“ARGH........semua
ni gila!Gila!Agaknya papa dengan mama memang sengaja buat macam
ni.Semua ni memang tak betul.tak betul tau tak...!”Iskandar hanya
menjadi pemerhati sahabat nya ini menyumpah dari tadi.Ingin
ditenangkan dia tahu lelaki ini bukanlah senang dipujuk apatah lagi
mendengar kata-kata orang. Ketawa besar dia tadi saat Hafizi
memberitahunya berita yang dirasakan tidak masuk akal itu.Ingin
ketawa berlebih-lebih takut penumbuk sulung Hafizi menuju ke
mukanya.Akhirnya dia hanya ketawa didalam hati apatah lagi melihat
wajah Hafizi yang merah menyala menahan marah.memanglah kalau nak
diikutkan logik akalnya...memang perkara yang diberitahu Hafizi tadi
tak logik malah tak masuk akal langsung dengan keperibadian Hafizi
yang boleh dikatakan ala-ala model jugalah.Tak sangka boleh tunduk
pada kehendak ibu bapanya tentang jodohnya.
“Woi
kau dengar tak apa aku cakap ni?”Mata Hafizi tajam menadang
Iskandar yang tersengih-sengih memandang kewajahnya.
“Aku
dengarlah.Tapi kau nak buat macamana?Berdosa tau tak kalau lawan
cakap mak bapak.Tak cium bau syurga tau tak...”Bukan niat untuk
menunjuk alim apatah lagi ibadahnya pun tidak sesempurna mana.Tapi
kalau setakat nak bagi serba sedikit nasihat tu bolehlah.Apatah lagi
dengan masalah yang baru dibawa Hafizi ini.
“Kau
cakap senanglah.Tak kena kat kau.Aku ni yang kena...adui..macam nak
pecah kepala aku ni tau tak.”Hafizi memicit-micit kepalanya yang
terasa sangat peningnya sejak berita ini disampaikan mamanya
semalam.Niat untuk membantah terkaku bila mamanya dengan tegas
mengatakan”No Objection.” Maknanya tiada bantahan yang
boleh dibuat.Malah kalau dikemukakan surat rayuanpun belum tentu
rayuannya diterima.Silap-silap kena jatuh hukum terus.
“Habis
tu aku nak buat macamana?”Tubuhnya kembali disandarkan kekerusi
empuk dalam ruang pejabat yang sederhana besar ini.
“Akupun
tak tahulah.Sebab bab-bab ni aku tak ada pengalaman lagi.Alah kau
terima je lah.Bukannya susah pun.Tak payah kau pening kepala nak cari
lagi.Dah gerenti pilihan diorang best punya.”
“Kepala
hotak kau.Kau ingat apa?Eh..benda ni bukan main-mainlah.”Iskandar
ni cakap main sedap mulut je.Kalau kena kat batang hidung
sendiri...baru dia tahu langit tu tinggi rendah.
“Habis
tu kau nak buat apa?Kau ada plan?Atau kau nak lari dari rumah macam
dalam filem hindustan tu.”Iskandar ketawa besar.Tidak dapat
dibayangkan kalau hafizi betul-betul lari dari rumah mahu kecoh satu
Kuala Lumpur anak lelaki Raja Shahriman lari dari rumah.Lepas tu
keluar pulak Highlight kat harian Metro..Seorang Jurutera Petronas
Malaysia melarikan diri dari rumah kerana dipaksa berkahwin.Mahu
bergegar satu Malaysia.harus poster Hafizi ditampal kat merata-rata.
“Yang
kau ni tersengih je kenapa?Ni bukan lawaklah...aku series tau
tak..!”Hafizi mula bengang bila sejak tadi Iskandar hanya tersenyum
dan ketawa.
“Why
not kau jumpa dulu budak perempuan tu.Bincang dulu baik-baik
dengan dia. Mungkin diapun tak tahu perancangan mak bapak kau orang
berdua ni.”
“Nak
jumpa budak tu?Em...kirim salamlah banyak-banyak.Tak kuasa aku.”Masih
jelas diingatannya seorang budak perempuan bersaix xxl yang kerap
menolaknya setiapkali kali dia tertidur atas kusyen dirumah opahnya
di Kuala Kangsar.Sikap budak itu yang kasar dan tak tahu menghormati
orang itulah yang membuatkan hatinya bertambah sakit saat ibunya
membawa perkhabaran itu ke telinganya.hampir terjerit dia macam lanun
Jack Sparrow dalam The Pirates Of carribean itu.Mujur kepala otaknya
masih waras dan mampu berfikir.Takut pula ibunya diserang sakit
jantung mendengar jeritannya.
“Woi...nak
tak nak nanti kau kena mengadap dia juga.Alah kau jumpalah dia
dulu.Mana tahu hati kau terbuka nak terima dia.”
“Huh
tak ingin aku jumpa dia.dah lah belajar tak habis lagi..dah teringin
nak kahwin. Betullah budak perempuan tu tak ada wawasan langsung.Lagi
satu ngeri aku tengok saiz badannya mahu mati aku kena
tindih.”Iskandar hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya orang
macam Hafizi ni bukan boleh bagi nasihat.Em elokpun mak bapak dia
buat macam tu.Kurang-kurang hilang sikit keras kepala dia ni.
“Bila
tarikh yang mak kau propose tu?”Hafizi mengeluh seketika sebelum
menjawab.
“Lagi
dua minggu.Katanya kena cepat-cepat sebab budak tu tengah cuti
semester.Kau tau tak...mama aku siap bagi cadangan lepas nikah
bolehlah bawa dia pergi honeymoon...huh...naik gila aku
dibuatnya.”Iskandar ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata
Hafizi.
“O...kira-kiranya
lagi dua minggu kau bakal bergelar suamilah Fizi ye...anyway
Tahniah!”
“Sudahlah!malaslah
aku nak cakap dengan kau.Bukan nak kurangkan problem aku lagi
menambahkan sakit kepala aku adalah.”Hafizi pantas bangun ingin
berlalu dari situ.
“Oi...kau
nak kemana pulak tu?”
“Aku
nak pergi makan.Manalah tahu boleh hilang sikit tension aku ni bila
tengok mak cik Tipah kat kedai makan bawah tu.”Sekali lagi Iskandar
ketawa melihat keadaan Hafizi.
“APA???kau nak suruh aku jumpa dia? Mati hidup balikpun aku tak
ingin.”Tak akan dijatuhkan maruahnya untuk berjumpa dengan lelaki
yang saban waktu semasa kecil dulu selalu menyakiti hatinya.Malah
kata-kata lelaki itu masih diingatinya sampai sakarang.Malah kerana
cemuhan lelaki itulah juga dia nekad untuk merubah dirinya.Nurin
memandang teman sebiliknya ini.Sedari tadi temannya asyik membebel
perkara yang sama.Dah naik sakit telinganya mendengar perkara sama
diulang kata.
“Selagi
kau tak jumpa dia,selagi tulah masalah kau tak selesai.Lebih baik
kamu berdua berbincang then barulah boleh decide.”Fifi
Asyiqin masih menjuihkan bibirnya mendengar cadangan dari Nurin.Entah
kenapa hatinya semakin menyampah bila mendengar nama lelaki yang
selalu mempersendakannya kerana saiz tubuhnya yang gempal lebih
sepuluh tahun dulu.Walaupun mereka berdua dari generasi yang
sama,namun sikap dan perangai keduanya amat kontras.
“Habis
tu kau nak buat macamana?tarikh yang mama kau cakap tu dah tak lama
Fi..”
“Itulah
yang aku risau sangat sekarang ni.Macamana aku nak batalkan semua
ni.”Fifi berjalan ke hulur ke hilir bilik tidur yang berukuran
20X20 meter persegi yang dikongsi bersama dengan Nurin sejak setahun
yang lalu.
“Habis
kalau kau tak suka kenapa kau tak bantah je kat mama dengan papa
kau.Yang kau pergi ikut macam lembu kena cucuk hidung tu apasal?”
“Tak
bantah kata kau.Dah jenuh aku bertegang leher dengan parents aku.Dah
macam parti kerajaan lawan pembangkang kat dalam Parlimen.Kau tahu
apa parents aku cakap?”Nurin menjungkitkan bahunya tanda tidak
tahu.Dah fifi belum bagitahu lagi manalah dia nak tahu.
“Papa
aku cakap...Fifi sayang...No Objections!Sebarang surat
menyurat tidak akan dilayan.Keputusan mahkamah adalah muktamad.Then
kalau aku bangkang lagi,diorang ugut untuk cepatkan lagi tarikh
tu.”Bibirnya sudah dimuncungkan sedepa.Hampir ketawa Nurin melihat
wajah manis yang mencuka dihadapannya ini.
“nak
cepatkan?Aku rasa dua minggu yang mama kau cakap tupun dah terlalu
cepat.”
“Tolonglah
aku Rin.”Fifi sudah bersila dilantai.
“Takkan
kau nak suruh aku gantikan tempat kau kot...baru la haru..”Nurin
sudah berguling diatas katil.garfield yang hampir sama tinggi dengan
dirinya itu dipeluk.Fifi memandang sahabatnya.otaknya bercelaru.Ligat
memikir pelbagai idea agar hasrat ibu bapanya terhalang.
“Eh
Fi...Kau dah bagitahu Ashraf pasal hal ini?”Mendengar nama Ashraf
disebut,Fifi menelan liurnya.perlahan-lahan kepalanya digelengkan.
“Em...satu
lagi masalah bakal menanti kau Fi...nasib kaulah..”Nurin menekup
wajahnya dengan Garfield.Matanya sudah ditawan rasa mengantuk yang
amat sangat.Seharian dia mendengar bebelan Fifi mengenai perancangan
keluarganya agar dia bernikah dalam masa dua minggu ini.
Fifi
Asyiqin termangu-manggu seorang diri.
“Argh...Ashraf
pulak...masalah..masalah.”Teringat buah hatinya yang satu kelas
dengannya. Macamana aku nak hadapi benda ni... Otaknya makin
serabut.Ini semua gara-gara jodohnya yang ditemukan bersama Raja
Hafizi Arif Raja Shahriman,manusia yang dibencinya sejak lebih
sepuluh tahun dulu.
“Macamlah
dah tak ada manusia lain kat dunia ni nak dijodohkan dengan
aku.....”Bibirnya masih mengomel sendirian.
DUA
“WOI....orang
lainpun nak duduk juga, bukan kau je.”Tubuhnya sudah tergolek
diatas lantai akibat ada tangan yang mengalahkan tangan anak gajah
menolaknya sebentar tadi.Mimpinya sedang bermain bolesepak dalam
pasukan sekolah terganggu.Raja Hafizi menggosok-gosok matanya yang
kepedihan terkena silauan matahari pukul sebelas pagi yang semakin
meninggi.Tangannya mengurut-ngurut tubuhnya yang kesakitan.Sebaik
sahaja matannya dibuka jelas dihadapannya seorang budak perempuan
bersaiz XXL yang sedang memandangnya geram.Pantas dia bangun
bersemuka dengan budak perempuan itu.
“Woi..apa
ni tolak-tolak orang.Dahlah tangan tu mengalahkan anak
gajah...suka-suka hati kau je nak tolak aku.Aku nak tidurlah.”Hafizi
mula meninggikan suaranya.
Raja
Fifi Asyiqin yang baru sahaja mendengar perkataan anak gajah keluar
dari mulut budak lelaki dihadapannya ini semakin berang.'Dah lah
bangun tidur tengahari....ada hati nak membebel pulak'.
“Wah
sedapnya mulut kau panggil aku anak gajah.Oi..batang penyapu...kusyen
tu bukannya tempat tidur.Tapi tempat orang duduk nak tengok TV.Dah
aku nak tengok TV.Kalau nak tidur sila masuk kedalam ye...Ni mesti
kes tak sembahyang subuh..maklumlah dah biasa bangun tengahari..”
'Celaka!Aku
dikatakan batang penyapu.Aku taulah badan aku ni kurus kering...tapi
kalau nak dibandingkan dengan anak gajah...jauh lebih baik.Lagi satu
mana dia tahu aku tak sembahyang subuh dah sah-sah aku pergi surau
dengan atuk pagi tadi.Budak ni tak padan dengan umur...dahlah tak
tahu nak hormatkan aku yang lebih tua dari dia..'
“kau
panggil aku batang penyapu...kau tu anak gajah tau tak!Anak gajah
betulpun tak sebesar badan kau.”Hafizi tetap tidak mahu mengalah.
Hatinya semakin sakit.
“Batang
penyapu.!”Fifi Asyiqin juga tidak mahu mengalah.Baginya jika dia
mengalah pada budak lelaki ini bermakna dia kalah.
“Anak
gajah”
“Batang
penyapu...”
“Anak
Gajah”
“Batang
penyapu.”Perang mulut masih berterusan antara keduanya sehinggakan
opahnya terpaksa masuk campur bila perang mulut cucu-cucunya menjadi
hingar.
“Udahlah
tu.Ape yang nak digaduhkan sangat ni...”Pantas wanita separuh abad
itu mendapatkan cucu-cucunya ditingkat atas rumah separuh batu dan
separuh kayu ini.
“Opah
tengoklah Fizi ni.Dia kata Fifi anak gajah..”Fifi Asyiqin
mendapatkan opahnya.
Hajah
Raja Mariam mengeluh seketika. Semenjak kedatangan Hafizi kerumahnya
untuk menghabiskan cuti sekolah,hampir setiap hari ada sahaja perkara
yang nak digaduhkan dengan Fifi.Kalau tidak Hafizi cari pasal,Fifi
pulak yang memulakannya.Pening kepala Hajah Mariam memikirkan
kedua-dua cucunya ini.
“Ngape
Fizi cakap macam tu kat Fifi...tak baik tau “
“Bukan
Fizi mula dulu Opah...dia ni ha.Orang tengah tidur dia tolak.Lepas tu
panggil orang batang penyapu pulak...”Hafizi tidak mahu
mengalah.Hajah Mariam menggeleng melihat tingkah cucu-cucunya ini.
“Dah
lah.Tak baik gaduh-gaduh macam ni...”Hajah Mariam cuba mendamaikan
keduanya walaupun dia tahu sudah berulangkali dicubanya tapi keduanya
tetap bertengkar.
“Macam
ni Fizi nak balik Kl lah...”Hafizi sudah memuncungkan bibirnya.
“Alah..baliklah.Ingat
dok Kl tu boleh berlagak ke...Macamlah best sangat...”Bulat mata
Mariam merenung wajah cucu perempuan yang dibela sejak kecil lagi
ini.Hati Hafizi semakin sakit mendengar kata-kata Fifi.
“Fifi!Tak
baik cakap macam tu...”Fifi Asyiqin mencebikkan bibirnya sebelum
menghentakkan kakinya tanda protes sebelum berlalu ke dapur. Hafizi
tersenyum sinis.Hatinya gembira kerana Fifi dimarahi opahnya.
“Dah
lah tu Fizi.Fizikan abang...lagipun Fizi dah sekolah
menengah...janganlah gaduh macam budak kecil...Fifi tu memang macam
tu.tapi hati dia baik..”
“Alah...bukan
Fizi yang mulakan...anak gajah tu ha...”kakinya dibawa menuruni
rumah. Hajatnya ingin ke sawah melihat datuknya membajak
sawah.Daripada duduk dirumah menyakitkan hatinya.
“Ni
semua mama punya pasal.Elok-elok aku nak bercuti dengan member kat
PD,dihantarnya aku balik kampung.Kalau atuk dengan opah je ada tak
pelah...ni anak gajah tu...hi...geramnya aku.” Sepanjang perjalanan
ke sawah yang hampir dua ratus meter dari rumah opahnya dia membebel.
Malah
petang semalam dia hampir mengamuk bila Fifi Asyiqin terduduk diatas
permainan Videonya yang diletakkan diatas kerusi.Habis permainan yang
disayanginya itu patah dua.Dahlah badan macam tu...semua barang nak
dirosakkan.Puas datuk dan opahnya memujuk barulah dia berhenti
mengamuk.Itupun setelah datuknya memberi wang lima puluh ringgit bagi
menggantikan permainan Video yang dirosakkan Fifi.Lantas akal
jahatnya datang bila Fifi mengikut opahnya kekedai.Lantas bilik Fifi
dimasuki tanpa kebenaran. Diselongkarnya almari.Sebaik sahaja
terpandang patung barbie yang dihadiahkan mamanya kepada Fifi
dulu,diambil lantas dibuangnya ke tanah. habis anak patung itu kotor
berlumuran tanah yang basah akibat hujan lebat sebelumnya.Hatinya
puas.Malah lebih puas bila mendengar jeritan anak gajah itu dari
tingkat bawah sebaik sahaja melihat anak patung kesayangannya
berlumuran tanah.Fifi menangis teresak-esak.Dia hanya pekakkan
telinga sambil duduk diatas kusyen.Bukan dia tak perasan jelingan
tajam opahnya tapi sengaja tidak dipedulikan. Sekurang-kurangnya
dendamnya terbalas juga.
“Apa
yang Fizi menungkan tu?”Raja marina menghampiri anak lelakinya yang
sedang duduk di taman berhampiran kolam ikan dihadapan banglo
mereka.Bukan dia tidak perasan sejak berita perkahwinan sampai ke
pengetahuan hafizi,anak lelakinya itu memang memberontak.namun tidak
dihiraukan kerana dia tahu Hafizi tak akan menghampakannya.
“Alah
fikir pasal apa lagi...pasal nak kahwin dengan anak gajah tulah!”Raja
Marina mengetap bibirnya mendengar perkataan 'Anak Gajah'yang sedari
dulu digunakan Hafizi bagi menggantikan nama Fifi.
“tak
baik bandingkan orang dengan nama-nama macam tu.Anak gajah yang Fizi
sebut tu ada nama.Cantik lagi namanya..Raja Fifi Asyiqin.Sedap mulut
je Fizi nak gelarkan orang....”
“Alah..diapun
panggil Fizi batang penyapu.Apa salahnya Fizi panggil dia macam
tu.Dah memangpun badan dia saiz lebih kurang anak gajah..entah-entah
sekarang dah jadi mak gajah.”
“Fizi!”Suara
Raja Marina sedikit meninggi menegur tingkah laku anaknya ini.
“Mama...takkanlah
tak ada orang lain nak dijodohkan dengan Fizi.Carilah orang
lain...Fizi boleh terima.Apasal perempuan tu pulak...”Niatnya masih
mahu membantah cadangan mama dan papanya.
“Mama
dah pilihkan Fifi untuk Fizi.jangan nak membantah.Mama tahu apa yang
terbaik untuk anak mama.”Katanya tegas.Hafizi mengeluh.
“Tapi
ma...”
“Dah
tak ada tapi-tapi lagi.Lagi seminggu je Fizi nak nikah.Fizi jangan
nak buat perangai pula.”Raja Marina bangun meninggalkan Hafizi yang
masih lagi mencari idea untuk membatalkan segala-galanya walaupun dia
rasa tak mungkin kerana majlis cuma tinggal seminggu sahaja
lagi.Masakan mamanya akan membatalkan bila semua undangan sudah
dijemput.
“Argh...TENSIONNYA!”RAsanya
mahu dijerit biar satu Kl dengar.Tidak dapat dibayangkan hari
persandinganya nanti.
“Sure
aku kena kutuk kaw-kaw punya.Aku dahlah handsome macam model...tapi
bini...”Tidak dapat dibayangkan reaksi teman-temannya nanti.
Menunggu detik itu bagaikan menunggu untuk ke tali gantung
dirasakannya.
“Fizi...dah
cuba belum baju pengantin yang mama ambil kat butik tadi...”Terdengar
suara Raja Marina dari dalam rumah.Hafizi diam tidak
menjawab.Langsung tiada keinginan untuk mencuba baju pengantin
berwarna biru yang ditempah mamanya di butik Tekat Emas.Baginya
perkahwinan ini bakal merubah seluruh hidupnya.
“Argh...tak
sanggup aku nak mengadap anak gajah tu sepanjang hidup aku....”
TIGA
FIFI
ASYIQIN mencebikkan bibirnya saat ibunya memadankan kebaya biru laut
yang dihias dengan permata palsu itu ke tubuhnya.Cantik memang
cantik.Malah kerja tangan Ricky juga amat halus dan teliti.Malah
tiada langsung cacat cela pada pakaian itu.Tapi entah kenapa hatinya
sakit melihat baju pengantin itu.
“Cuba
pusing sikit Fifi...”Arah ibunya. Dia hanya berpusing ala kadar
sedangkan mata ibunya tajam memerhati mana tahu kalau ada yang tak
kena.Ibunya membetulkan veil labuh yang dihiasi tiara berlian
diatasnya.
“Em...mama
rasa dah ok sangat dah ni.Fifi ada apa-apa idea nak tambah ke?Boleh
bagitahu kat Ricky.Mama rasa kalau nak alter apa-apa sempat lagi
ni.”Raja Maznah memberikan pendapatnya.
“Ma...boleh
tak kalau Fifi tak pakai baju ni?Rimaslah ma...”Fifi masih cuba
memeujuk ibunya walaupun dia tahu peluang untuk membatalkan
perkahwinan dia dengan batang penyapu itu cuma 0.001 peratus
sahaja.Bulat mata Raja Maznah mendengar kata-kata anak perempuannya.
“Dah
Fifi jangan nak cari pasal.Lagi beberapa hari je lagi.Jangan nak
malukan mama dengan papa.”Keras ayat berupa amaran meluncur laju
dari bibir Raja Maznah.Fifi Asyiqin mendengus geram.
“Fifi
tak nak lah kahwin dengan batang penyapu tu...”
“Fifi!Kenapa
cakap macam tu?Nama diakan Raja Hafizi Arif.Lagipun apa salahnya
kalau Fifi panggil dia abang...kalaupun bukan sebab dia bakal suami
Fifi tapi Fizi kan lebih tua dari Fifi..”Saran Raja Maznah.
“Apa
ma?Nak panggil abang...Ei...tak kuasa Fifi.Senang-senang ma jelah
yang kahwin dengan dia...”Katanya lantas mengangkat kaki keluar
dari biliknya.Menggeleng Raja Maznah melihat anak gadis kesayangannya
itu.Walaupun dia tahu krisis yang melanda Fifi Dan Fizi dulu,tapi dia
dan kakaknya Raja Marina yakin mereka berdua amat sesuai
bersama.Walaupun Fifi membantah dengan mengatakan kahwin sepupu tidak
elok,Raja Maznah tetap mempertahankan pendapatnya.Diberiahu yang Fifi
dan Hafizi bukanlah sepupu betul memandangkan Raja Marina adalah
kakak angkatnya yang dibela ibunya sejak kecil lagi setelah kematian
kedua orang tua Raja Marina.Hubungan mereka yang akrab itu membuatkan
keduanya bersetuju untuk menjodohkan Fifi dan Hafizi sejak mereka
berdua masih kecil lagi.
“Fifi...jangan
esok-esok tak boleh berenggang langsung dengan Fizi sudahlah...”kata
Raja Maznah sendirian sambil ketawa kecil.Lantas baju yang dicuba
pada Fifi sebentar tadi dimasukkan kembali kedalam plastik lutsinar
dan kembali diletakkan didalam almari pakaian Fifi Asyiqin.MAtanya
beralih pula kepada barang-barang hantaran yang telah digubah indah
diatas katil.Rasanya semua persiapan perkahwinan ini dia dan Raja
Marina yang uruskan termasuk barang-barang hantaran.Puas mereka
mengajak Fizi dan Fifi bersama namun ada sahaja alasan yang
kedengaran.Sudahnya mereka berdua yang melakukan semua persiapan.
FIFI
ASYIQIN memerhatikan orang memasang beberapa buah khemah dihalaman
rumahnya dengan perasaan jengkel.Empat buah khemah berwarna biru
dengan kerusi bersatin putih kini tersergam dihadapan rumahnya.Disatu
sudut didalam rumah pelamin yang hampir separuh siap juga turut
menyakitkan matanya memandang.Kadang-kadang kedengaran suara papanya
memebri arahan itu ini kepada pekerja-pekerja yang sedang menyiapkan
persiapn perkahwinannya.Fifi tahu sejak dari semalam dan beberapa
hari lepas papanya itu amat sibuk menguruskan urusan
perkahwinannya.Beberapa borang yang perlu ditandatangani termasuk
mencari saksi pernikahan nanti.Tiga hari lepas sewaktu papanya
memintanya menandatangani borang yang akan diserahkan pada
Khadi,wajahnya hanya mencuka. Sehingga saat ini dia masih belum boleh
menerima yang dia akan dinikahkan dengan Raja Hafizi Arif @ Batang
penyapu itu.Hatinya betul-btul sakit apatah lagi mengingatkan
kenangan nya sewaktu membantu opahnya disawah satu ketika dulu.
Masih
dia ingat bagaimana dia terhumban bersama basikalnya kedalam kubang
kerbau akibat ditolak oleh Hafizi.Sejak itu dia berdendam dengan
Hafizi.Namun belum sempat dendamnya berbalas,dia disuruh berkahwin
dengan lelaki itu.'Argh...tak sanggup aku nak mengadap muka tu
hari-hari...'
EMPAT
“NI
APA NI?membebel je dari tadi”Kak Zai yang ditempah mamanya untuk
menjadi mak andamnya menegur Fifi Asyiqin yang sedari tadi asyik
membebel seorang diri.Malah wajahnya yang masam mencuka menjadi
teguran teman-teman dan ibu saudaranya.
“Yelah
Fi...ni apahal acu tengok asyik masam je muka tu?Pengantin tak elok
masam muka tau...tak naik serinya.”Raja Mazwin,adik bongsu mamanya
yang masih belum berkahwin menegur Fifi.Sejak semalam ibu saudaranya
itu disini setelah menghabiskan dua hari dirumah mak yongnya yang
bakal menjadi mertuanya itu.
“Macamana
Fifi nak happy.Tengoklah dengan siapa Fifi nak kahwin...Acu cubalah
pujuk mama batalkan majlis ni..”Tangannya menarik-narik baju Raja
Mazwin.Mangharap simpati wanita itu untuk membatalkan majlis
pernikahan ini.
“Fifi
jangan nak mengarut.Tak sampai setengah jam je lagi Fizi dengan mak
yong nak sampai.Dah duduk je diam-diam.Muka tu senyum sikit.”Fifi
Asyiqin menarik wajah masam bila acunya juga menyebelahi ibunya.
“Acu
nak turun bawah dulu.Tengok diorang dah sampai belum.Em..opah ikut
rombongan mak yong.”Fifi hanya mengangguk melihat Raja Mazwin yang
berlalu ke tingkat bawah.
“Betul
la kata Acu kau tu Fi...senyumlah sikit.Inikan benda sekali je seumur
hidup kau...”Nurin cuba meyakinkan Fifi.Hanya dia seorang sahaja
yang tahu kisah perkahwinan Fifi ini.Fifi telah membuat keputusan
untuk merahsiakan dari pengetahuan semua rakan-rakan mereka termasuk
Asyraf.Malah Fifi sempat keluar dating dengan Asyraf semalam.Sehari
sebelum majlis perkahwinannya.
Fifi
memerhatikan dirinya didalam cermin solek.Memerhatikan dirinya yang
berpakaian serba putih siap dengan selendang rona serupa .Wajahnya
yang sudah sedia cantik dioles dengan baik oleh kak Zai agar lebih
cantik.Walaupun sukar menerima pernikahan ini,namun masih terselit
sedikit debaran dihatinya.Hampir sepuluh tahun dia tidak bertemu
dengan Hafizi namun malam ini dia akan menjadi milik lelaki itu.Fifi
memejamkan matanya seketika.Cuba memujuk hatinya yang sedikit gusar.
“Fi...Mama
kau suruh bawa kau ke bawah.Diorang dah sampai.”Terjengul wajah
Nurin diambang pintu.Fifi menarik nafasnya seketika. Dilepaskan
perlahan-lahan.Lantas kakinya mengikut Nurin menuju ke tingkat
bawah.dari atas lagi kelihatan ramai saudara mara dan kenalan
keluarga yang berhimpun diruang tamu.Ditengah-tengah ruang seorang
lelaki sedang duduk di atas tilam kuning bertekat emas
membelakanginya.Berhadapan dengan ustaz Musa yang akan menjadi khadi
pernikahannya.Susuk tubuh lelaki itu kelihatan tegap dari
belakang.Cukup berbeza dengan Hafizi sepuluh tahun dahulu yang
melidi.
Raja
Marina tersenyum melihat Fifi yang bakal menjadi menantunya seketika
lagi.Fifi turut tersenyum pada mak yongnya dan opah yang duduk
disebelah mamanya.Dia turut melabuhkan punggung di atas tilam kuning
yang ditempah sama warna dengan tempat duduk hafizi.
Raja
Mariam merapati Fifi.Dipegang lembut tangan cucunya itu seakan-akan
memberi kekuatan kepada fifi.Seketika kemudian,papanya datang bersama
tuan Khadi ke hadapannya.Fifi menunduk.
“Raja
Fifi Asyiqin bt Mohd Nukman.hari ini kamu akan saya nikahkan dengan
Raja Hafizi Arif bin Raja Shahriman.Kamu setuju ke dengan pernikahan
ini atau kamu dipaksa?”Fifi mengangkat wajahnya.Pertama yang
dipandang adalah papanya kemudian matanya beralih ke arah mamanya
seterusnya ke arah Hafizi yang masih membelakangi nya.Perlahan-lahan
dia mengangguk.
“Saya
bersetuju.”Serentak dengan itu terukir sebuah senyuman yang cukup
manis dari mamanya.Setelah menandatangani surat nikah,tuan Khadi
kembali berhadapan dengan Hafizi.
“Raja
Hafizi Arif bin Raja Shahriman..”
“Saya...”Gemersik
suara Hafizi kedengaran dipendengaran Fifi melalui mikrofon dihadapan
Hafizi.Tangan Hafizi dan Tuan Khadi tergenggam erat.
“Aku
nikahkan dikau dengan Raja Fifi Asyiqin binti mohd Nukman dengan mas
kahwinnya 501 ringgit tunai.”Serentak itu tangan digoncang dan
disambut Raja Hafizi.
“Aku
terima nikahnya Raja Fifi Asyiqin bt Mohd Nukman dengan mas kahwinnya
501 ringgit tunai!”Dengan sekali lafaz mereka sudah sah bergelar
suami isteri.Fifi menerima pelbagai ucapan tahniah dari saudara
maranya.Dia hanya tersenyum sedangkan hatinya amat bercelaru.
Selesai
lafaz taklik dibaca,Hafizi bangun untuk menyempurnakan acara
membatalkan air sembahyang.
Namun
kakinya bagai terpasak dilantai saat matanya memandang sekujur tubuh
yang sedang bersimpuh diatas tilam kuning dihadapannya.' 'Ish...betul
ke dia ni?Langsung hilang sama sekali wajah budak perempuan bersaiz
XXL yang kerap bermain dilayar ingatannya sejak kebelakangan
ini.Dihadapannya kini seorang gadis yang cukup ayu dan cantik.Dalam
diam-diam hatinya tersenyum sendiri.Tapi serta merta kenangan lama
mematahkan kecantikan gadis itu pada pandangan matanya.
“Oi..kau
tunggu apa lagi?Semua orang tengah tengok kau ni.Kot ye pun dia
cantik,sabarlah sikit.”Tangannya disiku Iskandar. Seakan baru
tersedar dari mimpi dia melangkah perlahan-lahan kearah Fifi Asyiqin.
Raja
Marina menyerahkan sebentuk cincin berlian kepada Hafizi.Hafizi
melutut dihadapan Fifi.
Fifi
Asyiqin mengangkat wajahnya sedikit. namun tiada segaris senyumanpun
terukir dibibirnya walaupun lelaki dihadapannya ini lebih kacak dari
Brad Pitt.Malah tubuhnya lebih berisi dan tegap berbanding sepuluh
tahun dulu.
“Fifi...tangan
tu..”Raja Maznah menegur Fifi yang seakan berkhayal sedangkan
Hafizi sudah bersedia untuk menyarungkan cincin pernikahan
mereka.Dengan rasa sebal tangannya dihulurkan.
Hafizi
menyarungkan cincin pernikahan ke jari manis Fifi Asyiqin.
“Fifi
cium tangan Fizi.”Mamanya mencuit sedikit Fifi.Fifi memandang
mamanya tanda protes.Tapi melihat mata mamanya yang bersinar,
diikutkan juga.Sepantas kilat dia mencium tangan Hafizi.Serentak
dengan itu,Hafizi menghadiahkan sebuah ciuman didahi Fifi.Hafizi
menyerahkan mas kahwin 501 ringgit yang digubah indah ke tangan
Fifi.Kemudian Raja Maznah memberi Fifi sebentuk cincin Platinum untuk
disarungkan pada hafizi.Mahu tidak mahu terpaksa juga Fifi
menyarungkannya ke jari Hafizi.Kemuian mereka disuruh bergambar
berdua. Fifi masih tidak mengukirkan senyuman.Cuma Hafizi sahaja yang
kelihatan tersenyum.Dibiarkan sahaja tangan Hafizi memegang
tangannya.Rasanya ingin sahaja ditarik tangan itu ataupun menolak
Hafizi macamana yang dibuat sepuluh tahun dulu,tapi dia masih
memikirkan kehormatan dan maruah keluarga kedua belah pihak.
“Fifi...kamu
tu pengantin..senyumlah sikit.”Teguran opah membuatkan Fifi
terkedu. Diukirkan juga senyuman walau hatinya memberontak.Hafizi
tersenyum sinis disebelahnya. Dia tahu Fifi juga sepertinya,tidak
mahu dijodohkan berdua.'Em...lepas ni siaplah kau.Aku nak balas balik
apa yang kau buat aku dulu..'Bisiknya dalam hati.Fifi Asyiqin
menjeling sedikit pada suami disebelah.'Alah..kau ingat kau dah jadi
laki aku,aku nak tunduk pada kau...silap oranglah...'Hatinya berkata
sendirian.
MAJLIS
persandingan berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah.Ramai
tetamu yang memuji jodoh mereka berdua yang boleh dikatakan bagai
pinang dibelah dua.Majlis tersebut hanya berakhir pada tengah malam
selepas upacara membuka hadiah dan memotong kek selesai.Sepanjang
majlis berlangsung baik Hafizi mahupun Fifi,keduanya tidak bertegur
sapa.
Fifi
merasakan kepenatan yang amat sangat.Tanpa menghiraukan saudara mara
yang masih berbual ditingkat bawah,dia merebahkan dirinya diatas
katil.Langsung tidak teringat tentang suami yang baru
dikahwininya.Matanya sudah ditawan rasa mengantuk.Lenanya
berpanjangan tanpa disedari Hafizi sudahpun masuk kedalam bilik.
“Ish...kat
mana aku nak tidur ni?Matanya tajam melihat tubuh Fifi yang sudah
dibaluti selimut.
“Tidur
mati agaknya dia ni...Sampai suami masuk bilikpun tak sedar.”Kakinya
menghampiri Fifi.
“Fuh,tak
sangka aku anak gajah tu boleh jadi cantik macam ni...”Bibirnya
mengukir senyuman.Teringat yang dia langsung tidak menjemput
teman-temannya ke majlis perkahwinannya bimbang diketawakan kerana
beristeri saiz XXL.Tapi siapa sangka yang Fifi boleh jadi macam ni.
“Lagi
lama aku tengok,habis iman aku karang.'tangannya mencapai tuala
didalam begnya dan lantas ke bilik air membersihkan diri.
.................................................
“Sedapnya
tidur...”Fifi berkata sendirian sambil tangannya mencari bantal
untuk dipeluk. Tiba-tiba tangannya merasa sesuatu. Kepenatan
membuatkannya bertambah lena.
“Apasal
keras je...”Matanya dibuka.
“What????”Hampir
terjerit dia melihat hafizi sedang lena disebelahnya tanpa baju hanya
memakai seluar tidur.
“Hoi...”bantalnya
diambil dan dipukul kedada Hafizi.Hafizi yang sedang lena terbangun
bila mendengar jeritan Fifi dan dadanya yang sakit akibat pukulan
bertalu-talu dari Fifi.
“Apahal
ni?dah tak ada kerja ke pagi-pagi buta ni selain pukul orang dengan
bantal?”hafizi sudah bersila diatas katil.Matanya digosok tanda
masih mengantuk.Fifi juga turut bersila diatas katil bertentangan
dengan Hafizi.Mujurlah bilik ni kedap udara,kalau tidak ada yang
ketuk pintu bila dengar jeritan Fifi.
“Kau
buat apa kat bilik aku ni?”Fifi seolah hilang kawalan.
“Amboi
sedapnya bahasa.Oi cik adik tak ingat ke yang kita dah kahwin.habis
tu takkan aku nak tidur kat bilik mama kau pulak!”Dia turut sama
tidak mahu mengalah.Malah bahasa yang digunakan keduanya juga seperti
sepuluh tahun dulu.
“habis
tu kau ingat dah jadi laki aku...sedap-sedap boleh tidur atas katil
aku dengan aku...Banyak cantik muka kau.”tangannya dicekakkan
dipinggang.Tanda dia memang marah dengan Hafizi.hafizi tersenyum
sinis.
“Mazhab
mana pulak yang kau pakai suami kena tidur kat tempat lain?Cuba kau
cakap sikit kat aku?Manalah tahu kot ada mazhab lain selain yang aku
belajar.”
“Tak
kisahlah mazhab mana sekalipun... sekarang ni aku nak kau tidur atas
sofa. Cepatlah!”
'Ish
perempuan ni....'
“Apasal
aku pulak nak kena tidur atas sofa?Dahlah kiranya aku ni tetamu kat
rumah ni.Dah tu pengantin pulak tu.Suka-suka hati kau je nak suruh
aku tidur atas sofa.Eh kau tahu tak...katil ini yang sikit punya
cantik ni untuk aku tidur.Penat-penat mama kau tempah suruh orang
decorate katil ni untuk aku.Bukan kat sofa tu.”Fifi semakin berang
mendengar kata-kata Hafizi.Lantas sebiji bantal diambil dan dibaling
pada Hafizi.
“Kalau
marahkan nyamuk janganlah kelambu kau bakar.Kesian bantal yang tak
bersalah ni jadi mangsa.Aku nak tidur....!kau nak tidur kat mana
sekalipun aku tak kisah.Aku dah mengantuk gila ni tau tak.Dahlah tadi
aku seorang je yang kena layan saudara mara kita.Kau sedap je
tidur.Good night~!”Lantas tubuhnya direbahkan kembali diatas katil
itu.
“habis
tu aku nak tidur kat mana?”
“Kat
mana-manapun tak pe...kalau kat sebelah akupun lagi aku suka.Mana
tahu aku dapat bantal peluk baru ke..And lagi satu.... boleh ubah
panggilan kau kat aku tak..bukan apa sekarangkan kita dah jadi suami
isteri...apalah salahnya kalau kau panggil aku abang ke...takpun
sayang ke...hubby or honey...bolehkan?Tapi kalau panggil darling lagi
sedap.”
“Uwek...honey...kau
tu bukannya madu.Tapi hempedu tau tak..”Fifi nmengambil bantalnya.
Selimut yang dipakai Hafizi ditariknya dan dibawa ke sofa.
“Apalah
malangnya nasib ku ini...malam pertama kena peluk bantal.Agaknya ini
mazhab Raja Fifi Asyiqin kot...”Katanya sambil ketawa sinis.Fifi
mendengus perlahan.Tubuhnya direbahkan diatas sofa.
“Lampu
tidur tu jangan lupa tutup! pekiknya pada Hafizi.Hafizi tersenyum
sendiri sambil menutup suis lampu tidur.
LIMA
“ASSALAMUALAIKUM
mama....”Fifi menghadiahkan sebuah ciuman buat Raja Maznah yang
sedang sibuk memasak sarapan pagi didapur dengan dibantu saudara mara
yang lain.Kelihatan beberapa orang sepupunya sibuk juga membantu.
“Hai
awal Fifi bangun hari ni?”Ada nada perli dalam pertanyaan
ibunya.Raja Mazwin yang turut berada didapur tersenyum-senyum melihat
Fifi.
“Habis
tu takkan mama nak suruh Fifi bangun tengahari pulak.Kan memang
selalu Fifi bangun pagi macam ni.Yang Acu ni dari tadi dok tersengih
apahal?”
“Tak
delah.Acu bukan apa...tengok muka Fifi tak macam pengantin
barupun.Selalunya pengantin pagi-pagi macam ni mesti ceria je...”Fifi
faham maksud Raja mazwin.
“Tak
ada maknanya nak ceria pagi-pagi ni.”
“Em..abang
Fizi dah bangun?”Hampir tersedak Fifi mendengar pertayaan mamanya.'
Abang?Uwek...nak muntah aku.'
“Entah.Belum
kot.”
“Hai
takkan Fifi tak bangunkan abang Fizi.Fifi...Fifi...”Fifi hanya
menjungkitkan bahu nya.Tanda malas mahu melayan pertanyaan
ibunya.Sebenarnya pagi tadi semasa dia bangun tidur,dilihatnya hafizi
sedang berteleku di sejadah.tanpa memperdulikan Hafizi,terus dia
masuk ke bilik air.Bila dia keluar Hafizi dah sambung tidur
balik.Lepas je sembahyang subuh dia terus keluar.Tak ada langsung
hati nak bangunkan mamat tu.Tiba-tiba..
“Assalamualaikum
acu...mak uda..”Hafizi sudah berdiri dibelakang mereka.Kemas dengan
t-shirt dan jeans.Fifi buat-buat tidak nampak. Tangannya sibuk
mengambil pinggan dan cawan dan disusun didalam talam.'Em...awalnya
mamat ni mandi..'
“Waalaikumusalam.Apa
mak uda pulak lagi ni.Fizi kan dah jadi menantu mama...”Raja Maznah
membetulkan bahasa yang digunakan Hafizi.Hafizi cuma
tersengih-sengih.Selama sepuluh tahun mak uda mengikut suaminya ke
bertugas di Australia. Sebab itu dia jarang-jarang bertemu dengan
keluarga mak udanya.Adalah sekali dua ketika hari raya itupun tanpa
Fifi.Alasannya Fifi tak dapat balik sebab examlah...ikut kawan-kawan
pergi Trip dan macam-macam lagilah.Bila Fifi kembali duduk kat sini
tiga tahun lepas,dia pulak masa tu sedang sambung belajar di texas,
Amerika.Sebab itulah mereka tidak pernah bertemu selama sepuluh tahun
ini.Tup-tup kena kahwin berdua.Hai...nasib badanlah.
“Sedapnya
bau.Acu masak apa?”Hafizi menjengah kedalam kuali yang sedang
dimasak oleh Raja Mazwin.
“Acu
goreng mihun.”
“Hai
abang Fizi...lena ke tidur semalam?”
Terdengar
suara halus ditelinganya.Fifi memandang Raja Sofia,sepupunya yang
sedang membantu Raja Mazwin menggoreng Mihun.Raja Sofea adalah anak
kepada abang ibunya iaitu Raja Malik dan masih lagi menunggu
keputusan SPM.'Hi..budak ni tak ada benda lain ke nak tanya.Dia
memanglah tidur lena atas tilam empuk tu...aku ni sakit habis satu
badan tidur atas sofa...'
“Apa
pulak tak lenanya Sofea...Rasa macam tak nak bangun je pagi ni..Betul
tak sayang..Sengaja dia menggunakan perkataan sayang untuk
menyakitkan hati Fifi.Raja Maznah dan Raja Mazwin tersenyum senang
mendengar kata-kata Hafizi.”Fifi memandang tajam kearah Hafizi.
Matanya merah menahan marah.malupun ada bila Hafizi berkata demikian
dihadapan semua orang disini.'Tak tahu malu betullah!'Hafizi
tersenyum sambil mengeyitkan matanya.Sengaja dia ingin mengenakan
Fifi.
“Fizi
pergilah duduk kat depan dulu.Layan atuk dengan opah tu.Ayah longpun
ada sekali tu ha.”
“Alah
acu ni...macam tak biasa pulak Fizi kat dapur ni.”
“Awak
tu pengantin baru...”
“Mama
dengan papa balik rumah ye semalam?”Tanyanya pada Raja
Mazwin.Semalam sewaktu ibu bapanya masih berbual,dia sudah meminta
diri untuk masuk tidur.Penatnya memang amat terasa. Walaupun
disindir..tapi Hafizi tidak mengendahkan nya.
“Dah
dekat pukul tiga pagi diorang balik.Acu dengan mak uda suruh tidur
sini,tak nak.Katanya pagi ni diorang nak datang.Kejap lagilah
kot.”Hafizi hanya mengangguk.
“Fifi...ajak
Fizi duduk kat depan.Benda ni mama dengan acu boleh buat.”
“Alah,biarlah
Fifi tolong mama.Dia nak pergi depan...pergilah sendiri.Bukannya nak
kena Fifi dukung.”
“Fifi!”Sebuah
cubitan hinggap di pipi Fifi.
“Adui...sakitlah
ma...”Katanya sambil menggosok-gosok pipinya.
“Cakap
tu cuba beralas sikit.Abang Fizikan suami Fifi..”
“Tak
pe Ma...”Hafizi cuba menenangkan suasana.Sebenarnya dia gembira
bila Fifi dicubit ibunya sebentar tadi.Rasa macam dendamnya pada
gadis itu malam tadi terbalas.Perlahan-lahan dihampirinya Fifi yang
masih mencuka bila ibu mertuanya dan Raja Mazwin menghantar sarapan
ke depan.
“Itulah...aku
dah cakap..mulut tu cover-coverlah sikit.Ni tak main sedap je kau nak
bercakap...kan dah kena.”Katanya sambil ketawa sinis.Fifi hanya
menarik muka masam.Rimas dengan Hafizi yang masih didapur dia
berkata.
“Boleh
tak kalau pergi duduk kat depan sana?Rimas...tau tak!”Hafizi masih
lagi ketawa. Tiba-tiba muncul sikecil Raja Aminudin memanggil Hafizi
dan Fifi.
“Abang
Fizi,kak Fifi...opah dengan atuk panggil breakfast.”Fifi
tersenyum sedikit pada Raja Aminudin yang baru berusia enam tahun
itu.
“Ok
sayang...kejap lagi akak dengan abang pergi ye...”Raja Aminudin
hanya mengangguk sebelum berlalu.
“Hai
bertuahnya kau Aminudin...dapat panggilan sayang.Aku ni entah bilalah
boleh merasa panggilan tu lekat kat telinga aku ni ha..”Kata Hafizi
dengan agak kuat.Fifi menjeling.Rasanya mahu sahaja disumbatkan span
basuh pinggan ni kedalam mulut Hafizi.'Mulut tu dari dulu sampai
sekarang tak reti nak duduk diam.Nasib baiklah ramai orang kat
sini,kalau tak memang dah kena dah dengan aku.'Tangannya dibasuh
sebelum melintasi Hafizi ke ruang hadapan. Sedikitpun dia tidak
bersuara pada Hafizi di pintu.
SUASANA
di ruang tamu yang sudah dilapangkan amat meriah dengan cerita-cerita
dari opah dan atuk.Fifi hanya mendiamkan diri disebelah Raja Mazwin
dan Hafizi sedang bersila disebelah Raja Malik.Kemeriahan semakin
bertambah dengan kedatangan Raja Marina dan Raja Shahriman bersama
dua orang adik kembar Hafizi iaitu Raja Hafiz dan Raja Hariz.
“Kome
berdua ni nak berbulan madu kemana?”Pertanyaan Raja mariam bagai
menjerut leher Fifi.Hafizi gelabah.'Bulan madu...nak pergi dengan mak
cik ni.Alamatnya jadi perang dunia ketigalah..'
“Er...tak
tahulah lagi.Fizi ikut je mana Fifi nak pergi.Fizi tak kisah.”Fifi
menelan air liurnya.'Pandai-pandai je pakai nama aku.'Matanya tajam
merenung kearah Hafizi yang selamba menguyah mihun dipinggan.
“Fifi
pun tak plan lagi.lagipun cuti Fifi cuma tinggal dua minggu je lagi.”
“Tak
payah nak pergi luar negara.papa dan tempah resort kat Teluk Emerald
untuk Fizi dengan Fifi.”Membutang mata Fifi mendengar cadangan papa
mertuanya.
“Er...tak
pelah kot.Lagipun fifi banyak assigment nak kena buat.Lain kali je
lah nak honeymoon pun.”Fifi cuba mencari alasan.
'Eleh...assigment
konon...ingat aku tak tahu takut lah tu.Nanti kau...'Hafizi merangka
rencananya tersendiri.
“Alah...bawak
jelah assigment tu.Boleh buat kat sana.Kesian papa dah tempahkan
resort untuk kita.”Dengan selamba hafizi memberi cadangan.
'Tak
guna!'Sumpah Fifi dalam hati.Hafizi masih tersenyum sinis.Sesekali
mata nakalnya mencuri pandang kearah wajah Fifi yang sudah bertukar
rupa.
“Kalau
macam tu tak ada masalahlah.Ha satu lagi,bila Fizi nak bawa Fifi
pindah rumah?”Raja Shahriman masih bersuara.
'Pindah
rumah?Alah...apa lagi ni..'Fifi mengomel didalam hati.
“Er...Fizi
tak bincang dengan Fifi lagi.Lagipun papa macam nak halau kitorang
je...baru semalam kahwin dah tanya pasal nak pindah.”Kata-kata
Hafizi disambut gelak ketawa dari mereka yang ada diruang tamu
kecuali Fifi.Wajahnya masih mencuka menerima kejutan demi kejutan
dari mertuanya.
“Bukannya
nak halau.tapi kami ni dah tak sabar nak timang cucu.Kalau duduk
asing tu bolehlah belajar berdikari,lepas tu buat anak
banyak-banyak.”Fifi merenung papanya yang menjawab pertanyaan
Hafizi tadi.
'What?Anak?Dengan
batang penyapu ni? Uwekk..'
“Tak
nak lah Fifi pindah.Lagipun Fifikan dah menyewa dengan Nurin.Rumah tu
dekat dengan kampus.Senang nak berulang alik.”
“Habis
tu takkan kamu berdua nak duduk asing-asing?Seorang utara seorang
timur?Tak elok macam tu.Dah kahwin ni,masing-masing ada
tanggungjawab.Atuk dengan opah ni ha dulu,kahwin muda juga.Tapi tahu
tanggungjawab masing-masing.” fifi hanya menahan telinga bila
atuknya mula bersuara.Kata-kata atuknya tidak boleh dibangkang.
“Betullah
tu kak Fifi.Nanti kesian kat abang Fizi dok seorang diri.”Raja
Sofea menambah.
'hi
budak sofea ni...bercakap mengalahkan dia tu dah kahwin.Padahal baru
lepas SPM.'
“Pasal
barang-barang dalam rumah,mama dengan mak yong dah belikan.Fifi
dengan Fizi cuma bawa kain baju je.”Raja Maznah pula
menyampuk.'Nampaknya semua orang tahu pasal rumah tu kecuali aku.Ini
tak adil.!'Mahu sahaja dibangkangnya.
“Eh
cerite-cerite juge.Ni mihun ni dah sejuk.Moh makan.Fifi bagi air tu
dekat abang Fizi.”Fifi memandang opahnya.Dengan berat hati
dihulurkan air pada Hafizi.Itupun dengan perasaan tidak
ikhlas.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.Belum sempat dia bangun
untuk mengambil nya,adik iparnya Raja Hariz terlebih dahulu
mencapainya memandangkan telefon bimbit Fifi berada disebelahnya.
“kak
Fifi,ni ada call dari asyraf.” Katanya sambil memandang skrin
telefon samsung milik fifi.Hampir gugur jantung Fifi saat nama Asyraf
disebut Hariz.
“Er...classmate
akak tu.Dia nak tanya pasal assigment yang akak pinjam tu kot.”Dia
beralasan.Pantas telefon bimbitnya diambil dari Hariz.Sempat dia
menjeling kearah Hafizi yang ternyata ada perubahan diwajahnya.Mahu
tidak mahu terpaksa panggilan itu dijawab juga dihadapan semua
orang.Bimbang kalau dijawab ditempat lain akan menimbulkan rasa
curiga.
“Hel..hello.”Jawab
Fifi tergagap-gagap.
“Hello
sayang...you buat apa tu?” kedengaran suara Asyraf ceria bila
panggilannya bersambut.
“Er..I
tengah breakfast.You nak assigment yang I pinjam tu ke?Nanti You call
balik ye...sebab I tak habis salin lagi.”
“Assigment?Apa
yang You merepek ni?I nak ajak You keluarlah..”
“Nanti
I bagi ye.Tak habis lagi.”Dada Fifi berdebar kencang.Mudah-mudahan
Asyraf faham bahasa yang yang cuba disampaikannya.
“Your
parents ada kat situ ye?Oklah kejap lagi I call you balik.Take
care.”Fifi menarik nafas lega saat talian dimatikan.Sejenak
pandangan nya bersatu dengan anak mata Hafizi yang memandang tepat
kearahnya.Segera dia melarikan pandangannya kearah lain.
ENAM
“EI...BENCINYA!”rasanya
mahu sahaja dia menjerit sekuat hatinya melepaskan rasa yang sedang
terbuku dihatinya saat ini.Mengingatkan peristiwa sewaktu bersarapan
pagi tadi,hatinya bertambah sakit.
Tubuhnya
dihempaskan diatas tilam.Otaknya ligat berfikir.Berfikir bagaimana
jalan untuk tidak pergi berbulan madu dengan Hafizi dan berpindah
duduk bersama lelaki itu.
“Dah
lah dari dulu sampai sekarang asyik nak menaykitkan hati
aku.”Bebelnya sendirian.
Pintu
biliknya dikuak dari luar.Muncul Hafizi.Fifi memalingkan wajahnya
kearah lain. Tubuhnya dipusing mengadap lampu tidur.Namun hatinya
tetap berdebar bila derapan langkah Hafizi semakin menghampirinya.Dan
debarannya makin terasa bila Hafizi melabuhkan punggungnya di birai
katil.Betul-betul bersebelahan dengan Fifi.Namun dia buat tidak
peduli.
“Nak
pergi ke tak nak ni?”Suara garau Hafizi mencecah gegendang
telinganya.Tadi sebelum dia naik ke bilik dia sudah diberitahu perlu
menemankan Hafizi ke butik bridal fashion untuk mengambil pakaian
yang akan dipakai pada majlis resepsi di Mandarin Hotel nanti.Malah
mama siap bagi amaran lagi agar jangan buat perangai.
“nak
pergi ke tak ni?”Hafizi mengulangi soalannya bila Fifi tidak
menjawab.Fifi memusingkan wajahnya mengadap Hafizi dengan perasaan
jengkel.
“Tak
boleh nak sabar sikit ke?Dah tu cakap kasar pulak tu...cakap elok
sikit tak boleh ke?”Fifi sudah bangun.Turut duduk bersebelahan
dengan hafizi di birai katil.
“Oi
cik adik...saya ni dah cakap elok-elok sangat tau.Habis nak cakap
macamana lagi... intan,payung...ke sayang..?Baik lah sikit dari dia
tu yang cakap main sedap mulut je. Anyway..best tak kena cubit dengan
mama tadi?Nak saya sapukan minyak gamat?”Hafizi ketawa.kali ini
tiada lagi terdengar perkataan kau atau aku dari bibirnya mahupun
dari Fifi.Walaupun begitu mereka berdua tahu,keduanya sudah menjadi
suami isteri dan tidak elok kalau menggunakan bahasa sedemikian.
“Seronoklah
tengok orang kena cubit?”
“Seronok
tu tidak,tapi puas hatilah juga”Fifi mendengus kasar.
“Eh
kalau tak sakitkan hati orang boleh tak?Mulut tu dah banyak sangat
beli insurans sampai tak boleh nak cover?”Pantas kakinya melangkah
ke arah meja solek.Rambutnya yang diikat dilepaskan. Fifi mula
mengenakan bedak dan lipstik.Hafizi hanya melihat melalui refleksi
cermin dari arah katil.Setiap inci wajah Fifi direnungnya.Memang
tiada tolok banding dengan model.Tanpa disedarinya Fifi sudahpun
berdiri dihadapannya.
“Ni
nak pergi ke tak nak ni?Berangan je...”Hafizi tersentak.Namun
cepat-cepat diukir kan sebuah senyuman.'Mak cik ni tak lah teruk
sangat.Dengar juga cakap orang.'Lantas dia bangun mendapatkan kunci
keretanya diatas almari solek.Fifi hanya mengikut langkah Hafizi dari
belakang.Tidak mahu bersaing dengan lelaki tersebut.
Sebaik
sahaja sampai diruang tamu,ahli keluarganya masih berbual.
“Mama..Fizi
dengan Fifi nak pergi dulu ye.”Raja Marina memandang anak lelakinya
yang baru sahaja turun bersama menantunya itu.
“Pergilah...bawa
kereta tu elok-elok. Jangan asyik nak buat perangai masa awak
bujang.Ingat sikit dah beristeri tu.”Kata-kata ibunya seakan amaran
padanya.Ini bermaksud dia sudah tidak punya peluang untuk berhibur
bersama kawan-kawannya lagi.
“Fizi
tahulah ma.Don't worry ok.”
“Eh
dah terlanjur kamu berdua ni keluar, pergilah mana-mana.”Giat Raja
Maznah pula.fifi memandang wajah mamanya dengan rasa tidak puas hati
sedang Hafizi hanya tersenyum.
'Nak
bawa mak cik ni berjalan-jalan... em...tak sanggup aku.'
SEPANJANG
jalan menuju ke butik Bridal Fesyen milik kawan Raja Marina,keduanya
membisu. Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dihari cuti begini
semakin menaikkan marah Fifi.Sudahlah hatinya tidak ikhlas mengikut
Hafizi,ini kena berlama-lama pulak dalam kereta dengan mamat ni.
“Diorang
ni pun masa nilah nak keluar. Esok-esok tak boleh ke?Tak pun naik
jelah motor, tak lah jem teruk macam ni.”Tanpa disedari terkeluar
kata-kata itu dari mulut Fifi Asyiqin. Hafizi agak tersentak
mendengar kata-kata Fifi.' Betullah mak cik ni kepala angin.'
“Oi
mak cik...sabarlah sikit.Awak ingat awak seorang je penduduk kat
Kuala Lumpur ni.Lepas tu awak ingat awak ada share ke buat jalan
ni,sampai boleh nak bagi laluan kat awak seorang je.”
“Eh
yang awak sibuk sangat kenapa?Mulut saya...biarlah.Awak tu memandu
terhegeh-hegeh.” Hafizi menarik brek tangannya secara mengejut.
Tersentak Fifi seketika sebelum kepalanya terhantuk di cermin
hadapan.
“Adui...sakitnya.Oi
gila ke?Dah lama sangat hidup?”Fifi berang dengan sikap Hafizi yang
memeberhentikan keretanya secara mengejut.
“Amboi
sedapnya mulut tu bila bercakap. kalau awak pandai sangat...nah,awak
drive. Takkanlah saya nak meredah tak tentu hala dalam traffic macam
ni.Nama je belajar kat Universiti, akal tak ada.Lepas tu sedapnya
mulut cakap orang gila.”
“habis
kalau tak gila,apa?Awak ada Frasa baru ke bagi menggantikan perkataan
gila tu?”Fifi masih tidak mahu beralah.
“Mulut
awak ni kalah mulut opah tahu tak?Opah pun tak berleter macam awak
sekarang. Umur baru 21 tapi mulut kalah opah yang dah dekat 70 tahun
tu.”
“Yang
awak nak samakan saya dengan opah ni apahal?Suka hati sayalah nak
jadi opah ke,atuk ke,nenek kebayan sekalipun bukannya susahkan
awakpun.”
“Susah
tu tidak!Tapi sakit telinga tahu tak”
“Eleh
macamlah dia tu baik sangat...”
“Eh...”Namun
belum sempat Hafizi mengha biskan ayatnya Fifi telah mencelah.
“Kalau
awak asyik nak bertekak kat sini je...sampai malam karang pun tak
sampai lagi tahu tak!nak berkhemah kat tepi jalan ni ke?”Hafizi
memandang gadis disebelahnya dengan perasaan geram.
'Hi....nasiblah
kau ni bini aku,kalau orang lain dah lama aku campak keluar dah!'
'Mentang-mentang
kau dah jadi laki aku, suka-suka hati kau je nak buat apa.Kalau kau
ni bukan laki aku dah lama aku blah tau tak.'
'Macamlah
aku heran nak berbini dengan dia..'
'Akupun
tak ingin nak berlaki macam mamat kat sebelah aku ni.'
Seketika
keadaan kembali sepi.Hanya deruan penyaman udara yang dipasang sahaja
kedengaran.
`
“Kereta awak ni tak ada radio ke.cd ke?Bosan tahu tak.”
'Apa
lagilah mak cik ni.'
“CD
dalam drawer tu.”Muncung Hafizi menghala ke arah dashboard
dihadapan Fifi.Lantas Fifi mengambil sekeping cakera padat dari
westlife dan dipasang diset CD didalam kereta Toyota City milik
Hafizi.Seketika lagu mula berkumandang.Fifi turut sama menyayikan
lagu tersebut.
'sakitlah
telinga aku ni...'Komen Hafizi bila Fifi mula menyayi bahagian korus
lagu yang Hafizi sendiri tidak tahu tajuknya.Melihat gaya Fifi
menyayi,rasanya Westlife ni memang kumpulan kegemarannya.Malas mahu
bertekak,Hafizi hanya memekakkan telinga.
TUJUH
“CANTIKLAH
FIFI.!”Fifi hanya tersenyum mendengar pujian dari kak Izma,pembantu
di butik Bridal Fesyen ini.Fifi melihat dirinya disebalik refleksi
cermin yang besar dihadapannya.Gaun ala cinderella ini memang sesuai
dengan dirinya.Kak Izma membetulkan veil yang labuh sehingga ke
kakinya.Dengan tiara ala Ratu Elizabert,Fifi rasa seolah dirinya
bagai seorang puteri.
“Cantiknya
Fifi....”Sekali lagi kak Izma memberikan pujiannya pada Fifi.
Fifi
memusing-musingkan dirinya Tiba-tiba dari refleksi cermin dia melihat
seorang lelaki yang cukup tampan bersut putih siap dengan tuxedo.Dan
tanpa diduga mereka sama-sama berbalas pandangan disebalik bingkai
cermin.
Fifi
mula akui kekacakan lelaki yang kini menjadi suaminya yang sah.Dia
dibuai satu perasaan yang cukup aneh untuk seketika.NAmun bayangan
ketampanan Hafizi tiba-tiba dihapuskan dengan bayangan seorang
kanak-kanak lelaki kurus melidi yang menolaknya sehingga terhumban ke
kubang kerbau satu ketika dahulu.Rasa benci itu kembali menerjah
diruang hatinya.
Fifi
segera beralih dari cermin tersebut. Dia menghampiri kak Izma yang
sedang mencari kasut yang sesuai untuk dirinya kerana kasut yang
ditempah mama mertuanya agak besar sedikit.Cuba mengelakkan bertemu
pandang dengan Hafizi.
Hafizi
bagaikan terasa bagai ada tarikan magnet yang membuatkan dia terus
terpaku menatap wajah Fifi dalam gaun pengantin yang direka indah
itu.Walaupun telah dicuba menolak kecantikan Fifi tapi dia tidak
mampu menolak hakikat itu sebenarnya.
'Ah
kalau muka je cantik tapi perangai macam hantu nak buat apa...'Hati
jahatnya segera menidakkan apa yang dilihat matanya.Lantas sengaja
dia berdiri dihadapan cermin,seolah-olah membelek kesempurnaan
pakaian pengantin yang direka untuk majlis resepsi perkahwinanya
nanti di Mandarin Hotel.Sesekali dia perasan Fifi sedang menjeling
kearahnya.
“Fizi
ada apa-apa nak dibetulkan tak dengan sut tu?”kak Izma bertanya
pada Hafizi.
“Em...rasanya
dah ok dah ni.Alah pakai apapun kalau orang dah handsome tu,handsome
jugalah.Betul tak kak Izma?”Sengaja dia menguatkan suaranya.
“Eleh..perasan.”Fifi
mencebirkan bibirnya. Izma yang memerhatikan pasangan itu hanya
ketawa.
“Kak
Izma cemburulah dengan kamu berdua. Memang padan dan secocok tau
tak.Apa orang kata tu,bagai pinang dibelah dua...sama cantik sama
padan.Akak yakin yang anak-anak kamu berdua esok mesti
comel-comel.Nama pun lebih kurang...seorang Fifi seorang Fizi.”
“Apa
kak?Anak?Ei..pleaselah.Tak naklah Fifi.Nak beranak...ei..”
“Ada
pulak tak nak.Orang dah kahwin mestilah nak anak.Anak tu penambah
rezeki. Menambahkan kebahagiaan berumahtangga.”
“Alah
kalau dia tak nak...saya pasang seorang lagi.Kan ada lagi tiga
kuota...”Fifi menjeling kearah Hafizi.'Lantak kaulah nak pasang
sepuluh sekalipun...aku hairan apa.'
“Ni
seorang lagi.Baru semalam kahwin dah ada hati nak pasang lain..”
“Lelaki
kak...semuanya lebih kurang je.. Kalau boleh pasang tiga lagi
pasanglah...nak cari seorangpun kena family yang carikan.Nampak
sangat bujang tak laku..” Kata Fifi sinis.Izma hanya
ketawa.Sedangkan Hafizi sudah tersenyum kelat.
'Mak
cik ni mulutnya mngalahkan mak nenek...'
“Habis
yang ada ini tak nak beranak, alamatnya kena pasang lagi satulah.”
“Ingat
saya hairan ke awak nak pasang sepuluh sekalipun.masalahnya ada ke
orang yang nak kat muka awak tu?”Fifi mula panas hati.
“Eh
jangan tak tahu yang saya ni bukan sahaja handsome,tapi berebut
perempuan yang nak kan saya tau.”
“Perasaan!”
“Sudahlah!Baru
sehari kahwin dah nak bertengkar.Tak baik macam tu.Fizi bergurau je
tu Fifi.”Izma cuba menenangkan suasana yang semakin hangat.Dia tahu
perkahwinan keduanya diatur keluarga.Tapi dia tahu mereka boleh
bahagia.Dia juga berkahwin atas pilihan keluarga.Tapi bahagia sampai
sekarang.
“Manusia
spesis macam Raja Hafizi Arif ni memang suka cari pasal...”
“Oi...ingat
apa?Saya ni bukannya keturunan alien tahu tak?Suka-suka hati je nak
panggil spesis.”Fifi hanya menjeling mendengar kata-kata
Hafizi.hatinya ketawa gembira kerana mampu membuatkan lelaki
dihadapnnya ini marah.Bagai satu kemenangan kepadanya.
................................................
HAFIZI
membawa Fifi menjamu selera di McDonalds walaupun dibantah oleh
Fifi.Dia ingin terus pulang kerumah.Hafizi memberi alasan yang
perutnya lapar minta diisi.
“Jangan
ingat saya nak sangat ajak awak makan tengahari ni,perut saya ni dah
mendidih lapar tahu tak!”Fifi menjeling tajam.
'Baru
sehari jadi bini dia,dah pandai nak memerintah.'
Masing-masing
hanya membisu sebaik sahaja Hafizi membawa dua biji burger dan air
strawberry.
Baru
sahaja Fifi ingin menyuap burger kedalam mulutnya,telefon bimbitnya
berbunyi. Tersenyum seketika bila panggilan tersebut dari
Asyraf.Terasa sedikit rindu bila sudah beberapa hari tidak bertemu
Asyraf.
“Hello...”Sengaja
dilunakkan suaranya dihadapan Hafizi.Hafizi menjeling seketika
sebelum meneruskan suapannya.
“I
tengah lunch.You dah lunch?”
“Ok...nanti
I call you balik.Take care. Bye..”Fifi masih tersenyum walaupun
selepas talian dimatikan.Sekurang-kurangnya suara Asyraf mampu
meredakan kemarahannya pada manusia dihadapannya ini.Dia kembali
menyuap burger kemulut.Kali ini dengan penuh berselera sedangkan tadi
dia yang beria-ia menolak untuk makan tengahari dengan Hafizi.
“Hai
terus berselera nampak?”Perli Hafizi. Dia tahu sipemanggil tadi
pasti teman istimewa Fifi.
“Mestilah..buah
hati baru je call...” Sengaja ditekankan perkataan buah hati agar
Hafizi tahu yang hatinya sudahpun dimiliki.Hafizi menjeling tajam.
'Eleh
macamlah kau sorang yang ada kekasih.
'Tengoklah....pakwe
aku baru je call...' Fifi tersenyum sinis.
LAPAN
HAMPIR
dua minggu menjadi suami isteri,Fifi sudah tiada alasan untuk menolak
tinggal bersama Hafizi dirumah yang dibelikan keluarga mereka.Kalau
dulu seminggu berkahwin dia beralasan untuk mengikuti study
Trip,kemudian terpaksa mengadakan perbincangan dengan rakan
sekuliah.Tapi hari ini bila mamanya menelefon dan menyuruh perkara
yang sama,dia kematian idea.Mahu tidak mahu terpaksa juga dia
mengangkut semua barang-barangnya keluar dari rumah yang disewa sejak
setahun yang lepas bersama Nurin.Jengkel hatinya tatkala memandu ke
Kelana Jaya.Malah perancangan bapa mertuanya untuk mereka berdua
berbulan madu di Teluk Emerald juga terpaksa ditunda kerana kedegilan
Fifi untuk mengikut study Trip ke Tioman.Menurut mamanya, Hafizi
sudah seminggu tinggal dirumah mereka di kelana Jaya.Fifi langsung
tidak menghubungi Hafizi selepas sahaja selesai majlis resepsi mereka
dahulu.Malah Hafizi sendiri tidak langsung menghubunginya.
Fifi
memandu keretanya membelok masuk ke lorong seperti yang tercatat
dalam alamat yang diberikan mamanya pagi tadi.
“Ish..mana
ni?Ha..ni nombor 21..yang tu 22..ha..tu pun dia.”Kelihatan sebuah
rumah dua tingkat yang terletak di lot hujung sekali di deretan rumah
yang hampir sepuluh buah ini.
“Cantik
juga.Pandai bapak mertua aku pilih warna cat,sesuai dengan
jiwa aku.Rumah biru muda itu dimasuki Fifi selepas remote pagar
ditekan.Sebelum dia balik kerumah sewanya dahulu,mamanya sudah
memberi seberkas kunci dan remote pagar padanya.
Fifi
mengeluarkan beg pakaiannya dari proton Waja miliknya.Pintu rumah
dibuka.Diruang tamu hanya ada sofa dari Fella Design dan sebuah rak
tv.Kelihatan berkemas.
“Em..pandai
juga batang penyapu tu kemas rumah!”Fifi membuat
penilaian.Tangannya mengheret beg pakaiannya ke tingkat atas.Ada
empat buah bilik.Fifi memasuki bilik pertama.Sebuah katil bercadar
biru,sebuah almari solek dan sebuah almari pakaian kaca tiga pintu
menghiasi didalamnya.
'Em..aku
rasa nak ambil bilik inilah. 'Diselaknya langsir labuh berwarna putih
susu dan tingkap kaca sepanjang dua kaki dibuka. Terasa segar bila
udara dari kawasan bukit dibelakang taman perumahan ini menyapa
tubuhnya.
Dia
lantas mengambil tuala dan pakaiannya didalam beg,berlalu ke bilik
air.Agak lama berendam didalam jakuzi berbentuk bintang itu.Dengan
haruman lavender benar-benar menenangkan jiwanya. Sebelum masuk
kebilik air tadi,sempat dimainkan muzik dari Kenny-G.lama Fifi
berendam didalam tub sehingga perutnya terasa lapar.
Selesai
berpakaian.Fifi turun ke dapur. Dibukanya kabinet,dua bungkus maggi
berperisa kari dan tom yam ada didalamnya.Peti ais pula dibuka,
sederet telur tersusun dirak atas.
“Apalah
mamat ni.Takkanlah asyik makan maggi je.”Dia termenung
seketika.Memang dia jarang makan makanan segera ini,kecuali kalau
terdesak.
“Ah..maggi
pun maggilah!Perut aku dah berkeroncong ni.”
Perutnya
yang mendidih kelaparan tadi,telah diisi dengan maggi goreng bersama
telur mata kerbau.
“Erg..alhamdulillah...”Pantas
mangkuk diletakkan didalam sinki.Fifi pantas keruang tamu.Dicapainya
majalah dibawah meja.Sebelum itu sempat dipanaskan sebuku ban didalam
ketuhar.
“Tak
ada majalah lain ke?”Kesemua majalah yang ada semuanya berkaitan
dengan kejuruteraan dan minyak.
“Boringnya...”Fifi
merebahkan tubuhnya diatas sofa,dan entah bila masanya dia mula
terlelap.
SEMBILAN
“ISH...mak
cik tu dah ada kat sini?”Hafizi membelek-belek proton Waja berwarna
gold yang diparking dihadapan rumahnya ini.Memang dia menjangkakan
fifi akan tinggal bersamanya kerana desakan ibu mertuanya tapi dia
tidak menyangka Fifi akan datang secepat ini.Seketika proton waja itu
ditelitinya seperti menelek Fifi lagaknya.
“Ok...sekarang
ni kau akan kenal siapa Raja Hafizi Arif.Siaplah kau...”Hafizi
tersenyum puas sambil melangkah masuk.Tiba-tiba hidungnya tercium
sesuatu yang kurang mengenakkan.Puas dia tercari-cari dihadapan
rumah.Namun tidak dijumpai apa-apa.Tanganya dengan pantas membuka
kunci pintu.Serentak dengan itu,kelihatan kepulan asap dari arah
dapur.
“Ya
Allah...rumah aku terbakar.Dengan langkah seribu pantas dia berlari
kearah dapur.Ruangan dapur kini dipenuhi asap dan bau yang
memeritkan.Tiba-tiba matanya terpandang mikrowave yang menyala.Tanpa
berlengah lagi dicapainya pemadam api yang diletakkan di dalam stor
berhampiran dapur.Denagn gayanya ala-ala seorang ahli bomba,kebakaran
dari mikrowave yang baru seminggu menjadi miliknya itu berjaya
dipadamkan.Hafizi mengurut dada sebaik sahaja api berjaya dipadamkan.
“Ni
dah tentu mak cik tu punya kerja sampai jadi macam ni.”Meliaht ban
yang hangus (dah jadi rentung macam kayu api didalam
mikrowave,)hatinya semakin panas.”Lantas kakinya dibawa keserata
rumah mencari tuan empunya kerja.
Demi
terpandangkan sekujur tubuh yang sedang enak berbaring diatas
sofa,hatinya semakin anas.
'Rumah
aku dah nak jadi abu...dia boleh sedap-sedap tidur lagi.Hoi!”Tanganya
menguit tubuh Fifi.
“ya
Allah...dia ni tidur mati ke apa?”Sekali lagi dia menguit tubuh
Fifi.Kali barulah Fifi membuka matanya.
“Apa
hoi-hoi..ingat orang tak ada nama ke?”Dia bangun dan duduk disofa.
“Habis
tu nak aku panggil kau tuan puteri...baiklah tuan puteri
sayang...sekarang ni aku nak kau pergi dapur tengok apa yang kau buat
kat dapur aku tu.Nasib baik tak rentung tau.Kalau tak dengan kau-kau
sekali rentung.”Hafizi mencekak pinggang.Hilang bahasa saya dan
awak yang digunakan selepas majlis perkahwinan dahulu.Hatinya
benar-benar marah.
“Amboi
sedapnya mulut kau bercakap.....aku buat apa?”Matanya dijengilkan
kearah Hafizi.'Dia ingat aku takut agaknya.'
O..kau
tak tahulah apa kau buat ye.Ni..”Lantas direntapnya tangan Fifi dan
diheret kearah dapur.Fifi menutup hidungnya dengan tangan bila bau
hangit mula menusuk.Demi melihat microwave yang masih berasap barulah
dia teringat yang dia sedang memanaskan ban didapur sebelum terlelap.
“Alah...nanti
saya gantilah balik.”Katanya tanpa rasa bersalah.
“Sedapnya
cakap nak ganti.HAbis tu kalau rumah ni terbakar...kau nak gantikan
juga ke?Dah lah microwave tu baru seminggu aku beli.Kau dah
jahanamkan.”Hafizi memandang tepat ke arah Fifi.
“Yang
nak kecoh sangat ni apahal.Tak ada apa pun yang berlaku kan.Kejap
lagi aku pergi beli microwave baru untuk kau.LAgi satu...Raja Hafizi
Arif...rumah ni pun bukan rumah kau seorang.Rumah ni papa aku dengan
papa kau share 50-50.So,aku ada share sama dalam rumah ni.Tak
payahlah kau nak jadi diktator pulak.Badan sekeping ada hati nak
berlagak...”Lantas satu jelingan diberi kepada Hafizi sebelum dia
melangkah pergi.
'Eh..mak
cik ni kurang ajar pulak.Dah tak hormatkan aku sebagai
suami...nantilah kau.'Hafizi mremnadang langkah yang diaturFifi
dengan geram.
'Laki
macam tu aku nak hormat.kirim salamlah...kau ingat aku takut dengan
kau.Engineer tak ada otak..'Tubuhnya kembali direbahkan ke sofa.Dan
dia kembali terlelap.Melupakan seketika kemarahan Hafizi terhadap
dirinya.
10
“KAU
tak nak balik rumah ke Fizi?”Iskandar hairan melihat Hafizi yang
masih bersenang lenang dirumahnya walaupun jam sudah ke angka
sebelas.'Dah lah sebab kau aku terpaksa tunda dating dengan awek aku
malam ni.Takkan nak buat ni rumah tumpangan kot.'Maghrib tadi sewaktu
dia bersiap-siap ingin bertemu Alia,Hafizi muncul dihadapan
pintu.Tanpa salam terus sahaja sahabatnya itu merebahkan diri di
sofa.Mahu tidak mahu terpaksa juga dihadap muka Hafizi sehingga detik
ini.Jenuh dia beralasan dengan Alia.Kononnya terpaksa stay back dekat
office sebab ada meeting.Kalaulah Alia tahu dia menipu,harus dia kena
tinggal.Hendak tinggalkan Hafizi disini,dia rasa tidak selesa.apatah
lagi adik perempuannya turut tinggal disini.Kawan-kawan juga.Tapi
mana boleh percaya sangat.
“Kau
ni macam nak halau aku je?Cakaplah je lah direct...”Hafizi masih
berbaring di sofa.Malah walaupun sebentar tadi Irina,adik Iskandar
pulang dari kerja,dia tetap berbaring.
“Tak
de lah aku nak halau kau pulak.Tapi kalau kau dok kat sini...apahal
pulak Fifi seorang kat rumah.Buat jadi apa-apa tak ke haru.Dah lah
tadi rumah kau nak terbakar...karang tah apa pulak jadi.”Dia masih
berlapik alasan untuk meminta Hafizi keluar dari rumahnya.Takut
Hafizi terasa hati.Dia tahu pasti Irina tidak selesa kalau ada kawan
lelakinya turut ada dalam rumah ini.Lagipun sejak Irina menumpang
tinggal dirumahnya awal-awal lagi dia diberi amaran oleh kedua ibu
bapanya agar kawan-kawannya dilarang datang ke sini.Mereka bimbangkan
keselamatan Irina.Malah bukan Irina seorang,tapi ibu saudaranya yang
hanya tua dua tahun dari nya turut menumpang disini.
“Boringlah
aku nak balik rumah mengadap anak gajah tu.Menyakitkan hati betul.”
'Alah...mamat
ni macam tak paham pulak bahasa aku.Aku nak suruh kau baliklah
mangkuk...!'Namun dia hanya mampu menyumpah didalam hati.Bimbang juga
dia dengan penumbuk Hafizi.Maklumlah bekas jurulatih taekwando
Universiti.'Iskandar menggaru-garu kepalanya tyang tidak gatal.Jam
didinding dikrlingnya.sudah hampir pukul sebelas setengah malam.
not bad...cume tulisan kecik skit kut..org rabun baca, kurang nampak..ekekeke
ReplyDelete