Friday, 20 September 2013

antara kita ada dia

Bagaimana dia mahu menyatakan rasa sayang nya pada Zaril Ikram bukan sayang seorang adik kepada abang.Bagaimana dia mahu berkata bahawa dia suka kan Ikram sejak dia menajdi anak angkat dalam keluarga ini lagi?Tapi kenapa kurang nya perhatian Ikram pada diri nya?Sedang kan Zaril Izham beria-ia ingin mencuri perhatian nya.Tidak layak kah anak angkat seperti nya bertemankan lelaki hebat seperti Zaril Ikram?Tapi dia bisa melihat ada sinar cinta dari sepasang mata milik lelaki itu pada diri nya.Dia juga tahu bagaimana Izham mengharap kan dia membalas cinta Izham.Susah nya mahu mentafsir perasaan dan hati seorang lelaki.Dia terus mengharap Zaril Ikram meluah kan rasa.Akan adakah harapan bila ibu bapa nya memilih Izham sebagai pasangan nya.Terdayakah dia membantah andai banyak nya hutang budi dia pada keluarga itu?Keman menghilang nya Ikram di saat Izham tersenyum gembira.Mampukah cinta yang mereka rasa menjadi titian untuk sebuah harapan.

Nadia:NAdia tahu Nadia bukan sesiapa.Nadia tak layak untuk dicintai lelaki sehebat abang.Tapi Nadia mahu meluahkan rasa hati nadia sebelum terlewat.
Zaril Ikram:Maaf kan abang Nadia.Kalau lah Nadia tahu apa yang etrsembunyi dalam hati abang saat ini.Kalau lah nadia boleh tembus tabir jiwa abang....abang pasti Nadia akan tersenyum.Maafkan abang kerana buat kan kesedihan bertamu di hati Nadia.Abang tak mampu.
 
 
 
 
prolog
 Zaril Ikram termenung seketika.Dia memandang ke luar jendela.Memandang pepohon Ru yang merimbun.Mata nya berkalih pada pohon-pohon kelapa yang melambai-lambai di tiup semilir angin petang.Udara nya menghembus melepasi jendela kayu.
 Indah dan asyik.Tapi belum dapat mendamai kan sekeping hati lelaki milik nya.Pengecut kah dia?Tidak berani kah dia berhadapan dengan kenyataan?Dayus kah dia membenarkan impian dan angan nya berlalu begitu sahaja?Zaril Ikram tahu dia tersepit.Tersepit antara kasih seorang abang dengan rasa hati yang sukar di lawan.Dia masih ingat kenangan itu.Detik pertama kali dia bertemu sudah ada rasa yang menggoncang jiwa.Tapi fikir nya ketika itu dia masih remaja.Bukan itu keutamaan apatah lagi gadis itu di perkenal kan sebagai keluarga.Tapi Zaril Ikram tahu rasa itu bukan kerana usia remaja nya tapi rasa itu memang wujud jauh dalam hati nya.
"Masuk Nadia."
Zaril Ikram dan Zaril Izham yang sedang asyik menonton televisyen bergegas bangun bila  mama nya membawa masuk seorang anak gadis yang rasa nya lebih muda beberapa tahun dari mereka berdua.
"Am...Izham ni mama kenal kan Nadia.Mulai hari ini Nadia akan tinggal kat sini.Tapi untuk cuti sekolah sahaja sebab Nadia belajar di MRSM."
Zaril Ikram dan Zaril Izham terpinga-pinga.Papa cuma tersenyum.Dato'Zaman menyerah kan beg pakaian Nadia pada pembantu rumah.Datin Ariani membawa Nadia duduk.
"Nadia.Ini abang Ikram.Yang ini pula abang Izham.Mulai hari ini diorang berdua ini adalah abang-abang Nadia.Mama dengan papa pula ibu bapa Nadia."
Gadis yang di apnggil nadia cuma mengangguk.
"Nadia pergi rehat dulu.Ikut bibik yati naik atas.Nanti kita boleh makan sekali."
Bibik yati membawa Nadia ke tingkat atas.
"Siapa tu ma?"Izham menyoal.
"Dia anak kawan baik mama.Mak ayah dia baru meninggal kemalangan.Nenek dia dah uzur.Sebab tu mama dan papa buat keputusan untuk jadikan dia anak angkat.Lagipun mama tak ada anak perempuan yang dah besar.Ain kecil lagi.Nak bercerita dengan kamu berdua bukan nya reti hal-hal orang perempuan ini."
Zaril Ikram dan Zaril Izham sama-sama berbalas pandang.Selama ini hanya mereka dan Ain sahaja di rumah ini.Kini  muncul lagi seseorang di sini.
"Habis tu kami nak panggil dia apa mama?"Ikram pandang adik nya yang baru tingkatan 4.
"Panggil Nadia lah.Kan mama bagitahu nama dia Nadia.Ikram dengan Izham  jangan nak buat bukan-bukan ye. "Datin Ariani mengingat kan walaupun  dia tahu peribadi kedua anak nya ini baik.
 
 

No comments:

Post a Comment