10 tahun dia menunggu dan masih terus menanti.penantian nya tidak lelah rindu nya tetap di hati walau dia tahu dia hanya bermimpi untuk bertemu kembali cinta pertama nya.bertemu dengan lelaki yang mirip sekali dengan Zarul Haq saat majlis pertunangan nya sedang berlangsung buat kan Duha cukup keliru.Tapi kenapa Zarul haq seolah-olah tidak mengenali nya.betul kah kata oranh Zarul Haq telah mati 10 tahun lalu.Mampu kah Absyar memenangi cinta Duha walaupun Absyar tahu hati Duha tetap pada Zarul Haq?Duha keliru membezakan lelaki yang ditemui dengan Zarul Haq nya yang sama-sama pernah menyimpul kenangan di zaman sekolah nya?Betul kah dia Zarul Haq yang muncul kembali setelah 10 tahun kematian nya atau benar dia adalah Ihsan haris yang tidak pernah menjejak kan kaki di malaysia.Tapi kenapa mirip benar kedua nya?Mengenali Ihsan Haris seakan membawa memori Duha pada Zarul Haq.benar kah dia menyintai kedua nya dan bagaimana dengan Absyar yang masih setia dan mengharapkan sebuah perkahwinan dengan Duha?
Bintang Timur merungkai segala persoalan.....
Duha tersenyum kecil bila di usik teman-teman sekerja.Sesekali dia membalas mesej Absyar.Hari ini hari bahagia nya,kata teman-teman lah.Tapi tak tahu kenapa ada rasa sedih bermukim di hati Duha.Duha cuba usir jauh-jauh.Tapi rasa itu tetap datang juga.Duha tahu dia harus berpura-pura.Pura-pura gembira untuk menutup kesedihan dalam hati.
+ Jangan lewat sangat.kerja sikit-sikit sudah lah.
-Dah habis dah.Nak pergi butik ambil baju.
+ok hati-hati.
Duha pandang telefon bimbit nya.Sukar untuk percaya yang dia menerima Absyar dalam hidup nya.Sedangkan dari kecil Absyar lah teman baik nya sehingga kini.Menerima Absyar kerana terhutang budi?atau kerelaan hati?Yang pasti yang jawapan kedua itu bukan lah jawapan nya.
Duha berjanji dia akan cuba membuat kan Absyar gembira.Absyar sudah banyak berkorban untuk diri nya.Absyar tetap ada dengan nya waktu dia sedih dan gembira.Tapi Duha tahu sudah sepuluh tahun,Duha tidak pernah gembira lagi.Kegembiraan nya sudah mati saat berita itu sampai ke telinga nya.Tapi hari ini Duha tahu dia perlu berpura-pura sekali lagi.
"Duha cepat.Nanti lambat.Kasihan diorang tunggu lama."
Duha tersenyum pada Raihana.
"Awal lagi kak Ana.Lagipun Duha nak siap kan pelan ini sikit lagi.Lagi 3 hari dah nak meeting dengan company baru tu kan?"
"Sikit sahaja lagi kan?Esok-esok boleh buat.Jangan buat mak ayah absyar tertunggu-tunggu."
Duha diam sejenak.
"Ok Duha pergi dulu.Lagi pun Duha nak ambil baju kat butik De'Ann tu.Sorry kak Ana,Duha tinggal kan kerja pada kak Ana."
Raihana tersenyum.Dia faham kalau Duha terpaksa cuti hari ini.Itu pun dia lega sangat sebab Duha sanggup datang siap kan sedikit kerja.Hari ini keluarga Absyar akan datang merisik Duha.Itu yang Duha cakap.Raihana pun kenal Absyar.Absyar selalu ke mari.Raihana senang layanan Absyar pada Duha.
Syarikat ini Raihana dan Duha yang tubuh kan.Dari modal kecil kemudian buat pinjaman sehingga sekarang sudah mampu bernafas dan bersaing dengan syarikat hiasan yang lain.Malah baru-baru ini syarikat mereka dapat tender kerjasama dengan sebuah syarikat besar.Raihana syukur sangat-sangat.
"Eh kak Ana ini,dia pula yang berangan-angan."Duha mencuit Raihana.
"Tak ada lah.Sudah pergi cepat.Nanti akak suruh fadhil kemas kan semua ini."
"Thanks kak."
Duha mencapai beg tangan nya.Tergesa-gesa dia turun ke bawah.
"Cantik baju ini Duha.Kena sangat dengan Duha."
Duha pandang dress labuh warna biru laut yang sedang Ann tayang kan di hadapan nya.
"Merisik je Ann.Takkan nak pakai baju ini."
Duha masih teragak-agak.Walau pun ada sedikit majlis malam ini dan di hadiri kaum keluarga dan sahabat handai tapi Duha rasa macam terlebih bergaya pula dengan baju ini.
"Apa pun hari ini hari bahagia you Duha."
Duha hanya mengangguk.Mengiaya kan sahaja kata-kata Ann.Dress biru di masukkan ke dalam plastik.
"Thanks Ann.Jangan lupa datang ye."
"Kalau I tak ada apa-apa I'm sure i'll be there tonight."
Duha membawa baju yang baru di ambil nya ke kereta.Di letak kan di bahagian belakang.Belum sempat dia membuka pintu hadapan pemandu,mata nya menangkap figura seorang lelaki yang baru berjalan melintasi nya.Duha tergamam seketika.Cuba meyakin kan bahawa dia tidak bermimpi.Ya Duha masih nampak belakang lelaki itu yang sedang berjalan di tengah-tengah orang ramai.
Duha terus melangkah laju,cuba mengejar dia.'Dia' yang buat kan nafas Duha terhenti seketika sebentar tadi.Duha terus mencari walau mata Duha tidak lagi mampu mencari bayangan nya.Duah tahu mata nya tidak salah memandang.Memang 'dia.'Tapi di mana?Duha berpusing-pusing di tengah orang ramai.Kaki nya terus di bawa mencari.Sesuatu yang amat menghimpit perasaan nya selama lebih 10 tahun.
'Di mana dia?'Duha hampir mahu menangis.Masih belum bertemu dengan bayangan tadi.
BAB
2
Absyar berdiri di pintu masuk.Jam di tangan di kerling nya sekerap mungkin.Tidak henti-henti dia menelefon Duha.Tapi hampa tiada jawapan.Absyar pandang ibu,bapa nya dan ibu Duha yang turut sama resah.Absyar takut sesuatu yang tidak elok menimpa Duha.
"Absyar."Panggilan dari ibu nya buat kan Absyar berpaling.
"Mana Duha?Dah pukul berapa ini?Tetamu pun ramai yang dah sampai."
"Sekejap ibu.Syar tahu Duha dalam perjalanan."
Puan Rahimah mendengus sedikit.Bukan dia tidak suka pada Duha.Dari kecil dia kenal Duha.Tapi entah kenapa naluri nya seakan dapat merasakan Duha tidak ikhlas menerima Absyar.
"Absyar ..dapat telefon Duha?"
Ibu Duha Puan Mahani pula muncul bertanya kan soalan yang sama.
"Sekejap lagi Duha mesti sampai mak cik.Mak cik jangan risau."
Absyar masih gelisah.
"Syar mana Duha?"
Muncul pula teman baik mereka Fatin dan Azam.
"Aku tak tahu.Dah puas call Duha tak jawab."
"Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku tak?"
Absyar pandang wajah Fatin.Dia mengharap kan kata-kata Fatin tidak benar.
"Tak pe Syar kita tunggu sekejap lagi."
Bahu nya di tepuk perlahan Azam.
Absyar menarik nafas panjang.Mata nya masih meliar memandang ke luar.Mengharap kan Duha akan muncul.Majlis harus bermula.Tetamu banyak dah tiba.
Puan Rahimah sudah menarik muka.Ibu Duha dengan wajah risau memikir kan anak perempuan nya.
Tiba-tiba Absyar nampak kereta Duha.Absyar cepat-cepat mendapat kan Duha.
"Awak pergi mana?Semua orang dah sampai."
Wajah Duha bagai seorang yang di rundung kesedihan.
"Maaf Absyar."
"Tak apa lah.Masuk pergi siap.Saya tunggu kat bawah."
Duha membawa baju ke dalam rumah.Puan Mahani menarik nafas lega.Tapi ibu Absyar tetap mencuka.Bagi nya Duha sengaja memalu kan dia dan keluarga.Duha tidak ihklas dengan Absyar.Dia pasti sangat hal itu.
Duha menangis semahu nya malam itu.Dia pasti mata nya belum kabur untuk membezakan lelaki lain dengan Zarul haq.Tapi benar kah Zaul Haq muncul kembali?Mustahil.Zarul Haq sudah meninggal dunia.Tapi lelaki itu?
Majlis merisik yang di rancang tetap berjalan seperti biasa.Sekali lagi Duha terpaksa berpura-pura.Sedang kan ahti dan fikiran Duha hanya di tempat dia bertemu dengan lelaki itu petang tadi.
"Benar kah dia Ya Allah?"Duha menangis lagi.Hanya itu yang mempu menenang kan kerinduan nya pada Zarul Haq selama ini.
No comments:
Post a Comment