8
“Délicieux?”
Laily angkat muka pandang Zarif.
“Apa?”Dia kurang pasti maksud Zarif?Dia ini cakap bahasa jawa ke?
“Délicieux…maksudnya enak tak?”
“Oh..ingat awak mengarut apa tadi.Bahasa apa tu?”
“France…”
“Pandai cakap France?Belajar mana?”
“Masa kat US dulu ada kawan orang perancis.Tiap-tiap hari dia ajar
saya dan Iskandar bahasa Perancis.Boleh lah sikit-sikit.”
“Very Délicieux…..”Laily senyum.Sekurang-kurang nya dia dah
pandai sebut sedap dalam bahasa Perancis.
Selesai makan malam Zarif menghantar Laily pulang ke rumah sewa
nya di Setiawangsa.rumah teres satu tingkat.
“Esok tak payah ambil orang naik LRT je pergi kerja.”
“Tak sudi saya nak hantar kan?”
Laily geleng.Dia malas mahu menyusahkan Zarif datang sini
semata-mata nak hantar dia pergi kerja.Lagipun stesen LRT tak jauh mana pun
dari rumah sewa nya.
“Tak pe lain kali awak boleh hantar orang ye.Esok tak payah
tau.”Laily senyum.
“Duduk dengan siapa?”
“Mana mampu nak sewa seorang-seorang.Rumah sewa kat kl ni bukan
dua tiga ratus.Sewa lima orang.Dua orang student kolej.Dua orang lagi kerani
bank dengan Sales girl.”
“Duduk berdua nak?”
“Awak ni kenapa?Dah buang tabiat?”
Zarif ketawa.Wajah Laily sudah panas.Kalau boleh Nampak mungkin
Zarif perasan wajah nya sudah merona merah.
“Tak kelakar lah benda tu.”
Zarif tahu Laily marah.
“Saya gurau je.”
Laily menjeling.
‘kut nak bergurau pun agak-agak lah dia ini.Buat denyutan nadi aku
lebih cepat dari biasa je.’
“bonne nuit”
“Ha apa?”
Laily yang baru nak melangkah keluar berpaling semula.
“Selamat malam…”
“Oh….ok bon juga.”
Zarif ketawa.Laily hanya mengangkat tangan sebelum menghilang ke
dalam rumah.
Zarif memandu keluar dari kawasan perumahan laily dengan hati
berlagu riang.
“Umi tengok sejak kebelakangan ini Rif happy je?”
Zarif senyum pandang Puan Sri Rohani.
“Kalau Rif bagi Umi menantu Umi suka tak?”
“Betul ke?Memanglah umi suka Rif.tapi tak nak lah Alisa tu
ye.”Memang pun Puan Sri Rohani tidak suka dengan sikap Alisa anak dato
Hamdan.sudah lah pakai macam tak cukup kain.
“Bukan Alisa lah umi.”
“Habis tu siapa?Yang umi tahu Alisa tu je lah yang dok kejar Rif.Perempuan
lain yang minat kat Rif mana berani nak cakap.”
“Ini lain umi.Tapi dia orang biasa je.Anak orang biasa je.”
“Umi tak kisah Rif.Pangkat dan harta bukan boleh bawa mati.”
“Merci umi”
Zarif berterima kasih walaupun dia sendiri belum berterus terang perasaan
nya pada Laily.
“Ye lah….nanti bawa jumpa umi kat sini.”Zarif angguk.
“Zarif.!”Alisa
berdiri dengan lagak nya yang sombong di meja Natrah,setiausaha Zarif.
“Sekejap cik Alisa,saya panggil cik Michele.”Natrah berlalu ke meja
Michele.Memang sudah diberitahu sejak hari pertama dia bekerja
disini apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan Zarif dia harus melaui
Michele.Melainkan kalau Michele tiada di pejabat barulah dia boleh terus
berurusan dengan Zarif.
“Cik Michele…Cik Alisa nak jumpa bos.”
Michele sempat merenung ke arah Alisa sebelum menghubungi Zarif di
dalam pejabat.
“Your girl nak jumpa.Alisa.”Michele letak telefon
setelah bercakap dengan Zarif.Michele tahu kali ini dia akan kena marah lagi
dengan Alisa.
“I’m so sorry Miss Alisa…bos is quite busy right now.”
Mata Alisa merah.Dia tahu Zarif sengaja mahu mengelak untuk
berjumpa dengan dia.
“Do I care?”Tanpa memperdulikan Michele dan Natrah Alisa meluru ke bilik
Zarif.
“Miss Alisa….”Michele cuba menahan.
Zarif yang sedang menyemak sesuatu terkejut dengan Alisa yang
terburu-buru masuk.
“I’m so sorry Rif.I try to stoped her…”
“Its ok Michele.”
Michele angguk dan terus keluar.Zarif buat tidak tahu pada Alisa
yang sudah duduk berhadapan dengannya.
“I nak tahu siapa perempuan dalam kereta you last night?”Alisa
peluk tubuh.Mata nya merah memandang Zarif.Sungguh sejak semalam dia tidak
boleh tidur bila terserempak Zarif dengan seorang wanita lain di dalam kereta
ketika berselisih di lot parking.Sudah lah berkali-kali dia telefon Zarif tidak
jawab.Lagi lah menaikkan suhu kemarahan nya.
“You siapa nak tahu?Its not your business.”Mata nya masih
memandang kertas di atas meja.Bagai Alisa tidak wujud di situ.
“Ok bukan urusan I.Fine!But siapa dia Rif?”
“Ok I tell you.”Zarif angkat wajah pandang Alisa.Sungguh
dari dia kenal Alisa sejak remaja sehinggalah kerja di bawah satu bumbung dia
memang tidak berkenan dengan pakaian yang di pakai Alisa.Kalau tidak kerana
Dato Hamdan tidak ingin dia ambil Alisa kerja disini.Semua nya atas rasa hormat
dia pada Tan Sri Zakuan.
“She’s my girlfriend.And I will marry her.Puas hati?”
“What?How dare you?”Suara Alisa sudah meninggi.
“You bukan sesiapa nak cakap macam tu pada I Lisa.You nothing
to me And remember kat sini I’m your boss dan you tak lebih dari seorang
pekerja I.”
“No Rif.I wont let this happened.You’re mine.Remember that!”Alisa bangun dengan
kasar dan terus keluar dari pejabat Zarif.Zarif menggeleng kepala nya.
“Perempuan tu nak apa?”Michele mengambil tempat yang di tinggal
kan Alisa seketika tadi.
“She’s crazy Michele.Huh tak kuasa I nak layan perempuan macam dia.”
“Salah you juga.Still available.Of course perempuan-perempuan
tak lepaskan peluang diorang.”
“I fall in love.”Bersinar-sinar mata Zarif bila
buat pengakuan depan Michele.
“Hah?Betul ke Rif?Dengan siapa?Don’t tell me…. Alisa.”Memang
Michele langsung tak berkenan kalau Zarif jatuh cinta dengan Alisa.
“You ni tak ada orang lain ke?Bukan lah.Nanti you tahu juga.”
“Dengan I pun you nak rahsia Rif?”
Dari dulu sejak Michele jadi pembantu peribadi Zarif jarang ada
rahsia antara dia dan Michele.Dia percaya kan Michele.Sebab itu banyak urusan
membabitkan kerja dan peribadi diuruskan oleh Michele.Pekerja bawahan nya lebih
banyak berjumpa Michele dari dirinya.
“Sejak bila you macam ni?”Michele senyum-senyum.Sejak dulu jarang
Zarif nak bercerita tentang perempuan.Tapi kali ini Michele tahu ada wanita
yang sudah Berjaya masuk dalam hati bos nya ini.
“Coup de foudre.”
“You ni jangan lah talking France dengan I.Kalau
Japanese I tahu lah.”
Zarif ketawa.
“Jatuh cinta pandang pertama lah…”
Michele ketawa.
“The girl must be lucky.”
“Itu lah dia biasa-biasa sahaja.Tapi bila I dengan dia I jadi luar
biasa.”
Michele Nampak keterujaan Zarif bercerita.
“Love at the first sight…em…she know that you like her?”
Zarif geleng.
“La….habis tu?”
“I tak berani nak berterus terang lagi lah Michele.”Berterus
terang dengan Laily yang dia sukakan Laily?Yang tu dia kena susun dialog
dulu.Mana lah Zarif tahu nak meluahkan perasaan ini.laily pula jenis yang
berterus terang.Susah nya.
“nanti-nanti terlepas you yang susah Rif.”
zarif angguk.Mengiayakan kata-kata Michele.
“Ada jodoh tak kemana kan?”
Michele senyum.Suka benar dia tengok Zarif jatuh cinta.
“I hope you tak bertepuk sebelah tangan Rif.”
“Harap nya lah kan…”
“Harap nya lah kan…”
“Ok lah.Ada banyak lagi kerja kat luar tu.Layan you punya perasaan
nanti kerja I tak siap pulak.”
Zarif ketawa kecil.
Tiba-tiba wajah Laily terhias di kornea nya.
No comments:
Post a Comment