3
“Tak takut ke duduk
seorang kat sini?”
Laily pandang Zarif.Seluar jeans nya sudah dilipat ke separas
betis.
Tadi sebenarnya dia takut juga.Tapi memandangkan sudah dua hari
hujan tidak turun pasti aras sungai tak berubah.Tiba-tiba teringin nak ke jeram
belakang rumah ini.Tapi mana pulak mamat skema ini tahu dia disini?
“Takut juga tadi.tapi sekarang ni dah ada peneman.kot-kot jadi
apa-apa ada juga hero kat sebelah ni.”
Zarif ketawa.Dia duduk di bongkah batu berhampiran Laily.
“Teringat kan apa?”
“Ingat apa?Tak ingat apa-apa pun.”
Zarif pandang wajah Laily.
“Ehem..jaga mata sikit.Anak dara orang ni.”
Zarif cepat-cepat alihkan matanya ke arah lain.Ralit sangat
perhati anak dara orang.Sampai Laily tegur.
“Kl kerja apa?”Dia mula ramah bertanya perihal Zarif.Alang-alang
nak berkenalan biar lah kenal betul-betul.Mana tahu kut-kut ada jodoh antara
kita?Ish berangan je Laily ni.Semalam kata nak cari ustaz.Hari ini dah berubah
hati.
“Saya bawa lori je.”
Laily memuncungkan bibir nya.
“Kot ye nak jadi penipu bersiri pun agak-agak lah.Bawa lori pakai
BMW.Lori apa?”
Zarif sudah ketawa.
“Adalah kerja sikit-sikit.Itu kereta bos.Pinjam je.”
“Ye ke?”Laily melirik kan matanya pada Zarif.
“Betullah.Mana lah mampu nak pakai BMW.”
Laily senyum.
Dari tempat mereka duduk jelas kelihatan Hajah Kalsom dan Mak long
kamsiah sedang bersembang dekat perdu pisang.Ada dua tandan pisang tanduk di
sisi Hajah Kalsom.Pisang yang ditanam ayah Laily.
“Masih ingat kan dia?”
Kali ini Laily pandang Zarif tepat-tepat.terkejut sebenarnya
dengan soalan Zarif.
“Dia siapa?”Hati Laily sedikit berdebar.
Zarif diam.Mungkin mula tersedar dia terlajak kata.Itu lah Zarif
nak tanya main sedap mulut saja.
“Sorry…”Zarif mula sedar keterlanjuran nya berbicara.
Laily mengecilkan mata nya memandang Zarif.
“Ni mesti Mak long Siti Tanjung Perak tu cerita kan?”Jari telunjuk
nya di halakan ke arah Zarif.
“Siti Tanjung Perak?”Keningnya berkerut.Siapa pula?
“Mak angkat awak tu lah.Dia kan ala-ala Siti Tanjung Perak?”
Kali ini ketawa Zarif lebih kuat.Laily turut sama ketawa.
“Tak baik..dia kan mak long awak.”
Laily sengih.Memang pun emak nya selalu sahaja marah bila dia
gelarkan kakak Hajah Kalsom itu seperti pelakon legenda Siti Tanjung Perak.
“Em..mak long cerita apa kat awak?”
Laily nak tahu juga apa lah yang mak long ceritakan snagat pada
anak angkat nya ini pasal Laily.
“Emak tak sengaja terbuka kisah awak.”
“Ok.”
“Itu je?”Fikir Zarif Laily akan sedih atau marah-marah.Tapi riak
wajah nya langsung tak menunjukkan sedemikian.
“Apa maksud awak dengan itu je?”
“Ok?Tak sedih?Tak marah?”
“Buat apa saya nak sedih-sedih.Tak ada makna nya.Jodoh pertemuan
ajal maut semua di tangan Tuhan.Bukan kat tangan kita.So senang je tak ada
jodoh.”
“Tak marah sikit pun?”
Laily diam.Siapa yang tak marah di perlakukan macam tu.Cuma
seminggu sahaja dia bakal bergelar pengantin tapi semua nya musnah.Mak dan ayah
malu.Mujur orang kampung faham.Ada yang suruh Laily ambil tindakan mahkamah,saman,report
polis tapi Laily tak mahu.
“Marah memang lah marah.Tapi lagi banyak kita marah lagi bertepuk
tangan Syaitan.”
Laily memang tak pandai sangat nak marah orang lama-lama.Dari dulu
dia seorang pemaaf.Cepat je hati dia sejuk kalau lepas marah orang.
“Macamana kenal dia?”
Eh Zarif ini sampai hal peribadi laily pun nak tahu.Kenal pun tak
sampai dua hari lagi.Tapi Zarif Cuma ikut kata hati.Dia tak tahu kenapa dia
boleh seramah ini dengan sepupu arwah Iskandar ini.
Laily diam.Sebenarnya dia sendiri sudah malas mahu mengungkit
cerita itu.
“Keluarga kenalkan.Kebatulan satu ofis.”
Zarif mengangguk.Mengikut cerita Hajah Kamsiah tunang laily
memutuskan pertunangan seminggu sebelum mereka bernikah.Lantaran itu majlis
kahwin terpaksa bertukar kepada kenduri arwah.Mujur shaja orang-orang kampong
memahami mereka.Malah ramai yang bagi kata-kata semangat.Kularga tunang Laily
datang juga.Datang untuk memohon maaf atas kekhilafan anak mereka.
“Sebab itu berhenti kerja?”
Laily angguk.Dia sebenarnya malu dengan teman-teman sepejabat
walaupun mereka tak pernah membicarakan soal dia tak jadi kahwin itu.Berbulan
dia fikir akhirnya dia melepaskan jawatan sebagai setiausaha di Bumi
Emas.Apatah lagi kerjanya selalu berurusan dengan bekas tunang.Yang terbaru dia
dengar bekas tunangnya juga sudah berhenti kerja dan bekerja di tempat lain.
Akhirnya Laily tahu kenapa pertunangan mereka diputuskan.Alasan
Hakim dia sudah bertemu dengan wanita lain sebulan sebelum tarikh pernikahan
mereka.Kenal dan terus jatuh cinta.Mudah nya kan bagi seorang lelaki mengalih
kan cinta nya sekelip mata pada perempuan lain.
Laily rasa dia tidak perlu bersedih lama-lama.Buat apa nak buang
airmata pada lelaki macam itu.Hidup nya diteruskan seperti biasa.Bagai tiada
apa-apa yang pernah terjadi.
“Jadi balik petang ni?”
Zarif angguk.Berat sebenarnya dia nak tinggalkan kampung
ini.Apatah lagi hati nya terasa dekat dengan Laily.Dalam diam dia akui dia
menyukai wanita dihadapan nya ini.
‘Coup de fodre?’
‘Jatuh cinta pandang pertama?’
Zarif takut untuk mengiayakan kata hati nya.
‘Love at the first sight?Sungguh dia tiada jawapan.
Amboi...sgguh ke cinta pndg pertama
ReplyDelete