Wednesday, 11 September 2013

SD bab 11



11


Kena pergi juga ke kak?Tak boleh ke Jessica gantikan Sya?”Laily masih berharap.
“Tak boleh lah sayang….Jess kena pergi site dekat Bukit Tinggi.You need write some report on the sport masa meeting tu juga.”
Laily mengeluh.Bukan kerana terpaksa bekerja luar tapi kerana terpaksa ikut Hakim jumpa pelanggan syarikat.
“Ok lah nak buat macamana kan?Tuntutan kerja.Tapi kalau si Farah tu mengamuk akak jawab ye…”
Salmi senyum.
“Ok akak bertanggungjawab.Sorry tapi dah tak ada orang yang nak ikut Hakim.Report tu penting pula tu.”
Berat betul hati Laily nak pergi dengan Hakim.Berdua pula tu.Dari meja nya dia Nampak Hakim tersenyum-senyum.Ialah Kak Salmi dah maklumkan pada Hakim terlebih dahulu.Mestilah Hakim sedang bergembira sekarang ini.
Sedang dia mahu bersiap-siap telefon bimbit nya berdering.
“Hello.”Laily jawab tapi macam orang hilang semangat.
“Lemah je suara.Sakit ke?”Mungkin suara Zarif di talian sebelah sana meredakan sedikit rasa marah nya.
“Memang sakit pun.Sakit hati.”
“Dah kenapa pula?”
“Tak ada apa-apa lah.”
“Sakit hati kenapa ni?”
“Kena buat kerja luar dengan ex-fiancee.”Sengaja Laily tekan kan perkataan bekas tunang itu pada Zarif.
“Laily kena keluar dengan Hakim?”suara Zarif sedikit risau.
“Tepat sekali.Ok lah..ada apa-apa ke call orang ni?”
“Mentang-mentang nak keluar dengan Hakim terus nak letak telefon ye?”
Laily mengeluh.
Sudah lah dia masih sakit hati kena kerja luar dengan Hakim.Sekarang Zarif pula tambah kan sakit hati nya lagi.
“Ok memang seronok sangat sampai tak sabar-sabar nak keluar dengan dia.Puas hati?Oklah bye.”Memang dia betul-betul tak ada mood.
Telefon nya berdering sekali lagi.Nama David Beckam tertera.Memang Laily letak nama David Beckham untuk talian Zarif.Laily pandang sekilas sebelum telefon nya di matikan terus.Sebelum itu sempat dititipkan satu mesej pada Zarif
-Orang nak pergi dating jangan kacau.!!!




“Michele…kenapa jabatan engineering yang kena attend meeting dengan Maju Jaya Holding hari ini?”
Michele sedikit terperanjat dengan kehadiran Zarif tiba-tiba di meja nya.
“Bukan you ke yang suruh I bagi arahan pada engineering department untuk meeting hari ini.lagipun meeting hari ini melibatkan department itu.”Michele pelik dengan sikap Hakim.Semalam Zarif yang bagi arahan.Alih-alih hari ini dia pula yang kena marah tak tentu pasal.Zarif ini datang bulan ke?
“Ok…I nak you suruh Redzuan pergi dengan Hakim.”
“Tapi you nak report tu on the sport.Thats why I suruh their setiausaha pergi sekali.”
“Call diorang sekarang I nak Reduan pergi dengan Hakim.Report tu boleh tunggu.”
Michele hairan dengan sikap Zarif.Tidak pernah Zarif bersikap macam ini selama ini.Apa salah nya kalau Hakim pergi dengan setiausaha.Boleh terus buat report masa tu juga.
Michele hubungi jabatan kejuruteraan.bercakap seketika dengan Salmi.
“Sorry Rif.diorang dah pergi.”
Zarif menumbuk meja perlahan.Terus berpusing masuk kembali ke bilik.Di cuba nya sekali lagi mendail talian Laily.Tapi hanya mesin yang menjawab.Hati nya sudah tidak tenteram.Dia tahu Laily marah kan nya.Memang dia tidak patut cakap macam tu sedangkan dia tahu Laily tengah marah.
‘Bodohnya kau Zarif.’




Laily cuba menjauh kan diri dari Hakim.Tapi makin pantas Hakim mengejar nya.
“Laily tunggu sekejap.”Hakim separuh merayu.
“Awak nak apa lagi Hakim.?Tak cukup kea pa tunang awak buat tadi.Itu saja dah cukup memalukan saya tahu tak?”
Geram betu Laily dengan perangai Farah sebentar tadi.Nasib baik lah ada orang kalau tak dah lama Farah kena balik.Laily bukan apa kalau tak fikir pasal maruah bergaduh di hadapan orang ramai memang dia serang Farah balik tadi.
“Habis tu takkan sebab Farah Laily nak marah kan Hakim?”
Hakim…Farah tu tunang awak tahu tak?Tahu tak kenapa dia serang saya?Sebab dia fikir saya nak ambil awak semula dari dia.Itu yang awak cakap tak ada kena mengena?”
“Habis tu Laily memang tak nak balik semula pada Hakim?”
Laily tarik nafas panjang.
“Awak nak suruh saya jadi second wife ke?”
“Tak lah macam tu.Tapi kalau Laily nak Hakim tak ada masalah.”
Laily rasa macam nak hempuk sahaja Hakim saat ini dengan beg di tangan Laily ini.
“Hakim…bahasa macamana lagi yang saya nak cakap.Penolakan saya bermakna awak tak ada lagi dalam hidup saya sekarang mahu pun akan datang.”Laily pantas berlalu.Menahan teksi untuk dihantar pulang.Dia tahu kereta dia di abwah bangunan pejabat pasti selamat kalau dia ambil esok.Tapi rasa-rasa nya mahu sekejap lagi dia ajak Nila teman serumah nya ke pejabat semula.Mana lah boleh dia berpisah dengan Cik Viva nya itu.




No comments:

Post a Comment