5
“Cik Alisya?”
Laily angguk.
“Saya Alisya.Selamat berkenalan.”Tanganya dihulurkan kepada Salmi
ketua setiausaha jabatan kejuruteraan disini.
“Ok Alisya akan bekerja di bawah Encik Hakim.Tapi sekarang dia tak
ada.Dia di site.Cik Alisya boleh duduk di meja dahulu.”Ramah Salmi
membawa Laily ke satu ruangan yang menempatkan meja Laily.
Kenapa ye nama Hakim membuatkan darah Laily naik sedikit.
‘Bukan dia seorang yang nama Hakim kat Malaysia ni.’Laily
menyedapkan hati nya.
“Siapa big boss kat sini Puan Salmi?”
“Oh Syarikat ini milik Tan Sri zakuan.Tapi sekarang anak dia take
over.Alisya jangan risau sebab bos kita tu jarang jumpa pekerja.Apa-apa
urusan kita berhubung dengan Michele pembantu peribadi bos.Lagipun nak masuk
bilik bos tu bukan senang.Kena tapisan dulu dari secretary dia dan
Michele.Orang-orang tertentu sahaja yang boleh jumpa dia.Akak ni dah bertahun
kat sini pun jarang jumpa bos.Masa annual dinner barulah
dapat beramah mesra dengan bos..Bos ni low profile sikit.Tapi
akak dengar dia ramai peminat.Maklum lah orang handsome.Kat pejabat
ni je ramai yang suka kat dia.Selalu juga lah ada perempuan yang datang cari
dia kat ofis ni.”
Kak Salmi ini kata jarang jumpa dengan bos tapi semua perihal bos
dia tahu.Kak Salmi ini macam kaki gossip je.
Laily angguk kepala.Mula memamhami sifat majikan baru nya ini.
Laily mula bekerja seperti biasa.Hari ketiga baru lah dia bertemu
dengan ketua nya.Memang dia terkejut yang amat sangat.kecil betul dunia
ini.Kenapa lah dia tak boleh lari dari manusia yang nama nya Hakim ini.
Laily buat-buat tidak kenal bila dia diperkenal kan dengan Hakim.
‘Dunia ni memang kecil.Tapi Laily tidak peduli kerana dia dan
Hakim tiada apa-apa lagi hubungan.
‘Laily sihat?”
Laily angkat muka pandang Hakim yang sedang berdiri di kisi meja
nya.
“Nampak saya macam orang sakit ke?Ok saya sihat je.Berat badan pun
makin bertambah.Baru ni pergi check doktor ok tak ada apa-apa masalah pun.Nak
kata ada kencing manis ke darah tinggi ke sakit jantung ke memang tak
ada.”Perhatian nya kembali kepada kerja dia atas meja.Dia perlu siapkan dokumen
ini secepat nya untuk Salmi hantar pada Michele sebelum di semak semula CEO.
“Hakim minta maaf.”Hakim masih tidak mahu berganjak.
“Raya lagi dua bulan kan?Masa raya esok kita saling maaf bermaafan
ye.”Dia malas mahu melayan Hakim sebenarnya.Kalau ikutkan mahu je dia berhenti
24 jam.Tapi mengenangkan amaran Hajah Kalsom dibatalkan niat nya itu.Lagipun
cerita dia dengan Hakim dah basi pun.
Cuma yang dia terkejut macaman lah Hakim pun kerja kat sini
juga.Tapi Laily kena ingat perancangan Tuhan itu lebih hebat dari perancangan
manusia.Lari sejauh mana pun kalau Allah kata masih ada pertemuan mesti jumpa
juga.Sungguh perasaan nya sudah kosong pada Hakim.
“Laily masih marah kan Hakim?”
Laily tarik nafas panjang.Betullah mamat ni tak faham bahasa.
“Encik Hakim saya ni nak buat kerja.Kalau dok melayan encik Hakim
bersembang sampai bila kerja saya nak habis?Encik Hakim tak ada kerja ke?”
Hakim pandang sekeliling.Reduan dan Jessica sudah
pandang-pandang.mana tidak nya suara Laily memang kuat pun.Hakim jadi malu
dengan pekerja bawahan nya.Lagipun Laily tayang muka selamba sahaja.
“Saya pergi dulu.”Hakim terus berpaling dan melangkah ke pejabat
nya.
“Apahal tu?Nak try you ke Resha?”
Laily sengih pandang Reduan.
“Aku tengah banyak kerja dia ajak nya bersembang.Karang orang
cakap aku makan gaji buta pulak.”
Seboleh mungkin dia tak mahu orang mengaitkan nya lagi dengan
Hakim.Dia bosan bila orang sebut nama Hakim.Bagi nya dia tidak pernah kenal
Hakim lagi.
Hakim pernah membuat dia kecewa.Bukan kecewa kerana tidak jadi
isteri Hakim tapi kecewa bila Hakim palitkan arang ke muka kedua ibu bapa
nya.Mujur sahaja Allah bagi kekuatan kepada mereka sekeluarga untuk hadapi
peristiwa itu.Sudah lah.Laily tidak mahu lagi mengingati peristiwa lama.
“Dia syok sama you lah Resha..”
“Ah tak ada makna nya Jessica oi.”Dia kembali duduk.Jessica dan
Reduan tersenyum-senyum meneruskan kerja masing-masing.Dua orang practical
student dari Universiti Teknologi Malaysia sudah senyum-senyum pandang
Laily.
Balik pada Hakim?Tak akan kot.entah-entah Hakim pun dah kahwin
dengan pilihan hati yang dia kenal sebelum majlis mereka dahulu.Malas dia mahu
difikirkan soal Hakim lagi.
Laily kembali meneruskan kerja nya yang tergendala dengan
kedatangan Hakim tadi.
Cuma yang Laily tak tahu ada mata yang sedang melihat adegan itu
disebalik cermin gelap.Cermin yang memisah kan ruangan pejabat dan bilik
mesyuarat di tingkat tujuh ini.
Oh my...sibuk la hakim
ReplyDelete