada malam terakhir mereka disitu.Saat berbarbeque,dia bertikam lidah dengan Zhafran. semuanya berpunca dari ketidak puasan hatinya dengan cara Zhafran melayani dirinya.
Mulanya hanya kerana Zhafran menyindirnya tidak tahu membakar ikan.Dia dikatakan anak dara yang tidak pernah turun ke dapur. Hatinya panas dengan kata-kata Zhafran.diungkit segala perbuatan Zhafran sejak dari hari pertama dia dihalau dari kelas dahulu sehinggalah kepada peristiwa Zhafran mengherdiknya dihadapan dihadapan pensyarah-pensyarah lain tatkala dia gagal menyiapkan tugasan pada tarikh diberikan.
Bukan niat dia sengaja untuk menghantar lewat,tapi kesibukannya menyertai trip ke Gunung Ledang membuatkan dia lupa pada tugasan yang perlu disiapkan.Akibatnya dia terlewat seminggu. Saat dia menyerahkan assigmentnya pada Zhafran di biliknya, kebetulan ada beberapa orang pensyarah yang sedang berbual.
Teruk dia dimarahi Zhafran. Kononnya dia tidak pernah fokus pada pelajaran dan yang lebih teruk bila Zhafran dengan sinis menyindirnya yang dia mungkin tak akan bersama teman-teman lain dalam majlis konvokesyen nanti.Baginya itu adalah penghinaan yang paling teruk pernah berlaku dalam hidupnya selama ini.
“So,apa yang Dr Zhafran masih tak puas hati dengan saya lagi?”Ain Nuraina sudah hilang sabar.Teman-teman yang lain hanya mendiamkan diri.Kesabarannya memuncak bila dia sekali lagi menjadi contoh pelajar yang lambat mengahntar assigment.Dan menjadi contoh pelajar yang malas.
“Saya yang tak puas hati dengan You atau you yang tak puas hati dengan saya?You ingat You hebat sangat sebab jadi pelajar terbaik Kimia masa third year dulu?Jangan nak berlagak sebab tu tak menjamin you boleh Grad dengan cemerlang.Entah-entah tak sempat nak konvo.You still need me...”Katanya seolah mengejek.
“Saya tak pernah sekalipun berlagak atau meninggi diri.Saya tak pernah berbanggapun jadi pelajar terbaik.Dr Zhafran jangan nak tuduh saya macam tu.”
'Tuduh?Kalau awak tak bangga diri, awak takkan lewat siapkan tugsan yang saya beri.Awak tak pandang remeh semua yang saya ajar.Awak tak tidur waktu saya mengajar.Itu bukan menyombong diri ke?”
“Ok Fine!Saya yang salah.All my fault!!!You're the best.The best lecturer in the world!”Serentak dengan itu kaki Ain Nuraina meninggalkan tepian pantai menuju ke chalet namun sempat telinganya menadah kata-kata dari Zhafran.
“Jangan cari kesalahan orang lain kalau diri sendiri tak betul.perbetulkan diri awak dulu sebelum nak menuding kesalahan awak pada 0rang lain.”Ain kembali berpusing. matanya tajam memandang Zhafran yang kelihatan bersahaja dikelilingi teman-temannya terutama Irma yang sejak dari mula cuba menarik perhatian Zhafran.Sempat dia melihat senyuman sinis irma.

Ain Nuraina mengesat airmatanya yang mengalir laju.Rasanya sudah bertahun dia tidak menangis.Tapi hari ini hatinya kalah.Jiwanya begitu terkesan dengan kata-kata kasar dari Zhafran.
Asmiza yang cuba memujukpun tidak diendahkan.Akhirnya Asmiza kembali ke tepi pantai untuk bersama rakan lain.Baginya mungkin Ain Nuraina perlukan masa untuk dirinya.Dia juga sedikit marah dengan Zhafran.Cuma apa yang menghairankannya Zhafran tidak pernah sekalipun bercakap kasar dengan pelajar-pelajar lain apatah lagi mengherdik atau memarahi.
Malah bukannya tidak ada pelajar lain yang menghantar lewat assigment yang diberi kan.Cuma dengan Ain Nuraina,Zhafran bersikap tegas.
“Lama-lama aku fikir...aku juga yang pening kepala nanti.”Aroma ikan bakar mula menarik asmiza untuk cepat-cepat ke pantai.

MALAM itu Zhafran menantikan kedatangan Ain untuk bersama mereka kembali.Dia fikir Ain akan tetap kemari.Tapi sehingga tamat majlis, bayangan Ain langsung tidak kelihatan.
Hatinya diburu rasa bersalah.Tiba-tiba semua peristiwa yang berlaku dulu kembali di layar ingatannya.Memang dia tidak adil pada Ain Nuraina berbanding pelajar-pelajarnya yang lain.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berkasar dengan Ain sedangkan itu bukan sifatnya.Zhafran menekup kedua tangannya pada wajahnya.Dia bersendirian kini ditepi pantai.
Tiba-tiba matanya menangkap sesusuk tubuh juga bersendirian di tepi pantai.Rasanya dia kenal siapa gadis itu.Kakinya melangkah menghampiri Ain yang bersendirian.
“Ain Nuraina...”Ain nuraina berpaling bila namanya dipanggil.Dalam kesamaran cahaya dia melihat Zhafran mendekatinya.Tanpa pamitan,dia melangkah laju meninggalkan Zhafran dibelakang.
“Ain...”Laungan Zhafran hanya dibawa angin lalu.Ain terus melangkah pergi meninggalkan Zhafran sendri.

ESOKNYA...JAM 9.00 PAGI...
Ain Nuraina mengenakan cermin mata hitam untuk menutup matanya yang bengkak akibat menangis samalaman.Dia tidak mahu dilabel cengeng oleh teman-temannya.Mungkin tidak mahu mengeruh kan suasana,tiada seorangpun yang bertanyakan kisah semalam.
Semuanya berlakon seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.Cuma Irma yang tersenyum sinis memandangnya.
Zhafran tiba di jeti bersama seorang lagi pensyarah komunikasi massa,encik Sulaiman yang turut membawa anak dan isterinya.Ain Nuraina langsung tidak memandang ke arah Zhafran walaupun lelaki itu duduk berhampiran dengannya.
Malah tadi sewaktu teman-temannya bersarapan di restaurant resort,dia mengasingkan diri di tepi pantai.Tidak ingin mneyertai mereka bila kenangan malam tadi meruntun jiwanya.
“Ain...aku nak pi beli souviner,nak ikut tak?”Pertanyaan Hisyam dijawab dengan gelengan oleh Ain.
“Habis tu hang nak pesan apa-apa?”Sekali lagi kepalanya digelengkan.Dia langsung tiada hati untuk membeli apa-apa.Nekadnya hanya satu mahu melupakan semua kenangan 4 hari tiga malam di Pulau ini. Sementara menunggu ketibaan feri semua pelajar mengambil kesempatan untuk membeli cenderamata dari deretan kedai berhampiran jeti.Walaupun harganya agak mahal,namun mereka tetap membelinya. Sekurang-kurangnya ada kenangan yang mereka bawa dari Pulau ini.
Ialah bukan semua pernah datang ke pulau yang diiktiraf antara etrcantik di Asia ini.Bila dah ada peluang kemari takkan nak sia-sia kan pula.
“Eh..you tak nak beli apa-apa ke Ran?”
“Tak kot.Tak pelah you pergilah... anak you dah panggil tu.”Zhafran menuding jarinya kearah anak-anak encik Sulaiman yang sedang menunggu bapa mereka dihujung jeti.Seperti Ain,dia juga tidak berminat dengan apa-apa cenderahati.
Zhafran dan Ain Nuraina duduk bertentangan kini.Ain menghalakan pandangan nya kearah bot-bot nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan.Kebanyakannya adalah nelayan melayu dan cina.T
anpa disedari Zhafran sedang asyik memerhatikan dirinya.Ain Nuraiana membalas renungan tajam Zhafran dari sebalik kaca mata hitamnya.Mereka sama-sama merenung diantara satu sama lain.Tapi renungan Ain Nuraina lebih kepada rasa benci dan sakit hati.
Sebaik sahaja tiba di jeti Lumut, mereka semua menjamu selera di gerai yang ada.Namun Ain Nuraina hanya duduk di kerusi berhampiran perhentian bas.Ingin sahaja dia naik bas dahulu,tapi pak cik mat pemandu bas Universiti juga sedang makan dan pintu bas berkunci.
Pak cik ni pun tadi tak nak makan.Masa ini lah juga dia nak makan.
“Ain...”Suara itu lagi.Suara yang seakan belati menghiris jantung nya.Walaupun kali ini nadanya begitu lembut...tapi Ain Nuraina tetap benci mendengarnya.
“Kenapa tak makan?”Zhafran sudah mengambil tempat disebelah Ain Nuraina.Dia tahu sejak pagi tadi Ain Nuraina tidak mengambil apa-apa sarapan.Malah malam tadi juga Ain langsung tidak kembali ke tepi pantai untuk makan malam.
Dan sekarang ketika teman lain sedang enak mengalas perut,Ain Nuraina tetap tidak menjamah apa-apa.
“Peduli apa Dr Zhafran saya makan atau tidak?Dr Zhafran siapa dengan saya?Dan rasanya kalau saya mati sekalipun Dr Zhafran takkan kisah?Tak payah pura-pura nak ambil berat sedangkan itu bukan hakikatnya.”
“Ain...dengar dulu apa saya nak cakap...”Belum sempat Zhafran menghabiskan ayatnya Ain terlebih dahulu memotongnya.
“Sudahlah!Saya dah cukup terhina semalam...dan tolong bagi sedikit ruang pada saya kali ini.Saya janji tak akan ganggu Dr Zhafran lagi and please jangan ganggu hidup saya lagi.”Ain Nuraina bangun meninggalkan Zhafran.
“Ain...nanti dulu.”Namun tidak diendahkannya.Dia mencari tempat di perhentian bas.Zhafran hanya memandang.Dia tahu dia telah melakukan kesilapan.Fikirnya semalam Ain Nuraina akan kembali ke tepi pantai untuk terus berhujah dengannya.
Tapi sehingga selesai majlis,Ain NurAina langsung tidak kelihatan.Perkara yang tidak pernah berlaku sejak dia mengenali gadis itu.Ain Nuraiana akan berlawan habis-habisan sehingga dia menang.tapi semalam....
Ain Nuraina hanya mendiamkan diri sepanjang tiga jam setengah perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang.Segala aktiviti dan gurau senda teman-temannya didalam bas tidak diendahkannya. Dia hanya membuang pandang kearah luar.Perutnya mula berkeroncong.Dia menahan lapar.
Bas berhenti seketika di perhentian Bukit Merah.Ramai teman-temannya yang lain keluar membeli minuman termasuk asmiza dan Hisyam.Ain tetap ditempat duduknya tiba-tiba sebuah bungKusan plastik berisi air kotak dan sebungkus roti dihulurkan kepadanya.
“Siapa beli?As?”Tanyanya pada Syimah Dia lega kalau As membelinya makanan kerana dia sememangnya kelaparan..Hasyimah,pelajar dari Terengganu itu menggeleng.
“Sir Zhafran suruh saya bagi awak.”
“Awak cakap dekat dia,terima kasih banyak-banayk.Saya tak perlukan simpati dia.dan saya tak lapar.”Saat itu Zhafran baru menaiki bas.
Segala kata-kata Ain singgah di cuping telinganya.Hasyimah memandang Zhafran,lantas bungkusan itu dihulurkan kembali pada Zhafran dan dia berlalu ketempatnya.Ain melemparkan pandangannya ke arah luar.Bas mula bergerak.Dia terus Memerhatikan pemandangan di sepanjang jalan.Dan akhirnya dia turut terlena bersama beberapa teman lain.

“AIN>>.bangun dah sampai ni.”Ain Nuraina membuka kaca matanya.Teman-teman lain ramai yang sudah turun.hanya beberapa orang sahaja yang masih didalam bas.Bas telah selamat diparkir pak cik Mat di pekarangan masjid universiti.
“Eh..kenapa mata you bengkak Ain?Ni kes tak cukup tidur ke atau you menangis semalaman?Kesian you kan.Em lagi satu rugi you tak joint semalam.Punyalah sedap ikan bakar tu...”Ain Nuraina rasa terbakar saat sindiran dari Irma menusuk ke anak telinganya.
“Kau peduli apa aku nak menangis ke tak cukup tidur ke...Aku nak makan ke tidak!kau tu mak bapak aku ke?”Zhafran yang sedang mengangkat begnya turut sama mendengar pertengkaran tersebut.
Matanya memandang wajah Ain Nuraina.ternyata memang ketara matanya yang membengkak.Malah semakin merah bila dia marahkan Irma.
“Eh yang kau nak marah ni apasal?Aku tu cakap je...manalah nak tahu...”
“Kau ni memang kurang ajarlah Irma..Kau nak rasa penampar sulung aku?”Ain sudah hilang sabar,namun mujur ditenteramkan oleh Asmiza dan Hisyam.Zhafran masih memerhati.
“Dah nak jadi kaki pukul pulak? Itulah banyak sangat masuk aktiviti lasak...itulah jadinya.”
“Dah lah Irma.hang tak payahlah nak sibuk hal orang.Jaga hal hang sendiri sudah!Hang nikan...suka menyakitkan hati orang.”Hisyam membela.Irma menjeling sinis sebelum berlalu.Sempat dia memberikan senyumannya pada Zhafran yang masih berdiri di kerusinya.Zhafran memerhatikan wajah Ain Nuraina yang kemerahan menahan marah.
“Perempuan terhegeh-hegeh. patutlah tak ada lelaki nak kat kau.”Sempat Ain Menyindir.
“At least aku tak lah malas macam kau...”Ain mahu membalas kata-kata Irma tapi sempat ditahan Hisyam.
“Dah lah Ain.Hang bukan tak tau perangai perempuan tu.”Ain Nuraina hanya mengangguk perlahan.Cuba beristighfar sendiri.Beg galasnya disandang dan tanpa memperdulikan sesiapa dia terus turun menuju ke keretanya.
“Ain sekejap.I need to talk with you.”Zhafran mengejar Ain Nuraina yang sudahpun membuka pintu kancilnya.Ain Nuraina hanya memandang wajah lelaki dihadapannya dengan pandangan kosong.
Lantas tanpa sepatah kata,dia meloloskan dirinya kedalam kereta.Zhafran hanya memandang sepi tatkala kancil berwarna biru itu berlalu dari perkarangan tempat letak kereta masjid Universiti ini.

MALAM itu sekali lagi dia berbual dengan Naruto.Dia bercerita dengan Naruto tentang kejadian yang menimpanya di pulau Apngkor.
KERORO:saya benci dia awak tahu tak.saya rasa macam nak bunuh dia.
NARUTO:Tak baik macam tu.mengucap banyak-banayknanti kalau awak masuk penjara,saya nak chat dengan siapa?mungkin dia tak sengaja.
KERORO:Tak..dia memang sengaja.Dia memang tak suka pada saya.
NARUTO:Ok awak kena banyak bersabar.
KERORO:Saya nak tangguh study.
NARUTO:What?Jangan buat kerja gila.Fikir dulu masak-masak.Awak kan ada satu tahun je lagi.janji awak akan fikir dulu.
Ain merenung skrin notebooknya.Akhirnya dia menaip sesuatu.
KERORO:Nantilah saya pertimbangkan.Thanks sebab sudi dengar luahan saya.
NARUTO:Anytime anywhere i always be here if you need me.
Ain tersenyum sendiri.Bersyukur kerana ada kawan seperti NARUTO walaupun hanya dalam dunia maya.









TUJUH


DUA HARI KEMUDIAN...
GOOD MORNING CLASS...” Zhafran melangkah segak ke dewan kuliah.Dengan berbaju kemeja kuning air dan slack hitam,dia benar-benar menjadi perhatian pelajar wanita disini.
“Good Morning Sir.”Terdengar balasan dari pelajar-pelajar nya.Zhafran memerhati ke sekeliling dewan.Tetapi dia merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena.Matanya dialihkan pada Asmiza.
Ternyata kerusi disebelah Asmiza kosong.Ain Nuraina belum sampai.Sejak dari dihalau keluar dulu,Ain Nuraina tidak pernah terlewat untuk masuk ke kelasnya.Tapi hari ini...Dia cuba menumpukan pada pengajaran nya.Tapi semangatnya seolah hilang.Sesekali dia menjeling ke arah pintu besar.Tapi hampa.orang yang dinanti masih belum muncul.
25 MINIT BERLALU...
Kelibat Ain Nuraina masih belum muncul.Zhafran semakin gelisah. Lantas kelas yang sepatutnya berlangsung selama satu jam hanya dijalankan selama 45 minit.
“Asmiza...boleh saya cakap sekejap?” Zhafran menahan Azmiza yang ingin keluar dari dewan.
“Ada apa sir?”Zhafran teragak-agak untuk bertanya.
“Ain..dia tak sihat ke?” Asmiza mengerutkan keningnya.
“Sir belum tahu?”Kali ini Zhafran pula yang mengerutkan keningnya.
“Tahu?Tahu apa?”
“Ain..Ain...dah berhenti dari Universiti.Dia baru hantar surat kat Dekan semalam.Dia minta tangguh satu tahun.Lagipun dia baru baik dari demam.”
“What?Berhenti?But why?”
“I think you know the answer.Saya rasa dia malu nak masuk kuliah atas apa yang berlaku tempohari.Lagipun dia ada cakap yang dia malu dengan pensyarah lain sebab dilabel sebagai malas.Sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku pada tahun-tahun lepas.” Zhafran menepuk dahinya.
“Habis takkan sampai nak berhenti?”Dia sendiri tidak menyangka Ain Nuraiana akan mengambil tindakan bodoh begini.
“Dah puas saya pujuk dia Sir.Tapi Ain tetap dengan keputusan dia.Dia cakap nak balik Ipoh dan cari kerja sementara nak sambung belajar balik.Saya bukan apa,kesian pada Ain.Dia dah lah tak ada sesiapa lagi dah.”
“Apa maksud awak As?”
“Yelah parents diakan dah meninggal. Dia cuma ada abang...itupun abang dia masih belajar kat Al-Azhar.Kereta kancil tu arwah parents dia punya.”
“Habis tu siapa yang tanggung dia belajar selama ini?”Zhafran semakin berminat.
“Dia kan ada PTPTN.tapi sabtu dan ahad kalau tak ada kuliah dia buat part time kat Gym.Mengajar budak-budak taekwando.
.Sebab tu kadang-kadang dia lewat masuk kelas.Sebab petang dan malam dia part time kat coffee bean kadang-kadang sampai pukul tiga pagi.”Hati Zhafran bagai disiat-siat apabila kebenaran berada dihadapan mata.
“Betul ke apa yang awak cerita ni As?”
“Tak ada sebab saya nak menipu.Dia selalu cakap yang dia nak habiskan study cepat-cepat.Dia nak kerja dan tebus balik tanah yang arwah ayah dia gadai pada bank untuk biayai masa mula-mula dia dan abang dia masuk Universiti dulu.Thats why bila dia cakap nak berhenti...saya terkejut sangat. Sebab selama ini matlamat dia cuma nak habiskan belajar dan dapatkan ijazah.Saya tak sangka dia betul-betul kecil hati dengan apa yang berlaku.Selalunya dia kuat.Tak pernah sekalipun saya tengok dia menangis.Dia tak lah seburuk yang Sir Zhafran sangka.Ain tu baik orangnya.Cuma agak kasar sikit.”Zhafran mula diselebungi rasa bersalah.
“Awak tahu dia kat mana sekarang As?”
“Semalam saya pergi ke rumah dia.Dia cakap nak packing barang hari ini.Dia nak balik Ipoh.”
“tak pe lah.Biar saya pergi cari dia.”
“Sir tahu ke kat mana rumah dia?”
“Saya tahu.”Asmiza mengangguk perlahan walaupun fikirannya tertanya seribu pertanyaan.


PINTU apartment B-303 diketuk Zhafran bertalu-talu sebelum dibuka seseorang.Niza yang membuka pintu terkejut melihat jiran dihadapan rumahnya yang sering diperkatakan berdiri di muka pintu.
“Ye encik..ada apa-apa yang saya boleh tolong?”Suaranya sengaja dilunakkan. manalah tahu kalau manusia dihadapannya ini terpikat dengan kelunakan suaranya.
“Saya Zhafran.Pensyarah Ain Nuraina. Boleh saya jumpa dia?”Terkejut Niza bila diberitahu jirannya ini adalah pensyarah Ain.'Tak guna punya Ain...sikitpun tak cakap denngan aku.'Dia menyumpah didalam hati.
“Ain ada?”
“Er...Ain dah keluar kerja. Hari ini dia kerja petang.
“Boleh saya tahu dia kerja kat mana?”
“Dia part time kat marry coffee bean kat kompleks bukit jambul.”
“Ok thanks..”Zhafran segera berlari ke arah lif.Sedangkan Nina terpinga-pinga dihadapan pintu.
MARRY COFFEE BEANS...
“Kenapa you nak berhenti?”Jean,tuan punya coffee bean terkejut bila Ain ingin berhenti dari sini.sejak tiga tahun lepas,Ain Nuraina telah bekerja disini secara part time dan merupakan seorang pekerja yang baik.
“I nak balik Ipoh la jean.”Ujar Ain.
“habis tu you punya study macamana ma...”
“I dah minta tangguh setahun.I nak balik Ipoh...nak cari kerja.”
“You kalau ada finance problem... ceritalah sama saya.Mana tau saya boleh tolong...”
“You bagi I buat part time kat sinipun dah lebih dari tolong.”
“Tak pa lah.Bila-bila you nak balik mai kerja kat sini,you mailah.Cafe I sentiasa terbuka untuk you.”
“Thanks Jean.Oklah..I pi ambil order dulu ok.”Ain menyarung topi Coffee bean di kepalanya.Buku kecil dan pen diambil dan dia kembali kehadapan.
Ain menuju ke arah seorang pelanggan yang baru sampai.Pelanggan tersebut membelakanginya.
“Exuse me sir...can I take your order.”Ain menadang buku catatannya.Namun sebaik sahaja dia memandang wajah pelanggannya,hatinya berdebar kencang.
“Ain...saya nak bercakap dengan awak sekejap.”Zhafran meminta.
“Saya tengah kerja.”Ain dalam keadaan serba tidak kena.Pelanggan ini tidak pernah diminta untuk hadir ke sini.
“Ain...saya perlu bercakap dengan awak.Please..”
“Dr Zhafran,kalau Dr tak nak pesan apa-apa...lebih baik Dr keluar.Sini tempat orang makan.Dan saya tak ada masa nak bercakap dengan Dr.”
“Saya kesini untuk jumpa awak. Sekejap sahaja.Saya nak bercakap dengan awak.”Zhafran masih meminta.
“Dr Zhafran haikal Bin Zulkifly... tak ada apa-yang saya nak cakap dengan Dr.Rasanya Dr sendiripun dah tahu..I'm not your student anymore.Dr Zhafran bukan lagi pensyarah saya.Dan rasanya semuanya dah kita cakapkan.”
“Please...ini bukan keputusan yang terbaik untuk awak.”
“Kalau Dr tak nak order apa-apa...saya minta diri.”
“Ain...Ain...Ain nuraina...” Zhafran seakan menjerit memanggil nama Ain Nuraina.Namun tidak dipedulikan nya.Dia terus masuk ke dapur. Membiarkan Zhafran terus-terusan menunggunya.



Tujuh


“AIN...apasal kau tak cakap yang jiran kita tu pensyarah kau...kau ni betullah Ain..”Ain Nuraina mamandang Nina dngan tanda tanya.
“Jiran?Pensyarah aku?Siapa?”
“La...pensyarah Kimia kaulah.yang cari kau tadi kat sini.Takkan kau tak tahu yang dia tu jiran depan rumah kita ni.”
“Entah...aku tak tahupun dia jiran kita.Lagipun tak ada kena mengena dengan diri aku.”
“Apasal dia cari kau tadi?Beria-ia aku tengok.macam ada big problem je...”
“Entah mana aku tahu.Aku tak jumpa pun dia.Dah lah kau ni banyak tanyalah.Karang lambat pulak kau masuk kerja.Mengamuk bos kau karang.”Seperti dia Nina juga selalu buat part time di 7 ELEVEN.Masing-masing memerlukan duit tambahan untuk meneruskan pengajian.
'Nanti kau kirim salam kat pensyarah handsome tu ye...”Sempat Nina menitipkan pesanan.
“Tak kuasa aku...”Mendengar nama Zhafran meniti dibibir Nina,hatinya semakin sakit.

Ain nuraina memandang buku-buku yang baru separuh disusun didalam kotak. Sebahagian baju-bajunya sudahpun dimasukkan kedalam beg.Air matanya sukar ditahan bila melihat buku-buku dan nota kuliahnya.
Namun tekadnya telah dibulatkan.Dia akan pergi dari sini.Walaupun belum mendapat maklum balas dari pihak Universiti,tapi dia tetap akan mengaguhkan pelajarannya pada tahun ini.Tiga hari lagi cuti semester akan bermula.Dan dia tak akan kembali lagi kesini selepas itu seperti teman-teman yang lain.Sedang asyik dia mengemaskan barang-barang,terdengar ketukan dari pintu.
Sebaik sahaja pintu dibuka wajah Zhafran muncul dengan baju T dan track suit berwarna hitam.
“What do you want?Saya dah janji tak akan ganggu Dr Zhafran lagi...jadi tolong jangan ganggu saya.”
“Bukan ini caranya...”Ain melangkah kembali ke dalam.Tanpa diduga Zhafran turut mengikutinya dari belakang.
“Dr Zhafran...tak elok kalau orang tengok Dr ada dalam rumah ni.Apa kata jiran-jiran pulak nanti.”
“Saya cuma nak cakap sekejap dengan awak.”Zhafran memandang buku-buku yang baru dikemaskan Ain didalam kotak.Ain Nuraina menarik nafas kasar.
“Baiklah...kita cakap kat luar.Saya tak nak nanti orang tuduh yang bukan-bukan pulak bila Dr ada kat sini.Cukuplah tuduhan yang dilemparkan sebelum ini mpada saya.”Zhafran mengangguk.
Ain Nuraina mengikuti langkah Zhafran keluar dari rumah.
“Kita keluar makan?”Ain mengerutkan keningnya dengan ajakan Zhafran.'Apahal mamat ni baiknya hati nak belanja aku makan..' Fikirnya sendiri.
“Tak payahlah Dr.Kita cakap kat sini je.”Balas Ain Nuraina.
“Please Ain...kali ini je.”
“Maaf saya tak berminat nak keluar makan dengan Dr.”
“Saya minta kali ni je..”
Ain terpaksa menurut.menurut.Lagi lama dia bertelagah disini,lagi lama Dr ni nak pergi.
“Tapi tak payahlah pergi makan.Saya dah kenyang.”
“Kalau itu kata putus Ain...saya ikut je.Ain tunggu sekejap saya ambil kunci kereta.”Tidak pernah Ain Nuraina duga pensyarah yang selama ini mengherdiknya adalah jirannya sendiri.Ain mengambil kesempatan untuk mengunci rumahnya.Didalam lif masing-masing hanya mendiamkan diri.Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut keduanya sehinggalah dia duduk di seat penumpang didalam Toyota Vios milik Zhafran.
“Dr nak bawa saya kemana ni?”Ain memulakan bicara.Kali ini nada suaranya hanya biasa.Dia dah tak mahu bertengkar lagi.
“Kita ke Queensbay mall...”Ain hanya mengangguk.Menyetujui cadangan Zhafran. Kebisuan kembali memenuhi suasana hanya kedengaran celoteh Dj Nila Kurnia di Radio era.
QUEENS BAY...
Ain melabuhkan punggungnya diatas tembok mengadap ke laut.Zhafran mengambil tempat disebelahnya.Sesat dua masing-masing terdiam. Sehinggalah Zhafran bersuara.
“Kenapa Ain berhenti dari Universiti?”
“Saya bukan berhenti,tapi saya tangguhkan belajar.”Kata Ain bersahaja. Membetulkan kata-kata Zhafran seketika tadi.
“Tapi kenapa?kan cuma ada satu semester sahaja lagi?”Ain memandang wajah Zhafran disebalahnya.Dia ketawa kecil.
“Kan DR Zhafran juga yang cakap belum tentu saya akan lulus.”Zhafran tersentak dengan kata-kata Ain Nuraina.
“Ain marahkan saya?”
Marah?Tak lah.Tapi saya happy...”
“Saya minta maaf atas apa yang berlaku.”
“Dah lah.Kan saya cakap... semuanya adalah kesalahan saya.Dr tak salah sikitpun.Dr ada hak bercakap begitu sebab Dr kan pensyarah saya.Selalunya kata-kata guru ini satu doa.”
“Saya tahu Ain marahkan saya.Saya tahu saya tak patut buat macam tu.Saya minta maaf.tapi tolong jangan berhenti dari universiti.”
“Semuanya dah terjadi Dr Zhafran.Tak guna kita nak kesalkan. Sekurang-kurangnya dah tak ada pelajar yang datang lewat,ponteng kelas ataupun lewat hantar assigment.Jadi kerja Dr pun tak lah susah sangat.”
“Ok tell me....dengan cara apa lagi saya nak minta maaf dengan Ain?”
“Dah lah Dr Zhafran.tak perlu Dr nak minta maaf dengan saya.Saya ni penat sangat.Boleh kita balik sekarang?”Ain sudah melangkah menuju kekereta.Dia menyandarkan tubuhnya kekereta.Menanti Zhafran yang masih di tembok.
“Saya harap Ain fikir baik-baik.Gunakan cuti semester ni sebagai masa untuk berfikir.”
Ain Nuraina hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke apartment mereka.Sebaik sahaja sampai dihadapan pintu,Zhafran sekali bersuara..
“Mana pergi cita-cita awak?”Ain yang sudahpun membuka pintu segera menoleh ke arah zhafran dengan sebuah senyuman yang sememanngnya terbit dari hati dia.Zhafran terpesona seketika dengan senyuman yang dilemparkan Ain Nuraina.
“Cita-cita saya telah lenyap saat Dr Zhafran menjatuhkan maruah saya di Pulau pangkor tempohari. Selamat malam.”Namun belum sempat Ain melangkah masuk,tangannya terlebih dahulu ditarik Zhafran.Dia tergamam seketika bila tangan Zhafran memegang lengannya.Hanya beberapa inci yang meisahkan wajahnya dan wajah Zhafran.
“Dr Zhafran....”Ain separuh berbisik .Zhafran menjarakkan sedikit wajahnya.
“Saya tak pernah berniat menjatuhkan maruah awak Ain.Percayalah...
“Jadi apa niat Dr sebenarnya? Memalukan saya?Mengaibkan saya?Saya tahu dari dulu lagi Dr Zhafran tidak pernah menyukai saya dan saya terima hakikat itu Dr”Ain seolah berbisik.Tangannya masih dipegang Zhafran.
“Tolong percayakan saya Ain...Saya tak berniat nak sakitkan hati awak...Mana pergi ketegasan awak selama ini?Awak tak pernah mengahalah.Takkan kerana kata-kata saya awak sampai nak berhenti.”
“Mungkin Dr tak pernah berniat, tapi Dr telahpun melakukan nya.”Tangan kirinya meleraikan pautan Zhafran dari lengan kanannya.Ada air jernh mengalir dari kelopak matanya.Mata Zhafran masih menjamah wajah yang begitu redup dihadapannya ini.
“Ain...bagi saya peluang untuk betulkan semuanya.”
“Tak ada apa yang nak dibetulkan...ini ujian saya.dan saya redha. Saya masuk dulu... assalamualaikum.Namun sempat dia berpaling seketika pada Zhafran.
"Terima kasih atas kenangan paling pahit yang Dr hadiahkan pada saya di sini.Kenangan ini akan saya ingat dan kenang sampai saya mati!." waktu pintu ditutup rapat,tubuh Zhafran masih disitu.Bagai terpaku dihadapan pintu. Perlahan-lahan tubuh Ain Nuraina disandarkan ke dinding.Sekali lagi airmatanya tumpah kembali.






























LAPAN

DUA HARI BERLALU...

AIN Nuraina mengangkat beg-pakaiannya keluar dari apartment yang sekian lama disewanya bersama Nina dan teman-teman yang lain.Dua buah kotak yang sarat dengan buku telahpun sedia memenuhi kancilnya. Semalam buat terakhir kali dia keluar bersama Asmiza dan Hisyam.Puas mereka memujuk tapi dia telah membulatkan tekadnya.

“Hang pikir la dulu Ain.Takkan hang nak korbankan masa depan hang sebab dr Zhafran.Biaq pi la dia nak kata apapun janji apa yang dia kata tu bukan hang.Hang kenai diri hang lebih dari orang lain.Jadi hang nak susah apa...”Ain memandang wajah Hisyam. Kemudian pandangannya dialihkan pada Asmiza yang kelihatan cukup sedih.
“Kau tak sayangkan kitorang ke Ain?Sampai hati kau nak tinggalkan aku.”
“Bukan macam tu As,Syam.Aku tak pernah lupa tujuan asal aku datang sini.Untuk capai cita-cita aku.tapi ini soal maruah.”
“Hang ketepikan tu semua dulu.La ni hang fokus pada study hang.Soal Dr Zhafran hang tolak ketepi dulu.”
“Memang lah senang cakap tolak ketepi.Tapi kalau dah tiap kali masa Kimia,muka dia juga yang aku nak hadap,lama-lama aku yang jadi gila nanti.”
“Tapilah Ain aku rasa Dr Zhafran tu macam ada something wrong je tau tak.Tengoklah dengan student lain tak pernahpun dia marah-marah.Dengan kau je sikap dia berlainan.Aku rasalah kan...dia syok kat kau lah.”Asmiza membuat spekulasi sendiri.Ain Nuraina ketawa besar mendengar ulasan dan kesimpulan yang dibuat teman baiknya itu.
Agak-agak lah Asmiza ini kalau nak buat spekulasi pun.
“Kau ni dah tak betul agaknya As.Ada ke dia syok kat aku.Kau juga yang cakap,dengan orang lain dia tak pernah marah-marah.Sebenarnya dia tu memang tak pernah sukakan aku.Dan akupun memang tak akan sesekali sukakan dia.”
“La ni dah cuti.Aku rasa hang fikirlah baik-baik dua tiga minggu ni.”Ain Nuraina Mengangguk sekadar menenangkan hati Teman-temannya.Hari itu,mereka bertiga menghabiskan masa di sekitar Penang.

“Ain...dah nak balik?”Suara itu lagi.Tak habis-habis nak ganggu hidup aku.'Ain Nuraina hanya mengangguk.Tanpa membuang masa dia mengangkat beg pakaiannya menuju ke lif.
“Ain Nuraina...”Zhafran menghampiri Ain Nuraina yang berdiri dihadapan pintu lif.
“Ada apa lagi Dr?”Ain Nuraiana sudah penat untuk berbalah pendapat.
“Tak ada apa-apa.Saya cuma nak ucap Selamat jalan.”Zhafran tersenyum kecil.Ain Nuraina semakin menyampah.Baginya senyuman Zhafran seolah satu sindiran yang Zhafran sebenarnya adalah pemenang dalam permainan ini.
“Thanks Dr...”Pintu lif tertutup rapat membawa semua memorinya disini.

AIN NURAINA tenang memandu di lebuh raya utara selatan.Penat memandu,dia berhenti rehat di R&R persimpangan Bukit Merah.Dia hanya berehat seketika didalam kereta sebelum sekali lagi ingatannya melayang kepada peristiwa malam tadi.Peristiwa dimana dia mendapat dua panggilan telefon yang mengejutkan.
“Ada apa ayah Cik call kak yang ni?”Kak yang adalah panggilan manjanya sejak dari dulu lagi.Ayah cik adalah adik ayahnya yang bongsu,yang banyak membantunya dan abang Ikram setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia tidak lama dahulu.Pada Ayah cik dan isterinya lah tempat Ain dan abangnya mencurah kasih.
“Macam ni Kak Yang.Tadi ada orang datang bertanyakan kakYang.Nampaknya berharap sangat hajat diorang tu.”
“Orang datang bertanya kan kak yang?Kak Yang tak fahamlah maksud ayah Cik ni.”Hatinya berdebar kencang.
“Maksud ayah Cik macam ni jelah.Ada orang datang meminang Kak Yang.”
“Apa ayah Cik?Siapa?”Perkhabaran yang tidak pernah diduga itu benar-benar menyentap perasaannya.
“Ayah Cik pun tak kenal sangat.Dari Kuala Lumpur.Katanya kenal dengan Pak Uda.Tapi nampak gayanya orang baik-baik.Terpulanglah pada Kak yang...Ayah Cik cuma menyampaikan hajat orang.Kerjanya pun bagus.Katanya baru balik dari Luar Negeri.”
“Orangnya datang sekali ke?”
“Ada dia sekali semalam.Bersungguh betul dia nak kan Kak Yang.Ayah Cik pun tak tahu nak jawab apa.”
“Macamana dia kenal dengan Kak Yang?”Ain Nuraina jadi pelik.'Hamidi ke?Tapi hamidi orang Perlis.'
“Dia tak kenal tapi ada Yaha Cik tunjukkan gambar kak yang semalam.Tengok gambar je terus dia berkenan.Dia kenalan pak uda.”
“Alah...peninglah kepala Kak Yang.Nantilah Kak Yang fikirkan.Esok Kak Yang balik kita bincang ye...”
“Em...baiklah.Ayah Cik ikut je apa keputusan Kak yAng.Ni Tapi ayah Cik nak kak Yang bahagia.esok balik bawa kereta baik-baik.Penat rehat sekejap.”
“Ok.Kak Yang tahu.Assalamualaikum.”
Ain Nuraina memicit-micit kepalanya .Belum sempat dia bagitahu keputusannya menagguhkan pelajaran,bapa saudaranya sudahpun memberi kejutan lain kepadanya.Pening kepalanya memikirkan siapa yang gatal masuk meminangnya.Tidak pernah dia terlintas untuk berkahwin dalam usia begini.Malah dia tak pernah kenal sesiapa dari Kuala Lumpur.Kalau orang tu kenal dengan pak Uda,kenapa pak Uda tak pernah bagitahu dia.Sedangkan Pak Uda hanya duduk di Seberang Perai sahaja.
Belum sempat pening kepalanya reda,panggilan dari mesir pula mengejutkan nya.
“Apa mimpi abang call Kak yang ni?”Suaranya sedikit gembira bila Ikram ditalian.
“Takkan tak boleh nak call kot...”Ikram ketawa.
“Tak delah.Selalunya jarang abang nak call Kak Yang.Ni mesti ada apa-apa ni.”
“Kak Yang ni pandai je nak teka.Oklah tadi ada lelaki call abang kat sini.katanya dia nak jadikan kak yang sebagai isterinya yang sah.Ayah Cik yang bagi nombor abang kat sini.Bersungguh betul dia nak kahwin dengan Kak yang.Sampai sanggup berjanji dengan abang tak sia-siakan hidup kak yang.Abang tak bagi jawapan selagi belum tanya pada Kak Yang.Ayah Cik pun macam suka je sebab masa abang call ayah Cik,dia kata lelaki tu sesuai sangat dengan kak yang.”
“Entahlah bang.Payahlah Kak Yang nak fikir.Berserabut kepala otak Kak Yang.Abang rasa macamana?”
“Entahlah.Tapi abang rasa kalau dia lelaki yang baik,tak salah Kak yang terima dia.Lagipun kita nipun dah tak ada sesiapa.Ayah Cikpun dah berumur.Sampai bila kita nak menumpang kasih dengan dia.Abang kat sinipun lama lagi.Abang pun senang hati kalau ada orang yang boleh jagakan Kak yang kat sana.”Ain Nuraina terharu dengan pengakuan Ikram.
“Nantilah Kak Yang fikirkan bang.”
AIN NURAINA tersedar dari kenangannya semalam bila rintik hujan mula membasahi bumi.Pemanduannya diteruskan. Sepanjang perjalanan dia berfikir sehinggalah akhirnya satu keputusan dibuat.














SEMBILAN

AIN membersihkan sedikit habuk-habuk yang melekat diatas meja.Rumah peninggalan arwah kedua ibu bapanya tetap dijaga ibu saudaranya.Rumah inilah tempat dia dan Ikram menyimpul kenangan zaman kanak-kanak mereka berdua.Hidup penuh dengan keriangan sehinggalah keduanya hilang ibu dan ayah yang menjadi tunggak keluarga.Hilang sudah ceria dan kenangan manis bersama.
Namun sebagai manusia dia redha dengan ketentuan Ilahi.Sudah hampir tiga tahun ibu bapanya pergi mengadap Tuhan Yang Satu.Sejak itu dia jarang balik kesini.Baginya disini terlalu banyak kenangan yang sukar dilupakan.Balik kesini membuatkan hatinya semakin sedih.Indahnya kenangan manisnya impian.
“Assalamualaikum...”Ain Nuraina tersenyum bila wajah ayah cik dan isterinya muncul di pintu.
“Waalaikumusalam...masuklah ayah Cik.”Dia bangun menyalami keduanya.
“Pukul berapa kamu sampai sini tadi?”
”Dah petang dah.Dalam pukul 6.30.Tengok rumah ayah Cik macam tak ada orang je...tu Kak Yang terus balik kesini.”
“Bukan tak ada orang.Kami pergi rumah Pak salim...ada hal sikit.”Sampuk mak Cik Mariam.
“Jadi ayah Cik datang ni bertanyakan Kak Yang pasal hal tu.Macamana keputusan kak yang?”Ain memandang wajah tua ayah Ciknya.
“Tapi Kak yang tak kenal siapa orangnya.Macamana kak yang nak terima?”
“Ayah Cik faham.Ayah Cik pun tak paksa.Tapi tengok dari keluarga...orangnya baik-baik.Diorang datang pun beradat.”
“Betul kata ayah Cik tu.mak cik tengok pun berkenan.”
“Bukan apa...benda kahwin ni bukannya mainan.Kak yang takut tersalah pilih.Nanti kak Yang juga yang merana.”
“Terpulanglah pada kak yang.Ayah Cik ni cuma mnyampaikan hajat orang sahaja.”
“Orang yang nak kahwin dengan kak yang tu kerja apa?”
“Entahlah ayah Cik lupa nak tanya.Tapi kata pak Uda dia mengajar kot.”
“Kak yang dah bincang dengan abang hal ini.Diapun tak halang.Macam nilah...kak Yang pun malas nak fikir-fikir dah.Kak Yang terima apa sahaja yang Ayah Cik fikirkan terbaik untuk Kak yang.” Rasanya itulah keputusan terbaik untuk dirinya.
“Alhamdulillah...senang ayah Cik nak jawab dengan Tuan haji nanti.Tapi ada satu hal lagi ayah Cik nak bincangkan dengan Kak yang.”
“Apa dia?”
“Kalau boleh diorang berhajat nak satukan kamu berdua dalam masa dua minggu ni.”Ain Nuraina hampir diserang sakit jantung tatkala mendengar berita tersebut.
“Takkan dua minggu ni.Lagipun kak Yang mana ada duit nak buat persiapan semua tu.”
“Pasal duit kak Yang janganlah risau.Itu hal ayah cik.Sekarang cuma ayah Cik cuma nak persetujuan dari kak Yang je”Ain Nuraina mengeluh perlahan.Menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dikenalinya dalam tempoh dua minggu.Sukarnya...
“Baiklah kak yang setuju.Tapi dengan syarat...kak yang cuma nak majlis akad nikah je.Tak nak majlis besar-besaran.”Biarlah dia terima pilihan ayah ciknya.Dia tahu bapa saudaranya ini lebih tahu tentang kebahagiaan dan hati budi orang berbanding dirinya.Cuma dia berdoa mudah-mudahan dia mampu menerima lelaki tersebut sebagai suaminya.

AIN NURAINA membelek-belek cincin emas bertahtahkan permata putih yang kini terssarung dijari manisnya.Sudah hampir dua minggu cincin itu dijarinya menandakan dia kini adalah tunang orang.Tunang kepada lelaki yang tidak dikenalinya.Dia cuma tahu nama suaminya Zhafran Haikal.Persis nama pensyarah yang dibencinya.
Terdetik juga dihatinya bagaimana kalau Zhafran pensyarahnya yang menjadi suaminya.Lantas hatinya menafikannya.Tidak mungkin Zhafran Haikal itu.Kata ayah cik,bakal suaminya seorang guru tetapi Zhafran Haikal yang dikenalinya adalah seorang pensyarah.Malah bakal suaminya ini mengenali ayah udanya.Kata ayah cik,mereka melihat gambar dia melalui ayah udanya yang menetap di Seberang Perai.Soal kursus perkahwinan,dia tidak perlu risau kerana dari dulu lagi dia sudah menghadirinya.Segala urusan nikah dan segala borang diserahkan bulat-bulat pada ayah ciknya.
Lusa adalah majlis pernikahan nya.Abangnya Ikram sudahpun mengirim faxs membenarkan pernikahannya diwalikan bapa saudara mereka.Semua persiapan dilakukan ibu saudara dan sepupunya.
Dia hanya duduk mengenangkan apa yang telah berlaku selama 24 tahun dia hidup di bumi ALLAH ini.Mengenang satu demi satu kenangan dia disini.
Hari terakhir dia bergelar gadis,dia ke pusara ibu dan ayahnya.Berteleku dan bertafakur seketika sebelum dia menamatkan zaman gadisnya pada malam nanti.
“Ibu...malam ni kak yang akan jadi seorang isteri.Kak yang sendiripun tak pernah kenal siapa bakal suami kak yang.Kak yang cuma harap dia dapat jaga kak yang sepertimana ibu dan ayah jaga kak yang satu masa dulu.kak yang terima dia sebab kak yang dah tak nak menyusahkan ayah Cik lagi.
Dia dah banyak tolong kak yang bila ibu dan ayah tinggalkan kak yang.Ibu...ayah...kak yang rindukan kalian.kak Yang janji.. walaupun dah kahwin tapi kak yang tetap akan teruskan pelajaran kak yang sampai kak yang berjaya nanti.Malam ni hidup kak Yang akan berubah sepenuhnya.Ibu...ayah...tolong restui kak yang.”Selesai membaca surah yassin,Ain Nuraina melangkah pulang.
Sampai dirumah,orang ramai sudah kelihatan.Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi majlis akad nikah akan bermula.Ain Nuraina tersenyum pada tetamu yang hadir.Kebanyakan mereka adalah penduduk kampung disini.Tidak seorang pun teman-temannya diberitahu berita pernikahan dia.
Ain masuk ke kamar pengantin yang dihias indah.Dia menolak untuk mengadakan majlis dirumah ayah ciknya.Dia mahu menghabiskan usia gadisnya dirumah peninggalan ibu bapanya.

Beberapa jam sebelum bergelar isteri dia sekali lagi berbicara dengan teman mayanya Naruto.
NARUTO:saya harap keputusan yang awak buat betul KERORO.
KERORO:Entahlah sayapun tak tahu.saya keliru dan buntu.
NARUTO:Saya harap dia boleh bahagiakan awak.tapi kalau dia tak bertimbangrasa,awak boleh bagitahu saya bolehlah saya tukar profesion jadi kaki pukul.
Ain ktawa sendirian membaca coretan naruto.
KERORO:Ok.Kalau dia buat saya sedih,saya nak awak pukul dia.bolehkan!
NARUTO:Anytime..he..he.
KERORO:tenang sikit hati saya berbual dengan naruto.
NARUTO:Keroro,saya doakan awak bahagia.Be a good wife and be a good student.Doa saya mengiringi perjalanan kehidupan awak..
“Eh kak Yang...pengantin lelaki dah sampai tau.Diorang ada kat masjid.Tadi Syikin pergi hantar tilam untuk majlis nikah.Punyalah handsome bakal suami kak yang tu.”Ain menutup komputer ribanya.
“Yelah tu Syikin.Syikin tu semuanya handsome.”Syikin adalah anak ayah ciknya yang bongsu.Sedang menunggu keputusan SPM.Debaran didadanya gagal berhenti.Sukar untuk dia membayangkan siapa kah bakal suaminya.Yang akan berkongsi hidup denganya selepas ini.Kadang-kadang dia tertanya adakah keputusan yang dilakukan ini betul?Atau hanya satu pengorbanan yang tidak berbaloi?
“Kak Yang...ni Ikram telefon.”Mak cik Mariam menghulurkan telefon pada ain.
“Hello..bang..”Ain Nuraina sebak.
“Kenapa ni?Kak yang menangis?”Ain Nuraina mengesat air matanya yang sedang mengalir.
“Tak...kak...kak Yang terkilan sebab abang tak ada masa kak yang nikah nanti.”Dia sebak.
“Dah lah jangan sedih.Abang harap kak yang tak sedih sangat.Abang kat sini akan sentiasa doakan kebahagiaan kak yang.”
“Terima kasih bang.Kak Yang tak tau sama ada kak Yang mampu ataupun tidak untuk terima semua ni.”Hampir lima belas minit dia berbicara dengan Ikram.Terlerai sedikit ketegangan yang dirasai saat ini.Solat maghrib Ain Nuraina lebih lama dari biasa.Berdoa semoga keputusannya ini akan membawa kebahagiaan kepada dirinya.
Ya Allah...mudah-mudahan kau ciptakan dia buat aku sepertimana kau ciptakan Saidina Ali buat Siti fatimah.Dekatkanlah dia padaku sepertimana engkau dekatkan Adam kepada Hawa.Rahmatilah perkahwinan ini sepertimana kau merahmati perkahwinan Sulaiman dan Balqis.Bahagiakanlah aku sepertimana kau bahagikan Yusuf dan Zulaikha.Amin...ya rabbal Alamin.”
Malam itu Ain Nuraina dihias indah.Dengan pakaian berwarna putih serta selendang berbiku labuh mencecah kaki...keayuannya benar-benar terserlah.Pakaian itu disewa dari butik pengantin di Ipoh oleh sepupunya.
Dia menolak untuk ke masjid bagi sama-sama mendengar lafaz nikah.Dia hanya menunggu di bilik.Hatinya berdebar kencang.Kadang-kadang timbul perasaan jahat untuk membatalkan pernikahan ini.Tapi dia masih memikirkan maruah ayah ciknya.

9.30 MINIT MALAM.
Paluan kompang kedengaran dari arah luar menandakan pengantin lelaki sudah tiba.Ini sekaligus bermakna dia telah sah menjadi seorang isteri.Air matanya tidak dapat ditahan.Ditenangkan oleh orang-orang yang duduk disekelilingnya.
Sebenarnya dia masih meragui keputusan yang diambil.Beberapa wanita yang tidak dikenali memasuki kamar pengantin.Ain Nuraina cuba tersenyum kerana dia tahu mereka adalah keluarga pengantin lelaki iaitu suaminya kini.
Seorang wanita separuh abad menghampirinya.Tiba-tiba dahinya dicium. Ain Nuraina terkedu seketika sebelum diberitahu itulah ibu mertuanya.Lantas tangan wanita berjilbab putih itu dicapai.Disalami dan dicium penuh hormat. kemudian beberapa wanita turut memperlakukan perkara yang sama kepada dirinya.
Ain Nuraina tiba-tiba menjadi rimas bila dipeluk dan dicium oleh orang-orang yang tidak dikenalinya.Hatinya tiba-tiba memberontak.
“Pengantin lelaki dah nak masuk ni.”Kemunculan pak uda di muka pintu semakin meresahkan Ain Nuraina.Wajahnya kembali ditundukkan.Tidak sanggup bertentangan mata dengan lelaki yang kini sah sebagai suaminya.Hatinya berdebar kencang.Mahu sahaja dia lari meninggalkan majlis ini.
Ain Nuraina masih lagi terus menunduk saat seorang lelaki berbaju melayu dan bersamping perak melutut dihadapannya .saat tangannya dicapai dan disarungkan cincin,Ain Nuraina masih belum mampu mengangkat wajahnya.Tangan lelaki bergelar suaminya disalami dan dicium hormat.Lantas sebuah kucupan hinggap didahinya.Lama bibir lelaki itu didahinya.
“Kak Yang...angkatlah muka tu sikit.”Arahan dari mak cik Mariam semakin menyesakkan nafas Ain Nuraian.Suaminya masih melutut dihadapan.Dalam keterpaksaan Ain Nuraina mengangkat wajahnya.Sekaligus matanya kini tertumpah pada wajah lelaki dihadapannya dan....
“Dr Zhafran...”Hampir dia menjerit bagaikan puntianak bila lelaki yang sedang berlutut dihadapannya adalah lelaki yang paling dibenci dialam maya ini.Zhafran cuba menutup rasa bersalahnya dengan sebuah senyuman.namun senyuman yang sebentar tadi terukir dibibir Ain Nuraina kini hilang smaa sekali.Tidak langsung disangkanya Zhafran akan bertindak sebegini.
“Kak yang...Kak yang...”Mindanya disedarkan dengan panggilan dari mak cik Mariam.Semua mata kini tertumpu kearah mereka berdua.Ain Nuraina masih memaki hamun Zhafran didalam hatinya.
Sakitnya hatinya sudah tidak terkira.Dia cuba mengelak setiapkali disuruh memegang tangan Zhafran untuk dirakamkan gambar pernikahan mereka.Malah sewaktu makan beradab,dia hanya menjamah sedikit nasi didalam pinggan.
Dan rasanya mahu sahaja ditepis tangan Zhafran tatkala lelaki itu memeluk pinggangnya untuk bergambar.Mahu sahaja dihalau Zhafran dari sini saat ini.
Hampir 12.00 malam,semua tetamu termasuk keluarga Zhafran telah pulang. Sempat ibu mertuanya menitipkan pesan semoga rumahtangga mereka berdua bahagia.Ain hanya mampu mengangguk sedangkan hatinya menyumpah.
Sepanjang majlis berlangsung, sedikitpun dia tidak memandang Zhafran walaupun lelaki itu cuba untuk berbicara dengan Ain Nuraina.
“Dah tengah malam sangat ni.Pak Uda dan semua nak minta diri dululah kak yang.”Ain Nuraina memandang wajah-wajah dihadapannya.Tidak disangka yang sebenarnya pak Udanya adalah bekas guru Zhafran sewaktu dia masih belajar di MRSM balik Pulau dulu.Namun dia sendiri tidak mahu tahu bagaimana Zhafran boleh sampai ke sini untuk meminangnya.baginya orang seperti Zhafran mempunyai seribu taktik untuk menyakitkan hatinya.Cuma apa yang tidak disangkanya sampai begini sekali Zhafran mempermainkannya.
“Tidur sinilah Pak Uda.Ayah cik.”
“Ish..bukannya rumah ayah cik jauh sangat.Sebelah je.Apa yang kamu nak takutkan.Dah ada suami dah ni.”Bencinya dia pada perkataan suami.Namun wajahnya tetap dimaniskan dihadapan semua orang.
“Ayah Cik...pak Uda...kak yang nak ucapkan terima kasih atas semua yang ayah Cik dan pak Uda buat pada kak yang dan abang semenjak ayah dengan ibu meninggal samapai lah hari ini.Semua jasa ayah Cik dan pak Uda tak dpaat kak yang balas.”Airmatanya mengalir laju.Zhafran hanya memerhati.Dia duduk bersebelahan Ain Nuraina.Hatinya sedikit tersentuh.
“Tak ada apa yang kak yang nak berteima kasih.kak yang pun anak ayah Cik juga.Cuma lepas ni,kak yang pandai-pandailah jaga diri dan rumahtangga kak yang.Yang penting dapatkan ijazah tu.Itukan amanat arwah dulu.nak sangat tengok kak yang pakai jubah konvokesyen.”hati Ain Nuraina semakin sebak.Mengingati semua peristiwa dengan kedua ibu bapanya dia gagal menahan tangis.
“InsyaAllah...ayah cik.kak yang akan buat yang terbaik.”Ain Nuraina menyalami saudara -maranya diikuti Zhafran.
“Jaga anak saudara pak uda baik-baik.”Pesanan dititipkan pada Zhafran.
“InsyaAllah...”
“Ha...pinggan mangkuk ni semua,esok ayah Cik uruskan.”Ain Nuraina hanya mengangguk.Sebaik sahaja kesemua mereka hilang dari pandangan,Ain Nuraina mengunci semua pintu dan tingkap.Tanpa memperdulikan zhafran yang masih diruang tamu,Ain melangkah keatas.
Dia duduk dibirai katil.selendang yang dipakai diambil dan dicampak keatas katil.Marahnya pada Zhafran sudah tidak dapat ditahan.kalaulah dia tahu Zhafran yang melamarnya,takkan dia setuju walau nyawanya jadi taruhan.
Matanya memandang gubahan yang diletakkan diatas katil.Bencinya dia pada semua itu.Lantas bakul hiasan yang menempatkan barangan diri diambil dan dilempar ke dinding.
'Prang...sebotol minyak wangi jatuh dan pecah dilantai.”
“Ain...”Zhafran berdiri dimuka pintu bilik.masih segak dalam pakaian nikahnya tadi. Cuma sampinnya sahaja sudah dibuka dan di selempangkan dibahu.Mata Ain Nuraina merah menyala memandang Zhafran.Zhafran melangkah perlahan-lahan dan duduk disisi Ain Nuraina.
“Dah puas hati Dr sekarang?Apa lagi yang dr nak?tak puas lagi Dr sakitkan hati saya dan sekarang Dr nak jadi suami saya pulak?Apa tujuan Dr sebenarnya?”Matanya diberanikan memandang Zhafran.
“Bagilah saya peluang menjelaskan segala-galanya.”
“Saya dah tak perlukan penjelasan Dr.Baiklah kita suami isteri...tapi saya nak Dr ingat jangan harap saya akan datang dlam hidup Dr sebagai seorang isteri.Saya benci Dr!Saya benci!.”
“Ain berhak membenci saya.Tapi saya tetap akan jadi suami Ain sampai bila-bila.saya cuma minta Ain tarik balik keputusan Ain untuk berhenti dari universiti.”
“Sama ada saya berhenti atau tidak,itu keputusan saya.Dr tak perlu masuk campur.”
“Tapi saya ada hak sebagai suami Ain kan!”
“Suami?Dr tahu tak...Dr lah yang menyebabkan saya jadi macam ni.Dr yang melemahkan kekuatan saya.Sekarang Dr senang-senang nak datang dalam hidup saya dan mengaku sebagai suami.dr ni tak ada perasaan ke?Adolf Hitler tu pun ada sedikit perasaan tau tak.!"
“Ain...saya tak berniat langsung untuk mengaibkan awak.Saya ingat Ain seorang yang kuat tidak peduli apa yang orang nak cakapkan.”
“Sekuat manapun saya...tapi saya tetap manusia.Manusia yang punya perasaan.Manusia yang punya hati.Saya bukannya tunggul!Kayu.!Yang boleh menelan apa sahaja yang orang katakan tentang saya.Saya bukan anak patung,boneka...Allah anugerahkan saya perasaan.”
“Sebab tu saya mengahwini Ain.Saya nak tebus semua kesilapan saya.Tolong bagi saya peluang Ain...”
“Marah saya pada Dr tak akan hilang walaupun Dr adalah suami saya yang sah.Saya nak dr ingat satu perkara...Ikatan kita hanya atas sijil nikah.Tak lebih dari itu.Dan jangan sesekali Dr sentuh atau datang dekat pada saya.”
“Ain sedar tak apa yang Ain cakap ni?Saya suami Ain.Ikatan kita berijab dan bersaksi.Ikatan yang diredhai Allah.Berakad dan berwali...”
“Dr tanya saya.Tapi dr sendiri sedar tak yang Dr dah terlalu banayk melukakan perasaan saya.Dr musnahkan satu-satunya impian saya.Dr tahu tahu tak...saya malu nak tunjukkan wajah saya pada rakan sekelas selepas apa yang berlaku dulu.Dr bukan sahaja kejam tapi tak berperikemanusiaan.padahal kesalahan yang saya lakukan tidaklah seteruk mana.Saya benci Dr....”Zhafran menarik nafas panjang.Wajah Ain dijamah seketika.
“Saya tahu saya salah.Apa susah sangat ke Ain nak bagi saya peluang tebus kesalahan saya..”
“Dengan menjadi suami saya?Saya tak perlukan kehadiran Dr sebagai suami.Saya mampu pikul sendiri.Dr keluarlah.saya benci tengok Dr.”
“saya tahu Ain penat.Ain tengah marah.Walau apapun yang saya cakap,Ain takkan dengar.Ain berehatlah dulu.”Zhafran melangkah keluar dari bilik.Ain Nuraina menyembamkan wajahnya kebantal.Menangis semahu-mahunya sehingga akhirnya dia terlelap.









SEPULUH
AZAN SUBUH kedengaran dari masjid yang hanya 500 meter dari rumah.Ain Nuraina membuka kelopak matanya.Dipandangnya kesebelah...tapi Zhafran tiada.Dia masih mengiring ke arah dinding sebelum bahunya dipegang lembut.
“Ain...dah subuh ni.Pergilah sembahyang dulu.”Tanpa berpaling kearah Zhafran,dia mengambil tuala didalam almari lantas kakinya dibawa menuju ke bilik air ditingkat bawah.
Waktu dia naik ke bilik,Zhafran sedang berdoa di atas sejadah.Ain Nuraina kembali merebahkan dirinya ke atas katil.
Selesai bersolat,Zhafran memandang kearah Ain Nuraina.
“Ain tak sembahyang ke?”
“Cuti.”Wajahnya ditebalkan bila hal peribadi tersebut terpaksa diberitahu pada Zhafran.Benci kerana terpaksa berkongsi rahsia dengan orang yang dibencinya.
Zhafran tersenyum sedikit.melipat sejadah dan songkok diletakkan diatasnya.Dia menghampiri Ain Nuraina.Duduk diatas katil disisi Ain Nuraina.
“Ain...kita perlu berbincang...” Zhafran cuba berdiplomasi.
“Saya penat.Dan saya tak mahu berbincang dengan Dr.”
“Tapi ini perlu Ain.Kita tak boleh berterusan macam ni.”
“Sekarang baru Dr nak rasa menyesal.Apa sebenarnya tujuan Dr jadikan saya sebagai isteri?Dr nak balas dendam?kan saya dah janji tak kan ganggu hidup Dr lagi.Kenapa dr nak seksa hidup saya dengan jadikan saya sebagai isteri sedangkan Dr tak pernah dan tak akan menyintai saya.yang ada cuma perasaan benci dan sakit hati Dr pada saya sahajakan.”
Ain Nuraina sudah bersila diatas katil.Mengadap Zhafran yang berkain pelekat biru dan berbaju melayu dari warna yang sama.
“Apa pun tujuan saya,saya ikhlas memperisterikan Ain.”Ain Nuraina ketawa sinis mendengar pengakuan Zhafran yang baginya adalah satu pembohongan besar.
“Keikhlasan Dr belum mampu membuka hati saya pada Dr.Dan kata-kata Dr belum pasti buat saya percaya.”
“Then Ain nak saya buat apa?”
“Ceraikan saya...”
“Mengucap Ain.Bergegar tiang Arasy.Ain sedar tak apa yang Ain minta ni?Baru semalam masjid kita bina,dan hari ni Ain nak robohkan?”Bijaknya dia berbahasa.. mempersoal kan hukum agama sedangkan dia sendiri bukanlah sebaik mana. Ejek Ain didalam hati.
“Saya tak mampu jadi isteri Dr sedangkan hati saya sakit setiap kali saya ingat peristiwa itu.Saya tak boleh terima Dr sebagai suami saya.Mungkin saya ikhlas menerima pilihan ayah Cik,tapi bukan Dr yang saya bayangkan.Seluruh hati dan perasaan saya hanya membenci Dr.dan saya tak mahu jadi isteri yang Nusyuz,yang derhaka pada suaminya sendiri.Kerana saya yakin tak akan ada cinta dalam hati saya buat Dr.”Zhafran menarik nafas panjang tatkala mendengar pengakuan Ain Nuraina.
“Betul Ain yakin yang Ain tak akan menyintai saya?”Ain Nuraina mengangguk cepat.Dia benar-benar yakin yang dia tak mungkin akan menyintai satu-satunya lelaki yang amat dibencinya saat ini.
“Saya tak akan ceraikan Ain.”
“Habis Dr nak buat saya barang hiasan?”
“Bukan barang hiasan...tapi sebagai isteri yang bertanggungjawab pada saya.saya tak minta tidur sekatil dengan Ain tapi saya nak Ain jalankan tanggungjawab Ain.”katanya tegas.nadanya sudah berubah.Dia seolah-olah Dr Zhafran yang sedang mengajar dalam dewan kuliah.Dr Zhafran pensyarah yang saban waktu mencari kesalahan dirinya.
“Apa yang dr cakap ni?tanggungjawab apa?”Ain ketawa dibuat-buat.
“Untuk permulaaan saya nak Ain dengar cakap saya.berdosa kalau Ain ingkar.”Zhafran tersenyum penuh makna.Ain Nuraina semakin kecut.Apapun Zhafran adalah suaminya yang sah.
“A...apa maksud Dr?”
“Em...Ain jangan takut,saya cuma nak Ain siapkan sarapan pagi sebab saya dah lapar.”
“What?Sarapan?Jangan harap...”
“Ok kalau Ain tak nak terpaksalah saya pergi tumpang bersarapan kat rumah ayah Cik.So kalau ayah Cik tanya,jawapannya senang sahaja...my wife tak nak siapkan sarapan.”Zhafran bangun menuju ke pintu.
“Nanti dulu...”Ain menjerit.Apa pula kata ayah Cik kalau Zhafran bersarapan disana.Kalau boleh dia tidak mahu ada yang tahu apa yang berlaku antara dia dan Zhafran dulu.
Zhafran tersenyum sinis.Akhirnya pelan dia berjaya.Melihat wajah Ain yang masam mencuka menuju ke dapur,dia tahu gadis itu bukanlah terlalu keras hati.Dia akan cuba lenturkan keegoaan Ain Nuraina dan bina sebuah rumahtangga yang diredhai.
Ain menyiapkan nasi goreng dan kopi buat Zhafran.Jenuh mulutnya membebel seorang diri tatkala sarapan disiapkan.
Zhafran masih tersenyum penuh makna bila Ain menyendukkan nasi ke pinggannya.
“Lepas sarapan nanti kita ke tanah perkuburan.”Kata Zhafran tanpa memandang ke arah Ain yang duduk bertentangan dengan dirinya.Dia langsung tidak menjamah nasi goreng yang dimasaknya.
“Tanah perkuburan?Buat apa?”kali ini Zhafran mengangkat wajahnya.
“Kita pergi kubur ibu bapa Ain...”Ain tersentak mendengar permintaan Zhafran.
“Dr pergilah...saya tak boleh masuk kawasan perkuburan.”Katanya perlahan.Zhafran mengangkat keningnya.Mula-mula dia tidak faham...kemudian..
“O...lupa Ain cuti.”Sekali lagi senyumannya cuba disembunyikan.Ain menahan rasa geram.


TENGAHARI ITU.....SELEPAS DUA HARI BERGELAR SUAMI ISTERI..

ZHAFRAN menunggu Ain bersiap diluar bilik.Sesekali dia memerhatikan gambar-gambar lama yang tersusun didinding.Ada gambar keluarga Ain.arwah mertuanya dan seorang lelaki yang pastinya Ikram abang Ain Nuraina.
Mata Zhafran tertumpu pada wajah Ain Nuraina yang berpakaian jubah konvokesyen sewaktu zaman tadikanya.Wajah gadis itu tidak banyak berubah.Tetap jelas keayuannya.Dia mmerhatikan sekeliling.Rumah separuh batu ini seperti rumah-rumah kampung yang lain.Jarang dia merasai suasana kampung sebegini.
Semalam dia berbincang dengan Ain Nuraina keputusannya untuk Ain meneruskan kuliah.Puas dipujuk akhirnya dia terpaksa berkeras.Menggunakan kuasa sebagai suami dan ugutan pada ayah Cik menyebabkan Ain Nuraina setuju untuk kembali ke kampus namun diletakkan syarat agar perkahwinan mereka tetap menjadi rahsia.Lusa kuliah akan bermula seperti biasa.Dan soal surat yang diserahkan pada Dekan,Zhafran akan menguruskan nya.Yang penting saat ini Ain Nuraina akan kembali ke kuliah.
Ain keluar dari biliknya bersama beg pakaian.Menjeling tajam pada Zhafran yang memandangnya.Dua buah kotak buku-bukunya masih berada didalam kereta.Benci bila Zhafran mula menggunakan kuasanya sebagai suami ke atas dirinya.
“Biar saya bawa kebawah.”Zhafran menghulur bantuan.Ikhlas.
I don't need your help.Thanks a lot.”Jawab Ain kasar.Zhafran hanya tersenyum sambil mengekori langkah Ain turun dari ruangan atas.Ternyata Ain Nuraina bukan sebarang gadis yang boleh dipujuk dan dibeli.
Setelah dipastikan semua tingkap dan pintu berkunci,mereka ke rumah ayah Cik untuk memberitahu yang mereka akan pulang ke Pulau pinang hari ini.Zhafran sengaja meninggalkan keretanya di Pulau Pinang.Sewaktu majlis nikah tempohari,dia menaiki kereta yang dipandu abangnya.
“Ayah Cik...kak Yang minta diri dulu ye...”Tangan ayah Ciknya disalami hormat diikuti mak cik mariam.
“Ayah Cik,Ran dengan Ain balik dulu.”Giliran Zhafran pula menghulurkan salam.
“Ha yelah...jaga diri,jaga Kak Yang.Ayah Cik amanah kan kak yang pada Ran.Sebagai ketua keluarga,Ran bertanggung jawab pada kak yang.kalau ada apa-apa masalah bawa berbincang.Kak yang pun kena ingat sama.Dah ada suami tak boleh buat perangai sebelum kahwin lagi dah.Apa-apa hal kena bincang dengan suami.”
“InsyaAllah...kak yang cuba.”Ain menyerahkan kunci kancilnya pada Zhafran setelah diminta.
“Kenapa diorang semua panggil Ain kak Yang sedangkan Ain kan anak bongsu?”Zhafran bertanya setelah kereta mereka keluar dari simpang perkampungan Ain Nuraina.
“Entah.”Ain menjawab malas.'Suka hati dioranglah nak panggil apapun... sibuk!'Tapi kata-kata itu bergema dalam hatinya sahaja.
“Sedap juga nama kak yang tu kan.Ala-ala nak jadi sayang...boleh kot saya panggil nama tu..”
“jangan nak mengada-ngada.”Zhafran tersenyum sendiri.Mana mungkin Ain Nuraina akan membenarkannya memanggil sayang sedangkan panggilan terhadap dirinya sendiri masih tetap Dr.Zhafran mengurut tengkuknya.Seat kancil ni agak rendah dan keras.Ain Nuraina tersenyum mengejek.
“Kenapa?Tak selesa?Maklumlah dah biasa naik kereta besar.Itulah kan senang kalau Dr naik bas je tadi.”Zhafran mengerling ke arah Ain disebelahnya.Ain mengenakan sepasang baju kurung biru,pakaian yang amat jarang dikenakan Ain sebelum ini.Nampak begitu ayu.Selama ni dia hanya berseluar ke kuliah.'Tak ada ciri-ciri wanita langsung'Inai di jarinya masih kelihatan walaupun sudah semakin pudar.Malah hati Zhafran senang bila dua bentuk cincin yang mengikatnya dengan Ain tetap dipakai isterinya itu.
“Kita duduk kat apartment saya ok.Ain pack dulu barang-barang Ain.”
“Saya tak nak duduk dengan Dr.Saya nak duduk rumah lama saya dengan kawan-kawan yang lain.”
“Tapi Ain kan dah kahwin.Apa pula orang cakap kalau kita duduk asing-asing.”
“Tak ada sesiapa nak kata apa sebab tak ada sapa pun yang tahu.”
“Ain kena dengar cakap saya ataupun saya kena bagitahu ayah Cik!”Kata Zhafran tegas.Ain Nuraina memandang wajah Zhafran yang tenang memandu.
“Sikit-sikit nak mengadu.Macam budak kecik.Macamanalah boleh dapat gelaran Dr... Nantilah saya pindah kat rumah Dr.Tapi buat masa ni saya nak tinggal kat rumah lama.Lagipun kalau saya pindah, diorang kena tambah duit sewa pulak.Biarlah diorang dapat pengganti saya dulu.Lagi satu saya tetap nak buat part time.”
“No!Saya tak benarkan.pasal duit sewa saya akan bayar tiap-tiap bulan.”
“Habis tu mana saya nak cari duit nak beli buku...nak bayar itu ini.Saya bukan orang senang yang boleh dapat duit bila-bila masa saja.”Dia hanya bersahaja.
“Habis apa guna saya sebagai suami kalau saya tak boleh tanggung isteri sendiri.”Kata Zhafran tegas.
“Exuse me...nak suruh saya pakai duit Dr?Minta maaf banyak-banyak.Saya takkan pakai satu senpun duit Dr.”Katanya tegas.
“Ain ni memang keras kepala tahu tak!”Zhafran memegang kejap erat stereng kereta.
“Hai sebelum ni tak tahu ke bakal isteri sendiri keras kepala.Kalau saya ni degil...Dr tak bertimbang rasa.Cakap main sedap mulut je...”Ain memulangkan paku buah keras.Ingin sahaja diungkit apa yang berlaku dahulu.Sehingga dia lupa disebelahnya ini bukan lagi sekadar seorang pensyarah tetapi adalah suaminya.
“Ain...boleh tak kalau kita tak ungkit hal lama?”Kata Zhafran bosan.
“Kenapa tak?Sakit hati saya ni belum sembuh tau.Malah semakin bertambah.”Zhafran mengeluh kasar.
“Suka hati Ainlah!”Ain Nuraina tersenyum mengejek.
Mereka berdua berhenti makan tengahari di hentian Bukit Gantang.Sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Pulau pinang.
Ain Nuraina tertidur didalam kereta sehinggalah Zhafran mengejutkannya sebaik sahaja tiba di basement apartment yang disewa mereka.Ain Nuraina mengeliat sedikit sebelum membuka pintu kereta.Zhafran memarkir keretanya betul-betul bersebelahan Toyota Vios miliknya.
“zhafran mengeluarkan begnya dan beg Ain dari dalam bonet.
“Kotak buku ni nak bawa naik tak?”Ain masih keletihan.Matanya masih ditawan rasa mengantuk.
“Biarlah dulu.Nanti saya turun balik ambil.”Beg pakaiannya diambil.Mereka seiringan menuju ke lif.
“Penat?”Ain hanya menjeling.
“Malam ni kita keluar makan.”Zhafran bersuara.Ain menggeleng.
“Tak pelah.Saya keluar dengan Nina je nanti.”
“Nina?Dia pelajar mass Com kan? Diorang kan ada study trip ke Bali.”Ain menepuk dahinya.Terlupa yang Nina ke bali selama dua minggu bermula semalam.tapi macamana Zhafran tahu Nina pelajar mass com?
“Dah lepas mandi nanti kita keluar makan.”Keduanya sudahpun berada didalam lif.
“Tak pelah Dr.nanti saya makan sendiri.”
“Ain tanggungjawab saya.!Makan minum Ain semuanya atas saya sekarang.”
“Tak pe Dr tak perlu jalankan tanggungjawab Dr kat sini.Lagipun saya dah biasa makan seorang diri.”Katanya sambil memnadang kearah pintu lif.
“Itu dulu sebelum Ain ada suami.Sekarang Ain dah bersuami.Dan saya bertanggungjawab pada Ain sepenuhnya.”Ain mendengus kasar.Membiarkan arahan Zhafran berlalu.
Sampai dihadapan pintu Zhafran sekali lagi mengingatkan tentang makan malam mereka.
“Tengoklah.Saya penat.Tak ada selera nak makan.”Katanya lantas menyeluk beg tangannya mencari kunci rumah.Tiba-tiba...
“Alamak...macamana ni?Zhafran yang baru ingin melangkah masuk berpusing kembali.
“Kenapa Ain?”Tanyanya.
“Kunci rumah.Saya letak atas peti ais kat dalam sebab ingat dah tak balik sini lagi.Adui...macamana ni.”Ain gelisah.Telefon bimbit diambil.Mencari nama-nama yang boleh dia minta tolong.Teman-teman serumahnya yang lain masih menjalani praktikal.
“Ha..tu nak call siapa pulak?”Suara Zhafran meninggi.
“Nak call As.Nak tumpang rumah dia.”Telefon sudah dilekapkan ditelinga. Namun belum sempat talian bersambut,Zhafran sudah merampasnya.
“Apa ni Dr?”
“Saya tak izinkan Ain duduk rumah orang lain sedangkan suami Ain sendiri ada kat sini.dah masuk!”Zhafran memberikan arahan.
“Exuse me...nak tinggal sekali dengan Dr...sorry.”Zhafran berpaling semula.Lantas beg pakaian Ain diambil dan serentak itu tangan Ain diheret masuk kedalam apaertmentnya.Caranya yang kasar betul-betul buatkan Ain Nuraina semakin marah.
“Dr...Dr tak boleh buat saya macam ni.”
“Why Not?I'm your husband!”
“Dr ni memang sengaja menyakitkan hati saya.I hate You!hate You so much.!
“Terpulang.Nak benci berapa banyak pun.Kalau nak benci satu stadium bola pun apa saya kisah.”Zhafran masuk kedalam bilik.Membiarkan Ain diruang tamu.Ain Nuraina mengambil bantal besar empat segi.Ditumbuknya bantal itu bagaikan dia menumbuk Zhafran.

SELEPAS MANDI Zhafran keluar ke ruang tamu.Dilihatnya Ain Nuraina sudahpun lena.Dia benar-benar keletihan.Dia duduk disisi Ain Nuraina.Setiap inci wajah itu diratahnya.Dari alis mata sehinggalah ke dagu bujur sirehnya.Ain Nuraina memang seorang gadis yang cantik.Cuma kasar sedikit.
Dia tersenyum sendirian.Satu demi satu kenangan dia bersama Ain Nuraina terpapar kembali.Namun kenangan itu tiada satupun yang indah...hanya diisi dengan pertengkaran demi pertengkaran.Tapi kadang-kadang pertengkaran itulah yang dirasakan mendekatkan dirinya dengan Ain.
Tidak mahu menganggu tidur Ain Nuraina,dia keluar bersendirian.Sempat dipasang kipas syiling dan lampu di ruang tamu untuk Ain Nuraina.
Zhafran memesan dua bungkus nasi kandar dari Restauran nasi kandar Zubaidah yang terletak hanya dua kilometer dari apartmentnya.Dia turut sama memesan dua bungkus milo ais dan tiga keping roti canai sebagai makan malam dia dan Ain Nuraina.
Kadang-kadang dia sendiri tidak percaya sudah menjadi suami kepada pelajarnya sendiri.Masih dia ingat betapa terkejutnya kedua ibu bapanya bila disuarakan hasrat untuk meminang Ain Nuraina.Walaupun keduanya gembira,tapi mereka tetap terkejut.
Malah lebih mengejutkan bila sewaktu dia meminang,dia meminta tempoh dua minggu untuk dilangsungkan perkahwinan.Zhafran tersenyum sendirian.Memang terasa lucu namun itulah yang terjadi.Cuma ada sesetengah perkara yang dirahsiakan dari pengetahuan keluarga nya da Ain Nuraina.
SETENGAH JAM KEMUDIAN.....

Sampai dirumah,Ain Nuraina masih tidur.Zhafran berlalu ke dapur menyiapkan makan malam mereka berdua.Kemudian,dihidangkan diruang tamu.
“Ain...Ain...”Tangannya lembut menyentuh bahu Ain Nuraina.
“Emm jangan kacaulah.Orang nak tidur ni.”Ain Nuraina masih memejamkan matanya.
“Ain....dah malam ni.Bangun dulu. Makan.” Zhafran menguatkan suaranya.Ain Nuraina membuka kelopak matanya walaupun masih ditawan rasa mengantuk.
“Yelah....”
“Beg ada kat dalam bilik.Pergi mandi dulu...kejap lagi kita makan malam.”

15 minit berlalu....
Ain Nuraina siap berpakaian kemeja tidur berwarna pink.Duduk bersila mengadap meja empat segi yang sudah terhidang dua pinggan nasi kandar dan milo ais.Matanya masih mengantuk.
“Pandai Dr masak nasi kandar...”Ain Nuraina mengejek.
“Apa ingat saya tak pandai ke dalam hal masak memasak ni?Tengok oranglah...Bukan setakat nasi kandar,silap-silap boleh buka restoran tau.”
“Alah...sudahlah.Jangan nak temberang. Ni tengok nasipun saya dah tahu dari restauran Zubaidah.Macamlah baru hari ni saya sampai penang...”Zhafran ketawa mendengar kata-kata Ain.Ain turut sama tersenyum.
“Dah lah makan dulu.”keduanya senyap sepi sewaktu makan malam.Yang kedengaran hanya suara televisyen yang sedang terpasang cerita Cerekarama dari TV3 lakonan Fasha Sandha dan Adi Putra..
Selesai membasuh pinggan,Ain Nuraina tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Akhirnya dia turut sama duduk dihadapan televisyen bersama Zhafran.
“Cerita apa ni?”Bahasanya tetap kasar.
“Kehangatan lantana”Jawab Zharan ringkas.
“Kehangatan Lantana?Benda apa tu?”Tanya dungu.
“Entah...manalah saya tahu.Saya bukan pakar dalam bahasa ni Cik Ain oi..”Matanya masih tekun mengadap Televisyen.Ain turut sama menumpukan perhatiannya.
“E..kurang ajar betullah perempuan ni.”Ain memberi komen bila melihat aksi Fasha Sandha yang mengherdik orang yang datang meminta derma dirumahnya.
“Benda tu dah jadi normal sekarang.Manusia ni memang dah tak ada tata susila...”Zhafran menambah.Perhatian mereka tertumpu di kaca TV sehinggalah babak dimana wajah dan badan Fasha Sandha berubah menjadi buruk dan berulat.
“Apasal muka dia tiba-tiba jadi macam tu pulak?”Ain bertanya.
'Ish...dia ni banyak sangat komennya dari tadi...'Zhafran ketawa didalam hati.
“Itu...sebab dia derhaka dengan suami.Bagi suami makan benda kotor,dah tu curang pulak tu.Tuhan balas cash je kat dunia ni.”Ain menutup wajahnya dengan bantal.Ngeri bila darah keluar dari badan Fasha Sandha.
“Ain tengok tu...kalau Suami dia tak ampunkan dia...berdosa dia sampai mati tahu tak?”Ain menjeling kearah Zhafran.'Eleh...tu nak perli aku lah tu.'
“Eleh...tu nak perli orang la tu...”Dia menjeling kearah Zhafran
“La....yang Ain nak terasa ni apahal pulak.Saya cuma cakap je.Ain derhaka dengan saya ke?”Matanya dikecilkan memandang Ain Nuraina yang duduk berhampiran dengannya.Dia tersenyum kecil.
“E...malaslah nak cakap Dr ni.Cakap je asyik nak menyakitkan hati saya je.”
“Siapa pulak yang sakitkan hati Ain... betulkan Ain bukannya derhaka pada saya.”
'Dah lah!”Ain menggoyang-goyangkan tangannya tanda dia tidak mahu terus berbahas dengan Zhafran.
Selesai tayangan drama tersebut, Zhafran mula memeriksa tugasan pelajarnya yang dihantar sebelum cuti termasuk kepunyaan Ain.Ain Nuraina melangkah keluar ke balkoni.Merenung kegelapan malam yang disimbahi cahaya bulan dan lampu jalan.Dia memandang kearah kolam mandi di bawah apartment.
Berkilauan air didalamnya terkena simbahan lampu.Jauh ke sebelah kanan,kelihatan Universiti yang menjadi kebanggaannya selama ini.Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.Tiba-tiba ingatannya melayang pada Hamidi.Dimana lelaki itu sekarang?Dulu ada sekali dia bertemu Hamidi sewaktu majlis konvokesyen Hamidi disini.Mereka bertegur sapa bagai kawan lama.Hamidi bagitahu yang dia sedang mengajar di Perlis.
Namun sebelum pulang Hamidi tetap mengharapkanya agar kembali kepada dirinya.Tapi Ain tetap Ain...yang tak mungkin akan berpaling lagi walau apapun yang terjadi.
Dia mengalihkan pandangannya pada Zhafran yang sedang tekun memeriksa assigment diatas meja makan mereka tadi.
“Macamana aku boleh jadi isteri lelalki ni?”Dia bertanya sendirian.Empat hari bergelar isteri,dia langsung tidak merasakan apapun perubahan.Bagi dia tetap Ain Nuraina yang dulu.
Wajah Zhafran dipandang lagi.Wajah itu diteliti dari jauh.Semenjak Zhafran menjadi pensyarah disini,banyak yang dia dengar pasal lelaki ini terutama dari pelajar wanita yang meminantinya.
Malah Nina sendiri jatuh hati pada Zhafran waktu pertama kali Zhafran berpindah kesini dahulu.Apa yang menariknya pada lelaki ini,sehingga dia sendiri tidak nampak satu apapun yang boleh membuatkannya tertarik pada Zhafran.Ain Nuraiana mengeluh perlahan.'Sampai bila aku nak jadi isteri dia?Sedangkan aku tak menyintai dia?Malah aku tahu dia sendiripun tidak menyintai aku.Dia mengahwini aku kerana rasa bersalah atas apa yang dia buat sehingga aku menangguhkan pelajaran aku.Bukan dia ikhlas....'
Zhafran mengangkat wajahnya. Matanya memandang ke arah Ain Nuraina yang sedang memerhatikan dirinya.
Ain yang melihat Zhafran sedang turut memerhatikannya segera mengalihkan pandangan kearah lain.Entah kenapa pandangan dari Zhafran seketika tadi membuatkan jantungnya berdegup kencang.Pandangannya kembali terarah ke Universiti.
“Tengok apa?”Zhafran berbicara ditelinga Ain.Ain berpusing.Zhafran sudah berada dibelakangnya.
“Er...tak ada apa-apa.”Jawabnya.
Zhafran turut menyandarkan tubuhnya ke balkoni.bertentangan dengan Ain disebelahnya.Udara malam menyentuh lembut tubuh mereka berdua.
“Dah siap kerja Dr?”
“Belum,ada sikit lagi. Ain.....”Zhafran memandang wajah Ain Nuraina.
“Thanks sebab sudi jadi wife saya...”Suara Zhafran hampir tidak kedengaran.
“Entahlah sayapun tak tahu macamana boleh jadi wife Dr.”
“Ain menyesal?”
“Tak guna kalau saya menyesal sekarang.Semuanya dah jadi.Apapun saya dah bersuamikan Dr.”
“Ain anggap menjadi isteri saya satu beban?”Ain Nuraina menggeleng.
“Bukan beban.....tapi hati saya...hati saya tak boleh menerima Dr sebagai suami.”
“Why not?”
“Jangan tanya saya sebab saya tahu Dr tahu jawapan nya.”
“Habis Ain nak saya buat macamana? Memang saya salah dan saya akui perkara tu.Apapun kita dah jadi suami isteri yang sah.”
“Ceraikan saya.”Pintanya buat kali kedua.
“Kenapa penceraian yang menjadi permintaan Ain?Tak boleh ke kita cuba bina rumahtangga kita.?””
“Perkahwinan kita takkan bahagia Dr!”
“Pastinya Ain?Ain Tuhan ke nak tentukan kebahagiaan kita?Atau Ain ada Fortune teller yang boleh lihat masa depan?”Kata Zhafran seolah mengejek.
“Perkahwinan kita tanpa cinta,tanpa kasih sayang dan ....terlalu mengejut.Mungkin saya boleh terima kalau orang lain yang jadi suami saya...Mungkin rasa cinta tu boleh dipupuk tapi bukan Dr.jadi buat apa kita nak terus bersama sedangkan kita macam orang asing.”
“Ain cakap kalau orang lain,mungkin Ain boleh bina perasaan Ain pada dia.Jadi kenapa Ain tak boleh bina perasaan Ain pada saya?Ain yang jadikan sempadan antara kita dengan dendam Ain.”
“Saya tak pernah berdendam dengan Dr...”Katanya cuba berdalih.
“Habis kenapa?”
“Perkara ini terlalu mendadak pada saya.”
“Jadi kenapa Ain terima lamaran saya?”katanya cuba berprovokasi.
“Kenapa?Sebab saya tak mahu terus jadi bebanan pada ayah Cik.Ayah Cik dah berumur dan saya tak mahu dia terus risaukan saya.Waktu tu saya dalam dilema.Tak tahu macamana nak buat keputusan.Bagi saya apa yang terbaik pada ayah Cik,baiklah pada saya.Biarlah dia tentukan jodoh saya.”Zhafran mengeluh mendenagr jawpan Ain.
“Saya tak minta Ain menyintai saya kerana saya tahu Ain membenci saya.Saya cuma tak mahu Ain minta cerai....saya dah janji pada semua orang untuk menjaga Ain.”
“Kenapa Dr nak pikul tanggungjawab tu sedangkan Dr boleh pilih orang lain?”
“Anggap sahaja ini jodoh saya.Kuasa Tuhan yang kita tak mampu nak halang.Sebagai manusia kita perlu menerima takdirnya.”Kata Zhafran.
“Tapi kita diberi peluang untuk memilih....” Balas Ain.
“Anggap sahaja saya dah pilih Ain.
“Tapi Dr membenci saya....”
“Siapa kata?”
“Sudahlah....saya tahu semuanya.”
“Apa yang Ain tahu?”
“Dr mengahwini saya sebab nak saya masuk kuliah balikkan.Dr takut kalau orang cakap saya berhenti sebab Dr.”Ain berterus terang.
“Itu yang Ain rasa?Perkahwinan kita kerana rasa bersalah saya.”
“Ya...”
“Kalau begitu Ain silap buat kesimpulan.”
“Saya rasa saya tak silap.Memamng itu hakikatnya kan!”
“Pandainya Ain selam hati saya?”
“Saya tak mahu cakap hal ni lagi.Cuma saya minta Dr pertimbangkan permintaan saya ni.”Katanya sambil melangkah kedalam.Ain Nuraina masuk kebilik dan merebahkan dirinya diatas katil.
Zhafran hanya memerhati langkah Ain Nuraina menghilang ke dalam bilik.Dia melepaskan satu keluhan sebelum matanya dialihkan ke langit hitam.