Wednesday, 11 September 2013

bab 13-15





13





You tahu tak apa yang you buat semalam tu salah?Kalau bos tahu you serang I kat tempat meeting bukan kata you dengan I sekali kena berhenti kerja tau.”Farah menejeling.Dia masih merasakan dia tidak bersalah.apa yang dia buat semalam hanya mempertahan kan hak dia.Dia tidak mahu Hakim dirampas oleh Laily.
“So you nak menangkan perempuan tu lah?Sebab dia bekas tunang you?Sebab you pernah bersama dia dulu?Atau sebab you masih sayang kan dia?”
“Bercakap dengan you kan tak pernah habis tau.You tahu tak nasib baik semalam dah habis meeting.Kalau tak I tak tahu lah apa nak ajdi.Yang you nak serang Laily kenapa?Dia buat salah dengan You ke?”
“Oh…so you kata tak salah lah apa you dengan dia buat semalam?”
Hakim mengeluh.Dia dengan Laily pergi atas urusan kerja.Buan urusan peribadi.Dia tidak nampak mana salah nya.
“I buat apa Farah?Itu kan pasal kerja?Yang you nak marah tak tentu pasal kenapa?”
“Dah tak ada orang lain boleh pergi dengan you?”
“Laily tu secretary my department.Takkan you nak I pergi dengan Reduan and suruh budak mechanical tu tulis report and hantar pada CEO?You tak boleh fikir ke semua tu sebelum you datang serang I semalam.?”memang Hakim marah dan malu.Farah tiba-tiba muncul dan marah-marah pada Laily.Sudah lah ramai yang jadi penonton drama sebabak itu.
“Habis tu nak biarkan you seronok dengan Ex-Fiancee you tu?”
Mata Farah bersinar tanda dia memang tengah marah sangat-sangat.
“Susah  kalau cakap dengan orang yang tak faham bahasa macam you ni Farah.Sebab itu lah setiap kali jumpa kita mesti bertengkar.Sebab you tak pernah nak dengar pendapat orang.Kalau macam ini baik kita putus saja.”
“Oh..jadi sekarang nak putus pula?Semua sebab perempuan tu kan?”
“Susah cakap dengan you ni.”Hakim mendengus.Berang dengan sikap Farah yang tak faham bahasa.
“I tak nak you ada apa-apa hubungan lagi dengan perempuan tu Hakim.You ingat sikit ye…I yang bawa you masuk kerja kat sini.So you jangan nak pandai-pandai menggatal dengan orang lain.”Farah bagi amaran.
“Suka hati you lah Farah.Kalau I tak jadi kahwin dengan you bukan sebab Laily.Tapi sebab sikap you sendiri.”Hakim lantas bangun meninggalkan Farah.Memang dia kesal dengan sikap Farah.Dia marah kan Farah atas kejadian semalam.
‘Aduh pening kepala aku.’
Farah menahan hati.Kalau tak ada orang di sini agak nya sudah lama dia histeria.Semua nya kerana Laily.Dalam hati dia menyimpan tekad.Laily akan di tolak jauh dari hidup Hakim.Malah kalau perlu dia juga akan singkirkan Laily dari metro Group.






Mata Zarif sudah hampir terlelap bila dia Nampak kelibat Laily keluar pagar.
‘Aduh dah sehari suntuk aku duduk dalam kereta ini baru dia keluar rumah.’Mana tidak nya dari tengahari tadi dia disini.Di hadapan rumah Laily menunggu Laily keluar.Sudah lah rumah Laily tak ada loceng.Tadi puas diketuk mangga di pintu pagar tapi tak ada siapa pun keluar.Dia tahu Laily ada dalam rumah sebab kereta Laily elok di parkir dalam garaj.
“Laily…”Zarif menjerit.
Laily yang baru nak ke kedai baru perasan ada sebuah kereta di seberang jalan rumah.
‘La..mamat ini buat apa kat sini?’
“Awak buat apa kat sini?”Memang dia terperanjat dengan kehadiran Zarif yang tiba-tiba.
“Tunggu awak lah.”Zarif jawab bersahaja.
“Tunggu saya nak buat apa?”
“Call tak jawab.Sms saya awak tak balas.Saya punya lah ketuk mangga rumah awak tadi tapi tak ada respon pun.Sudah nya saya tunggu je lah kat sini.”
Laily ketawa.
“Orang tidur lah tadi.Mana nak dengar.”
Memang selepas subuh tadi dia terus tidur.Penat memikir kan hal semalam.
“Tidur mati ke apa?”Zarif senyum nipis.
“A..ah..kalau mati terus kan bagus.”
“Subhanallah.Apa cakap macam tu?Tak baik lah.”
‘Kalau awak mati saya nak kahwin dengan siapa pula nanti?’
‘Alah baik nya mamat ni.’
“Sorry…ini apahal cari orang ni?”Laily menyandar di kereta proton Waja.
‘Dah kereta lain pulak?’
“Sorry pasal semalam.”
“Pasal apa?”
“Saya cakap awak tak sabar nak keluar dengan Hakim?”
Laily mahu sahaja memuntahkan ketawa nya melihat wajah Zarif yang macam pesalah dalam kandang tertuduh.
“Tak ada apa lah.Tak fikir pun pasal tu.”
“Betul ke?”
Laily angguk.
“Habis tu kenapa matikan handphone?”
Zarif ingat semalam Laily marah kan dia sebab itu Laily matikan talian telefon.
“Sorry…semalam memang tak ada mood sangat-sangat.Kena serang masa kat meeting.”
Laily tarik nafas panjang.
“Siapa serang awak?”
“Boleh tak kalau masuk kereta awak.Malas lah nak sembang tepi jalan macam ini.Nanti jadi bahan gossip pula kat taman ini.”
Zarif senyum.Memang itulah hajat nya pun.
“Ok.Jom.”Di buka kan kereta sebelah penumpang.
‘Ala-ala prince charming buka kan pintu kereta kuda untuk Cinderella.Berangan sajalah Laily.’
“Ok ceritalah.”Kereta Waja yang  Zarif pinjam dari pemandu keluarga nya mula bergerak keluar dari taman perumahan Laily.Laily punya pasal dia tukar kereta dengan Pak Wahab.Tak pasal-pasal Pak Wahab melaram dengan BMW Zarif.
“Farah bekas tunang Hakim serang saya semalam.Ada ke dia kata saya saja ambil kesempatan nak dating dengan hakim.Huh bagi free pun saya tak nak tau.”
Ayat laily yang akhir itu buat kan Zarif senyum dalam hati.
“Habis tu teruk ke?”
“Apa yang teruk?”
“Teruk ke dia serang Laily?”Kenapa ye setiap kali Zarif sebut nama Laily hati Laily bagai baru lepas berlari berkilometer jauh nya.
“Tak ada lah sampai adegan tarik menarik.Tapi saya sakit hati juga bila orang tuduh saya macam tu.Hakim tu bagi free pun saya tak nak balik.Orang macam tu elok bungkus ikat buang dalam laut je.”
Zarif senyum.
“Betul ke Laily tak ada perasaan pada Hakim lagi?”
“La..awak pun tak percaya juga Zarif?Suka hati lah.Saya ni jenis malas nak ulang siaran.Kalau dah itu,itu lah jawapan saya.Tak ada pembetulan lagi dah.”
Senyuman Zarif semakin melebar.
“Sorry.”Laily angguk.
“Ini kereta siapa pula ni?Mana BMW awak?”
“Ini kereta kawan.Saya pinjam.Kan dah cakap BMW tu kereta company.”
Laily angguk.Separuh percaya separuh lagi macam was-was sahaja.
“Habis awak tak ada kereta?”
Zarif pandang Laily seketika dengan senyuman di bibir sebelum kembali pada jalan raya dihadapan.
“Kalau saya tak ada kereta awak tak nak kawan dengan saya?”
“La..kenapa cakap macam tu pula?”
“Ye lah mana nak tahu kalau awak nak kawan dengan saya sebab BMW tu je?”
“Eh..cakap baik-baik sikit ye.Oh selama ini awak ingat sebab BMW awak tu lah saya nak kawan dengan awak.Eh encik Zarif kalau sekalipun awak tu Cuma ada basikal tua je….saya tetap kawan juga tau.Saya berkawan ikhlas yang awak cakap macam ni kenapa?Ingat saya ini materialistik ke?Oh baru saya tahu rupa nya ini tanggapan awak pada saya selama, ini ye?Dan untuk pengetahuan awak kalau saya tahu awak orang kaya saya takkan berkawan dengan awak.”
Zarif sedar dia tersilap kata sekali lagi.Itu lah Zarif cakap tak tapis dahulu.
“Sorry saya tak maksud macam tu.”
“Sorry naik lori lah.Dah stop kat sini orang ambil teksi balik.Ingat nak ajak pergi makan.Orang ni dari pagi tadi tak makan apa-apa lagi.Tup-tup kena makan hati petang-petang macam ini.”
“Saya minta maaf Laily.Saya tak maksud pun macam tu.Sorry ok.”Laily buat-buat tidak tahu.Pandangan nya dihalakan keluar.Saja nak tunjuk protes di hadapan Zarif.
“Laily jangan macam ini.Saya minta maaf ok.Minta maaf sangat-sangat.”Laily masih diam.
‘Best juga kena pujuk macam ni.’Nakal nya Laily biar Zarif diburu perasaan bersalah.
“Laily..pandang saya.Saya tak bermaksud pun nak cakap Laily materialistik.”Laily masih buat tidak tahu.
“Turunkan saya kat bus stop depan tu.”Mulut nya dimuncungkan ke hadapan.
“Laily…”
‘Aduh….boleh buat aku cair betul lah mamat skema ini.Sweet je bila dia sebut Laily tu.
Tiba-tiba Laily rasa tangan nya panas.
Jantung Laily nak gugur dah bila tengok Zarif pegang tangan dia.
“Eh ni apa pegang-pegang orang ni.”
“sorry.”Zarif menarik kembali tangan nya.
Ada senyuman terukir di bibir Ahmad Zarif.
“Jangan macam ini.Nanti saya tak boleh bawa kereta tahu tak?”
Laily masih buat tak tahu.Saja buat-buat merajuk.Padahal bukan ada apa sangat pun.Suka lah kan tengok Zarif serba salah macam itu.Tak baik nya Laily buat Zarif macam ini.Sudah lah berjam-jam Zarif tunggu Laily keluar rumah.Ini Laily nak buat perangai pula.



Zarif memeberhentikan kereta nya di Restoran Asam Pedas.
“Jom lah kata nak makan.”
“Tak lapar dah kenyang.”Zarif buka tali pinggang keledar.Tubuhnya dipusing mengadap Laily.Lama Laily direnung.
Laily sudah tidak tentu arah.Nadi nya dah macam tak normal.
“Jom lah.Saya tahu Laily lapar.Kan dari pagi tadi tak makan?”
Apasal lah Zarif ini kalau bercakap dah macam si suami pujuk isteri.Agak nya Zarif nak buat Laily isteri tak?Laily dah senyum dalam hati.
“Orang cakap dah kenyang tu dah kenyang lah.”Sudah-sudah lah Laily.Kasihan Zarif asyik memujuk sahaja.
“Kalau tak nak makan temankan saya makan boleh?”
‘Alahai kasihan pula Laily.Lagipun lagi lama Zarif dok pandang dia macam tu mahu malam ini juga dia ajak Zarif nikah.’
“Jom.”Laily terus keluar.Zarif senyum nipis.
Seronok agak nya akhir nya Laily ikut juga cakap Zarif.
“Laily nak makan apa?”
“Kan tadi cakap dah kenyang.”Sebenar nya perut dia memang berkeroncong pun.Apa tah lagi dengan bau bunga kesum asam pedas dalam restoran ini.Menggugat iman betul lah.
“Ok..bawakan dua set nasi ye.Air fresh orange.”Zarif membuat pesanan.Laily buat-buat pandang keluar.
“Makan nasi ye.Perut kosong tu.Nanti sakit susah pula.”Laily buat endah tak endah.
‘Sweet juga Zarif ni.’
“Tak pe kalau sakit pun bukan nya nak susah kan sesiapa.”
“Siapa cakap orang lain tak susah?”Zarif senyum-senyum pandang laily.
“Siapa yang nak risau pasal saya selain Haji Nordin dengan hajah Kalsom.Itupun kalau saya bagitahu diorang.”
Laily menjeling sedikit.Sebenar nya tak mahu bertentangan mata dengan Ahmad Zarif.Zarif punya pandangan boleh cair iman Laily.
“Laily ingat tak ada yang risau?”
Laily jungkit bahu.
“Hati saya risau kalau Laily sakit.”
Ha..kan dah kena Laily.Nak jawap apa.
“Kenapa nak risau pula?”
“Sebab apa ye…Em…sebab tuan punya hati memang risaukan tuan puteri kat depan ini.”
Laily diam terus.Zarif masih melebar kan pandangan nya pada gadis comel di hadapan nya ini.
Lima belas minit kemudian makanan sampai.Zarif letakkan sepinggan nasi dihadapan Laily.Terliur nya Laily tengok asam pedas yang masih berasap dalam mangkuk.
“Makan lah.”
lagi terliur bila tengok Zarif mula melakukan suapan demi suapan ke dalam mulut.
‘Ish mana tahan macam ini.’Laily mengalah.Asam Pedas ditambah perut nya yang sedang berkeroncong meleraikan ego nya.Zarif senyum melihat Laily makan.Dia tahu laily memang lapar sangat.
“Tambah nasi kosong satu lagi boleh tak?”Zarif hampir sahaja mahu ketawa.Tapi di tahan nya tidak mahu Laily tersinggung.Tengok Laily makan sweet je gadis ini.
“Dik nasi kosong dua lagi ye.”Kenapa ye tiba-tiba dia juga amat berselera sangat hari ini.
“Orang makan ini bukan sebab orang dah lupa apa awak cakap ye.Makan ini sebab lapar gila and satu lagi sebab asam pedas ikan pari ni memang favorite orang.”
Zarif sudah tersenyum.
“Ok saya salah.Cakap tak fikir dulu.Sorry ye.”
Laily angguk.
“ok.”Dia senyum sikit.Wajah nya diangkat memandang Zarif.Dan Zarif juga sedang memandang kea rah nya.
Dengan Laily dia tidak perlu menjadi Ahmad Zarif Tan Sri Zakuan CEO Metro group.Dengan Laily dia rasakan dia Zarif sewaktu diatas padang rumput di Kentucky bersama Iskandar dan Darieka.
‘Bila mata hati berbicara…bibir tak perlu kata apa-apa …biar hanya jiwa yang mendengar suara nya.’






An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone,
 the rooms are getting smaller.
I wonder how, I wonder why, I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together.(oh yeah)

And all my love, I'm holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again... my love.
All the seas from coast to coast
To find the place I Love The Most
Where the fields are green, to see you once again... my love.
Zarif menyanyi girang.Lagu westlife, My Love berkumandang dari bibir nya.
“Happy Nampak Zarif?”
Zarif senyum pada Michele.Michele pelik dengan sikap Zarif sejak akhir-akhir ini.Semalam bukan main marah lagi hari ini senyum sampai telinga.
“Alah salah ke I nak happy-happy Michele?”
“salah tu tidak tapi yesterday you punya templer I pun takut tau tak?”
“Sorry ok.Semalam I ada masalah sikit lah.”Zarif senyum sebelum ke bilik.
“Zarif hari ni you ada meeting sekejap lagi dengan jabatan pemasaran dan kejuruteraan.”
“Cuma staff yang terlibat sahaja kan?”Mahu Zarif tak risau.Buat nya Laily ada sekali baru haru.Dia baru sahaja nak memenangi hati gadis itu.
“yelah…takkan ofis boy pun you nak ajak meeting sekali.”
Zarif senyum.Michele semakin pelik.
‘Agak nya perangai orang sedang di lamun cinta macam ini lah.
Zarif sudah duduk di kerusi nya.Kenangan bersama Laily semalam masih terukir di minda.Senyuman Laily ,rajuk Laily buat kan Zarif gila bayang sendiri.Bagaimana harus di luahkan rasa hati yang mula berubah menjadi musim bunga.Hati Zarif saat ini penuh dengan keindahan.Seperti indah nya bunga-bunga tulip sewaktu dia bercuti ke Netherland dulu.Atau seindah sakura sewaktu pertama kali dia jejakkan kaki ke Jepun.Yang pasti hati nya kini penuh dengan bunga-bunga cinta untuk Laily.
Kubina kan mu istana
Aku renda kan bahagia
Dengan niat suci
Kau lah permaisuri…..



























14



Zarif mula rimas bila Alisa mengambil tempat berdekatan dengan nya.Ada Farah dan Hakim juga.Salmi dari tadi senyum-senyum pada nya.Anggukan Salmi Zarif tahu yang Laily sudah masuk kerja kembali.
So,we just make short meeting today.I want short presentation from every department.”
Alisa senyum-senyum.Dia berdiri dan terus membacakan laporan jabatan yang diketuai nya.Zarif dengar dengan penuh minat.Bukan minat pada suara Alisa tapi pada laporan yang dibentangkan jabatan pemasaran.
Zarif akui Alisa memang bagus dalam pekerjaan nya.Cuma tak tahu kenapa hati nya tidak pernah bergetar sepertimana bila dia bertemu Laily.
Selesai semua memberi penjelasan tentang laporan masing-masing Zarif bersuara.
“I heard something bad two days ago.Mr hakim anything yang you tertinggal untuk lapor pada saya?”Zarif sengaja sebenar nya.Sengaja menggunakan kuasa CEO untuk kenakan Farah dan Hakim.
“What do you mean sir?I don’t understand.Rasanya semua laporan dah dibentangkan.”
“I mean….kisah perang di Meeting room dengan Maju Jaya Holding.”Zarif Nampak wajah Farah sudah merah menyala.
“Er…I….I…just don’t know how to explain.”Hakim terkedu.Tidak sangka pertengkaran Farah dan Laily sampai ke pengatahuan big bos Syarikat.Hakim pandang Farah yang sudah menunduk.
“I don’t want any personal problem menjejaskan syarikat.There have a lots of people are wathching your action.”
“I’m so sorry bos.I promise it won’t happened again.”
“Please make sure it Hakim.I don’t mind you all nak bercinta ke nak kahwin ke…but please jaga reputasi syarikat.This is my warning.”Sebaik sahaja berkata begitu Zarif terus bangun.
“Rif wait.”Langkah Zarif terhenti.
‘Apa lagi lah perempuan ni nak?’
“Ye cik Alisa you nak apa ni?”
“I nak ajak you lunch.”zarif mengeluh.
“sorry lah I dah ada lunch date.”Zarif kerling jam di tangan kiri nya.Teringat  janjinya untuk makan tengahari dengan Laily di Mc Donalds.Ini pun dah lewat.Nampak nya kena tukar baju dalam kereta lah.Takkan nak jumpa Laily dengan pakaian formal macam ni.Lagi satu dia kena turun awal dari Laily.Takut terserempak dekat lif baru haru biru hidup dia.Kadang-kadang Zarif pun tidak tahu sampai bila dia harus merahsiakan perkara sebenar dari pengetahuan Laily.
“Rif you dengar tak apa I tanya?”
Berangan kan Laily sampai tak sedar Alisa depan mata.
“Sorry.You tanya apa?”
“You nak keluar dengan perempuan hari tu ke?”Zarif angguk.Dia pantas berlalu.






“Dah tengok apa sebab dari tindakan bodoh You?”
Farah tunju kan keras kepala.
“Apa pula Encik Zarif tak ada hak masuk campur urusan peribadi kita.”
Ialah Farah kalau dah menjejaskan reputasi syarikat dah tentu masuk juga dalam urusan big bos.
“When its about work dah tentu dia boleh masuk campur.”
Farah mendengus.Dia tahu dia silap.Tapi dia tak akan mengaku kesilapan dia.
“You ni memang degil tahu tak.”Farah mendengus kasar.tidak suka bila Hakim marah nya begitu.
“Ah whatever lah.”Farah angkat kaki meninggalkan bilik mesyuarat.Dan Hakim terus memicit-micit kepala nya yang mula pening.



“Awak lambat?”
Laily ketawa kecil.Janji nya dengan Zarif tepat pukul 1.Tapi sekarang ini dah 1.15 tengahari.
“Sorry dah nak keluar tadi stuck dengan kak Salmi.Petang ni kena stayback.Banyak kerja tak siap.”
“Kesian nya…nak saya temankan?”
Laily ketawa.Suapan kentang terhenti.Merepek lah Zarif ini.Tapi kalau polisi syarikat benarkan bawa teman memang Laily dah angkut Zarif dah bawa masuk ofis.
“Kalau company tu saya punya tiap-tiap hari saya suruh awak temankan saya tau.Tapi masalah nya company tu bos saya yang punya.Kalau saya bawa awak bukan je jadi bahan gossip silap-silap haribulan saya kena buang kerja.”
“Ish takkan sampai macam tu sekali?”
“Ye lah mana ada orang bawa boyfriend teman kat tempat kerja.”Laily gigit bibir.Dia tahu dia tersalah cakap.Dan dia tahu Zarif sedang tersenyum saat ini.
“Kira-kira saya ni boyfriend awak ke?”
“jangan nak perasan lah.”
Laily dah malu sangat-sangat dah tu.
‘Huh macamana boleh tersalah cakap ni?Kan dah malu sendiri Laily’.Mahu sahaja diketuk kepala nya dia atas meja saat ini.
“Tak payah buat muka macam tu.”
Lagi lah Laily malu bila Zarif tegur dia macam ini.
“Mak saya cakap ada orang nak masuk meminang saya.”Zarif tersedak.
“Awak minum perlahan lah sikit.Kan dah tersedak.Laily hulurkan air mineral pada Zarif.
“Apa awak cakap?Mak awak kata ada orang masuk meminang?”Laily angguk.
“Habis tu diorang terima ke?”
“Terima rasa nya.”
Zarif terdiam.
“Lagipun ok lah kan pilihan mak bapak.”Laily memancing reaksi Zarif.Dia mahu lihat reaksi Zarif dengan berita rekaan yang disampaikan sebentar tadi.Teringin sangat nak tengok samada Zarif cemburu atau tidak.Kalau cemburu makna nya tangan Laily tak beretpuk ke dinding lah ye.
“Awak suka?”
Laily angguk lagi.
“Suka lah.Kenapa?”
Zarif geleng.
“Awak ni kenapa?Dah jadi bisu pula?”
Bila  Zarif sudah tidak seramah tadi Laily bersuara.Tadi bukan main ramah nya Zarif.
“Tak ada apa-apa lah.Jom nanti lambat.”
Tanpa memandang Laily Zarif terus bangun.Laily belum habis makan colonel burger lagi.
“Zarif tunggu.”Laily cuba mengejar tapi langkah Zarif terus di hayun laju.Dia baru mula makan Zarif dah bangun tinggalkan dia.Sakit juga hati Laily dengan Zarif ini.
“Zarif….”Panggilan Laily yang terakhir berakhir dengan dentuman.Zarif baru tersedar Laily mengejar nya.Dan bila dia berpusing,tubuh Laily sudah berlumuran darah.
“Laily….”






Zarif langsung tak lepaskan tangan Laily ketika Laily sudah terbaring di wad.Alhamdulillah cedera nay tidak begitu serius.Menyesal nya Zarif buat Laily macam ini.
“Laily..bangun lah.saya minta maaf ok.”Zarif kesal.Kalau tak sebab Laily nak kejar dia tentu Laily tak terbaring macam ini.Macamana lah dia nak jawab dengan emak ayah Laily ini.Mujur cedera nya tak teruk.Kalau mak ayah Laily tahu pasti Haji Nordin dan Hajah Kalsom salahkan dia seratus peratus.
‘Tapi tak teruk pun berjahit juga kepala Laily ni.’Zarif sentuh kepala Laily yang berjahit walaupun tidak banyak.Tersentuh seketika hati nya melihat laily dalam ekadaan begini.
Sebenar nya hati dia marah sangat bila Laily bagitahu ada orang masuk meminang.Macam ada pisau Rambo sedang hiris menghiris hati Zarif.
Zarif pandang wajah Laily yang tertutup mata nya.Dia mengharapkan sepasang mata itu akan buka dan merenung nya di sini.
‘Sweet nya dia…’Hati Zarif berbisik lagi.Laily ini kecil je macam pelakon Nora Danish tu.’
Tapi dia terpikat dengan laily bukan sebab Laily cantik.Dia terpikat dengan anak dara Hajah kalsom ini semasa dia Nampak Laily panjat kerusi tepi tingkap rumah Iskandar lagi.Dia jatuh hati masa berkelah rambutan dengan Laily atas pangkin bawah pokok rambutan.dan cinta nya mula tumbuh waktu sama-sama merendam kaki di jeram belakang rumah mak long Kamsiah.
Zarif menyelak juntaian rambut Laily yang jatuh di dahi.
Sweet je macam snow white yang tengah beradu.
Zarif ini suka tengok cerita fairytales ke.
“Ehem…”
Zarif cepat-cepat lepaskan pegangan tangan Laily bila Salmi muncul di pintu wad.
‘Tapi Zarif Salmi tu dah Nampak pun lagi mahu berselindung ke?
“Macamana keadaan Sya bos?”
Zarif cuba tersenyum walau sedikit payah.Ialah risaukan Laily yang tak bangun-bangun lagi ini.
“Tak sedar lagi.”Tadi dia menghubungi Salmi.sekarang ini Salmi sahaja yang dia boleh percaya untuk jaga Laily.Salmi sahaja yang dia boleh percaya untuk diberitahu.
“Kesian dia kan bos?Nasib baik kena langgar sikit je.Kalau tak mesti parah ni.”
Zarif menjeling Salmi.Agak-agak lah Salmi pun kalau nak bagi pendapat.Tak tengok Zarif dah macam nak marah tu.Zarif tu tengah risau boleh Salmi cakap macam itu.
“He..he…sorry bos.Bagi pendapat je.”
Salmi sedar dia sudah salah cakap.
“Yelah.”Zarif jawab malas.
Salmi tengok Zarif yang tak habis-habis tengok muka Laily.
‘Sweet nya bos ini.Romantik.’Dia pun tak tahu nak buat apa kat sini.Laily pun belum sedar lagi.Nak berbual dengan big bos ini kekok je rasa nya.Mana lah dia pernah berbual dengan big bos Metro Group sebelum ini.Kalau dengan Tan Sri Ahmad Zakuan dulu selalu lah.Sebab Tan Sri memang peramah sangat.
Datang Ahmad Zarif senyap tak terkata.Tapi Laily memang bertuah sangat dapat CEO Ahmad Zarif ini.Sudah lah kegilaan wanita romantik pula tu.Kacak yang penting kaya.
“Yang awak tercegat macam patung tu kenapa?Duduk lah.”
Salmi sengih-sengih.
“Bos buat karang Sya jaga naya je dia Nampak saya kat sini.Nanti bertalu-talu pula soalan dia apa saya buat kat sini dan macamana bos boleh contact saya.”
Ya tak ya juga.Kenapalah Zarif tak fikir tadi sebelum telefon Salmi suruh datang ke mari.
“Habis tu awak nak balik dah?”
Salmi sengih lagi.Zarif faham.
“Tak nak lah kacau bos.Ini antara saat romantik bos dengan Sya.”
Merepek lah Salmi ini.Zarif tengah risau setengah mati ada pula saat romantik.Agak-agak lah nak romantik kat hospital dengan Laily terbaring atas katil macam ini.
“Ok lah nanti apa-apa saya call awak.”
Salmi angguk.
lawat Laily kat sini?”
Zarif berfikir sejenak.
Bagitahu semua orang?Siapa?Hakim?Pasti Hakim akan datang lawat laily kat sini.Tidak.Zarif tak akan benarkan.
“Tak payah lah.Jangan bagitahu sesiapa.Nanti awak uruskan cuti Laily.Kalau orang tanya cakap je Laily balik kampong.”
Salmi senyum.Dari mata Zarif Salmi tahu bos nya bimbang kalau Hakim datang
Alah tu mesti takut Hakim datang sini lawat Laily.Cemburu lah tu.Sweet nya bos ni.
“Ok lah bos saya balik dulu.Bos tak nak kirim salam kat staff di ofis?”
Zarif membeliakkan mata nya.
“He..he..sorry gurau je bos.”
Zarif geleng kepala.Tak sangka penyelia jabatan kejuruteraan yang dah dekat 40 tahun ini pandai bergurau.



            Laily buka mata perlahan-lahan.Di pegang nya kepala nya yang berbalut.Dalam samar-samar dia cuba mengingati kejadian siang tadi.
            “Aku kena langgar tadi.”Laily pandang Zarif yang tertidur di kerusi di sebelah dengan kepala nya bersandar di kerusi.
“Dia jaga aku dari tadi ke?”Laily pandang lama-lama muka Zarif.
‘Sweet nya dia tidur macam tu.’Laily senyum seorang diri.Dia pandang lengannya yang di cucuk iv drip.Kepala nya berdenyut sedikit.
‘Alhamdulillah Allah masih memanjangkan usia aku.’Dalam diam dia mengucapkan syukur.Buat nya dia mati masa kemalangan itu tak sempat dia nak mohon ampun pada orang tua dia.Itu tak pe lagi.Ini amal ibadat pun baru sekangkang kera.
“Laily bangun dah?”
Laily senyum pada Ahmad Zarif yang sudah terjaga.
‘Sweet nya dia sakit-sakit pun.Comel je dia senyum macam tu.’
Bawa bersabar Zarif.Laily tu anak orang lagi.Belum jadi isteri kau.Entah ya entah tidak Laily nak jadi isteri Zarif tadi kan sebelum kemalangan Laily bagitahu ada orang masuk meminang dia.Tapi belum cuba belum tahukan.
“Dah lama ke kat sini?”
Laily pandang luar tingkap.Gelap.Dia pun tak tahu dah pukul berapa sekarang ini.
“Dari Laily di bawa ke sini tengahari tadi.”
“La…tak payah lah nak tunggu saya kat sini.Doktor dengan nurse kan ada.”
“Tak pe.Bukan susah mana pun.”
”Laily diam.Masih lemah sebenar nya nak bergurau senda.
“Laily….”
Eh apahal pula mendayu je Zarif panggil laily ini.Ini yang buat Laily seram sejuk.Jangan Zarif buat yang bukan-bukan sudah lah.
“Saya minta maaf ye.Pasal saya Laily accident tadi.”
Laily senyum lagi.Apalah Zarif ini salah kan diri sendiri.Kan Laily yang salah lintas jalan tak tengok kiri dan kanan.Tapi kan Laily tengah kejar Zarif tadi.
“Salah orang.Lintas tak tengok kiri kanan.”
“Tapi Laily kejar saya kan?”
Laily ketawa dalam hati.
‘Sweet nya Zarif buat muka macam tu.’Macam pelajar tadika yang kena marah dengan cikgu dia sebab buat salah.
“Yelah awak kenapa?Saya belum habis makan lagi awak dah blah macam tu je.”
Sakit juga hati laily dengan Zarif ini.
Zarif senyum.
“Tak ada apa.”
Laily kecilkan anak mata nya.Macam ada yang tak kena saja dengan jawapan Zarif itu.
“Ke awak bengang sebab saya cakap ada orang datang pinang saya kat rumah?”Sekali serkap jarang Laily mengena.
“Mana ada.”Zarif buat-buat pandang ke arah lain.
“Saya tipu saja lah.”
Zarif emngalihkan pandangan nya pada Laily.
“Tipu?”Laily angguk.
“Mana ada orang datang meminang saya.Lagipun saya dah tak berminat dah dengan benda tu semua.”
“Seronok sangat lah tipu orang macam tu?”Suara Zarif berubah tiba-tiba.
Zarif ni kenapa nak marah tiba-tiba ni.Tapi marah-marah pun tetap sweet juga.Kalau hati dah suka ye Laily?
“Apa nya?Orang gurau je lah.”
“Ye lah gurau sampai accident macam ni.”
Laily kerut kening.
Apahal pula kena mengena dia bergurau pasal bertunang dengan accident.
“Yang awak marah sangat ni kenapa?Suka hati saya lah nak bergurau macamana pun.”
Zarif pandang Laily tepat-tepat.Jantung Laily masuk marathon lagi.
“Aha…very funny awak punya gurauan tu.Sampai saya nak ketawa berguling-guling.”
“Awak pergi balik lah.Dok sini pun asyik nak sakit kan hati saya je.Dah pergi balik.”
Zarif baru tersedar kesilapan dia.Tak patut dia marah Laily yang tengah sakit macam ni.Tapi dia geram bila Laily bergurau benda yang dia anggap serius macam tu.
“Sorry ye.”
“Sorry naik lori.Dah balik.Orang nak tidur.”Laily tarik selimut menutupi seluruh wajah nya.
“Laily jangan lah macam ni.Saya minta maaf.”
Laily diam tak bergerak.
“Laily…”
Aduh ini yang buat Laily cair ini.Mendayu je suara Zarif panggil dia.
Tak pe biar dia rasa.Laily tetap tak bergerak.
“Laily tak kesian kat saya ke?Dari tadi saya kat sini sampai hati Laily buat saya macam ini.”
“Dia yang marah-marah kat orang nak salahkan orang pula.’Laily tetap bawah selimut.
“Ok lah saya balik.Sampai hati laily tak nak tengok saya.”
Sesaat dua saat Laily kira Zarif sudah pergi.
“Laily saya nak balik dah ni.”
Oh ada lagi rupa nya mamat sweet ni.
Laily senyum di bawah selimut.Kenapa ye hati dia tiba-tiba ada irama pop rock.Berbunga-bunga je dia rasa.
‘Ahmad Zarif….Ahmad Zarif.’





























15






-Sampai nya hati saya balik pun tak tengok
pukul 7 pagi Zarif hantar pesanan ke telefon bimbit Laily.
Laily senyum-senyum baca mesej yang baru diterima dari Zarif.
+next time buat lah orang marah lagi.butang send ditekan.
-J dah maafkan saya ke?Kasihan Ahmad Zarif ni dari malam tadi tunggu kat luar bilik 302.
Laily terkejut.Zarif tunggu kat luar.Aduh dia ini dah kenapa.Macam tunggu isteri dalam wad bersalin.
Laily gagah kan diri untuk bangun.Pintu bilik di kuak.Memang Zarif sedang duduk di kerusi membelek telefon bimbit nya.
“Yang jadi jaga kat tepi bilik ni kenapa?Masuk lah.”Kasihan nya Laily tengok Zarif.Entah mana dia tidur semalam.
Zarif sengih-sngih pandang Laily.Laily melangkah semula ke dalam.Zarif ikut dari belakang.
“Awak tidur kat mana semalam?”
“Surau tingkat 2.”
“Awak ni kan Zarif..macam-macam lah.”
“Maafkan saya?”
Laily angguk.Tanda perang nya dengan Zarif sudah berakhir.
“Awak tak pergi kerja ke?”Bimbang juga Laily kalau Zarif tak pergi kerja semata-mata berada di sini.Nanti sebab Laily kerja Zarif terjejas pula.
“Kejap lagi saya pergi lah.”
“Pergi lah.Nanti sebab saya awak kena buang kerja pula.”
Zarif senyum lagi.Siapa yang berani buang CEO.Lagipun itu kan company ayah dia Tan Sri Ahmad Zakuan.
“Awak ok ke seorang kat sini?”
Laily angguk.Lagipun rasa nya dia bukan nya serius sangat.
Berat hati Zarif nak tinggalkan Laily.Kalau tak sebab pukul 11 pagi ini dia mesyuarat penting memang dia duduk sini saja.
“Saya pergi dulu.Petang nanti saya datang.Laily sekadar mengangguk.
“Ok tadi pun dah inform ofis saya cuti 3 hari.”
“Apasal 3 hari je?Ambil lah lama sikit.”Laily ketawa kecil.
“Mana boleh lama-lama.Kalau company tu bapak saya atau bapak mertua saya yang punya bukan kata 3 hari 3 bulan saya cuti.”
Zarif cuba sembunyikan senyuman nya.
‘Tapi company tu bakal suami Laily yang punya.’Berani Zarif nak cakap macam tu dengan Laily.Harus dia tak jumpa Laily terus lepas ni.
“Ok take care.Makan ubat.”
Laily angguk.
“Pergi lah cepat nanti awak lambat pulak.
Laily pandang langkah Zarif keluar dari bilik 302.Kenapa Zarif ni sweet sangat ye.Laily risau jatuh hati ye?Atau memang Laily dah jatuh hati?
Laily cuba menidakkan kata hati nya walau sebahagian jiwa nya berkata ya
Ya tu makna nya izin mula nama Zarif bertapak di hati kan….
Nama Zarif dalam telefon bimbit pun sudah ditukar dari David Beckam kepada mr sweet.Sebab Laily tengok Zarif memang sweet.



            Petang itu Zarif datang temankan Laily dengan satu plastic anggur.Selera nya Laily makan.
“Awak…kenapa awak baik sangat dengan saya?”
‘Sebab saya suka kan awak.Love at the first sight.Coup de foudre.’Tapi jawapan itu dalam hati Zarif sahaja lah.Mana berani Zarif nak cakap terang-terangan.
“Kana wak akwan saya.Lagipun awak anak saudara emak.Saya kena baik dengan awak.”
‘Itu sahaja ke sebab nya.’
“Itu saja?”
Lambat-lambat Zarif mengangguk.
“Ok.”
Bunyi ‘ok’itu macam orang kecewa saja.
Kecewa ye Laily.
“Awak tak ada girlfriend ke Zarif?Selalu sangat awak dengan saya.Nanti girlfriend awak cemburu pula.”
Zarif pandang wajah Laily.Cuba menafsir disebalik soalan yang keluar dari bibir comel itu.
“Kalau saya ada girlfriend awak tak nak akwan dengan saya?”
Zarif menduga.Laily terkedu dengan soalan tak diduga.
“Bukan tak ank kawan.tapi masalah nya nanti teman wanita awak salah faham.Awak juga yang susah nak memujuk.”
“Kalau soal hati saya sudah dimiliki yang Laily risaukan jawapan nya sudut itu masih kosong.Belum terisi lagi.But not available.”
“Macam-maca lah awak ni.Dah kosong tapi tak available.Ayat apa awak pakai Zarif?”
Zarif ketawa.
“Tak ada apa-apa lah.”
‘Sebab nya hati saya dah di curi.Siapa pencuri nya?Ini Mrs sweet yang sedang terbaring di hadapan saya ini.
Zarif dan laily berbals pandangan buat seketika.Aduhai hati Zarif dan laily sama-sama sedang berlari Cuma garisan penamat nya sahaja belum bertemu.










1 comment:

  1. Bab2 sblm ni compile dr post sblm ni kan..x pe yg panjang2 tu dh bc...

    Post ni byk skit typo...

    ReplyDelete