Wednesday, 11 September 2013

SDbab 6



6


Laily makan tengahari di KFC berhampiran pejabat.Seorang diri bila Jessica terpaksa turun site bersama Reduan.
“Boleh saya joint?”
Laily angkat wajah.Pandang lelaki berkaca mata hitam ini.
‘Rasa macam kenal je.Em siapa lagi kalau bukan anak angkat Siti tanjung Perak.
“La..jumpa kat sini.Kecik betul kl ni.”
Zarif tersenyum sambil tangannya menarik kerusi dihadapan laily.
“Kerja kat mana?”
“Mana tahu orang kerja?”
Suapan Colonel burger terhenti seketika dengan pertanyaan Zarif.
“Emak Siti Tanjung perak bagitahu.”
Pecah ketawa Laily bila Zarif juga terikut-ikut menggelarkan mak long kamsiah dengan nama Siti Tanjung Perak.
Zarif senyum lebar.Suka agak nya tengok Laily ketawa macam tu.
“Dekat Metro Group.”Jawab laily ringkas.Suapan Colonel burger yang terhenti seketika tadi disambung semula.
 “Seronok?”
Laily angkat bahu.Baru seminggu di situ mana lah Laily tahu seronok ke tidak.Tapi yang lain-lain ok Cuma pasal jumpa semula Hakim saja yang tak berapa nak ok.
“Kenapa?”
“Tahu tak saya jumpa siapa?”Zarif mengerutkan keningnya tanda dia tidak tahu.
“Siapa?”
“Bekas tunang.”Wajahnya biasa-biasa sahaja.Tidak teruja sedikit pun.
“Iya?Dia kerja kat situ juga?”
Laily angguk.
“Tak sangka pulak lepas dia resign dia minta kerja kat situ.Jangan-jangan dia yang bagi orang kerja kat situ.Saja lah tu senang nak tayang girlfriend dia agak nya.Padahal orang tak kisah sikit pun.”
“Bukan dia kot yang offer Laily kerja kat situ.”
Laily jungkit bahu.Malas mahu fikir siapa yang menawarkan dia bekerja di Metro Group.
“Ketua orang pulak tu.Rasa nak berhenti kerja je.Boring  betul.”Tanpa sedar laily merungut sendirian.
“Ish tak kan sampai nak berhenti kerja?”
Zarif sudah berdebar-debar.Dia tidak mahu Laily berhenti kerja.Dia mahu dekat dengan gadis itu.
“Tak ada lah.Mula-mula jumpa tu memang rasa nak berhenti tapi bila fikir balik buat apa.Bukannya saya ada apa-apa lagi dengan mamat tu.Lantak dia lah.Saya buat kerja saya dia buat kerja dia.Sudah!”
Zarif senyum.senyum lega sebenarnya.
‘Ish dia ni asyik senyum je.Dah lah senyuman dia menggoda.Macam lagu kumpulan elite tu.
Manisnya senyuman mu.’
“Awak kerja kat mana?”
Laily juga terkejut bertemu Zarif di tengah ibu kota ini.
“kat bengkel lori.Saya kan bawa lori.”
Laily menjeling.
“Orang lupa awak bawa lori.Habis tu tak hantar barang ke hari ini?Oh..sekarang ini driver lori semuanya diwajibkan pakai long slip dengan tali leher ye?”
Zarif ketawa kecil.
“Hari ini kerja sekerat hari.”
Kali ini Laily pula ketawa.
“Awak ni betul lah Zarif.Orang tanya elok-elok main-main pulak dijawab nya.”
“Kita tak payah cerita pasa kerja saya boleh tak?Saya kerja biasa-biasa je.Company pun kecil je.”
Laily pandang Zarif yang turut sama memandang ke arah nya.
“Awak ni pengedar dadah ke?Nampak macam tak ada kerja tapi pakai kereta besar.”
“Subhanallah…muka saya ni ada macam orang jahat ke?Kan dah cakap kereta tu company punya.”
“Alah sekarang ni susah nak beza orang baik dengan jahat.Ada setengah muka innocent je tapi perompak bersiri.Ada pula muka brutal gila tapi orang baik.Tak boleh nak judge orang melalui muka je.”
“Habis tu Laily rasa saya macamana?”
Laily pandang tepat-tepat pada Zarif.Konon-konon sedang menganalisis lah.
“Orang baik kut.”
“la..kenapa ada kut kat belakang tu?”
Laily sengih.
Dia baru sangat kenal dengan Zarif.Walaupun mak long Kamsiah bagi jaminan yang Zarif ini pemuda yang tapi Laily tetap tak percaya.Dulu pun Hakim Nampak macam baik saja tapi lagi teruk dari orang jahat.
“Dah lambat dah ni.nak solat lagi.Saya pergi dulu ye.”
Zarif angguk.Berat sebenarnya nak lepaskan Laily.Dari tadi dia mengekori Laily sejak dari ofis.Rasa bersalah sebenarnya kerana menyembunyikan identiti nya daripada Laily.Dia yang menghantar surat tawaran dari Metro Group pada Laily.Sejak pertemuan dengan Laily di kampung dahulu dia selalu jadi teringat pada gadis itu.Walaupun Laily kelihatan agak kasar di mata orang tapi dia tahu hati Laily selembut nama nya.
Love at the first sight?’Dia ketawa sendirian.
“coup de foudre.”.Tiba-tiba suara nyaring Darieka menerjah telinganya.
Teringat temannya berbangsa perancis sewaktu di Kentucky dahulu.Darieka selalu menuturkan kata-kata itu bila ada sahaja wanita yang menaruh perasaan pada Zarif.
‘Fou’.Selalu Zarif membalas kembali dengan mengatakan Darieka gila.
“son amour sur vous.”Darieka membalas kembali.Zarif dan Iskandar hanya ketawa.Darieka adalah satu-satu teman kuliah dari kalangan perempuan yang bersahabat dengan kedua nya.Darieka tidak macam perempuan lain yang mahu lebih dari sahabat.Tapi Zarif tahu kalau Darieka sebenarnya suka kan Iskandar.Cuma sayang cinta mereka tidak kesampaian.
Dari Darieka mereka banyak belajar bahasa Perancis.
“Tout de Dieu”
Ya semua nya ketentuan dari Tuhan.
 “Hai Rif.”
Zarif menarik nafas panjang melihat Lisa yang sedang merapati nya.Lantas dia terus bangun menuju ke pintu keluar.
“Rif.”Panggilan Lisa tidak di endah kan nya.Terus berjalan laju menuju ke parkir.
“Siap you Rif.You memang nak kena dengan I.”Memang Lisa marah.beberapa pengunjung menoleh-noleh ke arah dirinya yang terjerit memanggil Zarif sedangkan Zarif langsung tidak memperdulikan dirinya.Malu sebenar nya bila dia ditolak dari hidup lelaki itu.





Laily semakin rimas dengan Hakim.kemana sahaja dia pergi Hakim mengekori.Dalam pejabat,ke tapak pembinaan sehingga ke pantry pun ada Hakim.
“Awak ni tak ada kerja ke Hakim?Mana saya pergi awak ada.Rimas tahu tak?”Disuarakan rasa tidak puas hati nya pada Hakim sewaktu Hakim duduk dihadapan meja nya.
“Bagi peluang Hakim bercakap dengan Laily.”
Hakim memeluk tubuh.Berdiri di kisi pintu yang menjadi laluan Pantry ke pejabat.
“Subhanallah…nak cakap apa lagi?Saya tak saman dan ambil tindakan atas awak pun dah cukup bagus tau.Jangan pulak kejap lagi saya buat report gangguan di pejabat.Saya bukan nya jahat sangat nak tabur pasir dalam periuk nasi awak.Tapi kalau orang dah bagi muka tu jangan lah nak melampau ye.”
Hakim sedikit terkejut.
“Saya Cuma nak bercakap dengan awak je Laily.Sekejap je.”
Laily tarik nafas.Betul lah dia ni tak faham bahasa melayu.
“Encik Hakim kalau nak cakap apa-apa pasal kerja di persilakan.Tapi kalau nak cerita hal lama…soal hati…soal perasaan sorry saya tak ada masa.”
“Cepatnya Laily lupa kan Hakim.”
Laily benar-benar bosan.
“Ini siapa lupa kat siapa ni?Siapa yang tinggal kan siapa?Dan satu lagi siapa yang mulakan semua ini.Encik Hakim saya betul-betul dah tak kisah sekarang ini.So cerita lama tu saya tak nak ingat lah.Ingat pun tak ada makna nya.”
“Hakim..”
“Dah lah.Saya nak pergi buat kerja.”
Tubuh Hakim ditolak sedikit.Terus dia ke meja.
‘Huh makin lama makin menyampah pula aku dengan dia ini.’Matanya menjeling Hakim yang masih berdiri memerhati kan nya.























1 comment:

  1. Kentalkan jiwa kukuhkan ati laily jgn layan Hakim tu

    ReplyDelete