Wednesday, 18 September 2013

bintang timur bab 2

Pagi ini Duah terlewat sekali lagi.Ini semua gara-gara jam loceng yang tidak berbunyi.Sakit hati Duha.Padahal baru sahaja bateri nya Duha gantikan dua hari lalu.Duha bersiap cepat-cepat.Adik nya masih tidur.Ialah adik Duha tingkatan1 sekolah petang.Sudah tentulah masa-masa ini dia masih bersenang lenang membungkus diri dengan selimut.

"Mak kenapa tak kejut kan Duha?"Pantas dia memakai stoking sekolah.
"Tak kejut?Dah jenuh mak ketuk pintu tapi Duha tu tidur mati."
Puan Mahani menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan.
"Duha pergi dulu."
"Makan dulu ini."
"Tak sempat lah.Nanti tak pasal-pasal kena denda dengan cikgu."
Duha pantas berlari ke jalan utama.Harap nya bas belum terlepas.Hati nya sedikit risau.Walaupun dia dalam tingkatan enam atas tapi peraturan sekolah tetap kena ikut.Memang dia selalu tidur mati.Tapi hari ini memang jam loceng tidak berfungsi.
Duha sampai di hentian bas.Mata nya meliar memerhatikan dari arah kanan.Tapi bayang bas tak kelihatan sama sekali.Resah nya sudah berganda.Mahu salah kan siapa?Salah kan diri sendiri sahaja lah.Bukan kata di rumah dalam kelas pun kadang-kadang Duha boleh sahaja tertidur lena.Tabiat yang sukar Duha buang.

Duha perhati kan seseorang yan tidak pernah dia lihat sebelum ini.Seorang pelajar lelaki berbaju putih dan berseluar coklat.Macam pakaian pelajar tingkatan enam sekolah Duha.Tapi Duha tak pernah pun nampak pelajar lelaki ini.
'Em..sombong nya.'Balas Duha dalam hati bila senyuman yang di lempar kan pada lelaki itu tidak di balas.
'Eleh perasan bagus lah tu.'

Bas sampai.Duha cepat-cepat naik bas.Pelajar lelaki itu mengikuti dari arah belakang.Duha duduk di belakang sekali dan pelajar lelaki itu sedang berdiri.Sikit pun dia tidak pandang Duha yang asyik-asyik pandang dia.

Duha ini pun orang sombong macam tu pun Duha nak tengok-tenok lagi.

Sesekali Duha kerling jam di tangan.Dia tahu dia terlewat lagi.Bas berhenti di hadapan sekolah.Duha cepat-cepat turun.Dia berjalan cepat-cepat ke perkarangan sekolah.Sangka nya semua orang dah masuk ke kelas tapi Duha tak perasan cikgu Nukman yang duduk di pondok pengawal
Guru disiplin ini nak tukar profesion jadi pengawal keselamatan ke?Buat-buat tak tahu pula ye Duha.Cikgu Nukman tu sedang tunggu pelajar yang lewat macam Duha ini lah.Tak ada makna nya cikgu Nukman tu nak tukar gaji dia yang beribu dan pangkat dia dengan pak Wahab pengawal keselamatan sekolah itu.

"Nur Duha.!"
Langkah kaki Duha terhenti.Dia tersengih memandang cikgu Nukman yang bercekak pinggang.Duha pandang pelajar lelaki yang terus sahaja masuk selepas bercakap seketika dengan cikgu Nukman.Cikgu Nukman ini betul lah tak adil.

"Lewat lagi?"
Cikgu Nukman sudah sampai di hadapan Duha.
"Sorry cikgu jam loceng problem.Mogok tak nak bunyi pagi ini."
"Saya dah hafal dah jawapan awakNur Duha.Denda tetap denda."
"Alah cikgu..."
Malu nya Duha kalau dia kena denda.Dia sudah lah pelajar paling senior kena pula denda.
"Nak saya tambah lagi?"
Duha cepat-cepat menggeleng.
"Habis waktu pembelajaran cuci tandas perempuan tingkat atas."
Duha sudah tenganga.Cikgu Nukman ini pun bagi lah denda yang bagus sedikit.Mahu tidak mahu Duha terpaksa mengangguk.Lagi lama dia berdebat dengan cikgu Nukman lagi teruk Duha kena denda nanti.Cikgu Nukman ini walaupun baik dengan Duha tapi tetap tegas juga.

Duha ambil beg galas nya dan terus ke kelas 6A1.
Sampai di kelas Absyar dan Fatin terus menyerbu.
"Kena dengan cikgu Nukman ke?"
Duha angguk.
"Its ok.Kena denda cuci toilet je."
Bunyi denda cuci tandas dari mulut Duha macam peluang bercuti ke Cameron pula dengar nya.Macam seronok sahaja Duha kena denda.
"Tak pe nanti Syar tolong."Absyar kasihan kan Duha.
"Merepek lah Syar ini.Nak tolong apa.Duha kena cuci tandas perempuan.Macamana Syar nak tolong.Lagipun Syar ada game kan petang ini?"
Absyar menepuk dahi nya.Memang petang ini dia ada perlawanan bolasepak.
"Fatin boleh tolong Duha kan?"Absyar mengalih kan pandangan nya pada Fatin di sebelah.
"Alamak sorry aku nak kena jaga adik aku.kena balik awal."
Duha menejling.Bukan dia tidak tahu alasan Fatin saja tu.
"Tak pe lah.Duha boleh buat seorang."

"Woi...cikgu Faridah datang."
Absyar kembali ke tempat nya bila dengar suara Mahadi menjerit.
Cikgu faridah masuk dengan seseorang.Pelajar lelaki yang sama-sama menunggu bas dengan Duha pagi tadi.Duha perhati kan wajah nya.Kedengaran bisikan dari ebberapa pelajar perempuan.
"Kelas,ini saya kenal kan pelajar baru dari Kuala Lumpur.Nama dia Zarul Haq."
Tiada langsung senyuman dari bibir Zarul Haq.Sepatut nya sebagai pelajar baru dia kenalah beramah mesra.Duha masih merenung Zarul Haq yang berdiri di hadapan kelas.Duha tahu sesekali Zarul Haq juga membuang pandang ke arah Duha.

"Handsome nya."
Duha berpusing ke belakang.Airine sedang tersenyum-senyum.Erm...mesti ada niat nak emmikat lah tu.
"Ok Zarul,awak boleh duduk di situ."Cikgu Faridah menuding jari nya ke arah sebuah meja kosong bersebalahan Haikal.Zarul Haq terus duduk.Tiada segaris senyuman pun di bibir nya.


No comments:

Post a Comment