Tuesday, 9 July 2013

sweet nya dia




“coup de foudre.”.




















“Ehem….”Deheman seseorang dari arah belakang membuatkan Laily terperanjat.Hampir sahaja dia terjatuh dari kerusi.Mujur tangannya sempat menangkap kisi tingkap kayu.Dia menjeling sekilas.Sakit hatinya melihat lelaki di belakangnya ini tersenyum-senyum memandang dia.
“Tak boleh bagi salam ke?”
“Eh,saya salah ke?Yang cik adik dok terhendap-hendap kat tingkap rumah orang ni kenapa?Bukan ke elok bagi salam?Ini siap berdiri atas kerusi lagi.Dah macam pencuri bersiri.”Lelaki itu sudah tersenyum-senyum.Senyum sinis melihat perempuan bernama Laily yang terhendap di kisi jendela.
Sekali dia yang terkena balik.Yelah datang rumah orang tak reti nak bagi salam.Dah tu siap panjat kerusi menjenguk ke dalam rumah.Em..apa punya anak dara lah dia ni.Wajah Laily sudah merah menahan malu.
Cover Laily…’
“Eh suka hati saya lah.Awak ingat saya nak mengendap ke?Eh saya..saya..”Hilang akal nya seketika.Apalah alasan yang nak dicipta.Ini tertangkap basah namanya.
“Em..saya tahu sebab apa.Ni mesti nak tolong betulkan tingkap ni kan?Tapi tingkap ni dah elok dah,Tak payah nak baiki lagi.”Laily tahu dia tertangkap kali ini.
“Malas lah nak layan.”Laily sudah mahu mengangkat kaki dari situ.Tiba-tiba kedengaran ketawa dari  lelaki itu.
“Atau pun nak mengendap anak teruna handsome kat sini tak?”Matanya dikenyitkan pada Laily.
“Eh minta maaf sikit ye.Jangan nak perasan boleh tak?”
Serkap jarang pemuda itu mengena sebenarnya.Sejak semalam dia tertanya-tanya siapa pemuda yang menjadi tetamu rumah mak long Kamsiah ini.Dari semalam lagi dia hanya melihat lelaki itu duduk bersembang dibawah pokok rambutan dengan mak long dan pak long.
“Ya Allah budak ni.Buat apa berdiri atas kerusi macam tu.”Laily garu kepalanya.Sekali lagi apa alasan yang nak di ciptanya.Mak long Kamsiah sudah berdiri di pintu dapur dengan kedua tangannya dicekak kan ke pinggang.Ala-ala Siti Tanjung Perak dalam filem hitam putih bawang puti bawang merah tu.Tapi dia memang suka gelarkan mak long Kamsiah dengan nama Mak Long Siti Tanjung Perak.Iyalah mak long Kamsiah kan badan nya ala-ala pelakon legenda itu.
“Exercise…”Laily terseengih-sengih memandang mak Long Kamsiah.
“Subhanallah…exercise apa benda nya.Dah turun.Ada anak dara dok panjat kerusi macam tu.Ish kamu ni buat malu je.”Laily turun dari kerusi.Lelaki itu tetap memandangnya dengan tersenyum.
‘Tu mesti kutuk aku dalam hati tu.’
Laily berjalan mendapatkan mak long Kamsiah di pintu dapur.Lelaki itu turut berjalan dibelakangnya.
“Mak suruh tanya mak long pergi tak merewang kat rumah Haji Ahmad petang ni?”Dia bersandar di kisi pintu.Lelaki itu sudah selesa di pangkin bawah pokok rambutan.
“Pergi..kan diorang buat kenduri gotong royong.Bukan pakai catering.Cakap dekat mak kamu pukul 3.30 mak long pergi.Berjalan je.tak payah nak naik motor segala.Bukan nya jauh pun.Sepelaung je ha.”
“Ok bos.”Mak long Kamsiah menggeleng dengan keletah Laily.
“Ha tunggu apa lagi.Pergi lah balik.”
Aduh mak long ni menghalau Nampak.
Laily memuncungkan bibirnya ke arah lelaki di atas pangkin.
“Apa nya lagi?”
“Tu..tak nak kenal kat orang ke?”
Tak malu nya Laily minta diperkenalkan.
“La…kamu tak kenal ke?”Laily mengerutkan keningnya.Cuba mengingati manalah tahu kot pernah berjumpa.
Rasanya mana pernah jumpa.
“Mana kenal.”
“Ish mak long pun dah lupa yang kamu dulu tak duduk sini.Mana pulak nak jumpa dengan Zarif ni.Itu anak angkat mak long.Zarif meh sini.”Mak long memanggil lelaki di atas pangkin.
“Ye mak.”
Eh bila pulak mak long ada anak muka macam ni?Tak sama langsung dengan mak long..dengan pak long yang macam Pakistan tu lagi lah tak sama.Siap panggil mak bagai.Kan tadi mak long Kamsiah bagitahu Zarif ini anak angkat dia.
“Ni mak nak kenalkan.Ini anak saudara mak.Duduk sebelah rumah ni ha je.Tapi dulu dia tak ada kat sini.Sebab tu bila Zarif datang tak pernah jumpa dia ni.Semenjak dua menjak ni je dia duduk kampung balik.Nama dia Aresha.Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik ni kuat menangis.Jenuh berubat tak mahu nya juga.Tah macamana abang dia panggil Laily senyap terus tak menangis.Itu yang lekat Laily sampai sekarang tu.”Panjang lebar Mak long Kamsiah bercerita asal usul nama Laily.
Alahai mak long tak payah lah itu pun nak cerita.Habis tu tak nak cerita segala salasilah keturunan aku ke?hobi aku…aku suka makan apa…apa-apa je lah mak long yer….
“Jap…jap…bila mak long ada anak lain ni?Orang tak tahu pun?”
“Ish kamu ni.Ini Zarif kawan baik arwah abang Iskandar kamu.Dulu rajin dia kemari masa arwah ada.”Ada nada sebak dalam suara mak long Kamsiah bila nama Iskandar meniti di bibir nya.Laily tahu itulah anak kesayangan mak long.Ialah abang Iskandar tu seorang je permata hati pak long dan mak long.Kasihan Laily ingatkan betapa sedihnya mak long bila abang Iskandar terlibat dalam kemalangan dua tahun dulu.Tapi ajal maut kan di tangan Tuhan.Siapa lah kita nak menidak kan takdir yang tersurat?
“Hai Laily.”Laily sedikit tersentak bila Zarif menyebut namanya.
“Hai juga.Ok lah mak long orang balik dulu.3.30 kan mak long?Nanti orang cakap dengan mak ye.”Laily cepat-cepat berlaku.
‘Em kenapa ye dia rasa macam lepas masuk marathon je bila Zarif tegur dia.Jangan nak perasan lah Laily.Tengok kereta Zarif kat depan laman rumah tu pun dah tahu kerja nya apa.Lagi mahu berangan ke Laily?Dah tak ingat dah peristiwa lampau?Benda tu lah yang Laily tak mahu ingat lagi dah sampai sekarang.Dah dibuang terus ke tujuh lautan.Biar bersemadi jadi khazanah yang tak ada harga.













‘Di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ada tujuh petala cinta’
Simbolik gila ayat tu.Masih terbayang-bayang wajah Hamka bila menuturkan kata-kata itu kepada Attar dan Saidatul Nafisa saat Hamka melepaskan Saidatul Nafisa pada Ahmad Fakrudin Attar.
Baik betul Hamka tu kan.Lepas kan tunang yang dia sayang kepada lelaki lain.Tapi Attar pun baik juga.Dia berubah dari jahat jadi orang baik.Sweet sangat bila Attar cuba berbual dengan Saidatul Nafisa.Nak memikat cara bertertib.
Itukan filem je Laily.Mana ada lelaki baik macam Hamka dan Attar tu lagi.Dalam seribu belum tentu satu pun macam diorang.
Kuat betul pengaruh filem 7 petala cinta tu pada Laily.Sampai siap berangan konon-konon dia lah Saidatul Nafisa.Sudah tu siap bagitahu kat emak yang dia nak pergi sekolah pondok.Terkejut Hajah Kalsom dengar permintaan anak dara nya itu.
“Nak buat apa pergi sana?”
“Orang nak cari suami macam Ahmad Fakrudin Attar.”Hajah Kalsom yang juga sedang menonton filem 7 petala cinta di rangkaian Astro citra terus ketawa.
“Apahal mak ketawa pulak ni?Orang serius lah.”
“Anak dara berangan tak sudah.Sembahyang pun tak sempurna mana lagi nak cari lelaki al-hafiz.”
Kata Hajah Kalsom lagi.
“Buta lah budak tahfiz tu kalau nak memperisterikan perempuan macam Laily ni.”
“Belum cuba belum tahu.Mana tahu kot-kot esok lusa mak dengan ayah dapat menantu macam imam muda Asyraf tu.”Hajah Kalsom tersenyum mengejek dengar angan-angan anak perempuannya ini.
“Kut Imam Mat tu nak kat kamu tak tahu lah mak.”Laily muncung.Ada ke imam Mat yang dah kahwin dua tu mak nak jadi kan menantu.
“Assalamualaikum…”Hampir tercekik biji rambutan di kerongkong Laily.Dia berpaling.Zarif sudah berdiri dengan senyuman panjang.Hilang terus ingatan dia pada Ahmad Fakruddin Attar bila David Beckam ada dihadapan mata.Zarif ini ada iras-iras David Beckam.
“Boleh saya joint?”Tanpa jawapan dari Laily dia terus duduk di pangkin.
“Makan lah.”Bakul berisi buah rambutan yang merah ranum ditolak ke sisi Zarif.
“Thanks tapi saya sakit kerongkong.Semalam banyak dah makan.”Laily mengangguk.
‘Dah tu datang sini buat apa?’
‘Dah tu buat apa kat sini.?’Amboi Laily tak boleh tanya elok-elok ke?
Zarif tersenyum.
Ish dia ni asyik senyum je.
Laily sedikit kekok.Bukan dia tak biasa dengan lelaki tapi yang ini lain sikit lah.Cewah lain apa nya Laily…kenal dia ni pun tak sampai 24 jam.Jangan cakap pula ada bunga-bunga dalam hati macam lagu Misha Omar tu.
“Dengar nya setiausaha dulu?”Laily angkat kepala.Pandang wajah Zarif yang bersahaja.
‘Em..ni mesti Siti tanjung Perak yang bagi information ni.’
“Bekas..”Laily memperbetulkan.Yelah memangpun dia bekas setiausaha lepas dia hantar surat perletakan jawatan sebulan yang lepas.Dan sekarang dia penganggur terhormat yang dapat biasiswa pa & ma.Jap ye…tak betul tu.Dia sedang memperhabiskan duit simpanan  nya yang tak banyak mana pun.
“Resign?Kenapa?”
“Saja je.”Dia jawab ringkas.Sudah tentu itu bukan alasan nya.Ialah dalam keadaan banyak nya pengangguran di kalangan lepasan Ijazah ini boleh pula Laily suka-suka hati berhenti kerja.Memang tak masuk akal langsung.
Lain lah kalau dia anak Tan Sri ke yang tak payah kerja duduk rumah pun ada elaun masuk tiap-tiap bulan.Jangan mimpi lah Laily…Haji Nordin yang pencen guru besar itu nak buka bisnes juta-juta.Lepas tu derma sana-sini.kemudian dapat pingat Jasa Negara ke…ahli mangku Negara ke….baru lah boleh dapat gelaran dato atau Tan Sri.Lepas tu baru lah Laily boleh goyang kaki je kat rumah tak payah kerja.
‘jauh nya berangan Laily.’
“Ada pulak macam tu?Boleh pula nak resign saja-saja.”Laily pandang Zarif.
Ramah juga mamat ni.
“Dah orang cakap saja tu saja lah.Suka hati orang lah nak bagi alasan apapun nak resign.”Tidak akan dibuka rahsia kenapa dia berhenti.Tapi laily yakin yang amat Cik Puan Siti Tanjung Perak dah buka cerita pasal dia.Kalau tak takkan lah Zarif ni boleh tahu yang dia dulu secreatary.Em..mak long ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah.
“Habis tu seronok ke tak buat apa-apa sekarang ni?”
Laily pandang Zarif sekejap.
“Em..seronok sangat.Sampai tak tahu nak cakap macamana seronok nya.Makan tidur lepas tu tengok tv.Bahagia dunia…”Mulut nya terus disua buah rambutan.
Sekarang ni semua cerita dalam tv tu Laily tahu.Hari jumaat pukul 9.00  malam wajib tonton Sebenarnya saya isteri dia…lepas tu pukul 7 setiap hari Teduhan Kasih….kalau Astro pula cerita Dahlia.Siap dia boleh hafal waktu tayangan semua cerita itu.Bukan itu sahaja ‘Oh My English’ pun dia tak pernah miss’apatah lagi Upin & Ipin setiap jam 6.40 petang.Yang paling penting dia dapat menonton semula cerita kegemaran dia dulu ‘Pangako Sa Yo’setiap hari pukul 11 pagi.Itulah rutin harian dia setiap pagi.Mengadap Jericho Rosales dan Christine Hermosa.
“Tengok apa?”Zarif sedikit tersentak.Rupa nya Laily perasan yang Zarif asyik melihat ke arah nya.
“Tak ada apa.tengok awak macam tak ada masalah je.”
“Alah masalah sentiasa ada dengan kita.Lagi kita fikir lagi tambah masalah.Silap hari bulan nanti kita yang bermasalah.”Zarif ketawa.Dengan Laily hilang protokol nya sewaktu bertemu perempuan.Tak pernah dia seramah ini dengan mana-mana perempuan.
Sebenarnya hati dia pun berdebar-debar masa nak tegur Laily tadi.Dari mana dia dapat keberanian dia pun tidak tahu.
Dia dikenali lelaki yang tidak suka dengan perempuan.Tidak sampai ke tahap Anti.Kawan perempuan nya yang rapat Cuma Michele dan dan Darieka.Teman nya sewaktu belajar dahulu.Michele pula pembantu peribadi nya sekarang ini.
Tapi kenapa ye dia seberani ini menegur anak saudara ibu angkat nya ini?Sepupu arwah Iskandar yang tidak pernah di lihat nya walaupun sering kemari dahulu.
            “Lama ke kenal dengan arwah?”Zarif mengangguk.
“Kenal masa belajar dulu.”
“Dekat Kentucky?”Zarif angguk lagi.Arwah Iskandar teman sebilik dan serumah nya dari hari pertama dia sampai ke Negara yang dibangunkan oleh George Washington itu.Memang dia akrab dengan arwah Iskandar.
Malah Iskandar sudah dianggap sebagai saudara sendiri.
Roomate dan housemate.”Laily terangguk-angguk.Dulu masa kecil dia rapat juga lah dengan Iskandar.Tapi lepas Iskandar ke Amerika dan dia ke universiti Teknologi Mara keduanya sudah jarang berhubung.Sesekali bertemu bila Iskandar berpeluang bercuti di tanahair.
“Buat apa datang sini?”
“Saja.Melawat mak dengan abah.”
Cewah…dia ni tak ada mak bapa kandung ke?siap ber mak dan abah dengan mak long dan pak long.
“Mak bapak sendiri tak ada ke?”Huh direct je Laily tanya.Ye lah dia bukan nya jenis suka simpan pertanyaan dalam hati.Buat menyemak kepala je.
“Eh dah tentulah ada.Kenapa tak boleh ke saya panggil diorang mak dengan abah?”Laily sengih sampai telinga.
“Boleh…boleh je.At least lepas juga lah rindu mak long dengan pak long pada arwah abang Iskandar.”
“Seronok duduk sini.Tenang,aman.Tak serabut macam kl.”
Oh…orang kuala lumpur rupanya.
“Sini dah sah-sah kampung.Kampung pula tepi sungai.Memang best lah.”Laily menambah.Kat belakang rumah ni je ada jeram.Tapi memandangkan sekarang musim hujan Laily tak berani nak ke situ.
“Sebelum jadi penganggur ni kerja kat mana?”Zarif senyum nipis.
Wah sedap nya kata orang penganggur.Tapi memang betul pun laily.Dah sebulan dah tanam anggur.Bukan kata berbuah,anak pokok pun tak Nampak hasil nya.
“Bumi Emas.Kat Johor.”
“Jauh tu.”Laily angguk.Nak buat macamana dah kat situ yang terima dia kerja lepas graduate dulu.
“Tak nak cari kerja lain?”Laily diam sekejap.
Bukan dia tak pernah cuba cari kerja dalam sebulan ni.Tapi tak ada kekosongan jawatan.
“Cari juga.Tapi susah nak cari kerja sekarang ni.Banyak ambil semua nya kroni.Anak lah…anak saudara lah..sepupu sepapat.Semuanya nak mengayakan kroni je.”Zarif ketawa.
“Tapi mesti ada juga company yang tengok kelayakan kan?”
“Nak cari syarikat yang macam tu lah yang susah nya.”Banyak syarikat yang dia temuduga semuanya tiada kekosongan jawatan.Kalau nak ikutkan pengalaman dia ada bertahun-tahun pengalaman masa di Bumi emas.Malah dia pernah jadi setiausaha sulit walaupun sementara.Banyak juga pengalaman yang dia ada.
“Kan best kalau ada adik beradik ke saudara mara ke yang ada syarikat besar.Boleh juga tumpang tuah kerja kat situ.”Zarif ketawa kecil.Entah kenapa hati nya senang berbual dengan Laily.
“Tapi kalau kerja dengan saudara mara pun susah juga.Silap-silap hari bulan boleh putus saudara kalau tak sekepala.”Laily angguk.
“Betul juga tu.”
“Rancak nya berbual.”Mak long Kamsiah dan Hajah Kalsom sudah sampai ke pangkin.Baru balik dari merewang untuk kenduri esok.
“Apa yang rancak nya.Sembang kosong je lah mak long.”
“Kenapa tak buat air kat Zarif ni Laily?”Ibu nya mencuit anak dara yang sedang duduk bersila ini.Sebenarnya lebih kepada amaran.
‘Anak dara duduk lah baik-baik sikit.Ini tak bersila depan orang.’
“Eh tak payah mak cik.Saja ambil angin kat sini je.”
“Ha mak dengar tu.Dia nak ambil angin saja lah.Bukan nya nak minum.Dah banyak dah angin dia makan tadi.”
“Ish ada je menjawab nya.Macam ni nak kahwin dengan ustaz.Mimpi je lah Laily oi…”Wah mak pecah lubang.
“Ustaz mana pulak ni?”Mak long Kamsiah bertanya.
“Ini ha..lepas tengok cerita dalam tv semalam berangan nak cari ustaz.Siap minta nak pergi sekolah pondok lagi.”
“Dia tengok cerita apa sampai nak kahwin dengan ustaz?”
“Tujuh petala cinta.Best tau mak long.Hero dia sweet sangat.Nak mengurat pun bertertib.”Belum sempat Hajah Kalsom menjawab Laily terlebih dahulu bersuara.
Pecah ketawa mak long Kamsiah.
“Itulah cakap kat dia….berangan sangat.Ustaz manalah yang nak kat dia ni.”
“Alah kalau dapat menantu ustaz mak juga bangga nanti.”
“Ada je menjawab nya.”
“La orang cakap benda betul lah.”Sekali lagi pipi Laily menjadi mangsa cubitan Hajah Kalsom.
“Jadi nak balik esok Zarif?”Mak long kamsiah bertanya.
“Inshaa Allah mak.Lagipun kerja Rif banyak lagi kat ofis.Nanti senang-senang Rif datang jumpa mak lagi.”Mak long Kamsiah mengangguk.Senang dengan keramahan dan kebaikan Zarif.Zarif selalu mengingatkan nya kepada Arwah Iskandar.
Semoga dia sentiasa tenang bersama pencipta NYA.Itu lah sahaja doa dari seorang ibu.















“Tak takut ke duduk seorang kat sini?”Laily pandang Zarif.Seluar jeans nya sudah dilipat ke separas betis.
Tadi sebenarnya dia takut juga.Tapi memandangkan sudah dua hari hujan tidak turun pasti aras sungai tak berubah.Tiba-tiba teringin nak ke jeram belakang rumah ini.Tapi mana pulak mamat skema ini tahu dia disini?
“Takut juga tadi.tapi sekarang ni dah ada peneman.kot-kot jadi apa-apa ada juga hero kat sebelah ni.”Zarif ketawa.Dia duduk di bongkah batu berhampiran Laily.
“Teringat kan apa?”
“Ingat apa?Tak ingat apa-apa pun.”Zarif pandang wajah Laily.
“Ehem..jaga mata sikit.Anak dara orang ni.”Zarif cepat-cepat alihkan matanya ke arah lain.Ralit sangat perhati anak dara orang.Sampai Laily tegur.
“Kl kerja apa?”Dia mula ramah bertanya perihal Zarif.
“Saya bawa lori je.”Laily memuncungkan bibir nya.
“Kot ye nak jadi penipu bersiri pun agak-agak lah.Bawa lori pakai BMW.Lori apa?”Zarif sudah ketawa.
“Adalah kerja sikit-sikit.Itu kereta bos.Pinjam je.”
“Ye ke?”Laily melirik kan matanya pada Zarif.
“Betullah.Mana lah mampu nak pakai BMW.”Laily senyum.
Dari tempat mereka duduk jelas kelihatan Hajah Kalsom dan Mak long kamsiah sedang bersembang dekat perdu pisang.Ada dua tandan pisang tanduk di sisi Hajah Kalsom.Pisang yang ditanam ayah Laily.
“Masih ingat kan dia?”Kali ini Laily pandang Zarif tepat-tepat.terkejut sebenarnya dengan soalan Zarif.
“Dia siapa?”Hati Laily sedikit berdebar.
Zarif diam.Mungkin mula tersedar dia terlajak kata.
“Sorry…”Zarif mula sedar keterlanjuran nya berbicara.
“Ni mesti Mak long Siti Tanjung Perak tu cerita kan?”Jari telunjuk nya di halakan ke arah Zarif.
“Siti Tanjung Perak?”Keningnya berkerut.Siapa pula?
“Mak angkat awak tu lah.Dia kan ala-ala Siti Tanjung Perak?”Kali ini ketawa Zarif lebih kuat.
“Tak baik..dia kan mak long awak.”Laily sengih.Memang pun emak nya selalu sahaja marah bila dia gelarkan kakak Hajah Kalsom itu seperti pelakon legenda Siti Tanjung Perak.
“Em..mak long cerita apa kat awak?”
“Emak tak sengaja terbuka kisah awak.”
“Ok.”
“Itu je?”Fikir Zarif Laily akan sedih atau marah-marah.Tapi riak wajah nya langsung tak menunjukkan sedemikian.
“Apa maksud awak dengan itu je?”
“Ok?Tak sedih?Tak marah?”
“Buat apa saya nak sedih-sedih.Tak ada makna nya.Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Tuhan.Bukan kat tangan kita.So senang je tak ada jodoh.”
“Tak marah sikit pun?”Laily diam.Siapa yang tak marah di perlakukan macam tu.Cuma seminggu sahaja dia bakal bergelar pengantin tapi semua nya musnah.Mak dan ayah malu.Mujur orang kampung faham.Ada yang suruh Laily ambil tindakan mahkamah,saman,report polis tapi Laily tak mahu.
“Marah memang lah marah.Tapi lagi banyak kita marah lagi bertepuk tangan Syaitan.”
“Macamana kenal dia?”Laily diam.Sebenarnya dia sendiri sudah malas mahu mengungkit cerita itu.
“Keluarga kenalkan.Kebatulan satu ofis.”Zarif mengangguk.Mengikut cerita Hajah Kamsiah tunang laily memutuskan pertunangan seminggu sebelum mereka bernikah.Lantaran itu majlis kahwin terpaksa bertukar kepada kenduri arwah.
“Sebab itu berhenti kerja?”Laily angguk.Dia sebenarnya malu dengan teman-teman sepejabat walaupun mereka tak pernah membicarakan soal dia tak jadi kahwin itu.Berbulan dia fikir akhirnya dia melepaskan jawatan sebagai setiausaha  di Bumi Emas.Apatah lagi kerjanya selalu berurusan dengan bekas tunang.Yang terbaru dia dengar bekas tunangnya juga sudah berhenti kerja dan bekerja di tempat lain.
Akhirnya Laily tahu kenapa pertunangan mereka diputuskan.Alasan Hakim dia sudah bertemu dengan wanita lain sebulan sebelum tarikh pernikahan mereka.Kenal dan terus jatuh cinta.
Laily rasa dia tidak perlu bersedih lama-lama.Buat apa nak buang airmata pada lelaki macam itu.Hidup nya diteruskan seperti biasa.Bagai tiada apa-apa yang pernah terjadi.
“Jadi balik petang ni?”Zarif angguk.Berat sebenarnya dia nak tinggalkan kampung ini.Apatah lagi hati nya terasa dekat dengan Laily.Dalam diam dia akui dia menyukai wanita dihadapan nya ini.
Coup de fodre?’
‘Jatuh cinta pandang pertama?’Zarif takut untuk mengiayakan kata hati nya.
‘Love at the first sight?Sungguh dia tiada jawapan.













Sebulan berlalu.
“Mak….Mak….”Laily sudah menjerit dari atas rumah.Hajah Kalsom yang sedang memasak di dapur terkejut.
“Apa kena kamu ni Laily?Terjerit macam kena sampuk?”
“Bukan kena sampuk.Orang kena histeria lah mak.”Hajah Kalsom mengurut dada nya.Laily ni walaupun sudah 27 tahun tapi perangai tetap macam budak-budak.Macam tak pernah fikir masalah langsung.
“Ni orang dapat surat tawaran kerja.”Laily menunjukkan surat bersampul putih kepada Hajah Kalsom.
“Kerja apa?Kat mana?”
“Ish mak ni takkan cheff kot.Dah tentulah secretary juga.Kat kl.”
“Alhamdulillah.Apa nama syarikat itu.?”
“Metro Group.Tapi orang rasa tak pernah apply pun.”Terkejut juga apabila dia ditawarkan setiausaha di jabatan kejuruteraan syarikat besar ini.Dia tahu Metro Group adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia.
“Rezeki kamu lah tu.Dah kerja baik-baik.jangan nak buat perangai lagi.Kerja sekejap berhenti.”
“Alah dulu tu bersebab.Bukan orang saja-saja nak resign.”
“Banyak lah alasan kamu tu.”Laily senyum.
“Bila nak pergi?”Laily tengok sekali lagi surat putih di tangannya.
“Isnin melapor.Sabtu pergi lah.
“Nak duduk mana?”Dia diam sejenak.
“Kejap lagi orang cari rumah sewa dalam internet.Mak…”Hajah Kalsom berhenti memasak.
“Nak apa pulak?”
“Sementara orang nak dapat gaji kan…boleh tak dahulukan duit deposit rumah sewa…api air…makan minum…dengan duit minyak pergi kerja?”Hajah Kalsom menjeling.Sudah di agak permintaan anak perempuannya ini.
“Aku dah agak dah.”Laily sengih sampai telinga.Ialah kalau dihitung duit nya dalam bank memang tak makan minum lah dia kat sana sementara nak dapat gaji.
“Yelah…nanti mak minta dengan ayah.”
“Sayang mak…”Pipi Hajah Kalsom di ciu sebelum berlari keatas.
“Bertuah punya anak…bukan nak menolong kita kat dapur.”Bibir Hajah Kalsom terus membebel kerenah anak perempuannya seorang itu.

















“Cik Areasha?”Laily angguk.
“Saya Areasha.Selamat berkenalan.”Tanganya dihulurkan kepada Salmi ketua setiausaha jabatan kejuruteraan disini.
“Ok Areasha akan bekerja di bawah Encik Hakim.Tapi sekarang dia tak ada.Dia di site.Cik Areasha boleh duduk di meja dahulu.”Ramah Salmi membawa Laily ke satu ruangan yang menempatkan meja Laily.
Kenapa ye nama Hakim membuatkan darah Laily naik sedikit.
‘Bukan dia seorang yang nama Hakim kat Malaysia ni.’Laily menyedapkan hati nya.
“Siapa big boss kat sini Puan Salmi?”
“Oh Syarikat ini milik Tan Sri zakuan.Tapi sekarang anak dia take over.Areasha jangan risau sebab bos kita tu jarang jumpa pekerja.Apa-apa urusan kita berhubung dengan Michele pembantu peribadi bos.Lagipun nak masuk bilik bos tu bukan senang.Kena tapisan dulu dari secretary dia dan Michele.Orang-orang tertentu sahaja yang boleh jumpa dia.Akak ni dah bertahun kat sini pun jarang  jumpa bos.Masa annual dinner barulah dapat beramah mesra dengan bos..Bos ni low profile sikit.Tapi akak dengar dia ramai peminat.Maklum lah orang handsome.Kat pejabat ni je ramai yang suka kat dia.Selalu juga lah ada perempuan yang datang cari dia kat ofis ni.”
Kak Salmi ini kata jarang jumpa dengan bos tapi semua perihal bos dia tahu.Kak Salmi ini macam kaki gossip je.
Laily angguk kepala.Mula memamhami sifat majikan baru nya ini.
Laily mula bekerja seperti biasa.Hari ketiga baru lah dia bertemu dengan ketua nya.Memang dia terkejut yang amat sangat.kecil betul dunia ini.Kenapa lah dia tak boleh lari dari manusia yang nama nya Hakim ini.
Laily buat-buat tidak kenal bila dia diperkenal kan dengan Hakim.
‘Dunia ni memang kecil.Tapi Laily tidak peduli kerana dia dan Hakim tiada apa-apa lagi hubungan.
‘Laily sihat?”Laily angkat muka pandang Hakim yang sedang berdiri di kisi meja nya.
“Nampak saya macam orang sakit ke?Ok saya sihat je.Berat badan pun makin bertambah.Baru ni pergi check doktor ok tak ada apa-apa masalah pun.Nak kata ada kencing manis ke darah tinggi ke sakit jantung ke memang tak ada.”Perhatian nya kembali kepada kerja dia atas meja.Dia perlu siapkan dokumen ini secepat nya untuk Salmi hantar pada Michele sebelum di semak semula CEO.
“Hakim minta maaf.”Hakim masih tidak mahu berganjak.
“Raya lagi dua bulan kan?Masa raya esok kita saling maaf bermaafan ye.”Dia malas mahu melayan Hakim sebenarnya.Kalau ikutkan mahu je dia berhenti 24 jam.Tapi mengenangkan amaran Hajah Kalsom dibatalkan niat nya itu.Lagipun cerita dia dengan Hakim dah basi pun.
Cuma yang dia terkejut macaman lah Hakim pun kerja kat sini juga.Tapi Laily kena ingat perancangan Tuhan itu lebih hebat dari perancangan manusia.Lari sejauh mana pun kalau Allah kata masih ada pertemuan mesti jumpa juga.Sungguh perasaan nya sudah kosong pada Hakim.
“Laily masih marah kan Hakim?”Laily tarik nafas panjang.Betullah mamat ni tak faham bahasa.
“Encik Hakim saya ni nak buat kerja.Kalau dok melayan encik Hakim bersembang sampai bila kerja saya nak habis?Encik Hakim tak ada kerja ke?”Hakim pandang sekeliling.Reduan dan Jessica sudah pandang-pandang.mana tidak nya suara Laily memang kuat pun.Hakim jadi malu dengan pekerja bawahan nya.Lagipun Laily tayang muka selamba sahaja.
“Saya pergi dulu.”Hakim terus berpaling dan melangkah ke pejabat nya.
“Apahal tu?Nak try you ke Resha?”Laily sengih pandang Reduan.
“Aku tengah banyak kerja dia ajak nya bersembang.Karang orang cakap aku makan gaji buta pulak.”Seboleh mungkin dia tak mahu orang mengaitkan nya lagi dengan Hakim.Dia bosan bila orang sebut nama Hakim.Bagi nya dia tidak pernah kenal Hakim lagi.
Hakim pernah membuat dia kecewa.Bukan kecewa kerana tidak jadi isteri Hakim tapi kecewa bila Hakim palitkan arang ke muka kedua ibu bapa nya.Mujur sahaja Allah bagi kekuatan kepada mereka sekeluarga untuk hadapi peristiwa itu.Sudah lah.Laily tidak mahu lagi mengingati peristiwa lama.
“Dia syok sama you lah Resha..”
“Ah tak ada makna nya Jessica oi.”Dia kembali duduk.Jessica dan Reduan tersenyum-senyum meneruskan kerja masing-masing.Dua orang practical student dari Universiti Teknologi Malaysia sudah senyum-senyum pandang Laily.
Balik pada Hakim?Tak akan kot.entah-entah Hakim pun dah kahwin dengan pilihan hati yang dia kenal sebelum majlis mereka dahulu.Malas dia mahu difikirkan soal Hakim lagi.
Laily kembali meneruskan kerja nya yang tergendala dengan kedatangan Hakim tadi.
Cuma yang Laily tak tahu ada mata yang sedang melihat adegan itu disebalik cermin gelap.Cermin yang memisah kan ruangan pejabat dan bilik mesyuarat di tingkat tujuh ini.



Laily makan tengahari di KFC berhampiran pejabat.Seorang diri bila Jessica terpaksa turun site bersama Reduan.
“Boleh saya joint?”Laily angkat wajah.Pandang lelaki berkaca mata hitam ini.
‘Rasa macam kenal je.Em siapa lagi kalau bukan anak angkat Siti tanjung Perak.
“La..jumpa kat sini.Kecik betul kl ni.”Zarif tersenyum sambil tangannya menarik kerusi dihadapan laily.
“Kerja kat mana?”
“Mana tahu orang kerja?”Suapan Colonel burger terhenti seketika dengan pertanyaan Zarif.
“Emak Siti Tanjung perak bagitahu.”Pecah ketawa Laily bila Zarif juga terikut-ikut menggelarkan mak long kamsiah dengan nama Siti Tanjung Perak.
Zarif senyum lebar.Suka agak nya tengok Laily ketawa macam tu.
“Dekat Metro Group.”Jawab laily ringkas.Suapan Colonel burger yang terhenti seketika tadi disambung semula.
 “Seronok?”Laily angkat bahu.Baru seminggu di situ mana lah Laily tahu seronok ke tidak.Tapi yang lain-lain ok Cuma pasal jumpa semula Hakim saja yang tak berapa nak ok.
“Kenapa?”
“Tahu tak saya jumpa siapa?”Zarif mengerutkan keningnya tanda dia tidak tahu.
“Siapa?”
“Bekas tunang.”Wajahnya biasa-biasa sahaja.Tidak teruja sedikit pun.
“Iya?Dia kerja kat situ juga?”Laily angguk.
“Tak sangka pulak lepas dia resign dia minta kerja kat situ.Jangan-jangan dia yang bagi orang kerja kat situ.Saja lah tu senang nak tayang girlfriend dia agak nya.Padahal orang tak kisah sikit pun.”
“Bukan dia kot yang offer Laily kerja kat situ.”Laily jungkit bahu.Malas mahu fikir siapa yang menawarkan dia bekerja di Metro Group.
“Ketua orang pulak tu.Rasa nak berhenti kerja je.Boring  betul.”Tanpa sedar laily merungut sendirian.
“Ish tak kan sampai nak berhenti kerja?”Zarif sudah berdebar-debar.Dia tidak mahu Laily berhenti kerja.Dia mahu dekat dengan gadis itu.
“Tak ada lah.Mula-mula jumpa tu memang rasa nak berhenti tapi bila fikir balik buat apa.Bukannya saya ada apa-apa lagi dengan mamat tu.Lantak dia lah.Saya buat kerja saya dia buat kerja dia.Sudah!”
Zarif senyum.senyum lega sebenarnya.
‘Ish dia ni asyik senyum je.Dah lah senyuman dia menggoda.Macam lagu kumpulan elite tu.
Manisnya senyuman mu.’
“Awak kerja kat mana?”Laily juga terkejut bertemu Zarif di tengah ibu kota ini.
“kat bengkel lori.Saya kan bawa lori.”Laily menjeling.
“Orang lupa awak bawa lori.Habis tu tak hantar barang ke hari ini?Oh..sekarang ini driver lori semuanya diwajibkan pakai long slip dengan tali leher ye?”Zarif ketawa kecil.
“Hari ini kerja sekerat hari.”Kali ini Laily pula ketawa.
“Awak ni betul lah Zarif.Orang tanya elok-elok main-main pulak dijawab nya.”
“Kita tak payah cerita pasa kerja saya boleh tak?Saya kerja biasa-biasa je.Company pun kecil je.”Laily pandang Zarif yang turut sama memandang ke arah nya.
“Awak ni pengedar dadah ke?Nampak macam tak ada kerja tapi pakai kereta besar.”
“Subhanallah…muka saya ni ada macam orang jahat ke?Kan dah cakap kereta tu company punya.”
“Alah sekarang ni susah nak beza orang baik dengan jahat.Ada setengah muka innocent je tapi perompak bersiri.Ada pula muka brutal gila tapi orang baik.Tak boleh nak judge orang melalui muka je.”
“Habis tu Laily rasa saya macamana?”Laily pandang tepat-tepat pada Zarif.Konon-konon sedang menganalisis lah.
“Orang baik kut.”
“la..kenapa ada kut kat belakang tu?”Laily sengih.
Dia baru sangat kenal dengan Zarif.Walaupun mak long Kamsiah bagi jaminan yang Zarif ini pemuda yang tapi Laily tetap tak percaya.Dulu pun Hakim Nampak macam baik saja tapi lagi teruk dari orang jahat.
“Dah lambat dah ni.nak solat lagi.Saya pergi dulu ye.”Zarif angguk.Berat sebenarnya nak lepaskan Laily.Dari tadi dia mengekori Laily sejak dari ofis.Rasa bersalah sebenarnya kerana menyembunyikan identiti nya daripada Laily.Dia yang menghantar surat tawaran dari Metro Group pada Laily.Sejak pertemuan dengan Laily di kampung dahulu dia selalu jadi teringat pada gadis itu.Walaupun Laily kelihatan agak kasar di mata orang tapi dia tahu hati Laily selembut nama nya.
Love at the first sight?’Dia ketawa sendirian.
“coup de foudre.”.Tiba-tiba suara nyaring Darieka menerjah telinganya.
Teringat temannya berbangsa perancis sewaktu di Kentucky dahulu.Darieka selalu menuturkan kata-kata itu bila ada sahaja wanita yang menaruh perasaan pada Zarif.
‘Fou’.Selalu Zarif membalas kembali dengan mengatakan Darieka gila.
“son amour sur vous.”Darieka membalas kembali.Zarif dan Iskandar hanya ketawa.Darieka adalah satu-satu teman kuliah dari kalangan perempuan yang bersahabat dengan kedua nya.Darieka tidak macam perempuan lain yang mahu lebih dari sahabat.Tapi Zarif tahu kalau Darieka sebenarnya suka kan Iskandar.Cuma sayang cinta mereka tidak kesampaian.
Dari Darieka mereka banyak belajar bahasa Perancis.
“Tout de Dieu”
Ya semua nya ketentuan dari Tuhan.
 “Hai Rif.”Zarif menarik nafas panjang melihat Lisa yang sedang merapati nya.Lantas dia terus bangun menuju ke pintu keluar.
“Rif.”Panggilan Lisa tidak di endah kan nya.Terus berjalan laju menuju ke parkir.
“Siap you Rif.You memang nak kena dengan I.”Memang Lisa marah.beberapa pengunjung menoleh-noleh ke arah dirinya yang terjerit memanggil Zarif sedangkan Zarif langsung tidak memperdulikan dirinya.Malu sebenar nya bila dia ditolak dari hidup lelaki itu.





Laily semakin rimas dengan Hakim.kemana sahaja dia pergi Hakim mengekori.Dalam pejabat,ke tapak pembinaan sehingga ke pantry pun ada Hakim.
“Awak ni tak ada kerja ke Hakim?Mana saya pergi awak ada.Rimas tahu tak?”Disuarakan rasa tidak puas hati nya pada Hakim sewaktu Hakim duduk dihadapan meja nya.
“Bagi peluang Hakim bercakap dengan Laily.”Hakim memeluk tubuh.Berdiri di kisi pintu yang menjadi laluan Pantry ke pejabat.
“Subhanallah…nak cakap apa lagi?Saya tak saman dan ambil tindakan atas awak pun dah cukup bagus tau.Jangan pulak kejap lagi saya buat report gangguan di pejabat.Saya bukan nya jahat sangat nak tabur pasir dalam periuk nasi awak.Tapi kalau orang dah bagi muka tu jangan lah nak melampau ye.”Hakim sedikit terkejut.
“Saya Cuma nak bercakap dengan awak je Laily.Sekejap je.”Laily tarik nafas.Betul lah dia ni tak faham bahasa melayu.
“Encik Hakim kalau nak cakap apa-apa pasal kerja di persilakan.Tapi kalau nak cerita hal lama…soal hati…soal perasaan sorry saya tak ada masa.”
“Cepatnya Laily lupa kan Hakim.”Laily benar-benar bosan.
“Ini siapa lupa kat siapa ni?Siapa yang tinggal kan siapa?Dan satu lagi siapa yang mulakan semua ini.Encik Hakim saya betul-betul dah tak kisah sekarang ini.So cerita lama tu saya tak nak ingat lah.Ingat pun tak ada makna nya.”
“Hakim..”
“Dah lah.Saya nak pergi buat kerja.”Tubuh Hakim ditolak sedikit.Terus dia ke meja.
‘Huh makin lama makin menyampah pula aku dengan dia ini.’Matanya menjeling Hakim yang masih berdiri memerhati kan nya.














“Nak balik dah?”Terlepas segala fail di tangan Laily dengan sergahan dari belakang.
“Astaghfirullah…awak ini macam halimunan lah.Ada je…Dah tu tak reti nak bagi salam pulak tu.”Tangannya pantas mengutip kertas yang berterabur di lantai.
“Sorry….awak terkejut ke?”Tangan Zarif juga pantas mengutip kertas-kertas di lantai dan diberikan pada Laily.
“Kalau macam ini bukan orang je terkejut….”Kertas dihulurkan pada Laily.
“Thanks.”Laily bersandar di tepi Viva nya.
“Buat apa kat sini?Hantar barang?”Zarif angguk.Bibir nya mengukir senyuman.
“Baru lepas hantar barang tadi.”Laily ketawa.Kepala nya digelengkan perlahan.Mana tidak nya minggu ini sahaja dua kali dia bertemu dengan Zarif.
“Nak balik dah?”Laily angguk.Hari ini sehari suntuk dia di tapak projek.Terpaksa ikut Salmi bila selepas itu Salmi ada temujanji dengan pelanggan.Hampir pukul lima tadi baru balik pejabat.
“Jom pergi makan nak?”Laily mengecilkan mata nya.
“Awak dah gaji ke nak ajak saya pergi makan?”Zarif ketawa.
“Tak pe simpanan saya ada sedikit lagi.Boleh rasanya setakat sepinggan dua makan malam.”Laily senyum.Dari gaya Zarif dia tahu Zarif bukan sebarang orang.Pasti Zarif punya kerjaya yang baik.
“Daripada ajak orang baik ajak girlfriend awak makan malam.”
“Tak sudi ke nak keluar makan malam dengan pemandu lori?”
“Saya penat sangat lah Zarif.”Kali pertama Laily membahasakan Zarif dengan nama.Ada getaran halus dalam hati Zarif saat ini.Getaran yang tak mampu di lakukan Alisa saat berteriak nama nya atau mana-mana perempuan lain.
“Ye ke?Saya makan seorang lah malam ini.”Laily diam seketika.Akhirnya dia mengalah.
“Ok nak makan kat mana?”Zarif sudah tersenyum.
Sukalah tu bila Laily setuju nak keluar makan dengan dia.
“Laily nak makan kat mana?”
“Ikut lah kat mana pun.”
“em..kat rumah saya?”
“Jangan nak cari pasal encik Zarif.Nak mengarut esok-esok saja ye.Orang mengantuk gila dah ni.”
“Ha..ha…saya gurau je lah.Jom naik kereta saya.”
“Habis tu Viva ni nak letak mana?Tak kan nak datang sini balik.Esok saya nak pergi kerja naik apa?”
“Saya hantar Laily balik….esok pagi saya ambil hantar terus pergi kerja.”
“Ish boleh caya ke?”
Sebenarnya Laily takut juga.Mana lah tahu kalau-kalau Zarif ini sendikit yang jual orang tu.
“La…saya tak bawa Laily lari lah.kalau bawa lari pun ke Thailand je.”
“La apasal dekat sangat Thailand?Bawa lah pergi Jepun ke…Eropah ke…”Zarif ketawa lagi.Ada sahaja jawapan Laily.
“Eropah pergi time honeymoon.Pergi Thailand nikah dulu.”Merah padam muka Laily bila Zarif cakap macam tu.
Zarif pun tak tahu sejak bila dia boleh bergurau macam ini.Yang pasti sejak dia mengenali Laily.Sejak dia pergi kampung Pauh tempohari.Sejak dia duduk atas pangkin bawah pokok rambutan atau sejak dia dating berdua dengan  Laily di jeram belakang rumah mak long Kamsiah.
“Merepek je lah.Jom lah cepat.dah ngantuk dah ni.”Dia pantas ke kereta Zarif.Sedangkan debaran di hatinya semakin kuat dengan gurauan Zarif tadi.
Masih dihafal nombor pendaftaran dan jenis kereta Zarif.Sebaik pintu dibuka terus dihenyakkan tubuhnya ke kerusi.
Best nya…”Sehari suntuk dia hanya berdiri sahaja.
Thanks ye..”Zarif mengecilkan anak matanya memandang Laily.
“untuk apa terima kasih itu?”
“Jadi driver orang hari ini.Orang memang tak larat betul pun hari ini.”
“Oh ingat apa tadi.no problem.Jom.”Laily angguk.matanya hampir tertutup.Tapi ditahan supaya tidak tertidur dalam kereta Zarif.
“Kalau mengantuk tidur lah.Sampai nanti saya kejutkan.”Laily geleng.
“Jangan risau saya tak buat apa-apa.”Zarif senyum gembira.Hati nya seronok sangat dapat berdua dengan Laily macam ini.
“heureux?”jawapan nya ya.Memang Zarif gembira ketika ini.















“Délicieux?”Laily angkat muka pandang Zarif.
“Apa?”Dia kurang pasti maksud Zarif?Dia ini cakap bahasa jawa ke?
Délicieux…maksudnya enak tak?”
“Oh..ingat awak mengarut apa tadi.Bahasa apa tu?”
“France…”
“Pandai cakap France?Belajar mana?”
“Masa kat US dulu ada kawan orang perancis.Tiap-tiap hari dia ajar saya dan Iskandar bahasa Perancis.Boleh lah sikit-sikit.”
Very Délicieux…..”Laily senyum.Sekurang-kurang nya dia dah pandai sebut sedap dalam bahasa Perancis.
Selesai makan malam Zarif menghantar Laily pulang ke rumah sewa nya di Setiawangsa.rumah teres satu tingkat.
“Esok tak payah ambil orang naik LRT je pergi kerja.”
“Tak sudi saya nak hantar kan?”Laily geleng.Dia malas mahu menyusahkan Zarif datang sini semata-mata nak hantar dia pergi kerja.Lagipun stesen LRT tak jauh mana pun dari rumah sewa nya.
“Tak pe lain kali awak boleh hantar orang ye.Esok tak payah tau.”Laily senyum.
“Duduk dengan siapa?”
“Mana mampu nak sewa seorang-seorang.Rumah sewa kat kl ni bukan dua tiga ratus.Sewa lima orang.Dua orang student kolej.Dua orang lagi kerani bank dengan Sales girl.”
“Duduk berdua nak?”
“Awak ni kenapa?Dah buang tabiat?”Zarif ketawa.Wajah Laily sudah panas.Kalau boleh Nampak mungkin Zarif perasan wajah nya sudah merona merah.
“Tak kelakar lah benda tu.”Zarif tahu Laily marah.
“Saya gurau je.”Laily menjeling.
‘kut nak bergurau pun agak-agak lah dia ini.Buat denyutan nadi aku lebih cepat dari biasa je.’
“bonne nuit”
“Ha apa?”
Laily yang baru nak melangkah keluar berpaling semula.
“Selamat malam…”
“Oh….ok bon juga.”Zarif ketawa.Laily hanya mengangkat tangan sebelum menghilang ke dalam rumah.
Zarif memandu keluar dari kawasan perumahan laily dengan hati berlagu riang.




















“Umi tengok sejak kebelakangan ini  Rif happy je?”Zarif senyum pandang Puan Sri Rohani.
“Kalau Rif bagi Umi menantu Umi suka tak?”
“Betul ke?Memanglah umi suka Rif.tapi tak nak lah Alisa tu ye.”Memang pun Puan Sri Rohani tidak suka dengan sikap Alisa anak dato Hamdan.sudah lah pakai macam tak cukup kain.
“Bukan Alisa lah umi.”
“Habis tu siapa?Yang umi tahu Alisa tu je lah yang dok kejar Rif.Perempuan lain yang minat kat Rif mana berani nak cakap.”
“Ini lain umi.Tapi dia orang biasa je.Anak orang biasa je.”
“Umi tak kisah Rif.Pangkat dan harta bukan boleh bawa mati.”
Merci umi”
Zarif berterima kasih walaupun dia sendiri belum berterus terang perasaan nya pada Laily.
“Ye lah….nanti bawa jumpa umi kat sini.”Zarif angguk.



                        “Zarif.!”Alisa berdiri dengan lagak nya yang sombong di meja Natrah,setiausaha Zarif.
“Sekejap cik Alisa,saya panggil cik Michele.”Natrah berlalu ke meja Michele.Memang  sudah diberitahu sejak hari pertama dia bekerja disini apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan Zarif dia harus melaui Michele.Melainkan kalau Michele tiada di pejabat barulah dia boleh terus berurusan dengan Zarif.
“Cik Michele…Cik Alisa nak jumpa bos.”Michele sempat merenung ke arah Alisa sebelum menghubungi Zarif di dalam pejabat.
Your girl nak jumpa.Alisa.”Michele letak telefon setelah bercakap dengan Zarif.Michele tahu kali ini dia akan kena marah lagi dengan Alisa.
“I’m so sorry Miss Alisa…bos is quite busy right now.”Mata Alisa merah.Dia tahu Zarif sengaja mahu mengelak untuk berjumpa dengan dia.
“Do I care?”Tanpa memperdulikan Michele dan Natrah Alisa meluru ke bilik Zarif.
Miss Alisa….”Michele cuba menahan.
Zarif yang sedang menyemak sesuatu terkejut dengan Alisa yang terburu-buru masuk.
“I’m so sorry Rif.I try to stoped her…”
Its ok Michele.”Michele angguk dan terus keluar.Zarif buat tidak tahu pada Alisa yang sudah duduk berhadapan dengannya.
“I nak tahu siapa perempuan dalam kereta you last night?”Alisa peluk tubuh.Mata nya merah memandang Zarif.Sungguh sejak semalam dia tidak boleh tidur bila terserempak Zarif dengan seorang wanita lain di dalam kereta ketika berselisih di lot parking.Sudah lah berkali-kali dia telefon Zarif tidak jawab.Lagi lah menaikkan suhu kemarahan nya.
“You siapa nak tahu?Its not your business.”Mata nya masih memandang kertas di atas meja.Bagai Alisa tidak wujud di situ.
“Ok bukan urusan I.Fine!But siapa dia Rif?”
Ok I tell you.”Zarif angkat wajah pandang Alisa.Sungguh dari dia kenal Alisa sejak remaja sehinggalah kerja di bawah satu bumbung dia memang tidak berkenan dengan pakaian yang di pakai Alisa.Kalau tidak kerana Dato Hamdan tidak ingin dia ambil Alisa kerja disini.Semua nya atas rasa hormat dia pada Tan Sri Zakuan.
She’s my girlfriend.And I will marry her.Puas hati?”
What?How dare you?”Suara Alisa sudah meninggi.
“You bukan sesiapa nak cakap macam tu pada I Lisa.You nothing to me.”And remember kat sini I’m your boss dan you tak lebih dari seorang pekerja I.”
“No Rif.I wont let this happened.You’re mine.Remember that!”Alisa bangun dengan kasar dan terus keluar dari pejabat Zarif.Zarif menggeleng kepala nya.

“Perempuan tu nak apa?”Michele mengambil tempat yang di tinggal kan Alisa seketika tadi.
“She’s crazy Michele.Huh tak kuasa I nak layan perempuan macam dia.”
“Salah you juga.Still available.Of course perempuan-perempuan tak lepaskan peluang diorang.”
“I fall in love.”Bersinar-sinar mata Zarif bila buat  pengakuan depan Michele.
“Hah?Betul ke Rif?Dengan siapa?Don’t tell me…. Alisa.”Memang Michele langsung tak berkenan kalau Zarif jatuh cinta dengan Alisa.
“You ni tak ada orang lain ke?Bukan lah.Nanti you tahu juga.”
“Dengan I pun you nak rahsia Rif?”Dari dulu sejak Michele jadi pembantu peribadi Zarif jarang ada rahsia antara dia dan Michele.Dia percaya kan Michele.Sebab itu banyak urusan membabitkan kerja dan peribadi diuruskan oleh Michele.Pekerja bawahan nya lebih banyak berjumpa Michele dari dirinya.
“Sejak bila you macam ni?”Michele senyum-senyum.Sejak dulu jarang Zarif nak bercerita tentang perempuan.Tapi kali ini Michele tahu ada wanita yang sudah Berjaya masuk dalam hati bos nya ini.
“Coup de foudre.”
“You ni jangan lah talking France dengan I.Kalau Japanese I tahu lah.”Zarif ketawa.
“Jatuh cinta pandang pertama lah…”Michele ketawa.
“The girl must be lucky.”
“Itu lah dia biasa-biasa sahaja.Tapi bila I dengan dia I jadi luar biasa.”Michele Nampak keterujaan Zarif bercerita.
“Love at the first sight…em…she know that you like her?”Zarif geleng.
“La….habis tu?”
“I tak berani nak berterus terang lagi lah Michele.”Berterus terang dengan Laily yang dia sukakan Laily?Yang tu dia kena susun dialog dulu.Mana lah Zarif tahu nak meluahkan perasaan ini.laily pula jenis yang berterus terang.Susah nya.
“nanti-nanti terlepas you yang susah Rif.”zarif angguk.Mengiayakan kata-kata Michele.
“Ada jodoh tak kemana kan?”Michele senyum.Suka benar dia tengok Zarif jatuh cinta.
“I hope you tak bertepuk sebelah tangan Rif.”
            “Harap nya lah kan…”
“Ok lah.Ada banyak lagi kerja kat luar tu.Layan you punya perasaan nanti kerja I tak siap pulak.”Zarif ketawa kecil.
Tiba-tiba wajah Laily terhias di kornea nya.








“Angin bayu membawa diri ku
Sepintas lalau ku terkenang kan mu
Memori silam kembali menjelma
Kenangan bersama kusimpan selamanya….”
‘Sedap juga suara aku ni.’
“You.”Laily terkejut bila dia disergah seorang wanita saat mahu keluar dari pantry.Beberapa pasang mata sudah memandang mereka.
“Apa you..you…tak ada adab ke?”Laily pandang atas bawah perempuan ini.Siapa ye.Tak kenal pun.
“Tak sangka kan….sampai ke mari you cari Hakim.Eh tak ada lelaki lain ke?Orang dah tak nak yang you terhegeh-hegeh nak buat apa?”Laily masih keliru.
“Sekejap…datang dah lah tak bagi salam.Nak kata bukan melayu muka memang pure melayu asli.Iras-iras orang asli pun ada juga.Sudah tu main terjah orang je.Apahal?Tak ada budi bahasa langsung.”Silap orang lah main terjah macam ini.
“Oh buat-buat tak tahu.Eh I dengan Hakim dah nak kahwin tau.So step away from him.You ni kan Cuma setiausaha biasa je tau.Cermin sikit diri tu.Layak ke nak berdamping dengan orang macam Hakim tu.”Sekarang baru Laily dapat tangkap maksud perempuan seksi ini.
“La cakap lah girlfriend Hakim.Exuse me…boyfriend awak tu bagi free pun aku tak nak tahu.For your information aku kerja kat sini bukan sebab jantan tu.And lagi satu….tolonglah…cakap dekat Hakim jangan lah nak rapat dengan aku.Dok kejar-kejar aku sebab aku tak berminat.”Sengaja Lailly menyiram minyak.Bagi dia kalau orang yang tiada budi bahasa dia pun tidak akan berbahasa juga.
“Oh..Hakim yang kejar you…atau you yang gatal dengan dia.”Laily tarik nafas.Perempuan ini memang lah tak faham bahasa.
“Cik kak…saya ni tengah kerja.Kalau setakat nak warning macam ini saya tak heran sikit pun.Dan rasa nya kalau nak warning baik lah pergi warning kat bakal suami awak tu.Nak kahwin buat cara orang nak kahwin.Saya ni pun sebenarnya rimas sesangat dia asyik nak menyembang dengan saya.Sampai satu kerja pun tak menjadi.Agak nya lah kan dia nak kat saya balik kot.”
Farah mengecilkan anak mata nya.Marah benar dia pada Laily.Kalau bukan kerana dia terpandang Laily bersama Hakim sedang makan tengahari dengan rakan sepejabat yang lain. sampai sekarang dia tak tahu Hakim bekerja bersama Laily.Dia kenal Laily.Hakim pernah tunjukkan gambar Laily sewaktu mereka mula kenal.Dan lebih menyakitkan hati nya bila Hakim selalu sahaja mengelak bila berada di pejabat.Mereka bekerja di bawah satu syarikat Cuma berlainan jabatan.Dia yang minta Hakim berhenti di tempat kerja lama bila ada kekosongan jawatan Hakim di sini.Tapi dia tidak sangka pula bekas tunang Hakim juga ada disini.Sakit hati nya tidak terkira.
“sekali lagi I dengar you dengan Hakim you siap.”Jari telunjuk nya dihalakan kepada Laily.
“Nak siap apa nya…saya ni memang tiap-tiap hari siap cantik-cantik pergi kerja.Kain pun cukup tutup satu badan.Yang tak siap awak sebenarnya.Lain kali nak beli baju pastikan kain tu empat meter atau lebih.Kalau nak buat lining kena empat meter juga.Kalau tak macam ni lah.Macam orang tak bersiap.”
Jessica dan Reduan pecah ketawa dengar cara Laily membalas kata-kata Farah.Farah menjeling terus keluar.Pejabat nya di tingkat bawah.Sakit hati nya dengan Laily.
“Apahal cik Farah tu?”Jessica mendapatkan Laily.
“You kenal dia ke Jes?”Jessica angguk.Siapa tak kenal Farah.Perangai dia sama sahaja dengan bos dia Cik Alisa itu.
“Dia kat department marketing.Tingkat lima.”Laily angguk.
“Kenapa Resha?”Kak Salmi pula sudah duduk di kisi meja.
“Tak ada apa-apa lah kak.Perempuan meroyan macam tu lah.Benda yang tak ada di ada-adakan.”
“Resha dengan Hakim dah kenal ke sebelum ini?”Laily sengih.Malas sebenarnya dia nak bercerita kembali kisah dia dengan Hakim.
“Bekas tunang kak.”Salmi dan Jessica sama-sama terkejut.
“Patut lah akak tengok Hakim tu tak senang duduk je.Agak nya dia nak balik kat Resha tak?”Laily geleng.
“Orang macam tu tak payah lah kak.Akak tak tengok girlfriend dia tadi.Itu baru saya kerja dengan Hakim kalau dia tahu saya dengan Hakim ada Affair harus dia jadi Mona Fendi the second.”Salmi ketawa.
“Siapa Mona fendi?”Jessica terpinga-pinga.Alahai amoi ni tak kenal pula siapa Mona Fendi.
“Balik you google nama Mona Fendi.Nak cerita empat hari empat malam pun tak habis Jes.”
“Ok lah…balik nanti I google.”Laily senyum walau pun hati nya masih sakit dengan perangai Farah tadi.
‘Apalah nasib tak baik betul.’







“Laily!!”Laily terus berjalan.Tidak dipedulikan panggilan hakim.Malas mahu mencipta keributan lagi.
“Laily wait…”Tangan nya direntap dari belakang.
“Wei..main kasar Nampak.”
“Sorry Hakim tak sengaja.Habis tu panggil Laily tak berhenti.”
“Muhamad Hakim ibnu Mutalib…tolong lah…saya ni dah malas sangat nak bergaduh dengan orang.Tak ada mana best nya gaduh ni.”Dia bosan dengan Hakim yang tak faham bahasa.
“Farah serang awak tadi?”
“Dah tahu tak payah lah nak buat-buat tanya.Ini kalau dia Nampak harus awak dengan dia perang dunia ke empat.So baik blah.”Hakim masih tidak berganjak.Dia baru lepas bertengkar dengan Farah.Malu dia bila Farah menyerang Laily di pejabat sedangkan dia yang bersalah dalam hal ini.Dari dulu Laily tak pernah salah apa-apa.Dia berterima kasih sebab Laily tak ambil apa-apa tindakan dia memutuskan pertunangan saat-saat akhir.
“Hakim yang salah.Tak patut Farah marah Laily.”
“Yang cakap dengan saya buat apa?Pergilah cakap dengan dia.Tolong lah Encik Hakim.Cakap dengan girlfriend awak jangan kacau saya.Saya dah tak ada kena mengena dalam kehidupan awak.Silap-silap hari bulan saya resign sekali lagi.”Sudah terbayang bebelan Hajah Kalsom kalau Laily berhenti kerja lagi.
“Nanti dulu Laily.Hakim mengaku Hakim tersilap.Hakim silap buat pilihan.Hakim kejar kaca sedangkan permata sudah dalam genggaman Hakim.Hakim tak bahagia Laily.Hakim tak bahagia dengan Farah.”
“Ya Allah..yang bercerita dengan saya kenapa?Hakim…kita kenal pun bukan nya lama sangat.Tak kenal hati budi pun.Sebab tu agak nya Tuhan tak jodoh kita bersama.”Memang mereka kenal dalam tempoh waktu yang singkat.Selepas mak ayah Hakim masuk meminang baru mereka bercinta.Adalah dalam setahun saja rasa nya.
“Hakim nak kita sambung balik.”Bulat mata Laily dengar permintaan Hakim.
Wah..suka-suka hati dia je.Ingat wayar ke putus lepas tu sambung balik.
“Sorry lah saya tak berminat.”
“Bagi Hakim peluang.”
“Encik Hakim saya ni penat.Nak balik ok.”
Laily terus mendapatkan Vivanya tanpa memperdulikan Hakim yang terus mengekori langkah nya.
“Bagi Hakim peluang.Hakim akan buktikan pada laily Hakim mampu jadi yang terbaik.”Laily hanya pandang sekilas sebelum menutup pintu kereta.
Maaflah Hakim.Tiada peluang kedua dan ketiga.Viva Laily terus laju meninggalkan parking lot Menara Safwan.



“Assalamualaikum….”Laily baru selesai mandi bila telefon nya berdering.
“Waalaikumusalam.”
“Buat apa?”Laily senyum sendiri.Kenapa ye dia suka sangat bila Zarif telefon dia malam ini.
“Saja rehat-rehat.”
“Em…nak keluar makan dengan saya?”
“Ini ajak betul-betul ke main-main je?”Kedengaran Zarif ketawa.
“Lah…ajak betul-betul lah.takkan main-main pulak?Sudi keluar makan dengan saya?”
Zarif dah macam prince Charming yang nak ajak Cinderella makan malam.
“Keluar makan dekat kedai sini je lah ye.Malas lah jauh-jauh.”
Ok.No problem.Lagi 15 minit saya sampai.”
“Cepat nya.Orang baru lepas mandi.tak siap pun lagi ni.”Zarif ketawa.
“Take your time.Saya tunggu kat depan.”
Laily pandang telefon bimbit nya.Macam tak percaya je pula dia serapat ini dengan anak angkat Siti Tanjung Perak.Tapi sebenarnya memang dia suka pun.

“So anything yang nak cerita hari ini?”Sebenarnya Zarif tahu kalau Laily kena serang dengan Farah pagi tadi.Itupun Michele bercerita ada staff bergaduh di tingkat bawah.Rasa nya mahu sahaja Zarif turun ke bawah dan jumpa Laily.Tapi dia cuba bersabar dahulu.
“Tak ada yang menarik pun.”Laily mengacau-ngacau ketulan ais didalam gelas.Memang tadi hati nya sakit dengan Farah dan Hakim.Tapi sekarang dah ok.Lagipun dia memang tak reti nak marah lama-lama.
“So..cerita lah apa-apa.”
“Awak yang ajak orang keluar awak lah bercerita.Apa saya pula?”Laily pandang Zarif.Tapi sekejap je.Tak boleh dia bertentangan mata dengan klon David Becham ini.Boleh luruh jantung ke tanah.
“Seronok jadi Laily kan?Happy je macam tak ada masalah langsung.”
“Macam saya kata lah.Masalah sentiasa ada.Kalau kita fikir sangat kita juga yang stress.Sakit hati.Rosak mental.Lepas tu sakit jiwa.Last-last duduk tanjung rambutan.”Zarif ketawa.Sebenarnya dia sudah agak jawapan Laily.
“Eh Resha…”Laily pandang Salmi yang sedang memimpin anak kecil.
“La..kak Salmi makan kat sini juga ke?”Salmi angguk.Mata nya tidak lepas pandang Zarif yang duduk dihadapan Laily.
‘Macamana pula Aresha keluar dengan big bos ni?’Sempat Salmi menangkap isyarat senyap dari Zarif.
“Kak Salmi.”Laily cuit Salmi yang seolah-olah terpaku melihat Zarif.
‘Ish kak salmi ini pandang Zarif macam dah terpikat.Mana nak letak suami akak tu…’
“Sorry.Akak makan kat sini juga.Tunggu husband pergi tandas sekejap.”Laily angguk.
“Ini Resha kenal kan anak angkat mak long Resha.Nama dia Zarif.Kerja bawa lori.”
“Hai..”Zarif tahu dia harus berpura-pura.Dia harap Salmi faham buat seketika ini.Tapi dia bagi isyarat mata.Rasanya Salmi macam faham saja.
“Ha..hai.”Gugup juga Salmi.Manakan tidak ini lah big bos idaman perempuan Malaya.Big bos yang jadi bahan bualan pekerja wanita Metro Group.
“Oklah.Akak pergi dulu ye.Jumpa kat ofis esok.”Laily angguk.Senyum seketika pada Salmi yang berlalu dengan anak perempuan nya.
“Kawan ofis?”Laily angguk lagi.
“ketua jabatan kejuruteraan.”Zarif angguk.Memang dia kenal dengan Salmi.Sekali dua waktu mengadakan mesyuarat antara jabatan atau semasa majlis makan malam syarikat.Memang dia jarang berurusan dengan pekerja bawahan nya.Tapi dari wajah Salmi tadi dia tahu Salmi terkejut.
“Lepas ni ada nak ke mana-mana?”Zarif masih mengharap agar boleh bersma Laily lebih lama.
“Nak balik lah.Penat.”
“Ok.”Bunyi nya macam orang kecewa saja.
“Minggu depan saya nak ke Perak.Nak ikut balik?”Wajah Laily gembira.
“Kalau boleh memang  nak balik.Dah rindu gila dah dengan mak ayah ni.Tapi tak boleh.Sabtu depan diorang suruh kerja.Boring nya.”
“Kerja?Bukan sabtu cuti ke?”Zarif tidak tahu pula yang sabtu hadapan hari kerja.Atau Michele terlupa untuk memberitahu nya.
“Kena kerja sebab kata nak siap kan proposal projek apa entah.Boleh je kan stay back jumaat tu.Tak payah lah nak kacau cuti hari sabtu.Teruk betul  lah big bos kat situ.Agak nya dia tak ada keluarga yang nak di spent time.”Zarif menunduk.
“Apa pula salah big bos?”
“Yelah kalau bukan dia yang bagi arahan macamana pula kami semua kena kerja sabtu ni?”
“Arahan orang lain kot?”
“Dia lah tu.”
“Pernah jumpa big bos?”Laily geleng.
“Habis tu mana boleh judge orang kalau tak pernah kenal?”Laily gigit bibir bawah.Tak baik nya dia kata big bos teruk sedangkan dia sekali pun tak pernah berjumpa lagi.
“Ne jugez pas un livre par la couverture”
“Apa tu?”Sekali lagi Zarif berbahasa perancis.Berbelit lidah Laily kalau ulang sebut.
“Maksudnya jangan tengok orang dari luaran dia.”
“Oh macam pepatah inggeris ‘Don’t judge a book by the cover?’”Zarif angguk.
“Sorry…tapi kan orang cakap big bos tu tak suka berbual dengan pekerja dia.Diorang cakap lagi kan big bos saya tu prince charming.Entah betul entah tidak handsome nya.Lepas tu diorang cerita lagi big bos tu ramai peminat.Ramai pekerja perempuan minat kat dia.”Zarif cuba menyembunyikan senyuman nya.Sudah lama dia tahu kalau dia memang jadi perhatian dan bualan di syarikat.
“So Laily tak minat dia?”
“Ish…kalau handsome pun perangai tak elok buat apa?Hidup ini bukan boleh bergantung pada handsome semata-mata.”
“Saya?Handsome?”Laily ketawa.
“Apalah awak ni.Handsome lah dari yang tak handsome.”Hati Laily berdebar sebenar nya.Mana tidak memang Zarif kacak pun.
“Bagi saya tak perlu nak cari orang yang handsome…kaya tapi kalau tak bahagia nak buat apa.Dapat macam Ahmad Fakruddin Attar tu pun ok lah.”Laily senyum.Tak habis-habis dengan Ahmad Fakruddin Attar.
Zarif ketawa.Dia masih ingat peristiwa di atas pangkin bawah pokok rambutan.Bila Laily bercerita impian nya untuk berkahwin dengan ustaz.
“Tapi tak semua orang kaya tu jahat Laily.”
“Saya tak kata macam tu.”
“Ada juga orang kaya yang sebaik Ahmad Fakruddin Attar awak tu.”Laily ketawa.Zarif bagai terpesona seketika.
“Alah itu angan-angan saja lah.”Laily masih senyum.Zarif pandang Laily.Kali ini bukan dari mata.Tapi dari mata hati nya.Dia yakin bahawa inilah bidadari nya.















“Berdating balik pukul berapa semalam?”Belum sempat dia menarik kerusi Salmi sudah menyergah nya dari belakang.Laily perasan Hakim turut sama melemparkan pandangan ke arah nya bila Salmi berkata demikian.
“Tak ada makna nya dating kak.”
“Siapa semalam tu?”Salmi masih belum yakin kalau Laily tidak tahu bahawa Zarif itu sebenar nya CEO disini.
“La kan dah cakap itu anak angkat mak long Resha.”
“Kak Salmi…”Belum sempat Salmi bertanya lebih lanjut Jessica memanggil.
“Ada apa Jes?”
“Bos nak jumpa you up stair.”
“Ha tu bos nak jumpa akak.Boleh lah akak pandang wajah handsome bos tu lama-lama.Saya juga lah yang mati beragan tak dapat jumpa big bos.”Salmi senyum.Betullah Laily tidak tahu siapa sebenar nya Zarif.

Salmi ke tingkat 8.”
“Puan Salmi…bos nak jumpa you sekarang.”Michele membawa Salmi ke bilik Zarif.
“Ok you boleh keluar Michele.”Michele angguk sebelum melangkah keluar.
“Have a seat.”Zarif bangun menuju ke sofa berangkai tiga.Duduk di tempat kegemaran nya mengadap Salmi.
“Saya rasa awak tahu kenapa awak di panggil kesini hari ini.”
“Saya boleh agak kenapa.”Zarif senyum.
Its about Laily..sorry..Aresha.”
“Kenapa dengan Resha bos?”Zarif diam sejenak.Sejak semalam dia jadi tak sedap hati.Takut semua nya terbongkar dihadapan Laily.Dia belum bersedia memberitahu laily kebenaran.Apatah lagi meluah kan rasa hati nya yang semakin menyayangi gadis itu.
“Saya tidak mahu awak dedah kan siapa saya sebenarnya pada Aresha.”
“Maksud nya Resha tak tahu yang dia keluar dengan bos dia?”Zarif menggeleng.
“Saya kenal Aresha sebagai Zarif.Bukan CEO Metro Group.”
“Nanti-nanti dia tahu juga bos.Lagipun bos kerja satu bangunan dengan dia.”
“Itu saya akan handle nanti.Buat masa ini saya tak mahu bagitahu dia kebenaran lagi.”
“Tapi kenapa bos?Kan senang kalau bos bagitahu je bos siapa?”
“Belum masanya lagi Salmi.One day…One second dia akan tahu.”
“Bos suka kan Resha ke?”Zarif senyum.Salmi tahu dia sudah dapat jawapan dari soalan nya.
“Is she’s ok?”
“Dia ok.Cuma bos tahu ke pasal Hakim.?”Zarif angguk.
“Dia masih ganggu Aresha?”Salmi angguk.
“Tiap-tiap hari bos.Kasihan saya tengok Resha.Bos dah cakap ke bos suka kat dia?”Zarif geleng.
“Baik bos cepat.Sebab hakim tu tengah dok pujuk Aresha balik pada dia.”Zarif tahu tentang itu.
“Kalau dah jodoh tak kemana kan?”Suka nya Salmi tengok bos yang seorang ini senyum.
‘Bertuah nya Aresha jadi Victoria Beckam lah lepas ni.’














“Kena pergi juga ke kak?Tak boleh ke Jessica gantikan Resha?”Laily masih berharap.
“Tak boleh lah sayang….Jess kena pergi site dekat Bukit Tinggi.You need write some report on the sport masa meeting tu juga.”Laily mengeluh.Bukan kerana terpaksa bekerja luar tapi kerana terpaksa ikut Hakim jumpa pelanggan syarikat.
“Ok lah nak buat macamana kan?Tuntutan kerja.Tapi kalau si Farah tu mengamuk akak jawab ye…”Salmi senyum.
“Ok akak bertanggungjawab.Sorry tapi dah tak ada orang yang nak ikut Hakim.Report tu penting pula tu.”Berat betul hati Laily nak pergi dengan Hakim.Berdua pula tu.Dari meja nya dia Nampak Hakim tersenyum-senyum.Ialah Kak Salmi dah maklumkan pada Hakim terlebih dahulu.Mestilah Hakim sedang bergembira sekarang ini.
Sedang dia mahu bersiap-siap telefon bimbit nya berdering.
“Hello.”Laily jawab tapi macam orang hilang semangat.
“Lemah je suara.Sakit ke?”Mungkin suara Zarif di talian sebelah sana meredakan sedikit rasa marah nya.
“Memang sakit pun.Sakit hati.”
“Dah kenapa pula?”
“Tak ada apa-apa lah.”
“Sakit hati kenapa ni?”
“Kena buat kerja luar dengan ex-fiancee.”Sengaja Laily tekan kan perkataan bekas tunang itu pada Zarif.
“Laily kena keluar dengan Hakim?”suara Zarif sedikit risau.
“Tepat sekali.Ok lah..ada apa-apa ke call orang ni?”
“Mentang-mentang nak keluar dengan Hakim terus nak letak telefon ye?”Laily mengeluh.
Sudah lah dia masih sakit hati kena kerja luar dengan Hakim.Sekarang Zarif pula tambah kan sakit hati nya lagi.
“Ok memang seronok sangat sampai tak sabar-sabar nak keluar dengan dia.Puas hati?Oklah bye.”Memang dia betul-betul tak ada mood.
Telefon nya berdering sekali lagi.Nama David Beckam tertera.Memang Laily letak nama David Beckham untuk talian Zarif.Laily pandang sekilas sebelum telefon nya di matikan terus.Sebelum itu sempat dititipkan satu mesej pada Zarif
-Orang nak pergi dating jangan kacau.!!!






“Michele…kenapa jabatan engineering yang kena attend meeting dengan Maju Jaya Holding hari ini?”Michele sedikit terperanjat dengan kehadiran Zarif tiba-tiba di meja nya.
“Bukan you ke yang suruh I bagi arahan pada engineering department untuk meeting hari ini.lagipun meeting hari ini melibatkan department itu.”Michele pelik dengan sikap Hakim.Semalam Zarif yang bagi arahan.
“Ok…I nak you suruh Redzuan pergi dengan Hakim.”
“Tapi you nak report tu on the sport.Thats why I suruh their setiausaha pergi sekali.”
“Call diorang sekarang I nak Reduan pergi dengan Hakim.Report tu boleh tunggu.”Michele hairan dengan sikap Zarif.Tidak pernah Zarif bersikap macam ini selama ini.Apa salah nya kalau Hakim pergi dengan setiausaha.Boleh terus buat report masa tu juga.
Michele hubungi jabatan kejuruteraan.bercakap seketika dengan Salmi.
“Sorry Rif.diorang dah pergi.”zarif menumbuk meja perlahan.Terus berpusing masuk kembali ke bilik.Di cuba nya sekali lagi mendail talian laily.Tapi hanya mesin yang menjawab.Hati nya sudah tidak tenteram.Dia tahu Laily marah kan nya.Memang dia tidak patut cakap macam tu sedangkan dia tahu Laily tengah marah.
‘Bodohnya kau Zarif.’



Zarif masuk pejabat awal hari ini.Semalam sehari suntuk dia cuba telefon Laily.Tapi talian masih di matikan.Dia tunggu Laily balik tapi sampai jam 8 malam Laily masih belum muncul di parking lot.
“Salmi..Laily…sorry Resha dah masuk ofis?”Salmi terkejut juga bila big bos hubungi talian terus ke meja nya.
“Maaf bos Resha tak masuk ofis hari ini.Dia MC.”
“What?MC?Kenapa?”Salmi mengurut dada nya bila bos nya yang seorang ini menjerit.
“Entah.Mana saya nak tahu bos.Dia call saya subuh tadi bagitahu dia MC.”Memang pagi tadi dia dapat panggilan telefon dari Aresha yang menyatakan gadis itu tidak sihat dan cuti sakit.
“Habis tu kereta dia kat parking lot tu?”Salmi senyum.
‘Em..ini mesti ada yang tak kena ni.’
“Mana ada dah bos.Semalam kalau tak silap dia bagitahu pukul 10 dia datang ambil.”
“Ok.Kalau dia ada awak tolong bagitahu saya.”
“Ok bos.”
Zarif memicit-micit kepala nya.Sudah lah semalam dia macam orang nanar sebab tak dapat bercakap dengan Laily.Hari ini Laily pula MC.Hati nya tidak tenteram sebelum dapat bercakap dengan Laily.Semalam Laily matikan telefon dengan rasa marah.Zarif jadi tidak enak.Dia tahu Laily marah dengan kata-kata dia semalam.
Berkali-kali di cuba nya telefon Laily semula.Tapi masih sama.Talian di matikan.Zarif mati akal.Dokumen di atas meja langsung tidak di buka.
“Zarif…Mr Hakim nak jumpa you about meeting semalam.”Michele muncul di muka pintu.
“Ok suruh dia masuk.”
Zarif betul kan duduk.Bertemu pesaing ya Zarif.Hati nya berkata sendiri.Dia mahu lebih segala nya dari Hakim.
“Selamat pagi bos.”
“Pagi.Ada apa awak nak jumpa saya.?”Dia berpura-pura serius.
“Saya nak serahkan laporan mesyuarat dengan Maju Jaya Holding semalam.Nampak nya kita tak ada masalah untuk bekerjasama dengan diorang.”Zarif ambil laporan 5 muka surat dari tangan Hakim.Dia menyemak seketika.
“Awak yang tulis report ni?”Hakim senyum.manalah dia tahu macamana nak tulis laporan.Kerja-kerja teknikal bangunan dia tahu lah.
“Tak.Our department secretary yang buat laporan ini semalam.”Zarif angguk.Dia senyum nipis.Hasil kerja Laily.tak dapat jumpa orang tengok tulisan pun jadi lah Zarif ye.
“So kenapa dia tak ada sekali hari ini?”Hakim diam seketika.
Berani nya Zarif Tanya kenapa Laily tak datang sekali.Mentang-mentang Laily cuti hari ini boleh lah suka-suka hati Tanya soalan cepu mas itu.
Macam berani je Zarif Tanya kenapa Laily tak datang sekali.Padahal kalau laily datang pejabat tentu dia menyorok dalam bilik air sehari suntuk.
“Semalam dia cakap tak sihat.Saya rasa dia cuti sakit hari ini bos.”
“Kenapa?Dia demam ke?”Hakim sedikit terkejut dengan perubahan suara Zarif.Lebih kepada orang yang cukup risau.Zarif baru tersedar.
“Maksud saya dia demam teruk ke?”
“Harap nya tidak lah bos.”Zarif angguk.
“Em…Hakim.Saya dengar awak nak kahwin dengan Farah budak marketing tu ye?”Hakim tersentak.
‘Ish macamana pula big bos boleh tahu hal peribadi dia ni?Tapi yelah hal dia dengan Farah memang boleh dikatakan semua staff tahu.Tahu dari mulut Farah sendiri lah.Tidak mustahil kalau hal itu sampai ke pengetahuan Zarif.
Konon-konon nya kata Farah kalau staf perempuan tahu yang dia special girlfriend Hakim tak ada siapa lah berani pikat Hakim kat sini.
“Tak sure lagi Encik Zarif.Kita merancang je Tuhan yang tentukan.Kalau ada jodoh ada lah.”
“Hai bunyi macam tak seronok je.Biasa orang nak kahwin ni happy.Ke hati awak dah beralih arah?”Zarif masih mahu menduga.
“Susah nak cakap pasal hati ini Encik Zarif.”Zarif cuba senyum walaupun hati nya sebenar nya sakit sedikit.
“Ok lah..nanti kalau nak makan nasi minyak jangan lupa jemput saya.”
‘Cepat-cepat lah kau kahwin dengan Farah tu Hakim.’
“Inshaa Allah bos.Saya keluar dulu.”Zarif angguk.Di ambil nya laporan yang di taip Laily semalam.Zarif tidak baca tapi langsung di bawa ke dada nya.Rindu nya bertandang lagi.Wajah Laily menghias kornea nya.














“You tahu taka pa yang you buat semalam tu salah?Kalau bos tahu you serang I kat tempat meeting bukan kata you dengan I sekali kena berhenti kerja tau.”Farah menejeling.Dia masih merasakan dia tidak bersalah.apa yang dia buat semalam hanya mempertahan kan hak dia.Dia tidak mahu Hakim dirampas oleh Laily.
“So you nak menangkan perempuan tu lah?Sebab dia bekas tunang you?Sebab you pernah bersama dia dulu?Atau sebab you masih sayang kan dia?”
“Bercakap dengan you kan tak pernah habis tau.You tahu tak nasib baik semalam dah habis meeting.Kalau tak I tak tahu lah apa nak ajdi.Yang you nak serang Laily kenapa?Dia buat salah dengan You ke?”
“Oh…so you kata tak salah lah apa you dengan dia buat semalam?”
“I buat apa Farah?Itu kan pasal kerja?Yang you nak marah tak tentu pasal kenapa?”
“Dah tak ada orang lain boleh pergi dengan you?”
“Laily tu secretary my department.Takkan you nak I pergi dengan Reduan and suruh budak mechanical tu tulis report and hantar pada CEO?You tak boleh fikir ke semua tu sebelum you datnag serang I semalam.?”memang Hakim marah dan malu.Farah tiba-tiba muncul dan marah-marah pada Laily.
“Habis tu nak biarkan you seronok dengan Ex-Fiancee you tu?”
“Susah  kalau cakap dengan orang yang tak faham bahasa macam you ni Farah.Sebab itu lah setiap kali jumpa kita mesti bertengkar.Sebab you tak pernah nak dengar pendapat orang.Kalau macam ini baik kita putus saja.”
“Oh..jadi sekarang nak putus pula?Semua sebab perempuan tu kan?”
“Susah cakap dengan you ni.”Hakim mendengus.Berang dengan sikap Farah yang tak faham bahasa.
“I tak nak you ada apa-apa hubungan lagi dengan perempuan tu Hakim.You ingat sikit ye…I yang bawa you masuk kerja kat sini.So you jangan nak pandai-pandai menggatal dengan orang lain.”Farah bagi amaran.
“Suka hati you lah Farah.Kalau I tak jadi kahwin dengan you bukan sebab Laily.Tapi sebab sikap you sendiri.”Hakim lantas bangun meninggalkan Farah.Memang dia kesal dengan sikap Farah.Dia marah kan Farah atas kejadian semalam.
‘Aduh pening kepala aku.’
Farah menahan hati.Kalau tak ada orang di sini agak nya sudah lama dia hysteria.Semua nya kerana Laily.Dalam hati dia menyimpan tekad.Laily akan di tolak jauh dari hidup Hakim.Malah kalau perlu dia juga akan singkirkan Laily dari metro Group.





Mata Zarif sudah hampir terlelap bila dia Nampak kelibat Laily keluar pagar.
‘Aduh dah sehari suntuk aku duduk dalam kereta ini baru dia keluar rumah.’Mana tidak nya dari tengahari tadi dia disini.Di hadapan rumah Laily menunggu Laily keluar.Sudah lah rumah Laily tak ada loceng.Tadi puas diketuk mangga di pintu pagar tapi tak ada siapa pun keluar.Dia tahu Laily ada dalam rumah sebab kereta Laily elok di parkir dalam garaj.
“Laily…”Zarif menjerit.
Laily yang baru nak ke kedai baru perasan ada sebuah kereta di seberang jalan rumah.
‘La..mamat ini buat apa kat sini?’
“Awak buat apa kat sini?”Memang dia terperanjat dengan kehadiran Zarif yang tiba-tiba.
“Tunggu awak lah.”
“Tunggu saya nak buat apa?”
“Call tak jawab.Sms saya awak tak balas.Saya punya lah ketuk mangga rumah awak tadi tapi tak ada respon pun.Sudah nya saya tunggu je lah kat sini.”Laily ketawa.
“Orang tidur lah tadi.Mana nak dengar.”
“Tidur mati ke apa?”Zarif senyum nipis.
“A..ah..kalau mati terus kan bagus.”
“Subhanallah.Apa cakap macam tu?Tak baik lah.”
‘Alah baik nya mamat ni.’
“Sorry…ini apahal cari orang ni?”Laily menyandar di kereta proton Waja.
‘Dah kereta lain pulak?’
“Sorry pasal semalam.”
“Pasal apa?”
“Saya cakap awak tak sabar nak keluar dengan Hakim?”Laily mahu sahaja memuntahkan ketawa nya melihat wajah Zarif yang macam pesalah dalam kandang tertuduh.
“Tak ada apa lah.Tak fikir pun pasal tu.”
“Betul ke?”Laily angguk.
“Habis tu kenapa matikan handphone?”
“Sorry…semalam memang tak ada mood sangat-sangat.Kena serang masa kat meeting.”
“Siapa serang awak?”
“Boleh tak kalau masuk kereta awak.Malas lah nak sembang tepi jalan macam ini.Nanti jadi bahan gossip pula kat taman ini.”Zarif senyum.Memang itulah hajat nya pun.
“Ok.Jom.”Di buka kan kereta sebelah penumpang.
‘Ala-ala prince charming buka kan pintu kereta kuda untuk Cinderella.Berangan sajalah Laily.’
“Ok ceritalah.”Kereta Waja yang  Zarif pinjam dari pemandu keluarga nya mula bergerak keluar dari taman perumahan Laily.
“Farah bekas tunang Hakim serang saya semalam.Ada ke dia kata saya saja ambil kesempatan nak dating dengan hakim.Huh bagi free pun saya tak nak tau.”
“Habis tu teruk ke?”
“Apa yang teruk?”
“Teruk ke dia serang Laily?”Kenapa ye setiap kali Zarif sebut nama Laily hati Laily bagai baru lepas berlari berkilometer jauh nya.
“Tak ada lah sampai adegan tarik menarik.Tapi saya sakit hati juga bila orang tuduh saya macam tu.Hakim tu bagi free pun saya tak nak balik.Orang macam tu elok bungkus ikat buang dalam laut je.”Zarif senyum.
“Betul ke Laily tak ada perasaan pada Hakim lagi?”
“La..awak pun tak percaya juga Zarif?Suka hati lah.Saya ni jenis malas nak ulang siaran.Kalau dah itu,itu lah jawapan saya.Tak ada pembetulan lagi dah.”Senyuman Zarif semakin melebar.
“Sorry.”Laily angguk.
“Ini kereta siapa pula ni?Mana BMW awak?”
“Ini kereta kawan.Saya pinjam.Kan dah cakap BMW tu kereta company.”Laily angguk.
“Habis awak tak ada kereta?”Zarif pandang Laily seketika dengan senyuman di bibir sebelum kembali pada jalan raya dihadapan.
“Kalau saya tak ada kereta awak tak nak kawan dengan saya?”
“La..kenapa cakap macam tu pula?”
“Ye lah mana nak tahu kalau awak nak kawan dengan saya sebab BMW tu je?”
“Eh..cakap baik-baik sikit ye.Oh selama ini awak ingat sebab BMW awak tu lah saya nak kawan dengan awak.Eh encik Zarif kalau sekalipun awak tu Cuma ada basikal tua je….saya tetap kawan juga tau.Saya berkawan ikhlas yang awak cakap macam ni kenapa?Ingat saya ini materialistik ke?Oh baru saya tahu rupa nya ini tanggapan awak pada saya selama, ini ye?”
Zarif sedar dia tersilap kata sekali lagi.
“Sorry saya tak maksud macam tu.”
“Sorry naik lori lah.Dah stop kat sini orang ambil teksi balik.Ingat nak ajak pergi makan.Orang ni dari pagi tadi tak makan apa-apa lagi.Tup-tup kena makan hati petang-petang macam ini.”
“Saya minta maaf Laily.Saya tak maksud pun macam tu.Sorry ok.”Laily buat-buat tidak tahu.Pandangan nya dihalakan keluar.Saja nak tunjuk protes di hadapan Zarif.
“Laily jangan macam ini.Saya minta maaf ok.Minta maaf sangat-sangat.”Laily masih diam.
‘Best juga kena pujuk macam ni.’Nakal nya Laily biar Zarif diburu perasaan bersalah.
“Laily..pandang saya.Saya tak bermaksud pun nak cakap Laily materialistik.”Laily masih buat tidak tahu.
“Turunkan saya kat bus stop depan tu.”Mulut nya dimuncungkan ke hadapan.
“Laily…”
‘Aduh….boleh buat aku cair betul lah mamat skema ini.”
Tiba-tiba Laily rasa tangan nya panas.
Jantung Laily nak gugur dah bila tengok Zarif pegang tangan dia.
“Eh ni apa pegang-pegang orang ni.”
“sorry.”Zarif menarik kembali tangan nya.



Zarif memeberhentikan kereta nya di Restoran Asam Pedas.
“Jom lah kata nak makan.”
“Tak lapar dah kenyang.”Zarif buka tali pinggang keledar.Tubuhnya dipusing mengadap Laily.Lama Laily direnung.
Laily sudah tidak tentu arah.Nadi nya dah macam tak normal.
“Jom lah.Saya tahu Laily lapar.Kan dari pagi tadi tak makan?”
“Orang cakap dah kenyang tu dah kenyang lah.”Sudah-sudah lah Laily.Kasihan Zarif asyik memujuk sahaja.
“Kalau tak nak makan temankan saya makan boleh?”
‘Alahai kasihan pula Laily.Lagipun lagi lama Zarif dok pandang dia macam tu mahu malam ini juga dia ajak Zarif nikah.”
“Jom.”Laily terus keluar.Zarif senyum nipis.
“Laily nak makan apa?”
“Kan tadi cakap dah kenyang.”Sebenar nya perut dia memang berkeroncong pun.Apa tah lagi dengan bau bunga kesum asam pedas dalam restoran ini.Menggugat iman betul lah.
“Ok..bawakan dua set nasi ye.Air fresh orange.”Zarif membuat pesanan.Laily buat-buat pandang keluar.
“Makan nasi ye.Perut kosong tu.Nanti sakit susah pula.”Laily buat endah tak endah.
‘Sweet juga Zarif ni.’
Lima belas minit kemudian makanan sampai.Zarif letakkan sepinggan nasi dihadapan Laily.Terliur nya Laily tengok asam pedas yang masih berasap dalam mangkuk.
“Makan lah.”lagi terliur bila tengok Zarif mula melakukan suapan demi suapan ke dalam mulut.
‘Ish mana tahan macam ini.’Laily mengalah.Asam Pedas ditambah perut nya yang sedang berkeroncong meleraikan ego nya.Zarif senyum melihat Laily makan.Dia tahu laily memang lapar sangat.
“Tambah nasi kosong satu lagi boleh tak?”Zarif hampir sahaja mahu ketawa.Tapi di tahan nya tidak mahu Laily tersinggung.
“Dik nasi kosong dua lagi ye.”Kenapa ye tiba-tiba dia juga amat berselera sangat hari ini.
“Orang makan ini bukan sebab orang dah lupa apa awak cakap ye.Makan ini sebab lapar gila and satu lagi sebab asam pedas ikan pari ni memang favorite orang.”
“Ok saya salah.Cakap tak fikir dulu.Sorry ye.”Laily angguk.
“ok.”Dia senyum sikit.Wajah nya diangkat memandang Zarif.Dan Zarif juga sedang memandang kea rah nya.
Dengan Laily dia tidak perlu menjadi Ahmad Zarif Tan Sri Zakuan CEO Metro group.Dengan Laily dia rasakan dia Zarif sewaktu diatas padang rumput di Kentucky bersama Iskandar dan Darieka.
‘Bila mata hati berbicara…hanya jiwa yang mendengar suara nya.’





An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone,
 the rooms are getting smaller.
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.
Zarif menyanyi girang.Lagu westlife My Love berkumandang dari bibir nya.
“Happy Nampak Zarif?”Zarif senyum pada Michele.Michele pelik dengan sikap Zarif sejak akhir-akhir ini.Semalam bukan main marah lagi hari ini senyum sampai telinga.
“Alah salah ke I nak happy-happy Michele?”
“salah tu tidak tapi yesterday you punya templer I pun takut tau tak?”
“Sorry ok.Semalam I ada masalah sikit lah.”Zarif senyum sebelum ke bilik.
“Zarif hari ni you ada meeting sekejap lagi dengan jabatan pemasaran dan kejuruteraan.”
“Cuma staff yang terlibat sahaja kan?”Mahu Zarif tak risau.Buat nya Laily ada sekali baru haru.Dia baru sahaja nak memenangi hati gadis itu.
“yelah…takkan ofis boy pun you nak ajak meeting sekali.”Zarif senyum.Michele semakin pelik.
‘Agak nya perangai orang sedang di lamun cinta macam ini lah.











Zarif mula rimas bila Alisa mengambil tempat berdekatan dengan nya.Ada Farah dan Hakim juga.Salmi dari tadi senyum-senyum pada nya.Anggukan Salmi Zarif tahu yang Laily sudah masuk kerja kembali.
So,we just make short meeting today.I want full presentation from every department.”Alisa senyum-senyum.Dia berdiri dan terus membacakan laporan jabatan yang diketuai nya.Zarif dengar dengan penuh minat.Bukan minat pada suara Alisa tapi pada laporan yang dibentangkan jabatan pemasaran.
Selesai semua memberi penjelasan tentang laporan masing-masing Zarif bersuara.
“I heard something bad two days ago.Mr hakim anything yang you tertinggal untuk lapor pada saya?”Zarif sengaja sebenar nya.Sengaja menggunakan kuasa CEO untuk kenakan Farah dan Hakim.
“What do you mean sir?I don’t understand.Rasanya semua laporan dah dibentangkan.”
“I mean….kisah perang di Meeting room dengan Maju Jaya Holding.”Zarif Nampak wajah Farah sudah merah menyala.
“Er…I….I…just don’t know how to explain.”Hakim terkedu.Tidak sangka pertengkaran Farah dan Laily sampai ke pengatahuan big bos Syarikat.Hakim pandang Farah yang sudah menunduk.
“I don’t want any personal problem menjejaskan syarikat.There have a lots people are wathching your action.”
“I’m so sorry bos.I promise it won’t happened again.”
“Please make sure it Hakim.I don’t mind you all nak bercinta ke nak kahwin ke…but please jaga reputasi syarikat.This is my warning.”Sebaik sahaja berkata begitu Zarif terus bangun.
“Rif wait.”Langkah Zarif terhenti.
‘Apa lagi lah perempuan ni nak?’
“Ye cik Alisa you nak apa ni?”
“I nak ajak you lunch.”zarif mengeluh.
“sorry lah I dah ada lunch date.”Zarif kerling jam di tangan kiri nya.Teringat  janjinya untuk makan tengahari dengan Laily di Mc Donalds.Ini pun dah lewat.Nampak nya kena tukar baju dalam kereta lah.Takkan nak jumpa Laily dengan pakaian formal macam ni.Lagi satu dia kena turun awal dari Laily.Takut terserempak dekat lif baru haru biru hidup dia.Kadang-kadang Zarif pun tidak tahu sampai bila dia harus merahsiakan perkara sebenar dari pengetahuan Laily.
“Rif you dengar tak apa I tanya?”Berangan kan Laily sampai tak sedar Alisa depan mata.
“Sorry.You tanya apa?”
“You nak keluar dengan perempuan hari tu ke?”Zarif angguk.Dia pantas berlalu.






“Dah tengok apa sebab dari tindakan bodoh You?”Farah tunju kan keras kepala.
“Apa pula Encik Zarif tak ada hak masuk campur urusan peribadi kita.”
“When its about work dah tentu dia boleh masuk campur.”Farah mendengus.Dia tahu dia silap.Tapi dia tak akan mengaku kesilapan dia.















“Awak lambat?”Laily ketawa kecil.
“Sorry dah nak keluar tadi stuck dengan kak Salmi.Petang ni kena stayback.Banyak kerja tak siap.”
“Kesian nya…nak saya temankan?”Laily ketawa.Suapan kentang terhenti.
“Kalau company tu saya punya tiap-tiap hari saya suruh awak temankan saya tau.Tapi masalah nya company tu bos saya yang punya.Kalau saya bawa awak bukan je jadi bahan gossip silap-silap haribulan saya kena buang kerja.”
“Ish takkan sampai macam tu sekali?”
“Ye lah mana ada orang bawa boyfriend teman kat tempat kerja.”Laily gigit bibir.Dia tahu dia tersalah cakap.Dan dia tahu Zarif sedang tersenyum saat ini.
“Kira-kira saya ni boyfriend awak ke?”
“jangan nak perasan lah.”
‘Huh macamana boleh tersalah cakap ni?Kan dah malu sendiri Laily’.Mahu sahaja diketuk kepala nya dia atas meja saat ini.
“Tak payah buat muka macam tu.”Lagi lah Laily malu bila Zarif tegur dia macam ini.
“Mak saya cakap ada orang nak masuk meminang saya.”Zarif tersedak.
“Awak minum perlahan lah sikit.Kan dah tersedak.Laily hulurkan air mineral pada Zarif.
“Apa awak cakap?Mak awak kata ada orang masuk meminang?”Laily angguk.
“Habis tu diorang terima ke?”
“Terima rasa nya.”Zarif terdiam.
“Lagipun ok lah kan pilihan mak bapak.”
“Awak suka?”Laily angguk lagi.
“Suka lah.Kenapa?”Zarif geleng.
“Awak ni kenapa?Dah jadi bisu pula?”Bila  Zarif sudah tidak seramah tadi Laily bersuara.
“Tak ada apa-apa lah.Jom nanti lamabt.”
Tanpa memandang Laily Zarif terus bangun.
“Zarif tunggu.”Laily cuba mengejar tapi langkah Zarif terus di hayun laju.
“Zarif….”Panggilan Laily yang terakhir berakhir dengan dentuman.Zarif baru tersedar Laily megejar nya.Dan hila dia berpusing,tubuh Laily sudah berlumuran darah.
“Laily….”
































5 comments: