BIDADARI-(SEJERNIH
Al-khautsar)
MAZNI
DARWISYA………DECEMBER 2009
ADAM
diciptakan untuk bersama HAWA.Begitu juga Aisya dan Adam…..bagaikan
hawa dan adam…sejauh mana…selama manapun terpisah akan bertaut
jua.panas terik mentari yang membakar sahara menjadi saksi pertemuan
pertama dan cinta pertama Adam.Sukar diluah namun dia bukan
pengalah.Cinta Al Zahra tetap dinanti walau apa terjadi…
Buat
seorang wanita sufi…Rabiatul Adawiyah….sesungguhnya kau lah
wanita mulia.di dunia kaulah penyeri di syurga menanti kau bidadari……
.
Bagaikan
permata dicelahan kaca
kerdipnya
sukar untuk dibezakan
kepadamu tuhan kupasrah harapan
moga
tak tersalah pilihan
nurkasihmu
mendamai dikalbu….
Kurniakan
kami srikandi
penyejuk dimata penawar dihati
didunia
dialah penyeri
di
syurga menanti dia bidadari
kekasih
sejati teman yang berbudi
kasihnya bukan keterpaksaan
bukan
kerana keduaniaan
mekar
hidup ini disirami Nur kasih…
ditanganmu
tuhan kusandar impian
penentu
jodoh pertemuan
seandai
dirinya tercipta untukku
relaku
menjadi miliknya….
Aku
bagaikan Luqman Al Hakim yang terpesona pada kecantikan Rabiatul
Adawiyah walau hanya pandangan matanya.Kamu bagaikan penyambung Al
Zahra dari Ahlil bait.Pada kamu ada sifat zuhud Sumaiyah….ada
ketegasan Aisyah ra dan ada kelembutan fatimah Al Zahra.Sudikah kamu
jika aku menawarkan diriku sebagai imam kamu untuk melayari sebuah
bahtera yang dipanggil rumahtangga?Sudikah kamu menjadi Al Zahraku
dengan lafaz Ijab dan Kabul? HARITH
Kamu
hadir dalam setiap istikharahku.Aku yakin dengan Petunjuk
dariNYA.Tapi ALLAH maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.Aku
redha pada setiap yang ditentukan padaku.Cinta aku kepadaNYA melebihi
kasih kamu kepadaku.
AISYA
AL ZAHRA
Aku
terpesona walau hanya pada matanya..Bumi Mesir menjadi saksi
pertemuan pertama dan cinta pertamaku.Aku menginginkan nya sebagai
permaisuri ku kerana aku tahu dia adalah wanita yang sempurna.
didunia dialah penyeri di syurga menanti dia bidadari………..ADAM
HARIRI.
SATU
“DI
akhirat nanti kita akan kehausan yang amat dasyat.Bagi orang-orang
yang beriman dan beramal soleh mereka akan dapat menikmati air dari
telaga Rasulullah saw…telaga al khautsar dimana air didalamnya
MasyaAllah…terlalu jernih dan lazat.Setitik Al khautsar mampu
meleraikan dahaga seumur hidup.Tapi bagi mereka yang mungkar dan
ingkar dengan perintah Allah swt bara-bara api dari nerakalah yang
akan disumbat kedalam kerongkong mereka.Ingatlah apabila golongan
kafir menjadi kayu api di neraka maka isinya adalah orang-orang islam
yang munafik.”
Aisya
tenang mendengar kuliah maghrib ustaz Syahran.Ditangan kanannya
sebuah surah yassin manakala tangan kirinya tergenggam tasbih dari
kayu kokka yang dibeli di Riyadh dahulu.Dia tekun mendengar
penerangan ustaz Syahran.Lelaki 50an yang telah bermastautin hampir
20 tahun di bumi Mesir ini.Membantu anak-anak perantauan dari Asia
seperti dirinya disini.Apa sahaja masalah mereka akan merujuk pada
ustaz Syahran atau ustazah Fatimah,seorang warganegara Indonesia juga
telah lama tinggal disini.
Aisya
cuba membayang kan jernihnya Al khautsar seperti keterangan ustaz
Syahran.Tapi dia tahu bayangan itu belum sezarahpun dapat menembusi
kenyataan sebenar Al Khautsar.Subhanallah…mudah-mudahan aku mampu
merasai kelazatanmu Al khautsar.
Aisya
menuruni satu demi satu anak tangga masjid Al uthman ini.Masjid Ini
dibina oleh Sheikh Al Azhar sekurun lalu.Berhampiran dengan
Universiti. Tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang.Aisya terdorong
kehadapan.Mujur dia sempat berpaut pada tiang masjid.
Hatinya
sedikit marah.Dia beristighfar.’Orang yang marah pada masa tidak
sepatutnya dia marah adalah keldai dan orang yang marah pada masa dia
marah adalah Syaitan.’Mindanya diingatkan dengan kata-kata ustaz
Syahran
“Kenapa
?Ada yang melanggar kamu?”Nurul,temannya warga Indonesia
bertanya.Dia melihat tadi seorang lelaki terburu-buru keluar dari
masjid dan melanggar bahu Aisya.
“Tidak
apa-apa.Aku baik sahaja.”
“Huh…apa
yang mahu dicepatkan.Sampai-sampai tidak melihat orang
dihadapan.”Marah Nurul masih bersisa.Dia geram.Mujur Aisya
baik-baik sahaja.
“Tak
apa-apa Nurul.Barangkali dia ada urusan yang perlu disegerakan.”
“Iya…tapi
enggak bisakan dia berlaku tidak sopan begitu apatah lagi tanpa
memohon maaf dari kamu.”
“Aku
sudah memaafkan dirinya.”Kata orang arifibillah…memaafkan
seseorang yang melakukan kesalahan pada kita syafaatnya besar sekali
disana nanti.’
“Ya
aku tahu hati kamu terlalu baik.Mungkin sebaik saidatina
Aisyah..”Aisya ketawa kecil.Terlalu jauh dirinya jika ingin
dibandingkan dengan Siti Aisyah.
“Sudahlah…kita
pulang sekarang.”Beg berisi telekung dilekapkan kedadanya.Dia
berjalan bersama Nurul untuk kembali ke apartment yang hanya 500
meter dari masjid.Sejenak melalui Universiti Al Azhar,Aisya terhenti
seketika.Dia memandang bangunan bercirikan islam yang tersergam
dihadapannya saat ini.
“Aku
pasti merinduimu Al Azhar.”Bisiknya sendiri.
“Ya
aku juga seperti kamu.pasti merindui tempat ini.”Nurul turut
memandang AL Azhar yang berdiri utuh dihadapannya.LAmbang kemajuan
pendidikan islam.Malah dia berbangga bila menerima tawaran ke sini
dahulu.Dan dia pasti setiap ibu bapa muslim didunia ini pasti
berbangga andai putera atau puteri mereka mendapat tempat disini.
“Kamu
tahu siapa yang membangunkan ALAZHAR?”Aisya memandang sekilas pada
Nurul.
“Aku
tahu.Cuma sejarahnya aku masih kabur.Al Azhar atau dalam bahasa
arabnya al azhar al shareef dibina pada 969 dan universiti kedua
tertua selepas Al Qarawiyin di Fes,Maghribi.”
“Dibina
oleh kerajaan Fatimiiyahkan.Tak salah aku pada tahun 909-1171.Mulanya
hanya sebuah masjid siapa sangka hari ini menjadi gedung ilmu bagi
umat islam.”Nurul menambah.
“Betul
kata kamu.Ia diasaskan oleh dinasti Fatimid di Mesir,keturunan
Fatimah Puteri Rasulullah.Dikenali sebagai Al Azhar.Yang pintar..yang
semerbak.Dan Universiti ini diambil namanya sebagai penghormatan
kepada beliau.
Dulu
hanya beberapa fakulti sahaja ditubuhkan seperti jurisprudence
(perundangan)Arabic grammar,Islamic astronomy(falak)falsafah awal
islam dan logic.Pada abad kedua,dengan kejatuhan dinasti Shia
Fatimid,Sultan Saladin pengasas Dinasti Ayubid Sunni menukar AL
Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi’ite.1961 Al Azhar
dirombak kembali dibawah pemerintahan presiden Gamal Abdel
Nasser.Beberapa fakulti turut ditambah seperti kejuruteraan dan
perubatan.”
“Wah….kamu
begitu arif sekali tentang sejarahnya.Selayaknya nama kamu
Alzahra.”Aisya ketawa.
“Kamu
terlalu memuji.”
“Aku
puji yang benar Aisya…”Mereka kembali meneruskan perjalanan ke
apartment.
“Apa
rencanamu pulang ketanahair nanti?”Aisya terdiam.Lagi dua minggu
peperiksaan akhir akan tamat.Dan dia terpaksa berpisah dari bumi
Ambia ini.
“Mungkin
aku akan memohon guru.”Rasanya dengan bidang yang diambil Sirah dan
tamadun Islam mungkin dia boleh memohon untuk jadi
pengajar..Teringat kata-kata Harith temannya sekuliahnya.
Harith
dari Perak,’Kalau kita menjadi guru,manfaatnya cukup
besar.Selagi ilmu itu dipraktikkan selagi itulah pahalanya
ditempiaskan pada kita.Sehingga ke liang lahad.Sayang sekali kalau
pahala dihadapan mata kita tolak.’Aisya tersenyum.Teringat
Harith,dia senang berbicara tentang islam dengan lelaki itu.Baginya
Harith punya banyak idea bernas yang boleh dikongsi.Apatah lagi
dengan jurusan yang sama dengannya.Harith…lelaki itu menjadi
perhatian pelajar-pelajar wanita dari Asia khususnya.Punya pakej
seorang lelaki yang layak menjadi suami.
“Kamu
pula bagaimana?”Aisya menyoal.
“Aku?Enggak
pasti lagi.Kamu sendiri tahu di negaraku peluang pekerjaan terlalu
sukar.Enggak semestinya aku punya ijazah dalam perundangan Syariah
aku mampu menjadi peguam.Mungkin aku akan pulang sebentar ke kampung
halamanku di bandung sebelum memohon pekerjaan.Yang pasti aku ingin
berbakti dahulu pada orang tuaku.”
Tiba-tiba
ingatan AIsya melayang pada ibu bapanya.Sukakah mereka dengan
kepulangannya nanti.Teringat nenek yang telah tiada hatinya
sebak.’Kalau nenek ada tentu dialah orang yang paling gembira
dengan kepulangan aku nanti.’
“Eh
jadi enggak kita ke Giza lusa?Aku ingin sekali mengabadikan kenangan
terakhirku bersama sphinx.”Pertanyaan Nurul mengembalikan dirinya
pada bumi Mesir.Aisya tersenyum senang.
“InsyaAllah
jika Allah izinkan.”Bayu malam menghembus lembut.Aisya rasakan
kedamaiannya saat ini.
2
AISYA
hanya menjadi pemerhati disatu sudut melihat keghairahan Nurul dan
teman-temannya yang lain bergambar bersama pyramid Khufu.Piramid
besar yang terletak diantara pyramid Khafre dan pyramid
menkhaure.Piramid ada keunikannya tersendiri.Satu-satunya objek yang
kelihatan dari angkasa.Dihadapan Khufu berdiri teguhnya Sphinx.Ukiran
berwajah singa.
Bahang
mentari semakin membakar tubuhnya.Pijar.Puing-puing udara panas yang
menghembus sesekali menyesakkan Aisya.Debu-debu halus berterbangan
dihembus angin panas Sahara.Dia memandang sahara.MasyaAllah…panas
hari ini hanyalah sezarah dari panasnya masyar.Sedangkan panas
sebegini sahaja sudah mampu membakar kulitnya apatah lagi di masyar
nanti matahari hanya sejengkal diatas kepala.Subhanallah maha sucimu
Ya Allah…jauhkanlah aku dari mentarimu di Masyar nanti.Dia teringat
pada sepotong ayat alquran dalam surah Al-Qariah ayat 4
‘yau
mayakunnunasukalfarashil mabsus’maksudnya dihari di manusia
bagaikan kupu-kupu.Seterusnya pada ayat lima
Watakulnuljibalukal
ihnimanfus’
‘dan
gunung-gunung bagai bulu yang dihembus.’Subhanallah…Aisya takut
sekali menghadapi hari terakhir itu.Hari dimana bumi dan planet akan
hancur berkecai.
Aisya
menolak ajakan Nurul untuk bersama mereka ke Zawyet Al Aryan
yang terletak diantara Giza dan Abu sir.Disitu berdiri teguhnya
binaan makam Firaun Nebkha dinasti ketiga Firauan Khaba atau dikenali
sebagai Hudjefa.Hudjefa juga lebih dikenali sebagai the successor
to sekhemkhet.kata orang permulaan pyramid dibina oleh seorang
arkitek bernama Imhotep dan Firaun pertama yang dimakamkan didalamnya
adalah Amenhotep.Seni binanya cukup luar biasa apatah lagi dengan
lorong-lorong rahsia didalamnya.Tapi hari ini banyak makam-makam itu
telah diceroboh oleh oleh pencuri makam.Barang-barang berharga
didalamnya diambil termasuk mumia-mumia yang telah diawet
berabad-abad lamanya.
“Betul
kamu tidak mahu menyertai kami ke Zawyet Al Aryan?Seterusnya kami
mahu ke Lisht dan el Lahun.”Nurul ingin mendapat kepastian darinya.
“Betul.”Aisya
menjawab beserta sebuah anggukan.Pasti lawatan itu akan memakan masa
seharian.Aisya tidak sanggup lagi meredah panas sahara.
“Lantas
bagaimana kamu mahu pulang?”Humaira pula bertanya.Disini kebanyakan
teman-teman Aisya dari Indonesia.Sebab itu kadang-kadang dia terikut
dengan dialek mereka.
“Kalian
jangan khuatir.Tadi aku sudah bertanyakan Ismail.Sekejap lagi dia
juga mahu pulang ke Kaherah bersama rombongannya.Masih punya kerusi
kosong buat aku.”Aisya menunjuk kearah Ismail yang sedang sibuk
memberi penerangan pada sekumpulan pelancong.Ismail warga Iran yang
telah lama berkhidmat disini.Dulu pertama kali dia kesini juga dibawa
Ismail dan ditemani ustazah Fatimah.Malah Ismail jugalah penunjuk
arah mereka kemana-mana di bumi Mesir ini.Riyadh,Abu Dhabi dan juga
Iskandariah.
“Ya
udah kalau kamu berkata begitu,kami pergi dulu.Jaga diri kamu
baik-baik ya Aisya…”Aisya mengangguk.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam…”Aisya
hanya memerhati teman-temannya menuju ke Van yang disewa.Tidak
sanggup lagi dia meredah panas sahara ini untuk ke sana.Cukuplah
hanya Nurul dan teman-teman yang lain teruskan lawatan mereka melihat
pyramid di Saqqara,melihat makam ramsess I dan II,Dasyur,Abu Sir,
Lisht dan El –Lahun.Cukuplah dia hanya melawat Giza dan Abu
Rawash.Bukan dia tidak tahan panas.Tapi teringat petang ini
temujanjinya bersama Sheikh Al-Hosni di masjid Al-Uthman bagi
perbincangan Islam dan penindasan keatasnya.Sementara menunggu
Ismail,Aisya membaca brosur ditangannya.
PYRAMID
|
PHARAOH
|
FIELD
|
Djoser
|
c.2630-2612BC
|
Saqqara
|
Sneferu
|
c.2612-2589BC
|
Dashur
|
Sneferu
|
c.2612-2589BC
|
Dashur
|
Khufu
|
c.2612-2589
|
Giza
|
Sneferu
|
c.2589-2566BC
|
Meidum
|
Djedefre
|
c.2566-2558BC
|
Abu
Rawash
|
Khafre
|
c.2558-2532BC
|
Giza
|
Menkhaure
|
c.2532-2504BC
|
Giza
|
Sahure
|
c.2487-2477BC
|
Abu
Sir
|
Neferirkare
kakai
|
c.2477-2467BC
|
Abu
Sir
|
Nyuserre
Ini
|
c.2416-2392BC
|
Abu
Sir
|
Amenemhat
I
|
c.1991-1962BC
|
Lisht
|
Senusret
I
|
c.1971-1926BC
|
Lisht
|
Senusret
II
|
c.1897-1878BC
|
El-Lahun
|
Amenemhat
III
|
c.1860-1814BC
|
Hawara.
|
Didalamnya
terkandung nama Firaun,pyramid tahun dibina serta kawasan terletaknya
pyramid itu.Bahang mentari mula mencengkam kulitnya.Aisya mengesat
peluh didahinya dengan sapu tangan.
“Assalamualaikum
Ya Aisya…”Aisya menoleh.Ismail meghampirinya . Dibelakangnya
sekumpulan wanita dan lelaki berjubah.Rasanya dari Asia.
“Waalaikumusalam
Ismail.”
“Can
You wait until I finish with them?”Aisya mengangguk.Ismail
membawa kumpulannya kearah Khufu.Dia mula menerangkan.
“Giza
is the location of pyramid of Khufu also known as the great Pyramid
and the pyramids of cheops.Its the largest Egyptian pyramid.It s only
one of the seven wonders of the ancient world still in
existence.There are 138 pyramids in Egypt of 2009.There are Pyramids
of menkhaure and Khafre.Menkhaure also we called as Queens Pyramid
and the great Sphinx.
Hampir
lima belas minit,Ismail kembali kearahnya.
“Shall
we go now?”Aisya mengangguk.dia memandang sekilas pada
rombongan itu.Tiba-tiba ada mata tajam sedang memerhatikannya.Aisya
mengalihkan pandangannya kearah lain.’Bertentangan mata dengan
lelaki bukan muhrim itu bukankah termasuk dalam zina kecil dan ia
mengundang dosa.’Tiba-tiba seorang wanita dalam jemaah itu
menegurnya.
“Egyptian?”Aisya
menggeleng.
“No,Malaysian.”Aisya
perasan semua orang memerhatikannya bila nama Malaysia terkeluar dari
bibirnya.
“La…kamipun
dari Malaysia juga.Akak Najihah.Kami ni datang buat umrah.Syarikat
sponsor.Lepas tu terus melawat ke sini.Baru sampai semalam.” Aisya
menyambut huluran tangan Najihah dan yang lain-lain.
“Saya
Aisya…Aisya Al Zahra.”Dia memperkenalkan dirinya.Dia perasan
lelaki itu masih memerhatikannya.’Ya Allah kau jauhkanlah godaan
itu dari hatiku.’Dia menitip doa.
“Kat
sini kerja ke?”Najihah semakin ramah bertanya.Fikirnya mungkin
Aisya salah seorang jururawat yang berkhidmat disini.Najihah tahu
ramai jururawat Malaysia yang bekerja di hospital di Riyadh.Mungkin
kerana gaji yang mahal.
“Saya
belajar kat sini.Di AL Azhar.”Aisya menerangkan.
“Alhamdulillah….seronok
akak dengar.”Mereka menaiki bas persiaran yang diletakkan
berhampiran jalan utama.Aisya duduk disebelah Najihah.Najihah dan
yang lain-lain rancak bertanyakan Asiya.
“Dah
berapa lama Aisya duduk kat sini?”
“Dah
lima tahun.”
“Sejuk
perut mak AIsya mengandung.Akakpun kalau ada anak nak juga hantar kat
sini.Kurang-kurang jadi Al hafizpun dah ok.”Aisya tersenyum.
Sememangnya itulah impian setiap ibu bapa muslim didunia ini.Tapi
itukah impian ibu bapaku?Teringat pada satu hadis nabi’Seorang
anak yang mampu menghafal 30 juzuk al –quran mampu menyelamatkan 40
orang saudaranya diakhirat termasuk kedua ibu bapanya.’Dia juga
masih cuba menghafal keseluruhan Al-Quran.
“Alah…susah-susah
akak je lah belajar kat sini.”Lelaki yang asyik memandang Aisya
dari tadi menyampuk.Aisya memandangnya sekilas.
“ALah
kalau bos bagi cuti dengan gaji akak sanggup.”
“Kalau
cam tu akak je lah jadi bos…”Kata-kata lelaki itu disambut ketawa
oleh yang lain.Aisya hanya mendiamkan diri.Tiba-tiba seorang wanita
bernama Kalsom menaympuk.
“Kalau
akak ada anak lelaki besar…dah pinang dah Aisya untuk jadi
menantu.Bukan senang nak nak cari orang macam Aisya ni.Kat KL tu
semuanya tak boleh pakai.”Aisya tahu kata-kata itu mungkin hanya
gurauan dari mulut kalsom.Dia tersenyum disebalik hijabnya.
Kalsom
memuji.Die berterima kasih dalam diam.Tidak mahu sehingga menjadi
riak.
“Sesiapapun
sama sahaja kak.Yang penting hati budi dan keimanan.Sayapun biasa
je..tak ada apa yang istimewanya.”Aisya merendah diri.
“Alah…tak
ada anak pinangkan untuk saya pun boleh.”Lelaki itu lagi.Aisya
resah.Dia tidak suka pada kata-kata lelaki itu.
“Alah..bos
tu kalau nak tuju terus jelah.Tapi layak ke bos tu.”Seorang lelaki
dibelakang Aisya menyampuk.Aisya semakin rimas.Dia tidak suka situasi
begini.
“Eh
awak ingat saya ni jahil sangat ke bab agama?Saya ni kalau tak jadi
jurutera dah lama jadi Al Hafiz tau tak.Silap-silap awak tu jadi anak
murid saya.”Aisya beristighfar.Riaknya lelaki ini memuji dirinya.
‘Subhanallah…’Aisya
beristighfar sendirian.
“Ya
Aisya.Back to your apartment or you want go somewhere?”Aisya
memandang Ismail dihadapan.
“To
my apartment.I’ve to go Al-Uthman mosque today.”Ismail
mengangguk.Perjalanan ke Kaherah terasa amat lambat.Aisya rimas
dengan pandangan lelaki itu pada dirinya.
“Aisya
tak nak ikut kami?Bolehlah tunjuk tempat-tempat kat kaherah ni.”
“Maaf
kak.Tapi saya ada perbincangan dimasjid selepas asar ni.”Aisya
menolak pelawaan Najihah dengan lembut.Sememangnya bukan dia tidak
mahu membantu Cuma masanya tidak sesuai.
“Tak
pelah kalau macam tu.Akak rasa Aisya ni mesti cantik.Tengok mata yang
bersinar tu pun akak dah tau.”Kata-kata Najihah mengundang beberapa
pasang anak mata terarah kearahnya.
“Kecantikan
tu tak ada yang kekal.Alhamdulillah cukup wajah sempurna itu sudah
memadai.”Kata-kata Aisya menikam jauh dilubuk hati Najihah.Penuh
rasa keinsafan dan sikap tawaduk.Alangkah bertuahnya lelaki yang
mendapatkan Aisya sebagai isterinya.Tiba-tiba matanya memandang
kearah seorang lelaki dikerusi dihadapan.Najihah perasan pada mata
lelaki itu yang sering mencuri pandang ke arah Aisya.Dia
tersenyum.Mudah-mudahan Tuhan temukan keduanya.
“Aisya
boleh bagi akak nombor telefon?”Aisya mengangguk.Dia menulis
sesuatu pada kertas kecil lantas dihulurkan pada Najihah.
Aisya
tiba di apartmentnya.
“Rumah
saya dah sampai.Saya pergi dulu kak.”Aisya menyalami wanita-wanita
disitu.Sebelum turun sempat matanya menjamah pandangan lelaki itu
padanya.
“Syukran
ya Ismail…”Aisya menyampaikan terima kasihnya.Ismail
mengangguk.senang dengan budi bahasa Aisya yang telah lama
dikenalinya ini.
Turun
sahaja dari bas kakinya melangkah laju ke apartment.Pandangan lelaki
itu menganggu fikirannya.Dia berzikir cuba membuang godaan Syaitan
yang sedang menghasutnya.
3
“Apa
pendapat kamu tentang Israel?”Aisya memandang Harith.Dia tahu
soalan itu ditujukan padanya.Luqman,Asyraff dan Arini turut menanti
jawapannya.Mereka berkumpul selepas perbincangan dengan sheikh Hosni
sebentar tadi.Selalunya beginilah rutinnya selepas ada kuliah dengan
sheikh Al Hosni.Wisma Nusantara ini menjadi tempat pelaja-pelajar
dari Asia sepertinya berkumpul.
“Pada
aku Israel bagaikan binatang yang tiada punya perasaan.Extrem.Mereka
menganggap bahawa mereka adalah golongan orang yang suci.Malah aku
pernah terbaca satu artikel dimana seorang tentera yahudi pernah
berkata.’Setiap titik darah arab yang aku tumpahkan bermakna
kebebasan pada satu dosa yahudi.Aku dahagakan darah arab seperti aku
dahagakan minumanku.’Pada aku Israel adalah syaitan yang masih
bertopengkan manusia.Mereka masih menganggap Ibrahim adalah nabi
terakhir.Dan menganggap bahawa nabi hanya dilahirkan dari golongan
bangsa Yahudi.Mereka mengutuk islam dan kristian.Menindas dan
menjajah tanah yang bukan hak mereka.60 tahun palestin hidup dalam
peperangan.Aku rasa mereka bukanlah bangsa yang perlu kita
kasihani.”Itu pandangan Aisya.
“Aku
juga hairan bangsa yang Allah utuskan banyak nabi dari golongannya
akhirnya terpesong dan keluar dari ajaran.”Luqman memberikan
pendapatnya.
“Sebab
itu kata orang arifibillah….Iman itu bukanlah sesuatu yang boleh
diwarisi.Bagi aku sekejam-kejam Adolf Hitler,masih belum sama dengan
kekejaman Yahudi.Dan sememangnya jangan ada hubungan diplomatic
dengan mereka.Mereka bagaikan bayangan yakjud dan makjud.dalam dunia
akhir zaman ini.Malah tak silap kalau aku katakana mereka adalah
pembunuh yang mendapat penghormatan Negara-negara sekutunya.”Arini
menambah.
“Tapi
kamu jangan lupa bahawa sokongan kuat mereka adalah Amerika dan
Britain.Kuasa besar yang bagaikan polis dunia dan mempunyai kuasa
Veto di PBB.”
“PBB
bagaikan tidak bermakna selagi Amerika menggunakan kuasanya.Pada aku
OIC perlu memainkan peranannya.Tapi aku lihat mereka juga seolah-olah
takut pada Israel.Lihat sahaja Mesir ini.Pelarian Palestin masih lagi
tidak boleh kemari.Sepatutnya sebagai saudara seagama,kita perlu
saling membantu dan bekerjasama.Baru islam itu kuat.Pada aku Islam
tidak perlu berselindung pada nama…pada kekerasan atau
komplot.Mereka menyelar Al-Qaeda.Sedangkan kita tahu AL-Qaeda
memperjuangkan agama.Cuma mungkin caranya sahaja tidak kena.Seperti
pejuangan Abu Sayyaf di Filipina.Islam mengharuskan kekerasan Cuma
jangan melangkaui batas.”
Perbincangan
tentang islam sememangnya tidak pernah menjemukan.Aisya mengagumi
pendirian dan sikap Harith.Kadang-kadang temannya mengusik Harith
punya persaan terhadapnya.Tapi Aisya selalu menjawab.’Urusan
jodohku biar Allah yang tentukan.’Walaupun hatinya juga seakan ada
perasaan itu.Tapi dia menepisnya.Biarlah sekarang cintanya hanya pada
Allah dan Rasul serta agamanya.
4
Aisya
sekali lagi bertemu dengan Najihah dan rombongannya dilapangan
Terbang.Mereka juga menaiki pesawat yang sama dengannya untuk kembali
ke Malaysia.Malah yang lebih merimaskan Aisya bila tiketnya
bersebelahan dengan lelaki yang merenunginya.Ingin sahaja ditukar
tempat duduk,tapi dengan siapa.Dia melihat Najihah yang duduk dengan
Kalsom,dia tidak tahu pada siapa harus ditukar tempat duduk.Harith
sendiri duduk bersama Asyraff.Akhirnya dia tetap duduk bersebelahan
lelaki itu.Dia perasan beberapa pasang mata teman lelaki itu
memandangnya dengan senyuman.’Apa sahaja yang mereka fikirkan
biarlah Allah sahaja yang menjawabnya.’Mujur Harith dan Asyraf
duduk satu barisan dengannya.Sekurangnya dia ada teman berbual.
“Aisya…kamu
mahu baca buku ini?”Harith menghulurkannya senaskhah buku tulisan
Sheikh Al Azhar kepada Aisya.Aisya menyambutnya.
“Terima
kasih Harith…”Lelaki disebelahnya menjeling pada Harith.Mungkin
tertanya-tanya siapa lelaki ini.Aisya menyelak helaian demi
helaian.Membaca pada tajuk yang dirasakan menarik.
“Buku
apa tu?”Suara disebelahnya menegur.Aisya menarik nafas sedikit.Dia
menunduk.
“Buku
karangan Sheikh Al Azhar.Islam and culture.”
“Em
ambil jurusan apa kat Azhar?”Aisya resah.Lelaki ini semakin ramah
menyoal.Sesekali mata Harith memerhatikan mereka.Mungkin Harith juga
tertanya-tanya siapa lelaki itu.
“Sirah
dan tamadun Islam.”Lelaki itu mengangguk.
“Saya
Adam.Adam Hariri.”Tangannya dihulurkan.Aisya membatu.
“Maaf
bukan muhrim.”Adam menarik kembali tangannya.’ALamak
malunya.Takkanlah itupun kau tak tahu Adam…’Adam menggigit bibir.
“Maafkan
saya.”Dia kembali terdiam.Aisya meneruskan pembacaannya. Pesawat
semakin jauh meninggalkan bumi Ambia untuk kembali ke
Malaysia.Meninggalkan seribu kenangan yang Aisya cipta bersama
teman-teman di Azhar.
“Kamu
kelihatan penat Aisya…”Aisya memandang HArith.Dia tersenyum
disebalik hijabnya.
“Sejak
dua tiga hari ni tidurku tidak cukup.Mungkin sukar untuk berpisah
dengan teman-teman.”Adam hanya membuka telinga.Meneliti perbualan
Aisya dan Harith.
Aisya
dan Harith berpisah di KLIA.Harith dan Asyraff disambut keluarga
masing-masing.Aisya terharu.Sedih seketika bila tiada siapa yang
menunggunya.’Ah Aisya jangan kau layani perasaan itu.Sedari awal
kau sendiri sudah pasti yang tiada siapa yang mungkin
menyambutmu.Jangan kau bermimpi ada permaidani merah yang
dibentangkan untukmu Aisya…tapi ingatlah…langkah perjalananmu
diberkati Tuhan.Itu yang penting.’Melepasi balai ketibaan,Aisya
melihat seseorang.Dia tersenyum.Mendekati lelaki tua bersongkok hitam
itu.
“Assalamulaikum…”Lelaki
itu memandangnya lama.
“Ni..Cik
Aisya?”Aisya mengangguk.
“Ya
Allah…minta maaf pak yusuf tak perasan tadi. subhanallah…
jom.Mana bagasi Cik Aisya?”Aisya membantu Yusuf mengangkat
bagasinya kedalam kereta.Sudah hampir sedekad pak cik Yusuf menjadi
pemandu bagi keluarganya.
Saat
Aisya ingin masuk kedalam perut kereta,dia terpandang Adam sedang
berdiri berhampiran jalan masuk.Mungkin menunggu seseorang
mengambilnya.Berjubah putih tanpa kopiah.Amat janggal pada mata
Aisya.Sekali lagi mata mereka bertentangan.
“Mama
dan papa tak datang pak cik?”Walaupun dia sudah tahu jawapannya dia
masih mahu bertanya.
“Tan
Sri suami isteri ada majlis kat rumah datuk Badar.Dipesannya pada pak
cik untuk ambil Aisya kat sini.”Walaupun sedikit sedih tapi Aisya
bersyukur.Sekurang-kurangnya ibu bapanya masih mengingati tarikh
kepulangannya.
Sampai
dirumah agam kepunyaan Tan Sri Syamsuri,hati Aisya terlalu
berat.Rumah ini mewah…dengan cahaya lampu.Tak ubah bagai sebuah
istana.Tapi entah kenapa Aisya merasakan tiada serinya.Hambar dan
pudar.Dia melangkah masuk.Mengheret bagasi nya sebanyak dua
buah.Didinding tergantung potret sepanjang dua kaki ketika ayahnya
mendapat gelaran Tan Sri.memijak satu persatu anak tangga ke tingkat
atas,hati Aisya bercelaru.Berlainan sekali perasanya sewaktu di
Mesir.Walaupun panas yang manjangkau 40 darjah…tapi dia tenang.
Biliknya
masih seperti dahulu.Cadar dan langsir berwarna pink tetap
ditempatnya.Bersih.Dia gemarkan warna merah jambu kerana kata arwah
nenek itu warna kegemaran sahabat dan Rasulullah sendiri.Almari
cermin dan rak buku kemas tanpa habuk.Buku-bukunya masih tersusun
elok.Dia mengambil sebuah buku.Dajjal.Karangan Muhamad Isa Dawud.Dia
tersenyum seketika.Buku ini dibeli sepuluh tahun dahulu hasil dari
wang sekolah yang disimpan.
Didinding
gambarnya sewaktu di sekolah asrama penuh Raja Tun Azlan Shah
Taiping.Aisya melepaskan lelahnya diatas katil.Hanya seketika sebelum
dia membuka almari dan mencari tuala.’Ada perkara yang wajib
ditunaikan sebelum tidurnya.’
Usai
solat,dia membalut rambutnya dengan tudung kecil.Melangkah kearah
balkoni.Jam sudah hampir 12.30 malam.Di garaj hanya ada jaguar yang
menjemputnya dilapangan terbang tadi.Sah lah ibu bapanya belum
pulang.Bilik bersebelahan dengannya gelap gelita.Tentu sahaja
waktu-waktu begini Nelly masih berhibur.Hampir setiap doanya memohon
agar Allah bukakan jalan pada keluarganya untuk bertaubat.Aisya
merenung bintang-bintang dilangit.Indah.Tapi dia tahu satu saat bila
masanya yang dijanjikan tiba bintang-bintang itu akan hancur.Tiada
lagi cahaya yang menyerikan.Bulan juga entah kemana…bersama
cahayanya.Ya…masa itu hampir tiba.Terlalu dekat dengan kita.Cuma
kita yang tidak menyedarinya.Dia teringat firman Allah dalam surah Az
Zilzal
‘Waman
yagmal mis kha la za raten syarran yarrah’maksudnya dan
sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah tetap akan
dilihatnya.Dan semua itu akan ditimbangkan diatas neraca Allah
swt.Subhanallah…maha suci mu Ya Allah…berikanlah aku peluang
untuk mendapat keampunan darimu.
‘Malam
itu sekali lagi doa nya dipanjatkan agar pintu taubat tetap dibuka
pada keluarganya.
5
“Anak
mama dah balik?Asiya sihat sayang?”Aisya memandang ibunya yang
bersanggul satu.Memakai pakaian sukan yang agak ketat.’Ya Allah
bagaimana harus aku menegur tanpa menyakitkan hatinya?’Puan Sri
Maria memeluk dan mencium dahi Aisya.
“Maaflah
papa dengan mama tak dapat jemput Aisya semalam.Ada majlis kat rumah
datuk Badar.”Aisya tersenyum.
“Tak
pe mama.Aisya Faham.”
“Aisya
Al Zahra…hows Egypt?”Aisya menyalami tangan Tan Sri
Syamsuri.
“Alhamdulillah
segalanya baik papa.”Mereka semua mengambil tempat dimeja makan.
“Apa
plan kakak lepas ni?”Aisya memandang papanya.Sememangnya dari kecil
dia dipanggil kakak.
“InsyaAllah
kakak ingat nak minta lecturer.Tak pun nak minta mengajar kat
mana-mana.”Tan Sri Syamsuri mengangguk.Dulu pertama kali Aisya
menyuarakan hasrat ke Mesir,dia membangkang.Tapi arwah ibunya
membela.Akhirnya dia akur dengan kehendak Aisya.dari kecil Aisya
tinggal bersama ibunya di Taiping.Kehidupannya sebagai pegawai
tertinggi tentera menyukarkannya menjaga Aisya apatah lagi selama
hampir 8 tahun dia berkhidmat dengan PBB.Ditugaskan ke negara yang
mengalami peperangan.Hidupnya sentiasa sibuk.Cuma sekarang setelah
bersara dia dapat bersama keluarga dan kawan-kawannya.
“Ok
sayang…mama nak pergi gym dulu.Ada latihan yoga.Nanti kita berbual
lagi ye.”Aisya hanya memerhati langkah Maria.’Mama…tidakkah
mama tahu yoga itu haram disisi islam?’subhanallah bantulah aku.
6
Sepasang
anak mata itu seringkali menganggu tidurnya sejak kebelakangan
ini.Kemana-mana dia pergi dia seakan nampak pada anak mata itu.Jernih
dan bersinar.’Kau ni apahal Adam…angau sendiri ke?’Hati
kecilnya berbisik.
Sememangnya
sejak pertemuan pertama dengan Aisya di Giza,dia tidak senang
duduk.Ada sesuatu yang mengikatnya untuk terus merenung kearah
Aisya.Sungguh dia tidak pernah melihat Aisya yang berselindung
disebalik hijabnya tapi cukup sepasang anak mata itu membuatkannya
tidak senang duduk.Dia ingin lagi bertemu dengan gadis itu tapi dia
tidak tahu bagaimana caranya.
‘Alah…apa
aku nak buat ni?Hari tu dahlah kena sound dengan kak Najihah.”Adam
teringat bila dengan muka tak malunya dia meminta nombor telefon
Aisya dari Najihah.
“No,akak
takkan bagi.Bos tak bos.Ni amanah Aisya.Hari tu kenapa bos tak minta
sendiri.”
“Alah…takkan
saya nak minta.Jatuhlah saham…”Ish payah betullah nak pujuk kak
Najihah ni.Takkan nak bagi bunga kot.Barulah aku kena gossip dengan
dia.Tak pun silap haribulan husband dia yang macam stone cold tu
serang aku kat sini…kes naya tu.
“Tulah
nak jaga standard konon…bukan saya tak tau bos memang suka kat
Aisya tukan…”Adam menggaru-garu kepalanya.Sememangnya telahan
Najihah benar.
“Alah
kesian pulak akak tengok bos ni.Akak boleh bagi tapi dengan syarat
bos jangan cakap dapat dari akak.Pandai-pandai lah bos.”Adam
tersengih panjang.Sepantas itu nombor telefon Aisya dalam
genggamannya.Dalam hati Najihah berdoa mudah-mudahan ada keserasian
antara keduanya.
“Aisya
Al Zahra…”Pasti orangnya secantik namanya.Adam mula menyimpan
angan.Padanya Aisya lain dari semua perempuan yang pernah
dilihatnya.Ada keunikannya tersendiri.Tidak galak apatah lagi
membangga diri.Penuh dengan sifat bersederhana.
‘Cakap
je lah kau dah jatuh hati….’Adam ketawa sendiri.Serentak
telefonnya berbunyi.Melahat nama diskrin hatinya menyampah.
“KAKAK…meh
sini jap.”Aisya baru ingin ke tingkat atas bila namanya dipanggil
Puan Sri Maria.Aisya akur lalu duduk bersebelahan ibunya.Dikiri Tan
Sri Syamsuri sedang membaca akhbar.
“Ada
apa mama?”
“Ni
mama nak bagitahu kakak malam esok mama nak buat majlis kat sini.Esok
kan anniversary papa dengan mama yang ke tiga puluh tahun.”Aisya
tersenyum.
“Tahniah
mama..papa.Kakak doakan mama dengan papa bahagia ke akhir
hayat.”Aisya menghadiahkan ciuman dipipi Puan Sri Maria.
“Teria
kasih sayang….”Tan Sri Syamsuri tersenyum memandang keduanya.Dia
tahu Aisya berlainan dari Nelly.Walaupun anak itu tidak rapat
dengannya,tapi dia menyayangi AIsya.Dia akur dengan pilihan yang
dipilih Aisya.Anak itu memang seorang anak yang solehah.Walaupun
kadang-kadang dia malu sendiri pada Aisya yang lebih islam dari
dirinya.Aisya tidak pernah menegur atau menyakitkan hati dia dan
isterinya.
“Kakak…”Aisya
memandang wajah papanya.
“Ye
papa..”Aisya menjawab lembut.
“Umur
kakak sekarang dah dekat 27 tahun.Papa rasa dah sampai waktunya kakak
berumahtangga…kakak dah ada pilihan sendiri?”Aisya sedikit
tersentak dengan soalan yang tidak diduga dari Tan Sri
Syamsuri.Lantas dia menggeleng.Tiba-tiba nama Harith singgah di
minanya.’Tidak…Harith Cuma teman sekuliahku…’
“Kalau
kakak ada sapa-sapa kakak cakap je.Siapapun pilihan kakak papa dengan
mama terima.Yang penting dia boleh bahagiakan kakak…”Aisya
tersenyum.
“Insya
Allah papa…kalau TUhan izinkan sampai jodoh kakak…kakak akan
kahwin.”Puan Sri Maria mengusap belakang Aisya.
“Em…cepat
kakak kahwin cepat mama jadi nenek….betul tak papa?”Tan Sri
Syamsuri hanya ketawa kecil.Aisya dilanda bahagia.Inilah yang
diidamkan sejak dulu.Bermesra dengan kedua ibu bapanya.
7
ADAM
tetap memenuhi undangan Nelly walaupun hatinya sedikit
menyampah.Mungkin kerana Tan Sri Syamsuri sendiri yang
menjemputnya.Dia terhutang budi pada Tan Sri Syamsuri selepas
kematian kedua ibu bapanya.Tan Sri Syamsuri banyak membantunya
mengendalikan syarikat walaupun lelaki itu tiada apa-apa
kepentingan.Undangan dari Tan Sri sekeluarga diterima.Katanya ada
majlis kecil di villa itu.Namun mengenangkan Nelly hatinya sedikit
sebal.Jujurnya Adam tidak suka pada gadis 25 tahun itu yang selalu
menggodanya.Atas permintaan Tan Sri Nelly diambil bekerja di
syarikatnya.Malah dia juga rimas bila Tan sri Syamsuri seakan-akan
ingin memadankannya dengan Nelly.’Maaflah Nelly…sekarang ni dah
ada orang lain dalam hati aku…tak mainlah lagi perempuan gedik cam
kau..’Teringat sepasang mata yang bersinar itu,Adam tersenyum
sendiri.’Alah kau tu berangan je lebih Adam.entah ye entah tidak si
Aisya tu suka kat kau.Kau tak ingat lelaki dalam dalam kapal
terbang.Entah-entah itu buah hati Aisya.’
‘Alah
belum cuba belum tau lah…’
Hanya
t-sirt berkolar dan slack hitam,Adam kerumah Tan Sri Syamsuri.Diluar
deretan kereta mewah tersadai.
“Ha…Adam
Hariri…come…”Adam menghadiahkan senyumannya pada Tan Sri
Syamsuri.
“Apa
khabar uncle?”Keduanya bersalaman.
“Baik.Sila…”Adam
hanya mengangguk.Hari ini ulangtahun ke 30 perkahwinan Tan Sri
Syamsuri dan Puan Sri Maria.Agak meriah juga majlis ini.Adam
mencari-cari kalau ada yang dikenalinya.Beberapa orang mengangkat
tangan ke arahnya.Mereka adalah teman-teman Tan Sri merangkap rakan
niaganya.’Aku boring betullah majlis macam ni.Macam kat fun fair
je.’Adam memerhatikan datin-datin yang bergaya mengalahkan anak
muda.’Berserabut.make up pulak mengalahkan badut sarkis.Dahlah baju
macam pokok krismas,Adam ketawa sendiri melihat orang tua tak sedar
diri.’Rumah kata pergi kubur kata mari…insaflah wahai
makhluk-makhluk Allah sekeliannya…’Hai baru kenal dengan Aisya
kau dah jadi ustaz pulak Adam…’
Adam
menghampiri meja utama.Upacara memotong kek sedang dijalankan.Dia
melihat Nelly yang bergaun ketat disebelah papanya.Tersenyum
memandang ke arahnya.Adam pura-pura tak nampak.’Alah…cepatlah
potong kek tu…cepat sikit aku blah dari sini.Tiba-tiba matanya
menangkap sesusuk tubuh yang sedang berdiri disebelah Puan Sri
Maria.Seorang gadis memakai jilbab separas lutut dengan seluar
panjang berwarna biru.Hijab ditutup di wajahnya.’Ish…aku ni dah
angau sangat ke sampai nampak Aisya kat sini.’Adam rasakan dia
hanya berkhayal.Tak mungkin Aisya Al Zahra berada di majlis
ini.Tapi….Matanya masih ralit memerhatikan gadis itu yang kelihatan
amat resah.
“Terima
kasih kerana sudi menghadiri majlis kali ini.Diharapkan semoga
rumahtangga Tan Sri suami isteri akan berkekalan sehingga ke akhir
hayat.”Pengacara majlis membuat pengumuman.Semua orang bertepuk
tangan kecuali gadis itu.
“Hai
tengok Nelly sampai tak berkedip.”Bahunya disinggung seseorang.Adam
menoleh.Zairi anak datuk Roslan menyapanya.
“Tak
delah.Aku tengok Tan Sri tengah potong kek tu.”Adam berdalih.
“Alah
kau tak yah lah nak berselindung Adam.Aku tahu Tan Sri nak jodohkan
kau dengan Nelly kan.”Adam memandang Zairi Geram.’Ish…cabul
betullah mulut Zairi ni.
“Dengan
nelly….minta simpanglah…tak kuasa aku.”Zairi ketawa .Memang dia
tahu Adam tidak suka pada Nelly.
“Eh
sebelah aunty Maria tu siapa ye?”Rupanya kau tak bermimpi
Adam.Zairi juga nampak apa yang kau nampak.
“Er…manalah
aku tau.”Hati kecilnya berdebar.Dipandangnya sekali lagi tetapi
gadis itu telah tiada.Yang ada disitu hanyalah teman-teman Tan Sri
Syamsuri sedang memberikan ucapan tahniah.
“Abang
Adam…”Suara lunak manja itu singgah ditelinga Adam. ’Aduh…budak
ni tau je aku kat mana.’Adam memandang Zairi.Zairi tersengih
sebelum meminta diri.
“Abang
dah makan ke?Jom Nelly temankan.”Nelly mengheret Adam ke meja
buffet.Adam gelisah.Ingin sahaja direntap tangannya dari Nelly.
“Makanan
kat sini semuanya sedap tau.Mama tempah dengan buluh catering.Yang
terkenal tu.”Nelly ramah bercerita.’Lantaklah nelly Oi…aku
manalah tau buluh catering ke…rebung catering ke.yang aku tau aku
ni rimas betul dengan kau.’
“Nelly!”Satu
suara halus menyergah Nelly yang sedang bergayut dipergelangan tangan
Adam.Keduanya menoleh.
“Ada
apa?”Balas Nelly kasar.Sememangnya sejak kepulangan Asiya dia rimas
dengan sikap Aisya yang kerapkali menegur perbuatannya.Ada sahaja
yang tidak kena pada mata kakaknya itu.Dia teringat dua hari lepas
Aisya menegurnya kerana pulang jam 2.30 pagi.Aisya menegurnya kerana
berpakaian ketat.Semuanya salah pada mata Aisya.Dia bencikan
Aisya.Malah tidurnya juga sering diganggu dengan ketukan pintu oleh
Aisya pada waktu subuh.Kononnya mengejutkannya untuk solat.
“Itukan
bukan muhrim Nelly.Haram.”Suara Aisya dilembutkan.Nelly mencebir
bibirnya.
“Alah
yang kak Aisya sibuk sangat apahal.Sukahati Nelly lah.Mama dengan
papapun tak bising…”’Aisya?Sah lah gadis ni Aisya.Tapi apa
hubungan dia dengan Nelly.’Adam segera merungkaikan pegangan tangan
Nelly.Dalam kesamaran dia cuba mencari anak mata Aisya.
“Nelly
yang haram tetap haram.”Nelly menarik muka masam.Serentak dengan
itu dia melangkah kearah mamanya.
“Er…maafkan
saya.Ni Aisya Al Zahra kan?”Aisya mengangguk.
“La…Aisya
tak ingat saya ke?Kita jumpa masa kat Giza dulu.Dalam plane kita
duduk samakan.Saya Adam.Adam Hariri.”Aisya sekali mengangguk.
“Saudara….maafkan
saya kerana menegur.Tapi yang haram tetap berdosa.Subahat saya kalau
tak tegur perbuatan saudara dengan adik saya tadi.Kita ada landasan
untuk bermesra.Dengan ijab dan Kabul.Fikirlah.”
‘Fuh…kan
dah kena ceramah kau Adam.Ni semua Nelly punya pasallah…’
“Er…saya..”Belum
sempat Adam menghabiskan ayatnya Puan Sri Maria muncul bersama
Nelly.Pasti kejadian tadi diadukan pada ibunya.
“Kakak..kenapa
ni?Kenapa buat adik macam tu?”Aisya melihat Nelly yang muncung
disebelah ibunya.Dia menarik nafas panjang.
“Maafkan
kakak mama.Tapi perbuatan Nelly melanggar hukum dan syarak.Kakak
terpaksa tegur.”Balas Aisya lembut.Adam hanya memerhati.
“Tu
mama tahu.Tapi ni kan ada majlis.Lepas habis majlis kakak
tegurlah.Dah mama tak nak dengar apa-apa lagi.”Aisya hanya
memandang ibunya dan Nelly beredar dari situ.Dia beristighfar.Dia
tidak suka pada majlis ini.Lelaki dan wanita yang bukan muhrim
bercampur.Pasti ada maksiat dan dosa.Sungguh dia dalam dilema.Tidak
tahukah mereka bahawa kita semua akan mati.Setiap yang bernyawa itu
akan ditanya segala perbuatan mereka di akhirat kelak.Dia teringat
pada satu firman Allah dalam surah Al Ankabut ayat 57 maksudnya
setiap jiwa akan merasai kematian kemudian kamu
semua akan dikembalikan pada kami.
Subhanallah…ampunilah
dosa-dosa hambamu ini.Aisya melangkah ke satu sudut.Duduk disebuah
kerusi mengadap ke kolam renang.Hatinya sayu dan sedih.Dia tidak tahu
caranya untuk menegur perbuatan ibu bapanya yang bertentangan dengan
ajaran islam tanpa menyakitkan hati keduanya.
“Assalamualaikum…”Aisya
memandang kearah suara memberi salam itu.Adam berdiri dihadapannya.
“Boleh
saya duduk?”Aisya mengangguk.
“Em…saya
tak tahu Aisya ada hubungan dengan Tan Sri Syamsuri.” ’Alahai
lembutnya bahasa kau Adam…’
“Mereka
ibu bapa saya…”Jelas Aisya.Adam terkejut sedikit.
“Tapi
saya tak pernah tengok Aisya sebelum ini.Saya tak tahu uncle ada anak
lain selain Nelly.”Aisya tersenyum.Sememangnya tidak ramai yang
mengetahui dia anak Tan Sri Syamsuri.
“Dari
kecil saya tinggal dengan nenek di taiping.Kemudian ke Al Azhar…dan
sekarang baru tinggal disini sebab nenek saya dah meninggal
dunia.”Adam mengangguk.
“Aisya
macam tak happy je?Sepatutnya happylah anniversary papa dengan mama
Aisya.
“Alangkah
baiknya kalau majlis ini diadakan bacaan tahlil dan doa
selamat.Bersyukur kerana DIA masih memanjangkan usia kita untuk terus
beribadat kepadanya.Dan alangkah baiknya muzik ini digantikan dengan
bacaan Yassin dan alunan ayat suci Al-Quran.Memohon keredhaan Allah
sehingga hari ajal datang menjemput kita.Atau kenduri kesyukuran
kerana kita masih diberi peluang bernafas untuk bertaubat diatas
segala dosa-dosa kita padaNYA.”Adam tersentak dengan kata-kata
Aisya.Terlalu dalam maksudnya.
“Kenapa
tak usulkan perkara ini pada keduanya.?”Adam menduga.
“Encik
Adam Hariri…saya hanyalah seorang anak yang hanya mampu memberi
pendapat.Saya tak mampu mengingkari perintah ibu bapa saya.Walau
apapun syurga saya masih dibawah tapak kaki seorang ibu.”Ada
airmata mengalir dari kejernihan mata Aisya.Adam mula memahami.
“Tapi
Aisya boleh menegurkan?”
“Encik
Adam sendiri lihat teguran saya pada Nelly sahaja sudah membangkitkan
kemarahan mama.Apatah lagi untuk menegur perbuatan mama…saya tak
mampu.Terguris hati mama…tak mungkin saya dapat melalui siratul
muntaha.”
‘Ya
Allah…gadis ini terlalu istimewa…’Hati Adam berbisik.
“Tapi
saya sedih kerana saya juga bersubahat dengan dosa ini.”
“Dosa?Maksud
Aisya majlis ini satu dosa?”Aisya mengangguk.
“Lihatlah….wanita-wanita
menayangkan auratnyaTidakkah mereka tahu sehelai rambut yang di
tayangkan pada bukan muhrim bermakna seribu tahun dineraka.Dan
muzik…bukankah itu hiburan syaitan laknatullah?Itu sahaja cukup
untuk malaikat atib mencatit dosa.Mendatangkan kemurkaan Allah
swt.’Adam merenung Aisya.
‘Ya
gadis ini terlalu istimewa…ya Allah dekatkanlah dia padaku.Deringan
telefon bimbit Aisya mematikan renungan Adam.
“Assalamualaikum…”Jawabnya
sebaik sahaja butang hijau ditekan.Adam hanya menjadi pendengar.
“Alhamdulillah…Allah
masih mengurniakan aku kesihatan yang baik.Kamu dimana Harith?”Hati
Adam sedikit tersentak bila nama Harith keluar dari bibir
Aisya.Harith!Bukanlkah lelaki itu didalam kapal terbang tempohari?
“Baiklah…nanti
aku akan bagitahu pada Nurul kamu mahu kesana.InsyaAllah kalau Tuhan
Izinkan aku juga akan menyusul.Syukran ya Harith… Asslamualaikum…”
Aisya menutup telefonnya.
“Siapa?”
“Teman
saya sewaktu di Al Azhar dulu.Seorang teman kami di Indonesia akan
berkahwin.Jadi dia mahu kesana.”
“Aisya?Tak
pergi?”
“Insya
Allah kalau Tuhan izinkan saya pasti berada disana.”Pasti
disana?Sudah tentu bersama lelaki yang dipanggil Harith itu.Hati Adam
mula tidak tenteram.
“Aisya
buat apa sekarang ni?Yelah maksud saya Aisya kerja ke apa ke?”Adam
cuba membuka ruang untuk terus berbual dengan Aisya.Peluang yang
dinantikan sejak pertemuan di Giza lagi.Nombor telefon Aisya masih
ada dalam simpanannya pemberian kak Najihah dulu.Sehingga kini setiap
kali ingin didail nombor tersebut dia menggeletar.Mungkin penangan
dari gadis ini.
“Saya
sedang menunggu kaputusan temuduga sebagai pembantu pensyarah di
UIA.”Adam mengangguk.Memikirkan apa lagi yang perlu ditanya pada
gadis ini.
“Oi…Nelly
kelam kabut cari kau kat sana bro…”Adam menjeling.Tidak puas hati
dengan kedatangan Zairi yang tiba-tiba.
“Biarlah…”Adam
menjawab ringkas.Sememangnya tempat duduk dia bersama Aisya sekarang
agak jauh dari meja utama.Dia memandang Zairi yang asyik memerhatikan
Aisya.Kemudian matanya beralih kepada Adam.
“Lupa
pulak…ni Aisya Al Zahra anak uncle Syamsuri.Aisya…ni Zairi anak
kawan papa Aisya.”Aisya mengangguk.Zairi menghulurkan salamnya.
“Maaf
bukan muhrim.”Zairi terkulat sendiri/Adam tersenyum.Padan muka kau
Ri…aku dulupun dah terkena.Teringat insiden dalam kapal terbang
dahulu.Adam masih tersenyum.
“Maafkan
saya.Tapi saya tak tahu uncle Syam ada anak lain.”
“Saya
baru tamat belajar di Al Azhar…”Jelas Aisya.’Dahlah Zairi…tak
payahlah ramah sangat….”Adam mengharapkan agar Zairi lekas pergi.
Kedatangan Zairi merosakkan perbincangannya dengan Aisya Al Zahra.
“Oh
ye ke.Jadi cik Aisya baru balik ke Malaysia lah ye…”Aisya
mengangguk.’Ish Zairi ni masa nilah nak beramah mesra.Blah lah
cepat….’
O…saya
tak tahu.K lah…aku pergi dulu.Ok Adam…”Zairi berlalu.Adam
tersenyum senang melihat langkah Zairi maninggalkannya kembali berdua
dengan Aisya.
“Saya
lihat Aisya lain sangat dari Nelly.Tak macam adik beradik.”Aisya
memandang sekilas pada Adam.
“Tak
ada apa yang lainnya.Semuanya sama sahaja.”
“Maksud
saya dari perwatakan dan sikap.Aisya lebih Islamic…”
“Setiap
manusia yang dilahirkan sebagai seorang muslim ada panduan dan
lunas-lunas yang perlu diikuti dan dipelajarinya.Rasulullah saw
sendiri pernah bersabda’utlumul ilmi minallahdi
ilallahdi….’tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad.’tak
ada istilah lebih Islamic atau tidak….Yang penting ilmu yang
macamana yang akan merencana diri kita bagaimana kelak..”Adam
mengangguk. ’Eleh…macamlah kau faham Adam….’
“Aku
fahamlah….bukan aku tak tau pasal agama lngsung.Cuma tak berapa
pandai je….’
“Susah
nak cari gadis macam Aisya ni sekarang…”
“Maksud
encik Adam?
“Yelah
sekarang ni kebanyakannya cetek tentang agama..”
“Saya
pun masih lagi belajar.Ilmu yang ada pada saya hanyalah sezarah dari
ilmu yang Allah cambahkan didunia ini.Ibarat sebutir pasir di tengah
samudera luas.”Adam menarik nafas.Aisya penuh dengan sikap rendah
diri.’Aisya bukan sebutir pasir tapi seperti sebiji mutiara yang
bersinar cantik.’itu telahan Adam.
“Maaf
encik Adam…saya masuk dulu…..Assalamualaikum…”Aisya melangkah
meninggalkan Adam.Aisya tidak mahu duduk berdua dengan Adam.Bimbang
pada fitnah yang boleh membawa padah.
“Waalaikumusalam…balas
Adam lembut.
Dia
insan istimewa…..Bisik Adam Hariri.Memerhatikan langkah Aisya Al
Zahra menyusup masuk ke dalam banglo mewah itu.
“Abang
Adam…puas Nelly cari..kat sini rupanya…”Adam melepaskan
keluhannya.Bosan melihat Nelly yang tidak sudah-sudah menggodanya.
SEJAK
majlis meraikan perkahwinan kedua ibu bapanya Aisya dan Nelly
bagaikan dua musuh.Pandangan Nelly pada Aisya bagaikan satu
dendam.Aisya tahu Nelly marahkan dirinya kerana berbual dengan
Adam.Tapi bukan dia sengaja.Adam menegurnya dahulu.Aisya perasan
setiapkali dia berada dimeja makan,Nelly takkan ada sama.Lantas Aisya
mengambil jalan mudah.Waktu siangnya dihabiskan dengan tugas barunya
sebagai pembantu pensyarah di UIA.Kadang-kadang usai solat maghrib
bersama teman-teman di masjid universiti barulah dia pulang.Jarang
sekali dia bersua muka dengan Nelly.
“Ya
Allah kau dekatkanlah jurang yang terbina diantara dua manusia yang
punya darah yang sama ini.”Itu doa Aisya setiapkali usai solatnya.
SEKALI
lagi bumi Mesir dipijak Aisya.Kali ini kedatangannya untuk menerima
ijazah dalam majlis konvekesyenn Universiti.Esok majlis itu
bermula.Hari ini teman-temannya mengajak melawati Kaherah sekali
lagi.
AISYA
hanya memerhati keseronokan Nurul dan teman-temannya yang lain
membeli belah di Nafeesa souk ini.Dia hanya memutuskan untuk duduk
disebuah kedai makan.Cukup memesan jus oren bagi menghilangkan
hausnya.Sejak tiba disini beberapa hari lalu,dia dan nurul saling
bertukar cerita.Disini hatinya kembali menjadi lapang.Bertemu dengan
ustaz Syahran…ustazah Fatimah….dia rasa dia bagaikan Aisya yang
dulu.Aisya yang sebelum kepulangannya ke Kuala Lumpur.Disini dia
rasakan ketenangan walau panas sahara sering menyapa tubuhnya.
“Assalamualaikum…”Satu
suara memberi salam dari arah belakang.Aisya berpaling.Tersenyum
seketika dia bila yang menyapanya adalah Harrith dan seorang lagi
teman mereka,Luqman.
“Waalaikumusalam…”
“MAna
yang lain?Nurul,Safia,Hamra dan Umairah?”Harrith bertanya.Dia
mengambil tempat dihadapan Aisya.
“Tengah
shopping.Kamu berdua dari mana?”Soalnya kembali.
“Dari
masjid.Bertemu dengan kawan-kawan yang lain.”Aisya mengangguk.
Memmang sejak lima tahun dulu,itulah rutin hidup pelajar disini.
“Tak
ada rencana lain Aisya?”Aisya memandang Harrith.Dia menggeleng.
“Nanti
selepas tamat konvokesyen…Nurul mahu sekali lagi ke pyramid.Aisya
pun tak tahu apa yang seronok sangat kat sana.”Aisya ketawa kecil
mengenangkan kegilaaan Nurul pada Piramid.Mungkin fikirnya dia boleh
menemui Firaun Nebkha barangkali.
“Aisya
ikut?”Aisya mengangguk.
“Maaflah…saya
nak beli barang sebentar.Ada yang pesan dari kampung..”Luqman
meminta diri.Terlupa seketika yang teman-teman dikampungnya memesan
membeli sesuatu sebagai cenderamata dari Kaherah ini.Harrith
mengangguk.Tinggal berdua dengan Harrith tidak menggusarkan
Aisya.Dulu sewaktu tiba kesini dia terkejut mendengar berita seorang
gadis dihukum penjara kerana keluar rumah seorang diri untuk ke
klinik.Disini,penduduk tempatan mereka tidak boleh keluar tanpa
muhrim.Undang-undangnya ketat.Berlandaskan islam.Cuma kelonggaran
diberi pada orang luar yang bekerja dan belajar disini.
“Aisya
belum mahu berumahtangga?”’Em..soalan perangkap ni.’Aisya
ketawa didalam hati.
“Belum.Kamu
sendiri?”Kali ini Harrith ketawa kecil.
“Entahlah
ya…belum bertemu lagi jodohny kot.”
“Mungkin
kamu terlalu memilih Harith…”Harith ketawa kecil.Sememangnya pada
usianya yang sudah menginjak ke angka 30 tahun sudah selayaknya dia
berumahtangga.Apatah lagi dia sudah punya pekerjaan tetap.Dulu
sebelum melanjutkan pelajaran disini dia bertugas sebagai guru
agama.Rezekinya bila ditawarkan program ijazah di Al-Azhar.Jujurnya
ada seorang wanita dihatinya Cuma dia takut untuk meluahkan
bicara.Takut disalah anggap dan persahabatan itu akan terlerai kerana
sikap berterus terangnya.
“Siapa
aku untuk memilih jodoh yang telah Allah tentukan Aisya.Kamu sendiri
macamana?”Harith menduga.
“Maksud
kamu?”
“Mungkin
dah ada yang bertahta dihati….”Aisya ketawa kecil.
“Belum
Harith.Aku serahkan pada Tuhan jodohku.Siapa pun yang DIA tentukan
aku terima.”Jujur Aisya berkata.
“Kalau
aku?”Aisya tersentak sedikit.’Jujurkah soalan ini?
“Sekalipun
kamu aku tetap terima Harith…”Harith memandang Aisya.Ada
kejujuran disebalik sinar matanya.
“Kata-kata
kamu betul Aisya?”Aisya mengangguk.
“Kalau
pertanyaan aku tadi serius?”
“Jawapanku
juga serius.”Pada Aisya dia hanya bersyukur kalau memang jodohnya
bersama Harith.Harith terdiam.Tidak diduga Aisya akan berkata
sedemikian.
Usai
majlis konvokesyen mereka kembali berpisah.Aisya di Kuala Lumpur dan
Harith meneruskan tugasnya di Perak sebagai guru.Begitu juga dengan
Nurul dan teman-temannya yang lain.Masing-masing punya komitmen
sendiri.
Sesekali
mereka berbalas email dan surat.
8
DAH
lama Aisya sampai?”Aisya menoleh seketika pada lelaki yang
mengambil tempat disebelahnya.Adam Hariri…entah kenapa sejak
akhir-akhir ini dia kerap bertemu lelaki ini.Mungkin hanya
kebetulan….(Kebetulan yang dirancang Allah)
“Alhamdulillah….dalam
setengah jam.”Aisya mengalih pandangannya pada anak kecil diatas
tilam.Comel sekali.Hampir mirip wajah ibunya yang kacukan cina dan
melayu.
Adam
turut memandang bayi yang baru berusia satu bulan itu.Sesekali
matanya mencuri pandang kearah Aisya.Dan seringkali juga itulah dia
cuba mencuri pandang kearah sepasang mata milik Aisya.Mata yang
membuatkannya angau beberapa bulan ini.
“Bos…jemput
makan.”Adam tersenyum senang pada Najihah.Dia tidak berganjak.Masih
berteleku disebelah Aisya.Berat kakinya untuk bangun.
“Aisya
dah makan?”Aisya menggeleng.
“Encik
Adam makanlah dulu.Sebentar lagi saya menyusul.”
“Aisya…makan
sekali kat sini.”Aisya memandang Najihah.
“Tak
pelah kak…biar encik Adam makan dulu.Kejap lagi saya makan.”Adam
memandang sekilas pada Aisya.Dia tahu Aisya tak akan mungkin makan
bersamanya.dengan rasa berat dia bangun dan duduk disebelah
Fikri.Seleranya pada lauk pauk dihadapan hilang.Dia tidak tahu
kenapa.Penolakan Aisya seolah-olah melukai hatinya.Namun dipaksa juga
menelan sesuap dua.
“Bos
ni kenapa?Macam tak lalu je?”Fikri tersenyum kearah Adam.Adam
menjeling.’Sibuk betullah Fikri ni..’Fikri cuba menyembunyikan
ketawanya.Dia tahu Adam Hariri.Sudah lima tahun dia bekerja dengan
lelaki ini.Malah dia tahu Adam punya perasaan pada Aisya.
Usai
makan makan,Aisya memohon diri untuk pulang dari Amira.Tidak betah
dia berlama-lama dirumah orang.
“Takkan
nak balik dah Cik Aisya?”Aisya memandang Fikri.Dia tersenyum
disebalik hijab birunya.
“Ada
kerja ke ?”Kalsom menyoal.Aisya menggeleng.
“Tak…tapi
dah lama sangat ni.Aisya balik dulu.”Dia menyalami dengan semua
orang disitu.Pandangan Aisya tiba-tiba bersatu dengan pandangan mata
Adam yang tidak lepas-lepas mengamati dirinya.Menerima pelawaan
Najihah yang menjemputnya meraikan kedatangan cucu pertama wanita
itu.Nur Kasih…anak pertama Amira.Amira masih muda.Sekitar 21
tahun.Sudah punya seorang anak.Sedangkan dia sendiri sudah menjangkau
ke angka 26 tahun.
“Cik
Aisya nak balik dengan siapa?”Suara itu kedengaran singgah di
cuping telinga Aisya.Dia tahu Adam yang bertanya.
“Saya
pulang dengan teksi.”
“Boleh
saya tolong hantar?”Adam ikhlas.Aisya menggeleng.
“Tak
pelah cik Adam….saya pulang sendiri.”’Pulang dihantar Adam
hanya akan menimbulkan fitnah dan salah faham.Lagipun Adam bukan
muhrimnya.Berdosa jika dia berduaan dengan Adam walau hanya dalam
kereta.Lagipun ini bukan keadaan darurat yang membolehkan dia
menghalalkan hukum yang haram.
Adam
hanya memerhati langkah Aisya keluar.’Melepaslah kau Adam….’
“Tu
lah bos…kalau nak tu cakaplah cepat-cepat.Esok-esok kalau
melepas…bos juga yang rugi…Jangan sampai cik Aisya tu jatuh hati
kat saya pula.”Adam menjeling pada Fikri.Akauntan itu masih ketawa.
“Yelah…gelaklah…awak
tengoklah nanti…”
“Alah
jangan cakap besar je bos….tunjuk bukti dulu.baru kami salute…”Hati
Adam panas.’diorang ni memang melampaulah……’Dalam dia dia
nekad untuk mendekati Aisya.
Bukan
kerana cabaran Fikri.tapi kerana dia sudah jatuh cinta dengan Aisya
Al Zahra.
9
NELLY
menjeling tajam saat berselisih dengan Aisya ditangga.Aisya melihat
jam didinding.2.30 pagi.Dia menggeleng kepalanya.Tadi waktu
berselisih dengan Nelly ada bau yang kurang menyenangkan dari
Nelly.Aisya tahu Nelly minum air kencing syaitan itu.Dia memejamkan
matanya seketika.Sudah puas dia menasihati Nelly…tapi Nelly tidak
pernah mengendahkannya malah menempelaknya pula.Tidakkah Nelly tahu
bahawa setitik air syaitan itu menerobosi kerongkongnya maka 40 tahun
dia dimasukkan ke neraka?
Aisya
teringat dua hari lepas Nelly bertengkar dengannya hanya gara-gara
dia menerima panggilan dari Adam.Kata Nelly Adam adalah haknya.Aisya
hanya beristighfar saat Nelly meninggikan suara pada dirinya.Hanya
kerana seorang lelaki,Nelly sanggup menempelaknya.
“Kakak
jangan cuba nak goda abang Adam.Papa dengan mama nak jodohkan Nelly
dengan abang Adam.Kakak jangan nak menyibuk tau.”
“Subhanallah….tak
pernah terlintas dihati kakak untuk goda Adam.”
“Habis
tu kenapa abang Adam call kakak?”Sinis Nelly.Aisya menarik nafas
panjang.
“Adam
Cuma sampaikan pesan Najihah jemput kakak kerumahnya.Ada majlis
kesyukuran.Itu sahaja Nelly.”Nelly menjeling marah.Walau apapun
alasan Aisya…dia tidak boleh terima.Malah apa yang lebih
menyakitkan hatinya bila dia medapat tahu perkenalan Aisya dan Adam
di Mesir.Itupun dia terdengar perbualan Fikri dan Hafiz.Hatinya
meluap rasa marah.Ingin sahaja dihalau Aisya supaya pulang ke
taiping.Tapi dia tahu dia tidak ada kuasa.Rumah ini rumah Aisya
juga.Hatinya meluat dan sakit melihat Aisya.Apatah lagi ibu bapanya
juga seakan melebihi Aisya dari dirinya saat ini.
“Kakak
jangan cuba nak ambil abang Adam…ni Nelly bagi warning ok.”Aisya
menggeleng perlahan.
“Astaghfirullahalazim….”Aisya
kembali tersedar dari lamunannya.Hanya kerana seorang lelaki saudara
sedarah daging bertengkar.Pasti syaitan sedang berteriak gembira.
Dia
melangkah kearah dapur.Sudah menjadi kelazimannya sebelum tahajud dia
gemar membasahkan tekaknya dengan air suam.
10
“ASSALAMUALAIKUM……..”Harith
yang sedang menjamu selera bersama temannya di sebuah kedai makan
memandang gadis berpurdah dan seorang lelaki disampingnya.Tidak sukar
untuk mengenali siapa gadis itu walau hanya matanya yang
kelihatan.Lima tahun hampir setiap hari dia bertemu dengan Aisya.Tapi
lelaki ini…siapa dia?Hatinya mula tertanya.
“Waalaikumusalam…Aisya
Al Zahra…jemput duduk.”Aisya memandang seketika pada lelaki
disebelahnya sebelum berkata.
“Kita
makan bersama mereka sahaja ya….”Adam mengangguk dalam
terpaksa.’Adui…baru dapat peluang nak dating berdua dah ada
pengacau.Namun dipaksanya bibirnya mengukir senyuman.
“Kamu
dari mana Aisya?”
“Aku
sebenarnya ke kedai buku.Kebetulan bertemu Adam disini.Oh ya…sebelum
aku terlupa ini Adam Hariri…anak kenalan papa aku.Adam ini Harith
teman saya sewaktu di Mesir dulu.”Mereka bersalaman.Termasuk
kenalan Harith.Seorang guru agama dari Pulau Pinang.Adam tersenyum
dalam terpaksa.Tadi hatinya amat gembira terserempak dengan Aisya.
AISYA
leka meneliti isi kandungan tafsiran Al-Quran keluaran terbaru.Tafsir
Al-Quran itu lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana.Sememangnya dia
sudah punya beberapa buah tafsir Al-Quran baik dalam bahasa Melayu
dan Inggeris.Namun salah satu yang menjadi kesukaannya adalah
pemberian dari Harith lewat ketika hari lahirnya ke 26 tahun.Tafsir
Al-Quran yang mengandungi terjemahan tiga bahasa.Aisya membuka laman
surah Al Kahfi.Surah yang paling digemarinya.Tidak jemu dia membaca
kisah yang Allah catitkan dalam kitab suci itu tentang tujuh pemuda
yang beriman.Allah menjanjikan mereka syurga.Matanya meniti pada
sepotong ayat dari surah itu.Ayat 30 maksudnya.’Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik sudah tentu
kami tidak akan membuang sahaja pahala orang-orang melakukan
perbuatan baik.’Allah itu amat telus dan adil.DIA akan memberi
balasan kepada orang yang mengerjakan perbuatan baik dan begitu
sebaliknya.
“Ehem..’Aisya
berpaling.Adam sedang berdiri dibelakangnya.Sejak kebelakangan ini
kehadiran Adam kerap menganggu dirinya.Asiya tidak tahu apa yang
membuatkan lelaki ini selalu bertemunya.
“Assalamualaikum….”Aisya
mengucap salam seperti kelazimannya.
“Waalaikumusalam….Cik
Aisya beli buku ke?”
“Baru
nak beli.Encik Adam buat apa kat sini?”Hairan bertandang dalam hati
Aisya melihat kehadiran seorang pengarah urusan syarikat di kedai
buku yang kecil ini.Lagipun Pustaka An Nur ini hanya menjual
buku-buku agama.
“Tadi
saya lalu kat sini…lepas tu saja singgah sekejap.Kemudian nampak
Aisya…tu yang tegur tu.”Aisya mengangguk.’Pandailah kau Adam
mencipta alasan…’
“Cik
Aisya beli buku apa tu?”Aisya menyerahkan tafsiran Al-Quran itu
kepada Adam.
“Cik
Aisya suka baca tafsir Al-Quran?”Aisya mengangguk.
“Kita
baca Al-Quran.Tapi kadang-kadang kita tak tahu maksudnya.Hanya bacaan
kosong.Alangkah baiknya kalau kita mendalami maksud setiap ayat
didalamnya.”Aisya melangkah ke kaunter.Adam mengekorinya.Ketika
Aisya ingin membuat pembayaran,Adam terlebih dahulu mengeluarkan dua
keping not lima puluh dari poketnya lantas dihulurkan pada
juruwang.Aisya mengerutkan keningnya.
“Anggap
sahaja pemberian dari saya…ikhlas”Aisya kurang senang.Tapi dia
tetap menerimanya.Kalau Adam ikhlas dia berterima kasih.
“Terima
kasih.”Adam mengangguk senang.Keduanya keluar dari pustaka An Nur.
“Em…Cik
Aisya boleh kita makan sekejap?”Langkah Asiya terhenti.Dia
berpaling seketika pada Adam disebelahnya.’makan dengan Adam?Lelaki
yang bukan muhrimnya?’
“Jangan
salah faham.Bukan maksud saya….saya inginkan balasan atas pemberian
tadi.Saya ikhlas.Lagipun tak salahkan kalau saya pelawa Cik Aisya
makan bersama.Lagipun kita kat tempat awam.Ramai orang….”Aisya
menarik nafas seketika sebelum mengangguk.Dirasakannya pelawaan Adam
ikhlas walaupun hatinya sedikit gusar.
“Tapi
kita makan disini sahaja ya.”Giliran Adam pula yang
mengangguk.’Bestnya ada peluang makan dengan buah hati…’Dia
tidak kisah walaupun makan di warung tepi jalan seperti ini.
‘Buah
hati konon…..bila pulak Aisya tu jadi buah hati kau Adam?’Adam
tersenyum senang.Namun hasratnya hampa bila bertemu dengan Harith.
“Kamu
buat apa di kuala Lumpur?”Pertanyaan Aisya mengembalikan
ingatan Adam kealam nyata.Harith kini menjadi pengajar di sekolah
menengah agama Idrisiah Kuala Kangsar.Baru beberapa hari lepas mereka
berpisah di KLIA selepas pulang dari Indonesia meraikan hari
perkahwinan Nurul.
“Aku
sebenarnya ada kursus di Universiti Malaya.Sekolah yang
hantar.”Harith tersenyum memandang Aisya.Manis sekali.Sekali lagi
hati Adam terdetik rasa cemburu.
“Aisya…”Panggilan
lembut Harith membuatkan kepala Aisya sedikit mendongak.Hati Adam
semakin berdetik kencang.Panggilan itu dirasakannya terlalu
romantis.’Kau ni cemburu tak bertempat lah Adam…’
“Em…bagaimana
dengan Nurul ya?”Sebenarnya ada soalan lain yang berlegar di
fikiran Harith.Namun melihat situasi begini rasanya tidak sesuai
ditanyakan soalan itu.Apatah lagi masih ada dua hari dari tempoh yang
Aisya berikan kepadanya.
“Dua
hari lepas dia baru telefon aku.Rasanya dia pengantin yang
bahagia.Apatah lagi sekarang dia bekerja di firma guaman milik
suaminya.”Aisya tumpang bahagia mendengar cerita dari
Nurul.
“Alhamdulillah…mudah-mudahan
rahmat TUHAN sentiasa memayungi keduanya.”
“Amin…”Tambah
Aisya.Ungkapan Harith satu doa buat keduanya.
Harith
menjamah seketika pada wajah Aisya yang kelihatan hanya sepasang
matanya yang bersinar.’Em…lagi dua hari…’Bisiknya
sendiri.Teringat tempoh yang diminta Aisya lewat pertanyaanya empat
hari lepas.Aisya meminta tempoh enam hari untuk memberikan
jawapannya.Harith berdoa jawapannya positif.Namun jika Aisya menjawab
sebaliknya,persahabatannya dengan Aisya akan tetap utuh.Aisya
bagaikan bayangan Rabiatul Adawiyah.Mungkin bezanya banyak tapi
seakan-akan sama.Itulah yang selalu dikatakan harith pada Aisya
walaupun Aisya kerapkali menafikannya.
“Aisya…aku
ada seseuatu yang ingin aku tanyakan pada kamu..Dan aku perlukan
jawapan sejujurnya dari kamu.”Aisya memandang Harith seketika
sebelum kembali menjamah lautan yang terbentang di daerah Bandung
ini.Hatinya berdebar seketika.Usai majlis perkahwinan Nurul
semalam…mereka mengambil kesempatan berjalan-jalan disekitar daerah
ini sebelum kembali ke Malaysia malam nanti.
“maaf
kalau pertanyaan aku menyinggung perasaan kamu.Aisya…Aku bagaikan
Luqman Al Hakim yang terpesona dengan kecantikan Rabiatul Adwiyah
walaupun hanya pada pandangan matanya.Dan kamu bagaikan penyambung Al
Zahra dari ahlil bait.Pada kamu ada kesempurnaan seorang wanita.Pada
kamu ada sifat zuhud Sumaiyah…ada ketegasan Aisyah ra dan ada
kelembutan Fatimah Al Zahra.Sedari awal aku mengenali kamu…terus
terang hati aku bergetar.Cuba aku menafikannya kerana mungkin itu
hanya mainan Syaitan untuk menjurus aku kearah godaanya.Tapi akhirnya
aku tahu itu bukanlah mainan Syaitan tapi adalah firasat bahawa kamu
sememangnya seorang wanita yang sempurna.”Harith berhenti
seketika.Cuba mengumpul kekuatan untuk berterus terang pada Aisya.
“Apa
maksud kamu Harith?Dan jangan terlalu memuji aku.aku Cuma wanita yang
biasa.Yang masih lagi mencari arah hidup dan peganganku.”
Harith
merenung butiran pasir.Sesekali matanya memandang kearah Asyraf dan
Luqman yang tidak jauh dari mereka.Suara Harith perlahan
sekali.Mungkin bimbang didengari dua sahabatnya itu.Lagipun mereka
sedang rancak berbual dengan safya,umairah dan bersama Nurul serta
suaminya.
“Aisya….sudikah
kamu jika aku menawarkan diri sebagai imam kamu untuk bersama
melayari sebuah bahtera yang dipanggil rumahtangga?Sudikah kamu
menjadi Al Zahraku…..dengan akad dan lafaz ijab dan Kabul?Seperti
sucinya hubungan Adam dan Hawa…Sulaiman dan Balqis dan Yusuf dan
Zulaikha?Sudikah kamu kalau aku menawarkan diriku untuk menjadi
pendamping kamu?Aku tahu aku bukanlah sehebat Saidina Ali namun aku
akan cuba menjadi yang terbaik buat kamu..”
Aisya
sedikit tersentak dengan pertanyaan tidak diduga dari Harith.Lama dia
menghela nafasnya.
“Harith….mengenali
kamu umpama satu rahmat buatku.Pada kamu ada kesempurnaan seorang
lelaki.Harith…andai ALLAH suratkan jodoh aku bersama kamu…aku
terima dengan redha.Namun aku mohon beri aku masa untuk
beristikharah…memohon petunjuk Allah.Perkahwinan padaku bukan untuk
sehari dua….tapi aku perlukan seorang suami yang akan bersama ku di
akhirat nanti.”Harith tersenyum.Senang dengan jawapan
Aisya.’Alhamdulillah…Aisya tidak terus menolak dirinya.’
“Baiklah
AIsya.Ambillah berapa lama masa yang kamu perlukan.Aku tetap menunggu
jawapan kamu.”Aisya tersenyum.Alhamdulillah…Harith tidak memaksa.
“Bagi
aku enam hari dan aku akan beri jawapnnya.”Harith mengangguk.
“Harith..”Panggilan
Aisya mematikan khayalan Harith pada peristiwa empat hari lepas.
“Aku
mahu pulang sekarang…”Rupanya Aisya sudah selesai makan.
“Adam
hantar kamu?”Adam sedikit tersentak.’Apahal pulak mamat ni nak
sibuk-sibuk.Bunyi cam jeles je….sukahatilah kalau Aisya nak balik
dengan akupun.’
“Aku
pulang sendiri.”Aisya bangun.Adam turut sama bangun.
“Baiklah…hati-hati.”Harith
menitipkan pesan.Aisya mengangguk.
“Harith….”Harith
memandang kearah Aisya.
“Tentang
soalan tempohari…..”Aisya terhenti seketika.Kemudian Aisya hanya
mengangguk sebagai pengganti jawapannya.Harith tersenyum senang. Adam
terpinga-pinga.
“Kata
kamu perlukan enam hari?Tapi….”Mereka beriringan keluar dari
kedai makan itu.Adam gelisah sendiri.Dia hanya menjadi pendengar.Dan
rasanya perbualan Harith dan Aisya menganggu perasaanya saat ini.
“Tiga
hari sudah cukup untuk aku membuat keputusan.Kamu hadir setiapkali
lepas istikharahku.Aku tahu itu adalah petunjuk dari NYA.”
“Alhamdulillah…terima
kasih Aisya.Sukar aku gambarkan perasan aku ketika ini.”Aisya
tersenyum.Dia tahu Harith adalah jodohnya.Teman Harith hanya menjadi
pendengar bicara yang dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.
“Kabarkan
pada orang tua kamu aku akan menyusul untuk meminta kamu dari
mereka.”Adam bagai terawang-awang bila Harith menuturkan kata-kata
itu.’No…Aisya milik aku.’Hatinya menjerit.Adam sudah tidak
mampu berdiri walau sesaat.Perbualan Aisya dan Harith menganggu
dirinya saat ini.’No tak mungkin….’Dia bagai terpaku
sendiri.Langkahnya terhenti.’Aisya…bisiknya sendiri.
11
MALAM
itu sekali Aisya menerima panggilan dari Adam selepas panggilan
pertamanya menjemput kerumah Najihah dahulu.
“Ada
apa encik Adam?”
“Aisya…maaf
kalau saya bertanya.Dan maaf juga kalau pertanyaan saya menganggu
Aisya.”Terdengar deruan nafas panjang Adam.Mungkin mencari kekuatan
barangkali untuk mengisi bait-bait seterusnya.
“InsyaAllah…saya
akan cuba menjawabnya.”Kedengaran sebuah keluhan dilepaskan dari
sebelah sana.
“Tadi
selepas makan bersama Harith saya terdengar perbualan Aisya dan
Harith.Maaf kalau saya mahu tahu apa sebenarnya yang dicakapkan?”
“Tentang
itu…tapi kenapa Adam ingin tahu?”
“Sayapun
tak tahu kenapa.Tapi kalau Aisya rasa tidak mahu jawab…saya tak
kisah.”Ada nada rajuk dalam ucapan itu.Aisya terdiam seketika.
“Harith
melamar saya waktu di Indonesia dulu.Dan hari ini saya beri jawapan
kepada lamarannya.”
“Aisya
menerima Harith?”
“Insya
Allah jika Allah izinkan,saya menerima Harith sebagai suami.”
“Aisya
pasti dengan keputusan Aisya?”Aisya pelik dengan pertanyaan
Adam.Kenapa lelaki ini ingin mencampuri urusan hidupnya.
“Saya
menerima Harith kerana saya kenal siapa dia.Saya menerima Harith
setelah istikharah saya.Saya menerima Harith kerana saya yakin Harith
mampu menjadi imam saya..mampu membimbing saya dan Harith mampu
mengemudi rumahtangga yang akan dibina.”Aisya yakin.5 tahun dia
mengenali siapa Abdul Harith Ismail.Dia yakin pilihannya tidak silap.
“Yakinnya
Aisya?”Adam menduga.
“Keyakinan
hanya pada ALLAH swt.Saya percaya pada qada’ dan qadar.Tapi kenapa
Adam terlalu ingin tahu?”Adam diam seketika.
“Tak
ada apa-apa Aisya.Maaf kalau sekali lagi saya bertanya.Apa istimewa
nya Harith sehingga menerimanya sebagai teman hidup Aisya?”
“Adam
Hariri…tidak sempurna seorang lelaki melainkan jika dia dapat
menyelamatkan isteri anak dan kedua ibu bapanya dari azab naraka.Dan
itulah yang saya cari dalam hidup saya.Harith punya pegangan
agama.Hanya itu yang boleh saya katakan.Mudah-mudahan dia mampu
menjadi imam saya dan anak-anak kelak.”
“Maksud
Aisya….lelaki lain tak layak buat Aisya.Kerana Harith graduan dari
Al Azhar maka dialah sahaja yang layak buat Aisya?”Aisya menarik
nafas seketika.Bingung dengan soalan terus menerus dari Adam.
“Adam,saya
tidak pernah memilih.Hatta siapapun jodoh saya saya terima.Mungkin
dari azali Allah telah tetapkan jodoh saya bersama Harith.Namun
selagi belum lafaz ijab dan Kabul…saya sendiri tidak berani cakap
Harith adalah jodoh saya.Apa sahaja mungkin akan berlaku.Kita hanya
merancang Tuhan yang menentukan.”Jelas Aisya.Adam terdiam seketika.
“Benar
Aisya menyintai Harith?”Aisya terdiam sebelum menjawab.
“Adam…cinta
saya hanya kepada Allah,Rasul dan agama.Kalau ada Cuma mungkin rasa
kasih sebagai seorang manusia yang punya nurani terhadap Harith.Lima
tahun saya mengenali Harith Ismail.Insya Allah mudah-mudahan jodoh
ini diredhai Tuhan.”
“Saya
doakan Aisya bahagia…”Lantas tanpa salam talian dimatikan.Aisya
terkedu.Fikirannya penuh tanda Tanya pada sikap Adam.
“DIA
dah nak kahwin kak.”Adam tidak tahu kenapa perlu dia meluahkan
rasanya pada Najihah.Mungkin Najihah sudah dianggap sebagai kakaknya
walaupun wanita itu hanyalah pembantu akaun di syarikatnya.
“Maksud
bos?Siapa?Aisya?”Sememnagnya sejak di Kaherah lagi Najihah seakan
dapat menyelami perasaan Adam terhadap Aisya.Sekembalinya ke Malaysia
dia bertambah yakin saat Adam meminta nombor telefon Aisya
darinya.Adam hanya mengangguk.
“Mana
bos tahu?”Adam menggeleng lemah.
“Dia
sendiri yang bagitahu saya.Dia telah dilamar oleh teman
universitinya.Lelaki yang sama naik plane dengan kita dulu.”Najihah
mengerutkan keningnya.Cuba mengingati wajah lelaki itu.Akhirnya
gambaran seorang lelaki berjubah putih terlihat dimindanya.Tapi masih
samara-samar.
“Sabarlah
bos.Jodoh pertemuan tu kan kat tangan Tuhan.Diorang belum kahwin
lagikan?”Sekali lagi Adm menggeleng.
“Bos
berterus terang tak perasaan bos pada Aisya?”Najihah simpati pada
Adam.Betullah kata orang lelaki yang tak pernah jatuh cinta ni sekali
putus cinta memang merana.
“Nak
berterus terang apa kak….dia dah nak jadi milik orang…”Adam
memandang keluar jendela.Mentari baru melebarkan sayapnya.Entah
kenapa dicelah awan gemawan putih itu dia seakan ternampak sepasang
anak mata Aisya yang bersinar.
“Aisya…..akukah
yang terlewat atau pertemuan kitakah yang terlambat?Aku cemburu pada
Harith.Dia punya lima tahun bersama Aisya……’
Najihah
bangun perlahan-lahan.Seketika dia memandang kearah Adam yang begitu
ketara perubahan wajahnya.’Ya Allah….berilah dia kekuatan.
12
TAN Sri
Syamsuri suami isteri senang sekali menyambut rombongan dari Adam
Hariri.Walaupun berbeza kedudukan tetapi itu bukanlah penghalang
kepada Tan Sri Syamsuri untuk menerima Harith sebagai
menantunya.Malah budi bahasa Harith sedikit sebanyak menyenangkan
hati mereka.Apatah lagi dengan didikan agama yang ada pada anak muda
itu.
Tan Sri
Syamsuri akui sejak kepulangan Aisya banyak merubah hidup mereka
suami isteri.Mungkin malu pada anak gadis itu.Aisya tidak pernah
menegur perbuatan salah mereka secara terang-terangan tapi penuh
dengan tertib seorang anak.Malah apa yang lebih ketara bila isterinya
mula menutup rambutnya.Dia teringat ketika asyik menonton televisyen
pada waktu maghrib,Aisya mendekati mereka berdua.Perlahan-lahan anak
itu mengajak keduanya untuk solat berjemaah.
Dia
terasa disindir dalam diam.Namun entah kenapa sindiran itu tidak
meninggalkan kemarahan buatnya tetapi dia rasa ada ketenangan dari
ajakan itu.Malah aktiviti malamnya bersama teman-teman semakin
dikurangkan.Sepatah kata-kata Aisya yang masih terngiang
ditelinganya’Mama…papa….selagi kita diberi peluang olehNYA
untuk bernafas itu bermakna DIA mahu kita beribadat dan mengabdikan
diri kepadanya supaya tiada sezarahpun rasa kesal bila kita ke liang
lahad nanti.’Kata-kata Aisya itu meruntun hati tuanya.
Dia
masih ingat dahulu dia jengkel bila Aisya menerima tawaran dari Al
Azhar.Dia mengharapkan Aisya belajar di Australia.Tapi anak itu amat
menyayangi islam melebihi sayangnya kepada kedua ibu bapanya.Akhirnya
dia akur pada pilihan Aisya.
Majlis
perkahwinan Aisya akan berlangsung dalam dua minggu lagi.Itulah
tempoh yang ditetapkan kedua-dua pihak.Permintaan Aisya biarlah hanya
majlis akad nikah dan hanya kenduri kecil.
Keluarganya
akur.Nelly hanya mencebir bibir.Baginya pilihan Aisya untuk berkahwin
dengan Harith tidak sesuai.Apatah lagi Harith hanya lah anak kepada
seorang bekas pengetua sekolah.Namun dia senang kerana Aisya akan
berlalu dari hidup Adam.Dia tidak suka bila Adam mendekati Aisya.
Dia
rasakan bahawa Aisya hanya akan merampas Adam darinya.’Nantilah dia
akan ususlkan pada papa dan mama untuk percepatkan perkahwinannya
dengan Adam.Dia jelek dengan sikap Aisya.Mama dengan papanya pun
seolah-olah menyebelahi Aisya saat ini.Dia tidak lagi seperti
dulu.Bebas keluar malam.
Limitnya
hanya sehingga pukul sepuluh.Dia memberontak.Kadang-kadang tanpa
pengetahuan ibu bapanya dia pulang jam 3 pagi ketika yang lain sedang
lena.Tapi selalunya dia terjerat bila Aisya bangun untuk
bertahajud.’Argh…mudah-mudahan lepas kahwin dia berambus ikut
laki dia.’Nelly menjeling marah.Dia rimas pada perbincangan
keluarganya untuk majlis itu nanti.Lantas dia membawa diri ke
biliknya.
Adam
menghitung hari saat perkahwinan Aisya dan Harith.
Setiap
hari dia termenung.
WALAUPUN
sederhana tapi kemeriahannya tetap terasa.Demi memenuhi permintaan
ibunya,Aisya mengenakan kebaya labuh dari kain organza italy.Hijabnya
dikenakan kain satin dari warna peach.Veil labuh diletakkan bersama
karangan bunga dikepalanya.Tanpa mekap hanya matanya yang
kelihatan.Jari jemarinya diinai merah.Hati Aisya sedikit
berdebar.Seketika nanti rombongan Harith akan tiba.Majlis pernikahan
akan diadakan dirumah sahaja.
“Assalamualaikum…”Dipintu
terjengul wajah Najihah dan Kalsom.Ditangan mereka ada hadiah untuk
pengantin baru.
“Tahniah
Aisya.”Najihah memeluk Aisya.
“Terima
kasih kak.”Dia tersenyum.Najihah dan kalsom mengambil tempat
disebelah Aisya.
“Kakak…”Panggilan
dari Puan Sri Maria yang cantik berkebaya peach dan selendang warna
yang sama muncul dipintu.Aisya memandang wajah ibunya.
Bersyukur
seketika pada perubahan ibunya walaupun tidak banyak.Mudah-mudahan
itu permulaan yang baik.
“Ni
ada orang nak jumpa kakak jap.”Adam Hariri muncul disebalik
pintu.Pandangan Aisya bersatu dalam anak mata Adam.Adam melangkah
masuk.
“Tah…tahniah
Aisya.”sekotak hadiah berbungkus kertas biru dihulurkan.”
“Terima
kasih Adam…”Adam hanya mengangguk.Dia terpesona sekali pada
pandangan mata Aisya apatah lagi kecantikannya walau hanya pada
pakaiannya.Hatinya tiba-tiba sebak.Berhari-hari dia cuba menerima
kenyataan Aisya akan jadi milik orang lain.Akhirnya dia akur.
Najihah
mamandang wajah sugul Adam.Dia simpati.Namun segalanya atas kuasa
dari Yang Maha Kuasa.
AISYA
mengalirkan airmatanya saat dia sah menjadi isteri Harith.Dalam
debaran menanti Harith,dia mengucapkan syukur kepada Allah swt.Ibunya
tersenyum manis melihat anak gadisnya kini sudah menjadi milik orang
lain.
Tiba-tiba
dia rindukan neneknya.Alangkah bagus kalau nenek ada disini
menyaksikan pernikahan Aisya?
Aisya
menunduk saat Harith menyarungkan cincin kejari manisnya. Tangan
Harith dikucup lembut.Harith menghadiahkan sebuah ciuman
didahinya.Disatu sudut ada sepasang mata yang sedang memerhatikan
kedua mempelai dengan pandangan yang sukar digambarkan.Selesai sesi
bergambar,dia ditinggalkan seketika bersama Harith didalam bilik
pengantin.Harith akan pulang semula ke Perak sementara menunggu
majlis resepsi yang akan berlangsung tiga hari lagi.
Aisya
duduk dibirai katil saat Harith menghampirinya.Pintu bilik ditutup
rapat.Harith duduk disisi Aisya.Memegang lembut jemari Aisya lantas
dibawanya ke bibir.
“Terima
kasih Aisya kerana menerima abang dalam hidup Aisya.”Aisya
sebak.Dia hanya mampu mengangguk.Siapa sangka jodohnya bersama teman
sekuliahnya sendiri.Jemarinya dilepaskan dari genggaman
Harith.Perlahan-lahan tangannya membuka butang hijab yang selama ini
menyembunyikan wajahnya.
Harith
terkedu.Masya Allah…kau berikan aku seorang bidadari…..Wajah
Aisya putih bersih.Wajahnya disinari Nur dari wudu’nya yang
sempurna.Bibirnya merah.Wajahnya bujur sireh….Aisya memang seorang
wanita yang sempurna.
“Ya
Allah…..Aisya memang bayangan rabiatul Adawiyah.Abang lah insan
yang paling bertuah memiliki Aisya sebagai permaisuri hidup
abang.Aisya tersenyum.Senyuman yang selama ini hanya disebalik
hijabnya.
“Kecantikan
yang Allah anugerahkan pada Aisya hanyalah untuk tatapan suami
Aisya.Dan hari ini Allah berikan abang hak itu.”Harith
tersenyum.Lantas sekali lagi sebuah kucupan dilekapkan didahi Aisya.
“Aisya
andai Tuhan takdirkan hayat abang hanya disini,abang tetap bersyukur
kerana diberi peluang bersama seorang bidadari bernama Aisya Al
Zahra.”Aisya terharu dengan kata-kata Harith.
“Jangan
cakap macam tu.Aisya milik abang dan Allah.”
“Aisya…seandainya
abang tidak dapat menyempurnakan ikrar abang sebagai seorang
suami,abang mohon jika ada seorang Adam hadir dalam hidup Aisya dan
mampu membahagiakan Aisya terimalah dia.”
“Apa
yang abang cuba sampaikan?”Harith menggeleng perlahan.Dia sendiri
tidak tahu kenapa dia berkata begini.Cuma yang dia tahu,perasaanya
memaksa untuk dia meluahkan kata-kata itu.
“Tak
ada apa-apa Aisya.”Harith menarik Aisya kedalam pelukannya.Penuh
kasih sayang.
12
AISYA
gagal menahan sebaknya.Dia cuba kuatkan hati dan perasaannya tapi dia
hanyalah manusia biasa yang Allah anugerahkan perasaan yang
halus.Perasaan yang cukup senang dicalar.Persaan yang cukup mudah
tersentuh apatah lagi dengan perkhabaran ini.
“Aisya
sabar sayang….”Dia cuba ditenteramkan papanya.
“Kakak…ini
ujian.”Ibunya mengambil giliran.Aisya meraup wajahnya. Sepanjang
perjalanan kesini tadi hatinya masih berdoa agar semuanya satu
kesilapan.Mana mungkin.Baru lima jam dia bergelar seorang isteri tapi
sekarang dihadapannya hanya sekujur tubuh kaku.
Tiada
lagi kata-kata romantis tiada lagi pujian yang keluar dari bibir
harith.Aisya memejamkan matanya rapat-rapat.Cuba beristighfar
walaupun kenyataan ini terlalu pahit buatnya.Dia cuba menjadi setabah
Al Zahra puteri Rasulullah saw tapi jiwanya gagal.
Dia
hanya duduk dikerusi saat orang-orang meminta keizinannya untuk
menguruskan jenazah Harith.Aisya meraup wajahnya sekali lagi.Baru dia
perasan dia tidak memakai hijab.Mungkin kerana terlalu
terburu-buru.Diingatnya kembali sewaktu menerima panggilan dari adik
lelaki harith dia baru usai solat maghrib.Dia hanya sempat menyarung
jubah putihnya dan tudung litup.
Sanak
saudara Harith cuba mententeramkannya.Siapa sangka siapa menduga dia
bergelar balu selepas lima jam lafaz ijab kabulnya.
“Aisya…”Aisya
memandang ibu harith.Wanita yang kini sudah menjadi sebahagian dari
hidupnya.
“Kita
kena redha ini ujian Tuhan buat Aisya.Mak sendiripun sukar nak terima
sedangkan Harith sangat gembira sebelumnya.Dia masih ada bersama kita
Aisya walau jasadnya telah tiada.”Aisya mengalirkan airmata sekali
lagi.Terlalu pahit menerima kenyataan ini.Suami yang baru dinikahi
pergi dan tak akan kembali lagi.Aisya masih ditempat duduknya bila
jenazah Harith dibawa keluar dari bilik otopsi.Dia tidak mengizinkan
jenazah Harith dibedah siasat.Biarlah pergi Harith dalam keadaan
sempurna dan sesempurna itulah juga bila jasadnya dikebumikan nanti.
“Aisya…”Satu
suara memanggilnya dari belakang didalam keriuhan orang dibilik mayat
ini.Aisya berpaling.Adam sedang berdiri dibelakangnya.
Saat
terpandang wajah Aisya yang selama ini bersembunyi disebalik
hijabnya,Adam terkaku.’Ya Allah…bidadarikah dia?’Aisya menunduk
kembali.
“Aisya….saya
simpati atas apa yang berlaku…”Adam duduk berhadapan dengan
Aisya.
“Terima
kasih Adam.”
“Saya
terkejut bila kak najihah bagitahu tadi.Aisya ok?”
“Walaupun
pedih tapi ini qada’dan qadar dari Allah swt.saya kena redha.Harith
milik Allah dan Allah boleh ambilnya bila-bila sahaja.Mungkin Allah
lebih menyayangi dia…Harith Cuma dipinjamkan seketika di dunia fana
ini dan hari ini dia kembali kepada penciptanya..”Ada air jernih
mengalir dari mata Aisya.
‘Ya
Allah…tabahnya gadis ini.Mungkin iman didalam dirinya yang
membuatkan dia setabah ini menghadapi ujian paling getir ini.Aisya
bangun bila jenazah Harith dikeluarkan.Dia menghampiri pengusung yang
meletakkan jasad Harith.
“Papa…Aisya
ikut van mayat ye?’Tan Sri Syamsuri mengangguk.Aisya menaiki van
mayat.Duduk bersebelahan jenazah Harith.Diselaknya kain yang menutupi
wajah harith.Lama wajah suaminya itu dipandang.Dia cuba menahan
airmatanya dari menitik.
Dia tahu
setitik airmatanya jatuh pada Harith,ia berdosa.Wajah harith
tenang.Seperti sedang tidur selayaknya.Wajahnya berseri-seri.Aisya
menutup kembali wajah Harith.Dibukanya surah Yassin yang dibawa.Dia
menarik nafas panjang sebelum membaca surah paling mulia
itu.Mudah-mudahan doanya sebagai seorang isteri diterima Allah.
Kata ibu
mertuanya,Harith sesak nafas dalam perjalanan pulang
tadi.Berkali-kali dia melafazkan Allahuakbar.Dan kali ketiga dia
terus rebah.Harith menghembuskan nafas nya terakhir dalam perjalanan
ke hospital Tuanku Bainun Ipoh.Kuasa Tuhan bila sampai saatnya tidak
dilewat atau dicepatkan walau sesaat.
Aisya
menunaikan solat isya’nya pertama kali dirumah Harith.Panjang
doanya pada Yang satu agar roh Harith ditempatkan bersama hambaNYA
yang beriman.Kemudian dia berteleku disisi Harith sepanjang malam
menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran.Esok jenazah Harith akan
dikebumikan pada waktu pagi.Sebenarnya keluarga Harith mahu
menyempurnakannya selepas solat zohor tapi Aisya membantah.Katanya
jenazah perlu disempurnakan segera.Apapun padanya Harith telah
pergi.Dan kewajipan kita yang hidup untuk menyempurnakan
segala-galanya.
Adam
yang turut berada dirumah Harith tidak lepas memandang Aisya.Dia
kagum dengan ketabahan Aisya.Aisya masih mampu tersenyum pada semua
orang walaupun Adam tahu hatinya pasti hancur berkecai.Malah Aisya
tidak merintih dan meraung.Ketabahan wanita itu mengagumkan
Adam.Betapa tebalnya iman yang ada pada Aisya sehingga menerima
takdir ini dengan penuh kerelaan.Dan alangkah bertuahnya Harith
memiliki seorang bidadari sebaik Aisya Al Zahra walaupun Cuma lima
jam mereka menjadi suami isteri.Aisya anugerah buat Harith.
Tepat
jam 10 pagi jenazah Harith disempurnakan.Aisya diam dibelakang
imam.Hijabnya kembali dikenakan.Mendengar penuh teliti talkin yang
dibacakan.
“Hai
Abdul Harith bin Fauziah.Hari ini kamu dikembalikan kepada asal
kamu.Dari tanah kamu datang dan kepada tanah kamu dikembalikan.Hari
ini terputus segala amalan dan amalmu didunia.Hari ini kamu akan
dibicarakan diatas neraca Allah.Hai Abdul Harith bin Fauziah..tatkala
kami melangkah tujuh langkah meninggalkanmu,maka akan datang kepadamu
dua malaikat untuk menyoal kamu. Janganlah kamu takut dan
gentar.Jawablah dengan tenang.Bilamana mereka Tanya siapa Tuahan kamu
jawablah Allah tuhanku. Siapa rasulmu jawablah Muhamad rasulku.Apa
panduanmu…Al-Quran panduanku.Dan mana kiblatmu?Kaabah kiblatku.hai
Abdul Harith Bin Fauziah,hari ini kamu dikembalikan kepada
Allah.Segala amalanmu didunia akan diperlihatkan dan akan diberi
balasan oleh Allah.”
Aisya
menyapu sedikit airmatanya yang gugur.’Abang…hari ini abang
dikembalikan kepada pencipta yang satu.Aisya redha kerana sememangnya
Allah itu maha mengetahui.DIA tahu setiap apa yang berlaku pada anak
ADAM.Allah pasti akan membalas setiap perbuatan baik selama abang
didunia ini.’Hati kecil Aisya berbisik sendiri.
AISYA
masih dipusara Harith bila dia dihampiri teman-temannya Luqman dan
Asyraf.Adam tetap disitu.Dia tidak betah meninggalkan Aisya seorang
diri walaupun diminta gadis itu supaya meninggalkannya sendirian.
“Aisya…”Aisya
memandang Luqman.Ada air jernih dari mata sahabatnya itu.
“Dia
dah pergi meninggalkan kita Luqman.Pergi yang tak akan kembali
lagi.”Aisya masih tenang berbicara.
“Aku
kesal kerana tidak dapat menatap Harith buat kali terakhir.Subuh tadi
baru aku diberitahu berita kematiannya.”Asyraf menutur kata.
“Tak
apa-apa.Maafkan aku kerana tidak menunggu kalian.Jenazah Harith perlu
disempurnakan segera.”Luqman mengangguk.Bersama Asyraf dia
menyedekahkan bacaan Yassin kepada sahabat baiknya itu.Usai bacaan
Yassin,mereka masih dipusara.Aisya duduk seketika di bawah wakaf.Dia
agak kepenatan.Namun dia masih belum mahu meninggalkan tanah
perkuburan itu.Adam duduk berhampirannya.Aisya hanya membiarkan.
“Aku
tak pernah menyangka Harith terlebih dahulu akan meninggalkan kita
semua.Malah aku aku masih terkejut dia pergi di hari bahagianya.”
“Aku
redha Asyraf.Bagiku Allah lebih menyayangi Harith dan pastinya Allah
telah menentukan perjalanan hidupku kelak.Rahsia Allah tiada satu
makhlukpun yang mengetahuinya.”
“Oh
ya…ustaz Syahran menyampaikan salamnya padamu.Dia minta kamu
banyakkan istighfar katanya Allah turunkan ujian ini kepada kamu
pasti dia menitipkan hikmah disebaliknya.”Aisya memandang kearah
kubur yang masih merah.Pastinya saat ini mungkar dan nangkir sedang
menjalankan kewajipan mereka.’Ya Allah…permudahkanlah Harith
melalui semua itu untuk menuju ke jannahmu….’
12
ADAM
termenung dibirai katil.Hanya berseluar separas lutut tanpa
t-shirt.Fikirannya masih terbayang peristiwa sebulan yang
lalu.Paginya dia menyaksikan kegembiran sepasang pengantin baru dan
petangnya dia melihat tangis hiba.
Betullah
kata orang kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.Dia terbayang
wajah Aisya.Pertama kali melihat Aisya tanpa hijabnya.Tiada kata yang
dapat dia gambarkan keayuan dan kecantikan Aisya Al Zahra.Walaupun
hatinya menginginkan Aisya menjadi permaisurinya namun dia tidak
pernah meminta jodoh Aisya hanya sesingkat itu.Malah dia menerima
ketentuan Tuhan itu dengan hati yang lapang.Baginya kebahagiaan
Aisya adalah kegembiraan dirinya.
‘Adam….tak
mungkin Aisya akan menerima kau dalam hidupnya .cintanya hanya pada
Harith walaupun Harith sudah tiada.’
“Aku
tidak minta dia melupakan Harith…Aku Cuma ingin disisinya.Itu
sahaja.’
‘Mungkin
batul…cintanya hanya pada Harith.Tapi aku gagal melupakan bayangan
wanita itu dari hidup aku.Aisya bagaikan bidadari kayangan yang turun
ke bumi.Wajahnya bersih tanpa dipaliti secalit alat solekpun.Natural
beauty.Dan aku rasa siapa sahaja mahu menjadikan dia sebagai suri
hidup mereka.’
‘Kau
mahu mencuba?’
‘No…Harith
baru pergi.Tempoh edah Aisya sendiri belum habis.Biarlah dulu.Kalau
benar Tuhan takdirkan dia buat aku seperti Adam dan Hawa…Aisya
pasti milik aku.’Perkenalan dengan Aisya semakin mendekatkan diri
Adam dengan Tuhan yang Satu.Dia bertemu Nur dari gadis itu.Sejak
mengenali Aisya bangun tidurnya selalu awal.Melakukan solat subuh
yang dulu amat jarang dikerjakannya.Tidak pernah lagi dia menjejakkan
kaki ke tempat-tempat yang tidak berfaedah.Aisya mengubah seluruh
hidupnya.
13
Adam
duduk di sofa bila Tan Sri Syamsuri turun dari tingkat
atas.Sememangnya ajakan makan malam ini sering dinantikannya.Mahu
datang ke rumah ini tanpa sebab,dia segan.Sejak pulang dari rumah
arwah Harith perasaan dan hatinya meronta-ronta mahu kemari.Bila
sahaja Nelly memberitahunya pagi tadi uncle syamsuri mempelawanya
makan malam,dia terus menyetujuinya.Baginya ini peluang untuk bertemu
Aisya.Dia tahu Aisya telah kembali ke sini setelah tamat tempoh
edahnya selama tiga bulan.Rasanya dah dua bulan.Hampir lima bulan dia
merindui pada Aisya.Selama tiga bulan jugalah Aisya dirumah
Harith.Menghabiskan waktu ke pusara Harith dan mengadakan majlis
tahlil buat arwah.Adam memanjangkan lehernya mencari kelibat Aisya
namun hampa.Yang ada hanyalah si gedik Nelly yang dari tadi tidak
berganjak disebelahnya.Adam rimas.
“Macamana
dengan syarikat Adam?”
“Alhamdulillah
uncle.Baru ni kita dapat tender dengan telekom Malaysia.”
“Baguslah
macam tu.Senang hati uncle dengar.”Adam tersenyum.Nelly apatah
lagi.
“Em
makan malam dah siap…jom abang Adam….”Nelly menarik tangan
Adam.Namun cepat-cepat Adam menepisnya.Nelly menarik muka masam.Adam
hanya membiarkannya.’Perempuan gedik ni…tak habis-habis….’Dia
memang betul-betul rimas dengan Nelly yang bagaikan ulat beluncas.
“Di
meja makan,Aisya masih belum kelihatan.Adam semakin gelisah.
“Makanlah
Adam…”Adam mengangguk pada Puan Sri Maria.Lauk-pauk yang
terbentang dihadapannya seakan tidak menyelerakan tekaknya.’Aku
datang sini nak jumpa Aisya bukan mak melahap.Adui….mana pulak
bidadari ni?”Hatinya resah sendiri.Tadi perasaanya amat berdebar
kencang.
“Abang
Adam nak lauk ni?”Nelly dengan murah hatinya mencedok pajeri daging
kedalam pinggan Adam.Adam tidak suka tapi dia hanya membiarkannya.
“Assalamualaikum…”Suara
itu sedikit menyentak hati Adam.Ada rasa gembira mengetuk hatinya
tiba-tiba.
“Dah
balik?Kakak…meh makan sekali.”Aisya mengangguk .Mengambil tempat
disebelah ibunya berhadapan dengan Adam Hariri.
“Ramai
orang kat masjid tadi kakak?”Aisya memandang seketika papanya
sebelum menjawab.
“Alhamdulillah
pa….ramai juga.”Sebetulnya dia menghadiri majlis bacaan Yassin
sempena maulidurrasul di masjid berhampiran.Kyusuk berbincang dengan
ustaz Ibrahim sehingga tidak sedar jam sudah ke angka 9.00 malam.
“Kakak…bukalah
hijab tu.Susah nak makan.lagipun bukan ada sesiapapun.Mama rasa tak
berdosakan?”Aisya memandang seketika pada ibunya.Kemudian beralih
kepada papanya sebelum melihat senyuman diwajah papanya.Dia tidak
mahu membuka hijabnya apatah lagi dihadapan Adam.
“Kakak…”Aisya
menarik nafasnya sebelum mengangguk.Perlahan-lahan hijabnya
ditanggalkan..Adam buat-buat tak nampak.Padahal hatinya ingin sangat
menatap wajah Aisya.tapi dia sengaja buat tidak tahu.Bimbang Aisya
akan perasan.
“Em…sedapnya
auntie masak ke?”Adam memandang wajah auntie Maria.Entah kenapa
rendang ayam dimakan tiba-tiba terasa enak sekali.’Alah Adam…cakap
je lah kau nak tengok Aisya sebenarnya…’Memang betulpun matanya
sempat menjeling kearah Aisya.Aisya hanya menunduk.Menjamah butiran
nasi dipinggan.
“Ni
kakak yang masak….”Adam menoleh sikit pada Asiya.’Patutpun
sedap…’
“Alah
Nelly pun boleh masak macam ni…tah-tah lagi sedap dari kakak
masak.”Adam menjeling sedikit.’Eleh…entah-entah sendukpun kau
tak kenal Nelly…’
‘Alah…tadi
kau juga tak berselera Adam..tiba-tiba je boleh cakap sedap….’Adam
ketawa sendiri didalam hati.namun seleranya tidak menafikan masakan
Asiya memang first class.Sesekali tanpa disedari semua orang matanya
mencuri pandang kewajah putih kemerahan Aisya.
“Abang
Adam nak tambah nasi?”Nelly sengaja melunakkan suaranya.Adam
mengangguk.Sebenarnya dia ingin berlama-lama dihadapan Asiya walaupun
perutnya sudah terlalu kenyang.Nelly menyendukkan nasi kedalam
pinggan Adam yang hampir kosong.
“Kakak
dah sudah?”Tan Sri Syamsuri bertanya pada Aisya setelah melihat
anak itu bangun membawa pinggannya.
“Dah
papa….lagipun tadi kakak dah makan buka puasa.”Adam terkulat.Dia
baru menambah nasi sedangkan Asiya sudah selesai makan.Mahu tidak
mahu terpaksa juga dia menelan nasi dipinggan bertemankan
Nelly.Sangkanya tadi dia ditemani bidadari…..’
Puan Sri
Maria sedang berbual ditelefon.Tan Sri Syamsuri ke bilik air manakala
Nelly berada diluar seketika kerana temannya datang.Di ruang tamu
Cuma tinggal Adam dan Aisya.aisya menunduk.Menghabiskan bacaan buku
ditangan.Hijab diwajahnya kembali dikenakan.
‘Ehem…”Adam
berdehem.Aisya mengangkat sedikit wajahnya. Adam menarik nafas
perlahan.Cuba menyimpul kata.’Sememangnya lidahnya kelu bila
berhadapan dengan sang bidadari.
“Bila
Aisya balik ke sini?”Aisya mengangkat semula wajahnya. Memandang
sekilas pada Adam sebelum mengalihkan pandangan kearah lain.
“Dah
dua bulan.Habis edah saya balik kesini.Lagipun dekat sana tak ada
sesiapa.Ibu mertua saya tinggal dengan adik Harith di Johor.”Adam
mengangguk.
“Em,Aisya
dah ok ke sekarang?”Adam sendiri tidak tahu kenapa soalan itu yang
harus ditanyakan pada Aisya.Aisya tersenyum kecil dibalik
hijabnya.Matanya memandang sekilas pada Adam...’janganlah pandang
lama-lama wahai bidadari…kau buat aku tak menentu….’
“Apa
yang berlaku dah pun berlalu.kata orang arifibilah…….jangan
disesali sesuatu yang telah terjadi itu tetapi pandanglah pada
pengajaran dan ilmu darinya.Kematian Harith satu hakikat yang kita
tak boleh menafikan.Menangisi dan meratapi kematian seolah-olah
menafikan hukum Allah…Cuma kita yang hidup diingatkan supaya
bersedekah kepada yang telah tiada.bagaimana?Dengan ayat suci
Al-Quran dan zikrullah.”Panjang Aisya menjawab.
“Saya
tengok Aisya tabah sangat.Saya kagum dengan Aisya.”
“Ketabahan
saya adalah keimanan yang ada dalam diri.Biarpun hanya sebesar zarah
tapi cukup untuk menjadikan saya kuat dan tabah. Seperti kata Luqman
Al Hakim …hakikat dan syariat adalah perkara yang tidak dapat
dipisahkan.Kematian satu hakikat dan syariat satu
pelaksanaan.Menyesali hakikat samalah seperti menyesali ketentuan
Tuhan.Syariat pula selagi kita bernafas itu adalah kewajipan.Adam
tentu kenal siapa saidina Uthman Al Affan kan.Seorang sahabat dan
juga menantu Rasulullah saw.Beliau diuji dengan kematian dua puteri
Rasulullah yang mana keduanya adalah isterinya.Tapi dia sungguh tabah
dan bersabar.Katanya ini ujian buat aku dari Allah swt.Pasti dia
menitipkan hikmah disebaliknya.”Adam merenung sepasang mata
bersinar milik Aisya.
“Aisya
setabah saidina Uthman barangkali?”Adam menguji.
“Siapalah
saya untuk dibandingkan dengan sahabat itu.Bezanya bagai langit dan
bumi.Saya hanya insan biasa.”Adam tersenyum.Dia tahu pilihan
hatinya tidak salah.Aisya bidadari yang Allah turunkan ke bumi ini.
“Em,apa
yang dibincangkan ni?”Tan Sri Syamsuri tiba diikuti Puan Sri Maria
dibelakang.
“Tak
ada apa-apa papa…bual kosong je.”Puan Sri Maria duduk berdekatan
Aisya sementara Tan Sri Syamsuri mengambil tempat berhampiran Adam.
“Adam…uncle
sebenarnya ada perkara nak bincangkan dengan Adam hari ni.”Adam
memandang wajah Syamsuri.’Ish…apa hal pulak ni…suspen betullah’
“Ada
apa uncle?”
“Adam
tahukan uncle anggap Adam sebagai anak uncle sendiri apatah lagi
uncle tak ada anak lelaki.”Hati Adam mula berdebar-debar.
“Adam…mungkin
uncle melangkaui adat.Tapi uncle Cuma nak Tanya Adam…sudi tak Adam
jadi menantu uncle?”
“Maksud
uncle dengan Aisya.?”Ada sedikit kegembiraan berdetik dihati
Adam.Kalau benarlah telahannya ini.Aisya mengangkat sedikit wajahnya
memandang Adam.
“Bukan
Aisya…dengan Nelly…”Jantung Adam Hariri hampir gugur ke bumi
saat nama Nelly keluar dari bibir Syamsuri.
“Er….”Lidah
Adam kelu.’Hah baru padan muka kau…berangankan bidadari sekali
dapat…..
“Kenapa?Adam
tak setuju?”Adam menarik nafas panjang.
“Bukan
macam tu uncle…sebenarnya Adam dah ada pilihan sendiri.”
“Abang
Adam!Sampai hati abang Adam buat Nelly macam ni.”Nelly sudah merah
matanya di belakang Adam.Berita gembira yang ditunggu….menjadi
berita duka.
“Abang
minta maaf Nelly…abang…”Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya
Nelly sudah berlari ketingkat atas bersama esak tangisnya.Seketika
kedengaran bunyi dentuman pintu bilik dihempas.
“Maafkan
saya uncle…saya…”Adam serba salah.Dikerling seketika pada
bidadarinya…tapi Aisya hanya menunduk.
“Uncle
dengan auntie faham.kami tak memaksa.Uncle Cuma mahu Adam jadi
sebahagian dari keluarga ini.Siapa pilihan Adam?Uncle kenal?”Adam
serba salah.Berkali-kali dia mengerling kearah Aisya.Tapi Aisya tetap
dengan bukunya.’Pilihan saya ada dihadapan mata saya sekarang
uncle…’Tapi ayat itu hanya bergema dalam hatinya.
“InsyaAllah..sampai
masa saya bagitahu.”’Ya…sampai masanya nanti saya sendiri akan
meminta Aisya dari uncle….’Bisiknya sendiri.
14
AISYA
baru menyudahkan bacaan surah Yassin bila telefon bimbitnya
berdering.
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumusalam…Aisya
ini saya Adam Hariri.”Si pemanggil mengenalkan dirinya.
“Ada
apa Adam?”Lembut Aisya bertanya.Dia tahu Adam yang menelefonnya.
“Saya
menganggu waktu tidur Aisya?”Aisya memandang jam.Sudah hampir ke
angka tiga.Mungkin manusia lain sedang nyenyak tidur.Tapi menjadi
kebiasaannya melakukan tahajud malam jumaat.
“Tak…saya
baru lepas solat tahajud.Ada apa Adam?”Sekali lagi Aisya bertanya.
“Aisya…saya
ingin berterus terang.saya mahu Aisya tahu segala-galanya.”Aisya
duduk diatas katil.
“Maksud
Adam?”
“Aisya
tentu tertanya-tanya kenapa permintaan uncle saya tolak.”
“Saya
tahu Adam sendiri cakap yang Adam punya pilihan hati.Saya rasa papa
dan mama tak akan ambil hati.Ini soal hidup Adam.”Terdengar sebuah
keluhan dari hujung talian.
“Aisya
tak nak tahu siapa yang bertahta dalam hati saya?”Aisya mengerutkan
keningnya.
“Saya
hanya mengenali Adam.Saya tak kenal siapa pilihan Adam.Jadi kenapa
saya perlu tahu.Tapi kalau Adam ingin bercerita dengan saya sebagai
sahabat saya sudi mendengarnya.”
“Aisya
kenal pilihan saya.”
“Siapa?”Seketika
Adam mendiamkan diri.
“Pilihan
saya Aisya Al Zahra bt Syamsuri.”
“Saya?Saya
yang jadi pilihan Adam?Kenapa?”
“Sejak
pertemuan saya dengan Aisya di Giza,saya merasakan satu perasaan
halus yang lain.Saya hanya nampak mata Aisya tapi saya seolah-olah
nampak keperibadian Aisya.Saya menyintai Aisya…pada pandangan
perrtama saya…Saya…saya tak mungkin menerima Nelly kerana hati
saya hanya pada Aisya.Saya akui pernikahan Aisya dan arwah Harith
mengundang kesedihan pada saya tapi tidak pernah sezarahpun mendoakan
perkahwinan Aisya begini.”
“Adam….saya
menghormati rasa cinta dan kasih Adam.Tapi saya mohon maaf….walaupun
kini saya berhak memilih lelaki lain…tapi saya tak boleh.Arwah
Harith suami saya walaupun dia dah tak ada.Sukar untuk saya terima
lelaki lain dalam hidup saya selepas Harith.Biarlah cinta yang ada
ini hanya untuk Allah dan Rasul.”
“Saya
tak minta Aisya menerima saya.Kerana saya tahu saya bukanlah sesiapa
pada Aisya.Saya tahu saya tak setanding arwah Harith.”
“Adam….Bukan
soal setanding atau tidak.Pada saya Adam dan harith tiada
bezanya.Ilmu itu boleh dicari.Saya menghormati kasih Adam pada
saya.Tapi buat masa ini hidup,cinta dan kasih saya hanya pada
Allah,Rasul dan agama saya.Saya menghargai Adam…tapi cukup sekadar
seorang sahabat.Lagipun lagi dua minggu saya akan ke
Mesir.Melanjutkan kuliah saya dalam peringkat master.”
“Aisya
nak pergi Mesir?Sekali lagi?Kenapa tak buat kat sini je?Kat UIA?”Ada
nada resah dalam pertanyaan Adam.
“Saya
menyintai tanah kelahiran para ambia itu.Disana saya merasa
ketenangan disebalik lempias panas sahara.Disana saya temui
kedamaian.Saya rasa diri saya dekat dengan pancipta.”
“Aisya
tak tenang disini?Kerana arwah harith?”
“Harith
dah tiada.Tapi dia sentiasa ada dalam ingatan saya.Bukan kerana
Harith saya kesana.Tapi Al Azhar seakan memanggil saya.Saya rindukan
ketenangan disana.”
“Berapa
lama?”
“Setahun.”
“Saya
akan tetap menunggu Aisya.”
“Jangan
Adam.Kalau kamu berhak memilih wanita lain sebagai suri hidup
kamu,kenapa perlu membebankan diri kamu dengan perjanjian ini.Saya
bukan sesiapa…jauh berbeza dari dunia kamu.Saya hanya seorang Aisya
Al Zahra….”
“Aisya
bidadari saya..dan selamanya Aisya tetap menjadi bidadari hidup
saya.”
“Saya
hanyalah Aisya Al Zahra.Bukan bidadari.”
“Tapi
Aisya bagaikan bidadari syurga yang muncul dialam nyata.Mungkin
bezanya banyak tapi tetap sama.”Kata-kata Adam mengingatkan Aisya
pada Harith.’Kamu bagaikan bayangan Rabiatul Adawiyah.Mungkin
bezanya banyak tapi seakan sama.’
“Saya
tahu saya tidak boleh memaksa Adam untuk menerima adik saya.Soal
pilihan hidup kita punya rentak dan jalan sendiri.Cuma tak salahkan
kalau Adam cuba buka hati Adam pada Nelly.Dia lebih memerlukan Adam
dari saya.”
“Maafkan
saya Aisya.Saya tak mahu menerima gadis lain selain Aisya.”
Tanpa
pamitan…talian diputuskan.Aisya meraup wajahnya.
‘Subhanallah…maha
suci mu ya Allah…palingkan hati dan perasaannya dariku.Sesungguhnya
masih ada wanita lain yang selayaknya buat Adam Hariri.’
DIKAMAR
Adam,dia termenung jauh.Dia yakin dengan pengakuannya pada AIsya
tadi.’Angin sampaikan salamku pada dirinya……’
15
Pintu
bilik Adam dikuak kasar.Adam yang tekun manulis mengangkat sedikit
wajahnya.’Perempuan ni dah tak kenal adab sopan ke?’Hatinya
sedikit meluat dengan perlakuan Nelly.
“Ada
apa ni Nelly?”Dia cuba berlembut.
“Kenapa
abang Adam tolak Nelly?Siapa pilihan abang Adam?”Nelly
menyoal.Kasar.Adam mendengus perlahan.
“Siapapun
pilihan abang Adam…tak ada kena mengena dengan Nelly.”
“Abang
Adam jangan lupa…kalau tak kerana papa…syarikat ni dah lama
lingkup.Abang Adam susah tau.!”Kata Nelly angkuh.Adam tidak cepat
melenting.Dia tahu sewaktu dia mengambil alih bisnes ni,syarikat ini
mengalami hutang lapuk yang menyebabkannya syarikatnya hampir
dilelong.
Mujur
Tan Sri Syamsuri membantunya mendapatkan pinjaman kewangan dari
bank.Malah Tan Sri Syamsuri juga yang menjadi penjamin
pinjamannya.Adam tahu dia banyak terhutang budi pada Tan Sri
Syamsuri.Tapi bukan bermakna semudah itu dia dijadikan cagaran untuk
mengahwini Nelly.
“Nelly
soal syarikat dan perkahwinan dua perkara yang berbeza.Memang betul
papa Nelly banyak tolong abang Adam dan abang Adam akui yang abang
Adam terhutang budi dengan papa Nelly.Tapi bukan sebab itu abang Adam
harus korbankan diri untuk mengahwini Nelly.Abang Adam hanya anggap
Nelly macam adik.”
“Habis
tu siapa pilihan abang Adam?Nelly nak jumpa perempuan tu.”
“Siapun
pilihan abang Adam tak ada kena mengena dengan Nelly.Abang Adam minta
maaf.Abang Adam tak dapat mengahwini Nelly.”
“Sampai
hati abang Adam.Abang Adam tahukan selama ini Nelly menyintai abang
Adam.Selama ini Nelly punya perasaan pada abang.Kenapa abang tolak
Nelly?”Nelly teresak.Adam sedikit simpati tapi itu belum mampu
membuka hatinya pada Nelly.Hatinya hanya pada sang bidadari.
“Maafkan
abang Adam sekali lagi.
ADAM
sampai ke pejabat ketika jam sudah menginjak ke angka sepuluh.Dia
lewat kerana menghadiri perjumpaan dengan temannya..
“Morning
akak….”Sapanya pada Najihah.”
“Er..morning
bos.”Adam pelik.Najihah bagaikan ada sesuatu yang ingin
dikatakannya.
“Ada
apa kak?”
Boleh
kita cakap cakap dalam bilik bos tak?”Adam mengangguk.Najihah
bagaikan ada perkara penting yang ingin dicakapkannya.Mungkin dia
ingin memohon cuti.Cucu Najihah masih didalam wad kerana demam
panas.Semalam Adam sudah pergi melawatnya.
Najihah
mengekori Adam masuk ke biliknya.Ditangnnya ada sesuatu.’Takkan
surat perletakan jawatan kot.’
“Ada
apa kak?”Adam bertanya setelah Najihah selesa dihadapannya.
“Macam
ni bos….semalam Aisya datang jumpa akak.”
“Aisya
Al Zahra?kenapa?”Bagai ada sesuatu yang menyegarkannya bila nama
Aisya keluar dari mulut Najihah.
“Aisya
bagitahu pagi tadi dia dah flight ke Mesir.Pukul 3.00 pagi”Adam
tersentak.
“What?Tapi
dia bagitahu saya minggu depan.”
“Sepatutnya
minggu depan.Tapi tak tahu kenapa dia pergi awal lagi.”Adam
mengeluh.Dia ingin bertemu Aisya sebelum gadis itu ke Mesir.Tapi
sekarang….semuanya sudah terlambat.
“Bos…sebelum
balik semalam,Aisya suruh akak bagi ni pada bos.”Aisya menyerahkan
sepucuk surat bersampul putih diatas meja.Adam mengambilnya.
“Untuk
saya?”Dia bertanya.Najihah mengangguk.
“Dia
minta saya sampaikan pada bos.”
“Terima
kasih kak…”Najihah mengangguk.Ditinggalkan Adam sendirian bersama
lembaran yang dititipkan oleh Aisya.
Adam
memejamkan matanya.Kesal kerana terlewat tahu kepergian Aisya ke
Mesir.dia membuka sampul tanpa nama itu.Sebuah lembaran bertulis
tangan dibacanya satu demi satu.
Asslamualaikumwbt……buat
saudara Adam Hariri
Semoga
Allah sentiasa menitipkan rahmatnya keatas kamu dan semoga hidup dan
mati kamu dipeliharanya.
Adam
Hariri…..
Mungkin
kamu pernah mendengar cerita Luqman AlHakim dan seorang wanita yang
ditemuinya di pasar.Luqman terpesona pada sepasang mata milik wanita
itu.Dia mencari dan terus mencari siapa wanita itu.Sehinggalah pada
suatu hari dia menerima sebuah bungkusan dari wanita itu.Dan alangkah
terkejutnya dia bila didalam bungkusan itu terkandung sepasang mata
milik wanita itu bersama sekeping surat.Dalam surat itu wanita itu
berkata….andai sepasang mataku menjadikan kamu pemburuku…dan
menghalang aku dekat pada penciptaku…aku serahkan sepasang mata ini
buat kamu.Mudah-mudahan aku terlepas dari seksaan Allah kerana godaan
mataku membuatkan kamu mengejarku.’Luqman Al Hakim terkedu.Terus
dia bersujud memohon keampunan dari Allah diatas keterlanjurannya.
Adam..andai
sepasang mata yang ada pada saya membuatkan kamu menyintai saya….saya
amat kesal.Saya menghargai perasaan dan kasih kamu terhadap diri saya
namun saya bukanlah secantik bidadari mahupun setulus puteri
Rasulullah untuk kamu cintai dan agungkan.Jauh sekali seperti
Rabiatul adawiyah.Saya tahu keihklasan hati kamu menyintai saya tapi
alangkah kesalnya jika kasih kamu pada saya melebihi kasih kamu pada
Allah,Rasul dan agamamu.
Adam
Hariri….
Mungkin
kata-kata saya mengguris perasaan kamu.Maafkan saya.Adam…sedari
kecil impian saya hanya pada islam.Saya tidak kenal cinta monyet
seperti yang selalu dikatakan.Hidup saya hanya bersama seorang wanita
bergelar nenek yang terlalu banyak mengajar saya tentang hidup dunia
dan akhirat.Dari kecil saya selalu dihidangkan dengan cerita ahli
sufi wanita rabiatul adawiyah dan kegigihan puteri Rasulullah Fatimah
Al Zahra berbanding cerita-cerita fairy tales cinderella dan snow
white..Kata nenek nama Al Zahra diletakkan dihujung nama saya kerana
dia mahu saya menjadi seperti Al Zahra puteri nabi.Kata nenek Al
Zahra adalah penghulu pada setiap isteri solehah di akhirat
nanti.Saya memasang impian untuk duduk bersama-sama wanita agung itu
di akhirat nanti.
Waktu
Harith melamar saya,saya yakin Harith adalah pilihan saya yang
tepat.Saya tidak pernah kesal dengan kepergian Harith yang mengejut
kerana saya yakin pada qada’ dan qadar.Pasti Allah selitkan hikmah
disebaliknya.Kerana kasih saya pada Harith tidak sekuat kasih saya
pada Allah.
Adam…
Berilah
peluang untuk seorang bidadari lain,punya tempat dalam hati kamu.Saya
mendoakan kebahagiaan kamu namun andai Allah tetapkan kamu sebagai
imam saya….yakinlah jodoh itu pasti ada.Namun jika Allah menetapkan
sebaliknya redalah…kerana reda itu menenangkan kamu dan menjauhkan
kamu dari dendam dan iri.
‘Semoga
Allah sentiasa memberkati perjalanan hidup kamu.’
Aisya
Tanpa
sedar airmata Adam mengalir dipipi saat bait demi bait surat dari
Aisya dibaca sehingga ke titik terakhir.
“Aisya…..aku
pasti dia akan menjadi bidadari hidup aku didunia dan akhirat.”Surat
Aisya dilepat kemas.Diselitkan didalam diari hariannya.
20
Aisya
turun dari metro..Tubuhnya disinggung seseorang.Sememangnya waktu
kemuncak begini orang memang ramai menggunakan metro yang menjadi
kenderaan awam paling popular disini.Aisya turun dihentian Syubra
El-Khaima..Dia mengurut-ngurut seketika bahunya yang sedikit sakit
akibat disinggung sebentar tadi.Di stesen,matanya meliar mencari
kelibat seseorang.Lantas terpandang seorang wanita berjubah dan
berhijab hitam,Aisya segera menghampiri.
“Assalamualaikum
ya Nasseem.”Nasseem gadis dari bumi palestin itu tersenyum
memandang Aisya.
“Waalaikumusalam
ya Aisya.”Aisya menyetujui rencana Nasseem untuk bersama menikmati
minuman seketika di sebuah kedai minum.Aisya hanya memesan segelas
Ashir Ashab,air tebu bagi menghilangkan haus akibat
kepanasannya.
“Alhamdulillah….”Lega
bila kemanisan air tebu menembusi kerongkongnya.Rencananya dia
bersama Nasseem akan menyertai satu pertubuhan amal mengutip derma
bagi tabung kemanusiaan di palestin.Aisya memandang seketika pada
Nasseem.Sewaktu baru mengenali gadis ini enam tahun lepas,airmatanya
mengalir saat mendengar cerita Nasseem tentang apa yang terjadi pada
keluarganya.Kata Nasseem,waktu usianya dua belas tahun dia melihat
seluruh ahli keluarganya terbunuh apabila rumah mereka dibedil bom
ganas yahudi.Dia tidak tahu apa dosa keluarganya pada yahudi
laknat.Mereka hanyalah keluarga nelayan yang mencari rezeki di
persisiran pantai.Luluh hatinya melihat mayat ayah,ibu dan abangnya
yang hancur dibedil Israel.Waktu usianya 12 tahun dia sudah menjadi
pelarian.Menyusup masuk kesempadan mesir,hampir menjadi korban
senapang tentera mesir…mujur Allah temukannya dengan seorang lelaki
berhati mulia.Seorang pegawai tentera berpangkat kolonel,simpati pada
gadis itu lantas dia diambil sebagai anak angkat.Kata Naseem,dia
hanya mempunyai satu cita-cita malah dia sanggup menjadi pengebom
berani mati demi dendam dan amarahnya pada Yahudi.Katanya lagi
walaupun kini kehidupannya tenang dan bahagia namun tidak sezarahpun
dia melupai apa yang Israel telah lakukan pada bangsa dan
keluarganya.Ingatan terhadap kekejaman Israel akan diingatnya
sehingga hujung nyawanya.
Lewat
pertemuan dengan Nassem,Aisya kembali ke Kaherah.hari ini dia terlalu
penat.Apatah lagi bersesak-sesak didalam metro tadi.Sepanjang
perjalanan dia hanya berdiri.Selalunya memang begitulah bila hari
cuti,orang awam lebih menggemari menaiki metro dari kenderaan
sendiri.Matanya ditawan rasa mengantuk.Lantas mudah sahaja dia
terlena saat kepalanya mencecah bantal.Didalam tidurnya dia
bermimpikan Harith.Dia melihat Harith disatu tempat lapang ditengah
sahara.Wajah Harith putih bersih.Bagai ada satu sinaran yang
mengelilinginya.Dicuba hampiri Harith namun Harith semakin menjauh.
“Astaghfirullah…maha
suciMu Ya Allah….Mudah-mudahan apa yang kau tunjukkan dalam mimpiku
adalah sama seperti dia disana.Perlahan-lahan dipanjatkan sebuah doa
buat arwah Harith.
ADAM
menaip sesuatu di dalam computer ribanya.Dia tersenyum sendiri.Sejak
dia tahu facebook Aisya,terus dia masukkan Aisya dalam senarai
kenalannya.Tapi Facebook Aisya tiada sekepingpun gambar wanita
itu.Yang ada mengganti kan profile dirinya hanyalah gambar dua buah
tafsir al-Quran.Satu berwarna hijau dan sebuah lagi kuning.Kenalannya
hanya beberapa orang.Itupun banyak membincangkan tentang islam.Ada
teman-temannya di Mesir,Indonesia dan Negara-negara lain.Dulu,Adam
tidak pernah ambil tahu hal-hal facebook ini.Tapi bila kak Najihah
bagitahu Aisya punya facebook lantas dia membuka akaunnya.Seperti
Aisya yang menggantikan dirinya hanya sekeping gambar lautan
luas.Gambar laut mediternian yang dirakamkan sewaktu di Mesir
dulu.Waktu itu dia betul-betul teruja berhadapan dengan lautan yang
cukup popular itu.Lantas gambar itulah yang diletakkan sebagai
pengganti dirinya dalam facebooknya.Dia buka facebook bukan untuk
mencari kenalan tapi hanya kerana Aisya Alzahra.Kerana Aisya dia
berubah laku.Kerana Aisya dia kenal erti rindu.Kerana Aisya hatinya
dilamun cinta.Dan kerana Aisya dia kembali mengenali agama dan
Tuhannya.
Haririadam:Aisya
apa khabar?Apa khabar Mesir dan orang-orangnya.
Hampir
setengah jam baru dia menerima kiriman mesej dari Aisya.Mungkin dia
baru melayari internet.
Alzahra:Alhamdulillah.Syukran
ya Adam.Saya sihat disini.Orang-orang di Mesir juga baik-baik.Adam
bagaimana?:)
Haririadam:Rasanya
Allah masih berikan saya kesihatan yang baik.Masih boleh
bernafas,bekerja dan masih boleh menaip mesej buat Aisya.Bila nak
balikMalaysia?
Adam
pasti Aisya sedang tersenyum tatkala membaca mesejnya.Dia tidak pasti
kenapa.Tapi rasa hatinya yang mengatakan demikian.
Alzahra:Insyaallah
usai peperiksaan saya akan kembali.Saya rindukan Negara kelahiran
saya..mama..papa dan Nelly.
Haririadam:Saya?Aisya
tidak rindukan saya?Sepertimana saya merindui Aisya.
Alzahra:Saya
hargai kerinduan Adam pada saya.Tapi….jangan sampai membatasi
kerinduan dan cinta Adam pada Allah dan agama.
Adam
tersenyum sendiri.Senyuman yang meleret sehingga ke pipi.Dia sedang
meniarap di atas katilLap topnya dihadapan.
Haririadam:Baik
cik Aisya saya ingat nasihat dan pesanan cik Aisya pada saya tu.
Alzahra:baiklah
Adam…saya perlu ke kuliah sekarang.Assalamualaikum…
Haririadam:waalaikumuslam…take
care…
Adam
menarik nafas panjang.Berbual dengan AIsya walaupun hanya perhubungan
maya…membuatkan hatinya senang.Apatah lagi hampir lapan bulan tiada
langsung berita dari Aisya.Mudah-mudahan ini permulaan hubungan
keduanya.
“Bos
senyum meleret je ada apa-apa ke?”Luqman jelling Fikri.Bibirnya
masih menguntum senyuman.Mana tidaknya semalam dia dapat berbual
dengan Aisya dalam facebook.
“Saya
senyum salah.Marah pun salah.Habis tu awak nak saya buat apa Fik?”
“Tak
lah senyum bos tu macam menyimpan seribu makna.Dah dapat pengganti ke
bos?”
“Pengganti
apa?Awak ingat macam ganti baju kat pasaraya?Main pilih suka hati
je.Asal Nampak cantik terus sambar.Entah ada quality ke tidak.”Fikri
ketawa.
“Gurau
pun tak boleh ke bos?”
“Sudah
lah pergi buat kerja.Esok sehingga rabu depan saya tak ada.Saya ke
Dubai bincang tentang projek kerjasama pelabur kita dari sana.”
“Dah
ke Dubai tu singgah terus lah ke Kaherah bos.”Adam faham apa yang
dimaksudkan Fikri.
“Awak
ingat dua tempat tu dekat ke Fik?”
“Alah
kalau dah sayang lautan api pun sanggup direnangi bos.Inikan pula
dari Dubai ke Kaherah.Naik kapal terbang je bos dah sampai.”Adam
tiba-tiba diam sejenak.
“Sudah
lah..pergi buat kerja.”Adam terus masuk ke biliknya.
AISYA
bersendirian di tepi lembah Nil.Disinilah dia selalu menghabiskan
masanya kala ingatan pada Harith dan teman-temannya muncul di
fikiran.Disini ada sejarah dan kenangannya bersama Harith.Mereka
pernah membicarakan tentang lembah yang tidak diketahui dari mana
punca alirannya itu.Kata Harith….dia teringin sekali mencari punca
Nil.Kata orang Nil anugerah dari Syurga.Malah ada yang mengatakan
punca Nil dari syurga.Tapi kata Harith mana mungkin Nil datang dari
syurga….kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana bayangan syurga
itu.Dia melihat pendayung di tengah lembah Nil.Seakan mengimbau
sejarah kerasulan Musa as.Disinilah Musa dihanyutkan sehingga bertemu
wanita semulia Siti Asiah.Lembah inilah yang menjadi saksi bagaimana
seorang nabi dibela dan dipelihara oleh seorang pemerintah kafir yang
akhirnya anak itulah musuh sebenarnya.Ya….kisah musa as terlalu
banyak kaitannya dengan lembah Nil ini.Nil….bermulanya satu
tamadun….Aisya kagum dengan Nil….bagaimana agaknya Nil yang
berada di syurga nanti?Adakah airnya sejernih Al-Khautsar…telaga
Rasulullah saw yang menjadi penghilang dahaga penghuni syurga.Seputih
susukah airnya?Semanis madukah rasanya?Kata ulamak…setitis
al-khautsar mampu menghilangkan dahaga seumur
hidup.Subhanallah…mudah-mudahan aku termasuk antara golongan yang
mampu merasai kelazatanmu Al –Khautsar.
Melihat
Nil dia jadi teringat pada kisah Masyitah isteri Hazazil yang direjam
Firaun kerana imannya pada Allah.Betapa Siti Masyitah redha dan rela
bilamana suami yang dikasihi diikat pada pohon kurma dan tubuhnya
ditembusi anak panah.Sedangkan Hazazil adalah orang kepercayaan
Firauan.Keimanannya kepada Allah swt terbongkar saat Firaun menghukum
ahli-ahli sihir yang beriman kepada Allah setelah melihat mukjizat
Nabi Musa as.Malah Masyitah sedikitpun tidak gentar bilamana dihukum
terjun dalam kawah yang panas.Dia mengendong anak yang sedang menyusu
sedangkan sebelah lagi tangannya memegang seorang lagi anak
kecil.Saat berdiri ditepi kawah yang diletakkan minyak yang sedang
menggelegak,keajaiban Tuhan berlaku bilamana anak yang sedang menyusu
berkata-kata.’Ibu….jangan kau takut kerana syurga sedang
menantimu.’Masyitah tanpa ragu terus terjun dan serentak itu
tercium haruman yang amat wangi.Itulah Siti Masyitah…memilih
sengsara dari mendustakan Allah.Memilih mati dari menyekutukan Allah
swt.Aisya menarik nafas panjang.Masih adakah wanita semulia dan
sezuhud Masyitah?
Kini
sudah hampir setahun dia disini.Pengajian masternya hampir
selesai.Dalam tak sedar sudah hampir dua tahun Harith
meninggalkannya.Aisya sudah melepaskannya dengan redha.Teringatkan
keluarganya,dia bersyukur pada perubahan yang terjadi pada ibu
bapanya.Malah tiada yang lebih mengembirakan Aisya dari perkhabaran
yang keduanya bakal menunaikan ibadah haji pada zulhijjah ini.Hanya
rasa syukur mampu dipanjatkan kepada Allah swt atas anugerah yang
tidak ternilai ini.
“Assalamualaikum….”Satu
suara mengejutkan Aisya dari khayalan yang panjang.Dia
menoleh.Berdiri dibelakangnya seorang lelaki yang pernah meluahkan
rasa padanya hampir setahun lalu.Lelaki yang Aisya tolak cintanya
kerana baginya cintanya saat itu hanyalah pada agama dan Allah
swt.Lelaki yang pertama kali dipertemukannya disini…di bumi Mesir
ini.
“Adam
Hariri ?”Adam tersenyum.Aisya terkejut.Mana mungkin Adam mengetahui
dia disini.
“Aisya?”
“Macamana
kamu tahu saya disini?Dan apa kamu buat disini?”Dia tidak pernah
menyangka Adam disini.Adam duduk disisi Aisya.Diatas hamparan rumput
hijau.
“Saya
kesini atas urusan bisnes.Kebetulan ibu Aisya mengirimkan sesuatu
untuk disampaikan pada Aisya.Ni…”Adam menghulurkan sebuah beg
kertas kepada Aisya.Aisya menyambutnya.Hatinya masih tertanya-tanya.
“Tapi
macamana Adam tahu saya disini?”
“Tadi
saya ke apartment Aisya.Kata teman Aisya selalunya waktu begini Aisya
disini.Saya minta ditunjukkan jalan.Puas juga bertanya baru saya
jumpa.Tadi saya ragu-ragu samada gadis yang sednag duduk disini
adalah Aisya.Tapi saya yakin pada gerak hati saya.Sebab itu saya
berani menegur.”Aisya tersenyum.
“Terima
kasih Adam….”Aisya meletakkan beg kertas yang mengandungi kek
kegemarannya disebelah.Dia tahu pasti mamanya yang buat bila tahu
Adam akan kemari.Aisya hilang bicara…Adam kelu tanpa
kata.Akhirnya….
“Aisya
apa khabar?”
“Alhamdulillah….saya
sihat Adam.Berapa lama Adam disini?”Matanya tetap dihalakan pada
lembah Nil.
“Seminggu.Dah
dua hari saya sampai.Tapi sebelum ini saya di Abu Dhabi.Baru hari ini
boleh kemari.”Aisya mengangguk.Diam lagi.
“Ni
sungai Nil kan?”Aisya mengangguk.Mengiayakan pertanyaan Adam.
“Aisya
selalu kemari?”Angguk lagi.
“Sungai
Nil ini banyak sejarahnya.Disinilah bermulanya satu peradaban
manusia.Bermulanya satu tamadun….Nil juga sebagai saksi kisah
nabi-nabi terdahulu.Adam mengangguk.Hatinya berdebar habit.Duduk
bersebelahan sang bidadari.
“Berapa
lama Adam disini?”Adam memandang Aisya.Tapi pandangan Aisya tetap
dihalakan pada lembah Nil.
“Insya
Allah seminggu.Aisya…”Panggilan lembut Adam membuatkan Aisya
berpaling seketika.
“Tak
ada apa-apa.”Tak terluah apa yang terbuku dalam hati Adam saat
ini.Aisya memohon diri untuk pulang bila matahari semakin tenggelam
diarah barat.Jarak dari sini ke flat penginapannya hanya 500
meter.Namun Adam masih disitu.Berteleku mengadap sungai Nil.
21
Lewat
tengah malam itu Aisya menerima kiriman pesanan ringkas dari Adam.
“Aisya…”
-ada
apa adam?
Saya
rindukan Aisya…
-rindukan
saya bagaimana?
Seperti
Adam rindukan hawanya…seperti sulaiman rindukan balqis
-istighfar
dan ingat Tuhan.Insyaallah rindu Adam akan berlalu
Rindu
saya pada Aisya tak akan padam
-Apa
yang saya perlu lakukan Adam?
Entahlah….saya
tak tahu Aisya.Saya hanya tahu saya menyintai dan mengasihi Aisya Al
Zahra.
-Bagi
saya masa Adam.
Ambillah
banyak manapun Aisya.Saya tetap menunggu.
-bagilah
saya masa untuk beristikharah sebagaimana lazimnya.
I
LOVE U AISYA…saya tetap akan menunggu….
Aisya
tergamam dengan kiriman sms terakhir Adam.Jemarinya kaku untuk
membalas.Akhirnya dia hanya diam sebelum panggilan telefon Adam
menyusul.
“Aisya
marah dengan kata-kata saya tadi?”Kedengaran nafas panjang di
sebelah sana talian.Aisya masih diam.
“Aisya
jangan diam macam ni.Aisya buatkan saya resah.”
“Saya
tak tahu apa yang perlu saya katakan.Marah?Saya tak tahu nak marah
orang.”
“Tapi
itulah hakikatnya Aisya.Pertemuan pertama,pandangan pertama Aisya
pada saya dua tahun dulu seakan mengikat hati saya pada Aisya.Aisya
bagaikan bintang yang nampak cantik dimata,tapi jauh untuk
digapai.Bagai bulan bersinar terang indah dipandang jauh
dipegang.”Aisya menarik nafas panjang.Bagai seorang pemuitis,Adam
berbicara.
“Adam
saya bukan sesiapa…saya hanya seorang wanita biasa.Tak ada apa yang
istimewa Adam.”
“Pada
saya Aisya Al Zahra bukan sekadar seorang wanita tapi Aisya bagaikan
bidadari syurga yang wujud di alam nyata.Bagaikan sang puteri yang
terlindung disebalik kota larangan.Tapi saya jatuh cinta pada Aisya
bukan kerana kecantikan Aisya.Persoalan yang saya sendiri tidak tahu
jawapannya.Sungguh pertemuan di Giza membuatkan saya resah.Akhirnya
saya tahu keresahan itu adalah titik mula perasaan saya pada
Aisya.Perasaan yang tidak pernah saya rasa selama tiga puluh tahun
ini.”
“Adam…bagi
saya masa.Bukan senang untuk saya menerima seorang lelaki dalam hidup
saya apatah lagi untuk dijadikan sebagai seorang suami.”
“Saya
tidak memaksa Aisya yang saya mahu hanya sedikit hati Aisya untuk
saya diami.Saya tahu hati Aisya masih pada Harith.Bukan saya mahu
merampas Aisya dari Harith saya Cuma sedikit sahaja Aisya.”Airmata
Aisya mengalir perlahan.’Baiknya lelaki ini…dia Cuma mahukan
sedikit sahaja…tapi mampukah aku?’
25
AISYA
memandang dua buah kitab tafsir Al-Quran diatas meja tulisnya.Satu
kitab berwarna hijau pemberian arwah Harith sewaktu harijadinya
dahulu dan sebuah lagi kitab berwarna kuning yang dihadiahkan oleh
Adam sewaktu pertemuan di pustaka AnNur dua tahun dulu.Kedua-dua
kitab itu punya kenangan dengan dua lelaki yang hadir dalam
hidupnya.Harith yang pergi membawa kenangannya sehingga ke liang
lahad dan Adam yang sentiasa setia menanti dirinya.Sungguh dia keliru
dan terharu.Pada Harith terlalu sukar untuk dia meninggalkan Harith
dan beralih kepada Adam.Tapi keikhlasan Adam menanti dan menunggu
dirinya menyentuh jiwa wanitanya.’Ya Allah aku juga wanita yang kau
titipkan perasaan didalam jiwaku yang halus.Kau pintal perasaan kasih
dalam hatiku untuk seorang lelaki.Aku bukan sezuhud Siti Mariam,tidak
juga seperti Rabiatul Adawiyah yang jiwanya hanya pada-MU.Zalimkah
aku andai aku menolak perasaan Adam terhadap diriku?Berdosakah aku
pada Harith andai cinta Adam aku semai dalam hatiku?
AISYA
tenang mengemaskan pakaiannya.Lusa sekali lagi dia akan berangkat
meninggalkan bumi ambia ini.Tiba-tiba kenangannya bersama Harith dan
teman-teman seakan bermain di kornea mata.Satu persatu bagai wayang
yang sedang diputar semula.Indahnya kenangan manisnya impian.
ADAM
termenung di birai katil.Dia gagal melelapkan matanya walau
sepicing.Entah kerana bahang panas yang semakin ketara atau kerana
ingatannya pada Aisya.Sememangnya sejak pulang dari Mesir
tempohari,bayangan Aisya seakan mengekori setiap langkahnya.Mata
Aisya seakan meniti setiap nafasnya.Sungguh dia angau.Tak pernah
sekalipun dalam hidupnya punya perasaan begini terhadap seorang
wanita.Sungguh Aisya adalah cinta pertamanya.’Peritnya bila jiwa
diresap perasaan cinta.Seksanya menunggu sesuatu yang belum
pasti.Benarlah kata orang cinta itu boleh buatkan orang jadi
gila.Cinta itu menyakitkan.Dulu dia sering mempersendakan teman-teman
yang frust bercinta.Katanya ada apa dengan
cinta.?Menyusahkan..membosankan dan mengahbiskan wang.Tapi saat ini
bila cinta itu menapak dalam hatinya baru dia sedar keagungan yang
maha kuasa menitipkan rasa cinta dalam diri setiap anak Adam .
‘Memang
aku dah gila…gila kerana cinta yang tak pernah aku temui sebelum
ini.Gila kerana seorang wanita bernama Aisya Al Zahra.
Adam
bangun ke bilik air berwudu’.Satu perkara yang tidak pernah
dilakukan sebelum mengenali Aisya.Melakukan solat sunat,memohon Allah
bukakan hati Aisya untuk menerima dirinya.
27
ADAM
tahu perbuatannya salah.Membaca mesej orang lain tanpa kebenaran
bagaikan menceroboh hak peribadi orang.Tapi bila Nurul teman Aisya
mengirimkan email bicara dia bersama Aisya,Adam menerima.Dia tidak
terlepas memasukkan Nurul sebagai teman facebooknya.Nurul tidak lokek
bercerita tentang Aisya.Pada Nurul dia banyak meluahkan rasa.Mujur
Nurul memahami.Dia mula membaca perbualan Nurul dan Aisya dilaman
facebook.
Alzahra:kamu
bagaimana Nurul?Pastinya gembira dengan kelahiran puterimu…kasih
Ramadhani.Tentu dia secantik mamanya.
Nurulfadhilah:Alhamdulillah
Aisya.Puteriku bagai mengerti kesibukan mamanya ini di mahkamah.kamu
sendiri bagaimana?sudah punya calon yang bertahta dihati?Jangan
bersendirian terlalu lama Aisya…syaitan itu akan sentiasa
menyesatkanmu.
Alzahra:calon?aku
sendiri tak pasti Nurul.Malah aku sama sekali tidak
memikirnya.InsyaAllah selagi fikiranku waras aku akan cuba menepis
godaan syaitan dengan mengingati Allah swt.
Nurulfadilah:mungkin
hati kamu masih pada Harith.Zahra….Harith sudah tiada.Malah aku
yakin dia sedang enak bersama nikmat yang Allah janjikan untuk mereka
yang beriman(itulah doaku selalu buat dirinya disana)tapi kamu…kamu
masih bernafas didunia fana Aisya.sepertimana Allah ciptakan Adam
untuk Hawa begitulah kamu perlukan seorang lelaki (suami)disisimu.
Alzahra:Urusan
jodohku biarlah DIA yang tentukan.Aku juga mengharapkan Harith
seperti itu disana.
Nurulfadilah:bagaimana
dengan Adam Hariri?Sukar sangatkah kamu untuk menerima hatinya Zahra?
Alzahra:Bukan
begitu Nurul.Aku Cuma takut pada diri aku sendiri.Aku takut
perasaannya hanyalah mainan semata.Mainan syaitan yang hanya ingin
menjuruskan anak Adam kearah kesesatan.
Nurulfadilah:istikharahlah
Aisya kerana aku yakin Allah akan memperlihatkan padamu jalan yang
sebaiknya.Semoga kamu diberkatiNya Aisya.
Alzahra:Insyaallah
Nurul.Sampaikan salam ku pada ibumu dan
suamimu(Rakib)p
]perbualan
Aisya dan Nurul semakin menguatkan hati Adam bahawa Aisya juga punya
perasaan terhadapnya.
“FIKRI….teman
saya petang ni.”Fikri memandang lama pada Adam.jarang sangat Adam
mengajaknya keluar.’Apahal bos aku ni..buang tabiat ke?’
“Pergi
mana bos?”
“Rumah
Tan Sri Syamsuri.”Lagilah Fikri bingung.Buat apa nak pergi rumah
cik Nelly nak ajak dia pulak?
“Buat
apa?”
“Adalah.Awak
Cuma temankan saya je.”Fikri mengangguk.Tapi di benaknya terkandung
seribu satu macam persoalan.Memang sejak dua tahun kebelakngan ini
perangai Adam benar-benar berubah.Dulu jarang sangat Adam emngajaknya
bersolat di masjid tapi sekarang pantang ada masa terluang pasti Adam
mengajaknya berjemaah di masjid berdekatan.’Em,mungkin inilah
penangan cinta Aisya.’Boleh dikatakan semua orang tahu Adam punya
perasaan pada Aisya.Mudah-mudahan ada jodoh keduanya.
ADAM
melepaskan nafas panjang yang tersimpul sejak keputusan dia buat
lewat malam tadi.Kali ini keyakinannya menguasai minda.Dia yakin pada
langkahnya.Dia tahu dia tidak tersilap.
28
AISYA
membuka jendela kayu seluas-luasnya.Menghirup udara segar yang datang
dari pergunungan.Lembut dan menyegarkan.Kabus pagi semakin hilang
dibawa semilir angin.Matanya memandang bukit larut.Dari kejauhan
bukit itu berbalam dilitupi kabus.Bagai sebuah Negara yang
terawang-awang di angkasa.Bagai istana kayangan seperti dongengan
dahulukala.Putih kabus bagaikan lautan tiada tepi.Berombak dan
beralun.
Dia
memerhati jam didinding.Baru pukul 7.30 pagi.Pandangannya kemudian
beralih kearah rumah separuh batu yang hanya dua ratus meter dari
jendela kayu tempat dia berdiri.Tingkap dan pintu rumah itu tertutup
rapat.Mungkin penghuninya sedang bersarapan.Lagipun Cuma tiga manusia
sahaja yang tinggal disitu kini.Tiba-tiba rindunya bertandang
didada.Rindu pada kenangan lamanya,rindu pada keriuhan rumah
dihadapannya dan dia lebih rindukan babak-babak yang pernah terjadi
dirumah ini.Indahnya kenangan manisnya impian.Ayat itu bergema
lagi.Sekali lagi nafasnya ditarik menghirup udara segar.Matahari baru
menampakkan wajah nya diufuk timur.Kuning kemerahan.Bagaikan terlalu
hampir dengan bumi.Kalaulah dia seorang pelukis,akan diabadikan
keindahan pagi ini diatas sekeping kanvas putih.Biar semua orang tahu
keindahan yang diciptakan Allah swt.
Riuh
kicau burung membawa pandangan Aisya kesebelah kanan.Ke arah pohon
rambutan yang merendang.Pohon iu seusianya.Ditanam selepas dua bulan
kelahirannya ke dunia.Mungkin burung-burung itu baru keluar dari
sarang. Mencari rezeki yang melata di bumi Tuhan.Pohon itu banyak
jasa dan kenangannya.Disitu satu masa dulu,dia bermain dengan
teman-teman sebayanya.Bermain pondok-pondok.Dipangkin bawah pohon
itu,tempat dia mendengar cerita tentang kisah-kisah nabi oleh seorang
wanita yang amat disayanginya.Dan di bawah pohon itulah juga kenangan
terakhirnya bersama wanita itu sebelum keberangkatannya ke Kaherah.50
meter di belakang pohon itu kedengaran deruan air sungai mengalir
dari bongkah-bongkah batu.Air itu dari bukit larut mengalir sehingga
ke bukit berapit.Sewaktu dia masih kecil,di jeram belakang rumah
itulah dia mandi dan bermain.Malah masih segar diingatannya bila dia
dihanyutkan kepala air sewaktu mandi selepas hujan.Kemudian dia
diberi amaran keras,dilarang kesitu tanpa ditemani orang dewasa.Waktu
remajanya,bila mahukan ketenangan dia akan duduk di bongkah batu
hampar.Merendamkan kakinya ke air yang sejuk hingga ke tulang
temulangnya.Biasanya dia bersendirian.Jarang sekali ada teman-teman
yang menemani.Tapi kadang-kadang dia ditemani beberapa sahabat
sekampungnya.
Tapi
Aisya tahu semua itu telah berlalu dan hanya tinggal kenangan yang
terus terpahat di jiwa dan mindanya selagi dia bernafas.Kenangan yang
tidak akan terulang sejarahnya.Penat berdiri,Aisya merebahkan
tubuhnya di kerusi panjang rotan separuh usang.Matanya memandang
kearah syiling yang dipenuhi dengan sawang.beberapa ekor cicak
berlari-lari diatas zink.Lamanya rumah ini tidak berpenghuni.Tapi dia
tidak merasa takut walau sezarahpun.Kerana dia tahu walau dimana dia
berada dia tetap ditemani Allah yang melindungi dan syaitan yang
sentiasa menghasut.Dulu rumah usang ini selalu dihiasi dengan bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran terutamanya bila maghrib bertandang.Dulu dia
membantu nenek mengajar anak-anak kampong mengaji.Sehingga
kadang-kadang dia dipanggil ustazah walau usia nya ketika itu baru
sahaja 16 tahun.
Aisya
terlena akhirnya bersama kenangan silam dimindanya.
KETUKAN
pintu jam sebelas pagi itu menyedarkan Aisya yang terlena seketika
tadi.
“Asstagfirullah…dah
pukul berapa ni?”Aisya memandang jam yang tergantung
didinding.Pukul sebelas pagi.Hampir tiga jam dia terlena.
“Subhanallah…”Jarang
sekali dia tertidur selepas waktu subuh.Mungkin kepenatan yang
menjalar sejak malam tadi membuatkan matannya kembali tertutup.Aisya
bangun.Kedengaran suara halus seorang gadis diluar pintu kayu.
“Kak
Sya…Irah ni.”Aisya membetulkan tudung litupnya yang sedikit
keronyok.Pantas dia ke pintu.Membuka selak dan saat itu terpandang
wajah mulus Athirah berseluar panjang dan bertudung bawal merah.Gadis
itu terus memeluk Aisya dengan gembira.
“Rindunya
Irah dengan kak Sya.”
“Kak
Sya pun rindukan Irah.”Pelukan Athirah dibalas Aisya.Serentak pipi
merah Aisya dicium Athirah.
“Ish…kak
Sya baru bangun tidur.Busukla…”Athirah ketawa.
“Alah…Irah
dah lama tak jumpa kak Sya.”Aisya menarik tangan Athirah memasuki
rumah.Duduk diatas kerusi rotan yang usang.Beberapa ekor lipas
menyelinap masuk di celahan lantai yang renggang.
“Apasal
balik tak bagitahu Irah?Ni kalau Irah tak tengok tingkap rumah ni
terbuka dan kereta mama kak Sya kat depan laman mesti Irah tak tau
kak Sya balik sini.Kak Sya ni memang suka surprisekan oranglah.”
“Bukan
macam tu,kak Sya balik dari Mesir dah tiga hari.Tiba-tiba rindukan
kampong itu yang kak Sya pinjam kereta mama dan balik sini.”
“Rindukan
kampong je?”Aisya ketawa kecil.
“Yelah
rindukan kampong,rindukan Irah,pak su,mak su dan kak Sya dah lama tak
jengah kubur arwah nenek dan atuk.”Athirah tersenyum.Aisya dan
Athirah masing-masing bertukar cerita.Athirah dengan kegembiraannya
untuk melangkah ke UUM tak lama lagi dan Aisya dengan ceritanya di
Mesir.
“Kak
Sya sat lagi jangan lupa datang rumah makan tengahari.Kalau tak mak
tu bebel…telinga Irah juga yang sakit.”Aisya ketawa
kecil.Mengangguk perlahan sebelum melihat kelibat Athirah hilang
menuruni anak tangga.
Aisya
menuruni anak tangga kayu menuju ke dapur yang dibina dari batu.Rumah
ini separuh kayu separuh lagi batu.Rumah atas sengaja dibiarkan rumah
asal.Peti ais yang lama tidak digunakan dipetik suisnya.Masih lagi
boleh berfungsi.Cuma keadaanya sudah uzur.Aisya berkira-kira ingin
mengemas dapur dahulu sebelum keseluruhan rumah.
29
PETANG
itu Aisya turun ke sungai dibelakang rumah.Ditemani Athirah.Tengahari
tadi dia menerima ajakan pak su Rahmat,sepupu ayahnya untuk makan
tengahari bersama.Bermacam-macam cerita yang ditukar bersama-sama
mereka.Aisya seronok sekali.Dia bagaikan Aisya yang dulu.Aisya yang
sebelum kepergiannya ke Kaherah.Aisya sebelum menjadi isteri lima jam
kepada arwah Harith dan bagaikan AIsya yang hidup di kampong ini
sepuluh tahun dulu.Malah masakan mak usu tetap pada
citarasanya.Dulu,dia gemar makan di rumah mak usu bila nenek
kadang-kadang uzur.Mak usu dan pak su RAhmat sudah dianggap sebagai
ibu bapanya.
“Kak
Sya tak nak mandi ke?Dulu kita selalu mandi kat sinikan.Masa tu
Irahpun kecil lagi.”Aisya ketawa kecil.Beza usianya dengan Athirah
hampir sepuluh tahun.
“Tak
naklah Irah.”Aisya merendamkan kakainya yang putih kemerahan
kedalam air yang mengalir sejuk.Sejuknya menusuk hingga ke tulang.Dia
hanya memakai seluar tracksuit,baju T lengan panjang dan tudung litup
tanpa hijab.Lagipun tiada sesiapa disini kecuali dia dan Athirah
sahaja.
“Irah
ni dah tak larat nak mandi kat sini kak.Akak ingat tak dulu,kita
selalu mandi kat sini ramai-ramaikan.Dengan kak Zai,kak Wan.Mana
diorang semua ye kak Sya?”Wajah Athirah penuh tanda
tanya.Kedua-duanya teman sekelas Aisya sewaktu sekolah rendah sebelum
dia mendapat sekolah menengah Raja Tun Azlan Shah.
“Kak
Zai ada contact dengan akak lagi.Dia sekarang kerja dengan TNB kat
Bangsar.Kak Wan pula sekarang ni dah kahwin dan tinggal kat
Ipoh.”Memang dia tidak pernah terputus hubungan dengan mereka
semua.Apatah lagi ada beberapa temannya bertemu kembali dalam
facebook.
“Assalamualaikum
Aisya.”Satu suara memberi salam membuatkan Aisya sedikit
tersentak.Lantas kepalanya dipusing ke belakang.Athirah yang turut
berada disitu juga terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak pernah
dilihatnya itu.
“Adam?Buat
apa disini?”Aisya bingung.Masakan Adam tahu dia ada disini.Tempat
yang jauh dari dunia Adam.’Imposible.’Ada diam tanpa
reaksi.Seolah-olah tiada langsung rasa bersalah mengekori Aisya
sehingga ke mari.Dia duduk diatas bongkah batu besar.Dia memandang
keseberang sungai.Suara unggas dan kicau burung begitu gemersik
menjadi halwa telinganya.Kelihatan pohon-pohon hutan merendang dan
melitupi kawasan ini.Sungguh damai dan mengasyikkan.Seberang sungai
kelihatan pohon-pohon durian sedang berbuah galak.Hanya menanti hari
untuk gugur ke bumi.Dusun itu kepunyaan arwah datuk Aisya dan
sekarang dijaga pak su Rahmat.
“Apa
Adam buat disini?”Soalan kali kedua dari Aisya membuatkan Adam
seolah kembali kedunia asal.
“Mencari
Al Zahra.”Jawab Adam tanpa berpaling sedikitpun pada
AIsya.Seolah-olah dia bercakap sendirian.Bagaikan Aisya tidak wujud.
“Kenapa
sampai macam ni?Adam buat saya keliru.Adam buat saya tidak
menentu.Jangan begini Adam.”Athirah hanya menjadi pemerhati.Dia
tidak kenal siapa pemuda kacak yang sedang duduk di bongkah batu
itu.Tapi dia tahu Aisya mengenali lelaki itu.
“Kenapa
Aisya?Hina sangatkah saya pada mata Aisya?Buruk sangatkah saya sampai
tak layak buat Aisya Al Zahra?Atau pada AIsya saya ini bukan dari
orang yang baik-baik.Mungkin iman saya tidak setebal dan sekuat arwah
Harith tapi saya juga punya rasa…punya rasa.”Aisya sedikit
tersentak dengan kelakuan Adam yang berubah tiba-tiba.Adam tidak
pernah meninggikan suaranya sehingga Aisya rasa lidahnya bagai
tersekat untuk membalas kata-kata Adam.
“Cuba
cakap apa kurangnya saya?Hina ke saya Aisya hingga tak layak buat
seorang Al Zahra?Saya dah penat.Dua tahun saya tunggu Aisya menerima
saya dalam hidup Aisya tapi setiap kali itulah Aisya beralasan.”Aisya
mengurut dadanya.Dia sedikit sebak.Mungkin kerana sebelum ini tiada
orang yang meninggikan suaranya padanya.Marah Adam bagaikan bom
jangka yang menunggu masa untuk meletup.Aisya beristighfar
panjang.Cuba membuang rasa marah yang kini menular sedikit demi
sedikit.Serentak dengan itu,dia bangun berdiri dan berpusing.
“Aisya
nak pergi mana?Saya belum habis bercakap.”Kali ini baru Adam
berpusing pada Aisya.
“Saya
balik dulu.Jom Irah.Assalamulaikum Adam.”Kali ini Adam pula
terkedu.Athirah hanya mengikut langkah AIsya.
“Aisya..maafkan
saya.”Tapi Aisya tidak berpaling lagi.Terus berjalan menuju ke
rumahnya meninggalkan Adam keseorangan ditemani deruan air terjun.
“Aisya….saya
gagal mengawal rasa hati saya…maafkan saya.”Jernih sungai terus
mengalir ke muara bersama rasa hati Adam yang semakin membara.
\
30
Aisya
menangis.Kedua kali dalam hidupnya menangis kerana seorang
lelaki.Dulu airmatanya tumpah saat Harith disemadikan.Dan kini
airmatanya tumpah lagi buat Adam Hariri.Sungguh dia keliru kenapa dia
harus menangis.Kerana amarah Adamkah atau sebab lain.Aisya tidak tahu
kenapa hatinya sebak.Mungkin kerana ketulusan hati Adam meluahkan
rasa atau kerana hatinya sakit oleh amarah Adam.Aisya juga hanya
manusia biasa yang punya sedikit perasaan marah.Dia marah bila Adam
berkata begitu sedangkan hakikatnya dia tidak pernah memandang hina
pada lelaki itu.Kerana itu dia cepat-cepat berlalu tadi.Bimbang pada
hasutan iblis yang semakin menguasai fikirannya.Bukan dia menolak
Adam.Dia Cuma takut perasaan itu hanyalah mainan syaitan
laknatullah.Dia tidak mahu perkahwinan yang hanya sementara.Adam
tidak mengenali siapa dia yang sebenarnya dan dia sendiri belum pasti
siapa Adam hariri.
Aisya
hanya memandang sepi telefonnya yang berdering minta dijawab.Masuk
ini sudah hampir sepuluh kali Adam menelefon.Tapi satupun tidak
dijawab.Bukan dia sombong.Cuma dia tidak mahu dikawal rasa marah yang
hanya akan mencetuskan ketawa syaitan.Biarlah apapun yang Adam mahu
menganggapnya.Hanya Allah yang maha mengetahui situasi sebenar.Tadi
Athirah kemari.Katanya lelaki kacak bernama Adam itu menumpang
dirumahnya.Kata pak su Rahmat,papanya yang meminta ditumpangkan
Adam.Aisya semakin keliru.Apa pula watak ayahnya dalam kehadiran Adam
di taiping ini?
Maghrib
menjelang tiba.Aisya membersihkan diri,berwudu’untuk mengadap Allah
yang satu.Pelawaan mak usunya mengajak makan malam ditolak sebaik
mungkin.Mana mungkin dia berhadapan dengan Adam selepas peristiwa
petang tadi.Apatah lagi Athirah turut menjadi penonton drama sebabak
di tepi sungai itu.Akhirnya telefon imbit dimatikan.Dia perlukan
ketenangan walau hanya sesaat.
31
“JADI
apa tindakan kamu Adam?”Rahmat memandang wajah Adam yang jelas
kekusutan.Rasa kasihan melihat anak muda ini menjalar dihatinya.Malah
segalanya telah diterangkan Syamsuri lewat panggilan telefonnya malam
tadi.Kerana dia yakin keihklasan anak muda ini,menyebabkan dia
menyetujui rencana Syamsuri agar Adam ditumpangkan sementara
dirumahnya.Kata sepupunya itu mudah-mudahan Adam punya ruang
berbicara dengan Aisya.Mujur benar Athirah telah pulang ke Bandar
Taiping selepas maghrib tadi.Athirah tinggal bersama anaknya yang
kedua kerana bekerja sementara di Kamdar Taiping.Kalau tidak hatinya
juga sedikit susah bila ada anak dara apatah lagi Adam yang menumpang
disini.Apa pula kata jiran tetangganya yang lain?Itu belum lagi
mulut-mulut yang mengumpat.Rahmat faham benar kehidupan dikampung
sebegini.
Adam
melepaskan nafas kasar.Bagaikan menghembus kepedihan yang menjalar
dihatinya.Dia tahu dia tersilap.Tapi rasa hatinya membuatkan
amarahnya pada Aisya terluah.Memang Adam marah.Berkali diluahkan rasa
pada AIsya…tapi Aisya hanya sepi.Dia menunggu dan terus
menunggu.Namun tiada langsung kata jawapan dari Aisya.Aisya cuba
mengelakannya.Malah dia sanggup terbang beribu batu ke Mesir demi
bertemu Aisya walau pertemuan itu tidak sampai setengah
jam.Berpura-pura kononnya dia punya urusan di Abu Dhabi.Kenapa Aisya
masih meragui keihklasan nya?Mungkin pada Aisya dia tidak wujud.Atau
mungkin saja hati Aisya hanya pada Harith.Tapi…salahkah kalau
wanita itu buka sedikit hatinya buat dia?Apa tidak mampukah dia
menyayangi AIsya sepertimana arwah Harith menyayangi wanita
itu?Kenapa perlu dia dan Harith dijadikan perbandingan?
Adam?”Panggilan
kedua kali dari Rahmat menyedarkan Adam yang seolah tenggelam dalam
khayalannya.
“Saya
sendiripun tak tahu pak cik.Macamana lagi saya nak buat.Hati Aisya
sekeras krikil…seteguh mahameru barangkali.Saya give up.Mungkin
jodoh saya bukan dengan Aisya.”
“Mudahnya
kamu berputus asa?”
“Nak
buat macamana lagi pak cik?Panggilan telefon saya saja tidak
berjawab.Apa yang saya nak buat lagi..”
“Kamu
betul-betul sukakan Aisya?Seihklasnya dari hati kamu?Bukan kerana
terpedaya dengan godaan syaitan atau kerana kecantikan Aisya?Apa kamu
boleh berjanji yang kamu akan menjaga Aisya sehingga nafas terakhir
kamu?”Solan-demi solan dari Haji Rahmat.Adam mengangguk.
“Saya
menyintai Aisya bukan kerana kecantikannya…Malah rasanya saya jatuh
cinta pada Aisya sebelum wajah Aisya saya lihat.Hanya sepasang mata
milik Aisya..bukan kerana godaan syaitan tapi kerana saya yakin
Aisyalah jodoh saya.Aisya lah yang akan bersama saya dunia dan
akhirat.Kasih saya pada Aisya seikhlasnya dari hati saya pak
cik.”Belum pernah sekalipun rasa hatinya diluahkan pada orang
lain.Tapi dihadapan Haji Rahmat dia kalah.Haji Rahmat mengangguk
beberapa kali.
“Kalau
macam tu…kamu ikut sahaja rencana pak cik.”Adam mengerutkan
keningnya sedang Haji Rahmat semakin lebar senyumannya.
32
AISYA
tersentak.Kedatangan Haji Rahmat malam ini membawa maksud yang cukup
dalam.Menyampaikan perutusan seorang Adam buat dirinya.Apatah lagi
perutusan itu mendapat restu orang tuanya.
“Macamana
Sya?”Aisya sedikit mendongak.Memandang sepasang suami isteri yang
duduk dihadapannya.Wajah-wajah itu mengharap satu jawapan
darinya.Jawapan yang pasti dan muktamad.Aisya semakin tersepit.
“pak
su tak paksa Sya.Pak su hanya menyampaikan hasrat Adam dan amanah
papa Sya.Keputusan tetap pada tangan Sya.”
“Kenapa
papa tak bagitahu Sya sendiri pak su?Kenapa perlu melalui pak su?Sya
ni bukan anak papa ke?”
“Bukan
macam tu Sya.Papa tak mahu Sya anggap papa mempengaruhi hidup
Sya.Waktu Adam datang bertemu papa,papa Sya memang terkejut.Mereka
sendiri tak pernah sangka Adam menyimpan perasaan pada Sya.Setelah
Adam terangkan baru papa Sya mengerti.Lantas dia merestui pilihan
Adam.”
“Apa
pilihan yang Sya ada pak su?”Haji Rahmat tersenyum.
“Sya
boleh menolak.Itu pilihan yang ada di tangan Sya.”
“Pendapat
pak su?”Aisya menyoal.
“Sya…bagi
seorang wanita sempurna hidupnya bila ada seorang lelaki
mendampinginya sebagai suami.Cukup seorang wanita itu untuk berada di
jannah selagi dia taat pada Allah swt dan setia pada suami.Itulah
hebatnya seorang wanita itu Sya.Perkahwinan mengelakkan fitnah.Sunnah
nabi dan ikutan wanita terdahulu.Mungkin Allah takdirkan jodoh Sya
dan arwah HArith hanya sampai disitu,untuk Adam diami
kemudiannya.”Aisya diam kembali.Kali ini lama.Akhirnya…
“Kalau
kedatangan pak su dan mak usu malam ini tujuannya untuk meminang
Sya…Sya mohon izin untuk bercakap dengan papa seketika.”Haji
Rahmat mengangguk.
Aisya
berlalu seketika ke dalam bilik.Hampir lima belas minit
kemudian,Aisya keluar kembali.
“Pak
su,pinangan Adam,Sya diterima.Bukan dari Aisya tapi dari papa dan
mama.Aisya masih anak mereka dan papa tetap wali Sya sampai mati.Kata
papa dia menerima pinangan Adam.Dan bagi Sya…itulah yang
ditakdirkan buat Sya.Sampaikan pada Adam Sya menerima dia dalam hidup
Sya.Tapi Sya mohon majlis pernikahan diadakan disini.Papa juga
setuju.Ini permintaan Sya pak su.”
“Alhamdulillah….lega
pak su bila segalanya selesai malam ni.”Aisya cuba tersenyum
walaupun hatinya payah.
‘Ya
Allah aku hanya mohon agar ini bukan hasutan Syaitan tapi naluri yang
kau tetapkan…’
ADAM
tersenyum memandang bintang-bintang di angkasa.’Indahnya
dimata…jauh dicapai.Dia gagal melelapkan matanya malam ini.Malam
yang dirasakan telah mengubah seluruh hidupnya.Beberapa jam lepas dia
gelisah sendiri.Mundar mandir disetiap penjuru rumah kayu ini
berseorangnan.Sesekali memandang kearah pintu.Tapi saat dikhabarkan
berita itu oleh Haji Rahmat…dia terduduk.Siapa sangka siapa menduga
rencana Haji Rahmat bakal mengikatnya bersama Aisya.Tadi hampir satu
jam dia berbicara dengan Tan Sri Syamsuri.Panjang lebar nasihat
lelaki itu kepadanya.
“Ya
Allah…terima kasih kerana tautkan aku dan Aisya.”Adam memandang
rumah Aisya yang samar dalam suasana malam.Lampu masih terang
benderang.Pasti Aisya juga belum melelapkan mata.Mungkin sepertinya
saat ini.
AISYA
memandang atap zink.Bunyi hujan rintik kedengaran kuat apatah lagi
dimalam yang sepi ini.Panas petang tadi membawa makna hujan malam
ini.Aisya terbaring dikatil.Berjubah putih sebagaimana lazimnya.Dia
suka berjubah putih.Katanya kalau ditakdirkan dia pergi mengadap
Allah waktu tidur,dia bersyukur.Sekurangnya dia mati dalam
berwudu’dan pakaiannya putih.Serentak mindanya terkenang arwah
Harith.Tiba-tiba rindunya datang.Walau tidak sekuat kerinduannya pada
Allah.Teringatkan Harith Aisya jadi sebak.Dia tahu bila nanti Adam
sah menjadi suami nya,segala hubungannya dengan arwah Harith terputus
terus.Mungkin saja doanya nanti tidak sampai pada Harith.
Tapi
Aisya tahu Harith pasti bahagia disana.Dia menarik nafas
panjang.Dihembuskan perlahan.
‘Ya
Allah…kau maha mengetahui segalanya..padamu aku bermohon padamu aku
berserah.’Akhirnya dia terlelap.
NELLY
menangis terisak-isak saat perkhabaran mengenai pernikahan Aisya dan
Adam sampai kepengatahuannya.Sedari dulu dia menyintai Adam.Malah
anga-angannya selalu untuk bersama Adam.Tapi Adam memilih
Aisya.Berkali-kali diterangkan oleh mamanya ini bukan salah
Aisya.Malah Aisya sering menolak Adam.Tapi cinta Adam terlalu kuat
buat Aisya.
“Abang
Adam…sampai hati abang.Nelly sayangkan abang.Nelly cintakan
abang.Kak Sya memang kejam.Kakak rampas satu-satunya lelaki yang
nelly cinta.Kakak tamak.”Isakan Nelly terus berpanjangan.Tiba-tiba
matanya tertancap gambar kenangan di newscastle.
“Aku
mesti pergi dari sini….”Akhirnya dia nekad dengan satu keputusan.
33
AISYA
dan Adam bertemu dua hari sebelum majlis pernikahan berlangsung.Sejak
seminggu yang lalu Adam kembali lagi kesini.Kerumah Haji
Rahmat.Membantu persiapan majlis pernikahannya dengan Aisya
nanti.Kedua orang tua Aisya juga telah tiba disini dua hari
lalu.Saudara mara AIsya dari jauh dan dekat juga telah
tiba.Sememangnya sejak Haji Rahmat meminang Aisya tempohari,dia tidak
pernah bertemu atau menelefon AIsya.Dia pun tak tahu kenapa.Dia dan
Aisya sama-sama kembali ke kuala Lumpur sejak dua minggu lepas dan
akhirnya kembali lagi ke Taiping untuk majlis pernikahan.Cuma dia
tahu Nelly tidak ada.Kata Tan Sri Syamsuri,Nelly nekad untuk tinggal
bersama adik Puan Sri Maria di England.Mungkin kerana kecewa dengan
Adam yang memilih Aisya sedangkan dia menyintai Adam.Kata Tan Sri
Syamsuri,satu hari nanti Nelly akan faham kalau ini adalah takdir
dari yang maha kuasa.
Adam
menanti di kerusi diruang tamu.Beberapa orang yang sibuk menyediakan
bunga pahar tersenyum memandangnya.Mungkin janggal bagi seorang
pengantin lelaki berada dalam rumah bakal pengantin perempuan.Tapi
dia perlu bertemu Aisya.
“Adam
kejap ye…Aisya tengah pakai inai.”Adam mengangguk dan tersenyum
pada mak usu.Dia menanti penuh sabar.Sedikit gelisah apatah lagi dia
sering dijadikan kerlingan oleh gadis-gadis kampong yang
tersenyum-senyum memandang dirinya.Kedatangannya ke Taiping kali ini
ditemani Fikri.
Sesekali
mata Adam menjeling kearah bilik yang dipasang langsir biru.Namun
Aisya belum muncul.Sesaat dua saat gelisah Adam semakin tidak
menentu.
Aisya
muncul akhirnya dengan jemarinya masih melekat daun inai yang
digiling halus.Menapak setapak demi setapak kearah Adam yang sedang
memandang.Walaupun Adam bakal suami,tapi hijab tetap dikenakan.
“Assalamulaaikum..ada
apa Adam?”Pertanyaan Aisya saat punggungnya mencecah kerusi rotan
arwah nenek.Sebenarnya dia sedikit rimas dengan inai dijari.Puas dia
menolak agar tidak memakai adat ini tapi permintaan mama dan
teman-teman sukar ditepis.Akhirnya dia setuju dengan syarat hanya
sepuluh jemari tangannya sahaja dibubuh inai.
Adam
sedikit tersentak.Lidahnya kelu untuk berkata.Salam Aisya dijawab
didalam hati.
“Ada
apa Adam?”Janggal rasanya berbicara dengan Adam sebelum mereka
bergelar suami isteri.Malah lebih janggal bila Adam dirumahnya saat
menjelang pernikahan mereka berdua.
“Ada
perkara yang ingin saya bicarakan dengan Aisya.”Bagai mengerti
beberapa anak gadis yang duduk berhampiran berganjak sedikit ketengah
ruang.
“Perkara
apa?”
“Tentang
kita?”
“Maksud
Adam?”
“Saya
dan Aisya..”Aisya semakin pelik.Takkan Adam mahu pernikahan ini
dibatalkan.
“Berterus
terang Adam…jangan buat saya keliru.”Jiwa saya sudah lama keliru
Adam…tolonglah jangan ditambah lagi kekeliruan ini.
“Saya
ingin jawapan seikhlasnya dari Aisya…ikhlaskah Aisya menerima saya
sebagai suami atau mungkin saja Aisya terpaksa.”Aisya melepaskan
keluhan berat saat soalan Adam meluncur laju.
“Kenapa
sekarang baru ditanya?”Aisya cuba menduga.
“Entahlah
Aisya.Disebalik kegembiraan saya dengan pernikahan ini hati saya
sedikit keliru.”Rupanya bukan Aisya seorang yang berada dalam dunia
kekeliruan tetapi sang Adam dihadapannya ini juga begitu.
“Adam..seikhlasnya
saya menerima Adam Cuma…”Aisya terhenti.
“Cuma
apa Aisya?”
“Cuma
beri saya ruang dan masa untuk saya menyintai Adam sebagaimana cinta
Hawa kepada Adam…sebagaimana kasih Zulaikha kepada yussuf.”
“Saya
tahu itu Aisya.Saya akan sentiasa menunggu dan memberi ruang untuk
Aisya belajar menyintai saya sepertimana cinta saya pada Aisya.”Adam
menarik nafas lega.Kekeliruan yang menganggu perasaannya kebelakangan
ini terjawab sudah dengan pengakuan ikhlas Aisya.Dia memandang
sepasang anak mata Aisya yang menunduk.Dia yakin Allah telah
menetapkan jodoh yang terbaik buat dirinya.
34
AISYA
berjubah putih dari kain satin,berkerudung labuh dan berhijab
putih.Veil dikepalanya hanya diletakkan dengan tiara kecil.Dia
memandang wajah ibunya.Kini dia sudah menjadi isteri Adam Hariri
beberapa jam lalu.Tetamu juga sudah beransur pulang.Hanya tinggal
saudara mara terdekat.Aisya memandang ibunya yang sudah jauh
berubah.Berbaju kurung sutera biru dan berselendang biru.Make upnya
juga tidak setebal dulu.Aisya tetap bersyukur walaupun dia
mengharapkan lebih dari itu.Dia tahu mamanya gembira dengan
pernikahan ini.Bila teringatkan Nelly hatinya sebak.Betapa jauhnya
dia dari satu-satunya saudara kandungnya itu.Kata mama Nelly ke
England dan duduk sementara bersama auntie Mira.Aisya berdoa semoga
satu hari nanti hubungannya Nelly kembali pulih.Adam masih
diluar.Membantu apa yang patut.Atau mungkin sahaja sedang berbual
bersama saudara maranya yang lain.
“Menangislah
kakak..kalau airmata kakak mampu menyembuhkan hati kakak.”Belakangnya
diusap perlahan Puan Sri Maria.Tanpa sedar Aisya menangis.
“Maafkan
kakak mama…”
“Jangan
minta maaf pada mama.Mama faham perasaan kakak.Mama tahu selama
ini,mama jarang pedulikan kakak.Maafkan mama sayang.Mama tak sedar
kakak adalah anugerah tak terhingga untuk mama dan papa.Kakak
menyedarkan mama dan papa kita hidup bukan untuk menongkat dunia.Mama
bersyukur sempat kembali ke pangkal jalan sebelum ajal datang.”
“Kakak
sentiasa mendoakan usia mama dan papa dipanjangkan Tuhan.”Aisya
tersenyum.Puan Sri Maria mendakap anak gadis itu.
“Mama
jangan risau kakak berjanji kakak akan cuba jadi seorang isteri yang
solehah.Sepertimana kesetiaan mama pada papa.”Puan Sri Maria
mengangguk tersenyum.Dia tahu Aisya mampu menjadi seorang isteri yang
baik untuk Adam.
ADAM
menahan gemuruh dihati.Dia berbicara tapi mindanya
melayang.Seolah-olah saraf otaknya tidak bersambung dengan retina
matanya.Dia memandang tapi ilusinya bukan disitu.Orang-orang
disekeliling yang sedang mengusik dirinya bagaikan angin beku yang
berlalu ditelinga.Dalam hatinya bagai ada guruh dan panahan petir
yang sabung menyabung.Bagai waktu dia mahu dikhatankan dulu.Tapi kali
ini gemuruhnya lain.Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang.
“Bos…dah
lewat ni.Saya ingat nak balik dulu lah.”Adam memandang Fikri.
“Dah
lewat sangat ni Fikri.Tidur kat sini je.Esok pagi-pagi boleh
balik.”Adam mengangguk.Menyetujui rencana bapa mertuanya itu.Disini
tan Sri Syamsuri kelihatan lain benar.Kalau di Kuala Lumpur dia
sentiasa segak berseluar slack atau bert-shirt kolar,kemas dan rapi
tapi malam ini dia hanya berkain pelekat,berbaju melayu dan
bersongkok hitam.Sesuatu yang janggal pada pandangan mata Adam.
“Ish…keluarga
Tan Sri pun dah ramai ni.”
“Dah
kalau kamu segan nak tidur kat sini,jom pergi rumah pak cik kat
sebelah.Lagipun anak muda yang lain pun tidur kat sana.Kat sini bagi
perempuan je.Tak gitu Syam?”Tan Sri Syamsuri mengangguk sambil
tersenyum.Fikri memandang Adam.Adam hanya mengangguk.’Ish bos aku
ni apahal?Dah tak boleh bercakap ke?Takkan kena sumpah kot?’Memang
sedari tadi Adam banyak mendiamkan diri.Aisya pula tidak nampak
muka.Mungkin berbual bersama-sama orang perempuan didalam bilik.
Fikri
terpaksa bersetuju akhirnya bila keluarga Aisya mendesak.Dia bukannya
apa,agak sedikit segan memandangkan Aisya punya ramai sepupu
perempuan yang cantik-cantik.Dah tu mereka asyik pandang-pandang
kearahnya sahaja.
Kini
diruang tamu hanya tinggal fikri dan Adam yang masih dengan pakaian
nikahnya.
“Oklah
bos saya balik rumah pak cik Rahmat dulu.”
“er…kalau
awak temankan saya malam ni boleh tak?”Buntang biji mata Fikri
mendengar permintaan mengarut Adam.’Ish bos aku ni gila ke
apa?Ingat aku ni gay ke…dah lah ni malam pertama dia.Takkan nak
suruh aku tidur sekali dalam bilik kot.’
“Maksud
saya awak tidurlah kat luar ni.”Bagai mengerti Adam membetulkan
kata-kata Fikri yang lahir dari persepsi wajahnya sebentar tadi.
“Alah
bos..ni kan malam pertama bos.Macam tak biasa pulak.”
“Kepala
hotak awak Fikri.”Fikri ketawa.Lantas tanpa pamitan dia
meningggalkan Adam keseorangan diruang tamu.Matanya sudah ditawan
rasa mengantuk yang maha hebat.Rugi betul dia tak balik dengan kak
Najihah dan yang lain-lain tadi.Kalau tak dah tentu dia dah sampai
dirumah bujangnya dikuala Lumpur.Tapi sejak dua hari lepas dia terasa
macam tak mahu balik semula ke kuala Lumpur.Sejak pertama kali tengok
anak pak cik Rahmat,Athirah hatinya bergetar hebat.Diam-diam dia
bersyukur berpisah dengan kamilia.Mungkin ini hikmah yang Tuhan nak
bagi pada dia kot.Athirah peramah.’Tapi fik…dia baru nak masuk
u.’
‘Alah…budak
u pun ramai yang kahwin..so,aku tak nampak pun masalahnya.’Fikri
tersenyum senang terus menapak laju kerumah Haji rahmat yang terang
benderang.
Adam
keseorangan.Dia memandang pintu bilik yang terbuka.Bagai menanti
ketibaannya.Diruang tamu hadapannya anak-anak kecil bergelimpangan
tidur.Ada dua tiga orang remaja dalam lingkungan belasan
tahun.Semuanya sepupu Aisya.Adam senang dengan keramahan mereka
menerima kehadirannya sebagai ahli keluarga disini.
“Adam..pergilah
masuk tidur.Dah lewat sangat ni.Mamapun nak tidur dah.Ni semua esok
je kita kemas.”Adam tersentak.Ibu mertuanya baru sahaja keluar dari
bilik Aisya.
“Baik
mama..”Janggal sekali perkataan mama keluar dari bibirnya setelah
bertahun nama itu hanya disebut didalam hatinya.
“Assalamualaikum…”Aisya
yang sedang membetulkan cadar sedikit tersentak.Lantas dia berpaling
kepintu.Rupanya sang Adam sedang berdiri memerhatikannya.Dia cuba
tersenyum walaupun darahnya terasa hangat menjamah wajah.Aisya sudah
bertukar ke jubah putih,pijama rasmi tidurnya.Rambutnya yang separas
bahu dilepaskan.Terpegun Adam sekali lagi.menyaksikan kecantikan satu
figura yang diciptakan Allah.’Subhanallah..dia memang cantik sekali
ya Allah.’
“Waalaikumusalam….”Adam
tersenyum.Walaupun kakinya terasa hampir lumpuh untuk terus berdiri
dimuka pintu.Laksana pengawal pintu maharaja lagaknya..Perlahan pintu
kamar dirapatkan.Aisya tenang dibirai katil.Perasaannya kembali
bercelaru.Tak henti-henti hatinya melafazkan zikir agar Allah
memberinya kekuatan.
Adam
duduk dibirai katil.Bersebelahan Aisya Al Zahra.’Ya Allah…apa aku
nak cakap ni.Adui..lidah ni macam ada staple yang melekat.’Dia
memandang jemari Aisya yang merah diinai.Terasa ingin dipegang jemari
itu.Tapi nalurinya membantah.
“Nak
air?Aisya ambilkan.”Aisya bangun tapi sepantas kilat tangannya
ditarik Adam membuatkannya terduduk kembali.Hatinya cukup berdebar
kencang.Terasa panas tangan Adam melekapi sejuk jemarinya.
“Saya
dah minum Aisya.”Aisya tersenyum.Senyumman paling ikhlas yang
terbit bukan sahaja dari bibir tapi dari sanubarinya.
“Abang
tentu penat.Rehatlah.”Sekali lagi Adam tersentak.Panggilan Aisya
pada dirinya jauh berubah.Tiada saya..tiada awak..tiada Adam.Tapi
Aisya dan abang,’Permulaan yang baik.’Bisiknya perlahan.
“Aisya
pun rehatlah.”Aisya mengangguk.
“Aisya
nak ke dapur sekejap.Dahaga.”Adam mengangguk.Memberi
keizinan.Hilang kelibat Aisya dia menarik nafas
panjang.’lega’.Mindanya berbicara.
Aisya
masuk semula setelah lima minit didapur.Adam sudah terbaring diatas
tilam.Matanya dipejamkan.Cuma pakaiannya tidak ditukar.Sememangnya
pakaian Adam sudah dikemas seketika tadi.Dilipat dan disusun kemas
didalam almari.Aisya merebahkan diri bersebelahan Adam.Berhati-hati
takut Adam tersedar.Dia yakin Adam sudah terlena.Letih
barangkali.Matanya memandang atap zink.Stand fan disebelahnya dibuka
nombor tiga.Disini tiada kipas syiling.Dia bimbang Adam kurang
selesa.Apatah lagi bilik ini bukan dari batu.Bila tengah malam pasti
sejuknya menyusuk ke tulang hitam.
“Bismilahirahmanirahim….ya
Allah kau peliharalah kami sepertimana kau pelihara Adam dan
Hawa.”Bisik Aisya perlahan.Tangannya menjangkau suis lampu
kalimantang dikepala dan ditutup.Kemudian lampu tidur yang bercahaya
kemerahan disebelah katil dibuka.Aisya cuba melelapkan
mata.Menghilangkan sedikit gusar dihati.
Adam
membuka matanya perlahan-lahan.Dikerlingnya kesebelah.Melihat Aisya
bagaikan sedang memandang snow white yang mati kerana makan epal
beracun atau sahaja sleeping beauty yang sedang beradu lena akibat
disumpah ahli sihir jahat seperti dongeng barat.Tapi tidak..Aisya
lebih dari itu.Bukan snow white,tidak juga sleeping beauty malah
mungkin sahaja jauh lebih cantik dari rapunzel yang terperangkap
dimenara yang dijaga ogre.Cinderella?Ah itu semua dongeng barat.karut
semata.Aisya jauh lebih dari itu.Aisya bagaikan bayangan rabiatul
adawiyah…wanita sufi seperti hikayat yang tertulis dalam kitab
terdahulu.Atau sahaja miripnya bidadari syurga yang turun
kebumi.Kalau dongeng melayu itu wujud pasti Aisya sekarang ini bagai
patung cendana yang sedang beradu.Atau bagai puteri gunung ledang
seperti kegilaan sultan Mansur Shah sehingga sanggup mengorbankan
darah puteranya sendiri.Adam memerhati setiap inci wajah Aisya Al
Zahra.Hatinya membuak resah.’Ya…aku juga lelaki yang diberi akal
dan nafsu.Tapi aku perlu melebihi akalku kini dari mengikuti
nafsu.Aisya langsung tiada cacat cela.Pipi,mata,hidung dan bibir
sempurna sebagai seorang wanita.’Akukah yang bertuah memiliki dia
ya Allah?”Pandangan Adam kemudiannya jatuh ketangan Aisya yang
soalah dikiam.Elok tangan kanannya terletak diatas tangan kirinya
diatas perut.Aisya bagaikan sedang mati seketika.Ingin sekali
dikejutkan Aisya.Bagaikan terngiang ditelingannya usikan teman-teman
tentang malam pertama.Tapi bukan kerana itu dia ingin mengejutkan
Aisya.Dia ingin memberitahu Aisya bahawa dialah lelaki paling bertuah
memiliki seorang bidadari seperti Aisya.
“terima
kasih Aisya kerana menerima saya dalam hidup Aisya.”Adam kembali
berbaring disebelah.Selimut yang jatuh ditarik keatas menyelimuti
Aisya.Lenanya malam ini bersama sebuah senyuman.Mimpinya bersama
bidadari sebelum ini menjadi kenyataan.
35
KOKOKAN
ayam jantan di subuh itu mengejutkan Aisya dari lenanya yang
panjang.Memang mudah dia terjaga.Jam di telefon bimbit
dijenguk.’Pukul 5.15 pagi.’Dia menarik nafas panjang sebelum
beristighfar.Dipandangnya sebelah.Adam mengekot kesejukan.Lena
sekali.Melihat selimut yang menyelimuti dirinya,dia jadi
kasihan.Perlahan tanpa sedar dia meneylimuti Adam.Mudah-mudahan
kepanasan dari selimut itu menyelesakan Adam.
Aisya
bangun.Rambutnya diikat menjadi satu.
“Aisya
dah bangun?”Aisya memandang Adam.Lantas mengangguk.
“Dah
pukul berapa ni?”Adam menggosok wajahnya.
“Baru
5.15.Abang tidurlah lagi.Subuh belum masuk.Nanti Aisya
kejutkan.”Sememangnya suara Aisya menyegarkan mata Adam yang
seketika tadi ditawan rasa ngantuk yang maha hebat.
“Aisya
nak pergi mana?”Aisya senyum lagi.
“Aisya
nak mandi.Kejap lagi masuk subuh.Lagipun Aisya nak buat sarapan.Pagi
ni mama dan papa dah nak balik.”Adam menahan gelora didada.
“Boleh
Aisya duduk sekejap.Abang…abang ada benda nak cakap.”Aisya
mengerutkan keningnya.’Perkara apa yang dicakapkan pagi-pagi
ni?’namun dia akur dengan perintah Adam.Perintah seorang suami yang
wajib ditaati.Tubuhnya dipusing mengadap Adam.
“Ada
apa abang?”Adam sudah bersila diatas katil.
“Dari
semalam abang nak berterima kasih pada Aisya kerana Aisya menerima
abang dalam hidup Aisya.Abang tak tahu nak cakap macamana tapi abang
bersyukur,berterima kasih dan abang terlalu gembira Sya.Pada abang
Allah makbulkan doa abang untuk memiliki bidadari seperti
Aisya.”Dalam takut-takut Adam memberanikan diri memegang jemari
Aisya.LAntas dibawa ke bibir.Aisya gagal menahan tangisan.Airmatanya
menitik juga.
“Jangan
cakap macam tu.Allah telah tetapkan segalanya.Setiap perjalanan anak
Adam didunia ini telah tertulis takdir mereka di loh mahfuz.Aisya
juga bersyukur punya seorang suami bernama Adam Hariri.Aisya tahu
abang akan pimpin Aisya saat Aisya jatuh mahupun ketika Aisya
berdiri.Aisya percaya bila Allah tetapkan jodoh dengan abang itulah
yang terbaik buat Aisya.”Adam tersenyum.Rasanya ingin dipeluk Aisya
saat ini juga.
“Terima
kasih Aisya.”Sekali lagi jemari Aisya dibawa ke bibirnya.
“Abang
izinkan Aisya mandi dulu.Nanti ramai orang dah bangun nak pakai bilik
air.”Adam melepaskan jemari Aisya walaupun berat sekali.Aisya
tersenyum.Mencapai tuala ditepi katil,menutupi rambutnya.Ke almari
pakaian mengambil baju sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik.
Adam
kembali berbaring.Hatinya terlalu gembira.Dan dia terlena seketika.
Azan
subuh yang berkumandang mengejutkan Adam sekali lagi dari lenanya
yang seketika.Aisya tersnyum memandangnya.Sudah siap bertelekung
putih.
“Bangunlah.Subuh
dah masuk.”Aisya menghulurkan tuala buat si suami.Adam menyambutnya
dengan senang hati.
Selesai
bersolat Aisya ke dapur.Beberapa orang ibu saudaranya sudah bersiap
sedia untuk menggoreng mihun.
“Nak
masak apa ni mak uda?”Hajah Norsiah tersenyum memandang anak gadis
abangnya ini.Sememangnya sudah lama mereka tidak berjumpa.
“Goreng
mihun je Sya.Eh Sya tak payah tolong.Ni pun dah ramai.Pergi tengok
suami Sya kat atas nu.”
“Nak
tengok suami Sya buat apa mak uda?”Hajah Norsiah ketawa panjang.Ibu
saudara Aisya yang lain turut sama ketawa.
“Sya…kan
pengantin baru.Pergilah tengokkkan kot ada apa yang suami Sya
nak.”Aisya termangu seketika.Tadi sewaktu dia turun ke dapur,Adam
baru masuk bilik untuk bersolat.Tapi rasanya dah habis solat tu.Aisya
kembali meniti anak tangga keatas.Terserempak dengan papanya yang
baru selesai solat.
“Adam
dah bangun kakak?”
“Dah
papa.Tadi tengah solat.Ni kakak nak pergi tengok.”Tan Sri Syamsuri
tersenyum.Dia tahu Aisya pasti dapat meneympurnakan tugasnya sebagai
seorang isteri buat Adam.
“Em
masak apa ni?”Tan Sri Syamsuri menjenguk kedalam kuali.
“Goreng
mihun je abang.Akak tak bangun lagi?”Hajah Norsiah menyoal.
“Dah
tengah solat.”Tan Sri Syamsuri duduk di kerusi makan.Sememangnya
sesekali berkumpul adik beradik begini memang menyeronokkan.Semalam
mereka bercerita tentang kenangan waktu kecil sewaktu arwah ibu bapa
mereka masih hidup.
“Dah
habis solat?”Aisya menyapa Adam yang ralit berdiri dijendela kayu
yang sedikit terbuka.Hari masih gelap.Baru jam 6.30 pagi.Tapi bagi
penduduk kampong waktu ini sudah menjadi kebiasaan untuk bersarapan.
“Tengok
apa tu?”Aisya menghampiri Adam.Adam tersenyum.Melihat Aisya berkain
batik,t-shirt lengan panjang dan anak tudung membahagiakan
dirinya.Aisya berdiri disebelah Adam.Turut memandang keluar.
“Tengok
pemandangan waktu pagi.Cantik betul.Tu gunung apa sya?”Tiada lagi
Aisya…hanya Sya yang keluar dari bibir Adam.Aisya tersenyum.
“Itu
bukan gunung.Tapi bukit larut.Air yang kita guna sekarang ni dari
sanalah.”Aisya melihat bukit larut yang masih dibaluti kabus tebal.
“Maksud
Sya…air yang abang mandi tadi air dari bukit larutlah?Air
sungai?”Aisya ketawa kecil.
“Kenapa?”
“Ya
Allah patutlah sejuknya sampai ke tulang.Tak pernah lagi seumur hidup
abang mandi sungai pagi-pagi buta macam ni.”Teringat tadi,Adam
hampir sahaja tak mahu mandi.Sewaktu dirumah haji Rahmat disitu ada
pemanas air.
“Habis
tu abang mandi ke tak?”Aisya masih ketawa.Kali ini Adam ikut
ketawa.
“Mestilah
mandi.Tapi tak lah lama macam selalu.Mandi gitu-gitu je.”Ketawa
kecilnya masih bersisa.
“Kat
kampong ni jarang orang pakai air kerajaan.Tapi rasanya yang
semulajadi tu lagi baguskan.Terasa segar bila airnya mengalir
ditubuh.”Aisya mengangguk perlahan.
“Segarkan
udara kat sini.Tak sama langsung macam kat kl nu.”Adam peluk
tubuh.Aisya menyandar didinding jendela.
“Kat
sini…tenang.Tak ada pencemaran.Jauh dari hiruk pikuk
kota.Aman….Aisya tenang disini abang.”Dia memandang jauh ke bukit
larut.
“Tapi
ketenangan abang bila abang bersama Aisya…”Mata bertentang…hati
berbicara…minda bercerita diantara sepasang hawa dan Adam berteman
subuh yang sunyi.
PAGI itu
Aisya menghantar saudara maranya yang mahu pulang kedestinasi
masing-masing.Ibu bapanya juga harus pulang kerana ada urusan.Lagipun
urusan kenduri semuanya sudah diselesaikan.lagipun kata Tan Sri
Syamsuri,mereka tidak mahu menganggu pengantin baru.Aisya Cuma
tersenyum mendengar gurauan bapanya.
Aisya
leka mengemaskan dapur tanpa menyedari Adam sudah dibelakangnya.Dia
menarik nafas panjang.Terkejut dengan kedatangan Adam mendadak.
“Mana
pak su?”Tadi Adam sedang berbual dengan Haji RAhmat dianjung rumah.
“Pak
su dah balik.Nak pergi kedai.Sya buat apa tu?”
“Kemas
ni.”Aisya menunjukkan pinggan mangkuk yang ingin disusun didalam
almari kaca.
“Abang
tolong ok.”
“Tak
pe.Abang pergilah rehat.Sya boleh buat.Kejap lagi Sya buatkan air.”
“Sya
nak suruh abang kembung perut ke minum air banyak-banyak?”Adam
ketawa.Begitu juga Aisya.Akhirnya tanpa bicara…mereka sama-sama
mengemas pinggan mangkuk.
36
PETANG
itu Aisya duduk dikerusi.Menghilangkan penat seharian mengemas rumah
yang bersepah selepas kenduri kecil semalam.Membaca majalah
AnNur.Adam baru selesai solat asar.
“Baca
apa tu?”Adam duduk disebelah Aisya.Aisya menginjak
sedikit.Rintik-rintik hujan diluar semakin lebat.Berkerincing menimpa
atap zink.Televisyen dirumah ini dah lama rosak.
“Majalah
An Nur.”Majalah diletakkan disebelah.Dia menuang air kopi buat
Adam.
“Minum
tak kopi kampung?”Tanya Aisya bila piring berisi cawan dihulurkan
pada Adam.
“Sya
ingat abang ni Bandar sangat ke sampai tak minum kopi kampong?”Aisya
tersenyum.Menampakkan sebaris giginya yang cantik. .Rambutnya dilepas
bebas.Terasa janggal.Tapi bila tadi Adam mengingatkannya tiada aurat
antara suami dan isteri,Aisya akur.Hujan semakin galak.Angin makin
kencang.Mujur semua tingkap dan pintu telah ditutup.Tapi tempiasnya
tetap mengena.Hujan turun mencurah bagai air terjun yang menderu
laju.Umpama Niagara falls barangkali.
“Lebatnya…”Tiba-tiba
terluah kata-kata itu dari bibir Adam selepas beberapa waktu
membisu.Aisya berpaling seketika pada Adam.Dia tersenyum.Adam
terpesona.
“Hujankan
satu rahmat.Hujan menghilangkan panas,menghidupkan tumbuhan dan hujan
membawa keindahan.”
“Maksud
Aisya?”
“Renungkan…kadang-kadang
selepas hujan pelangi akan muncul. Menghidangkan pada kita spectrum
warna yang cantik.Bukankah itu indah.Cendawan-cendawan yang tumbuh
melata…itukan punca rezeki.Jadi hujan itu membawa rahmat.Simbolik
yang Allah tunjukkan menabur rezeki di bumiNYA ini.Amazingkan.”Adam
mengangguk.Aisya menyandarkan tubuhnya dikerusi tanpa menyedari Adam
meletakkan tangannya disitu.Tanpa diduga kepalanya bersandar pada
lengan Adam.Sepantas kilat Aisya tegak semula.Bagai ada arus elektrik
yang mengalir dalam tubuhnya saat ini.Adam cuba menyembunyikan
senyuman.Lantas tangannya diturunkan.
“Sandarlah.”Perlahan
Aisya meletakkan kembali tubuhnya kebelakang.
“Seronokkan
duduk dikampung?Tenang jauh dari hiruk pikuk kl.”
Aisya
mengangguk perlahan.
“Dah
tentulah ini kampong bukan kuala Lumpur.Dari kecil inilah dunia
Sya.lahir,zaman kanak-kanak,remaja semuanya Sya lalui disini.Kat sini
ada kenangan dengan arwah nenek,atuk,dan kawan-kawan.”
“Kalau
tak menjadi kemarahan,abang ada perkara nak tanya pada Sya.”Adam
menghela nafas.Persoalan yang bermain dibenaknya sejak hari
pernikahan semalam sedikit merunsingkan hatinya.Bayangan figura
seorang lelaki sukar ditepis dari minda.
“Tanyalah
kalau boleh Sya jawab…Sya akan jawab.”Adam perkemaskan
duduknya.Tubuhnya dipusing 90 darjah mengadap Aisya yang bersandar.
“Sya
janji jangan marah abang ok.”Aisya ketawa kecil.Lesung pipitnya
timbul.Menambahkan keserian wajahnya.
“Ketawa
pulak.Abang bukan buat lawak.”
“Tak
Sya ketawa sebab tengok abang macam budak kecil yang takut kena marah
dengan mak dia.”Adam mengerutkan keningnya lantas ketawanya pecah.
“Ok
selama ini Sya tak tahu nak marah orang.So,abang jangan takut sebab
Sya takkan marah abang.Apa abang nak tanya.?”Adam tersenyum.Siapa
sangka Aisya sebenarnya amat peramah.Suka ketawa dan tersenyum
disebalik hijab yang selalu menutupi wajahnya.
“Apa
abang nak tanya?”Ulang Aisya bila Adam masih berdiam diri.
“Yang
semalam tu siapa?”Kening Aisya berkerut seribu.
“Yang
mana?”Semalam hampir 500 tetamu yang datang.Aisya tidak pasti siapa
yang dimaksudkan Adam.
“Alah
yang pakai baju melayu biru tu.Yang bersembang dengan Sya kat
pintu.”Aisya cuba mengingati sesuatu.
“Itu
Syam.Kawan lama Sya.Satu kampong dan satu sekolah masa kat
SERATAS.Kenapa abang?Dia tu macam kawan baik Syalah.”
“Taklah
tengok air muka dia macam orang frust je.Dengan abang langsung tak
berbual.Asyik dengan Sya je.Lepas tu abang tengok sekejap-sekejap dia
tengok Sya.”Aisya ketawa kecil.Ternyata Adam cemburukan Syamsul.
“Dari
kecil sampai habis spm memang Sya kawan baik dengan Syam.Habis
spm,dia pergi Auckland buat medical dan Sya ke Kaherah.Langsung putus
hubungan.”
“Dia
dah kawin?”Aisya menggeleng.Adam kembali diam.
“Kenapa
abang?”Aisya tidak faham bila persoalan Syamsul dibangkitkan
Adam.Tapi berlainan bagi Adam.dia tahu cara renungan Syamsul pada
Aisya semalam seolah menyimpan seribu erti.Bila melihat Adam berdiam
diri,Aisya bangun menuju ke dapur.Adam bagaikan tenggelam dalam
dunianya sendiri.
FIKRI
tersenyum senang sepanjang pemanduannya ke kuala Lumpur. Akhirnya dia
berjaya mendapat nombor telefon Athirah.Keramahan dan kelembutan
gadis itu mengikat perasaanya.
‘Tak
sia-sia aku ikut bos datang sini.Thank you bos…’Terkenangkan tiga
hari di Taiping,dia diwarnai kenangan yang indah.Bahagia melihat
bosnya akhirnya bertemu juga dengan bidadari pujaan dan rasanya dia
juga sudah ketemu bidadarinya.
37
NELLY
mengenakan kot tebal berbulu yang dibeli sebelum datang kemari
dulu.Dia duduk seorang diri di tralfagar square.Memerhati
burung-burung merpati yang berebut makanan.Ditemani berger dan air
coke.Sudah sebulan dia disini.Hatinya belum mahu pulang ke
Malaysia.Puas ibunya memujuk namun dia tetap bebal.baginya pulang ke
Malaysia hanya menambahkan sakit hatinya melihat Adam dan Aisya.
“Assalamulaikum…”Satu
suara memberi salam mengejutkan Nelly.
“Waalaikumusalam.”Nelly
mengamti susuk tubuh lelaki dihadapannya ini.’Kenal aku ke?”
“Ini
Natalia anak Tan Sri Syamsuri kan?”Nelly mengangguk. Sememangnya
dia tidak suka diganggu.
“Awak
siapa?Macaman kenal dengan saya?”Dia semakin bingung.
“MasyaAllah…Nelly
tak ingat saya?Saya Hakimi.Dulu kita pernah berjiran masa dekat kem
TLDM Kuantan.Masa tu ayah Natalia panglima kat situ dan ayah saya
pegawai memerintah.Ingat tak?”Nelly cuba mengingati sesuatu.Memang
dia pernah tinggal di kem tersebut.Lama wajah yang masih berdiri
dihadapannya dipandang.
“Abang
Hakimi?anak uncle Hasyim?”Hakimi mengangguk.
“Em…buat
apa kat sini?”Dia duduk tanpa dipelawa.
“Datang
cuti rumah aunty.Abang Hakimi buat apa kat sini?”
“Abang
kerja kat sini.Dengan konsulat Malaysia.”Nelly mengangguk. Mereka
bertukar cerita.Akhirnya terus rancak berbicara.
suka cerita ni. akan dibuku kan ke?
ReplyDelete