Sunday, 28 July 2013

seteguh grahara



Prolog


MERENUNG butiran pepasir seakan mengutip memori lama yang semakin ditinggalkan pergi.Samudera luas dipandang sepi.Bagai tiada ombak,angin mahupun burung-burung berterbangan.Sedangkan hakikatnya,semilir angin berhembus lembut,ombak tetap setia memukul pantai dan burung-burung terbang bebas di awan. Mengutip memori lama bagaikan menambah garam keatas luka.Pedih dan perit.Ingin sekali dibuang segala keperitan dan kesedihan ini ke tengah samudera luas,biar dimakan jerung,biar dikutip angin tapi tak akan semudah itu.
Kisah Yasmin dan Amru yang diharap bahagianya hingga ke syurga seperti kisah cinta Adam dan Hawa rupanya hanya separuh jalan.Bukan kehendak hati semuanya terjadi.Tetapi takdir yang ditulis sejak azali.Perkongsian hidup mereka Cuma setahun.Pedih bila ditinggalkan pergi walaupun itulah keinginan hati.Keinginan hati yang dipaksa barangkali.
Setahun tempat ini Yasmin tinggalkan.Namun tiada yang berubah.Pantainya tetap begitu,biru lautnya tetap sama seperti pertama kali dia kesini dibawa Amru.Kapal-kapal perang masih kelihatan ditengah samudera.Yasmin mengesat airmatanya yang mula mengalir.Setahun lamanya tiada berita dari Amru.Sudah kahwinkah dia?Sihatkah dia?tulah yang naluri Yasmin terlalu ingin tahu.Jauh dari itu rasa rindu pada Amru sudah terlalu lama bertapak didalam hati.
“Am….”Bisikan halus yang Cuma kedengaran dicuping telinganya menyentuh rasa hati Yasmin.Mengakui hakikat yang dia merindui Amru hatinya kalah.Serasa mahu sahaja dipusing putaran jam untuk dia berpatah balik setahun yang lalu.Saat Amru meyakinkan dia bahawa hanya dia dihati Amru.Ingin sahaja dia kembali mengubah sejarah tatkala kakinya melangkah ke mahkamah syariah.Memohon undang-undang melepaskan dia sebagai isteri Amru yang sah.Tapi Yasmin tahu masa takkan boleh diundur walau sesaat.



Sedetik yang berlalu adakalanya menjadi sejarah sepanjang hidup..”

Yasmin masih ingat kenangan itu.Kenangan ketika dia bersama Amru Iskandar.Kenangan yang tak mungkin dia lupakan seumur hidup nya.Kenangan yang sentiasa menemani nya sampai bila-bila.Yasmin masih ingat bagaimana hidup mereka di kucar kacir kan oleh leftenan Maya Athira.Tapi waktu itu dia tetap sahaja bersama Amru walau ada rasa marah dihati.Dia ingat lagi bagaimana Amru tetap setia menanti dia dengan rajuk nya yang panjang.Berduaan bersama Amru di tepi pantai,menghabiskan masa di istana kecil mereka di Venice park atau sahaja saat dia berdansa bersama Amru di atas kapal di malam kenaikan pangkat Amru satu waktu dahulu.
Dahulu Amru tidak memujuk tapi Yasmin tahu Amru tidak akan pernah tinggalkan diri nya.
Amru Iskandar…..memiliki mu adalah kenangan terindah yang pernah ada dalam hidup yasmin Nur Raihan.




Kem Marakah Lubnan setahun yang lalu

Amru baru pulang dari pemeriksaan bersama anggota PBB yang lain.Kepenatan mula menjalar di segenap saraf.Setelah lafaz bismillah dia meneguk air yang disediakan petugas.Beberapa anggota tentera seang bersiap untuk mengambil alih rondaan.
“Tired?”Amru senyum pada gadis yang memakai tanda palang merah disebelah kiri nya.Uniform tentera berwarna hijau tersarung di tubuh nya.
Masa mula-mula sampai disini Amru keliru juga.
Apa tidaknya. Perubahan dari cuaca, persekitaran, budaya, geografi dan pelbagai lagi perbezaan menjadikan ianya adalah faktor utama untuk menyesuaikan keadaan dalam melaksanakan tugasan harian. Namun begitu, setelah tugas-tugas menjadi rutin, ianya akan menjadi lebih mudah dan terbiasa.
Walaubagaimanapun kesibukan tugas-tugas yang tidak dijangka sering terjadi kerana tugas-tugas pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sana adalah dibawah kawalan pihak United Nation.
“Penat lah sikit.”
“Nah ada buah untuk you.”Shazlin hulurkan sebiji epal merah.
“Thanks.”Shazlin senyum.
“I pergi bertugas dulu ye.”Amru angguk.
Matanya meliar memerhatikan sekeliling.Dia sendiri tidak sangka akan berada di wilayah bergolak ini.Lubnan.
Kalau ikut geografi Lubnan merupakan sebuah negara yang terletak di timur laut Mediterranean, berkeluasan seluas 10,452 kilometer persegi. Ianya terbahagi kepada enam wilayah iaitu Beirut, Bekaa, Liban-Nord, Liban-Sud, Mont Liban dan Nabatiye. Lubnan berjiran dengan Syria di utara dan timur manakala Israel adalah di bahagian selatan.
Cuaca di Lubnan beriklim Mediterranean. Lubnan mempunyai empat musim iaitu Musim Bunga (April-Mei), Musim Panas (Jun-September), Musim Luruh (Oktober-November) dan Musim Sejuk (Disember-Mac). Suhu purata di Beirut sewaktu musim panas adalah 27 C dan musim sejuk serendah 14 C. (Suhu di Kaokaba boleh mencecah tahap beku)

Jumlah penduduk di Lubnan adalah lebih kurang seramai 4 juta penduduk. Terdapat sejumlah 400,000 pelarian Palestin yang tinggal di Lubnan. Majoriti penduduk adalah berketurunan Arab (95%) dan selebihnya adalah kumpulan minoriti seperti Armenia, Assyrians, Kurd dan Chaldean.
Majoriti penduduk Lubnan beragama Islam namun ianya terbahagi pula kepada dua mazhab utama iaitu berfahaman Syiah dan Sunni. Selain daripadanya beragama Kristian. Terdapat 15 buah kumpulan agama di Lubnan.

Pada tahun 1975, perang saudara Lubnan telah tercetus di antara penduduk Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang ini telah ditamatkan pada tahun 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang telah terkorban di dalam peperangan ini.
Bercakap tentang syiah memang menggerunkan Amru.Taksub nya syiah ini dia pernah lihat sendiri.Sampai berdarah-darah mereka memukul tubuh sendiri.

Di sini lah juga dia bertemu Shazlin.Doktor dari unit tentera darat yang bersama dalam misi MALCOM 6 ini.Dia suka dengan karekter Shazlin.Dengan Shazlin dia senang berbual.
Dia cuba melupakan sesuatu sebenar nya.Melupakan dia yang jauh beribu batu.Melupakan dia yang pernah mewarnai hidup nya satu waktu dahulu.Ingin sekali nama itu di kuburkan di pusara tidak bertanda di tengah lautan.
Di kem Marakah ini juga sebenarnya dia tidak boleh lagi lari dari mengingati dan merindui.
Susah nya bila hati masih menyintai dia….





1

“MIN yakin dengan apa yang Min buat ni?”Yasmin memandang lelaki beruniform putih dan bersongkok hitam dihadapannya ini.Hanya sekilas.Yasmin mengangguk.Matanya dibuang pandang kearah lain.Bimbang hatinya cair melihat Amru.Min tak sanggup Am..Min takut Min akan ubah keputusan Min kalau Min pandang wajah Am.
“Bila Am lepaskan Min…Am tak akan berpaling lagi.”Yasmin cuba menahan sebak didada.Kata-kata Amru menusuk kegegendang telinganya.Bagai satu ugutan.Hatinya bercelaru.Bersenandung lagu yang tidak tahu irama nya.Dia langsung tidak memandang Amru yang duduk disebelahnya.Oh Tuhan..inikah dugaan.
“Ini yang terbaik buat kita berdua Am.”Hampir tidak terkeluar kata-katanya.Seakan berbisik halus.Tapi cukup untuk sampai ke telinga Amru.
“Min tak mahu fikir lagi?”Yasmin menggeleng.
“Baiklah kalau ini yang Min mahukan…Am akan tunaikan.Tapi kerana Am sayang kan Min.Bukan kerana kemahuan Am.Kerana Am sayang kan Min..Am akan tunaikan permintaan Min.Kedengaran nafas Amru ditarik panjang.Tiada lagi kata-kata pujukan mahupun rayuan seperti sebelumnya.Izhar diam tak terkata.Mungkin sudah puas dia menasihati.Pasti dalam hati izhar’degilnya Yasmin Nur raihan ni.Atau sahaj paa Izhar Yasmin terlalu ego.
Amru bangun.Lima belas minit yang diberi hakim untuk berbincang sudah selesai.
“Yasmin Nur raihan bt Abdullah,saya Amru Iskandar Bin Borhan dengan ini melafazkan saya ceraikan kamu dengan talak satu.”Yasmin hampir rebah mendengar lafaz cerai dari Amru.Lafaz yang menjadi pengakhiran kisah cintanya dengan Amru.Kalau Juliet minum racun sebagai pengairan cintanya dengan romeo tapi dia menggegarkan tiang Arasy untuk perpisahannya dengan Amru.
Sebaik sahaja hakim mengesahkan lafaz tersebut Amru terus menghilang.
Ingin sahaja kaki Yasmin berlari mengejar Amru,memeluk lelaki itu dan menyatakan betapa dia amat menyintai Amru Iskandar tapi dia tidak mampu.


Berita penceraian Yasmin dan Amru mendukakan hati keluarga kedua pihak.Yasmin buat keputusan tanpa ada perbincangan dengan keluarganya baik keluarga Amru.Hati si ibu terluka dengan sikapnya.
Berbulan lamanya Puan Rohana tidak bercakap dengan Yasmin.Begitu juga dengan bekas mertuanya.Yasmin keliru,sedih dan resah.Bagaikan dialah pesalah dalam cerita ini.Sebuah ceritera cinta dia dan Amru.
Tapi cuba dikuatkan hatinya untuk mengharungi semua ini.Cuma Shahudin dan Shakri Iman sahaja yang mahu bercakap dengan Yasmin.Dia bersyukur sekurang-kurangnya masih ada yang bersimpati dengan dirinya.
Sejak detik itu Yasmin langsung tidak bersua muka dengan Amru.Amru terus menghilang.Pernah juga Yasmin cuba menelefon ke Kapal bertanyakan Amru,tapi Amru tidak pernah ada.Atau mungkin sengaja mahu mengelakkan diri darinya.Ingin bertanya pada Izhar,dia malu.Pada Aina…gadis itu langsung tidak mahu bercakap dengan dirinya.Yasmin masih ingat kata-kata Aina
“Aina tak bencikan kak Min…Cuma Aina tak boleh lagi jadi Aina adik ipar kak Min.Cukuplah luka yang kak Min kirimkan pada abang Am.”Memang Yasmin tersentak.Diakah yang bersalah?Diakah yang terlalu mengikut rasa?Meruntuhkan sebuah masjid yang dibina dari restu keluarga?Yasmin hilang bicara malah dia sendiri sekarang tidak dapat meyakinkan kata hatinya bahawa dia benar.Benar dengan keputusan yang hanya dibincangkan seorang diri.Tidak terfikirkah adakah itu kata hati atau bisikan iblis?Tapi Min nasi dah jadi bubur.Terlajak perahu boleh dikayuh balik terlajak bicara hati merana.

Selepas menerima surat cerai dari mahkamah,Yasmin membawa diri ke sabah.Menerima tawaran untuk menguruskan projek Q-C maya yang ditolak setahun dulu.Waktu itu dia hanya ingin pergi jauh dari daerah ini.Tidak mahu mengimbau kenangannya disini
Hubungannya dengan Amru terputus terus.Bila balik bercutipun,tiada langsung nama Amru yang keluar dari mulut keluarganya.Hubungannya dengan Rohana semakin baik walaupun wanita itu masih menahan rasa sedih.Shakri Iman sendiri sudah dikurniakan anak perempuan.Kadang-kadang Yasmin cemburu,mungkin kalau perpisahan ini tidak berlaku dulu,dia dan Amru sudah punya cahayamata.Tapi inilah takdir yang tidak pernah kita jangka.
Hubungan keluarganya dengan bekas mertuanya masih baik.Berita terbaru yang dia dengar,Aina telah bertunang dengan Izhar dua bulan lepas.Tiada seorangpun yang menjemputnya menghadiri majlis itu.Terkilan!Tapi Yasmin tabah.Dia tahu semua orang menyalahkan dirinya.Biarlah semoga satu hari nanti mereka memahami perasaannya.
Beberapa bulan lepas dia terserempak dengan teman Amru kapten Ikmal yang berkursus disandakan.Dari Ikmal Yasmin tahu Amru sekarang berada di Lubnan.Kata Ikmal sudah hampir setahun Amru disana.Bermakna ketika dia di Sabah,Am juga tidak berada disini.Adakah Amru juga sepertinya?Ingin membuang segala sisa kenangannya disini?Atau mungkin sahaja Am ingin membuang Min dari hati Am.
Kata Ikmal,Mereka juga jarang berhubung.Ingin ditanya mengenai Amru,Yasmin segan.Apatah lagi Ikmal juga tahu kisah penceraian mereka .Masakan tidak kerana dia pernah dipanggil bersama Amru menghadiri sesi kaunseling yang diatur Kor Agama Angkatan tentera.Dan Ikmal turut sama ada.
Malah Ikmal,Izhar dan Zarul pernah bertemu dirinya secara peribadi.Cuba memujuk bila mereka tahu Yasmin memfailkan penceraian di mahkamah.Tapi waktu itu hati Yasmin seteguh everest.Tidak cair walaupun ditimbun dengan timbunan salji.Pujukan mereka Yasmin biarkan bagai angin yang bertiup pergi.Apa yang nak dimarahkan sangat?Pada Am?Atau pada ego dirinya?

Hari ini…setahun berlalu,Yasmin kembali lagi.Ke daerah yang menyimpan khazanah cintanya dan Amru.Kembali ke sini seolah-olah membuka semula peti sejarah cintanya yang dikunci lebih setahun yang lalu.Sejarah yang tersimpan dalam kamus asmara.
Kau dan aku terpisah…
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara….













2

“Dah habis kemas barang?”Puan Asiah duduk di sofa biru laut.Dia memandang keseluruhan bilik.Dulu didinding ini penuh dengan gambar-gambar perkahwinan Amru.Tapi sekarang semuanya kosong.Dan Asiah tahu begitu jugalah kosongnya perasan anak ini.Kasihannya Am…hati ibu nya sering merintih.Mengenangkan Amru yang keseorangan jauh di perantauan.tapi Puan Asiah tahu itulah yang terbaik buat Amru.
“Dah mama…Am bawa sikit je.Lagipun kat rumah tu banyak lagi baju yang Am tak bawa masa pergi Lubnan dulu.Tinggal separuh kat sini senang bila balik bercuti nanti tak payah nak bawa banyak-banyak.Nanti Am balik sana ambil dulu sebelum Am melapor di Penang.Lagipun Am nak balik lumut sekejap jumpa kawan-kawan lama Am.”Amru tersenyum memandang Puan Asiah.
Sudah hampir sebulan dia disini.Menghabiskan cuti yang diberi sekembalinya dari misi keselamatan PBB di Lubnan.Setahun di perantauan dia tidak pernah pulang ke sini walaupun diberi cuti.Untuk apa dia kembali kalau hatinya masih sepi.Sesepi seorang pelaut yang rindukan pelabuhan.
“Am tak nak pergi rumah mak?Selalu diorang tanyakan Am pada mama.”Amru bangun menghampiri ibunya disofa.Dia diam sejenak.Pergi rumah mak?Akankah menggamit memorinya bersama wanita itu?
“Insyaallah mama…memang Am nak pergi.Tapi tak tahu bila.Am…”Ayatnya terhenti disitu.
“Am jangan risau.Dia tak ada.Lagipun dia dah jarang balik.”Puan Asiah menggunakan kata ‘dia’bagi menggantikan nama Yasmin.Bimbang hati Amru tercalar lagi.
Amru tersenyum.Bukan gembira kerana Yasmin tiada tapi sekadar untuk menenagkan perasaan ibunya.’Maafkan Am mama..kerana Am banyak tumpahkan airmata mama.’
“Am…”Amru memandang sekali lagi pada ibunya.Jelas kedutan dibawah mata,menandakan ibunya semakin dimamah usia.Tapi kecantikannya tetap ada.Amru masih ingat kata-kata Tuan Borhan.
‘Datanglah wanita secantik bidadari tapi bagi papa hanya mama bidadari syurga untuk papa.’Cemburunya dia pada kebahagiaan mama dan papa.Walaupun sudah dimamah usia tapi kasih sayang mereka tetap kukuh.Tengoklah sudah 35 tahun melayari hidup sebagai suami isteri,tapi bisa saja jalan mereka masih berpimpin tangan.
“Ada apa ma?”
“Am tak nak kahwin lagi?”Amru ketawa kecil.’Kahwin ma?Siapa nakkan Am yang dah dapat gelaran duda ini?’
“Belum lagi mama…mama risaukan Am?”Puan Asiah mengangguk.Dulu dia izinkan Am ke Lubnan kerana dia tahu hati Am waktu itu sedang parah.Walaupun Amru tidak pernah menunjuk secara nyata.Hati keibuannya risau apatah lagi melepaskan anak ke medan perang.Tapi melihat Amru dilapangan terbang sebulan lalu,hatinya bersyukur.Doanya diterima Tuhan.
“Am…selagi mama adalah mama Am…selagi nafas mama Tuhan masih berikan…selagi itulah mama risaukan Am dan Aina.Mama nak sangat sebelum mata mama tertutup rapat,mama nak tengok anak-anak mama bahagia.”
“Am faham ma…tapi Am belum nak kahwin lagi.Belum ada jodoh Am mama.”Amru memegang tangan Puan Asiah.Cuba meyakin kan ibunya dia tidak ada apa-apa.
“Mama sentiasa ada bersama Am.Am tidak keseorangan.”
Sebaik sahaja mamanya keluar Amru terbaring mengadap syiling.Bayangan dan kenangan lama mula menguasai mindanya kembali.Kenangan yang tak akan pernah dia lupakan seumur hidupnya.Kenangan yang sentiasa menghimpit jiwanya kemana sahaja.
















3


KUNJUNGAN Amru ke rumah Rohana disambut dengan gembira suami isteri itu.Menerima cenderamata yang dibeli oleh Amru dari Lubnan menguatkan kata hati Rohana,Amru tidak pernah melupakan mereka.Malah mungkin sahaja Amru tidak pernah membuang Yasmin dari hidupnya.
.Walaupun Amru hanya bekas menantu tapi sayangnya pada Amru bagaikan dia sayangkan Shakri Iman.Mungkin ada hikmahnya Allah tidak mengizinkan benih untuk tumbuh di dalam rahimnya.Tapi Allah gantikan dengan kehadiran Iman dan yasmin.Dan sekarang dia punya seorang lagi Amru Iskandar.Baik dia atau suami tidak pernah sesekali menyesali ketentuan Tuhan ini.Semua yang berlaku ada sebab dan akibatnya.
Naluri keibuannya tahu Amru dan Yasmin masih saling menyintai dan memerlukan.Mungkin ini hanyalah ujian buat mereka.
Amru duduk di ruang tamu berbual bersama Shahudin sedangkan Rohana sibuk menyiapkan makan malam di dapur.Sebentar lagi Shakri Iman juga akan pulang bersama Wan asyahily dan puteri mereka,Wan Nur Anis
` “Am duduk dulu,ayah nak ke kedai sekejap.Nak beli barang sikit.”
“Nak beli apa ayah?Biar Am je yang pergi.”Walaupun hubungannya dengan Yasmin sudah sampai titik nokhtah,tapi kedua mereka tetap mahu dia terus memanggil mereka dengan panggilan mak dan ayah.Bagi keduanya Amru tetap menantu mereka dubia akhirat sekalipun ditakdirkan Yasmin berkahwin lain.Itulah yang mereka cakapkan pada Amru lewat Amru ke Lubnan dahulu.
“Am duduklah.Ayah nak pergi beli ikan bilis.Anis tu suka sangat kalau buat bubur nasi dengan ikan bilis.”Terkenangkan cucunya yang baru berusia 4 bulan itu,hati tuanya amat gembira.Apatah lagi Anis sudah mula mahu memakan bubur nasi yang dikisar halus.Amru ketawa kecil.Jelas di mata Shahudin kegembiraan yang amat sangat.Amru tumpang bahagia melihat bekas mertuanya ini.
Hilangnya kelibat Shahudin,mata Amru kembali meniti pada sekeping gambar berbingkai emas yang tergantung didinding.Gambar Yasmin sewaktu majlis konvokesyennya di Australia dulu.Hati nya tiba-tiba bergetar hebat.Mata Amru dipejamkan dan dibuka kembali.Lama potret itu direnung.
‘Rindu itu datang lagi.Rindu..perilah sejauhnya jangan bertandang dalam hatiku saat ini.’
Deringan telefon di rumah ini kembali menyedarkan Amru kealam nyata.Dia melangkah ke meja telefon.Dia pasti Rohana tidak mendengarnya.
“Hello.”Sepi.
“Hello.”Sekali lagi Amru bersuara.Bila panggilannya tidak berjawab.
“Hello…siapa ni?Along ke?”Amru sedikit tersentak.Suara itu mengembalikannya pada seseorang.Suara yang tidak pernah dilupakan seumur hidupnya.Dan suara itu kembali bergema di telinganya saat ini.Betapa dia rindukan suara itu.
“Bukan.Iman tak ada.”Dia cuba menjawab dengan tenang.Berlakon seolah-olah dia tidak pernah kenal dengan si pemanggil.
“Boleh saya tahu siapa ni?”Ternyata Yasmin sudah tidak mengenali suaranya.Amru akur.Akur bahawa dia sudah terlalu jauh dari hidup Yasmin.
“Saya kawan Iman.Dia keluar ke kedai.Sekejap lagi telefon balik.”
“Mak ada?Boleh tolong panggilkan Puan Rohana tak?Saya anak dia Yasmin.”Amru cuba menahan nafasnya.Telahannya benar.Kerana telinganya belum tuli untuk membezakan suara Yasmin dan wanita lain.
“Sekejap…”Gagang telefon diletakkan ditepi.Dia bangun menuju ke dapur.
“Mak..”Rohana yang sibuk mengatur pinggan menoleh.
“Ha..Am.Ayah mana?”
“Ayah pergi kedai kejap.Ada panggilan telefon untuk mak.”
“Siapa Am?”
“Min mak…”Rohana sedikit tersentak.
“Min tahu Am kat sini?”Amru menggeleng.
“Tak..Am cakap Am kawan along.Dia tak kenal suara Am.”Amru kembali melangkah ke ruang tamu.Berpura-pura membaca akhbar sedangkan fikirannya tidak disitu.Betapa jauhnya dia dibuang Yasmin.Dia akur akhirnya.

Malam itu Amru dan Shakri Iman bertukar-tukar cerita sehingga ke dinihari.Biarpun hanya bekas abang ipar tapi Shakri Iman tetap macam dulu.Berbual tentang kerjayanya dan rumahtangganya bersama wan Asyahilly.Amru senang bila keluarga Yasmin tetap menerima dan masih menganggapnya sebahagian dari mereka.

Malah dia senang dengan layanan Shakri Iman.Malah Amru masih ingat Shakri Iman lah yang kerap datang melawatnya selepas penceraiannya dengan Yasmin dulu.Walaupun usianya dan Shakri Iman sebaya,tapi dia tetap hormatkan Shakri Iman sebagai abang iparnya.Dan sekarang mereka bagaikan sahabat lama yang baru bertemu.


SELESAI bercakap dengan Rohana,Yasmin berbaring dikatil.Tapi fikirannya terganggu.Terganggu dengan suara yang menjawab telefon dirumahnya tadi.Suara itu persis seseorang.Amru!Tapi mana mungkin.Katanya dia kawan Iman.Mak pun cakap macam tu.Tapi suara itu tak ubah seperti Amru.Ya…Amru Iskandar Borhan.Ingin sahaja dia membuat panggilan sekali lagi kerumah…memastikan betul-betul tapi apa pula kata orang tuanya.Pasti mereka menganggapnya gila talak.Sedangkan dulu dia yang membuang Amru jauh dari dirinya.
“Tak mungkin dia Am.”tapi bicara bibirnya tidak sama sekali dengan mindanya.
Potret Amru ditepi katil direnung sedalamnya.Wajah kacak Amru memang mampu menggetarkan jiwa mana-mana perempuan.Apatah lagi dalam uniform rasminya.Segak dan bergaya sekali.
Saban waktu potret itulah yang direnungnya bagi melepaskan rindu yang bersarang dihati.Selalu dititipkan pada angin lalu sampaikan salam pada Amru.Ah..rindunya dia pada lelaki itu.Lelaki yang pernah berkongsi rasa,berkongsi jiwa dengan dirinya satu waktu dulu.

“Asslamualaikum….”Yasmin tersentak sedikit.Dia melihat skrin komputernya.Tadi dia on skype belum tutup.Dan sekarang Fazril muncul di skrin.
“Waalaikumuslaam..tak tidur lagi?”Dia tersenyum melihat Fazril ketawa.
“Belum.Buat kerja sikit.Awak buat apa?”
“Tak ada apa-apa.Saja-saja dengar radio sebelum mata terlelap.Tadi sembang dengan Zikri.”Zikri teman sekerjanya dahulu sudahpun bertukar ke Brunei beberapa bulan lepas.
“Raihan..Raihan..”
“Kenapa tiba-tiba sebut nama saya?”
‘Nasib baik kita tak jadi kahwin kan.Kalau tak mana boleh.Saya kan boleh jadi wali awak?”Kali ini giliran Yasmin pula ketawa.Yelah kalau ditakdirkan cinta mereka ke jinjang pelamin dulu tak ke naya.Ayah Fazril kana bang kandung ibu Yasmin.
“Itulah Ril Allah dah tetapkan perjalanan hidup kita ni.”
“Ok lah..tak nak kacau awak.Since mata sayapun dah mengantuk teramat-amat ni.Ok..good night..have a sweet dreamt…”
“Ok…assalamualaikum..”Yasmin menutup computer ribanya.Tapi dia seakan ternampak bayangan Amru disitu.Rindunya bertandang lagi.










4
AMRU tersenyum senang.Kembali berkumpul bersama teman-teman adalah sesuatu yang amat dirinduinya sewaktu berada di Lubnan.Izhar,Shahrul,Zarul dan Ikmal.Malam ini mereka semua dibelanja Zarul di restoran marina,Teluk Batik.Kata Zarul pinjaman koperasinya baru lulus…itu yang berlagak semacam je ni.Tapi Amru tahu sebahagian besar duit itu digunakan Zarul untuk rawatan adiknya.
“Macamana Lubnan Am?”Shahrul rakus menghirup kuah tom yam.Melihat Shahrul yang berselera,mengembalikan Amru pada kegemaran Yasmin.TomYam!Ah kenangan pergilah jauh-jauh.
“Macamana apa lagi.Macam tulah.Aku bertugas di kem.jadi tak banyak berjalan.Sesekali je aku sertai operasi.Tapi memang menyedihkan.Peperangan hanya tinggalkan momentum yang sukar dilupakan.Kau tahu aku pernah berhadapan dengan situasi sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tiba-tiba meletup kerana melanggar periuk api yang di tanam di jalan.Sedih sangat bila tengok mayat bergelimpangan.hancur Shahrul.Itu belum lagi melihat bayi yang cacat kerana radiasi.”Amru mengingati kenangan setahunnya di Lubnan.Bermacam cerita dibuka kembali dihadapan sahabat-sahabatnya ini.Ada sedih,gembira…duka.Semuanya Amru adun menjadi satu kisah.
“Habis tu macamana kau melapor ke KD Sri Pinang?Tak ank balik duduk sini ke Am?”Amru pandang Ikmal.Tempat ini banyak sekali kenangan nya bersama Yasmin.
“Aku dekat sana sementara sahaja.Gantikan XO yang kena tukar atas masalah disiplin tu.Tapi base kecil ok lah kot.”
“Ni bakal adik ipar kau ni bila lagi nak naik pelaminnya?”Amru memandang Izhar yang tersenyum kelat.Siapa sangka pertemuan pertama Izhar dan Aina di rumah Amru dulu telah mengikatnya keduanya dalam ikatan pertunangan.Amru bersyukur.Sekurang-kurangnya dia tahu Aina tidak silap memilih.Dahulu dia selalu risaukan Aina yang kononnya nakkan doctor Kelvin pensyarahnya.Puas Amru nasihat,tapi Aina mana pernah serius dengar nasihat orang.Dan nasib baik jugalah Aina memang tak serius nakkan pensyarahnya itu.
“Yang tu aku tak boleh jawab.Kau kena tanya member kita ni sendiri.Ikut aku minggu depan pun boleh…”Teman-temannya ketawa.
“Alah…duit aku tak cukup lagilah…”
“Banyak sangat ke hantaran yang keluarga Am ni minta sampai kau tak mampu lagi?”Ikmal bertanya.
“Sepuluh ribu je Mal.Itulah adik aku sorang.Normallah tu.Izhar ni bukan tak ada duit tapi takut…”
“Bukan macam tu Am.Aku nak prepare dulu sebelum jadi suami orang ni.Bukan senanglah…lagipun aku risau Aina tak boleh terima aku.Berbanding dengan dia aku ni siapalah Am…Aku rasa gaji dia dengan akupun jauh berbeza nanti.”Izhar merendah diri.Memang dia sedar hakikat itu dari mula dia jatuh hati dengan Aina lagi.Sejak kisah cinta pandang pertamya di rumah Amru dulu.Tapi kisah cinta dua darjat kan dah tak jadi kudis zaman sekarang.
“Aina tu takkan pilih kau kalau dia cerewet.kalau dia pandang harta..Iz.Aku kenal lah siapa Aina tu.Aku yakin korang bahagia Iz.”Belum sempat Izhar menjawab satu suara memberi salam.Suara seorang wanita di belakang Amru.Amru menoleh.Serentak itu dia tersenyum sambil menjawab salam.Teman-temannya terpinga-pinga.
“You buat apa kat sini.?”Amru bangun.Berhadapan dengan seorang wanita tinggi lampai dibelakang kerusinya.Ala-ala model arab.Memang cantik pun.
“Dah tentulah I datang makan Am.Takkan nak shopping kat sini?”Amru ketawa kecil.
“Buat lawak lagilah tu.Eh,ni I kenalkan kawan-kawan sekerja I merangkap sahabat-sahabat baik I ,Izhar,Shahrul dan Ikmal.Guys ni aku kenalkan Kapten dr Shazlin,pegawai perubatan masa kat Lubnan dulu dan sekarang bertugas di HATL.Shazlin mengangguk pada semua yang ada disitu.
“Ok Am…I tak nak kacau you…but just want to remind you our date tomorrow.I will punish you if forget.”Amru ketawa.
“Don’t worry…I won’t.Tomorrow 1 o’clock I’ll be there….”Shazlin bersalaman dengan Amru sebelum melangkah kembali kearah teman-temannya.Amru kembali duduk.
“Ehem…Am…bukan muhrim.Ingat sikit.”Amru sedikit tersentak.Rupanya perlakuannya menyambut salam Shazlin tadi diperhatikan Ikmal.Lupa pulak ustaz Ikmal ni ada.Eh Am..kalau Ikmal tak ada sekalipun Allah tu tetap ada.Dosa tetap dosa tau.mana boleh menghalalkan yang haram.
“Sorry Mal..tindakan refleks..”Ikmal menggeleng.Baginya walaupun sahabat kewajipannya menegur yang salah.Jangan sampai mengharuskan yang batil.
“Siapa tu Am?Mesra semacam nampak?Awek kau ke?Siap ada date esok..”Izhar tidak mampu lagi menyembunyikan soalannya.Amru Cuma tersenyum.
“Betullah Am..sapa tu?”Shahrul pula memanjangkan.
“Kan tadi aku dah bagitahu korang.She’s a doctor.Kapten dr Shazlin.Aku dengan dia satu kem kat Lubnan dulu.”
“Yelah…tapi mesra semacam je aku tengok.Ada apa-apa ke Am?”Amru memandang Izhar.
“Aku malas nak jawab boleh tak iz?”Izhar masih tidak berpuas hati.Namun pertanyaannya hanya mengundang senyuman dibibir Amru.Biarlah mereka berteka-teki.Sebab kalau dia mula bercerita nanti lagi banayak soalan yang keluar dari mulut kawan-kawannya ini.Terutama mulut si shahrul.
















5
Gementar Yasmin sudah tidak sama seperti seminggu lalu.Saat dia diperkenalkan dengan ketua barunya selepas balik bercuti.Memang dia terkejut.Lebih terkejut dari pertemuan semulanya dengan Fazril di Fukuoka dulu.Fazril sudah ke Singapura.Ditukarkan ke sana bagi membantu menyiapkan satu projek khas.Kerjasama antara Malaysia dan Singapura.Tapi hubungan mereka tetap berterusan apatah lagi bila sahaja dia mengetahui hubungan mereka punya pertalian darah yang kuat.
“Yasmin…masuk bilik saya sekejap.”Yasmin memandang intercom diatas mejanya.dia bangun.Menarik nafas seketika sebelum melangkah.Entah kenapa setiapkali berhadapan dengan ketuanya ini hatinya tidak enak.
“Pagi bos…”Dia cuba tersenyum walaupun amat payah.Berdiri berhadapan dengan seseorang yang pernah meluahkan rasa padanya amat sukar.
“Pagi Min..Have a seat.”Yasmin duduk berhadapan dengan Lelaki ini.Hanif Zakri.Lelaki yang pernah meluahkan rasa cinta padanya sebelum perkahwinan nya dulu.Lelaki yang amat rapat dengan dirinya sebelum Amru hadir.Lelaki yang pergi membawa luka dihati saat pernikahannya.Dan lelaki ini kembali lagi.
“Kan I dah cakap jangan panggil I bos.”Yasmin cuba tersenyum.
“But you’re my bos.”Hanif ketawa kecil.
“Ok..I won’t talk with you if you still called me a bos.”Hanif berpeluk tubuh sambil tubuhnya disandarkan ke kerusi.Dia berpura-pura serius.Memandang wanita bertudung krim dihadapannya ini.Yasmin mengalah akhirnya.
“Oklah…ada apa You nak jumpa I Hanif?”
“Macam tulah….”Hanif memandang lagi kearah Yasmin.Kecantikan Yasmin semakin menyerlah selepas bertudung.dia tahu Yasmin kini sendirian.Sebab itu dia menerima tawaran dari HQ untuk menjadi pengurus projek disini.Semuanya diketahui dari Zikri yang berkursus di Brunei dulu.
“Ok Min…projek KD Sri maharani sudah hampir siap sepenuhnya.HQ mahu kita buat beberapa pemantauan untuk projek ini bagi memastikan tiada kecacatan yang boleh menimbulkan apa-apa masalah.”Yasmin mengangguk.Sebelum kembali bertugas disini dahulu dia sudah diberitahu tentang semua ini.Cuma yang dia sendiri tidak boleh jawab kenapa dia mesti menerima tawaran kembali lagi kesini.Ke tempat yang menyimpan memorinya bersama Amru.
“So,You nak I buat apa?”
“starting tomorrow you and I akan kesana every 3 days.Kapal tu pun dah nak mula beroperasi.Dan kita dijemput untuk perasmian nya pada minggu hadapan.So,get ready ok.”Yasmin mengeluh.
“Kalau I tak pergi boleh tak hanif?”Dia bimbang bertemu dengan sesiapa sahaja yang mengenalinya sebagai isteri Amru dulu.Terutama teman-teman sekerja Amru.
“No!You kena pergi sebab you yang handle projek ni dulu.Memandangkan dua lagi engineer yang uruskan this project tak ada so,you lah yang kena take over.”
“I have choice?”
“yes!Your choice is with me to handle this project.”Yasmin hanya menjungkit bahunya.
“Oklah..kalau tak ada apa-apa I keluar dulu ok.”Yasmin bangun.
“Min..”Panggilan hanif menghentikan niatnya.
“What?”
“I nak ingatkan You lunch kita hari ni.You promise it.”Yasmin mengangguk.
“Sure.I tak lupa Hanif.I jumpa you kejap lagi ok.”Hanif mengangguk.Melihat Yasmin melangkah keluar.Akhirnya dia tersenyum sendirian.
YASMIN memerhati gelang-gelang kristal yang diletakkan dalam ruang kaca.Cantik dan menarik.Sesekali matanya melirik ke sebelah kiri.Tapi Hanif belum muncul dari tandas.Tiba-tiba bahunya disinggung seseorang.Dia berganjak sedikit.Yasmin terpegun seketika melihat gelang kristal berwarna hijau ditangan gadis itu.Gelang itu cuba dipakai ditangannya.Memang warnanya menarik sekali.Tiba-tiba ingatannya melayang pada Amru.Saat Amru menghadiahkan gelang kristal putih padanya satu masa dulu.Inilah tempatnya.Disinilah sejarah itu.Mata yasmin kembali kepada gelang kristal merah jambu ditangannya.Dia berkira-kira ingin membelinya.Cuba melenyapkan bayangan Amru yang sedikit menganggu fikirannya.
“Cantik tak warna ni Am?Sesuai tak dengan kulit I?”Yasmin sedikit tersentak.Tapi dia tidak berani untuk berpaling.Mudah-mudahan dia salah dengar.Tulah…banyak sabgat fakir pasal amru…
“You pakai apapun cantik Lin…”Suara itu…suara itu membuatkan kepala yasmin berpaling.Pandangannya melihat seorang wanita dan seorang lelaki disebelahnya.Wanita itu masih memegang gelang kristal hijau.
“Am…”Tapi suaranya hanya tersekat di kerongkong.Tiba-tiba mata lelaki itu memandang kearahnya.Dan ternyata dia juga terkejut.Terkejut dengan pertemuan yang tidak diduga ini.Tanpa bicara tiada suara tapi hati masing-masing berkata-kata.
Ya..Yasmin hampir pengsan saat ini.Dia pegang bucu meja kaca.Cuba mencari sedikit kekuatan.
“Min…”Kedatangan Hanif bagaikan menambah ribut yang ada dihati yasmin.Amru masih memandang Yasmin.Sepicingpun matanya tidak menoleh kearah lain.Shazlin masih tercari-cari warna yang sesuai.
“Min dah pilih ke?”
“Er..”Lidah Yasmin kelu.Dia memandang Hanif sedangkan hatinya memandang Amru.
“Cantik warna tu…sesuai dengan Min.Ambillah…I bayar.”Yasmin kembali ke alam nyata bila Hanif mula membuka beg duitnya.
“Tak pelah Hanif.I tak nak.May be next time.”
“La…tadi Min juga yang nak datang sini beli gelang ni.Sekarang dah tak nak pulak.”Dari ekor matanya Yasmin tahu Amru masih memandangnya.Malah mungkin sahaja sedang meniti setiap bait kata-kata dari mulut hanif.Pasti Amru tertanya-tanya siapa lelaki ini.Tapi Min jangan lupa kata-kata terakhir Amru di mahkamah dulu.
‘Sekali Am melangkah Am tak akan berpusing ke belakang lagi.’
Tak pelah…lain kalilah.Jom.”Pantas dia berjalan mendahului hanif.Meninggalkan Amru yang masih memerhatikannya.
‘Ya Allah kenapa ada pertemuan sebegini.Wanita itu?Isteri Am kah?Kekasih dia kah?’Sungguh hati Yasmin keliru saat ini.
“Min you kenapa?I tengok macam tak ada mood je?”Hanif memandu keluar dari ruang parkir pasaraya giant.
“Sorry Hanif.I just thinking something.”
“Anything you want share with me?”
“Its ok.Nothing.”Fikirannya penuh tanda tanya.Bila Amru balik?Kenapa tak ada orang bagitahu dia tentang hal ini.Hati nya pedih.Amru langsung tidak menegurnya.Dan wanita itu bagai membakar hati dan perasaan yasmin.Ya…Amru tidak akan berpaling lagi padanya seperti kata-kata lelaki itu dulu.













6

“Hei…whats up?”Shazlin menggoyangkan tangannya dihadapan Amru bila dirasakan fikiran Amru sedang melayang jauh.Nasi daging merah dihadapannya langsung tidak disentuh.
“Nothing.You tanya apa tadi?”Amru kembali kealam nyata.
“You ni beranganlah Am.I tanya bila you kena kursus tu?”Amru menyuap sedikit nasi walaupun seleranya sudah mati.Nasi yang menjadi kegemarannya dipandang sepi.
“Dalam dua minggu lagi.Kenapa?You nak kirim apa-apa ke dari sana?”
“I nak kirim cincin boleh?”Amru mengerutkan keningnya.Dia tahu Shazlin gemar bergurau.
“Cincin kat jari You tu kan dah banyak.Nak buat apa lagi?”Amru ketawa kecil.Ternyata dibuat-buat.
“Tapi cincin tunang tak ada lagi Am.”
“Maksud You Lin?”
“Am…kita kenal dah hampir setahunkan.Takkan You tak perasan macamana I layan you selama ini.Am..I nak hubungan kita bukan setakat teman.I want be your wife.”Amru tersentak.
“Tapi Lin….”Tolonglah Shazlin jangan tambahkan serabut dalam kepala Am lagi.
“I tak kisah apa status you Am.I tahu you pun ada rasa yang sama pada I.Umur I pun bukan muda lagi.What I need now is commitment.”
“I tak boleh nak buat keputusan sekarang.Give me a time.”Bukan dia tidak suka pada Shazlin.Tapi hatinya belum mampu menerima mana-mana wanita lain dalam hidupnya.Dan bukan semudah menukar baju untuk mengantikan seorang isteri dalam hidupnya.Isteri bagaikan permata.Sepertimana lirik lagu permata untuk isteri yang pernah dia dendangkan buat Yasmin dulu.
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Untuk kau isi dengan kelembutan
Untuk kau harungi dengan kasih sayang….
Daerah itu yang ada dalam hatinya sukar ditukar milik begitu sahaja buat insan lain.Apatah lagi hatinya seakan tertutup untuk berumahtangga lagi.
“Baiklah Am…I harap I dapat keputusannya selepas You balik dari kursus nanti ok.”Amru hanya diam.Menggeleng tidak mengangguk pun tidak.
“Lin..boleh tak kalau kita just jadi kawan?Kawan baik?”
“Am…tak salahkan kita berkawan dan berkasih.I tahu kita bukannya anak remaja lagi yang nak menyemai cinta bagai nak rak.You atau I kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain.Soal cinta atau tak kita tolak ketepi dahulu.Pada I cinta akan datang sendiri Am.Bagi I peluang untuk ubat hati you yang luka itu.”Amru kehilangan kata.Sunggguh dia tidak mahu memberi harapan palsu pada Shazlin.Tapi salah diakah bila Shazlin jatuh hati dengannya?Am…jangan kisah kau dan Maya berulang lagi.


“APA ni Hanif?I tak naklah budak-budak pejabat buat gossip yang bukan-bukan nanti.”Yasmin memandang jambangan bunga ditangan Hanif.Ada lima belas kuntum ros merah.Masuk sahaja biliknya dia dikejutkan dengan Hanif yang sedang menunggu sambil memegang sejambak bunga.Hanif memanglah.Dia tidak nampak ke Fara Diba dok tengok-tengok dari tadi.Staf-staf lain pun dah renung semacam.
“Orang nak cakap apapun biarlah Min.Yang penting kita berdua tahu.You tak sudi nak terima ke?”Yasmin cuba tersenyum.Sekadar mengambil hati Hanif Zakri barangkali.Hanif..tolonglah jangan goda Min sebab hati Min hanya untuk ‘dia’seorang.
“I dah tua untuk semua surprise ni Hanif.”
“You tak tua lagi Min.Baru nak masuk 30 tahun.Still young and beautiful.”Yasmin mula keliru dengan perhatian yang Hanif berikan pada dirinya.Janganlah Hanif buat yang bukan-bukan lagi.
“Thanks Hanif.But…ini semua tak perlu.”Yasmin duduk dikerusi sedang Hanif duduk di penjuru meja memandangnya.
“Min..I ada benda nak cakap dengan You.Tapi lepas kita pergi site ok.I belanja you lunch hari ini.”Hanif tersenyum.Yasmin sedikit berdebar.Apa pula yang Hanif nak cakap ni?Soal hati ?perasaan?Sungguh dia tidak mahu dengar tentang itu.
“Hari-hari you belanja I hanif.Bukan hari ni je.”hanif ketawa kecil.Baginya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk yasmin.Pertemuan semula ini tidak pernah dia duga apatah lagi bila mengetahui Yasmin kini keseorangan.
“Untuk You Min…restoran pun I sanggup belikan…”Yasmin ketawa kecil.Dia tahu Hanif bergurau.Cuma kadang-kadang gurauan Hanif sedikit menggusarkan perasaannya.
“Better you keluar sebab I nak prepare fail-fail untuk dibawa kesana.Lagi lama You kat sini lagi lambat kita nak pergi site.”Kali ini giliran Hanif pula ketawa.Dia bangkit.Tanpa sepatah kata,dia berlalu.
Yasmin menarik nafas panjang sebaik sahaja kelibat Hanif hilang di balik pintu.Maaf Hanif…Yasmin belum bersedia untuk menebar cinta sekali lagi.Biarlah dia terus hidup dengan kenangan dan impian.
‘Indahnya kenangan manisnya impian.’
Tapi termakbulkah impiannya andai impian sekadar angan-angan?










Amru mula menjalankan tugas nya sebagai pegawai memerintah di Kd Sri Pinang.Lain sungguh tempat ini daripada Lumut.Ialah Sri Pinang tempat nya kecil sahaja.Anggota pun sekitar 40 orang tapi kalau termasuk dengan anggota pasukan simpanan cecah juga lah ratus.
Jadi SO di PSSTLDM lain sedikit dari SO di unit yang semua anggota regular.Tapi untuk PSSTLDM ada pegawai bahagian yang bertanggungjawab.Jadi ringan lah sikit tugas Amru.
Amru masuk rumah masak(galley).
“Masak apa hari ini COG?”BDI Amran tersenyum pada pegawai yang ramah ini.
“Masak asam pedas tuan.Tapi ikan dia dah macam tak fresh dah.”Amru angguk.Menjenguk dalam periuk besar.
Ialah nak fresh macamana ikan dengan sayur sampai hari isnin di UPS utterworth tapi diorang ambil hari rabu.Sayur pun dah macam kuning-kuning sikit dah.
“Ini cukup ke ni?Nanti budak PALAPES yang datang training tak cukup pula?”BDI Amran angguk.
“Cukup tuan.Lagipun hari ini tak ramai training.PSS dengan PALAPES sikit je.Bukan ke yag lain pergi LATIBA di Lumut?”Amru hampir terlupa yang pasukan simpanan TLDM ada latihan di lumut.
“Saya pun lupa COG.Ok lah masak elok-elok.”BDI Amran senang dengan pegawai yang baru bertukar ini.
‘Tak macam pegawai lama.Jangan kata nak turun Galley nak sembang dengan anak buah pun jangan harap lah.’


Amru perhatikan dari tingkat tiga pasukan simpanan TLDM yang sedang giat menjalani latihan kawad kaki di bawah pemantauan anggota tetap.Kebanyakan mereka ini ada yang bekerja dalam bidang professional.Mungkin saja seronok masuk sukarelawan ATM.
“Termenung jauh Tuan?”Amru berpaling.BK PPP Razali tersenyum memandang nya.
“Tak ada apa lah Coxn.Boring tak tahu nak buat apa.”
“Ini tuan saya nak bagitahu sabtu ini kita nak daki bukit bendera.Regular dengan PSS.Tuan nak ikut seklai ke?”Amru mengangguk seketika.
“Ok juga tu.Daripaada saya tak buat apa.Nak balik Lumut tak ada sesiapa.”Memang Amru bercadang nak balik lumut sabtu ini.Tapi memandang kan Izhar balik Ipoh nanti dia boring pula tak ada kawan.Tiba-tiba dia teringatkan insiden di Giant.
‘Yasmin.’Sekali lagi nama yasmin meniti di bibir Amru.
Pertemuan itu tidak disangka sama sekali.
‘Min dah balik…tapi langsung tak contact Am.’Ada nada sayu sedang berirama dalam hati Amru saat ini.






“Siapa OOD hari ini?”Amru bertanya tegas.
“BK Rohaizad tuan.”BM PPP Razali sedikit kecut.Tadi dia dapat panggilan terus dari pegawai nya ini.Pegawai dia ni Nampak saja baik dan lembut tapi kalau buat silap tegas orang nya.
“Panggil Ood jumpa saya sekarang.”Amru duduk di kerusi.
‘Ingat tempat kecil tak banyak masalah tapi rupa nya sama sahaja.’
“Assalamualaikum tuan.”Bk Rohaizad masuk mengadap.
“Apa cerita saya dengar CC LK Amir tak datang bertugas hari ini?”
“Saya dah call dia tadi.Dia ada kecemasan.Tayar motor pecah atas highway.”Amru geleng kepala.Ini lah risiko nya bila duduk jauh dari tempat kerja.
“Dia duduk mana?”
“Dia berulang dari Kulim tuan.”Amru tarik nafas.Dia tahu kebanyakan anggota nya berulang alik dari rumah sendiri.Adalah 3 atau 4 orang sahaja yang duduk kuarters sebab nya kuarters tak cukup bila terpaksa berkongsi dengan anggota RNO.
“Dia masuk suruh jumpa saya.Tolong bagi ini pada GO.Bagitahu saya luluskan TATU palapes untuk hari kokurikulum USM.”Bk Rohaizad mengambil fail di tangan Amru dan terus keluar.

“Assalamualaikum tuan.”Amru angguk dan tersenyum pada sekumpulan pelajar USM yang sedang menjalani latihan PALAPES TLDM di sini.
“Handsome gila lah SO baru tu.”Sempat telinga nya menangkap kata-kata dari arah kumpulan pelajar tadi.Amru buat tidak peduli.Terus ke tingkat bawah.
“Hai Am..”Amru berikan senyuman seikhlas nya pada Shazlin.
“Bila you sampai?”
“Baru tadi.Ingat nak call you tapi rasa nya baik I terus datang sini je.”Amru ketawa kecil.
“You ni tak payah lah nak buat surprise.Buat I tak ada kat ofis macamana?You yang surprise nanti.”Shazlin ketawa.Memang dia sengaja datang ke Pulau Pinang.Lagipun sudah dua minggu Amru bertukar ke sini.Dia rindukan Amru sebenar nya.
“You kata nak pergi RESAT Sungai Ara.Dah pergi dah?”Amru menjamah sedikit nasi goreng kampong dalam pinggan.Dia hanya bawa Shazlin makan di kedai kak Mas bawah pokok Ru di hadapan blok kelamin.Lagipun petang ini dia ada mesyuarat dengan XO.
“Esok pagi Am.Am I ingat nak minta tukar sini ok tak?”Amru mengerutkan kening nya.
“You ini merepek lah Lin.I pun tak lama.Sementara je gantikan pegawai lain yang transfer ke mari.”Buat nya betul-betul Shazlin ikut di kemari naya je.Bukan Amru tak tahu sekarang ini Shazlin dah lain macam.Tak macam di lubnan dahulu.Shazlin dah berani luahkan isi hati terang-terangan sedang kan Amru tak mungkin kot jatuh cinta semula.
“Tak ada lah I gurau je.Ye lah nanti I tukar sini You tukar Lumut balik.”Amru buat-buat ketawa.
“Seronok tak kat sini Am?”Sebenar nya soalan Shazlin lain.Dia takut Am jatuh hati dekat anggota-anggota PSS atau budak-budak USM ini.Maklum lah muda-muda lagi kan?
“Boleh lah Lin.Tapi I tetap rindukan Lumut.”Shazlin senyum.
“You rindukan Lumut or you rindukan I?”
‘Ha..kan dah kena Am.’
“You ni ada –ada je lah Lin.”Shazlin senyum.Dia yakin satu hari nanti Amru tetap akan jadi milik dia.
Mati bicara nya bila Shazlin terlalu berani meluahkan rasa.


















Yasmin masih ingat saat Amru bawa nya kemari dahulu.Suka benar Amru kalau berlama-lama disini.Kata Amru dia suka tengok laut.Orang yang tengok laut ini orang yang kuat.Itu kata Amru lah.
“Termenung jauh?”Yasmin menyambut huluran air kelapa dari tangan Hanif.
“Tak ada.Seronok tengok laut.”
“Laut ini kalau tenang memang seronok tengok Min.Tapi bila datang Tsunami gerun kita.”Yasmin ketawa kecil.
Ye Hanif betul.Waktu dia bahagia dengan Amru dahulu bagai air laut lah.Tenang sahaja.Tapi bila perkara itu melanda rumah tangga mereka macam Tsunami lah tak dapat diselamat kan langsung.
Tapi Min…sekalipun Tsunami kalau kita bersedia kita boleh selamat kan lagi.Kalau kita ada kekuatan kita pasti tak di hanyutkan ombak Tsunami.Tapi Min tak ada kekuatan itu.Min biarkan ombak Tsunami musnahkan bahtera kita.Sampai Am tak boleh lagi kemudi hingga ke pengkalan.Jahat kan Min Am.
Tapi Hanif apalah sangat kekautan dan kudrat kita berbanding ketentuan dari Yang maha esa?
Yasmin pandang hanif.Tapi Yasmin tahu Hanif bukan Am.Dan Hanif tak akan boleh jadi Am.Amru hanya seorang sahaja.Amru Iskandar.Tak akan ada dua atau tiga Amru lagi dalam hati Min.
‘Sedih nya Min.’





Prolog 11
Yasmin terlena dia atas pangkuan Amru tatkala asyik memandang keindahan Teluk Emerald.Amru hanya membiarkan.Tidak terasa langsung berat beban kepala Yasmin.Dan dia lah lelaki yang paling bahagia bila bersama wanita yang di cintai nya.
“Sorry lama Min tidur atas dada Am.”Amru senyum.Rambut yasmin dielus perlahan.
“Kalau Min tidur sampai esok pun Am ok je.”Yasmin ketawa kecil.senang bila dimanjakan Amru sebegitu.
“Cantik kan malam ni Am?”Yasmin pandang bintang-bintang yang sedang berkelipan nun jauh di angkasa.
“Tapi cantik lagi isteri Am ni.”
“Bintang tu kalau dari dekat Cuma planet atau meteor je kot.Tapi bila kita pandang dari sini it so beautiful.”
“Am tak boleh petik bintang untuk Min tapi Am akan jadikan Min bintang hati Am.”
Am ni suka buat pipi Min jadi merah.Malu lah Min bila Am cakap macam tu walaupun dah dekat dua tahun kahwin tapi Am tetap nak tunjukkan yang dia suami yang romantik.

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untuk mu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mahu jadi milik mu pasti kan kau bahagia..
Sweet nya Am nyanyi lagu Yuna sambil pandang mata Min.
“Am…”
“Em…”
“Min tak nak bintang di langit.Min nak Amru Iskandar yang ada di hadapan Min sekarang ni.”Amru ketawa kecil.Ditarik nya Yasmin rapat ke dada nya.
“I’m Yours….”
Tenang nya hati Yasmin saat ini.
Am..Min doa semoga kita begini selama nya.
Tapi sedih nya bahagia yang Min harapan ke hujung hanya seketika Cuma.

Yasmin pelik dengan Amru kebelakangan ini.Amru tak macam sebelum ini.Amru selalu termenung.Balik rumah pun jarang bercakap dengan Min.Min tahu ada sesuatu yang Amru sembunyikan dari Min.Tapi Min tak tahu apa.
‘Am beretrus terang lah kalau ada salah Min pada Am.Jangan buat Min macam ini.’
“Am nak makan?”Amru senyum pada Yasmin.tapi yasmin tahu senyuman Amru hambar sekali.
“Am dah makan tadi dengan Izhar.Min belum makan ke?”Yasmin cuba tersenyum.Dari tadi perut nya berkeroncong tahan lapar sebab tunggu Am balik.Alih-alih Am cakap dah makan dengan Izhar.Am ini betul lah.Agak nya lagi seronok makan dengan Izhar dari isteri sendiri.
“Tak Min dah makan dah.Tunggu Am lambat balik.”Amru mengangguk.mata nya dikembalikan ke televisyen.
‘Macam tu je.Tak dengar ke suara Min macam orang tengah merajuk.?’
Tiba-tiba telefon bimbit Amru berdering.Amru segera keluar.Hati Yasmin bertambah sakit.
“Kenapa nak keluar?tak boleh ke cakap kat dalam rumah saja.Apa yang rahsia sangat sampai Min tak boleh tahu?”Yasmin pandang Amru yang sedang berbual di atas meja batu.
Yasmin masuk bilik.Terus direbahkan diri nya diatas tilam.Hati nya pedih bila Amru buat macam ini.
“Min…”Amru pegang bahu yasmin.
“Min dah tidur ke?”Yasmin diam tak bergerak.
“Min..Am nak keluar sekejap.Min tidur dulu ye.”Yasmin menahan rasa hati.Dia dengar Amru tutup pintu.Sejenak kemudian kedengaran Honda CRV Amru keluar dari kawasan rumah.
Air mata Yasmin mula menitis.
‘Kenapa Am buat Min macam ini?’


Amru betul-betul dalam keadaan tertekan.Ibarat di luah mati emak ditelan mati bapak.Dia tahu kalau dia tak tolong Alina dia gagal jalankan tanggungjawab nya sebagai manusia.Tapi kalau dia berterusan tolong Alina pasti masalah pada rumahtangga dia.Silap dia sebenar nya tidak pernah bercerita hal ini pada Yasmin.Menyembunyikan kebenaran yang akhir nya memakan diri sendiri.Bukan dia tak nak berterus terang tapi dia takut apa yang berlaku antara dia dan Maya dahulu berulang lagi.Dia takut yasmin tersalah sangka lagi.Amru betul-betul pening.Sangka nya perkara ini tak akan berpanjangan.Tapi melihat kekerapan Alina menghubungi nya dia tahu dia perlu lakukan sesuatu.
Dia kenal Alina 2 minggu lepas.Waktu itu dia baru balik dari kapal.Pukul 1 pagi.Waktu dia melalui lorong belakang Billion dia Nampak seorang wanita berlari sambil menahan kereta nya.Amru terpaksa berhenti bila wanita itu betul-betul berhadapan dengan kereta nya.Sebaik sahaja Amru keluar wanita itu terus rebah.Amru panik.Nasib baik ada orang lalu.Amru minta pertolongan untuk mengangkat wnaita itu ke kereta nya dan dihantar nya ke hospital.Amru terpaksa tunggu sehingga wanita itu sedar kembali.Niat Amru untuk bertanya siapa keluarga nya.
Tapi wanita itu terus menagis.Dia bagitahu yang dia baru sahaja lari dari lelaki yang ingin menjual dia kepada seorang lelaki lain.Dia minta pertolongan Amru.Amru jadi serba salah.Dia jatuh simpati pada wanita bernama Alina yang nayris dijadikan sendikit pelacuran.Seharian Amru di hospital.Memujuk gadis itu untuk melaporkan pada polis.Tapi Alina enggan sebab abang nya sendiri terlibat dlaam kegiatan tersebut.
Amru buntu.Mahu ditinggalkan gadis itu sendiri di hospital atau bagaimana?Simpati nya jatuh lagi bila Alina bagitahu dia tiada se sen pun duit.
“Encik tolong saya.Saya takut kalau diorang jumpa saya.”Rayuan Alina membuatkan Amru kalah.memang tidak patut dibiarkan gadis itu begitu.Amru teringatkan yasmin yang masih berada di Singapura atas urusan kerja.pada mula nya Amru memang mahu bercerita dengan Yasmin tapi dia tidak mahu yasmin risau.Apatah lagi berprasangka pada dia dan Alina.Ialah Yasmin tak ada kat sini.Mahu ke Min percaya dengan cerita Am saja.Lagipun Yasmin uruskan projek penting.Am tak mahu menganggu Yasmin sedang bekerja.Kerana itu dia mahu tunggu sehingga Yasmin balik dahulu.Tapi selepas seminggu dia mula rasa gelisah.Sejak Yasmin balik dia belum sempat untuk bercerita.Apatah lagi Alina seakan-akan sengaja mahu mendekati nya.Percaya kah yasmin kalau dia katakan dia Cuma mahu membantu gadis itu.
Macamana kalau Alina bercerita sebalik nya?Amru benar-benar buntu dan keliru.
Selepas Alina keluar hospital Amru tolong carikan rumah sewa.Sebab kata Alina dia tak ada sesiapa disini.Bil hospital pun Amru yang jelaskan.
Kemudian Amru tolong carikan kerja.Alina sekarang bekerja di Armada Square sebagai jurujual.Sengaja Amru carikan kerja di dalam pangkalan.Sekurang-kurang nya Alina lebih selamat berada disini dari di luar.Alina menyewa dengan pelajar-pelajar dari kolej komuniti.
Sangka Amru setakat itu sajalah pertolongan dia pada Alina.tapi gadis itu selalu snagat menghubungi nya.Walau pun berkali-kali Amru ingatkan dia sudah berkahwin tapi Alina….
-Abang…Lina terlepas bas.macamana ni?
Amru baca pesanan di telefon bimbit nya sekilas.Dia perasan jelingan Yasmin.
+nanti mesti ada bas lain.Tunggu je.
Cepat-cepat dia menekan butang send.Dia sendiri membahasakan ‘saya’pada Alina.Tapi Alina tetap mahu memanggil nya abang.
“Am nak air?”Amru tersenyum.Dia mengangguk.Yasmin terus ke dapur.Tapi hati yasmin sakit sangat.Amru dah macam orang mabuk cinta.Asyik ber sms.Tapi yasmin tak mahu berprsangka dulu.Dia tidak mahu kerana prasangka lah dia kehilangan Amru dahulu.Kerana prasangka lah mereka berjauhan.Kerana prasangka dia pada Am dan Maya lah dia hamper terus kehilangan Am.Dia tidak mahu kehilangan Am lagi.Dia tahu Amru seorang suami yang setia.Am tak akan curang.Bukan kah dulu Am pernah cakap Am kan hanya untuk Min?
Yasmin hulurkan segelas air oren kepada Amru.
“Am tak keluar hari ini?”Amru geleng.
“Am nak duduk rumah je dengan Min.”Yasmin senyum.Prasangka hati ditolak jauh-jauh.Am tak akan curang.Dia percaya pada kejujuran Amru.Mungkin Amru ada masalah di tempat kerja.
“Min nak keluar ke?”
“Malas lah.Duduk rumah je.Lagipun sekejap lagi ada cerita kegemaran Min.”Amru ketawa.Hilang seketika soal Alina dari kepala nya.
“Apa cerita kegemaran Min tu.?”Yasmin senyum.
Amru macam dulu juga.Mungkin ada masalah kat pejabat.Tak baik Min cakap Am tengah angau.
“Teduhan kasih.’Cerita ini diorang ambil dari novel tau.Best.”Amru ketawa.Suka benar dia tengok Yasmin gembira macam ini.Hilang resah nya seketika dengan masalah Alina.Nanti lah Am akan berterus terang juga dengan Min.
“Itu lah suka sangat baca novel.”Hidung yasmin ditarik perlahan.Yasmin cuba mengelak tapi Amru lebih pantas memeluk nya.
“Agak-agak nanti kalau ada baby comel macam tu tak?”Amru berbisik di telinga Yasmin.Yasmin senyum je bila Amru tanya macam tu.Dia tengok Adi Putra tengah pangku Adam.
“Am dah ready ke nak jadi papa?”
“Dah dua tahun Min kita kahwin.takkan lah Am tak ready lagi.”Sekarang yasmin semakin yakin dengan kejujuran Amru.
“Ok Am kena doa banyak-banyak Allah bagi kita rezeki ye.”Sebuah ciuman hinggap di pipi yasmin.Yasmin menyandarkan kepala nya di dada Amru.Kembali menonton Teduhan Kasih.
Sedang asyik menonton telefon Amru berdering lagi.Melihat nombor tertera Amru sudah tahu siapa dia.Mahu tidak mahu terpaksa juga di jawab dihadapan yasmin.
“Hello.”Diam.Mata Yasmin di kaca televisyen tapi telinga nya mendengar pebualan Amru.
“Saya kat rumah.Kenapa?”
“Tak boleh lah.”Diam lagi.
“Ok tunggu saya datang.”Talian di matikan.
“Ada apa Am?”
“Er..Am kena pergi pejabat sekejap.Ada hal sikit.”Yasmin angguk.Entah kenapa dia perasan riak gementar dalam suara Amru
“Tak pe..Am pergi lah takut penting pula nanti.”
“Am pergi sekejap ye.nanti Am balik.”Yasmin angguk.Cuba dilemparkan senyuman semanis mungkin pada Amru.

Amru memandu keluar dari kawasan perumahan Ayer Tawar.
“Minta maaf.Lina takut sebab ada kereta tu asyik berhenti tengok Lina.Bas pula mogok kut hari ini.”Amru tarik nafas panjang.Dia rasa berdosa kerana berbohong pada Yasmin.Tapi apa kan daya nya.Alina telefon bagitahu ada orang ikut dia.Amru Cuma tidak mahu dia kembali ke tempat dia sebelum ini.
“Lepas ini saya tak boleh dah nak ambil dan hantar awak macam ini.Saya ada isteri yang saya harus jaga perasaan dia.Saya minta tolong jangan call saya lagi.Setakat ini saja pertolongan yang saya boleh bagi.”Alina diam seketika.Sebenar nya dia sudah jatuh hati pada amru sejak Amru membantu nya tempohari.
“Lina minta maaf sebab menyusah kan abang.”Amru hanya mengangguk.
“Tak pelah.Kali ini saya tolong.”Dia menghantar Alina sehingga ke Armada Square.Kemudian dia bergegas pulang ke rumah.
‘Kasihan Yasmin.Maafkan Am ye Min.’





“Siapa dengan husband you semalam Min?”yasmin kerutkan kening nya.Tidak faham dengan soalan Fara Diba.
“Bila?”
“Dalam pukul 7.30 malam semalam.I terserempak dekat traffic light Sitiawan.”Dada yasmin sudah berdebar-debar.Macamana Am ada kat Sitiawan pula sedangkan dia kata ada masalah di kapal?Hati Yasmin mula berdebar.
“Oh yang tu adik Am.Dia ambil kat bus stand semalam.”Yasmin mencipta alas an.Tidak mahu rahsia rumahtangga sampai kepengetahuan orang.
“Nasib baik adik Am.I ingat kan siapa lah.”yasmin cuba senyum walau dia rasakan cukup payah saat ini.
‘Siapa Am?kenapa Am tipu Min.?”




Yasmin ambil cuti hari ini.Berpura-pura tidak sihat.
“Min ok tak ni?Kalau tak ok kita pergi klinik.”
“Min tak apa-apa.Am pergi lah kerja.”Amru angguk.Terus dapatkan motorsikal nya.
“Am pergi dulu.Apa-apa call Am.”Yasmin cuba tersenyum.
“Ok.”Sebaik sahaja kelibat Amru menghilang Yasmin cepat-cepat masuk bilik.telefon bimbit Amru yang disorokkan dibawah bantal di buka.Tadi bila Amru dah masukkan telefon bimbit ke dalam beg Yasmin hanya memerhati.Dan bila Amru ke bilik air yasmin cepat-cepat keluarkan dan sorok bawah bantal.Lepas tu dia berpura-pura maniskan wajah nya.Siap tolong bawakan beg Amru ke hadapan.
Maaf bukan Min nak jadi isteri yang jahat.Min terpaksa am.semalamam Min tak tidur bila dengar cerita Diba.Min Cuma mahu cari jawapan sahaja.
Yasmin cepat-cepat memeriksa inbox.Tapi tak ada satupun pesanan yang mencurigakan.Yang banyak sms dari yasmin yang Amru letakkan sebagai ‘Sayang.’Yasmin buka pula senarai panggilan.Ada beberapa dari nombor yang tiada nama.
‘Yang mana satu ini?’Dia teringat semalam Amru dapat panggilan dalam pukul 7.15 minit malam.
‘Ha ni dia.’Ada satu nombor yang tiada nama pada waktu yang yasmin cari.
Yasmin cepat-cepat telefon.Sekali dua tiada yang menajwab.Yasmin pandang telefon bimbit Amru.Hati Yasmin Semakin resah.tTiba-tiba ada satu pesanan masuk.dari nombor yang did ail Yasmin tadi.
-Salam.maaf tak sempat jawab.Lina kat bilik air tadi.Abang boleh call Lina balik.?
Yasmin menahan sebak yang semakin menyesakkan dada nya.
‘Lina?Siapa Lina?Aku tak pernah kenal orang ni.Kenapa dia panggil Am abang?Ya Allah..apa ni?’
Yasmin cepat-cepat balas.
+abang kat dalam ofis ni.Butang send ditekan.Mesej dihantar,.beberapa saat kemudian dia dapat balasan dari ‘Lina.’
-Ok tak pe.nanti tengahari ni jangan lupa.Kalau lepas ni abang tak nak jumpa Lina lagi pun tak pe.Kali ini je Lina nak jumpa abang.Lina faham kalau Lina bukan sesiapa pada abang.Isteri abang lebih penting dari Lina kan?
Airmata Yasmin mula merembes.Dia tahu Am curang.Am dah sakitkan hati Min.Sampai hati Am.
+Apa maksud Lina?
Yasmin masih mahu mencungkil kebenaran lewat dari sms dengan ‘Lina.’
-Sejak Lina kenal abang Lina dapat rasa sesuatu yang lain.Abang baik ambil berat pasal Lina.Abang tolong Lina.Tiap kali Lina jumpa abang Lina rasa sesuatu yang lain.Tapi Lina faham kalau abang tak boleh pilih Lina
. Yasmin sudah terduduk.Tiba-tiba sms dengan lina terganggu dengan panggilan telefon.
“Hello.”Yasmin membetulkan suara nya yang sudah serak.
“Min..handphone Am tertinggal ye.”
“Ada atas katil ini.Am lupa kot.”
“Ada panggilan untuk Am tak?”Suara Amru resah.
“Tak ada pun.Sms pun tak ada.Nak Min hantar dekat Am ke?”
“Tak pe.Kejap lagi Am balik ambil.”
“Ok.”
Yasmin kembali menyambung sms yang tergendala tadi.
+tapi abang dah kahwin.
-Lina tahu abang dah kahwin.Lina Cuma nak luahkan apa yang Lina rasa.
+tak pe nanti kita jumpa kita cakap.
Yasmin menutup perbualan nya dengan bakal madu.
Air mata yang menitis dikesat perlahan.Dia harus fikirkan sesuatu.
Semua sms dia dan Lina di padam dari telefon bimbit Amru.







Yasmin memberhentikan kereta nya sedikit jauh dari dari restoran Melati jalan Teluk Batik.Dari tadi dia menunggu Amru keluar dari Jeti Armada.Di ikut nya kereta Amru dalam jarak yang agak jauh.Dia pasti Amru akan bertemu dengan Lina.
Jangkaan yasmin tidak melesat.Amru sedang duduk di kerusi dengan seorang wanita dihadapan nya.Yasmin membiarkan seketika dating suami dengan gadis tu.
“Assalamualaikum…”Amru betul-betul terkejut.Kalau dulu pencegah maksiat yang tangkap nya bersama Maya tapi sekarang yasmin sendiri menangkap nya bersma Alina.
“Boleh Min duduk?”Yasmin cuba berlagak selamba.Tarik kerusi dan duduk diantara Amru dan Alina.
“Min..Am can explain.Ini bukan yang macam Min sangka.”
“Apa yang Min sangka?”Yasmin cuba mengawal intonasi suara nya.
“Ini Alina.Am dengan dia tak ada apa-apa Min.Am Cuma tolong dia saja.”Alina sudah resah.
“Ya?”Amru tarik nafas panjang.Menyesal dengan pelawaan Alina untuk bertemu kali terakhir.
“Tak payah lah Am explain sebab Min dah berbalas sms dengan dia pun pagi tadi.Min datang bukan nak ganggu Am dating Cuma nak ucap terima kasih sebab Am tak jujur dnegan Min.”
“kak…akak salah faham.Saya dengan abang Amru tak ada apa-apa.”Yasmin pandang muka Alina.Rasa mahu sahaja dia tolak gadis ini.
“Habis tu yang awak sms pagi tadi tu apa?Tak sangka rupa nya ini lah sibuk Am kan.Kena pergi kapal lah…ada kerja lah.Kerja lain rupa nya.”
“Min tolong jangan salah faham.Am minta maaf sebab tak bagitahu Min.Tapi Am ada sebab.Am tak mahu apa yang berlaku dulu jadi balik.”
“Tak payah lah Am nak cipta alasan.Lagipun Alina…bukan kah awak bagitahu pagi tadi yang awak dah jatuh cinta dengan suami saya?”Alina terdiam.Amru mula faham.
“Tolong dengar dulu apa Am nak cakap Min.”
“Am…Min tak ada masa nak tengok sandiwara Am lagi.Kalau Am nak kahwin lagi kenapa tak berterus terang.Yang amat menyakitkan Min sebab Am tak jujur dengan Min.”
Yasmin bangun.Amru mengejar Yasmin sehingga ke kereta.
“Dengar dulu cakap Am.”Yasmin merentap lenagan nya yang ditarik Amru.
“Dah tak ada apa yang Am nak cakap lagi.Kita jumpa di mahkamah.”
“Min.”Amru separuh menejrit.Yasmin sudah tidak di peduli.Dia terus masuk kereta.Dan pergi bersama titisan air mata nya yang masih menitis.
Dan itulah permulaan kisah penceraian yasmin dan Amru.





Yasmin mengesat air mata yang mula gugur.
“Kau ok?”Yasmin angguk.Sri tepuk belakang Yasmin perlahan sebelum berlalu ke bilik nya.
‘Min tahu Am ini semua salah min.Min terlalu ikut rasa.Sedangkan Am dan Alina sudah cuba untuk meyakinkan Min.Tapi Am…siapa sahaja kat tempat Min akan buat macam ini.Sampai hati Am tipu Min.Kalau Am berterus terang mesti tak jadi macam ni.’
‘Tapi Min dulu Am befrterus terang tentang Maya Min tak percaya juga.Agak nya Amru dah fobia nak berterus terang tak.?’
Yasmin pandang gambar Amru yang segak beruniform dalam frame bingkai warna perak dia atas meja.
‘Am tahu tak Min rindukan Am separuh mati?’












Amru tersenyums senang melihat anggota nya bersama keluarga masing-masing menikmati makan tengahari.Hari ini hari keluarga.Semua orang bawa keluarga kecuali yang belum berkahwin.tapi Amru datang seorag sahaja.Yelah Amru nak bawa siapa.Aina?Aina tengah sibuk uruskan persiapan perkahwinan nya dengan Izhar.Mama pula dah tak larat nak jalan jauh.Nampak nya Am seorang je lah kat sini.
“Tuan seorang saja ke?Tak bawa family.”Amru geleng.Dia tersenyum pada Leftenan dya Farah Natasha PSSTLDM.Farah buat ACT di kd sri pinang.Baru habis belajar di USM tahun lepas.
“Nak bawa siapa?Saya masih single lagi.”Sengaja Amru cuba bergurau.
“Oh ye ke…yang hari tu siapa tuan?”
“Hari tu kawan saya.Dia doktor Army.”Farah Natasha mengangguk.
“Tuan tak nak mandi ke?”Amru geleng pada menjawab pertanyaan PTI Hafiz.
“Awak mandi saja lah dengan anak-anak.”Amru pandang ke tengah lautan.Kenapa ye di tengah samudera itu dia Nampak yasmin lagi.Kenapa sedikit pun dia tidak boleh usir bayangan Yasmin dari diri nyaKenapa sezarah pun nama Yasmin tidak lekang dari minda nya.Kenapa tidak ada nama Shazlin atau kenapa Shazlin tidak boleh buat kan hatinya bergetar sepertimana Yasmin Nur raihan?
Amru pandang anak perempuan PTI Syikin yang sedang berlari di tepi pantai pulau Jerjak ini.
‘Comel.’kalau dia ada anak pasti comel macam yasmin.
Amru berjalan menyusuri pantai.Anggota nya sedang melakukan aktiviti sukaneka dengan anggota PSS.
Amru teringat betapa bahagia dan indah nya saat dia berjalan berdua dengan Yasmin di teluk Batik.
Kenangan itu tidak boleh pergi sedikitpun dari Amru.Malah kenangan itu tetap di bawa nya hingga ke Lubnan…
Lepas sahaja peristiwa di restoran Melati Amru tidak tahu lagi tentang Alina.Malah Alina sendiri tidak pernah lagi menghubungi Amru.
Min kalau lah masa boleh diundur…..Am tak akan buat silap.Am tak akan sembunyikan apa-apa dari Min.
Tapi Am walau sesaat kita tak akan mampu untuk undurkan putaran dunia.






Aina pandang Izhar geram.Mahu dia tak cemburu.Bukan main mesra Izhar dengan perempuan tu.Dulu kata tak berani sembang dengan perempuan.Aina paksa diri tersenyum.Kata Izhar perempuan tu pegawai bawahan dia.
“Dia tu AO kat unit abang.”Aina buat-buat tak dengar.Dari tadi Izhar asyik bercerita pasal pegawai perempuan tu saja.
“Lagipun dia dekat dengan kampong abang.rang Ipoh juga.”
“Ok lah tu.Dekat senang nak balik berdua.Jimat petrol.”
“Apahal abang kena balik dengan dia pula?Dia kereta dial ah.Abang kereta abang lah.”Izhar ini tak perasan lagi rupa nya yang doktor Aina ini sedang melampiaskan rasa cemburu nya.
“Yang abang dari tadi tak habis-habis bercerita pasal dia kenapa?”Izhar mula menghidu sesuatu.
“tunang abang ni cemburu juga orang nya.”Aina menjeling.
“Tak kuasa lah Aina nak cemburu ni.”Izhar pecah ketawa.
“Abang tak ada apa-apa lah dengan AO Zawiyah tu.Dia pun dah bertunang.Ada Aina seorang cukup lah.”
‘Eleh..ingat Aina nak percaya cakap abang?’
“Sudah lah jangan buat muka macam tu.Dah tak comel dah.”
“Kalau Aina tahu abang ada affair dengan mana-mana perempuan kat sini atau kat mana-mana tiada maaf bagi mu.Good bye.Berlambak doktor muda kat hospital Aina tu tau.”
“Aina ni kenapa?Dah nak sangat dengan doktor tu semua apsala terima abang?Abang tahulah abang ni Navy je.Pegawai pun baru pangkat leftenan komander.Gaji pun jauh beza dengan Aina kan?”
“Yang abang nak terasa sangat ni kenapa?Aina cakap je lah.”
“Aina tu tak tahu langsung jaga hati abang.Cakap ikut sedap mulut je.”
“Habis tu abang tu pandai sangat lah jaga hati Aina?Beramah mesra dengan perempuan lain depan Aina?”Izhar tarik nafas.Aina bukan mudah mengalah.Lagi satu jangan harap lah Aina nak pujuk-pujuk dia.
“Ok lah abang salah.Abang boring lah kalau kita keluar asyik bertekak je.”
“Oh sekarang dah boring pula keluar dengan Aina.Ok..Aina balik dulu.”
‘Aduh mak cik ni betul lah buat aku pening kepala.’
“Aina jangan macam ini lah.Aina balik umah abang Am tu Aina nak duduk dengan siapa?Abang Am tak ada.Nanti malam nak amkan apa pula?”Bimbang juga Izhar Aina nak balik Venice park seorang.Jadi apa-apa apa dia nak jawab dengan mak ayah Aina.Nak jawab dengan Amru lagi.
“Aina tahulah jaga diri.Kat rumah abang Am tu banyak stok magi.So tak ada masalah pun.
“Ok..abang salah.Abang silap.Dah jangan macam ni.”Aina senyum dalam hati.Seronok tengok Izhar mengalah.
“Ok kali ini Aina ikut cakap abang.”Izhar geleng kepala.
‘Teruk aku lepas kahwin nanti.’Kedua nya etrus menikmati ais kacang di Marina Wing ini.



“Hari ini ada training ke?”Amru melontarkan pertanyaan pada seorang anggota PSS yang datang ke unit hari ini.
“Nak ambil Bat C 20.”Amru angguk.
“Awak pun sama?”
“Saya ada tapisan dekat kem sungai Ara.Tengah tunggu leading Hisyam.”Amru dapat rasakan perbezaan bertugas di Unit lain berbanding di unit pasukan simpanan.Dekat tempat lain kebanyakan nya anggota tetap tapi kat sini majoriti adalah anggota simpanan sukarela.
Semalam dia dapat perintah bertukar balik ke Lumut.Dia akan menjadi XO di kapal Kd Sri maharani.Kapal yang pernah Yasmin sertai projek itu.Tapi lepas Yasmin bertukar Amru tak tahu siapa yang ambil alih.
Sebenar nya dia dah suka duduk sini.tenang tak banyak masalah.Sesekali sahaja bila ada anggota nya yang buat perangai.Tapi semua dapat ditangani.Sayang juga sebab baru beberapa bulan dia ditukar kan ke sini sudah nak kena tukar ke Lumut semula.Tapi sebelum ini pun memang sudah diberitahu yag dia hanya sementara sahaja di sini.
Amru tidak kisah sebenar nya kemana-mana pun.Cuma kembali ke Lumut akan hanya menggamit memori nya bersama yasmin.Dan kebetulan pertemuan dengan yasmin di giant.
‘Siapa lelaki itu?Kalau yasmin dah kahwin pasti dia akan diberitahu.Atau sengaja mereka merahsiakan dari pengetahuan nya.Bimbang hati dia terluka.Tapi mereka tidak tahu dia sentiasa mendoakan kebahagiaan yasmin sampai bila-bila.Meskipun sudah ditakdirkan Yasmin bukan untuk nya.



YASMIN meniti satu demi satu tangga curam untuk ke bilik operasi didek atas..Huluran tangan Hanif untuk membantunya tidak disambut.Kenangannya pada malam kenaikan pangkat dahulu menyentak sedikit.Bagai mengulangi suasana itu.Disaat Amru memimpin tangannya menaiki kapal KD Mahawangsa.Ah kenangan…sentiasa datang dan tak akan pernah pergi.
Yasmin memandang sekeliling.Anggota-anggota beruniform biru sedang sibuk bertugas.Sesekali Yasmin menghadiahkan senyumannya ketika berselisih.Senyumkan sedekah…Samudera luas kelihatan tenang sekali.
‘Indahnya samudera seperti indahnya cinta yang kita kemudi..’kenangan itu datang lagi.Kenapa dia tidak boleh melupakan sedikit pun kenangan nya bersama Amru.
Di bilik operasi Yasmin diperkenalkan dengan pegawai bertugas.Dan sekali lagi jantungnya bagai mahu gugur ke bumi.Tidak dia rasa mahu sahaja lari dari sini/Lari sejauh mungkin.
“Encik Yasmin,encik Hanif..ni saya kenalkan XO kapal KD Maharani Komander Fazril Anuar hanafi. dan SO kapal Leftenan Komander Alvin.Ni cik Yasmin dan Encik hanif dari Maltrex Group.”Hanif bersalaman dengan keduanya.Lagak Amru hanya bersahaja.Bagaikan inilah pertama kali dia diperkenalkan dengan Yasmin.
Am..Am sudah lupakah pada wajah Min?Hati Yasmin tiba-tiba merintih sayu.
Min..bukankah Am pernah cakap’Sekali Am melangkah Am tak akan berpaling lagi?’Nah Amru kotakan kata-kata dia dulu.Dia tak akan berpaling lagi pada Min.
“Ok pasal masalah yang kita report tu,di bahagian bawah.Boleh ikut saya?”Hanif mengangguk pada Leftenan komander Alvin.Yasmin tersentak sedikit.
“Ok Min,you handle kat sini sementara I ke bawah.Anything just write on your report.”Yasmin mengangguk.Lidahnya bagai terpaku.
Ketiga-tiga mereka ingin berlalu sebelum komander Haris bersuara.
“Tuan saya rsa tuan kat sini saja.Biar saya saja yang bawa Encik Hanif ke bawah.”
Giliran Amru pula mengangguk.Sedangkan Yasmin sudah gelabah.Namun dia berpura-pura tenang.
“Encik Hanif boleh ikut SO Alvin.Apa-apa sahaja berkaitan dengan perkara yang nak di bincangkan kita akan adakan mesyuarat nanti.”Hanif mengangguk sambil tersenyum kecil pada Amru.
“Ok Min..I ke bawah dulu ye.”Yasmin berikan senyuman pada Hanif.Amru biasa-biasa sahaja.Yasmin tahu dia bukan sesiapa lagi pada Amru.
Hilang kelibat keduanya,dia duduk di kerusi berhadapan dengan sistem.Tapi fikirannya tidak disitu.Amru turut duduk disebelahnya.Bagai tiada apa-apa langsung.Yasmin pura-pura mencatit sesuatu didalam buku notanya.Sesekali dia menekan- nekan butang merah dan biru dihadapannya.Amru masih selamba sedangkan jantung Yasmin bagai berlari.
Amru Iskandar masih diam.Bagai tekun membaca sesuatu ditangannya.Bagai Yasmin tidak wujud disebelahnya.Atau sahaja dia tidak pernah kenal dengan wanita bernama Yasmin ini.Tiba-tiba…
“Selamat pagi Tuan:!LK KMR Hakimi masuk mengadap.
“Ada apa P.O?”Amru berpaling seketika.
“Ada panggilan telefon untuk Tuan.Dari Kapten Shazlin.”
“Ok saja jawab kat sini.”Amru menekan butang telefon disebelahnya.
“Hai Lin…”Yasmin menahan rasa.Namun telinganya dibuka meniti perbualan bekas suami dengan seorang wanita bernama Shazlin.Wanita di kedai gelang itukah?Siapa dia?Rasanya ingin sahaja terus ditanya pada Amru saat ini.
“You tahukan kat kapal ni mana dapat line handfon.You kat mana?”Lembut suara Amru berbicara seakan menghiris tangkai hati Yasmin.Tapi kenapa kau nak cemburu Min?Kau dan dia masing-masing ada kehidupan sendiri.Kamu berdua tiada apa-apa ikatan lagi yang harus dicemburukan.
“Ok Lin…habis kerja nanti I jemput You.Bye..take care.”Amru meletakkan gagang dengan senyuman yang melebar.
‘seronoklah tu baru lepas cakap dengan girlfriend.’getus Yasmin sendiri.Yasmin berpura-pura tenang.Tapi hakikatnya..
“Girlfriend ke?”nah…ternyata dia gagal menyembunyikan rasa ingin tahunya.Amru berpaling seketika.Yasmin masih berpura-pura menulis.
“Kenapa?”
“Nothing.Saja nak tahu.”
“Kalau ye…”Amru menduga.
“Oklah…congrats…bila nak kahwin?Atau memang dah kahwin?”
“Dalam sebulan dua lagi.”Amru tetap bersahaja.Sesekali dikerlingnya Yasmin disebelah.Memancing reaksi Yasmin barangkali.
“Tahniah.”Masih cuba dikawal rasa perasaannya.Walaupun hatinya bercelaru sangat dengan pengakuan Amru.
“Thank you.Min…dah kahwin?”Yasmin tersentak.
“Belum tapi coming soon.”Sengaja dia berkata demikian.Kali ini dia ingin melihat reaksi Amru.
“Oh…congrats.Orang mana?”Amru masih bersahaja.Bagai tidak teruja sedikitpun.Hati Yasmin semakin sakit.
“Yang tadi tu.Hanif Zakri.”Entah kenapa dia harus menipu kali ini.Maaf Hanif kerana menggunakan namanya.Sumpah!Min tak tahu nak cakap apa sekarang ni.Min cakap macam ini sebab hati Min sakit.Min nakhilangkan degupan jantung Min yang laju semacam ini.
“Oklah tu…sendirian lama-lamapun tak elok juga.Jangan lupa jemput nanti.”Hati yasmin semakin sakit.Mahu sahaja di tolak Amru daripada dek kapal ini.Biar jatuh ke laut di makan Jerung.Tapi Min perairan dekat Lumut ni ada ikan Jerung ke?
“Awakpun sama…jangan lupa jemput kahwin nanti.”
“Of course…nanti Am hantar kad jemputan.”Pen ditangan Yasmin terhenti.Dia memandang Amru.Ternyata Amru sudah jauh berubah.Bukan lagi Amru Iskandar yang dulu.Amru yang sering mengungkapkan kata-kata cinta disebalik setiap perbuatannya.Amru yang pernah menyatakan betapa dia menyintai Yasmin.Tapi Amru yang duduk disebelahnya saat ini cukup berbeza.Ya..setahun telah merubah Amru Iskandar.
Tapi Min kena ingat sebab Min lah Am berubah.
“Kenapa tengok Am macam tu?”
“Kenapa?Tak boleh?Dosa ke kalau Min tengok Am?”Yasmin geram.Amru ketawa kecil.Ternyata dibuat-buat.
“Dosa tu tidaklah.Takut Min jatuh cinta kat Am pulak.Nanti kesian kat girlfriend Am.”saat ini memang yasmin rasa nak ambil pisau dan rodok perut Amru.
“What?Jatuh cinta dengan Am?Mati hidup balikpun takkan tau.Buat apa, Min pun dah ada boyfriend.So,tak ada sebab Min nak jatuh cinta dengan Am lagi.”Amru ketawa lagi.Sinis pada pendengaran yasmin.Peretemuan semula hanya mengundang ketegangan dan kemarahan.
“Betul ke?Jangan-jangan selama ni Min rindukan Am separuh mati tak?”Amru mendekatkan wajahnya pada Yasmin.Yasmin melarikan wajahnya kea rah lain.Hatinya berdetap kencang.
“Exuse me…Tuan Amru Iskandar…cakap tu boleh baik-baik sikit tak.Saya ingatkan awak?Mimpilah awak ni.”Dengan kasar Yasmin menolak tubuh Amru yang hanya beberapa inci dari dirinya.Amru ketawa.Yasmin menarik nafas.Jantung aysmin sudah tidak tentu arah.Haruman wild country yang biasa di pakai Amru dahulu melekat di hidung nya.
“So?”
“Dahlah.Apapun dari Min wish you happily ever after.”Ucapan Yasmin berbaur sinis.Memang dia tidak ikhlas pun.
“Thank you.Am tahu pilihan Am kali ini tak silap.”
“Oh….jadi dengan min dulu satu kesilapanlah?”Amru menjungkit bahu.
“Am tak cakap macam tu.Min yang minta Am lepaskan Min.Min yang gegarkan Arasy dengan permintaan Min.So,kenapa nak marah-marah pulak ni?”
“Siapa marah?Min tak marahpun.”Amru berhenti membaca.Matanya dialihkan pada Yasmin.Mata bertentang.Lama yasmin dalam renungannya.
“What?”
“Nothing.”Serentak dengan itu Amru bangun dan berlalu keluar.Yasmin menarik nafas panjang.Matanya dipejamkan seketika.
SELERA Yasmin hilang sama sekali.Sekadar tidak mahu menghampakan Hanif,dia menjamah sedikit.
“Min…”Yasmin mendongak sedikit.
“Ada apa hanif?”
“Tadikan I ada bagitahu yang I ada sesuatu nak bagitahu pada you?”Yasmin mendengar penuh minat.Hatinya sedikit berdebar.Sudahlah debaran bertemu Amru tadipun tak habis lagi.Ini Hanif pula nak buat kejutan.
“pasal apa?”
“About us.Min…I bukan muda lagi.Dah nak masuk 35 tahun.I need somebody as a wife.Min…I nak melamar you sebagai isteri I.I harap you tak tolak permintaan I kali ini Min.”Kata-kata hanif penuh mengharap.
“Tapi hanif…you masih bujang sedangkan I…bekas isteri orang.Apa kata your family nanti?You boleh dapat yang lebih baik dari I Hanif.”Dia cuba menolak Hanif sebaik mungkin.
“Dua tahun I bawa diri.Tapi I yakin jodoh I masih dengan you Min.Soal my family you don’t have to worry sebab I dah explain pada my parents.Diorang tak cakap apa-apa.Bagi diorang kebahagiaan I yang paling penting.”
“Kenapa I Hanif?I belum bersedia untuk bercinta lagi.”
“I tak ada jawapan Min…I Cuma perlukan persetujuan dari you saja.Please Min jangan hampakan I.I tahu you tak cintakan I tapi I yakin I boleh membahagiakan you Min.Percayalah.”
“Tapi I belum bersedia Hanif.Perpisahan I dengan bekas suami macam baru je lagi.”
“Dah setahun lebihkan you berdua berpisah.Bagi I tempat itu Min dan I akan cuba untuk membahagiakan You.”Yasmin mengeluh perlahan.Serentak dengan itu bayangan Amru menjelma dimata.Kenapa harus ada bayangan Amru saat lamaran Hanif menyapanya?kalau benar Amru sudah lenyap dari hatinya kenapa harus ada marah dengan pengakuan Amru?Dan kalau Amru telah mati dalam rohnya kenapa hatinya sakit melihat Amru bersama wanita lain?












8
“BETUL ke abang Am ada girlfriend?”Aina maisarah memandang wajah Izhar.Dia macam tak percaya tapi Izhar mana pernah menipu dia.
“Betul sayang…abang sendiri yang tengok depan mata abang.Dah tu siap telefon…sms…Am tu dah macam orang mabuk bercinta.Macam kita ni.”Izhar ketawa kecil.
“Yek…Aina tak mabuk tau.lagi satu berapa kali Aina nak cakap jangan panggil sayang…gelilah.”
“Adui…susah betullah dapat awek doktor ni.Nak romantik sikitpun tak boleh.”Sememangnya Aina bukan seorang yang romantik.malah Aina tak pernah bagi satu hadiahpun pada Izhar.Sampai kadang-kadang Izhar terasa hati dengan sikap Aina.Tapi nak buat macamana inilah orang yang dia sayang pun.
“Apa abang cakap?Oh…menyesallah sekarang ni ye..Belum terlambat lagi tau kalau abang tak nak kahwin dengan Aina.”Izhar mengeluh.’Ke situ pulak dia ni.’
“Taklah…sesekali cubalah Aina romantik sikit.”Aina menjeling kasar.
“Em…balik pada kes abang Am tadi….betul ke?Aina cam tak caya je.Tak ada pulak abang Am bagitahu kat mama ke…kat Aina ke?Siapa perempuan tu?”Sudah dua tiga kali dia beretmu Amru selepas Amru balik dari Lubnan.tapi Am tak pernah cerita apa-apa pun pada nya.
“Kapten dr Shazlin.”Aina mengerutkan keningnya.Cuba mengingati kalau-kalau dia pernah mendengar nama itu dari mulut Amru.Tapi rasanya tak pernah sama sekali.
“Cantik tak?”Izhar hanya mengangguk.
“Siapa cantik lagi…perempuan tu ke kak Min?”
“Cantik tu kan subjektif Aina.Dua-duapun ada kecantikannya tersendiri.Tapi abang lebih suka pada Min.Mungkin sebab Min pakai tudung.Kecantikan dia lebih menyerlah.Macam awek kat sebelah abang ni.”Izhar membuat persepsi dan diselitkan dengan sedikit gurauan.Tapi Aina tak ketawa pun.Nasib lah Izhar…
“Kalau benda tu tak berlaku dulu…mesti semua ni tak jadi kan.Ni semua pasal perempuan gedik tu.Kalau tak takkan kak Min sampai nak minta cerai.Diorang baru je nak berbaik masa tu.”Aina memandang jauh dihadapan.mengutip memori setahun lalu.
“Ni semua kan perancangan Tuhan.Tapi abang harap biarlah jodoh mereka masih ada Aina.”
“Aina pun harap macam tu.Menyesal Aina buat kak Min macam tu.Kalau Aina sendiri kat tempat diapun mungkin Aina akan ambil tindakan yang sama.Cuma waktu itu simpati pada abang Am buatkan Aina tak layan kak Min.”
“Hai macam minta je…”Aina menjengilkan matanya pada Izhar.
“Cubalah kalau abang nak tengok Aina jadi macamana…”Izhar ketawa.
“Abang gurau je lah….Nak dapat Aina pun menggeletar lutut abang..ni pulak nak cari awek lain.”Izhar tersenyum memandang buah hati dihadapannya ini.
“Tapi Aina harap diorang masih ada jodoh.Ni semua pasal Alina dan Maya tu.Sakit hati Aina bila ingatkan kembali.”
“Dahlah tu…Maya pun dah terima hukuman dari pihak atasan.Entah-entah diapun dah dapat boyfriend kat Teluk Sepangga tu.Dan abang rasa dia dah insaf dengan perbuatan dia dulu.Pasal Alina tu memang silap Am pun sebab tak berterus terang.”
“Mana abang tahu?”
“Abang ada jumpa dia masa kursus kat Sabah hari tu.Dia cakap dekat abang yang dia menyesal.Kalau boleh dia nak jumpa Min dan bagitahu segala-galanya.”
“Tapi semua tu dah tak berguna.Abang Am dengan kak Minpun dah berpisah.Sekarang ni pulak abang Am ada girlfriend…lagi complete.Pasal Maya masuk bilik abang Am kat Langkawi tu tak pelah sebab kak Min memang percayakan abang Am.Lagipun Maya pernah perangkap abang am untuk kahwin dengan dia.Maya ni memang tak serik kan.Dah abang Am tak nak dia sudah lah.Carilah orang lain.”Izhar memandang wajah Aina maisarah.Walaupun wajah Aina seakan kebudak-budakan tapi nampak kematangannya.Dan sekarang dia rasa bahagianya mempunyai seorang kekasih.’Lama-lama pandang esok juga aku nak menikah.’Ketawanya tercetus didalam hati.
Aina ingat macamaan Maya sekali lagi perangkap Am di Langkawi masa LIMA.Maya masuk bilik Amru.Nasib baik Amru duduk dengan Ikmal.Maya di bawa ke pihak atasan.Di kenakan hukuman dan terus ditukarkan dalam tempoh 24 jam.Aina pun tak tahu kenapa Maya sanggup buat macam tu.Menjatuhkan maruah dia sebagai seorang wanita hanya kerana lelaki.
‘Tapi Aina itulah cinta itu buta.’






9
YASMIN bersendirian di Marina Wing.Tadi ditolak pelawaan Hanif untuk keluar makan malam.Dia hanya mahu bersendirian saat ini.Lamaran Hanif,kisah Amru dan Shazlin benar-benar merunsingkan hatinya.Kalau dulu,dengan Rohana lah selalu dia bercerita,tetapi lepas kejadian itu bagai ada jurang antara dia dan ibunya.Setiap masalahnya dia lebih suka menyimpannya sendiri.Ingin bercerita pada Fazril nun jauh diseberang tambak.
Yasmin merenung kegelapan malam yang diterangi lampu neon di sepanjang selat dinding ini.Di tengah lautan masih sama,ada kerlipan lampu bot nelayan,bagai kelip-kelip dimalam hari.
Yasmin memerhati sepasang suami isteri yang sedang bermain dengan anak kecil mereka.Bahagia sungguh.Hatinya dihimpit pilu.
“Boleh Am duduk?”Yasmin tersentak.dia menoleh.Amru sedang berdiri dengan baju sejuk di tubuhnya.Sejak bila Am disini dia tidak tahu.Mungkin dari tadi dia diperhati Amru.Atau mungkin sahaja Amru baru tiba disini.
What a sweet coincident….
“Am?”Tanpa menghiraukan jawapan yasmin,Amru duduk di sebelah Yasmin.Mengadap laut hitam.Gelap Cuma diterangi lampu-lampu neon di benteng ini.
“Dari mana Am?”Yasmin berganjak ketepi sedikit.Memberi ruang Amru duduk di kerusi batu sebelahnya.
“Dari rumah.Min pulak?”
“Min pun dari rumah.Tak tahu nak buat apa.”Dia membetulkan tudungnya yang dikilas angin malam.
“Tak keluar dengan Hanif?”Yasmin menggeleng.
“Am?Tak keluar dengan bakal isteri Am?”Amru ketawa kecil.Hati yasmin pedih.
“Dia duty malam ni.”
“Navy ke?”Amru menggeleng.
“Dia army.Kapten dr.”Yasmin terasa hampir mahu menangis saat ini.Ternyata Amru sedang berbahagia.Memang Amru layak untuk bahagia setelah hatinya menderita dahulu.
“Patutlah padan dengan Am.Dua-dua tentera.”Hampir tidak terkeluar kata-kata dari bibir Yasmin.Masing-masing membisu.Tiba-tiba telefon Amru berdering.
“Hello Lin.”Yasmin hanya menjadi pendengar.
“I dekat luar.burger?Ok..jap lagi I masuk base hantar kat you.Bye..”Amru kembali memasukkan telefon bimbitnya kedalam poket baju sejuk.
“Pergilah…nanti dia marah pulak kalau Am lambat.”Yasmin meramas jari jemarinya sendiri.Cuba menyedapkan hatinya yang bagai dilanda gelombang samudera saat ini.
“Its ok…Min apa khabar?Lama tak jumpa kan?”Yasmin mengangguk.
“Alahamdulillah..Min sihat.Am?”
“Am pun sihat Min.Cuma dah kurus sikit.Tapi still handsome lagi.”Yamin ketawa kecil.
“Minggu depan Min nak bertunang.”Entah kenapa panggilan telefon dari Shazlin tadi membuatkan yasmin nekad berkata demikian.Amru diam tanpa suara.
“Bila Min nak kahwin?”
“Dalam sebulan dua lagi.”
“Min dah pasti?”
“Kenapa?”
“Saja Am nak tahu.”Amru bersahaja.
“may be kot.”Itu jawapan terbaik yang Yasmin boleh beri.
“may be…jawapan apa tu?”
“kenapa Am nak tahu.Min dengan Am dah tak ada apa-apa dah.Samada Min buat pilihan betul atau tak bukan hak Am nak tahu.”Amru memandang yasmin dalam kesamaran malam.Lama wajah itu direnungnya.
“Yelah siapalah Am ni kan nak ambil tahu hal Min lagi.”mru bagai orang yang berjauh hati.
“Min tak balik kampung?Mak dengan ayah apa khabar?”
“Alhamdulilah.mak dengan ayah sihat.Wan pun sihat.Wan duduk dengan pak long kat Brunei.”Memang dia rindu nak bertemu Hajah Hasnah lagi.Tapi Hajah Hasnah sudah ikut Sulaiman ke Brunei.Nantilah bila-bila dia punya masa terluang dia akan pergi melawat Hajah hasnah disana.Atau mungkin pak long Sulaimannya akan balik kesini nanti.
“Min….”Yasmin berpaling.
“Dah lama ke Min kenal Hanif tu?”Masakan Amru lupa pada nama yang diperkenalkannya kepadanya tiga hari lalu.Dan nama yang Yasmin sebut-sebut sebagai bakal tunangnya.
“Dulu sama-sama satu ofis dekat KL .Sebelum kita kahwin.Tapi Cuma kawan sekerja saja lah.Min baru jumpa dia balik baru-baru ini.Tak sangka pulak dia yang incharge kat ofis sini.”
“Cepatnya dah nak bertunang.Macam dah bercinta lama je..”
“Min bukan muda lagi Am…nak bercinta macam orang muda-muda.”Amru mengangguk.Dia diam sejenak.
“Min..”Yasmin berpaling.Memandang Amru dari sisi.
“Min…Tak ada apalah.Oklah..Am pergi dulu.”Amru pantas bangun.Yasmin hanya memerhati.Pastilah sebentar lagi Amru akan bertemu dengan wanita itu.Hati Yasmin terdetik rasa cemburu yang maha hebat.
Tapia pa yang Min tak tahu Am tak sanggup nak pandang wajah Min lama-lama.Duduk berdua dengan Min sahaja mengundang debaran yang menggila.Sebab itu Am pergi walaupun hati Am sebenar nya mahu berlama-lama dengan Min.












10
TERDIAM Rohana saat Yasmin mengkhabarkan perkhabaran ini.berkali-kali dia bertanya dan jawapan Yasmin tetap sama.Rombongan dari pihak hanif tetap diterima dengan baik.Cuma keluarga Yasmin meminta waktu sebelum meneruskan majlis.Cincin risik sudah tersarung di jari Yasmin.
Pening kepala Rohana memikirkan hal Yasmin.Sudahlah dulu bercerai dengan Amru secara mengejut ini pulak nak bertunang dengan Hanif pun mengejut juga.Padahal Rohana tahu Yasmin baru sangat kerja dengan hanif.Tapi diturutkan juga kehendak Yasmin asal anak itu bahagia.
Seperti Rohana,Shakri Iman berkali-kali bertanya pada yasmin samada betul tindakannya menerima Hanif.
“Biarlah along mungkin dah jodoh Min dengan Hanif.”
“Along tahu Min masih mengharapkan Amru kan?”Yasmin tunduk.
“Am dah ada pengganti Min along.Dia bukan lagi milik Min.Dah tak ada guna Min nak tunggu dia.”
“Min pasti Am dah lupakan Min?Dah ada pengganti Min?”Yasmin mengangguk.
“Min sendiri pernah jumpa along.Cantik orangnya.Memang padan sangat dengan Am?”Rendah suara Yasmin berbicara.
“Sebab itu Min terima Hanif.Kerana sakit hati Min.Bukan kerana cintakan Hanif?”Yasmin diam.Hatinya membenarkan kata-kata Shakri Iman.Shakri Iman bangun mendekati Yasmin.
“Jangan bermain api Min..nanti terbakar diri sendiri.Min bukan sahaja mempermainkan perasaan Min tapi mempersendakan perasaan Hanif.”
“Biarlah along..Min yakin satu hari nanti Min mampu bahagia bersama Hanif.”Shakri Iman menggeleng.Bingung dengan sikap yasmin.
“Apapun dik..along nak Min fikir sedalamnya selagi masih belum terlambat.Along nak Min bahagia seperti along dan kak lily,seperti mak dan ayah.Along sayang kan Min.Min satu-satu saudara kandung along.”yasmin sudah teresak kecil.Akhirnya dia rebah di bahu Shakri Iman.
“Menangislah Min kalau tangisan itu mampu meredakan bebananmu..’



Hanif Zakri gembira bila Yasmin menerima dirinya.Walaupun belum bertunang tetapi dia yakin yasmin pasti akan menjadi miliknya satu hari nanti.Biarlah sekarang dia akan cuba membahgiakan yasmin.Akan ditanam benih-benih cinta dan bunga-bunga sayang dalam hati Yasmin.
Aku rela hidup denganmu…demi bahagia
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita
Jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu…..
Hanif mengikuti bait-bait lirik Permaisuri dari corong radio.
Haruman bunga tak seharumnya cintamu
Istimewa untuk sunting jiwamu
Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi bersamamu..
Hatinya berlagu girang.Yasmin…
Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia..
Dengan niat suci…
Kaulah permaisuri…

Usai kepulangan keluarga Hanif,Yasmin kembali berangkat ke Lumut.Tiada seorangpun dari ahli keluarganya yang membuka bicara tentang dia dan Hanif.Cuma mungkin majlis pertunangan keduanya akan dijalankan pada hujung bulan depan.Malah lebih mengejutkan Rohana bila Yasmin meminta untuk diadakan terus majlis pernikahan.
Memang Min gila sekarang mak.Min gila sebab Min tahu Am tak akan kembali pada Min…’Kasihankan anak mak ni…Tapi kasihan lagi pada Hanif yang dipergunakan Min.
Sepanjang perjalanan pulang fikiran Yasmin bercelaru.Menimbang semula apakah tindakannya menerima hanif adalah tindakan yang betul.Dia harus akui dia menerima Hanif kerana Amru sudah berpunya.Dia tidak mahu terus-terusan mengingati sesuatu yang bukan lagi haknya.Amru sudah terlalu jauh dari dirinya.Kenapa?Kenapa semuanya harus berlaku saat dia mula menyintai Amru?Kejamkah dirinya meminta perpisahan?Kenapa semua orang hanya memikirkan perasaan Amru.tapi bagaimana dengan perasaannya yang cukup tercalar.?ya…semua kerana dua wanita yang meyimpan perasaan pada amru. Alina dan Maya Athira.
Kenapa dia harus diuji dengan ujian ini?Kau memang kejam Maya.berkali aku ingatkan Amru hak aku tapi kenapa kau masih berdegil sehingga sanggup mengorbankan kebahagiaan aku dan Amru?Dan sanggup menggadaikan maruah sendiri.Dan Alina kerana kau Amru tidak jujur.Kerana kau aku yakin Amru curang.
Atau akukah yang bodoh kerana terlalu mengikuti hasutan perasaan?Amru tak salah…yang salah adalah obsesif Maya dan kesilapan nya kerana berselindung tentang Alina.Nah..Yasmin sekarang kau tanggunglah….berdepanlah dengan kenyataan tindakan bodoh kau dulu menjauhkan Amru terus dari dirimu.
Yasmin mengesat airmatanya yang mengalir laju.
Kenapa perlu menangis Yasmin kalau ini lah akibatnya permintaan kau satu waktu dulu.
kadang-kadang kita perlu kehilangan benda yang jadi milik kita dan kadang-kadang kita perlu tinggalkan insan yang kita sayang.’









11
“Am…kenapa I tengok sejak kebelakangan ni you macam tak ada mood je?”Pertanyaan Shazlin saat kedua mereka bersantai di Marina Wing menyentak sedikit Amru yang seakan berkhayal jauh.
“Tak adalah Lin..penat sikit.lagipun kapal dah mula operasi.”Shazlin mengangguk.Walaupun dia sedikit sangsi.Entah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya sedikit curiga pada Amru.Dia pun tak tahu kenapa.Amru tak macam Amru sewaktu di Lubnan dahulu.Amru yang selalu bercerita dengan nya.Amru yang boleh bergelak ketawa.Tapi sejak kebelakangan ini Amru dah macam orang lain.Tak macam Amru yang dia kenal dahulu.
“Em…Am,my parents nak jumpa dengan youlah.may be next week diorang datang sini.Boleh ye Am?”Shazlin memujuk.
“Nak jumpa I buat apa Lin?”Amru mula gusar.Apatah lagi membabitkan keluarga.Dia belum bersedia lagi.
“Eh you ni,dah tentulah sebab I selalu cerita pasal You kat diorang.Diorang nak jumpa bakal menantu…”Shazlin tersenyum senang.Amru tahu Shazlin tidak bergurau walaupun kata-katanya diserikan dengan senyuman.Sudah..bala apa pula lah yang datang dalam hidup Am ni?
“Lin…kan I dah bagitahu you….bagi I masa.Lagipun…”
“Lagipun apa Am?You tak cintakan I?Ok tell me…apa sebenarnya yang ada dalam kepala you?You nak masa…dah berapa banyak masa yang I bagi kat you?”Shazlin berang.Setiap kali diajukan persoalan tentang kahwin,Amru selalu mengelak.Kadang-kadang dia malu sendiri.Seolah-olah perigi cari timba.Tapi…lantaklah asalakan dia dapat hidup dengan Amru.
“Lin…tak boleh ke kalau kita bersahabat je?”Terluah juga kata dari mulut AMru akhirnya.
“What?sahabat?Selama ni you Cuma anggap I sebagai kawan je Am?macam kawan-kawan you yang lain tu?”
“Please Lin..I tengah serabut.”Amru meraup wajahnya.Serentak dia mengangkat wajah,terlihat di kornea matanya sepasang kekasih sedang bergelak ketawa dihadapan mejanya.Mesranya..dah tentulah Am kan diorang tu pasangan kekasih.
‘Min…’Yasmin sedang bercanda bersama Hanif.
Ternyata Yasmin sedang berbahagia.Dan tanpa diduga Yasmin juga membuang pandangnya kearah Amru.Dan sekali lagi mereka bertentangan.
“Am…you tengok apa?I cakap pun You tak dengar ni.”Shazlin semakin berang bila Amru seolah-olah membiarkannay bercakap sendirian.
“Sorry Lin.”
“Dah lah Am.jomlah.I dah tak ada mood…ingatkan bila keluar ini bolehlah hilangkan stress sikit.”Amru mengeluh.
“Sorry Lin…”Shazlin berpeluk tubuh.Berang dengan sikap sambil lewa Amru kepadanya.
Amru bangun.melangkah ke kaunter pembayaran.Hanif turut sama bangun melakukan hal yang sama.
“Eh..Amru.You buat apa kat sini?”Ramah Hanif menegur.
“Saja makan kat sini.You?”Matanya dikerling pada yasmin yang sedang duduk.
“Bawa tunang I yang sorang ni datang makan.”Yasmin cuba berlagak tenang.
“Tunang?I tak tau you berdua dah bertunang?”
“Insyaallah I dah merisik,nanti bertunang dengan akad nikah terus buat sekali je.”
“Tahniah.”Sekali lagi Amru dan hanif bersalaman.Amru berlalu.cerita pertuanangan Yasmin bagaikan cerita biasa ditelinganya.Itu yang Yasmin rasakan.
Yasmin hanya melihat kelibat Amru dan Shazlin meninggalkan Marina Wing ini.
“Jom Min…”Hanif menarik kerusi Yasmin.Yasmin cuba tersenyum walaupun hatinya terlalu sedih.
Min sedih tengok Am bahagia?Bukan kah dulu Min selalu doakan kebahagiaan Am?


“You tak suka ke dengan semua ni Min?”Yasmin memandang Hanif yang tenang memandu.Kasihannya Hanif kalaulah hanif tahu Min gunakan hanif kerana sakit hati pada Am.Mesti Hanif sedih kan?Maafkan Min ya Hanif.InsyaAllah Min tak akan lukakan hati Hanif.Cuma Min tak berani janji cinta Min ada untuk Hanif.
“I’m sorry hanif.bagi I masa untuk biasakan diri I dengan semua benda ni.Maaf kalau I dah menyakitkan hati you.”
“It’s ok Min.I faham keadaan You.I janji I akan cuba membahagiakan You.Belive me.Ambillah berapa banyak masapun untuk you terima I,I tetap akan tunggu Min.”Yasmin mengangguk.Baiknya Hanif.Sanggup tunggu Min cintakan Hanif.Perancangan pernikahan mereka di tunda.Yasmin tahu dia terlalu terburu-buru.
Dia tahu hanif ikhlas.Kerana keihklasan Haniflah dia cuba menerima lelaki itu dalam hidupnya dan membuang Amru jauh-jauh.Tapi ternyata sezarahpun belum dapat nama Amru disingkirkan dari hati dan mindanya.





12
PAGI ahad itu yasmin dikunjungi tetamu yang tidak pernah dijangkakannya.Amru datang berseorangan.Menanti diluar pagar sementara yasmin sedang bersiap.Entah kenapa Yasmin hanya menurut bila Amru ingin membawanya keluar pagi ini.Dari mana Amru tahu alamat rumahnya Yasmin tidak pasti.
Dia terfikir sendiri kenapa semudah itu dia menenrima kehadiran Amru.Bukankah Amru sudah menyakitkan hatinya?Malah Amru sendiri sudah berpunya.Hanya satu jawapannya Yasmin.Kerana cinta dan sayang Min pada Am tak pernah berubahkan.Seperti sesetianya ombak memukul pantai.Setianya gelombang di tengah samudera.
Yasmin sendiri keliru bila Amru mengajaknya keluar hari ini.Apa tidak marahkah Shazlin?Hanif tiada disini kerana kembali berurusan di kuala Lumpur.Jadi kalau Hanif tiada bolehlah Min keluar dengan Am?kan tipu diri sendiri namanya itu Min.
Sekali lagi setelah lebih setahun Yasmin kembali lagi dalam Honda crv milik Amru.Amru tetap segak walaupun hanya bert-shirt dan berjeans hitam.kewibawaannya sebagai pegawai tentera tetap menyerlah.
“Am nak bawa Min pergi mana ni?”Soal Yasmin saat kenderaan Amru menghala kea rah Ayer Tawar.
“Kita pergi kuala kangsar.”
“Pergi sana nak buat apa?”
“Kenapa?Min ada date dengan tunang Min ke hari ni?”Pertanyaan yasmin tidak dijawab sebaliknya Amru yang kembali menyoal.
“Hanif tak ada.Dia balik kl.”Amru mengangguk.Biasa sahaja.Seolah tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
“Yang Am keluar dengan Min ni…girlfriend Am tak marah ke?”Amru ketawa kecil.Lesung pipitnya kelihatan sedikit.
“Min buat apa dalam setahun ni?”Pertanyaan Yasmin tidak dijawab.
“Min kat sabah.Uruskan projek kat sana.Am?Dengar kata Am pergi Lubnan.”
“Min tahu?Am kat Lubnan…setahun.Am pun baru je balik sini.”Yasmin terdiam.Bagaikan kehilangan modal untuk terus berbicara.Amru juga sama.
“Min dah breakfast?Kalau belum kita berhenti breakfast dulu.”Matanya dikerling kearah yasmin.
“Dah.Min dah makan roti.Am?”Amru turut mengangguk.
“Am dah sarapan dengan Izhar pagi tadi.”
“Cakap pasal Izhar….bila dia dengan Aina nak kahwin?”Yasmin bertanya.
“Tak tahulah.Mungkin end of this year.”
“Kenapa tak buat sekali dengan Am?Senang sikit.”Amru ketawa mendengar kata-kata Yasmin.
“Ketawa pulak…”
“Tak delah…kalau buat sekali nanti orang tak perasan pulak Am yang jadi pengantin.”Yasmin menahan rasa hati.Am ni tak payahlah nak sakitkan hati Min.Tapi kan Min dulu yang buka cerita pasal ini.Min yang sibuk-sibuk tanya pasal hal kahwin Am kan?
Satu jam setengah kemudian,kedua mereka tiba di Bandar diraja kuala kangsar.Amru menghentikan keretanya di taman permainan.keduanya duduk diatas kerusi batu mengadap kearah sungai Perak.
“Min ingat lagi tempat ni?”Yasmin mengangguk.mana mungkin dia melupakan tempat yang menyimpan khazanah cintanya dengan Amru.
“Min ingat tak pertama kali Am bawa Min datang sini?”
“Min ingat.Masa tu Am kena uruskan hal kematian anggota Am kan?Kita pergi mckk,jalan-jalan kat istana,pergi muzium kenangan dan makan kat lembah tu kan.”Amru ketawa kecil.
“Masa tu Min marah sangat dengan Am kan.Sampai Am pergi Teluk Aden pun Min tak hantar.”Yasmin ketawa kecil.Lucu mengenangkan hal lama.
“Min ingat semua tu lagi?”
“Mana mungkin Min lupakan.”
“Min masih ingat segala-galanya tentang kita?”Yasmin mengangguk.
“Tak ada satupun yang Min buang dari ingatan Min…Malam pertama pernikahan kita…kenangan di Venice park…diatas kapal masa kenaikan pangkat Am dan segala-galanya.”Yasmin bersandar.Amru turut melakukan hal yang sama.
“Bermakna….Min tak pernah lupakan diri Am.betulkan?”
“Kenapa Am tanya macam tu?”Amru menggeleng.
“Jodoh kita sesingkat pertemuan kita.”Yasmin terdiam mendengar kata-kata Amru.
“Yang dah berlalu biarkanlah Am.Sekarang ni Am pun dah ada komitmen dengan seseorang.”Amru terdiam.Tiba-tiba tanpa iringan muzik Amru menyanyi.Matanya memandang Yasmin tajam sambil bibirnya menyanyi.

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami….
Kerana kau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini…
Tak semudah yang kita janjikan…
Yang kita inginkan..
Kerana kau isteriku…
Airmata yasmin tumpah.Lagu yang Amru pernah dendangkan buatnya satu waktu dulu.lagu yang Amru letakkan harapan didalamnya.Lagu yang memberi cukup makna buat dirinya dan Amru.Lagu yang Amru hadiahkan pada nya semasa majlis tari menari dia ats kapal Kd Mahawangsa dulu.
“Min bukan wanita mulia tu kan.Min tak pernah tahu dan kenal hati budi suami Min.”Amru memandang yasmin.
“Kenapa Min cakap macam tu?”
“Min tahu Am seorang lelaki dan suami yang baik.Min tak menyesal berpisah dengan Am sebab Min tahu Min bukanlah yang terbaik buat Am.”
“dan Am juga bukanlah terbaik buat Min…”Amru memandang ke tengah sungai Perak.Bot penumpang ke sayong sedang bergerak laju.menimbulkan buih-buih disekelilingnya.
“Kenapa Am cakap macam tu?”
“Kalau Am suami yang terbaik…tentu sekali Min tak pergi mahkamah syariah.”Amru masih tenang.Walaupun bicara antara mereka bagaikan samudera yang sedang bergelora.
“Min tahu Am tak salah….”Kali ini pandangan Amru menghala kearah Yasmin.
“Habis tu kenapa Min nak berpisah juga?”
“Entahlah.Macam-macam yang Min fikir waktu tu.Mungkin Min lebih turutkan kata hati.”
“Semuanya dah jadi Min.Tak guna kita nak menyesalinya.”
‘Ya Am…semua dah berlalu.Dan sekarang Min dah kehilangan Am buat selama-lamanya.Bisik Yasmin sendiri.
Kedua mereka menikmati makanan tengahari di Arena square.Yasmin hanya mendiamkan diri sehinggalah Amru bersuara.
“Next week ada majlis old boys kat mc.”Amru terus menyuap nasi dipinggannya.
“Am pergi?”Amru mengangguk.
“Majlis reunion old boys 90-94.And my friends will attend with their spouses.”Yasmin diam lagi.Dulu Amru pernah berjanji untuk membawanya ke majlis itu.Tapi waktu itu dia masih isteri Amru.Sekarang sudah tentulah Shazlin yang akan kesana.
“Next week boleh Min ambil cuti dalam tiga hari?Friday,Saturday and Sunday?”Yasmin mengangkat sedikit wajahnya.
“Kenapa nak suruh Min ambil cuti pulak?”Amru ketawa kecil.ketawanya seolah menyembunyikan sesuatu.
“Am..Am nak bawa Min pergi majlis tu nanti.Kan Am pernah berjanji dengan Min dulu.”Yasmin memandang Amru.Amru turut sama memandang Yasmin dengan pandangan yang sukar yasmin mengertikan.
“Tapi waktu tu Min masih wife Am.Sekarang kita dah tak ada apa-apa hubungan.Orang yang sepatutnya Am bawa ialah bakal isteri Am.Bukannya Min.Dan tak ada sebab kenapa Min perlu temankan Am.”Yasmin berterus terang.
“Kalau Am nak bawa Shazlin Am tak ajak Min…..Atau Min takut hanif marah?”Yasmin menggeleng.Dia dan AHnif belum ada apa-apa ikatan yang sah.hanif tak perlu marah padanya.
“Buat apa dia nak marah?Dia belum lagi jadi suami Min..”Amru mengangguk.
“Jadi..Min boleh temankan Am?”Permintaan Amru bagai satu arahan.
“Min tak janji.Kalau Min tak ada hal.Tapi Shazlin tak marah ke Am bawa Min pergi sana?”Amru tersenyum lagi.senyuman yang mampu membuatkan tangkai jantung Yasmin tercabut dari kedudukannya.
“Lepas ni kita pergi beli kain.Am rasa sempat lagi nak buat baju.”Yasmin mengerutkan keningnya.Amru langsung tak jawab persoalan tentang Shazlin.
“Beli kain?Min dah banyak bajulah…”Yasmin ketawa.Jelas hanya untuk menutup debaran didada.
“Am tahu.tapi Min ingat tak Am pernah bagitahu Min yang wife pun kena pakai baju yang sama macam husbandkan.”
“Tapi Min bukan wife Am lagi.”
“Kalau Min tak nak tak pe.Am tak paksa….”Yasmin ketawa kecil.
“Ok..kita nak beli kat mana?”Amru ketawa dan terus ketawa.Yasmin turut tersenyum.Hari ini setelah lebih setahun…dia merasakan bahagianya datang seperti dulu.
Seharian mereka menghabiskan masa berdua.Sekalipun Amru tidak mengungkit lagi kisah silam mereka.Buat pertama kali setelah lebih setahun Yasmin merasakan dia adalah Yasmin yang dulu.
Menjadi Yasmin sewaktu bergelar isteri leftenan Komander Amru Iskandar.
“Em,dulu Min tak pernah pergi BAKAT LAUT kan?”Yasmin sedikit pelik.
“Masa Min jadi isteri Am dululah…”Ish Am ni baru tadi tak nak ungkit hal dulu.Ni…
“Apa tu?Min tak tahu pun.”
“Kira macam untuk wife-wife tentera ni lah.Ada BAKAT DARAT untuk wife army,BAKAT UDARA untuk airforce dan laut dah tentulah BAKAT LAUT.Macam-macam aktiviti dioranhg buat,masak,menjahit,menyulam macam-macam lagilah.Tapi selalunya wife yang tak kerja lah aktif pun.Dulu kan Min sibuk dengan kerja.Sebab tu Am tak pernah suruh Min pergi.”Yasmin menganggguk faham.Dia pernah dengar pasal BAKAT ni.
Tentu seronok kalau dulu Am bagi Min pergi.Tentu kawan-kawan Min kat Lumut dah ramai.Silap-silap boleh buat persatuan dah.Persatuan isteri-isteri teraniaya ke Min?Hish..Am mana pernah abaikan Min.Apa yang berlaku dulu semua sebab Alina dan Maya.
Yasmin memandang Amru yang sedang memandu.Tiba-tiba dia tersenyum sendiri.











13
“YOU pergi mana Am?I call tak jawab.I cari You kat rumah tak de.Sampai sehari suntuk”Amru hanya mendengar Shazlin membebel di hujung talian.
“I ke kuala kangsar.”Amru jujur.Yelah memang dia ke Kuala Kangsar.Cuma Amru tak tambah..’Am ke kuala kangsar dengan Min.Siapa Min tu?Bekas isteri Am..’Kalau bagitahu rasanya marah Shazlin jadi gunung berapi yang nak meletup kot.
“Pergi sana buat apa?Dengan siapa?”Soalan Shazlin berbaur curiga.Amru mengeluh.Bosannya kena soal siasat macam ni.
“Kenapa dengan you ni Lin?I’m tired.”Amru memandang syiling.Dia berbaring diatas katil.Diluar Zarul dan Izhar sedang rancak menonton dvd iron-man.
“You ni kenapa Am?Dulu tak macam ni pun.Oklah since you tengah tired…I tak nak ganggu.Bye.”Shazlin mematikan talian.Amru mengeluh.Dia bangun dari katil dan melangkah keluar.Berkumpul bersama teman-temannya yang sedang menonton dvd.
“Kau ni kenapa Am?Aku tengok letih semacam je?”Zarul bertanya.Mulutnya sibuk menguyah kacang goreng.Dia baru sampai dari kampung.Malas nak masuk base,dia lepak kat rumah Amru.Bolehlah tengok dvd.
“Kau keluar dengan kapten tu ke tadi?Aku call pun tak jawab.”Izhar pula menyampuk.Izhar ni sebenarnya lebih kepada nak korek rahsia Am.Bukan dia menyibuk sekadar nak tahu perkembangan diri Amru.At least boleh jugalah dia share dengan Aina.
“Aku keluar dengan Min.Pergi kuala kangsar.”Amru bersahaja.Menguyah kacang goreng.Sedangkan izhar sudah ternganga.Biar betul Am ni?Betullah Izhar..Am tu mana pernah menipu.
“Min?Maksud kau Yasmin Nur raihan?”Izhar macam tak percaya.Amru mengangguk.
“kau biar betul Am?”Zarul semakin berminat ingin tahu.
“Apa faedahnya kalau aku tipu korang?”Matanya tertumpu di kaca televisyen.
“Habis tu tunang dia tak marah ke?”Amru hanya menjungkitkan bahu.Peduli apa Amru Hanif nak marah atau tak.Malah kalau ikutkan hatinya nak sahaja dia bagitahu Hanif siapa dia pada yasmin.
Izhar dan Zarul memandang antara satu sama lain.Bagai ada kata-kata dalam hati masing-masing yang tidak terluah.
“Am…aku nak tanya kau somethinglah.”Izhar duduk bersila.
“Apa dia?”
“kau dengan kapten tu ada apa-apa ke?Yelah maksud aku ada something special ke between korang berdua.?Ayat paling senang korang berdua bercinta ke?”Kan senang tanya terus je macam tu Izhar.
“Susah aku nak cakap Iz.Tapi aku tak nafikan Lin memang ada perasaan kat aku.Dah banyak kali dia ajak aku kahwin.”Izhar dan Zarul semakin berminat.Yelah setahun lebih tak pernah dengar cerita Amru yang banyak kontroversi dulu.Dengan Maya lah..kes khalwat lah…bercerailah.Tu belum masuk pasal Alina yang diorang sendiri pun tak kenal.
“Habis tu kau jawab apa?”
“Tak ada apa.”
“Kau nak tunggu apa lagi Am?Min pun dah nak kahwin..”Zarul memberi pendapat.Bukan niat Zarul nak suruh Am lupakan Min.Cuma bagi dia kalau Yasmin dah jumpa kebahagiaannya kenapa Amru perlu terus memendam rasa.Cuma dia tidak pastilah kalau Yasmin memang cintakan mamat Hanif tu atau ada cerita di sebaliknya.
“Kau masih sayangkan Min Am?”Amru tidak menjawab.Sebaliknya dia melepaskan keluhan kasar.Matanya memandang dinding biru yang kosong.Tiba-tiba kenangannya bersama Yasmin kembali diruang mata.Bagai terbayang-bayang Yasmin sednag duduk menyandar sambil menonton televisyen disini dulu.Ah kenangan…pergilah sejauhnya dari hatiku.
Izhar dan Zarul..diam Am menjawab segala teka teki dan persoalan perasaan Amru pada yasmin.Jawapannya..Ya..Amru masih menyintai yasmin.


LK TLR wan Izani masuk mengadap Amru yang sedang tekun menulis di meja.
“Ada apa?”Dia memandang sekilas selepas membalas tabik hormat anggota bawahannya.Dia memang tidak suka diganggu kalau sedang bekerja.Melainkan kalau ada hal penting.
“Tuan…saya nak minta cuti emergency.”Kali ini barulah Amru mengangkat wajahnya.
“Kenapa leading?”
“Mak saya dimasukkan ke hospital.Tenat tuan!”
“Ok…awak boleh cuti tiga hari mula hari ni.kalau ada apa-apa telefon saya dan buat sambungan cuti.mak awak kat hospital mana?”Amru cukup mengambil berat tentang hal-hal kebajikan seperti ini.
“Di hospital besar ipoh.Wad 8a.”Amru mengangguk.
“Baiklah nanti saya akan cuba kesana bersama beberapa anggota kita.Buat masa ni awak buat cuti dan terus kesana.”
“Terima kasih tuan!”Amru hanya mengangguk.Dia berkira-kira akan melawat ibu anggotanya pada pagi esok dengan anak-anak kapal yang lain.Itu memang kewajipannya sebagai seorang ketua.Sekalipun tidak,kewajipan dia sebagai seorang manusia.nantilah dia berkira-kira nak kutip derma kilat untuk LK TLR Wan Izani.Itu sahaja yang mampu dia tolong.Yelah Am bayangkan kalau mama yang sakit.Sudah tentu sebagai anak dia sedih.Macam tu juga orang lain.Yang tak sedih kategori ‘anak derhaka.’
Amru menongkat dagunya dengan kedua tangannya.fikirannya kosong bagai tiada apa yang difikirkan.Merenung jauh ketengah lautan dari tingkap kapal,laut sedikit bergelora hari ini.Sudah beberapa hari hujan turun tidak berhenti.Mujur semua operasi dibatalkan.Cuma nanti mereka akan belayar ke pulau palawan di kepulauan Indonesia.Mungkin selama dua atau tiga minggu.Itu rutin kapal.Dari arah sisinya dia melihat anak-anak kapal Tunas samudera sedang bertugas.Dahulu selepas rekrut,kapal itulah kapal pertamanya.
Seteduh grahara….bila mendung tak terasa panasnya.
KD lekiu,Kd Jebat,KD jerai…semua tu kapal yang pernah dia bertugas selama lebih 13 tahun dalam TLDM.Pelbagai memori pahit manis dia lalui selama bergelar navy.Tapi semua kenangan itu menjadi kenangan terindah dalam hidupnya saat ini.Kenangan yang akan dia kenang sehingga hujung nyawanya.
Seperti kenangan dengan Yasmin kan Am…
‘Indahnya kenangan manisnya impian..’





















14
KIRIMAN sms Amru sedikit menggusarkan perasaan Yasmin.
+Min buat apa?
-Tak da pe.kenapa?
+saja.Am pun tak buat apa.Oklah..bye.
Yasmin mengeluh.Bingung dengan sikap Amru.kalau Amru sudah punya Shazlin dan dia juga ada hanif kenapa hatinya bergetar dengan sms Amru.Teringat janjinya dengan Amru minggu ini,dia bingung.Hanif mengajaknya pulang ke rumah bertemu orang tuanya.Tidak tahu alasan apa yang perlu diberi kepada hanif.Untuk berterus terang,Yasmin takut.Apatah lagi dia telah menerima lamaran Hanif.Sikap Amru….
Tapi kenapa ye sms Amru buatkan Yasmin tersenyum sendiri?
“Hai…apa yang you menungkan?”Hanif duduk dihadapan Yasmin.Yasmin cuba tersenyum.
“Tak ada apa.Tak balik lagi?”Hanif menggeleng.
“Macamana I nak balik kalau You pun tak balik lagi.Nanti kalau jadi apa-apa kat you apa I nak jawab dengan orang tua you…”Yasmin ketawa kecil.
“I dah besarlah Hanif.Tak payah risau I boleh jaga diri I.You tu yang kena rehat banyak-banyak.Lately you banyak sangat kerjakan.”Yasmin kasihan dengan Hanif yang kerap berulang alik antara kuala Lumpur dan Lumut.
“Lepas kita kahwin I ingat nak ambil cuti panjang.You nak pergi mana Min?Just tell me and I akan bawa you.”Yasmin tersentak.Tiba-tiba dia teringat Amru pernah berjanji untuk membawanya menaiki kapal.The cruise.Tapi semuanya hanya tinggal kenangan.’indahnya kenangan manisnya impian..’
“nantilah I fikirkan.”Hanif tersenyum.Betapa dia amat menyayangi wanita ini.Bagai bulan jatuh keriba saat Yasmin menerima lamaran darinya tempohari.Siapa sangka siapa menduga Yasmin menerima lamarannya walaupun mereka berdua belum ditunangkan secara rasmi.Tapi dia sedikit bahagia melihat cincin risik yang tersarung di jari manis Yasmin.
Tapi ikhlaskah Yasmin menerimanya?


MALAM itu hati Yasmin sekali lagi diduga dengan panggilan telefon Amru.Sekadar bertanyakan tentang baju yang akan dipakai sewaktu old boys nanti.
“Dah siap ke Min tempah hari tu?”Yasmin sedang berbaring di katil bujangnya dengan telefon melekap ditelinga.Dia baru pulang bertemu Hanif.
“Dah siap.Petang tadi Min pergi ambil.Am kat mana ni?”
“Kat rumah.baru balik makan.”
“Dengan Shazlin?”Yasmin tahu serkap jarangnya mengena.
“Min dah makan?”Seperti biasa Amru tidak menjawab sebaliknya dia menyoal Yasmin.
“Kenapa tak jawab soalan Min?”
“Penting ke Min nak tahu jawapannya?”Soal Amru.
“Oklah Min andaikan tekaan Min tadi betulkan.”Amru diam.
“Kenapa Am diam?”
“Dah tahu buat apa nak tanya.Min buat apa tu?”Amru menyoal seolah tidak berminat untuk memanjangkan perkara tersebut.
“Min baru sampai rumah.Baru habis solat.”
“Min keluar tadi?”
“Min keluar dengan Hanif.”
“Pergi mana?”Yasmin pelik.
“Saja jalan-jalan…kenapa?”Amru ketawa kecil.
“Tak ada apa-apa.Esok Am kena belayar tiga hari.Pergi Langkawi.Min nak krim apa-apa ke?”Yasmin hairan.Kenapa ditanya pada Yasmin.Sepatutnya soalan itu buat Shazlin.Yasmin teringat pada kristal langkawi hadiah Amru.
“Tak ada apa-apa Am.Cuma harap selamat pergi dan selamat kembali.”
“hadiah Am dari langkawi dulu masih ada?”Mata Yasmin memandang kristal bertuliskan namanya yang diletakkan dimeja solek.Kristal pemberian Amru sebelum dia ke Jepun dulu.
“Min simpan lagi.Tak satupun dari Am yang Min buang.”Yasmin sebak.Kenapa sedih Min?Bukankah Min yang buang Amru dari hidup Min?Memaksa Amru melafazkan talak sedangkan Min tahu itu bukan kehendak Amru?
“Tapi ada satu dari Am yang dah Min buang.”
“Apa?”
“Hati Am.Good night Min…”Amru mematikan talian.Airmata Yasmin merembes laju.
“Am…maafkan Min…this is a price that I’ve to pay.Telefon bimbit dilekapkan didada.Wajah Amru dan hanif silih berganti.
























14
PUAN ASIAH memandang wajah Aina Maisarah.Mencari kebenaran dalam ayat anak dara nya ini.Tapi Aina bukannya jenis yang suka buat cerita.
“BETUL ma…takkan abang Izhar nak tipu Aina kot.”Aina cuba menyakinkan mamanya.Ini dah masuk kali keenam.Kalau mama tak percaya juga tak tahulah Aina nak cakap apa?
“Tapi macamana pulak tu?Kak Min kan dah nak bertunang.”
“mama suka ke kak Min bertunang?”Aina menduga.
“Aina tahukan..kak Min tu mama dengan papa yang pilihkan untuk abang Am.Tapi dah kuasa Tuhan…tak ada siapa yang boleh halang.Kalau ikutkan mama biarlah jodoh diorang sehingga ke akhir hayat.Dah macam-macam yang diorang berdua tu lalui tapi yelah..Allah tu maha mengetahui.Sampai situ je jodoh abang Am.”
“Tapi abang Izhar sendiri cakap abang Am bawa kak Min pergi kuala kangsar.Abang izhar cakap abang Am selalu call kak Min.”
“Kalau betul macam tu baguslah.mama pun masih berdoa ada jodoh antara mereka.tapi kalau dah tak ada nak buat apakan…”Aina memandang ibunya.Walaupun hubungan keluarganya dengan Yasmin terputus,tapi dia tahu mama dan papanya masih mengharap Yasmin kekal sebagai menantu mereka…kembali sebagai isteri Amru.tapi Amru…..
Aina selalu bercakap dengan Izhar tentang Amru.Kata Izhar gambar-gambar Yasmin masih menghiasi kamar peraduan Amru.Kata Izhar lagi dia yakin Amru memang masih sayangkan Yasmin.
‘Harap-harap mereka masih ada jodoh.’
Teringat Izhar dia pun tak tahu macamana boleh sangkut kat mamat skema tu.Yelah Izharkan kawan baik Amru.Abangnya sendiri.Nanti-nanti bila diorang kahwin apa pulak Izhar nak panggil Am?Abang Am?Ish macam tak kena je.
Sebenarnya bukan Izhar yang tackle Aina dulu.Aina Maisarah yang dulu ber sms dengan Izhar.Entah macamana hati Izhar cair dengan ‘minah gedik’ ini.
Bila Aina fikir macam kelakar pula.Yelah temannya yang lain sibuk buat praktikal kat hospital dia pula sibuk nak kahwin.Padahal usia tu muda lagi.
Aina jawab senang je..jodoh dah sampai…














15

AMRU berteleku disisi pusara yang dimarmar putih.Tulisan diatas nisan dibaca perlahan.Sedaya upaya dia menahan sebak didada.15 belas tahun telah berlalu.Mungkin saja jasad nadia sudah dimamah bumi.
“Nadia…Am datang.maafkan Am kerana lama tak datang sini.Am tak ada kekuatan Nadia.Selama setahun Am ke Lubnan.Maafkan Am…tapi Am tak pernah lupakan nadia dalam setiap doa Am.Banyak benda yang Am tak boleh simpan sendiri.Am perlukan seseorang untuk Am luahkan semuanya.”Amru tahu Nadia tak mungkin mendengar semua ini.Tapi biarlah dia anggap Nadia sedang mendengarnya.Diluahkan segala rasa hatinya pada nisan putih ini.Seolah-olah nadia dihadapannya.Seolah-olah Nadia masih hidup.Seperti satu waktu dulu.Ketika dia sedih,gembira semua itu dicurahkan pada Nadia.Nadia seorang pendengar yang setia.
“Persahabatan kita takkan pernah putus walaupun jasad roh Nadia telah kembali pada penciptanya.”Amru bangun.Surah yassin dipegang erat.Sekali lagi sebelum kakinya melangkah pergi dia menitipkan doa buat arwah nadia.Terasa lapang dadanya meluahkan segalanya.
YASMIN menghabiskan aiskrim vanilla ditangannya.Sesekali makan aiskrim kat tepi laut macam ni seronok juga.Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak.Yelah dulukan mak dengan ayah suka bawa Min dan along ke tepi pantai.Makan aiskrim.Mandi laut.Bestnya kenangan tu..
Hanif tersenyum.
“Kenapa senyum?”
“Tak ada apa-Saja suka tengok Min macam ni.”Yasmin berkerut.Tengok Min makan asikrim pun Hanif suka.?
Kalau dah sayang Min apapun suka.
“Min….”
“Em…”Yasmin
memandang hanif.
“Weekend ni jadi tak ikut I balik kampung?”Yasmin terdiam sejenak.
“I’m sorry Hanif…Min ada hal.Min…Min nak pergi Taiping..kawan Min kahwin.kawan masa sekolah dulu.”Yasmin mencipta alasan.untuk memberitahu hal sebenar,dia bimbang penerimaan Hanif.Hanif terlalu baik untuk disakiti.
“Tak pelah kalau macam tu.Nak I temankan tak?”
“Tak pelah…lagipun you nak balik kampung kan.I pergi sana dengan kawan-kawan yang lain.Lagipun I tidur kat rumah dia.So,takkan nak angkut you sekali kot.”Yasmin cuba berlucu.Menutup rasa bersalah membohongi Hanif zakri.Hanif ketawa kecil.Yasmin menghabiskan aiskrimnya yang hanya tinggal lagi suku.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Melihat nama,Yasmin sedikit gusar.Namun cuba ditutup kegusaran hatinya dengan senyuman.
“Hello..”
“Min…dekat Teluk batik.”
“Dengan hanif.Ok bye…”Pantas talian dimatikan.
“Siapa call?”Yasmin sedikit tersentak pantas dia menjawab.Bimbang Hanif tahu yang menelefonnya sebentar tadi adalah Amru.
“Along…”Hanif menagngguk.Entah kenapa nada suara Yasmin seperti tidak meyakinnya bahawa panggilan itu dari Shakri Iman.Tapi dia tidak mahu berprasangka.Apatah lagi hubungannya dengan Yasmin yang baru bermula.Hanif tidak mahu kerana terlau berprasangka dia akan ditinggalkan yasmin sekali lagi.
“Boleh I tanya sesuatu?”Yasmin memandang Hanif.
“Tanya apa?”
Pasal ex-husband Min.”Serta merta wajah Amru terlayar di kornea matanya.
“Tentang apa Hanif?”Suara Yasmin perlahan.
“Min tak pernah contact dengan dia lagi lepas divorce?”Yasmin diam seketika.Perlukah dia berterus terang atau menyembunyikan perkara ini dari Hanif?Perlukah dia bercerita tentang Amru saat ini?Perlahan-lahan Yasmin menggeleng.
“Dia kat mana sekarang?”Yasmin tetap memandang samudera luas dihadapannya.Tapi yang dia nampak hanya bayangan Amru.Jauh di kaki langit dia nampak kenangannya dengan Amru.Semuanya tentang Amru..Amru…dan Amru.
“Min.”Cuitan halus Hanif menyedarkan Yasmin kembali.
“Tak Hanif…Min tak tahu dia kat mana.”Hanif diam.Walaupun banyak perkara tentang masa lalu wanita itu ingin ditanya tapi dia tidak mahu melukakan perasaan Yasmin.Lantas dia turut diam.
“Min…jom kita jalan kat tepi pantai…”Yasmin mengangguk.Dilipatnya kaki seluar separas betis.Sebelah tangnnya menjinjing kasut.Petang-petang macam ni tak ramai orang disini.Kebetulan hari ini hari kerja.Tadi selepas balik mesyuarat dari Naval Ship,Hanif mengjaknya kemari.Dia menyetujui.Lagipun dah lama dia tidak kemari.
Suara ombak deras memukul tepian pantai.Bersih tanpa pencemaran.Sesekali kakinya basah terkena pukulan ombak.Ombak itu suara hatiku.Seorang temannya sewaktu di Australia dulu pernah berkata.Betapa temannya itu terlalu asyik dengan pantai.
“Min suka pantai?”Yasmin mengangguk.Masakan tidak….di tepian samudera inilah masanya banyak dihabiskan dengan Amru.Malah samudera luas juga menjadi saksi keramat saat Amru melagukan ‘permata buat isteri’satu ketika dulu.Lagu yang Amru dendangkan bersama gemersik piano untuk dirinya.Masakan dia tidak suka pada samudera yang menebarkan puing-puing angin,membisikkan betapa dia amat menyintai Amru Iskandar Borhan.Tidak akan pernah dia tinggalkan samudera ini sepertimana dia tidak pernah meninggalkan Amru dari hatinya.Malah pada samudera ini jugalah dia sering membisikkan kerinduannya pada Amru.
“Kalau ada rezeki kita beli rumah kat tepi pantai nak?”Yasmin ketawa kecil.
“Em…it cost lots of money Hanif.Tapi tak takut ke kalau Tsunami?”Giliran Hanif pula ketawa.
“Betul juga kan?Kalau macam tu kita bina rumah rehat je nak…sesekali bila bercuti kita boleh datang….”Hanif memandang jauh ke tengah laut.Bagai melihat impiannya disitu.
“Min….I tak sabar nak jadi seorang suami buat You.”Yasmin menunduk.Dia gagal membalas pandangan Hanif.Dia terus beriringan dengan Hanif menyusuri tepian pantai bertemankan suara ombak.
Cepatnya dia menerima Hanif dalam hidupnya.Ya..dia menerima Hanif kerana amarahnya pada Amru.Kejamnya Min..mempergunakan Hanif untuk kepentingan Min.Tapi Hanif Min dah terlanjur.Mana mungkin Min berpatah balik kalau Min dah tebarkan impian dan harapan dalam hati Hanif.Jahatnya Min…..
“Hanif..kita duduk dulu.I penatlah…”Hanif mengangguk.Serentak yasmin berpusing dia terkejut melihat Amru dan Izhar sedang duduk di wakaf berhampiran.Enak memakan rojak buah.Yasmin meneguk liurnya.
Tiba-tiba tekaknya terasa kering.Terasa bagai ada pasir yang sedang melalui kerongkongnya.’Am?Apa dia buat kat sini?Tak kerja ke?’Melihat air yang sudah separuh Yasmin tahu tentu sudah beberapa lama keduanya disitu.Dan sudah tentulah sudah lama juga mereka memerhatikannya dnegan Hanif.
“What’s up?”Hanif berpusing mengadap Yasmin bila dirasakan Yasmin berhenti.
“Er…nothing.”Hanif tersenyum.Dia menanti Yasmin menyainginya.
“Eh…itu bukan pegawai KD Maharani tu ke?”Yasmin semakin gelisah bila kaki Hanif melangkah kearah Amru yang sedang enak menikmati rojak.Bagai tidak menyedari kehadiran mereka disini.Tidak sedar atau buat-buat tak sedar Am?
Yasmin turut melangkah sama.Pura-pura tenang sedangkan dalam hatinya bagai ada taufan yang melanda.Taufan Katrina!.
“Assalamualaikum…”Amru bagai terkejut dengan kedatangan Hanif yang tiba-tiba.Terkejut yang dibuat-buat.Itu fikir Yasmin.
“Waalaikumusalam..encik Hanif buat apa kat sini?”Ramah Amru menyoal tanpa sedikitpun matanya memandang kea rah Yasmin.Yasmin memandang Izhar yang turut berpura-pura tidak mengenalinya.Namun riak Izhar jelas menunjukkan wajah bersalah.
“I dengan Yasmin dari Naval Ship tadi.Dah ada masa tu yang datang sini.You tak kerja ke?”Melihat Amru dan Izhar yang hanya berjeans dan t-shirt sudah pastilah keduanya tidak bertugas hari ini.
“I off petang ni.Eh,ni kawan baik I leftenan Khairul Izhar.Ni aku kenalkan encik Hanif Zakri yang uruskan projek kapal tu.”Izhar dan Hanif sama-sama bersalaman.
“Ni tunang I,Yasmin.”Giliran Hanif memperkenalkan Yasmin kepada Izhar.Izhar hanya mengangguk.’Kami dah kenal lama Hanif…’
“Since you all dah ada ni apa kata kalau I belanja makan laksa buyung?Kat sini laksa dia boleh tahan.”Amru bangun.Yasmin sakit hati.Amru sengaja buat macam ni.
“Em..bagus juga idea tu.Min macamana?”Hanif memandang Yasmin.
“Er…lain kalilah kot.”Yasmin beralasan.
“Alah..tunang you ni segan agaknya Hanif.Jomlah..bukan senang I nak belanja orang tau.”Yasmin memandang Amru.Geram!.Dia tahu Amru sengaja mahu mengenakannya.Tapi untuk apa Am?Untuk dera perasaan Min kah?
“Jom…”Yasmin gagal untuk menolak lagi bila Hanif beria-ia mahu mengikuti Amru.Lantas dipautnya pergelangan tangan Hanif.Yasmin tersenyum sinis.Dia tahu Amru sednag mengerling kea rah mereka.Hanif turut sama terkejut.Sebelum ni dia nak pegang tangan Yasmin cukup susah.
Yasmin dan Amru duduk berhadapan sedangkan Izhar berhadapan dengan Hanif.Kesemua mereka memesan laksa buyung.
“So,bila plan nak kahwin ni?”Amru seolah-olah begitu selera sekali.
“I tak kisah Amru…kalau boleh minggu ni juga I nak kahwin…tapi orang sebelah ni asyik minta tempoh je..”Semua mereka ketawa kecuali Yasmin.Tapi Yasmin tahu ketawa Amru dibuat-buat.’Setahunlah Min dok dengan Am…Dah kenal sangat perangai Am.’Getus Yasmin sendiri.
“Tak elok macam ni lama-lama.Cepat kahwin cepat dapat anak.”Amru terus bersuara.
“Itulah I cakap dekat Yasmin ni.Tapi macam-macam alasan…”Hanif menjeling Yasmin.
“I tak kisah…end of this month pun boleh.”Tiba-tiba Yasmin bersuara.Semua mata memandangnya.’Biarlah…kalau ini permainan Amru dia akan mengikut rentaknya.’Kita tengok Am…siapa menang siapa kalah.
“Baguslah kalau macam tu…”Balas Amru.
“Tuan Amru Iskandar ni pulak bila nak kahwin?”Yasmin memberanikan dirinya memandang Amru.Pandangannya berbalas.
“InsyaAllah…kalau tak ada apa-apa tak lama lagi.”Izhar yang sedang menghirup kuah laksa terhenti seketika.Dia memandang Amru sebelum pandangannya beralih kea rah yasmin.Bagai ada teka-teki yang tidak terjawab disitu.Amru dan Yasmin..permainan apa yang sedang mereka berdua mainkan ini?Ini dah macam drama swasta lah pulak.Eh tak macam dalam buku-buku novel tu kot.
“Tahniah.I dengar you pernah kahwin dulukan?Sorry kalau I busy body pulak.”Amru ketawa kecil dengan pertanyaan Hanif.’kenapa tidak ditanyakan pada tunang kau je Hanif?Dia lebih tahu’.Yasmin menunduk.Berpura-pura menikmati laksa di mangkuk.
“Its ok.cerita lama.Yup…I pernah kahwin and divorce dulu.Jodoh tak panjang,Hanif.Ex-wife I minta divorce.So,I nak buat apa lagi?Dah orang tak nak kat kita kan?”Hampir tidak tertelan laksa dikerongkong Yasmin.
“Mesti rugi your ex-wife tinggalkan you dulu.Yelah…you ni dahlah ada rupa,kedudukan.”Hanif membuat andaiannya sendiri.
Mata Amru memandang pada Yasmin tanpa pengetahuan hanif.
“Tapi mungkin pada my ex-wife I’m nothing.I tak bermakna apa-apa pada dia.”Airmata Yasmin hampir menitis.Namun cuba ditahannya.’Am..maafkan Min..’Dan Izhar terus menjadi pemerhati dan menghakimi apa yang berlaku dihadapan matanya saat ini.















16
Izhar dan Zarul memandang kearah satu sama lain.Masing-masing cuba menimbang disebalik pemikiran yang logik apa sebenarnya yang berlaku pada Yasmin dan Amru.
“Pendapat kau?”Izhar melontarkan pertanyaan bagi mematikan khayalan Zarul yang semakin jauh.Mereka kini di mes pegawai wisma samudera.
“Entah.Kalau mengikut pemikiran aku yang waras ni,dari apa yang kau cerita Amru tu masih ada perasaan pada Yasmin.Tapi dia macam suka je Yasmin bertunang dengan mamat tu…sapa nama dia?”Zarul cuba mengingati kronologi cerita yang dibawa Izhar seketika tadi.
“Hanif Zakri.”
“Ha…dengan si hanif tu.”Sambung Zarul.Dia terbaring diatas katil Izhar sednagkan Izhar sedang bersila mengadap mangkuk maggi mee.
“Tulah yang aku pelik Rul…nak-nak pulak sekarang ni Am tu dah ada kapten dr tu.Aku takut Am Cuma nak balas dendam pada Yasmin je.”
“Ish…kau ni kalau nak buat konklusipun biarlah berpada sikit.Bukannya sehari dua kau kenal Amru.Aku yakin diorang tu sebenarnya masih ada perasaan antara satu sama lain.Cuma ego je yang memisahkan diorang.Dulu,Yasmin minta cerai bersebab.Kalau tak sebab Maya perangkap Am sekali lagi kat Langkawi tu,lepas tu dengan pulak kisah perempuan nama Alina tu,diorang tak jadi macam ni.Aku fahamlah…masa tu Yasmin mesti marah.Nak-nak pulak Am tak berterus terang.Tapi sekarang ni dah setahun lebih…takkanlah marah Yasmin masih bersisa lagi.”Panjang lebar Zarul memberikan pendapatnya./’Eleh..zarul macamlah dah kahwin.’
“Marah Yasmin tu memanglah dah hilang aku rasa.Kalau adapun mungkin bekas je.Kalau tak takkanlah dia sanggup pergi kuala kangsar dengan Am.Cuma mungkin Am yang masih terasa dengan tindakan Yasmin dulu.Aku tahu sangat lah Am tu…kalau hati dia sakit memang susah nak sembuh tau.”
“Dan Am sengaja nak sakitkan hati Yasmin?konklusinya Am nak balas dendam?”Pandangan Zarul dan Izhar saling bertukar.
“Tahlah Rul…aku Cuma harap ada kesudahan yang baik untuk cerita ni.Yasmin dengan amru ni kalau dibuat novel cerita diorang ni mesti sold out punya.”
“Dah..kau nak jadi novelis pulak?”Zarul ketawa kecil.
“Tak delah…Novelis apa pulak…tulis surat wasiat tahulah aku.”Zarul ketawa.
“Eh,Iz….suruhlah tunang kau carikan awek kat aku sorang.Kau tak kesian kat aku ke.Korang semua dah berpunya…habis aku?”
“Hari tu elok mak aku rekemen kat sepupu aku tu…kau tak nak.Sekarang ni bising tak ada awek pulak.”
“Bukan aku tak nak Iz.budak tu muda sangatlah.”
“Nantilah aku tanyakan Aina..”Berbicara soal Aina hati Izhar berbunga bahagia.Tiba-tiba rindunya datang lagi.
“Aku nak keluar jap ye.Nak bergayut dengan awek kesayangan aku sekejap.”Izhar tersenyum sinis sebelum membawa telefon bimbitnya ke koridor luar.Menyandar didinding batu sambil berbual dengan kekasih hati.
‘Em aku jugalah yang keseorangan…’



AMRU bosan menunggu Shazlin di ruangan menunggu hospital angkatan tentera ini.Dah setengah jam dia duduk disini tapi bayang Shazlin masih belum kelihatan.Ikut hati mahu sahaja dia balik tapi memikirkan janjinya dengan Shazlin,disabarkan juga hatinya.Beberapa minit kemudian,Shazlin keluar dari bilik MRI.
“Sorry to keep you wailting.Ada urgent case.”
“Ok.”Amru jawab ringkas.
“You busy ke Am?”Amru mengangguk.memang dia sibuk sikit dengan kerja yang menimbun.
“Ada apa you suruh I datang sini Lin?Sorry tapi I banyak snagat lah kerja kat kapal tu.”
“I nak kenalkan you pada somebody.Jom.”Tangan Yasmin ditarik Amru menaiki lif.Amru pelik.Kemana pulak Shazlin nak bawa dia.Sampai ditingkat tiga,Shazlin masuk ke wad lelaki.Amru hanya menurut.
Sampai di wad pegawai,Yasmin memperkenalkan Amru pada seseorang.
“Am…kenalkan ni ibu dan ayah I.”Amru terkedu.Melihat seorang lelaki separuh umur yang sedang tersenyum dari atas katil.Disisinya seorang wanita yang jelas sekali adalah ibu Shazlin.Amru bersalaman dengan keduanya.
“Pak cik kenapa?”Hanya itu soalan yang yang terlintas dibenaknya.
“Acctually ayah I ni tak berapa sihat sejak kebelakangan ini.So,I suggest ayah masuk sini untuk pemeriksaan lanjut.”
“pak cik tak nak tapi Lin ni yang beria-ia nak pak cik duduk sini.”
“Duduk sini lebih baik pak cik..ada doktor yang boleh tengokkan.”Amru cuba ketawa.
“Jadi inilah Amru Iskandar.Em,boleh tahan pilihan kau Lin.”Amru terkedu sekali lagi mendengar kata-kata ibu Shazlin.
“Tengok oranglah ibu…”Amru hanya tersenyum.menutup resah dihati.
“Tengok korang berdua ni,bila lagi nak masuk meminang Am?Umurpun dah makin lanjut.”
‘Adui..apa aku nak jawab ni.Ni baru betul kejutan.’
“Saya..saya belum berbincang apa-apa lagi dengan Lin.Sekarang ni banyak sangat kerja.”Shazlin tersenyum.Dia tahu Amru tak akan menghampakannya.
‘Boleh kot alasan tu.’
Setengah jam bersama kedua ibu bapa Shazlin menyesakkan sedikit nafas Amru.Amru pulang dari hospital petang itu dengan kepala yang penuh kekalutan.
“Tuan ok ke?”Amru pandang BDI Sulaiman dengan mengecilkan mata nya.
“Kalau COG tahu lah apa ada dalam kepala saya ni …pening saya COG.”BDI Sulaiman ketawa kecil.
“Masalah tuan…selagi kiat hidup tak ada masalah tak hidup nama nya.”Amru senyum kecil.Mengiayakan kata-kaat anngota bawahan nya.















17


AMRU menguatkan siaran radio yang sedang menyiarkan lagu Datuk Siti Nurhaliza kekasihku.Sesekali matanya mengerling kearah Yasmin disebelah.Santai dengan t-shirt lengan panjang dan jeans.Beg galas kecil dibawa bagi menggantikan beg tangannya yang selalu dibawa.Sekali pandang tak ubah seperti remaja belasan tahun.

Kekasih tulis namaku
Didalam diari hatimu
Kekasih…tiap senyumanmu
Mengubat rindu dijiwa ku…
Puisikan sejarah janji-janji kita
Bakar semua kepalsuan….
Yasmin menyanyi kecil mengikuti lirik lagu tersebut.
“Rindukan Hanif ke?”Matanya mengerling kearah Amru yang berkaca mata hitam.
“Kenapa?Salah ke?”Amru menggeleng.
“Tapi Min kan dengan Am sekarang?”
“Apa maksud Am?Memang Min dengan Am…tapi itu tak bermakna Min kena lupakan hanif.Atau am lupa yang Hanif tu tunang Min?”Amru mengeluh.Kasar bunyinya.Amru terus memandu.Yasmin kembali mendiamkan diri.Merenung jauh kehadapan…dan entah bila masanya dia terlena.
Deringan telefon bimbit menyedarkan Yasmin dari lenanya yang sebentar.
“Asslamualaikum…”Jawabnya saat butang hijau ditekan.
“I..tengah on the way.Sorry tak sempat nak bagitahu you masa I pergi tadi.Sorry Hanif.”Lembut suara Yasmin memohon maaf.Amru hanya menjeling sekilas.
“Ok…sampai nanti I call you.Bye…take care.”Yasmin menyimpan kembali telefonnya di poket seluar.
“Min bagitahu Hanif Min nak pergi mana?”Amru membelok keretanya memasuki Bandar diraja kuala kangsar.
“Kenapa nak tahu?”
“Min bagitahu Min keluar dengan Am?”
“Hanif tak tahu hubungan kita dan Min rasa tak ada sebab dia perlu tahu siapa Am dengan Min.”Balas Yasmin.
“Tapi diakan bakal suami Min.Dia perlu tahu sejarah Min.”
“Dia tahu Min pernah berkahwin.Cuma Min rasa tak perlulah dia tahu siapa bekas suami Min.”Jawab Yasmin tegas.
“Kenapa?Teruk sangat ke Am sampai Min tak nak bagitahu Hanif?”
“Sebab tak penting.Yang berlalu dah jadi sejarah.Yang penting macamana Min nak corakkan hidup Min dengan dia nanti.Shazlin sendiripun tak tahu hubungan Am dengan Min kan.”Amru diam.Honda crvnya mula mendaki bukit chandan ke rumah rehat tempat tinggalnya selama menghadiri majlis ini nanti.Kata-kata Yasmin dibiarkan berlalu.

YASMIN terlena beberapa jam.Bangun dari tidur sudah hampir pukul 7.00 petang.Tiba-tiba pintu sambungan biliknya dan Amru diketuk.Yasmin pantas membukanya.Amru santai dengan t-shirt dan tracksuit.
“Baru bangun?”Yasmin mengangguk.
“Letih sangat.Min terlena.Am dari mana?”Amru masuk kedalam bilik.Duduk dikerusi rotan berhampiran katil.Yasmin kurang selesa.Apatah lagi rambutnya hanya ditutupi dengan sehelai tuala.
“Am keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan Am tadi.Singgah minum teh tarik kat warung bawah tu.Lama tak jumpa diorang macam-macam ceritalah.”
“Am keluar dulu.Min nak mandi.”
“Kenapa Am tak boleh duduk sini?”Amru tersenyum kecil.Sinis pada pandangan Yasmin.
“Am…kita dah tak ada apa-apa ikatan.Am bukan lagi suami Min.Tak elok Am kat sinikan.”Amru tersenyum.
“Min takut kena tangkap khalwat?Biarlah boleh kita kahwin sekali lagi.”Dia ketawa.
“Min serius Am.Ni bukan benda main-main.And please don’t mention that words in front of me.Am Cuma akan sakitkan hati Min.”Amru bangun.
“Perkataan apa?Khalwat?”Yasmin diam.Matanya diarahkan keluar balkoni. Matahari semakin tenggelam di ufuk timur.Merah kekuningan.Berbalam-balam kelihatan pada sungai Perak.
“Am..please…”
“Ok..Am keluar.Tapi Am nak ingatkan Min.Pukul 7.45 kita dah nak gerak.And one more thing I need your help.Am bagitahu kawan-kawan Am yang Min wife Am.So,boleh tak kalau Min berlakon jadi wife Am?Hanya untuk dua tiga hari ni?”Yasmin mengangguk.Hatinya sebak.’Hanya untuk tiga hari Am…’Amru tersenyum.
“Kalau perasaan Min dah mati untuk Am,hati Min takkan rasa apa-apa dengan apa yang Am cakap tadi.”Amru sempat berbisik ditelinga Yasmin sebelum keluar.Yasmin terkedu seketika.
.Cepat-cepat yasmin menutup pintu dan menguncinya.Ada airmata yang sedang mengalir dipipinya saat ini.










18
MATA Shazlin ralit menonton siaran televisyen yang sedang memaparkan berita kapal Rachel Corie yang ditahan anggota tentera laut Israel.Sudah beberapa hari media cetak dan elektronik sibuk memperkatakan tentang misi bantuan ke genting Gaza itu.Hari ini Shazlin tidak bertugas.Hanya duduk di mes pegawai wanita.
“Hai Lin…tak keluar dengan Amru ke?”Shazlin memandang Leftenan Azirah yang turut bersamanya.Shazlin menggeleng.
“Tak…dia tak ada.Kata kursus kat KEMENTAH.”
“Kursus apa?”Shazlin hanya menjungkit bahu.Setahu Azirah Amru bercuti.Itupun temannya yang bagitahu.
“So,bila lagi kau dengan dia nak bersatu Lin?Rasanya dah setahun lebih kau kenal diakan?”
“Akupun tak tahulah Zirah.Tiap kali aku cakap soal kahwin,Am mesti berdalih.”
“Kenapa?I thought you all berdua memang couplekan?”Shazlin mengangguk.
“Yes…tapi Am tu tak pernah lah luahkan yang dia cintakan aku.Tapi aku tahu yang kami berdua memang ada hubungan yang istimewa.”
“Kau jangan main rasa-rasa je Lin.Silap-silap nanti kau berrtepuk sebelah tangan je.”Shazlin memandang Azirah.Kata-kata Azirah ada betulnya.Tapi dia yakin Amru tiada wanita lain yang lebih rapat dengan nya selain dirinya.Tangannya pantas mancapai telefon bimbit.Nama Amru dicari dan butang call ditekan.Mungkin serabut dalam fikirannya hanya boleh ditenangkan oleh suara Amru.




“Telefon Am berdering tu kenapa tak jawab?Mana tahu penting ke?”Yasmin sedang merapikan tudungnya dan Amru sedang menunggu di kerusi rotan.Sudah puas Yasmin menyuruh Amru tunggu diluar tapi Amru tetap berdegil.Harap-harap tak adalah jabatan agama islam ketuk bilik ni.
Amru hanya membiarkan panggilan Shazlin tidak berjawab.Di skrin terpapar 12 missed calls.Dia memandang Yasmin disebalik refleksi cermin.Yasmin mengenakan baju kebaya labuh berwarna hitam,kainnya turut berwarna hitam dan berkotak merah seperti sampin yang Amru pakai sekarang.Amru turut memakai sepasang baju melayu berwarna hitam dan songkok,pakaian rasmi kolej melayu.
“Min dah siap.”Amru tersentak dari lamunannya.Dia bangun,membetulkan sedikit baju melayunya sebelum menghampiri Yasmin.
“Jom kawan-kawan Am dah pergi dah.”Yasmin mencapai beg tangan jenama Gucci dan disangkut dibahu kirinya.Bagai sepasang suami isteri keduanya melangkah keluar.

PERKARANGAN dewan Shahbudin MCKK terang benderang dengan lampu berwarna warni.Yasmin sedikit gementar.kereta-kereta bersusun diparkir di jalan masuk.Ada yang sempat di parkir di tennis court dalam sekolah.Amru meletakkan keretanya dibahu jalan berhampiran masjid Al-Ridzuan.Amru memarkir keretanya di bawah pohon besar yang kononnya ada ‘green lady’seperti yang selalu Am cerita dulu.Harap-harap green lady tak keluar malam ini.Hai sempat lagi Min nak bergurau.
“Jom.”Amru menghulurkan tangannya pada Yasmin.Yasmin teragak-agak sebelum menyambut huluran tangan Amru.Serentak dengan itu bagai ada arus elektrik yang mengalir di setiap sarafnya.Amru memegang kejap jemari Yasmin sebelum melangkah kearah dewan.Sesekali Yasmin menghadiahkan senyuman pada yang berselisih dengan dirinya.Pasti mereka juga adalah isteri-isteri bekas pelajar kolej melayu.Amru menyertai teman-temannya yang sedang berkumpul di lobi dewan.Majlis akan bermula jam 8.30 malam.Masih ada lagi lima belas minit.Lagipun tetamu kehormat MCOBA belum tiba.
“Amru…lama betul aku tak jumpa kau.”Amru bersalaman dengan seseorang lantas mereka berpeluk seketika.
“Mana nak jumpa…kau tu dah lah study kat UK,sampai kerja pun nak kat sana juga.”Temannya hanya tersengih.
“Wife kau ke?”Amru tersenyum.
“Min ni kawan-kawan Am satu kelas.Kelas 5 sains 1.Ni Ehsan,Ammir,Megat putera Muharis dan Wan Ahmad Zamani.”Yasmin bersalaman dengan isteri mereka.
“Bila kau kahwin Am?Tak jemput aku langsung.”Wan Ahmad Zamani bertanya.Kesemua mereka berpakaian serupa begitu juga dengan isteri masing-masing.
“Dah dua tahun lebih.Bukan tak nak bagitahu,number phone korang yang aku tak ada.”Amru rancak bercerita dengan teman-temannya.Kumpulan mereka bertambah ramai.Ada yang sibuk bertanya khabar dan tak kurang juga yang mengimbas kembali zaman persekolahan mereka disini dulu.Yasmin menyelitkan dirinya diantara isteri-isteri teman Amru.’Em…ikut Amru aku dapat ramai kawan.’Semuanya lebih kurang sebaya dengan dirinya.Yasmin gembira malam ini.Sesekali Amru menjeling dirinya yang sedang rancak berbual dengan isteri Farhan dan isteri Zamani.Amru terperasan gelang kristal putih yang dipakai Yasmin malam ini.Pemberiannya lebih setahun dulu.Dia tersenyum.Dia tahu perasaan Yasmin tak pernah berubah pada dirinya walaupun ada Hanif.

Am tahu Min masih sayangkan Am.

















19
YASMIN duduk disebelah Amru.Kusyuk mendengar kata-kata aluan dari bekas ketua pelajar 1996,Ehsan Zulfadly.Kata-kata Ehsan banyak mengimbau kenangan semasa persekolahan mereka dahulu.
“Disini,kami berdiri.Disini ilmu kami cari dan disini juga kami mengenali erti persahabatan.Kolej ini amat bermakna buat kami,akan kami kenang sehingga hujung nyawa kami.Dan untuk itu saya minta semua bekas pelajar MCKK yang ada di dewan ini untuk sama-sama berdiri menyanyikan lagu yang menjadi kebanggan kita.”
Serentak dengan kata-kata Ehsan Zulfadly,semua old boys bangun.Yasmin turut sama bangun bagi menghormati majlis.Serentak dengan itu dewan ini bergema dengan lagu Gemilang Kolej Melayu dan diikuti dengan lagu warisan.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang.
Yasmin terharu.Betapa tingginya semangat cintakan sekolah dan tanahair yang wujud dalam diri setiap pelajar disini.Kemudian beberapa bekas pelajar terdahulu yang memegang jawatan dalam Malay College Old Boys Association menyampaikan ucapan masing-masing.Majlis berakhir kira-kira jam sepuluh malam.Tapi bagi mereka belum lagi berakhir.Esok pelbagai aktiviti yang telah dirancang akan dilaksanakan.Perlawanan rugby,bola sepak dan tennis.
“Am jomlah…”Amru memandang Zamani yang kini sudahpun bergelar datuk Wan Ahmad Zamani.Dan menjadi pengerusi sebuah syarikat yang besar di kuala Lumpur.Tapi disini dia bagaikan orang biasa sahaja.Malah isterinya Datin Wahida juga ramah dan mesra.
Ajakan teman-teman untuk terus bersantai di warung kopi sukar ditolak.Tapi…
“Kau ingat ni KL ke?Mana ada warung buka dah.Pukul sebelas dah ni.”Bandar di Raja ini akan lengang tatkala menginjak pukul sepuluh malam.
“Ye tak ye juga.”Zamani memandang beberapa teman yang lain.
“Korang ingat tak restoran melayu kat bank tu?kat situ kan still open lagi.”Seseorang yang Yasmin tidak kenal mencelah.
“Kau sure ke?Its,17 years already.Hidup lagi ke restoran tu?”Amru menambah.Dulu disitulah dia dan teman-temannya kerap menjamu selera bersama warden pada malam hari.Waktu itu warden asrama bagaikan bapa mereka disini.
“Alah apa susah coffee bean kat rest house kan ada..”Akhirnya kesemua mereka menyetujui rencana Farhan.
“Min nak join Am jap lagi?”Amru bertanya bila keduanya berada didalam kereta.
“Tak kot.Lagipun Am dengan kawan-kawan Am mesti ada benda nak bercerita.nanti Min ni jadi penyibuk je.Lagipun Min Cuma rasa nak rest.Tired..”Amru ketawa kecil.Yasmin turut sama ketawa.Entah kenapa malam ini Yasmin mersakan tenang sekali.
“Tak delah.Am suka kalau Min ada sekali.”
“Tak pelah Am.lagipun Min nak rest.”
“Ok…if you say so..”
Amru dan Yasmin berpisah dipintu bilik Yasmin.Dia turun semula ke lobi.Menanti teman-temannya di Chandan Coffee bean.
















20
YASMIN gagal melelapkan matanya malam ini.Sikap Amru yang ditunjukkan lelaki itu sedikit meresahkan dirinya.
‘Kenapa Amru buat macam ni?Amru sengaja nak dera perasaan dia ke?Atau Amru ada agenda tersendiri.Dia sudah mahu berkahwin dan Amru pun.’Sesekali terbit rasa bersalah dihatinya pada Hanif.Dia tidak bermaksud mahu mempermainkan Hanif atau menipu Hanif.Cuma dia tidak mahu menyakiti hati Hanif.Hanif terlalu baik untuk disakiti.Entahlah dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Sikap Amru membuatkannya semakin sukar untuk melupakan lelaki itu.Tidak.Dia harus bertegas.Dia tidak akan membiarkan Amru dengan agendanya.
Dia tidak akan membiarkan Amru terus merasakan yang dia masih menyayangi lelaki itu.Malah dia tidak mahu Amru mengetawakannya kerana kebodohannya mengikut lelaki itu ke sini.Ya..dia harus pulang.Dia tidak sepatutnya menerima pelawaan Amru untuk berlakon sebagai isteri lelaki itu.Amru hanya mempergunakan dirinya untuk kepentingan sendiri.Untuk menampakkan tidak janggal bersama teman-temannya lain yang punya isteri.Ini semua helah Amru dan dia yang terpedaya.Pasti Amru sedang mentertawakan dirinya.
Yasmin memasukkan semua bajunya kedalam beg.Dia nekad pagi esok dia mahu pulang dengan bas.Ketukan pintu penyambung sekali menyentak Yasmin.Dia memandang jam.Sudah hampir 12.30 malam.’Apalagi yang Amru nak?Amru ni layak digelar pengacau nombor satu..’Dia hanya membiarkan.Tapi semakin lama ketukan itu semakin kuat.Yasmin tiada pilihan.Tudung disangkutkan dikepala katil diambil menutupi rambutnya.
“Am nak apa?Its 12.30 already.”Yasmin sedikit marah.Amru hanya tersenyum.Baju melayu nya sudah diganti dengan tracksuit dan t-shirt tanpa kolar.Dengan selamba dia masuk ke dalam bilik Yasmin.Yasmin memandang geram.’Ish..mamat ni memang tak faham bahasa lah.Dia ingat aku ni bini dia lagi ke boleh main terjah-terjah je masuk bilik..’
Amru memandang beg pakaian Yasmin diatas katil.Ada beberapa helai baju diatas katil yang belum dimasukkan lagi kedalam beg.Keningnya dikerutkan.
“Min baru kemas baju ke?”Dia duduk dibirai katil.’Memanglah Amru ni tak faham bahasa.Tak sedar-sedar yang dia bukan lagi suami Yasmin.’
“Kemas baju nak balik.”Yasmin menyandar di pintu.Menyesal dia setuju dengan bilik ini.Kalau dia ambil bilik perseorangan taklah Amru mengacau dia sampai macam ni.Amru bangun.Menghampiri Yasmin dipintu.
“Balik?Kenapa?”Yasmin mengeluh.Dia meninggalkan Amru dipintu dan duduk di birai katil.Bertukar tempat dengan Amru.
“Min tak comfortable kat sini.Lagipun Min bukan wife Am.Min tak tahu apa tujuan Am ajak Min datang sini.Tapi Am macam ada agenda yang tersembunyi.”Amru ketawa kecil.
“Agenda apa Min?”Yasmin menjungkitkan bahunya.
“Macam Am sengaja nak kenakan Min.Mungkin Am ingat Min bodoh sebab ikut Am datang sini.Padahal Am ketawakan Min separuh mati.”kali ketawa Amru pecah.
”Kenapa Am ketawa?”
“Berapa umur Min sekarang?”Dia berpeluk tubuh memandang Yasmin.
“Kenapa?Am dah lupa?”Amru menggeleng.
“Min…Min dah 29 tahun.Dah matang untuk buat keputusan dan untuk menilai.Am rasa Min tahu Am tak ada niat nak persendakan Min.”Kali ini Yasmin ketawa.sinis bunyinya.
“So,kenapa Min yang jadi pilihan Am?Kenapa Am tak bawa Shazlin?Diakan bakal isteri Am.Min Cuma bekas isteri Am.”Yasmin terasa sebak.Sengaja ditekan perkataan bekas agar Amru faham.
“Sebab…”Amru merenung Yasmin sebelum meneruskan kata-kata nya.
“Am tak pernah berjanji dengan Shazlin.Tapi dengan Min Am pernah berjanji yang Am akan bawa Min masa majlis Old boys.Am Cuma nak tunaikan janji Am dengan Min.”Yasmin terdiam.Rupanya Amru hanya ingin menunaikan janji padanya.Tiba-tiba dia dapat satu idea.
“habis tu Am pun pernah janji nak bawa Min naik cruise.Takkan itupun Am nak tunaikan juga?”Yasmin sinis.
“Yes..Am akan tunaikan.lagipun mungkir janjikan dosa dalam islam.”
‘Eh Am…berduaan macam ni pun kira dosa tau.’
“Jangan mimpilah.Ini kali terakhir Min keluar dengan Am.Lepas ni sorry…”Amru menghampiri yasmin.Duduk disebelah Yasmin.Yasmin sedikit gelisah. ‘mamat ni memang tak reti bahasa…’
“Betul ke Min tak nak keluar dengan Am lagi lepas ni?”Yasmin mengangguk.Amru cuba menyembunyikan senyumannya.
“Sampai bila?”
“Sampai bila-bilalah…”
“Bila Min nak kahwin dengan Hanif?”
“Bulan depan kot.Kenapa?”Amru menggeleng.Dia bangun.
“Dah lewat malam…tidurlah.Am masuk dulu.”Amru menutup pintu.Yasmin menarik nafas selega-leganya.Kenapa Amru mesti membuatkan jiwanya gementar?


Ternyata baik Amru mahupun yasmin kedua nya gagal untuk lelap walau sepicing sehingga kokokan ayam berkali-kali kedengaran.Dipisahkan sebalik pintu namun hati mereka tetap berkata-kata.










21
SHAZLIN menelefon ke kapal KD sri Maharani.Jawapan yang diterima membuatkan hatinya menjadi sakit.Sampai hati Amru menipu dirinya.Kata Amru dia pergi berkursus.Tapi mengikut anggota bawahannya yang menjawab telefon seketika tadi Amru bercuti selama empat hari.Sudah naik lenguh tangannya menekan butang call pada nama Amru tapi setiapkali itulah hanya mesin yang menjawab.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.Lantas jarinya lincah mencari nombor telefon didalam telefon bimbitnya.Dia tersenyum puas.pasti Amru ada dirumah ibunya.
“Hello.”Shazlin menjawab panggilan hello dari talian satu lagi.
“Boleh saya cakap dengan Amru Iskandar?”Dia terdiam lagi.Sedang meniti pada ayat-ayat seorang wanita di talian sebelah.
“Maaflah..ni mak Amru ke?”Diam lagi.
“Tak pelah mak cik saya ingatkan Am ada kat rumah.Saya call kapal diorang cakap dia tengah cuti.Maaf ye…assalamualaikum.”Shazlin menahan marah didada.Dia gagal lagi mencari Amru.Hatinya sakit tiba-tiba.Bagai ada sembilu yang menusuk jauh kedalam hatinya.
“Am kat mana?!!”Dia menjerit perlahan.Tiba-tiba..
“Puan..nak panggil pesakit sekarang ke?”Shazlin menarik nafas panjang memandang pranita Mazwin.
“Oklah kopral…boleh mula panggil.”Shazlin membetulkan duduknya.Bertugas dihari cuti sebegini juga memerlukannya memakai pakaian tentera.Hari ini dia dan kolonel dr Arif bertugas.Dan dia bertugas di bahagaian kecemasan.
“Selamat petang puan!”Seorang lelaki memberi tabik hormat kepadanya.Dia mendukung seorang anak kecil.
“Selamat petang.Duduk.Apa maslaah awak?”Shazlin memandang anak kecil diriba anggota tldm itu.
“Anak saya dah dua hari demam tak kebah.Malam je suhu badan dia tinggi.”Shazlin menyukat suhu didahi anak kecil itu.
“Tinggi suhu dia ni.39 darjah.Ni kena tahan wad.Ada tarik tak?”Shazlin menulis sesuatu didalam kertas.
“Tak ada puan.Tapi malam tadi dia menggeletar macam sejuk je.”Shazlin mengangguk.Sekarang ni memang musim demam.Tapi demam dengan suhu tinggi macam ni memang merbahaya.
“Ok,awak pergi ambil darah dulu kat bilik hujung.Lepas tu saya nak kalau boleh ambil urine sekali.Sementara saya siapkan admition form.”Persoalan tentang Amru dibiarkan berlalu seketika.Waktu ini seluruh perhatiannya tertumpu pada kerjayanya.

PUAN Asiah termenung sejenak.Sejak gagang telefon diletakkan sebentar tadi hatinya penuh dengan tanda tanya.Semenjak Amru duduk berjauhan dengan nya baik dari sekolah sehingga bekerja,jarang ada kawan perempuannya menelefon kerumah.Tapi tadi.Yang nyata itu bukan suara Yasmin atau kawan yang dia kenal.Siapa ye?Hatinya berbisik sendirian.
“Mama ni termenungkan apa sampai Aina panggil dari tadipun mama tak dengar?”Puan Asiah menarik nafas panjang.
“Tak…tadi ada perempuan call cari abang Am.”
“Perempuan?siapa ma?”
“Itulah yang mama tengah fikir sekarang ni.Lupa pulak mama nak tanya siapa dia.”
“Dia nak apa?”
“Dia tanya abang Am lah.Dia nak cakap dengan abang.”
“Abang Am kan dekat kuala kangsar.”Asiah mengangguk.Pening dia memikirkan anak lelakinya seorang itu.
“Perempuan yang abang izhar cakap tu tak?”Aina meneka.
“Agaknyalah kot.Biarlah.Ni..dari mana ni?”Aina tersenyum penuh makna.
“Aina baru lepas jumpa abang Izhar.”Aina senyum-senyum.
“Ha eloklah tu…keluarlah kerap-kerap Aina..awak tu tak kahwin lagi.Nanti jadi apa-apa…baru nak menyesal tak sudah.”Bebel Puan Asiah.
“Alah mama ni…Aina tahulah jaga diri.Lagipun bukan mama tak kenal abang Izhar.Perangai dia macamana..”
“Mama memanglah kenal Aina..kenal Izhar.Tapi syaitan tu tak kenal sesiapapun.Faham.”Puan Asiah bangun.Aina hanya tersengih di sofa.Dia tahu ibunya mengambil berat tentang dirinya apatah lagi apa yang telah berlaku pada Amru dulu.
Tapi alhamdulilllah dia masih punya kewarasan membezakan dosa dan pahala.Lagipun sejak kecil dia dan Amru terdidik dengan didikan agama yang kuat.Mana mungkin dia memalukan ibu bapanya.
Tiba-tiba persoalan tentang Amru menerjah fikiran.
‘Emmsiapa perempuan tu ya?Apa hubungan abang Am dengan dia?’Nak kena suruh abang Izhar siasat ni.

YASMIN hanya duduk memerhati keseronokan Amru dan teman-temannya bermain perlawanan ragbi ditengah padang.Yasmin ingatkan orang kurus macam Amru tak main rugby tapi melihat pergerakan Amru dipadang Yasmin tahu Amru memang sudah lama bermain rugby.
“You duduk kat mana?”Yasmin memandang seorang wanita disebelahnya.Pasti isteri salah seorang teman Amru.Seperti Amru Yasmin turut memakai tshirt dan track.Kata Amru mereka juga mengadakan acara untuk para isteri.Mulanya Yasmin menolak senang dengan slack dan blouse,tapi permintaan Amru sukar ditepis.
“Kat lumut.you?”
“I dok kl.Working?”Yasmin mengangguk.
“Engineer.”
“I Kasih.Kasih Nurshasha.My husband Amir Harun.Husband you tentu kenal.”
“I Yasmin Nur Raihan.Wife…wife Amru iskandar.”Mereka saling bertukar cerita.Kasih seronok bercerita tentang kisahnya yang menemani suami melanjutkan pelajaran di England.Sesekali tanpa Yasmin sedar mata nakal Amru memerhatikannya ditengah padang.Dan sesekali mata Yasmin terlihat senyuman dibibir Amru.
Yasmin menghulurkan mineral water kepada Amru apabila perlawanan ditamatkan.Kesudahannya pasukan Amru All Blacks menang 21-17 mengalahkan pasukan lawan.Amru meneguk rakus selepas kalimah Allah terbit dari bibirnya.
“Pandai Am main rugby?Min tak tahupun.”Amru tersenyum kecil.
“Macamana Min nak tahu sebab Min tak pernah nak kenal siapa Am.”Amru mengesat peluh didahinya.Seluarnya sedikit kotor akibat jatuh ditngah padang sewaktu berebut bola tadi.Yasmin mendengus.Orang cakap baik-baik nak sindir pulak.’
“Min dah cukup kenal siapa Amru Iskandar.”Jawab Yasmin sinis.Dia membuang pandang kearah bangunan big school.Malas bertentangan mata dengan Amru.
“Betul ke Min dah betul-betul kenal siapa Am?”Yasmin diam.’Sebenarnya dia sendiri tidak tahu siapa Amru.Setahun hidup bersama lelaki itu tapi hanya beberapa bulan sahaja mereka tinggal sebumbung.
“Min fikirkanlah ye..Am nak sambung game.”Amru berlalu ketengah padang.Meneruskan perlawanan softbol.Langkah Amru diiringi dengan satu pandangan tajam dari Yasmin.
‘Siapa Am sebenarnya?’
Deringan telefon bimbit Amru bertalu-talu menganggu konsentrasi Yasmin pada perlawanan ditengan padang.Amru duduk dikerusi sementara menanti giliran untuk memukul bola.
‘056817000’Yasmin mengerutkan keningnya.Rasanya ini nombor dalam pangkalan.Dia cuba melambaikan tangannya pada Amru tapi Amru seolah-olah tenggelam dalam keghairahannya bermain.Yasmin tiada pilihan melainkan menjawab panggilan tersebut.Takut ada hal penting dari pejabat.
“Hello.”
“Hello.Siapa ni?”Kedengaran satu suara perempuan disebelah sana talian.
“Nak cakap dengan siapa?”Pertanyaan wanita itu tidak dijawab sebaliknya Yasmin yang bertanya.Hatinya geram dijerkah begitu.
“Amru ada?”Yasmin sudah dapat mengagak gerangan siapa yang menelefon.Pasti Shazlin.
“Amru ada game kat tengah padang.”Hatinya sakit tiba-tiba.
“You siapa?”Yasmin terdiam seketika.
“Kawan Amru.”Hatinya menangis.’Kenapa aku tak boleh bagitahu Shazlin yang aku bekas isteri Amru?.’
“Kawan yang macamana?”Nampaknya Shazlin masih bertanya.Yasmin jadi geram.
“Cik…saya rasa saya tak perlu nak bagitahu cik siapa saya dengan Amru.Saya tak kenalpun cik siapa.Kejap lagi bila Am dah habis game cik call balik ye.Asslamualaikum.”Pantas Yasmin mematikan talian.Kali ini dia terus mematikan telefon Amru.Hatinya tercalar tiba-tiba.Bagai diguris sesuatu.Tak berdarah tapi menyakitkan.Tak berparut tapi meninggalkan kesan.Jauhnya hati Amru dari dirinya saat ini walaupun waktu ini jasadnya bersama Amru.
7.30 MALAM,barulah perlawanan ditamatkan.Tapi malam ini masih ada majlis makan malam untuk malam terakhir mereka disini.Resort safari sungai Perak yang berlatar belakangkan sungai perak dan jambatan Azlan Syah telah ditempah untuk majlis ini nanti.Kata amru jambatan itu antara yang tercantik.Merentangi sungai perak yang memisahkan Bandar diraja kuala kangsar dan sayong serta kota lama kanan.Kata Amru dulu penduduk kampong hanya menaiki bot untuk ke Bandar tapi sekarang jambatan telah siap untuk kemudahan mereka.Walau bagaimanapun perkhidmatan bot masih tetap ada.Semuanya kata Amru kerana Amru suka bercerita kehidupannya disini.Bagaikan disinilah kampungnya.
Amru dan Yasmin berjalan kaki merentasi Bandar kuala kangsar ke bukit Chandan.Begitu juga dengan teman-temannya yang lain.Kesemua mereka memakai t-shirt dengan lambang mckk.Lalu di sebuah kedai Yasmin terhenti.Dia memerhatikan kea rah kedai itu.
“Ingat lagi?Min beli tikar buluh kat sini?”Yasmin memandang Amru.Dia mengangguk.Keduanya meneruskan perjalanan kearah bukit chandan.Suasana disini memang tenang walaupun dengan kenderaan yang lalu lalang.Terasa damai bila Yasmin dan Amru berhenti melepaskan lelah seketika di tebing sungai perak.Teman-teman Amru turut sama merakam kan gambar kenangan disitu.Yasmin dan Amru hanya duduk diatas hamparan rumput hijau.
Di kejauhan tersergam istana iskandariah diatas bukit.Di ufuk barat mentari sedang tenggelam memancarkan sinarnya yang kekuningan.Balam-balam kabus mula kelihatan di muara sungai.Diseberang sana,di sayong kelihatan projek menyiapkan taman esplanade.
“Tadi Shazlin call Am.Min jawab.Min tak tahu sebab number ofis.Ingat kawan Am.Tapi Am jangan risau sebab Min tak bagitahupun Min siapa Min.”Amru hanya mengangguk.
“Jap lagi Am callah dia.Explain kat dia.Takut dia salah faham pulak nanti.”
“Ok..nanti Am call dia.”Yasmin menggetap bibirnya.Ternyata Shazlin memang penting buat Amru.
“Dah malam ni.Kita belum solat lagi.Jom.”Yasmin bangun diikuti Amru.Keduanya meninggalkan taman rekreasi menuju ke rumah rehat Bukit Chandan.
















…….


22
MALAM ini Yasmin mengenakan gaun labuh berlengan panjang berwarna biru.Tudung tanpa corak dengan taburan diamond.Malam ini malam terakhirnya bersama Amru.Menghabiskan masa bersama bekas suami sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.Telefon bimbitnya berdering.Masih irama yang sama setahun lalu.Lagu that’s the way it is berkumandang.Yelah Yasmin kan peminat celine Dion nombor satu.
“Assalamualaikum.”Yasmin membetulkan suaranya berbicara dengan Hanif.
“Alhamdulillah sihat.You kat mana Hanif?”Sedang Yasmin rancak berbual dengan Hanif di talian,pintu penyambung diketuk.Bimbang Hanif mendengar Yasmin pantas membukanya.Amru berdiri tegak dengan baju batik dan seluar slack hitam.Yasmin hanya mengisyaratkan dengan tangan agar Amru menunggu sebentar.
Amru masuk dan duduk di kerusi rotan.Yasmin kurang selesa patah lagi waktu ini dia sedang berbicara dengan Hanif.
“Pasal tu nanti I balik kita bincang ok.lagipun I tak decide lagi which one.”
“Insyaallah esok I sampai Manjung I call you ok Hanif.Bye…take care yourself.”Yasmin mematikan talian.
“Min dah siap?”Yasmin mengangguk.Melangkah keluar bersama Amru seakan menggamit memori lama yang semakin jauh ditinggalkan pergi.
“Hanif nak apa?”Amru bersandar didinding lif.Dia berpeluk tubuh.
“Kenapa Am nak tahu?”Yasmin bosan dengan sikap Amru.Setiap kali ada perkara berkaitan Hanif Amru pasti menyibuk.Mengalahkan mami jarum Am ni..
“Tak ada apa.Saja.Kenapa?Tak boleh?Apa yang rahsia sangat sampai Am tak boleh tahu?”Yasmin memandang AMru geram.
“Am siapa nak tahu hal Min dengan Hanif?Lagipun takkan semua yang Min dan Hanif cakap Am nak tahu.Am dengan Shazlin tu ada Min ambil tahu?”Mata Yasmin tajam memandang Amru.Amru diam beberapa detik.
“Am ni siapalah kan Min…Cuma bekas seorang suami.”Kaki Amru pantas melangkah keluar sebaik pintu lif terbuka.Meninggalkan Yasmin dibelakang.Yasmin menahan rasa.Namun kakinya dipaksa juga melangkah bersama Amru.


pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu oh..
Kini kucuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih
Amru dan Yasmin saling bertentangan mata saat seorang teman Amru menyayikan lagu tinggal kenangan dari Salem.Bagai ada kuasa disebalik setiap bait lagu tersebut.Bagai ada kaitan dengan keduanya.Mata mereka seakan berbicara sendiri.Yang cuba Yasmin dan Amru nafikan lagu itu memang persis kisah mereka berdua.Yasmin cuba bertenang walau hatinya sangat goyah saat ini.Serasa mahu sahaja dipeluk Amru.
Mahu sahaja dikabarkan pada Amru batapa dia menyintai lelaki itu.Tapi Amru sudah terlalu jauh dari dirinya.Amru bukan lagi Amru Iskandar suaminya yang dahulu.
Sekeping hati Amru kini sudah jadi milik seorang gadis lain.Airmata Yasmin hampir mahu mengalir.Cuba ditahan..tidak mahu nampak bodoh dihadapan Amru.
Biarlah rahsia hatinya hanya dirinya sahaja yang tahu.Amru atau Hanif sekalipun tidak perlu tahu semua ini.
This is the price that I’ve to pay…’Hatinya bergema seribu penyesalan.












23
“Kenapa ni Lin?”Azirah menghampiri Shazlin yang sedang termenung mengadap lautan dihadapannya.
“Aku fikirkan Amru.”Shazlin melepaskan sebuah keluhan yang hanya didengari di cuping telingannya sahaja.
“Pasal apa?Aku rasa korang berdua dah decide pasal bertunang tu.”Shazlin memandang Azirah.Sejak dia bertugas disini pegawai TLDM inilah teman rapatnya.
“Aku je yang beria…tapi Am macam tak ada apa.”Kadang-kadang dia berang dengan sikap Amru yang endah tak endah tentang perancangan pertunangan mereka.Keluarganya sudah beria-ia ingin bertemu dengan Amru.Mahu Amru masuk meminangnya.
“Kau dah cakap dengan dia?”Shazlin mengangguk.
“Kau tahu Irah…Am bercuti.Dia bukan pergi kursus.Tapi dia pergi majlis kat sekolah lama dia.Dan yang lebih menyakitkan hati aku masa aku call ada perempuan jawab telefon dia.Bila aku tanya dia siapa..dia tak bagitahu.”
“Kau syak Am dengan perempuan tu ada hubungan?Kat belakang kau?”Shazlin hanya menjungkit bahu.Dia tidak mahu berprasangka.Takut hubungannya dengan Amru Cuma sekerat jalan.
“Kau dah tanya Am?”
“Tak….lepas tu Am terus of handfon sampai hari ini.Aku tak ada peluang nak cakap dengan dia Irah.”
“Kau rasa macamana?Am mempermainkan kau?”
“Itu yang aku tak pasti.”jauh disudut hati nya dia merasakan dia mempunyai pesaing yang dia sendiri tak tahu siapa.Tapi dia nekad Amru tak akan jatuh pada perempuan lain.Itu janjinya.


AINA MAISARAH jadi geram pada Izhar.Sakit hatinya melihat Izhar yang seakan tidak memperdulikan dirinya.Dan menyesal rasanya menyutujui rencana Alysa mengikut gadis itu kemari.Konon kata Alysa dan kebetulan dia mahu menziarahi kakanya di Lumut ini,Aina bolehlah berjumpa dengan Izhar terus.
Mulanya memang Aina seronok apatah lagi tinggal dirumah kakak Alysa di kuarters LLP TLDM.Sudahlah rumah kakak Alysa tingkat sepuluh.Dari atas rumah dia dapat melihat dengan jelas pemandangan laut biru.Angin pun best…tak payah pasang kipas dan aircond.natural wind.Yang best nya dari rumah kakak Alysa dia macam Nampak seluruh pengkalan TLDM.
Dari tadi dia ditinggalkan Izhar seorang dalam kereta dengan pendingin udara yang terpasang.
Tapi kesejukan berada disini tidak dapat memadamkan kepanasan yang bersarang dalam dirinya saat ini.Sudah hampir satu jam dia berada dalam kereta gen2 Izhar.Tapi bayang Izhar langsung tak nampak.Tadi kata sekejap je.Dah lah dia datang dari jauh…dan dia bukanlah seorang yang penyabar.Setengah jam lepas pun dia rasa dah nak mengamuk.
Apalagi tadi dia Nampak kelibat AO Leftenan Zawiyah tu ke pejabat Izhar juga.
Apalah yang diorang berdua buat lama sangat?
Aina mematikan enjin kereta Izhar.Dia keluar dan central lock kereta ditekan.Dia memandang bagunan dihadapannya.Dia sendiri tidak tahu mana satu yang menempatkan pejabat Izhar.Akhirnya dia duduk dibawah pohon ketapang.
“Ehem…seorang je?”Aina memandang dua orang lelaki yang sedang tersengih-sengih memandang dirinya.
“Tak berdua.Dengan pokok ni…”Macamlah tak de soalan lain nak tanya.Soalan tu dah lapuklah…Keduanya menghampiri Aina.
“Tunggu siapa?”Alahai ramahnya mamat seorang ni.Boleh tahan handsome nya…bisik Aina sendiri.
“Tak da sesiapa…tunggu pokok ni tah bila nak berbuah…”
“Eh pokok ketapang ada buah ke?”Lelaki berseluar track hitam bertanya.Gelap sedikit dari lelaki yang seorang lagi.
“Adalah…apalah kau ni..buta sejarah betul.Pokok ketapang ada buahlah.”Aina hampir mahu ketawa mendengar perbualan lelaki dihapannya ini.
“Buat lawaklah pulak…”Terluah kata-kata dari bibir Aina.
“Ehem..tak pernah nampakpun….navy ke?”
‘Ish…tak mainlah navy-navy ni..’
“Tak..”Ringkas Aina jawab.Tapi ok juga layan mamat dua orang ni.sekurang-kurangnya tak lah dia bosan sangat.
“Awak dua orang ni navy ke?”
“Navylah…awak?”
“Saya baru habis UM.”
“O…ambil kursus apa?”Yang berkulit sedikit gelap semakin rancak bertanya.
“Medical…nama abang ni sapa?”
“Abang Fahmi…yang tak berapa nak hensem ni Radhi..”
“Saya Aina….”Aina Maisarah semakin rancak bercerita dengan keduanya sehingga tidak menyedari Izhar sudah berdiri dibelakangnya sejak tadi memerhati dengan penuh kusyuk gelak ketawa Aina bersama anggota bawahannya.’Amboi bukan main mesra lagi…’Hatinya sakit tiba-tiba.
“Ehem…”Aina pantas menoleh.
Kedua lelaki tadi segera memberi tabik hormat.
“Sembang apa ni rancaknya?”Izhar menghampiri Aina.Wajahnya serius.
“Tak ada apa-apa tuan.”Kalut…Radhi memberi alasan.
“Awak tahu ni siapa?”Izhar merujuk kepada Aina disebelahnya.Keduanya terdiam.Kelu untuk bersuara dihadapan pegawai mereka ini.
“Abang Izhar ni kenapa?Kitorang sembang je lah…”Izhar menjeling Aina.Ternyata saat ini cemburunya sudah menguasai hati.
“Maaf tuan.”Sekali lagi LK2 mohd Radhi bersuara.
“Ni tunang saya…”Jelas nampak kekalutan dari wajah keduanya.Aina menahan marah.Tapi dia masih membisu.
“Maaf tuan…kami tak tahu…”
“Ok.Jom.”Pandangan Izhar tajam pada Aina.Tapi sedikitpun Aina tidak risau.
“Ok abang fahmi…abang Radhi…pergi dulu yek…nanti jumpa lagi.”
“Abang?”Langkah Izhar terhenti.Aina hanya menjeling lantas dia meninggalkan Izhar dan menuju kearah kereta.

IZHAR langsung tidak bersuara saat keduanya didalam kereta.Aina jadi geram tiba-tiba.
“Abang Izhar ni kenapa?”
“Kenapa?Aina tanya abang kenapa?Abang yang sepatutnya tanya Aina kenapa tau…”
“Apa masalah abang ni?Dahlah dekat dua jam Aina tunggu abang….ni nak marah-marah pulak.”Aina menjeling kasar.
“Marah..memang patutpun abang marah.Oh…abang tak de Aina bolehlah bersembang dengan lelaki lain?Eh..abang tinggalkan Aina sebab ada kerja tau.Bukan abang menggatal dengan perempuan lain”Aina menahan sabar.
“Ingat Aina tak tahu pegawai perempuan tu pun ada kan?”Izhar menjeling Aina di sebelah.
“SO Zawiyah tu tentulah ada sebab kan dia satu unit dengan abang.”
“Kalau abang tak pe pula?”
“Aina borak jelah dengan diorang…takkan itupun salah?”
“Sampai bergelak ketawa…baru kenal rancak sangat bercerita?Dari tingkat atas tadi lagi abang nampak tau.”Izhar menjeling.
“Eh..Aina sembang je lah…bukan Aina pegang diorang ke…yang abang nak marah sangat ni.Dah lah Aina datang dari jauh nak jumpa abang…lepas tu abang layan Aina macam ni pulak.”Aina berpeluk tubuh.
“Mula-mula memanglah bersembang je..lepas tu tukar nombor telefon…lepas tu macam-macam boleh jadi.”Aina Maisarah masih cuba untuk bersabar.
Leftenan KKhairul Izhar ni emmang melampau lah.
“Abang Izhar ingat Aina ni apa?Senang sangat nak bagi nombor telefon Aina kat orang lain?”
“Habis tu yang nama lelaki je dalam handfon Aina tu apa?”Izhar menjeling telefon bimbit Aina yang dipegang.Marah Aina sudah tidak terkata.Tapi dia masih cuba bersabar dengan sikap Izhar.
Memanglah banyak nombor telefon lelaki dalam handphone dia tapi itu semua nama kawan-kawan sekuliah.
“Kenapa?Tak boleh Aina berkawan?”
“Aina tu dah jadi tunang abang tau.So,jadilah macam perempuan lain sikit yang dah bertunang.Ingat elok sangat dok bersembang dnegan lelaki lain.Tu masa abang ada kalau abang tak ada tak tahulah macamana.”
“Tunang…belum isteri lagi tau…”Balas Aina.
“habis tu kalau belum jadi isteri…Aina boleh menggedik macam tadi?”Aina tersentak.
“Apa abang Izhar cakap?”
“Abang cakap yang betul…Aina menggedik dengan lelaki tu tadikan?”Aina mengurut dadanya yang disimbah api kemarahan.Selama ni dia tidak kisah bila Amru panggilnya ‘gedik’.Tapi bila Izhar yang bercakap…hatinya bagai ada luka terhiris.Pedih dan sakit.
Perkataan yang tidak pernah dia duga akan keluar dari lelaki yang bakal menjadi suaminya.Terus dia terdiam.Kelu untuk terus berkata-kata.Selama ini airmatanya susah untuk tumpah tapi hari ini dia kalah.Aina dapat rasa ada air jernih yang sedang menuruni pipinya.Dipalingkan wajahnya ke arah jalanraya.Dia tidak mahu Izhar melihat kelemahannya.Ternyata sekuat-kuat dia tapi kalah bila lelaki yang dicintai menghukum diri nay begitu.
“Kenapa diam?Sebab apa abang cakap betulkan?Cubalah jadi dewasa sikit.Aina dah nak jadi isteri abang.Buanglah perangai gedik tu.”Izhar masih belum perasan apa yang berlaku.Mulutnya masih rancak menyakiti hati Aina.
Kebisuan Aina membuatkan Izhar berpaling.Dia melihat Aina memandang jauh keluar tingkap.Dan kerlingan Izhar menangkap wajah Aina yang sedih.Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalam dirinya.
“Aina..abang tak maksud nak sakitkan hati Aina.Tapi abang geram bila tengok Aina dengan diorang tadi.”Aina masih membisu.Kata-kata Izhar bagaikan tidak kedengaran di cuping telinganya.Dia masih membisu.
“Abang minta maaf ok.Abang tahu abang tak patut cakap macam tu dengan Aina.Abang betul-betul minta maaf.Dah jangan macam ni.Aina buat abang rasa bersalah sangat-sangat.”Aina Maisarah tetap membisu.Mulut nya sudah tidak serancak tadi bertikam lidah dengan lelaki di sebelah nya ini.
Izhar masuk ke perkarangan restoran Fazura.Aina terus keluar dari kereta sebaik sahaja Izhar menutup enjin.Izhar menarik nafas.Mengekori Aina yang baru duduk di salah sebuah meja.
“Abang pergi toilet jap.”Aina masih membisu.Matanya dibuang pandang kearah lain.Izhar bangun.Melangkah kearah tandas yang terletak dibelakang restoran.
Izhar tercari-cari Aina dalam pengunjung yang sedang menjamu selera.Tapi kelibat Aina langsung tak kelihatan.Meja yang mereka duduk tadi kosong.Dia memandang kearah tandas wanita,tapi Aina tetap tiada.telefonnya diambil tapi Aina mematikan talian.
“Adui…mana pulak mak cik ni pergi?”Izhar mula rasa bersalah tiba-tiba.Lima belas minit dia menunggu,tapi Aina langsung tidak kelihatan.Lantas dia mengambil keputusan untuk mencari Aina dengan kereta.Mudah-mudahan AIna masih ada disekitar sini.

ALYSSA tidak tahu apa yang nak dicakapkan.Dia hanya melihat Izhar yang duduk di kerusi rotan.Abang ipar dan kakaknya turut sama berada dsini.Tadi sewaktu Izhar sampai abang iparnya terkejut juga melihat pegawai datang kerumah.Bila diberitahu bahawa itu tunang Aina baru mereka faham.Tapi masalahnya sekarang dah setengah jam Izhar disni,Aina tetap tidak mahu keluar dari bilik.Sudah puas Alysa dan kakaknya Ayuni memujuk.Tapi Aina tetap buat tidak kisah.
Bukan LK Rahimi tak perasan wajah pegawai nya ini yang malu-malu alah.
“Dia tak nak keluar juga?”Mulanya memang dia segan untuk kemari.Tapi dia gagal menghubungi Aina sebab itu dia kemari juga.
“Apa kata Tuan pergi panggil dia?”LK Rahimi memberi cadangan.Izhar mengangguk.Dia bangun melangkah ke bilik hujung yang pintunya ditutup rapat.
“Aina…abang ni..bukalah.Abang minta maaf Aina kalau abang salah.”Sesaat dua saat,tiga saat,tiada respon.
“Aina please….kan abang dah minta maaf…”Izhar menayandar dipintu.Kali ini dia tidak peduli kalau leading Rahimi mengatanya kemaruk.Jari jemarinya sudah lenguh menaip sms untuk Aina tapi satupun tidak sampai kerana Aina terus tutup telefon bimbitnya.
Hampir setengah jam…tangan Izhar sudah lenguh mengetuk pintu.akhirnya dia mengalah.
“Tak pelah…nanti saya cuba pujuk dia.”Alyssa memberi jaminan.Kasihan nya Alysa pada pegawai TLDM yang sweet ini.Aina ni memang lah tak pandai jaga hati tunang.Dapat tunang yang macam ini pun nak buat perangai lagi.
“Tolonglah…cakap kat dia saya minta maaf.Saya nak sms dia langsung tak buka handfon.”Alyssa mengangguk.Cuba memberi jaminan marah Aina akan terpujuk.
“Bila nak balik kl?”Tanya Izhar.Kopi dan keropok goreng dijamah sedikit.
“Esok kot.”
“Naik bas pukul berapa?”Inilah peluangnya untuk bertemu dengan Aina.
“Pukul 3.00 petang.Nanti cubalah tunggu kat bus stand…mana tahu dia nak bercakap nanti.”Izhar mengangguk.Esok dia akan cuba minta keluar untuk bertemu dengan Aina.





24
BUKAN Fazril tidak perasan pandangan gadis itu kepadanya.Tapi dia sengaja buat-buat tak tahu.Belum masanya lagi hati dia terbuka untuk bercinta.Cukuplah sekali.
“Encik Fazril jom kita pergi lunch?”Fazril memikirkan alasan terbaik saat ini.
“Tak apalah Azni,awak keluarlah dulu.Lagipun saya banyak kerja nak selesaikan ini.”Sejak dia menjadi sebahagian dari warga kerja di pejabat di kota singa ini,Azni kerap mengambil peluang untuk bersamanya.Kadang-kadang Fazril rimas sendiri.Dia bukan jenis lelaki yang suka dikejar-kejar perempuan.
“Sekarang kan waktu lunch.Tak elok kalau perut tu kosong.Atau encik Fazril nak saya belikan apa-apa ke?”Fazril menggeleng.Betullah perempuan ni tak faham bahasa.
“Tak pe Azni.You pergilah.Lagipun nanti lewat pulak you nak lunch.Dont worry sekejap lagi saya keluar.Wajah Azni kelihatan hampa.
“Oklah since you dah cakap macam tu.Saya pergi dulu encik Fazril.”Fazril mengangguk.Hilang kelibat Azni dia menarik nafas lega.
‘Adui kalau macam ni alamatnya aku kena minta tukar balik Malaysialah..’Tiba-tiba wajah Yasmin terlayar di fikirannya.Apa khabar Yasmin?Nantilah malam ini dia akan call dan tanya perkembangan diri Yasmin.


YASMIN memandang jam di pergelangan tangannya.Sudah hampir waktu maghrib.
“Mana Am ni?Yasmin resah.
Tadi Amru cakap hanya sekejap.Ni dah dekat lima belas minit.Sekejap lagi pasti azan maghrib berkumandang.Tidak lama kemudian Amru muncul.
“Am pergi mana?Lambatnya?”
“Sorry…tadi Am memang pergi toilet…lepas tu jumpa member…tu yang lama sikit tu.”
Am ni boleh lah pula pergi sembang dengan kawan dia sedangkan Min tengah tunggu lama dalam kereta ini.
“Ok…boleh kita gerak sekarang?Jap lagi nak maghrib.Sempatlah Min nak solat kat rumah.”Amru kembali ketempat memandu.Perjalanan dari Ayer tawar ke manjung hanya lima belas minit.Masih sempat kalau Yasmin mahu solat dirumah.Amru mempercepatkan kelajuannya.Yasmin masih membisu.Melayani perasaannya yang kian resah.
Usai majlis perpisahan dengan old boys tengahari tadi,sangka Yasmin mereka akan pulang terus ke Manjung tapi Amru menukar rencana membawanya ke Taiping.Ke zoo Taiping.Kadang-kadang Yasmin tidak faham sikap Amru.Amru kelihatan begitu santai sewaktu bersamanya.Seolah-olah Shazlin tidak wujud.Tidak pernah sekalipun sepanjang majlis old boys Yasmin melihat Amru menelefon Shazlin.Kecuali dalam bilik itu Yasmin tidak tahu.
Tapi Yasmin tahu bila mereka kembali ke Manjung dia dan Amru akan kembali seperti sebelum ini.Hati Yasmin sedikit sedih.Pedih bila sebentar lagi dia akan ditinggalkan pergi.
Tanpa mempelawa Amru masuk dan tanpa ucapan terima kasih serta tanpa pamitan,Yasmin melangkah masuk kedalam rumah.Sedikitpun dia tidak memandang Amru yang masih didalam kereta tidak bergerak.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia cuba menahan tangisannya.Setelah Yasmin masuk baru kedengaran kereta Amru berlalu.
Hati Yasmin begitu sebak.Selama 3 hari dia kembali menjadi isteri Amru walaupun hanya berpura-pura.Tapi selepas ini….yang akan menjadi isteri sebenar Amru bukan lagi dia.Tapi Shazlin.Ternyata tiga hari ini amat membahagiakannya seperti setahun lalu.
Seperti sebelum kebodohannya memohon penceraian.Seperti sebelum kedunguannya kerana mempercayai apa yang mata nya tunjukkan..Tapi semuanya sudah tertulis di loh mahfuz.Dia kena redha dan menerimanya…Menerima ketentuan Tuhan dengan hati yang terbuka.Dia yakin ada hikmah disebalik semua ini.Cuma mungkin matanya masih belum terbuka untuk melihat semua itu.












25

LEFTENAN Shahrul memandang Izhar pelik.Dari tadi Izhar tidak berenggang dengan telefon bimbit.Sesekali kedengaran suara berbaur marah dari mulut Izhar.Tetapi butir bicaranya Shahrul tidak pasti.Dia duduk disisi Izhar.Wajah Izhar kelat bagai tertelan buah ciku tak masak.
“Kau ni kenapa?”
“Tak ada apalah….”
“Muka kau tu dah macam ciku tak masak.Kelat semacam je…Ada masalah ke?”
“Tak .”
“Habis tu kenapa?”
“Aina….buat perangai.Tak nak cakap dengan aku.Dah lah tu aku ni siap pergi pujuk dia kat rumah leading FOC tu.Malu jangan cerita lah….handfon pun dia tutup.Aku ni buat-buat tebal muka je kat situ.”Yelah sudah lah dia tidak kenal dengan abang ipar Alyyssa tu.Tiba-tiba ada pulak pegawai macam dia datang dan memujuk rayu tunang kat rumah dia.Tapi cinta punya pasal,Izhar buat tak kisahlah.Wal hal dalam hati malu Tuhan sahaja yang tahu.
“Kau buat dia marah tak?Aku tengok Aina tu,dia lembut je…”
“Memanglah aku terlepas cakap…tapi aku bukan sengaja.Aku geram ada ke dia pergi sembang dengan anggota aku masa aku kat pejabat.Lepas tu siap gelak-gelak lagi.Mana aku tahan…aku Cuma sound dia je.Dia kan tunang aku.”
Baru tunang Izhar..tak ada hak apapun lagi.
“Ish kau nipun satu….dia belum jadi bini kau lagi dah nak control.Aku rasa tak de salah lah dia nak bersembang.Tapi takkan sebab tu je?”Pelik betul Zarul dengan Izhar smeenjak ada buah hati ini.
“Aku terlepas cakap…dia gedik.First time aku tengok dia sedih.Aku nak pujuk tapi dia hilangkan diri masa kat kedai makan.Aku pergi rumah kakak member dia tapi sikitpun dia tak keluar dari bilik.Naik lenguh tangan aku ketuk pintu bilik tu.”
“Ni kes gaduh dengan tunang lah ni.”Suara Shahrul berbaur sinis.Shahrul ketawa kecil.Izhar menjeling marah.
“Sorrylah member…aku bukan nak gelakkan kau beb…tapi kau tu pandailah sikit jaga hati Aina.Kalau akupun marah gak kalau orang cakap macam tu.Apa salahnya dia bersembang dengan orang lain.Lagipun kau dengan dia bukan kahwin lagi.”
“Itulah silap aku yang aku kesal sangat sekarang ni.Aina langsung tak nak cakap dengan aku.Mati kutu betul aku.”Matanya memandang kepada gambar pemandangan yang digantung didalam bilik bujangnya ini.
“Habis tu kau nak buat macamana?Hati perempuan ni sensitive bro…Aku ni walaupun tak de awek lagi tapi tahu gak lah…sikit-sikit bab nak jaga hati seorang perempuan ni.”Izhar melepaskan keluhan berat.
Memang Zarul faham sangat hati perempuan ini.Walaupun dia tak ada teman wanita tapi dia ada adik kembar perempuan yang sangat rapat dengan dia.Sebab itu dia faham kalau Aina marah sangat bila Izhar cakap macam tu.
“Esok aku nak keluar kejap.Diorang naik bas pukul tiga.Sepatutnya….aku hantar dia esok…tapi dah jadi macam ni…..”Shahrul hanya menggeleng.
“Good luck bro…”
Lantas Izhar ditinggalkan bersama perasaanya yang berserabut.

Puan Rohana baru selesai bercakap dengan Hajah Hasnah di telefon.Dia duduk di sofa berhampiran encik Shahudin.
“Mak cik Nah cakap apa?”Shahudin meletakkan suratkhabar yang baru selesai dibaca ke ribanya.
“Dia kirim salam.Terkejut dia bila saya bagitahu Yasmin nak bertunang.Dia cakap hari tu ada Amru telefon dia bertanyakan khabar.Besar betul harapan orang tua tu nak tengok Min dengan Am baik balik.”
“Nak buat macamana Ana…dah hidup diorang masing-masing.Kita ni Cuma boleh tunjuk arah je.Samada diorang nak ikut atau ikut jalan diorang sendiri kita dah tak ada hak nak cakap apa.Kalau Min dah rasa itu yang terbaik buat dia,itulah yang kita ikut.Saya ni pun sebolehnya nak Min dengan Am tu baik lagi.Tapi nak buat macamana.Kuasa bukan kat tangan kita.”
Rohana mengiyakan kata-kata suaminya.Itu pilihan Yasmin.Dia Cuma berharap Yasmin tidak salah membuat pilihan.Walaupun ada rasa terkilan dihati nak bermenantukan Amru sekali lagi tidak termakbul,tapi Rohana yakin Yasmin akan bahagia.















26


AMRU bertemu dengan Shazlin malam itu seperti yang dijanjikan.Dia menunggu Shazlin di ruang parkir Hospital Angkatan Tentera.Tenang bagai tiada apa-apa yang akan berlaku.
Walaupun dia tahu marah Shazlin akan meledak sebentar lagi.Dia melihat jam sudah keangka 9.30.Pulang dari menghantar Yasmin,solat dia terus kemari.Pedih sedikit telinganya mendengar bebelan Shazlin bila telefon bimbitnya dihidupkan semula.Bertalu-talu pesanan ringkas dari Shazlin yang memenuhi inboxnya.Dilihat sekilas dan terus dipadam.Tiada niat langsung untuk membalas mesej Shazlin.
Ketukan di cermin kereta mematikan lamunan Amru.Shazlin sudah berada disitu dengan pakaian kerjanya sudah ditukar.Amru membuka centrall lock kereta.Shazlin masih membisu.Wajahnya masam mencuka.
“So…nak kemana?”
Anywhere the place I can talk with you.”Amru hanya menarik nafas.Panjang dilepaskan.Dia masih juga membisu.Keretanya dihalakan menuju pintu gerbang harimau dua.Selepas sahaja melepas pintu gerbang keretanya dihentikan di tepi pantai.Beberapa orang sedang asyik memancing.
Here?”Shazlin bersuara.Yelah Shazlin oi..dah malam dah ni.Nak pergi mana lagi?
“Then you nak pergi mana Lin?Its 10.00 allready.Lagipun esok I kena mengadap panglima.Uniform pun tak gosok lagi.”
“Bunyinya macam you nak balik cepat je?”Pintu kereta disebelah penumpang dibuka.Shazlin keluar.Duduk di tembok batu.Hatinya pedih.Amru dirasakan semakin jauh dari dirinya.
“Kenapa ni Lin?”Amru turut melabuhkan punggungnya disebelah Shazlin.Jarak sedikit bimbang dengan tangkapan masyarakat yang suka memerhati.Apatah lagi diwaktu malam dan ditempat yang sebegini.
Cukup-cukuplah apa yang berlaku pada dia dan Maya dulu.Peristiwa sewaktu berkursus di Langkawi memang menyentak hidupnya seratus peratus.Siapa sangka Maya seberani itu masuk ke bilik hotelnya.Dan lebih malang bila dia ditangkap oleh pihak atasannya.Mujur kesudahan cerita itu setelah berbulan-bulan Maya membuat pengakuan dia memerangkap Amru.Mujur sahaja Yasmin percayakan nya waktu itu.Walaupn sukar juga nak meyakin kan Min.

Angin terasa begitu damai berhembus.Lautan gelap gelita.Sebuah bot nelayan pun tidak kelihatan.Apatah lagi kapal dagang.Kapal perang?Semua ada di jeti Armada.
“You tanya I kenapa Am?Mana you pergi dua tiga hari ni.Kata you pergi kursus.Tapi anak buah you kata you cuti.I call rumah you mak you cakap you ada dikuala kangsar.I call your handfon so many times tapi you off.Mesej I tak berbalas.Bila dapat ada perempuan pulak yang cakap.Apa semua ni?”Bertalu-talu soalan dari Shazlin bagai kereta api tiada brek.
“Memang sepatutnya I kena pergi kursus tapi saat akhir leftenan Hairi yang kena pergi.Then kebetulan ada majlis old boys…I pergilah.So,I tak nampak apa masalahnya.”Amru tenang.
“Habis tu sampai tutup telefon?And perempuan tu siapa?”
“Memang I off my fon sebab I tak nak diganggu.Lagipun masa tulah I nak berkumpul dengan kawan-kawan lama dan ex teacher I.That woman…she’s…my old friend.Kebetulan jumpa masa majlis tu.”
“Exuse me…MCKK tu all boys.Mana pulak datangnya perempuan?”Amru menarik nafas lagi.Pandai juga Shazlin ni.
“Memanglah…tapi dulu kan I sekolah kat sana.Bukan MC je kat situ.Dan I pun ada ramai kawan dari sekolah lain.Dah kebetulan I balik ke kuala so,contactlah dengan semua orang.Masa you call tu I tengah game rugby.Lepas tu sibuk dengan dinner.Telefon I tinggalkan dekat kerusi dengan kawan-kawan lama I.Manalah I tahu siapa yang jawab call you.”Shazlin memandang wajah Amru.Amru Hanya memerhati kearah kegelapan samudera dihadapannya.
“You tak tipu I Am?”Amru menggeleng.Cukup pada penglihatan mata Shazlin.Shazlin masih ragu-ragu dengan pengakuan Amru.Bagai ada sesuatu yang tersembunyi disitu.Telefon bimbit Amru dalam poket seluar berdering.Amru pantas menjawab tanpa sempat Shazlin mengerling kearah nama yang tertera diskrin..
“Yes?”Jawab Amru.
“Ok nanti Am hantar.”Klik…talian dimatikan.
“Siapa?”
“Em?”
“I tanya you siapa yang call?”
“Oh…mama.She ask me to do something.I nak kena pos barang Aina dari Izhar esok.”Padahal yasmin yang menelefon bertanyakan beg bajunya yang tertinggal didlaam kereta Amru.
“Ok I percayakan you kali ni.Sebab you tak pernah berbohong dengan I.”Amru hanya mengangguk.
“So,bila you nak jumpa my parents.I tak suruh kita kahwin…cukuplah kita tunang je dulu Am.”
“Nantilah Lin…I’m not discuss yet with my parents.”Meminang Shazlin?Bermakna dia bersetuju menjalinkan satu hubungan.Sedangkan dia sendiri tidak pasti persaan sebenarnya pada Shazlin.
“You asyik mengelak je Am?Sampai bila I nak tunggu?You nak masa…I dah bagi you masa.Then you nak apa lagi?”
“Lin…I letih sekarang ni.Boleh tak kita discus benda ni nanti-nanti je?”
“Suka hati you lah Am…”
‘Adui…susahnya jadi lelaki idaman Malaya ni…’Sempat lagi kau nak berlucu Am…sedangkan masalah ni sudah ditahap serius…’Amru tersenyum kecil.Mengekori Shazlin yang sudahpun mencuka didalam kereta.Dia perlu menghantar Shazlin pulang semula ke hospital kerana doctor itu sedang bertugas saat ini.Buatnya ada emergency case dengan shazlin dengan dia kena gantung kerja.




27


LAMA gambar pemandangan kapal itu direnung Yasmin.Lautnya yang biru,layarnya yang putih semuanya tergambar dengan jelas dilukis oleh pelukisnya.Pasti seorang professional.Detik hatinya.Kalau dia melukis silap-silap kapal yang cantik begini jadi tongkang pecah.Yasmin memang tiada kepakaran untuk melukis.Tak macam Am.Dulu kan Am pernah lukis potret wajah dia kat tepi pantai.
Sudah seminggu dia pulang dari kuala kangsar.Sudah enam hari dia tidak bertemu dengan Amru.Rindunya datang lagi.Kesibukan Hanif mengatur perancangan perkahwinan mereka seolah-olah tidak lekat dimindanya.Sekeping kad dari Amru hari ini menjadi penghias mejanya.Kad berlatar belakangkan pemandangan sebuah kapal itu.Dia tidak mengerti sikap Amru.Ikhlaskah Amru meluah kata bermimbar kan sekeping kad kecil?Kenapa harus menduga perasaanya sebegini andai Cuma untuk disakiti?Dendam benarkah lelaki itu yang pernah berkongsi jiwa dengan dirinya.
Tapi Amru tidak membalas dendam.Mungkin hanya untuk mempermainkan perasannya sahaja.Lantaran Amru sudah punya insan lain yang bertahta dihati.Dia bukan lagi ratu Amru.Bukan lagi permaisuri yang menghiasi mahligai Amru.Dan semuanya kerana kesilapan yang sedikit.Kesilapan kerana terlalu menurut kata hati dan nafsu.Mengikut amarah syaitan yang hanya memakan diri sendiri.
Kad itu dibuka…ada sekuntum bunga ros dilukis cantik.
thanks kerana temankan am
dan jadi wife am kembali walau untuk tiga hari….
Amru Iskandar Borhan.

Susahnya untuk Yasmin selami siapa Amru Iskandar.Kad kecil yang diletakkan didalam sampul besar kiriman dari posmen sebentar tadi dimasukkan kedalam beg tangan.bimbang Hanif melihatnya.Setiap kali bersama hanif dia resah.Kerana setiap kali itulah Amru akan hadir dalam memorinya. Kenapa setiap kali bersama Hanif perasaannya tidak sama seperti mana dia bersama Amru?
“Menung apa tu?”Tanpa sedar Hanif sudah berdiri dihadapan.Sejak bila Hanif masuk Yasmin tidak sedar.Sedar-sedar Hanif sudah tercegat dihadapannya saat ini.
“Nothing.”
“Em…nothing sampai I masuk pun you tak sedar?You said nothing?”Yasmin ketawa kecil.Menyembunyikan gelisah dihati agar tidak terlihat pada riak wajah.
“Betul Hanif…tak ada apa-apa.Saja mengalamun seorang diri.”Hanif duduk.Pandangan tajam Hanif sukar menyembunyikan pembohongan Yasmin.Tapi rahsia ini akan disimpan kemas dalam hatinya.
“Macamana Min dah pilih?”Yasmin memandang katalog pakej perkahwinan diatas mejanya.Semalam lagi Hanif beri padanya tapi sedikitpun belum dibuka.
“Belum Hanif.Semalam lepas balik site I penat sangat.Terus tidur.Ingat hari ni baru nak tengok-tengok.”
“Tak pe…take your time.So,macamana dengan perancangan my parents?Boleh tak kita buat majlis tu raya ketiga ni?Bukan Min…this coming November diorang nak pergi mekah.So diorang hajat sangat sebelum pergi nak tengok I kahwin.”Yasmin meneguk liurnya.
“Tapi puasa lagi beberapa bulan.Mana sempat kalau kita nak buat all preparation?.”Yasmin cuba beralasan.
“Kenapa pulak?Yang lambatnya nak setel borang nikah je.Yang lain-lain kan boleh tempah je.Bukannya you nak kena buat bunga telur ke..apa ke…”
“Tapi hanif…”
“Min…please…kalau bukan pun untuk I tapi untuk my parents.Ini impian mereka sebelum ke tanah suci.Diorang pergi mekah ni pun sebab I kahwin.Dulu mak I cakap dia takkan ke mekah selagi I belum kahwwin.Dia takut tak sempat nak tengok I naik pelamin.”Yasmin terkedu.Hanif bijak memanipulasi keadaan dengan impian orang tuanya.
“nantilah…weekend ni I balik bincang dengan my family.”Hanya itu jawapan terbaik yang Yasmin mampu beri saat ini.


AINA MAISARAH tersnyum sendirian.Dia mengira-ngira sudah 7 hari dia tidak bercakap dengan izhar.Teringat pertemuan terakhir mereka di hentian bas Lumut.Jenuh Izhar merayu tapi dia buat dek je.Izhar langsung tidak peduli dengan orang yang ramai disitu termasuk abang dan kakak Alyssa turut sama menjadi penonton drama sebabak itu.Cuma mereka buat-buat bersembang sesama sendiri padahal Aina tahu mereka mendengar semua kata-kata Izhar pada dirinya.
“Aina nak abang buat macamna lagi baru Aina nak maafkan abang?Atau Aina nak abang Izhar duduk kat tengah jalan suruh bas langgar mati macam katak baru Aina nak maafkan abang?”Aina hanya menjungkit bahu.Matanya dihalakan kejalan besar.
“Aina…tolonglah.Sorry…sorry…abang tak bermaksud nak kata Aina macam tu.Abang terlepas cakap.”Aina langsung tidak menghiraukan Izhar yang duduk bersebelahan dengan dirinya.Sesekali dia perasan pandangan mata orang yang lalu lalang.Suara Izhar ni boleh tahan kuatnya.Aina masih buat tidak peduli.
“Aina ni kenapa?O…Aina dah ada orang lainkan.Sebab tu Aina buat abang macam ni.”
‘Ish mamat ni dah dia yang skaitkan hati orang nak tuduh kita pulak.’Aina menjeling sikit.
“Ok…sekarang ni abang tak tahu nak buat macamana dah.Aina bagitahu abang macamana abang nak minta maaf dari Aina?”
‘Hai…dah dia buat salah nak suruh orang ajar dia cara minta maaf pulak.Tak gentlemen betullah bakal suami aku ni.’Hatinya ketawa semakin kuat.
“Lysa bas dah nak gerak tu jom.”Aina bangun menyandang beg galas.Tidak dipedulikan langsung Izhar disebelah.Izhar memandang geram.Kakinya terus kearah bas yang enjinnya sudah dihidupkan.
“Aina…”Lengan Aina berlapikkan t-shirt lengan panjang ditarik Izhar.
“Maafkan abang ye….”Aina memandang Izhar sepi.Ditolaknya tangan Izhar dan terus masuk keperut bas.Langsung dia tidak memandang Izhar yang masih merenungya dari arah bawah.Tidak mahu dia melihat wajah kesal Izhar bimbang hatinya menjadi kasihan
‘Tunang tak tunang….kalau mulutpun tak reti control baik tak payah ada awek.’Hatinya mengomel sendirian.
“Kau nikan…marah sikit-sikit dah lah….kesian kat dia tau.”Ngomel Alysa tatkala stesen bas lumut hilang dari pandangn.
"Baru dia kenal sikit bakal bini dia ni.”
Alysa menggeleng.Aina ni betullah dah dapat tunang sikit punya handsome macam Izhar tu pun nak buat perangai lagi.Kalau akulah…..Teringat pada seseorang yang diperkenalkan Izhar sewaktu dia menemani Aina keluar makan malam.’Leftenan Shahrol Nizam..em…nombor telefonnya masih tersimpan kemas dalam telefon bimbitnya.
“Doktor!”Baik Aina mahupun Alysa kedua nya tersentak dari lamunan yang sama.
”Ada apa nurse?”Mereka menjalani praktilkal kini di hospital besar kuala Lumpur.
“Doktor Wong panggil doctor berdua sekarang.”Aina mengeluh.Baru je nak rehat sikit.
“Ha…tunggu apa lagi?Jom…”Tangannya ditarik Alyssa.Kenangan nya di Lumut mati disitu.






5 comments:

  1. indah nya samudera seperti indah nya cinta yang kita keudi-Amru Iskandar-Samudera Indah NIan

    ReplyDelete
  2. wah tak sabar menanti bila kuar dari oven

    ReplyDelete
  3. bila nak keluar novel ni ????

    ReplyDelete
  4. 1. Getting your lover or husband back
    2. Spiritual bulletproof
    3. Training
    4. Money spell
    5. Prosperity spell
    6. Protection spell
    7. Get a job spell
    8. Becoming a manager spell
    9. Get a huge loan without paying any fee spell
    10. Getting your scam money back
    11. Child spell
    12. Pregnancy spell
    13. Freedom spell
    14. Love spell
    15, vanishing spell
    16. Invisible human spell
    17. Success or pass spell
    18. Marriage spell
    19. Avenging spell
    20. Popularity spell
    21. Killing spell
    22. Cancer spell
    23. Supernatural power spell
    24. Madness spell
    25. Free house loan spell
    26. Production spell of films and movie
    27. Tuberculosis spell
    28. Loose weight and body spell
    contact DR okpapiamishrine@gmail.com Phone +27610682653

    ReplyDelete


  5. 1. help in winning Lottery
    2. Bring back lost lover, even if lost for a long time
    3. Remove bad spells from homes, business
    & customer attraction etc.
    4. Get promotion you have desired for a long time at work or in your
    career.
    6. Remove the black spot that keeps on taking your money away
    7. Find out why you are not progressing in life and the solution
    8. Eliminate in family fights
    9. Ensure excellent school grades even for children with mental disabilities
    10. Stop your marriage or relationship from breaking apart
    11. We heal barrenness in women and disturbing menstruation
    12. Get you marriage to the lover of your choice
    13. Guarantee you win the troubling court cases & divorce no matter how what stage
    14. Ensure success in work and business
    15. Mental illness & bewitched
    16. Can’t sleep at night or walking at night
    17. Recover stolen property and whereabouts of people that hurt you.
    18. Bring supernatural luck into
    19.Using my herbal medicine to cure any of this diseases like, diabetes,syphilis,cancer etc.
    20. Extreme protection for those doing dangerous jobs like security guards, Bank manager, cash transporters, etc I have over 20 years of spell casting experience, and have successfully cast spells to help hundreds of people improve their love life, financial situation, and happiness. I can help you, and I want to help you. Found out about my Custom Spells here CONTACT okpapiamishrine@gmail.com Phone +27610682653

    ReplyDelete