Thursday, 1 August 2013

andai ada jodoh kita



Andai jodoh kita ada

Mazni darwisya FEB 2008



KADANG---KADANG
KITA PERLU KEHILANGAN
BENDA YANG JADI MILIK KITA
DAN
KADANG_KADANG
KITA PERLU TINGGALKAN INSAN
YANG KITA SAYANG....





RINDU ITU TERLALU PAYAH UNTUK DILUAHKAN........

CINTA ITU TERLALU INDAH UNTUK DITAFSIRKAN...



love is a part of secret life























SALAM SEJAHTERA-Samudera
Tiada secantik bahasamu
kugubah lalu menjadi lagu
tidak setanding paras wajahmu
itu menjadi rindu
andainya bulan retak seribu
bayangmu ada dimana-mana
jika kaca berderai luka
tertusuk seluruh jiwa
kita pun diibaratkan
kasih suci yang bahagia
aku turut merasakan mahligai
yang jadi nyata bersamamu
pertama dan kaulah selamanya
riwayat yang menghikayat cinta
kasih jangan biarkan
kata yang nista membakar jiwa
kata janji bukan ukuran
hanya sejati dalam diri
kuburkan aku dihatimu
demi cinta sepenuh hati
sejauh manapun berpisah
kau dihatiku yang utama
dalam tidur dalam terjaga
kuucapkan salam sejahtera....










`SEPI itu indah!Seakan pernah di dengari nya ungkapan sedemikian.Tapi sepi juga melukakan. Sepi itu menyakitkan dan sepi itu satu hukuman.Alangkah bosannya bersendirian di dalam dunia yang dihuni jutaan manusia ini.Seakan dia dipinggirkan disaat ini.Dia ada segalanya,tapi hidupnya kosong.
“Apa yang akak menungkan tu?”Satu suara menyergahnya dari belakang.Aresha berpaling. Tersenyum seketika bila yang menyapanya adalah Alifa, adik perempuannya yang sedang menuntut dalam tahun akhir di Universiti Islam Antara bangsa dalam jurusan Sains Psikologi.
Nothing....yang Ifa ni relaks je..tak ada kuliah ke hari ni?”
“Ada...tapi petang sikit...akak tak siap lagi?Kan kejap lagi ada interview?”Alifa mengambil tempat berhadapan kakaknya diatas katil.Aresha memandang adik perempuannya ini dengan senyuman.
“Kejap lgilah...lagipun baru pukul lapan pagi.. interview akak pukul 10.30.”
“Kan baik kalau pergi awal sikit.karang taklah kelam kabut.Akak ni suka buat kerja last minuteslah...”Alifa masih terus membebel tentang sikap Aresha.Aresha hanya tersenyum sinis.
“Yelah...cik Alifa oi...saya nak pergi siaplah ni ...”Pantas Aresha mencapai tuala yang digantung ditepi katil dan melangkah keluar menuju bilik air yang terletak bersebelahan bilik Al fa.
Alifa yang melihat tingkah kakaknya hanya menggelengkan kepalanya.Walaupun Aresha agak keras kepala dan degil berbanding dirinya,tapi hanya itulah sahaja kakaknya di dunia ini.Mereka hanya tiga beradik.resha anak yang sulung manakala dia yang tengah dan seorang lagi Adib yang kini jauh di perantauan. Teringatkan adik lelakinya yang kini sedang menuntut ilmu di Imperial College,United Kingdom.ada rindu bertandang di hatinya.Sudah dua tahun Adib melanjutkan pelaja ran kesana dan hampir selama itulah mereka tidak pernah bertemu. Tapi adib kerap menghantar email memberitahu keadaannya di perantauan.
Alifa masih ingat sewaktu dia juga dita warkan mengikuti pengajian syariah di Universiti Al-Azhar,Mesir,pantas tawaran tersebut ditolak. Bukan kerana masalah kewangan tetapi memikirkan cita-citanya lebih terarah kepada menjadi seorang pensyarah dalam ilmu Psikologi manusia lantas tawaran tersebut ditolak.Namun nasib amat menyebelahinya bila dia diterima di Universiti Islam Antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diinginkan nya.
..............................................................
ARESHA melangkah anggun dengan mengenakan sepasang baju kurung berwarna pink,ke dalam Wisma Safuan di jalan Yap Kwan seng ini.Ada mata-mata yang sedang memerhatikannya namun dibiarkan sahaja.Baginya dia sudah biasa dipandang sedemikian.
Sampai di tingkat dua belas,kelihatan sebuah board yang berwarna emas tertera perkataan BUMI EMAS HOLDING SDN BHD.Aresha menarik nafas seketika sebelum melangkah masuk ke pejabat yang berlatar belakangkan dinding berwarna peach itu.Sempat dilafazkan kalimah ALLAH agar temuduga ini berja dengan lancar. Berhenti seketika di hadapan penyambut tetamu di situ.
“Assalamualaikum....saya Aresha bt Amirullah, saya datang untuk temuduga.Ini surat temuduga yang saya terima..”Aresha menyerahkan surat bersampul coklat tersebut kepada penyambut tetamu yang tersenyum manis.
“Cik datang untuk temuduga jawatan pemban tu arkitek tu ye?Baiklah cik perlu isi borang ni kemudian cik boleh tunggu bersama mereka yang lain di sana.”Tangannya menunjukkan ke arah beberapa orang yang sedang menanti giliran untuk ditemuduga dihadapan sebuah bilik.
“Terima kasih.”Pantas borang tersebut diisi dan dikembalikan kepada gadis tersebut. Aresha berjalan menuju ke arah yang ditunjukkan sebentar tadi dan mengambil tempat di sebelah salah seorang calon temuduga ini.
Hampir satu jam berlalu,namun nama Aresha masih belum dipanggil.Aresha mengeluh kebosanan. 'Kalau aku tahu lambat macam ni, baik aku datang lewat sikit.Ini semua Ifa punya pasalah.. takut aku terlewat konon... sekarang aku juga yang boring.
Yang diorang ni pun satu,dah tahu calon ramai...tanya sikit-sikit dah lah.Kan semua yang diorang nak tahu tu dah ada dalam resume yang dihantar... saja nak mengada-ngadalah...'Aresha membebel sendirian.Rasanya mahu sahaja matanya dilelapkan.Dia bermain-main dengan hujung sofa.
“Ya Allah..bosannya.”Tanpa Aresha sedari terkeluar kata-kata tersebut dari bibirnya dengan kuat.Beberapa pasang mata menoleh kearah nya.Aresha jadi malu sendirian. Tapi dia cuba bersikap bersahaja.Matanya dialihkan kearah meja penyambut tetamu.
Tiba-tiba pandangannya bersatu dengan pandangan seorang lelaki yang segak berkot hitam sedang berdiri dihadapan meja penyambut tetamu.Dada Aresha berdebar kencang.Seakan ada arus elektrik yang mengalir dalam tubuhnya saat ini.Tiba-tiba..
“Cik Aresha Amirullah....Cik aresha Amirullah..”Aresha pantas menoleh bila terdengar namanya dipanggil.
“Ye saya...”
“Cik boleh masuk sekarang....”Pantas di ambil segala dokumen dan berjalan kearah bilik dihadapannya.Namun dari kerlingan matanya Aresha tahu leaki tersebut masih lagi memandangnya. 'Pandang orang macam tak pernah tengok perempuan.”Sempat hatinya membebel sebelum pintu bilik diketuk.
Dihadapan Aresha ada dua orang lelaki yang sedang memandang tepat ke arahnya.Seorang adalah pengurus bahagian penjawatan dan seorang lagi pengurus dalam bahagian pentadbiran.
“So,Miss Aresha Amirullah,boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri anda?”Pengurus penjawatan yang memakai tag nama Hakimi mula menyoal Aresha.Aresha menarik nafas seketika sebelum memperkenalkan dirinya.
“Nama saya Nur Aresha Sofea bt Amirullah, berusia 27 tahun dan berasal dari Sri Gombak. Mendapat pendidikan awal di Kolej Tunku Khurshiah,Negeri sembilan dan menyambung pelajaran di matrikulasi di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.Seterusnya saya menyambung pengajian dalam peringkat ijazah SeniBina di Universiti Of Kent England selama tiga tahun. Pernah menjalani latihan amali di Brussell Company London selama enam bulan.Saya juga pernah bekerja sebagai arkitek di Prima Holding sdn bhd di Ipoh selama hampir setahun setengah.”Tenang dan yakin Aresha menceritakan tentang dirinya.
“Em,pernah jadi arkitek...tapi kenapa you resign?Dan mohon pula jawatan sebagai pembantu arkitek je...lagipun kalau dilihat pada pencapaian you semasa belajar dulu,You memang layak menjawat jawatan sebagai arkitek.”Encik Aziz,pengurus pentadbiran pula menyoal.Aresha sudah menjangkakan pertanyaan ini yang akan ditanya.
“Selama setahun setengah saya bekerja sebagai arkitek di Wisma Wan Hasan Ipoh,tiada masalah yang membabitkan tugas dan kredibiliti saya sebagai seorang pekerja disitu.Saya terpaksa melepaskan jawatan saya kerana terpaksa balik ke Gombak kerana tugas sebagai anak lebih menuntut perhatian saya.”
“Maksud cik Aresha?”Soal Encik Aziz lagi.
“Ibu saya di serang stroke pada januari baru-baru ini.Ayah saya pula bertugas di PETRONAS di Terengganu manakala adik perempuan saya masih belajar di UIA dan adik lelaki di United Kingdom. Jadi sebagai anak yang sulung, saya yang perlu menjaga ibu saya.”
“Tapi you tahu tak,banyak perbezaan antara arkitek dan pembantu arkitek.Malah jumlah gaji juga agak ketara perbezaannya.You boleh terima ke?You tak rasa kesal....?
“Saya rasa dalam zaman yang terlalu banyak persaingan ini,saya tak boleh terlalu memilih. Samada menjadi arkitek ataupun cuma pembantu, tidak menjadi soal.Yang penting saya ada ilmu dalam bidang ini.”Kedua-duanya tersenyum mendengar penjelasan yang meyakinkan dari Aresha.
“Baiklah kalau Cik Aresha diterima bekerja disini, apa matlamat dan harapan Cik Aresha?”Encik Aziz sekali lagi bertanya.
“Harapan saya jika diterima disini,saya akan bekerja dengan sepenuh keikhlasan demi memajukan syarikat dan akan sentiasa bersedia menerima teguran dan akan cuba sentiasa memperbaiki kelemahan saya.
“Baiklah Cik Aresha,sekiranya kami rasa Cik Aresha layak dalam jawatan ini,kami akan hubungi Cik dalam masa terdekat.”
“Terima kasih...”Setelah bersalaman dengan encik Hakimi dan Encik Aziz,Aresha melangkah keluar dengan perasaan yang cukup lega.
“Em...habis satu masalah...”Katanya riang.

ARESHA membelek beberapa keping cakera padat yang di susun diatas rak.Mencari-cari pilihan lagu yang digemarinya.Matanya tiba-tiba terpandang koleksi lagu-lagu Celline Dion, penyanyi kegemarannya.
“Em...The best of Celine Dion...aku tak ada lagi CD ni.”Tangan Aresha pantas mencapai Cd tersebut.Malangnya belum sempat Aresha mencapainya,CD tersebut terlebih dahulu diambil oleh seseorang yang lain.Aresha geram. Pantas wajahnya ditoleh kepada menusia disebelahnya. Lelaki tersebut terus membelek cakera padat celion Dion tanpa menghiraukan Aresha yang sedang menahan marah.
“Saudara...CD tu saya yang nampak dulu,tiba-tiba saudara senang-senang je nak ambil.mana boleh macam ni.”Aresha mencekak pinggangnya sambil matanya dihalakan kepada lelaki disebelahnya.Lelaki tersebut mengangkat wajahnya memandang Aresha.Ada kerutan didahinya.Aresha juga seperti pernah melihat lelaki ini sebelum ini.'
Alamak.. lelaki nilah kat meja penyambut tamu tadi..tapi tadi siap berkot, sekarang bukan main simple.Teringat pada insiden sewaktu ditemuduga di Bumi Emas Holding tadi.'Ah aku peduli apa, yang penting aku nak CD tu.'
“Rasanya tak ada pun tertulis nama cik kat CD ni..ataupun nama Cik ni Celine Dion tak..Celine Dion Malaysia...”Kata lelaki itu sinis.
“Awak tak payah nak buat lawak la.Now...saya nak Cd tu.”Aresha menadah tangannya dihadapan lelaki itu.
“Tapi CD ni saya yang ambil dulu.”
“Tapi saya yang tengok dulu..”
“Tak kisahlah siapa yang lihat dulu,yang penting CD ni kat tangan saya.Saya yang ambil dulu,so sayalah yang berhak.Kalau nak bawa kes ni kat mahkamah sekalipun rasanya saya yang menang.Cik nampak tak kat luar tu...”Tangan lelaki tersebut menunjuk kearah luar kedai... Aresha turut membuang pandang ke arah yang sama.Hatinya menahan marah.
“Ada apa?”Tanyanya kasar...Lelaki itu tersenyum sinis.
“Kat luar tu ada lagi kedai VCD, so,pergilah cari kat sana.CD ni saya nak...”Tangannya mengawang-ngawangkan CD ditangan nya. Aresha mendengus kasar.
“Susah kalau cakap dengan orang tak reti bahasa dan tak berbudi bahasa.”Lantas dia berpusing melangkah keluar.Jelas kedengaran ditelingannya suara garau lelaki tersebut ketawa. kakinya melangkah laju menuju ke tempat parking di luar Suria KLCC.
 “AIRI ni dari mana?Tak boleh balik terus ke rumah dari ofis?Ni ada je kerja kat luar tu.”Fazri mengerling seketika kearah wanita yang sedang duduk di sofa sebelum mengambil tempat dihadapan wanita yang berusia hampir 40 tahun itu.Dengan bersahaja dia mengambil sepotong mangga dan dimasukkan kedalam mulutnya .Pertanyaan wanita tersebut langsung tidak diendahkan.
“I'm talking with You Airi.”Berang bila kata-katanya tidak diendahkan oleh Fazri.Fazri Anuar Syukri tersenyum sedikit memandang kearah wanita tersebut.
“Alah sorrylah.Aunty ni risau sangat.Airi dah 28 tahun Aunty..tahulah Airi jaga diri.”
Puan Zara menggeleng melihat sikap anak saudaranya itu. Perlahan-lahan majalah ditangan diletakkan diatas meja dihadapan nya.
“Aunty bukan nak membebel.Selagi Airi dan Airil tiada kehidupan sendiri,selagi itulah kamu berdua tanggungjawab Aunty. Airi ingat,Airi dah 28 years, i'm not worried about yourself? Listen to me...kamu berdua ni amanah dari your late parents pada Aunty.Kamu berdua tak ada sesiapa selain aunty.If something happened to both of you.. aunty tak akan maafkan diri aunty.And you know why i'm not married again after uncle Hisyam meninggal... because both of you. Takkanlah itupun aunty still kena explain...Puan Zara sudah menitiskan airmata. Setiap kali dia berbicara tentang arwah ibu bapa Fazri dan arwah suaminya, hatinya sebak.Fazri yang melihat titisan jernih di pipi Puan Zara segera bangun dan duduk disisinya.Hatinya dibelenggu rasa bersalah kerana membuatkan satu-satunya ibu saudara yang dia dan Fazril ada menangis. Dikesatnya airmata Puan Zara.
Aunty ni janganlah buat drama sedih pulak.
“I'm sorry Aunty...I didn't mean to hurt your heart.. I'm...just...”Fazri tidak menghabiskan ayatnya.Cuba mencari ayat yang terbaik untuk berbicara.Bimbang hati Zara terluka lagi.
“Dah lah.I'm not blame you.Tapi Aunty nak Airi dan Airil tahu,everytime Airi dan Airil berada kat luar event dekat ofis pun,hati aunty tetap risau.Aunty sendiri tak ada sesiapa selain kamu berdua dalam dunia ni.Thats why i'm really care both of you.”Fazri tersenyum sedikit.
“Ok,Airi janji after this..where ever i' am...i will tell you.Dah lah aunty jangan menangis lagi..buruklah...”Fazri cuba mengembirakan hati Zara.Zara tersenyum sedikit memandang anak muda dihadapannya ini.Kepala Fazri diusap perlahan.
“Dah pergi naik mandi.”Arahnya.Fazri akur dan melangkah ketingkat atas.Sempat dihadiahkan sebuah ciuman dipipi zara.Mata Zara masih memandang langkah anak saudaranya itu menghilang ke tingkat atas rumah banglo dua setengah tingkat miliknya ini.Melihat Fazri dan Fazril, seakan memorinya melihat arwah abangnya Shamsuri yang telah meninggalkannya hampir sedekat yang lalu. Dan hampir selama itulah mereka ini membesar dengan dirinya.FAzri dan Fazril dijaga bagai menatang minyak yang penuh.Apatah lagi dia sendiri tidak mempunyai anak.Kerana terlalu menyayangi mereka berdua, Zara sanggup mengenepikan kepentingan dirinya sendiri.Malah tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk berkahwin lagi selepas arwah suaminya meninggal empat tahun lalu.
“Selagi aunty bernafas,tak akan aunty abaikan kamu berdua.”Janji Zara sendirian.




Srikandi Cintaku-BLOODSHIELD
DINGIN MALAM TIRAI KENANGANKU
MENYERLAHKAN SEKURUN INGATAN
TERCIPTALAH RIMBA KEHIDUPAN
PERCINTAAAN DALAM PERJUANGAN
KESETIAAAN SEBAGAI BEKALAN
BISIKANMU PENUH PENGHARAPAN
TIADA GARIS DAPAT MEMISAHKAN
SEGALANYA KUDRATMU TUHAN
ALAM BAGAI MENGERTI
SEGALA YANG TERJADI
EMBUN MENITIS PANAS SIMPATI
PERTEMUAN TIADA AWAL AKHIR
PERUTUSAN BERDARAH KUTERIMA
GUGUR KUNTUM DITENGAH HALAMAN
MEDAN INI KURASAKAN SEPI
TERPAKU PILU
KUSEMATKAN PEPOHON KEMBOJA
DAN BUNGANYA ADALAH HATIKU
SEMADILAH DALAM KEDAMAIAN
SEMANGATKU TETAP BERSAMAMU
KAN KUUSUNG OH JENAZAH CINTA
SEMADIKAN NISAN KASIH SUCI
SEMANGATMU TETAP BERSAMAKU SELAMA PASTI...
.DEBU MALAM MERAGUT KENANGAN
MENYEDARKAN DARI LAMUNANKU PERCINTAAAN DALAM PERJUANGAN KAU ABADI SRIKANDI CINTAKU...



2


ARESHA menghempaskan beg sandangnya dengan kasar.Dia mendengus seketika sebelum mencapai sebuah majalah yang diletakkan di atas rak menonton tv.Gelagatnya diperhatikan Puan hafsah dengan penuh tandatanya.Perlahan-lahan dipusingkan kerusi rodanya menghampiri anak gadisnya ini.Dia tahu Aresha ada temuduga hari ini.
“Kenapa Resha?”Puan Hafsah semakin meng hampiri Aresha.aresha yang melihat ibunya segera bangun mendapatkan Puan Hafsah. Melihat keadaan ibu yang dahulunya sentiasa cergas dan sihat,kini terpaksa bergantung dengan kerusi roda hatinya sebak.
“Kenapa resha?Ada perkara dah berlaku ke?” Aresha yang duduk di hadapan ibunya menggeleng.
“Tak ada apa bu.Resha penat sikit je.”Di picitnya lengan Puan Hafsah.
“Kesian Resha.Kerana ibu,Resha terpaksa lepaskan jawatan Resha di Ipoh. Kalau tak sebab ibu, tentu resha tak payah bersusah payah cari kerja macam ni.Ibu ni menyusahkan Resha jekan..” Puan Hafsah terkilah kerana dia aresha jadi begini.Aresha mengeluh sakit.Dia tidak suka bila isu ini ditimbulkan oleh Puan Hafsah. Baginya ini bukanlah pengorbanan tapi kewajipan dia sebagai seorang anak.
“Ibu jangan cakap macam ni.Resha ikhlas balik sini nak jaga ibu.lagipun ini memang tanggungjawab Resha pada ibu.Resha tak pernah rasa susahpun apatah lagi kesal melepaskan jawatan Resha dulu.Resha yakin pada rezeki. InsyaAllah kalau ada rezeki Resha akan dapat kerja tu Ibu.Ibu janganlah fikir bukan-bukan. Aresha cuba menenangkan perasaan ibunya.Puan Hafsah tersenyum sedikit.Lega dengan pengakuan ikhlas Aresha Sofea.
“Kamu adik beradaik baik Resha,Ifa ataupun Adib tak pernah mengeluh dengan Ibu atau abah.Bertuah ibu dapat anak-anak macam kamu bertiga.”
“Itu maknanya...sejuk perut ibu mengandung dulukan...”Kedua-duanya ketawa.
“Ehem...apa yang seronok sangat ni? Tak nak kongsi dengan Ifa ke?”Kemunculan Aliffa mengejutkan mere ka berdua.
“Tak ada apalah.”Pantas Aresha manja wab.Aliffa mendapatkan ibunya.Disalami dan dicium tangan ibu yang telah melahir dan membesarkannya selama ini.Puan Hafsah tersenyum senang.Bersyukur kerana anak-anak menjadi anak yang baik.
..............................................
ARESHA merebahkan dirinya diatas katil. Rasa penat mula menjalar ke segenap urat sarafnya.Teringat peristiwa hari ini,hatinya semakin sakit.Mana tidaknya selepas peristiwa di KLCC, sangka Aresha dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki tersebut.Tapi dugaannya meleset bila mereka sekali lagi terserempak di Restoran Melayu Jalan Masjid India.Malah sekali lagi mereka memilih tempat duduk yang sama.Dan sekali lagi Aresha terpaksa mengalah bila lelaki tersebut berkeras mahu duduk disitu.Tanpa rasa bersalah,lelaki tersebut terus makan tanpa memperdulikannya yang sedang berdiri kerana semua tempat sudah dipenuhi dengan pelanggan kecuali meja tersebut.Mahu tidak mahu terpaksa Aresha duduk dihadapan lelaki itu.Aresha geram bila lelaki tersebut tersenyum sinis ke arahnya.
“Harap muka je handsome,tapi perangai... huh...” Aresha berkata sendirian tanpa menyedari kata-katanya turut didengari lelaki tersebut.
Pantas lelaki tersebut mendongak memandang kearah Aresha.Ada kerutan didahinya. Aresha tidak megendah kan pandangan lelaki tersebut. Pantas nasi di suapkan kedalam mulutnya.
“Cik adik...pasal handsome tu memang betul tapi pasal perangai...awak kenal dengan saya ke?Jangan nak tuduh melulu.Orang yang menuduh melulu tu orang suka buat fitnah.Fitnah tu lebih kejam dari membunuh tau..”Kedua tangannya ditongkat ke dagu.Matanya dibawa menatap wajah bujur sireh dihadapannya ini. Jelas kemarahan terpancar dari wajah tersebut.Dia tersenyum sendiri.'Em..boleh tahan ala-ala perempuan melayu terakhir...'bisiknya sendiri.
“Huh...tak kenalpun saya memang dah tahu awak memang sakit jiwa...”Aresha terus melawan.
Exuse me...”Belum sempat lelaki tersebut berkata sesuatu pantas Aresha memotong.
“Sorry..saya tak ada masa nak melayan sedara. Makin lama saya kat sini,makin mati selera saya.”Pantas dia bangun menuju ke kaunter bayaran.Namun telinganya sempat menangkap kata-kata dari lelaki tersebut.
“Harap muka je cantik....tapi perangai... ” Ish.. .macam pernah dengar ayat tu.. o..ambil ayat aku tadi.' Aresha tersenyum sendirian.Selepas transaksi dibuat dia melangkah sekali lagi kearah lelaki tersebut yang sedang enak menjamu selera.
“Cik Abang...nasi tu saya dah tolong bayarkan,sebagai tanda terima kasih kerana memuji kecantikan saya...”Dia ketawa kecil sambil berlalu dari situ.Tidak peduli lagi apa reaksi lelaki tersebut tetapi hatinya puas.
................................................

PINTU biliknya diketuk bertalu-talu. Pantas Fazri melangkah membukanya.
“Kau nak pecahkan pintu bilik aku ni ke?” Pandangannya sinis memandang Fazril yang tersengih diluar bilik nya.
“Sorrylah brother aku ingatkan kau tidur.”Tubuhnya dicampakkan keatas katil peraduan Fazri.Fazri menggeleng melihat telatah adik kembarnya ini.
“Kau ni dari mana?Dah dekat pukul sepuluh baru nak balik.Aku yang balik pukul lapan tadi pun jenuh kena bebel dengan aunty Zara.”Fazri turut bersama adiknya diatas katil.
“Sebab tak nak kena bebellah aku balik pukul sepuluh.Time ni aunty dah tidur....”
“Kau tahu tak Dik..tadi aunty menangis...” FAzril bangun tiba-tiba bila men dengar Fazri memberitahunya Aunty Zara menangis.
“Why?”
“Tak de lah.Aku cuma cakap yang aku dah besar ,tahu jaga diri.Tiba-tiba aunty sensitif. Dia rasa macam kita dah tak perlukan dia.Puas juga aku pujuk baru dia ok.”
“Kadang-kadang aku kesian pada aunty Zara tu, terlalu jaga sangat pasal kita sampai tak kahwin-kahwin.” Tambah Fazril.
“Dah tau kesian,tapi kau tu suka nak menyusahkan hati aunty.Dah berapa kali aunty minta kau datang ofis,bantu kerja-kerja aku.” Bebel Fazri dengan sikap Fazril.
“Nantilah aku fikirkan.Bukan aku tak nak tolong kau tapi aku tak bolehlah involved dalam bisnes line ni.”
“Mula-mula memanglah tak minat.Aku dulu pun masa aunty suruh ambil alih bisnes ni,tak minat juga.Tapi kau fikirlah pasal tanggung jawab.Kita cuma ada dua beradik je.Saudara mara tak usah cakaplah. Yang aku tahu aunty Zara tu je lah satu-satunya saudara yang kita ada.”
“Nantilah aku fikirkan.Eh kau tahu tak... aku ingat nak buka galerilah.Aku nak tempatkan semua lukisan dan gambar yang aku ambil.What do you think?”Fazri mengerutkan keningnya mendengar cadangan dari Fazril.
“Thats a brilliant idea.Lepas tu kau hiredlah seorang pembantu.Then kau boleh pi ofis tolong aku.”
“Kau ni tak habis-habislah pasal ofis.Ok aku promise...nanti aku pergi juga ofis tu.Tapi aku nak realisasikan dulu my dreamt nak buka galeri.Aku nak namakan galeri aku tu as a ....”Fazril berfikir sejenak.
“Kau rasa apa nama yang sesuai untuk galeri aku tu ha?”Fazril meminta pandangan Faz ri.
“Suka hati kau lah nak taruk nama apa.Malaslah aku nak layan kau berbual.Tiap kali aku bangkitkan pasal pejabat..mesti kau melencong kot lain.”Fazri sudah meneLangkupkan wajahnya ke bantal.Setiap kali dia berbicara dengan Fazril tentang urusan pejabat,fazril akan bercerita hal lain.Entah sampai bilalah adiknya ini nak berubah, Fazri pun tak tahu.
“Alah jangan lah macam ni bang.Aku janji aku pergi pejabat nanti.Sekarang ni kau tolong lah aku fikirkan nama untuk galeri aku ni...”Fazril mengoncang-goncangkan tubuh Fazri. Fazri mengangkat wajahnya sedikit memandang Faz ril.
“Aku mengantuklah.Kalau kau nak aku fikirkan nama untuk galeri kau tu,esok jelah... aku tolong cari dalam buku nama-nama...Dah lah pergilah masuk bilik kau...aku nak tidurlah.! Pantas selimut ditarik membungkus dirinya. Fazril tidak mengendahkan kata-kata Fazri.lampu tidur ditutup dan dia turut merebahkan badan disebelah saudara kembarnya.Tidak langsung berhasrat untuk masuk ke biliknya. Memang sedari kecil lagi mereka lebih suka tidur berdua. Bercerita tentang hidup masing-masing sebelum mata terlelap.Mereka berdua bukan sahaja kembar seiras,tapi mempunyai banyak persamaaan. Keduanya akhirnya terlelap sehingga azan subuh berkumandang.













KARAM-ZABARJAD
DAPATKAH PUTIKKAN MENJADI BUNGA
KIRANYA CUACA SERING GERHANA
DAPATKAH KASIH BERSEMI SELAMANYA
ATAUPUN AKU HARUS BERSERAH
KEPADANYA YANG MAHA ESA
MESTIKAH ADA SATU PENGORBANAN
SEHINNGGA TERJADINYA PERPISAHAN
KIRANYA ITU SATU PERMINTAAN
PERLUKAH KAU DAN KU MERELAKAN
KITA HANYA INSAN YANG SELALU MENGHARAPKAN
SUATU YANG INDAH DALAM PERCINTAAN
JIKALA TIBA DUGAAN MENDATANG
AKU KAU TINGGALKAN
KARAM AKU DILAUTAN DUKA
BILA WAJAHMU HILANG DIMATA
TIADA BERITA MENGUBAT RINDU
DIKALA SENDU
KUBIARKAN LUKA DIHATI BERDARAH
SEHINGGA KERING DIMAMAH MENTARI
APAKAH SALAHKU DISAKITI SEBEGINI..
PERLUKAH AKU TERUS MENGHARAPKAN
CAMAR YANG HILANG KEMBALI KE SARANG
KIRANYA MASIH ADA KERINDUAN
YANG TERSIMPAN DIHATIMU
SAYANG....







3


“ALHAMDULILLAH......”Aresha mengucup surat berwarna coklat yang baru diterima sebentar tadi. Surat berdaftar dan di cop dibelakangnya BUMI EMAS HOLDING itu ditekap ke dada.Akhirnya penantiannya berbalas juga hari ini.Malah apa yang lebih mengem birakan hati Aresha bila pihak pengurusan setuju dengan jumlah gaji yang diminta.Kalau nak diikut kan,jumlahnya agak berbeza dengan gaji lamanya,tapi bila difikirkan balik, dulu dia terpaksa menanggung kos sewa rumah,api dan air...rasanya tidak banyak berbeza dengan gaji yang diminta ini.
“Kenapa ni Resha?Seronok sangat ibu tengok?”Hafsah memandang anaknya yang kelihatan begitu gembira.Aresha mendapatkan ibunya yang baru selesai bersarapan pagi.Pipi ibunya dicium bertalu-talu sehingga menimbulkan rasa hairan dihati Hafsah.
“Anak ibu sihat tak ni?”Pipi Aresha diusap perlahan.Tanda sayangnya pada anak sulung nya ini.
“Berkat doa ibu,Resha dapat kerja kat BUMI EMAS HOLDING tu.Resha kena melapor diri hari isnin ni.” Terangnya.Hafsah menarik nafas lega.
“Alhamdulillah....ibu senang Resha dah dapat kerja.”
“Tapi macamana dengan ibu kalau Resha kerja nanti?”Hatinya bimbang ibunya akan terabai bila dia mula si buk bekerja nanti.
“Tak payahlah Resha risaukan ibu.Kak Sitikan ada...”Aresha tersenyum senang mendengar kata-kata Haf sah.Teringat kak Siti,pembantu rumah yang begitu setia bekerja dengan keluarga mereka sejak usianya belasan tahun lagi.
“Oklah bu...Resha nak bagitahu abah berita happy ni...”Aresha berlari anak mendaki anak tangga menuju ke biliknya.Difikirannya hanya terbayang wajah Amirullah yang sedang bekera di telaga Minyak Terengganu dengan PETRONAS MALAYSIA. Kadang-kadang abahnya hanya pulang sebulan sekali,tapi perkara itu sudah menjadi kebiasaan kepada mereka sekeluarga. Teringatkan Amirullah,hati Aresha digamit kerinduan yang mendalam.Sedari mereka kecil, jarang Amirullah ataupun Hafsah meninggikan suara kepada mereka adik beradik. Aresha bangga kerana ibu bapanya mendidik mereka sebagai seorang kawan.Sebab itu mereka banyak ber kongsi rahsia dan masalah.
Aresha mencapai telefon bimbitnya ditepi katil. Ditekan butang call bila nama 'ABAH' tertera di skrin. Girang hatinya bila talian bersambut.
“Hello abah...I have a great news to tell you.....”Hatinya berbunga bahagia...

................................................
“ENCIK Fazri,ini fail dari Maltrex yang You minta last week.”Elain menyerahkan sebuah fail berwarna biru kepada Fazri.
“Thanks Elain.”Fail tersebut dibuka dan di baca satu persatu.Kontrak Bumi Emas dengan Maltrex melibatkan hampir 2.5 juta ringgit. Faz ri harus berhati-hati dalam menguruskan projek tersebut.Maltrex Sdn Bhd telah lama berurusan dengan Bumi Emas semenjak arwah bapanya dan arwah Uncle Hisyam menerajui syarikat ini.Bagi Fazri segala kepercayaan yang diberikan pelanggan harus dititik berat kan.
Sir...”Suara Elain menyentak lamunan fazri. Wajahnya diangkat memandang setiausahanya yang masih berdiri di hadapan mejanya.
“Sorry Elain.I'm was thinking about our project with Maltrex.Dateline dah dekat.I just worried kalau kita tak capai target.Macamana. dengan jawatan yang Aidil tinggalkan tu?Dah ada pengganti?”
Yes Sir.She start working today. Em.. before i forget..you have an appoinment with our client from INTAN's Group at Vistana on twelve o'clock.Then at 3.30 we have a meeting with all managers.”Elain menyenaraikan segala temujanji ketuanya.Fazril hanya mengangguk.
“Ok before that I want you tell Iskandar that he have to accompany me to see Mr Kamal from Intan's Group.”Arah Fazril.
“But sir..he's not in.”Fazri mengerutkan keningnya.
“He's not in?Where he's go?I need him. lagipun our client nak tengok reka bentuk bangunan tu.thats our proposal.Its important.”
“But Sir..You yang arahkan Iskandar untuk pergi site hari ni.To look pembinaan a second phase banglo Tan Sri Shahrom tu.”Fazri menepuk dahinya.dia yang arahkan Iskandar ke tapak projek hari ini.
“Kalau macam tu You bagitahu our new wor ker tu untuk ikut I.And makesure yang dia bawa all the portfolio.”
Ok sir.”Elain setiausaha berpengalaman tersebut melangkah keluar dari pejabat Fazri Anuar Syukri.
..............................................
ARESHA melihat fail-fail yang diserahkan padanya hari ini.'Baru hari pertama dah berlambak kerja yang menanti.'keluhnya sendi rian. Kebanyakannya adalah rekaan bentuk bangunan dan banglo persendirian serta beberapa buah apartment di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Melihat pelanggan yang berurusan dengan syarikat ini,Aresha yakin yang syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang mempunyai potensi untuk bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi yang lain. Bumi Emas bukan sahaja terlibat dalam construction tetapi turut terlibat dalam mereka bentuk,pengubahsuaian dan pelbagai lagi.
“Miss Aresha...”Suara itu menganggu tumpuan Aresha.Seorang gadis berbangsa cina berpakaian kasual berdiri dihadapannya.Gadis tersebut tersenyum sambil melangkah ke arah Aresha.
I'm Elain..secretary of our ceo Mr Fazri Anuar Syukri.”Tangannya dihulurkan bersal aman. Aresha menyambutnya dengan senyuman.
I'm Nur Aresha Sofea..nice to meet you Miss Elain.”
Nice to meet You Too.Oklah..I datang sini selain nak kenal dengan you,ada sebab lain.Boss minta you accompany him to see our client at Vistana and he ask to bring that proposal together.Sebab Iskandar yang sepatutnya pergi but dia kena pergi site hari ni.So as a assistance,youlah yang kena pergi.”
“Which proposal?Sorry but this is my first day.And Mr Iskandar did not tell me anything before he leave this morning.”
“O..sorry...i Lupa You baru kat sini.Ok You cari Proposal dan Portfolio INTAN”s Group. Pasal pembinaan menara Intan's Holding di Kelang.”Terang Elain.Aresha mengangguk faham se elum melihat Elain berlalu dari me janya.Satu demi satu fail diatas meja dibeleknya.'Ini dia INTAN”s Holdding.”Pantas fail tersebut diambil dan dibu ka.Beberapa lakaran bangunan diteliti nya.Banyak reka bentuk yang menarik.Malah struktur bangunannya juga bagus.Patutlah Bumi Emas banyak menerima pelanggan dari syarikat besar.Aresha mengemaskan semua fail-fail yang perlu dibawa.Setelah selesai,dia menunggu di mejanya. Dia sendiri belum mengenali CEO syarikat ini.
Lima minit sebelum pukul 12.00,Elain sekali lagi masuk ke biliknya.
“Mr Fazri Anuar is wailting for you at the front office now.”Aresha hanya mengangguk sebelum mencapai segala dokumen berkaitan. Seketika dia membetulkan blazer yang dipakai agar nampak lebih kemas.Rambut yang melepasi bahu itu telahpun di sanggul menjadi satu .
Aresha berjalan menghampiri kaunter penyambut tetamu.Namun tiada sesiapa disitu kecuali Aliya,gadis lepasan STPM yang baru bekerja sebagai penyambut tetamu disini.Aresha mencari-cari kelibat ketuanya.NAmun tiada langsung bayangannya.Aresha sudah berkira-kira untuk bertanya pada Aliya tiba-tiba terasa bahunya dicuit orang. Serentak Aresha berpaling seorang lelaki berkot hitam sambil memegang briefcase memandang nya.
“Awak....?”Aresha terjerit kecil.Mana ti aknya lelaki itulah yang merampas CD dan merampas tempat duduknya di Restoran dahulu.
Fazri Anuar Syukri yang sedikit kaget mendengar jeritan Aresha mengerutkan keningnya. Mungkin hairan dengan tingkah laku gadis dihada pnnya ini.
“Aresha...This is our CEO,Mr Fazri Anuar Syukri.Boss,This is our second architect,Miss Aresha Sofea.”Belum sempat hilang rasa terkejut Aresha,Muncul Elain memperkenalkan mereka ber dua.Fazri tersenyum seketika sebelum menghulur kan tangannya. Antara marah dan terkejut huluran tangan Fazri tetap disambut juga.
“Ish...mamat ni macam tak kenal dengan aku je.”Bisik Aresha sendirian.
“Ok Elain,We have to go now..anything take a message as usual.”FAzri memberi arahan pada Elain sebelum mengarahkan Aresha mengiku tinya.Bahasanya begitu formal,berbeza semasa di KLCC dan di Restoran dahulu.
“Fuh punyalah series...tapi awak jangan nak berlakonlah...saya masih tak lupa lagi peris tiwa hari tu..”Aresha berkata sendirian.Tiba-tiba langkah Fazri terhenti seketika sebelum memandang kembali pada Aresha.
“Do you say something?”Fazri bertanya series.Aresha tergamam.'Alamak..dia dengar ke apa aku cakap tadi..'
“Er..nothing.”Aresha menyimpulkan yang lelaki dihadapannya kini memang tidak mengingati lagi peristiwa di KLCC dan di Restoran tempoha ri.'Ah biarlah.. yang penting aku buat kerja aku.'
................................................
ARESHA dan Fazri kini dalam kereta BMW milik Fazri menuju ke Hotel Vistana tempat per temuan yang dijanjikan dengan wakil dari Intan's Group.Aresha hanya membuang pandangannya kearah jalanraya yang mula sibuk memandangkan waktu makan tengahari yang menjelma.Teringat bila di Ipoh dulu,walaupun tidak sesibuk KL,kesesakan lalu lintas di waktu kemuncak tetap ada.
Before this You kerja kat mana?” Fazri memecah kesunyian antara mereka berdua.
“Ipoh.”Ringkas Aresha memberikan ja wapannya.
“As a....?Fazri bertanya terus.Aresha me ngeluh sedikit.Kalau diturutkan hatinya dia tidak mahu berbual langsung dengan lelaki di sebelahnya ini.Tapi lelaki ini adalah ketua nya.Dijawab juga pertanyaan Fazri walau hatinya terasa sebal.
“Arkitek...Saya kerja dengan Prima Holding.”Terang Aresha.Kelihatan Fazri hanya me ngangguk sedikit.
“Sorry...first day You dengan Bumi Emas.. You dah kena ikut I jumpa client.”Aresha memandang lelaki disebelahnya ini sekilas. 'ish... bersopan santun pulak.Siap minta maaf dengan aku lagi.hari tu bukan main sombong...' Bisiknya sendirian.
“Its ok..dah my job...”Kereta yang di pandu Fazri Anuar Syukri memasuki perkarangan Hotel Hilton.







CINTA KAIN PUTIH-PUTRA
KU JALAN SENDIRI
TIADA TEMPAT UNTUK MENANTI
TIADA HARUM AKU MENYEPI
BAYANGANMU AKU MENCARI...
KU SANGKAKAN HUJAN
TAPI TAUFAN DATANG MELANDA
KU MENCARI APA PEGANGAN
DAN TERSENTUH KETEPIAN
KAIN PUTIH YANG KU BERIKAN PADAMU...
KINI PUDAR WARNA-WARNANYA...
KUSELIMUT DIATAS IKAL RAMBUTMU
KIAN JATUH TERUS CECAH KEBAHU
KU MENCARI BAYANG MU TIADA
DILANGIT BIRU DILAUTAN API
KAU HILANGKAN
SEMAKIN JAUH HUJUNG DUNIA KITA BERJUMPA
BILA KULIHAT KAU DIHANCUR
BAGAIKAN LURUH BUNGA YANG GUGUR
KU SUNTING DIRIMU
KAN KU GENGGAM HATIMU ITU
KAN KUJAGA BAGAI BUNGAKU
KAU KAN TUMBUH TERUS MEWANGI.



















4



SELESAI sahaja perbincangan dengan wakil Intan's Group selama 45 minit,Fazri mengajak Aresha untuk menikmati makan tengahari di Hotel Berkenaan.Mulanya Aresha menolak kerana kurang selesa berdua-duaan dengan Fazri ditempat sebegini.Namun atas desakan dari Fazri,Aresha terpak sa menurut.Mahu sahaja dia bagitahu Fazri yang dia mahu pulang dengan menaiki teksi,namun Aresha masih berfikiran rasional.Akhirnya keduanya menjamu selera dengan masakan Italy di Restoran Hotel.Sambil makan,Fazri cuba berbual dengan Aresha.Namun sepatah yang ditanya sepatah juga yang dijawab Aresha.
Dalam hati Fazri agak pelik dengan sikap Aresha.'Mungkin dia jenis yang pendiam..' Fikir nya sendiri.
“So...How's your first imperesion with this company?”Fazri cuba mencungkil reaksi Aresha mengenai syarikatnya ini.Aresha terdiam sejenak sebelum menjawab.
“Em...a good company.”Fazri mengangguk sedikit.
“Cuma bos dia je gila sikit....”KAta Are sha perlahan.
“You say something?”Aresha kaget.' Ish.. dia dengar ke?'
“Er..nothing...”Wajahnya ditundukkan mengadap lasagne di pinggan.
“I dengar.You say somethingkan?” Tiba-tiba deringan telefon bimbit Fazri menyelamatkan suasana.Sempat Fazri memandang gadis dihadapan nya sebelum menjawab panggilan telefon.Aresha menarik nafas lega.
“Hello....”Terdiam sebentar.
“Aku dekat Hilton.Lepas jumpa client. Kau kat mana ni?”Aresha memandang Fazri dan tanpa diduga Fazri juga sedang memerhatikan dirinya sambil telefon dilekapkan ditelinga nya.Saat pandangan mereka bersatu.Ada debaran mengocak didada Fazri.
“A...tak habis-habislah kau ni.Em.. nantilah kita discuss kat rumah.Bye.”Aresha membuang pandangannya kearah lain.Bimbang pandangannya sebentar tadi disalah tafsirkan oleh lelaki ini.
“Sorry...my brother..Dia nak buka galeri tapi tak tahu nak taruk nama apa...”Fazri bercerita tanpa diminta.Aresha hanya mengangguk. Fazri Anuar Syukri terus menatap wajah dihadapannya.Entah kenapa dia seperti terasa ada sesuatu kelainan dalam diri Aresha...'Who's are her.'bisiknya perlahan.
..............................................
FAZRIL ANUAR HANAFI berjalan-jalan dise kitar kawasan Bukit Bintang.Kamera tetap tergantung dilehernya.Pantang ada sesuatu yang unik atau menarik perhatiannya,terus lensa kamera dihalakan.Hobi yang dibina sejak dibangku sekolah lagi sudah tidak dapat dipisahkan dari diri nya.Malah dia sanggup mengambil jurusan extra ke tika di Melbourne dulu semata-mata ingin mempelajari bidang fotografi dan seni grafik dengan lebih mendalam.Dan akhirnya usaha kerasnya mem buahkan hasil bila dia pulang ke tanah air dengan dua gulung ijazah.Satu Ijazah sarjana muda perniagaan dan satu lagi Ijazah dalam bi dang fotografi.
Tiba-tiba telinganya menangkap sesuatu bunyi yang bising.Tercari-cari dari mana arah bunyi tersebut.Tidak jauh dari tempatnya berdiri,kelihatan orang ramai mengerumuni sesuatu. Pantas langkah kakinya dihalakan ke situ sambil kemera tetap ditangannya.Kedengaran dengan jelas seperti suara orang bertengkar.
“Ada apa ni?”Tanya Fazril kepada salah seorang yang sedang berdiri disitu. Kepalanya dijengahkan ketengah kawasan tersebut.Kelihatan dua orang manusia yang berlainan jantina sedang bertengkar.Jelas butir-butir pertengkaran mereka tentang cemburu.Fazril menggeleng kepalanya sebentar sebelum lensa kameranya dihalakan kepada kedua-dua manusia tersebut.' Klik''Klik.. 'Dua keping gambar manusia yang sedang berengkar tanpa memikirkan soal maruah dan malu tersimpan dalam filem kameranya.Fazril tersenyum seketika sebelum melangkah untuk ke tempat lain.
“Huh ...tak malu betullah...kat tempat macam nipun nak bergaduh.Tu belum jadi suami isteri lagi...”Tiba-tiba telinga Fazril menangkap satu suara dibelakangnya.'Rasa macam pernah dengar je suara tu...”Lantas dia berpusing. Kelihatan seorang gadis sedang mengomel sendirian.'Rasanya macam pernah tengok...tapi kat mana ye?O...ni lah perempuan kat kedai CD tu..' Fazril tersenyum nakal. Dihampirinya gadis yang ingin melangkah pergi itu...tanpa disedari Aresha.
Fazri berdiri betul-betul disebelah Are sha.Tersenyum sedikit sebelum bersuara.
“Mana awak tahu diorang tak kahwin la gi...jiran awak ke diorang tu?tak pun lelaki tu bekas pakwe awak tak?”Bisiknya ditelinga Aresha. Aresha yang mendengar suara lelaki disebelahnya terkejut dan berpaling.Hampir hidungnya tercium dagu Fazril yang berdiri disebelahnya.'Encik Fazri?'NAmun tidak mampu disuarakannya.Aresha tergamam melihat Fazri Anuar Syukri yang begitu santai dengan t-shirt dan jean biru sambil menyarung loaffer coklat dikakinya.Amat berbeza sekali dengan penampilanya dipejabat.Malah dengan kamera tersangkut dileher...dia seakan-akan tidak mengenali ketuanya ini.
'hai...perempuan ni dah bisu agaknya. Kalau tak ada je yang nak dilawannya aku.'Kata hati Fazril.
“Hello...cik adik..dah bisu ke?” Tangan Fazril diawang-awangkan dihadapan Aresha.Sekali lagi Aresha tersentak.Namun lidahnya masih kelu untuk bersuara.
“Saya tahulah saya ni handsome macam tom Cruise...takkanlah sampai dah jadi bisu kot..Ok lah..saya pergi dulu.Bye..”Aresha hanya memandang langkah kaki Fazri meninggalkannya.Dia kem bali ke alam nyata.
“Ish...betul ke Encik Fazri tadi? Lain nya.Selama sebulan bekerja dengan Bumi Emas, Aresha dapat melihat keperibadian ketuanya itu. Malah Fazri hanya berkata bila perlu.Tapi hari ni lainnya..'Takkan pelanduk dua serupa kot?Tapi aku betul-betul yakin yang tadi tu memang encik Fazri.Tapi kalau fazri,takkan dia nak cakap macam tu kot? MAlah sepanjang sebulan dia bekerja dibawah lelaki tersebut belum pernah sekalipun Fazri bergurau dengannya apatah lagi mengung kapkan kata-kata seperti tadi.'Ah biarlah!Lagi lama aku fikir,lagi pening kepala aku.Aresha membiarkan persoalan itu berlalu. Walau siapapun Fazri..dia tahu dia perlu hormatkan ketuanya itu.
................................................
ARESHA memilih Deli France di KLCC untuk menjamu selera.
“Boringnya keluar seoarang diri macam ni..”Keluhnya sendirian.Pagi tadi sebelum keluar dia mengajak Aliffa bersama menemaninya membeli belah tapi Aliffa ada kerja yang perlu diselesai kan.Arresha akui adik perempuannya itu banyak menghabiskan masa dirumah dan di kuliah.Jarang sekali dia melihat Aliffa berpeleseran tak menentu.Malah adiknya itu jarang sekali keluar berli bur bersama-teman-teman.Aresha menghormati pendirian Aliffa yang homely type.Berlainan dengan dirinya yang mudah bosan berada dirumah. Sejak dari dulu lagi Aresha gemar keluar sendirian.Kadang-kadang tiada apa pun yang dibeli sekadar Window Shopping.
“Assalamualaikum..boleh joint?”Hampir tercekik Aresha melihat manusia dihadapannya ini. Aresha tergamam seketika.Baru tadi dia bertemu dengan ketuanya ini di Bukit Bintang,dan sekarang kat sini pula.Tadi bukan main menyindir,sekarang siap bagi salam pula. Aresha meneguk liurnya. Melihat penampilan Fazri,sekali lagi Aresha terkedu.Fazri berpakaian kemas dengan kemeja dan slack hitam serta kasut yang bersesuaian.Siap bertali leher lagi.Kot hitamnya disangkutkan dilengan kirinya sambil tangan kanannya memegang briefcase.'Cepatnya dia tukar baju...'
“Miss Aresha...”Tersentak dengan panggi lan dari Fazri,Aresha cuba mengukirkan senyuman.
“Boleh I joint you?”Tanya Fazri sekali lagi.
“Er...silakan..”Aresha bangun mempersilakan Fazri duduk.FAzri Anuar Syukri duduk dihadapan Aresha.Matanya tak lepas memandang gadis dihadapannya ini.Dia perasan Aresha kerap mengelakkan diri bila bertemu dengan dirinya sejak bekerja dengannya di Bumi Emas lebih sebulan yang lalu.Malah Aresha berlainan dengan pekerja wanitanya yang lain yang sering ingin mendapat kan perhatiannya.Sebab alasan itulah Fazri mera sakan ada sesuatu yang menarik perhatiannya tentang gadis dihadapnnya ini.
“Er....encik fazri nak minum air apa?” Teragak-agak aresha bertanya.
“Its ok..saya dah pesan tadi.”
Fazri hanya memesan segelas orange juice.Aresha tunduk mengedap makanannya dipinggan. Fazri tahu Aresha segan dengan dirinya.Cuba berbual untuk mengelakkan rasa gusar dihati gadis dihadapannya ini.
“Cik Aresha dari mana ni?”Tanya fazri.
'Dah sah-sah tadi dia jumpa aku kat BB, boleh tanya lagi..'Namun pertanyaan Fazri di jawab juga.Sekadar tidak mahu dikatakan tidak berbudi bahasa.
“Dari Bukit Bintang.Saja jalan-jalan hu jung minggu ni.Encik Fazri pulak dari mana?” Sekadar ingin menduga,Aresha bertanya.
“Saya baru lepas jumpa client kita kat Oriental Hotel.Jumpa Datuk Firdaus pasal pengu bahsuaian Resort di Pulau Pangkor tu.”Aresha menelan liurnya lagi.'Baru lepas jumpa client? Habis yang aku jumpa kat BB tadi siapa?Jangan-jangan Encik Fazri ni ada kes Multy split per sonality tak?Ada dua personality dalam satu tubuh yang sama?'
“Ish...takkan kot?”Terkeluar kata-kata tersebut dari mulut Aresha.Fazri memandangnya hairan.Sejak mengenali gadis itu,dia perasan Aresha kerap bercakap sendirian.
“Takkan kot apanya Cik Aresha?” Matanya redup memandang Aresha.Aresha terpinga-pinga.
“Er...nothing..”
“Em..itulah je jawapan you...”Fazri ketawa kecil.'Wow..handsomenya lebih handsome sikit dari Tom Cruise yang aku jumpa kat BB tadi.'Tiba-tiba Aresha terperasankan sesuatu. Ada kelainan pada lelaki dihadapannya ini dengan lelaki di Bukit Bintang tadi.Lelaki dihadapannya ini kelihatan agak berisi sedikit berbanding lelaki di Bukit Bintang tadi.
“Em...Cik Aresha seorang je ke?”Tanya Faz ri.
'Ish tak nampak ke tak ada sesiapa kat depan aku?Dah sah-sah aku seorang.'Ngomel Aresha da lam hati.
“Tadi saya ajak adik,tapi dia tak boleh ikut.”Jawab Aresha bersahaja.
“O...Aresha ada berapa orang adik beradik?”
'Ni dah soalan berbaur peribadi ni..'
“Em...tiga.Saya,yang second masih kat UIA and the last one masih study kat Uk.Encik Fazri pulak?”SEkadar memeriahkan suasana, karang cakap aku sombong pulak...'Bisik Aresha sendiri. Kelihatan sebuah senyuman dari bibir Fazri. Aresha terpana seketika.
“Saya dua beradik je.Parents dah lama meninggal and kami tinggal dengan our aunty. Suami diapun dah meninggal.Dulu company ni arwah papa saya dengan uncle Hisyam yang handle.Now its my turn to take over the bisnes.”Ujar Fazri.
“O..I'm sorry.Saya tak tahu.Wife?” Entah kenapa soalan itu yang meluncur dari mulut Aresha.Dia cepat-cepat menekup mulutnya yang lantang itu. kedengaran ketawa kecil dari Fazri.
“jangan buat macam tu Cik Aresha... you look macam nampak hantu...”Ketawanya dipanjang kan.
“Sorry...but i think my question is quite personalkan?”Faazri Anuar Syukri menggeleng-gelengkan kepalanya.Entah kenapa hatinya makin senang dengan gadis dihada pannya ini.
“No..do I look like a husband,miss Aresha”Soalan Aresha dibalas dengan soalan juga. Aresha tersenyum nipis.
“I'm not married yet.Belum sampai seru lagi.And you?”KAli ini Aresha pula ke tawa.
“Do I look look like a wife...bos?” Akhirnya pecah ketawa dari keduanya.
“Em...adik encik Fazri...i mean... tak pernah nampakpun dipejabat?”Soal Aresha.
“Adik saya tu memang tak minat langsung dalam bisnes line ni.Dia lebih suka buat apa yang dia nak.Acctually I dulupun tak interested sangat dalam dunia ni..tapi memandangkan hanya I dan Airil sahaja yang tinggal...terpaksalah I hadapi juga. Mula-mula masa saya ambil alih bisnes ni susah juga.Yelah orang baru...then taiko-taiko yang lebih lama dalam dunia ni memang cari peluang nak jatuhkan I.Nak entertain client satu hal.But nasib baik ada Support from all the managers and my aunty.” Seketika mata mereka bertentangan.Ada pandangan yang sukar ditaf sirkan Aresha.Namun akhirnya dia menunduk kalah. Tidak sanggup bertentangan mata dengan manusia dihadapannya ini.
Farzi yang menyedari kegelisahan Aresha segera membuang pandangnya kearah lain. Sesungguhnya dia sendiri tidak tahu apa yang mendorong nya memandang wajah Aresha. Seakan terasa bagai ada tarikan magnet dengan gadis dihadapannya ini.Hatinya diketuk debar.Sungguh dia tidak pernah merasai perasaan yang sedang bertandang ini.
Aresha yang menyedari dirinya diperhatikan sudah tidak mampu membuang pandangnya. Hatinya berdebar.
“Miss Aresha...do you thingking something?”Kali ini barulah Aresha memandang wajah dihadapannya ini.Pantas kepalanya digelengkan.
“Oklah.I've to leave now. Lagipun dah petang sangat ni.I minta diri dulu.”Aresha pantas mengambil beg sandang yang diletakkan dikerusi disebelahnya.Sebaik sahaja dia ingin berlalu, pantas Fazri bersuara.
“Miss Aresha,if you dont mind may I send you back?”Aresha mengerutkan keningnya seketika sebelum tersenyum sedikit.'Gila... nak hantar aku balik...'
Thanks but no thank you.Lagipun rumah I kat Gombak jauh dari KL.”
“Tak ada jauh mananya.I think tak sampai 45 minutes kalau drivekan?”Sekali lagi Aresha cuba mencari helah.
“Its ok bos.LRT ada.I pergi dulu.”
Wait...why you tak bawa kereta?” Setahu Fazri Aresha mempunyai sebuah kereta hnyundai gets.
“I hantar servis.Abah yang hantar.I pergi dulu.Assalamualaikum...”Pantas kakinya menuju kearah stesen LRT di tingkat bawah KLCC ini.
'Lagi lama aku tunggu...lagi banyak soalannya...'komennya sendirian.
“Miss Aresha....”Sekali lagi langkah aresha terhenti dengan panggilan dari Fazri.
'Nak apa lagi dia ni?'Tangan fazri menga wang-ngawangkan beg sandangnya.Baru dia perasan beg itu diletakkan semula bila Fazri menyoalnya tadi.
“Alamak..malunya.”Aresha melangkah kea rah Fazri sekali lagi.Tangannya pntas mencapai beg sandangnya ditangan Fazri.
Thanks bos..”Aresha tersenyum nipis cuba menyembunyikan kekalutan hatinya.
“you're welcome...”
Fazri Anuar Syukri memerhatikan langkah kaki Aresha Sofea yang kian menghilang disebalik ke sibukan warga kota yang berpusu-pusu di SURIA KLCC ini.Sememangnya kehadiran Aresha di BUMI EMAS telah banyak mengubah dirinya.Walaupun amat jarang suara gadis itu kedengaran namun sebujur wajah tenang itu seakan menjadi penghias hari-harinya.
................................................
“HEI RESHA...tak nak turun breakfast dulu ke?”Hanim menjerit dari luar memanggil nama Aresha. Aresha melihat jam di pergelangan tangannya.Em.. baru 8.30,akupun belum bersarapan lagi ni.
“Kejap I ambil beg duit.”Lantas beg duit yang tersimpan didalam laci mejanya diambil dan melangkah keluar.Aresha pantas mendapatkan Hanim yang sedang menunggu.
“Ehem...nak pergi mana ni?”Satu suara menyergah mereka berdua dari arah belakang.
“O..mak kau..”Aresha ketawa kecil melihat Hanim yang cepat melatah kerana terkejut. Fazri turut tersenyum.Malah senyumannya lebih bermakna bila dihulurkan buat Aresha.
“Bos ni buat terperanjat orang je.. kita orang nak pi breakfast.Lagipun office hour mula setengah jam lagi.”Kata Hanim sambil mengurut-ngurut dadanya yang akibat sergahan Fazri seben tar tadi.
“Ok since I pun nak pergi breakfast,why not kalau I belanja both of you sekali?” Per tanyaan Fazri menyesakkan nafas Aresha.Dalam hatinya berdoa agar Hanim menolak tawaran tersebut.Dia lebih rela mengeluarkan duitnya belanja Hanim daripada duduk bersama lelaki ini.Dia tidak tahu mengapa tapi setiap kali ada Fazri, hatinya jadi gelisah.
“Betul ke ni bos?Kata orang rezeki jangan ditolak...musuh jangan dicari..”Kata-kata Hanim mengundang lebih kegusaran dalam hati Aresha.' Hanim ni memang sengaja cari pasallah...”
“Ok..I tutup pintu bilik sekejap.” Aresha memandang Hanim dengan geram sebaik sahaja Fazri berpaling kearah biliknya.
“Janganlah marah...I rasakan bos tu suka kat you lah Resha.Sebab sepanjang I kerja kat sini,tak pernah sekalipun dia ajak staf wanita dia pergi makan.Tapi You tengoklah... sampai nak belanja sarapan..”Kata-kata Hanim membuatkan hati Aresha bertambah geram.
“You ni dah tak betul agaknya Nim... Takkanlah..”Kata-kata Aresha terhenti bila melihat Fazri sudah berada dihadapannya.Mahu atau tidak terpaksa juga kakinya dibawa melangkah mengikut Fazri sedangkan Hanim disebelahnya hanya tersenyum penuh makna.
Mereka bertiga memilih bazar yang terletak di tingkat bawah Wisma Safuan ini. Fazri memesan segelas teh tarik dan sepinggan nasi lemak manakala Hanim memesan sepinggan bihun goreng dan nescafe.
“Em..You nak makan apa Cik Aresha?”Tanya Fazri.Aresha sedikit tersentak. Suara amat lembut di telinganya.Pantas di halakan renungannya pada pelayan yang masih menunggu mengambil pesanan. Hanim terus tersenyum sinis.
“Er...nasi lemak ayam dengan milo ais.” Pelayan yang berbaju biru itu pantas menyediakan permintaan pelanggannya.Fazri menongkat dagunya dengan kedua belah tangannya diatas meja. Matanya seolah-olah melekap pada wajah Aresha.
“Pagi-pagi lagi dah minum milo ais Cik Aresha?”Aresha mengangkat wajahnya memandang fazri Anuar Syukri.'Suka hati aku lah nak minum apa sekalipun.'Getusnya dalam hati.Tidak dijawab pertanyaan Fazri,mereka hanya berbalas renungan. Renungan yang amat sukar untuk ditafsirkan.
“Resha ni minum dengan makan apa sekali pun,tetap maintain.I ni je kalau terlebih makan, tersalah minum...alamatnya sebulanlah kena diet...”.Suara Hanim menghentikan pandangan mereka berdua.Aresha tertunduk kegelisahan manakala Fazri membuang pandangnya ke arah lain.Ada rasa yang semakin berkembang dihati mereka berdua. Seketika pelayan datang membawa makanan yang dipesan.Aresha sudah tidak peduli pada Fazri dihadapannya.Perutnya yang kosong minta segera diisi.
Baru dua sudu nasi lemak disudu, deringan telefon bimbit Hanim menghentikan suapannya. Matanya memandang Hanim yang menjawab panggilan.
“Abang ada kat ofis?Sekarang ni?Ok seke jap lagi Nim naik.Nim kat bawah ni.Bye..” Talian dimatikan.Aresha mengerutkan kening nya.
“Er..bos,Resha sorry.Tunang I tengah tunggu kat atas.Acctually dia nak serahkan borang perkahwinan pada I.I think i've to go now.”Hampir tercekik Aresha mendengar jawapan Hanim.
“Habis tu breakfast you macamana?” Aresha takut jika Hanim meninggalkannya berdua dengan Fazri.
“Tak pe,nanti I suruh diaorang bungkus. Nanti You boleh makan di pantry.” Pantas Fazri mengambil pinggan berisi mihun dan nescafe dihadapan hanim dan dibawanya kepada seorang pelayan.
“I ikut You Nim.”Aresha juga berkira-kira ingin membungkus makanannya.
“Eh takkanlah you pun nak blah juga kot.Kesian kat bos.Dahlah belanja kita, lepas tu nak tinggalkan dia seorang diri pulak.Patut-patutlah sama Resha.Bukan I saja nak tinggalkan you,tapi Amir dah tunggu I kat atas.”Panjang Hanim berceramah kepadanya. Aresha mendengus kasar sedangkan hanim tersenyum nakal.
“Alah...I bagi peluang you berdua dengan bos,mana tahu kalau bos jatuh hati dengan you nanti..”
“Banyaklah peluang You...”
“Hanim..ni sarapan you.”Fazri meng hulurkan plastik berisi air nescafe dan bung kusan polistrin berisi mihun pada Hanim.
“Thanks bos.I pergi dulu.”Laju langkah Hanim meninggalkan mereka berdua.Selera Aresha mati tiba-tiba.Entah kenapa perutnya yang begitu lapar sebentar tadi dirasakan sudah kenyang. Lambat-lambat nasi lemak disudu kemulut.
Sesaat dua masing-masing mendiamkan diri.Seolah-olah tiada apa yang ingin dibualkan. Sehinggalah keduanya selesai menjamu sarapan mereka.Fazri memanggil seorang pelayan untuk membuat bayaran.
“Jom...”Aresha beriringan dengan Fazri menuju ke lif.
“Thanks to accompany me for breakfast today.”Mata Fazri memanang pintu lif yang masih tetutup rapat.
I should say thanks to you for breakfast today.Anyway...thanks bos.”Fazri meman dang Aresha seketika.
“Tak perlu berterima kasih miss Are sha...I ikhlas.”Pintu lif terbuka.Mereka berdua melangkah masuk.Fazri menekan tingkat 12 yang menempatkan pejabat urusan Bumi Emas.
“Em...You look so sweet today.” Aresha memandang baju yang dikenakan.Hanya berbaju kurung sutera pink dan rambutnya disanggul.
“I rasa biasa je...”Kata Aresha. Bukan tidak pernah dia berbaju kurung ke ofis. Mungkin fazri jarang melihatnya.
But not for me..”Mata mereka kembali bersatu.Renungan Fazri amat berbeza dari bia sa.Tiba-tiba pintu lif terbuka seolah-olah menyelamatkan keadaan Aresha yang semakin terperangkap dengan pandangan Fazri Anuar Syukri.Pantas kakinya melangkah laju menuju ke pejabat tanpa memperdulikan fazri lagi.
Fazri Anuar Syukri memandang langkah Aresha yang laju meninggalkannya.Semakin dia cuba mengikis wajah itu,semakin kerap dia bertandang.
“Crazy...”katanya sendirian sambil ketawa kecil.


CAHAYA CINTA-
DATUK SITI NURHALIZA

DIA TELAH MENENTUKANNYA
KITA BERTEMU DAN BERCINTA
INILAH OH TAKDIRNYA
BUKAN KERANA HARTA
INILAH CITRA CAHAYA CINTA..
PINTU HATIKU TELAH KAU BUKA
TAK MAMPU KU MENAFIKANNYA
KEJUJURAN DIBERI
KASIH TELAH TERPATRI
INI BAHAGIA YANG KUCARI...
SAYANGI DAKU
PELUKLAH DAKU
JANJI DENGANKU
SEMAI CINTA NAN SATU...
TUHAN MENUJI TAK AKAN BERHENTI..
HANYA KU PINTA
SAMA SETIA MENJAGA...
HINGGA KE ALAM SYURGA...
HINGGA KE ALAM SYURGA





5


Aresha tekun mengadap komputer riba nya. Diatas katil berselerak lakaran yang diminta oleh Sutera Resort bagi pengubah suaian resort mereka di Pulau Pangkor.Pening kepala Aresha memikirkan konsep yang diinginkan pelanggan. Sutera Resort mahukan chalet-chalet yang dibina menyerapkan ciri-ciri islamic.Selain dari itu mereka juga inginkan beberapa wakaf dan sebuah musola yang seakan-akan menyerupai masjid kristal di Terengganu.
Aresha mengeluh sebentar.Sudah banyak lakaran-lakaran yang dibuat diatas kertas yang berukuran dua meter ini.Namun setiap kali itulah hatinya seakan belum puas.Ada sahaja lakaran yang tidak kena pada matanya.
'Encik Iskandar ni pun satu....bagi aku kerja yang susah macam ni.Aku ni dah lah pembantu dia je tapi dah macam arkitek kat situ pulak...ni islamic consept ni,macamana aku nak buat..'Dah jenuh dia menyelak buku-buku dan majalah yang memaparkan keindahan senibina islam di Turki, Kaherah dan India namun masih belum dapat apa yang diinginkannya.Tiba-tiba muncul ideanya untuk menerapkan sedikit pengaruh barat dalam rekaan resort itu.
'Ah...apa salahnya kalau aku cuba. Mungkin client suka...'Pantas tangannya lincah melakar sesuatu diatas kertas tersebut.Namun apa yang dilihatnya diatas kertas adalah wajah Fazri yang ditemui di KLCC dan berganti dengan wajah yang ditemui di Bukit Bintang.Kedua-duanya tiada perbezaan langsung meyakinkan Aresha bahawa mereka adalah orang yang sama.
'GILA!!!'Aresha mengomel lagi.Cuba diha puskan bayangan lelaki itu tetapi wajah itu sema kin kerap bermain dimindanya.Malah wajah lelaki tersebut seakan-akan menghiasi setiap helaian kertas dihadapannya ini.Aresha tersenyum sendi rian.
“Ehem...dari tadi Ifa tengok kak Resha asyik senyum je...dah tu cakap seorang diri pulak tu..ada apa-apa ke?”Sergah Aliffa dari arah belakang.
“Ifa ni masuk dah lah tak bagi salam...main terjah je...”Sebiji bantal diba ling kearah Aliffa.Aliffa mengelak dan bantal terse but mengenai pasu bunga di tepi pintu.Pantas Aliffa mengambil tempat disebelah kakaknya.
“Em...design bangunan apa pula ni?” Aliffa mengambil lakaran-lakaran dihadapan kakaknya dan diteliti.
“Pengubahsuaian Sutera Resort kat Pulau Pangkor.Client akak nak buat resort dan chalet yang berkonsepkan islam.Bukan sahaja dari segi senibina tapi juga dari peraturan.”
“Peraturan?”
“Maksud akak client akak nak akak draf swimming pool yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan.Macamtu juga tempat persalinan. Disamping itu ada musola untuk kemudahan pengun jung muslim bersolat.”
“Wah...first time Ifa dengar perkara ni. Baguslah macam ni.At least kalau macam ni tak adalah kes maksiat berleluasa dekat kawasan peranginan.Mesti pengarah urusan dia orang kuat agama kan?”Duga Aliffa.
“Em...may be kot.Masa akak jumpa dengan dia hari tu,orangnya nampak bersih je.Siap berko piah lagi.Dato'Firdaus namanya. Acctually dulu resort tu orang lain punya. Dato'Firdaus baru je take over.Itu yang dia nak buat pembaharuan tu.”
“Oklah tu akak.Lagipun mana ada lagi resort kat Malaysia ni yang bercirikan islam macam tu.Kalau ramai orang macam Dato'Firdaus tu,makin ramailah usahawan islam yang berjaya. Yelah... ALLAH kan selalu bersama dengan orang yang melakukan kebaikan.....”Aresha turut mengangguk setuju dengan kata-kata adiknya.
“Eh...kak Resha nak tanya Ifa sikit lah....”
“Apa?”
“Ifa kan belajar psikology...akak nak ta nya pasal multy split personality...what do you think?”Aliffa menggigit bibirnya mendengar per tanyaan dari Aresha.Memang dia tahu mengenai Multy split personality..tapi tak banyak.
“Apa yang ifa tahu orang yang memiliki multy split personality ni...mempunyai dua karakter berbeza dalam tubuh yang sama.Sometimes orang ini akan merasakan dirinya bukan dirinya tapi seseorang yang lain.Mungkin orang itu ada kena mengena de ngan dirinya.Ataupun dia memang memiliki sifat-sifat ini sejak lahir lagi.Dia mempunyai dua perasaan dalam satu masa. Mem punyai satu karakter baik dan satu lagi karakter jahat.Orang macam ni boleh berubah dalam sekelip mata je.Sometimes kalau kita kenal dengan orang macam ni,kita sukar nak agak bagaimana keadaan dia dalam satu-satu masa tu.Kenapa kak Resha ada kawan yang macam ni ke?”
Aresha menggeleng.”Tak adalah...tapi bos akak ni,kadang-kadang perangai dia pelik sangat. Kadang-kadang bila akak jumpa dia kat luar.... dia macam orang lain.Tak macam kat ofis.”Luah Are sha.Aliffa ketawa kecil.
“Biasalah tu kak.Kadang-kadang kat ofis memanglah dia kena tegas hakikatnya dia pun ma cam orang lain juga.”
May be kot”Perbualan keduanya ter henti dengan deringan telefon bimbit Are sha.Aresha menge rutkan dahinya melihat nombor yang ter tera.013 2090186...nombor ini tak ada dalam sim panannya.
“Hello...”Jawab Aresha lembut.Kedenga ran suara garau lelaki disebelah sana. Aresha ter gamam sebentar.
“Macam pernah dengar je suara ni...” Tiba-tiba kata-kata itu terkeluar dari bibirnya. Kedengaran ketawa kecil dari si pemanggil.
“Encik Fazri?”Kata Aresha teragak-agak. Bimbang tekaannya salah.Tapi hatinya amat yakin Fazri Anuar Syukri yang menele fonnya.
“Memang sayapun...saya menganggu ke?” Aresha menarik nafas panjang.'Macamana mamat ni tahu nombor telefon aku ni?'Bisiknya.
“Er...tak..Er..how do you get my fon number?”
Ketawa fazri masih bersisa.“FBI...”Jawabnya ring kas.Aresha mengetapkan bibirnya geram dengan tingkah Fazri.
Sorry Miss Aresha...i'm just kidding. Acctually Iskandar yang bagi your number bila I minta kat dia sebelum balik petang tadi.Do I interupted you?” Sekali lagi Fazri bertanya.
“Tak.What can I do for You bos?”Lebih baik aku tanya apa yang dia nak cepat-cepat sebelum dia melalut.
“Sorry...but i need to see you now.Kalau you tak boleh keluar,boleh I datang rumah You sekarang ni?”Pertanyaan dari Fazri membuatkan Aresha hampir terjatuh katil.
“Nak jumpa saya?nak datang sini... what...what for?”Ketawa Fazri berpanjangan. Aresha semakin geram.“Nak masuk meminang you...”
“Em...I nak meminang You,boleh?”
“Encik Fazri...”Aresha terjerit kecil.
“Sorry...I nak bincang dengan you pasal something.Acctually Iskandar bagitahu I yang you yang siapkan lakaran Sutera Resort.tadi dato' Firdaus baru jumpa I dan dia bagi beberapa draf yang dia nak You masukkan dalam lakaran tersebut.So, can I see You now?”Fazri sekali lagi meminta.
Aresha cuba mencari alasan.Bukan dia tak biasa keluar waktu begini tapi berdua dengan Fazri membuatkan dia tidak betah.“Er...kalau esok kita discuss kat ofis tak boleh ke?”
“Kalau I boleh bagi kat You esok...I tak ajak You keluar malam ni.Esok I outstation kat Singapura for three days.I kena meet client penting kat sana.Draf lakaran tu you kena hantar kat client this weekkan?”Aresha menggaru kepalanya.Dia berfikir sejenak sebelum bersetuju untuk keluar.
“You nak jumpa I kat mana Bos?”
You choose the placed.For your information I dah ada kat Sri Gombak ni.” Sekali lagi Aresha terjerit kecil.
That fast...Oklah..boleh You tunggu I kat Seafood restorant dekat dengan MAYBANK Gombak.I will be there around 15 minutes lagi.”
“Ok I tunggu you.Bye.”Sebaik sahaja Fazri melatakkan telefon,Aresha mengeluh sebentar.
“Whats wrong?Tanya Aliffa yang sejak tadi menjadi pemerhati perbualan kakanya di telefon.
“Bos akak...dia nak jumpa akak.Ada hal sikit pasal kerja.”
“Woi...takkan pasal kerja nak jumpa malam-malam ni...kat ofis tak boleh ke?Tak pun bos akak tu rindukan kat akak tak...”Usik Alif fa.
“Ifa jangan nak mengarut.Dah lah jom teman kan akak jumpa dia.”
“Sorry...Ifa tak nak kacaulah orang nak berdating ni...Lagipun Ifa ada assigment nak kena buatlah.Sorry ok.But...be carefull sis... dengan orang yang multy split personality ni...” Aliffa melangkah keluar dari bilik Aresha.Sebuah senyuman terukir dibibirnya.
ARESHA mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna coklat dengan seluar jeans berwarna hitam.Rambutnya dibiarkan bebas. Sedikit haruman Christian Dior disemburkan ke badan.Dia hanya mengenakan bedak nipis dan sedikit lipstik.Beg sandangnya dicapai dan dia melangkah keluar.
Diruang tamu kedua ibu bapanya sedang berbual ringan.Sudah empat hari abah nya ber cuti.
“Resha...nak keluar?”Amiruddin bertanya bila Aresha mencapai kunci kereta ditepi din ding.
“Resha kena jumpa bos Resha kejap abah.. .ada hal sikit.”Amirudin hanya me ngangguk sebelum berpesan.
“Take care.JAngan balik lambat sangat.” Walaupun dia tahu Aresha sudah besar dan mem punyai kerjaya sendiri,tapi naluri sebagai bapa tetap risaukan anak gadisnya itu.
“Ok.Pergi dulu abah...ibu...”Terus dia mendapatkan hynundai getsnya yang diparking di halaman rumah.
................................................
ARESHA tiba di Seafood Restaurant Sri Gombak lima minit lebih awal.Sewaktu kakinya melangkah masuk kelihatan Fazri sedang duduk sambil menik mati segelas teh tarik.
“Assalamualaikum bos....dah lama tunggu?” Fazri berpaling bila ada yang menyapanya dari arah belakang.Tersenyum seketika bila melihat Aresha sedang tersenyum dibelakangnya.Aresha tetap cantik walaupun berpakaian simple.Kecantikannya makin terser lah bila rambut yang selalu disanggul dibiar lepas bebas.Tak ubah macam model iklan Pantene.Sepantas dikerlingnya jam rolex di pergelangan tangan.
“You tak lambat pun Miss Aresha... Have a sit.You don't mind kan I order untuk You Milo.I rasa You like this drink sebab I selalu tengok you bancuh Milo kat pantry.” Aresha meneguk liurnya.
“Biar betul sampai favaroite akupun dia tahu...”Kata Aresha perlahan.
“You memang selalu macam ni ke?” Per tanyaan Fazri membuatkan Aresha terkedu seketika.
What do you mean by 'macam ni'?” Tanya Aresha pelik.
Fazri ketawa kecil.”Yelah selalu cakap seorang diri....”Aresha pantas menekup mulut nya.'Alamak dia dengar ke?'Ketawa Fazri masih bersisa.
“Sorry bos...dah terbiasa.”Ujar Aresha cuba menutup malunya.
Never mind.Everyone ada habit masing-masingkan?”Aresha duduk berhadapan dengan Fazri Anuar Syukri.Hatinya gelisah bila mata Fazri seolah-olah melekap diwa jahnya.
“So mana draf lakaran yang bos nak tunjuk pada saya tu?”Lamunan fazri tersentak dengan sergahan Aresha.Sengaja dikuatkan sua ranya untuk menarik perhatian ketuanya ini yang seakan berkhayal.Jauh dari itu dia cuba mere dakan gelodak perasaannya.
Fazri cuba menyembunyikan senyumannya. Lantas diserahkan sebuah fail lutsinar kepada Aresha.
“Ini yang Dato' Firdaus bagi pada I tadi.Dalam tu ada beberapa draf lakaran yang dia mahu kita masukkan dalam lakaran resort tersebut.You tengok dulu,mana yang you rasakan bersesuaian,then you decidelah.I know you're good architect.”Aresha meneliti satu persatu kertas yang diambil dari fail tersebut.
“Em...banyak bercirikan negara timur te ngah.Agaknya dato'Firdaus ni selalu ke negara-negara ni tak...”Aresha membuat kesimpulan. Semua lakaran yang diberikan kepadanya menye rupai senibina dari negara Turki dan mesir.
“Entahlah tapi setahu I Dato'Firdaus ni suka travel ke egypt dan negara-negara EU.Dan rasanya dah hampir lima kali dia mengerjakan iba dah haji.Umrah tu tak usah cakaplah...every year kot.”Aresha mengangguk dengan penjelasan Fazri. Aresha menambah.
” Yelah tak ramai usahawan islam yang macam Dato'Firdaus tu sekarang ni.Yang banyak cuma ca ri keuntungan tanpa mengira halal dan haram. Sebab tulah banyak bisnes yang lingkup. Yelah bila dah kaya sikit mulalah lupa diri...bukannya ingat nak bantu golongan yang susah,entah-entah sembahyangpun entah kemana. Then bila bisnes lingkup masa tulah baru nak mengadap ALLAH. Barulah nak menyesal.” Aresha menghukum tanpa me nyedari dihadapannya juga adalah salah seorang usahawan islam.
Fazri Anuar Syukri tersenyum sedikit mendengar bebelan Aresha.”Tak semua orang macam yang you katakan tu miss Aresha...”
“Sorry bos...I tak maksudkan You.I cuma bercakap dari sudut global.You sendiri tahu ramai orang dari golongan bisnes ni yang mudah lupa diri.Masa mula-mula nak bangkit bukan main bagusnya.Bila dah senang sikit mulalah tak ingat dunia.Tapi I tak nafikan masih ada yang masih kenal asal usul dan tak mudah lupa diri. Dato'Firdaus mungkin salah seorang darinya.” Fazri menongkat dagunya dengan kedua belah tangannya. Dia merenung Aresha.Mendengar dengan teliti pendapat gadis dihadapannya ini.
“So,Cik Aresha I ni dari golongan yang mana satu.”Keningnya diangkat sikit.
“Em...You?Sorry I tak boleh judge You. Lagipun I baru je kerja dengan You.I tak tahu maca mana perangai You or peribadi You.Lagipun You're my bos...nanti kalau I judge You teruk-teruk,You potong gaji I pulak.Silap-silap I kena resign within 24 hours.”Aresha ketawa kecil.Makin me nyerlahkan kecantikannya.FAzri menahan debaran didada.
“You ingat I ni teruk sangat ke sampai nak fired You...So kalau You masih belum kenal siapa Fazri Anuar Syukri..I think this is a right time for us to know each other.Well...I'm Fazri Anuar Syukri... And You?”Fazri berlagak formal seolah seperti pertama kali bertemu dengan Aresha. Aresha terkejut dengan huluran tangan dari Fazri.
“Don't make a joke.I kan dah kenal You....” Dia tersenyum nipis.
Well You kenal me as a CEO of Bumi Emas but now I introducing myself as a Fazri...your new friend.”Tangannya masih dihulurkan.
“You ni kelakarlah bos...Dahlah bet ter you finished your drink.I dah nak balik dah ni.”Aresha cuba menutup resah dihatinya.Entah kenapa debaran didada seakan tidak mahu hilang .Melihat renungan tajam Fazri seakan menembusi jantungnya.
“So,you tak sudilah nak jadi kawan I?”Ma hu tidak mahu huluran tangan Fazri disambut ju ga.Sekadar mengikut rantak Fazri.Sejuk tapak tangan Aresha dalam genggaman Fazri.
“You tak nak kenalkan nama you ke?”'Ish mamat ni mengada-ngada pulak. Macam lah tak tahu nama aku...'
“Aresha.Aresha Sofea.”Jawab Aresha.
So Miss Aresha...nice to meet you.” Tangan mereka terlerai.'Fuh!lega...'
“So,since kita dah jadi kawan...boleh tak kalau You panggil I just Airi?”Permintaan Fazri menyentak perasaan Aresha.'Takkan aku nak panggil dia Airi kot...nanti apa pulak kata mem ber ofis yang lain?Mesti diorang cakap aku menga da-ngada.Baru masuk kerja dah nak dekat dengan Bos.Tu tak pe lagi buatnya diorang ingat aku sa ja nak takcle bos..tak kena naya....tak pasal-pa sal jadi bahan gosip pulak nanti...'
“Aresha...”Tangan Fazri diawang-awangkan ke wajah Aresha.Aresha tersentak sedikit.
“You dengar tak apa I cakap tadi?”
“Er...sorry...I...I..”Entah kenapa lidah nya seakan kelu.
Kedengaran ketawa Fazri.”You ni selalu menga lamunlah...ingat kat seseorang ke?”Fazri membuat andaian walaupun dalam hatinya amat berharap andaiannya silap.
“Tak adalah....I cuma rasa tak kena ka lau I panggil You As your name sedangkan yang lain panggil You dengan Encik Fazri atau bos.”
“Why?You takut jadi buah mulut orang?Dio rang tu pekerja I tapi You dua dalam satu. Pekerja dan kawan I.So,tak salah kan I minta you panggil I with my own name....”Aresha terdiam sejenak.'Em... banyak pulak alasannya.'
“But I pun pekerja You jugakan?” Aresha menduga.Senyuman masih meniti dibibir Fazri. Makin menyerlahkan ketampanannya dengan kedua lesung pipit yang amat jelas kelihatan.Hati Are sha diketuk debar.
“Tapi I nak jadi kawan You...itupun kalau You sudi.”Ada 

No comments:

Post a Comment