Wednesday, 11 September 2013

SD bab 4


4





Sebulan berlalu.
“Mak….Mak….”Laily sudah menjerit dari atas rumah.Hajah Kalsom yang sedang memasak di dapur terkejut.
“Apa kena kamu ni Laily?Terjerit macam kena sampuk?”
“Bukan kena sampuk.Orang kena histeria lah mak.”
Hajah Kalsom mengurut dada nya.Laily ni walaupun sudah 27 tahun tapi perangai tetap macam budak-budak.Macam tak pernah fikir masalah langsung.
“Ni orang dapat surat tawaran kerja.”Laily menunjukkan surat bersampul putih kepada Hajah Kalsom.
“Kerja apa?Kat mana?”
“Ish mak ni takkan cheff kot.Dah tentulah secretary juga.Kat kl.”
“Alhamdulillah.Apa nama syarikat itu.?”
“Metro Group.Tapi orang rasa tak pernah apply pun.”
Terkejut juga apabila dia ditawarkan setiausaha di jabatan kejuruteraan syarikat besar ini.Dia tahu Metro Group adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia.
“Rezeki kamu lah tu.Dah kerja baik-baik.jangan nak buat perangai lagi.Kerja sekejap berhenti.”
Hajah Kalsom sudah mula berleter.
“Alah dulu tu bersebab.Bukan orang saja-saja nak resign.”
“Banyak lah alasan kamu tu.”
Laily senyum.
“Bila nak pergi?”
Laily tengok sekali lagi surat putih di tangannya.
“Isnin melapor.Sabtu pergi lah.”
“Nak duduk mana?”
Dia diam sejenak.Betul juga.Dia mana ada saudara mara di Kuala Lumpur.Kawan-kawan ada lah.Tapi diorang pun tinggal dengan keluarga.Ada yang dah kahwin dah tentu lah tinggal dengan suami.
“Kejap lagi orang cari rumah sewa dalam internet.Mak…”
Panjang nya bila sebutan mak keluar dari mulut laily.
Hajah Kalsom berhenti memasak.
“Nak apa pulak?”
“Sementara orang nak dapat gaji kan…boleh tak dahulukan duit deposit rumah sewa…api air…makan minum…dengan duit minyak pergi kerja?”
Hajah Kalsom menjeling.Sudah di agak permintaan anak perempuannya ini.Tapi ye lah kalau hajah Kalson atu haji nordin tak bagi mana pula anak perempuan nya nak ambil duit sementara nak dapat gaji.Itu lah Laily ada duit simpanan yang tak banyak mana tu boros sangat.Sekarang tengok siapa yang susah.Tak pasal-pasal Haji Nordin kena keluarkan duit poket.
“Aku dah agak dah.”
Laily sengih sampai telinga.Ialah kalau dihitung duit nya dalam bank memang tak makan minum lah dia kat sana sementara nak dapat gaji.
“Yelah…nanti mak minta dengan ayah.”
Hajah Kalsom pun memang harap kan pencen haji Nordin sebagai giri besar dengan kedai runcit yang dia dan suami nya buka di kampong ini.
“Sayang mak…”
Pipi Hajah Kalsom di cium sebelum berlari keatas.
“Bertuah punya anak…bukan nak menolong kita kat dapur.”
Bibir Hajah Kalsom terus membebel kerenah anak perempuannya seorang itu.












1 comment: