Monday, 19 August 2013

sweet dream



Aresha cepat-cepat menarik selimutnya menyelubungi dirinya bila menyedari pintu bilik dikuak dari luar.Hatinya berdetak kencang.Bagai sedang berlari 4X400 meter di tengah padang sewaktu zaman dia aktif bersukan disekolah dulu.tu cerita dulu-dulu sekarang nak joggingpun dia dah malas.Telinganya mendengar pintu almari dibuka.Aresha masih membatukan diri.Beberapa minit kemudian dia terdengar deruman air dari bilik air.Dia menarik nafas lega.Selimut dibuka sedikit menampakkan wajahnya.Belum sempat ditutup kembali pintu bilik air dibuka.Aresha tergamam seketika.Dan wajah yang sedang berdiri dipintu bilik air juga turut sama tergamam.Buat beberapa ketika masing-masing hanya berpandangan.Akhirnya…
“Saya..solat dulu.”Entah dari mana datangnya tindakan refleksi Aresha hanya mengangguk.Melihat seorang lelaki ber t-shirt biru dan berkain pelikat membentangkan sejadah ditepi katil.
“Kiblat arah mana?”Dia memandang semula pada Aresha yang masih memerhatikan tingkahnya.Tanpa suara Aresha hanya menunjuk dengan tangan.’Hai sejak bila pulak mulut bising dah jadi bisu Resha?’Hatinya mempermainkan perbuatannya.
Azri Mursyid tenang dan tekun mengerjakan solat Isya’ sendirian.Setelah selesai dia menyidai sejadah sebelum menukar kain pelikatnya kepada track hitam.
‘Ish..mana aku nak tidur ni?’Dipandanganya sekeliling.Bilik itu hanya ada sebuah katil bersaiz king bed,sebuah meja dan kerusi serta rak buku setinggi 2 meter.
“Ehem..nak berjaga sampai pagi esok ke?”Azri Mursyid tersenyum sedikit pada Aresya yang hanya nampak kepala.
“Nak tidur kat mana?”Aresha terkedu seketika dengan pertanyaan Azri Mursyid.
“Kat mana lagi?atas katillah.Tapi kalau awak nak tidur kat bawahpun saya tak kisah.”Lantas kepalanya dibungkus kembali.Azri Mursyid melangkah perlahan keatas katil.Direbahkan badannya di tilam empuk disitu.
“Jangan buat apa-apa orang tengah uzur.”Tiba-tiba ada suara halus menusuk ke cuping telinga Azri.Matanya yang hampir terpejam tadi dibukanya kembali.Dia memandang Aresha yang membelakanginya.Dia tersenyum.
“Assalamualaikum..selamat malam.”Dia tahu Aresha mendengar suaranya.Lantas matanya dipejamkan kembali.
Aresha disebalik selimut menjawab salam Azri didalam hati.Bantal peluk diletakkan ditengah sempadan antaranya dan Azri Mursyid.Dia mahu tidur tapi matanya tidak dapat dilelapkan.Ingatannya masih melayang pada majlis siang tadi.Malah yang lebih kelakarnya hari inilah pertama kali dia bertentang mata dengan Azri Mursyid.Sebelum ini ada sahaja alasannya untuk mengelak dari bertemu Azri.Tapi hari ini mana mungkin dia lari lagi bila dia sudah dinikahkan dengan lelaki pilihan ibu bapanya itu.Entah bila masanya matanya terlelap.
Satu pertiga malam itu Aresha merasakan kepanasan.Selimutnya ditarik melurut turun.Alat kawalan penyaman udara diambil.Patutlah suhunya dah diturunkan.Dia memang tak boleh tidur kalau tak ada air-cond.Lantas Aresha menekan kembali kepada suhu paling sejuk.
“Em…barulah best nak tidur.”Dia merebahkan kembali tubuhnya sambil selimut ditarik kembali.
“Er…boleh perlahan sikit tak air cond tu?”Aresha berpaling.Azri sudah duduk menyandar dikepala katil.
“Kenapa?”
“Saya tak tahan sejuk.”Azri menebalkan mukanya.Kalau sejuk natural seperti di kampong dia masih tahan tapi kalau sejuk air-cond dia memang tak tahan.
Aresha mendengus perlahan sebelum menunaikan permintaan Azri.Selimutnya diturunkan separas pinggang.Lantas matanya dipajamkan kembali.
“Terima kasih ya..”Bisikan suara itu sekali lagi seakan berbisik ditelinga Aresha.
“Sama-sama.”Dia hanya menjawab selamba.Kemudian matanya tertutup terus.

















2

“Assalamualaikum mak..ayah.”Azri Mursyid mengambil tempat berhadapan dengan ibu dan bapa mertuanya di meja makan.
“Waalaikumuslaam…awal bangun Azri?”Azri tersenyum mendengar pertanyaan Syarifah Husna ibu mertuanya.
“Dah biasa mak.”
“Ha..makan Ri.Jangan malu-malu.”Syed Rasyid melatakkan akhbar The Star yang sedang dibacanya ketepi.Sudah beberapa hari dia dan isterinya sibuk menguruskan majlis Aresha baru hari ini dia rasa lega.Lega bila segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Azri Mursyid mencedok sedkit mee goring ke dalam pinggannya.
“Eh..Resha mana Ri?”Azri memandang seketika pada Syarifah Husna sbeelum menjawab.
“Kat bilik lagi mak.”
“Astaghfirullah…apa nak jadi budak tu.Dah ada laki pun tidur sampai matahari memacak lagi.Memang lah kena betul budak ni.”Syarifah Husna lantas bangun menuju ke tingkat atas.
“Ri jangan bagi muka sangat kat Resha tu.Dia tu lagi besar lagi manja.Ayah harap dah ada Azri sekarang ni cuba-cubalah bentuk Resha tu.Dia tu bukan apa…anak tunggal.Itu yang jadi macam tu.Ayah harap apa sahaja tindakan Resha sekarang Ri jangan terlalu ambil hatiAyah letak harapan tinggi pada Ri untuk jaga satu-satunya puteri ayah tu.”Azri Mursyid memandang wajah ayah mertuanya yang begitu mengharap.
“InsyaAllah ayah.”Azri tahu dia hannya mampu berjanji sedangkan dia sendiri tidak pasti samada dia mampu menunaikan janji itu.Manakan tidak…selama bertunang tidak pernah dia bertemu apatah lagi nak keluar berdua macam pasangan yang lain.Dan dia pun tidak tahu bagaimana dia memberikan persetujuan pada kedua ibu bapanya untuk meminang Aresha.Sebenarnya ayahnya dan bapa Aresha adalah dua pupu.Sekali tengok wajah Aresha di gambar dia terus bersetuju.Baginya biarlah jodohnya ibu bapanya yang menentukan.Dah takdir agaknya Aresha menerima peminangannya.

“RESHA!!!”Aresha yang asyik dibuai mimpi tersentak dengan jerkahan ditelinganya.Dalam mamai dia melihat seniwati Normadiah sedang mencekak pinggang persis dalam filem bawang putih bawang merah.Kali kedua matanya digosokkan barulah wajah Syarifah Husna muncul dikorneanya.
“Apa mak?”Dia ingin menarik selimut kembali.
“Apa kau kata?”Eh…matahari dah tegak atas kepala tau.Ingat sikit Resha tu dah kahwin.Ni mak dengan ayah pulak yang kena layan Azri tu kat meja makan.Apa nak jadi dengan Resha ni?”Syarifah Husna terus membebel.
“Alah…dah dia nak makan…makan je lah.Kenapa nak layan-layan pulak?Bukannya OKU nak kena orang suapkan.”
‘Hi…budak ni kalau pasal menjawab bagi kat dia.’
“Eh awak tu isteri dia tau.Sedar diri tu sikit.Dah bangun.”selimutnya ditarik kasar Syarifah Husna.Aresha terpaksa bangun.
“Yelah…cakap kat dia jangan makan lagi nanti orang tolong suapkan.”Aresha menghentakkan kakinya melangkah ke bilik air.Syarifah Husna menggeleng dengan keletah anak perempuannya Syarifah Aresha.
‘Ingatkan dah kahwin perangai tu nak berubahlah…tapi makin menjadi.”Syarifah Husna mengemaskan katil dan melipat selimut.Bimbang apa pula tanggapan Azri dengan sikap Aresha.





















3
SYED Azri Mursyid berehat seketika di kerusi di luar rumah.Tadi sempat dia menghubungi kedua ibu bapanya yang sudah pulang ke Johor Bharu semalam.Sekadar bertanya khabar dan memberikan khabar dirinya.Dia memerhati sekeliling.Ada sebuah taman mini di kiri rumah agam ini.Walaupun mereka bersaudara tapi dia jarang kemari.seingatnya sejak menjadi tunangan Aresha baru tiga kali dia kemari.Sebelum itu tidak pernah.Cuma sesekali bertemu mertuanya di majlis keluarga dikampung.Lagipun dia segan sebab Syed Rasyid yang dulunya dipanggil ayah Cik merupakan seorang usahawan berbanding dengan keluarganya yang hanya biasa-biasa sahaja.dulu dia segan juga bila mengetahui kerjaya Aresha sebagai doktor sedangkan dia hanya seorang guru biasa.Tertanya-tanya juga samada Aresha mahu menerima dirinya.Tapi dia diyakinkan ibu bapanya bahawa soal jodoh tu ditangan Tuhan.
“Azri cuti sampai bila?”Syed Rasyid duduk dikerusi kayu berhapan Azri.
“Tinggal seminggu je lagi ayah.Tapi rabu ni dah kena balik sebab saya bertugas.”Cuti sekolah Cuma dua minggu.Mana boleh dia ambil cuti tambahan.
“Resha cuti lama lagi tu.Dia ambil cuti tahunan sebulan.NI baru berapa hari.Bawalah dia ikut Azri sekali.”
Memanglah perancangannya mahu membawa isteri yang baru dinikahi ke tempat dia bertugas.Tapi melihat keadaan Aresha mahukah isterinya itu mengikut dirinya?Mahukah Aresha tinggal di kuarters guru tersebut?
“Pagi ayah…”Azri hanya memandang Aresha yang berseluar separas lutut dan t-shirt round neck berwarna kelabu.
‘Jauhnya dia ni dari apa yang aku bayangkan.’Azri tiba-tiba teringat pada doktor Najihah yang bertugas di hospital besar berdekatan sekolahnya.Ayu bertudung litup dan cakapnya sungguh sopan.Malah dia suka melihat wanita itu setiapkali berurusan di hospital ataupun waktu bertemu temanya yang bertugas sebagai pembantu perubatan disitu.Dan itu jugalah bayangan yang selalu digambarkan pada Aresha.Walaupun dia tahu Aresha tidak memakai tudung.Dia selalu berbual dengan doctor Najihah megenai Islam.Macam-macam yang mereka bincangkan sehinggalah ke isu palestin dan penindasan umat Islam.Apatah lagi doctor najihah pernah menjadi sukarelawan di Gaza dulu.
“Pagi apanya Resha…dah tengaharipun.”Syed Rashid menjeling Aresha.
“Sorrylah…Resha penat sangat.”Dia mencapai akhbar dan terus menyelak helaian demi helaian.
“Dah lah…ayah nak masuk dulu.Buatkan air kat Azri.”
“Tak payahlah…saya dah minum dah tadi.”Kini hanya tinggal Azri dan Aresha..Azri Mursyid mengambil kesempatan memerhatikan wajah dihadapannya yang sedang ralit membaca akhbar.em…pan-asian pun ada juga.Mungkin ikut keturunan moyang mereka yang berasal dari tanah arab tu tak.Dia sendiri pun tak pernah bertemu dengan moyangnya Cuma dengar apa yang diceritakan oleh keluarga sahaja.
“Hari rabu ni saya dah nak balik ke Ipoh.”Azri memulakan.Aresha yang ralit membaca mengangkat wajahnya.
“Cepatnya.Cuti sekolahkan sampai ahad ni?”Sukarnya dia membahasakan dirinya dan Azri saat ini.Dulu pernah lah sekali mereka berbual ditelefon.Itupun sekadar mengesahkan tarikh pernikahan.
“Memanglah…tapi saya kena attend meeting.Lagipun folio budak-budak PMR pun tak siap semak lagi.”Aresha hanya mengangguk.
“Awak cuti lama ke?”
“Saya ambil cuti tahunan sebulan.”Ringkas jawapan Aresha.
“Nak ikut saya balik Ipoh?”Aresha sedikit tersentak.Takkan lah aku nak cakap tak nak kot.Mana ada isteri yang tak nak ikut suami selepas nikah.
“Er…lagi dua tiga hari saya nak pergi bercuti dengan kawan.Kat Sabah.Flight pun dah booking.”Kali ini Azri pula mengangguk.
“Tak pelah kalau macam tu.”Diam.
“Er..nantilah bila-bila senang saya pergi sana ye.”Azri Mursyid tersenyum.Sekali lagi jantung Aresha berlari kencang.Kali ini 4X200 meter.










4

SYED Azri Mursyid ralit menyemak folio sejarah pelajarnya sehingga tidak sedar cikgu Rizal guru pendidikan jasmani itu menegurnya.
“Bini hang tak mai sekali ke Ri?”Dia duduk berhadapan Azri.Azri tersenyum sedikit pada bekas teman serumahnya ini.Yelah bila dia dah kahwin di terpaksa berpindah ke rumah kelamin.Nanti kalau isteri atau keluarganya ada disini takkan mereka nak tinggal sekali dengan cikgu-cikgu bujang tu.
“Tak….dia ada kerja.”Azri cuba berdalih.
“Habis tu hang tak pi honeymoon lagi ke?”Azri ketawa kecil.Guru lelaki yang berasal dari Pulau Pinang ni banyak sangat soalnya.
“nantilah…kerja akupun banyak tak siap lagi.Tunggulah cuti sekolah raya ni baru aku plan.”Azri kembali menghabiskan kerjanya yang tertangguh.Masuk tahun ni dah 4 tahun dia bertugas sebagai guru Sejarah disini.Walaupun kawasan ini agak jauh dari Bandar tapi dia seronok.Malah penduduk disinipun ramah-ramah semuanya.
Dah tiga hari dia balik kesini.Dan tiga hari jugalah dia tidak mendengar khabar berita Aresha.Hari tu jenuh juga Aresha mendengar bebelan mertuanya kerana tidak mengikutnya kesini.Tapi kata Azri tak apalah sebab tiket air Asia tu dah lama Aresha booking.Nanti-nanti saja Aresha boleh datang ke rumahnya.Syarifah Husna menarik wajah masam dengan tingkah Aresha.Malu barangkali pada menantunya dengan sikap Aresha.
Pada Azri biarlah Aresha mengambil masa untuk menerima keadaan mereka berdua.Lagipun pasti Aresha kurang selesa disini.
Memulakan pengajaran setelah bercuti dua minggu mengembalikan mood guru-guru dan pelajar.
“Selamat pagi cikgu.berseri-seri nampak cikgu lepas kahwin ni?”Azri ketawa kecil.Beberapa pelajar perempuan mendekati dirinya yang sedang duduk di kantin bersama cikgu Harris.
“Pandailah kamu tu.”
“Yelah cikgu….pengantin baru mesti berseri-serikan?”Ain Farhana pelajar tingkatan 6A disekolah itu terus mengusiknya.Tiba-tiba pandangan mata Azri jatuh pada seraut wajah yang sedang tunduk.Dan sepasang anak mata kebiruan itu turut memandangnya sekilas.Sukar Azri tafsirkan apa yang tersirat dan tersurat disebalik anak mata itu.
“Cikgu malam ni jadi ke kelas tambahan?”
“Jadilah…awak semua tu kan dah nak exam tak lama lagi?”Itulah rutinnya disini.Selain mengajar waktu siang dia turut membuat kelas tambahan pada waktu malam bagi pelajar tingkatan enam yang akan menghadapi STPM.
“Oklah Harris..aku balik dulu.Dah pukul lima ni.Asarpun belum lagi.”Azri bangun.Aktiviti kokurikulum telah selesai seawal 4.30 petang tadi.Sengaja dia mengajak cikgu Harris minum di kantin dahulu.
Sebaik sahaja motorsikal 1.5LE nya memasuki simpang rumah dia melihat sebuah kereta Gen2 di parkir dihadapan rumahnya.Azri turun untuk melihat siapa gerangan empunya kereta.Dan dia cukup terkejut melihat Aresha sedang bersandar ditempat pemandu.
“Sorry datang tak bagitahu.”Azri tersenyum.Mempersilakan si isteri masuk.Aresha mengangkat beg dari bonet kereta.Cantik berbaju kurung merah jambu.
“Tak tahu awak nak datang.Kalau tak saya balik awal tadi.”
“Salah saya juga tak bagitahu.Em…luas juga rumah ini ye.”Aresha memerhati sekeliling.
“Rumah kerajaan.Bolehlah.”Azri sebenarnya masih terkejut dengan kedatangan Aresha ke mari.
Malam itu Azri membawa Aresha ke sekolah.Kelas tambahannya bermula jam lapan malam.Sebahagian kelas sudah dipenuhi pelajar.
“Resha taka pa ke tunggu saya habis mengajar?”
“Tak pe…awak buatlah kerja awak.Orang boleh baca novel ni.”Mereka melangkah ke kelas 6A.Pelajar-pelajarnya bersorak melihat cikgu mereka datang bersama seorang wanita.
“Cikgu tak nak kenalkan ke?”Azri tersenyum memandang Aresha yang juga turut tersenyum.
“Ni wife saya Syarifah Aresha Al-Attas.”
“Hi”Aresha melambaikan tangannya pada pelajar didalam kelas itu.
“Cantiklah cikgu macam orang arab.”Azri memandang Danial di belakang.Dalam hati dia turut berbunga gembira.Siapa tak bangga jika isteri dikatakan cantik.Tapi bukankah kecantikan yang paling sempurna itu hanya ada pada seorang muslimah sejati?Entah kenapa bayangan doctor Najihah kembali menguasai fikirannya.Namun cepat-cepat dia beristighfar.
“Resha duduk kat situ dulu.”Azri menunjuk kea rah meja guru di kanan.
“Ok.Tak pelah…go on..orang baca novel ni.:Novel bintang-bintang ke syurga karya Xarine ditunjukkan pada Azri.Lantas Aresha melabuhkan punggungnya di kerusi plastik meja guru.Dia mula tenggelam kembali dalam cerita yang dibacanya.
“Ok saya nak kamu salin nota yang akan saya bacakan ini.Azri mula memberikan pelajarnya nota tentang zaman pertengahan.Sesekali dia menulis di papan putih.Saat pelajarnya sedang cuba menjawab soalan diberi dia melepaskan lelah seketika.
“Nak duduk ke?”Aresha bertanya.Kasihan pula dia pada Azri yang dari tadi asyik berdiri.
“Tak pelah…dah biasa berdiri.”Dia tersenyum.Dia perasan beberapa pasang mata memandang kearah mereka dengan bibir yang menguntum senyuman.Tiba-tiba dia menangkap sepasang anak mata itu yang merenungnya sekali lagi.Sebaik Azri melihat gadis itu terus tunduk ke bawah.Azri menarik nafas panjang.
“Kenapa?”Aresha yang mendengar keluhan Azri bertanya.
“Tak ada apa-apa.”Aresha tersenyum.Malam ini Aresha cukup ringkas dengan baju T biru dan jean hitam.Rambutnya separas bahu diikat menjadi satu.Cuma T-shirtnya agak ketat.
Usai kelas jam 10 malam,Azri membawa Aresha menikmati makan malam di salah sebuah kedai makan disitu.
“Sorry kalau Resha tak selesa kat sini.”
“Taklah..ok apa.Makan pun sedap.”Azri Mursyid tersenyum senang.Rupanya Aresha tidak sepertimana yang disangkakan.
Jam sebelas mereka berangkat pulang.Selesai membersihkan diri Azri masuk ke bilik.Aresha sedang merapikan cadar.
“Bilik ni tak ada air-cond.Kipas je.”Aresha ketawa kecil.Menampakkan giginya yang tersusun cantik.Teringat pada malam pertama bergelar suami isteri.
“Tak pe…hari tu panas.Kat sini ok sejuk.”Dia selesai memakai gaun tidur berwarna pink.Rambutnya dilepas bebas.Azri terpana seketika.Walaupun gaun tidur itu tidak jarang tapi Aresha nampak seksi dalam warna sedemikian.Dia duduk diatas katil.
“Nak tidur dah ke?”
“Kenapa?Resha tak mengantuk lagi?”
“Tak…kita berbual sekejap.”Azri menagngguk.Dia duduk bersila mengadap Aresha yang sedang bersandar dibirai katil.Tiba-tiba Aresha memegang tangan Azri.Azri terkejut.
“Sebenarnya….sebenarnya Resha nak minta maaf pasal malam hari tu.”
“Malam bila?”Seingat Azri dia Cuma tiga malam sahaja bersama Aresha.
“Resha tahu Resha tak sepatutnya layan awak macam tu apatah lagi malam perkahwinan kita.Tapi Resha macam terkejut.Maafkan Resha ye.”Jemari Azri dibawa kebibirnya.Lama dikucup tangan sang suami.Perlahan-lahan Azri meletakkan tangannya di kepala Aresha.
“Syarifah Aresha Syed Rasyid,saya tidak pernah ada rasa marah mahupun sakit hati.Segala perbuatan Aresha saya halalkan dunia akhirat.”Lantas sebuah kucupan lembut singgah dikening Aresha.
Airmata Aresha hangat menuruni pipi.Azri membawa Aresha ke dalam dakapannya.
“Saya tahu kita tak pernah kenal.Tapi saya yakin kita dapat melayari bahtera rumahtangga kita Resha.Percayalah kita memang telah ditakdirkan untuk bersama.”Jemari Aresha digenggam erat.Aresha tersenyum dalam dakapan Azri.












4
Ketika sedang bersiap untuk ke sekolah,telefon bimbit Azri berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.
-Sampai hati buat saya macam ni.
Azri mengaluh seketika.Dia tahu siapa pengirim sms itu.Aresha masih di dapur.Cuba menyediakan sarapan buat si suami.Telefon bimbitnya terus di masukkan kedalam poket seluar.Dia langsung tidak berniat untuk membalas sms tersebut.Apa yang penting Azri Mursyid tidak mahu memanjangkan cerita.
“Makan sekali.”Azri duduk bersila di ruang tamu mengadap sepinggan nasi goring hasil tangan Aresha.
“Tak pe…Ri makan dululah.Lagipun Resha jarang breakfast.Em..tengahari ni awak balik makan ke?”Azri tersenyum.
“Sekolah habis pukul 2.Pukul 2 baru saya balik.Resha tak pe ke kat rumah seorang diri?”Aresha mengangguk.
“Its ok.”Azri melihat jam ditangan.Sudah pukul 7.15.
“Saya pergi dulu.”
“Azri…kejap.”Aresha menghampiri Azri.Lantas tangannya dihulurkan.Azri tersenyum menyambutnya.Aresha mencium tangannya.Dia menarik Aresha rapat dan dahi Aresha menjadi sasaran ciumannya.
“Jaga diri…saya pergi kerja dulu.”Aresha tersenyum manis.Dia menghantar Azri ke pintu.Sehingga Azri Hilang dengan legenda 1.5 nya.
“Bestnya…kalau tau macam ni dah lama dah aku kahwin.”Aresha bercakap sendirian.Dia tahu dia sudah mula jatuh cinta pada Azri.Teringat apa yang terjadi malam tadi dia tersenyum sendiri.

No comments:

Post a Comment