Seteduh Grahara….
(sambungan
samudera indah nian.)
Sesungguhnya
penderitaan dan kesakitan yang di uji menambahkan kekuatan dan keinsafan
didalam diri ini.Buat suami dan anak-anak serta teman-teman yang tidak jemu
memberikan sokongan…terima kasih diucapkan.
Mazni
darwisya………30.05.2010
Walaupun
kita berpisah tapi hati kita tetap satu…..
Andai
dapat kuundurkan putaran dunia…..
Ingin
kuubah semula kata-kata
Dan
tingkah lakuku…yang salah
Agar
kita dapat meniti di mercu asmara
Tak
ingin lagi dan tak mahu lagi..
Berpisah
bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan
yang tak ada kesudahan
Kutersepit
dalam jerat sendiri…
Prolog
MERENUNG butiran pepasir seakan
mengutip memori lama yang semakin ditinggalkan pergi.Samudera luas dipandang
sepi.Bagai tiada ombak,angin mahupun burung-burung berterbangan.Sedangkan
hakikatnya,semilir angin berhembus lembut,ombak tetap setia memukul pantai dan
burung-burung terbang bebas di awan. Mengutip memori lama bagaikan menambah
garam keatas luka.Pedih dan perit.Ingin sekali dibuang segala keperitan dan
kesedihan ini ke tengah samudera luas,biar dimakan jerung,biar dikutip angin
tapi tak akan semudah itu.
Kisah Yasmin dan Amru yang diharap
bahagianya hingga ke syurga seperti kisah cinta Adam dan Hawa rupanya hanya
separuh jalan.Bukan kehendak hati semuanya terjadi.Tetapi takdir yang ditulis
sejak azali.Perkongsian hidup mereka Cuma setahun.Pedih bila ditinggalkan pergi
walaupun itulah keinginan hati.Keinginan hati yang dipaksa barangkali.
Setahun tempat ini Yasmin tinggalkan.Namun
tiada yang berubah.Pantainya tetap begitu,biru lautnya tetap sama seperti
pertama kali dia kesini dibawa Amru.Kapal-kapal perang masih kelihatan ditengah
samudera.Yasmin mengesat airmatanya yang mula mengalir.Setahun lamanya tiada
berita dari Amru.Sudah kahwinkah dia?Sihatkah dia?tulah yang naluri Yasmin
terlalu ingin tahu.Jauh dari itu rasa rindu pada Amru sudah terlalu lama
bertapak didalam hati.
“Am….”Bisikan halus yang Cuma
kedengaran dicuping telinganya menyentuh rasa hati Yasmin.Mengakui hakikat yang
dia merindui Amru hatinya kalah.Serasa mahu sahaja dipusing putaran jam untuk
dia berpatah balik setahun yang lalu.Saat Amru meyakinkan dia bahawa hanya dia
dihati Amru.Ingin sahaja dia kembali mengubah sejarah tatkala kakinya melangkah
ke mahkamah syariah.Memohon undang-undang melepaskan dia sebagai isteri Amru
yang sah.Tapi Yasmin tahu masa takkan boleh diundur walau sesaat.
“Sedetik
yang berlalu adakalanya menjadi sejarah sepanjang hidup..”
Yasmin masih
ingat kenangan itu.Kenangan ketika dia bersama Amru Iskandar.Kenangan yang tak
mungkin dia lupakan seumur hidup nya.Kenangan yang sentiasa menemani nya sampai
bila-bila.Yasmin masih ingat bagaimana hidup mereka di kucar kacir kan oleh
leftenan Maya Athira.Tapi waktu itu dia tetap sahaja bersama Amru walau ada
rasa marah dihati.Dia ingat lagi bagaimana Amru tetap setia menanti dia dengan
rajuk nya yang panjang.Berduaan bersama Amru di tepi pantai,menghabiskan masa
di istana kecil mereka di Venice park atau sahaja saat dia berdansa bersama
Amru di atas kapal di malam kenaikan pangkat Amru satu waktu dahulu.
Dahulu Amru
tidak memujuk tapi Yasmin tahu Amru tidak akan pernah tinggalkan diri nya.
Amru
Iskandar…..memiliki mu adalah kenangan terindah yang pernah ada dalam hidup
yasmin Nur Raihan.
1
“MIN yakin dengan apa yang Min buat
ni?”Yasmin memandang lelaki beruniform putih dan bersongkok hitam dihadapannya
ini.Hanya sekilas.Yasmin mengangguk.Matanya dibuang pandang kearah lain.Bimbang
hatinya cair melihat Amru.Min tak sanggup Am..Min takut Min akan ubah keputusan
Min kalau Min pandang wajah Am.
“Bila Am lepaskan Min…Am tak akan
berpaling lagi.”Yasmin cuba
menahan sebak didada.Kata-kata Amru menusuk kegegendang telinganya.Bagai satu
ugutan.Hatinya bercelaru.Bersenandung lagu yang tidak tahu irama nya.Dia
langsung tidak memandang Amru yang duduk disebelahnya.Oh Tuhan..inikah dugaan.
“Ini yang terbaik buat kita berdua
Am.”Hampir tidak terkeluar kata-katanya.Seakan berbisik halus.Tapi cukup untuk
sampai ke telinga Amru.
“Min tak mahu fikir lagi?”Yasmin
menggeleng.
“Baiklah kalau ini yang Min
mahukan…Am akan tunaikan.Tapi kerana Am sayang kan Min.Bukan kerana kemahuan
Am.Kerana Am sayang kan Min..Am akan tunaikan permintaan Min.Kedengaran nafas
Amru ditarik panjang.Tiada lagi kata-kata pujukan mahupun rayuan seperti
sebelumnya.Izhar diam tak terkata.Mungkin sudah puas dia menasihati.Pasti dalam
hati izhar’degilnya Yasmin Nur raihan ni.Atau sahaj paa Izhar Yasmin terlalu
ego.
Amru
bangun.Lima belas minit yang diberi hakim untuk berbincang sudah selesai.
“Yasmin Nur raihan bt Abdullah,saya
Amru Iskandar Bin Borhan dengan ini melafazkan saya ceraikan kamu dengan talak
satu.”Yasmin hampir rebah mendengar lafaz cerai dari Amru.Lafaz yang menjadi
pengakhiran kisah cintanya dengan Amru.Kalau Juliet minum racun sebagai
pengairan cintanya dengan romeo tapi dia menggegarkan tiang Arasy untuk
perpisahannya dengan Amru.
Sebaik
sahaja hakim mengesahkan lafaz tersebut Amru terus menghilang.
Ingin sahaja
kaki Yasmin berlari mengejar Amru,memeluk lelaki itu dan menyatakan betapa dia
amat menyintai Amru Iskandar tapi dia tidak mampu.
Berita
penceraian Yasmin dan Amru mendukakan hati keluarga kedua pihak.Yasmin buat
keputusan tanpa ada perbincangan dengan keluarganya baik keluarga Amru.Hati si
ibu terluka dengan sikapnya.
Berbulan
lamanya Puan Rohana tidak bercakap dengan Yasmin.Begitu juga dengan bekas
mertuanya.Yasmin keliru,sedih dan resah.Bagaikan dialah pesalah dalam cerita
ini.Sebuah ceritera cinta dia dan Amru.
Tapi cuba dikuatkan hatinya untuk mengharungi semua ini.Cuma
Shahudin dan Shakri Iman sahaja yang mahu bercakap dengan Yasmin.Dia bersyukur
sekurang-kurangnya masih ada yang bersimpati dengan dirinya.
Sejak detik itu Yasmin langsung tidak bersua muka dengan
Amru.Amru terus menghilang.Pernah juga Yasmin cuba menelefon ke Kapal
bertanyakan Amru,tapi Amru tidak pernah ada.Atau mungkin sengaja mahu
mengelakkan diri darinya.Ingin bertanya pada Izhar,dia malu.Pada Aina…gadis itu
langsung tidak mahu bercakap dengan dirinya.Yasmin masih ingat kata-kata Aina
“Aina tak
bencikan kak Min…Cuma Aina tak boleh lagi jadi Aina adik ipar kak Min.Cukuplah
luka yang kak Min kirimkan pada abang Am.”Memang Yasmin tersentak.Diakah yang
bersalah?Diakah yang terlalu mengikut rasa?Meruntuhkan sebuah masjid yang
dibina dari restu keluarga?Yasmin hilang bicara malah dia sendiri sekarang
tidak dapat meyakinkan kata hatinya bahawa dia benar.Benar dengan keputusan
yang hanya dibincangkan seorang diri.Tidak terfikirkah adakah itu kata hati
atau bisikan iblis?Tapi Min nasi dah jadi bubur.Terlajak perahu boleh dikayuh
balik terlajak bicara hati merana.
Selepas
menerima surat cerai dari mahkamah,Yasmin membawa diri ke sabah.Menerima tawaran
untuk menguruskan projek Q-C maya yang ditolak setahun dulu.Waktu itu dia hanya
ingin pergi jauh dari daerah ini.Tidak mahu mengimbau kenangannya disini
Hubungannya
dengan Amru terputus terus.Bila balik bercutipun,tiada langsung nama Amru yang
keluar dari mulut keluarganya.Hubungannya dengan Rohana semakin baik walaupun
wanita itu masih menahan rasa sedih.Shakri Iman sendiri sudah dikurniakan anak
perempuan.Kadang-kadang Yasmin cemburu,mungkin kalau perpisahan ini tidak
berlaku dulu,dia dan Amru sudah punya cahayamata.Tapi inilah takdir yang tidak
pernah kita jangka.
Hubungan keluarganya dengan bekas
mertuanya masih baik.Berita terbaru yang dia dengar,Aina telah bertunang dengan
Izhar dua bulan lepas.Tiada seorangpun yang menjemputnya menghadiri majlis
itu.Terkilan!Tapi Yasmin tabah.Dia tahu semua orang menyalahkan dirinya.Biarlah
semoga satu hari nanti mereka memahami perasaannya.
Beberapa bulan lepas dia terserempak
dengan teman Amru kapten Ikmal yang berkursus disandakan.Dari Ikmal Yasmin tahu
Amru sekarang berada di Lubnan.Kata Ikmal sudah hampir setahun Amru disana.Bermakna
ketika dia di Sabah,Am juga tidak berada disini.Adakah Amru juga
sepertinya?Ingin membuang segala sisa kenangannya disini?Atau mungkin sahaja Am
ingin membuang Min dari hati Am.
Kata
Ikmal,Mereka juga jarang berhubung.Ingin ditanya mengenai Amru,Yasmin segan.Apatah
lagi Ikmal juga tahu kisah penceraian mereka .Masakan tidak kerana dia pernah
dipanggil bersama Amru menghadiri sesi kaunseling yang diatur Kor Agama
Angkatan tentera.Dan Ikmal turut sama ada.
Malah
Ikmal,Izhar dan Zarul pernah bertemu dirinya secara peribadi.Cuba memujuk bila
mereka tahu Yasmin memfailkan penceraian di mahkamah.Tapi waktu itu hati Yasmin
seteguh everest.Tidak cair walaupun ditimbun dengan timbunan salji.Pujukan
mereka Yasmin biarkan bagai angin yang bertiup pergi.Apa yang nak dimarahkan
sangat?Pada Am?Atau pada ego dirinya?
Hari ini…setahun berlalu,Yasmin
kembali lagi.Ke daerah yang menyimpan khazanah cintanya dan Amru.Kembali ke
sini seolah-olah membuka semula peti sejarah cintanya yang dikunci lebih
setahun yang lalu.Sejarah yang tersimpan dalam kamus asmara .
Kau dan aku terpisah…
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara ….
2
“Dah habis kemas barang?”Puan Asiah duduk
di sofa biru laut.Dia memandang keseluruhan bilik.Dulu didinding ini penuh
dengan gambar-gambar perkahwinan Amru.Tapi sekarang semuanya kosong.Dan Asiah
tahu begitu jugalah kosongnya perasan anak ini.Kasihannya Am…hati ibu nya
sering merintih.Mengenangkan Amru yang keseorangan jauh di perantauan.tapi Puan
Asiah tahu itulah yang terbaik buat Amru.
“Dah mama…Am bawa sikit je.Lagipun
kat rumah tu banyak lagi baju yang Am tak bawa masa pergi Lubnan dulu.Tinggal
separuh kat sini senang bila balik bercuti nanti tak payah nak bawa
banyak-banyak.Nanti Am balik sana ambil dulu sebelum Am melapor di
Penang.Lagipun Am nak balik lumut sekejap jumpa kawan-kawan lama Am.”Amru
tersenyum memandang Puan Asiah.
Sudah
hampir sebulan dia disini.Menghabiskan cuti yang diberi sekembalinya dari misi
keselamatan PBB di Lubnan.Setahun di perantauan dia tidak pernah pulang ke sini
walaupun diberi cuti.Untuk apa dia kembali kalau hatinya masih sepi.Sesepi
seorang pelaut yang rindukan pelabuhan.
“Am tak nak pergi rumah mak?Selalu
diorang tanyakan Am pada mama.”Amru bangun menghampiri ibunya disofa.Dia diam
sejenak.Pergi rumah mak?Akankah menggamit memorinya bersama wanita itu?
“Insyaallah
mama…memang Am nak pergi.Tapi tak tahu bila.Am…”Ayatnya terhenti disitu.
“Am jangan risau.Dia tak ada.Lagipun
dia dah jarang balik.”Puan Asiah menggunakan kata ‘dia’bagi menggantikan nama
Yasmin.Bimbang hati Amru tercalar lagi.
Amru tersenyum.Bukan
gembira kerana Yasmin tiada tapi sekadar untuk menenagkan perasaan
ibunya.’Maafkan Am mama..kerana Am banyak tumpahkan airmata mama.’
“Am…”Amru memandang sekali lagi pada
ibunya.Jelas kedutan dibawah mata,menandakan ibunya semakin dimamah usia.Tapi
kecantikannya tetap ada.Amru masih ingat kata-kata Tuan Borhan.
‘Datanglah wanita secantik bidadari
tapi bagi papa hanya mama bidadari syurga untuk papa.’Cemburunya dia pada kebahagiaan
mama dan papa.Walaupun sudah dimamah usia tapi kasih sayang mereka tetap
kukuh.Tengoklah sudah 35 tahun melayari hidup sebagai suami isteri,tapi bisa
saja jalan mereka masih berpimpin tangan.
“Ada apa ma?”
“Am tak nak kahwin lagi?”Amru ketawa
kecil.’Kahwin ma?Siapa nakkan Am yang dah dapat gelaran duda ini?’
“Belum lagi mama…mama risaukan
Am?”Puan Asiah mengangguk.Dulu dia izinkan Am ke Lubnan kerana dia tahu hati Am
waktu itu sedang parah.Walaupun Amru tidak pernah menunjuk secara nyata.Hati
keibuannya risau apatah lagi melepaskan anak ke medan perang.Tapi melihat Amru dilapangan
terbang sebulan lalu,hatinya bersyukur.Doanya diterima Tuhan.
“Am…selagi mama adalah mama
Am…selagi nafas mama Tuhan masih berikan…selagi itulah mama risaukan Am dan Aina.Mama
nak sangat sebelum mata mama tertutup rapat,mama nak tengok anak-anak mama
bahagia.”
“Am faham ma…tapi Am belum nak
kahwin lagi.Belum ada jodoh Am mama.”Amru memegang tangan Puan Asiah.Cuba
meyakin kan
ibunya dia tidak ada apa-apa.
“Mama sentiasa ada bersama Am.Am
tidak keseorangan.”
Sebaik sahaja mamanya keluar Amru
terbaring mengadap syiling.Bayangan dan kenangan lama mula menguasai mindanya
kembali.Kenangan yang tak akan pernah dia lupakan seumur hidupnya.Kenangan yang
sentiasa menghimpit jiwanya kemana sahaja.
3
KUNJUNGAN
Amru ke rumah Rohana disambut dengan gembira suami isteri itu.Menerima
cenderamata yang dibeli oleh Amru dari Lubnan menguatkan kata hati Rohana,Amru
tidak pernah melupakan mereka.Malah mungkin sahaja Amru tidak pernah membuang
Yasmin dari hidupnya.
.Walaupun
Amru hanya bekas menantu tapi sayangnya pada Amru bagaikan dia sayangkan Shakri
Iman.Mungkin ada hikmahnya Allah tidak mengizinkan benih untuk tumbuh di dalam
rahimnya.Tapi Allah gantikan dengan kehadiran Iman dan yasmin.Dan sekarang dia
punya seorang lagi Amru Iskandar.Baik dia atau suami tidak pernah sesekali
menyesali ketentuan Tuhan ini.Semua yang berlaku ada sebab dan akibatnya.
Naluri keibuannya tahu Amru dan
Yasmin masih saling menyintai dan memerlukan.Mungkin ini hanyalah ujian buat
mereka.
Amru duduk di ruang tamu berbual
bersama Shahudin sedangkan Rohana sibuk menyiapkan makan malam di
dapur.Sebentar lagi Shakri Iman juga akan pulang bersama Wan asyahily dan
puteri mereka,Wan Nur Anis
` “Am duduk dulu,ayah nak ke kedai
sekejap.Nak beli barang sikit.”
“Nak beli apa ayah?Biar Am je yang
pergi.”Walaupun hubungannya dengan Yasmin sudah sampai titik nokhtah,tapi kedua
mereka tetap mahu dia terus memanggil mereka dengan panggilan mak dan ayah.Bagi
keduanya Amru tetap menantu mereka dubia akhirat sekalipun ditakdirkan Yasmin
berkahwin lain.Itulah yang mereka cakapkan pada Amru lewat Amru ke Lubnan
dahulu.
“Am duduklah.Ayah nak pergi beli
ikan bilis.Anis tu suka sangat kalau buat bubur nasi dengan ikan
bilis.”Terkenangkan cucunya yang baru berusia 4 bulan itu,hati tuanya amat
gembira.Apatah lagi Anis sudah mula mahu memakan bubur nasi yang dikisar
halus.Amru ketawa kecil.Jelas di mata Shahudin kegembiraan yang amat sangat.Amru
tumpang bahagia melihat bekas mertuanya ini.
Hilangnya kelibat Shahudin,mata Amru
kembali meniti pada sekeping gambar berbingkai emas yang tergantung
didinding.Gambar Yasmin sewaktu majlis konvokesyennya di Australia
dulu.Hati nya tiba-tiba bergetar hebat.Mata Amru dipejamkan dan dibuka kembali.Lama
potret itu direnung.
‘Rindu itu datang
lagi.Rindu..perilah sejauhnya jangan bertandang dalam hatiku saat ini.’
Deringan telefon di rumah ini
kembali menyedarkan Amru kealam nyata.Dia melangkah ke meja telefon.Dia pasti
Rohana tidak mendengarnya.
“Hello.”Sepi.
“Hello.”Sekali lagi Amru
bersuara.Bila panggilannya tidak berjawab.
“Hello…siapa ni?Along ke?”Amru
sedikit tersentak.Suara itu mengembalikannya pada seseorang.Suara yang tidak
pernah dilupakan seumur hidupnya.Dan suara itu kembali bergema di telinganya
saat ini.Betapa dia rindukan suara itu.
“Bukan.Iman tak ada.”Dia cuba
menjawab dengan tenang.Berlakon seolah-olah dia tidak pernah kenal dengan si
pemanggil.
“Boleh saya tahu siapa ni?”Ternyata
Yasmin sudah tidak mengenali suaranya.Amru akur.Akur bahawa dia sudah terlalu
jauh dari hidup Yasmin.
“Saya kawan Iman.Dia keluar ke
kedai.Sekejap lagi telefon balik.”
“Mak ada?Boleh tolong panggilkan
Puan Rohana tak?Saya anak dia Yasmin.”Amru cuba menahan nafasnya.Telahannya
benar.Kerana telinganya belum tuli untuk membezakan suara Yasmin dan wanita
lain.
“Sekejap…”Gagang telefon diletakkan
ditepi.Dia bangun menuju ke dapur.
“Mak..”Rohana yang sibuk mengatur
pinggan menoleh.
“Ha..Am.Ayah mana?”
“Ayah pergi kedai kejap.Ada panggilan
telefon untuk mak.”
“Siapa Am?”
“Min mak…”Rohana sedikit tersentak.
“Min tahu Am kat sini?”Amru
menggeleng.
“Tak..Am cakap Am kawan along.Dia
tak kenal suara Am.”Amru kembali melangkah ke ruang tamu.Berpura-pura membaca
akhbar sedangkan fikirannya tidak disitu.Betapa jauhnya dia dibuang Yasmin.Dia
akur akhirnya.
Malam itu Amru dan Shakri Iman
bertukar-tukar cerita sehingga ke dinihari.Biarpun hanya bekas abang ipar tapi
Shakri Iman tetap macam dulu.Berbual tentang kerjayanya dan rumahtangganya bersama wan Asyahilly.Amru
senang bila keluarga Yasmin tetap menerima dan masih menganggapnya sebahagian
dari mereka.
Malah dia senang
dengan layanan Shakri Iman.Malah Amru masih ingat Shakri Iman lah yang kerap
datang melawatnya selepas penceraiannya dengan Yasmin dulu.Walaupun usianya dan
Shakri Iman sebaya,tapi dia tetap hormatkan Shakri Iman sebagai abang
iparnya.Dan sekarang mereka bagaikan sahabat lama yang baru bertemu.
SELESAI bercakap dengan
Rohana,Yasmin berbaring dikatil.Tapi fikirannya terganggu.Terganggu dengan
suara yang menjawab telefon dirumahnya tadi.Suara itu persis
seseorang.Amru!Tapi mana mungkin.Katanya dia kawan Iman.Mak pun cakap macam
tu.Tapi suara itu tak ubah seperti Amru.Ya…Amru Iskandar Borhan.Ingin sahaja
dia membuat panggilan sekali lagi kerumah…memastikan betul-betul tapi apa pula
kata orang tuanya.Pasti mereka menganggapnya gila talak.Sedangkan dulu dia yang
membuang Amru jauh dari dirinya.
“Tak mungkin dia Am.”tapi bicara
bibirnya tidak sama sekali dengan mindanya.
Potret Amru
ditepi katil direnung sedalamnya.Wajah kacak Amru memang mampu menggetarkan
jiwa mana-mana perempuan.Apatah lagi dalam uniform rasminya.Segak dan bergaya
sekali.
Saban waktu potret itulah yang
direnungnya bagi melepaskan rindu yang
bersarang dihati.Selalu dititipkan pada angin lalu sampaikan salam pada
Amru.Ah..rindunya dia pada lelaki itu.Lelaki yang pernah berkongsi
rasa,berkongsi jiwa dengan dirinya satu waktu dulu.
“Asslamualaikum….”Yasmin tersentak
sedikit.Dia melihat skrin komputernya.Tadi dia on skype belum tutup.Dan
sekarang Fazril muncul di skrin.
“Waalaikumuslaam..tak tidur
lagi?”Dia tersenyum melihat Fazril ketawa.
“Belum.Buat kerja sikit.Awak buat
apa?”
“Tak ada apa-apa.Saja-saja dengar
radio sebelum mata terlelap.Tadi sembang dengan Zikri.”Zikri teman sekerjanya
dahulu sudahpun bertukar ke Brunei beberapa bulan lepas.
“Raihan..Raihan..”
“Kenapa tiba-tiba sebut nama saya?”
‘Nasib baik kita tak jadi kahwin
kan.Kalau tak mana boleh.Saya kan boleh jadi wali awak?”Kali ini giliran Yasmin
pula ketawa.Yelah kalau ditakdirkan cinta mereka ke jinjang pelamin dulu tak ke
naya.Ayah Fazril kana bang kandung ibu Yasmin.
“Itulah Ril Allah dah tetapkan
perjalanan hidup kita ni.”
“Ok lah..tak nak kacau awak.Since
mata sayapun dah mengantuk teramat-amat ni.Ok..good night..have a sweet
dreamt…”
“Ok…assalamualaikum..”Yasmin menutup
computer ribanya.Tapi dia seakan ternampak bayangan Amru disitu.Rindunya
bertandang lagi.
4
AMRU
tersenyum senang.Kembali berkumpul bersama teman-teman adalah sesuatu yang amat
dirinduinya sewaktu berada di Lubnan.Izhar,Shahrul,Zarul dan Ikmal.Malam ini
mereka semua dibelanja Zarul di restoran marina,Teluk Batik.Kata Zarul pinjaman
koperasinya baru lulus…itu yang berlagak semacam je ni.Tapi Amru tahu
sebahagian besar duit itu digunakan Zarul untuk rawatan adiknya.
“Macamana Lubnan Am?”Shahrul rakus
menghirup kuah tom yam.Melihat Shahrul yang berselera,mengembalikan Amru pada
kegemaran Yasmin.TomYam!Ah kenangan pergilah jauh-jauh.
“Macamana apa lagi.Macam tulah.Aku
bertugas di kem.jadi tak banyak berjalan.Sesekali je aku sertai operasi.Tapi
memang menyedihkan.Peperangan hanya tinggalkan momentum yang sukar
dilupakan.Kau tahu aku pernah berhadapan dengan situasi sebuah kenderaan pacuan
empat roda yang tiba-tiba meletup kerana melanggar periuk api yang di tanam di
jalan.Sedih sangat bila tengok mayat bergelimpangan.hancur Shahrul.Itu belum
lagi melihat bayi yang cacat kerana radiasi.”Amru mengingati kenangan
setahunnya di Lubnan.Bermacam cerita dibuka kembali dihadapan
sahabat-sahabatnya ini.Ada sedih,gembira…duka.Semuanya Amru adun menjadi satu
kisah.
“Habis tu
macamana kau melapor ke KD Sri Pinang?Tak ank balik duduk sini ke Am?”Amru
pandang Ikmal.Tempat ini banyak sekali kenangan nya bersama Yasmin.
“Aku dekat sana
sementara sahaja.Gantikan XO yang kena tukar atas masalah disiplin tu.Tapi base
kecil ok lah kot.”
“Ni bakal adik ipar kau ni bila lagi
nak naik pelaminnya?”Amru memandang Izhar yang tersenyum kelat.Siapa sangka
pertemuan pertama Izhar dan Aina di rumah Amru dulu telah mengikatnya keduanya
dalam ikatan pertunangan.Amru bersyukur.Sekurang-kurangnya dia tahu Aina tidak
silap memilih.Dahulu dia selalu risaukan Aina yang kononnya nakkan doctor
Kelvin pensyarahnya.Puas Amru nasihat,tapi Aina mana pernah serius dengar
nasihat orang.Dan nasib baik jugalah Aina memang tak serius nakkan pensyarahnya
itu.
“Yang tu aku tak boleh jawab.Kau
kena tanya member kita ni sendiri.Ikut aku minggu depan pun
boleh…”Teman-temannya ketawa.
“Alah…duit aku tak cukup lagilah…”
“Banyak sangat ke hantaran yang
keluarga Am ni minta sampai kau tak mampu lagi?”Ikmal bertanya.
“Sepuluh ribu je Mal.Itulah adik aku
sorang.Normallah tu.Izhar ni bukan tak ada duit tapi takut…”
“Bukan macam tu Am.Aku nak prepare
dulu sebelum jadi suami orang ni.Bukan senanglah…lagipun aku risau Aina tak
boleh terima aku.Berbanding dengan dia aku ni siapalah Am…Aku rasa gaji dia
dengan akupun jauh berbeza nanti.”Izhar merendah diri.Memang dia sedar hakikat
itu dari mula dia jatuh hati dengan Aina lagi.Sejak kisah cinta pandang
pertamya di rumah Amru dulu.Tapi kisah cinta dua darjat kan dah tak jadi kudis
zaman sekarang.
“Aina tu takkan pilih kau kalau dia
cerewet.kalau dia pandang harta..Iz.Aku kenal lah siapa Aina tu.Aku yakin
korang bahagia Iz.”Belum sempat Izhar menjawab satu suara memberi salam.Suara
seorang wanita di belakang Amru.Amru menoleh.Serentak itu dia tersenyum sambil
menjawab salam.Teman-temannya terpinga-pinga.
“You buat apa kat sini.?”Amru
bangun.Berhadapan dengan seorang wanita tinggi lampai dibelakang kerusinya.Ala-ala
model arab.Memang cantik pun.
“Dah tentulah I datang makan
Am.Takkan nak shopping kat sini?”Amru ketawa kecil.
“Buat lawak lagilah tu.Eh,ni I
kenalkan kawan-kawan sekerja I merangkap sahabat-sahabat baik I ,Izhar,Shahrul
dan Ikmal.Guys ni aku kenalkan Kapten dr Shazlin,pegawai perubatan masa kat
Lubnan dulu dan sekarang bertugas di HATL.Shazlin mengangguk pada semua yang
ada disitu.
“Ok Am…I tak nak kacau you…but just
want to remind you our date tomorrow.I will punish you if forget.”Amru ketawa.
“Don’t worry…I won’t.Tomorrow 1
o’clock I’ll be there….”Shazlin bersalaman dengan Amru sebelum melangkah
kembali kearah teman-temannya.Amru kembali duduk.
“Ehem…Am…bukan muhrim.Ingat
sikit.”Amru sedikit tersentak.Rupanya perlakuannya menyambut salam Shazlin tadi
diperhatikan Ikmal.Lupa pulak ustaz Ikmal ni ada.Eh Am..kalau Ikmal tak ada
sekalipun Allah tu tetap ada.Dosa tetap dosa tau.mana boleh menghalalkan yang
haram.
“Sorry Mal..tindakan refleks..”Ikmal
menggeleng.Baginya walaupun sahabat kewajipannya menegur yang salah.Jangan
sampai mengharuskan yang batil.
“Siapa tu Am?Mesra semacam
nampak?Awek kau ke?Siap ada date esok..”Izhar tidak mampu lagi menyembunyikan
soalannya.Amru Cuma tersenyum.
“Betullah Am..sapa tu?”Shahrul pula
memanjangkan.
“Kan tadi aku dah bagitahu korang.She’s a
doctor.Kapten dr Shazlin.Aku dengan dia satu kem kat Lubnan dulu.”
“Yelah…tapi mesra semacam je aku
tengok.Ada apa-apa ke Am?”Amru memandang Izhar.
“Aku malas nak jawab boleh tak iz?”Izhar
masih tidak berpuas hati.Namun pertanyaannya hanya mengundang senyuman dibibir
Amru.Biarlah mereka berteka-teki.Sebab kalau dia mula bercerita nanti lagi
banayak soalan yang keluar dari mulut kawan-kawannya ini.Terutama mulut si
shahrul.
5
Gementar
Yasmin sudah tidak sama seperti seminggu lalu.Saat dia diperkenalkan dengan
ketua barunya selepas balik bercuti.Memang dia terkejut.Lebih terkejut dari
pertemuan semulanya dengan Fazril di Fukuoka dulu.Fazril sudah ke
Singapura.Ditukarkan ke sana bagi membantu menyiapkan satu projek
khas.Kerjasama antara Malaysia dan Singapura.Tapi hubungan mereka tetap
berterusan apatah lagi bila sahaja dia mengetahui hubungan mereka punya
pertalian darah yang kuat.
“Yasmin…masuk bilik saya sekejap.”Yasmin
memandang intercom diatas mejanya.dia bangun.Menarik nafas seketika sebelum
melangkah.Entah kenapa setiapkali berhadapan dengan ketuanya ini hatinya tidak
enak.
“Pagi bos…”Dia cuba tersenyum walaupun amat
payah.Berdiri berhadapan dengan seseorang yang pernah meluahkan rasa padanya
amat sukar.
“Pagi Min..Have a seat.”Yasmin duduk
berhadapan dengan Lelaki ini.Hanif Zakri.Lelaki yang pernah meluahkan rasa
cinta padanya sebelum perkahwinan nya dulu.Lelaki yang amat rapat dengan
dirinya sebelum Amru hadir.Lelaki yang pergi membawa luka dihati saat
pernikahannya.Dan lelaki ini kembali lagi.
“Kan I dah cakap jangan panggil I bos.”Yasmin
cuba
tersenyum.
“But you’re my bos.”Hanif ketawa
kecil.
“Ok..I won’t talk with you if you
still called me a bos.”Hanif berpeluk tubuh sambil tubuhnya disandarkan ke
kerusi.Dia berpura-pura serius.Memandang wanita bertudung krim dihadapannya
ini.Yasmin mengalah akhirnya.
“Oklah…ada apa You nak jumpa I
Hanif?”
“Macam tulah….”Hanif memandang lagi
kearah Yasmin.Kecantikan Yasmin semakin menyerlah selepas bertudung.dia tahu
Yasmin kini sendirian.Sebab itu dia menerima tawaran dari HQ untuk menjadi
pengurus projek disini.Semuanya diketahui dari Zikri yang berkursus di Brunei
dulu.
“Ok Min…projek KD Sri maharani sudah
hampir siap sepenuhnya.HQ mahu kita buat beberapa pemantauan untuk projek ini
bagi memastikan tiada kecacatan yang boleh menimbulkan apa-apa masalah.”Yasmin
mengangguk.Sebelum kembali bertugas disini dahulu dia sudah diberitahu tentang
semua ini.Cuma yang dia sendiri tidak boleh jawab kenapa dia mesti menerima
tawaran kembali lagi kesini.Ke tempat yang menyimpan memorinya bersama Amru.
“So,You nak I buat apa?”
“starting tomorrow you and I akan
kesana every 3 days.Kapal tu pun dah nak mula beroperasi.Dan kita dijemput
untuk perasmian nya pada minggu hadapan.So,get ready ok.”Yasmin mengeluh.
“Kalau I tak pergi boleh tak
hanif?”Dia bimbang bertemu dengan sesiapa sahaja yang mengenalinya sebagai
isteri Amru dulu.Terutama teman-teman sekerja Amru.
“No!You kena pergi sebab you yang
handle projek ni dulu.Memandangkan dua lagi engineer yang uruskan this project
tak ada so,you lah yang kena take over.”
“I have choice?”
“yes!Your choice is with me to handle
this project.”Yasmin hanya menjungkit bahunya.
“Oklah..kalau tak ada apa-apa I
keluar dulu ok.”Yasmin bangun.
“Min..”Panggilan hanif menghentikan
niatnya.
“What?”
“I nak ingatkan You lunch kita hari
ni.You promise it.”Yasmin mengangguk.
“Sure.I tak lupa Hanif.I jumpa you
kejap lagi ok.”Hanif mengangguk.Melihat Yasmin melangkah keluar.Akhirnya dia
tersenyum sendirian.
YASMIN memerhati gelang-gelang
kristal yang diletakkan dalam ruang kaca.Cantik dan menarik.Sesekali matanya
melirik ke sebelah kiri.Tapi Hanif belum muncul dari tandas.Tiba-tiba bahunya
disinggung seseorang.Dia berganjak sedikit.Yasmin terpegun seketika melihat
gelang kristal berwarna hijau ditangan gadis itu.Gelang itu cuba dipakai
ditangannya.Memang warnanya menarik sekali.Tiba-tiba ingatannya melayang pada
Amru.Saat Amru menghadiahkan gelang kristal putih padanya satu masa dulu.Inilah
tempatnya.Disinilah sejarah itu.Mata yasmin kembali kepada gelang kristal merah
jambu ditangannya.Dia berkira-kira ingin membelinya.Cuba melenyapkan bayangan
Amru yang sedikit menganggu fikirannya.
“Cantik tak warna ni Am?Sesuai tak
dengan kulit I?”Yasmin sedikit tersentak.Tapi dia tidak berani untuk berpaling.Mudah-mudahan
dia salah dengar.Tulah…banyak sabgat fakir pasal amru…
“You pakai apapun cantik Lin…”Suara
itu…suara itu membuatkan kepala yasmin berpaling.Pandangannya melihat seorang
wanita dan seorang lelaki disebelahnya.Wanita itu masih memegang gelang kristal
hijau.
“Am…”Tapi suaranya hanya tersekat di
kerongkong.Tiba-tiba mata lelaki itu memandang kearahnya.Dan ternyata dia juga
terkejut.Terkejut dengan pertemuan yang tidak diduga ini.Tanpa bicara tiada
suara tapi hati masing-masing berkata-kata.
Ya..Yasmin hampir pengsan saat
ini.Dia pegang bucu meja kaca.Cuba mencari sedikit kekuatan.
“Min…”Kedatangan Hanif bagaikan
menambah ribut yang ada dihati yasmin.Amru masih memandang Yasmin.Sepicingpun
matanya tidak menoleh kearah lain.Shazlin masih tercari-cari warna yang sesuai.
“Min dah pilih ke?”
“Er..”Lidah Yasmin kelu.Dia
memandang Hanif sedangkan hatinya memandang Amru.
“Cantik warna tu…sesuai dengan Min.Ambillah…I
bayar.”Yasmin kembali ke alam nyata bila Hanif mula membuka beg duitnya.
“Tak pelah Hanif.I tak nak.May be
next time.”
“La…tadi Min juga yang nak datang
sini beli gelang ni.Sekarang dah tak nak pulak.”Dari ekor matanya Yasmin tahu Amru
masih memandangnya.Malah mungkin sahaja sedang meniti setiap bait kata-kata
dari mulut hanif.Pasti Amru tertanya-tanya siapa lelaki ini.Tapi Min jangan
lupa kata-kata terakhir Amru di mahkamah dulu.
‘Sekali Am melangkah Am tak akan
berpusing ke belakang lagi.’
Tak pelah…lain kalilah.Jom.”Pantas
dia berjalan mendahului hanif.Meninggalkan Amru yang masih memerhatikannya.
‘Ya Allah kenapa ada pertemuan
sebegini.Wanita itu?Isteri Am kah?Kekasih dia kah?’Sungguh hati Yasmin keliru
saat ini.
“Min you kenapa?I tengok macam tak
ada mood je?”Hanif memandu keluar dari ruang parkir pasaraya giant.
“Sorry Hanif.I just thinking
something.”
“Anything you want share with me?”
“Its ok.Nothing.”Fikirannya penuh
tanda tanya.Bila Amru balik?Kenapa tak ada orang bagitahu dia tentang hal
ini.Hati nya pedih.Amru langsung tidak menegurnya.Dan wanita itu bagai membakar
hati dan perasaan yasmin.Ya…Amru tidak akan berpaling lagi padanya seperti
kata-kata lelaki itu dulu.
6
“Hei…whats up?”Shazlin menggoyangkan
tangannya dihadapan Amru bila dirasakan fikiran Amru sedang melayang jauh.Nasi
daging merah dihadapannya langsung tidak disentuh.
“Nothing.You tanya apa tadi?”Amru
kembali kealam nyata.
“You ni beranganlah Am.I tanya bila
you kena kursus tu?”Amru menyuap sedikit nasi walaupun seleranya sudah mati.Nasi
yang menjadi kegemarannya dipandang sepi.
“Dalam dua minggu lagi.Kenapa?You
nak kirim apa-apa ke dari sana ?”
“I nak kirim cincin boleh?”Amru
mengerutkan keningnya.Dia tahu Shazlin gemar bergurau.
“Cincin kat jari You tu kan dah banyak.Nak buat
apa lagi?”Amru ketawa kecil.Ternyata dibuat-buat.
“Tapi cincin tunang tak ada lagi
Am.”
“Maksud You Lin?”
“Am…kita kenal dah hampir
setahunkan.Takkan You tak perasan macamana I layan you selama ini.Am..I nak
hubungan kita bukan setakat teman.I want be your wife.”Amru tersentak.
“Tapi Lin….”Tolonglah Shazlin jangan
tambahkan serabut dalam kepala Am lagi.
“I tak kisah apa status you Am.I
tahu you pun ada rasa yang sama pada I.Umur I pun bukan muda lagi.What I
need now is commitment.”
“I tak boleh nak buat keputusan
sekarang.Give me a time.”Bukan dia
tidak suka pada Shazlin.Tapi hatinya belum mampu menerima mana-mana wanita lain
dalam hidupnya.Dan bukan semudah menukar baju untuk mengantikan seorang isteri
dalam hidupnya.Isteri bagaikan permata.Sepertimana lirik lagu permata untuk
isteri yang pernah dia dendangkan buat Yasmin dulu.
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Untuk kau isi dengan kelembutan
Untuk kau harungi dengan kasih sayang….
Daerah itu yang
ada dalam hatinya sukar ditukar milik begitu sahaja buat insan lain.Apatah lagi
hatinya seakan tertutup untuk berumahtangga lagi.
“Baiklah Am…I harap I dapat
keputusannya selepas You balik dari kursus nanti ok.”Amru hanya diam.Menggeleng
tidak mengangguk pun tidak.
“Lin..boleh tak kalau kita just jadi
kawan?Kawan baik?”
“Am…tak salahkan kita berkawan dan
berkasih.I tahu kita bukannya anak remaja lagi yang nak menyemai cinta bagai
nak rak.You atau I kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain.Soal cinta
atau tak kita tolak ketepi dahulu.Pada I cinta akan datang sendiri Am.Bagi I
peluang untuk ubat hati you yang luka itu.”Amru kehilangan kata.Sunggguh dia
tidak mahu memberi harapan palsu pada Shazlin.Tapi salah diakah bila Shazlin
jatuh hati dengannya?Am…jangan kisah kau dan Maya berulang lagi.
“APA ni Hanif?I tak naklah
budak-budak pejabat buat gossip yang bukan-bukan nanti.”Yasmin memandang
jambangan bunga ditangan Hanif.Ada lima
belas kuntum ros merah.Masuk sahaja biliknya dia dikejutkan dengan Hanif yang sedang
menunggu sambil memegang sejambak bunga.Hanif memanglah.Dia tidak nampak ke
Fara Diba dok tengok-tengok dari tadi.Staf-staf lain pun dah renung semacam.
“Orang nak cakap apapun biarlah
Min.Yang penting kita berdua tahu.You tak sudi nak terima ke?”Yasmin cuba
tersenyum.Sekadar mengambil hati Hanif Zakri barangkali.Hanif..tolonglah jangan
goda Min sebab hati Min hanya untuk ‘dia’seorang.
“I dah tua untuk semua surprise ni
Hanif.”
“You tak tua lagi Min.Baru nak masuk
30 tahun.Still young and beautiful.”Yasmin
mula keliru dengan perhatian yang Hanif berikan pada dirinya.Janganlah Hanif
buat yang bukan-bukan lagi.
“Thanks Hanif.But…ini semua tak
perlu.”Yasmin duduk dikerusi sedang Hanif duduk di penjuru meja memandangnya.
“Min..I ada benda nak cakap dengan
You.Tapi lepas kita pergi site ok.I belanja you lunch hari ini.”Hanif
tersenyum.Yasmin sedikit berdebar.Apa pula yang Hanif nak cakap ni?Soal hati
?perasaan?Sungguh dia tidak mahu dengar tentang itu.
“Hari-hari you belanja I hanif.Bukan
hari ni je.”hanif ketawa kecil.Baginya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk
yasmin.Pertemuan semula ini tidak pernah dia duga apatah lagi bila mengetahui
Yasmin kini keseorangan.
“Untuk You Min…restoran pun I
sanggup belikan…”Yasmin ketawa kecil.Dia tahu Hanif bergurau.Cuma kadang-kadang
gurauan Hanif sedikit menggusarkan perasaannya.
“Better you keluar sebab I nak
prepare fail-fail untuk dibawa kesana.Lagi lama You kat sini lagi lambat kita
nak pergi site.”Kali ini giliran Hanif pula ketawa.Dia bangkit.Tanpa sepatah
kata,dia berlalu.
Yasmin menarik nafas panjang sebaik
sahaja kelibat Hanif hilang di balik pintu.Maaf Hanif…Yasmin belum bersedia
untuk menebar cinta sekali lagi.Biarlah dia terus hidup dengan kenangan dan
impian.
‘Indahnya kenangan manisnya impian.’
Tapi
termakbulkah impiannya andai impian sekadar angan-angan?
Amru
mula menjalankan tugas nya sebagai pegawai memerintah di Kd Sri Pinang.Lain
sungguh tempat ini daripada Lumut.Ialah Sri Pinang tempat nya kecil
sahaja.Anggota pun sekitar 40 orang tapi kalau termasuk dengan anggota pasukan
simpanan cecah juga lah ratus.
Jadi
SO di PSSTLDM lain sedikit dari SO di unit yang semua anggota regular.Tapi
untuk PSSTLDM ada pegawai bahagian yang bertanggungjawab.Jadi ringan lah sikit
tugas Amru.
Amru
masuk rumah masak(galley).
“Masak
apa hari ini COG?”BDI Amran tersenyum pada pegawai yang ramah ini.
“Masak
asam pedas tuan.Tapi ikan dia dah macam tak fresh dah.”Amru angguk.Menjenguk
dalam periuk besar.
Ialah
nak fresh macamana ikan dengan sayur sampai hari isnin di UPS utterworth tapi
diorang ambil hari rabu.Sayur pun dah macam kuning-kuning sikit dah.
“Ini
cukup ke ni?Nanti budak PALAPES yang datang training tak cukup pula?”BDI Amran
angguk.
“Cukup
tuan.Lagipun hari ini tak ramai training.PSS dengan PALAPES sikit je.Bukan ke
yag lain pergi LATIBA di Lumut?”Amru hampir terlupa yang pasukan simpanan TLDM
ada latihan di lumut.
“Saya
pun lupa COG.Ok lah masak elok-elok.”BDI Amran senang dengan pegawai yang baru
bertukar ini.
‘Tak
macam pegawai lama.Jangan kata nak turun Galley nak sembang dengan anak buah
pun jangan harap lah.’
Amru perhatikan dari tingkat tiga
pasukan simpanan TLDM yang sedang giat menjalani latihan kawad kaki di bawah
pemantauan anggota tetap.Kebanyakan mereka ini ada yang bekerja dalam bidang
professional.Mungkin saja seronok masuk sukarelawan ATM.
“Termenung jauh Tuan?”Amru
berpaling.BK PPP Razali tersenyum memandang nya.
“Tak ada apa lah
Coxn.Boring tak tahu nak buat apa.”
“Ini tuan saya
nak bagitahu sabtu ini kita nak daki bukit bendera.Regular dengan PSS.Tuan nak
ikut seklai ke?”Amru mengangguk seketika.
“Ok juga
tu.Daripaada saya tak buat apa.Nak balik Lumut tak ada sesiapa.”Memang Amru
bercadang nak balik lumut sabtu ini.Tapi memandang kan Izhar balik Ipoh nanti
dia boring pula tak ada kawan.Tiba-tiba dia teringatkan insiden di Giant.
‘Yasmin.’Sekali
lagi nama yasmin meniti di bibir Amru.
Pertemuan itu tidak disangka sama
sekali.
‘Min dah
balik…tapi langsung tak contact Am.’Ada nada sayu sedang berirama dalam hati
Amru saat ini.
“Siapa OOD hari
ini?”Amru bertanya tegas.
“BK Rohaizad
tuan.”BM PPP Razali sedikit kecut.Tadi dia dapat panggilan terus dari pegawai
nya ini.Pegawai dia ni Nampak saja baik dan lembut tapi kalau buat silap tegas
orang nya.
“Panggil Ood
jumpa saya sekarang.”Amru duduk di kerusi.
‘Ingat tempat
kecil tak banyak masalah tapi rupa nya sama sahaja.’
“Assalamualaikum
tuan.”Bk Rohaizad masuk mengadap.
“Apa cerita saya
dengar CC LK Amir tak datang bertugas hari ini?”
“Saya dah call
dia tadi.Dia ada kecemasan.Tayar motor pecah atas highway.”Amru geleng
kepala.Ini lah risiko nya bila duduk jauh dari tempat kerja.
“Dia duduk
mana?”
“Dia berulang
dari Kulim tuan.”Amru tarik nafas.Dia tahu kebanyakan anggota nya berulang alik
dari rumah sendiri.Adalah 3 atau 4 orang sahaja yang duduk kuarters sebab nya
kuarters tak cukup bila terpaksa berkongsi dengan anggota RNO.
“Dia masuk suruh
jumpa saya.Tolong bagi ini pada GO.Bagitahu saya luluskan TATU palapes untuk
hari kokurikulum USM.”Bk Rohaizad mengambil fail di tangan Amru dan terus
keluar.
“Assalamualaikum tuan.”Amru angguk
dan tersenyum pada sekumpulan pelajar USM yang sedang menjalani latihan PALAPES
TLDM di sini.
“Handsome gila
lah SO baru tu.”Sempat telinga nya menangkap kata-kata dari arah kumpulan
pelajar tadi.Amru buat tidak peduli.Terus ke tingkat bawah.
“Hai Am..”Amru
berikan senyuman seikhlas nya pada Shazlin.
“Bila you
sampai?”
“Baru tadi.Ingat
nak call you tapi rasa nya baik I terus datang sini je.”Amru ketawa kecil.
“You
ni tak payah lah nak buat surprise.Buat I tak ada kat ofis macamana?You yang
surprise nanti.”Shazlin ketawa.Memang dia sengaja datang ke Pulau
Pinang.Lagipun sudah dua minggu Amru bertukar ke sini.Dia rindukan Amru sebenar
nya.
“You
kata nak pergi RESAT Sungai Ara.Dah pergi dah?”Amru menjamah sedikit nasi goreng
kampong dalam pinggan.Dia hanya bawa Shazlin makan di kedai kak Mas bawah pokok
Ru di hadapan blok kelamin.Lagipun petang ini dia ada mesyuarat dengan XO.
“Esok
pagi Am.Am I ingat nak minta tukar sini ok tak?”Amru mengerutkan kening nya.
“You
ini merepek lah Lin.I pun tak lama.Sementara je gantikan pegawai lain yang
transfer ke mari.”Buat nya betul-betul Shazlin ikut di kemari naya je.Bukan
Amru tak tahu sekarang ini Shazlin dah lain macam.Tak macam di lubnan
dahulu.Shazlin dah berani luahkan isi hati terang-terangan sedang kan Amru tak
mungkin kot jatuh cinta semula.
“Tak ada lah I gurau je.Ye lah nanti
I tukar sini You tukar Lumut balik.”Amru buat-buat ketawa.
“Seronok tak kat sini Am?”Sebenar
nya soalan Shazlin lain.Dia takut Am jatuh hati dekat anggota-anggota PSS atau
budak-budak USM ini.Maklum lah muda-muda lagi kan?
“Boleh lah Lin.Tapi I tetap rindukan
Lumut.”Shazlin senyum.
“You rindukan
Lumut or you rindukan I?”
‘Ha..kan dah
kena Am.’
“You ni ada –ada
je lah Lin.”Shazlin senyum.Dia yakin satu hari nanti Amru tetap akan jadi milik
dia.
Yasmin
masih ingat saat Amru bawa nya kemari dahulu.Suka benar Amru kalau berlama-lama
disini.Kata Amru dia suka tengok laut.Orang yang tengok laut ini orang yang
kuat.Itu kata Amru lah.
“Termenung
jauh?”Yasmin menyambut huluran air kelapa dari tangan Hanif.
“Tak ada.Seronok
tengok laut.”
“Laut ini kalau
tenang memang seronok tengok Min.Tapi bila datang Tsunami gerun kita.”Yasmin
ketawa kecil.
Ye Hanif
betul.Waktu dia bahgaia dengan Amru dahulu bagai air laut lah.Tenang
sahaja.Tapi bila perkara itu melanda rumah tangga mereka macam Tsunami lah tak
dapat diselamat kan langsung.
Tapi
Min…sekalipun Tsunami kalau kita bersedia kita boleh selamat kan lagi.Kalau
kita ada kekuatan kita pasti tak di hanyutkan ombak Tsunami.Tapi Min tak ada
kekuatan itu.Min biarkan ombak Tsunami musnahkan bahtera kita.Sampai Am tak
boleh lagi kemudi hingga ke pengkalan.Jahat kan Min Am.
Yasmin pandang hanif.Tapi Yasmin
tahu Hanif bukan Am.Dan Hanif tak akan boleh jadi Am.Amru hanya seorang
sahaja.Amru Iskandar.Tak akan ada dua atau tiga Amru lagi dalam hati Min.
‘Sedih nya Min.’
Prolog 11
Yasmin
pelik dengan Amru kebelakangan ini.Amru tak macam sebelum ini.Amru selalu
termenung.Balik rumah pun jarang bercakap dengan Min.Min tahu ada sesuatu yang
Amru sembunyikan dari Min.Tapi Min tak tahu apa.
‘Am beretrus
terang lah kalau ada salah Min pada Am.Jangan buat Min macam ini.’
“Am nak makan?”Amru senyum pada
Yasmin.tapi yasmin tahu senyman Amru hambar sekali.
“Am
dah makan tadi dengan Izhar.Min belum makan ke?”Yasmin cuba tersenyum.Dari tadi
perut nya berkeroncong tahan lapar sebab tunggu Am balik.Alih-alih Am cakap dah
makan dengan Izhar.Am ini betul lah.Agak nya lagi seronok makan dengan Izhar
dari isteri sendiri.
“Tak
Min dah makan dah.Tunggu Am lambat balik.”Amru mengangguk.mata nya dikembalikan
ke televisyen.
‘Macam
tu je.Tak dengar ke suara Min macam orang tengah merajuk.?’
Tiba-tiba
telefon bimbit Amru bordering.Amru segera keluar.Hati Yasmin bertambah sakit.
“Kenapa
nak keluar?tak boleh ke cakap kat dalam rumah saja.Apa yang rahsia sangat
sampai Min tak boleh tahu?”Yasmin pandang Amru yang sedang berbual di atas meja
batu.
Yasmin
masuk bilik.Terus direbahkan diri nya diatas tilam.Hati nya pedih bila Amru buat
macam ini.
“Min…”Amru
pegang bahu yasmin.
“Min
dah tidur ke?”Yasmin diam tak bergerak.
“Min..Am
nak keluar sekejap.Min tidur dulu ye.”Yasmin menahan rasa hati.Dia dengar Amru
tutup pintu.Sejenak kemudian kedengaran Honda CRV Amru keluar dari kawasan rumah.
Air
mata Yasmin mula menitis.
‘Kenapa
Am buat Min macam ini?’
Amru
betul-betul dalam keadaan tertekan.Ibarat di luah mati emak ditelan mati
bapak.Dia tahu kalau dia tak tolong Alina dia gagal jalankan tanggungjawab nya
sebagai manusia.Tapi kalau dia berterusan tolong Alina pasti masalah pada
rumahtangga dia.Silap dia sebenar nya tidak pernah bercerita hal ini pada
Yasmin.Menyembunyikan kebenaran yang akhir nya memakan diri sendiri.Bukan dia
tak nak berterus terang tapi dia takut apa yang berlaku antara dia dan Maya
dahulu berulang lagi.Dia takut yasmin tersalah sangka lagi.Amru betul-betul
pening.Sangka nya perkara ini tak akan berpanjangan.Tapi melihat kekerapan
Alina menghubungi nya dia tahu dia perlu lakukan sesuatu.
Dia
kenal Alina 2 minggu lepas.Waktu itu dia baru balik dari kapal.Pukul 1
pagi.Waktu dia melalui lorong belakang Billion dia Nampak seorang wanita
berlari sambil menahan kereta nya.Amru terpaksa berhenti bila wanita itu
betul-betul berhadapan dengan kereta nya.Sebaik sahaja Amru keluar wanita itu terus
rebah.Amru panik.Nasib baik ada orang lalu.Amru minta pertolongan untuk
mengangkat wnaita itu ke kereta nya dan dihantar nya ke hospital.Amru terpaksa
tunggu sehingga wanita itu sedar kembali.Niat Amru untuk bertanya siapa keluarga
nya.
Tapi
wanita itu terus menagis.Dia bagitahu yang dia baru sahaja lari dari lelaki
yang ingin menjual dia kepada seorang lelaki lain.Dia minta pertolongan
Amru.Amru jadi serba salah.Dia jatuh simpati pada wanita bernama Alina yang
nayris dijadikan sendikit pelacuran.Seharian Amru di hospital.Memujuk gadis itu
untuk melaporkan pada polis.Tapi Alina enggan sebab abang nya sendiri terlibat
dlaam kegiatan tersebut.
“Encik
tolong saya.Saya takut kalau diorang jumpa saya.”Rayuan Alina membuatkan Amru
kalah.memang tidak patut dibiarkan gadis itu begitu.Amru teringatkan yasmin
yang masih berada di Singapura atas urusan kerja.pada mula nya Amru memang mahu
bercerita dengan Yasmin tapi dia tidak mahu yasmin risau.Apatah lagi
berprasangka pada dia dan Alina.Ialah Yasmin tak ada kat sini.Mahu ke Min
percaya dengan cerita Am saja.Lagipun Yasmin uruskan projek penting.Am tak mahu
menganggu Yasmin sedang bekerja.Kerana itu dia mahu tunggu sehingga Yasmin
balik dahulu.Tapi selepas seminggu dia mula rasa gelisah.Sejak Yasmin balik dia
belum sempat untuk bercerita.Apatah lagi Alina seakan-akan sengaja mahu mendekati
nya.Percaya kah yasmin kalau dia katakan dia Cuma mahu membantu gadis itu.
Selepas
Alina keluar hospital Amru tolong carikan rumah sewa.Sebab kata Alina dia tak
ada sesiapa disini.Kemudian Amru tolong carikan kerja.Alina sekarang bekerja di
Armada Square sebagai jurujual.Sengaja Amru carikan kerja di dalam
pangkalan.Sekurang-kurang nya Alina lebih selamat berada disini dari di
luar.Alina menyewa dengan pelajar-pelajar dari kolej komuniti.
Sangka
Amru setakat itu sajalah pertolongan dia pada Alina.tapi gadis itu selalu
snagat menghubungi nya.Walau pun berkali-kali Amru ingatkan dia sudah berkahwin
tapi Alina….
-Abang…Lina terlepas bas.macamana ni?
Amru baca pesanan di telefon bimbit nya sekilas.Dia perasan jelingan Yasmin.
Amru baca pesanan di telefon bimbit nya sekilas.Dia perasan jelingan Yasmin.
+nanti mesti ada bas lain.Tunggu je.
Cepat-cepat
dia menekan butang send.Dia sendiri membahasakan ‘saya’pada Alina.Tapi Alina
tetap mahu memanggil nya abang.
“Am
nak air?”Amru tersenyum.Dia mengangguk.Yasmin terus ke dapur.Tapi hati yasmin
sakit sangat.Amru dah macam orang mabuk cinta.Asyik ber sms.Tapi yasmin tak
mahu berprsangka dulu.Dia tidak mahu kerana prasangka lah dia kehilangan Amru
dahulu.Kerana prasangka lah mereka berjauhan.
Yasmin
hulurkan segelas air oren kepada Amru.
“Am
tak keluar hari ini?”Amru geleng.
“Am
nak duduk rumah je dengan Min.”Yasmin senyum.Prasangka hati ditolak
jauh-jauh.Am tak akan curang.Dia percaya pada kejujuran Amru.
“Min
nak keluar ke?”
“Malas
lah.Duduk rumah je.Lagipun sekejap lagi ada cerita kegemaran Min.”Amru
ketawa.Hilang seketika soal Alina dari kepala nya.
“Apa
cerita kegemaran Min tu.?”Yasmin senyum.
Amru
macam dulu juga.Mungkin ada masalah kat pejabat.Tak baik Min cakap Am tengah
angau.
“Teduhan
kasih.’Cerita ini diorang ambil dari novel tau.Best.”Amru ketawa.Suka benar dia
tengok Yasmin gembira macam ini.
“Itu
lah suka sangat baca novel.”Hidung yasmin ditarik perlahan.Yasmin cuba mengelak
tapi Amru lebih pantas memeluk nya.
“Agak-agak
nanti kalau ada baby comel macam tu tak?”Amru berbisik di telinga Yasmin.Yasmin
senyum je bila Amru tanya macam tu.Dia tengok Adi Putra tengah pangku Adam.
“Am
dah ready ke nak jadi papa?”
“Dah
dua tahun Min kita kahwin.takkan lah Am tak ready lagi.”
“Ok
Am kena doa banyak-banyak Allah bagi kita rezeki ye.”Sebuah ciuman hinggap di
pipi yasmin.Yasmin emnyandarkan kepala nya di dada Amru.Kembali menonton
Teduhan Kasih.
Sedang
asyik menonton telefon Amru berdering lagi.Melihat nombor tertera Amru sudah
tahu siapa dia.Mahu tidak mahu terpaksa juga di jawab dihadapan yasmin.
“Hello.”Diam.Mata
Yasmin di kaca televisyen tapi telinga nya mendengar pebualan Amru.
“Saya
kat rumah.Kenapa?”
“Tak
boleh lah.”Diam lagi.
“Ok
tunggu saya datang.”Talian di matikan.
“Ada
apa Am?”
“Er..Am
kena pergi pejabat sekejap.Ada hal sikit.”Yasmin angguk.Entah kenapa dia
perasan riak gementar dalam suara Amru
“Tak
pe..Am pergi lah takut penting pula nanti.”
“Am
pergi sekejap ye.nanti Am balik.”Yasmin angguk.Cuba dilemparkan senyuman
semanis mungkin pada Amru.
Amru
memandu keluar dari kawasan perumahan Ayer Tawar.
“Minta
maaf.Lina takut sebab ada kereta tu asyik berhenti tengok Lina.Bas pula mogok
kut hari ini.”Amru tarik nafas panjang.Dia rasa berdosa kerana berbohong pada
Yasmin.Tapi apa kan daya nya.Alina telefon bagitahu ada orang ikut dia.Amru
Cuma tidak mahu dia kembali ke tempat dia sebelum ini.
“Lepas
ini saya tak boleh dah nak ambil dan hantar awak macam ini.Saya ada isteri yang
saya harus jaga perasaan dia.Saya minta tolong jangan call saya lagi.Setakat
ini saja pertolongan yang saya boleh bagi.”Alina diam seketika.Sebenar nya dia
sudah jatuh hati pada amru sejak Amru membantu nya tempohari.
“Lina
minta maaf sebab menyusah kan abang.”Amru hanya mengangguk.
“Tak
pelah.Kali ini saya tolong.”Dia menghantar Alina sehingga ke Armada
Square.Kemudian dia bergegas pulang ke rumah.
‘Kasihan
Yasmin.Maafkan Am ye Min.’
“Siapa
dengan husband you semalam Min?”yasmin kerutkan kening nya.Tidak faham dengan
soalan Fara Diba.
“Bila?”
“Dalam
pukul 7.30 malam semalam.I terserempak dekat traffic light Manjung.”Dada yasmin
sudah berdebar-debar.Macamana Am ada kat Manjung pula sedangkan dia kata ada
masalah di kapal?
“Oh
yang tu adik Am.Dia ambil kat bus stand semalam.”Yasmin mencipta alas an.Tidak
mahu rahsia rumahtangga sampai kepengetahuan orang.
“Nasib
baik ada Am.I ingat kan siapa lah.”yasmin cuba senyum walau dia rasakan cukup
payah saat ini.
‘Siapa
Am?kenapa Am tipu Min.?”
Yasmin
ambil cuti hari ini.Berpura-pura tidak sihat.
“Min
ok tak ni?Kalau tak ok kita pergi klinik.”
“Min
tak apa-apa.Am pergi lah kerja.”Amru angguk.Terus dapatkan motorsikal nya.
“Am
pergi dulu.Apa-apa call Am.”Yasmin cuba tersenyum.
“Ok.”Sebaik
sahaja kelibat Amru menghilang Yasmin cepat-cepat masuk bilik.telefon bimbit
Amru yang disorokkan dibawah bantal di buka.Tadi bila Amru dah masukkan telefon
bimbit ke dalam beg Yasmin hanya
memerhati.Dan bila Amru ke bilik air yasmin cepat-cepat keluarkan dan sorok
bawah bantal.Lepas tu dia berpura-pura maniskan wajah nya.Siap tolong bawakan beg Amru ke hadapan.
Yasmin
cepat-cepat memeriksa inbox.Tapi tak ada satupun pesanan yang mencurigakan.ang
banyak sms dari yasmin yang Amru letakkan sebagai ‘Sayang.’Yasmin buka pula
senarai panggilan.Ada beberapa dari nombor yang tiada nama.
‘Yang
mana satu ini?’Dia teringat semalam Amru dapat panggilan dalam pukul 7.15 minit
malam.
‘Ha
ni dia.’Ada satu nombor yang tiada nama pada waktu yang yasmin cari.
Yasmin
cepat-cepat telefon.Sekali dua tiada yang menajwab.Yasmin pandang telefon
bimbit Amru.Hati Yasmin Semakin resah.tTiba-tiba ada satu pesanan masuk.dari
nombor yang did ail Yasmin tadi.
-Salam.maaf tak sempat jawab.Lina kat bilik
air tadi.Abang boleh call Lina balik.?
Yasmin
menahan sebak yang semakin menyesakkan dada nya.
‘Lina?Siapa
Lina?Aku tak pernah kenal orang ni.Kenapa dia panggil Am abang?Ya Allah..apa
ni?’
Yasmin
cepat-cepat balas.
+abang kat dalam ofis ni.Butang send
ditekan.Mesej dihantar,.beberapa saat kemudian dia dapat balasan dari ‘Lina.’
-Ok tak pe.nanti tengahari ni jangan
lupa.Kalau lepas ni abang tak nak jumpa Lina lagi pun tak pe.Kali ini je Lina
nak jumpa abang.Lina faham kalau Lina bukan sesiapa pada abang.Isteri abang
lebih penting dari Lina kan?
Airmata
Yasmin mula merembes.Dia tahu Am curang.Am dah sakitkan hati Min.Sampai hati
Am.
+Apa maksud Lina?
Yasmin
masih mahu mencungkil kebenaran lewat dari sms dengan ‘Lina.’
-Sejak Lina kenal abang Lina dapat rasa
sesuatu yang lain.Abang baik ambil berat pasal Lina.Abang tolong Lina.Tiap kali
Lina jumpa abang Lina rasa sesuatu yang lain.Tapi Lina faham kalau abang tak
boleh pilih Lina
.
Yasmin sudah terduduk.Tiba-tiba sms dengan lina terganggu dengan panggilan
telefon.
“Hello.”Yasmin
membetulkan suara nya yang sudah serak.
“Min..handphone
Am tertinggal ye.”
“Ada
atas katil ini.Am lupa kot.”
“Ada
panggilan untuk Am tak?”Suara Amru resah.
“Tak
ada pun.Sms pun tak ada.Nak Min hantar dekat Am ke?”
“Tak
pe.Kejap lagi Am balik ambil.”
“Ok.”
Yasmin
kembali menyambung sms yang tergendala tadi.
+tapi abang dah kahwin.
-Lina tahu abang dah kahwin.Lina Cuma nak
luahkan apa yang Lina rasa.
+tak pe nanti kita jumpa kita cakap.
Yasmin
menutup perbualan nya dengan bakal madu.
Air
mata yang menitis dikesat perlahan.Dia harus fikirkan sesuatu.
Semua
sms dia dan Lina di padam dari telefon bimbit Amru.
Yasmin
memberhentikan kereta nya sedikit jauh dari dari restoran Melati jalan Teluk
Batik.Dari tadi dia menunggu Amru keluar dari Jeti Armada.Di ikut nya kereta
Amru dalam jarak yang agak jauh.Dia pasti Amru akan bertemu dengan Lina.
Jangkaan
yasmin tidak melesat.Amru sedang duduk di kerusi dengan seorang wanita
dihadapan nya.Yasmin membiarkan seketika dating
suami dengan gadis tu.
“Assalamualaikum…”Amru
betul-betul terkejut.Kalau dulu pencegah maksiat yang tangkap nya bersama Maya
tapi sekarang yasmin sendiri menangkap nya bersma Alina.
“Boleh
Min duduk?”Yasmin cuba berlagak selamba.Tarik kerusi dan duduk diantara Amru
dan Alina.
“Min..Am
can explain.Ini bukan yang macam Min sangka.”
“Apa
yang Min sangka?”
“Ini
Alina.Am dengan dia tak ada apa-apa Min.Am Cuma tolong dia saja.”Alina sudah
resah.
“Ya?”Amru
tarik nafas panjang.Menyesal dengan pelawaan Alina untuk bertemu kali terakhir.
“Tak
payah lah Am explain sebab Min dah berbalas sms dengan dia pun pagi tadi.Min
datang bukan nak ganggu Am dating Cuma nak ucap terima kasih sebab Am tak jujur
dnegan Min.”
“kak…akak
salah faham.Saya dengan abang Amru tak ada apa-apa.”Yasmin pandang muka
Alina.Rasa mahu sahaja dia tolak gadis ini.
“Habis
tu yang awak sms pagi tadi tu apa?Tak sangka rupa nya ini lah sibuk Am kan.Kena
pergi kapal lah…ada kerja lah.Kerja lain rupa nya.”
“Min
tolong jangan salah faham.Am minta maaf sebab tak bagitahu Min.Tapi Am ada
sebab.Am tak mahu apa yang berlaku dulu jadi balik.”
“Tak
payah lah Am nak cipta alasan.Lagipun Alina…bukan kah awak bagitahu pagi tadi
yang awak dah jatuh cinta dengan suami saya?”Alina terdiam.Amru mula faham.
“Tolong
dengar dulu apa Am nak cakap Min.”
“Am…Min
tak ada masa nak tengok sandiwara Am lagi.Kalau Am nak kahwin lagi kenapa tak
bereterus terang.Yang amat menyakitkan Min sebab Am tak jujur dengan Min.”
Yasmin
bangun.Amru mengejar Yasmin sehingga ke kereta.
“Dengar
dulu cakap Am.”Yasmin merentap lenagan nya yang ditarik Amru.
“Dah
tak ada apa yang Am nak cakap lagi.Kita jumpa di mahkamah.”
“Min.”Amru
separuh menejrit.Yasmin sudah tidak di peduli.Dia terus masuk kereta.Dan pergi
bersama titisan air mata nya yang masih menitis.
Dan
itulah permulaan kisah penceraian yasmin dan Amru.
Yasmin
mengesat air mata yang mula gugur.
“Kau
ok?”Yasmin angguk.Sri tepuk belakang Yasmin perlahan sebelum berlalu ke bilik
nya.
‘Min
tahu Am ini semua salah min.Min terlalu ikut rasa.Sedangkan Am dan Alina sudah
cuba untuk meyakinkan Min.Tapi Am…siapa sahaja kat tempat Min akan buat macam
ini.Sampai hati Am tipu Min.Kalau Am berterus terang mesti tak jadi macam ni.’
‘Tapi
Min dulu Am befrterus terang tentang Maya Min tak percaya juga.Agak nya Amru
dah fobia nak berterus terang tak.?’
Yasmin
pandang gambar Amru yang segak beruniform dalam frame bingkai warna perak dia
atas meja.
‘Am
tahu tak Min rindukan Am separuh mati?’
Amru
tersenyums senang melihat anggota nya bersama keluarga masing-masing menikmati
makan tengahari.Hari ini hari keluarga.Semua orang bawa keluarga kecuali yang
belum berkahwin.tapi Amru datang seorag sahaja.Yelah Amru nak bawa
siapa.Aina?Aina tengah sibuk uruskan persiapan perkahwinan nya dengan
Izhar.Mama pula dah tak larat nak jalan jauh.Nampak nya Am seorang je lah kat
sini.
“Tuan
seorang saja ke?Tak bawa family.”Amru geleng.Dia tersenyum pada Leftenan dya
Farah Natasha PSSTLDM.Farah buat ACT di kd sri pinang.Baru habis belajar di USM
tahun lepas.
“Nak
bawa siapa?Saya masih single lagi.”Sengaja Amru cuba bergurau.
“Oh ye ke…yang
hari tu siapa tuan?”
“Hari tu kawan
saya.Dia doktor Army.”Farah Natasha mengangguk.
“Tuan tak nak
mandi ke?”Amru geleng pada menjawab pertanyaan PTI Hafiz.
“Awak mandi saja lah dengan
anak-anak.”Amru pandang ke tengah lautan.Kenapa ye di tengah samudera itu dia
Nampak yasmin lagi.Kenapa sedikit pun dia tidak boleh usir bayangan Yasmin dari
diri nyaKenapa sezarah pun nama Yasmin tidak lekang dari minda nya.Kenapa tidak
ada nama Shazlin atau kenapa Shazlin tidak boleh buat kan hatinya bergetar
sepertimana Yasmin Nur raihan?
Amru pandang anak perempuan PTI
Syikin yang sedang berlari di tepi pantai pulau Jerjak ini.
‘Comel.’kalau
dia ada anak pasti comel macam yasmin.
Amru berjalan menyusuri
pantai.Anggota nya sedang melakukan aktiviti sukaneka dengan anggota PSS.
Amru teringat betapa bahagia dan
indah nya saat dia berjalan berdua dengan Yasmin di teluk Batik.
Kenangan itu tidak boleh pergi
sedikitpun dari Amru.Malah kenangan itu tetap di bawa nya hingga ke Lubnan…
Lepas sahaja
peristiwa di restoran Melati Amru tidak tahu lagi tentang Alina.MAlah Alina
sendiri tidak pernah lagi menghubungi Amru.
Min kalau lah masa boleh diundur…..Am
tak akan buat silap.Am tak akan sembunyikan apa-apa dari Min.
Tapi Am walau
sesaat kita tak akan mampu untuk undurkan putaran dunia.
Aina pandang Izhar
geram.Mahu dia tak cemburu.Bukan main mesra Izhar dengan perempuan tu.Dulu kata
tak berani sembang dengan perempuan.Aina paksa diri tersenyum.Kata Izhar
perempuan tu pegawai bawahan dia.
“Dia tu AO kat unit abang.”Aina
buat-buat tak dengar.Dari tadi Izhar asyik bercerita pasal pegawai perempuan tu
saja.
“Lagipun dia dekat dengan kampong
abang.rang Ipoh juga.”
“Ok lah tu.Dekat senang nak balik
berdua.Jimat petrol.”
“Apahal abang kena balik dengan dia
pula?Dia kereta dial ah.Abang kereta abang lah.”Izhar ini tak perasan lagi rupa
nya yang doktor Aina ini sedang melampiaskan rasa cemburu nya.
“Yang abang dari tadi tak
habis-habis bercerita pasal dia kenapa?”Izhar mula menghidu sesuatu.
“tunang abang ni
cemburu juga orang nya.”Aina menjeling.
“Tak kuasa lah
Aina nak cemburu ni.”Izhar pecah ketawa.
“Abang tak ada
apa-apa lah dengan AO Zawiyah tu.Dia pun dah bertunang.Ada Aina seorang cukup
lah.”
‘Eleh..ingat
Aina nak percaya cakap abang?’
“Sudah lah
jangan buat muka macam tu.Dah tak comel dah.”
“Kalau Aina tahu
abang ada affair dengan mana-mana perempuan kat sini atau kat mana-mana tiada
maaf bagi mu.Good bye.Berlambak doktor muda kat hospital Aina tu tau.”
“Aina ni
kenapa?Dah nak sangat dengan doktor tu semua apsala terima abang?Abang tahulah
abang ni Navy je.Pegawai pun baru pangkat leftenan komander.Gaji pun jauh beza
dengan Aina kan?”
“Yang abang nak
terasa sangat ni kenapa?Aina cakap je lah.”
“Aina tu tak
tahu langsung jaga hati abang.Cakap ikut sedap mulut je.”
“Habis tu abang
tu pandai sangat lah jaga hati Aina?Beramah mesra dengan perempuan lain depan
Aina?”Izhar tarik nafas.Aina bukan mudah mengalah.Lagi satu jangan harap lah
Aina nak pujuk-pujuk dia.
“Ok lah abang
salah.Abang boring lah kalau kita keluar asyik bertekak je.”
“Oh sekarang dah
boring pula keluar dengan Aina.Ok..Aina balik dulu.”
‘Aduh mak cik ni
betul lah buat aku pening kepala.’
“Aina jangan
macam ini lah.Aina balik umah abang Am tu Aina nak duduk dengan siapa?Abang Am
tak ada.Nanti malam nak amkan apa pula?”Bimbang juga Izhar Aina nak balik
Venice park seorang.Jadi apa-apa apa dia nak jawab dengan mak ayah Aina.Nak
jawab dengan Amru lagi.
“Aina tahulah
jaga diri.Kat rumah abang Am tu banyak stok magi.So tak ada masalah pun.
“Ok..abang
salah.Abang silap.Dah jangan macam ni.”Aina senyum dalam hati.Seronok tengok
Izhar mengalah.
“Ok kali ini
Aina ikut cakap abang.”Izhar geleng kepala.
‘Teruk aku lepas
kahwin nanti.’Kedua nya etrus menikmati ais kacang di Marina Wing ini.
“Hari ini ada training ke?”Amru
melontarkan pertanyaan pada seorang anggota PSS yang datang ke unit hari ini.
“Nak ambil Bat C
20.”Amru angguk.
“Awak pun sama?”
“Saya ada
tapisan dekat kem sungai Ara.Tengah tunggu leading Hisyam.”Amru dapat rasakan
perbezaan bertugas di Unit lain berbanding di unit pasukan simpanan.Dekat
tempat lain kebanyakan nya anggota tetap tapi kat sini majoriti adalah anggota
simpanan sukarela.
Semalam dia dapat perintah bertukar
balik ke Lumut.Dia akan menjadi XO di kapal Kd Sri maharani.Kapal yang pernah
Yasmin sertai projek itu.Tapi lepas Yasmin bertukar Amru tak tahu siapa yang
ambil alih.
Sebenar nya dia dah suka duduk
sini.tenang tak banyak masalah.Sesekali sahaja bila ada anggota nya yang buat
perangai.Tapi semua dapat ditangani.Sayang juga sebab baru beberapa bulan dia
ditukar kan ke sini sudah nak kena tukar ke Lumut semula.Tapi sebelum ini pun memang
sudah diberitahu yag dia hanya sementara sahaja di sini.
Amru tidak kisah sebenar nya
kemana-mana pun.Cuma kembali ke Lumut akan hanya menggamit memori nya bersama
yasmin.Dan kebetulan pertemuan dengan yasmin di giant.
‘Siapa lelaki
itu?Kalau yasmin dah kahwin pasti dia akan diberitahu.Atau sengaja mereka
merahsiakan dari pengetahuan nya.Bimbang hati dia terluka.Tapi mereka tidak
tahu dia sentiasa mendoakan kebahagiaan yasmin sampai bila-bila.Meskipun sudah
ditakdirkan Yasmin bukan untuk nya.
YASMIN
meniti satu demi satu tangga curam untuk ke bilik operasi didek atas..Huluran
tangan Hanif untuk membantunya tidak disambut.Kenangannya pada malam kenaikan
pangkat dahulu menyentak sedikit.Bagai mengulangi suasana itu.Disaat Amru memimpin
tangannya menaiki kapal KD Mahawangsa.Ah kenangan…sentiasa datang dan tak akan
pernah pergi.
Yasmin memandang
sekeliling.Anggota-anggota beruniform biru sedang sibuk bertugas.Sesekali
Yasmin menghadiahkan senyumannya ketika berselisih.Senyumkan sedekah…Samudera
luas kelihatan tenang sekali.
‘Indahnya samudera seperti indahnya
cinta yang kita kemudi..’kenangan itu datang lagi.Kenapa dia tidak boleh
melupakan sedikit pun kenangan nya bersama Amru.
Di
bilik operasi Yasmin diperkenalkan dengan pegawai bertugas.Dan sekali lagi
jantungnya bagai mahu gugur ke bumi.Tidak dia rasa mahu sahaja lari dari
sini/Lari sejauh mungkin.
“Encik
Yasmin,encik Hanif..ni saya kenalkan XO kapal KD Maharani Komander Fazril Anuar
hanafi. dan SO kapal Leftenan Komander Alvin.Ni cik Yasmin dan Encik hanif dari
Maltrex Group.”Hanif bersalaman dengan keduanya.Lagak Amru hanya
bersahaja.Bagaikan inilah pertama kali dia diperkenalkan dengan Yasmin.
Am..Am
sudah lupakah pada wajah Min?Hati Yasmin tiba-tiba merintih sayu.
Min..bukankah
Am pernah cakap’Sekali Am melangkah Am tak akan berpaling lagi?’Nah Amru
kotakan kata-kata dia dulu.Dia tak akan berpaling lagi pada Min.
“Ok
pasal masalah yang kita report tu,di bahagian bawah.Boleh ikut saya?”Hanif mengangguk
pada Leftenan komander Alvin.Yasmin tersentak sedikit.
“Ok Min,you handle kat sini
sementara I ke bawah.Anything just write
on your report.”Yasmin mengangguk.Lidahnya bagai terpaku.
Ketiga-tiga
mereka ingin berlalu sebelum komander Haris bersuara.
“Tuan saya rsa tuan kat sini
saja.Biar saya saja yang bawa Encik Hanif ke bawah.”
Giliran
Amru pula mengangguk.Sedangkan Yasmin sudah gelabah.Namun dia berpura-pura
tenang.
“Encik
Hanif boleh ikut SO Alvin.Apa-apa sahaja berkaitan dengan perkara yang nak di
bincangkan kita akan adakan mesyuarat nanti.”Hanif mengangguk sambil tersenyum
kecil pada Fazril.
“Ok
Min..I ke bawah dulu ye.”Yasmin berikan senyuman pada Hanif.Amru biasa-biasa
sahaja.Yasmin tahu dia bukan sesiapa lagi pada Amru.
Hilang
kelibat keduanya,dia duduk di kerusi berhadapan dengan sistem.Tapi fikirannya
tidak disitu.Amru turut duduk disebelahnya.Bagai tiada apa-apa langsung.Yasmin
pura-pura mencatit sesuatu didalam buku notanya.Sesekali dia menekan- nekan
butang merah dan biru dihadapannya.Amru masih selamba sedangkan jantung Yasmin
bagai berlari.
Amru Iskandar masih diam.Bagai tekun
membaca sesuatu ditangannya.Bagai Yasmin tidak wujud disebelahnya.Atau sahaja
dia tidak pernah kenal dengan wanita bernama Yasmin ini.Tiba-tiba…
“Selamat
pagi Tuan:!LK KMR Hakimi masuk mengadap.
“Ada apa P.O?”Amru
berpaling seketika.
“Ada panggilan telefon
untuk Tuan.Dari Kapten Shazlin.”
“Ok
saja jawab kat sini.”Amru menekan butang telefon disebelahnya.
“Hai
Lin…”Yasmin menahan rasa.Namun telinganya dibuka meniti perbualan bekas suami
dengan seorang wanita bernama Shazlin.Wanita di kedai gelang itukah?Siapa
dia?Rasanya ingin sahaja terus ditanya pada Amru saat ini.
“You
tahukan kat kapal ni mana dapat line handfon.You kat mana?”Lembut suara Amru
berbicara seakan menghiris tangkai hati Yasmin.Tapi kenapa kau nak cemburu
Min?Kau dan dia masing-masing ada kehidupan sendiri.Kamu berdua tiada apa-apa
ikatan lagi yang harus dicemburukan.
“Ok
Lin…habis kerja nanti I jemput You.Bye..take care.”Amru meletakkan gagang
dengan senyuman yang melebar.
‘seronoklah
tu baru lepas cakap dengan girlfriend.’getus Yasmin sendiri.Yasmin berpura-pura
tenang.Tapi hakikatnya..
“Girlfriend
ke?”nah…ternyata dia gagal menyembunyikan rasa ingin tahunya.Amru berpaling
seketika.Yasmin masih berpura-pura menulis.
“Kenapa?”
“Nothing.Saja
nak tahu.”
“Kalau ye…”Amru menduga.
“Oklah…congrats…bila nak kahwin?Atau
memang dah kahwin?”
“Dalam
sebulan dua lagi.”Amru tetap bersahaja.Sesekali dikerlingnya Yasmin disebelah.Memancing
reaksi Yasmin barangkali.
“Tahniah.”Masih
cuba
dikawal rasa perasaannya.Walaupun hatinya bercelaru sangat dengan pengakuan
Amru.
“Thank
you.Min…dah kahwin?”Yasmin tersentak.
“Belum
tapi coming soon.”Sengaja dia berkata demikian.Kali ini dia ingin melihat
reaksi Amru.
“Oh…congrats.Orang
mana?”Amru masih bersahaja.Bagai tidak teruja sedikitpun.Hati Yasmin semakin
sakit.
“Yang
tadi tu.Hanif Zakri.”Entah kenapa dia harus menipu kali ini.Maaf Hanif kerana
menggunakan namanya.Sumpah!Min tak tahu nak cakap apa sekarang ni.Min cakap
macam ini sebab hati Min sakit.Min nakhilangkan degupan jantung Min yang laju
semacam ini.
“Oklah
tu…sendirian lama-lamapun tak elok juga.Jangan lupa jemput nanti.”Hati yasmin
semakin sakit.
“Awakpun
sama…jangan lupa jemput kahwin nanti.”
“Of
course…nanti Am hantar kad jemputan.”Pen ditangan Yasmin terhenti.Dia memandang
Amru.Ternyata Amru sudah jauh berubah.Bukan lagi Amru Iskandar yang dulu.Amru
yang sering mengungkapkan kata-kata cinta disebalik setiap perbuatannya.Amru
yan pernah menyatakan betapa dia menyintai Yasmin.Tapi Amru yang duduk
disebelahnya saat ini cukup berbeza.Ya..setahun telah merubah Amru Iskandar.
Tapi
Min kena ingat sebab Min lah Am berubah.
“Kenapa
tengok Am macam tu?”
“Kenapa?Tak
boleh?Dosa ke kalau Min tengok Am?”Yasmin geram.Amru ketawa kecil.Ternyata
dibuat-buat.
“Dosa
tu tidaklah.Takut Min jatuh cinta kat Am pulak.Nanti kesian kat girlfriend Am.”
“What?Jatuh
cinta dengan Am?Mati hidup balikpun takkan tau.Buat apa, Min pun dah ada
boyfriend.So,tak ada sebab Min nak jatuh cinta dengan Am lagi.”Amru ketawa
lagi.Sinis pada pendengaran yasmin.Peretemuan semula hanya mengundang
ketegangan dan kemarahan.
“Betul
ke?Jangan-jangan selama ni Min rindukan Am separuh mati tak?”Amru mendekatkan
wajahnya pada Yasmin.Yasmin melarikan wajahnya kea rah lain.Hatinya berdetap
kencang.
“Exuse
me…Tuan Amru Iskandar…cakap tu boleh baik-baik sikit tak.Saya ingatkan
awak?Mimpilah awak ni.”Dengan kasar YAsmin menolak tubuh Amru yang hanya
beberapa inci dari dirinya.Amru ketawa.Yasmin menarik nafas.Jantung aysmin
sudah tidak tentu arah.Haruman wild country yang biasa di pakai Amru dahulu
melekat di hidung nya.
“So?”
“Dahlah.Apapun
dari Min wish you happily ever after.”Ucapan Yasmin berbaur sinis.Memang dia
tidak ikhlas pun.
“Thank
you.Am tahu pilihan Am kali ini tak silap.”
“Oh….jadi
dengan min dulu satu kesilapanlah?”Amru menjungkit bahu.
“Am
tak cakap macam tu.Min yang minta Am lepaskan Min.Min yang gegarkan Arasy
dengan permintaan Min.So,kenapa nak marah-marah pulak ni?”
“Siapa
marah?Min tak marahpun.”Amru berhenti membaca.Matanya dialihkan pada
Yasmin.Mata bertentang.Lama yasmin dalam renungannya.
“What?”
“Nothing.”Serentak dengan itu Amru bangun dan berlalu keluar.Yasmin menarik nafas panjang.Matanya dipejamkan seketika.
“Nothing.”Serentak dengan itu Amru bangun dan berlalu keluar.Yasmin menarik nafas panjang.Matanya dipejamkan seketika.
SELERA Yasmin hilang sama sekali.Sekadar tidak mahu
menghampakan Hanif,dia menjamah sedikit.
“Min…”Yasmin
mendongak sedikit.
“Ada apa hanif?”
“Tadikan
I ada bagitahu yang I ada sesuatu nak bagitahu pada you?”Yasmin mendengar penuh
minat.Hatinya sedikit berdebar.Sudahlah debaran bertemu Amru tadipun tak habis
lagi.Ini Hanif pula nak buat kejutan.
“pasal
apa?”
“About
us.Min…I bukan muda lagi.Dah nak masuk 35 tahun.I need somebody as a wife.Min…I
nak melamar you sebagai isteri I.I harap you tak tolak permintaan I kali ini
Min.”Kata-kata hanif penuh mengharap.
“Tapi
hanif…you masih bujang sedangkan I…bekas isteri orang.Apa kata your family
nanti?You boleh dapat yang lebih baik dari I Hanif.”Dia cuba menolak Hanif
sebaik mungkin.
“Dua
tahun I bawa diri.Tapi I yakin jodoh I masih dengan you Min.Soal my family you
don’t have to worry sebab I dah explain pada my parents.Diorang tak cakap
apa-apa.Bagi diorang kebahagiaan I yang paling penting.”
“Kenapa
I Hanif?I belum bersedia untuk bercinta lagi.”
“I
tak ada jawapan Min…I Cuma perlukan persetujuan dari you saja.Please Min jangan
hampakan I.I tahu you tak cintakan I tapi I yakin I boleh membahagiakan you
Min.Percayalah.”
“Tapi
I belum bersedia Hanif.Perpisahan I dengan bekas suami macam baru je lagi.”
“Dah
setahun lebihkan you berdua berpisah.Bagi I tempat itu Min dan I akan cuba
untuk membahagiakan You.”Yasmin mengeluh perlahan.Serentak dengan itu bayangan
Amru menjelma dimata.Kenapa harus ada bayangan Amru saat lamaran Hanif
menyapanya?kalau benar Amru sudah lenyap dari hatinya kenapa harus ada marah
dengan pengakuan Amru?Dan kalau Amru telah mati dalam rohnya kenapa hatinya
sakit melihat Amru bersama wanita lain?
No comments:
Post a Comment