Wednesday, 11 September 2013

SD bab 9


9









“Angin bayu membawa diri ku
Sepintas lalau ku terkenang kan mu
Memori silam kembali menjelma
Kenangan bersama kusimpan selamanya….”

‘Sedap juga suara aku ni.’
“You.”
Laily terkejut bila dia disergah seorang wanita saat mahu keluar dari pantry.Beberapa pasang mata sudah memandang mereka.
“Apa you..you…tak ada adab ke?”Laily pandang atas bawah perempuan ini.Siapa ye.Tak kenal pun.
“Tak sangka kan….sampai ke mari you cari Hakim.Eh tak ada lelaki lain ke?Orang dah tak nak yang you terhegeh-hegeh nak buat apa?”
Laily masih keliru.
“Sekejap…datang dah lah tak bagi salam.Nak kata bukan melayu muka memang pure melayu asli.Iras-iras orang asli pun ada juga.Sudah tu main terjah orang je.Apahal?Tak ada budi bahasa langsung.”Silap orang lah main terjah macam ini.
“Oh buat-buat tak tahu.Eh I dengan Hakim dah nak kahwin tau.So step away from him.You ni kan Cuma setiausaha biasa je tau.Cermin sikit diri tu.Layak ke nak berdamping dengan orang macam Hakim tu.”
Sekarang baru Laily dapat tangkap maksud perempuan seksi ini.
“La cakap lah girlfriend Hakim.Exuse me…boyfriend awak tu bagi free pun aku tak nak tahu.For your information aku kerja kat sini bukan sebab jantan tu.And lagi satu….tolonglah…cakap dekat Hakim jangan lah nak rapat dengan aku.Dok kejar-kejar aku sebab aku tak berminat.”Sengaja Lailly menyiram minyak.Bagi dia kalau orang yang tiada budi bahasa dia pun tidak akan berbahasa juga.
“Oh..Hakim yang kejar you…atau you yang gatal dengan dia.”
Laily tarik nafas.Perempuan ini memang lah tak faham bahasa.
“Cik kak…saya ni tengah kerja.Kalau setakat nak warning macam ini saya tak heran sikit pun.Dan rasa nya kalau nak warning baik lah pergi warning kat bakal suami awak tu.Nak kahwin buat cara orang nak kahwin.Saya ni pun sebenarnya rimas sesangat dia asyik nak menyembang dengan saya.Sampai satu kerja pun tak menjadi.Agak nya lah kan dia nak kat saya balik kot.”
Farah mengecilkan anak mata nya.Marah benar dia pada Laily.Kalau bukan kerana dia terpandang Laily bersama Hakim sedang makan tengahari dengan rakan sepejabat yang lain. sampai sekarang dia tak tahu Hakim bekerja bersama Laily.Dia kenal Laily.Hakim pernah tunjukkan gambar Laily sewaktu mereka mula kenal.Dan lebih menyakitkan hati nya bila Hakim selalu sahaja mengelak bila berada di pejabat.Mereka bekerja di bawah satu syarikat Cuma berlainan jabatan.Dia yang minta Hakim berhenti di tempat kerja lama bila ada kekosongan jawatan Hakim di sini.Tapi dia tidak sangka pula bekas tunang Hakim juga ada disini.Sakit hati nya tidak terkira.
“sekali lagi I dengar you dengan Hakim you siap.”Jari telunjuk nya dihalakan kepada Laily.
“Nak siap apa nya…saya ni memang tiap-tiap hari siap cantik-cantik pergi kerja.Kain pun cukup tutup satu badan.Yang tak siap awak sebenarnya.Lain kali nak beli baju pastikan kain tu empat meter atau lebih.Kalau nak buat lining kena empat meter juga.Kalau tak macam ni lah.Macam orang tak bersiap.”
Jessica dan Reduan pecah ketawa dengar cara Laily membalas kata-kata Farah.Farah menjeling terus keluar.Pejabat nya di tingkat bawah.Sakit hati nya dengan Laily.
“Apahal cik Farah tu?”Jessica mendapatkan Laily.
“You kenal dia ke Jes?”
Jessica angguk.Siapa tak kenal Farah.Perangai dia sama sahaja dengan bos dia Cik Alisa itu.
“Dia kat department marketing.Tingkat lima.”
Laily angguk.
“Kenapa Resha?”Kak Salmi pula sudah duduk di kisi meja.
“Tak ada apa-apa lah kak.Perempuan meroyan macam tu lah.Benda yang tak ada di ada-adakan.”
“Resha dengan Hakim dah kenal ke sebelum ini?”
Laily sengih.Malas sebenarnya dia nak bercerita kembali kisah dia dengan Hakim.
“Bekas tunang kak.”Salmi dan Jessica sama-sama terkejut.
“Patut lah akak tengok Hakim tu tak senang duduk je.Agak nya dia nak balik kat Resha tak?”
Laily geleng.
“Orang macam tu tak payah lah kak.Akak tak tengok girlfriend dia tadi.Itu baru saya kerja dengan Hakim kalau dia tahu saya dengan Hakim ada Affair harus dia jadi Mona Fendi the second.”
Salmi ketawa.
“Siapa Mona fendi?”Jessica terpinga-pinga.Alahai amoi ni tak kenal pula siapa Mona Fendi.
“Balik you google nama Mona Fendi.Nak cerita empat hari empat malam pun tak habis Jes.”
“Ok lah…balik nanti I google.”Laily senyum walau pun hati nya masih sakit dengan perangai Farah tadi.
‘Apalah nasib tak baik betul.’


“Laily!!”Laily terus berjalan.Tidak dipedulikan panggilan hakim.Malas mahu mencipta keributan lagi.
“Laily wait…”Tangan nya direntap dari belakang.
“Wei..main kasar Nampak.”
“Sorry Hakim tak sengaja.Habis tu panggil Laily tak berhenti.”
“Muhamad Hakim ibnu Mutalib…tolong lah…saya ni dah malas sangat nak bergaduh dengan orang.Tak ada mana best nya gaduh ni.”Dia bosan dengan Hakim yang tak faham bahasa.
“Farah serang awak tadi?”
“Dah tahu tak payah lah nak buat-buat tanya.Ini kalau dia Nampak harus awak dengan dia perang dunia ke empat.So baik blah.”
Hakim masih tidak berganjak.Dia baru lepas bertengkar dengan Farah.Malu dia bila Farah menyerang Laily di pejabat sedangkan dia yang bersalah dalam hal ini.Dari dulu Laily tak pernah salah apa-apa.Dia berterima kasih sebab Laily tak ambil apa-apa tindakan dia memutuskan pertunangan saat-saat akhir.
“Hakim yang salah.Tak patut Farah marah Laily.”
“Yang cakap dengan saya buat apa?Pergilah cakap dengan dia.Tolong lah Encik Hakim.Cakap dengan girlfriend awak jangan kacau saya.Saya dah tak ada kena mengena dalam kehidupan awak.Silap-silap hari bulan saya resign sekali lagi.”Sudah terbayang bebelan Hajah Kalsom kalau Laily berhenti kerja lagi.
“Nanti dulu Laily.Hakim mengaku Hakim tersilap.Hakim silap buat pilihan.Hakim kejar kaca sedangkan permata sudah dalam genggaman Hakim.Hakim tak bahagia Laily.Hakim tak bahagia dengan Farah.”
“Ya Allah..yang bercerita dengan saya kenapa?Hakim…kita kenal pun bukan nya lama sangat.Tak kenal hati budi pun.Sebab tu agak nya Tuhan tak jodoh kita bersama.”Memang mereka kenal dalam tempoh waktu yang singkat.Selepas mak ayah Hakim masuk meminang baru mereka bercinta.Adalah dalam setahun saja rasa nya.
“Hakim nak kita sambung balik.”
Bulat mata Laily dengar permintaan Hakim.
Wah..suka-suka hati dia je.Ingat wayar ke putus lepas tu sambung balik.
“Sorry lah saya tak berminat.”
“Bagi Hakim peluang.”
“Encik Hakim saya ni penat.Nak balik ok.”
Laily terus mendapatkan Vivanya tanpa memperdulikan Hakim yang terus mengekori langkah nya.
“Bagi Hakim peluang.Hakim akan buktikan pada laily Hakim mampu jadi yang terbaik.”
Laily hanya pandang sekilas sebelum menutup pintu kereta.
Maaflah Hakim.Tiada peluang kedua dan ketiga.Viva Laily terus laju meninggalkan parking lot Menara Safwan.



“Assalamualaikum….”Laily baru selesai mandi bila telefon nya berdering.
“Waalaikumusalam.”
“Buat apa?”Laily senyum sendiri.Kenapa ye dia suka sangat bila Zarif telefon dia malam ini.
“Saja rehat-rehat.”
“Em…nak keluar makan dengan saya?”
“Ini ajak betul-betul ke main-main je?”
Kedengaran Zarif ketawa.
“Lah…ajak betul-betul lah.takkan main-main pulak?Sudi keluar makan dengan saya?”
Zarif dah macam prince Charming yang nak ajak Cinderella makan malam.
“Keluar makan dekat kedai sini je lah ye.Malas lah jauh-jauh.”
Ok.No problem.Lagi 15 minit saya sampai.”
“Cepat nya.Orang baru lepas mandi.tak siap pun lagi ni.”
Zarif ketawa.
“Take your time.Saya tunggu kat depan.”
Laily pandang telefon bimbit nya.Macam tak percaya je pula dia serapat ini dengan anak angkat Siti Tanjung Perak.Tapi sebenarnya memang dia suka pun.

“So anything yang nak cerita hari ini?”
Sebenarnya Zarif tahu kalau Laily kena serang dengan Farah pagi tadi.Itupun Michele bercerita ada staff bergaduh di tingkat bawah.Rasa nya mahu sahaja Zarif turun ke bawah dan jumpa Laily.Tapi dia cuba bersabar dahulu.
“Tak ada yang menarik pun.”Laily mengacau-ngacau ketulan ais didalam gelas.Memang tadi hati nya sakit dengan Farah dan Hakim.Tapi sekarang dah ok.Lagipun dia memang tak reti nak marah lama-lama.
“So..cerita lah apa-apa.”
“Awak yang ajak orang keluar awak lah bercerita.Apa saya pula?”
Laily pandang Zarif.Tapi sekejap je.Tak boleh dia bertentangan mata dengan klon David Becham ini.Boleh luruh jantung ke tanah.
“Seronok jadi Laily kan?Happy je macam tak ada masalah langsung.”
“Macam saya kata lah.Masalah sentiasa ada.Kalau kita fikir sangat kita juga yang stress.Sakit hati.Rosak mental.Lepas tu sakit jiwa.Last-last duduk tanjung rambutan.”
Zarif ketawa.Sebenarnya dia sudah agak jawapan Laily.
“Eh Resha…”
Laily pandang Salmi yang sedang memimpin anak kecil.
“La..kak Salmi makan kat sini juga ke?”Salmi angguk.Mata nya tidak lepas pandang Zarif yang duduk dihadapan Laily.
‘Macamana pula Aresha keluar dengan big bos ni?’Sempat Salmi menangkap isyarat senyap dari Zarif.
“Kak Salmi.”Laily cuit Salmi yang seolah-olah terpaku melihat Zarif.
‘Ish kak salmi ini pandang Zarif macam dah terpikat.Mana nak letak suami akak tu…’
“Sorry.Akak makan kat sini juga.Tunggu husband pergi tandas sekejap.”
Laily angguk.
“Ini Resha kenal kan anak angkat mak long Resha.Nama dia Zarif.Kerja bawa lori.”
“Hai..”Zarif tahu dia harus berpura-pura.Dia harap Salmi faham buat seketika ini.Tapi dia bagi isyarat mata.Rasanya Salmi macam faham saja.
“Ha..hai.”Gugup juga Salmi.Manakan tidak ini lah big bos idaman perempuan Malaya.Big bos yang jadi bahan bualan pekerja wanita Metro Group.
“Oklah.Akak pergi dulu ye.Jumpa kat ofis esok.”
Laily angguk.Senyum seketika pada Salmi yang berlalu dengan anak perempuan nya.
“Kawan ofis?”
Laily angguk lagi.
“ketua jabatan kejuruteraan.”
Zarif angguk.Memang dia kenal dengan Salmi.Sekali dua waktu mengadakan mesyuarat antara jabatan atau semasa majlis makan malam syarikat.Memang dia jarang berurusan dengan pekerja bawahan nya.Tapi dari wajah Salmi tadi dia tahu Salmi terkejut.
“Lepas ni ada nak ke mana-mana?”Zarif masih mengharap agar boleh bersma Laily lebih lama.
“Nak balik lah.Penat.”
“Ok.”Bunyi nya macam orang kecewa saja.
“Minggu depan saya nak ke Perak.Nak ikut balik?”
Wajah Laily gembira.
“Kalau boleh memang  nak balik.Dah rindu gila dah dengan mak ayah ni.Tapi tak boleh.Sabtu depan diorang suruh kerja.Boring nya.”
“Kerja?Bukan sabtu cuti ke?”Zarif tidak tahu pula yang sabtu hadapan hari kerja.Atau Michele terlupa untuk memberitahu nya.
“Kena kerja sebab kata nak siap kan proposal projek apa entah.Boleh je kan stay back jumaat tu.Tak payah lah nak kacau cuti hari sabtu.Teruk betul  lah big bos kat situ.Agak nya dia tak ada keluarga yang nak di spent time.”
Zarif menunduk.
“Apa pula salah big bos?”
“Yelah kalau bukan dia yang bagi arahan macamana pula kami semua kena kerja sabtu ni?”
“Arahan orang lain kot?”
“Dia lah tu.”
“Pernah jumpa big bos?”
Laily geleng.
“Habis tu mana boleh judge orang kalau tak pernah kenal?”
Laily gigit bibir bawah.Tak baik nya dia kata big bos teruk sedangkan dia sekali pun tak pernah berjumpa lagi.
“Ne jugez pas un livre par la couverture”
“Apa tu?”
Sekali lagi Zarif berbahasa perancis.Berbelit lidah Laily kalau ulang sebut.
“Maksudnya jangan tengok orang dari luaran dia.”
“Oh macam pepatah inggeris ‘Don’t judge a book by the cover?’
Zarif angguk.
“Sorry…tapi kan orang cakap big bos tu tak suka berbual dengan pekerja dia.Diorang cakap lagi kan big bos saya tu prince charming.Entah betul entah tidak handsome nya.Lepas tu diorang cerita lagi big bos tu ramai peminat.Ramai pekerja perempuan minat kat dia.”
”Zarif cuba menyembunyikan senyuman nya.Sudah lama dia tahu kalau dia memang jadi perhatian dan bualan di syarikat.
“So Laily tak minat dia?”
“Ish…kalau handsome pun perangai tak elok buat apa?Hidup ini bukan boleh bergantung pada handsome semata-mata.”
“Saya?Handsome?”
Laily ketawa.
“Apalah awak ni.Handsome lah dari yang tak handsome.”Hati Laily berdebar sebenar nya.Mana tidak memang Zarif kacak pun.
“Bagi saya tak perlu nak cari orang yang handsome…kaya tapi kalau tak bahagia nak buat apa.Dapat macam Ahmad Fakruddin Attar tu pun ok lah.”Laily senyum.Tak habis-habis dengan Ahmad Fakruddin Attar.
Zarif ketawa.Dia masih ingat peristiwa di atas pangkin bawah pokok rambutan.Bila Laily bercerita impian nya untuk berkahwin dengan ustaz.
“Tapi tak semua orang kaya tu jahat Laily.”
“Saya tak kata macam tu.”
“Ada juga orang kaya yang sebaik Ahmad Fakruddin Attar awak tu.”
Laily ketawa.Zarif bagai terpesona seketika.
“Alah itu angan-angan saja lah.”Laily masih senyum.Zarif pandang Laily.Kali ini bukan dari mata.Tapi dari mata hati nya.Dia yakin bahawa inilah bidadari nya.
















No comments:

Post a Comment