7
“Nak balik dah?”
Terlepas segala fail di tangan Laily dengan sergahan dari
belakang.
“Astaghfirullah…awak ini macam halimunan lah.Ada je…Dah tu tak
reti nak bagi salam pulak tu.”Tangannya pantas mengutip kertas yang berterabur
di lantai.
“Sorry….awak terkejut ke?”Tangan Zarif juga pantas mengutip
kertas-kertas di lantai dan diberikan pada Laily.
“Kalau macam ini bukan orang je terkejut….”
Kertas dihulurkan pada Laily.
“Thanks.”Laily bersandar di tepi Viva nya.
“Buat apa kat sini?Hantar barang?”
Zarif angguk.Bibir nya mengukir senyuman.
“Baru lepas hantar barang tadi.”
Laily ketawa.Kepala nya digelengkan perlahan.Mana tidak nya minggu
ini sahaja dua kali dia bertemu dengan Zarif.
“Nak balik dah?”
Laily angguk.Hari ini sehari suntuk dia di tapak projek.Terpaksa
ikut Salmi bila selepas itu Salmi ada temujanji dengan pelanggan.Hampir pukul
lima tadi baru balik pejabat.
“Jom pergi makan nak?”
Laily mengecilkan mata nya.
“Awak dah gaji ke nak ajak saya pergi makan?”Zarif ketawa.
“Tak pe simpanan saya ada sedikit lagi.Boleh rasanya setakat
sepinggan dua makan malam.”Laily senyum.Dari gaya Zarif dia tahu Zarif bukan
sebarang orang.Pasti Zarif punya kerjaya yang baik.
“Daripada ajak orang baik ajak girlfriend awak
makan malam.”
“Tak sudi ke nak keluar makan malam dengan pemandu lori?”
“Saya penat sangat lah Zarif.”
Kali pertama Laily membahasakan Zarif dengan nama.Ada getaran
halus dalam hati Zarif saat ini.Getaran yang tak mampu di lakukan Alisa saat
berteriak nama nya atau mana-mana perempuan lain.
“Ye ke?Saya makan seorang lah malam ini.”
Laily diam seketika.Akhirnya dia mengalah.
“Ok nak makan kat mana?”
Zarif sudah tersenyum.
Sukalah tu bila Laily setuju nak keluar makan dengan dia.
“Laily nak makan kat mana?”
“Ikut lah kat mana pun.”
“em..kat rumah saya?”
“Jangan nak cari pasal encik Zarif.Nak mengarut esok-esok saja
ye.Orang mengantuk gila dah ni.”
“Ha..ha…saya gurau je lah.Jom naik kereta saya.”
“Habis tu Viva ni nak letak mana?Tak kan nak datang sini
balik.Esok saya nak pergi kerja naik apa?”
“Saya hantar Laily balik….esok pagi saya ambil hantar terus pergi
kerja.”
“Ish boleh caya ke?”
Sebenarnya Laily takut juga.Mana lah tahu kalau-kalau Zarif ini
sendikit yang jual orang tu.
“La…saya tak bawa Laily lari lah.kalau bawa lari pun ke Thailand
je.”
“La apasal dekat sangat Thailand?Bawa lah pergi Jepun ke…Eropah
ke…”
Zarif ketawa lagi.Ada sahaja jawapan Laily.
“Eropah pergi time honeymoon.Pergi Thailand nikah
dulu.”
Merah padam muka Laily bila Zarif cakap macam tu.
Zarif pun tak tahu sejak bila dia boleh bergurau macam ini.Yang
pasti sejak dia mengenali Laily.Sejak dia pergi kampung Pauh tempohari.Sejak
dia duduk atas pangkin bawah pokok rambutan atau sejak dia dating berdua
dengan Laily di jeram belakang rumah mak long Kamsiah.
“Merepek je lah.Jom lah cepat.dah ngantuk dah ni.”
Dia pantas ke kereta Zarif.Sedangkan debaran di hatinya semakin
kuat dengan gurauan Zarif tadi.
Masih dihafal nombor pendaftaran dan jenis kereta Zarif.Sebaik
pintu dibuka terus dihenyakkan tubuhnya ke kerusi.
‘Best nya…”Sehari suntuk dia hanya berdiri sahaja.
“Thanks ye..”
Zarif mengecilkan anak matanya memandang Laily.
“untuk apa terima kasih itu?”
“Jadi driver orang hari ini.Orang memang tak
larat betul pun hari ini.”
“Oh ingat apa tadi.no problem.Jom.”Laily angguk.matanya hampir
tertutup.Tapi ditahan supaya tidak tertidur dalam kereta Zarif.
“Kalau mengantuk tidur lah.Sampai nanti saya kejutkan.”
Laily geleng.
“Jangan risau saya tak buat apa-apa.”Zarif senyum gembira.Hati nya
seronok sangat dapat berdua dengan Laily macam ini.
“heureux?”jawapan nya ya.Memang Zarif gembira ketika ini.
“heureux?”jawapan nya ya.Memang Zarif gembira ketika ini.
Suka btul zarif dpt klua lg dgn laily
ReplyDelete