AIN membuka
komputer ribanya diatas katil.Ada beberapa mesej dari Naruto.Dia membuka
ruangan chating.Dan nasibnya selalu baik bila Naruto berada dihadapan komputer.
KERORO:Hi Naruto.Buat apa?
NARUTO:Hi pengantin baru.tengah chat dengan keroro lah.Macamana
lepas kahwin?
KERORO:Bad luck.orang yang saya benci jadi suami saya.i'm very
unlucky woman in the world.
NARUTO:Explain....tak faham
KERORO:Orang yang pinang saya pensyarah yang paling saya benci di alam
maya ini.
NARUTO:betul ke?mungkin dia benar menyintai awak.
KERORO:Tak.dia cuma rasa berslaah atas apa yang terjadi.Dia kahwin
dengan saya sebab nak guna kuasa sebagai suami untuk saya balik semula ke
kuliah.
NARUTO:Mungkin dia ikhlas.....
KERORO:tak ada mananya ikhlas.dia cuma tahu menyakitkan hati
saya.baru sehari kahwin dia dah suruh saya buat sarapan.
NARUTO:Itukan kewajipan seorang isteri....
KERORO:Saya bencilah....yang penting saya tak perlu tidur bersma
dia.
NARUTO:Awak memang keras hati.tapi saya tahu dia lelaki yang
bertuah.awak seorang yang baik dan dia akan menyesal kalau dia sia-siakan awak
.KERORO:Hanya awaklah seorang hamba Allah yang memuji saya.Thanks
naruto.
NARUTO:What ever.Ada apa-apa bagitahu ok!
“Chat dengan siapa?”Zharan sudah
masuk kebilik.Ain menutup komputer ribanya.
“Dengan kawan internet.”Kata Ain
lantas ditarik selimut menyelimuti tubuhnya.
BAB 12
DUA
HARI BERIKUTNYA....
AIN NURAINA menadah tangannya lama,memohon keberkatan dari yang maha
kuasa agar diberikan kekuatan untuk dia menempuhi semua ini.
Zhafran
memandang Ain Nuraina yang lama berteleku di sejadah.Memanjatkan syukur didalam
hati kerana isteri yang dipilih mengikut perintah agama.hari ini kuliahnya
bermula lapan setengah pagi.Kelas Ain Nuraina.
Ain
Nuraina melipat telekung yang dipakainya dan disidai diampaian bilik.Tanpa
memperdulikan Zhafran,dia keluar dari bilik.Semenjak malam pertama,dia dan
Zhafran tetap sebilik tapi berasingan tempat tidur.Itu adalah permintaannya
sendiri.Dan Zhafran akur dengan kehendaknya.
Ain
Nuraina menumbuk cili padi dan bawang merah untuk dijadikan rencah nasi goreng.Kuali
dipanaskan bersama dua sudu minyak.Bau tumisan bawang menaikkan seleranya.Nasi
sejuk dicampurkan bersama hirisan daging dan sayur.Setelah semuanya siap,dia
menghidangkan nya diatas meja kecil diruang tamu.Kemudian dia masuk ke
bilik.Sewaktu dia masuk,Zhafran sedang menggosok baju kerjanya.
“Tinggalkanlah
kat situ.Biar saya gosok.”Zhafran memandang Ain Nuraina,perlahan-lahan bibirnya
menguntum senyuman.Ain Nuraina buat-buat tidak nampak lantas membuka alamri
mencari pakaian yang akan dipakai ke kelas.
Dia
akhirnya memilih sepasang baju kurung berwarna pink yang amat jarang dipakainya
sebelum ini.Mungkin teman-temannya akan merasa hairan...tapi biarlah.
“Saya
dah siapkan nasi goreng, pergilah makan.”Katanya sambil mengambil tempat
Zhafran untuk menggosok baju.Kemeja biru Zhafran digosok penuh cermat.
“Tak pelah...saya tunggu Ain.Kita
breakfast sama.”Ain meneruskan gosokannya.
“Saya puasa hari ni.”
“Puasa?”
“Puasa ganti.”Jawab Ain.
“O...tapi Ain bersahur ke
semalam?”Soal Zhafran lagi.
“Dah biasa tak sahur.Dah lah
pergilah makan.”Zhafran berlalu dari situ.
Menikmati
sarapan pagi hasil tangan isteri sendiri amat menyelerakan Zhafran.Siapa sangka
Ain juga tukang masak yang baik.Malah semalam Ain sendiri yang menyediakan
makanan tengahari dan malam mereka berdua.
Selesai
membasuh pinggan di sinki,Zhafran masuk ke bilik.Tapi langkahnya bagai terpasak
di bumi waktu melihat Ain Nuraina sedang menyisir rambutnya di meja
solek.Berbaju kurung berwarna pink,keayuannya benar-benar terserlah.
“Jarang
Ain pakai baju kurung ke Kuliah...”katanya sambil mengambil baju kemejanya yang
sudah disangkutkan Ain di tepi almari.
“Kenapa?Tak boleh ke?”Tanya Ain
pelik.
“Tak delah...ok.Cantik.Macam
wanita melayu terakhir.”Ain mencebirkan
bibirnya.Zhafran menyarung kemejanya membelakangi Ain.
“Kita pergi sama ye.Ain yang sudah mengikat rambutnya menjadi satu
memandang kearah Zhafran.
“Tak payahlah.Saya pergi sendiri.Lagi satu...habis kelas Profesor
Hamdan nanti,saya terus ke Bukit jambul.”
“Buat apa?”Tanya
Zhafran pelik.
“Kerja la...buat
apa lagi.”
“Kan saya tak bagi Ain buat part time lagi.Kenapa dengan Ain
ni?”Zhafran berang bila Ain mahu terus bekerja selepas waktu kuliah.
“Kenapa tak boleh
pulak?Bukannya saya enjoy.Saya kerja.”
“Saya cakap tak boleh...tak bolehlah .Ain kena dengar cakap
saya.”Ain Nuraina memandang wajah Zhafran.
“Buatlah apa yang Dr nak buat.Saya dah malas nak bertekak.Semuanya
Dr je yang betul.Saya semuanya salah.”Beg sandangnya dicapai dan terus
melangkah keluar.
“Ain...nanti dulu.”Namun panggilan Zhafran tidak
diendahkan.Zhafran mengeluh seketika.
'Cakap
salah...tak cakap salah...' Bebelnya sendirian.
“AIN.....”Manusia pertama yang menyambut kedatangannya tentulah Asmiza
yang menjerit kegembiraan kedatangan Ain hari ini.
“Macam nilah member...kenapa kau tukar fikiran?”Tanya Asmiza.Lagi
sepuluh minit kelas akan bermula.
“Saja...lagipun
kau juga yang nak aku masuk kuliah balikkan.So,apa masalahnya?”Soal Ain.
“Best lah kau Ain.Macam ni lah member aku.Eh yang kau tiba-tiba
pakai baju kurung ni apahal?”
“Saja nak tukar selera.Kenapa tak boleh ke?”Belum sempat Asmiza
menjawab,belakangnya sudah ditepuk Hisyam.
“Welcome back
Ain...”Ain hanya tersenyum pada Hisyam.
“Engkau cutelah pakai macam ni Ain.Berseri-seri:”Hakim yang duduk
disebelah Hisyam pula menyampuk.
“Terima kasih....”Balas Ain ringkas. Matanya sempat menangkap riak
cemburu dari Irma bila beberapa rakan lelakinya memuji dirinya.
“Betullah
Ain..hang pakai minyak guna-guna ke...berseri lain macam je...”Ain membulatkan
matanya memandang Hisyam.
“Kepala hotak
hang....”Mereka sama-sama ketawa mendengar reaksi Ain.
“Ni siap berinai
ni...tak pernah hang macam ni.”Ain terkedu dengan soalan Hisyam.
“Ni sepupu aku
kahwin hari tu.Aku tumpang sekaki je lah.”
“Good morning
class...”Zhafran menagmbil tempat di meja pensyarah dihadapan kelas.
“Good Morning Sir...”Ain turut sama menjawab.hatinya tiba-tiba
berdebar kencang .Dihadapannya kini bukan lagi sekadar seorang pensyarah,tetapi
telah menjadi suaminya.Wajahnya ditundukkan,sukar untuk bertentangan dengan
Zhafran.Sesekali dia perasan mata Zhafran mencuri pandang kearahnya.
“Ok...hari ini saya nak bagi markah dan kertas assigment yang awak
semua hantar pada saya sebelum cuti semester dulu.”Seorang demi seorang nama
dipanggil ke hadapan.Ada yang melonjak gembira dan tak kurang ada yang
mengeluh.Mungkin markah mereka tak seperti yang dijangka.Sampailah giliran Ain
Nuraina.
“Ain Nuraina...”Lantang suara Zhafran memanggil pelajar yang kini
telah menjadi isterinya.Ain Nuraina bangun melangkah ke hadapan.Kedengaran
siulan dari pelajar lelaki terhadap dirinya.
“Wau...cun gile la kau Ain...”Zhafran memandang Zaril yang
menuturkan kata-kata itu.Sebagai suami hatinya sedikit tersentak bila kata-kata
itu ditujukan pada isterinya.Tanpa memperdulikan Zaril,Ain menagmbil kertas di
tangan Zhafran“
“Terima kasih
Dr.katanya bersahaja.
'Kasih diterima...'Tapi jawapan iu hanya bergema dalam hati
Zhafran.Dia ketawa didalam hati.Pengajaran hari itu diteruskan.Namun kali
ini,nama Ain langsung tidak kedengaran keluar dari bibir Zhafran.Menimbulkan
sedikit rasa pelik dikalangan rakan-rakan sekelasnya.
Selesai kelas kimia,mereka punya masa sehingga pukul dua untuk
latihan amali dengan Profesor hamdan di makmal.Ain duduk di kerusi bawah pokok
bersama Hisyam dan Asmiza.Malah Hakim turut bersama mereka.Sedang rancak
berbual,telefon bimbit Ain berbunyi menandakan ada mesej masuk.
+Jumpa saya kat blk skrng.
'Apa lagilah yang
dia ni nak...'Ain bangun tiba-tiba.
“Kau nak pergi
mana?”Asmiza bertanya pelik.
“A..aku nak pi
ofis jap.Pasal surat yang aku hantar kat Dekan hari tulah...”Ain berdalih.
“Aku ikut...”
“Eh tak payahlah.Lagipun korang nak pergi makan kan.Aku puasa hari
ni.Dah settle karang aku jumpa korang kat kafe ok!”
“Ok!”Ain melangkah ke arah pejabat yang terletak selang satu blok
dari fakulti.Sebaik sahaja tiba di bilik Zhafran dia terdengar satu suara
wanita yang cukup dikenalinya.Dia melangkah ke arah pintu.Pintu yang terbuka
memudahkan dengan jelas dia melihat Irma dan Zhafran sedang duduk di sofa
bersebelahan meja Zhafran.Zhafran yang perasan kehadiran Ain segera memanggil
Ain.
“Ain...masuklah.”Dengan
selamba seolah-olah tidak merasakan apa-apa,Ain melangkah masuk.
“Ada apa Dr nak jumpa saya?”Matanya dipandang kearah Irma.Hatinya
semakin sakit bila melihat senyuman Irma.
“Irma...saya ada
hal nak bercakap dengan Ain Nuraina.Boleh awak keluar dulu?”
“Tapi macamana dengan apa yang saya tak faham tadi?”Katanya
merengek manja.Ain semakin menyampah.
“Tak pelah...Dr setltelah dulu masalah Irma ni,lain kalilah Dr
jumpa saya okMasalah si Irma ni lagi penting..”Dia cuba menyindir.
“Ain...saya nak jumpa awak sekarang.Irma nanti saya akan terangkan
kali kedua apa yang awak tak faham ni dalam kelas.”Irma mengemaskan kertas yang
berselerak diatas meja.
“Oklah Sir Zhafran.Saya minta diri dulu.Anyway thanks coklat
tadi...”Hati Ain semakin berbulu dengan tingkah Irma.Tapi dia berlagak
selamba.Sempat Irma menjelingnya sebelum keluar dari bilik Zhafran.Ain Nuraina
duduk dia ats sofa sementara Zhafran bangun menutup pintu.
“Sorry...saya tak
tahu Irma nak datang bertanya soalan yang dia tak faham...”
“Nak sorry apa pulak bukan ke sebelum ni dia memang selalu jumpa
Dr kat sini?hai siap share coklat lagi.She's your favorite student kan.”
“Ain...dah dia
nak coklat atas meja saya,takkan nak kata tak boleh pulak.lagipun chewing gum
je tak ada mananya favorite student..”
“Yelah...Dr
memang baik hatikan.”
“Yang Ain nak
marah ni kenapa?Atau Ain cemburu tak?”
“Tak kuasa saya.Kenapa Dr nak jumpa saya ni?”Soalnya.Bimbang
lama-lama disini akan menimbulkan gosip pula walaupun dia bertemu suaminya
sendiri.
“Ain buat apa
tadi?”
“Saja borak
dengan As,Syam dan Hakim kat bawah pokok tu.Kenapa?”
“Tak ada
apa-apa.Saja nak tahu.”
“Ada apa Dr nak
jumpa saya?”
“Saya nak minta maaf pasal pagi tadi.Saya tak patut cakap macam tu
pada Ain.”Ain Nuraina memandang lantai.Kemudian kepalanya diangkat kembali.
“Tak pe...Dr ada
hak sebagai suami saya.Saya faham.”
“Bukan saya tak bagi Ain kerja,tapi sekarang Ain dah ada saya.Saya
dah janji pada ayah Cik dan abang Ikram untuk jaga Ain.Saya yang akan tanggung
Ain.”
“Saya pun patut mintak maaf sebab tinggikan suara pada Dr pagi
tadi.Tapi saya tak nak menyusahkan Dr.Saya tak nak Dr anggap mengahwini saya
satu beban.Saya nak Dr biarkan saya buat part time.”
“Maksud Ain?”
“Yelah...beban
kerana terpaksa tanggung saya.Dr jangan risau,saya ada PTPTN.”
“Baiklah saya izinkan Ain kerja tapi tak lebih dari sebelas
malam.”Zhafran cuba berkompromi.
“Thanks.”Balas
Ain.
“Ain...sekarang apapun bayaran yang Ain kena bayar,Ain perlu
beritahu saya.”Ain Nuraina hanya mendiamkan dirinya.Kata-kata Zhafran bagai
satu arahan.Cuma dia tidak bercadang untuk mematuhinya walaupun dia tahu
dosanya.
“Ain nak makan apa berbuka nanti?” Ain Nuraina mengangkat wajahnya
memandang Zhafran
“Nanti saya beli
burger je.”
“Burger je?Kenyang ke?Tak pelah nanti kita pergi makan dekat
lapangan terbang.dengar kata kat situ sedap.tak pun saya nak bawa Ain pergi
Sungai Ara.Ada medan ikan bakar kat situ.”
“Tak yah lah.Buat apa nak buka puasa pergi jauh-jauh macam
tu.Membazir je.”Zhafran ketawa kecil.Lesung pipitnya jelas kelihatan.
“Ain...Ain...”Ain
mengerutkan keningnya.
“Kenapa?”
“Nothing....”Zhafran
terus ketawa.Ain Nuraina semakin pelik.
“Oklah Dr..Member saya tengah tunggu tu.So,see you at home.”Zhafran
mengangguk dengan senyuman dibibirnya.Menghantar Ain Nuraina sehingga ke pintu.
“Jangan lupa balik rumah.”Pesanan dari Zhafran dibalas dengan
senyuman oleh ain nuraina.Zhafran turut tersenyum memerhati langkah Ain Nuraina
mnghilang.
Disatu penjuru
Irma memerhati dengan penuh rasa cemburu.Fikirannya merencana sesuatu.
SELESAI BERBUKA puasa,Ain mengucapkan syukur atas rezeki yang
ALLAH swt limpahkan pada dirinya.
“Kenapa Dr
pandang saya macam tu?”Pelik dengan renungan Zhafran,dia bertanya.
“Tak ada
apa.Sikit je Ain makan?”
“Berbuka sekadar mengalas perut. Makan banyak-banyak tak larat
pulak nak solat karang.”Dia bangun membawa pinggan ke dapur.Hajat Zhafran untuk
membawanya berbuka diluar ditolak Ain.
Petang tadi sewaktu Zhafran belum pulang dari Universiti,Ain ke
kedai membeli barangan dapur.Balik rumah,terus dimasaknya untuk berbuka.Zhafran
yang baru pulang dari Universiti cuba untuk membantunya tapi ditolak Ain.
“Oklah...saya pi sembahyang dulu.” Zhafran mengangguk.Mulanya dia
mengajak Ain untuk sama-sama berjemaah,tapi Ain menolaknya.
MALAM ITU....
“Kenapa?Boring?Nak keluar?Kita pergi Queensbay nak?”Zhafran
bertanya bila dilihatnya Ain termenung di hadapan televisyen.
Ain Nuraina mengelengkan kepalanya. Zhafran tersenyum.Perhatiannya
kembali kepada kerja-kerjanya memeriksa kertas peperiksaan pelajar tahun dua.
“Best ke jadi lecturer?”Tiba-tiba muncul pertanyaan itu dari bibir
Ain Nuraina.Ain memandang Zhafran.Zhafran mengangkat wajahnya memandang Ain.
“Nak cakap best sangatpun tak juga nak cakap tak best pun tak
juga.Dah kerjaya ni yang saya pilih,so kenalah suka.Kenapa?Ain nak jadi
pensyarah ke?”
“Ish...tak minatlah nak mengajar ni.Balik-balik buat benda yang
sama.”Zhafran ketawa kecil.
“Habis Ain nak jadi
apa nanti?”Ain menjungkitkan bahunya dengan pertanyaan Zhafran.
“Entahlah.Saya
terima apa sahaja kerja yang ada.”
“Ain ada
cita-cita lain?”
“Banyak sangat.”
“Antaranya?”Zhafran
terus bertanya.
“Saya nak kumpul
duit banyak-banyak... lepas tu saya nak pergi satu tempat.eh...dua tempat
sebenarnya...”
“Mana tu?”
“First saya nak pergi Mesir.Nak tengok semua piramid depan mata
saya then saya nak pergi India nak tengok keagungan cinta manusia...Taj Mahal.”
“Kenapa nak pergi
Taj Mahal?”
“Bagi saya tak ada cinta dalam dunia ni seteguh cinta Shah
Jehan.Bagi saya Shah Jehan adalah lambang kasih sayang seorang suami pada
isterinya.Malah makam yang dibinanya adalah bayangan syurga yang diambil dari
Al-Quran.Amazingkan...”
“Mana Ain tahu tak ada lagi cinta seagung Shah Jehan dalam dunia
ni?”Ain memandang Zhafran sebelum menjawab.
“Mana ada
lagi?Cuba cakap suami mana?”
“Mana tahu saya kot yang boleh jadi macam Shah Jehan tu...”Ain
ketawa mengejek mendengar jawapan Zhafran.
“Dr nak jadi Shah Jehan?Em...jauh panggang dari api.Dah lah saya
mengantuk nak tidur...”Ain bangun menuju kebiliknya.Langkah diekori dengan
pandangan mata oleh Zhafran.Tiba-tiba dia tersenyum sendirian.
AIN NURAINA mengetuk pintu bilik Zhafran dengan perlahan.
“Ain...masuklah”Kata
Zhafran.Ain masuk dan duduk berhadapan dengan Zhafran.
“Ada apa
ni?Jarang Ain nak datang sini?”Dia memandang Ain dihadapannya.
“Tak acctually
nak minta permission.”
“Permission?Pasal
apa?”
“Em...”Ain kelu
untuk bersuara.
“Ada apa ni
Ain?”Zhafran kembali bertanya bila Ain kelihatan teragak-agak.
“Saya nak minta
izin nak join kelab kembara ke gunung Brinchang.”Zhafran terdiam seketika.
“Bila nak pergi?”
“Jumaat ni.”
“Ok.Nanti kita
pergi beli barang-barang untuk Ain bawa.”
“Boleh ke saya
pergi?”Zhafran hanya mengangguk.
“Kenapa tak boleh
pula?”
“Thanks.....”
“Thanks je...?Ain
merenung Zhafran pelik.
“Yelah...habis
nak cakap apa lagi?”
“Cakaplah I
love You ke...I miss you ke..”Ain membulatkan matanya
“Sorry..saya
gurau je.”
“Sayapun tahu Dr
tak serius.”
“Kalau saya
serius?”Zhafran cuba menduga.Ain Nuraina terdiam.Tak ada jawapan pada soalan
Zhafran.
“Kita makan
tengahari sama ye....”Pinta Zhafran.
“Tak naklah.Apa
pula kata orang nanti.”
“Apa orang nak
kata biarlah.yang penting kita tahu siapa kitakan.Lagipun Ain tak kesian saya
makan seorang je.”
“Nanti timbul
gosip.Tak pasal-pasal jatuh saham Dr.Dr kan ramai peminat...”
“Habis tu Ain tak
minat saya?”Ain berfikir sejenak sebelum menjawab.
“Em...belum lagi
kot...”
“Belum lagi tu maksudnya
ada harapanlah..”
“Dah lah merepek
je.”
“Ain...”
“Em...?”Zhafran
merenung wajah dihadapannya.
“Malam ni saya nak bawa Ain pergi satu tempat.Nak tak?”Sememangnya
dia sudah merencana untuk membawa Ain Nuraina makan malam di satu tempat yang
istimewa malam ini.
“Pergi mana?”
“Adalah...”
“Tak bolehlah Dr.Malam ni saya dah janji dengan member-member ada
study group kat library.”Zhafran tersenyum cuba menyembunyikan kekecewaannya.
“.Nampaknya saya makan seorang lagilah malam ni.”Sudah beberapa
malam Ain menghabiskan malamnya bersama rakan-rakan mengulangkaji dan membuat
perbincangan.Malah kalau tidak,dia akan berada di coffee bean untuk part time.
“Sorry...”
“Tak
pe...”Tiba-tiba ada ketukan di pintu bilik.
“Masuk”Jerit Zhafran dari dalam. Kelihatan Profesor Hamdan
terjengul dipintu.
“Prof...”Ain memberi hormat.
“Ain...sampai hati kahwin tak jemput saya..”Ain memnadng Profesor
Hamdan sebelum matanya dialihkan pada Zhafran.Melihat anggukan Zhafran
meyakinkan Ain untuk berterus terang.
“Kahwin mengejut
Prof.”
“Tak kisahlah.Yang penting awak bertuah dapat Dr Zhafran ni.Dahlah
handsome.. .penyayang pulak tu.”
“Yelah tu Prof.Anyway Thanks Prof.Oklah Prof...Dr...saya pergi
dulu
“Hai takkan masih panggil suami dr kot Ain...”
“Dekat sini he's still my lecturer...
.assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam...jawab keduanya serentak.
Menghilangnya kelibat Ain,Profesor hamdan mengambil alih tempat
duduk Ain
BAB 13
ZHAFRAN menikmati makan tengaharinya seorang diri di cafeteria.Dia masih
punya kelas satu jam lagi.Selalunya kalau tak ada kelas,dia akan membeli nasi
bungkus dan kalau kebetulan Ain juga tak ada kelas,mereka akan makan bersama di
apartment.Dia mula terasa nikmatnya bergelar seorang suami.Malah sedikitpun
tidak terdetik rasa kesalnya memilih Ain Nuraina sebagai isteri.
“Hai...Sir,boleh saya duduk sini.”Irma telah ada dihadapannya
bersama sepinggan nasi dan air..Zhafran serba salah.Dia tidak mahu ada yang
salah sangka apatah lagi Ain.mahu tidak mahu terpaksa diizinkan Irma duduk
dihadapannya.
“Sir Zhafran seorang je ke?”Irma mula memainkan peranannya.Sejak
hari pertama Zhafran disini lagi,dia sudah jatuh hati pada pensyarah muda yang
kacak ini.Malah dia tahu ramai lagi pelajar wanita yang meminati Zhafran.
“Seorang je.Kawan-kawan awak mana?” Terasa ingin cepat-cepat
dihabiskan makanan dipinggan.Bukan dia tidak perasan beberapa pelajarnya yang
turut berada disitu memandang-mandang kearah mereka berdua.Dia tidak mahu ada
gosip yang boleh menyusahkan dia.
“Alah...diorang tu semuanya ada boyfriend.Pergi makan dengan
boyfriend dioranglah tu.”Zhafran hanya mendiamkan diri selepas itu,membiarkan
Irma sahaja yang berceloteh.
PANGGILAN TELEFON yang baru diterima sebentar tadi menggusarkan
Ain Nuraina.Pantas nombor telefon Zhafran didail namun hanya mesin yang
menjawab.Tadi dia ke bilik Zhafran tapi lelaki itu tidak ada.Mungkin keluar
makan.
'Kat mana pulak aku nak cari mamat ni...'Dia bukanlah seorang
penyabar yang sanggup tunggu lama-lama di pejabat Zhafran.Lantas dia buat
keputusan untuk mencari Zhafran di sekitar cafeteria.
“HAI AIN...joint us?”Irma bersuara mengejek.Zhafran yang mendengar nama Ain
disebut segera berpusing ke arah belakang.Ain Nuraina sedang berdiri memerhatikan
dia dan Irma.Ain cuba tersenyum walaupun hatinya sedang menyumpah dua manusia
dihadapannya ini.
“Its..ok.Enjoy
yourself.Aku baru lepas makan.”Zhafran gelisah.
“Ain...”Panggil
Zhafran perlahan.
“Meh la Ain.Joint
kitorang.”pelawaan yang dirasakan Ain adalah pelawaan yang amat tidak ikhlas
dialam maya ini oleh seorang perempuan yang terhegeh-hegeh.
“Tak pelah.Aku nak jumpa Dr Zhafran jap.Boleh saya jumpa Dr
jap?”Zhafran lantas bangun mengekori Ain ke etmpat jauh sedikit dari Irma.
“Ain...”
“Sorrylah ganggu
Dr tengah dating.”
“Apa Ain cakap
ni?”Nada Zhafran marah.
“Dah lah.Malas nak perang mulut. Tadi your mom call,mama nak
datang sini petang ni. Dr tunggu dekat bridge.”Ain ingin berlalu sebelum
Zhafran bersuara.
“Mama nak
datang.Tak bagitahu saya pun.”
“Nak bagitahu macamana?Kan Dr offkan Phone.Almaklumlah tak nak
diganggu tengah berdatingkan.”
“Ain...apa Ain
cakap ni.
“Dah lah.Pergilah.Tu mak cik tu dah semacam tengok saya.Karang ada
yang bergaduh pulak.Susah pulak Dr nak pujuk.”
“Ain...”
“Saya nak balik dulu.”Katanya pantas meninggalkan Zhafran.Zhafran
memandang langkah Ain Nuraiana.Dia kembali ke meja makan.namun seleranya telah
mati.Dia tahu Ain telah salah sangka terhadap dirinya.
“Kenapa Ain nak
jumpa Dr?”Irma bertanya cemburu.
“Nothing dia
bagitahu Dekan cari saya tadi.”Katanya berdalih.
“Oklah...saya nak balik ofis dulu.”Dia meneguk air tembikai
seteguk dua sebelum meninggalkan Irma keseorangan.
Zhafran tidak ke pejabat sebaliknya dia terus pulang kerumah.Sempat
dia menelefon Dr Rashid memintanya menggantikan kuliahnya petang ini.Sampai di
basement,dia melihat kancil biru Ain sudah ada di tempat parkir.
Masuk sahaja ke bilik,Ain sedang bersolat zohor.Dia duduk dibirai
katil,menantikan Ain selesai solat.
Ain membuka telekung dan disangkutkan diampaian.Sedikitpun dia
tidak memandang ke arah Zgafran yang sedang memerhatikannya.
“Ain...can
we talk?”Zhafran memulakan bicara.
“Nak cakap
apa?”Kata Ain bersahaja bagai tiada apa yang berlaku.
“Pasal petang tadi.It was coincident.Saya tengah
makan,Irma yang datang tiba-tiba.”Ain menyandarkan tubuhnya ke almari pakaian.
“Kenapa Dr nak
bagitahu saya pulak.”
“Saya tahu Ain
salah sangka pada saya dan Irma.”
“La...nak slaah sangka apa pulak.Kalau betul pun Dr ada apa-apa
dengan dia,saya siapa nak marah.”Katanya bersahaja.
“Tak kan tak ada perasaan marah langsung dalam hati Ain?”Ain
menggeleng.Zhafran bangun menghampiri Ain.Ain Nuraina rasa gelisah tiba-tiba.
“Dr...”Katanya perlahan bila tubuh Zhafran semakin mendekati
nya.Haruman yang masih melekat pada tubuh Zhafran turut menyesakkan nafasnya.
Zhafran berdiri beberapa inci dihadapan Ain.Mata Ain direnung
tepat.Ain cuba melarikan pandangannya.Tiba-tiba pecah ketawa dari Zhafran.Ain
terpinga-pinga.
“Saya tahu Ain cemburukan...”
Katanya lantas berlalu.
“Tak guna...”Ain memnadng Zhafran yang menghilang dlaam bilik
air.Dia menarik nafas panjang.Tadi Zhafran terlalu dekat dengannya. jantungnya
berlari kencang.Seakan terasa nafasnya terhenti seketika.
PETANG itu,Ain menantikan kedatangan kedua mertuanya.Sejak pukul tiga
lagi,Zhafran telah menunggu di jambatan Pulau Pinang kerana mertuanya tidak
pernah datang ke mari.Selepas sahaja Zhafran pergi,rumahnya dikemaskan sebaik
mungkin.
Bilik tetamu dibersihkan dan diletakkan cadar yang baru dibeli di
SunShine tadi.Malah Ain Nuraina telah siap menyediakan hidangan petang berupa
mee kari dan puding laici.Kali kedua berhadapan dengan mertuanya dia amat
berdebar.Tidak mahu dipandang menantu yang tidak pandai menjaga hati.
Sesekali matanya melihat melihat penampilan dirinya di
cermin.Jarang dia memakai blous.Blous kuning yang juga baru dibeli tadi
dipadankan dengan seluar slack hitam yang juga baru dibeli.Selama ini dia hanya
mempunyai koleksi t-shirt dan jeans.manalah dia pandai nak pakai semua
ini.Walaupun sedikit rimas,namun cuba disabarkan hatinya.
JAM 3.45 PETANG,
“ASSALAMUALAIKUM...”Ain
tersenyum manis menyambut kedatangan kedua mertuanya.Disalami dan dia
dihadiahkan sebuah pelukan dan ciuman oleh ibu mertuanya.
“Masuklah...mama,abah.”Gugup Ain tatkala panggilan itu muncul dari
bibirnya.Panggilan yang sudah bertahun tidak disebutnya.Zhafran yang sedang
membawa beg ibu bapanya melepaskan syukur didalam hati bila Ain mampu membawa
wataknya.
“Kenapa tak pernah balik KL?”Puan Zulaikha bertanya tatkala sudah
bersila diatas tikar buluh diruang tamu.
“Bukan tak nak balik ma... tapi busy sikit.Semesterkan baru je
mula.”Puan Zulaikha tersenyum mendengar penerangan anak lelakinya.
“Mama duduklah
dulu.Ran nak tengok Ain kat dapur pulak.”
“Yelah...”Balas
Puan Zulaikha.
“Apasal kelam kabut ni?” Zhafran tersnyum melihat Ain tidak tentu
arah menyusun gelas didalam talam.
“This is my
first experient.Of courselah clumsy sikit.”Jawabnya perlahan.
“Alah...mama dengan abah tu ok.jangan risaulah.”Zhafran membantu
Ain menyenduk kari ayam didalma periuk.Aromanya sahaja sudah membangkitkan
seleranya.
“Mama...abah...jemputlah makan.”Ain menyenduk mee ke dalam mangkuk
buat mertuanya.Zhafran senang hati dengan layanan yang ditunjukkan Ain dihadapan
ibu bapanya.
“Em,ni baupun dah
sedap.”Tuan Zulkifly memuji menantu barunya.
“Alah...abah belum rasa lagi.janganlah puji dulu.Karang tak sedap
karang.”Ain cuba berlucu.Ain kemudiannya menyenduk mee untuk Zhafran.
“Thanks...”Zhafran sempat mengeyit kan matanya.Ain menyumpah
didalam hati.mahu tidak mahu dia terpaksa duduk disebelah Zhafran. kedudukan
meja yang kecil,menyebakan kaki keduanya bertemu.
Melihat kedua mertuanya penuh berselera menikmati maskaannya,Ain
tersenyum puas.Ujian pertamanya berjaya.hatinya melonjak gembira.
“Macamana Ran
layan Ain... baik tak?”Tanya Puan Zulaikha.
“Alhamdulillah
ma...”
“Ran ni mana nak
pandai layan perempuan.”Tuan Zulkifly pula menyempuk.
“Alah pandailah abah ni.Mama dengan abah berapa lama kat
sini?kalau boleh tinggallah lama sikit.”Tanya Zhafran.
“Pagi esok kami
dah nak balik.”
“Cepatnya?Kenapa?”Kali
ini Ain pula bersuara.
“Mama ni
sebenarnya dari Kulim.Anak kawan abah kahwin.Tu yang terlanjur datang sini tu.”
“Kamu berdua ni tak pergi berbulan madu ke?”Ain meneguk liurnya
mendengar pertanyaan ibu mertuanya.Ain memandang wajah Zhafran.Meminta lelaki
itu untuk menjawab.
“Tengoklah kalau
ada cuti nanti,kitorang pergilah ma.”jawab Zhafran.
“Betul tu mama.Lagipun Ain sibuk sikit.Lagipun final exam dah tak
berapa lama lagi.Abang Zhafran pun sibuk dengan kelas dia.”Zhafran memandang
wajah Ain.Tidak disangka perkataan itu muncul dari bibir Ain Nuraina.Hatinya
tersenyum sendiri.
“Menantu mama seorang ni banyak sanagt halnya.Tapi jangan kamu
berdua merancang untuk anak sudah.Mama ni dah tak sabar nak dapat cucu tau.
“Anak?”Sekali
lagi Ain Nuraina menelan liurnya.
MALAM itu,...di bilik Zhafran.
“Thanks sebab Ain
layan mama dengan abah dengan baik.”Zhafran memandang Ain yang sedang membaca
buku 100 keajaiaban Dunia diatas katil.Ain meletakkan buku tersebut disisinya.
“Dah mak mertua saya.Kenalah layan dengan baik.”katanya sambil
menjeling kearah Zhafran.
“Ain masih
marahkan saya?”Dia duduk di birai katil.
“Nak marah apa
pulak?”Ain pura-pura tidak faham.
“Saya tahu Ain
marahkan pasal hal Irma tadikan.Saya tak ada apa-apa dengan dia.Percayalah.”
“Dr tak perlu nak
yakiinkan saya.Saya tak marahpun.”
“Kalau tak marah
kenapa Ain sindir saya?”
“Bila masa saya
sindir Dr?Saya cakap kenyataan.Bukannya saya buat gosip ke apa ke?”
“Ain...benda tu
tak seperti Ain fikirkan...”
“Lelaki Dr,tak
ada isteri temankan...carilah yang lain.”
“Ya AllAH...saya
bukan macam tu lah...cik Ain.”Ain memandang wjaha Zhafran.Tiba-tiba ketawanya
tercetus.
“Kenapa Ain
ketawa?”Zhafran mengerutkan keningnya.
“Nothing...Oklah
nak tidur dulu,good night.”Gebar ditarik menutupi kepalanya.
Zhafran tersenyum
sendiri.
“AIN, aku tengok hang
sekarang ni berseri semacam je?Apasal ha?”Ain memandang wajah Ikmal.
“Nak berseri apa
pulak...aku biasa je lah.Apsal kau ingat aku ada pakai ubat guna-guna ke?”
“Dak la...mana
nak tau kot-kot hang baru cucuk susuk ke...”Ain membulatkan matanya pada
Hisyam.
“Kepala hotak kau Syam.Kau ingat aku tak takut nak mati ke pakai
susuk ni.”Ain memandang Asmiza yang sedang sibuk mencatat hasil eksperimen
mereka diatas kertas.
“Dapat tak nilainya?”Ain memerhatikan kertas ph diatas meja.Kertas
berwarna putih itu telahpun bertukar ke warna merah.Cuma dia tidak pasti nilai
bacaannya.
“Hang tengok jap Syam.”Ain memanggil Hisyam.Hisyam
menghampirinya.Melihat sesuatu dibawah mikroskop.Kemudian,dia mencatit sesuatu
diatas kertas.
“Ada masalah ke?”Suara sergahan dari arah belakng benar-benar
memeranjatkan Ain.Dia mengurut dadanya yang gemuruh melihat Zhafran yang
tersenyum dibelakangnya.
“Ok semua Sir.Tak ada masalah.Kami kan pakar Kimia...”Zhafran
tersenyum pada Hisyam.Memang tidak dinafikan kumpulan Ain selalu berada
ditempat teratas didalam kelas.
Ain hanya
merenung bikar kaca diatas penunu bunsen.
“Ain...are you ok?Boleh buat?”Pertanyaan Zhafran hanya dijawab
dengan anggukan oleh Ain.Zhafran memamndang seketika pada Ain sebelum berlalu
ke meja pelajarnya yang lain.
“Wei Ain,betui ka apa aku dengar ni?Macamana Dr Zhafran buleh baik
snagat dengan Hang?Kalau tak ada je yang tak kena.”Hisyam duduk diatas kerusi
mengadap Ain.
“La..tu pun kau
nak hairan.Biasalah tu.Dia mana berani nak marah aku sangat.”
“Hang pancit
tayar kereta dia ke Ain?”Ikmal pula memberi pendapat.
“kau ingat aku ni jahat snagat ke Mal?Aku pun tak tahulah pasal
apa dia berubah angin macam tu.Dah lah malas aku nak cakap
lagi.Boringlah...buang masa je.”Dia sebolehnya tidak mah hal Zhafran
dipanjangkan.Dia tidak mahu andai tersilap kata kisah dia dan Zhafran diketahui
semua orang.
'AIN.........”Ain Nuraina berpaling kearah suara yang memanggil namanya.Lama
wajah itu ditatapnya sebelum...
“Hamidi?”Terkejutnya bila bertemu dengan hamidi sekali
disini.Hamidi menghampiri Ain Nuraina.
“Hai...Ain.Apa khabar?”Hamidi menghulur kan salam.Ain menyambutnya
kaget.
“You buat apa kat
sini?”Soalnya kembali.
“Acctually I bawa student I.Diorang ada perlawanan Rugby dengan
Sekolah Menengah Sg Nibong.Dah terlanjur,terus datang sini.Lamakan kita tak
jumpa..”
“Dah dekat
setahun.You apa khabar? Makin sihat I tengok.”
“Alhamdulillah...Er..Ain,boleh kita pergi minum?”Ain Nuraina
berfiir seketika sebelum menyetujui rancangan Hamidi untuk minum di cafe
Universiti.Rasanya tak salah kalau dia cuma menemani hamidi minum di cafe.
Lama mereka
berdua berbual.
“I always
remember You Ain.Tak boleh nak
lupa...”
“Ham...apa yang
berlaku dulu dah lama berlaku.Sepatutnya You dah buang I dari hati You.
“But I can't.Kenapa You tinggalkan I Ain?Apa salah I?”
“You tak salah
apa-apa.You baik sangat.I tak layak untuk You Ham.Antara kita dah tak ada
apa-apa.”
“Tapi Ain.....I rindukan You.”Ain Nuraina memandang wajah hamidi
yang penuh mengharap dihadapannya.Simpatinya datang pada hamidi.
“Eh,tu Ain kan?”Zhafran memandang ke arah ditunjukkan
Hisyam.Kelihatan Ain bersama seorang lelaki sedang minum di cafe.Tapi dia tak
pernahpun melihat lelaki itu sebelum ini.
“La...tu bukan
hamidi ke?”Zarul menyampuk.
“Ye la...Hamidi
la tu.Dia buat apa kat sini?”
“Siapa hamidi?”Zhafran bertanya.Tadi dia sengaja mempelawa
kedua-dua pelajarnya ini untuk bersamanya minum di cafe.
“Hamidi tu ex-boyfriend Ain.Dah lama dah diorang berkawan.Rasanya
sejak tahun dua lagi.Hamidi tu dah jadi cikgu sekarang ni.Hai takkan diorang
sambung balik kot.”Zarul menyiku Hisyam.kata-kata Zarul mengundang resah dalam
diri Zhafran.
“Tak tau lah aku.Ain tak dak ceritapun.Tapi dulu memang hamidi tu
dok pujuk dia sambung balik.Tapi Ain tak mau.Tak tau lah sekarang kalau hati
Ain dah terbuka balik kat hamidi.Tapi Ain tu hang taulah...kalau dia dah kata
tu..tu lah.”Tambah hisyam.
“Lama ke diorang bercinta?”Zhafran mencungkil rahsia sedangkan
hatinya sudah tidak keruan.
“Setahun je kot.”Balas Hisyam. Zhafran sudah tidak mendengar
kata-kata Hisyam lagi.Seluruh tumpuannya kini hanya pada pasangan yang duduk di
penghujung cafe.
“Ain...fikirkanlah
apa yang I cakap ni.I ikhlas menyayangi you.”
“Ham..tolonglah
faham.I tak boleh menyintai You.”
“I bagi you masa untuk berfikir.I tunggu jawapan You Ain.”kata
hamidi.Ain memicit kepalanya selepas hamidi meninggalkannya di cafe.Dia bangun
mencapai beg sandangnya dan terus meunju kekeretanya.
ZHAFRAN membuka pintu menggunakan
kunci pendua.Di ruang tamu Ain Nuraina sedang lena bersama pakaian yang dipakai
sewaktu kuliah tadi.Beberapa helai kertas berselerakan disebelahnya.Zhafran
meletakkan begnya di atas meja.
Kertas-kertas yang bertaburan dikutip dan diletakkan diatas fail
Ain.Dia memandang wajah Ain nuraina.Wajah itu kelihatan amat letih.Ain Nuraina
lebih banyak tidur sekarang ini.Katanya dia cepat letih.Bunyi telefon bimbit
Ain Nuraina mengejutkan Zhafran.
One message received.Melihat Ain yang
masih tidur Zhafran membuka mesej tersebut.Dari hamidi.
+Ain...you're part of my life.I miss u.tlglah balik pd I
Entah kenapa mesej itu bagai mengundang kemarahan yang maha hebat
dalam hati Zhafran.Mahu sahaja telefon bimbit itu dibaling keluar tapi akalnya
masih waras.Telefon itu diletakkan kembali disisi Ain setelah mesej dari hamidi
tadi dipadam.Dia bangun mahu menuju ke bilik..
“Dr...”Kelembutan
suara Ain memanggil namanya membuatkan kemarahannya reda.
“Ain letih
ke?”Ain hanya mengangguk dalam mata yang separuh terbuka.
“Ain
rehatlah.saya nak mandi dulu.”Mata Ain kembali terpejam.Dia terlena lagi.
Zhafran
mengejutkan Ain untuk sembahyang maghrib.
“Ain...Ain...”Panggilnya
kuat.tapi Ain Nuraina langsung tidak bergerak.
“Ain...digoncangnya
tubuh Ain perlahan. Namun tubuh Ain terasa panas.Sah lah Ain demam!
“Ain...Ain demam ni.”Ain membuka sedikit kelopak matanya.Kepalanya
terasa begitu berat. Zhafran pantas berlari ke bilik dan keluar semula bersama
sehelai selimut.
“Ain...kita pergi klinik ye.”Tangannya memicit-micit kepala
Ain.Ain menggeleng.Tanda dia tidak mahu ke klinik.
“Tapi Ain demam
ni.”
“Tak pelah...Ain
dah makan panadol tadi.”Jawab Ain lemah.
“Saya buatkan bubur ye...”Ain Nuraina menggeleng.Tekaknya tidak
berselera untuk makan.Sakit di kepalanya begitu kuat.Malah semua sarafnya
terasa kejang.
“Habis Ain nak
makan apa?Perut tu kosong.”
“Tak ada selera.”Jawabnya perlahan. Zhafran membasahkan tuala
kecil dan diletakkan diatas dahi Ain.
“Kita tidur dalam
bilik ye...”
“Ain tak larat....”Zhafran tersedar Ain tidak lagi menggunakan
perkataan saya sebaliknya membahasakan dirinya sebagai 'Ain.'Dia tersenyum
kecil.
“Saya angkat Ain ye...”Ain hanya membiarkan tangan sasa Zhafran
mengangkat tubuhnya ke dalam bilik.Dia benar-benar tidak berdaya.Ain
dibaringkan diatas katil.
“Ain nak tukar
baju?”
“Tak pelah.Nanti
Ain buat sendiri.
“Macamana boleh
demam ni?”Tanya Zhafran.
“Dah nak demam
manalah nak tahu macamana boleh kena.Apa punya soalan la...”Ain masih menjawab
walaupun matanya terpejam rapat.Zhafran ketawa kecil.
“Ain...Ain...tak
berubah.”
Malam itu buat pertama kalinya Zhafran tidur bersebelahan Ain
Nuraina diatas satu katil.Dia risau bila panas Ain semakin kuat.Ain sudah lena
disebelahnya setelah menelan dua biji panadol tadi.Wajah Ain yang sedang lena
ditatap sepuas hatinya.'Bukan senang nak dapat peluang macam ni...fikirnya
sendiri.'
Zhafran kembali berbaring disisi Sesekali dia
beristighfar...jauhkan godaan dari dirinya.Walaupun kadang-kadang imannya turut
goyah.Dia bukan malaikat.Ain tetap halal pada dirinya.Tapi dia tak akan
melakukan sesuatu yang akan mengundang kemarahan Ain...Akhirnya dia turut sama
terlena.
Zhafran terjaga
ditengah malam itu ketika terrdengar Ain menjerit.
“Ain...”Panggilnya
perlahan.
“Ibu....jangan
tinggalkan kak yang.kakYang nak ikut ibu...ibu tunggu kak yang...”matanya masih
terpejam.Sah lah Ain sedang bermimpi.
“Ain...tubuh Ain
digoncang perlahan. Ain terjaga dari tidur,lantas tubuh Zhafran dipeluk
kuat.Zhafran terkedu seketika.
“Ain...”Dia
memandang wajah Ain yang keletihan.Ada airmata bergenang di matanya.
“Ain...mimpi
ibu.Dia datang pada Ain.Ain nak ikut ibu.Ain rindukan ibu...”Ain Nuraina
teresak-esak seperti anak kecil.
“Syy...itukan mimpi je.Ain tidur ye.”Zhafran membaringkan Ain
kembali diatas katil.Kepala Ain diusap perlahan.Ain Nuraina mengangguk seketika
sebelum tertidur semula. Hatinya menjadi belas pada Ain.Betapa dia tak pernah
menyelami apa yang ada didalam hati isterinya itu.Pelukan dari Ain sebentar tadi
benar-benar menggegarkan imannya.Dia tersenyum sendiri.
KEESOKANNYA....
“DR tak ada
kuliah ke hari ni?”Ain bertanya bila dia sedar tengahari itu dan melihat
Zhafran masih ada di ruang tamu.Demamnya hampir kebah.Cuma sakit kepalanya
masih terasa.Zhafran tersenyum memandang Ain Nuraina.
“Isteri saya
demam,macamana saya nak pergi mengajar.”Ain membaringkan dirinya dihadapan
televisyen.Selimut yang dibawa ditarik ke paras dada.
“Ain nak
makan?”Ain menggeleng.
“Kesian Dr,pasal
saya Dr tak pergi kerja.”
“Tak pe...Ain
lagi penting pada saya.”Ain memandang televisyen yang sedang menyiarkan berita
gempa bumi di Indonesia.
“Panas badan dah
kurang?” Zhafran bertanya.
“Dah kurang
sikit.Sakit kepala je belum hilang.”Tiba-tiba telefon bimbit Ain berderimng.
“Hello...waalaikumusalam..ayah
cik.”Ain terjerit kecil bila yang menelefonnya adalah ayah ciknya.
“Kak Yang
sihat...Zhafran pun sihat.” Entah kenapa
Zhafran terasa ada satu perasaan halus bila namanya meniti dibibir Ain.
“Ye
ke?Bila?InsyaAllah kalau tak ada apa-apa nanti kak Yang balik dengan abang
Zhafran.”Sekali lagi kata-kata Ain mnyentak hati Zhafran.Alangkah baiknya kalau
kata-kata itu diteruskan Ain.
“Ok...kirim salam
kat semua ye.Bye.”Ain mematikan telefon bimbitnya.
“Kenapa ayah cik
call?”Ain tersenyum memandang Zhafran.
“Ayah Cik suruh
kita balik. Yuna nak bertunang 26 haribulan ni.”
“Ain nak
balik?”Zhafran bertanya.
“Mestilah.Kalau
Dr tak nak balik pun tak pelah.Saya boleh balik seorang..”Zhafran ketawa kecil.
“Ada ke saya kata
tak nak balik?Ok kita balik sana,tapi lepas tu kita balik rumah mama kat KL
kejap ye.”Ain terdiam seketika.Balik rumah mak mertua?
“Kenapa?Ain tak
nak balik?”Giliran Ain pula tersenyum.
“Ada ke saya
cakap tak nak balik?Tu kan rumah mak mertua saya juga...”Zhafran tanpa sengaja
menarik hidung Ain Nuraina.Ain Nuraina tersentak. Seketika masing-maisng
memnadng ke arah lain.
BAB 14
PERTAMA kali melangkah masuk ke rumah mertuanya di Subang jaya,Ain
bagaikan bermimpi.Ternyata Zhafran bukan anak orang sebarangan.Dia sendiri
tidak pernah tahu kalau ayah mertuanya mempunyai syarikat pembianaan sendiri
yang kini diuruskan oleh anak sulungnya,abang Zhafran iaitu Zakuan.Ain seronok
disini bila semua keluarga mertuanya melayani dirinya dengan baik.malah
sedikitpun dia tidak merasa kekok berada disini.
Memasuki bilik yang selama ini menjadi peraduan Zhafran,dia
sedikit kagum.Melihat deretan bubu-buku di almari,dia semakin mengerti
kegemaran Zhafran yang suka membaca.Katil peraduan Zhafran dihias indah bagai
katil pengantin.Mungkin ibu mertuanya yang lakukan bila mengetahui mereka akan
pulang.
Disatu sudut didinding,kelihatan dua buah gambar berbingkai emas
sepanjang satu kaki.Dia membaca tulisan di bawah gambar tersebut.Gambar
tersebut adalah gambar sewaktu Zhafran menerima konvokesyen ijazahnya di
Universiti Malaya dan Ijazah kedoktorannya di Universiti Of Kent,England.Segak
berjubah.
Seketika Ain membayangkan saat dirinya menyarung jubah konvokesyen
nanti.Hari yang dinantikan itu akan tiba juga suatu hari nanti.Cuma yang
dikesalkan,ayah dan ibu tidak dapat bersmanay.Malah abang Ikram juga pasti
tidak bersmanaya.Hatinya sedikit sedih.
“Lama tengok?Dah berkenan ke?” Tanpa disedari Zhafran sudahpun
masuk ke bilik.
“Tak ada maknanya nak berkenan.”Ain kembali duduk dibirai
katil.Zhafran turut sama disebelahnya.Dia tersenyum pada Ain.
“Ain nak mandi
pergilah dulu.”Ain menggeleng.
“Kejap lagilah.”Sebenarnya dia sentiasa segan bila berduaan dengan
Zhafran didalam bilik.Apatah lagi dalam bilik yang bagai bilik pengantin ini.
“Ain..”Ain
berpaling pada Zhafran. Mata mereka bertentangan.
“Ada apa?”
“Nothing.Saya nak mandi dulu.”Zhafran mencapai tuala dan lantas berlalu.Ain
menarik nafas sebaik sahaja Zhafran menghilang.Kadang-kadang sikap Zhafran
membuatkannya keliru sendiri.
Keluarga besar Zhafran memang meriah dengan senda gurau dikalangan
adik beradiknya .Bagaikan berjanji semua ahli keluarga berkumpul malam tu.
“Em,kak Ain,abang Ran layan kak Ain ok tak?”Zana adik Zhafran yang
seusianya bertanya tatkala semuanya berkumpul diruang tamu selepas makan
malam.Ain memandang seketika pada Zhafran disebelahnya.
“Ok.First class
layanan.”Ain perasan bila mata Zhafran mengerling kearahnya.
“Ran tu bukan apa Ain.Orang tak pernah ada awek.Kitorang dulu masa
mula dia cakap nak kahwin,gabra juga.Bukan apa Ain,tak pernah dengarpun
bercinta alih-alih nak kahwin.”Zhafran membaling bantal kecil kearah Zakuan.Ain
turut sama ketawa.
“Pandailah along tu.”Balas Zhafran.Ain menyandarkan tubuhnya ke
sofa tanpa menyadari Zhafran melatakkan tangannya dibelakang.Saat kepalanya
menyentuh lengan Zhafran,dia sedikit terkedu.namun dibiarkan sahaja.
“Betul kata along tu Ain.mama masa dia suruh pergi minang
Ain,berkali-kali tanya dia balik.Pasti ke nak kahwin ni?Boleh ke jaga anak dara
orang.”Ibu mertuanya menambah apa yang dikatakan abang Zakuan sebentar tadi.
“Ni akak nak tanya sikitlah.Macamana korang boleh bercinta
ni?Agaknya tengah mengajar tu sempat lagi main mata.”Zarith kakak kedua Zhafran
pula bertanya.
“Yang tu kak Zarith kena tanya orang sebelah ni.Dia yang meminang
Ain,bukan ain pinang dia...”Zhafran tersenyum mendengar jawapan Ain.Ada rasa
bahagia bila Ain boleh bercampur bersama ahli keluarganya.
Ain tersentak bila tangan Zhafran berada di jemarinya.Ada debaran
menggila didadanya.Ingin direntap tangannya tapi dia perlu menjaga maruah
Zhafran.
“Nak buat macamana dah jodoh.Kan Ain?”Zhafran memandang Ain.Ain
hanya menjungkitkan bahumya.Tangan mereka masih bertaut.Dan Zhafran membawa
jemari Ain ke bibirnya dihadapan ahli keluarganya.Wajah Ain kemerahan menahan
malu.
“Yelah takkan baru dua bulan mengajar kat situ dah saling
terpikat.Lepas tu nak kahwin tak sempat-sempat.”Bidas Zana dalam nada bergurau.
“Entah!Ain tak pernahpun pikat dia.Kalau Zana nak tahu,abang
Zhafran ni dalam kelas selalu marah kan Ain.Ada je salah Ain yang dia cari.”
“Alah...cinta tak
kenal siapa.Betul tak papa?”Zhafran mengejukan soalan pada bapanya.
“Betul tu.Masa papa dengan mama kahwin dulupun,kitorang tak pernah
berjumpa apatah lagi nak bercinta.Sebenarnya bercinta lepas kahwin ni lagi
seronok.Nak buat apapun tak ada sapa yang marahNak pegang sikit ke,pegang
banyak ke....”Semua keluarga ketawa mendengar bicara Datuk Zulkifly.
Sepanjang waktu berbual Zhafran langsung tidak melepaskan jemari
Ain.Ain sedikit rimas.Cuba dilonggarkan pegangan namun pagangan Zhafran semakin
kejap.Akhirnya Ain hanya membiarkannya sahaja.Pakej tiga hari dua malam dirumah
mertua sesuatu yang mengembirakan hati Ain.Malah Zhafran turut berterima kasih
padanya kerana mampu menerima keluarganya.mereka akhirnya kembali semula ke
Pulau Pinang.
HARI KETIGA BELAS DI RUMAH ZHAFRAN...
Ain menghentikan
kerjanya.Dia memandang Zhafran yang asyik menonton filem Forbidden Kingdom
lakonan jackie Chan dan Jet Li dari dvd yang di beli petang tadi.Dia bangun dan
duduk bersila di sebelah Zhafran yang sedang berbaring.Zhafran yang menyedari
kehadiran Ain disisinya memandang wajah Ain.Dia tersenyum.
“Dah siap kerja
Ain?”
“Belum.Lain kali bagilah kerja yang senang sikit.”Komennya pada
Zhafran.Zhafran ketawa kecil.
“Kalau nak kerja senang,itu bukan belajar namanya.Apa yang Ain tak
faham...nak saya terangkan?”
“Tak payahlah.”
“Betul ni?”Ain
hanya mengangguk menandakan dia mampu selesaikan tanpa bantuan Zhafran.
“Esok saya dah nak balik rumah.” Konsentrasi Zhafran pada
pertarungan di kaca tv terhenti. Matanya memandang Ain.
“Maksud Ain?”
“Esokkan Nina dah balik.Jadi saya kena balik rumah saya lah.Kat
depan ni.”Zhafran terdiam seketika.Dia hampir terlupa yang Ain cuma menumpang
disini sementara menunggu Nina balik dari Bali.
“Kalau Ain terus
duduk kat sinipun,tak salahkan.”
“Apa Dr cakap
ni?”
“Ainkan isteri
saya.Kenapa kita perlu tinggal asing-asing?” katanya perlahan.
“Dr...saya rasa
kita dah bincangkan hal inikan.Jadi buat apa nak ungkit lagi.”
“Dah itu keputusan Ain...saya tak mampu nak halang.”Ain menarik
nafas perlahan.Dia bangun semula ke tempat kerjanya.Tapi fikirannya gagal
ditumpukan pada tugasan.Sesekali dia memandang Zhafran yang kelihatan begitu
kusyuk menonton.lantas dikemaskan semua barangnya dan dia masuk kebilik.
Sebaik sahaja Ain meninggalkannya diruang tamu,Zhafran menekup
wajahnya.Dua minggu dia tinggal sebumbung dengan Ain Nuraina.Fikirnya Ain akan
mula menerimanya sebagai suami.Tapi rupanya Ain Nuraina bukanlah seperti
difikirkannya.Hatinya keras membuat keputusan.Dia tidak mampu menghalang kalau
itu kehendak Ain Nuraina.
SEKEMBALINYA Nina dari Bali, bermula episod baru pada Ain.Bila Nina bertanya
dimana dia tinggal sebelum ini,katanya menumpang seketika dirumah sewa As.
“Ni aku belikan
cenderamata dari bali.”Nina menghulurkan bungkusan kertas yang tertulis VISIT
BALI kepadanya.Ain menyambutnya dengan senang hati.
“Apa ni?”Sebuah
arca yang diperbuat dari kayu jati berbentuk hati dikeluarkan dari dalam beg
kertas.
'Wow...cantiknya.Pandai
kau pilih untuk aku.Thanks Nina..”
“You're
welcome.”
“Best tak
Bali?”Soal Ain lagi.
“Best sangat.nanti kalau aku kahwin,aku nak ajak husband aku
honeymoon kat sana.Romantiklah tempat dia..Ain!”Ain tersenyum melihat gelagat
Nina.
“Hai kopaklah
duit nazrul...”
“Eh,dia nak kahwin dengan aku,kenalah sedia duit
banyak-banyak.”Ain menggeleng kepalanya.
“Kau ni betullah
Nina...”
“Ain...aku laparlah.Jom
kita keluar makan.Aku belanja.”
“Aku malaslah.Kau
je lah keluar.”
“Alah...jom lah Ain.”Tangan Ain ditarik Nina.Mahu tidak mahu
terpaksa diturut Mereka ke padang Kota menjamu selera.Tiba-tiba kenangan
sebelum dia berkahwin dnegan Zhafran dulu disini datang kembali.
“Sedap betullah
makanan kat sinikan Ain?”Nina mengelap mulutnya dengan sehelai tisu.Ain
tersentak dari lamunannya.
“Kau ni macam tak makan sebulan.”Komen Ain bila dilihatnya Nina
begitu berselera.Tiba-tiba dia teringatkan Zhafran.'Sudah makan ke lelaki
itu?Selama dua minggu,dialah yang menguruskan makan minum
Zhafran.Alah...dulupun dia seorang diri juga...'
“Dah..jomlah
balik.”
“Ok”nina
memanggil pelayan bagi menjelaskan bayaran makan malam mereka.
“Eh Ain,kau drop aku kat CC je lah.AKu lupa pulak aku ada janji
dengan Nazrul nak jumpa dia malam ni.”Ain memandang kearah Nina.
“Habis tu kau
balik macamana?”
“Its ok.Nazrul
hantar aku nanti.
“Jangan lewat
sangat balik.”Ain mengingatkan.
“Ok.Aku tahulah.”Ain membelok keretanya berhadapan cybercafe
berhampiran apartment mereka.
“Jangan balik lambat.”Ain menginagtkan Nina sekali lagi.Nina kalau
dah jumpa buah hati memang tak ingat rumah dah.apatah lagi dua minggu tak
bersua.Tapi Ain tahu Nina pandai menjaga kehormatan dirinya.
“Ok”Selepas Nina masuk ke dalam CC,Ain memandu pulang.Tapi entah
kenapa fikirannya melayang kepada Zhafran.
NASI BUNGKUS yang sudah habis dimakan,dibuang didalam tong sampah.Sebaik
sahaja meneguk air,kedengaran loceng pintu berbunyi.
'Mesti
Ain.'Zhafran dengan pantas membuka pintu.namun....
“Irma?Apa awak buat kat sini?Malam-malam ni?Macamana awak tahu
rumah saya?”Melihat Irma yang datang bersama bungkusan KFC,Zhafran menjadi
pelik.
“Saya pergi rumah sepupu saya kat tingkat satu tadi.Dah terlanjur
teruslah datang sini.Ni saya ada bawa KFC untuk Sir Zhafran.”Tangannya
mengangkat bungkusan KFC dihadapan Zhafran.
“Tapi saya baru
lepas makan.”
“Alah..takkan tak sudi kot Sir.Penat tau saya beli nak hantar
dekat Sir Zhafran.Ambillah.”Zhafran mengeluh kasar.
“Thanks....”
“Sir tak nak
jemput saya masuk ke?”Manja suara Irma meminta.
“Saya tinggal
seorang Irma.Tak elok kalau orang tengok.
“Ok...Tak
pe.”Tiba-tiba...
“Ehem...ehem....”
“Eh Ain,kau buat apa kat sini?”Zhafran turut memandnag
Ain/'Alamak.. .masalah lagi....'
“Aku?Apasal kau nak tanya aku pulak?Dah ni rumah aku.Nak balik
rumah lah!Yang kau buat apa kat sini?Kau menyewa kat sini juga ke?”soalnya
bagai tiada berperasaan.
“Aku datang hantar makanan kat Dr Zhafran.Lagipun Dr Zhafran
tinggal seorang.Tak ada orang yang nak tolong masak.So,aku hantarlah.”
“baiknya hati kau.Bertuah Dr,calon isteri pilihan.Prihatin
sungguh.”Zhafran cuba mencelah,tapi sempat dipotong Ain.
“Aku masuk dululah.!”Ain membuka kunci rumahnya.namun telinganya
sempat menangkap suara Zhafran pada Irma.
“Awak baliklah
dulu.”
“Ok.Bye
sir...”Irma melambai kan tangannya pada Zhafran.
Setelah Irma menghilang kedalam Lif,Zhafran meletakkan bungkusan
KFC di atas meja.Telefon diambil dan satu mesej dihantar kepada Ain.
+Datang sini sekejap.
Beberapa saat
kemudian dia menerima balasan mesej dari Ain.
+penat...nak tidur.Selamat malam.
Zhafran tidak puas hati.lantas dia ke rumah Ain.kuat pintu di
ketuk.lama kemudian,baru Ain membukanya.
“Ada apa?”
“Ain...saya nak
cakap sikit dengan Ain.Masuk rumah kejap.”
“Saya penatlah.Mengantuk.nak tidur. Nak cakap apa-apa esok je lah.”Ain ingin
menutup pintu,tapi dihalang oleh Zhafran.
“Apa yang Ain
nampak tu tak macam yang Ain fikirkan.”
“Apa yang saya
nampak dan apa yang saya fikirkan?”Soalnya kembali.
“Saya pun tak
tahu macamana Irma boleh datang rumah saya.”
“Baguslah dia datang.Ada orang yang boleh jaga makan minum Dr
kan.”Tanpa sempat dihadang,Ain cepat-cepat menutup pintu rumah.Ketukan Zhafran
tidak diendahkan lagi.Dia menutup telinganya dengan bantal.
Ain memandang bungkusan nasi kandar yang dibeli buat Zhafran
tadi.sangkanya Zhafran masih belum makan.Tapi apa yang berlaku sebentar
tadi...amat meyakinkan dirinya.,Zhafran tidak ikhlas mengahwininya.Memang betul
kata teman-temannya Irma memang menaruh hati pada Zhafran.Telefon bimbitnya
berbunyi menandakan ada mesej masuk.
+Irma tdk pnh ada dlm hdup sy.percayalah...Ain Nuraina.
Sedikitpun kata-kata dalam mesej tersebut tidak menyentuh
hatinya.Bagi dia Zhafran pandai berpura-pura.baik dihadapannya
hakikatnya....dia membiarkan mesej Zhafran tanpa balasan.
Komputer ribanya
berbunyi.Dipaparan email,Naruto baru sahaja menghantar mesej.
NARUTO:Hi Keroro,buat apa?
Ain tersenyum.Sekurang-kurangnya sakit hatinya sedikit menghilang
dengan mesej dari Naruto.
KERORO:Baru balik makan.Naruto
dah makan?
NARUTO:Baru lepas.Macamana
hari ini?Ada apa-apa yang berlaku?
KERORO:memang bad day.awak
tahu tadi saya belikan suami saya nasi bungkus rupanya dia tengah syok
berdating dengna kawan saya.siap perempuan tu bawa KFC untuk dia lagi.Sia-sia
saya risau kononnya dia tak makan lagi.memang menyakitkan hatilah...
NARUTO:Ha 3X.janganlah
berprasangka buruk.mungkin dia ada alasan sendiri.jangan-jangan awak cemburu
tak?
KERORO:Cemburu?Tak ada maknanya.meluat
adalah.
NARUTO:Ok kalau perkara itu
menyakitkan hati,kenapa tak lupakan.jangan ingat lagi dan beri perhatian pada
perkara lain.
KERORO:Thanks Naruto.tadi
abang saya hantar email.dia cakap tak lama lagi dia nak balik bercuti.tak sabar
nak jumpa dia.
NARUTO:Saya happy kalau awak
happy.
Ain terus berbicara dengan Naruto dalam dunia maya mereka.Ain
tidak menafikan kehadiran Naruto selama dua tahun ini banyak membantunya.Naruto
seorang kawan yang baik.selalu memberi nasihat dan sentiasa menyokongnya.
SEBULAN KEMUDIAN...
SUDAH SEMINGGU Zhafran tidak bertemu Ain Nuraina kerana
berkursus di Langkawi.Rantaian mesej yang dihantar kepada Ain langsung tiada
balasan.malah panggilan telefonnya pun tidak berjawab.Rindunya mula menjelma
dan baru dia tahu betapa sakitnya rindu itu.
Zhafran memerhatikan tiga
kuntum bunga Kristal yang dibeli di langkawi sebagai tanda mata buat Ain
Nuraina.Esok,akan diberi sendiri pada Ain di kampus.Zhafran tersenyum sendiri.
Esok rindunya akan terubat.
GOOD MORNING CLASS....” Zhafran memulakan hari tu dengan masuk ke dewan
kuliah.
“Good Morning Sir.”Matanya memeriksa kedatangan yang diletakkan
diatas mejanya.Namun sesaat matanya mencari kelibat Ain Nuraina.Namanya kosong
menandakan Ain Nuraina tidak hadir ke Kuliah hari itu.satu demi satu wajah
didalam kelas itu diperhatikan namun, bayangan Ain langsung tidak kelihatan.Dia
gusar.Ain berhenti lagi ke?Takkanlah sebab peristiwa Irma menghantarnya makanan
Ain nak berhenti.Memang tidak masuk akal.
Pen marker
diambil dan dia mula menulis.Saat pelajarnya sedang asyik menyalin nota di
whiteboard,dia menghantar sms kepada Ain.
+Whr r u?Knp x msk kelas?
Butang send
ditekan.namun masih tiada balasan dari Ain.
Selesai sesi
pembelajaran, Zhafran mendapatkan Asmiza.
“As,awak tahu Ain
kat mana sekarang?”Wajah Asmiza keruh.
“Sir Zhafran
belum tahu?”
“Tahu?Tahu
apa?Ain berhenti lagi ke?”Asmiza menggeleng.
“Sir...Ain kat
hospital sekarang.Dah lima hari dia kat sana.”Terjatuh pen marker yang dipegang
Zhafran.'Hospital?'perkataan itu bergema di telinganya.
“.Kenapa?”
“Dia demam
panas.Suhunya mencecah sampai 40 darjah.Saya dengan Syam yang hantar dia ke
hospital.Kesian dia sampai nak bangun pun tak larat.Housemate dia call saya
pukul 2.00 pagi.Ain muntah teruk.”Zhafran memejamkan matanya rapat-rapat.Kesal
kerana berada jauh dari Ain saat dia dia diperlukan.
“Sir...”Asmiza
teragak-agak untuk bercakap.
“Ada apa As?”
“Maaflah
saya..bukan nak masuk campur hal Sir dan Ain.Tapi sebagai kawan....”Asmiza
teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
“Saya rasa awak
tahu apa yang berlaku kan As.”Asmiza mengangguk.
“Tapi Ain tak
sengaja cerita pada saya.waktu saya tolong dia kemaskan barang-barang saya
terjumpa kad Nikah dia dan Sir Zhafran.Dia terpaksa ceritakan pada saya agar
saya tak slaah sangka.”
“Its ok.Saya pun
tak kisah kalau orang tahu.Cuma Ain yang minta saya rahsiakan.kalau ikutkan
saya,saya nak satu universiti tahu hubungan saya dan Ain.”Zhafran mengeluh
seketika.
“Ain tu baik
sangat Sir. Kadang-kadang apa yang keluar dari mulut dia,tak sama apa yang ada
dalam hati dia.”
“Saya tahu
Asmiza.Saya dah mengenali siapa sebenarnya Ain Nuraina.As...dia kat hospital
mana?”
“Hospital
besar.Wad 8-B.Sir pergilah tengok dia.Lepas habis kuliah nanti saya dan syam
pergi.”Zhafran mengangguk.Dia ingin segera bertemu Ain.
HOSPITAL BESAR PULAU PINANG....
“YE Encik,ada apa saya boleh tolong?”seorang
jururawat yang bertugas di kaunter wad 8-B menyoal Zhafran.
“Saya nak lawat
isteri saya.”Jawab Zhafran.
“Nama isteri
encik?”Soal jururawat tersebut kembali.
“Ain Nuraina bt
Ismail.”Jururawat bernama Aisyah itu menyemak senarai nama pesakit di wad
tersebut.
“Isteri encik ada
di katil 23.Bilik perseorangan.Kat depan tu”Zhafran mengikuti arah yang
ditunjukkan Jururawat tersebut.Dikiri kanan katil dipenuhi pesakit.
Masuk sahaja
dipintu,sebujur tubuh sedang terbaring lesu.Kedua-dua lengan Ain dicucuk drip
untuk dimasukkan air.Zhafran duduk dikerusi ditepi katil.Wajah Ain dipandang
dengan penuh perasaan.hati lelakinya tersentuh.
Tiba-tiba masuk seorang
doktor menghampiri Zhafran.
“Ran?”Zhafran
menoleh.
“Man??Tanpa
diduga sahabat lamanya bertugas disini.Keduanya berjabat salam.
“Kau buat apa kat
sini?”Luqman juga terkejut sahabat seuniversitinya berada disini.
“Aku lecturer kat
USM.Dan ini wife aku.”Matanya dialihkan pada Ain.
“O...Your
wife?Kahwin tak jemputpun.”Zhafran tersenyum sedikit.
“Majlis kecil je
man.lagipun mana aku ada contact number kau.”
“So,Ain ni wife
kau lah?Tapi aku tak pernahpun nampak kau sebelum ni kat sini.”
“Akupun tak tahu
dia masuk hospital.Aku kursus kat langkawi.So,macamana keadaan dia Man?”Luqman
menjalankan pemeriksaan rutin pada Ain.Catatan jururawat disemak satu demi
satu.Beginilah rutinnya setiap hari di hospital.
“Demamnya masih
tinggi.Kami dah buat beberapa ujian,tapi ada ujian-ujian tu perlu menunggu
sedikit masa untuk dapat keputusan.Dia masuk ke sini kerana demam yang tinggi
dan muntah yang teruk.Aku dah cek pasal denggi,nampaknya ok.”
“Habis tu apa
maslaahnya Man? Kenapa demam dia tak kebah?”
“Pernah tak dia
demam atau mengalami tanda-tanda seperti ini dahulu?”Soal Luqman lagi.
“Lepas kahwin
hari tu,adalah dia demam.Tapi dua hari je.Tak ada lah sampai muntah-muntah.”
“Acctually kami
masih menunggu laporan perubatannya dari Hospital Ipoh.Menurut your wife,dia
mendapatkan rawatan dari pakar perubatan sana.Jadi kita kena tunggu.”Ain
sakit?Tapi Ain sakit apa?'
“Aku faham.”
“Oklah...aku nak
tengok pesakit lain.kalau boleh jangan ganggu dia sangat.”
“Ok man.”Zhafran
kembali duduk disisi Ain.Tiba-tiba mata Ain berkedip.
“Ain...”Panggil
Zhafran perlahan.
Ain yang
terdengar namanya dipanggil,membuka matanya perlahan-lahan.Wajah Zhafran yang
mulanya kabur akhirnya jelas dimata Ain.
“Dr...”panggilnya
perlahan.Cuba tersenyum pada Zhafran.
“Saya ada kat
sini Ain.Maafkan saya tak ada masa Ain sakit.”
“Tak pe.Bila Dr
balik?”
“Semlam.Cari Ain
kat kuliah, tapi Ain tak ada.Asmiza yang bagitahu saya Ain kat sini.Ain
macamana sekarang?”
“Baik sikit.Panas
pun dah makin kurang.”
“Ain rehat dulu
ok.Jangan banyak bercakap.”Ain mengangguk seketika.Dia kembali memejamkan
matanya.Dia tertidur kembali.Zhafran menyelimuti Ain.Diletakkan tangannya
diatas kepala Ain.Masih terasa panas.
SELAMA dua hari Zhafran berulang alik ke hospital. Menurut Luqman,Ain semakin sihat dan
dibenarkan keluar dari wad petang ini.Zhafran melafazkan rasa syukur.Malah Ain
sudah mahu menjamah makanan yang disediakan hospital.Namun pagi itu sewaktu
Zhafran tiba membawa makanan,ada seorang lelaki didalam bilik Ain.Dia tidak
jadi masuk, bersembunyi disebalik pintu.
“Macamana Ham
tahu Ain masuk hospital ni?”Suara Ain begitu jelas ditelinganya berbicara pada
insan yang dipanggil Ham.
“Ham pergi
fakulti Ain.Hisyam bagitahu Ain masuk wad.”Zhafran masih membatu disebalik
pintu.
“Thanks for
coming.”
“Ain...kenapa tak
bagitahu Ham Ain sakit.Ham risau sangat.”
“Ain tak nak
menyusah kan sesiapa.”
“Ain...Ain...dari dulu sampai sekarang Ain memang tak pernah
susahkan Ham.Ain ingat tak masa kita bersama dulu?”Zhafran semakin mendekatkan
telinganya dipintu.
“Ham...antara
kita dulu dah berakhir.”
“Tapi apa salahnya kalau kita cuba sambung balik hubungan kita
dulu.Lagipun bukan I yang tinggalkan You,Ain yang jauhkan diri dari I.I tahu
Ain masih ada lagi perasaan pada Ham kan.”Zhafran melangkah keluar. Hatinya
membara tapi dia tahu Ain tak mungkin menyintainya.
“ASSALAMUALAIKUM....”Zhafran muncul dipintu dengan sebuah
senyuman.petang itu.Didalam bilik kelihatan Nina dan As sedang menemani Ain
berbual.
“Wow....pensyarah handsome lawat kau lah Ain...”Nina berbisik
ditelinga Ain.Ain lantas mencubit lengan Nina.Asmiza memberi ruang untuk
Zhafran duduk disisi Ain.
“Ain macamana?”
“Alhamdulillah...”Ain tersenyum sedikit.Luqman masuk membawa
sebungkus ubat ditangannya.
“Puan Ain...you boleh discharge hari ni.”Perkhabaran gembira itu
disambut dengan senang hati oleh Ain.Senyumannya meleret dibibir.
“Betul ke Doktor? Bestnya.” Zhafran turut tersenyum melihat
kegembiraan Ain Nuraina.Cuba ditutup luka dihatinya pagi tadi.
“So,Ran...ini ubat yang wife kau perlu ambil.Makesure
dia ambil semua ubat ni mengikut aturan dan jangan lupa bawa isteri kau untuk
jalani pemeriksaan pada tarikh yang ditetapkan.
“Wife?”Tiba-tiba kedengaran jeritan dari mulut Nina.Ain mengetap
bibirnya perlahan .Nampaknya dia perlu berterus terang.
“I tell you
later...”janjinya pada
Nina.Zhafran tersenyum pada Nina.
Waktu Zhafran ke kaunter menyelesaikan bayaran hospital,Ain
mengmbil kesempatan bercerita pada Nina semuanya. Tercengang Nina mendengar
berita yang tidak pernah disangka itu.Namun Ain memohon agar cerita ini menjadi
rahsia Nina.
“Kau ni macam tak kenal aku.Jangan risaulah rahsia kau selamat
dengan aku.”Ain tersenyum pada Nina dan As yang banyak membantunya selama ini.
“Dah...jom!”Zhafran
mengambil beg baju Ain.Gembiranya dia bila Ain dibenarkan keluar dari wad.
ATAS nasihat Asmiza dan Nina,Ain kembali tinggal bersama Zhafran.Tapi
Zhafran berjanji pada Nina,dia tetap akan bayar duit sewa Ain sehingga mereka
ada pengganti Ain.Nina senang hati melepaskan Ain pergi katanya...
“Alah...bukan jauh sangat. Depan pintu je.Esok-esok kalau kau
gaduh,kau larilah tidur dengan aku.” Ain menyiku Nina bila kata-katanya
didengari Zhafran.Zhafran hanya tersenyum.
KEMBALI semula ke apartment Zhafran,bagai sesuatu yang baru pada Ain.
“Ain pergi rehat
dulu ok.”Ain hanya mengangguk.
“Dr....”Zhafran
berpaling.
“Thanks....”
“Tak perlu
berterima kasih Ain...Ain tanggungjawab saya.”
Selepas makan
malam,mereka berdua berbual di balkoni.
“Esok saya nak ke
kuliah semula.”Kata Ain.
“Ain dah sihat betul ke?Kalau belum rehatlah dulu.Nanti saya
tolong copykan semua nota kuliah.”
“Dah.Dah sihat
dah.”Dia meyakinkan Zhafran yang dia telah cukup sihat untuk ke kuliah.
“Ain...boleh saya
tanya sikit?”Ain memandang Zhafran.Dia mengangguk.
“Ain ada
sembunyikan apa-apa ke dari saya?”Ain mengerutkan keningnya.
“Maksud Dr?”
“Yelah...mungkin
saya tak tahu kalau-kalau Ain ada sakit lain?”Ain hanya mendiamkan diri.Tidak
mahu menjawab soalan Zhafran.
“Ain...saya tanya
ni.”Namun Ain tetap diam.
“Kalau Ain
diam,macamana kita nak selesaikan maslaah.”Barulah Ain bersuara.
“Saya sihat.Dr
jangan risau.” Zhafran tahu Ain Nuraina menyimpan sesuatu dari dirinya.Namun
dia tidak mahu memaksa.
“Banyak kelas
yang saya tinggal waktu kat Hospital.Entah boleh cover ke tak...tak tahulah.”
“Jangan risau,nanti saya tolong apa yang patut.”Ain tersenyum pada
Zhafran.Entah kenapa,bagai ada perasaan halus yang mula bertapak dalam
hatinya.Malah perasaan itu kerap hadir bila Zhafran mula menemani di
Hospital.Sikap prihatin Zhafran amat terkesan dihati Ain.Tapi dia tahu Zhafran
buat begitu kerana tanggungjawab seperti yang selalu disebutnya sebelum ini.
AIN seorang diri didalam bilik.Zhafran masih di luar menyiapkan
kerja-kerjanya yang tertangguh dalam dua hari ini.Majalah Wanita ditepi katil
diambil dan diselak helaian demi helaian tapi satupun yang dibaca tidak masuk
ke kepala.Majalah ditutup. Fikirannya teringat perkara-perkara yang berlaku dua
tiga hari ini.Dari mula dia dimasukkan ke Hospital sehinggalah hari dia
dibenarkan keluar.
MALAM ITU.....
AIN tidak lena tidur.Tubuhnya bagaikan
ada api yang membakar.Dia berkalih ke kiri dan ke kanan.Tuala kecil yang telah
dibasahkan diletakkan diatas dahi tapi panasnya tetap tidak berkurang.Tekaknya
terasa loya.Dia cuba bangun untuk ke bilik air tapi dia tidak berdaya.
“Nina...”Panggilnya
pada Nina .Ain cuba berpaut pada dinding tapi langkahnya lemah.Akhirnya dia
terjelepuk dilantai.
“Ain...kenapa
ni?”Nina yang baru sedar mendapatkan Ain yang sudah terbaring di atas lantai.
“Ya
Allah...panasnya badan kau Ain...”Nina kelam kabut.Dicapainya telefon.tapi dia
tak tahu untuk menelefon siapa.Akhirnya nama nombor Asmiza didail.
Dia tidak sedar
bila masanya Asmiza dan Hisyam datang.Dia mula sedar pagi esoknya bila ada
seorang doktor sedang merawatnya.Asmiza menasihatinya agar memberitahu hal ini
pada Zhafran tapi Ain menolaknya.Dia tidak mahu terus membenani Zhafran.
Ain meletakkan
majalah wanita disisi katil.Dia bangun keluar dari bilik.Zhafran masih tekun
dihadapan komputer ribanya..Sesekali dia meneliti buku rujukan.Tidak mahu
menganggu Zhafran,dia ke arah balkoni.Duduk diatas kerusi mengadap
keluar.Matanya memandang langit hitam.Bintang-bintang berkerlipan
diangkasaraya.Dia memandang sebutir bintang yang bersinar terang.kata orang itu
bintang kejora ataupun bintang timur.Bintang yang selalu menjadi penunjuk arah
kepada pengembara-pengembara yang sesat.Dia sendiri tidak tahu betapa luasnya
dunia ciptaan Tuhan ini.Alam semesta yang masih belum habis diteroka.
Ain teringatkan
arwah ibunya.Satu waktu dulu,arwah ibunya selalu bercerita tentang kisah nabi
dan para sahabat.Malah ibunya kerap bercerita tentang hidup dan mati.Ain masih
ingat tiga hari sebelum ibu dan ayahnya terkorban dalam kemalangan,ibunya
berubah sikap.Selalunya ibu selalu bercakap denagnnya sebelum masuk tidur tapi
hari itu,ibunya hanya mendiamkan diri.Begitu juga ayahnya.Malah lambaian tangan
mereka buat terakhir kali sebelum ke Surau,petang itu adalah kenangan yang tak
mungkin dilupakan seumur hidup.Beberapa minit slepas mereka pergi,Ain dikejutkan
dengan berita ayah dan ibunya meninggal dunia selepas dilanggar dengan lori
disimpang jalan.Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana
perasaanya.beberapa kali dia pengsan.malah ketika jenazah keduanya ingin
dikebumikan dia seolah-olah histeria.Bukan senang untuk dia menerima hakikat
kematian yang sukar dijelaskan.
Ain menyapu
airmatanya yang mengalir dipipi.
“Are you cry?”Zhafran berdiri dibelakangnya.Ain menggeleng.
“Saya ingat arwah
ibu dan ayah.”Dia menarik nafas panjang.Zhafran simpati.
“Setiap yang
hidup pasti akan mati.Kita kena redha.”Bisik Zhafran perlahan.
“Saya tahu.saya
dah lama meredhainya. Cuma..kadang-kadang kenanagn tu mengusik jiwa.”
“Sabar ok.”Ain
mengangguk.Zhafran kembali menyiapkan kerjanya membiarkan Ain masih disitu mengutip
kenangan silamnya.
“DR
ZHAFRAN,saya kenalkan ini
pensyarah baru Dr Dania.”Zhafran menyambut salam yang dihulurkan Dr Dania yang
rasanya lebih muda dari dirinya.
“Dr Dania ni
pensyarah Matematik yang baru.”Zhafran hanya mengangguk.
“Welcome.”katanya
perlahan.
“Thanks.”Profesor
Hamdan meninggal kan mereka berdua di ruang pejabat ini.
“You dah lama ke
kerja kat sini?”Dr Dania bersuara.
“Dah hampir tujuh
bulan.”Dr Dania mengangguk.Zhafran tidak betah bila diperhatikan sedemikian
oleh wanita ini.Lantas...
“Oklah...I ada kelas ni.See you later.”Dania memerhatikan
langkah Zhafran meninggalkannya.'Wow...handsomenya.'Hatinya mula tertarik pada
pandangan pertama pada Zhafran.
SELEAI KULIAH, Zhafran mecari-cari
kelibat Ain.Namun ain terlebih awal meninggalkan dewan kuliah.Lantas dia
menghantar satu pesanan ringkas ke telefon bimbit Ain.dua puluh saat
kemudian,dia menerima balasan sms dari Ain.
+Saya dekat CIMB bank.tengah keluarkan duit.Then sy nak pergi
desasiswa sekejap.Sy blk lewat kot.
Zhafran mengeluh.Semalam salah seorang pensyarah yang mengajar di
kelas Ain riuh di pejabat kerana ada pelajarnya yang masih belum membeli buku
rujukan yang disuruh.Dan Zhafran sedikit tersentak bila nama Ain turut keluar
dari mulut Profesor Albert.Dia kesal kerana ain tidak memberitahunya tentang
buku rujukan tersebut.Zhafran tahu buku tersebut agak mahal dan amat terhad.Dia
bercadang untuk mengajak Ain mencari buku tersebut hari ini.
“AMACAM masuk dah
ke?”Dengan rasa tidak sabar,Ain menyoal Hisyam.Melihat gelengan kepala
Hisyam,Ain hampa.Ternyata duit pinjaman PTPTN mereka untuk semester terakhir
ini masih belum masuk.
“Adui..matilah aku.Mana nak cari duit ni?Dah lah banyak benda nak
kena beli tahun ni.”Ain memandang pula pada Ikmal yang menepuk dahinya.Sebagai
anak seorang peneroka,Ikmal sepertinya dan pelajar yang lain tetap mengharapkan
duit pinjaman untuk meneruskan pengajian dan menampung hidup di kampus.
“Gaji hang tak masuk lagi ka?”Ikmal memandang Hisyam.Mungkin
antara mereka berempat,Hisyam lebih beruntung kerana ibu bapanya adalah doktor
pakar yang bertugas di Hospital Pantai Mutiara disini.Malah bukan sahaja
Ikmal,tetapi Ain dan Asmza sendiri kerap meminjam dari Hisyam bila kesempitan.Mujurlah
Hisyam tidak pernah berkira.Mungkin sukar untuk mencari teman sebaik Hisyam.
“Duit gaji aku
dah labur untuk projek final.Nak kena call parents aku jugalah.”Ikmal mengeluh
sendiri.
“Hari tu hang
cakap ayah hang tak sihat.”
“Memanglah.Tu yang aku susah hati ni.Serba salah aku nak
minta.Lagipun ayah aku baru je bayar yuran STPM adik aku.”Ada kesedihan diwajah
Hisyam.Ain simpati.Tapi dia juga tidak mampu untuk membantu.Malah dia sendiri
masih memikirkan bagaimana nak cari duit untuk buku rujukan dan projek final
nanti.
“Tak pa lah.Hang
pakailah duit aku dulu....”Hisyam menepuk bahu Ikmal.
“Ish..aku ni dah
seganlah dengan hang Syam.Yang aku pinjam seratus dulupun aku tak bayar
lagi.”Hisyam tersenyum.
“Kalau hang ada
duit,hang bayar.Kalau tak aku halal dunia akhirat.”
“Thanks Syam.Hang la member aku dunia akhirat.”Ain dan Asmiza
tersenyum melihat dua sahabat mereka saling berpelukan.
“Dah lah.Jom kita
pi Plaza Ivory pekena apa-apa yang patut.”Ketiga-tiga mereka memandang wajah
hisyam.
“Tu aku setuju snagat.”Balsa Asmiza.Ain mengekori langkah ketiga
sahabatnya meninggalakn perkarangan bangunan yang menempatkan bank didalam
Universiti ni.Tujuan mereka ke Plaza Ivory dihadapan Universiti yang menjadi
medan santai pelajar-pelajar USM.Bersebelahan dengan apartment tempat tinggal
pelajar yang lain.
Sewaktu kereta Hisyam membuat pusingan di bulatan berhadapan
bangunan bank,mereka bertembung dengan kereta Zhafran yang baru keluar dari fakulti.Dari
dalam kereta,Ain memandang Zhafran yang turut melemparkan pandangannya pada
Ain.Ain hanya tersenyum sedikit sebelum kereta Hisyam melepasi kereta Zhafran.
ZHAFRAN duduk diatas kerusi di dalam stadium.Matanya ralit memerhatikan
langkah Ain yang lincah di padang.Mulanya bila diberitahu,Ain aktif dalam
hoki,dia agak keberatan memandangkan kesihatan Ain semakin teruk sejak
kebelakangan ini.tapi bila dia tahu itulah minat Ain,dia terpaksa
akur.Kadang-kadang dia mencuri masa,datang ke satadium. Memerhatikan dari jauh
isterinya bermain.
“Hai Ran.”Satu
suara menegurnya dari arah tepi..Zhafran tersenyum pada Dr Dania yang lengkap
berpakaian sukan.
“You buat apa kat
sini?”Ramah Dania bertanya.Dia sudah mengambil tempat bersebelahan Zhafran.
“Saja.You pulak
buat apa kat sini?”
“Tu...”Telunjuk
dania menunjuk kearah sekumpulan pelajar wanita yang sedang bermain bola
jaring.”Zhafran mengangguk.
“Ran...”Zhafran
berpaling.Dania tersenyum sebelum menyambung.
“Boleh tak kalau
You bawa I jalan-jalan kat penang ni?Lagipun I tak tahu snagatlah jalan kat
sini.”Pinta Dania.
'Ish...apahhal
pulak ni.'Zhafran segera mencari alasan.
“Er nantilah
kalau I tak sibuk.”Dalih Zhafran.
“Ok.I tunggu.tapi
You janji ye..”Dania bangun kembali ke padang.Zhafran menarik nafas
lega.Perhatiannya kembali ke padang hoki.Tanpa diduga,Ain sedang memerhatikannya.Dia
mengetap bibir.Dia tidak mahu Ain tersalah sangka lagi.
“Eh Ain,tak
payahlah kau nak takle Dr Zhafran tu.Kau tengoklah...Dr Dania tu pun nakkan dia
tau tak.Untuk pengetahuan kau...semalam Dr Zhafran datang sambutan birthday aku
dekat restoran menora,batu Feringgi..Jangan cemburu ok..”Ain memandang Irma
dengan perasan meluat.namun hatinya sedikit terkesan dengan kata-kata Irma
sebentar tadi.Patutlah Zhafran lewat pulang malam tadi.'Ah aku peduli
apa...Irma ke Dania ke...lantak dialah.”
Permainan diteruskan.Namun kali ini semangatnya semakin
kurang.Entah kerana cerita Irma atau kerana Dania dan Zhafran tadi atau kerana
hal lain dia tidak tahu.sejak akhir-akhir ini dia kerap mendengar gosip antara
Zhafran dan Dania.Walaupun dia cuba untuk buat tidak peduli,tetapi
kadang-kadang hati kecilnya marah.
“Kau kenapa?Ada
maslaah ke”Asmiza bertanya selepas sesi perlawanan selesai.Mereka berdua duduk
diatas rumput.Melepaskan lelah masing-masing.
“Aku ok.Cuma
meluat tengok Ima tu.”Mulutnya dimuncungkan kearah Irma.
“Alah dia tu
biasalah.Perasan je lebih.Bukan kau tak tahu perangai dia macamana.”
“Malas aku nak
layan perempuan sewel macam tu.”Asmiza dan Ain sama-sama ketawa.
“Eh,Ain laki kau
datanglah.”Asmiza menyiku Ain bila Dr Zhafran semakin menghampiri mereka.
“Kau cakap
pelanlah sikit.Kau nak semua. orang tahu ke?”
“Alah biarlah
orang tahu.At least tak delah si Irma tu terhegeh-hegeh nak kan Dr Zhafran kau
tu.”Ain menggeleng.Baginya belum masanya lagi untuk semua orang tahu
hubungannya dengan Zhafran.
Zhafran tersenyum
menghampiri Ain Nuraina.Ain turut membalasnya.Namun senyumannya hambar.
“Dah habis?”Ain
hanya mengangguk.
“Jom..”Ain
mengemaskan beg sandangnya.Memang tadi dia menumpang kereta Zhafran memnadang
keretanya dihantar untuk servis.Entah apa yang rosak diapun tidak
tahu.Mengira-ngira berapa pula jumlah yang perlu dilaburkan pada kancil
peninggalan arwah ayahnya itu.
“Ok As...aku
pergi dulu.”
“Ok.”Mereka
beriringan keluar dari padang.Tanpa disedari ada dua pasang mata yang sedang
memerhati.
“As....Ain nak
pergi mana dengan Dr Zhafran?”Irma menjerit kearah Asmiza.
“Diorang nak pi
manapun...kau peduli apa.Lantak dioranglah.Minah sibuk betullah kau ni Irma.”
“Amboi...sedapnya
mulut kau.”Irma bercekak pinggang.
“Eh..kau jaga hal
kau dah lah.Tak payah nak jaga hal orang lain.”Asmiza mengangkat begnya.Berlalu
meninggalkan Irma dengan rasa tidak puas hatinya.Kalau diturutkan mahu sahaja
dia menyingkap kebenaran dihadapan Irma,tetapi mengenangkan janjinya pada
Ain,dicuba sabarkan dirinya.
Di satu sudut Dr
Dania turut memandang Zhafran dan Ain beriringan meninggalkan stadium.Hatinya
tiba-tiba terdetik rasa cemburu.
BAB 15
“PENAT?”Soalan
pertama dari Zhafran ketika mereka berdua di dalam kereta.Ain hanya mengangguk.
“Kalau penat
berhentilah.tak payah main lagi.”Sambung Zhafran.
“Mana boleh,game
dah dekat.”Balas Ain.Zhafran hanya tersenyum meneruskan pemanduannya.Dia tahu
hujung bulan ini,Ain ada perlawanan dengan Universiti-Universiti lain.Dan sudah
dua tahun berturut-turut pasukan USM menang.
Sebaik tiba di
apartment,Ain terus ke bilik air membersihkan diri.Selesai solat,dia terus
menukar baju untuk ke tempat kerja.
“Ain nak pergi
kerja ke malam ni?”Ain hanya mengangguk.Zhafran perasan yang Ain kurang berbual
dengannya hari ini.Bagai ada sesuatu yang tidak kena padanya.
“Ain ni
kenapa?Tak sihat ke?”Ain menggeleng.
“Habis tu dengan
sayapun tak nak bercakap.”Ain memandang Zhafran yang duduk dibirai katil.
“Nothing!”Tangannya
mencapai topi di tepi katil dan dia melangkah keluar.Tapi belum sempat keluar
dia berhenti dipintu bilik,
“Balik
cepat.Hati-hati bawa kereta.”Ain hanya memandang Zhafran dengan pandangan sepi
sebelum terus keluar.
MARRY COFFEE BEAN,12.30 MALAM.
Ain masih duduk
di meja kosong.Waktu kerjanya sudah tamat.Tapi dia masih belum mahu
pulang.Sudah berkali-kali telefon bimbitnya berbunyi.Semuanya panggilan dari
Zhafran.Malah mesej Zhafran bertanyakan dimana dia berada juga tidak
dijawabnya.Dia pun tidak tahu kenapa atau apa yang mendorongnya bertindak sedemikian.Dia
tahu zhafran pasti risau tentang dirinya.
“You tunggu apa lagi Ain?”Jean datang merapatinya.Waktu begini
masih ramai orang yang mengunjungi coffee bean milik Jean ini.
“I malaslah nak
balik rumah.Kejap lagilah.I nak duduk sini kejap.”Jean menggeleng kepalanya.
“Apasal ni.You
ada masalah ka?”Ain ketawa kecil.Senang dengan sikap prihatin yang ditunjukkan
Jean.
“Tak ada apalah.”
“Oklah...You
duduklah.Nak minum pi ambil sendiri ya..”Jean mengusik.Sekali lagi satu mesej
masuk ke telefon bimbitnya.
+kt mn ni?dh tgh mlm.Ain membaca sekali imbas mesej yang
dihantar ZhafranAkhirnya dia membalas.
-Stll dekat cfe bean.Butang send ditekan.Beberapa saat
kemudian dia menerima balasan dari Zhafran.
+habs 2 nk blk pkl berapa?nak tdr kt situ.knp x angkut bantal n
tilam sekali?
Ain menutup
telefon bimbitnya.Membiarkan mesej dari Zhafran berlalu.Dia tahu Zhafran
marah.Wajahnya detekup diatas meja.Tanpa diduga dia tertidur sebentar.
3.00PAGI.
AIN tiba dihadapan pintu
apartment.Suasana gelap meneylubungi rumah.Kunci dimasukkan namun pintu dikunci
dari arah dalam.Puas diketuk,namun masih belum dibuka.'Takkanlah dia tak dengar
kot.'
Didailnya nombor telefon Zhafran.Ada nada dering tetapi
kemudian,talian diputuskan secara sengaja.Hati Ain panas.Zhafran sengaja tidak
membenarkannya masuk.Beg sandangnya dibuka .Mencari kunci pendua bagi rumah
sewa lamanya .Sejambak kunci dikeluarkan.Ain tersenyum puas. Mujurlah Nina
tiada malam ni.Semalam Nina pulang ke akampungnya di Kedah.Ain meloloskan
tubuhnya ke dalam rumah.Kasutnya diambil dan diletakkan didalam.Pintu kembali
dikunci.Dia benar-benar keletihan.Dia sudah tidak mahu memikirkan pasal
Zhafran.Sebiji bantal diambil dari bilik Nina dan akhirnya dia terlena di
hadapan televisyen.
ZHAFRAN membuka selak pintu bila tiada lagi kedengaran ketukan.Dia tahu
Ain masih diluar.Memang dia sengaja mengunci pintu.Dia marah dengan Ain
sebenarnya yang pulang lewat dan langsung tidak memebritahunya.Sedangkan dia
sudah menetapkan syarata bahawa ain hanya boleh bekerja sehingga jam sebelas
malam sahaja.
Dia mahu merubah kedegilan Ain.Sebaik pintu dibuka,tiada sesiapa
disitu.Zhafran keluar memerhati sekeliling.Malah pintu rumah Nina juga masih
bermangga dan gelap gelita.Hati Zhafran diburu kebimbangan.Lantas nombor Ain
didail.Tapi talian dimatikan.Dia bergegas turun ke basement.Tapi kereta Ain
masih ada di parking.
Zhafran kembali keatas.Pintu sengaja tidak dikuncinya.Dia menunggu
diruang tamu.namun sehingga jam menginjak ke angka lima,bayang Ain masih belum
muncul.Dia resah.Bimbang keselamatan Ain walaupun dia tahu Ain mampu menjaga
dirinya sendiri.namun sehingga azan subuh kedengaran,Ain masih belum muncul.
Tiba-tiba terdetik rasa kesal dihatinya atas perbuatannya
tadi.Bukan dia tak dengar Ain mengetuk pintu,malah sengaja dimatikan talian
telefonnya bila dia tahu Ain yang memanggilnya.Sengaja ingin mendera Ain buat
seketika.
ZHAFRAN bersiap untuk kekelas .Sebaik sahaja diluar,matanya masih
memerhati kelibat Ain Nuraina.Tapi dia hampa.Ain masih belum muncul.Lantas dia
buat keputusan untuk terus ke kuliah.Mungkin dia akan bertemu Ain di kelas
nanti.Kelas Ain pada pukul 11.00 pagi.Dia akan sabar hingga ke saat itu.
“Hai Ran.”Zhafran
menarik nafas kasar bila terserempak dengan Dr dania pagi itu sewaktu dia
menuju ke kelas Ain.
“You tak ada
kelas ke Dania?”Sekadar berbahasa dia bertanya.Sejak sebulan lalu,dia seakan
tidak betah bila bertemu dania.Dania seolah-olah sengaja mencuri perhatiannya.
“I nak pergi
kelas lah ni.Ran..Boleh kita lunch sama tak?”
“Em,tengoklah
kalau I tak sibuk.” Mereka seiringan melangkah kearah fakulti.Tiba-tiba..
“Aduh...”Tangan dania sudah merangkul lengan Zhafran.Dia hampir
terjatuh ke dalam longkang kecil di korodor fakulti.Zhafran cuba membantu
Dania.Tangan dania masih melekat pada lenngannya.
“Thanks ran”Dania tersenyum manis. Zhafran hanya mengangguk.namun
sebaik sahaja pandangannya dihalakan kearah depan,matanya terus memandang
sepasanag mata yang sedang menyaksikan insiden sebentar tadi.'Ain...'Bsiknya
perlahan.
Renungan redup Ain membuatkannya resah. Dia tidak mahu Ain
tersalah sangka apatah lagi beberapa hari ini hebat gosip dikalangan pelajar
tentang dirinya dan Dr Dania.Dan pastinya Ain turut sama mendnegar khabar angin
itu.Semuanya gara-gara dia menghantar Dania pulang selepas kereta dania rosak
dua hari lepas..
Ain terus melangkah masuk ke dewan kuliah.Perasaanya kosong.tadi
selepas dia tahu Zhafran telah ke Universiti,dia mengambil kesempatan untuk
mengemaskan semua barang nya dirumah Zhafran dan kembali semula ke rumah sewa lamanya.
Nekadnya hanya satu,mahu menjauhkan diri dari Zhafran.Dia tahu
Zhafran sudah punya pilihan hati sendiri.Malah perkara yang terjadi malam tadi
semakin meyakinkan dirinya bahawa Zhafran
sudah tidak memerlukannya lagi.
Zhafran mengajar hari itu dengan hati yang tidak tenang.Sewaktu
pelajarnya sedang menyalin nota kuliah,dia menghantar pesanan ringkas ke
telefon bimbit Ain Nuraina.maminta isterinya bertemu dengannya selepas habis
kuliah.Tapi Ain hanya membaca sekali lalu dan kembali menumpukan perhatian pada
nota di papan putih.
Zhafran mengeluh.Rasa bersalahnya mula menebal.Dia duduk diatas
kerusi namun matanya memerhatikan Ain yang sedang menulis.Matanya terus ralit
memerhatikan Ain.
“Ain...husband kau pandang kaulah.”Ain memandang seketika pada
Zhafran sebelum mengalihkan perhatiannya.
“Biarlah dia.Mata dia.Peduli apa aku.”Bisiknya pada Asmiza.Asmiza
ketawa kecil.hairan dengan sikap Ain.Orang lain berebut naakan Dr Zhafran,tapi
Ain yang dah sah jadi isterinyapun masih jual mahal.
Tamat waktu kuliah,Ain bergegas keluar dari dewan.waktu itu
Zhafran sedang sibuk melayani pertanyaan pelajarnya yang kurang pasti dengan
apa yang diajar sebentar tadi.Dia cuba memanggil Ain Nuraiana,tetapi langkah
Ain lebih pantas meninggalkannya.
“Hello.”Ain
mejawab panggilan telefon bimbitnya.melihat nombor yang tertera,dia tahu
panggilan itu pasti dari Ipoh.Kedengaran suara Syikin resah di hujung talian.
“Kak
Yang...Syikin Ni.”
“Ada apa
Syikin?”tanya Ain.
“Ayah masuk
hospital.Sesak nafas semalam.”Yasmin terkejut.
“Ayah cik masuk
hospital?Kenapa baru hari ni bagitahu kak yang?Ok...karang kak yang
balik.”Sebaik talian dimatikan,dia berlari anak ke pejabat Zhafran.Walaupun
masih marah,tapi dia perlu memberitahu Zhafran berita tersebut.Namun sebaik
sahaja dia tiba,pandangannya menjamah satu adegan yang cukup menyakitkan
hati.Zhafran sedang menjamu selera dengan Dr Dania didalam biliknya.
Zhafran yang perasan dengan kehadiran Ain segera keluar
mendapatkan Ain.Dania hanya memandang dengan curiga berbaur cemburu.Sejak
beberapa hari,dia melihat Zhafran kerap bersama pelajarnya itu.Terdetik
dihatinya ada sesuatu yang berlaku diantara Zhafran dan pelajar wanita itu.
“AIN...”Perkataan
pertama yang keluar dari mulut Zhafran.Tanpa sebaris senyumna,Ain nuraina
memberitah yang dia akan pulang ke Ipoh hari itu juga.
“Nak tengok ayah cik.Ayah Cik masuk hospital.”Itu sahaja jawapan
yang diberi sebelum dia melangkah pergi.Zhafran cuba memanggil namun sedikitpun
tidak diendahkan Ain.Kakinya laju menghala ke arah kancilnya.
Zhafran mengeluh seketika sebelum kembali semula ke pejabat..Dia
tahu Ain sudah mula mencurigai dirinya namun semuanya tidak seperti yang
difikirkan.Dia juga sebenarnya terkejut bila Dr Dania muncul di biliknya dengan
nasi bungkus.
Mahu ditolak nanti dikata tidak beradab.sesak nafasnya bila
berduaan dengan Dania.Mohonnya agar perkara ini tidak samapi ke pengetahuan Ain
namun apa yang berlaku sebaliknya.Teringat kata-kata Ain sebentar tadi,dia juga
terkejut.Malah kalau boleh dia ingin sama pulang ke Ipoh tapi petang ini dia mempunyai
kelas penting yang tidak boleh ditinggalkan apatah lagi pelajarnya semakin
menghampiri peperiksaan.
Dania mula
perasan perubahan Zhafran selepas kehadiran pelajarnya sebentar tadi.
“Student You nak
apa?”Cuba dikawal intonasinya.
“Nothing.”Ringkas
jawapan Zhafran. Sebaik sahaja Dania keluar,dia mendail talian Ain,tapi talian
dimatikan.Lantas nombor yuna didail.Sebentar kemudian,talian berjawab.
“Hello,Yuna..ni
Abang Ran.Ayah Cik macamana?”
“Ayah kat
hospital lagi.Abang Ran dengan kak yang nak balik ke?”Suara Yuna sayup dihujung
talian.
“Kak yang dah
balik.Abang Ran mungkin lewat sikit sebab ada kelas penting ni.habis kelas
InsyaAllah...abang ran balik.nanti kirim salam kat semua ye.satu lagi kalau kak
Yang sampai nanti suruh dia call abang Ran balik.”Zhafran menitipkan pesan.
“Ok.”Balas Yuna
sebelum talian diputuskan.Zhafran menyandar ke dinding sebaik sahaaja buatang
end ditekan.memicit-micit kepalanya yang agak runsing.rasa berslaah pada Ain
sejak semalam menganggu dirinya.Dia tidak tahu dimana isterinya itu tidur
semalam.
Melihat pada
pakaian yang dipakai pagi tadi,Zhafran tahu Ain sudah pulang ke rumah.Dia ingin
bercakap dengan Ain,dia ingin memohon maaf.Memang semalam dia terlalu marah
pada Ain.Ain tidak sepatutnya pulang lewat setelah dia diberi kebebasan.tapi
mungkin Ain ada alasannya tersendiri.Buntu Zhafran memikirkan masalah
rumahtangganya.
BAB 16
HOSPITAL TUANKU BAINUN
KAKI Ain melangkah laju ke wad 8-A yang menempatkan
bapa saudaranya.Sebaik sahaja dia tiba di wad,kelihatan ibu saudara dan
sepupunya sedang mengelilingi katil yang menempatkan Hamdan.Ain menyalami semua
yang ada.matanya kini beralih kepada ayah ciknya yang sedang terbaring.Wajah
tua itu kelihatan tidak bermaya tetapi masih mampu tersenyum padanya.
“Ayah Cik
macamana sekarang ni?”Ain memulakan pertanyaan.Dia duduk dikerusi setelah
Syikin bangun memberi ruang kepadanya.
“Legalah
sikit.Zhafran mana?”Ain cuba tersenyum.Menyembunyikan apa yang dirasakannya.
“Zhafran ada
kerja sikit.”Namun belum sempat dia menerangkan dengan lebih jelas,Yuna
terlebih dahulu bersuara.
“Tadi abang Ran
call Yuna.Dia cakap kalau tak petang ni,pagi esok dia sampai.Dia suruh kak Yang
call dia bila sampai Ipoh.”Ain mengerutkan wajahnya.'Zhafran call Yuna? Mungkin
dia tak dapat call aku sebab tu dia call Yuna. Ah,biarlah.'
“Nanti kak Yang
call dia balik.Doktor cakap apa ni ayah cik?”Malas dia memenajangkan cerita
tentang Zhafran.Hamdan tersenyum pada anak saudaranya itu.
“InsyaAllah kalau
makin baik sehari dua lagi bolehlah keluar.Susahkan kak yang je nak balik
sini.”
“La..nak susah
apa pulak ayah cik.lagipun kuliah dah habis.esok dengan lusa tak ada
kuliah.”hampir dua jam dia menghabiskan masa dihospital sebelum pulang ke
kampung.
MALAM ITU...
AIN bersendirian di dalam
biliknya.Terasa begitu sunyi dan sepi sekali.Di luar kedengaran suara cengkerik
dan burung hantu saling bersahutan.Jam hampir ke angka sebelas.Dia teringatkan
Zhafran. Hampir lima bulan bergelar suami isteri,dia masih belum dapat menerima
Zhafran sepenuhnya.Dia kecewa dengan Zhafran.'Kenapa jadikan aku sebagai isteri
kalau hatinya pada yang lain.'Teringat dua malam sebelumnya.Dia menunggu
Zhafran pulang makan malam.
Namun bayang Zhafran tidak kelihatan.Bila Zhafran pulang,katanya
dia ada kelas perbincangan dengan pelajarnya.Tapi berita yang dia tahu
keesokannya,heboh memperkatakan tentang Zhafran dan Dr Dania yang kononnya
sedang bercinta.
Malah Hisyam sendiri melihat Dania dalam kereta Zhafran malam
itu.Segala-galanya membuatkan Ain keliru.Dia tidak cintakan Zhafran tapi kenapa
hatinya marah bila berita itu sampai kepengetahuannya.Malas mahu memikirkan
soal Zhafran,dia terus merebahkan dirinya diatas katil.Tiba-tiba kenangan lama
antara dia dan ibunya menjelma di ingatan.dari lahir sehinggalah dewasa dirumah
inilah dia membesar.Walaupun arwah ayahnya hanya seorang guru,namun mereka
tetap cuba memenuhi segala keinginannya.Cuma dia dan Ikram sdah diajar sejak
kecil lagi untuk bersederhana.Arwah ibu terlalu memementingkan soal pelajaran.Bagi
ibu pelajaran adalah aset segala-galaya.Ain masih ingat segala gurau senda
semasa keduanya masih hidup.Segala-galanya bagai baru sahaja berlaku.Dia
rindukan ibunya.Dia rindu belaian ibu dan dia rindu gurauan ayahnya.Namun semua
itu cuma tinggal kenangan.Ayah dan ibu meninggalkannya bersama Ikram.
Mungkin antara dia dan Ikram,dia lebih beruntung kerana diizinkan
bersama jenazah keduanya sehingga ke liang lahat.Ikram tidak sempat pulang.Dia
hanya pulang selepas tiga hari keduanya selamat disemadikan.Dia masih ada Ikram
tapi Ikram terlalau jauh untuk mendengar ceritanya.Dia juga rindukan Ikram.
“Abang....banyak
sangat benda yang kak Yang nak cerita pada abang.Nantilah bila abang balik
sini,kak Yang nak bagitahu segala-galanya.”Ain bercakap sendirian seolah-olah
Ikram ada dihadapannya.Dan entah bila waktunya dia akhirnya terlelap.
SELESAI mngerjakan solat subuh,Ain mengenakan seluar
track dan t-shirt.Sehelai tuala kecil dililitkan ditengkuk .Menyarung kasut
sukan jenama NIKE dan topi dari jenama yang smaa.Udara pagi dihirup perlahan
dan dilepaskan.Terasa begitu segar,jauh dari debu kota.Sudah lama dia tidak
beriadah.Selepas mengunci pintu,Ain mula berlari anak ke simpang jalan.Dia
terus berlari menuju ke kawasan perkelahan Ulu Chepor.
Sesekali dia mengesat
peluh yang mula keluar.Bertembung dengan teman-teman sekampung,hatinya senang.
Hampir 45 minit kemudian,Ain tiba di Ulu Chepor.Pagi-pagi lagi sudah ada
pengunjung yang datang.Mungkin untuk berkelah,mandi manda atau
berbarbeque.Sudah lama dia tidak datang kemari.Air sungainya tetap jernih
dengan batu-batu besar yang menghiasi.Di seberang sungai ada sekumpulan pelajar
sekolah sedang menjalani aktiviti perkhemahan.Dahulu sewaktu masih
bersekolah,dia juga kerap berkhemah disini.Ain berlari anak ke atas sedikit.Lantas
dia melepaskan penat di atas sebuah batu besar Terasa begitu sejuk mencengkam
bila jari jemarinya terkena air sungai.
Dulu dia pernah
berangan untuk membina sebuah rumah berhampiran sungai.Bila diberitahu pada
ikram angan-angannya Ikram dengan bergurau berkata,sekali kepala air lalu
dengan dia sekali hanyut ke muara.'Disinilah tempat dia dan Ikram menghabiskan
zaman kanak-kanak.Malah disini jugalah menyaksikan bagiamana dia menangis bila
Ikram dihanyutkan air pasang.Mujur Ikram masih sempat berpaut pada akar pokok
besar yang tumbuh ditebing.Sejak hari itu amaran keras dikeluarkan ibu,mereka
tidak boleh kesini lagi tanpa ditemani ibu dan ayah.
Tapi kedegilannya
dan Ikram tetap melanggar janjinya pada ibu.Tanpa pengetahuan ibu dia,Ikram dan
Yuna curi-curi datang ke sini.Ain tersenyum sendirian.Indahnya kenangan
manisnya impian. Telefon bimbit yang diletakkan didlam poket seluarnya
berdering.
“Hello.”Terdengar
suara Syikin.
“Kak Yang kat Ulu
Chepor.Baru lepas jogging.Kenapa?”Dia terdiam seketika.
“Syikin
sarapanlah dulu.Jangan tunggu kak yang.nanti kak yang singgah kat kedai Pak
Din.kak yang sarapan kat situ je.”
“Ok bye.”Telefon
dimasukkan kembali kedalam poket.Kasutnya dibuka dan diletakkan ditepi atas
tanah.Seluar tracknya ditarik ke paras betis.Kakinya direndamkan kedalam
sungai. Sejuknya air sunngai hingga mencengkam tulang temulangnya.Topi
dibuka.Rambutnya yang kini mencecah separas bahu diikat kemas.Dia tersenyum
pada dua orang remaja yang sedang membasuh pinggan berhampiran tempatnya duduk.
“Berkhemah ke
dik?”Ramah dia menegur. Kedua-dua remaja perempuan itu tersenyum pada Ain.
“Khemah pengakap
kak.”Ain mengangguk.
“Dari sekolah
mana?”Tanya lagi.
“Sekolah Tasik
damai.”
“O..dekat je
lah.”Kedua-duanya meminta diri setelah tugas mereka selesai.Ain hanya
memerhatikan langkah berhati-hati keduanya menyusuri sungai yang berbatu.Memang
seronok kalau sesekali berkhemah macam ini.
Kelihatan unggun
api masih berbara dari arah tapak khemah.Zaman sekolah memang sesuatu yang
menyeronokkan.Betullah kata orang,indahnya kenangan manisnya impian.
Tiba-tiba dia
terasa bahunya ditepuk dari arah belakang.Lantas dia menoleh.Dan alangkah
terkejutnya bila melihat Zhafran sedang tersenyum kearahnya.Ain mengalihkan
pandangannya semula ke arah perkhemahan tadi.
Tidak perlu dia
tanya dari mana Zhafran tahu dia berada disini.Pasti Syikin yang memberitahu
malah ajakan sarapan tadi hanya lah sekadar untuk tahu dimana dia berada.Namun
dia tidak menyalahkan Syikin.Pasti Zhafran yang memintanya merahsiakan kedatangannya.
Zhafran duduk
diatas batu besar bersebelahan dengan Ain.Matanya memandang wajah Ain.
“Ain jogging
ke?”Soalan pertama yang keluar dari mulut Zhafran.
“Habis takkan
pakai macam ni nak pergi night club kot.”Zhafran ketawa kecil mendengar jawpan
Ain.Ain tetap Ain,keras kepalanya sukar dilentur.
“Manalah tahu kot
dah berubah fesyen..”Ain menjeling seketika.
“Bila
sampai?”Soalnya pada Zhafran.
“Malam tadi.Tengok rumah dah gelap,mak cik suruh
tidur rumah dia.Kenapa tak call sampai semalam?”Soal Zhafran.
“Lupa.”
“Lupa?Macam tak
logik je alasan tu.”Kali ini Ain memandang Zhafran.'Tak logik?'
“Suka hati Dr lah
nak fikir logik ke tidak ke.”Malas dia mahu berbahas.
“Mana semua
barang-barang Ain kat rumah?”Nada Zhafran bertukar serius.
“Saya nak tinggal
balik dengan Nina.Kenapa?”Dia memberanikan diri bertentangan dengan Zhafran.
“Kenapa?Ain tanya
kenapa?Saya yang sepatutnya tanya Ain kenapa nak tinggal dengan Nina.Nina tu
siapa dan saya siapa?Dengan siapa Ain wajib tinggal?Mana tanggungjawab Ain?”Bertalu-talu
soalan keluar dari mulut Zhafran.
“Tanggungjawab?Kenapa
tanggung jawab yang menjadi persoalan sekarang ni?Dr tak ingat apa yang Dr buat
dua tiga hari lepas?Nasib baik saya masih simpan kunci rumah sewa.Itu Dr cakap
tanggungjawab.Biarkan isteri sendiri duduk kat luar.Memang bertanggungjawab
sungguh.” Zhafran mengeluh seketika.
“Saya minta
maaf.Memang saya salah.Tapi Ain pun salah juga.Kenapa Ain balik lewat?Ain pergi
mana?Kan saya dah bagi kebenaran kerja sampai pukul sebelas je.Tapi hari tu
pukul berapa Ain balik?Dekat pukul tiga pagi.Ain tahu tak betapa risaunya saya
bila Ain lewat balik.Macam-macam dalam fikiran saya.”
“Jadi Dr hukum
saya dengan mengunci pintuMacam tu Dr kata risau?.”Sinis Ain.
“Saya buka lepas
tu.Tapi Ain dah tak ada.”Jelas Zhafran.
“Habis tu takkan
Dr nak suruh saya tidur kat koridor?Saya lewat balik,tapi saya bagitahu saya
kat mana.Bukannya saya menipu.Pergi tempat lain tapi cakap ada kat tempat
lain.”Sindir Ain.Zhafran terasa Ain menyindirnya.
“So,Ain dah
tahu....”Ain hanya menjungkitkan bahunya.
“Ok saya
salah.Memang malam tu Dania minta saya tolong dia sebab kereta dia rosak.Saya
cuma tolong hantar dia balik je.tapi sebelum tu saya memang ada kelas
perbincangan dengan student saya.Saya tak bagitahu Ain sebab saya tak nak Ain
tersalah sangka.”Jelas Zhafran.
“Apa pulak nak
salah sangka.Biarlah Dr nak buat apa sekalipun.Saya kisah apa.Dr nak berdating
ke...dengan Dr dania ke,dengan si Irma ke...tak ada kena mengena dengan
saya.”Zhafran memandang ke arah Ain.Wajahnya hanya biasa tanpa sebarang
reaksi.Memang terlalu sukar untuk dia membuat tafsiran tentang Ain
Nuraina.Malah amat sukar meneylami isi hati gadis ini.
“Tak ada kena
mengena?Habis tu Ain siapa dengan saya?Ain tak cemburu?”Ain ketawa kecil
memandang Zhafran.
“Cemburu?Tak ada
sebab saya nak cemburu.”
“Sikitpun tak
ada?”Ain merenung wajah Zhafran.Namun sesaat dua matanya memandang kearah lain.
“Tak!”Zhafran
menarik nafas panjang. Susah memahami diri Ain Nuraina.Tapi dia tahu kata-kata
Ain tadi bukan sahaja dalam perasaan marah,tapi sedikit cemburu.
“Saya nak
balik.”Kasut sukan diambil dan dipakainya semula.Topi NIKE dipegang.Ain bangun
menuju keatas.Langkahnya diikuti Zhafran.Keretanya diparkir dibawah sedikit.Dia
cuba beriringan langkah dengan Ain.Namun langkah Ain masih laju.Remote kereta
ditekan.Mahu tidak mahu terpaksa Ain menaiki kereta Zhafran. Keduanya hanya
sepi saat kereta bergerak meninggalkan hutan lipur Ulu Chepor.Sampai di satu
simpang memisahkan jalan besar dan kampung Ain,Ain meminta zHafran untuk
berhenti.
“Saya lapar.Kita
makan dulu.”Ain menunjukkan ke arah gerai yang kelihatna beberapa orang sedang
menikmati minuman dan sarapan pagi.Zhafran mengekori langkah Ain menuju ke arah
gerai yang hanya beratap zink.
Ain dan Zhafran
mengambil tempat berhampiran beberapa orang lelaki tua yang sedang rancak
berbual.Sesekali kedengaran soal politik tanahair dibincangkan.Memang itulah
yang kerap berlaku dimana sahaja saat ini.
“Amboi...pak Mail
kalau dah berborak sampai tak nampak orang keliling.”Ain mengusik seorang
daripada lelaki disebelah meja mereka.Lelaki tua yang masih berkopiah dan
berkain pelkat itu memandang kearah Ain.MAtanya dikecilkan dan kemudian.
“Lailahailallah....kamu
rupanya kak yang.Pak Mail ingat sape tadi.Dari mane kamu ni?Ni laki kamu
ke?”Tanya pak Mail dalam loghat peraknya.
“Habis tu...kot
la nak makan dengan orang lain kot.Ini suami kak yang lah.Abang....ni Pak
mail.”gugup suara Ain membahasakan Zhafran sebagai abang.Zhafran
tersenyum.Menyambut slaam yang dihulurkan pak Mail dan seorang lagi lelaki
seusianya.
“Ini
Zhafran...suami kak yang.”
“Lawa
budaknya.”Pak Mail memuji kekacakan Zhafran.Ain hanya tersenyum.Dia sempat
memesan dua pinggan nasi lemak dan the tarik pada pak Din.
“Dengor kata ayah
ciknya masuk hospital.Ape ceritenye?”pak Mail terus bertanya.
“Ayah cik sesak
nafas.Tak tahulah kata doktor tak hari ni esok keluarlah kot.”Jawab Ain.
“Mana tak sesak
nafasnye....malam tu sampei dua pinggan pulut dihadapnya masa kenduri rumah si
rashid.Aku dah ngabokan jangan makan banyak...degilnye juge.Itu yang sampei
masuk hospital.Nengoklah kot kalau tak keluor lagi petang karang aku pegi lah
jenguknye kat hospital.”Nasi lemak yang dipesan Ain telah tiba.Dia menolak
sepinggan kepada Zhafran.
“Makan pak
mail...”Ain berbahasa.
“Makanlah kamu
dulu.Aku ni dari tadi dah kat sini.Karang bising pulak mak cik Timah kamu kat
rumah.Nasi lemak yang dipesannye tak sampei-sampei.Pak Mail balik balik dululah
kak yang...ni sape suami kamu ni,lupe aku namanye.Payah beno nah nyebutnya.”
“Zhafran pak
cik.”Zhafran menjawab.
“Ha...jemputlah
kerumah.”Pak Mail bangun.Ain hanya tersenyum.Zhafran hanya menjawab InsyaAllah
pada ajakan pak mail sebentar tadi.
Sebaik sahaja pak
Mail meninggalkan mereka,Zhafran memandang Ain.
“Faham ke apa dia
cakap tadi?”Soal Ain.Zhafran ketawa kecil.
“Em...fahamlah
sikit-sikit.Er..semua orang kat sini memang panggil Ain kak yang ke?”Zhafran
ingatkan hanay keluarganya sahaja yang memanggil Ain Kak Yang.
“Memang dari
kecil lagi semua orang panggil kak yang.dah biasa.kalau sebut Ain Nuraina ada
yang tak kenal.”
“Kat sekolahpun
panggil kak yang juga ke?”Ain menggeleng.
“Tak semua
panggil kak Yang.Yang rapat dan satu kampung je.yang lain panggil Ain atau
Aina.”Zhafran mengangguk.menganalisis maklumat terbaru mengenai Ain.
“Ain sekolah mana
dulu?”Ain meletakkan sudu didalam pinggan.
“Saya sekolah kat
ACS,Ipoh.Arwah ayah mengajar kat situ.So,pergi dengan ayah balikpun dengan
ayah.tapi kalau ayah ada meeting...saya balik naik bas.Abang Ikram pulak duduk
asrama kat sekolah Anderson.”Berbicara tentang arwh ayahnya hati Ain sedikit
sebak.
“Jauh ke?”Ain
menggeleng.
“Kat Bandar
ipoh.dekat dengan bus stand medan kitt.Adalah dalam dua puluh minit kalau tak
jam”Jelas Ain.Hampir setenagh jam kemudian,mereka sama-sama tiba dirumah Ain
Nuraina.
No comments:
Post a Comment