Wednesday, 11 September 2013

SD bab 12


12





Zarif masuk pejabat awal hari ini.Semalam sehari suntuk dia cuba telefon Laily.Tapi talian masih di matikan.Dia tunggu Laily balik tapi sampai jam 8 malam Laily masih belum muncul di parking lot.
“Salmi..Laily…sorry Alisya dah masuk ofis?”
Salmi terkejut juga bila big bos hubungi talian terus ke meja nya.Tak pernah-pernah big bos telefon terus macam ini.Selalu kalau tak Natrah pasti Michele yang hubungi dia.
“Maaf bos Alisya tak masuk ofis hari ini.Dia MC.”
“What?MC?Kenapa?”
Salmi mengurut dada nya bila bos nya yang seorang ini menjerit.
‘Bos agak-agak lah nak menjerit pun.Nasib baik tak ada sakit jatung tau bos.Kalau tak dengan Salmi sekali kena MC hari ini.
“Entah.Mana saya nak tahu bos.Dia call saya subuh tadi bagitahu dia MC.”Memang pagi tadi dia dapat panggilan telefon dari Alisya yang menyatakan gadis itu tidak sihat dan cuti sakit.
“Habis tu kereta dia kat parking lot tu?”
Salmi senyum.Amboi bos aku ini sampai kereta Viva Laily tak bergerak pun bos tahu.
‘Em..ini mesti ada yang tak kena ni.’
“Mana ada dah bos.Semalam kalau tak silap dia bagitahu pukul 10 dia datang ambil.”
“Ok.Kalau dia ada awak tolong bagitahu saya.”
“Ok bos.”
Zarif memicit-micit kepala nya.Sudah lah semalam dia macam orang nanar sebab tak dapat bercakap dengan Laily.Hari ini Laily pula MC.Hati nya tidak tenteram sebelum dapat bercakap dengan Laily.Semalam Laily matikan telefon dengan rasa marah.Zarif jadi tidak enak.Dia tahu Laily marah dengan kata-kata dia semalam.
Bukan dia bermaksud nak bagi Laily marah pun.Tidak tahu kenapa tiba-tiba hati nya jadi sakit bila dengar Laily kena keluar dengan Hakim.
Berkali-kali di cuba nya telefon Laily semula.Tapi masih sama.Talian di matikan.Zarif mati akal.Dokumen di atas meja langsung tidak di buka.
“Zarif…Mr Hakim nak jumpa you about meeting semalam.”Michele muncul di muka pintu.
“Ok suruh dia masuk.”
Zarif betul kan duduk.Bertemu pesaing ya Zarif.Hati nya berkata sendiri.Dia mahu lebih segala nya dari Hakim.Dia tidak mahu kalah paa Hakim.
“Selamat pagi bos.”
“Pagi.Ada apa awak nak jumpa saya.?”Dia berpura-pura serius.
“Saya nak serahkan laporan mesyuarat dengan Maju Jaya Holding semalam.Nampak nya kita tak ada masalah untuk bekerjasama dengan diorang.”
Zarif ambil laporan 5 muka surat dari tangan Hakim.Dia menyemak seketika.
“Awak yang tulis report ni?”
Hakim senyum.manalah dia tahu macamana nak tulis laporan.Kerja-kerja teknikal bangunan dia tahu lah.
“Tak.Our department secretary yang buat laporan ini semalam.”
Zarif angguk.Dia senyum nipis.Hasil kerja Laily.tak dapat jumpa orang tengok tulisan pun jadi lah Zarif ye.
Hakim diam seketika.
Berani nya Zarif Tanya kenapa Laily tak datang sekali.Mentang-mentang Laily cuti hari ini boleh lah suka-suka hati Tanya soalan cepu mas itu.Kalau Laily ada kat pejabat Zarisf nak tanya macam itu juga ke?
Macam berani je Zarif Tanya kenapa Laily tak datang sekali.Padahal kalau laily datang pejabat tentu dia menyorok dalam bilik air sehari suntuk.
“Semalam dia cakap tak sihat.Saya rasa dia cuti sakit hari ini bos.”Suara Hakim sedikit lemah.
“Kenapa?Dia demam ke?”
Hakim sedikit terkejut dengan perubahan suara Zarif.Lebih kepada orang yang cukup risau.Zarif baru tersedar.
“Maksud saya dia demam teruk ke?”Suara nya di betulkan sedikit.Bimbang Hakim dapat menghidu sesuatu walaupun mahu sahaja dia bagitahu Hakim yang Laily adalah kepunyaan dia.
“Harap nya tidak lah bos.”
Zarif angguk.Zarif pun mengharap perkara yang sama.Dalam hal ini dia memang seia sekata dengan Hakim.
“Em…Hakim.Saya dengar awak nak kahwin dengan Farah budak marketing tu ye?”
Hakim tersentak.
‘Ish macamana pula big bos boleh tahu hal peribadi dia ni?Tapi yelah hal dia dengan Farah memang boleh dikatakan semua staff tahu.Tahu dari mulut Farah sendiri lah.Tidak mustahil kalau hal itu sampai ke pengetahuan Zarif.
Konon-konon nya kata Farah kalau staf perempuan tahu yang dia special girlfriend Hakim tak ada siapa lah berani pikat Hakim kat sini.Semua orang kat sini tahu bagaimana sikap Farah Ayikin tu.Bukan kata nak pikat Hakim berbual dengan Hakim pun boleh datang kan cemburu pada dia.
“Tak sure lagi Encik Zarif.Kita merancang je Tuhan yang tentukan.Kalau ada jodoh ada lah.”
“Hai bunyi macam tak seronok je.Biasa orang nak kahwin ni happy.Ke hati awak dah beralih arah?”Zarif masih mahu menduga.Bengang juga Zarif bila Hakim cakap macam tu.Ada bunga-bunga macam tak jadi saja dengan Farah tu.
“Susah nak cakap pasal hati ini Encik Zarif.”
Zarif cuba senyum walaupun hati nya sebenar nya sakit sedikit.
“Kenapa hati awak dah berubah?”
Hakim Cuma terenyum.Tapi Hakim tak tahu Zarif sednag menahan perasaan marah.
“Ok lah..nanti kalau nak makan nasi minyak jangan lupa jemput saya.”
‘Cepat-cepat lah kau kahwin dengan Farah tu Hakim.’
“Inshaa Allah bos.Saya keluar dulu.”
Zarif angguk.Di ambil nya laporan yang di taip Laily semalam.Zarif tidak baca tapi langsung di bawa ke dada nya.Rindu nya bertandang lagi.Wajah Laily menghias kornea nya.


No comments:

Post a Comment