Sunday, 14 July 2013

alvin tan dan vivian

saya tertarik untuk berkongsi cerita tentang sepasang pasangan kaum cina yang menimbulkan kemarahan di hati umat islam(saya tak cakap melayu sebab islam itu agama sejagat.Bukan melayu sahaja yang beragama islam dekat Malaysia sendiri pun ada cina india iban dan lain-lain yang memeluk agama islam.)
Samada mereka sengaja atau tidak menyentuh sensitiviti umat islam hari ini.
Berkongsi satu cerita dimana satu ketika dahulu saya pernah berkawan rapat dengan dua orang yang berbangsa cina dimana lelaki itu beragama kristian dan wanita beragama budha.Walaupun kami berlainan bangsa dan agama tapi kami mampu untuk berkongsi cerita dan masalah.Bukan untuk membanggakan keturunan dan bangsa mereka cuma apa yang saya ingin katakan disini tidak semua bangsa cina sepertimana Alvin dan Vivian.
Chaterine Chia dan Peter Alexander saya masih mengingati mereka sehingga hari ini kerana mereka lah yang banyak membantu sayan tanpa mengira samada saya melayu.Berbalik kepada Alvin dan vivian saya sendiri tidak pasti samada kedua nya sengaja mencipta kontroversi atau publisiti murahan.Tapi percaya lah bahawa provokasi yang sengaja dicetuskan kedua nya hanya mengundang kemarahan umat islam.
Saya tahu masyarakat cna sendiri ada yang meyokong namun apa yang saya lihat di Malaysia ramai yang membantah dan tidak menyokong sama sekali apa yang dilakukan oleh pasangan tersebut.Malah nampak nya mereka masih belum sedar dan menjadi marah apabila akaun facebook mereka ditutup.
jawapan Alvin 'Saya hanya buat kelakar.'dan malang nya perkara itu langsung tidak boleh dijadikan bahan jenaka apatah lagi dia seolah-olah mempermainkan bulan ramadhan yang dianggap mulia oleh umat islam.
kita berlainan agama,berlainan bangsa,warna kulit dan keturunan tapi kita hidup dan bernafas di atas bumi yang sama.tidak perlu saling senda mempersendakan antara sesama kita.

kredit untuk kawan saya yang berketurunan india (mendiang Kesavan Kesu)yang banyak bagi sokongan moral pada saya satu waktu dulu.

No comments:

Post a Comment