Tuesday, 20 August 2013

naskah rindu



 ralat:watak dalam cerita ini adalah syed mohd asyid bukan Luqman harith.nanti baru edit semula :)
Naskah rindu


Dia muda tak semesti nya dia tidak punya perasaan……
Dia diterima dalam hidup Syed mohd Asyid hanya kerana nama yang sama Rabiatul Adawiyah.Bukan kerana cinta dan sayang.Sedih nya kerana lelaki itu memandang nya tapi bukan dia di mata Asyid.
“Tak sangka aku buah duku jadi ciku.”Abby pandang Yana dengan geram.Kalau tak ada orang kat sini mahu disumbat mulut Yana dengan cadar katil ini.
            “Bukan buah buah duku jadi ciku buah langsat jadi rambai..”Kata-kata Yana disambut pula oleh Haida.Abby  pandang kedua-duanya silih berganti.
“Ek hangpa berdua kalau datang sini nak mengata aku baik blah je.”Abby menjeling marah.
“Ha..ha..sorrylah member.Nak usik sikitpun tak boleh.Lepas ni mana ada can nak usik hang dah.Steadylah..”Bahunya ditepuk Yana.
“Banyaklah hang punya steady.Aku ni rasa macam nak terjun jambatan Pulau Pinag hang pa tak tau.”Kedua-dua lututnya dinaikkan separas dagu.
“Wei..dok lah baik sikit.Hang tu dah nak jadi bini orang.”Abby menjeling.Bencinya dia dengan perkataan tu.
“Hang tak sebut benda tu boleh dak?Hang pa ingat aku suka ke kahwin ni?Malu dah satu hal.Tu tak dengaq member-member dok mengumpat lagi.Yang aku tak tahan pakwe aku boleh perli aku tau dak?”
“Pakwe hang sapa Abby?Setahu aku yang tergila-gila kat hang budak kelas 5 Berlian si Naim tu je la.Perangai macam hantu sapa yang nak buat hang jadi awek dia?”
“Bukan hang tak tau Yana yang si Hani dok tergila-gilakan sapa?”Abby pandang Haida.Dia tersengih.
“Siapa?Awat aku tak tau pun?”
“Sapa lagi ustaz Zul lah..”
“Ha?Ustaz Zul.?Lawak gilalah hang Abby.Macam lah ustaz tu nak sangat kat hang.”
“Eleh..biaq pi la dia tak mau.Janji aku syok kat dia.”Sesekali Abby memusing-musingkan cincin dijari manisnya yang baru disarung seketika tadi.
“Bestlah hang Abbyi.Tunang dengan doktor.Tak payah susah-susah nak belajaq dah.Sakit-sakit tak payah pi klinik.Ada abang boleh ubatkan.”
“Aku ni memanglah tak minat nak belajaq.Tapi mak pak aku pun jangan lah buat keputusan drastik macam ni.”
“Tu lah hang.Dari dulu lagi aku suruh hang belajaq>tapi hang tak mau.Kalau aku jadi mak pak hang pun aku buat macam ni.Dah anak tak nak  belajaq baik pi kahwin je.”
“Hang nak susah apanya Abby.Bakal laki hang tu dah ada kerja tetap.Dok rumah goyang kaki dah lah.”
“Hang pa ingat aku suka ka??Abby menjeling lagi.

“Abby…ni keluarga lelaki nak ambil gambaq Hani dengan tunang Abby.”Abby secara tiba-tiba menjatuhkan kakinya dengan kedatangan tiba-tiba ibunya.
“Tak mau lah mak.”
“Ish budak ni.Jangan nak buat pasai.”Yana membetulkan tudung Abby yang sudah senget.
‘Hani ni betullah tak pandai duduk diam-diam.’
“Assalamualaikum..”Seorang wanita pertengahan usia 30 an masuk.Dia bersalam dengan Abby dan teman-temannya.
“Ni kak Irah.Kakak sulung Ashid.”Abby tediam.Tak tahu nak kata apa.Bakal kakak iparnya Nampak ayu dalam baju kurung Pahang yang tersarung di tubuhnya.Cantik tak payah pakai make up tebal-tebal.Ada iras-iras Celine Dion.Mata pun coklat.Betullah kata mak bakal suami Hani berdarah kacukan.
“Akak nak ambil gambar Abby dengan Ashid.Bolehkan?”Abby tak terkata apa-apa.Dia hanya mengangguk.Seketika kemudian seorang lelaki masuk berbaju melayu kuning langsat.Sama dengan baju yang Abby pakai sekarang.Dia melemparkan senyuman pada semua yang ada disitu.
“Mak oi..handsomenya…”Yana berbisik ditelinga Haida.Teman-teman Abby pandang Doktor Ashid tak berkedip.
“Bertuah gila lah hang Abby.”Abby mencuit Haida.Baginya tak ada apa-apa istimewa pun lelaki ini.Sama je dengan orang lain.
“Ini Rabiatul Ashid .”Kak Irah lebih memperkenalkan Abby kepada Ashid. Ashid hanya mengangguk.
‘Bisu kot.’Hati Abby berkata-kata.
“Ok.. Ashid duduk sebelah Rabiatul.Tapi jangan rapat sangat.Kak Irah nak ambil gambar.Abby kaku sedikit bila Ashid mengambil tempat disebelahnya.Yelah sebrutal dia mana pernah duduk berdua dengan lelaki macam ni.
“Ok..senyum sikit.”Abby cuba tersenyum walaupun hatinya sedikit menyumpah.
“Ok dah.Em. Ashid ada apa-apa nak cakap dengan Rabiatul ke?” Ashid  menggeleng.
‘Sah lah bakal laki aku ni bisu.’
“Akak keluar dulu Rabiatul.”Sekali lagi kak Irah memeluk dan menghadiahkan ciuman di pipi Abby.Sebaik sahaja kak Irah keluar, Ashid  bangun.
“Saya keluar dulu.”Abby hanya mengangguk.
‘Mak ai..suara serak-serak basah.’Mata Haida tak lepas pandang wajah Ashid .
Sebaik sahaja Ashid  menghilang..
“Ya Allah segaknya Abbyi.Suara pun ala-ala Justin Bieber.Bertuah nya hang.”
“Em..segak apa?Aku tengok ustaz Zul lagi segak.”
“Hang  ni betul-betul buta lah Abby Hani.Handsome macam tu pun hang dok kata ustaz tu handsome lagi.”
“Tunang hang tu mix ke Abby?”
“A..ah..mix milo campur kopi.”Abby menjeling.Tak habis-habis nak bercerita pasal Ashid .
“Cakap betul-betullah.”
“Tak tau aku.Tapi mak aku cakap ayah dia keturunan arab.Mak dia pula campur melayu dengan belanda.”
“Wow…darah bercampur-campur tu”Haida bersuara.
“Aku tak faham lah macamana depa tu boleh pinang hang yang dok kampung ni.Carilah yang pan asian juga.Depa tu kaya ke?”
“Mana aku nak tau kaya ke tak?Hang ingat orang kacukan semua kaya-kaya ke?Depa biasa-biasa je mak aku kata.”
“Macamana depa boleh pinang hang?”Haida meneruskan pertanyaan Yana yang belum terjawab.hairan juga macamanalah orang-orang macam tu boleh pinang Rabiatul adawiyah yang dok kat kampung macam ni.Bukannya Abby ni dok kat pekan ke?Anak orang biasa-biasa je.Bapa dia ada kedai runcit.Mak menjahit.jauhnya nak banding dengan keluarga tunang dia.
“Tu hang kena Tanya mak aku.Aku pun tak tau macamana depa boleh pinang aku.Kalau aku tau aku belajaq betul-betul masuk Universiti tak payah nak kahwin macam ni.Abby tahu ibu bapanya menerima pinangan dari keluarga Ashid kerana marahkan dia yang dapat keputusan kurang memuaskan dalam SPM.Dari dulu memang dia tak minat belajar langsung.Berkali-kali bapanya memberi amaran kalau dapat keputusan yang teruk dia akan dikahwinkan.Dia sangka itu hanya ugutan biasa tapi siapa tahu mak dan ayahnya benar-benar mengotakannya.



Malam itu baru Abby ingin melelapkan mata telefom bimbitnya berbunyi.
“Sapa pulak yang dok kacau malam-malam ni.”Melihat nombor dia kurang pasti siapa.
“Hello.”Abby  menjawab kasar.
“Assalamualaikum..menganggu ke?”
“Waalaikumusalam.Ha memang menganggu pun.Orang dah nak tidoq tau dak.Sapa ni?Tak tau ka jam dah pukul berapa sekarang?”Fikir Abby kawan-kawan lelakinya ingin mengusik lagi seperti yang berlaku malam semalam.Lagi satu dia memang tak suka nak layan orang yang dia tak kenal.
“Saya Ashid .”Jawab si pemanggil.
“Ashid  mana pulak?”Abby  menggaru-garu kepalanya.Mana ada dia kawan nama Ashid .
“Syed mohad Ashid  tunang Rabiatul.”Abby menggigit bibirnya.
‘macamana aku boleh lupa nama tunang sendiri ni.’
“Em..nak apa malam-malam ni?”Kedengaran Ashid  ketawa kecil.
“Nak Rabiatul lah.”Zuup…Jantung Abby bagai gugur ke bumi.
“Merepek yang hukan-bukan ni pasai apa?” Ashid  ketawa lagi.
“Sorry saya gurau je.Saja je sebenarnya.Tadi mummy bagi number Rabiatul kat saya.So tu yang saya call ni.”
‘Mummy?Aduh macam orang putih ja..’Bisik Abby sendirian.
“Rabiatul ada kat situ lagi ke?”
“Ada..tak pi mana-mana pun.Awat?”
“Awat tu apa?”Abby tersenyum sedikit.
“Awat tu pasal apa?Kenapa?”
“Oh…maaf saya tak tahu.’
“Saya masih ada kat sini lagi.”Sambung Ashid .
“Kat sini tu kat mana?”
“Kat Kulim.Ingat esok saya nak jumpa Rabiatul..petang saya dah nak balik Kl.Sebab lusa saya dah nak balik Ipoh.”
“Sat..sat..tadi kata esok balik KL.Lepas tu balik Ipoh balik.Dok mana sebenaqnya ni?”
“Rumah mummy dengan daddy dekat KL.Saya kan bertugas kat hospital Ipoh.So balik Ipoh lah.”Abby tersengih sendiri.Tulah tak pernah nak ambil tahu bakal tunang.
“Tak mau lah keluaq.nak buat apa?”
“Tak buat apa-apalah.Lagipun lama lagi baru saya datang sini balik.”Abby terdiam seketika.
“Saya tak biasa lah keluar dengan lelaki.”
“tapi sayakan tunang Rabiatul?”
“Memanglah tunang.Belum nikah lagi.”
“Ok kita keluar sekejap je.” Ashid  masih mengharap.
“Minta kat mak and ayah dulu.Kalau depa bagi baru boleh keluaq.” Ashid  ketawa lagi.
‘Dia ni pasai apa tak habis-habis nak gelak.Aku bukan buat lawak mana pun.’
“Yang gelak pasai apa?Bukannya lawak pun.”
“Ok.Sorry.Esok saya ambil Rabiatul kat rumah.Ok selamat malam.”
Abby pandang telefon bimbitnya.
‘Ah malsalah aku nak pikiaq.Baik tidoq dulu.’



Syed mohd Ashid menghentikan pembacaannya.Buku ditangan ditutup.Cermin mata nya dibuka dan diletakkan di meja tepi katil.Dia bangun dan diselaknya langsir bilik.Dari tingkat tiga ini dia Nampak pekan Kulim yang tak sebesar mana.Sengaja dia duduk disini sehari lagi.Nasib baik mummy dan daddy tak kisah.Lagipun kata mummy
‘Eloklah Ashid jumpa dengan tunang Ashid  dulu sebelum balik Ipoh.Bincang apa yang patut.I think you should know your future wife start from now on.Let her know you and you know her well.Mummy,daddy and our family will pray the best for you dear.I know she still young but its not the reason dia tak boleh jadi isteri yang baik.Yang penting Ashid  yang perlu bimbing dia sepertimana daddy bimbing mummy dulu.” Ashid  hanya mengangguk mengiayakan kata-kata mummynya.
Dia teringatkan Rabiatul Adawiyah.Gadis itu Nampak seperti keanak-anakan.Mungkin kerana usianya yang masih muda.Kadang-kadang dia pun hairan macamana boleh setuju dengan pilihan keluarganya.Ini semua gara-gara kak Irah.Kakak sulungnya itulah yang beria-ia mahu menjodohkannya dengan gadis itu..Dia hanya menurut.
Tiba-tiba ingatan Ashid  terbang ke Alexandria.Sukarnya mahu melupakan kenangan itu.Kenangan yang seringkali mengusik jiwanya dikala sunyi.
‘Aku pasti menunggu kamu Ashid .’Mata yang bersinar itu membisikkan kerinduannya pada Ashid .
Tanpa sedar ada genangan airmata bertakung dikelopak mata Ashid .Susahnya mahu melupakan semua itu.





2
“Hang nak keluaq dengan Ashid  pakai macam ni ka?”Abby pandang t-shirt dan jean yang dipakai.
“Oklah abah macam ni.”Tudung pun sekadar tudung yang terus disarung yang selalu orang pakai sekarang  ni.
“Mah hoi..hang tengok anak hang ni.nak pi keluaq dengan tunang dia pakai macam ni ja.Hang pi pakai baju kurung abby.”Abby mendengus kasar.
“Tak maulah abah.Rimaslah pakai baju kurung.Nak berjalan pun susah.”
“Biaq pi lah dia.Dah perangai lagu tu.Ingat dah tunang nak berubahlah sikit.Buat sakit tekak abang je marahkan dia.Bukan tak tau perangai dia.”Abby tersengih.lantas dia duduk di sofa sementara menanti kedatangan Ashid .Salmah dan Abdul Rahim menggeleng kepala melihat tingkah laku Abby yang tak pernah berubah dari kecil.Malu juga dia kalau bakal menantunya tahu sifat Abby yang macam lelaki.

“Assalamualaikum..”Abdul Rahim menjenguk keluar. Ashid  tiba dengan t-shirt yang dikemaskan ke dalam seluar slack hitamnya.Jauhnya beza dengan si Abby ni.
“Masuklah Ashid .” Ashid  menanggalkan loaffer coklatnya dihadapan pintu.
“Maaflah pak cik menganggu pagi-pagi macam ni.”
“La..tak kacau mana aih..Mai duduk dulu.” Ashid  duduk di sofa.Abby masih dengan majalah Mangga di tangan.
“Abby pi buat ayaq kat Ashid  ni.”Abby angkat wajahnya.
‘Buat ayaq?Ish abah ni mana lah orang tau dia minum ayaq apa?”
“Tak pelah pak cik.nanti minum kat luar je.lagipun sayapun tak boleh lama.Petang ni dah nak balik kuala lumpur.
“Ha yelah.Ni nak pi mana ni?”
“Ingat nak bawa Rabiatul pergi beli cincin.Sebab lepas ni saya dah susah nak kemari.Alang-alang nak beli cincin untuk nikah nanti.Majlis pun dua bulan je lagi.”Abdul Rahim mengangguk.memang dia yang setuju untuk buat majlis dua bulan lagi.Buat sekali dengan abang Abby.Kenduri menyambut nanti.
“Pi lah.Jalan baik-baik.”Abby bersalaman dengan kedua orang tuanya sebelum mengikut Luqman ke kereta.
Dalam kereta Abby hanya mendengar lagu dari cd yang dipasang Ashid .
“Rabiatul dah makan?”Abby mengangguk.
“Tak payahlah panggil rabiatul.panggil Abby ja.Semua orang panggil Abby.” Ashid  tersenyum.
“Tak salah kan saya panggil Rabiatul.Itukan nama yang sebenar.Rabiatul Adawiayah.Persis nama wanita sufi rabiatul Adawiyah.”
“Suka hatilah…”Abby menghalakan pandangannya keluar tingkap.
“Pasai apa berhenti kat sini?Kena tangkap sat gi naya je kawin free.”Abby pandang sekeliling. Ashid  tiba-tiba menghentikan keretanya di tepi taman kawasan perumahan.
“Kita duduk kat sini sekejap.” Ashid  keluar.Abby tengok Ashid .Bezanya Ashid  dengan dia.Nampak matang sangat.Takkanlah orang macam ni tak  ada girlfriend?Usia Ashid n mungkin 28 atau 29 tahun.Bezanya dengan dia yang baru nak masuk 18 tahun.
Abby duduk disebelah Ashid .
“Rabiatul dah bersedia untuk jadi isteri saya?”Abby angkat kedua-dua bahunya.
“Tah.”
“Macamana tu?Lagi dua bulan je kita nak kahwin?” Ashid  menduga.Dia pandang wajah Abby.Abby pandang kea rah lain.
“Tak tau lah.Tapi terus terang saya cakap..saya ni tak tau masak sangat.Sat gi takut tak berkenan lah kot.” Ashid  ketawa.
“Boleh belajarkan?Kak Irah pandai masak.Nanti rabiatul belajar dengan kak Iraah.”
“malulah..”
“Nak malu apanya?Kenapa mesti nak malu belajar sesuatu.”
“Tengoklah macamana nanti.”Masing-masing terdiam.
“Lepas kahwin kita duduk Ipoh.Rabiatul tahu kan?”Abby angguk.Memang mak ada cakap semalam dia kena ikut Ashid  duduk Ipoh.Mesti boring tak ada kawan nanti.
“Kalau saya dok sini tak boleh ka?”
“Tempat seorang isteri kan disisi suami?”Abby menggigit bibirnya.Macam main-main je dia nak kahwin.
“Habis tu saya nak panggil apa?”
“Panggil siapa?Panggil saya?”Abby angguk.masih tidak berani pandang Ashid .
“Panggil apa sahaja yang Rabiatul selesa.Abang..sayang..honey…Jangan panggil doktor Ashid  sudah.”Akhirnya Abby ketawa.Takkanlah nak panggil doktor kat suami sendiri.
“Abby!”Baik Abby mahupun Ashid  keduanya berpaling pada suara yang menyergah Abby dari arah belakang.
“Woi…hang pa buat apa kat sini?”Abby bangun mendapatkan teman-temannya. Ashid  hanya memerhati.
“Oh..hang dating kat sini ye..”
“Mana ada..”Beberapa teman lelaki Abby bersalaman dengan Ashid .
“hang pa dari mana ni?” Ashid  sudah berdiri disebelah Abby.Tingginya Ashid  Abby hanya separas bahu Ashid  sahaja.
“Semalam kan kita plan nak pi makan KFC.Aku telefon rumah hang mak hang kata hang keluaq.”Rafiq menjawab.
“Sorry aku lupalah.
“Yelah orang ada date hari ini.”Abby pandang yana.Bukan dia tak perasan mata Yana asyik pandang Ashid .
‘Hai Abby cemburu ke?’
“Em..kalau macam tu.Jom lah kita pergi kfc dengan diorang.” Ashid  tiba-tiba bersuara.
“Ish tak pa…lain kali boleh keluaq dengan depa.”Abby menjawab.Takkan nak bawa Ashid  yang skema ni sekali dengan kawan-kawan dia yang tak ada sivik ni.
“Tak pelah.Lagipun rabiatul dah janji dengan diorang kan?Jom abang belanja you all semua.”
“Betul ke?Bestlah Abby.”Abby pandang Haziq geram.Mentang-mentang makan free nak saja dia ni.

“Abang tau dak Abby ni perangai tak macam perempuan langsung.”Abby tendang kaki Asyraf dari bawah meja.Tapi dia tersilap sebab tertendang kaki Ashid . Ashid  buat-buat tak tahu.
Hatinya menguntum sebuah senyuman.
“Nak tengok dia pakai baju kurung waktu raya je lah.Tak pun waktu sekolah buat majlis keagamaan.”Tambah Haziq.Yana dan Haida masih ralit dengan ayam goreng di pinggan. Ashid  disebelah Abby hanya tersenyum.
“Abang Ashid  ni doktor kan?”
“A..ah..kenapa?”
“Best tak?Saya dulu nak jadi doktor.Tapi kantoi add maths.”
“Kalau kita minat apa sahaja kerjaya yang kita pilih kita akan suka.Abang memang minat jadi doktor.Mungkin sebab mak dan ayah abang pun doktor.”Abby tersentak.Oh..baru dia tahu pekerjaan kedua mertuanya.Doktor juga.Jangan-jangan kak Zah pun doktor juga.
“Bestlah..semua doktor.Depa doktor kat mana?”
“Daddy abang doktor Pakar Rhumatologi di Pusat pakar perubatan damansara mummy pulak pensyarah di Universiti Malaya dalam bidang kaji hayat.”
“Abang pulak pakar apa?” Ashid  ketawa.
“Abang belum lagi.Dokor biasa.Tapi sekarang tengah ambil untuk pakar Urologi.”
“Hang ni banyak Tanya sangat pasai apa?”Abby pandang Asyraf.Asyraf memang tak boleh diberi peluang bercakap.Tak tahu nak berhenti.
“Tak pe.Malu bertanya sesat jalan.banyak bertanya luas pandangan.”Secara tiba-tiba Ashid  mengenyitkan matanya pada Abby.Abby terus tunduk.Kembali mengadap Ayam goreng di pinggan.
“Abang memang kawan dengan Abby ke sebelum ini?” Ashid  pandang Abby seketika.Pertanyaan Asyraf dibiarkan seketika.
“Tak.Semalam baru kenal masa tunang.”
“Umur abang berapa?”
“Agak-agak?”Haida diam seketika.seolah berfikir sesuatu.
“25 tahun?” Ashid  ketawa.
“30 tahun ini.”
“Mak ai..nampak macam muda je.”Tapi Haida tak nafikan yang tunang Abby memang dikategorikan lelaki handsome idaman Malaya.Hidungnya yang agak manjung ala-ala pak Arab.Rambutnya keperangan macam orang Eropah.Yang penting mata dia cantik.
“Ye ke..terima kasih.”
“Tak padan langsung dengan Abby kan?”Abby membeliakkan biji matanya memandang Haziq.
‘Tak guna betul haziq ni.’
“Padan atau tak jodoh kan urusan Allah.Rabiatul pun cantik juga kan?”Abby angkat muka pandang Ashid . Ashid  sedang tersenyum padanya.
“Dia ni memang cantik…tapi serabai.Malas nak bersiap.”
“Woi..hang ni dah lebih Ziq.Sikit-sikit sudahlah.”Abby menjeling kasar.
‘Ada ke dia kata aku serabai.Tak pernah lagi aku pakai baju koyak.
“Relakslah hang ni aku gurau sikit pun tak boleh.”
“Gurau-gurau juga.”
“Ok..ok…kita tutup kes.” Ashid  hanya menjadi pemerhati.Beza umur dia dengan mereka ini semua lebih sepuluh tahun.
‘Mampu kah dia bimbing Rabiatul seperti pinta mummynya?’
















“Doktor tak tandatangan dengan cop lagi borang discharge ni.Patient dah tunggu dari tadi dah.” Ashid  mengambil discharge form dari jururawat.
“Ok.Dia dah boleh balik dah.”Diserahkan kembali kepada Juanita.
“Doktor macam tak ada mood je hari ni?Selalu ceria je.” Ashid  tersenyum pada kak wan.Jururawat yang agak lama bertugas disini.
“Tak de lah kak.Penat sikit kot.Baru lepas cuti rasa macam malas je nak masuk kerja balik.” Ashid  meneruskan kerjanya menyemak rekod pesakit pagi ini.Beberapa orang doktor pelatih sedang berada si katil pesakit.Manjalankan rutin harian mereka.
“Shid..” Ashid  pandang doktor Johari yang menyarung uniform unit kecemasan.
“Aku nak minta tolong sikit ni.”
“Apa dia?”
“Ada satu patient kat wad 3.Acctually dia ada problem haematuria and haematemisis.Aku dah buat beberapa ujian everything normal.Fbc pun ok tak ada masalah.So aku tahan dia dulu untuk monitor.Tadi aku dah buat scan kidney.normal je.”
“Ada apa-apa tanda yang lain tak?”Doktor Johari berfikir seketika.
“Blocking nose.”
“Ok..sekejap lagi aku pergi tengok.kau dah inform doktor Megat?”Doktor Johari mengangguk.
“Kau ni kenapa Shid?”
“Kenapa apa pulak?”Doktor johari sudah duduk di kerusi jururawat sebelah Ashid .
“Tak ada apalah.Ni..macamana majlis tu?”
“Oklah.Everything fine.”
“Your fiancée?”
“Macam aku cakap lah Jo…she still young.Baru 18 tahun.Aku pun tak tahu boleh ke tidak dia jadi wife aku.”
“Maksud kau Shid?”
“Yelah budak tengah melalui fasa remaja.Cara dressing,cakap semua masih remaja.”
“Habis tu kau nak buat apa sekarang?”
“Entahlah Jo.Aku serah semua kat tangan DIA sahaja.DIA yang tentukan jodoh aku aku Cuma boleh doakan yang terbaik.”Johari mengerti.Antara dia dan Luqman tidak banyak rahsia malah semenjak mereka sama-sama menuntut jurusan perubatan di Alexandria lagi.Banyak yang dia tahu mengenai Luqman.Cuma dia sedikit pelik bila Ashid  menerima tawaran kedua ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan gadis yang baru lepas SPM.
Macam tak kena je dengan doktor yang dah hampir 30 tahun ini.
“Siapa nama dia Shid?” Ashid  pandang Johari.Agak lama sebelum menjawab.
“Rabiatul Adawiyah.”Dia jawab perlahan.Johari terdiam.
“Shid..are you sure apa yang kau buat ni?Kau nak hidup dengan dia bukan sehari dua Shid.Sampai akhir hayat.Jangan kau terima dia sebab…”Johari tidak jadi meneruskan kata bila Ashid  sudah memandangnya.
“Nak buat macamana semuanya dah terlambat.Takkan aku nak putuskan pertunangan ini sedangkan persiapan perkahwinan dah dibuat.Kad dah ditempah.Pelamin mummy aku dah siapkan.Tunggu pengantin je untuk bersanding.”
“Kau masih ingatkan dia?” Ashid  mengangguk.Setiapkali berbicara tentang ‘Dia’hatinya benar-benar terusik.Rindunya dia pada sepasang mata itu.
Johari menepuk perlahan bahu Ashid  sebelum berlalu ke A & E. Ashid  pandang langkah Johari tapi dia Nampak bayangan lain.

“Kamu bisa enggak habiskan assignment kuliah professor Ahmed?”Tumpuannya pada buku terhenti seketika. Ashid  pandang gadis yang bertudung putih  dihadapannya.
“Belum habis lagi.Kamu?Dah habis?”Gadis itu hanya menggeleng.
“Aku juga belum.Kebelakangan ini aku sedikit rasa kurang selesa.”
“Kamu tak sihat.?”Gadis itu menggeleng.
“Mungkin kepenatan barangkali.” Ashid  hanya mengangguk.
“Ashid …”
“Ya…”
“Cuti semester nanti aku akan pulang ke Medan.Ibu ku sakit .”
“Tapi kamu akan pulang semula kemari bukan?”Gadis itu mengangguk.
“InsyaAllah aku pasti kembali untuk meneruskan kuliahku dan bersamamu dan teman-teman yang lain.” Ashid tersenyum.Dia tahu gadis itu juga sedang tersenyum di sebalik nikhafnya.
“Doktor..” Ashid  tersentak lagi.Seorang jururawat berdiri dihadapannya.
“Ada apa nurse?”
“Dah waktu tengahari.Doktor tak nak keluar makan ke?” Ashid pandang jam di tangan.Sudah 1.30 tengarahi.
“Aduh lupa betul.Patutlah perut berkeroncong semacam.Nanti apa-apa call saya.Saya ada dalam bilik.” Ashid  melangkah keluar dari wad 8A.Turun ke tingkat bawah.Ingin mengajak Johari makan bersama tapi temannya itu masih di wad kecemasan.
Baru tadi dia dimaklumkan satu kemalangan yang membabitkan tiga mangsa.Dia pasti Johari dan teman-temannya sedang bertungkus lumus menyelamatkan kesemua mangsa.Tapi mereka hanya manusia biasa yang hanya boleh membantu.Selebihnya semuanya urusan Tuhan.Darinya kita datang padanya juga kita kembali. Ashid menginsafi sendirian kebesaran Tuhan.Saban hari dia melihat kematian dihadapan mata.Cukup menginsafkan dia sebagai manusia yang kerdil.Malah berkali-kali dia melihat pesakitnya bertarung dengan sakaratulmaut dihadapan mata.Sungguh dunia ini hanya pinjam-pinjaman.Disana juga tempat yang kekal.
Ashid  makan tengahari bersendirian di cafeteria hospital.Dia teringatkan rabiatul Adawiyah tunangnya.Sejak balik dari kulim langsung dia tak hubungi gadis itu.Perkahwinannya hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi.Bersediakah dia menjadi suami?






“Tunang hang tak dak call ke?”Abby menggeleng.Terasa hati juga dengan sikap Ashid .Langsung tak ada khabar berita atau menghubunginya sejak dari lepas majlis pertunangan mereka dahulu.
“Habis hang pun tak call dia?”Abby geleng lagi.
“malas lah aku.Buat apa aku nak call dia?Biaq pi lah.”Hari ini dia ditemani Haida ke butik pengantin di pekan Kulim.Sekadar mengambil baju nikah yang akan dipakai nanti.Bayaran abah sudah buat masa tempah.Bunga telur dan cenderamata tetamu awal-awal lagi mak dah siapkan.Yelah dia bukannya kerja.mana nak cari duit buat sendiri.Lagipun keluarga Luqman hantar hantaran sepuluh ribu.Oklah tu boleh cover semuanya.
“Lawa lah baju hang Abby.Mesti segak hang pakai ni nanti.”Abby menilik baju kurung yang mengikut potongan badan berwarna putih.Siap dengan veil labuh lagi.
‘Cantik ke kalau aku pakai?’dia tertanya sendiri.
“Ni tiara nak sewa tak?”Abby melihat tiara ala-ala ratu Elizabeth yang ditunjukkan kak Rohaya penjaga butik.
“Tak nak lah kak.Dah macam ratu lah pulak.”
“Betul juga.Baju nikah tak payah pakai tiara.Ni nanti hari sanding kak bawa pi sekali baju pengantin.Baju pengantin dah cuba dah?”Abby angguk.
“Baju pengantin lelaki?”
“Depa beli kat sana.”Itu yang diberitahu kak Irah dua minggu lepas.Terpaksa Abby ambil gambar baju pengantin dan hantar ke facebook kak Irah.Untuk dapatkan warna yang sama untuk Ashid .Asyik kak Irah je yang rajin call dia atau chat dengan dia kat facebook.Tapi Ashid  tak ada langsung.Bukan dia tak add tunangnya itu dalam friend list Kak Irah.Tapi sampai sekarang tak comfirm comfirm pun lagi.Sahih tak buka facebook.ataupun takut nak comfirm takut aku tertengok gambar dia dengan girlfriend dia kot.
Selesai mengamhil semua tempahan Abby dan Haida makan-makan di KFC.Tempat kegemaran mereka berdua.
“Cubalah hang call dia Abby aku nak dengaq.”Abby menjeling.
“Takkan aku nak call dia.Sat gi dia kata aku terhegeh-hegeh nak kat dia pulak.”
“Alah..buat-buat salah nomboq ka..”Aby pandang Haida.
Dikeluarkan telefon bimbit Nokia dari beg.Di tekan nombor telefon Ashid .
“Hello Asyraf..”Haida menahan ketawa.
Diam tak bersambut.
“Asyraf hang dengaq tak suara aku?”Diam lagi.Haida sudah mahu terguling menahan ketawa.
Abby cuba menahan ketawa.Diisyaratkan haida untuk menutup mulut.
“Wei Asyraf aku cakap dengan hang ni.”
Tiba-tiba
“rabiatul?”
“Er..siapa ni?Bukan Asyraf ka?”
“Takkan dail nombor saya nak cakap dengan Asyraf.Macam tak kena.”
“Jap ye…”Ditekupnya telefon dengan tapak tangan sambil mulutnya menahan ketawa.
“Alamak.Minta maaflah.salah tekan.Ingat tadi nama Asyraf.Minta maaf lah ye.Assalamualaikum..
“rabiatul.”panggilan Ashid dijawab dengan menekan butang end.
“Gilalah hang Abby.”Kedua-duanya ketawa besar.
“Tak baik tau dak..”
“Hang juga yang ajaq aku buat macam tu.”Telefon bimbit Abby berdering.Tertera nama Ashid .
“Tu laki hang call tu.”
“Malas aku jawab.hang jawab sat kata aku pi bilik ayaq.”Haida mengambil telefon yang sedang berdering.
“Hello..”
“Rabiatul.?”Kedengaran suara Ashid  di hujung talian.
“Bukan.Ni Haida.Abby pi toilet sat.Dia sakit perut.”Abby membeliakkan matanya pada haida.
“oh ye ke.Kat mana ni?”
“Tadi pi teman Abby ambik baju nikah kat butik pengantin.Balik singgah kfc sat.Nak pesan apa-apa ka?”
“em..tak pelah.Kirim salam pada dia.Assalamualaikum..”
“Waalaikumuslaam.”
“Aduh romantik gila suara dia Abby.Cair aku.”
“Dahl ah hang tu.Semua hang nak sapu.Dia kata apa?”
“Dia kata ta pe lah..kirim salam pada Abby ye..”Haida mengajuk kembali cakap Ashid .
‘Dah aku telefon baru nak call.Kalau tak jangan harap lah.Tunang apa macam tu.’Hai Abby terasa tu maknanya ada rindu membunga.
‘Minta maaflah kalau aku nak jatuh hati.’


Abby duduk berteleku di hadapan lap top abangnya.Sedang berbual dengan teman-teman sekolah di facebook.Tiba-tiba naik satu nama di ruangan chat.
syedashid:salam.
Abby pandang lama.Bila masa pula Luqman comfirm dia sebagai kawan.Lama baru dia balas.
Abby cute:Salam juga.
syedasyid:buat apa?
Abby cute:tengah sembang dengan member dalam fb.Kat mana?
syedasyidLuqman harith:hospital.On call hari ini.
Abby cute:o..ye ke.
syedasyidLuqman Harith:Macamana preparation?
Abby cute.:Ok
syedasyidLuqman harith:Ok je?
Abby cute:ye lar..nak cakap apa lagi.Semua berjalan lancar.
syedasyidLuqman harith:Em..dah bersedia nak jadi isteri?
Abby cute:Em..dah ready nak jadi suami?
Dia ketawa sendiri.
syedasyid:InsyaAllah.Bersedia rasanya.Rabiatul?
Abby cute:Entah.Tengok keadaan macamana nanti.
syedasyid:Ok lah saya nak pergi round malam.
Abby cute:Ok.Ni pun kira nasib baik dapat chat dengan tunang dalam fb.
Syedasyid:Rabiatul marahkan saya tak call Rabiatul?
Abby cute:marah..dah aih..nak marah buat pa.saya pun bukan dok ingat kat doktor Ashid.
Lama Ashid  diam.
syedasyid:Maafkan saya kerana tak call Rabiatul.
Abby tak balaspun.
syedasyid:Rabiatul?
Abby cute.:Dahl ah pi lah buat kerja.Sembang dengan saya satu kerja pun tak jalan.k…bye.
Abby terus log keluar.
Biarlah Ashid  nak rasa apa sekalipun.Sekurang-kurangnya dia dah bagitahu Ashid  rasa hati dia walaupun tak berterus terang.


Penghujung malam itu Abby terima satu panggilan dari Ashid .
“Rabiatul marahkan saya?”
“Rabiatul?”Ulang Ashid  bila tiada balasan dari Abby.
“Kan saya dah bagitahu saya tak marah dekat doktor Ashid .”
“Habis tu kenapa panggil saya doktor Ashid ?”
“Habis tu nak panggil apa?”
“Rabiatul rasa?”
“Takkan saya nak panggil abang kot?”
“Kenapa tak boleh?Bukankah saya bakal suami rabiatul?Lagipun saya lebih berusia dari rabiatul.Memang rabiatul kena panggil saya abang kan?”
“tengoklah.”
“Kenapa nak tengok?Seminggu  sahaja lagi kita nak bernikah.”
“Awat suka desak orang ni?Lagi satu tak panggil Rabiatul boleh dak?Macam formal sangat.”
“Then nak suruh saya panggil apa?sayang?”
“Hi..lagilah tak mau.”Kedengaran ketawa Ashid .
“Saya suka panggil Rabiatul.Atau boleh saya panggil Rabiatul Awin?Singkatan dari Adawiyah?”
‘Awin..ok sikitlah dari rabiatul.
“Bolehlah…”
“Tak pe kan saya panggil Awin?Biarlah saya lain dari yang lain.”
“Ok.Tapi panggil rabiatul je lah.”
“Pulak?”Abby ketawa.
“Macamana persiapan kat sana?”
“Macam biasa lah.Lagipun orang kampung gotong royong.Tak banyak sangat kerja nak buat.Tak cuti lagi ka?”
“Esok abang dah start cuti.”
‘Abang?’Abby gigit bibir.Manalah dia pernah lalui benda ni semua.
“Kenapa diam?”
“Er..tak ada apa-apa.
“Abang dah tempah bilik di Teluk Dalam resort.Tiga hari lepas majlis kat rumah mummy kita pergi sana ye.”
“Nak buat apa?”
“Tak ada buat apa.saja jalan-jalan.”
‘Takkanlah tak faham maksud Ashid  tu Abby.Honeymoon lah.Abby faham tapi dia malu.
“Oklah saya dah mengantuk ni.Esok nak bangun awai orang mai pilih beras.”
“Pilih beras?”
“Ha la..pilih beras nak masak untuk kenduri.”
“Oh…oklah…abangpun nak lelap sekejap.Takut kejap lagi ada kes.Selamat malam.”
Abby pegang telefon bimbit rapat-rapat ke dada.Hatinya berdegup kencang.
‘Ish..awat aku dok Nampak muka dia ja ni?’




Majlis akad nikah dan persandingan diadakan dengan begitu meriah bila dua anak Abdul rahim naik pelamin.Ramai memuji suami Abby yang memang kacak.
“segaknya..kalau akulah dapat menantu lagu ni aku tayang satu kampung.”Kak peah jiran Abby berkata.
“Sebab tu lah Tuhan tak bagi kat hang.Nak riak ja kerja hang.”Kak Peah menjeling Kak Senah.matanya masih ralit memerhati Doktor Ashid  yang sedang bersanding.Abby pun Nampak segak.Macam dah lebih umur 20 an.
Ashid  pandang sekeliling bilik yang dihias warna hijau muda.Kata ibu mertuanya itu pilihan Abby sendiri yang gemarkan warna hijau.Dia teringat pada ‘Dia’.Dia juga sukakan warna hijau.Warna kegemaran rasulullah katanya.
“Nak tidoq tidoq lah dulu.Saya nak menyembang sat dengan saudara mara.”
“Abang ikut.Boleh juga kenal saudara mara Rabiatul.” Ashid  sudah bangun.
“Esok-esok pun tak pa.Penat tu.”Abby masih malu lagi.Yelah sepanjang hidup dia mana prnah bercinta.Setakat syok sendiri adalah.Itupun dengan ustaz Zul.
“Tak pe..jom..” Ashid  menggenggam jemari Abby.Dan melangkah keluar.
Abby segan bila sepupu-sepupunya tersenyum-senyum pandang dia dan Ashid .dicuba rungkaikan pegangan Ashid  tapi semakin kejap.

Mereka berbual sehingga ayam jantan berkokok.Alhamdulillah Ashid  mampu sesuaikan diri dengan keluarga sederhana Abby.
“Dah lah Abby.Ajak Ashid masuk tidoq.Dah lewat sangat dah ni.”Abdul Rahim memberi saranan bila dia lihat mata Ashid sudah merah.Beberapa kali dia melihat Ashid  menguap.
Abby bangun.Dia sebenarnya tidak tahu nak membahasakan Luqman dengan panggilan apa.Seperti tahu Luqman juga turut sama bangun.
“Masuk tidur dulu abah.”Abdul rahim mengangguk pada Luqman yang masih tersarung baju melayu.Abby sudah dengan track suit dan t-shirtnya.Pakaian rasmi tidurnya saban hari.Rambutnya ditocang menjadi satu.Persis anak remaja yang lain.
Walaupun tadi ditegur ibunya kata Abby
“Awat pulak?Memang tiap-tiap hari orang pakai macam ni.Takkan mak nak suruh orang pakai kain batik kot?”
“Awat tak boleh pulak?Hang pi pakai kain batik.Buat lah perangai senonoh sikit dah jadi bini orang dah.”Abby hanya menghentakkan kakinya tanda protes.Tapi dia tetap dengan track suit dan t-shirtnya juga.
Akhirnya Salmah hanya diam.Malas mahu membebel apatah lagi ada Luqman dan saudara maranya disini.
Abby sudah baring bila Luqman masuk bilik dari bilik air.
“Nak tidur dah?”Abby angguk.malu sebenarnya berduaan dengan luqman macam ni walaupun dah jadi suami isteri.Yelah sekeras-keras dia cair juga kalau macam ini.
Luqman genggam jemari Abby.Abby rasa tubuhnya seram sejuk.
“Er…sebanarnya saya tengah uzur ni.”Tiba-tiba kedengaran ketawa dari Luqman.
“Ok kalau macam tu kita tidur.tak payah buat apa-apa.”
Terus terangnya luqman buat Abby tak selesa.Sebenarnya dia bohong je kata dia uzur.Takut yang sebetulnya.
Abby dan Luqman masing-masing pandang syiling bilik.
“Ramai kawan-kawan sekolah datang tadi?”
“Ramai juga.Tapi ada yang dah pi U….tu yang tak mai tu.”
“Budak mulut becok tu ada?”
“Mulut becok?Sapa?”
“Kawan Rabiatul tu.Yang jawab call abang masa kat Kfc dulu.”Abby ketawa.Haida memang kepoh pun.
“Mestilah ada.Dia kawan baik saya tu.Mulut ja macam tu tapi hati baik.Sapa jadi pengapit tadi?”Dari tadi Abby nak Tanya Luqman pengapit Luqman tengahari tadi.
“Kenapa terpikat ke?”
Abby menjeling.
“Tak nak bagitau tak pa…tak terpikat pun.”
“Habis tu Abby terpikat kat saya?”
“Perasan.”Luqman ketawa besar.
“Itu kawan saya.Doktor Johari.”
Rabiatul…”
“Ha..”
Ada ke jawab ha saja Abby.
“Rabiatul tahu kisah rabiatul Adawiyah?”
“Tak berapa tau sangat.Kenapa?Jemarinya masih digenggam Luqman.
Rabiatul Adawiyah kan wanita sufi.wanita yang menolak dunia demi cintanya pada Allah?
“Yang tu tau lah.
“Rabiatul tahu tak…Rabiatul Adawiyah punya sepasang mata yang cantik?Yang menjadi kegilaan pemuda zamannya?”
“ya ka?”
“betullah.pemuda-pemuda itu tertawan dengan sepasang matanya sahaja tanpa melihat wajah rabiatul adawiyah.”
‘Habis tu awak tak tertawan ke dengan rabiatul adawiyah sebelah awak ni?’tapi bicara Abby hanya dalam hati.
“Ye lah..dia kan ahli sufi wanita.Susah nak jadi macam dia.”Jawab Abby.
Luqman menggosok jemari Abby perlahan-lahan.Abby semakin resah.
“Terima kasih kerana jadi rabiatul Adawiyah untuk abang.”Jemari Abby dibawa ke bibir.Luqman pandang mata Abby dalam-dalam.Abby pusing mua mengadap dinding.
“Er…sebenarnya saya tak uzurpun”Abby tunduk malu selepas berkata demikian.Kedengaran ketawa kecil dari Luqman.Dahi Abby dicium lembut.Di luar ayam jantan berkokok buat kali ketiga.














.Dia pandang jam.Sudah pukul 6.30 petang.Tapi bayang-bayang Luqman masih belum kelihatan.Malu juga dia pada saudara mara yang bertanya.Kata Luqman dia mahu keluar sebentar.Tapi sekarang sudah lima jam Luqman keluar.Dihubungi telefon bimbit Luqman.Diam tak berjawab.
“Luqman pi mana Abby?”
“Mana orang nak tau.kata nak keluaq sat ja.”
“Adalah tu dia pi mana-mana sat.Jumpa kawan dia kat sini kot.”
Bukan Abby tak tahu jawapan abah dia Cuma untuk menyedapkan hati dia.
Lima minit sebelum pukul tujuh Luqman muncul dengan Honda Citynya dihadapan rumah.panjang muncung Abby sambut Luqman balik.
“Cuba senyum sikit depan suami.”Pipi nya diketip Salmah.
“Maaf abah..Man jumpa kawan lama kat hospital tadi.tu yang lewat balik sikit.”
“Tak ada apa lah Man.Abah Cuma risau kot kot jadi apa-apa kat jalan ja.Dah pi lah mandi.ha..Abby pi buat ayaq kat Luqman.”Abby ke dapur tanpa memandang Luqman sedikitpun.
‘Biaq dia tau aku tengah marah’

Luqman masuk bilik untuk bersembahyang maghrib.Abby sedang melipat kain baju Luqman yang belum sempat dikemas semalam.
Selesai solat,Luqman mendapatkan Abby di katil.
“Marahkan abang?”Abby hanya diam.Rajuknya masih berpanjangan.
“Abang minta maaf.Tadi jumpa kawan kat hospital.”
“Sampai tutup handfon?”Luqman tersenyum.
‘Tahu marah juga rupanya dia ni.’
“Dalam hospital tak ada line.Maafkan abang ye?”Abby hanya angguk.
“Tak dengar pun?”
“Angguk tu maknanya ya lah.Dah maaf dah.”Rajuk Abby macam rajuk anak-anak.Luqman rasa sedikit bersalah membohongi isteri sendiri.Dia tidak ke hospital.Tapi ke satu tempat yang dia sendiri tidak pasti dimana.Termenung memikirkan apa yang dia lakukan malam tadi pada Abby.Dia datang kepada Abby tanpa rasa cinta.Tiba-tiba Luqman rasa bersalah pada ‘Dia’.
“*Maafkan saya kerana menjadi hak orang lain.Mengingkari sumpah dan janji saya pada awak satu masa dulu.’
‘Rabiatul Adawiyah….’Bisik Luqman sendirian.



“Seronok mummy tengok Luqman dah boleh senyum dan ketawa sekarang.”Luqman pandang doktor Maria.
“This is what you want right?”Doktor Maria mengangguk.
“You have to forget your memories with her.Now Man ada Rabiatul.Dia tanggungjawab Man.Man tak boleh sia-siakan dia.”
“Mummy’s right Man.Kak Zah pun rasa macam tu.Pada kak Zah kenangan lama Man tu biarlah berlalu.Jadikan memori.Kak Zah tak nak tengok adik kak Zah seorang ni sedih-sedih lagi.Apa yang kak Zah dan Mummy buat semua untuk kebahagiaan Man.”Luqman pandang kak Zah.
“But…she still young.Kenapa Mummy tak cari orang yang sebaya dengan Man?”
“Luqman Harith…muda atau tak itu bukan persoalannya.Persoalannya kalau dia boleh jadi isteri Man yang baik Man pun perlu jadi suami yang baik.Mummy akui Rabiatul masih muda.Baru habis spm.Tapi itu bukan alasan untuk Man sia-siakan dia.”Sesekali mata doktor maria pandang ke atas.Bimbang Abby turun.Dia tidak mahu menantu nya itu tahu kisah disebalik perkahwinan  nya dengan Luqman Harith.
“Boleh Man Tanya something.Macamana mummy kenal dengan family rabiatul?”
“Mummy tak kenal sangat.Tapi sepupu mak Rabiatul ada bagitahu mummy yang anak saudara dia tak buat apa-apa sekarang.Mummy dengan kak Zah tengok gambar.Kemudian baru kami decide untuk jodohkan Man  dengan dia.Sebelum tu dah beberapakali mummy pergi jumpa Rabiatul.Mummy akui dia sedikit keanak-anakan tapi Mummy terpikat dengan sifat dia yang hormatkan orang tua.”
“Bukan sebab nama dia Rabiatul Adawiyah?”Doktor Maria pandang Kak Zah.
“Kami tak bermaksud nak cari nama tu untuk Man.It was coincident”Luqman mengangguk.Kenapa setiap kali nama Rabiatul Adawiyah dibibirnya hatinya berasa sayu sangat.

Perbualan mereka terhenti dengan kehadiran Abby dari tingkat atas.Berbaju kurung kelabu.
‘Itupun sebab kena warning dengan mak suruh pakai baju kurung kat rumah mertua.’
Isyarat mata Luqman menyuruh Abby duduk disebelahnya.Terasa janggal sekali berada didalam orang-orang yang tidak dikenalinya.Walaupun mereka adalah keluarga mertuanya sendiri.
“Bila nak pergi Teluk Dalam?”
“Kena kansel mum…Man kena balik hospital sebab ada beberapa doktor yang kena pergi buat latihan di perkampungan orang asli.InsyaAllah lepas tu man bawa rabiatul pergi.”Abby hanya senyap.Tak tahu nak menyampuk macamana.
“Rabiatul macamana?Man banyak kerenah tak?”Abby geleng.
“Tak.ok je.”Luqman ketawa mendengar jawapan Abby.
“Mestilah ok.Anak lelaki mummy ni mana banyak cerita.Ok ok je.”Kak Zah dan doktor Maria tersenyum.
“daddy mana mum?”
“Daddy ada kes pagi tadi.Doktor Albert call pukul 6.30 pagi.”
“Nanti kak Zah ajar Abby nak masak macaroni goreng.Luqman suka sangat makan benda tu.”Abby telan liur.Memanglah dia kenal dengan macaroni.Tapi mana pernah masak.Makan pun tak pernah sebab dia tak suka.kalau ulam petai ke…ok lah.Kena pula dengan sambal belacan.Tapi takkan dia nak masak benda tu.tengok keluarga Luqman pun dia tahu macamana selera diorang.Malam tadi terkial-kial dia makan dengan sudu dengan garfu.Last-last dia tengok je udang galah.Tak tahu nak kopek macamana.Takkan nak pakai tangan.

Abby tersentak bila jari Luqman menggengam jemarinya.Segannya bila kak Zah dan Mummy perasan.Tapi sedikit sebanyak dia rasa bahagia sangat.



Sebulan menjadi isteri Luqman Harith.Ada sedikit perubahan yang Abby rasakan.Bangun tidurnya selalu awal.Kalau awal perkahwinan Luqman yang selalu mengejutkannya lantaran sudah terbiasa bangun ketika matahari mencanak di atas kepala.
Cuma Abby sedikit pelik.Luqman kadang-kadang selalu berbual tapi kadang-kadang hanya mendiamkan diri.
Bagi Abby perasaannya pada Luqman mula tumbuh sedikit demi sedikit.Kadang-kadang dia terbayang ketawa Luqman.
“Senyum seorang ni ada apa-apa ke?Sampai abang balik pun tak perasan?”Luqman sudah berdiri dihadapannya.Malunya kalau Luqman tahu dia berangankan lelaki itu walaupun suaminya sendiri.
“Tak dak apa.Saja je.”Luqman duduk disebelah Abbby.Tangannya dilingkarkan kebelakang.Walaupun sudah sebulan Abby tetap gementar duduk disebelah Luqman.Perasannya cepat sahaja naik turun.
“Malam ini kawan abang nak datang sini.Saja nak kenal dengan rabiatul.”
“Sapa?”
“Doktor johari.Dia kawan abang masa dekat Alexandria lagi.Dulu dia di hospital Kota Kinabalu sekarang baru tukar ke sini.Yang jadi pengapit abang hari tu.
“habis tu nak masak apa dia mai?”
“masak je apapun.Kalau tak…kita beli je kat luar.”Memang Abby akui dia masih dalam proses belajar.Belajar menjadi isteri dan belajar menjadi seorang perempuan.
‘Itulah dulu jangan harap nak tolong mak kat dapur.’
“Kita beli je lah.Segan kalau saya masak tak sedap nanti.Abang juga yang malu bini tak pandai masak.”
“Ok.Kejap lagi lepas abang mandi kita keluar beli.”Abby angguk.
“Sayang dah mandi?”Abby telan air liur bila Luqman panggil dia sayang.
“Er..dah.”Tangan Luqman membelai rambut Abby separas bahu.
Dup dap dup dap jantung Abby berdenyut pantas.
“Abang naik atas mandi dulu.Abby siap lepas tu kita keluar.”Abby tarik nafas panjang bila Luqman berlalu ke atas.
“Adui..jantung aku rasa macam nak luruh.’

Luqman pandang Abby yang memakai seluar jeans dan t-shirt.Rambutnya ditocang menjadi satu.Kalau boleh dia nak Abby berbaju kurung.Nampak sedikit dewasanya.Tapi Luqman tak tahu macamana nak cakap pada Abby.
“Sayang ada baju kurung tak?”Abby pandang Luqman.Dia angguk.
“Ada tapi tak banyak.”Luqman bangun.Dirangkulnya kedua bahu Abby.
“Boleh tak kalau malam ini sayang pakai baju kurung.Rambut ni biar lepas je.”Ikatan rambut Abby dirungkai Luqman.
Abby pandang Luqman dari refleksi cermin dihadapan.Lantas dia mengangguk.Luqman tersenyum.

Abby Nampak sedikit anggun dengan kurung kapas warna kuning yang tersarung di tubuhnya.Dia mengenakan bedak nipis.Dicalit sedikit lipstick yang amat jarang dipakai sejak dulu lagi.
Abby sediakan lauk pauk yang dibeli kedalam pinggan sedangkan Luqman berbual di meja makan dengan Johari.
“Harlina call aku cari kau.”Luqman angkat muka pandang Johari.
“Harlina?”Johari angguk.
“kenapa?”
“Entah dia bagitahu ada hal penting dia nak cakap dengan kau.Pasal rabiatul Adawiyah.”
Abby yang baru ingin melangkah ke ruang makan terhenti seketika bila namanya disebut Johari.
‘Siapa harlina?Kenapa dia nak cakap pasal aku.’Abby cuba pasang telinga lagi.
“Kenapa Jo?Kenapa dengan dia?”Abby semakin bingung tentang perbualan yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.
“Kau Tanya Harlina sendiri.Aku tak ada hak nak bercerita Man.”
Abby tarik nafas dan melangkah keluar.Berpura-pura tidak mendengar perbualan keduanya dia menjemput keduanya makan.
“Duduk makan sekali kat sini.”Abby akur.Duduk disebelah Luqman.Luqman mencedokkan nasi ke dalam pinggan Abby.Johari hanya tersenyum.
“Minta maaflah.Bukan saya masak.Beli kat kedai ni.”Abby berlaku jujur.Tidak mahu Johari menyangkanya pandai memasak.
“Tak pe.Rasa saya menyusahkan pulak.”
“Ish tak de lah.”Sebulan bersama Luqman dialek kedah Abby kurang sedikit.
“Tak pen anti-nanti dah pandai kita ajak lagi Johari makan kat sini ye.”Abby angguk.


“Mesti abang malu dengan doktor Johari tu kan?”
“Kenapa pula macam tu?”
“Yelah isteri tak pandai masak.”Luqman senyum.Ditariknya tangan Abby duduk disisinya diatas katil.
“Sebelum kita kahwin pun memang abang tahu sayang tak pandai masak kan?”Abby angguk.
Sekali lagi perkataan sayang keluar dari mulut Luqman.
“Nanti saya belajar dengan kak Zah ye.”Luqman senyum dan angguk.Ditariknya Abby rapat ke dada.Kepala Abby didada Luqman.Dia teruskan pembacaan yang terhenti seketika tadi dengan Abby disisinya.
Abby rasa bahagia sangat.Kalau dulu dia ragu-ragu kasih sayang Luqman tapi sekarang dia tahu Luqman memang sayangkan dia.Cuma perbualan Luqman dan Johari tadi sedikit menganggu dia.
‘Siapa harlina?Macamana dia kenai dengan aku?”Perlahan-lahan tangannya melingkari pinggang Luqman.Entah bila masanya dia tertidur.









Abby sedikit pelik.Sejak dua tiga hari ini Luqman kerap bersendirian didalam sebuah bilik dirumah mereka.Kata Luqman itu bilik kerja dia.Abby tak pernah masuk pun ke situ.Kadang-kadang Luqman sampai tertidur dalam bilik tu.
Dan selalu sangat Abby tidur seorang diri sekarang ni.Itu belum lagi Luqman tak balik sebab on call.
‘Biaq pi lah dia.’

Luqman merenung sekeping gambar yang diselitkan dalam diari hariannya.Gambar yang diambil sewaktu baru tiba di Alexandria.Manisnya gadis yang duduk disebelahnya.Senyumannya..renungannya menggamit satu memori.Luqman pandang pula gambar perkahwinannya yang berbingkai kemas diatas meja.Ternyata Abby sememangnya cantik.
Luqman tarik nafas panjang.Tadi Harlina mencarinya di hospital.
“Aku baru jumpa dia Man.Itupun kebetulan.”Luqman mendengar dengan penuh minat.
“Kat mana lin?Macamana keadaan dia?”
“Aku jumpa dia di Jakarta.Dia cuba elak dari aku.Akhirnya aku Tanya jururawat disitu.Ternyata memang dia doktor Rabiatul Adawiyah.”
Kau dapat bercakap dengan dial in?”
“sekejap sahaja Man.Dia cuba elak dari bercakap pasal kau.Tapi Man..aku tahu ada sesuatu yang Awin cuba rahsiakan dari aku.Aku Nampak matanya.Kejernihan itu bagai menyimpan seribu sengsara.Aku tak tahu apa yang berlaku.Kawan aku yang satu hospital dengan dia juga tak tahu sangat tentang Rabiatul.Susah aku nak menilik apa yang terjadi.”Luqman diam.Lima tahun dia menunggu perkhabaran ini.
“Kau tak ada alamat dia Lin?”Harlina menggeleng.Tapi aku boleh bagi alamat hospital tempat dia bertugas.Cuba kau cari dia disana.”Luqman angguk.Sekurang-kurangnya dia mesti mencari kenapa dia ditinggalkan lima tahun dulu.
“Kat mana awak sekarang Rabiatul?”Luqman berbisik sendirian.












“Abang nak makan dulu ka?”Luqman menggeleng.Seleranya tak terbuka kebelakangan ini.
“Dah makan dah?”Luqman hanya diam.Terus naik ke atas.
‘Orang Tanya boleh pulak tak jawab.Aku tau lah aku masak tak sedap.Tapi rasalah sikit.Aku ni dari tadi dok tunggu dia balik makan sama.Boleh buat tak tau ja.Sikitpun tak Tanya aku dah makan ke belum.’
Lauk pauk diatas meja dipandang sepi.Seleranya juga hilang sama sekali walaupun tadi perutnya berkeroncong minta diisi.Akhirnya semuanya dibiarkan diatas meja tidak terusik.
Abby naik keatas.Luqman sedang tidur meniarap dengan baju kerjanya masih tersarung.
‘Mandi lah dulu.’Tapi Abby tidak bermaksud mahu mengejutkan Luqman.sakit hatinya pada sikap Luqman sekarang ini.Nak bercakap pun susah apa lagi nak belai dia macam dulu.Abby baring disebelah Luqman.Kerana kepenatan dia tertidur.



“Walau apapun yang jadi kamu harus tunggu aku disini.Aku janji aku akan pulang kemari.Kamu janji ya?”Luqman tersenyum pandang rabiatul Adawiyah yang ayu berjubah dan bertudung litup.Tak puas rasanya memandang sepasang mata milik gadis itu.
“Selama ini pernah ke aku mungkir janji aku pada kamu?”Rabiatul menggeleng.
“Enggak aku Cuma khuatir kamu akan cari teman lain.Aku pulang sebentar sahaja…kemudian aku akan pulang semula ke mari.”Luqman duduk disisi Rabiatul Adawiyah.
“Aku janji aku hanya akan jadi milik kamu.Rabiatul ku.Jiwa aku hanya bersama kamu.”
“Aku pegang janji kamu Luqman…”Luqman Nampak Rabiatul Adawiyah berlari ke tengah laut.Akhirnya terus tenggelam.Luqman cuba mengejar tapi tiba-tiba ombak yang besar datang menghanyutkan terus rabiatul Adawiyah.
“Astagfirullahalazim….”Luqman menyapu wajahnya dengan tapak tangan.Mimpi bertemu Rabiatul Adawiyah menggamit rindunya pda gadis itu.
Luqman pandang jam.Sudah jam tiga pagi.Dia tengok Abby yang lena tanpa selimut.Diambilnya selimut dan diselimutnya Abby.
Luqman turun ke bawah.Hajatnya untuk meneguk sedikit air membasahkan tekak yang kering.Tiba-tiba dia terpandang tudung diatas meja.Diangkatnya tudung saji.Lauk pauk elok tak terusik.Luqman buka pula tudung periuk nasi.Ternyata juga tak terusik.
‘Kasihannya.pasti dia tunggu aku untuk makan bersama.Dan pasti dia tidur tanpa menjamah apa-apa.’Terbit simpati dalam hati Luqman pada Abby.






Pagi esoknya Abby siapkan sarapan seperti biasa.Sekadar roti bakar dan nasi goreng.Sepatahpun dia tidak menegur Luqman yang sedang bersarapan.
“Rabiatul..”Langkah Abby ke dapur terhenti dengan panggilan Luqman.
“Sekejap.”Abby duduk berhadapan dengan Luqman.Dia tunduk.
“Marahkan abang?”Abby geleng.
“Kalau tak marah..pandang abang..”
“Nak pandang buat apa?Dah selalu sangat tengok.”Luqman tersenyum.Ternyata benar telahannya.Abby marahkan dirinya.
“Abang minta maaf.Semalam abang penat sangat.Malam ini abang janji abang balik makan dengan Rabiatul.Ok sayang?”Kali ini baru Abby angkat wajahnya.Dia sekadar mengangguk dan berlalu ke dapur.
Luqman pandang Abby tapi dia Nampak Rabiatul Adawiyahnya.






Berkali-kali dihubungi nombor telefon rumah sakit Jakarta yang diambil dari dalam internet.Setiap kali dia ingin berbicara dengan doktor rabiatul Adawiyah tiada siapa yang kenal.Cuma seketika tadi
“Oh Doktor Adawiyah.Maaf pak doktor Adawiyah baru letak jawatan.Khabarnya dia ke luar Negara.Tapi saya enggak pasti kemana.”Luqman terkedu.Benarkah seperti yang dikatakan wanita itu.
‘Kemana pula lankahmu Adawiyah?’
“Luqman..”Harlina berdiri dihadapan Luqman.
“Lin…bila kau sampai.?”
“Baru je man.Aku ada perkhabaran yang nak disampaikan.”
“apa lin?Tentang rabiatul?”Harlina mengangguk.
“Dia ada disini.Mengikut kata kawan dia,Rabiatul ke rumah bapa kandung dia.kau sendiri tahukan bapa dia orang Malaysia.Ibu dia Indonesia.?”Luqman angguk.
“Tapi aku tak tahu kat mana Lin.Dia tak pernah cerita pasal bapa dia.Cuma dia cakap satu hari nanti dia teringin hidup bersama bapanya disini.Tapi kat mana?Siapa?Aku tak tahu.”
“Aku akan cuba bantu mana yang terdaya.”Kasihan dia pada Luqman.Luqman teman sekuliahnya .Sama-sama menimba ilmu perubatan di Alexandria.Harlina juga kena sangat dengan Adawiyah.Malah pernah sebilik dengan gadis itu.Kerana itu Harlina begitu yakin perasaan Adawiyah pada Luqman tak akan pernah berubah.seperti Luqman dia juga cuba mencari sebab kehilangan Adawiyah.Berita yang dia dengar Adawiyah berhenti dari Universiti secara mengejut.Sejak itu Luqman bagai Qais yang kehilangan lailanya.Mujur Luqman masih waras.Diteruskan pengajian dengan harapan Adawiyah akan muncul juga satu hari nanti.
“Sabarlah Man.Aku pasti nanti kau akan jumpa dia juga.”








Abdul Karim termangu sendirian.Berkali-kali dia pandang wanita berjilbab dan bertudung litup dihadapannya.Dia bagai tidak percaya tapi inilah kenyataanya.Salmah yang berada disisinya cuba menenangkannya.
“Betul ke Rabiatul Adawiyah anak Kartika dari Medan?”Gadis itu angguk.
“Betul..saya Rabiatul Adawiyah rosa binti Abdul Karim.
Abdul karim hampir terjelupuk ke lantai.Mujur ada isterinya disisi.Saat dais itu menunjukkan sijil kelahirannya.
“Maafkan ayah nak…Ayah tak tau ayah ada anak.”
“Ayah…saya dan ibu udah lama maafkan ayah.Malah ibu sebelum nafasnya yang terakhir pernah menitipkan pesan agar saya mencari ayah.”
“Maksud…Kartika dah meninggai?”Rabiatul Adawiyah mengangguk.
“Ya Allah…berdosanya aku.”Abdul Karim meratapi sendirian.
“Bukan salah abangpun.”Salmah yang tahu kisah Abdul karim dan Kartika sebelum mereka berkahwin lagi.Salmah tahu Kartika pulang ke Indonesia selepas sebulan berkahwin.Alasannya dia tidak betah tinggal di Malaysia.Hari demi hari Abdul karim menunggu khabar berita namum yang datang hanyalah surat tuntutan cerai Kartika dari Medan.Tapi anak ini langsung Abdul karim tidak pernah tahu.
“Benar ayah.Ibu sudah ceritakan segala-galanya pada saya.Ayah enggak salah.Apa yang jadi adalah kada dan kadar dari Allah swt.”
Malam itu Abdul karim dan Salmah mendengar cerita dari Rabiatul Adawiyah.
“Ibu berkali-kali bilang yang dia menyesal sekali meninggalkan ayah disini.Rupanya perkahwinan kedua ibu tidak bahagia sama sekali.Ibu sring menjadi mangsa pukul bapak.Sehingga ibu meninggal dunia.Waktu itu saya di luar Negara menyambung pengajian.Pulang ke Medan bila ibu udah tenat sekali.”
“Dulu ayah pernah berjanji dengan ibu kamu..kalau ada anak kami nak namakannya Rabiatul Adawiyah.Tapi ayah ingat memang dah tak dak anak dengan Kartika.Sebab tu bila ayah dapat anak perempuan ayah bagi nama yang sama.”
“Saya punya adik perempuan?”Abdul karim mengangguk.
“Dia dah kahwin.Baru je.Dengan doktor juga.La ni ada di Ipoh.Nantilah bila-bila kami kenaikan dengan Rabiatul.”Rabiatul Adawiyah tersenyum.Ingatan Abdul Karim melayang pada senyuman kartika 28 tahun dulu.Persis sekali seperti ibunya.
“Rabiatul cakap tadi dapat kerja kat mana?”Salmah bertanya.Tiada langsung rasa dendam atau sakit hati.Dia akur kalau Kartika dahulu yang datang dalam hidup Abdul Karim.
“InsyaAllah ibu kalau enggak ada apa-apa saya akan bertugas di Hospital Kuala Lumpur secara kontrak.”
“Tak sangka ayah ada anak doktor.Hari tu dapat menantu doktor la..ni anak sendiri jadi doktor.”Rabiatul Adawiyah tersenyum.
;Syukur ya Allah kau kabulkan permintaan ku.’







“Mak biaq betui…Abby ada kakak.Orang Indon pulak tu.”Abby duduk di sofa.Telefom bimbit dilekapkan ditelinga.
“Nak bohong apanya.Kan dulu mak ada bagitau ayah hang pa pernah kahwin dengan orang Indonesia.La ni anak dia mai cari ayah kat sini.Lawa hang tau dak.kalah hang.”Abby mencebirkan bibirnya.Hatinya cemburu sedikit.Tapi dia rasa seronok juga sebab selama ini dia hanya ada seorang abang dan adik.Sekarang dia ada kakak.
“La ni dia ada kat mana?”
“Dia kerja kat HKL.Lagpun mak tengok dia macam segan-segan lagi dengan keluarga kita.”
“Mak tak cemburu ka?”Abby mengusik Salmah.
“Nak cemburu apa pulak?Lagipun kisah abah dengan mak dia dah lama dah.”Abby ketwa.Tak sangka dia ada kakak.



Luqman pandang Abby yang tertidur di sofa.Kasihan Abby pasti lama dia tunggu Luqman balik.Yelah Luqman kan janji nak makan malam dengan dia hari ini.
“Rabiatul?”Dikejutkan Abby perlahan-lahan.
“Abang dah balik?Awat lambat sangat?”
“Abang ada kerja tadi.”
“Dah pukul berapa la ni?”
“Dah dekat pukul 12 malam.Maaflah tadi ada kes kat wad kecemasan.Sebab itu abang lambat balik.”Luqman cuba menutup rasa bersalahnya.Tadi sebenarnya dia balik awal.Dia bertemu dengan doktor Darin di Pulau Pinang.Doktor Darin adalah kawan yang paling akrab dengan Adawiyah.Itupun Harlina yang bagitahu.Dari Darin Luqman dapat tahu Adawiyah ada menghubunginya sebaik sahaja tiba di Malaysia.Tapi melalui telefon awam.Dia sendiripun tak tahu dimana Adawiyah sekarang.Cuma dia berjanji untuk bantu Luqman jika ada maklumat mengenai Adawiyah.Sekurang-kurangnya Luqman mampu tarik nafas lega.
“Abang nak makan?”Luqman mengangguk.Walaupun dia tak lapar.Sekadar untuk mengambil hati Abby yang penat menantinya dijamah juga sedikit nasi.Ingatannya masih pada pertemuan dengan Darin petang tadi.Semoga Darin boleh membantunya menjejaki dimana Adawiyah.


Abby terjaga bila telefon bimbit Luqman berbunyi menandakan ada mesej masuk.Dikejutkan Luqman tapi Luqman tidak terjaga.Abby mengambil keputusan untuk membaca mesej dari pengirim.Mana tahu mesej dari hospital ke?
From Darin
Luqman I  dah tahu dimana Adawiyah.hubungi I  balik.sebelum terlupa you tertinggal barang atas meja I petang tadi .I kept it.you nak I pos atau you nak datang penang balik?I rasa lebih baik you datang sini balik boleh kita cakap pasal ini lagi.ok bye man..take care.
Dada Abby tiba-tiba berdebar-debar.Kata Luqman dia ada kes.Tapi mesej ni menunjukkan dia ke pulau pinang petang tadi.Abby tak mahu berprasangka buruk.Tapi siapa Darin?Siapa pula Adawiyah.Ini kali kedua dia dengar namanya disebut teman Luqman.Ada Adawiyah lain ke yang dia tak tahu.Tiba-tiba hatinya sangsi pada Luqman Harith.Walaupun sudah empat bulan jadi suami isteri tapi dia masih belum kenal Luqman sepenuhnya.
‘Jangan berprasangka Abby nanti Cuma merosakkan hati.’
‘Tapi siapa Adawiyah?Dulu doktor Johari juga ada sebut nama Adawiyah.’
Abby tahu Adawiyah yang dikatakan doktor Johari dan dlam mesej Luqman sebentar tadi bukan dia Rabiatul Adawiyah aka Abby abdul karim.




Abby tersenyum membuka sampul surat pos laju yang dikirim adiknya Hasrul semalam.Hasrul kirim tanpa pengetahuan Salmah dan Abdul Karim.Kalau tak dah tntu dia dan Hasrul jenuh kena bebel.Persoalan tentang Adawiyah dilupakan buat seketika.
‘Anda diterima memasuki kolej kejururawatan di Taiping.Sila lapor diri pada..’Abby membaca satu persatu.Dulu selepas keputusan diumumkan teruk dia kena bebel.Keputusannya tak lah teruk sangat Cuma dia tak layak ke Universiti seperti Yana dan Haida.Diam-diam dia cuba memohon kursus jururawat.Dia ingat dah tak dpaat.Mana tahu rezeki dia dapat panggilan kedua.Abby bukan nak pergi sangat pun.Cuma saja nak tayang kat mak dan abah dia yang dia pun dapat juga tawaran.Tapi tunggu punya tunggu tak ada pun surat tawaran yang sampai sehinggalah dia kena kahwin.
‘Aku nak buat gempak lah.Saja nak cakap kat Luqman aku nak pi kursus ni.Tengok dia nak kata apa nanti.Mesti dia tak bagi aku pergi punya.Lepas tu aku nak buat-buat merayu kat dia.Saja nak test.’Akal Abby merencana sesuatu.
Abby tengok jam.Lagi setengah jam pukul satu.Dia pandang dapur.Semua nasi dan lauk pauk dia dah masak.Biasanya Luqman tak balik walaupun kediaman pegawai perubatan hanya 1 ½ kilometer je dari hospital.
Abby menyusun mangkuk tingkat.Nasi,sayur dan daging rending sudah siap didalamnya.Dia perhatikan penampilannya seketika.
‘Oklah ni jeans dengan t-shirt long slip.’
Abby berjalan memasuki kawasan hospital tuanku Bainun.Dia mengambil jalan pintas dari wad bersalin.Lima belas minit kemudian baru dia sampai ke tingkat lapan.Kata Luqman dia kerja kat tingkat lapan selalunya.Tapi kat mana bilik dia.Abby Nampak seorang jururawat yang mahu ke bawah.
“Salam..”Jururawat itu berpaling.
“Ada apa cik?”
“Er..nak Tanya doktor Luqman Harith bin Iskandar kat mana?”
“Cik siapa?”
“Saya isteri dia.”
“Oh..tadi akak Nampak dia ada kat bilik dia dengan doktor Johari.Cik jalan terus bilik nombor dua sebelah kiri.
“Ok.Terima kasih.”Abby jalan ke arah yang dimaksudkan jururawat itu.
“Satu…dua.”Abby Nampak bilik yang dimaksudkan.Pintunya terbuka sedikit.Di koridor lengang tiada sesiapa.Tapi belum sempat Abby masuk..
“So kau nekad nak cari Adawiyah Man?”Abby pasang telinga.Dia tahu itu suara doktor Johari.
“Aku nak cari dia.Aku pergi pulau pinang semalam.Jumpa Darin.”
“Darin?Kau jumpa Darin?”Kedengaran suara wanita.Abby tak pasti siapa.Didekatkan lagi telinganya disebalik pintu.
“Darin bagitahu Adawiyah ada call dia sebaik sahja tiba di Malaysia.Tapi melalui telefon awam.Adawiyah kata dia nak cari ayah dia di utara semenanjung.Tapi dia tak bagitahu darin kat mana.”
“Maksud kau..memang betullah Adawiyah dah ada kat Malaysia?”diam.
“Habis macamana dengan rabiatul?”Diam lagi.
“Aku pun tak tahu Jo.”
“Kalau kau sayangkan Adawiyah kenapa kau kahwin dengan rabiatul?Sebab nama diorang sama?Macam tu?”
“Entahlah Jo.Aku tak boleh tipu diri aku yang aku sayang dan rindukan Adawiyah.Kau sendiri pun tahu kan lima tahun aku cari dia.”
“Sekarang dia muncul waktu kau dah jadi suami orang Man…bukan Luqman Harith yang masih menuntut di Alexandria macam dulu lagi.kau kena faham tu.”
“Soal perkahwinan kau aku tak nak campur Man.Tapi betul juga kata Jo.She is your responbility.Adawiyah Cuma kenangan kau.Kalau betul dia pun sayang dan rindukan kau kenapa dia tak pernah contact kau selama lima tahun?Bukan dia tak ada alamat kau.Bukan dia tak ada email kau.Malah beratus-ratus email yang kau kirimkan tak satu pun dia balas.”
“Aku yakin Adawiyah ada alasannya tersendiri Jo..Lin.Aku nak cari dia nak Tanya dia kenapa dia tinggalkan aku lima tahun dulu.”
Abby sesak nafasnya di balik pintu.Perbualan Luqman dan sahabatnya membuka semua rahsia yang tersembunyi.
‘Sampainya hati abang….Abby ingat abang betul-betul sayangkan Abby.Tapi rupanya abang ada Adawiyah lain.Abang panggil Abby rabiatul tapi dalam hati abang tambah sendiri Adawiyah.”Abby berpusing.Berjalan perlahan meninggalkan bilik Luqman dengan hati yang lara.
‘Abby tau lah Abby bukan wanita pilihan.Tapi abang tak boleh buat macam ni.’ 

No comments:

Post a Comment